Rabu, 15 Februari 2017

Pas akan bersendirian atau dengan Umno, kata ahli MPT Bersatu


Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinBersatu beranggapan, Pas sekarang tidak akan bekerjasama lagi dengan PKR dan juga partinya selepas meletakkan syarat tidak boleh ada hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bersama mereka.
Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Kadir Jasin berkata, Pas akan bersendirian atau bersama Umno dalam PRU - 14 nanti.
"Tolak campur darab bahagi kita sampai ke tempat yang sama iaitu Pas sama ada bersendirian atau berpakat dengan Umno," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe.
Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, Umno tentu tak mahu satu lawan satu dengan gabungan PPBM-Pakatan Harapan.
"Bertanding satu lawan satu, Umno mungkin kalah teruk. Jadi tak hairan langsung kalau Umno akan upah Pas untuk jadi "spoiler"," kata Kadir.
Kenyataan Kadir ini dibuat ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi wang bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Jadi kalau kita ikut logik amanat terbaru Abdul Hadi itu, Pas bukan saja tak akan kerjasama dengan PPBM tapi juga dengan PKR sebab PKR adalah ahli Pakatan Harapan yang anggotanya terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah," kata Kadir.
Jadi, kata Kadir, kalau Pas nak kerjasama pun boleh jadi dengan Umno pasal Umno tak kerjasama dengan DAP dan Amanah.

"Tapi dengan Barisan Nasional susah sikit sebab ada parti BN yang tak sokong RUU355 Abdul Hadi," kata Kadir.
Menurut Kadir, para penganalisis dan peramal politik kata, sikap Abdul Hadi terhadap Umno atau lebih tepat terhadap Najib berubah menjadi sangat mesra selepas dia jatuh sakit di Turki pada bulan Mei tahun 2014.
"Sejak itu perhubungan Abdul Hadi dan Najib macam kembar Siam," tulis Kadir lagi.

1 ulasan:

  1. Saya jangka pas akn kekal di kelantan dan menang beberapa kerusi di terengganu dgn bantuan umno. Di kelantan umno akn mengalah dgn memberi kemenangan kpd pas.
    Sebagai balasan, pas akn jadi spoiler di negeri selangor kedah dan penang. PH kena Jaga jaga tektik pas ini. Saya jangka dgn bantuan pas, selangor akn kembali kpd bn. Kesian kpd rakyat selangor.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA