Rabu, 26 April 2017

KAJISELIDIK INVOKE - BUANG MASA SAJA PAS BERTANDING PILIHANRAYA

Kajiselidik ini memberi gambaran yang nyata bahawa PAS adalah pengacau, merudum sokongan dan tidak diperlukan untuk agenda perubahan menyelamatkan negara.

Daripada 80 kerusi yang mahu ditandinginya, barangkali 8 kerusi pun Pas sukar untuk mencapai kemenangan.

Maka, yang sepatutnya berlaku bukanlah Pakatan Harapan tidak meletakkan calon di kerusi-kerusi yang Pas bertanding sebagaimana yang diseru oleh beberapa pemimpin parti itu, sebaliknya Paslah yang sepatutnya tidak bertanding langsung dalam pilihanraya akan datang ini.

Pas, dengan hanya bersama Ikatan, sebuah parti cilik yang dengar khabarnya mempunyai keahlian tidak sampai pun 1,000 orang, adalah entiti kecil lagi terpencil berbanding Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Pakatan Harapan juga jelas perjuangan dan arah yang mahu ditujunya iaitu menyingkirkan Najib Razak, mengalahkan BN serta menyelamatkan negara daripada kleptokrasi yang berterusan.

Apa agenda perjuangan Pas? Penasihat kepada kerajaan?

Lagi pula, dengan hasrat bertanding di 80 kerusi Parlimen saja, itupun terhad di kawasan luar bandar dan perkampungan Melayu, apakah perubahan yang mampu Pas janjikan untuk rakyat dan negara secara keseluruhannya?

Sekadar ingin menjadi kuasa penentu atau "king maker"  di ketika rakyat sedang meluap-luap dahagakan perubahan, boleh juga dikira suatu bentuk pembelotan dan pengkhianatan, apa lagi kalau nama agama dijual sama di merata-rata.

Di Muktamar Pas bermula 28 April ini di Kedah, memuktamadkan tidak bertanding pada PRU 14 adalah pilihan terbaik bagi Pas sementara mereka melakukan muhasabah dan koreksi diri atas kecelaruan yang didatangkan oleh kepimpinan Hadi Awang yang membingungkan ahli dan penyokongnya sendiri selama ini.

Untuk apa Pas menyertai pertandingan kiranya sebelum, semasa atau selepas keputusan pilihanraya nanti, hanya cemuhan dan kejian saja yang mereka terima?

Mana perginya bayaran 1MDB kepada Aabar ?

Apa yang berlaku kepada pembayaran sebelum ini dari 1MDB kepada Aabar Abu Dhabi?
Soalan ini dibangkitkan oleh MP Kulim Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga salah seorang wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Aziz berkata demikian berikutan pengumuman penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC), yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.
"Saya menyokong penyelesaian itu... tetapi Kementerian Kewangan mesti menjelaskan kepada PAC mana perginya pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar sebelum ini," kata Aziz (gambar) ketika dihubungi Malaysiakini.
IPIC memulakan prosiding timbang tara tahun lepas untuk menuntut AS$6.5 bilion daripada 1MDB. Penyelesaian itu diumumkan semalam.
Menurut pemfailan yang dibuat kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia akan menerima AS$1.2 bilion dalam dua bayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember
Pemfailan itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk "membuat baik perbincangan iman berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh Kumpulan 1MDB kepada entiti tertentu ".
Walaupun ia tidak menyebut siapakah "entiti tertentu", namun ia mungkin merujuk kepada pembayaran AS$3.5 bilion yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI), yang diperbadankan di Kepulauan British Virgin.
Menurut laporan PAC mengenai 1MDB yang diterbitkan tahun lepas, AS$3.5 bilion tersebut adalah daripada empat transaksi berasingan kepada Aabar BVI - atau Aabar Ltd seperti yang dinamakan dalam laporan itu.
Yang pertama adalah AS$1.367 bilion deposit sekuriti bagi AS$3.5 bilion bon 1MDB dengan bantuan IPIC, diikuti dengan pembayaran AS$993 juta
bagi penamatan opsyen bon.
Terdapat juga dua bayaran sebanyak AS$885 juta dan AS295 juta, yang menurut PAC, ia tidak dapatpastikan sama ada ianya deposit sekuriti atau sebahagian daripada bayaran opsyen penamatan.
IPIC telah berkata bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan Aabar BVI dan ia juga tidak menerima pembayaran itu
1MDB berkata ini mengejutkan, dengan mendakwa bahawa rekodnya menunjukkan Aabar BVI dimiliki oleh IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar).

BN laksana GST biaya kerugian RM39 bilion 1MDB

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR
Tatkala kerajaan BN berterusan cuba mengalihkan pandangan umum daripada fakta mengenai ketirisan dalam pengurusan dana awam melalui ‘berita palsu’ yang diterbitkan di media arus perdana, rupa-rupanya ada dapatan menarik mengenai GST yang sengaja disenyapkan.
Perolehan kerajaan RM39 bilion menerusi GST adalah sama dengan jumlah kerugian yang dicatatkan akibat skandal penyelewengan 1MDB. Menerusi kadar GST 6%, rakyat menjadi mangsa kepada penyelewengan kerajaan.
Sementara, pimpinan Pakatan Harapan (PH) kekal konsisten dengan pendapat bahawa beban akibat GST harus dihentikan segera.
Awal bulan ini, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) mendedahkan bahawa 1MDB mengalami kerugian RM39 bilion akibat penyelewengan dan pengurusan yang lemah dan pada masa sama, kerajaan BN dijangka mengumumkan kutipan RM39 bilion menerusi GST pada 2016.
Ini jelas menunjukkan cukai yang tinggi kepada rakyat – terutamanya golongan B40 dengan kadar 6%, boleh dielak sekiranya 1MDB tidak perlu diselamatkan.
Pakatan Harapan kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru dan beban yang diakibatkan oleh GST harus dihentikan segera.
Saya sekali lagi menegaskan komitmen Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif 2017 bahawa semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kadar sifar GST sekiranya PH diberi mandat pada pilihan raya akan datang.
Langkah ini bertujuan mengalihkan beban rakyat yang sengsara akibat kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanakan GST 6 peratus.
Apapun, tindakan kerajaan BN berterus-terusan mengenakan cukai yang membebankan rakyat menerusi GST pada kadar 6% sejak dua tahun yang lalu jelas membuktikan rakyatlah yang sebenarnya menyelamatkan kerajaan pusat.

‘MENGAPA JOHARI TAK TERLIBAT RUNDINGAN 1MDB?’


Apa sebenarnya yang dirundingkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dan mengapa Menteri Kewangan tidak terlibat dalam penyelesaian pertikaian antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (Ipic) – itu dipersoalkan Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mempertikaikan mengapa tiada pembabitan menteri, Mahfuz berkata, persoalan yang timbul daripada perkembangan itu juga menyebabkan orang ramai bertanya, apakah yang cuba disembunyikan pihak terbabit daripada pegawai di Kementerian Kewangan.
“Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang antara 1MDB dan syarikat Abu Dhabi itu.
“Katanya, rundingan dan penyelesaian itu dilakukan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan Pegawai Pjabat Perdana Menteri.
“Suatu yang menghairan saya, 1MDB ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Kewangan. Tiba-tiba rundingan penyelesaian hutang kepada IPIC tidak melibatkan Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan.
“Apa sebenarnya yang dirundingkan dan (apa) yang cuba disembunyikan daripada pegawai kementerian kewangan?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 22 April lalu Malaysiakini melaporkan Johari sebagai berkata, beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian antara 1MDB dan IPIC.
Johari diminta mengulas kebimbangan mengenai wang pembayar cukai digunakan dalam penyelesaian awal sebanyak AS$1.2 bilion seperti dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
“Saya tidak terlibat dalam rundingan. Ia dilakukan oleh pengurusan dan lembaga 1MDB dengan pegawai PMO (Pejabat Perdana Menteri),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Mahfuz, sebelum ini 1MDB terletak di bawah kuasa penuh perdana menteri. Justeru, katanya,semua perkara yang melibatkan kewangan dan pelaburan mesti mendapat persetujuan dan kelulusan perdana menteri.
Tiada jawapan PM
Tetapi, katanya, selepas berlaku kekecohan kerajaan meminda kuasa merujuk kepada perdana menteri ditukar kepada menteri kewangan, serta lembaga penasihat dimansuhkan.
“Jadi kenapa perlu melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dan tidak menteri kewangan, khususnya menteri kewangan II.
“Mana boleh menteri mewangan II berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan kerana ia dilakukan oleh pengurusan dan lembaga 1MDB dengan pegawai Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
Mahfuz berkata, rundingan penyelesaian hutang 1MDB kepada IPIC adalah berkaitan pinjaman dan faedah terkumpul berjumlah AS$3.5 bilion.
Mengikut 1MDB pula, katanya, jumlah AS$3.5 bilion (RM15.3 bilio) telah dibayar kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar Investmen PJS Ltd (Aabar BVI) iaitu “syarikat samaran palsu” yang diperakui dalam laporan Ketua Audit Negara.

Madinah digesa deklasifikasi laporan 1MDB

Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad digesa supaya mendeklasifikasikan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB menjelang 100 hari beliau memegang jawatan tersebut.
Ketua komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Madinah mesti "mencari keberanian" untuk berbuat demikian, selepas akhirnya berdepan dengan media semalam - 62 hari selepas pelantikannya.
"Namun saya dan orang ramai kecewa apabila beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan oleh pihak media mengenai status Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB. Keengganan beliau untuk memberikan respon ini bukanlah suatu yang positif," kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Madinah, katanya, perlu berani menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya deklasifikasi dan dedahkan Laporan Ketua Audit berkenaan 1MDB.
"Saya harap orang ramai akan dapat membaca laporan tersebut sebelum hari ke-100 Tan Sri Dr Madinah memegang jawatan Ketua Audit Negara," tegas Fahmi.

Amanah atasi Pas dengan kelebihan 3.6 peratus


PAS -Amanah
Analisis Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati daripada segi sokongan rakyat, Amanah sudah mengatasi Pas dengan berada pada 16.1 peratus berbanding 12.5 peratus bagi Pas.
Rafizi Ramli Rafizi Ramli Kelebihan 3.6 peratus itu kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdasarkan kaji selidik sepanjang Februari sehingga April tahun ini.
Mengumumkan dapatan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI), beliau berkata, Amanah berbeza dengan Pas kerana parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya tertumpu di Kelantan dan Terengganu.
"Kalau Pas bertanding 8 kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan. Jadi, kalau menang sapu bersih 22 kerusi Parlimen pun itu hanya 10 peratus.
"Di tempat lain oleh sebab 80 peratus ke bawah Melayu dan Pas tidak dapat sokongan bukan Melayu berbanding Amanah," ujarnya.
Rafizi berkata, Amanah sama seperti Bersatu sebagai parti baharu yang belum pernah lagi diukur kekuatannya melainkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu.
"Kedua-dua PRK itu berlaku dalam keadan Pakatan Harapan kalah besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan masalah-masalah lain," jelasnya.
Sementara itu, suasana Kedah, tambahnya, berbeza susulan kemunculan Bersatu dengan Tun Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai pemimpin parti berlogokan bunga raya itu.

PAS: Adam Rosly keluar parti selepas tewas jawatan ketua pemuda

Iskandar berkata demikian bagi menjawab dakwaan Rafizi di mana Adam pernah menyertai PAS sebelum masuk PKR pada 2010
Adam-Rosly_4PAS Selangor mengesahkan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes rasuah membabitkan banglo mewah, bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan jawatan ketua Pemuda Kawasan Ampang.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Adam keluar daripada PAS dan menyertai PKR selepas itu.
“Dulu Adam ahli PAS Ampang, tapi dia tewas dalam pemilihan ketua Pemuda, dia terus keluar PAS dan masuk PKR,” katanya kepada FMT hari ini.
Iskandar berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang Adam menyertai PAS sebelum melompat ke PKR pada 2010.
Rafizi dilaporkan berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dakwaan ke atas Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti itu dan boleh dijadikan modal politik oleh Umno dan PAS.
“Kalau tidak ditangani dengan baik, ia memberi kesan kepada parti. Nanti orang akan kata kesalahan orang lain kami bising, tapi bila kena pada parti sendiri kami diam.
“Jadi kami perlu bertindak, jika tidak musuh politik Pakatan Harapan, baik Umno mahu pun PAS akan ambil kesempatan,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi turut mendesak Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga perbicaraan kesnya selesai.
Jumaat lalu, Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan berkaitan keterangan palsu di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Dia dituduh memberi keterangan dan dokumen palsu ketika siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari lepas.
Antara lain, Adam dituduh berbohong ketika menyenaraikan pecahan sumber dana pembelian banglo yang menurutnya berharga RM1.2 juta.
Pemuda berusia 29 tahun itu berkata, lebih setengah juta ringgit dibayar menerusi pinjaman daripada 2 ah long.

LAWAN TETAP LAWAN: Najib Nak Gantikan Anwar Di Sungai Buloh

Hanya Yang Bodoh Saja Sertai UMNO

IPOH:Rafizi Ramli - Orang Gila Mana Nak Bagi 5 Bilion Dekat Najib Razak Utk Bayar Hutang 1MDB

IPOH:Dr.Mujahid - Rakyat Kena Terima Kenyataan Yg Negara Akan Musnah Kerana Najib Razak

AUTA DAN CACA-MARBA SKANDAL 1MDB

Jika diperhatikan daripada awal, 1MDB adalah syarikat milik kerajaan yang paling banyak melahirkan pengautaan, caca-marba dan berbeza-beza dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab terhadapnya.

Syarikat bermodal RM2 pun tidak seperti itu dalam pengendaliannya.

Dalam kes melibatkan bon bernilai AS$3.5 bilion dan pertikaian berhubung bayaran yang tidak diterima daripada 1MDB sehingga IPIC memohon pengadilan ke Tribunal Timbangtara Antarabangsa saja, sudah cukup untuk membuktikan wujud caca-marba dan ketidak-tentuannya.

Pada 25 Mei 2016, Najib Razak berkata, kerajaan tidak terikat dari segi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion itu.
Ini memandangkan tiada jaminan atau surat sokongan kerajaan ke atas bon-bon tersebut, jawabnya di Parlimen.

Tetapi, apa sudah jadi sekarang, mengapa kerajaan mengambil balik bon-bon itu beserta faedahnya sekali?

Jika tiada apa-apa ikatan dan berpegang kepada hakikat bahawa bayaran yang  dibuat sebelum itu adalah sah, untuk apa ia diambil balik serta bersetuju memikul tanggungjawab sambil membuat bayaran berganda?

Pada 2 Ogos 2016, Kementerian Kewangan melahirkan perasaan amat yakin bahawa 1MDB  akan memenangi kes timbangtara yang difailkan oleh IPIC kepada syarikat pelaburan kerajaan itu berhubung pertikaian pembayaran hutang.
Berdasarkan semua dokumen yang diberikan oleh 1MDB kepada saya, saya amat yakin dengan kemenangan 1MDB.

Sebab itu, kita mengambil keputusan untuk tidak membayar faedah berkenaan...kita akan lawan dan menang kes itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani.

Rasanya, tak perlu disebut panjang-panjang lagi apa terjadi akhirnya dan apa bentuk penyelesaian yang dmaklumkan IPIC kepada Bursa Saham London, semalam.

Bak kata pelawak Nabil...lu fikir sendirilah.

Pada 31 Oktober 2016,  kerajaan juga mengatakan hutang 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan.

Namun, seperti yang disebut sendiri oleh Johari, penyelesaian hutang dengan IPIC ini  dilakukan oleh sepenuhnya 1MDB dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri.
Untuk ada pegawai daripada pejabat Perdana Menteri terlibat dan siapakah mereka yang terlibat itu jika hutang-hutang 1MDB tidak melibatkan kerajaan?

Diselak lebih mendalam lagi, kita juga akan mendapati Najib sendiri pernah mengatakan bahawa Jho Low tidak terlibat serta tiada kaitan sama sekali dengan 1MDB.

Hakikatnya, bukan saja berdasarkan sebutan di mahkamah Singapura dan saman oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, nama Jho Low terlihat amat aktif dan tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada 1MDB.

Bak kata Khairy Jamaluddin, cap jari Jho Low ada di mana-mana saja berkaitan 1MDB.

Selasa, 25 April 2017

Kajian Invoke: PAS akan kalah, Umno menang jika tiga penjuru

Kajian Invoke Malaysia menunjukkan Umno akan menang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru dengan mendapat 32.2 peratus undi.
Naib Presiden PKR, Rafizi berkata, kaji selidik itu juga mendapati Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengatasi PAS.
"Sekiranya pertandingan tiga penjuru melibatkan antara Umno, PAS, AMANAH menunjukkan AMANAH berjaya mengatasi PAS dengan kelebihan 3.6 peratus.
"Namun kelebihan tetap kepada Umno iaitu mendahului PAS dan AMANAH iaitu Umno mendapat 32.2 peratus, AMANAH 16.1 peratus sementara PAS hanya mendapat 12.5 peratus," katanya dalam sidang medianya di Invoke di Kuala Lumpur, hari ini.
Rafizi berkata, perkara itu berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada PAS sekaligus memberi kelebihan kepada AMANAH.

KAJISELIDIK KEBOLEHPINDAHAN UNDI oleh INVOKE MALAYSIA




























 Latar Belakang
Walaupun parti-parti pembangkang bertanding di bawah satu gabungan (misalnya Pakatan Harapan atau Gagasan Sejahtera), undi kepada setiap parti komponen adalah berbeza-beza dan tidak sekata.
Dalam pertandingan 3 penjuru, perbezaan undi sebanyak 2% - 5% di antara 2 parti komponen dalam satu gabungan yang sama boleh menyebabkan gabungan tersebut kalah kepada Umno/Barisan Nasional.
Perkara ini kerap berlaku dalam pilihanraya umum yang lepas: pengundi PAS di Machang mengundi PAS di kerusi-kerusi DUN tetapi mengundi Umno di kerusi Parlimen menyebabkan kekalahan calon PKR.
Kajiselidik kebolehpindahan undi adalah penting untuk menentukan perkara-perkara berikut:
i)    Tahap sokongan mengikut kaum mengikut parti pembangkang (bukan mengikut gabungan)
ii)    Sama ada pengundi satu parti pembangkang akan tetap mengundi parti komponen lain di dalam gabungan apabila partinya tidak bertanding
iii)    Parti pembangkang yang paling sesuai untuk bertanding di setiap kerusi parlimen bagi meningkatkan peluang menewaskan Umno/Barisan Nasional dalam pertandingan 3 penjuru
Kaedah dan Sampel
10,523 orang pengundi berdaftar di seluruh negara ditemuramah di dalam bahasa ibunda masing-masing atau bahasa Melayu: Pengundi Melayu – Bahasa Melayu, Pengundi Cina – Bahasa Mandarin, Pengundi India – Bahasa Tamil, Pengundi Bumiputra Sabah/Sarawak – Bahasa Melayu
Kajiselidik melibatkan temuramah melalui telefon di antara analis kajiselidik (penemuramah) dan pengundi (ditemuramah) menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kajiselidik dijalankan selama dua bulan dari 6 Februari 2017 ke 6 April 2017.
Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer  INVOKE.
Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak. Dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon dan 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.
Keputusan hasil dari kajiselidik melibatkan 10,523 orang pengundi berdaftar ini kemudiannya diterjemahkan kepada keputusan nasional mengikut agregat seperti berikut:
i)    Keputusan 10,523 orang pengundi diagregatkan mengikut umur, jantina dan kaum supaya melambangkan taburan demografi pengundi di seluruh negara
ii)    Keputusan 10,523 orang pengundi diagregatkan mengikut taburan pengundi di setiap negeri supaya melambangkan kedudukan kerusi parlimen di seluruh negara
Pengundi ditanya kecenderongan mereka mengundi di dalam pertandingan 3 penjuru dan 2 penjuru mengikut parti-parti yang bertanding, contohnya:
i)    Jika berlaku pertandingan 3 penjuru di antara Umno, PKR dan PAS, parti mana yang akan anda undi?
ii)    Jika pertandingan itu menjadi 2 penjuru di antara Umno dan PKR sahaja, parti mana yang akan anda undi?
iii)    Jika pertandingan itu menjadi 2 penjuru di antara Umno dan PAS sahaja, parti mana yang akan anda undi?
iv)    Ulang bagi setiap kombinasi parti yang bertanding

Kesimpulan
Jika pertandingan 3-penjuru berlaku dalam PRU14, sentimen pengundi semakin beralih ke arah pertembungan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Tahap sokongan kepada PAS merudum lebih cepat berbanding parti-parti lain dan PAS sekarang berada di tempat tercorot sekiranya berlaku pertandingan 3-penjuru.
Dengan 35% responden memilih untuk tidak memberitahu parti yang mereka akan undi, kelebihan % sokongan Umno/Barisan Nasional adalah rendah memandangkan responden yang memilih tidak menjawab berkemungkinan penyokong Pakatan Harapan atau PAS.

RAFIZI RAMLI
bagi pihak INVOKE

Rafizi Ramli: Kaji Selidik "VOTE TRANSFER" & Kecenderungan Pengundi Terkini

Penantian PAS jadi PM bakal berakhir

Walaupun suara rasmi Umno, Utusan Malaysia, cuba menggambarkan kerjasama PAS - UMNO untuk menghadapi pilihan raya parlimen ke-14, tetapi itu hanyalah indah kabar daripada rupa.
Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang meminta izin kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya membenarkan parti itu bertanding di 80 kerusi parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.
Hubungan PAS dan Umno hanyalah antara presiden dengan presiden (Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tetapi tidak di akar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk.
Kini telah tiba masa yang ditunggu oleh PAS sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa Umno.
Penantian PAS untuk menjadi perdana menteri akan berakhir pada pilihan raya umum ke 14.
Berasaskan kepada kajiannya, PAS sedar bahawa ia berada pada kedudukan yang lebih kuat berbanding Umno di seluruh negara, dan pergantungan parti-parti lain kepadanya untuk menggulingkan kerajaan BN.
Suasana jauh berbeza
Maka itu Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas meminta parti-parti pembangkang lain tidak melawan PAS di 80 kawasan parlimen.
Bererti PAS mahu hanya parti itu diberi peluang untuk mencabar BN secara satu lawan satu.
HARAPAN bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.
Tuan Ibrahim memberi amaran jika PAS dicabar di 80 kawasan itu, maka ia akan melawan sekalipun PKR atau AMANAH, apatahlagi DAP.
Tetapi bagaimana dicabar Umno?
Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur, kerana dulu pun PAS tidak boleh menang di 80 kawasan, tetapi harus diingatkan, suasana politik sekarang sudah jauh berbeza.
Kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.
PAS sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menguntungkan PAS dan memburukan lagi kedudukan Umno terutama di kalangan rakyat di luar bandar yang mengalami kesulitan hidup sekarang dan tidak dirasakan pada zaman Dr Mahathir.
Maka itu walaupun Dr Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan dengan PAS, tetapi Tuan Ibrahim masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu.
Malah dalam kenyataannya beliau berkata, "kami menunggu kestabilan parti BERSATU dan pintu rundingan masih terbuka".

Pas tidak perlu buang masa isu parti lain

KOTA BHARU - Pemimpin Pas tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu yang hampir pasti tidak akan berlaku seperti menggesa Amanah dan Bersatu tidak meletakkan calon mereka di kerusi yang akan Pas tandingi dalam PRU14.
Pas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata, gesaan itu juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa Pas tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah serta pihak bersikap keras terhadap Islam.
“Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Amanah dan Bersatu tidak mengganggu kerusi Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah menegaskan hal tersebut dalam beberapa kenyataan media, yang mana pada 19 Disember 2016 beliau menyebut betapa Pas akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas tersebut.
“Turut ditegaskan adalah betapa Pas sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu per satu kerusi yang ada di negara kita, betapa keputusan Pas tidak akan tertakluk kepada mana-mana pihak dan betapa Pas akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai,” katanya.
Menurutnya, begitu juga pada 25 Mac 2017, Abdul Hadi menyebut betapa Pas tidak bersama Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus-menerus menentang Islam dan tidak menyertai Barisan Nasional yang dibelenggu masalah dan penyakit.
Dalam kenyataan itu juga, Presiden Pas telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai BN laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'.
Berdasarkan kenyataan Presiden Pas itu katanya, tidak wajar mana-mana pemimpin Pas melontarkan apa-apa cadangan yang boleh membayangkan kesediaannya untuk menjalinkan kerjasama tidak langsung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN.
Apatah lagi menurutnya, bila pemimpin Pas, termasuk Mursyidul Amnya, Hashim Jasin, telah berulang kali menegaskan betapa Pas akan menyertai PRU 14 melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera, yang membuka pintu kepada sesiapa saja yang menerima kepimpinan Islam.

‘Rakyat akan bayar dua kali ganda hutang 1MDB’

1Malaysia Development Bhd dan International Petroleum Investment Company yang berpangkalan di Abu Dhabi akhirnya mengumumkan "penyelesaian" yang dinanti-nantikan kepada timbang tara London. Kes itu difailkan oleh IPIC ke atas 1MDB.
Apa yang paling menarik ialah siapa sebenarnya adalah pemenang dan siapa yang rugi?
Ini jelas dapat disimpulkan daripada kenyataan media masing-masing.
Kenyataan 1MDB adalah ringkas, hanya membekalkan butiran terhad selain daripada fakta bahawa "1MDB akan, antara lain, membuat bayaran tertentu kepada IPIC dan bertanggungjawab untuk semua bayaran faedah masa depan dan pembayaran wang pokok untuk dua bon yang diterbitkan oleh syarikat Kumpulan 1MDB Group yang akan matang menjelang 2022" . Tiada angka lain dinyatakan.
IPIC di sisi lain membuat pengumuman terperinci kepada Bursa Saham London, yang menyatakan dengan jelas bahawa:
(i) IPIC akan menerima AS$1.205 bilion melalui dua pembayaran pada 31 Julai 2017 dan 31 Disember 2017; dan
(ii) 1MDB dan MOF Inc akan mengambil alih semua tanggungjawab membayar faedah masa depan dan bayaran pokok bagi bon bernilai AS$3.5 bilion yang sebelum ini dijamin oleh IPIC.
Implikasi dua kenyataan itu adalah amat mengejutkan.
1MDB cuba untuk memberi gambaran penyelesaian secara ‘cerah’ - pertikaian itu diselesaikan tanpa memberikan butirannya.
Sebaliknya, IPIC jelas menunjukkan bahawa firma itu mendapat apa yang dituntutnya, pemulangan pendahuluan tunai AS$1.205 bilion kepada 1MDB sejak Jun 2015 dan melepaskan tanggungjawap sepenuhnya sebagai penjamin kepada bon 1MDB yang bernilai AS$3.5 bilion.
Bagaimanapun, hakikat lebih penting daripada terma penyelesaian itu adalah bahawa 1MDB kerugian AS$ 3.51 bilion bayaran yang kononnya dibuat kepada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.