Isnin, 20 Mac 2017

'Biar Najib jawab isu 1MDB jika Johari tidak tahu cerita sebenar'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan apa yang berlaku di sebalik isu 1MDB jika Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani tidak mempunyai "cerita sebenar” apa yang berlaku," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kenyataannya itu dibuat susulan dakwaan Johari minggu lalu bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan pertuduhan mengenai skandal 1MDB tanpa gambaran sepenuhnya.
"Saya mengakui bahawa sebagai Menteri Kewangan Kedua, Johari mungkin tidak mempunyai cerita yang sebenar mengenai skandal 1MDB.
“Namun perdana menteri dan menteri kewangan Najib mempunyai cerita yang lengkap mengenai skandal 1MDB. Atau adakah Najib bersedia untuk menafikan ini?
"Adakah Johari bersedia untuk berhadapan dengan Najib dan menuntut sebagai menteri kewangan kedua, dirinya perlu diberitahu cerita sepenuhnya skandal 1MDB, atau adakah beliau akan mengemukakan peletakan jawatan serta-merta dari kabinet?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jawapan Johari tentang mengapa tiada pendakwaan ke atas skandal 1MDB adalah "naif" dan "mengejutkan" kerana 1MDB adalah entiti kementerian kewangan.
Lebih-lebih lagi, kata Lim, saman sivil 126 muka surat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dipercayai dibeli dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB mempunyai yang "cerita agak penuh", kata Lim.
Jawapan Johari di Parlimen minggu lalu menyaksikan pertikaman lidah antara menteri itu dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan berlarutan dengan pelbagai surat terbuka.

1 ulasan:

  1. PM kalau boleh mahu biarkan masa menutup dengan sendiri isu 1mdb. Najib tau ianya satu kesilapan jadi jangan haraplah najib nak jawab. Tak perlu meminta minta sesuatu yang jelas tidak akan diberi.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA