Rabu, 15 Februari 2017

Mahfuz boleh keluar Pas jika tidak puas hati - Mohd Amar

Mahfuz, Amar
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dinasihatkan untuk keluar Pas daripada terus mengkritik dan menyerang parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, seharusnya pemimpin itu keluar parti memandangkan apa yang dikritiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli oleh parti.
“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam Pas tapi serang Pas. Kritik Pas, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam Pas,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahfuz yang didakwa berkata Pas tidak perlu menunggu muktamar parti itu April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana Pas sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan Pas menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.
Mengulas isu tersebut, Mohd Amar berkata, Pas tidak mengambil kira apa yang dinyatakan Mahfuz itu dan pemimpin tersebut diminta meninggalkan parti jika benar-benar tidak berpuas hati dengan perjuangan, keputusan dan apa sahaja yang dibuat dalam parti.

3 ulasan:

  1. PAS skrg ni cukup sensitif, tidak boleh dikritik malah dah nak tiru mcm umno. Apa yg mahfudz tegur dan saran itu betul utk kebaikan pas. Adakah pas mahu ahli2nya jenis bisu dan mengikut telunjuk pemimpin shj? Pas bkn tempat kerja wajib ikut bos. Pas sebuah persatuan, ahli berhak tegur. Contohi saidina omar, perempuanpun boleh tegur jika beliau silap.

    BalasPadam
  2. Nanti selepas keluar, senanglah digelar pengkhianat, hilang akidah dan seribu satu macam kutukan. Sudahlah menyamakan parti sebagai agama malah pemimpinnya seolah-olah dianggap maksum sehingga tak boleh ditegur. Kembalilah ke pangkal jalan wahai pemimpin PiS! Kebanyakan pemimpin PiS seolah-olah dijangkiti penyakit 'nanar' dan tak boleh berfikir secara rasional dan matang. Katanya mengamalkan politik matang, tapi nampaknya tindakan mereka seperti budak suruhan umngok.

    BalasPadam
  3. Kenapa tak dipecat sahaja Datuk Mahfuz tu seperti mana Datuk Husam? Nampaknya penyakit yang ada pada tuang presideng kini menjangkiti naib presideng. Sikap beliau menyuruh Datuk Mahfuz keluar parti merupakan sikap yang boleh memecahbelahkan parti kerana Datuk Mahfuz juga mempunyai pengikut yang ramai. Adakah beliau telah lupa bagaimana tertubuhnya Amanah setelah tuang presideng 'menghalau' keluar kumpulan progresif dahulu? Saya yakin selepas parti PiS akan menghadapi gelombang perpecahan kedua yang lebih besar kali ini sekiranya pemimpinya mengekalkan sikap keras kepala. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA