Rabu, 15 Februari 2017

Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini


Polis memberi kelulusan kepada pihak penganjur Perhimpunan RUU355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok, di sini Sabtu ini bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur dan peserta perhimpunan perlu mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada hari itu, Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen pula akan ditutup mulai 8 pagi hingga 12 tengah malam, katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pada 24 November lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Januari lalu dipetik berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.
“Ia dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menghadapi tentangan pihak yang tidak memahami dan cuba ambil kesempatan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
“Kita menjemput semua pihak ke himpunan besar-besaran ini. Ia melibatkan lebih 200 NGO dan menjangka lebih 300,000 peserta menyertainya,” katanya.

1 ulasan:

  1. Aktiviti pas buang masa tenaga dan duit. Yg akan luluskan akta ini ialah parlimen bkn hok berhimpun di padang merbuk. Aku yakin akta ini tak lulus krn ramai mp akn menentang. One of the is tengku razali dan mist mp from sabah dan sarawak.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA