Khamis, 16 Februari 2017

Pemuda Umno tidak halang ahlinya sertai Himpunan RUU 355

Khairul Azwan Harum Khairul Azwan Harum
Pergerakan Pemuda Umno tidak akan menghalang ahlinya untuk menyertai Perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran Pas, yang akan diadakan Sabtu ini.
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda Umno terhadap perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok dan telah mendapat kelulusan pihak polis itu.
"Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita," katanya selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
Khairul Azwan berkata beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan.
Dijangka sebanyak 200,000 orang hadir ke perhimpunan yang bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu.
Pada 24 November lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan berkata Pemuda UMNO mengalu-alukan keputusan Kabinet hari ini yang akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
"Ini satu langkah awal yang baik. Namun saya harap tiada sebarang spekulasi sehingga pasukan petugas khas ini selesai menjalankan siasatannya," katanya.
Turut dilaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharon akan hadir Himpunan sama.

4 ulasan:

  1. Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plastik dijual 20 sen dipasaraya menyusahkan rakyat. Jom undi bn.

      Padam
    2. ko nie tak habis2 pasal plastik....bodoh sgt ko nie.....yg BN mula2 suruh bayar plastik 20 sen ko tak pulak bising....yg aku nampak plastik kalu guna pun 2 plstik 20 sen....tp minyak yg naik 20 sen seliter....dan kereta ko guna seliter ker......pasal minyak ko senyap jer....bodoh nak mampus.....

      Padam
  2. Pemuda umno dan jamal patut buat demo bantah plastik 20 sen dijual di supermarket krn susahkan rakyat.
    Hadi perhimpunan ruu355 membuang masa. Akta tak luluspun. Pas kena main.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA