Selasa, 27 Disember 2016

Anina mungkin hilang jawatan majlis tertinggi PPBM - Penganalisis politik

Penganalisis politik berkata perkara biasa bagi ahli politik tempatan di kedua-dua bahagian pembangkang dan Barisan Nasional dilempar dengan tuduhan fitnah.
awang-anina-1
PETALING JAYA: Jika “skandal mesej seks” benar-benar punca di sebalik penyingkiran Anina Saadudin daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), maka beliau mungkin boleh kehilangan kedudukan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya Prof Madya Azman Awang Pawi berkata setiausaha agung PPBM sudah pun memberi penjelasan yang jawatan ketua wanita parti itu masih belum diwujudkan lagi, jadi tindakan ini mungkin hanya sementara.
“Tetapi jika benar isu itu timbul kerana skandal baru-baru ini, beliau mungkin boleh kehilangan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran Anina daripada jawatan ketua wanita PPBM, minggu lalu.
Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.
Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.
“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.
Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.
Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.

PPBM perlu pasukan bersatu, bukan pelakon drama Melayu

Tariq Ismail menggesa ahli PPBM fokus kepada memperjuangkan nasib negara dan rakyat, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, masa depan anak dan generasi akan datang.
tariq-anina-1
PETALING JAYA: Akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) harus fokus kepada isu sebenar yang berlaku bukanya isu melodrama, kata Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail.
“Apa tugas berat ini sehingga ia mampu mengatasi melodrama Melayu yang bermain sekarang?
“Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu sebuah pasukan yang bersatu, bukannya pelakon tambahan dalam episod buruk melodrama Melayu,” katanya di status Facebook, hari ini.
Tugas berat yang dimaksudkan adalah memperjuangkan nasib negara dan rakyat, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, masa depan anak serta generasi akan datang.
“Walaupun kami menghadapi kerenah yang terbawa-bawa daripada penyatuan terdahulu, peringkat akar umbi kami semakin teguh bersatu dan tertumpu kepada tugas berat yang dikendong,” katanya.
Tariq berkata demikian sebagai mengulas situasi terkini yang berlaku kepada Anina Saadudin apabila beliau dituduh terbabit dalam skandal mesej seks sehingga tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti itu, minggu lalu.
Satu “screenshots” dikatakan perbualan Anina menerusi Whatsapp dengan seorang lelaki yang tidak diketahui namanya tersebar di Internet.
Nama Anina yang juga bekas ahli Umno mula dikenali ramai apabila rakaman video menunjukkan beliau mengkritik Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan tahunan parti itu tersebar tahun lalu.
Anina secara lantang mengkritik tindakan Najib dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri yang akhirnya didedahkan wang berkenaan derma daripada keluarga diraja dari Arab.
Pada September tahun lalu, tindakan dan kritikan Anina itu menyebabkan beliau disingkirkan daripada Umno.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman menggesa ahli PPBM tidak terperangkap “dalam melodrama elitis ketamakan kuasa dan kekayaan”.

‘Kita perlu berpegang kepada nilai kemanusiaan’ - PH

Semua pihak perlu berpegang teguh terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan mengelakkan konflik berterusan yang melanda Aleppo dan etnik Rohingya.
Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata,  segala tindakan perlu diambil supaya keamanan sejagat terus terpelihara.
 Wan Azizah Wan Ismail "Mutakhir ini di penghujung 2016, isu-isu konflik kemanusiaan meledak. Tragedi penghapusan etnik di Myanmar. Bencana kemanusiaan yang menyebabkan  terbunuhnya ratusan ribu warga Aleppo di Syria. Tambah menggusarkan lagi masyarakat dunia adalah kejadian pembunuhan Duta Russia ke Turki 19 Disember lalu.
"Sudah mafhum masalah penganiayaan melalui pelbagai kaedah pembunuhan, pengusiran telah dilakukan sejak puluhan tahun lalu ke atas umat Islam Rohingya. Maka desakan tegas perlu diutarakan bagi menghentikan keganasan dan meningkatkan bantuan kemanusiaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pihaknya dalam masa sama turut mendesak Malaysia dan Asean agar lebih tegas menuntut agar dihentikan kezaliman.
"Kenyataan Asean setakat memulakan ‘perbincangan’ mengenai isu ini agak lewat 30 tahun.
"Begitulah lumrah konflik bersenjata dan perang saudara di dunia ini. Yang menjadi mangsa dan yang paling menderita adalah rakyat jelata dan orang awam yang tidak berdosa," ujarnya lagi.

BR1M jadi rasuah bila diperalat kepentingan politik

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wujud unsur rasuah apabila pemimpin terdesak mengambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.
Pengerusi Hisbah Centre For Reform (HISBAH), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pada awalnya perancangan asal BR1M dari Bank Negara bermerit dari sudut ekonomi dan juga sosial, namun ia disalahgunakan pihak yang mahu mengekalkan kuasa.
“Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan Umno baru-baru ini Presiden Umno umum pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir diberikan melalui Umno bahagian.

“Disini wujud elemen rasuah kerana Umno berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemberian BR1M menerusi parti politik dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana Umno adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan.
“Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan.Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli Umno sahaja.
“Mengapa Umno mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?” soal beliau.
Katanya, program BR1M merupakan satu dasar baik disalahgunakan pemimpin terdesak dan mahu terus kekal berkuasa dengan apa cara seklipun.
Mohamad Ezam juga menegaskan dakwaan dibuat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa terdapat unsur rasuah didalam BR1M mempunyai asas.

Anwar kekal calon Perdana Menteri

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak wujud istilah ‘tidak’ untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika dalam Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Sebaliknya beliau membayangkan parti itu terus optimis dengan pendirian mereka sebelum ini hanya bekas ketua pembangkang yang layak menggantikan tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apa maksud awak dengan tidak? Jangan sekali kata tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Mahkamah Persekutuan pada 14 Disember lalu menolak permohonan semakan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes fitnah liwat 2 dihadapinya.
Keputusan itu menyaksikan Anwar terpaksa menjalani hukuman penjara yang masih berbaki 16 bulan di Penjara Sungai Buloh.

Kontroversi pemimpin Pas rebut tanah di Rantau Panjang & kecoh Hadi ke Tehran

Ada dua isu melingkungi parti agama (Pas) yang menarik untuk diperkatakan waktu ini. Walaupun kedua-dua isu itu bersifat personal tetapi kerana ia membabitkan pemimpin tinggi atau tokoh Pas maka ia secara tidak langsung mengheretkan parti agama itu dan mendamgekannya. Suka atau tidak ia diberi perhatian dan dijadikan modal kering dalam politik.
Pasti dalam Piraum 14 nanti kedua-dua isu itu akan digunakan oleh musuh Pas, khansya Umno sekiranya ia tidak dilengsai dengan baik. Atas kebimbangan itu maka kedua-dua isu itu penting perlu diberi tumpuan serta mencari penyelesaiannya.
Isu pertama ialah mengenai ziarah Abdul Hadi Awang ke Tehran bagi menghadiri satu seminar kononnya untuk mencari perdamaian di antara golongan Syiah dengan Sunni yang “bertikah” mengenai fahaman kedua-duak puak itu.
Bagaimana pun pemergian Hadi itu telah menimbulkan kontroversi kerana ia dibabitkan dengan kedudukannya sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), yang mana pengkaitan itu menyebabkan timbul rasa kurang senang dari pihak KUIS termasuk pressidennya sendiri Yusof Qardhawi.
Hadi seperti dilaporkan mendakwa pemergiannya mewakili KUIS tetapi ia disangkal oleh pihak kesatuan itu sendiri menerusi setiausaha agungnya. Laporan dalam portal rasmi partinya juga katanya di delete. Why? Why?
Penafian oleh KUIS itu menunjukkan berlaku pembohongan fakta oleh pihak Hadi. Kegelabahan Hadi terhadap pertikaian itu dijelaskan pula menerusi sikapnya yang merendah-rendahkan upaya fizikal Yusof Qardhawi dengan mengatakan tokoh ulama itu sebagai kurang pendengaran dan mata juga kabur. Hadi memberi gambaran pertikaian Qardhawi terhadap kunjungan sebagai palsu.
Pemergian Hadi itu sebenarnya perkara biasa. Bukan pertama kali dia berjabat salam dan berpelukan cium pipi sambil memijak hujung jubah masing-masing dengan Ayutollah-Ayutolah dan pemimpin Syiah. Sudah acap benar lantaran itu Hadi tidak menoleh kepada perkembangan semasa sebelum memijak bumi Qom. Hadi tidak peka dan prihatin dengan keadaan semasa.
Tetapi kenapa pemergian beliau kali ini dipertikaikan, kerana saat Hadi ke Tehran itu saudara Islam di Aleppo, Syria sedang diganyang dengan dan dibunuh hidup-hidup. Pengeboman itu turut sama melibatkan sokongan moral daripada Tehran dimana ia dilihat tragedi itu ada persekongkolan oleh Iran. Itu sahaja kekhilafannya.
Jadi pemergian Hadi itu kurang tepat apa lagi saat pemimpin dan ulama muktabar lain yang juga menerima undangan tetapi mereka mengabsenkan diri.
Dari Malaysia bukan presiden “mulla” Pas itu sahaja diundang tetapi pembesar parti Islam lain juga turut sama dijemput yang mana kalau mereka hadir pasti akan disambut dengan bunga manggal dan nyanyian Hadrah atau lagu-lagu membangkit semangat Syiah.
Khabarnya penasihat agama Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang dan Abdul Ghani Shamsuddin, juga turut sama diundang ke seminar berkenaan. Begitu juga dengan Husam Musa ada menerima jemputan termasuk diberikan tambang dan penginapan percuma, tetapi mereka menolaknya dengan baik dan penuh hikmah. Mereka lebih melihat kepentingan lain daripada meraikan undangan Iran yang ada motif tersendiri itu.
Baik Ahmad, Ghani dan Husam mereka tidak ikut sesukanya dan membiarkan wibawa mereka larut dalam dalam pertikaian isu Sunni dan Syiah. Dan saya percaya penolakan mereka ke atas undangan itu sebagai menghormati dan menyatakan solidariti dan menzahirkan perasaan simpati dan sedih atas apa yang berlaku ke atas nasib penganut Sunni di Aleppo.
Namun Hadi yang terkenal dengan ketegasan dan “kebabilannya”, bercakap dengan nada angkuh serta sering songsang dengan “ijtihad siasah”, tidak mempedulikan sentimen berkenaan dan hadir ke seminar itu seperti biasa penuh kebanggaan kononnya dialah pemimpin daris garis agama yang terhebat dari Nusantara.

Jika Pakatan Harapan kuasai Putrajaya, undi di kawasan Melayu pasti berubah

Ada kemungkinan Pakatan Harapan akan sukar untuk menguasai kerusi-kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (Dun) di kawasan majoriti Melayu khususnya dalam kawasan rancangan pembangunan tanah seperti Felda, Kesedar, Ketengah dan kampung-kampung tradisi di pedalaman, jika pengundi di sini masih berada di tahap lama.
Menegaskan perkara ini, Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berkata, sentimen pengundi Melayu di kawasan tersebut yang kekal dikuasai oleh Umno selain sikap Pas yang bersifat “makan keliling” pastinya akan membantu pengekalan UmnoBN di kawasan tersebut.
Sebaliknya beliau yakin, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dlm PRU14 nanti dan menguasai Putrajaya, kecenderungan pengundi di kawasan tersebut akan berubah.
“Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Pakatan Harapan nanti dapat melakukan sesuatu yang lebih baik dalam membela nasib dan masa depan masyarakat Felda, Kesedar dan lain-lain agensi pembangunan tanah yang menjadi penggerak nadi masyarakat Melayu,” ujar beliau pada akaun facebooknya.
Ustaz Ibrahim berkata, ketika itu kebimbangan penguasaan kaum yang tidak seimbang dalam Pakatan Harapan akan hilang dan parti-parti Melayu Islam seperti AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta PKR akan menggantikan Umno untuk menguasai kerusi-kerusi majoriti Melayu.
DAP pula ketika ini, katanya, sudah pasti akan menguasai kerusi-kerusi bukan Melayu dengan melumpuhkan parti-parti komponen BN seperti MCA, GERAKAN, MIC, PPP, SUPP dan lain-lain dalam BN.

Nasib saya berbeza jika Tun M jadi Presiden PPBM, kata Anina

 Anina Saadudin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu.
Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya seperti dilapor BH hari ini.
Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan.
Katanya, ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara itu minggu lalu, kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden.
"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," dakwanya.

Mufti Perak nasihat Mahathir beramal di hujung hayat

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak
mengeluarkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya beramal.
Harussani yang dihubungi portal Berita Harian Online sebaliknya mencadangkan bekas perdana menteri itu supaya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.
“Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat yang masih ada,” katanya.
Mufti itu juga dipetik meminta Dr Mahathir agar berhenti daripada terus mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tidak berasas termasuk memburuk-burukkan segala usaha kerajaaan.
"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.
"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik,” katanya.
Ahad lalu, Dr Mahathir, dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
Orang kecewa
Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang kini menjadi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Dr Mahathir pula mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, jika pemimpin BN, tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian BR1M mesti melalui Umno.

Jangan pandang ringan kerjasama Pakatan, Bersatu - Profesor Dr Sivamurugan

Perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan dan Bersatu tidak dipandang ringan oleh Umno walaupun dirasakan ia sukar menjadi kenyataan.
Menurut penganalisis politik , Profesor Dr Sivamurugan Pandian mendakwa Umno berkemungkinan melihat dari sudut ideologi setiap parti yang berbeza.
“Umno barangkali melihat ia sukar kerana parti masing-masing mempunyai ideologi dan yang berbeza.
“Malahan, saya lihat pengagihan kerusi untuk keempat-empat parti tersebut juga sukar buat masa kini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Pimpinan Tertinggi empat Parti iaitu PKR, DAP, Bersatu dan Amanah menunjukkan bahawa keempat-empat komited dalam memperjuangkan agenda reformasi untuk membangunkan semula negara demi rakyat.
Sebelum, ini Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendakwa kerjasama itu sukar direalisasikan berikutan setiap parti punyai matlamat dan asas juang yang berbeza.

Namun begitu Sivamurugan berkata, ada di kalangan pemimpin Umno yang menganggap kerjasama tersebut tidak boleh dipandang ringan.
“Kerjasama ini tidak juga boleh dipandang ringan malah saya yakin ada segelintir pemimpin Umno yang mengambil berat soal ini.

2016: Ringgit merosot, eksport tak bertambah, pengangguran memuncak

Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu 2017. Tahun 2016 akan diingati dengan pelbagai peristiwa ekonomi, sosial dan politik yang buruk di Malaysia
2016: Ringgit merosot, eksport tak bertambah, pengangguran memuncakBagi Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani tahun 2016 malap dan menyaksikan seramai 70,000 dari 14 juta tenaga kerja negara tidak mempunyai pekerjaan berikutan kadar pengangguran meningkat 0.5 peratus berbanding dua tahun lepas menjadikannya 3.5 peratus pada tahun ini.
Dari sudut asas ekonomi pula, katanya, kejatuhan nilai ringgit sepatutnya meningkatkan permintaan barangan keluaran tempatan untuk dieksport ke luar negara, tetapi ianya tidak berlaku.
“Malah, lebih banyak majikan dari kalangan syarikat-syarikat asing yang gulung tikar. Ramai pekerja yang hilang pekerjaan.
“Syarikat tempatan juga banyak yang tidak mampu bertahan akibat kos perniagaan yang terus meningkat,” ujar beliau ketika dihubungi Amanahdaily.
Jamzuri berkata, golongan professional sudah mula membuka gerai jualan untuk menyambung kehidupan yang semakin menghimpit.
Kerajaan yang menjadi majikan terbesar negara pula katanya, mula membekukan perjawatan baru dan hanya menggantikan kakitangan yang bersara.
Tambah beliau lagi, tindakan Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam yang mahukan lanjutan umur persaraan pula hanya lebih memburukkan keadaan.

BR1M: Kerajaan ambil RM100 cukai GST, rakyat dapat RM14

Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu meringankan beban hidup rakyat yang meningkat angkara pelaksanaan cukai GST?
Menyangkal persoalan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar berkata BR1M cumalah satu kaedah dilaksanakan Umno Barisan Nasional bagi mengaburi mata rakyat, terutama apabila isu kos hidup rakyat miskin kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
“BR1M tidak dapat mengatasi peningkatan beban hidup disebabkan GST.
“Sebilangan besar rakyat berpendapatan rendah kurang menyedari bahawa jumlah kutipan cukai GST adalah jauh lebih besar berbanding pemberian BR1M,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, hasil kutipan GST bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion, manakala anggaran kutipan GST bagi tahun 2016 berjumlah RM38.5 bilion.
Sebaliknya, pemberian BR1M hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM5.4 bilion bagi kedua-dua tahun tersebut.
“Oleh itu, dianggarkan hanya lebih kurang 14 peratus daripada GST dipulangkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui BR1M pada tahun ini.
“Selebihnya iaitu 86 peratus daripada kutipan GST menjadi pendapatan tambahan kepada kerajaan. Saya melihat ini sebagai satu penindasan terhadap golongan miskin dengan penuh licik sekali,” ujarnya.

Anak: Henti beli PT Eagle, cari di mana modal RM2 bilion?

Kerajaan digesa campur tangan agar Felda menerusi anak syarikat, Felda Investment Corporation(FIC) Properties, membatalkan perjanjian jual beli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) Mazlan Aliman berkata, sesuatu yang melucukan apabila Felda Global Venture Holding(FGVH) pada tahun 2015 beria ia mahu membeli kepentingan diatas ladang seluas 320,000 hektar itu dan membatalkannya, kini, FIC pula berbuat demikian.
“Untuk pengetahuan, Pengerusi kepada FGVH dan FIC adalah orang yang sama, Tan Sri Isa Samad,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru ujarnya, yakin proses due diligence(jika dibuat) yang mengambilkira soal perundangan, kedudukan saham dan aset serta penilaian atas ladang tidak dilakukan dengan telus.
“Kita bimbang pembelian Ladang PT Eagle High Plantation yang nilainya begitu mahal dibuat atas agenda peribadi. Kita juga maklum, empayar Rajawali Group yang dimiliki Peter Sondakh ada kaitan dengan pemimpin utama Malaysia.
“Adalah lebih baik FIC fokus kepada memperkasa bidang perhotelan dan hartanah seperti core business mereka yang pada ketika ini pun sedang dipersoalkan tahap pencapaiannya.
“Bahkan, FIC baru sahaja mengambilalih projek Perumahan Generasi Baru Felda(PGBF) dari Felda Engineering Sdn Bhd. Lebih baik selesaikan segera masalah 11,000 unit rumah Gen 2 yang terbengkalai,” ujarnya.
Anak juga berpandangan jika FGVH yang dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang perladangan membuat keputusan membatalkan pembelian, apa kelebihan yang ada pada FIC?
“Adalah amat malang dan menyedihkan di kala isu kritikal seperti FGV, pembayaran hasil, hutang peneroka, penipuan kadar perahan Gred, ketidakstabilan harga getah dan perumahan Generasi Baru Felda sedang menyelubungi warga Felda, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Isa Samad yang bertanggungjawab keatas Felda tidak sensitif langsung bahkan semakin ghairah melakukan pelaburan baru.

Pakatan Harapan sukar kuasai kerusi majoriti Melayu di Kelantan?

Che Ibrahim MohamedChe Ibrahim MohamedPakatan Harapan diramalkan sukar untuk menguasai kerusi di kawasan majoriti Melayu di Kelantan kerana ia masih lagi dikuasai Umno.
Pandangan ini dilontarkan Naib Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamad yang berkata, selain dikuasai Umno sikap Pas yang bersifat 'makan keliling' akan membantu mengekalkan penguasaan Umno-BN di kawasan Melayu di negeri itu.
"Mungkin dalam PRU 14 nanti Pakatan Harapan masih sukar untuk menguasai kerusi kerusi di kawasan majoriti melayu terutama dalam kawasan Rancangan Pembangunan Tanah seperti Felda, Kesedar, Ketengah dan kampung kampung tradisi di pedalaman.
"Sentimen pengundi Melayu di kawasan tersebut masih dikuasai oleh Umno selain sikap Pas yang bersifat "makan keliling " akan membantu mengekalkan penguasaan Umno-BN di kawasan tersebut.
"Saya yakin sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dlm PRU 14 nanti dan menguasai Putrajaya, kecenderungan pengundi di kawasan tersebut akan berubah, lebih lebih lagi bila kerajaan Pakatan Harapan nanti dapat melakukan sesuatu yang lebih baik tentang nasib dan masa depan masyarakat Felda, Kesedar dan lain-lain agensi pembangunan tanah yang menjadi penggerak nadi masyarakat melayu," ujarnya dalam satu kenyataan di facebooknya dipetik.

Tiga 'kerusi kelabu': Rakyat tidak mahu UMNO@BN

KOTA BHARU – Umno Kelantan diminta tidak menanam impian untuk menawan Parlimen ‘kelabu’ kerana rakyat tidak berkehendakkan ahli Parlimen Umno di tiga kerusi tersebut, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azariza Mohd Alawi.
Menurutnya, Umno kini bagaikan sudah hilang keyakinan kerana sebelum ini parti itu mengimpikan negeri Kelantan sebagai fokus utama, tetapi kini hanya mahukan kerusi parlimen sahaja.
undi “Rasanya lebih baik Datuk Seri Mustapha Mohamed lupakan sahaja fokus itu. Ini kerana kita lihat ahli Parlimen Pas memainkan peranan yang amat baik, terutamanya dalam Dewan Rakyat semasa berbahas.
“Ahmad Marzuk Shaary dari Bachok dan Dr Nik Mazian Mohamad sentiasa mengambil peluang berbahas dalam Parlimen, jauh terkehadapan berbanding dengan ahli Parlimen daripada Umno.
“Manakala Kuala Krai pula, walaupun ahli Parlimen yang asal melompat ke Parti Amanah, jangan ingat ia adalah laluan mudah untuk Umno menang di Kuala Krai. Pas mempunyai ramai tokoh-tokoh yang berkaliber di kawasan itu,” katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan Umno Kelantan akan memberi tumpuan kepada tiga Parlimen 'kelabu' iaitu Pasir Putih, Kuala Krai dan Bachok sebagai persediaan menghadapi PRU14.

TI-M: Lantik pengarah GLC berintegriti bukan lantikan politik

Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar berkata mereka yang dilantik perlu cekap, dedikasi, berpengetahuan dan berpengalaman dan bidang masing-masing, dan yang paling penting berintegriti.
akhbar-satar_glc_ti_600
PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) berkata Putrajaya perlu menyemak semula kriteria pelantikan pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan mereka berintegriti, bukan sekadar pelantikan politik.
Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar berkata mereka yang dilantik perlu cekap, dedikasi, berpengetahuan dan berpengalaman dan bidang masing-masing, dan yang paling penting berintegriti.
Katanya, calon yang dipilih perlu diperiksa dengan teliti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Akhbar berkata demikian ketika mengulas laporan RM2 bilion ketirisan daripada jabatan kerajaan dan GLC ditemui susulan audit oleh Jabatan Audit Negara.
Beliau berkata pengarah yang didapati terbabit dalam skandal atau gagal mengasingkan tanggungjawab tugas mereka perlu disingkirkan daripada jawatan masing-masing serta-merta.
“Tindakan keras perlu diambil terhadap mereka yang melanggar amanah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, duit yang dilaburkan dalam GLC ialah milik pembayar cukai dan ia tidak sepatutnya diselewengkan.
Berhubung ketirisan itu, Akhbar berkata “3 barisan pertahanan” terhadap ketirisan – kawalan pengurusan, kawalan risiko dan pematuhan dan audit dalaman – diguna pakai banyak syarikat dan GLC gagal kerana pemantauan yang rendah oleh lembaga pengarah mereka.
Akhbar berkata kerajaan negeri juga perlu menyemak semula kriteria dalam melantik pengarah syarikat milik kerajaan negeri.
Sementara itu, bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Ramon Navaratnam menyelar Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung pemerolehan semula RM2 bilion itu.

Felda nazak, tak patut beli saham syarikat Indonesia

Rafizi Ramli mendakwa Felda kini mengalami masalah kewangan yang parah apabila mencatat kerugian sebanyak RM2.312 bilion bagi 2013 dan RM1.023 bilion pada 2014.
Rafizi-Ramli_felda_ehp_600
SUNGAI BESI: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempersoalkan kemampuan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar pembelian pegangan 37% dalam PT Eagle High Plantatations Tbk (EHP) pada harga RM2.263 bilion.
Menurut beliau, Felda kini mengalami masalah kewangan yang parah apabila kerugian bersih selepas ditolak perbelanjaan dan cukai adalah RM2.312 bilion bagi 2013 dan Felda rugi sebanyak RM1.023 bilion pada 2014.
“Jumlah wang tunai di tangan, bank dan deposit tetap yang disimpam Felda berkurangan secara mendadak daripada RM684 juta pada 2013 kepada hanya RM291 juta pada 2014.
“Saya tidak tahu kenapa Felda tidak kemaskini laporan kewangan, sehingga kini masih tiada yang terkini. Penyata kewangan Felda diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan Disember 2014.
“Penyata kewangan bagi 31 Disember 2015 masih belum diserahkan kepada ahli Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Invoke, hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak mempersoalkan kewajaran pembelian itu kerana disifatkan terlalu mahal.
Rafizi mendakwa, pembelian 37% pegangan saham itu menyebabkan Felda perlu membayar premium sebanyak 3 kali ganda iaitu pada kadar 290% lebih mahal berbanding harga saham EHP.
“Jika Felda mempunyai wang melimpah ruah sekali pun, tidak ada orang waras akan bersetuju untuk membeli pegangan pada kadar 37% di dalam EHP.
“Yang saya paling tidak boleh terima, pembelian ini berlaku pada ketika Felda mengalami kedudukan kewangan yang sudah sampai tahap nazak,” katanya.

Kelemahan Najib punca kos MRT diumum tidak realistik

Naib timbalan PKR berkata, Najib sepatutnya merujuk 2 projek lain yang sedang berjalan pada 2010 sebelum mengumumkan anggaran kos MRT Lembah Klang.
bahasa,-mrt,-rafizi-ramli,-najib-razak.SUNGAI BESI: Kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyebabkan kos pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) pada 2010 diumumkan secara tidak realisitik, kata Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR berkata, pengumuman pada 2010 menganggarkan hanya menelan kos RM40 bilion, tetapi kini mengalami kenaikan kos 3 kali ganda sehingga mencecah RM124 bilion.
“Ini Najib yang umum, bukan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang umum. Ini secara tidak langsung mengesahkan hujah saya yang kos pembinaan 150km MRT sudah melebihi RM100 bilion,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Invoke, hari ini.
Sebelum ini, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan menjelaskan jangkaan kos asal RM40 bilion untuk pembinaan MRT Lembah Klang tidak lagi relevan.
MRT menyatakan, angka itu hanya dinyatakan dalam cadangan yang dikonsepkan pada 2010, dan berdasarkan nilai harga pada 2009.
Kata Rafizi, sewaktu projek MRT dirancang dan diumumkan, kerajaan sepatutnya merujuk 2 projek MRT yang sedang berjalan ketika itu.
Projek dimaksudkan Rafizi adalah pembinaa MRT bawah tanah antara bandar di Barcelona Sants La Sagrera dan MRT Seoul Line 9.
“Projek MRT bawah tanah Barcelona Sants La Sagrera sejauh 5.8km dibina di antara 2008 dan siap pada 2011 dengan nilai AS$39 juta perkilometer.
“Projek MRT Seoul Line 9 sejauh 27km dibuka pada 2009 menelan belanja AS$43 juta kilometer,” katanya.
“Anggaran kos projek MRT di seluruh dunia memberi sedikit gambaran sejauh mana perbezaan kos sekarang dengan kos yang diumumkan.

BR1M – ANTARA RASUAH DAN AUTA MURAH HATI


Tersentak dan tergelujat beberapa menteri UMNO apabila Tun Mahathir Mohamad tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan perbuatan yang salah.
Berlumba-lumba mereka tampil mempertahankannya kerana BR1M, selain pertandingan tiga penjuru, adalah dua senjata yang masih tinggal buat UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya akan datang.
Nak harapkan imej dan wibawa Najib….hancur.
Nak bergantung personaliti menteri-menteri….pun hancur.
Nak harapkan 1MDB….juga hancur.
Nak bergantung kepada Felda dan FGV…pun mula hancur.
Tiada apa yang tinggal untuk UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang, selain mengharapkan perpecahan pembangkang akan berterusan dan berlakunya pertandingan tiga penjuru serta ditambah dengan gula-gula BR1M yang seolah-olah menggambarkan Najib seorang pemimpin yang pemurah lagi baik hati.
Jika pembangkang mula bersatu hati dan BR1M juga ditolak, makin dekatlah Najib, UMNO dan BN menemui titik penamatnya di hati rakyat.
Untuk menilai dakwaan Tun Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah, mari kita teliti serta amati ulasan Mohamad Ezam Mohd Nor yang pernah bertugas sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan:-
1. Dakwaan Tun M unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas. Hisbah berpandangan ianya mempunyai asas dan perlu diteliti.
2. Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.
3. Semasa di Kementerian Kewangan saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.
4. Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.
5. Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru2 ini Presiden UMNO umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui UMNO bahagian.
6. Di sini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sbg parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.
7. Kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah mengapa pemberian melalui UMNO? Dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan. Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno sahaja. Mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?
8. inilah satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun (at all cost).
9. Kesimpulannya dakwaan Tun Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali. Dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.

Khalid: Pembangkang cadang biar PAS ketuai Kelantan, Terengganu

Khalid berkata, perbincangan juga akan diadakan untuk memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan bagi memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.
khalid-samad-aps-1
PETALING JAYA: PAS tidak dipinggirkan daripada perancangan Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebaliknya mereka bercadang membenarkan parti Islam itu “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu, kata pengarah komunikasi Amanah.
“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mendahului’ di Kelantan dan Terengganu.
“Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan PAS mengetuai di Kelantan and Terengganu.
“Penting untuk kami duduk berbincang bagi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan,” kata Khalid Abdul Samad pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Katanya, strategi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan itu akan memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.
Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah menyasarkan untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14.
“Bagi Amanah, kami sudah kenal pasti 40 kerusi berpotensi yang kami berminat turunkan calon. Kerusi itu kami rasa ada harapan dan peluang untuk menang.
“Tetapi, kami akan berbincang mengenainya pada mesyuarat akan datang dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada awal Januari,” katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, amat penting untuk parti pembangkang mengetahui senario politik semasa sudah berubah dan tidak boleh lagi menggunakan perancangan pada PRU13.
“Kami tidak boleh menggunakan PRU 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita bakal memasuki 2017 dan sudah ada entiti politik baharu.

Diplomat dakwa cara Najib timbulkan risiko keganasan

The Diplomat, sebuah majalah antarabangsa yang berpangkalan di Tokyo, menghuraikan pendekatan berbeza dua pemimpin Islam di Asia Tenggara.
Menerusi kolum di majalah keluaran 24 Disember lalu, ia membandingkan pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Joko "Jokowi" Widodo dalam mengenai isu Rohingya.
Penulis artikel berkenaan, David Hutt, berkata seorang daripada mereka dilihat cuba ‘bermain api’ di rantau ini dengan membenarkan isu Rohingya dirampas oleh kumpulan jihad antarabangsa.
Beliau berkata Najib, seperti yang didedahkan oleh akhbar Straits Times Singapura, cuba menjadikan isu berkenaan sebagai perjuangan agama bagi meningkatkan imej keIslamannya di negara.
Tetapi Jokowi, kata Hutt, walaupun menerajui negara Islam terbesar di dunia dan menghadapi ketegangan agama di Indonesia, memilih untuk tidak berbuat demikian.
"Hakikat beliau (Najib) secara eksklusif mengajak Jokowi (dan bukan pemimpin Asean lain) untuk bersolidariti dengannya dan masyarakat Rohingya adalah jelas menunjukkan sikapnya untuk menjadikan ini sebagai satu isu agama.
"Kita hanya boleh memuji Jokowi kerana tidak termakan umpan, yang pasti menggoda presiden Indonesia itu memandangkan ketegangan agama yang memuncak di negaranya.
"Malah, Najib juga cuba untuk mengapi-apikan ini ketika menyeru penunjuk perasaan yang berhimpun membantah terhadap Datuk Bandar Jakata, Basuki "Ahok" Purnama untuk turut mempertahankan Rohingya," petik artikel itu.
Ahok atau nama sebenarnya, Basuki Tjahaja Purnama yang beragama Kristian, kini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghina agama berikutan mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.

Ni lah Melayu, Dulu Kini dan Selamanya... BERMODALKAN SEKS

Umno dan Seks Berpisah Tiada...

Bila bersama, semua suci belaka. Masing2 pandai simpan rahsia..

TAPI bila bermusuh, skandal seks tetiba muncul dan dijadikan senjata..

Isu Felda-Eagle High: Rafizi mahu Najib jawab

Rafizi: Kos MRT1 dua kali lebih mahal

Tak Serik-Serik Sokong UMNO@BN..??


Menteri.. MELAYU

Menteri.. SONGKOK TINGGI

Menteri.. ISLAM PADA 'IC'


TAPI kenapa dapat gaji dari 'taxpayer' rakyat, MENTERI kerjanya nak menipu & perbodohkan rakyat !!!


Dalam UMNO amalan menipu sudah jadi darah daging mereka KERANA NAK CUCI DOSA boleh jer pi umrah haji tiap2 tahun guna jet mewah VVIP kerajaan.

Tak serik-serik ka MELAYU-UMNO beragama Islam yg kerjanya sering menipu rakyat..

Apa nak risau, Ahmad Maslan dah tegaskan.. "HARGA BARANG BOLEH TURUN KERANA GST"

MASIH BUTA & BODOH NAK UNDI UMNO@BN KA !! HIDUP MELAYU !!!

Menurut Penyata Kewangan Felda 2014 yang telah diaudit, Rafizi mendakwa Felda hanya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM291 juta.

BAGAIMANA FELDA NAK BAYAR BELI saham semasa Eagle High Plantations pada harga AS$505.4 juta atau RM2.26 bilion ??!!

Dah letih dgn FGV ni.. nasib ratusan ribu peneroka di tangan segelintir pemimpin yang diberi lesen untuk menjanahamkan mereka dan generasi selepas mereka..

Bentangkan Perbezaan Kos MRT Yang Diumumkan Dalam 2010 Dengan Kos Yang Bakal Ditanggung Rakyat

Hari ini genap seminggu masa yang saya berikan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saya (melalui saman fitnah) sekiranya betul dakwaan saya bahawa kos keseluruhan MRT bagi 150 km melebihi RM100 bilion, malah mencecah RM124 bilion pada kiraan saya.
Sejak mengumumkan penjimatan RM2 bilion semasa melancarkan Fasa 1 MRT1 dari Sungai Buloh ke Semantan pada 15 Disember 2016, Dato’ Seri Najib tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. Sebaliknya, sebarang isu mengenai kos sebenar MRT diserahkan sama ada kepada Dato’ Abdul Rahman Dahlan, yang kemudiannya menyerahkannya pula kepada satu pasukan komunikasi strategik BN yang tidak bernama.
Tugas mempertahankan Dato’ Seri Najib yang sudah kesipuan besar itu juga diserahkan kepada tentera maya (“cybertrooper”) Barisan Nasional di bawah kawalan JASA. Terbaru, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Dato’ Seri Ismail Sabri cuba mengheret pimpinan lain dari Pakatan Harapan untuk mengalihkan fokus dari perkara yang paling pokok: berapa sebenarnya kos keseluruhan MRT sepanjang 150 km itu.
Akhirnya pada 24 Disember 2016, kerajaan melalui MRT Corporation mengeluarkan satu kenyataan bahawa “kos RM40 bilion (yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2010) itu tidak lagi relevan”. Kenyataan MRT Corporation itu secara tidak langsung mengesahkan hujah saya bahawa kos keseluruhan MRT sepanjang 150 km melebihi RM100 bilion.
Maka wajarlah perhatian rakyat kini ditumpukan pula kepada sebab-sebab kenapa projek yang diumumkan hanya menelan belanjan RM40 bilion dalam tahun 2010 itu kini mengalami kenaikan kos 3 kali ganda sehingga mencecah RM124 bilion kerana mereka yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan.
Saya membandingkan anggaran kos projek-projek MRT di seluruh dunia untuk mendapatkan sedikit gambaran sejauh mana perbezaan kos sekarang (mencecah RM124 bilion) dengan kos yang diumumkan (RM40 bilion) berpunca dari pembaziran, ketidakcekapan, rasuah atau ia hanya kelemahan pengiraan di pihak Dato’ Seri Najib semata-mata yang memberikan angka mudah yang tidak realistik semasa mengumumkan projek ini dalam tahun 2010.
Projek MRT bawah tanah antara bandar di antara Barcelona Sants-La Sagrera sejauh 5.8 km dibina di antara 2008 dan siap 2011, bernilai USD39 juta per km. Projek MRT Seoul Line 9 sejauh 27 km sepenuhnya bawah tanah dibuka pada tahun 2009 dan menelan belanja USD43 juta per km.

Adakah Dato’ Seri Najib Mengarahkan Felda Yang Kerugian Berbilion Ringgit Membeli Saham Eagle Plantations?

Pada 23 Disember 2016, Felda melalui satu kenyataan ringkas yang disiarkan oleh New Straits Times mengesahkan pembelian pegangan 37% di dalam PT Eagle High Plantations Tbk (sering dirujuk dengan kependekan EHP) pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion (pada kadar tukaran semasa 1 USD = RM4.4767).
Kenyataan media Felda itu juga mengesahkan perkara-perkara berikut:
i. Pembelian ini akan menggunakan sebuah syarikat khas (“special purpose vehicle”) milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP). Saya sertakan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa FICP mempunyai modal berbayar RM1 juta sahaja dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda. Syarikat ini juga tidak pernah mempunyai sebarang urusniaga sejak ditubuhkan dan bergantung sepenuhnya kepada Felda.
ii. Felda melalui FICP telah pun menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham (atau Sales Purchase Agreement “SPA”) dan kini menunggu kelulusan dari pihak berkuasa di kedua-dua buah negara.
Pembelian pegangan 37% di dalam Eagle High Plantations bukanlah satu perkara baru dan hampur-hampir dimuktamadkan dalam tahun 2015 melalui Felda Global Ventures (FGV). Atas sebab-sebab yang tidak diketahui bercampur pula dengan kedudukan kewangan FGV yang kian merosot dan tekanan politik, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak meneruskan hasrat membeli 37% pegangan di dalam Eagle High Plantantions ini dalam tahun 2015.
Rakyat kemudian dikejutkan dengan pengesahan bahawa pembelian itu diteruskan melalui sebuah anak syarikat milik penuh Felda seperti kenyataan media Felda yang dilaporkan oleh NST di atas.
Pembelian 37% pegangan di dalam EHP pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion ini adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga saham purata EHP sejak setahun lepas (atau dua kali ganda lebih mahal berdasarkan harga terkini EHP). Ini bermakna bukan sahaja Dato’ Seri Najib membelanjakan wang Felda pada ketika kedudukan kewangan Felda semakin kronik (saya akan tunjukkan di bawah), wang itu digunakan untuk membayar saham-saham pada harga yang tiga kali ganda lebih mahal.
Saya sertakan prestasi saham EHP (di dalam Rupiah) bagi tempoh 5 tahun seperti di bawah (sumber dari Bloomberg):

Purata harga saham EHP sejak tahun lepas (iaitu ketika urusniaga ini dirundingkan oleh FGV) ialah sekitar IDR132 hingga IDR314 sesaham sahaja. Pada perkiraan purata ringkas, purata harga satu saham EHP berdasarkan harga sepanjang 52 minggu lepas adalah IDR200 sahaja (atau 6.7 sen sesaham dalam Ringgit Malaysia).
Jumlah saham keseluruhan yang diterbitkan adalah 31.525 bilion saham (seperti yang ditunjukkan dari maklumat Bloomberg di bawah):

Felda nazak, tak patut beli saham syarikat Indonesia, kata PKR


Kelemahan Najib punca kos MRT diumum tidak realistik, kata Rafizi


Skandal RM2.26 bilion: Rafizi tanya Najib lagi, kali ini isu Felda


Dengan kritikan yang semakin memuncak mengenai pembelian terancang Felda yang mahu mengambil alih pegangan saham 37 peratus dalam PT Eagle High Plantations Tbk, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab beberapa soalan mengenai perkara itu.

Permintaan beliau muncul setelah Felda mengumumkan akan membeli kepentingan bukan kawalan dalam perladangan di Indonesia pada harga AS$505.4 juta atau RM2.26 bilion.

Semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Rafizi memetik harga saham purata Eagle High Plantations pada 2015 adalah antara 132 rupiah hingga 315 rupiah sesaham.

Berdasarkan harga saham purata dalam tempoh 52 minggu yang lalu, saham Eagle High Plantations adalah 200 rupiah atau 6.7 sen sesaham.

Justeru, tambah Rafizi, Felda akan membayar premium 290 peratus untuk membeli 37 peratus pegangan saham dalam Eagle High Plantations iaitu tiga kali ganda lebih daripada harga saham purata yang dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

Walau jika pembelian itu dibandingkan dengan harga saham semasa Eagle High Plantations pada masa ini, jelas beliau, Felda masih akan membayar premium 195 peratus untuk mengambil alih kepentingan berkenaan.

Menurut Penyata Kewangan Felda 2014 yang telah diaudit, Rafizi mendakwa Felda hanya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM291 juta.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, angka itu hanya untuk penyata kewangan 2014. Penyata kewangan Felda untuk tahun 2015 masih belum diserahkan kepada anggota Parlimen.

Oleh itu, Rafizi mahu tahu bagaimana Felda akan membuat pembelian RM2.26 bilion untuk mengambil alih kepentingan dalam Eagle High Plantations sedangkan hanya mempunyai RM291 juta dalam bentuk tunai pada akhir 2014.

Dia Dimaki-hamun Oleh Penyokong PAS..

Isu fitnah kos 'MRT': Dah seminggu Najib tak saman saya, kata Rafizi

Otai Reformis letak syarat sebelum Mahathir jadi penasihat kerajaan

Anis Syafiqah, 3 mahasiswa saman UM

Mahkamah mahu Maria, Jamal selesaikan saman fitnah

Isu BR1M 'rasuah': Ezam pertahan Tun M

"Jangan sesekali katakan tidak," jawab Wan Azizah

BUDI BAHASA SEORANG YB?

Sesiapa yang menjadi pengikut Twitter Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, barangkali selalu terjumpa bahasa-bahasa tidak enak dan kurang sopan yang digunakannya ketika berkomunikasi melalui medium tersebut.

Walaupun beliau hanya bertindak balas terhadap kata-kata yang ditujukan kepadanya, tetapi sebagai pemimpin dan Ahli Parlimen, wajarkah bahasa tidak enak dan kurang sopan digunakan?

PPIM: Lebih baik ‘mencuri’ daripada pinjam ah long

Ketua aktivis PPIM mendedahkan lebih 12,000 peminjam dalam tempoh 5 tahun gagal membayar balik kepada ah long, sekali gus memperjudikan nyawa mereka dan ahli keluarga.
nadzim-johan-ahlong-1PETALING JAYA: Orang ramai yang mempunyai masalah kewangan lebih baik mencuri berbanding membuat pinjaman daripada ceti haram atau “ah long”, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara sinis.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, cadangan tersebut bukannya usaha mengalakkan orang ramai mencuri tetapi sebagai jalan terakhir boleh dilakukan pihak yang mempunyai masalah kewangan.
Katanya, ia lebih baik berbanding membuat pinjaman dengan ah long kerana jika gagal membuat pembayaran, kesannya amat besar kerana ia melibatkan keselamatan diri dan nyawa kepada peminjam serta ahli keluarga.
“Kita harap pengguna tidak payah terlibat dengan ah long, sebab ia akan memberi kesan mendalam. Kena mencari kaedah lain, curi pun bagus sebab nak pinjam dengan bank susah, tiada institusi yang nak membantu.
“Kalau tidak bagaimana nak guna duit, sebab eletrik nak kena potong, kereta nak kena tarik, nak bagi makan anak-anak? Mencuri itu pilihan terakhir, pinjam dulu dengan ahli keluarga kalau tiada pilihan, baik mencuri dan ia lebih baik daripada pinjam ah long,” katanya kepada FMT.
Nadzim berkata demikian mengulas kenyataan aktivis masyarat Peter Tan dalam Oriental Daily, yang menjangka lebih 35% menggunakan perkhidmatan ah long menjelang akhir tahun memandangkan banyak perbelanjaan diperlukan terutama untuk persekolahan anak dan sambutan Tahun Baharu Cina.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata sepanjang tempoh 5 tahun, lebih 12,000 peminjam gagal membuat pembayaran semula kepada ah long.

Pas tetap mahu jaga kuasa

Pas Selangor akan terus mengadakan kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi menjaga kemaslahatan kuasanya di negeri ini walaupun hubungan mereka dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP tidak seindah seperti dahulu.
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Pas diramalkan akan terus bekerjasama khususnya dengan PKR berikuran parti itu juga dilihat masih sayang dan menerima Pas walaupun mereka berada dalam keadaan tersepit.
Pas “PKR tahu Pas juga sebuah parti yang kuat di Selangor dan disebabkan itu mereka sehingga kini ingin terus menjalinkan kerjasama.
“Walaupun hubungan itu tidak direstui Amanah dan DAP, namun mereka juga terpaksa demi menjaga hubungan dan kuasa yang dibina dengan Pas sejak dua pilihan raya lalu sekali gus mentadbirkan Kerajaan Selangor,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengakui Pas Selangor tiada masalah untuk mengadakan program bersama PKR dan Bersatu.
Katanya lagi, setakat ini sudah dua program ceramah umum Pas Selangor turut disertai penceramah dari PKR dan Bersatu.
Ahmad Marthada yang juga Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, terdapat segelintir pihak melabelkan Pas Selangor seakan-akan gila kuasa apabila meneruskan kerjasama dengan dua parti itu walaupun Pas pusat sudah menyatakan pendirian mereka yang berbeza dalam konteks kerjasama dengan Pakatan Harapan.
“Saya nampak Pas Selangor sebenarnya bukan gila kuasa sebaliknya mereka berkehendakkan kuasa memandangkan mereka sudah bekerja keras untuk membina sebuah kerajaan di negeri ini dengan lain-lain parti.

Gereja juga berbicara tentang skandal 1MDB

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa ketua gereja di negara ini turut menyentuh mengenai skandal 1MDB dan isu-isu semasa lain dalam mesej hari Krismas.
Begitu juga, katanya, pemimpin gereja di United Kingdom dan Vatican juga menyampaikan mesej mengenai ketidakpastian, kebimbangan mereka pada peringkat global menjelang akhir tahun.
"Liow perlu berhenti menjadi katak di bawah tempurung, tetapi melihat apa yang berlaku di dunia," kata Lim dalam satu kenyataan.
Antara lain, Lim memetik mesej Krismas yang disampaikan oleh Presiden Majlis Gereja Sabah Rev Jerry Dusing dan Presiden Persidangan Biskop Katholik dan Ketua Biskop Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim.
"Beri perhatian kepada Majlis Gereja Sabah yang berdoa pada Krismas ini agar kebenaran ditegakkan di Malaysia, terutamanya di kalangan mereka yang berkuasa.
"Presiden Majlis Rev Jerry Dusing berkata kebenaran perlu ditegakkan tentang isu-isu mengenai 1MDB dan rang undang-undang hudud," kata Lim.
"Apakah kebenaran 1MDB? Sebagai rakyat Malaysia yang dibiarkan dalam kegelapan, kita dengan kecewa mengharapkan negara asing untuk mendedahkan kebenaran berhubung misteri ini," kata Lim yang memetik persoalan Dusing itu.

Jenis kepala hotak menteri AMENO camnilah yg disukai Najib Razak, kerana apa...??!!

SYARAT WAJIB JADI MENTERI dalam kabinet Najib ADALAH WAJIB BODOH..

Agaknya kalau bajet tidak dipotong atau ditambah peruntukannya maka ia satu BAJET YANG PALING BURUK...

SEDARKAH ANDA yg masih ditipu KERAjaan Umno/BN yg selama ini perbodohkan rakyatnya..!!

Setelah BR1M dan GST dilaksanakan, inilah yg rakyat dapat.. Rakyat marhaen terus derita dgn kos sara hidup yg terus meningkat..

MALAH anak bini beranak Najib & Rosmah terus hidup penuh kemewahan dgn belanjaan diri puluh jutaan ringgit.. SEDANGKAN GAJI NAJIB RM22,826.65 SEBULAN (tidak termasuk elaun).

Dulu, Kini dan Selamanya Perbodohkan Rakyat.

Terima kasih KERAjaan UMNO/BN

Umno dan BOHONG Berpisah Tiada.

FAKTA... bukan 'bohong' punya..

"Malaysia antara negara TERBERSIH RASUAH, kerajaan paling telus, adil dan bijaksana" -Shahidan Kassim (1/10/2013).

KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Pinjam duit sehingga berhutang RM50 bilion..

Bayar 'interest' RM2.7 bilion setahun (riba)..

Kemudian guna duit tu TAJA ORANG PERGI HAJI..

ISLAM MANA AJAR CARA SEBEGINI !!!
APA DAH JADI dgn Menteri Agama, Mufti, Ularmak2 UMNO..??!!

Makan gaji buta atau SUDAH MATI KA...

Kata-kata pemimpin munafik..

"Kutipan GST akan dipulangkan kpd rakyat" -Najib

"Rakyat mula sedar manfaat GST" -Najib

"Pelaksanaan GST bukan bebankan rakyat" -Najib

"GST adalah penyelamat Malaysia" -Najib

Hadam dalam-dalam...


Jangan putus asa, Azizah samakan isu Anwar dengan Mandela

Pakatan Harapan tidak akan berputus asa untuk mengangkat bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun beliau kalah dalam rayuan kedua sabitan kes liwatnya.
"Apa yang tidak, jangan sesekali katakan tidak," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya pada sidang media hari ini.
Beliau ditanya sama ada Pakatan Harapan menerima hakikat Anwar tidak akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang susulan gabungan pembangkang bakal berbincang mengenai calon perdana menteri pada mesyuarat mereka.
Beliau kemudian menyamakan isu Anwar dengan mendiang Nelson Mandela yang menjadi presiden Afrika Selatan selepas 27 tahun meringkuk dalam penjara.
"Mandela jadi presiden..." katanya sambil menambah pembangkang akan membincangkan calon perdana menteri sementara.
Mengulas lanjut, Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, mereka akan berbincang mengenai calon perdana menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan dan layak untuk menerajui negara.

'Dana 1MDB digubah melalui firma undang-undang'

Kelemahan dalam peraturan akaun amanah oleh firma undang-undang Amerika Syarikat membolehkannya disalahgunakan untuk tujuan pengubahan wang haram, lapor The Wall Street Journal.
Memetik 1MDB dan beberapa contoh lain, laporan itu berkata kelemahan tersebut digunakan oleh dalang di sebalik skandal pengubahan wang haram antarabangsa.
Tidak seperti akaun biasa, yang memerlukan pelanggan mengisytiharkan tujuan memindahkan sejumlah besar wang kepada institusi kewangan apabila berbuat demikian, piawaian sama tidak digunakan bagi  akaun amanah yang dimiliki oleh firma undang-undang.
Akaun amanah digunakan oleh firma undang-undang untuk mengendalikan dana pelanggan mereka, seperti wang untuk pembelian hartanah.
"Firma undang-undang sekaligus memasukkan wang pelanggan yang dipegang untuk tempoh yang singkat ... ke dalam akaun bank bersama, dan firma undang-undang tidak perlu mendedahkan wang tunai siapa yang berada di dalam akaun mereka.
"Menurut bank, mereka umumnya hanya melihat nama sesebuah firma undang-undang," kata laporan itu.
Dalam kes 1MDB, selepas AS$700 juta didakwa diselewengkan kepada akaun bank RBS Coutts di Switzerland yang dikawal oleh Good Star Limited milik Jho Low pada September 2009, dana AS$148 juta kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun amanah firma undang-undang Shearman & Sterling pada bulan berikutnya.
Wang AS$22 juta daripada akaun amanah itu kemudian didakwa digunakan untuk membeli unit Kondominium Park Laurel di New York pada Februari 2010.

2017: Harga barang lebih mahal, inflasi naik 2.8%

Paras inflasi di negara ini berpotensi untuk melonjak setinggi 2.8 peratus pada tahun hadapan, di sebalik kenaikan harga barangan yang dijana oleh kelemahan berterusan nilai ringgit.
Firma penyelidikan, Nomura Research berkata, pihaknya menjangka inflasi Malaysia bakal meningkat ke tahap itu pada 2017 berbanding peningkatan purata 10 bulan sebanyak 2.1 peratus pada tahun ini.
"Tatkala rakyat Malaysia di ambang menyambut 2017, mereka berdepan dengan ringgit yang lemah dan harga makanan yang semakin mahal. Perbelanjaan pengguna akan berkurangan ekoran barang yang diimport menjadi lebih mahal, menaikkan inflasi.
"Ia didorong terutamanya oleh kesan asas daripada harga bahan api," kata Nomura Research, memetik laporan The Edge Markets.
Sementara itu, Ahli Ekonomi UOB Malaysia Julia Goh pula berkata, pihaknya menjangkakan tekanan inflasi bakal melonjak ke paras 2.5 peratus sejajar kenaikan indeks harga pengguna (CPI).
"Kami menjangka risiko kenaikan berikutan kelemahan mata wang, harga makanan yang lebih tinggi, kenaikan sederhana dalam harga minyak, kemungkinan penyelarasan gas dan tarif elektrik selain proses rasionalisasi subsidi.
"Dengan luputnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan menjelang akhir tahun juga boleh memberi kesan kepada pelarasan harga tahun depan walaupun kerajaan mungkin mengumumkan langkah-langkah baru untuk mengelakkan kenaikan harga melampau," jelas beliau dalam laporan yang sama.
Seorang lagi ahli ekonomi JF Apex Securities Norsyafina Mohamad Zubir juga menjangka pertumbuhan inflasi pada kadar yang sama tahun hadapan.

ANAK gesa kerajaan batalkan pembelian Ladang PT Eagle High Plantation



Mazlan Aliman
Kerajaan digesa  campur tangan agar Felda menerusi anak syarikat, Felda Investment Corporation(FIC) Properties, membatalkan perjanjian jual beli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak)  Mazlan Aliman berkata, sesuatu yang melucukan apabila Felda Global Venture Holding(FGVH) pada tahun 2015 beria ia mahu membeli kepentingan diatas ladang seluas 320,000 hektar itu dan membatalkannya, kini, FIC pula berbuat demikian.
"Untuk pengetahuan, Pengerusi kepada FGVH dan FIC adalah orang yang sama, Tan Sri Isa Samad," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru ujarnya, yakin proses due diligence(jika dibuat) yang mengambilkira soal perundangan, kedudukan saham dan aset serta penilaian atas ladang tidak dilakukan dengan telus.
"Kita bimbang pembelian Ladang PT Eagle High Plantation yang nilainya begitu mahal dibuat atas agenda peribadi. Kita juga maklum, empayar Rajawali Group yang dimiliki Peter Sondakh ada kaitan dengan pemimpin utama Malaysia.
"Adalah lebih baik FIC fokus kepada memperkasa bidang perhotelan dan hartanah seperti core business mereka yang pada ketika ini pun sedang dipersoalkan tahap pencapaiannya.
"Bahkan, FIC baru sahaja mengambilalih projek Perumahan Generasi Baru Felda(PGBF) dari Felda Engineering Sdn Bhd. Lebih baik selesaikan segera masalah 11,000 unit rumah Gen 2 yang terbengkalai," ujarnya.

Anak juga berpandangan jika FGVH yang dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang perladangan membuat keputusan membatalkan pembelian, apa kelebihan yang ada pada FIC?
"Adalah amat malang dan menyedihkan di kala isu kritikal seperti FGV, pembayaran hasil, hutang peneroka, penipuan kadar perahan Gred, ketidakstabilan harga getah dan perumahan Generasi Baru Felda sedang menyelubungi warga Felda, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Isa Samad yang bertanggungjawab keatas Felda tidak sensitif langsung bahkan semakin ghairah melakukan pelaburan baru.