Ahad, 30 April 2017

Reaksi Majlis Presiden PH terhadap pendirian Pas

Kita tetap yakin menang tanpa Pas: Mahathir

PKR bersedia bertanding melawan PAS, kata Wan Azizah

PPBM tak bercelaru mungkin Presiden Pas yang bercelaru

Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) 30-4-2017

Putus Hubungan: Takkan kerana Selena Gomez, sindir Azmin pada PAS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyindir perwakilan Pemuda Pas yang menjadikan isu penyanyi antarabangsa, Selena Gomez sebagai penyebab tahalluf siyasi antara PKR dan parti Islam itu perlu ditamatkan.
"Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah," kata Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR, memetik laporan oleh Sinar Harian Online.
Jelas beliau, perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara biasa kerana dalam rumah tangga juga mempunyai perbezaan antara suami dan isteri.
Parti-parti pembangkang perlu memikirkan isu-isu yang lebih besar terutama melibatkan kerjasama mereka pada PRU14 kerana rakyat sedang memerhati siapa yang akan dipilih nanti, katanya lagi.
"Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa hentam pun... Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), presiden kenal saya. Saya kenal lagu-lagu nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal. Mengapa marah saya?
"Tak apalah... Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak jatuhkan Umno dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa? Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa, rasuah, saya zalim maka tolaklah saya," ujar Mohamed Azmin.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak, hari ini.
Sebentar tadi, muktamar tahunan PAS hari ini menyatakan persetujuan menerima usul bagi memutuskan tahaluf siyasi melibatkan kerjasama antara parti itu dan PKR.
Usul tersebut dibentangkan oleh Perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail pada sesi pembentangan usul yang diterima untuk dibahas.

PKR, DAP lupa jasa Pas, dakwa anak Abdul Hadi


Muhammad Khalil Abdul HadiMuhammad Khalil Abdul Hadi
Selepas Dewan Pemuda Pas galak mendesak parti itu mengakhiri tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR, ketua baharu sayap parti itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa jasa Pas tidak diingati.
Sebelum ini, Pas pada perhimpunan agung tahunannya kali ke-61 pada 2015 telah bercerai talak tiga dengan DAP.
"Realiti yang berlaku ialah sebahagian kerusi yang dipertandingkan memang jentera Pas dipergunakan.
"Pemimpin PKR dan DAP yang bertanding setelah mereka menang di sesetengah tempat mereka melupakan jasa Pas," katanya dalam wawancara khas yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Ditanya apa yang menjadikan hubungan dengan PKR merugikan Pas dari segi politik, anak Abdul Hadi itu menganggap PKR sebagai parti yang cenderung mengambil kesempatan.
"PKR ini parti oportunis. Mereka hanya melihat kepentingan sendiri sahaja, bagi kita Pas mengutamakan kepentingan Islam," tegasnya.
Beliau turut bersetuju dengan soalan wartawan akhbar pro Umno-BN itu bahawa gesaan perwakilan supaya kerjasama politik dengan PKR dihentikan sebagai isyarat mereka tidak mahu Pas diperkotak-katikkan dan dipermainkan lagi.
"Ya, memang saya setuju dengan apa yang disebut ini," ujarnya sambil menekankan tahaluf siyasi sebagai strategi yang boleh berubah mengikut keadaan semasa.
Bahkan, Khalil berterus-terang berkata, Pas rugi sepanjang tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu ekoran jumlah kerusi dimiliki Pas yang paling corot berbanding kedua-dua parti itu.
Walaupun banyak pihak menjangkakan kemungkinan Pas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum akan datang, Khalil pula berpendapat sebaliknya.
"Mereka (pengundi Melayu) kini menganggap Pas sebagai sebuah parti yang memiliki sikap serta pendirian jelas dan tegas berbanding parti-parti lain," katanya lagi.

B-U-T rahsia BN kekal kuasa, dakwa PAS Terengganu

Dalam perbahasan Muktamar ke-63 PAS hari ini, Kamaruzzaman Abdullah dari Terengganu mendakwa BN akan membeli rakyat, mengancam mereka dan menipu dalam pilihan raya.
Kamaruzzaman-Abdullah-2
ALOR SETAR: Seorang perwakilan PAS dari Terengganu mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan formula B-U-T yang merujuk kepada perbuatan “membeli, mengugut dan menipu” rakyat untuk memenangi pilihan raya.
Dalam perbahasan Muktamar ke-63 PAS hari ini, Kamaruzzaman Abdullah mendakwa BN akan membeli rakyat, mengancam mereka dan menipu dalam pilihan raya.
“Ini adalah cara Umno dan BN boleh memerintah sehingga sekarang,” kata Kamaruzzaman ketika membahaskan ucaptama presiden PAS.
Kamaruzzaman juga mengecam pihak-pihak yang menuduh PAS bekerjasama dengan Umno.
Beliau berkata di Terengganu, PAS sentiasa konsisten dalam menentang Umno.
Pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, PAS akan bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 8 kerusi Parlimen di Teregganu.
Beliau berkata, di Terengganu, PAS sudah pun mempunyai bilangan kerusi maksimum yang diperlukan oleh pembangkang.
“Dalam PRU-14, kami hanya memerlukan 1 hingga 2% pergerakan undi dan insya-Allah, kami boleh mengambil alih Terengganu.”
Kini, di Terengganu, BN mempunyai 17 kerusi, PAS pula 14 kerusi manakala PKR 1.
Kamaruzzaman turut mendakwa Umno “menggunakan” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kelebihan melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya dan jika kawasan pilihan raya tidak diubah, PAS boleh menang.
Kawasan Parlimen Kuala Terengganu, salah 1 daripada 8 kerusi pilihan raya ‘super’, didakwa telah melalui persempadanan semula kendalian SPR.

Usul putus hubungan PAS dengan PKR dipersetujui sebulat suara perwakilan

Muktamar Tahunan PAS Ke-63 hari ini menyatakan persetujuan menerima usul bagi memutuskan tahaluf siyasi melibatkan kerjasama antara parti itu dan PKR.
Usul tersebut dibentangkan oleh Perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail pada sesi pembentangan usul yang diterima untuk dibahas.
"Saya mewakili dewan ulama PAS pusat dan seluruh dewan-dewan yang lain dan kawasan yang mengemukakan usul ini. Sejarah lalu mencatatkan bahawa PAS telah melaksanakan hubungan tahaluf siyasi dengan berbagai pihak di sepanjang tempuh perjuangan PAS ini.
"Maka sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-63, kami mengusulkan supaya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputus dengan tertakluk kepada Majlis Syura Ulama, kita menyerahkan keputusan untuk memutuskan keputusan usul ini kepada Majlis Syura Ulama," katanya.
Terdahulu, usul tersebut telah diusulkan oleh 21 PAS kawasan dalam mesyuarat agung masing-masing dan Dewan Ulama PAS Pusat serta Pemuda PAS dan diletakkan sebagai usul ketiga dalam kategori usul yang diterima untuk perbahasan.
Usul yang dibentang itu kemudiannya disokong oleh Perwakilan PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang meminta supaya keputusan itu dibuat dalam tempoh segera.
Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kemudiannya bertanyakan kepada para perwakilan sama ada mereka setuju atau tidak usul tersebut.
Ia sekali gus disambut seluruh perwakilan dengan laungan 'setuju' sambil berdiri bagi menyatakan sokongan mereka.
Dalam pembentangannya, Zulkifli berkata, keputusan mengemukakan usul itu yang dibuat dengan merujuk kepada panduan yang menjadi rujukan dalam perlembagaan PAS.
Ketetapan syarat tahaluf siyasi
Katanya, Majlis Syura Ulama telah menetapkan syarat tahaluf siyasi antaranya seperti berikut;
1. Tahaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan tahaluf siyasi.

Pakatan Harapan akan berwajah baru kata Wan Azizah

Tranformasi Pas dijangka bangkit orang Melayu lawan BN - PAS Pulau Pinang

'Saya doa 'abang pokok sena' bertaubat' - DHPP

Usul putus hubungan PKR disambut takbir, setuju dari perwakilan muktamar

Bukan Islam dalam PAS mahu Mahfuz ‘bertaubat’, kekal MP

Kata wakil DHPP, peluang untuk Mahfuz perlu diberikan supaya beliau dapat kekal menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena dalam PRU14.
suria-pas
ALOR SETAR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ‘bertaubat’ dan terus setia kepada parti.
Harapan itu dibangkitkan wakil DHPP, Suria Narayanan yang merujuk kepada siri kritikan secara terbuka yang dibuat Mahfuz berkaitan perjalanan PAS.
Ia sekali gus dapat memberi peluang kepada Mahfuz, yang juga bekas naib presiden, kekal mewakil PAS di kerusi Parlimen Pokok Sena pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita juga mendoakan abang Pokok Sena (Mahfuz) supaya bertaubat. Selepas ini tidak payah kita beri kerusi kepada sahabat kita yang lain, kita bagi balik kepada abang kita (Mahfuz),” katanya merujuk kepada desakan segelintir pihak supaya Mahuz tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.
Suria berkata demikian ketika membahaskan ucapatama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari kedua muktamar hari ini.
Sementara itu, perwakilan PAS dari Sarawak, Hamdan Sani meletakkan harapan besar kepada kepimpinan parti supaya memilih calon Bumi Kenyalang untuk bertanding di kerusi boleh menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Malah, beliau sempat menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Pokok Sena dalam nada gurauan.
Mahfuz baru-baru ini menegur Hadi berhubung isu pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, PAS Kedah sudah menghantar aduan membabitkan Mahfuz kepada pucuk pimpinan pusat.
Mengulas lanjut, Suria berkata, musuh sebenar PAS adalah Umno dan Barisan Nasional (BN) bukannya pihak lain yang didakwa merujuk kepada bekas pemimpin parti Islam itu yang menubuhkan Amanah.

Kami tak anti-Cina, pembantu MB Kelantan bernama Lau Chin Chua..!!

PAS jadikan pelantikan Lau Chin Chua bukti mereka tidak anti-Cina
ahmad-yaakob-1
ALOR SETAR: PAS menjadikan pelantikan seorang lelaki Cina bernama Lau Chin Chua sebagai pembantu khas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai bukti mereka tidak anti-Cina.
Perwakilan PAS Kelantan menegaskan penentangan terhadap DAP tidak boleh dilihat sebagai membenci orang bukan Islam.
“Di Kelantan contohnya bangsa Cina dan India tidak ramai tetapi kita meraikan kaum bukan Islam dengan melantik mereka sebagai penghulu dan ahli majlis,” kata pembahas Dr Abdullah Yaakob.
“Kita tidak anti-Cina. Kita hanya anti-DAP sebab mereka tolak Islam. Buktinya amat banyak,” tambahnya, ketika membahaskan ucaptama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari kedua Muktamar PAS Pusat ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Katanya antara bukti DAP menolak Islam ialah pada 2015, selepas gabungan parti pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, menjemput Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Fadhli Hassan dan Exco Kelantan Datuk Nasruddin Daud untuk memberi penerangan mengenai pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II sebelum ia dibentangkan di DUN Kelantan.
“Tapi setelah perbincangan mereka kata kalau kita teruskan agenda maka berpecah Pakatan Rakyat, dan kita juga kata kalau tidak lulus kami juga berpecah,” katanya.
Beliau menambah PAS tegas dengan pendirian mereka dan akhirnya DAP membubarkan PR.
Mesyuarat agung tahun itu menyaksikan PAS memutuskan hubungan dengan DAP, dan beberapa pemimpin veteran meninggalkan parti itu untuk membentuk Amanah.

Penyebar poster serang ulama dikenali kata SUA PAS

'Musuh yang paling besar PAS bukan UMNO tapi DAP'

'Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang' - PAS Kelantan

Tun M Mr U-turn - PAS Johor

DAP musuh terbesar Pas - Yusni Mat Piah

Bersatu: Selepas berbulan berbincang, akhirnya dimalukan PAS


Bersatu: Selepas berbulan berbincang, akhirnya dimalukan PAS
HARI ini akan ada banyak wajah gelisah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – sehari selepas Presiden PAS Hadi Awang memanggil parti baharu itu “tanpa hala tuju dan tiada pemimpin yang jelas”.
Hinaan dibuat Hadi itu berniat untuk menyakitkan dan memalukan, dan daripada tindakan itu, Muhyiddin Yassin serta yang lain dalam Bersatu paling terasa pedihnya.
Selama ini, mereka yakin selepas berbulan perbincangan dibuat melalui pelbagai saluran dengan pemimpin PAS, mereka akhirnya akan menjadi satu pakatan – parti Islam itu dan Bersatu, manakala Umno sebagai musuh bersama.
Semua pertemuan berjam-jam lamanya itu kini hanya sia-sia.
Kalaulah pemimpin Bersatu beri lebih perhatian kepada apa yang Dr Mahathir Mohamad katakan. Sudah lebih tiga dekad Dr Mahathir kaji tindakan Hadi dan memerhatikan gerak bahasanya yang mesra Umno sejak akhir-akhir ini, bekas perdana menteri itu percaya partinya diperdaya secara halus selama ini.
Beliau percaya presiden PAS itu tidak ada niat untuk bekerjasama dengan pembangkang dan akan memilih bersendirian pada PRU14 – laluan yang akan menyebabkan pertandingan tiga penjuru dan akan memecahkan undi pembangkang.
Tetapi, Dr Mahathir dengan berat hati teruskan saja hasrat partinya untuk meneruskan rundingan dengan PAS, memandangkan Bersatu perlukan kelebihan pada PAS dalam menambat hati pengundi di kawasan majoriti Melayu.
Tambahan pula, ada yang merasakan Muhyiddin mempunyai kedudukan untuk mengadakan persetujuan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin kanan PAS yang lain bagi mengelak berlakunya pertindihan antara calon daripada kedua-dua parti.
Semua harapan itu berkecai apabila Hadi kini berkata PAS tidak mahu ada ikatan dengan Bersatu.
Ahli majlis tertinggi Bersatu Dr Faiz Na’aman bengang dengan komen Hadi.
“Setakat ini ada tiga mesyuarat dengan wakil PAS tetapi ada pemimpin kanan tertentu yang nampaknya mahu rundingan itu gagal.
“tetapi kami tahu ahli akar umbi sendiri mahu hubungan dengan Bersatu,” katanya.
Seorang lagi ahli majlis tertinggi Bersatu Dr Rais Hussin berkata beliau tahu rundingan masih diteruskan walaupun di kalangan peringkat akar umbi hingga ke muktamar.
“Saya tahu ada perbincangan berlaku secara tertutup. Sudah tentu Hadi main wayang dengan kita.
“Sekarang semuanya lebih kompleks. Jadi kita perlu tunggu hingga akhir muktamar untuk tahu apa sebenarnya pendirian mereka,” kata Rais kepada The Malaysian Insight.

Harum manis, politik dan PAS


Harum manis, politik dan PAS
HARUM manis sejenis buah mangga dari Perlis yang digemari ramai. Kulitnya berwarna hijau dan isinya yang jingga memiliki manis dan berbau harum.
Namun dalam politik,  harum manis lebih sinonim kepada istilah pengkhianatan kepada mereka yang masih berada dalam PAS tetapi menyokong parti serpihan, Amanah.
Tiga pemimpin yang sering dikaitkan dengan harum manis ialah bekas yang dipertua PAS Amiruddin Hamzah, Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa dan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.
Mereka mendapat jolokan pemimpin harum manis kerana pendirian yang tidak selari dengan PAS Pusat termasuk presiden Hadi Awang.
Kebencian PAS terhadap wakil rakyat harum manis begitu menyerlah apabila wajah pemimpin itu terpapar di kain rentang dengan mesej jelas mendesak mereka keluar parti pada pembukaan Muktamar PAS kali ini.
Sebelum ini, tiga wakil rakyat itu melanggar arahan PAS Pusat untuk tidak menyertai himpunan Bersih 5 tahun lalu.
Amirudin meletakkan jawatannya sebagai yang dipertua PAS Kuala Kedah dan disusuli Nasir sebagai timbalannya atas alasan tidak dapat memikul arahan PAS Pusat.
Kain rentang itu dipasang di Mergong dan Simpang Empat, laluan berhampiran Muktamar PAS di Kota Sarang Semut, Kedah.
Dengan coretan ayat; "Harum manis : luar hijau dalam oren” manakala di bahagian bawah kain itu terpampang wajah pemimpin berkenaan tertera ayat “Sila keluar dari PAS, tuntutan penyokong kuat PAS Kedah”.
Meskipun isu pemimpin harum manis menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan tertinggi PAS namun akar umbi tidak melihat ia perlu diperbesarkan.
Perwakilan Mohd Haslin Hasan memberitahu The Malaysian Insight, secara peribadinya beliau tidak ada masalah dengan ketiga-tiga pemimpin tersebut.
Katanya, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa dalam parti politik.
"Tak salah kalau ada pandangan berbeza, bagi kita tidak ada masalah dengan perkara tersebut, biasalah dalam parti mesti ada perkara begini.
"Bagi saya perbezaan pendapat tidak harus dijadikan sebagai satu isu besar," kata perwakilan dari Sepang itu.

Wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang tiada masalah bekerja dengan DAP


Wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang tiada masalah bekerja dengan DAP
KETIKA rakan separtinya menghentam parti dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam muktamar PAS yang sedang berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah, seorang wakil rakyat PAS tinggal di rumah bagi merawat demamnya di Pulau Pinang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Mohd Salleh Man, satu-satunya calon parti Islam yang memenangi kerusi di Pulau Pinang, menjauhkan diri daripada semua aksi dan ketegangan.
"Saya bukan perwakilan. Saya tidak berada dalam kepimpinan (negeri). Saya juga tinggal di rumah kerana demam," kata ahli politik yang pernah menjadi pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Salleh ketawa apabila diberitahu terlepas semua aksi di mana perwakilan PAS di perhimpunan itu menyerang parti dan pemimpin PH, termasuk kerajaan Pulau Pinang di mana beliau merupakan sebahagian daripadanya.
Beliau tidak memberikan komen mengenai perkara itu, hanya berkata melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat lebih penting.
"Bagi saya, apa yang penting berkhidmat kepada pengundi saya. Setakat ini, saya tidak mempunyai masalah. Saya bekerja seperti biasa di Pulau Pinang,” katanya.
Kerusi Salleh di kawasan Parlimen Permatang Pauh sinonim dengan PKR dan pemimpin de facto Anwar Ibrahim yang kini di dalam penjara menjalani hukuman bagi kesalahan liwat dan penyandangnya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Salleh pertama kali memenangi kerusi Permatang Pasir pada pilihan raya kecil 2009 bagi menggantikan Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS, yang memegang kerusi itu selama tiga penggal sehingga meninggal dunia. Salleh mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya lepas.
Apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015, menyebabkan kejatuhan Pakatan Rakyat, Salleh mendapati dirinya dalam kedudukan yang janggal.
Pada November 2015, PAS Bahagian Permatang Pauh mengumumkan ia memutuskan hubungan dengan Salleh kerana wakil rakyat itu secara terbuka menyuarakan sokongan terhadap PH, gabungan baru yang terdiri daripada DAP, PKR dan parti serpihan PAS, Amanah.
Beliau juga dicabar wakil Barisan Nasional Pulau Pinang agar keluar daripada PAS jika menyokong kerajaan negeri.
Walaupun diserang, Salleh mengekalkan keputusannya bekerja dengan pentadbiran pimpinan DAP pada masa sama enggan keluar daripada PAS.

Empat tawaran Pakatan Harapan sempena Hari Pekerja

KUALA LUMPUR, 30 APR: Pakatan Harapan (PH) mengetengahkan empat fokus utama penyelesaian berkaitan isu pekerja yang akan dilaksanakan gabungan itu jika mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk memerintah negara.
Cadangan yang antara lain menyentuh isu kos sara hidup, pengangguran dalam kalangan anak muda, hak pekerja sambilan, dan masalah yang dihadapi rakyat yang bekerja di luar negeri diutarakan PH bersempena sambutan Hari Pekerja esok.
Bagi aspek kos sara hidup, gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengulangi ikrarnya untuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Selain itu, menyentuh aspek yang sama, PH juga akan mengurangkan kos pengangkutan awam selain menghapuskan kapitalisme kroni dan memastikan persaingan sihat berlaku dalam sektor perkhidmatan dan barangan, seperti beras, jalan bertol, perkhidmatan telco serta internet.
Saranan itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara bersama dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, PH turut akan mewujudkan Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Harapan bagi mengatasi masalah pengangguran melibatkan anak muda di negara ini.
PH turut memaklumkan bahawa sayap pemudanya telah diarahkan untuk bertemu dengan pelbagai kumpulan sasaran dan pihak berkepentingan pada Mei depan bagi mewujudkan pelan tindakan mengatasi masalah tersebut.
“Pakatan Harapan cukup risau dengan peningkatan kadar pengangguran, terutama pengangguran anak muda pada skala jangkamasa panjang.
“Pengangguran dianggarkan pada 3.5 peratus pada 2016, iaitu peningkatan dari 3.1 peratus (2015) dan 2.9 peratus (2014),” kata PH.
Jika memerintah Putrajaya, PH juga akan menggubal rang undang-undang (RUU) khusus bagi memastikan kepentingan pemandu ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab terbela tanpa mengabaikan nasib dan kebajikan pemandu teksi dan lain-lain pekerja sambilan.

GST: Itu pandangan peribadi Pas sembang Ulama Umno

Fathul Bari Mat JahyaSemua pihak diminta tidak mempolitikkan pendirian Pas berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan kerajaan.
Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ucaptama yang disampaikan Ketua Dewan Ulamak Pas itu adalah hak dan pandangan masing-masing, lagipun pelaksanaan GST telah diputuskan harus oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
"Persoalan saya pula, sebelum ada GST sudah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST), adakah cukai SST itu tidak haram, atau bagaimana?
"Jadi saya kira itu pandangan yang selektif, dan pada pendapat saya, itu pandangan peribadi mereka," katanya. 
Beberapa hari lalu, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika menyampaikan ucaptama pada muktamar itu dilaporkan berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya haram dan tidak menepati syariat Islam.
Fathul Bari turut meminta agar isu-isu seperti ini tidak difokuskan, sama ada di pihak media atau  pihak-pihak tertentu.
"Hentikan memainkan isu yang boleh merosakkan hubungan baik antara pihak kerajaan, Umno dengan Pas," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tafsiran tentang cukai di dalam Islam sangat luas, dan ia perlu diteliti secara mendalam.

Pemimpin mesti pulihkan imej di media sosial kata Pas Terengganu

Wakil PAS Terengganu mencadangkan pemimpin parti itu berusaha memulihkan imej masing-masing supaya dapat meyakinkan pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kata Kamaruzzaman Abdullah, pendekatan itu perlu diambil bagi memulihkan imej mereka yang tercalar sebelum ini.
Antara langkah itu, katanya, ialah berhati-hati membuat sebarang kemas kini di media sosial atau aplikasi seperti WhatsApp.
"Terengganu mencadangkan supaya digembeling tenaga bagi membaik pulih imej yang sangat tercemar di media sosial.
"Adakah kursus kepada semua peringkat pimpinan, dari pusat hingga ke kawasan supaya apa yang dimuat naik di media sosial benar-benar mewakili jemaah kita," katanya semasa membahas ucapan dasar presiden di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.
Perbahasan itu diadakan pada hari kedua muktamar PAS kali ini.
Menurut Kamaruzzaman, jika berlaku kesilapan di media sosial pihak pimpinan sepatutnya memberi sokongan kepada anggota di bawahnya bagi mengelak wujud percanggahan berlaku.
Sementara itu dalam perbahasan itu juga PAS Terengganu menyatakan rancangan mereka meletak calon di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Kata Kamaruzzaman PAS juga akan bertanding di lapan kerusi parlimen.

Wakil PAS S'wak tawar diri bertanding kerusi Mahfuz

Perwakilan PAS dari Sarawak, Hamdan Sani meletakkan harapan besar kepada kepimpinan parti supaya memilih calon Bumi Kenyalang itu untuk bertanding di kerusi boleh menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Malah, beliau sempat menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Pokok Sena yang kini disandang oleh bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, saranan itu dikemukakan bertujuan supaya ada suara yang dapat mewakili masyarakat Sarawak daripada PAS di Parlimen.
"Masalah rakyat dan isu pentadbiran di Sarawak akan lebih didengari atau wakil rakyat PAS Sarawak (yang) boleh bercakap di parlimen.
"Oleh demikian, kami mencadangkan agar boleh dipertimbangkan calon dari Sarawak untuk bertanding di kerusi Parlimen yang boleh menang di Semenanjung Malaysia," katanya pada sesi membahas ucapan dasar presiden PAS, pada Muktamar tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, hari ini.
Terdahulu, ucapannya diusik oleh timbalan pengerusi tetap yang bertindak sebagai pengerusi acara kerana sudah kehabisan masa yang diperuntukkan.
Hamdan, kemudiannya meminta masa untuknya ditambah dan meneruskan ucapannya sekaligus menwarkan diri untuk bertanding di kerusi Pokok Sena.
Tawaran itu sekali gus mendatang rasa lucu di kalangan para perwakilan termasuk kepimpinan tertinggi, malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut kelihatan tercuit hati dengan permintaan perwakilan tersebut.
Sementara itu, Hamdan berkata, menjadi harapan rakyat Sarawak dapat disampaikan oleh wakil rakyat berkenaan dengan lebih efektif dan relevan.

Ku Li ramal peluang BN tawan semula Kelantan amat cerah

Veteran Umno itu berkata keyakinan BN menawan semula negeri itu berdasarkan keinginan rakyat Kelantan yang mahukan pembaharuan selepas melihat kelemahan PAS mentadbir negeri itu.
tengku-razaleigh
GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Barisan Nasional (BN) perlu segera mengatur strategi bagi memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berpendapat BN mempunyai peluang paling cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan pada PRU-14.
“BN mampu kembali mentadbir kerajaan negeri ini, tetapi perlu mengatur strategi mulai sekarang. Strategi yang diatur akan membolehkan BN merampas semula pemerintahan kerajaan daripada PAS yang dipegang sejak 1990,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada PRU13, PAS memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN pula 12 dan PKR menang 1 kerusi.
Veteran Umno itu berkata, keyakinan BN menawan semula negeri itu berdasarkan keinginan rakyat Kelantan yang mahukan pembaharuan selepas melihat kelemahan PAS mentadbir negeri ini dan gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong tindakan masyarakat Orang Asli di jajahan Gua Musang mempertahankan tanah yang mereka usahakan daripada diceroboh pihak luar.

PAS sedia tendang Amanah bersama Umno masuk gawang

Seorang perwakilan Kelantan berkata, pihaknya hendak menendang bola ke gol tapi kalau Amanah terhegeh-hegeh depan gol, mereka akan menendang bola dan parti itu sekali.
pas-amanah-umno
ALOR SETAR: Perwakilan Kelantan, Datuk Dr Abdullah Yaakob memberi amaran kepada Parti Amanah Negara (Amanah) agar tidak menjadi penghalang kepada matlamat parti itu untuk menentang Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya, Amanah akan turut diserang sekiranya terus menjadi penghalang kepada PAS yang mahu menumbangkan BN.
“Bola di kaki, kita nak tendang bola ke gol, tapi kalau kamu terhegeh-hegeh depan gol, kami tendang bola dan tendang sekali dengan kamu.
“Kami kena tendang kamu dulu baru boleh kami tendang bola ke gol. Kami nak melawan Umno tapi jangan kamu terhegeh depan kami,” kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar presiden pasa hari kedua Muktamar PAS Pusat kali ke-63, Kompleks PAS Kedah di sini.
Sebahagian pemimpin PAS yang keluar parti itu susulan pemilihan 2015 telah menubuhkan Amanah, yang kini merupakan anggota Pakatan Harapan. PAS bukan anggota Pakatan Harapan.
Pemimpin PAS juga menegaskan enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP.
Dalam pada itu, Abdullah juga membuat sindiran dituju kepada Datuk Husam Musa yang sering mempertikaikan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Dalam perbahasannya, Abdullah mendedahkan mantan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah sudah mengetahui apa perkara yang tidak kena dengan Husam apabila tidak memilihnya sebagai calon menteri besar walaupun pemimpin itu mendakwa dirinya orang ‘paling rapat’ dengan almarhum.

Kajian universiti dapati pendapatan nelayan hanya RM400 sebulan

Raja Bahrin berjumpa dengan penduduk dan nelayan di Kuala Ibai dan Chendering dan bertanya khabar tentang permasalahan dan isu terkini nelayan di kawasan ituRaja Bahrin berjumpa dengan penduduk dan nelayan di Kuala Ibai dan Chendering dan bertanya khabar tentang permasalahan dan isu terkini nelayan di kawasan itu
Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Ahmad Rudin Hussain atas komen beliau pada penulisan saya tempoh hari. Saya bersetuju memang tidak munasabah pendapatan nelayan RM400 sebulan, apatah lagi di Terengganu "Kuwait Malaysia" dan contohnya di Kampung Teluk Ketapang berdekatan rumah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Fakta tersebut adalah daripada kajian Universiti Malaysia Terengganu yang juga terletak bersebelahan Kampung tersebut oleh mereka yang berpusat di situ serta mereka menghayati suasana kemiskinan tempatan dan mereka bukan bertempat di Kuala Lumpur atau New York! Saya huraikan secara ringkas hasil kajian mereka di sini.
Terlebih dahulu saya hairan kenapa Kementerian atau Menteri Pertanian dan Industri Sumber Asas Tani sendiri tidak membuat kenyataan tetapi ditugaskan NEKMAT pula untuk berbuat demikian. Saya juga hairan daripada isu-isu yang saya timbulkan, kenapa hanya tentang pendapatan RM400 sahaja dikomen dan tidak juga isu-isu penting lain seperti di bawah. Sekali lagi pihak kementerian lari dari isu-isu utama dan tanggungjawab mereka. Isu lain adalah seperti tercatit disini:-
a) Isu pencerobohan serta masalah nelayan dari Vietnam yang lama berlaku.
b) Isu kekurangan sumber ikan kerana pencerobohan nelayan asing dan kemusnahan perangkap nelayan tempatan disebabkan cara penangkapan haram mereka.
c) Isu tidak cukup peruntukan minyak untuk pihak keselamatan membuat rondaan keselamatan yang munasabah.
d) Isu janji tidak munasabah menteri pendapatan nelayan mencapai RM5,000 pada tahun 2020 iaitu dalam jangka masa hanya tiga tahun. Saya juga bersetuju kenyataan NEKMAT nelayan adalah "golongan perwira di lautan" kerana saya sendiri pernah hanyut seminggu di laut tanpa makanan dan memahami ancaman di laut kepada nelayan kita.
Fakta fakta yang saya peroleh tentang pendapatan nelayan yang amat rendah RM400 adalah daripada kajian "KEBERKESANAN BANTUAN KERAJAAN UNTUK MENINGKATKAN TARAF SOSIO EKONOMI NELAYAN KAJIAN KES NELAYAN MUARA PANTAI TIMUR" oleh Dara Aisyah Ali Putri-UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
Di antara petikannya adalah - "Komuniti muara yang mendiami kawasan muara sungai dan mengerjakan pekerjaan seperti nelayan tradisional boleh digolongkan ke dalam kumpulan komuniti terpinggir ini."

Memali bukti PAS tak takut lawan Umno, kata Pemuda

Adun Tepoh Hisyamudin Abdul Karim berkata partinya model integriti dalam kalangan pembangkang, berbanding DAP dan PKR yang terpalit skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.
Hisyamudin-Abdul-Karim
ALOR SETAR: Perwakilan Pemuda PAS hari ini menempelak Pakatan Harapan (PH) yang menuduh mereka tidak berusaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pembahas Hisyamudin Abdul Karim berkata peristiwa Memali 1985, yang menyaksikan pertembungan antara ahli PAS dan pihak berkuasa, membuktikan mereka bukan golongan penakut.
“Kami ingin beritahu lawan kami, dulunya kawan kami (PH), penakut ini dalam melawan kerajaan BN mencatatkan sejarah di bumi Memali…darah syuhadah mengalir kerana melawan Umno dan BN,” kata ahli PAS Terengganu itu, yang juga Adun Tepoh.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Dalam kejadian di Kampung Memali, Kedah 19 November 1985, 14 orang terkorban mempertahankan Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), dalam operasi untuk menangkap ahli PAS itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau dikehendaki selepas didakwa mewujudkan perpecahan masyarakat, dikatakan terkait dengan “Amanat Haji Hadi” 1981. Empat orang polis terbunuh dalam kejadian itu.
Sementara itu, Hisyamudin berkata partinya model integriti dalam kalangan pembangkang, berbanding DAP dan PKR yang terpalit skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.
“Dalam keadaan pemimpin PAS dipalit menerima RM90 juta duit 1MDB tiba-tiba ketua Ketua AMK Ampang pula ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dalam keadaan PAS dituduh pemakan ‘dedak’, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpalit pembelian (banglo) dengan harga murah.
“Tetapi pemimpin PAS yang memegang tanggungjawab memerintah negeri langsung tidak terlibat dengan sebarang skandal (atau) diheret SPRM,” katanya.

NYAWA ORANG MELAYU BERGANTUNG KEPADA UMNO?


Saya membaca kenyataan ketua puteri UMNO. Dia menyatakan nyawa orang Melayu berada dalam tangan UMNO. Hebat , kata saya. UMNO sekarang sudah dinobat sebagai pemberi nyawa kepada orang Melayu. Sudahkah UMNO mencapai tahap dewa?
Namun kenyataan itu boleh juga dibaca sebagai rasa cemas UMNO kerana hilang keyakinan orang Melayu. Tidak pernah terjadi dalam sejarah orang Melayu, dari segi kepimpinan, UMNO berada dalam barisan yang lemah.
Cuba perhatikan pimpinan yang ada disebelah pakatan harapan. Ada Dr Mahathir dan ramai pemimpin UMNO yang dalam senyap menyokong Dr Mahathir. Penduduk Felda ratusan ribu yang menyokong. Ada Muhyidin Yassin. Tentu dia ada nilai sebagai pemimpin kalau tidak masakan pernah menjadi TPM dan Timbalan presiden UMNO. Kita ada Anwar Ibrahim. Mat Sabu. Husam Musa. Wan Azizah. Ada Lim Kit Siang. Perhatikan lagi. Hanya seorang Cina, lain nya semua Melayu.
Jadi, jika kerajaan baru ditubuhkan, ianya tetap diketuai oleh orang Melayu. Mungkin Anwar, mungkin Mahathir, Muhyidin, Azmin, Rafizi Ramli. Melayu juga. Mengapa tidak Rafizi Ramli umpamanya? Pada umur nya sekrang, dia jauh lebih bijak dari Najib ketika Najib seumur nya.
Kelantan akan pasti jatuh ketangan Pakatan Harapan. Pulau Pinang akan terus berada dalam pengurusan pakatan. Demikian juga Selangor. Di Kedah, nama yang bermain dibibir rakyat jelata, dari pegawai kerajaan , pegawai yang pencen, rakyat biasa, ahli UMNO ialah Che Det. Bukan Bashah atau lain2. Tapi pemimpin Pakatan. Johor akan kehilangan banyak kerusi.
Di Sabah, parti Warisan Sabab sudah bersedia ambil alih.
Ini semua akan menyebabkan UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen. Ia akan menjadi parti pembangkang selepas PRU14 nanti. Maka, rasa cemas menyelubungi bukan sahaja ketua puteri UMNO- tapi semua pemimpin UMNO yang korap dan rasuah.
Bayangkan jika anda seorang pemimpin UMNO barisan kedua, tentu anda rasa cemas melihat kualiti pimpinan di pihak lawan. Yang kian hari kian mendapat keyakinan rakyat.
kenyataan ketua puteri UMNO itu mesti dipertikaikan. Cuba bertanya, jika UMNO pemberi nyawa, apakah yang perlu diberi oleh orang Melayu kepada UMNO? Kesetiaan membabi buta supaya UMNO, atas nama orang Melayu boleh melakukan segala bentuk kemungkaran dan kezaliman? Biarlah UMNO itu mengancam kebebesan dan kemerdekaan individu? Adakah ianya bererti orang Melayu tidak ada keujudan tanpa UMNO?
Kenapa orang Melayu mesti berfikiran kerdil seperti ini?
Sudah tentu kenyataan ini selari dengan minda orang yang feudal. Yakni UMNO itu sebagai tempat untuk dipuja diberi kesetiaan. Kenyataan ini becanggah dengan piagam orang yang merdeka. Orang yang berjiwa merdeka insaf bahawa buruk atau baik bergantung kepada perbuatan dia sendiri. Ini disebut dalam Al Quran.
Kalau nyawa orang Melayu bergantung kepada UMNO- bermakna UMNO itu pemberi nyawa kepada kita. Saya percaya bukanlah niat ketua puteri untuk menyamakan UMNO itu dengan Tuhan- walaupun ada orang UMNO menyamakan Najib dengan nabi Muhammad- berjuang ikut sunnah nabi dan Najib itu macam nabi. Tapi ia membawa maksud UMNOlah memberi sumber kehidupan kepada orang Melayu, menjaga mereka, membela mereka. Masa depan orang Melayu bergantung kepada UMNO.
Walhal realiti nya ialah:-

SABARLAH DULU WEHHH...MASUK BN DULU KALAU NAK SANGAT JAWATAN DALAM KERAJAAN!!

Menjadikan petikan kata-kata Hadi Awang sendiri yang pernah mengucapkan mahu menjadi penasihat kepada pemerintah, seorang perwakilan di Muktamar Pas mencadangkan agar Presiden Pas itu dilantik sebagai penasihat kepada Yang Dipertuan Agong.

"Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan presiden, "kita bukan nak ke Putrajaya sangat, yang kita nak adalah menjadi penasihat kepada ulil amri."

"Siapa pemerintah nombor satu negara kita, kalau bukan Yang Dipertuan Agong.

"Jadi,  penasihat yang paling sesuai kepada baginda ialah presiden kita, pemimpin ulama nombor dua di dunia," kata seorang perwakilan dari Johor di Muktamar Pas yang sedang berlangsung di Kedah sambil disambut laungan takbir para hadirin.

Nampaknya,  sejak berbaik-baik dengan Najib Razak, UMNO dan BN, Pas sudah tidak sabar-sabar lagi mahu jawatan dan kedudukan dalam kerajaan. Mereka bagai tidak mampu lagi menyembunyikan hasrat terpendam itu.

Jawatan yang diminta pula bukan alang-alang - penasihat kepada Yang Dipertuan Agong.

Tetapi, sedarkah Pas jawatan sebagai penasihat Yang Dipertuan Agong, kalau pun jawatan itu wujud atau mahu diwujudkan, ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan yang sedang berkuasa untuk menentukan calonnya.

Jalan paling mudah untuk membolehkan Hadi memperolehi jawatan itu ialah dengan Pas menyertai BN terlebih dahulu dan sesegera yang boleh.

Pinjaman: Lebih 49 ribu penjawat awam berisiko muflis - Cuepacs

Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.
Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka.
Azih Muda"Hal ini saya lihat semakin serius dan ia terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman,” katanya kepada pemberita pada Seminar Hari Pekerja di sini hari ini.
Beliau berkata ketiadaan sistem yang mengawal pinjaman yang dilakukan penjawat awam juga merupakan antara punca mereka membuat pinjaman melebihi kemampuan dan melakukan pinjaman bertindih.
"Sekarang ini kerajaan memberi peluang kepada lebih 20 agensi pinjaman membuat potongan gaji kepada penjawat awam yang melaksanakan pinjaman tanpa perlu merujuk antara satu sama lain (institusi pinjaman).
"Mereka (penjawat awam) boleh meminjam di mana-mana institusi pinjaman dengan hanya membawa slip gaji mereka dan institusi pinjaman akan membuat potongan gaji setiap bulan. Terdapat penjawat awam yang dudah pinjam dengan institusi A, kemudian membuat pinjaman pula dengan institusi B dan C,” kata Azih.
Justeru beliau berkata Cuepacs mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan sistem sepertimana yang dilaksanakan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia iaitu Sistem Pelaporan Kredit (Spekar) yang mempunyai rekod penjawat awam.
"Sistem ini akan dapat mengawal pinjaman yang dilakukan oleh penjawat awam kerana sistem itu dapat mengesan data potongan gaji dan maklumat pinjaman penjawat awam.
“Sekarang ini yang dudah diisytihar muflis lebih 3,000 orang, kalau tidak dibendung, jumlah itu akan bertambah,” katanya.

PAS negeri patuh jika Hadi arah keluar kerajaan Selangor

Kalau kata maju ke depan, kita akan maju ke depan. Kalau kata undur, kita akan undur.
awang-hadi-bendera-selangor-darul-ehsanALOR SETAR: PAS Selangor berikrar akan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan parti mengenai kedudukan exco PAS dalam kerajaan Selangor, susulan usul putus hubungan dengan PKR.
Mesyuarat agung tahunan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS baru-baru ini meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, dan diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk dimuktamadkan.
Usul itu hampir pasti diluluskan pada muktamar PAS ke-63, yang diadakan di Alor Setar dan akan berakhir esok.
“Kami saf kepimpinan, perwakilan seluruh Selangor, kita berdiri teguh di bawah kepimpinan PAS Pusat termasuk Majlis Syura Ulama. Apa saja keputusan kita akan akur dan kita akan patuh.
“Kalau kata maju ke depan, kita akan maju ke depan. Kalau kata undur, kita akan undur,” katanya ketika membahaskan ucaptama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari kedua muktamar di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Keengganan PAS melepaskan kedudukan exco menjadi perbualan orang ramai, selepas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution meminta PAS mengambil tindakan terhormat dengan berundur dari kerajaan negeri selepas usul diluluskan.

PAS Johor dakwa PPBM wujud untuk selamatkan Umno

Perwakilan PAS Johor mendakwa kehadiran PPBM memecahkan undi pembangkang dan menyukarkan PAS menarik undi orang Islam.
Umno-pbbmALOR SETAR: Perwakilan PAS Johor hari ini mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) wujud untuk memecahkan undi pembangkang supaya Umno-Barisan Nasional kekal berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Pembahas Nazari Mokhtar memberi amaran kepada ahli parti supaya berhati-hati dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kehadiran mereka menyukarkan PAS menarik undi orang Islam.
“Kita suka atau tidak suka Dr Mahathir, matlamat beliau hanyalah untuk menyelamatkan kerajaan Umno dan BN. Kalau kita tidak berhati-hati dengan ‘Mr. U-turn’ ini maka kita akan terperangkap,” katanya.
“Tuan-tuan kena ingat pengundi Muslim akan berpecah kepada beberapa bahagian: Paling besar kepada Umno, sebahagianya kepada PPBM, PAS, PKR dan Amanah. Kalau kita tidak berhati-hati dengan PPBM maka kita tidak akan dapat undi Melayu.”
Beliau juga menyifatkan keputusan pimpinan PAS untuk tidak bekerjasama dengan PPBM sebagai tindakan “bijak” dan “terpuji”.
“Ini waktu paling sesuai untuk kita menasihatkan semua rakan kita yang tidak suka kepada Umno (supaya) jangan pergi kepada PPBM. Kalau kita marah kepada Umno sekalipun kita pergi kepada PAS.”
Nazari berkata demikian ketika gilirannya membahaskan ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah di sini hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar semalam berkata partinya tidak mahu bekerjasama dengan PPBM yang tiada “imam” dan ketentuan arah.
Dr Mahathir sebelum ini pernah memberikan tempoh kepada PAS mengenai kerjasama pilihan raya dengan pakatan pembangkang, tetapi Hadi bertegas tidak mahu bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
PAS dan DAP memutuskan hubungan antara lain mengenai pelaksanaan undang-undang Islam. Kekalahan beberapa pemimpin PAS dalam pemilihan 2015 membawa kepada penubuhan Amanah, yang membentuk Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan PPBM.
PAS enggan mengadakan kerjasama pilihan raya dengan Pakatan Harapan, dan berkata ia akan menyertai pilihan raya akan datang sebagai “blok ketiga”. PAS juga dilaporkan mahu meletakkan calon di kerusi yang diduduki parti pembangkang lain, memaksakan pertandingan 3 penjuru yang dipercayai akan memihak kepada Barisan Nasional.

Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang - PAS Kelantan

Jangan terhegeh-hegeh di depan pintu gol, atau PAS akan bertindak 'menendang' sesiapa yang mengganggu mereka membuat jaringan - itu analogi diberi seorang perwakilan hari ini.
Perwakilan Kelantan, Abdullah Yaakob, berkata matlamat parti itu ketika ini tetap melawan Umno namun ia akan terganggu jika ada mana-mana pihak berada di antara kedua-dua parti tersebut.
"Kita (PAS) nak tendang bola ke gol. Tapi kalau kamu terhegeh-hegeh ada depan gol semasa kami nak tendang bola, macam mana?
"Kami kena tendang kamu dulu baru kami tendang bola tu ke gol.
"Kita lawan Umno tapi kamu jangan terhegeh-hegeh di depan gol," katanya secara berkias semasa membahas ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada satu lagi parti pembangkang, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menyatakan secara jelas mahu merampas Kelantan daripada PAS.
Kempen itu diketuai beberapa bekas pemimpin kanan PAS, termasuk Datuk Husam Musa yang pernah menjadi naib presiden parti itu, serta Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang pernah menjadi speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Sementara itu Abdullah berkata PAS ketika ini bermusuh dengan DAP saja dan bukannya dengan seluruh orang Cina, India atau lain-lain.
"Kita bermusuh dengan DAP. Dengan kaum Cina, India, orang asli kita tidak bermusuh," katanya.
Abdullah berkata amalan itu terbukti di Kelantan apabila kerajaan tetap menjaga kepentingan orang bukan Melayu dan bukan Islam walaupun peratusan mereka kecil di negeri berkenaan.
Sebagai contoh, katanya, kerajaan negeri memberi bantuan kewangan kepada golongan usia emas atau sumbangan lain kepada sesiapa saja yang dirasakan berhak tanpa mengira agama atau kaum.
Menurut Abdullah yang juga speker DUN Kelantan ketika ini, penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam perlu menyebarkan kefahaman berkenaan dengan lebih meluas.
"Tiada sebab untuk orang bukan Islam takut kepada PAS," katanya.

'Jadi Melayu bukan lesen serang kaum lain'- Perwakilan PAS N9

Hadi wajar jadi penasihat Agong - PAS Johor

Hadi wajar jadi penasihat Agong - Perwakilan PAS Johor

Perwakilan PAS dari Johor hari ini mencadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipilih sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Mohd Nazari Mokhtar berkata, pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah satu rahmat daripada Allah SWT.
"Seorang yang mencerminkan akhlak seorang Islam, seorang yang beramal, mempunyai akidah tinggi dihantar Allah untuk menjadi ketua di Malaysia.
"Jadi kita sama-sama mendoakan supaya tuanku mendapat seorang penasihat yang wataknya juga serupa dengan baginda," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar PAS ke-63, di Alor Setar.
Sultan Muhammad V ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun mulai pada 24 April lalu.
Mohd Nazari sempat memetik kata-kata Abdul Hadi bahawa parti itu bukanlah sangat berkeinginan ke Putrajaya, sebaliknya mahu menjadi penasihat kepada ulil amri (pemerintah).
‎"Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan Datuk Seri presiden, kita bukan nak ke Putrajaya sangat, yang kita nak adalah menjadi penasihat kepada ulil amri.
"Siapa pemerintah nombor satu negara kita, seri paduka baginda.
"Jadi penasihat yang paling sesuai kepada baginda ialah presiden kita, pemimpin ulama nombor dua di dunia," katanya yang disambut laungan takbir para perwakilan.
Tambahnya, latar belakang Abdul Hadi sebagai salah seorang pemimpin ulama dunia‎ sentiasa mendapat perhatian umum.
"Apabila seorang pemimpin ulama nombor dua berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu, bukan saja difahami oleh kita dalam dewan ini, tetapi seluruh nusantara.
"Saya nak mengingatkan setiap patah yang keluar daripada presiden PAS adalah perkataan seorang ulama dan perkataannya dianalisa setiap insan yang boleh berbahasa Melayu," katanya.

Muda, berpendidikan dan penganggur


Muda, berpendidikan dan penganggur
Graduan terpaksa berdepan dengan risiko pengangguran apabila ramai majikan enggan mengambil mereka bekerja dengan pelbagai alasan termasuk tidak berpengalaman.
SEPERTI kebanyakan rakan sebayanya dari kelas 2015, Ainatun Nadrah teruja untuk memulakan kerja dalam bidang media selepas tamat pengajian dengan ijazah komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lebih pun, Ainatun menjalani latihan amali empat bulan di The New Straits Times pada Oktober 2014 dan dia fikir peluangnya cerah.
Bagaimanapun, pencariannya tidak berjaya. Kecewa, Ainatun menangguhkan pencarian kerja dan berkahwin pada Oktober 2015. Wanita berusia 26 tahun itu melahirkan seorang anak perempuan tahun lalu.
Tahun ini, Ainatun memulakan kembali pencarian kerja, terdorong dengan hakikat yang beliau perlu membayar semula pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebanyak RM30,000.
Tetapi katanya, ramai majikan enggan mengambilnya bekerja kerana sudah berkahwin dan ada anak selain kurang pengalaman.
Akhirnya, suami memberinya RM4,000 untuk memulakan perniagaan secara online menjual barangan bayi.
Dalam kes Saiful Naquib Mohd Yusoff, 21, yang sudah 3 bulan tamat pengajian dari UiTM tahun ini, dia memutuskan untuk kerja sendiri.
Graduan kejuruteraan perisian itu tinggal di Ipoh, Perak dan berkata prospek kerja di kampung halamannya terhad, tetapi dia enggan pindah ke Kuala Lumpur kerana kos sara hidup tinggi.
“Saya ditawarkan kerja di Kuala Lumpur tetapi gaji hanya RM1,200. Saya tidak boleh hidup dengan jumlah itu di bandar,” katanya, menambah ijazah yang diambilnya menelan belanja RM19,500, dan perlu dibayar semula tidak lama lagi.
“Saya juga ada pinjaman pendidikan Mara sebanyak RM32,000. Saya terpaksa tangguh pembayaran semula sehingga dapat kerja,” katanya yang berasal dari Kuala Kangsar dan kini menjual madu.
Ainatun dan Saiful menjadi sebahagian daripada statistik itu, yang menunjukkan hampir 1 dalam 4 graduan baharu gagal mendapat pekerjaan dalam tahun pertama selepas tamat pengajian.
Namun, Bank Dunia dan syarikat pengambilan pekerja berkata antara cabaran perniagaan tertinggi bagi syarikat Malaysia ialah mendapatkan tenaga kerja berbakat.
Tom Osborne, pengarah serantau pakar pengambilan kerja Hays Malaysia berkata: “Kekurangan kemahiran di Malaysia berterusan dan 97% majikan sukar mendapatkan individu berkemahiran yang diperlukan.”
Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Prof Dr Md Zabir Abd Rashid berkata ini kerana Malaysia ada terlalu banyak universiti.
“Ada 20 universiti awam dan 65 swasta. Daripada 20 universiti awam, satu persoalan utama ialah berapa banyak yang kerajaan mahu jadikan ia institusi bertaraf dunia?
“Anda tidak boleh ada semua, hanya boleh ada satu, dua atau tiga saja.”
Zabid berkata sumber perlu diberi kepada universiti terpilih ini dan kerajaan juga perlu membuat keputusan adakah pendidikan untuk semua atau elit atau ia sekadar pelaburan.
“Apa peranan kerajaan dalam pendidikan? Adakah ia menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua?”

Salah siapa bila ramai graduan menganggur?


PADA satu-satu masa, Jobstreet menyenaraikan 5,000 hingga 6,000 kerja disasarkan khusus untuk graduan baharu. Ia tambahan kepada 25,000 hingga 35,000 senarai kerja yang disiarkan setiap hari di portal itu.
Jadi, jika anda tanya Simon Si, ketua komunikasi serantau Jobstreet, bagaimana ramalan pekerjaan pada 2017, jawapannya ialah: “Akan berlaku pengurangan tetapi syarikat masih berkembang atau mengambil pekerja”.
Dalam kata lain, ekonomi walaupun tidak kukuh, tetap masih memerlukan graduan baharu.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini jumlah graduan menganggur meningkat sehingga Khazanah Research Institute (KRI) berkata ia akan melaksanakan kaji selidik jangka panjang di seluruh negara berhubung masalah itu.
KRI menerusi laporan Keadaan Isi Rumah II yang disiarkan pada 29 Ogos, 2016 berkata pada 2015, 33.8% daripada penganggur mempunyai pendidikan tinggi berbanding 35.3% pada 2014 dan 30.6% pada 2013.
Kajian pengesanan graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2015 menunjukkan suku daripada 254,161 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pada tahun sama masih tidak bekerja selama enam bulan selepas tamat belajar.
Memilih, graduan tidak bersedia
Si yang mempunyai 11 tahun pengalaman dalam pengambilan pekerja berkata, maklum balas dan aduan daripada majikan seperti déjà vu.
Tangga teratas dalam senarai ialah kemahiran komunikasi dan bahasa Inggeris yang teruk, permintaan gaji dan faedah tidak realistik (meminta RM3,000 sedangkan kadar pasaran hanya RM2,000), terlalu memilih (graduan kejuruteraan menolak kerja yang memerlukan mereka bekerja di lapangan) dan sikap “buruk”.
Si berkata ada graduan tidak tahu mengenai skop tugas atau syarikat itu dan apabila mereka tidak bersedia, ia menjejaskan keyakinan dan kemampuan berkomunikasi mereka.
Katanya, bersedia adalah kuncinya.
“Jika mereka bersedia, mereka akan menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik, bahasa Inggeris bagus, memahami syarikat itu dan tahu mengenai gaji serta faedah yang ditawarkan,” katanya.
Pemerhatian Si itu tidak mengejutkan bagi naib canselor sebuah universiti swasta.
Prof Dr Md Zabir Abd Rashid dari Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) berkata kajian daya saing global yang menunjukkan hampir setiap aspek berkaitan bakat – daripada kualiti graduan kepada pertumbuhan dan pengekalan – ranking Malaysia di bawah.
Graduan tidak dapat pekerjaan kerana mereka kurang kemahiran teknikal.
“Salah siapa?,” kata Zabid dan menambah tidak perlu menyalahkan graduan kerana ia juga salah kerajaan dan sektor swasta.
Sasaran jangka pendek lawan jangka panjang
Buat permulaan, syarikat dan kerajaan tidak mempunyai wawasan jangka panjang.
Zabid beri contoh.

PKR ajak rakan politik pertahan perpaduan

SEBERANG JAYA - PKR mengajak semua rakan politik untuk mempertahankan perpaduan dan kesaksamaan demi menjayakan agenda reformasi negara.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua parti politik yang progresif perlu bersatu padu dan ketepikan ideologi serta kepentingan peribadi untuk terus mewujudkan satu gabungan yang kuat.
Mohamed Azmin Ali "Benar kita ada perbezaan dan pandangan tapi saya mengajak semua pihak yang berada didalam parti mahupun diluar parti kalau mahukan perubahan kita perlu pertahankan perpaduan sebagai penggerak reformasi negara.
"Kalau perpaduan ini dapat dipertahankan percayalah rakyat di luar sana sedang menanti-nanti dan meletakan harapan yang besar terhadap kita untuk membawa perubahan kepada negara pada pilihan raya akan datang," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.
Azmin berkata, walaupun sejak kebelakangan ini beliau menjadi sasaran daripada pelbagai pihak namum beliau ketepikan semua serangan itu kerana menyedari tanggungjawabnya untuk menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, dalam mana-mana permuafakatan sudah pasti mempunyai pandangan yang berbeza namun menurutnya itu bukannya alasan untuk meruntuhkan kepercayaan yang telah dibina oleh rakyat selama ini.
"Mana-mana pertalian mahupun suami isteri sekalipun ada pandangan yang berbeza.
"Ayuh kita selesaikan masalah ini dengan baik,berhemah,beradap dan bersopan kerana itulah yang dituntut oleh rakyat," katanya.
Mohamed Azmin berkata, PKR bersyukur kerana selama ini parti itu tidak kesorangan dan sentiasa mendapat dokongan yang kuat daripada DAP dan kini permuafakatan yang terjalin lebih teguh apabila menerima rakan baru daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ulama PAS 'diserang'

Hari kedua Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar hari ini dikejutkan dengan kewujudan poster menyerang beberapa tokoh ulama parti itu.
Bertajuk ‎'Zuhud PAS???' kertas bersaiz A4 itu menyerang tiga pemimpin PAS berstatus ulama dengan memaparkan perbandingan kenderaan digunakan sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen‎.
Gambar pertama mempamerkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan kereta yang didakwa pernah ‎dimilikinya sebelum ini dan sekarang.
Mangsa kedua poster tersebut ialah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
‎Di samping gambar Khairuddin ialah gambar kereta mewah jenis Audi Q7 disusuli dengan keterangan 'bini bawa jalan-jalan'.
Sementara itu, poster itu juga menyerang seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mokhtar Senik, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang.
Serangan terhadapnya berbentuk paparan skrin mengenai tuduhan 'skandal seks' yang pernah kecoh di media sosial sebelum ini.
Risalah itu diiringi keterangan gambar: "Jika anda bijak, anda tidak akan terpedaya dengan 'lebai-lebai' RUU355 ini.."
Sementara itu, semakan Malaysiakini mendapati poster-poster itu diselit dalam helaian akhbar berbahaya Melayu yang diberikan secara percuma kepada pengunjung muktamar.
Bagaimanapun perkara itu sempat disedari Unit Amal PAS yang kemudian membuang risalah tersebut sebelum mengedarkan akhbar berkenaan kepada pengunjung.
Namun, punca sebenar kewujudan risalah berniat jahat itu belum dikenal pasti.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perjalanan muktamar hari ini akan berlangsung seperti biasa.
Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan kepada perwakilan situasi semasa ekoran kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan malam tadi.
Takiyuddin juga memberitahu insiden berkenaan menyebabkan 18 orang cedera, dengan 13 daripadanya dirawat di hospital.

Sosma bukan motif politik, saya kategori mana, soal Maria

Maria menempelak Nur Jazlan yang menafikan Sosma digunakan pada tahanan politik
maria-chin-jazlanPETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menempelak Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menjustifikasikan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan ke atas tahanan politik, dengan mengambil contoh diri beliau.
Maria turut mempersoalkan hujah timbalan menteri dalam negeri itu dengan bertanya atas sebab apa beliau ditahan di bawah Sosma November lalu.
“Dalam siasatan (sebelum ini), saya diberitahu keganasan, penjualan dadah dan sekarang digunakan untuk gengster.
“Saya ada di kategori yang mana? Sebab saya sebenarnya dari NGO dan apa yang saya perjuangan adalah pilihan raya yang adil dan bersih. Kenapa dengan itu?” kata beliau kepada FMT.
Nur Jazlan ketika menggulung perbahasan usul berkenaan Sosma memberikan penjelasan terhadap kekhuatiran sesetengah pihak yang mendakwa akta itu digunakan sewenang-wenangnya untuk menahan ahli atau pemimpin politik.
“Kita tengok kes Maria Chin. Dia bukan tahanan politik, apa parti politik dia? Jadi dakwaan Sosma digunakan pada tahanan politik adalah tidak benar,” kata beliau di Dewan Negara.
Mengulas lanjut, Maria berkata, Nur Jazlan turut memberikan pandangan sempit tentang maksud politik yang sebenar.
“Dan, sangat jelas Sosma, untuk apa digunakan. Saya tak ada dalam apa-apa kategori. Saya rasa saya punya penahanan (di bawah Sosma sebelum ini) menyalahi undang-undang.
“Juga sangat bertentangan dengan Perlembagaan (Persekutuan). Kerana mereka menekan kebebasan untuk bercakap,” tegasnya.

'Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?'

Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kata Dr Mahathir, kehairanan itu berpunca daripada keputusan berbeza dikenakan pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan tuduhan rasuah membabitkan ahli perniagaan Phang Li Koon.
"Saya tak tahu, tetapi dalam kes Guan Eng dia adalah penjawat awam. Jadi, kalau ketua menteri penjawat awam, perdana menteri (siapa), kuli?" kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini malam tadi.
Bekas perdana menteri itu diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman misfeasans bagi pegawai awam yang difailkan beliau dan dua yang lain terhadap Najib Razak.
Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib - sebagai perdana menteri - bukan pegawai awam dan dengan itu menolak saman tersebut.
Tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah yang berkaitan dengan tanah penukaran (daripada pertanian kepada perumahan), dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.
Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.
Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan penukaran tanah di Balik Pulau untuk Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Artikel PM Kanada peluk Islam: Harakah mohon maaf

Harakah mohon maaf dan menarik kembali  artikel bertajuk PM Kanada peluk Islam selepas mendapati berita itu tidak benarHarakah mohon maaf dan menarik kembali artikel bertajuk PM Kanada peluk Islam selepas mendapati berita itu tidak benar
Akhbar rasmi Pas, Harakah memohon maaf atas kesilapan menyiarkan artikel mendakwa perdana menteri Kanada Justin Trudeau memeluk Islam.
"Harakah memohon maaf dan menarik kembali artikel di muka Fikrah pada keluaran 2243 bertajuk PM Kanada Peluk Islam.
"Sidang pengarang mengakui terdapat kesilapan translasi dan sumber kepada petikan artikel tersebut dan mengakui kecuaian berlaku.
"Dengan itu kami memohon maaf atas kesilapan tersebut dan akan menbuat ralat dalam keluaran 2245 akan datang," menurut kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily malam tadi.
Permohonan maaf itu dibuat apabila pelbagai pihak menyedari berita itu tidak benar selepas tular di media sosial.
Artikel bertajuk “Ketika ramai di Malaysia sangsi terhadap Islam, PM Kanada peluk Islam” penulis Zainudin Hashim memuatkan dakwaan itu bagi menyokong hujahnya yang bukan Islam semakin tertarik kepada Islam sementara ramai yang sangsi dengan usaha memartabatkan Islam di Malaysia.
“Perdana Menteri Justin Trudeau yang memeluk Islam kerana mendapati Islam dan penganutnya di Kanada adalah yang terbaik dalam segenap tindak tanduk, keperibadian, peradaban dan pergaulan mereka yang mesra alam hingga berjaya menjinak dan melunakkan perdana menterinya,” kata Zainudin.

Dr M ‘okay’ PAS tidak mahu bekerjasama

Presiden PAS semalam berkata partinya tidak mahu bekerjasama dengan PPBM yang tiada "imam" dan tiada ketentuan arah.
tun-m-bendera-pas-berkibarKUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terima keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan kerjasama pilihan raya.
“Kalau mereka tutup pintu, kita tak boleh masuk. Mereka dialu-alukan. Mereka tidak mahu bercakap dengan kita, ‘okay’ lah,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas acara Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak malam tadi.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar semalam berkata partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti seperti PPBM yang tiada “imam” dan tiada ketentuan arah.
Tahun lepas, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin partinya boleh menjadi jambatan antara PAS dan PH.
Dr Mahathir juga sebelum ini memberikan tempoh kepada PAS untuk memberikan jawapan. Hadi kemudian menjawab partinya tidak mahu bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Mesyuarat agung tahunan PAS yang sedang berlangsung ketika ini menyaksikan Dewan Ulama dan Dewan Pemuda meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR.
PAS dan DAP memutuskan hubungan antara lain mengenai pelaksanaan undang-undang Islam. Kekalahan beberapa pemimpin PAS dalam pemilihan 2015 membawa kepada penubuhan Amanah, yang membentuk Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan PPBM.
PAS enggan mengadakan kerjasama pilihan raya dengan Pakatan Harapan, dan berkata ia akan menyertai pilihan raya akan datang sebagai “blok ketiga”. PAS juga dilaporkan mahu meletakkan calon di kerusi yang diduduki parti pembangkang lain, memaksakan pertandingan 3 penjuru yang dipercayai akan memihak kepada Barisan Nasional.
Ambil duit tapi undi Pakatan

Setuju pinda Akta 164 tiada kaitan dengan Islam liberal, kata Hanipa

Mohamed Hanipa  MaidinMohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin membidas ulamak Pas yang mengaitkan fahaman Islam liberal dengan pihak yang menyokong pindaan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).
Beliau mempersoal kepafahaman pimpinan Pas mengenai Akta 164 yang didakwa masih banyak kelompangannya.
"Saya tidak pasti sama ada pemimpin Pas betul-betul hadam dan faham isu-isu yang masih tidak selesai dari Akta 164 tersebut?
"Seingat saya, dalam parlimen, antara wakil rakyat Islam yang banyak kali menyentuh masalah masalah berkaitan Akta 164 ini adalah Yb Parit Buntar (Dr Mujahid), Yb Kota Raja (Dr Mariah) dan saya sendiri.
"Seingat saya juga, saya tidak pernah melihat atau mendengar mana-mana wakil rakyat Pas yang pernah berbahas membangkitkan masalah Akta 164 ini. Saya rasa Yb Menteri dari Jerai tahu sangat perkara ini sebab kami banyak kali berbahas dengan beliau di parlimen tentang isu ini," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yaakob bahawa Islam liberal mempengaruhi beberapa pemimpin negara sehingga mereka takut kepada 'hudud' atau 'negara Islam'.Ahmad YaakobAhmad Yaakob
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut mengecam Islam liberal dengan berkata, mereka mengukuhkan pindaan yang dicadangkan kepada Akta 164.
Mahfodz berkata, kebangkitan Islam liberal di kalangan umat Islam dan beberapa pemimpin telah menjurus kepada cadangan itu, yang didakwa bertentangan dengan Islam.
Mengulas lanjut, Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) berkata, Akta 164 perlu dibahas dengan tenang kerana ia menuntut pandangan yang holistik dan kritikal tentang konsep keadilan.
Mahfodz MohamedMahfodz MohamedJelasnya, Akta 164 adalah nama lain kepada Akta Memperbaharui (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang dikenali dengan istilah singkat LRA iaitu singkatan kepada Law Reform Act oleh para peguam.
"Saya masih ingat semasa saya masih seorang pelajar undang-undang lagi, mantan pensyarah saya iaitu Almarhum Datuk Prof Ahmad Ibrahim telah bercakap dan menulis tentang beberapa seksyen dalam Akta 164 yang banyak mendatangkan masalah khususnya seksyen 51 Akta 164 tersebut. Almarhum telah sekian lama dan banyak kali mencadangkan pindaan ke atas seksyen 51 tersebut," katanya.
Menurut Hanipa, beliau juga banyak kali menyentuh tentang isu seksyen 51 Akta 164 tersebut dalam perbahasan di parlimen.
Seksyen 51 jelas beliau, menyentuh isu salah satu pasangan yang berkahwin menurut Akta 164 itu masuk Islam sama ada suami atau isteri.
"Masalahnya pasangan yang masuk Islam itu tidak boleh membatalkan perkahwinan mereka di mahkamah sivil. Oleh itu, ia, sama ada isteri atau suami yang masuk Islam itu, akan pergi ke Mahkamah Syariah untuk membatalkan perkahwinan dan/ atau jika ada anak untuk mendapatkan perintah jagaan ke atas anak itu," katanya.

Tahaluf Siyasi dengan PKR masih diteruskan - Idris Ahmad

Azman Ismail: Pusing Macammana Pun Masalah Sebenar Adalah Najib Razak & 1MDB

Mat Sabu: Kisah Didatangi Professor & Bekas Special Branch BANGANG Tentang Politik

Salahuddin Ayub: SEDIH Ada NGO Minta Siasat Kerakyatan Nenek Moyang Orang Bukan Melayu

Husam Musa: Tanda Tanda PAS Nak Bernikah Dengan UMNO,PAS Lari Dari Perjuangan Asal

Sabtu, 29 April 2017

Tahaluf siyasi: PKR P Pinang sedia segala kemungkinan

Mansor Othman
SEBERANG JAYA - PKR Pulau Pinang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Pas membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, walaupun pihaknya tidak mempunyai masalah dengan pimpinan Pas di negeri ini namun keputusan kesemua 13 kawasan yang mahu memutuskan kerjasama dengan PKR sedikit sebanyak memberi kesan kepada hubungan kedua-dua parti berkenaan.
Mansor berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu keputusan akhir yang akan dibuat Pas mengenai isu tahaluf siyasi itu.
"Apa yang kita lihat hanya perwakilan sahaja yang membangkitkan mengenai perkara ini dan tiada serangan yang dilakukan oleh pimpinan mereka mengenai perkara ini.
"Kita berharap apabila sampai masanya mereka akan berfikiran secara matang sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.
Ditanya mengenai persiapan untuk menempuhi PRU14 akan datang yang berkemungkinan tanpa kerjasama dengan Pas, Mansor berkata kesemua jentera parti di negeri ini harus bekerja lebih kuat untuk memastikan PKR mampu mempertahankan kerusi dan memastikan Pakatan Harapan mengekalkan kemenangan di negeri ini.

Dulu diajar lawan asabiyyah, jangan cenderung kepada si zalim, kata Mohd Sabu

Mohamad Sabu berkata, dulu kita diajar jangan cenderung kepada orang zalim.Mohamad Sabu berkata, dulu kita diajar jangan cenderung kepada orang zalim.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pendirian Pas pada masa ini jauh berbeza dengan apa yang pernah ditekankan dahulu.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, parti berkenaan sebelum ini mendidik ahlinya supaya melawan asabiyyah atau perkauman serta menolak pihak yang membelakangi keadilan.
"Kita diajar lawan asabiyyah. Dalam usrah dan pengajian, kita ditekankan jangan cenderung kepada orang yang zalim. Sekarang, puak yang bercakap itu bersama Umno untuk memainkan isu sentimen Melayu Islam.
"Dulu parti lama (Pas) dituduh parti ajaran sesat, parti ajaran menyeleweng, parti menentang pembangunan.
"Kita pun terpaksa jelajah seluruh Malaysia terangkan bahawa kami bukan sesat, kami menentang penyelewengan bukan pembangunan, kami tidak salah guna agama.
"Sekarang? (Timbul) tuduhan 1MDB, RM90 juta, tuduhan RM200 juta, Q7," ujarnya pada Ceramah Pakatan Harapan di Kedah semalam.
Mengulas pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tentang pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB, beliau berpendapat sentimen kaum dan agama yang sedang diperalat berisiko untuk menghalang rakyat melakukan perubahan.
Tambahan pula, jelasnya, apabila Pas mengeluarkan kenyataan dibolehkan turut mengundi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Rafizi dedah kepincangan Najib, tiba-tiba pemimpin parti lama saya kata pilihan raya akan datang, boleh undi Umno atau undi Pas. Ini apa ini? Apa dah jadi?
"Saya yakin kalau rakyat malaysia berfikir secara emosional walaupun Rafizi dedah penyelewengan macam mana pun, tidak akan berani tukar (kerajaan)," tegas Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu.
Beliau pada program di Pejabat BPR Dun Kubang Rotan, Taman Kekwa di Jalan Kuala Kedah itu turut mendedahkan isu yang diketengahkan sekumpulan intelektual Melayu yang mengunjungi pemimpin Amanah minggu lalu.
"Ada Tan Sri, bekas Ketua Pengarang Utusan, bekas pegawai kerajaan yang hebat. Mereka juga tidak lama lagi akan mengunjungi PKR.
"Mereka kata orang Melayu jangan berpecah sangat. Jangan terlalu keras melawan pemerintah yang ada. Salah seorang Tan Sri itu kata kalau berpecah begini, Kit Siang akan ambil alih pemerintahan Malaysia.
"Dia kata dia ada maklumat yang cukup, dia ada rakaman ucapan Kit Siang kalau Melayu berpecah, Cina akan perintah Malaysia.

Ribut di Muktamar Pas: Presiden Amanah berdoa semoga semua selamat

Ribut melanda muktamar Pas yang memusnahkan khemah-khemah utama yang menyebabkan beberap cedera dan ambulan meluru ke kawasan muktamar.Ribut melanda muktamar Pas yang memusnahkan khemah-khemah utama yang menyebabkan beberap cedera dan ambulan meluru ke kawasan muktamar.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berharap ahli-ahli Pas yang menghadiri muktamar tahunan parti itu di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Alor Setar terhindar daripada bahaya akibat bencana ribut yang melanda di kawasn itu lewat petang tadi.
"Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.
Khemah muktamar rosak akibat serangan ribut lewat petang tadi.Khemah muktamar rosak akibat serangan ribut lewat petang tadi."Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli Pas yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan segera sebentar tadi.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu turut mendoakan mereka yang mengalami kecederaan agar pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.
"Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendak-Nya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini.
"Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada mangsa yang tercedera. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Kepada Allah jua tempat kita berlindung," tambahnya lagi.
Beberapa foto yang mulai tular di media sosial menyaksikan sejumlah khemah musnah dilanda ribut manakala kenderaan bomba dan penyelamat dilihat berada di lokasi kejadian.
Beberapa ambulan berkejaran ke kawasan muktamar manakala yang cedera di bawah ke Hospital Sultan Bahiyah, Alor Setar.