Rabu, 15 Februari 2017

Pas tak perlu tempoh sebulan boleh berdiri sendiri - Mohd Amar

Mohd Amar KOTA BHARU – Pas tidak memerlukan tempoh sebulan dari Bersatu, malah parti itu membayangkan boleh berdiri sendiri menjelang PRU14 nanti, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, Pas tidak pernah gentar bersendirian dan telah menentukan arah perjuangan mereka walaupun tidak bersama dengan pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.
“Kita sudah lama duduk bersendirian. Kalau Tun Mahathir kata kita tidak efektif, maka tidak perlulah kita masuk dalam pakatan itu, sebab kalau kita masuk nanti kita akan susahkan dia pula.
“Lebih baik kita bawa jalan masing-masinglah. Memang kita tidak masuk dalam Pakatan Harapan, tetapi sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, kerjasama dalam bentuk-bentuk yang berbeza itu boleh dibincangkan.
“Ada banyak kaedah kita boleh kerjasama dalam politik ini. Tidak semestinya mesti berada bersama-sama dalam pakatan itu,”katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang mendakwa Pas akan menjadi parti yang tidak efektif dalam politik negara sekiranya terus berdegil dan kekal dalam pakatannya sendiri tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti.

4 ulasan:

  1. PH minta pas bagi kerjasama utk kalahkan najib, itu saja. Kita tahu pas boleh bertanding sendiri sendiri tapi kita tahu jika pertandingan satu lawan satu, bn akn sakit.
    Itu aje.

    BalasPadam
  2. PiS mempertahankan untuk bersendirian adalah kerana bagi memastikan pertandingan tiga penjuru untuk menjamin kemenangan Umno/Bn pada PRU14 nanti. Pis sudah melihat kesannya pada PRU13 dahulu dan juga PRK Sungai Besar dan Tanjung Malim sebelum ini. Pemimpinya sebenarnya telah makan dedak Umno.

    BalasPadam
  3. Yer ker pas terima duit hadiah daripada umno? Bkn kah wang sebegitu haram. Pas kan parti islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luar jer islam....dlm I slam.....semua belasah jer....hihihi

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA