Khamis, 16 Februari 2017

K’jaan HARAPAN tak perlu jabatan propaganda, kata Rafizi

Pakatan Harapan tidak memerlukan sebarang jabatan propaganda kerajaan sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau mengulas kenyataan bekas Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam yang berkata, sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, sekaligus mentadbir negara, sudah pasti JASA akan membela mereka.
“Tugas menjawab kritikan dan serangan ke atas sebarang dasar kerajaan persekutuan adalah tugas menteri yang bertanggungjawab.
“Beliau perlu mempertahankan dasar yang diperkenalkan partinya semasa memerintah dan jika beliau tidak mampu, maka beliau sewajarnya dipecat oleh perdana menteri atau tidak diundi rakyat dalam pilihanraya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Rafizi berkata tidak ada keperluan untuk jabatan propaganda menghebahkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang tidak boleh dibuat oleh jabatan kerajaan.
“Apatah lagi propaganda yang mempertahankan pemimpin dan parti politik yang dituduh terlibat di dalam penyelewengan wang rakyat,” katanya.
Lokman yang kini berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Kementerian Kewangan selepas tujuh tahun di JASA, Selasa lalu menulas kenyataan Rafizi yang mencadangkan penutupan JASA yang menelan perbelanjaan RM22 juta setahun.
Rafizi berkata dengan membubarkan JASA, kakitangan kerajaan itu boleh ditugaskan semula ke jabatan lain yang mampu memberi manfaat kepada rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan.
Beliau berkata kerajaan HARAPAN akan menamatkan semua lantikan politik berpangkat tinggi di JASA, yang kini diterajui oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi.
Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan turut menggesa Puad untuk mendedahkan nama-nama 127 kakitangan lantikan kontrak JASA untuk menunjukkan sejauh mana pelantikan politik di jabatan itu.
“Ini bermakna, 47 peratus dari keseluruhan kakitangan JASA di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT).
“Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50 peratus kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan.

"Empat puluh tujuh peratus daripada tenaga kerja Jasa yang dikontrakkan kakitangan. Campurkan dengan berpangkat tinggi pelantikan politik, dan anggaran saya adalah bahawa 50 peratus pegawai Jasa menguncup kakitangan yang sering lantikan politik.
“Oleh demikian, saya menyeru supaya Ketua Pengarah JASA menyiarkan nama setiap penjawat Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (JSKT) di ibu pejabat JASA dan pejabat JASA negeri-negeri agar orang ramai dapat mengesahkan sama ada benar JASA digunakan untuk menempatkan aktivis Umno menjalankan kerja propaganda dengan dibayar oleh rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA