Khamis, 16 Februari 2017

Pakatan Harapan disaran mansuhkan Jasa jika bentuk kerajaan


Rafizi RamliRafizi Ramli
Pakatan Harapan disaran memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini dilihat menjalankan kerja-kerja propaganda BN dengan kakitangannya diagihkan ke jabatan lain atau diberhentikan.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, kakitangan tetap Jasa yang telah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan awam akan dipindahkan ke jabatan atau kementerian yang memberikan khidmat terus kepada rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan.
Beliau menambah, semua lantikan politik di peringkat tertinggi Jasa akan ditamatkan perkhidmatan manakala semua lantikan kontrak yang melibatkan ahli Umno yang didapati dilantik khusus bagi tujuan propaganda akan ditamatkan perkhidmatan.
Dengan merujuk buku senarai perjawatan, beliau turut menyemak senarai jawatan Jasa di seluruh negara yang mempunyai 272 kakitangan.
Pecahan kakitangan Jasa, ujarnya meliputi enam orang di Pejabat Ketua Pengarah;
Bahagian Gerak Saraf dan Perancangan Dasar (3 orang); Bahagian Pembangunan Insan (4 orang); Bahagian Khidmat Pengurusan (36 orang); Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (127 orang); manakala pembantu tadbir, penolong akauntan, juruaudio dan pemandu (96 orang).
"Ini bermakna 47% dari keseluruhan kakitangan Jasa di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT).
"Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50% dari kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan," tegas beliau.

1 ulasan:

  1. JASA betul2 membazir duit rakyat. Takda pekdah sikit pun kpd rakyat jelata. Kuburkan JASAd ni

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA