Isnin, 20 Mac 2017

Debat Tun M-Nazri: 'TV3 tak siar, Sinar TV kan ada'

Rafizi Ramli SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, beliau menantikan dialog di antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya menanti dan menunggu dialog itu diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Konvensyen Warga Felda, di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, dekat sini, semalam.
Mengulas sama ada beliau akan hadir dalam dialog berkenaan, Rafizi berkata tidak.

"Ini kerana ada beberapa urusan kerja perlu saya selesaikan.
"Cumanya, kalau tak nak bagi TV3, RTM siar pun, sekarang ada Facebook live, ramai-ramai boleh tengok, Sinar TV kan ada," katanya.
Dialog kedua-dua tokoh itu mengenai beberapa isu hangat yang akan diadakan pada 25 Mac ini di Dewan Dato' Maharajalela Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, jam 3.00 petang.
Idea mengadakan dialog ini tercetus apabila Mohamed Nazri dan Mahathir saling ‘perang mulut’ di media sosial dan Mahathir mencabar menteri itu berbahas dalam pelbagai isu.

1 ulasan:

  1. TV perdana semua orang tahu ianya dikawal kerajaan. Selagi najib tak bagi green light, sorrylah nak dapat live telecast. Pengalaman sobri berdebat dgn anwar dulupun masih terasa kesan nya.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA