Khamis, 12 Januari 2017

Rakyat diingat jangan lalai isu 1MDB dengan tangkapan ‘jerung besar’ oleh SPRM

KUALA LUMPUR: AMANAH sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan SPRM bertindak menangkap dan menahan beberapa ‘jerung besar’ mutakhir ini, tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya kepada Amanahdaily.
Katanya, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalai dan dipesongkan daripada isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia.
Jelas beliau lagi, semua pihak dalam masyarakat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baharu dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.
Salahuddin berkata, AMANAH merakamkan rasa kagum di atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.
Bagi AMANAH katanya, ini adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukan.
“Beberapa kes tangkapan terhadap ‘jerung besar’ termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka,” kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

1 ulasan:

  1. Kami Bantah Caj 20 Sen Guna Beg Plastik. Ini kempen menyusahkan rakyat.

    Ini kerana kempen berkenaan hanya menyusahkan rakyat dan menguntungkan penjual kerana tak perlu sediakan apa2 beg.

    Kerajaan selangor sepatutnya mengarahkan penjual sediakan beg kertas.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA