Isnin, 17 April 2017

APAKAH PKR SELANGOR, KELANTAN TERTINGGAL BAS ?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Banyak pihak dalam parti agama (Pas) hampir di seluruh negara baik peringkat kawasan, pemuda telah menyuarakan agar parti itu memutuskan hubungan dengan PKR. Tampaknya suara Pas tidak mahukan PKR sangat jelas. Namun ada sesetengah pemimpin parti itu masih bersangka baik dengan Pas. Dua pemimpin tertingginya yang masih mahukan hubungan mereka dikekalkan ialah Azmin Ali dan Tian Chua. Sikap kedua pemimpin PKR ini terbawa kepada PKR di Kelantan.
Malam semalam Tian Chua masih berceramah sepentas dengan Pas di Machang. Secara peribadi saya suka cara politik Tian Chua yang berkawan mengatasi sempadan idealogi politik. Itulah politik matang dan profesional.
Bagaimana pun cara berpolitik fleksible begitu tidak boleh diterima dalam masyarkat negara ini buat ketika ini. Masih ada parti yang rigid dengan fahaman politik sempit mereka. Pas sendiri juga bersikap demikian apabila memusuh DAP dan Amanah seperti "madu mak anak".
Kerana itu sikap dan cara Tian Chua saya lihat tidak menguntungkan PKR. Dalam hubungan baik dengan Pas dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Saya bimbang takut PKR khasnya di Kelantan dan Selangor akan ketinggalan bas, apabila mereka terus berharap bas Pas akan turut mengangkut mereka sama nanti. Hendaknya jangan baru sedar selepas hari menjelang Subuh baru mahu solat tahajud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA