Jumaat, 30 Disember 2016

Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan solidariti Anwar

Polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan yang didakwa cuba menghasut rakyat
Nik-Ros-Azhan-Nik-Abdul-Hamid
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 3 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pemasangan papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata 3 lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai di sini, kira-kira 3.00 petang tadi.
“Pihak polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan polis daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwa cuba menghasut rakyat.
“Semasa siasatan dijalankan, polis mengesan 3 lelaki sedang memasang papan iklan itu di kawasan Jalan Baru dan kami menahan mereka bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Katanya 3 lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.
Nik Ros Azhan berkata selain di Jalan Baru, 3 papan iklan itu dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi sejak 2 hari lepas juga diturunkan oleh polis.

Atasi masalah buang pekerja tahun depan - AMK

Semua pihak perlu mengambil langkah serius bagi menangani masalah pembuangan pekerja yang dijangka semakin meningkat menjelang tahun depan.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Tan Kar Hing berkata, isu tersebut akan memberi kesan terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat sekiranya tidak di atasi segera.
Atasi masalah buang pekerja tahun depan “Kami bimbang atas kenyataan jumlah pekerja yang akan diberhentikan hingga tahun hadapan akan meningkat kepada 50,000 orang disebabkan ketidakstabilan ekonomi negara.
"Selain sektor insurans dan kewangan yang paling terjejas, kami menjangkakan banyak kilang bakal ditutup akibat ekonomi yang tidak menentu. Ini akan mengakibatkan ramai tenaga kerja akan diberhentikan sehingga menjejaskan pendapatan isi rumah dan juga kuasa membeli rakyat akan menurun,” katanya
Pada tahun 2014, jumlah pekerja yang diberhentikan telah mencecah ke 10,000 orang dan berlibat ganda menjadi 20,000 pada tahun lepas.
Menurut Kar Hing, kadar kemiskinan pula akan terus meningkat terutamanya di kalangan umur bawah 40 tahun yang banyak terlibat dengan sektor pekerjaan.
“Lebih merunsingkan lagi apabila badan kebajikan sekarang tidak dapat menampung keperluan akibat peningkatan ketara kos pengangkutan dan perubatan yang berpunca dari kejatuhan matawang negara.
"Pentadbiran Putrajaya harus mengambil berat tentang trend terkini yang memberi kesan negatif kepada ekonomi dan sosial rakyat. Langkah-langkah mengatasi perlu dilakukan segera jika tidak kesannya turut menyumbang kepada kes jenayah, cerai dan pendidikan anak-anak turut terjejas,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan dan kesatuan-kesatuan pekerja perlu memastikan kebajikan para pekerja dijaga dengan baik, diberikan latihan dan motivasi untuk terus relevan dan dapat menyesuaikan diri dengan masalah ekonomi yang meruncingkan.

Kementerian Kewangan: Harga runcit RON95, diesel dijangka meningkat Januari ini

Datuk Lokman Noor AdamHarga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka meningkat pada Januari ini berikutan harga pasaran minyak mentah dunia mencatat peningkatan bulan ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.
Beliau berkata harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut purata harga bahan api itu di pasaran dunia selama sebulan selain dipengaruhi oleh pergerakan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.
"Purata maksudnya harga dari tarikh 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. Bukan mengikut harga di hujung bulan seperti pemahaman sesetengah pihak.
"Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding Ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lokman Noor berkata harga runcit petrol dan diesel ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran bermula 1 Dis 2014 berikutan kejatuhan harga minyak dunia ketika itu.
Lokman Noor berkata masih ramai tidak dapat menerima bahawa kerajaan perlu menghentikan pemberian subsidi secara pukal dan membantu mereka melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.
Katanya subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti golongan kaya dan miskin menerima nilai subsidi yang sama.
"Contohnya pada Julai 2014, bagi setiap liter RON95, kerajaan memberikan subsidi RM0.6843 seliter," katanya sambil menjelaskan yang kaya menggunakan kuantiti minyak jauh lebih banyak berbanding yang miskin.
"Mereka yang miskin menggunakan kereta Kancil, setelah mengisi tangki mereka penuh dengan RON95, jumlah subsidi yang diterima hanyalah sekitar RM16.29.
"Mereka yang datang dari kelas menengah pula menggunakan Toyota Camry dan membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah RM48.87, yang mana tiga kali ganda lebih besar daripada yang miskin tadi," katanya.
Lokman Noor berkata berdasarkan kajian Kementerian Kewangan, kerajaan membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi untuk membantu golongan kaya dan hanya 30 peratus subsidi yang diberikan dalam bentuk RON95 dan diesel yang dinikmati golongan sasaran.

MB Selangor, Amirudin tinggalkan FAS

SHAH ALAM, 30 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Amirudin Shari mengumumkan peletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dan Pengurus Pasukan berkuat kuasa serta merta.
the-red-giants-2Dalam satu kenyataan media bersama lewat petang ini, mereka mengumumkan pengunduran susulan keengganan barisan Exco FAS komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak Selangor.

“Saya dan Amirudin Shari mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dengan sebuah organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa dan tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bolasepak Negeri Selangor,” katanya.
Menurut Mohamed Azmin, beliau menyambut baik perlantikannya sebagai Presiden FAS menerusi Kongres Luar Biasa pada Disember 2014 dengan harapan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan FAS dan juga pembangunan sukan bolasepak Negeri Selangor.
“Setelah hampir dua tahun kami bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan Exco FAS untuk mendukung perubahan.
THE RED GIANTS“Barisan Exco FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama – “excessive politics, old-fashioned way of doing things, over dependency on subsidy mentality,”katanya.
“Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bolasepak Negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang 2018.
“Exco FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Negeri Selangor,” katanya.
Walaupun meletakkan jawatan, Mohamed Azmin memberikan jaminan Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bolasepak Negeri Selangor melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak.
“Kami memberi jaminan kepada penyokong bolasepak Selangor bahawa kegemilangan sukan bolasepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti,” katanya.

Azmin Ali umum letak jawatan Presiden FAS, Exco FAS bila pula..??

Kementerian: Subsidi minyak pukal menguntungkan orang kaya

Kementerian Kewangan mempertahankan peralihan kepada sistem subsidi bersasar selepas PKR menggesa subsidi minyak diperkenalkan semula
lokman-adam-1
PETALING JAYA: Kementerian Kewangan hari ini mempertahankan pemansuhan sistem subsidi pukal dan pelaksanaan sistem apungan terkawal kerana pendekatan lalu tidak sampai kepada golongan miskin.
Pengarah komunikasi strategik, Lokman Noor Adam berkata, “ramai yang masih tidak boleh terima” kerajaan perlu beralih kepada sistem subsidi bersasar, membandingkannya kepada 2014 ketika golongan berada turut mendapat subsidi RON95 sebanyak RM0.6843 seliter.
Beliau menjelaskan kenderaan golongan berada menggunakan kuantiti minyak yang lebih banyak berbanding pengguna kereta Kancil dan motorsikal Honda Cup.
Ini bermakna kerajaan terpaksa membayar 3 kali ganda lebih besar untuk mensubsidikan petrol golongan berada.
“Adakah ini adil?” soal Lokman dalam satu kenyataan petang tadi.
Sebelum ini, PKR mahu Putrajaya memperkenalkan semula subsidi petrol kerana harga RON95 dijangka naik tahun depan.
Naib Presiden Rafizi Ramli berkata, RON95 akan naik kepada RM2.20 seliter daripada RM1.90, mengikut formula penetapan harga kerajaan, memandangkan harga minyak mentah sudah naik 18%.
Kerajaan memberhentikan subsidi minyak pada 2014, yang dilaporkan akan membantu kerajaan menjimatkan AS$6 bilion (RM26.92 bilion) setahun.

Harga Minyak RON95 Bermula Januari 2017 Ke Mac 2017 RM2.20 Seliter Kecuali Subsidi Dikembalikan

Pada 20 Disember 2016 yang lepas, saya telah memberi amaran bahawa berdasarkan:
1. Pergerakan harga minyak diproses RON95 (seperti diniagakan di pasaran terbuka Singapura yang dilaporkan oleh Platts sebagai MOPS95 yang menjadi harga rujukan formula pengiraan RON95 di Malaysia yang ditetapkan kerajaan), dan
2. Pergerakan kadar tukaran matawang ringgit kepada dollar bagi tempoh 3 minggu pertama Disember 2016
harga RON95 pada 1 Januari 2017 mengikut formula (berdasarkan harga 3 minggu pertama itu) adalah RM2.20 seperti ditunjukkan di dalam jadual berikut:
Minggu berakhir Harga rujukan per liter mengikut MOPS Harga RON95 per liter mengikut formula
2 Disember 2016 RM1.69 RM2.02 (RM1.69 + 32 sen)
9 Disember 2016 RM1.80 RM2.12 (RM1.80 + 32 sen)
16 Disember 2016 RM1.85 RM2.17 (RM1.85 + 32 sen)
Bagi minggu terakir Disember 2016 dan minggu pertama Januari 2017, laporan MOPS95 hanya akan keluar selepas 7 Januari 2017 mengambil kira cuti panjang di negara-negara Barat dan pasaran utama dunia.
Pun begitu, kita boleh menganggarkan harga rujukan mengikut MOPS bagi minggu terakhir Disember 2016 berdasarkan harga pasaran minyak mentah rujukan (iaitu Brentt) dan kadar tukaran ringgit/dollar yang dilaporkan setiap hari. Oleh kerana harga RON95 yang telah diproses adalah berkadar langsung dengan turun naik minyak mentah Brent, kita boleh menggunakan peraturan-peraturan berikut:
1. Jika harga Brent (dalam dollar/tong) adalah lebih tinggi dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga harga rujukan RON95 yang telah diproses (mengikut laporan MOPS95) adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
2. Jika kadar ringgit/dollar makin merosot dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga RON95 yang ditetapkan bagi minggu terakhir Disember 2016 adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
Saya sertakan carta harga minyak mentah Brent dan kadar tukaran ringgit/dolar bagi bulan Disember 2016 untuk menunjukkan pergerakan dari minggu ke minggu seperti berikut:

Harga minyak mentah Brent semakin naik dari USD54.78 (19 Disember 2016) kepada USD56.14 (29 Disember 2016)

Nilai ringgit juga semakin susut dari RM4.4785 (19 Disember 2016) kepada RM4.4850 (29 Disember 2016)

PENGIKUT PALSU NAJIB....

Semalam Najib Razak melahirkan rasa bangga kerana pengikutnya di laman Twitter sudah mencecah seramai 3.2 juta orang.

"Alhamdulillah, jumlah follower Twitter saya kini 3.2 juta. Terima kasih semua yang bersama saya di sini, Insya Allah kita akan terus berhubung," kata Najib dalam tulisannya itu.
Bagaimanapun, jika diperiksa melalui laman Twitteraudit.com, didapati hampir 2 juta pengikut Najib itu adalah terdiri daripada akaun-akaun palsu.

Hanya sejuta lebih sikit saja pengikutnya terdiri daripada pemilik akaun tulen.

Maka, kenapa Najib perlu bangga?

Bagaimana pula di dunia nyata? 

Di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, kakitangan kerajaan atau di antara 31 juta rakyat Malaysia, berapa ramai pula sebenarnya yang sedang menampakkan diri mereka sebagai pengikut palsu kepada Najib?

Tun M: Kenapa saya kata BR1M adalah rasuah

Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.
Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.
Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.
Dia berkata, "Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang."
BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.
Ini secara nyata, membeli undi pengundi.
Jika ia bukan bermaksud untuk membeli undi dalam pilihan raya, ini tidak akan disebut dalam manifesto BN.
Mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga golongan miskin.
Bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan kesukaran rakyat yang menganggur. Bantuan kewangan diberikan kepada golongan miskin tetapi ini bukan sebagai tambahan kepada pendapatan mereka.
Kelayakan BR1M
Tetapi BR1M dikatakan diberikan kepada 7 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM36,000 setahun juga akan mendapat RM500 setahun. Ia tidaklah sebanyak mana.
Namun mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setiap tahun mungkin merasai tambahan RM500 setiap tahun amat dialu-alukan.
Jumlah itu tidak banyak tetapi cukup untuk membeli beberapa barangan makanan.
Sekarang jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1, 200 setahun atau RM100 sebulan. Ia masih tidak banyak tetapi ini adalah okay.
Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan RM3,000 sebulan, jumlah itu tetap kecil.
Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik. Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ia adalah rasuah jika jumlah itu ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti.
BR1M bukan rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti mereka.
Bagaimanapun, bantuan ini terbatal oleh cukai GST dan penarikan semula pelbagai subsidi.
Kos sara hidup
Kos sara hidup melonjak lebih tinggi daripada jumlah BR1M.
Malah bagi kebanyakan rakyat, GST mengurangkan lebih banyak pendapatan mereka daripada sumbangan bayaran BR1M.
Sekarang nilai ringgit susut nilai melebihi satu ringgit dari segi kuasa membeli.
Jadi rakyat yang berpendapatan RM500 sebulan hari ini hanya mendapat kira-kira RM355 nilai kuasa membeli.
Kehilangan kuasa beli kerana ringgit yang susut nilai dan peningkatan dalam kos sara hidup sebenarnya bermakna bahawa BR1M bernilai kurang daripada jumlah itu, walaupun ia dinaikkan kepada RM1,200.
Hanya mereka yang miskin tegar akan menghargai BR1M.

Skandal FGV - Peter Sandakh

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Saya ditanya oleh seorang kawan, juga seorang wartawan kanan berbahasa Iggeris yang bertanyakan siapa ganti Isa Samad di Felda dan FGV.
Saya jawab mudah, pertama Felda dan FGV bukan emak bapak Isa Samad yang punya dan harta warisan dia, Felda dan FGV ada BoD atau Lembaga Pengarah sebarang keputusan mengikut kehendak undang-undang tubuh Felda dan FGV.
Kedua Isa Samad bukan kuasa tertinggi dalam membuat keputusan.. Setiap kertas mesyuarat mesti mendapat arahan atau kelulusan Menteri yang menjaga Felda dan FGV setiap keputusan dasar ada resolusi dari Lembaga Felda dan BoD FGV.
Pembelian ladang yang kecuh di Indoneia ialah disebabkan pemilik asal Peter Sondakh ada hubungan peribadi dengan Najib Razak. Tetapi semua orang tahu Peter Sondakh juga melabur dalam harta tanah khasnya perhotelan di Langkawi dan Kuala Lumpur.

Ketiga pembelian harga tinggi itu.. Menjadi kecuh ialah kerana pelobi.. Ini adalah perkara biasa dalam pedagangan. Ada satu pihak ambil kesempatan atas kerugian Felda atau FGV untok MBO@Management BuyOut dengan meminta Kerajaan bagi pinjaman mudah Rm4Billion. Khabarny ada BANK yang bersedia menguruskan dan jika berjaya fees yang kena bayar,, juta2 RM juga.. Itu sebab ada komen dari seorang adik.. Soal nak menyamun tak kira adik beradik.
Keempat pembelian Ladang di Indonesia ialah hendak berlumba sama dengan ladang di Indonesia dengan tenaga buruh yang rendah dan mudah, berbeza di Malaysia.. Itu kita sama-sama tahu. lagi pun jika ada pemulauan minyak sawit dari tekanan antarabangsa dalam isu human right atau alam sekitar, kelapa sawit dari Ladang di Indonesia tidak akan terjejas.
Kesimpulannya pandangan masa depan perlu di lihat keuntongan dalam berbagai perkara. Dan tidak ada keperluan Isa Abd Samad hendak ditukar atau diganti orang lain jadi Pengerusi Felda atau FGV.

Pakatan Harapan Sabah akan dilancarkan pada 8 Januari depan

KOTA KINABALU: Parti komponen Pakatan Harapan yang terdiri daripada Parti Amanah Negara (AMANAH); Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) Sabah, bersetuju untuk melancarkan Pakatan Harapan Sabah pada 8 Januari 2017.
Bercakap kepada media, Adun Api-Api, Christina Liew yang juga Pengerusi MPN PKR berkata, majlis pelancaran tersebut akan diadakan di Dewan Hakka, Kota Kinabalu bermula jam 10 pagi.
Katanya, majlis pelancaran akan dihadiri oleh pimpinan utama ketiga-tiga parti, Dato Sri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu serta rombongan parti masing-masing.
Christina berkata, pelancaran ini akan turut menampilkan agenda Pakatan Harapan dan jentera pilihan raya Pakatan Harapan negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong pula berkata, antara intipati majlis adalah menandatangani Deklarasi Pakatan Harapan Negeri Sabah di antara ketiga-tiga parti.
Katanya, deklarasi akan ditandatangani dan disaksikan oleh pemimpin utama Pakatan Harapan daripada pusat yang bertujuan untuk menggariskan rundingan secepat mungkin bagi membincangkan pembahagian kerusi antara parti.
“Untuk itu, kita pastikan Pakatan Harapan akan bertanding 1 lawan 1 pada PRU14 yang akan datang”, ujarnya.
Stephen Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah, memberitahu, semua surat jemputan sudah dihantar kepada mereka yang berkenaan.
“Kami jemput semua parti pembangkang tak kira nasional mahupun tempatan untuk menghadiri majlis ini.

AMANAH tuntut penjelasan SPRM isu mengecilkan Bahagian Operasi Khas

KUALA LUMPUR: AMANAH meminta satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperincikan dakwaan mengapa segmen penting Bahagian Operasi Khas badan itu yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi telah dikecilkan.
Tegas Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, bahagian sepenting ini yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti berkaitan dengan 1MDB, Felda dan lain-lain tidak perlu dikecilkan sebaliknya ia diperkasakan bagi mengisi desakan mutakhir ini.
“Apatah lagi, kita didedahkan dengan perkembangan dan penemuan baharu mengenai skandal 1MDB yang menuntut siasatan kes ini dibuka semula,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jika laporan berkenaan pengecilan Bahagian Operasi Khas ini benar, AMANAH berasa sangat kecewa dan menyifatkan ianya satu langkah terkebelakang.
Salahuddin berharap, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad dapat menjelaskan perkara ini bagi memastikan badan tersebut terus dilihat berwibawa dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

Demokrasi akan jadi kleptokrasi, penyanggak tadbir negara

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa segala cara untuk melucutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa telah disekat, kini kesal kerana sistem demokrasi disalah-gunakan.
Demokrasi, katanya, berdasarkan premis bahawa rakyat akan memilih pemimpin yang baik.
“Bagaimanapun, hari ini, ramai yang kesal kerana mereka memilih demokrasi.
“Kajian menunjukkan bahawa sistem itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.
“Pemimpin ini akan menjadi diktator,” kata Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dalam satu catatan blognya hari ini.
Mahathir berkata, demokrasi berjaya di kebanyakan negara-negara barat kerana budaya rakyatnya tetapi ini tidak berlaku di negara ini.
“Mereka (rakyat di negara barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar sekiranya mereka memilih orang yang salah untuk memimpin.
“Budaya rasuah tidak begitu berleluasa di negara-negara ini. Pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman dihormati dan dipatuhi.
“Mereka yang bersalah dalam mana-mana institusi tidak boleh berharap untuk melepaskan diri akibat salah laku mereka,” katanya.

"Tak ada logo halal taruh logo haram," cadang Rani Kulup kepada Jakim

Ezam mahu tumpu pada NGO, bukan kecewa dengan Bersatu, kata Kamarudin


Datuk Mohamad Ezam Mohd NoorDatuk Mohamad Ezam Mohd NoorParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan kononnya bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor keluar parti ekoran kecewa dengan haluan parti dan krisis membabitkan jawatan Anina Saadudin.
Ketua Penerangannya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, beliau memaklumi Ezam mengambil keputusan tidak menyertai parti itu ekoran beliau memilih untuk kekalkan jawatannya  selaku Pengerusi sebuah NGO yang berpengkalan di Indonesia.
"Ezam selaku Pengerusi Hisbah Centre for Reform yang berpusat di Jakarta, Indonesia.
"NGO ini mengawasi salah guna kuasa dan rasuah membabitkan kerajaan di rantau Asia Tenggara ini.
"Apa yang saya maklum Hibah telah membuat keputusan mana-mana pemegang jawatan kanan NGO itu tidak boleh aktif atau menyertai mana-mana pertubuhan politik.
"Jadi dia akur dengan keputusan itu dan memilih untuk keluar parti," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas tentang laporan portal Free Malaysia Today  hari ini yang memetik sumber, menyebut bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu,telah memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung parti dalam suratnya untuk keluar dari Bersatu.
Sumber yang memberitahu FMT juga menyebut Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.
Kata Kamarudin lagi beliau tidak tahu bila NGO itu meletakkan syarat sedemikian kerana sebelum ini Ezam juga telah menjadi ahli Umno selepas keluar dari PKR sebelum mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai Bersatu pada Oktober lalu.
"Dalam tempoh dua bulan dia sertai parti saya tidak pasti sama ada arahan itu baru dikuatkuasakan atau bagaimana?...tetapi itulah yang saya dimaklumi sebab dia keluar parti.
"Mungkin dengan memegang jawatan penting dalam NGO dia merasakan lebih bebas untuk menegur mana-mana pimpinan parti  dalam sesebuah negara yang diperjuangkan oleh NGO itu," ujarnya.
Dalam perkembangan sama Malaysiakini yang merujuk laporan sama melaporkan Ezam mengesahkannya dan turut menyatakan sebab beliau meninggalkan parti itu seperti dinyatakan sumber adalah kurang tepat.
Ezam dipetik berkata,  laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB dan dakwaan berkaitan Felda.
“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari Bersatu kepada setiausaha agungnya," lapor Malaysiakini hari ini.

K’jaan Selangor tiada kuasa sita pusat judi, kata exco

Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menyita sebarang pusat perjudian kerana tanggungjawab mutlak untuk berbuat demikian terletak pada pasukan polis persekutuan, kata anggota Exco, Ean Yong Hian Wah.
Ini susulan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas kerajaan negeri yang didakwa gagal membendung pusat perjudian.
Jamal yang juga adalah ketua Umno Bahagian Sungai Besar, malam semalam bersama kira-kira 100 penyokongnya menyerbu beberapa pusat perjudian di Ampang Jaya.
Mengulas isu itu, Ean Yong mengingatkan Jamal bahawa kuasa untuk menyerbu atau memantau pusat perjudian adalah di tangan polis dan bukannya kerajaan negeri.
Oleh itu, beliau berkata Jamal tidak boleh melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada kerajaan negeri.
"Saya gesa Jamal jangan bertindak tanpa mematuhi undang-undang.
"Jika beliau ada sebarang maklumat mengenai pusat judi haram, beliau perlu menyerahkannya kepada pihak polis," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan pada sidang akhbar di Serdang hari ini.
Sambil menyifatkan pemimpin Umno itu sekadar "jagoh kampung", Ean Yong menyelar tindakan Jamal adalah untuk menutup kesilapannya.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen komersial dan bukan untuk membuat serbuan.
"Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada mereka terlibat dalam aktiviti perjudian.

Rafizi: Kerajaan digesa kekalkan harga syiling RON95 RM2 seliter pada 2017


Kerajaan digesa tetapkan harga syiling RON95 bagi tahun 2017.Kerajaan digesa tetapkan harga syiling RON95 bagi tahun 2017.
Kerajaan harus mengekalkan paras syiling kenaikan harga minyak kepada RM2 seliter dari kenaikan harga minyak mentah dunia, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata, RM2 seliter itu perlulah diimbangkan dengan kenaikan pendapatan luar jangka yang diperolehi di bawah pentadbiran kerajaan hasil dari kenaikan harga minyak mentah.
"Mengambil kira suasana ekonomi global yang menunjukkan harga minyak mentah akan kekal melebihi paras USD55/tong bagi beberapa bulan akan datang dan nilai ringgit yang kekal lemah, maka saya menjangkakan harga RON95 mengikut formula kerajaan akan kekal sekitar RM2.20 bagi beberapa bulan pertama 2017.
"Oleh itu, saya mendesak supaya harga siling RM2 seliter bagi RON95 dikuatkuasakan dengan mengembalikan subsidi minyak yang saya perjuangkan sejak tahun 2012 lagi.
"Sebarang kenaikan harga melepasi RM2 seliter perlulah diimbangkan dengan kenaikan pendapatan luar jangka yang diperolehi pentadbiran Datuk Seri Najib hasil dari kenaikan harga minyak mentah," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulangi pendedahan yang pernah dilakukannya pada 20 Disember lalu yang telah memberi amaran bahawa berdasarkan:
1. Pergerakan harga minyak diproses RON95 (seperti diniagakan di pasaran terbuka Singapura yang dilaporkan oleh Platts sebagai MOPS95 yang menjadi harga rujukan formula pengiraan RON95 di Malaysia yang ditetapkan kerajaan), dan
2. Pergerakan kadar tukaran matawang ringgit kepada dollar bagi tempoh 3 minggu pertama Disember 2016 harga RON95 pada 1 Januari 2017 mengikut formula (berdasarkan harga 3 minggu pertama itu) adalah RM2.20 seperti ditunjukkan di dalam jadual berikut:

Bagi minggu terakir Disember 2016 dan minggu pertama Januari 2017, laporan MOPS95 hanya akan keluar selepas 7 Januari 2017 mengambil kira cuti panjang di negara-negara Barat dan pasaran utama dunia.

Pun begitu, kita boleh menganggarkan harga rujukan mengikut MOPS bagi minggu terakhir Disember 2016 berdasarkan harga pasaran minyak mentah rujukan (iaitu Brentt) dan kadar tukaran ringgit/dollar yang dilaporkan setiap hari. Oleh kerana harga RON95 yang telah diproses adalah berkadar langsung dengan turun naik minyak mentah Brent, kita boleh menggunakan peraturan-peraturan berikut:

1. Jika harga Brent (dalam dollar/tong) adalah lebih tinggi dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga harga rujukan RON95 yang telah diproses (mengikut laporan MOPS95) adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu
2. Jika kadar ringgit/dollar makin merosot dalam minggu terakhir Disember 2016 berbanding minggu sebelum itu, maka harga RON95 yang ditetapkan bagi minggu terakhir Disember 2016 adalah sekurang-kurangnya sama dengan minggu sebelum itu

Membebaskan media, minda sama sukar sama sunyi


Oleh Al-Abror Mohd Yusuf 
Mengapa perlu buku setebal lebih 800 muka surat untuk sebuah buku tentang Ahmad Lutfi Othman dan hal sekitar kebebasan media? Judul Lorong Sunyi Media Bebas memang agak menjanjikan, terutama di kalangan seseorang yang pernah - atau masih - bergelumang dengan dunia kewartawanan atau persuratkhabaran.


Selain itu mungkin hanya orang yang berminat kepada dunia berkenaan yang ingin mengetahui apa yang terkandung dalam buku ini. Juga sesiapa yang mengenali nama Ahmad Lutfi yang terkenal itu. Lorong Sunyi Media Bebas dibidani sebagai suatu 'hadiah' kepada bekas ketua pengarang Harakah yang terlibat selama 30 tahun dalam dunia kewartawanan.
Keuzuran membuatkan buku ini diusahakan oleh "rakan-rakan Ahmad Lutfi" yang karib.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian dipisah-pisahkan pula oleh bab berasingan.
Bahagian pertama memuatan dua temu bual agak panjang bersama Ahmad Lutfi, manakala kedua berisi 54 rencana daripada 54 penulis berbeza yang bercerita mengenai Ahmad Lutfi.
Beberapa bab (entah mengapalah agaknya ia diberi nama "bab" bagi memisahkan seorang penulis dengan penulis lain) awal memang menggiurkan.
Bermula dengan prakata oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, tulisan awal bahagian kedua itu dengan mudah mengasyikkan.
Penulis terlalu ramai
Sebahagiannya memberikan gambaran dan maklumat awal mengenai Ahmad Lutfi dan kesukaran - serta kegigihannya - memperjuangkan kebebasan media.
Janet Steel misalnya menghidangkan tulisan yang santai, selesa dan bersahaja tapi tetap memberitahu banyak tentang Ahmad Lutfi. Malah dari sisi tertentu tulisannya begitu terasa berbeza berbanding penulis lain.
Melalui pertemuan Janet dan Ahmad Lutfi, pembaca diberitahu bahawa sebahagian wartawan media arus perdana "tidak ada semangat dan keinginan untuk berjuang".
Ia mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang tetapi hal yang sudah disedari sejak sekian lama oleh sebahagian yang lain.
Janet juga bercerita bagaimana Ahmad Lutfi sendiri mendedahkan "orang politik, secara umumnya" tidak suka kepada media bebas.
Selepas itu ada beberapa nama lain menulis mengenai Ahmad Lutfi, seperti Zin Mahmud, Noor Azam Shairi, Shahbudin Husin, Helmi Khalid dan anak Ahmad Lutfi sendiri, Ahmad Luqman Hakim.
Jumlah penulis yang terlalu ramai itulah masalahnya, kadang-kadang. Selain cara penyampaian yang sesekali amat lewah, pengulangan beberapa maklumat berkali-kali agak mengganggu.

Kes Adnan tentukan jika Najib boleh teruskan saman fitnah

Peguam perdana menteri berkata anak guamnya adalah 'pendakwa yang serius' dan bersedia memberi keterangan untuk membuktikan pengkritiknya salah.
najib-razak-adnan-yaakobPETALING JAYA: Lima saman fitnah difailkan Datuk Seri Najib Razak terhadap lawannya akan ditentukan tahun depan sama ada perdana menteri, sebagai pegawai awam, mempunyai kapasiti undang-undang mendapatkan remedi.
Bagaimanapun, ini hanya boleh ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang samannya terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dibatalkan kerana tindakan itu difailkan atas sifat rasminya.
Ini berlaku selepas mahkamah menerima pakai keputusan prinsip undang-undang dalam kes Derbyshire County lawan Times Newspapers Ltd pada 1993.
Dalam kes itu, mahkamah memutuskan pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang berdasarkan kritikan awam.
Mahkamah tertinggi menetapkan 13 Feb ini untuk mendengar rayuan Adnan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi “mangsa” pertama apabila Mahkamah Rayuan pada 20 Dis menolak saman terhadap 2 kumpulan media dikaitkan dengan Umno dan 3 yang lain pada bantahan awal.
Mahkamah Tinggi tahun lalu menganugerahkan Lim RM550,000 sebagai ganti rugi kerana melabel beliau sebagai “perisik Singapura”.
Minggu lalu, Mahkamah Tinggi menangguhkan keputusannya hingga 23 Mac sama ada untuk membatalkan saman Najib terhadap bekas menteri Tun Ling Liong Sik, yang mendakwa perdana menteri “mengambil wang rakyat” berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin mahu menunggu keputusan akhir keputusan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan Adnan kerana keputusan mahkamah tertinggi itu akan mengikat Mahkamah Tinggi.
Kes lain yang belum selesai di Mahkamah Tinggi adalah saman Najib terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua dan pemilik Mediarakyat.net Chan Chee Kong atas komen yang dibuat ahli Parlimen itu pada majlis makan malam mengumpul dana DAP, yang kemudiannya dimuat naik ke laman web berkenaan.

Persatuan mahasiswa minta bantuan tandatangani petisyen bebaskan Asheeq Ali




KUALA LUMPUR, 30 DIS: Pertubuhan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Student Unity Front (SUF) hari ini meminta jasa baik orang ramai untuk menandatangani petisyen mendesak universiti itu menggugurkan segala dakwaan ke atas aktivis mahasiswa, Asheeq Ali. Petisyen itu boleh ditandatangani di laman web http://www.ipetitions.com/petition/asheequkm
Asheeq yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Malaysia sebelum ini telah dikenakan hukuman gantung satu semester dan denda RM200 hanya kerana terlibat dalam himpunan Tangkap MO1 yang diadakan di ibu negara pada 27 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Asheeq bertegas bahawa beliau hanya mahu mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap ‘Malaysian Official 1’, individu yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika sebagai terlibat dengan penyelewengan dana syarikat 1MDB.
Setiausaha SUF, Chong Kar Yan berkata alasan UKM bahawa keterlibatan Asheeq dalam perhimpunan TangkapMO1 sebagai memalukan universiti dan melanggar undang-undang adalah karut sama sekali.
Malah, katanya, UKM harus berhenti menghukum pelajar hanya kerana berani menyatakan pendirian politik mereka kepada umum.

Memang kelas pertengahan lebih miskin, kata MTUC

MTUC mahu pembuat dasar melihat sendiri, atau merasai, kesusahan orang kebanyakan.
MTUC
KUALA LUMPUR: Pekerja Malaysia menerima akibat daripada dasar yang gagal sejak beberapa dekad lalu, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
“Soalan ini perlu dijawab: ‘Siapa yang untung? (daripada pendekatan ini),” kata MTUC dalam satu kenyataan.
Gaji, kata kesatuan itu, tidak naik seiring dengan kos kehidupan.
Paras gaji terus ditekan melalui dasar pekerjaan yang gagal. Antaranya kehadiran pekerja asing.
MTUC berkata sudah tiba masanya untuk pembuat dasar melihat sendiri, atau merasai, kesusahan orang kebanyakan.
Kongres terkejut seorang bekas penjawat awam kanan, Ramon Navaratnam, mempertikaikan dapatan Prof madya Shanker Chelliah daripada Universiti Sains Malaysia yang mendapati golongan kelas pertengahan 40% lebih miskin.
“Orang ramai nampak itulah hakikatnya,” kata MTUC.
Kongres bersetuju paras pendapatan sebenar sudah menurun, seperti yang disebut Chelliah.
Pertamanya, kata MTUC, kos kehidupan semakin meningkat; dan kedua, beberapa dasar yang tidak baik menyebabkan paras gaji ditekan.
Sementara itu, penunjuk seperti indeks harga pengguna pula terpisah daripada realiti, kata kongres.
MTUC menyarankan kos kehidupan dikaji berdasarkan makanan dan sewa dalam beberapa tahun ini. “Kos kehidupan menyaksikan kenaikan eksponen dengan adanya cukai barangan dan perkhidmatan.”
Harga makanan ringkas – sarapan, makan tengah hari dan makan malam – adalah contoh terbaik, tambah kenyataan itu.

BR1M: Dr M ingatkan apa orang kampung kata

Selepas pertikaian demi pertikaian, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menegaskan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah rasuah.
“Saya tetap pertahan bahawa ia satu bentuk rasuah. Ini jelas dalam komen penerima dari kampung.
“Katanya, 'saya akan sokong Najib kerana beri saya duit. Mahathir tidak beri saya duit',” jelas bekas perdana menteri keempat itu.

Anak aktivis alam sekitar dakwa rakyat ditindas, hidup ketakutan

Sharifah Fareena membidas mereka yang mengutuk aktivis kerana berjuang bagi pihak yang tidak mampu bersuara.
sabrina
PETALING JAYA: Anak perempuan aktivis alam sekitar, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bersuara terhadap penahanan ibunya baru-baru ini dan melabelkannya sebagai tindakan ketidakadilan.
Sharifah Fareena Syed Yusof dalam satu kenyataan yang disiarkan Sabrina di Facebook, meluahkan perasaan sedih dengan kejadian menimpa ibunya yang dikurung 3 hari.
teks
Fareena turut membidas mereka yang mengutuk aktivis kerana berjuang untuk mereka yang tidak mampu bersuara.
“Entah bagaimana orang ramai membuatkan ia seolah-olah salah memperjuangkan apa yang kita percayai dan salah memperjuangkan bagi pihak tidak mampu bersuara,” tulis Fareena.
Beliau kemudian berkata, ibunya adalah seorang pejuang yang akan terus berjuang bukan sahaja untuk beliau dan keluarga, tetapi juga untuk masa depan.
“Beliau berjuang untuk anda semua dan paling penting, untuk alam semula jadi.
“Ibu saya akan terus berjuang untuk perkara yang betul dan kami akan berdiri teguh bersama, selama-lamanya dan sentiasa.”
Sabrina, presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), dan pentadbir organisasi Norhayati Shahrom ditahan minggu lalu.

"Pembangkang, janganlah bersikap seperti katak di bawah tempurung," kata Najib




"Hancur mesin judi! Ambil tindakan!" gesa NGO kepada PBT

Isu premis judi di Ampang: Jamal tuntut penjelasan Zuraida

Tak suka budaya tikam belakang, ingat PAS kepada PKR kata Mohd Amar

PAS tidak akan serah kerusi DUN Sabak pada PPBM - Sallehen

Wartawan Sinar Harian diugut bom

KOTA BHARU - Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) memandang serius terhadap ugutan bom yang diterima salah seorang wartawan Sinar Harian kira- kira jam 5.51 petang semalam.
Presidennya, Mohd Zailani Abd Rahman berkata, Kemudi berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa terhadap mana- mana pihak dipercayai melakukan ugutan berkenaan dan membawa mereka kemuka pengadilan.
Ugutan Bom “Wartawan wanita berkenaan menerima panggilan telefon lewat petang semalam daripada nombor telefon sama yang didakwa menelefon bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan untuk mengebom kedua-dua bangunan berkenaan.
“Satu laporan polis telah dibuat wartawan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira jam 9 malam tadi. Kita harap tindakan tegas akan diambil bagi mengelak kejadian ugutan kepada wartawan khususnya mereka yang melaporkan berita  jenayah terus menular,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Zailani berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi umum mengetahui tugas wartawan adalah melaporkan apa jua kejadian dan berita secara profesional tanpa mana-mana pengaruh atau fahaman tertentu.
Mengulas lanjut, Mohd Zailani berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berpunca daripada laporan kejadian ugutan bom di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang dibuat wartawan berusia 36 tahun itu pada 28 Disember lalu.
Dalam pada itu, Mohd Zailani berkata, kes-kes ugutan bom di bangunan kerajaan dan awam sebelum ini juga perlu ditangani pihak berkuasa agar tidak berlarutan sekali gus mengancam keselamatan orang ramai.

Astaghfirullah, doa Zuraida untuk Jamal selepas dituduh terlibat kegiatan haram

Jamal Md Yunos semalam mempersoalkan sama ada kekayaan Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin hasil daripada kegiatan judi haram di Ampang.
zuraida-jamal-sorry-1
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin hanya mampu beristighfar selepas ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan sama ada “kekayaannya” hasil daripada kegiatan haram di Ampang.
“Semoga Tuhan membalas dan memberinya hidayah,” kata Zuraida ketika dihubungi FMT.
Selepas “protes tuala” minggu lalu, Jamal semalam tampil berjubah dan berkopiah putih bersama 100 pemuda bermotor menyerbu 2 pusat perjudian sekitar Jalan Kosas, Ampang.
Jamal dalam sidang media selepas serbuan itu hairan mengapa pusat perjudian haram boleh berleluasa di Ampang, lalu mempersoalkan adakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditekan supaya memberi lesen kepada pengusaha judi haram.
Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata risikannya mendakwa pusat judi membuat bayaran kepada ahli majlis MPAJ, mendorongnya untuk mempersoalkan sama ada Zuraida dan Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly menerima manfaat daripada kewujudan kegiatan haram di Ampang.
Zuraida berkata Jamal patut membuat laporan polis.
“Astaghfirullah…Saya tidak sepatutnya menjawab dakwaan yang langsung tidak islamik oleh seorang yang saya anggap sebagai munafik,” kata ketua wanita PKR itu.

Malaysia perlu amal 'ekonomi sebenar' untuk rawat ekonomi yang sakit - Dr Dzulkefly Ahmad



Dr Dzulkefly AhmadMalaysia perlu kembali mengamalkan 'ekonomi sebenar' berbanding 'ekonomi kewangan' bagi membariskannya dengan negara-negara serantau yang lain dan mengeluarkan rakyat daripada perangkap 'pendapatan sederhana', kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau 'ekonomi sebenar' adalah kegiatan ekonomi yang menjana produk (goods) dan perkhidmatan (services) berbanding kegiatan transaksi dalam pasaran kewangan (financial markets).
Dr Dzulkefly berkata, Malaysia memasukki liga 'pendapatan sederhana' pada tahun 1969, sama seperti Korea Selatan namun negara tersebut telah memasukki kelompok negara 'pendapatan tinggi' pada 1995 sedangkan Malaysia kekal dalam 'Liga Sederhana Tinggi' (Upper-Middle) sejak 1996.
Beliau menambah, walaupun ekonomi negara berubah secara drastik sejak empat dekad lalu daripada mengeksport getah dan bijih timah kepada barangan elektronik dan elektrikal (E&E), malangnya ia terhad kepada kegiatan pemasangan bahan-bahan import tanpa nilai-tambah.
Ketiadaan aspek rantaian nilai dan nilai-tambah di bidang E&E tidak memerlukan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), sekaligus mengakibatkan ianya beku dan tidak berkembang.
Katanya, meskipun negara telah meneroka bidang solar dan sektor LED, bidang R&D masih pada negara HQ (negara asal) manakala dalam sektor automobil pula milik intelektual masih dipegang syarikat Jepun seperti  Mitsubisghi Motors.
"Hanya R&D dalam sektor minyak sawit yang boleh kita banggakan dari seluruh rantaian nilai dari bahan mentah sehingga produk-produk hiliran dengan nilai-tambahnya," ujarnya.
Laporan Organisation for Economic Co-Operation and Development (OECD) juga menyebut Malaysia gagal mengeksploitasi dan mengintegrasi konsep 'Rantaian Nilai Global' yang akan menjadikan produk-produk pembuatan tempatan diperlukan dan mampu bersaing di pasaran global.
"Pengisian domestik dalam barangan ekspot dan 'intermediate' kita, pada hakikat semakin menurun dari 69.5% pada 1995 kepada 59.5% pada 2011. Filipina mengalami peningkatan (70% ke 76.4%), sementara Indonesia (88%) dan China (67.8%) kekal sama," ujarnya.

Najib senaraikan pembangunan usahanya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan terbaru di blog hari ini memilih untuk membidas pihak-pihak tertentu, khususnya pembangkang yang didakwanya sengaja buat-buat tidak nampak pembangunan yang diusahakannya.
Menurutnya, pentadbirannya telah menjalankan pelbagai pembangunan yang mencipta beratus ribu peluang pekerjaan.
“Antara projek pemangkin ekonomi berlandaskan pembangunan secara besar-besaran seperti MRT, Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway, LRT 2 dan 3, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Projek-projek seperti ini penting bagi menjana ekonomi di kawasan sekitar dan merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dan bandar,” katanya.
Secara sinis Najib berkata pembangkang sengaja mengambil sikap 'buat-buat tidak nampak' dan bersikap seperti katak di bawah tempurung apabila melontarkan hujah itu serta membandingkan dirinya dengan pemimpin lama.
Tanpa menyebut sebarang nama tetapi dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata kerajaan juga sedang membangunkan KL118 iaitu bangunan tertinggi di negara ini.
“Yang aneh, ada yang kata bangunan-bangunan seperti Tun Razak Exchange dan KL118, tidak ada satu tiang pun dibina.
“Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan tersebut sebelum melontarkan tuduhan yang memalukan diri,” katanya di blog rasminya, najibrazak.com, yang turut disertakan rakaman audio ucapan perdana menteri.

Pas kata kami tak suka sahabat tikam belakang - Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas berpendirian tidak mengamalkan budaya tikam belakang, terutamanya dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Menurutnya, melalui dasar yang sama juga, Pas ingin mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menjalinkan persahabatan politik dengan parti itu untuk menghormati dan jujur dengan pendirian yang dipegang parti itu.
Mohd Amar “Sahabat kita, baru atau lama, duduk elok-elok dengan kita. Terutamanya PKR. Nak berkawan dengan Amanah boleh, tapi jangan berperangai seperti Amanah. Kena jaga, terutamanya di Kelantan.
“Kita sejak dari dulu hingga kini, tidak pernah sekali pun khianati sahabat. Kita tidak suka budaya tikam belakang. Kalau nak tikam, tikam depan-depan,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi Anak Muda Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Biro Penerangan Bersatu, Deen Qassim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan ramai lagi.
Menurutnya, Pas telah berkali-kali dikhianati iaitu semasa berada di dalam BN dan ketika menjalinkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau juga memberitahu, malah Pas bukanlah ‘tangga’ untuk batu loncatan mana-mana pihak sehingga parti itu dilupakan apabila sudah sampai ke atas puncak.
“Bila sampai atas, lupakan tangga yang naik tadi. Kena ingat, tidak selamanya kita berada di atas, satu masa mesti kita mahu turun. Masa itu, tangga juga yang dicari nanti," katanya.

PAS tak perlukan Pakatan Harapan untuk terus tadbir Kelantan - Che Abdullah

Che Abdullah berkata, PAS tidak nampak sebarang bentuk kerjasama dengan Amanah selepas dikhianati parti itu.
Che_Abdullah
PETALING JAYA: PAS Kelantan dan Terengganu menolak cadangan Pakatan Harapan (PH) membenarkan parti itu “mengetuai” pembangkang di 2 negeri terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata setiausaha PAS Kelantan.
Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Amanah tidak perlu memberi nasihat atau cadangan kepada PAS kerana parti serpihan itu tiada pendirian jelas.
“Kita tidak nampak akan ada kerjasama dengan Amanah selepas pengkhianatan yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada pada Amanah, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau sebaliknya mengingatkan Amanah untuk menyedari hakikat kekuatan mereka sebenarnya tidak diyakini sekutunya dalam PH, sehingga ada pemimpin yang mencadangkan parti itu dibubarkan.
“Di peringkat pusat sendiri ada cadangan daripada pemimpin PKR supaya Amanah ini dibubarkan dan bergabung dengan PKR, itu satu petunjuk rakan yang sudah bersama Amanah pun sedar tidak ada sebab untuk Amanah ini wujud.
“PKR sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, bekerjasama dengan PAS, tetapi tidak pernah lagi mereka beri cadangan supaya PAS dibubar dan bergabung dengan PKR. Begitu juga dengan DAP, mereka tidak minta parti itu dibubarkan kerana PKR melihat kedua-dua parti ini ada peranan dan kekuatan tersendiri.”
Katanya, PAS Kelantan yakin mampu mengekalkan pentadbiran di negeri itu tanpa perlu menyertai PH kerana rakyat masih menyokong parti Islam itu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mematuhi arahan PAS pusat dan tidak akan sesekali mengadakan rundingan dengan PH, termasuk Amanah berhubung soal pembahagian kerusi.
“PAS Terengganu sedia berdepan pertandingan 3 penjuru, PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana parti sudah bertapak sejak 1959 dan pernah memerintah 2 kali. Kita tidak terikat dengan PH, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.

Ezam keluar BERSATU

Ia merupakan kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
Datuk-Mohamad-Ezam-Mohd-NorPETALING JAYA: Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno, menurut sumber yang memberitahu FMT.
Sumber memberitahu FMT, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.
FMT masih gagal menghubungi Ezam bagi mengesahkan perkara itu.
Ia merupakan kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
Ezam merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat Malaysia.
Ezam bagaimanapun menyertai semula Umno pada 2008, dipercayai ekoran perselisihan faham dengan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR.
Sumber memberitahu FMT, Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini menyaksikan Anina Saadudin, diturunkan daripada jawatan ketua sayap wanitanya, Srikandi.

‘Dr M, Wan Azizah - ikon politik, tak harus kunci mulut’ - Akhramsyah Sanusi

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah "ikon politik" dan tidak seharusnya dilarang daripada meluahkan pendapat mereka, kata ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Akhramsyah Sanusi.
Beliau mengulas pandangan seorang penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia yang mahu pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan untuk belajar tidak menyuarakan perbezaan pendapat mereka di khalayak umum supaya tidak menjejaskan pakatan politik mereka.
“Para pemimpin seperti Dr Mahathir dan Wan Azizah bukanlah sahaja memimpin parti politik, tetapi mereka juga di kalangan ikon politik negara kita.
“Mahathir khususnya berhujah dengan bersandarkan sejarah kejayaannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri selain diiktiraf dunia sebagai pejuang nasib rakyat negara-negara dunia ketiga!
“Rakyat Malaysia sepatutnya gembira dan menerima kesediaan para ikon kepimpinan kita berkongsi pendapat sebagai pemangkin perbincangan di kalangan masyarakat tentang halatuju pembangunan negara,” katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata ahli akademik tidak harus menyarankan para pemimpin agar diam daripada melontarkan hujah dalam negara demokrasi semata-mata kerana kepentingan politik.
Ini, menurut Akhramsyah akan memburukkan lagi budaya takut di negara ini dan hanya akan membantu rasuah, katanya.
“Saya harap lontaran pendapat oleh yang berilmu Dr Kamarul (Zaman Yusoff ) bukanlah menggambarkan sudah berputik perasaan ketakutan di institusi-institusi pendidikan tinggi terhadap perbincangan terbuka di kalangan masyarakat hasil usaha kepimpinan Umno menakut-nakutkan golongan akademik,” katanya.
Menurutnya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dan akhirnya akan membentuk dasar yang terbaik untuk rakyat.
Wan Azizah tidak bersetuju dengan pendapat Mahathir yang melabel pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebagai rasuah politik dan tidak sah.

'Tikam belakang' sesama sendiri budaya BERSATU, kata MP Umno

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dan hairan dengan perkembangan serta kemelut yang berlaku di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini.
Ini kerana, ujar beliau, masing-masing yang menyertai parti berkenaan dilihat mempunyai agenda tersendiri.
Katanya, disebabkan itulah parti baru berkenaan yang baru berusia lebih kurang tiga bulan telah kucar-kacir dan terpalit dengan pelbagai masalah termasuklah isu jawatan ketua sayap Srikandi mereka.
"Akibat sudah biasa suka menentang dan melawan maka budaya itu dibawa ke dalam parti baru mereka yang akhirnya rakyat dapat melihat kepincangan dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
“Mereka sebenarnya belum ada rasa saling mempercayai antara satu sama lain, kerana apa… kerana mereka sudah biasa tikam belakang rakan sendiri untuk naik.
“Jadi, bagaimana parti seperti ini mahu kukuh. Mereka tidak akan mampu meniru roh perjuangan dan kepercayaan yang ada dalam Umno,” ujarnya, memetik laporan Umno Online.
Pada 25 Disember lalu, salah seorang pengasas BERSATU, Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.
Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.
Anina dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
Susulan itu, bekas ahli BERSATU, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu presiden parti serpihan Umno itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'membersihkan' namanya kerana turut terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkahwin.

PRU14 ketika umat Islam sambut Ramadan?



Suasana di sebuah pusat pembuangan undi.
TEKA TEKI yang paling sukar untuk dijawab oleh rakyat Malaysia adalah bilakah tarikh pilihan raya umum?
Di Malaysia, tarikh pilihan raya umum adalah satu perkara misteri yang hanya diketahui seorang manusia sahaja iaitu Perdana Menteri. Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat atau Indonesia.
Di Amerika, semua orang tahu bulan November setiap 4 tahun adalah tarikh pilihan raya, atau bulan April jika setiap 5 tahun.
Tarikh pilihan raya Amerika,  semua rakyat tahu. Yang rakyat tidak tahu siapa akan menang. Manakala di Malaysia, sebelum ini semua orang tahu siapa akan menang, yang semua orang tidak tahu adalah tarikhnya. Cuma kini, tarikh dan pemenang sudah tidak menentu. Tarikhnya kekal misteri, pemenangnya belum pasti.
Bila mana semua orang boleh cuba meramal jawapan teka-teki tarikh pilihan raya, maka saya juga ingin mencuba, telahan saya, PRU akan dibuat di bulan puasa tahun 2017, yakni awal bulan Jun.
Telahan ini berasaskan tiga faktor;
Pada akhir Mei dan awal Jun, ada cuti sekolah selama dua minggu. Kebetulan puasa juga bermula akhir Mei iaitu hari pertama cuti sekolah. Maka waktu inilah saat paling sesuai untuk pilihan raya yang menguntungkan BN (akan diterangkan di perenggan lain) berbanding pilihan raya dibuat hujung bulan Ogos/awal September.
Pilihan raya di bulan puasa tidak menjadi masalah kerana PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan pilihan raya boleh dibuat di bulan puasa. Ia lebih menguntungkan Umno-BN kerana boleh memanfaatkan acara bulan puasa untuk kempen BN. Apatah lagi jika 'agamawan sampul' boleh mengeluarkan fatwa haram berceramah di bulan puasa, maka Umno akan dapat tendangan percuma ke gawang lawan.
Bulan Mei adalah bulan bertuah BN, bulan di mana Presiden Umno dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak boleh menuai hasil yang ranum dari 3 peristiwa.
Pertama, berlangsungnya Muktamar Pas Pusat juga merupakan muktamar Pas yang kedua tanpa kelompok progresif yang sudah kecundang dua tahun lalu. Muktamar ini menjadi penentu hala tuju masa depan dan survival parti Pas. Pada muktamar ini dipercayai para "Harumanis" akan turut sama dibersihkan dan Pas hanya akan digerakkan oleh kelompok konservatif.
Kelompok konservatif Pas ini lebih mudah untuk dijerat dan 'dinikahi' oleh Umno. Menyegerakan pilihan raya akan menekan Pas yang semakin lemah untuk bekerjasama dengan BN bagi berdepan musuh baharunya, Pakatan Harapan.

Gaji bawah RM6,000 tak cukup hidup di bandar – Generasi muda

Kadar pendapatan rakyat tidak selari dengan kenaikan pelbagai jenis kos secara berterusan sekaligus menjejaskan kualiti hidup golongan muda terutama di bandar, tegas Exco Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan.
Graduan ekonomi Universiti Malaya (UM) itu berkata, harga rumah dan kos sara hidup rakyat semakin naik sejak lapan tahun lalu.
Gaji bawah RM6,000 tak cukup hidup di bandar - Generasi muda“Kos pengangkutan turut naik dan apa yang tidak naik? Tapi malangnya pendapatan rakyat tidak naik-naik setimpal dengan kenaikan-kenaikan yang lain. Masih stagnant atau malar sungguhpun negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi setiap tahun,” ujarnya.
Menurutnya, kenaikan gaji tidak setara dengan kenaikan inflasi sekiranya gaji permulaan seseorang itu pada tangga rendah.
“Itulah sebabnya ia begitu kejam, kerana setiap kos lain telah naik tetapi pendapatan anda tidak pula naik,” jelanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan gaji di bawah RM6,000 adalah tidak mencukupi bagi generasi pada hari ini untuk hidup di bandar seperti di Kuala Lumpur.
“Mungkin gaji RM 6,000 itu agak selesa bagi sesetengah pembaca tetapi selepas ditolak cukai dan caruman KWSP, keperluan asas seperti makanan, pertrol, tol, bil, pembayaran balik kereta dan rumah sewa.Itu pun masih ngam-ngam (cukup-cukup).
“Walaupun masih mampu untuk membuat simpanan bagi pembelian aset kelak seperti rumah, jika mereka mula bekerja sejak 2007 dan berbelanja dengan berhemat, mereka mungkin dapat membeli rumah pada 2012 dengan simpanan selama enam tahun tetapi masuk sahaja tahun 2012, harga hartanah telah meningkat berkali-kali ganda daripada simpanan,” jelasnya dipetik daripada status Facebook beliau.
Menyentuh realiti harga rumah yang semakin tidak munasabah tinggi pada masa ini, Ammar berpendapat harga rumah dan pendapatan rakyat adalah saling berkaitan dalam menentukan unit kediaman yang ditawarkan mampu milik atau sebaliknya.
“Faktor mampu ini jugalah yang akan menentukan generasi X dan Y mampu beli rumah atau sewa rumah. Berapa ramai generasi macam saya pada hari ini dengan gaji RM 1800 hingga RM 4000 mampu untuk beli rumah? Mampu tengok bolehlah, hatta berapa banyak rumah mampu milik yang ditawarkan?” soalnya.
Justeru, beliau antara lain menyarankan supaya kediaman mampu milik dikhaskan hanya kepada pembeli pertama dalam usaha membendung tindakan menjadikan rumah sebagai alat spekulatif untuk mendapatkan keuntungan.
“Sebab itu, perlu ketegasan bahawa rumah mampu milik hanya untuk pembeli pertama khususnya bagi pasangan yang baru berkeluarga. Kerajaan sudah lakukan usaha ini, namun usaha ini perlu diselaraskan juga pada sektor swasta,” katanya.

GST – BILA LAGI JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN MAHU TENTUKAN SYARAKNYA?

Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin...pertimbangan bebas
"Pertimbangan hukum yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hendaklah bebas daripada parti politik sebaliknya berasaskan kepentingan rakyat serta penemuan intensif pakar syariah dan ekonomi tempatan."
Apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan, antara perkara yang dijanji ialah untuk mengkaji sama ada ia mematuhui hukum syara atau sebaliknya.
Menurut rekod kerajaan, ada sebanyak 200,000 syarikat daripada 430,000 syarikat yang mendaftar GST di seluruh negara.
Apa yang jelas kini ialah kerajaan hanya mementingkan soal duit masuk kantong mereka semata-mata apabila menekankan berapa banyak yang berjaya dan akan dikutip,  selain tindakan terhadap  mereka yang ingkar.
Janji lain seperti harga barangan akan menjadi lebih murah, rakyat akan mendapat pulangan setimpal dan hasil untuk membangunkan negara, atau kadar GST akan diilai semula tidak lagi diperkatakan dalam menilai dan mengkaji tuntutan rakyat.
Kerajaan mengatakan apa yang dilaksanakan melalui GST ketika ini akan kekal kerana ia menjadi pendapatan penting kerajaan sebagai pengganti kepada hasil gas dan petroleum akibat kejatuhan harga bahan itu di pasaran dunia.
Dengan kata lain, rakyat dan syarikat kini menjadi penyelamat kepada kerajaan untuk mendapatkan hasil sedangkan sumbangan baik daripada hasil itu kepada rakyat tidak diperincikan.
Apakah langkah ini wajar dan bertepatan dengan tuntutan agama?
Bagaimana dengan janji untuk mengkajinya kedudukan enam parameter syarak yang perlu dirujuk dalam pelaksanaan GST?
Enam perkara itu membabitkan:
1.      Komitmen kerajaan dalam melaksanakan syariat Islam;
2.      Sumber kewangan;
3.      Cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
4.      Bebanan cukai dikutip secara adil;
5.      Cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah dan bukan untuk maksiat; serta
6.      Agihan cukai perlu bertepatan dengan ijithad ulama semasa dan setempat.
Sejauh ini  ulama memberikan pendapat yang berbeza semasa perbincangan yang dibuat mengenai pelaksanaan cukai itu, sama ada haram atau harus. Bagaimanapun selepas perbincangan tersebut, ulama sebulat suara menyatakan pelaksanaan GST harus dilaksanakan tetapi dengan berpandukan enam syarak yang ditetapkan.
Harapkan ulama PAS untuk memperkatakan isu GST? Pendirian mereka semakin tidak jelas walaupun mulanya menentang tetapi malah ada mengatakan mereka menyokong pelaksanaan GST walaupun tahu keadaan ketika ini sangat terkesan kepada rakyat.
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 terus diperkatakan rakyat biasa dan akan menjadi  salah satu isu dalam pilihan raya akan datang. Yang pasti, rakyat ternyata tidak berpuas hati dengan pelaksanaan dan pengagihannya.
Banyak pendapat diluahkan, malah ada mengatakan GST zalim dan menekan rakyat. Di pihak kerajaan, ia baik untuk mereka dan pendapatan negara.
Yang pasti, berkaitan GST dan hubungannya dengan  Majlis Fatwa Kebangsaan, tempoh selama setahun diberikan dalam pelaksanaan GST  agar dikaji - apakah ia mematuhi hukum syarak yang ditetapkan - sudah matang tempohnya.
Namun sehingga kini kajian mengenai kedudukannya dari segi syarak dan apakah adil untuk masyarakat, berlalu begitu sahaja.
Di mana ciri-ciri Wasatiyyah yang menekankan kesederhanaan dalam perlaksanaan GST ini?
Tidakkah kesederhanaan ini bermaksud tidak menekan rakyat dan tidak pula membelanjakan pendapatan untuk tujuan lain tetapi dikembalikan hasilnya untuk kesejahteraan dan kebaikan rakyat?
Dengan kata lain, kalau terdesak mahu melaksanakannya biarlah kadarnya bersesuaian dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat dengan seadil-adilnya.
Menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 2016, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kutipan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM dari Januari hingga Oktober 2016 ialah RM29.34 bilion.
Johari...kutipan GST meningkat
Ia meningkat sebanyak RM1.41 bilion berbanding sembilan bulan tahun lalu yang berjaya meraih RM27.93 bilion.

BR1M bukan polisi ekonomi bagi golongan berpendapatan rendah


Oleh *Liew Chin Tong
BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) bukan jawapan untuk sebuah polisi ekonomi yang tuntas bagi menyelesaikan isu melingkari golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Naif sekali jika Umno menyangka rakyat terbanyak tidak menyedari hal ini.


Umno menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan satu kesilapan besar apabila dengan beraninya mendakwa BR1M adalah 'rasuah'. Anggapan mereka, rakyat khususnya penerima BR1M akan menempelak Tun kerana mengkritik usaha Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional ini. Oleh itu, dakwaan Tun telah menerima kecaman hebat oleh para menteri. Pada awal-awal tahun pengenalan, BR1M (sebelum GST dilaksanakan) sememangnya menyumbang kepada peningkatan imej seterusnya sokongan rakyat kepada Umno dalam PRU 2013. Namun ia sedikit demi sedikit berkurangan pada tahun-tahun berikutnya.
Rakyat Malaysia hari ini umumnya telah menyedari bahawa:
Pertama, sumber BR1M adalah dari dana awam. Justeru mereka sememangnya berhak mendapat BR1M dan bukanlah suatu kewajipan untuk mereka rasa terhutang budi atau 'berterima kasih' kepada Najib.
Kedua, sejak perlaksanaan GST pada 2015 dan kenaikan harga barangan, BR1M tidak lagi memberi kesan besar terhadap pendapatan boleh guna isi rumah.
Ketiga, BR1M tidak langsung menjadi jawapan kepada isu peluang pekerjaan yang meruncing kini. Kerajaan gagal untuk tampil dengan polisi yang meyakinkan. Jauh di hati rakyat, pekerjaan yang baik dengan upah yang setimpal adalah keperluan mendesak berbanding BR1M meskipun mereka akan terima apa sahaja yang diberikan oleh Kerajaan.
BR1M hakikatnya adalah respon pra-matang Najib kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat yang dikemukakan pada Julai 2011 yang lalu.
Saya yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penyediaan proposal tersebut telah mengambil garis bahawa pemerkasaan ekonomi golongan berpendapatan terendah 60% kebawah perlu menjadi asas untuk memberi nafas baru kepada keseluruhan ekonomi Malaysia yang suram.
Sejak krisis ekonomi global 2008, eksport Malaysia menguncup disebabkan permintaan yang mengecil dari Eropah dan Amerika Syarikat. Pada ketika itu, kita boleh menyaksikan bagaimana negara terpaksa bergantung lebih kepada penggunaan domestik. Pun begitu, ia banyak dibiayai oleh hutang isi rumah yang pastinya tidak mapan untuk jangka masa panjang.
Strategi ekonomi yang mapan hanya mampu dibentuk apabila kita melakukan reformasi ekonomi dengan memperkasakan golongan berpendapatan terendah 60% kebawah. Inilah asas kepada proposal kerangka polisi Pakatan Rakyat 2011
Bertitik tolak dari asas tersebut, kami mencadangkan 3 pakej reformasi ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan terendah 60% kebawah seterusnya menganjak ekonomi Malaysia.
Pakej I - Pendapatan & Produktiviti
Pemberian wang saguhati (seperti BR1M) bukan jawapan kepada isu kesukaran mendapat peluang pekerjaan yang baik dengan bayaran upah yang setimpal yang membelenggu rakyat. Satu rangka polisi ekonomi yang ampuh amat diperlukan untuk berhadapan isu ini.
Timbul persoalan; bagaimanakah Malaysia mampu mengurangkan kebergantungannya terhadap pekerja asing tanpa kemahiran? Usaha untuk meningkatkan tahap automasi, penggunaan alatan bermesin dan menaik taraf industri agar kebergantungan kepada tenaga manusia dapat dikurangkan mampu memberi jawapan.
Kerajaan bertanggungjawab merangka polisi yang ditunjangi asas untuk meningkatkan produktiviti (menerusi automasi dan penggunaan teknologi bermesin) dan pengupahan tenaga kerja mahir dengan gaji yang lebih tinggi. Apa yang kita ada hari ini adalah kerangka polisi yang berorientasikan produktiviti yang rendah melalui lambakan tenaga kerja tidak berkemahiran dengan tangga gaji yang amat rendah.
Pakej II - Perbelanjaan Sosial

Mahfuz: 'Kalau betul BR1M bukan rasuah...'

Mahfuz OmarSekiranya benar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, maka rakyat berhak menolak undi Umno dan BN pada PRU nanti, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, BN tidak perlu menghasut rakyat untuk menolak pembangkang sekiranya BR1M bukan diberi bagi tujuan rasuah.
“Pakat nafi BR1M bukan rasuah. Pada hal waktu nak bagi BR1M mula-mula dulu  semua penerima kena tadah telinga dengar ceramah kempen pemimpin Umno merayu minta undi BN.
“Jika BR1M bukan rasuah dan BN pun tidak menagih untuk mengharapkan undi dari penerima BR1M, amatlah sesuai untuk penerima BR1M tidak undi BN dalam PRU14 nanti,” ujar Mahfuz sinis menerusi satu kenyataan.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.
Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga kelihatan yakin bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN.

Exco Selangor: Terima kasih, Jamal

Bagaimanapun, kerajaan negeri dan MPAJ berkata cukup setakat Jamal menyerahkan maklumat premis kegiatan haram dan membiarkan polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan.
ean-yong-jamal
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor menghargai tindakan Datuk Seri Jamal Yunos membongkar pusat judi haram, tetapi berharap beliau menyerahkan maklumat berhubung isu itu kepada pihak berkuasa dan tidak mengambil tindakan sendiri.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata ketua Umno Sungai Besar itu perlu menghormati undang-undang dan bukan “meletakkannya di tangan sendiri”.
“Terima kasih bantu kita membanteras kegiatan haram tetapi beliau sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik terlebih dulu.
“Beliau perlu menyerahkan maklumat tentang premis kegiatan haram kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam, Jamal tampil bersama-sama 100 pemuda bermotorsikal, menyerbu 2 pusat perjudian sekitar Jalan Kosas, Ampang.
Dengan berpakaian jubah dan kopiah putih, beliau turut membawa keratan gambar Ean dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwanya tidak berbuat apa-apa untuk membanteras masalah itu.
Jamal mendakwa pemilik 2 unit pusat judi yang diserbunya membayar RM10,000 kepada ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mendapat lesen.
Dakwaan itu dinafikan S Supiramany, ahli majlis MPAJ merangkap ahli Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan.

Tipu pakej umrah: Pegawai kanan JPNT dipanggil bantu siasatan



Seorang pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pakej penipuan pakej umrah yang melibatkan guru.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata selain itu beberapa ketua sektor dan pegawai JPNT juga akan turut dipanggil dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.
Bilangan rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah bertambah saban tahun.Katanya siasatan itu juga menjurus berhubung surat tawaran yang dikeluarkan oleh JPNT tersebut dan setakat ini pihaknya telah merakamkan percakapan 28 mangsa.
"Beberapa individu lagi akan dipanggil bagi merekodkan percakapan selain Pengarah JPNT sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya berhubung kes ini," katanya ketika ditemui di Kualan Terengganu, semalam.
Terdahulu beliau memaklumkan pihak polis berjaya mengesan penipuan yang dijalankan sebuah yayasan di negeri itu melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta dan membabitkan 4,800 mangsa.
Isnin lalu seorang pengarah dan seorang akauntan yayasan itu direman selama empat hari dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Rosli turut menyarankan mangsa yang terlibat untuk membuat laporan polis. Sehingga kini 48 laporan telah diterima oleh pihaknya.