Rabu, 12 April 2017

Akta 355: PKR 'hairan' sikap mendabik dada MCA

Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, beliau benar-benar hairan dengan tindakan pemimpin MCA yang terus mendabik dada tentang keupayaan menentang pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.
Usul tersebut dibentangkan di Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari Khamis lepas tetapi perbahasan mengenainya ditunda ke persidangan bulan Julai ini.
Gooi berkata, para pemimpin MCA termasuk presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat kenyataan memuji diri sendiri, meraikan dan mengucapkan tahniah sesama mereka atas 'kejayaan' itu.
Jelas beliau, mereka anggap berjaya dalam menentang pindaan akta yang dibentangkan oleh Abdul Hadi.
"Saya betul-betul hairan dengan apa yang MCA raikan kerana merekalah dan parti komponen BN lain dalam kerajaan yang membuka jalan kepada Abdul Hadi untuk membentangkan usul meminda Akta 355 di Parlimen.
"Marilah kita melihat secara jelas, kerajaan BN sebagai 'penjaga pintu' itu yang mempunyai kunci untuk membuka pintu Parlimen bagi memberi laluan kepada Abdul Hadi," kata Gooi dalam kenyataan.

1 ulasan:

  1. Semua parti memuji sebagai kejayaan parti sendiri. Semua ini tujuannya nak bodek rakyat.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA