Sabtu, 24 Disember 2016

PSM jangka Pakatan Harapan ajak bekerjasama di saat akhir

Arutchelvan berkata, PH perlu mengadakan perbincangan dengan mereka lebih awal, bagi mengelakkan PSM kelihatan seolah-olah rakan kongsi sukar.
S.-Arutchelvan
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjangkakan Pakatan Harapan (PH) hanya berunding dengan parti itu pada saat-saat akhir berhubung kerjasama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan mereka bakal dituduh rakan kongsi sukar.
Ahli Jawatankuasa Pusatnya, S Arutchelvan meramalkan PH yang terdiri daripada PKR, DAP serta Amanah akan berunding dengan PSM pada saat-saat akhir “dan kemudian mengemukakan pelbagai permintaan”.
“Kemudian ia akan kelihatan seolah-olah PSM adalah parti yang sukar,” kata Arutchelvan kepada FMT.
Beliau sebelum ini menasihatkan PH memulakan rundingan dengan PSM lebih awal untuk membentuk gabungan lebih besar pada PRU akan datang.
Arutchelvan turut menafikan wujud pembabitkan serius dengan PKR, seperti didakwa Tian Chua.
Naib presiden PKR itu berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan PSM yang pernah menurunkan calon pada PRU lalu di bawah tiket PKR.
“Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi dengan kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami bertanding menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang kami dengan serius,” kata Arutchelvan.
Beliau berkata, PH perlu jelas dengan apa yang dimaksudkan “gabungan luas”.
“Ia sentiasa kelihatan seolah-olah mereka maksudkan perjanjian seperti 3+1. Mereka atau pihak lain di Sabah dan Sarawak tidak berhubung dengan kami dan itulah yang PSM mahu: sebuah gabungan luas dalam erti kata sebenar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy berkata, ada banyak isu yang PH perlu selesaikan sebelum mempelawa pihak lain.

Sultan Johor dukacita nahas bas ekspres

Sultan Johor dukacita nahas bas ekspres
Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan dukacita terhadap nahas bas ekspres di Kilometer (KM) 137.2 Lebuh Raya utara-Selatan berhampiran Kampung Jayor, Pagoh yang mengorbankan 14 penumpang dalam kejadian awal pagi tadi.
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa dukacita menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang difahamkan dimuat naik ketika baginda di United Kingdom kira-kira jam 8.00 malam.
"Saya berasa amat dukacita dengan makluman berita kehilangan nyawa dalam tragedi  kemalangan bas di Pagoh pada awal pagi Sabtu ini. Saya turut bersimpati kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang dalam tragedi yang memilukan ini.
"Semoga ALLAH berikan semangat serta kekuatan kepada mereka yang sedang berkabung. Doa saya agar mereka yang cedera akan pulih sepenuhnya. Sila berhati-hati di jalanraya semasa musim cuti perayaan ini.
"Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memastikan supaya tidak berlaku kecelakaan atau kehilangan nyawa apabila berada di jalan raya,"katanya.

SPAD gantung lesen syarikat bas ekspres ragut 14 nyawa

SPAD berkata, semua bas di bawah kendalian Goldstar Express (M) Sdn Bhd juga tidak dibenarkan beroperasi sementara menunggu siasatan selesai.
buas-spad
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung serta-merta lesen pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan 14 nyawa di Muar, awal pagi tadi.
SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua bas di bawah kendalian Goldstar Express (M) Sdn Bhd juga tidak dibenarkan beroperasi sementara menunggu siasatan selesai.
“Keselamatan penumpang adalah keutamaan dan di bawah syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengusaha pengangkutan awam darat dikehendaki mendukung standard tertinggi dalam mengendalikan kenderaan mereka,” katanya.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengetuai pasukan penyiasat yang turut disertai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala SPAD menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran syarat keselamatan.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi itu, 14 maut manakala 16 lagi cedera apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter di KM137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.
Empat belas mangsa korban itu terdiri daripada 12 warga tempatan (4 lelaki dan 8 perempuan) serta 2 wanita warga Singapura.

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal

Jamal didakwa memberi sogokan duit kepada remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dalam himpunan Baju Merah, bulan lalu.
jamal-yunos
SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan “protes tuala” dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza.
Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku.
“Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.
“Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal,” katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini.
Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.
Siti adalah antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.
Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.
Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu.
Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang.
“Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini. Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong,” katanya.

ASB YANG MENGECEWAKAN....

Ramai yang nampaknya kecewa dengan pulangan pelaburan ASB bagi tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Malah, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum itu, pulangan 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit  adalah paling rendah sekali.

Tahun depan bagaimana agaknya?
Dalam kenyataan media kemudian, Pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, walaupun cuba mewajarkan penurunan pulangan itu sebagai masih kompetitif dan mengaitkannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kekecewaan jelas terselit di sebalik kata-katanya.

Ia memaksa beliau untuk berjanji akan memberi pulangan yang lebih memuaskan bagi tahun-tahun mendatang melalui perlaksanaan pelan strategik 2017-2022, selain akan memanfaatkan pengalamannya selama 28 tahun dalam sektor korporat dan pentadbiran bagi mencapai matlamat tersebut.

Jika semuanya memuaskan hati, sudah tentu Abdul Wahid tidak melontarkan janji seperti itu?

Sama-sama kita tunggu pulangannya bagi tahun depan pula.
Carta pulangan ASB secara keseluruhannya yang dipetik daripada FB Kelab Che Det seperti di atas, adalah realiti semakin berkurangnya keuntungan yang diperolehi oleh pelabur atau rakyat sejak kebelakangan ini.

Penjualan Saham Oleh KWSP Sumpahan Ke Atas FGV

A Kadir Jasin

ALMADULILLAH, satu lagi kepincangan korporat membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya didedahkan secara meluas oleh penggiat media sosial.
Di masa yang sama, penggiat media sosial terus dikenakan tindakan undang-undang sama ada kerana kesilapan mereka sendiri atau kerana mereka menjolok sarang tebuan.
Pendedahan kali ini tercetus berikutan penyiaran sebuah gambar beberapa orang lelaki dan seorang perempuan yang didakwa terdiri daripada eksekutif kanan Felda Global Ventures Bhd (FGV).
Gambar itu kemudiannya menjadi viral (merebak) dan mencetuskan perbahasan hangat. Ia mencapai kemuncak apabila tersebar berita mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjual semua saham FGV yang dimilikinya.
Gambar penghisap cerut yang menjadi viral
Berita itu khabarnya berpunca daripada memorandum dalaman KWSP. Ia turut menyatakan yang pinjamannya kepada FGV tidak mengalami sebarang masalah pembayaran balik.

Pendedahan KWSP itu menyebabkan saham FGV yang telah pun tenat di Bursa Malaysia, menjadi semakin nazak.
Dalam masa dua hari harga sahamnya jatuh hampir enam peratus kepada RM1.53.
Ini adalah antara tahap paling rendah dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012.
Pada kadar harga RM1.53 itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012.
Harga saham GFV menrudum
Daripada keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.
Margin keuntungan merosot daripada 7.8 peratus pada tahun 2013 kepada 1.9 peratus (2014), 0.7 peratus (2015) dan totak 0.8 peratus sehingga suku ketiga tahun ini.
Dividen yang memuncak pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya empar sen tahun lalu.
Amaran Jadi Kenyataan

Terima kasih, Jasa tapi 1MDB tetap terbelanggu

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) telah menyatakan dengan jelas hukuman penjara 30 bulan ke atas jurubank Jho Low, Yeo Jia Wei di Singapura tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim berkata, ini kerana sabitan itu adalah khusus untuk Yeo mengganggu para saksi untuk menutup kesalahan besarnya atas dakwaan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Perbicaraan bagi kesalahan pengubahan wang haram dengan Yeo menghadapi tujuh pertuduhan akan bermula tahun depan.
Oleh itu, ujar beliau, keadaan ini tidak melepaskan 1MDB dan individu yang Jasa cuba lindungi.
"Hakikat yang tidak dapat dielakkan adalah sabitan dan hukuman penjara ke atas Yeo hanya bertindak sebagai cagaran untuk kesalahan utama termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam gerakan haram S$23.9 juta dana berkaitan 1MDB.
"Bagaimana Jasa boleh mendakwa bahawa dakwaan-dakwaanb utama tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Arul atau Najib sebagai individu utama yang bertanggungjawab ke atas keputusan penting yang memberi kesan kepada 1MDB.
"Bolehkah 1MDB dan kerajaan BN terus berpura-pura bahawa mereka tidak bimbang atau tidak mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan pendakwaan berkaitan dengan 1MDB yang sedang berlaku di kira-kira 10 buah negara di seluruh dunia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Lim mengulas sebaran mesej media sosial oleh Jasa ekoran hukuman penjara 30 bulan yang dijatuhkan oleh mahkamah Singapura terhadap Yeo pada Rabu lalu.

Ahli Umno Sungai Besar pertahan ‘protes tuala’, sindiran Jamal terhadap Siti Nurhaliza

Mereka berpendapat Jamal tidak bersalah, sebaliknya beliau ialah pemimpin berani dan kreatif dalam menyuarakan pandangan berhubung sesuatu isu.
Datuk-Imran-Tamrin
SUNGAI BESAR: Ahli akar umbi Umno Bahagian Sungai Besar mempertahankan tindakan ketua parti kawasan itu, Datuk Seri Jamal Yunus mengadakan “protes tuala” terhadap gangguan bekalan air di Lembah Klang dan mempersendakan Datuk Siti Nurhaliza kurang subur.
Mereka berpendapat ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tidak bersalah, sebaliknya beliau ialah pemimpin berani dan kreatif dalam menyuarakan pandangan berhubung sesuatu isu.
Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Imran Tamrin berkata, tindakan itu adalah kreativiti Jamal dalam cara beliau berpolitik.
“Pada pandangan saya, itu kreativiti dia sendiri dan tidak banyak pemimpin politik masa ini mempunyai inisiatif dan cara berfikir kreatif untuk membawa sesuatu isu ke depan.
“Apa sahaja yang Jamal buat itu adalah satu tindakan terbaik untuk menaikkan namanya di dalam masyarakat, terutama berhubung sesuatu isu yang ingin dibawanya,” katanya ketika ditemui FMT hari ini.
Beliau mengulas tindakan Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai.
Siti adalah antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal di Shah Alam, pada Rabu lalu. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal hadir di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya.
Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook.

Wajarkan pembelian Eagle High, kata Nazir Razak kepada Felda

Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, Felda yang ditubuhkan oleh bapanya, arwah Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi perdana menteri perlu mewajarkan rancangan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk.
Felda mengumumkan pembelian terancang dalam unit perladangan konglomerat Indonesia Rajawali Group selepas kegagalan Felda Global Ventures (FGV) untuk membeli pegangan saham yang sama.
FGV, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikritik oleh para pemegang sahamnya apabila bercadang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.
Antara pengkritik tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah melupuskan semua sahamnya dalam FGV.
Felda, tidak seperti FGV, bukan syarikat tersenarai awam dan dimiliki oleh kerajaan. Felda memiliki pegangan sebanyak 21 peratus dalam FGV.
Nazir dalam satu catatan di Instagram berkata, Felda masih membayar premium walaupun tawaran AS$505 juta untuk mendapatkan pegangan 37 peratus (580 rupiah sesaham) AS$175 juta kurang daripada tawaran FGV.
"Harga purata Eagle High pada bulan November adalah 212 rupiah sesaham, maka ia adalah premium 173 peratus bagi kepentingan bukan kawalan.
"Saya berharap lembaga pengarah akan mewajarkan sepenuhnya pengambil alihan dan penilaian walaupun perjanjian itu bukan lagi dibuat oleh FGV," katanya.
Nazir turut berkongsi gambar arwah bapanya ketika menyampaikan ucapan kepada peneroka Felda di Kuala Terengganu pada 28 Mac 1966.

KERAJAAN GAGAL ATASI KEJATUHAN NILAI RINGGIT

KERAJAAN didakwa gagal mengatasi kejatuhan nilai mata wang ringgit, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang berkeyakinan Malaysia tidak perlu panik, sebaliknya mempunyai kekuatan untuk memulihkan kedudukan mata wang ringgit dalam pasaran dunia.
“Tidak ada rakyat yang percaya dengan kenyataan Johari kerana ia tidak bawa apa-apa makna dan jaminan.
“Kenyataan ‘jangan panik’ mungkin akan bawa kesan sebaliknya kerana ia telah menonjolkan kegagalan kerajaan untuk menghalang nilai ringgit daripada terus menjunam,” kata beliau dalam kenyataannya seperti dilaporkan dalam China Press.
Kelmarin, Johari dipetik sebagai berkata, Malaysia mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan yakin ringgit akan pulih.

Petisyen desak AS dedah identiti MO1 gagal capai sasaran

Petisyen awam bagi menggesa Rumah Putih mendedahkan identiti rasmi Malaysian Official 1 (MO1) dari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB telah gagal mendapatkan tandatangan yang disasarkan sehingga tarikh akhirnya.
Petisyen yang bermula pada 24 November, ditutup hari ini dengan hanya 25,986 tandatangan berjaya diperolehi berbanding sasaran 100,000 tandatangan.
Rumah Putih hanya diwajibkan untuk bertindak balas terhadap apa jua petisyen yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari.
Oleh itu, tarikh akhir untuk petisyen ini adalah hari ini, 24 Disember.
Jawatankuasa Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini mengumumkan sokongan terhadap petisyen itu dan menggesa orang ramai untuk menurunkan tandatangan.
DOJ telah memfailkan tindakan saman sivil pada bulan Julai yang lalu bagi mendapatkan semula lebih AS$1 bilion nilai aset dan perbelanjaan yang terkait dengan konspirasi pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Sendu Husam membuat saya tidak bisa tidur


Oleh Mohd Sayuti Omar
Diri kita ini kadang-kadang akan berubah hanya kerana sedetik peristiwa atau sekelumit kejadian sahaja. Tidak semestinya peristiwa itu besar yang berlaku di hadapan mata, tetapi cukup sekadar mengetahui dan menghayatinya dengan jiwa insaf.
 
Atau pun hanya kerana satu peristiwa sahaja ia boleh membuat kita hilang rasa "meta" dan kemanusiaan kita relai dan lunyai. Lebih membahagiakan lagi perubahan yang spontan dan drastik itu juga tanpa diduga memberi sesuatu pengajaran besar penuh pengertian, memaknakan hidup kita sebagai hamba-Nya yang relatif lemah.

Saya kemabli ke dalam diri saya sendiri. Saya sebenarnya seorang yang sukar untuk menangis. Air mata saya sangat mahal untuk jatuh tanpa ada tujuan yang tersendiri dan mengenatik yang kuat. Jiwa saya liat untuk menjadi sayu.

Saya adalah seorang yang "gagah" dan sedia menghadapi apa juga cabaran dan halangan. Apa lagi selaku penulis politik saya tidak terlepas dengan cacian, tuduhan dan juga fitnah. Bahkan diancam secara fizikal, ia lebih menjadikan saya tidak mengerti erti takut atau dayus.

Dan selaku anak kampung yang meratah kesangsaraan dan kemiskinan sejak kecil segala kesusahan sudah mangli dalam diri saya. Demikian segala cabaran sebagai penulis tidak pernah mengugahkan perasaan saya dan dijadikan alasan untuk saya mengalah. Jauh sekali untuk meletakkan pena dari menyatakan kebenaran.

Sebahagian penerima bantuan daripada Husam.
Selain memiliki sifat itu saya juga seorang yang tidak mudah tunduk dan mempedulikan kepada penghinaan. Mengambil kisah kepada apa-apa cacian. Namun sesuatu yang orang tidak mengetahui tentang saya ialah kelembutan jiwa dan hati saya. Perasaan sensitiviti saya sangat tinggi, disebaliknya saya ada ketegasan dan tidak akan bersekongkol dengan apa jua kemungkaran. Saya tidak akan larut dalam garam lautan dan tidak akan hanyut mengikut arus yang entah.

Apa yang hendak saya kongsikan dengan penjengok sekalian dalam catatan selepas Subuh ini ialah mengenai, bagaimana sekelumit peristiwa ia bisa mengugahkan perasaan saya. Bagaikan pupukan bayu yang lembut boleh meruntuhkan bukit pasir di sahara. Ia adalah mengenai sendu seorang kawan bernama Husam Musa telah menyebabkan saya tidak bisa tidur hingga ke Subuh.

Sendu beliau itu menjadi racun menyedar dan menginsafkan saya dan kenaifan kita semua sebagai hamba. Inilah yang hendak dikongsikan disini. Diharap sudi mendengarnya.

Semalam saya di Kota Bharu Kelantan dan sempat hadir ke suatu majlis Husam di Salor. Semasa berucap dalam majlis menyampai bantuan kepada penduduk dalam kawasannya, di Wisma Tokguru Husam telah menyelitkan ucapannya dengan memberi gambaran apa yang berlaku di Aleppo, Syria mengenai kesangsaraan dan penderitaan saudara segama kita di sana angkara kekejaman regim Bashar as-Assab di tanah Halab itu.

PAS Selangor tiada masalah sepentas PKR dan Bersatu

Oleh DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Selangor tidak ada masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).Setakat ini dua program ceramah umum PAS di Selangor telah diadakan dengan penceramah dari PKR dan BERSATU.

Yang terkini adalah pada 5 Disember lepas yang melihat Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ahli Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah di atas pentas bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS.
Ceramah pada 5 Disember itu merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luarbiasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan tiga parti itu.

Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan di dalam perkembangan politik tanah air.

PAS memang mempunyai hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan dengan PKR.

Ceramah PAS yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan.

Tetapi ceramah bersama pimpinan BERSATU di Selangor hanya baru dimulakan.

Walau bagaimanapun PAS di Kelantan dan Terengganu telah lebih dahulu menjemput pemimpin BERSATU di dalam ceramah-ceramah mereka.

Walau bagaimanapun PAS masih bertegas untuk tidak bersama di atas pentas politik bersama DAP atau PAN kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka.

JASA sembang sabitan Yeo Jiawei tak berkait PM, Arul

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menegaskan bahawa sabitan bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei di Singapura tiada kena mengena dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan 1MDB.
"Ramai yang bertanya kenapa bekas pegawai BSI Bank Singapura, Yeo Jiawei dihukum 30 tahun oleh mahkamah Singapura baru-baru ini.
"Jawapannya - Yeo dihukum di atas kesalahannya cuba mempengaruhi saksi-saksi utama yang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) Singapura dalam siasatan kes penggubahan wang haram," kata JASA dalam satu kenyataan hari ini.
Yeo dijatuhi hukuman 30 bulan penjara kerana mengganggu saksi yang terlibat dalam penyiasatan Singapura ke atas 1MDB.
Dia dituduh mengganggu saksi yang amat penting dalam penyiasatan Singapura terhadap pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB.
Mahkamah diberitahu bahawa Yeo telah bertemu dengan bekas ketua pengagihan perolehan, Samuel Goh Sze-Wei dan dan bekas penyelianya di BSI, Kevin Swampillai dan meminta mereka untuk berbohong kepada pihak berkuasa mengenai beberapa pemindahan dana.
Beliau juga telah meminta mereka menyembunyikan cerita sebenar, sehingga pihak berkuasa menunjukkan bukti-bukti yang ada.
Dia juga meminta pengurus perhubungan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto dari datang ke Singapura bagi mengelakkan dari di soal siasat oleh CAD, serta meminta Pinto melupuskan komputer bimbit yang mengandungi bukti urus niaga haram.

Penyokong Selangor pohon bantuan Sultan Sharafuddin selesai kemelut FAS

Antara kandungan memorandum 2 muka surat itu ialah memohon perkenan Sultan Selangor menitahkan Azmin melakukan rombakan segera ke atas pengurusan persatuan tersebut.
MOHD_FAIZAL_WAHID
SHAH ALAM: Penyokong skuad Red Giants hari ini menghantar memorandum memohon perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemelut melanda pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Memorandum 2 muka surat itu diserahkan Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor, Mohd Faizal Wahid kepada pihak istana di Istana Bukit Kayangan yang diterima pengawal istana, Laskar Kanan Khairul Redzuan Saamaton, kira-kira 11 pagi tadi.
Mohd Faizal berkata, antara kandungan memorandum itu adalah bagi memohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menitahkan Presiden FAS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rombakan segera ke atas pengurusan persatuan tersebut.
Ini kerana katanya, hanya dengan titah sultan mampu mengelakkan rombakan pengurusan FAS dicemari unsur politik pihak tertentu yang hanya menyebabkan ia terus dibelenggu kemelut berpanjangan.
Penyokong Red Giants, Muhd Ali Zakaria berkata, sejarah kegemilangan 33 kali menjadi juara Piala Malaysia tidak sepatutnya dibiarkan lapuk akibat kemelut itu sedangkan rakyat negeri mahu terus melihat kecemerlangan pasukan tersebut.
“Kami (penyokong Red Giants) dari Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Tanjung Karang, sanggup korbankan masa, tenaga dan duit untuk datang ke stadium menyokong, tapi kami amat kecewa kerana kerajaan negeri masih tak ambil tindakan selesaikan kemelut pengurusan FAS.
“Ramai anak jati Selangor mentadbir syarikat korporat ternama, kalau FAS ada masalah kewangan, kenapa tidak minta penajaan daripada mereka? Jangan asyik kata FAS tiada duit menyebabkan Red Giants terpaksa tarik diri,” katanya hari ini.

Peruntukan BR1M kepada rakyat cuma 14 peratus dari jumlah kutipan GST


IPOH, 24 DIS: Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mampu meringankan beban hidup rakyat yang meningkat angkara pelaksanaan cukai GST?
Menyangkal persoalan itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar berkata BR1M cumalah satu kaedah dilaksanakan UMNO Barisan Nasional bagi mengaburi mata rakyat, terutama apabila isu kos hidup rakyat miskin kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
“BR1M tidak dapat mengatasi peningkatan beban hidup disebabkan GST.
“Sebilangan besar rakyat berpendapatan rendah kurang menyedari bahawa jumlah kutipan cukai GST adalah jauh lebih besar berbanding pemberian BR1M,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, hasil kutipan GST bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion, manakala anggaran kutipan GST bagi tahun 2016 berjumlah RM38.5 bilion.
Sebaliknya, pemberian BR1M hanya melibatkan peruntukan sebanyak RM5.4 bilion bagi kedua-dua tahun tersebut.
“Oleh itu, dianggarkan hanya lebih kurang 14 peratus daripada GST dipulangkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui BR1M pada tahun ini.
“Selebihnya iaitu 86 peratus daripada kutipan GST menjadi pendapatan tambahan kepada kerajaan. Saya melihat ini sebagai satu penindasan terhadap golongan miskin dengan penuh licik sekali,” ujarnya.

Kejayaan di PBB sementara, Trump lebih pro-Israel, kata Amanah

Malaysia perlu mulakan di negara sendiri dengan menghormati kaum minoriti dan memberikan keadilan kepada mereka, kata Raja Bahrin
raja-bahrin-shah
PETALING JAYA: Sambil mengalu-alukan kecaman Majlis Keselamatan PBB terhadap penempatan haram Israel semalam, Amanah memberi amaran bakal presiden Amerika Syarikat akan mengambil pendirian yang lebih pro-Israel.
Donald Trump akan mengambil langkah itu walaupun AS hari ini memberi laluan kepada keputusan Majlis Keselamatan itu, kata Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
“Tahniah diucapkan kepada pentadbiran Presiden Barack Obama kerana akhirnya mempunyai keberanian untuk berdiri menentang kerajaan Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Bahrin melihat kecaman itu sebagai isyarat simbolik daripada Obama yang akan mengakhiri penggalnya awal tahun depan. Ia juga saguhati daripada AS. Trump sudah menyatakan pendirian pro-Israel, kata Raja Bahrin.
“Mereka yang mengharapkan perubahan pada dasar AS akan kecewa, Kita boleh jangkakan senario yang lebih buruk selepas ini.”
Mereka yang menentang pembantaian rakyat Palestin perlu bekerja keras menghalang penempatan haram dibina di atas tanah Palestin, tambahnya.
“Sekarang bukan sahaja penempatan haram Israel merebak, rumah Palestin yang lama dan sedia ada dirobohkan pihak berkuasa Israel.

Rafizi guna angka lapuk, cerita MRT Corp

Jangkaan kos asal RM40 bilion untuk pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang tidak lagi relevan
mrt_600
PETALING JAYA: Jangkaan kos asal RM40 bilion untuk pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang tidak lagi relevan.
Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan angka itu dinyatakan dalam cadangan yang dikonsepkan pada 2010, dan berdasarkan nilai harga pada 2009.
“Nilai RM40 bilion pada asalnya dikemukakan dalam satu cadangan sektor swasta untuk ketiga-tiga laluan projek MRT Lembah Klang (yang akan dibina secara serentak) kepada Kerajaan pada 2010…Bagaimanapun, kos tidak termasuk tren-tren elektrik dan sistem-sistem berkaitan dan juga pengambilan tanah,” tambahnya.
Selepas cadangan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), kerajaan menjalankan kajian ke atas usul itu.
“Kajian yang dibuat pada 2010 menyebabkan model bagi projek MRT Lembah Klang berubah dengan ketara.”
MRT Corp menjawab Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa kos projek sepanjang 141km itu sudah melampaui peruntukan asal, dan mungkin melebihi RM100 bilion.
Rafizi turut mendakwa projek itu diswastakan. MRT Corp menafikan dan berkata projek itu dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh kerajaan.
Syarikat itu menjelaskan semasa Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan proses perolehan diluluskan, MRT Corp mengumumkan pada Disember 2012 bahawa bajet bagi kos pembinaan fasa pertama projek MRT Lembah Klang itu adalah RM23 bilion.
“Begitu juga, MRT Corp mencapai anggaran kos pembinaan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender-tender yang telah dianugerahkan bagi pembinaan laluan,” katanya.
Manakala bagi cadangan MRT Laluan 3, juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran, MRT Corp menyatakan kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan, dan keputusan dijangka diumumkan pada suku pertama tahun depan.

Ibu bapa rayu pengusaha bas sekolah tangguh naik harga

Kenaikan harga tambang akan membebankan ibu bapa yang bersusah payah mencukupkan perbelanjaan untuk tahun baru persekolahan
Mohamad-Ali-Hassan_bas-sekolah_600
PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mahu pengusaha bas sekolah menimbang semula keputusan menaikkan tambang bas tahun depan.
Presidennya Prof Mohamad Ali Hassan berkata kenaikan itu akan membebankan ibu bapa yang bersusah payah untuk mencukupkan perbelanjaan bagi tahun baru persekolahan.
“Ibu bapa akan terbeban kalau ada kenaikan tambang. Pengusaha bas perlulah berlaku adil kepada ibu bapa dan menimbang semula keputusan mereka,” katanya kepada FMT.
Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPPBSM) dan pengusaha bas lain baru-baru ini mengumumkan mereka akan menaikkan tambang bas bulan depan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi meminta pihak persatuan agar tidak menaikkan tambang dan berunding dengan PIBGN sebelum membuat keputusan.
Aziz mendapat tahu mengenai kenaikan itu daripada buletin berita televisyen yang melaporkan tambang akan naik RM10 hingga RM20.
PIBGN menyarankan pengusaha bas agar menaikkan tambang sebanyak separuh daripada kadar yang dicadangkan.
Sementara itu, Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) berkata kerajaan perlu memberi subsidi tambang bas dalam bentuk kupon kepada keluarga miskin.
“Kalau kerajaan boleh beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerajaan juga boleh bantu ibu bapa.
“Bantuan itu boleh disalurkan melalui sekolah kerana tidak semua kanak-kanak menggunakan bas sekolah.
“Pihak sekolah boleh kenal pasti murid yang menggunakan bas sekolah dan beri bantuan itu kepada mereka,” kata Datuk Ashfar Ali.
Berita Harian sebelum ini melaporkan Presiden PPBSM Ahmad Fauzi Murad sebagai berkata kenaikan itu perlu kerana tiada kenaikan sejak 2 tahun lalu.

Berbijaksana dalam mendepani Dr M demi PRU14

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa oleh beberapa mahasiswa sebagai sedang mempergunakan gerakan mahasiswa dan juga aktivis siswa seperti Anis Syafiqah Md Yusof dalam usaha menjatuhkan musuhnya.
Kehadiran Mahathir semasa konvensyen kebangsaan DAP pula dikatakan akan merobek tahap sokongan di kalangan para pengundi berbangsa Cina di Semenanjung dan masyarakat Kadazan kepada parti itu.
Tidak cukup dengan itu, Mahathir juga dikatakan menjadi punca perbalahan antara beberapa parti dalam pakatan pembangkang selain kemerosotan jumlah penyertaan umum dalam himpunan BERSIH 5, baru-baru ini.
Semua memahami banyak pihak dalam pembangkang juga masih menyimpan api kemarahan dan dendam kesumat terhadap Mahathir yang menjadi antara penyebab utama mereka menyertai gelombang pembangkang untuk menentang kerajaan.
Waimah apa jua yang dikatakan oleh beberapa kerat penyokong tegar pembangkang ini, pemimpin atasan sama ada dari DAP, PKR mahupun Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan keterlibatan Mahathir dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu, walaupun pernah 'dilanyak' oleh Mahathir semasa era pemerintahannya, telah menggunakan kebijaksanaan mereka dalam misi menggantikan BN di Putrajaya pada PRU14.
Ini kerana, setelah Anwar mempunyai peluang yang tipis untuk dibebaskan dari penjara sebelum PRU14 yang dijangka diadakan pada tahun hadapan, Mahathirlah satu-satunya individu yang boleh diharapkan untuk mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat menjelang PRU14.
Walaupun masih terpalit dengan 'dosa-dosa' lama menindas pembangkang semasa era pemerintahannya, Mahathir juga satu-satunya sumber inspirasi di kalangan pembangkang untuk 'menangguk di air keruh' dalam usaha menarik undi Melayu.
Dengan berdekad lamanya Mahathir dalam Umno, pastinya bukan sedikit ahli-ahli Umno yang terhutang budi atas segala kebaikan yang pernah dilakukan dan mungkin memberi undi protes kepada BN pada PRU14 sementelah keyakinan yang terus merosot terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Dengan gandingan Mahathir bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjawat jawatan nombor dua dalam Umno dan kerajaan selain Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang pernah mengepalai kerajaan negeri Kedah, pastinya undi Melayu masih sedikit-sebanyak terlepas dari tangan Umno.
Jika bukan di seluruh negara, paling tidak pun di Johor dan Kedah yang telah menjadi negeri bagi kedua-dua pemimpin berkenaan menabur bakti, memiliki ribuan penyokong dan berakar umbi.

TOK HIM SOKONG BERSATU ATAU....

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meramalkan PPBM atau Bersatu akan mendapat sokongan pengundi Melayu atas pagar dalam pilihanraya umum akan datang nanti.

Walaupun Bersatu tidak terserlah, saya rasa pengundi atas pagar akan pergi kepada parti itu, katanya.

Tambah beliau, UMNO dan Pas hanya mempunyai kekuatan di kalangan penyokong tegar masing-masing saja dan mereka ini tidak peduli sama ada wujud isu 1MDB, kos sara hidup, GST dan sebagainya.
Ibrahim juga menjangka Pas tidak lagi mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu, sebagaimana faedah itu dinikmatinya dalam pilihanraya sebelum ini.

Tentu ada yang sedikit kehairanan dengan kenyataan Ibrahim Ali kali ini, ternampak lain benar nada dan temponya.

Adakah ia suatu bentuk sokongan kepada PPBM dan beliau cuba memberi gambaran bahawa PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sedang mendapat sambutan rakyat, manakala UMNO dan Pas yang dilihat seperti rakan kongsi, mulai ditinggalkan oleh pengundi Melayu sendiri?

Habis...ke mana pula haluan Tok Him dan Perkasa dalam piliharaya akan datang?

Kalau beliau mengatakan PPBM akan mendapat sokongan pengundi Melayu dan UMNO serta Pas hanya disokong oleh penyokong tegarnya saja, apakah Tok Him masih mahu meneruskan rancangan meletakkan 50 calon dalam pilihanraya sebagaimana yang pernah diumumkannya?

Tok Him sebelum ini sudah mengumumkan bahawa Perkasa akan meletakkan 50 calon untuk bertanding di kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang.

Pas Selangor makin serba salah

BERIKUTAN perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan Bersatu baru-baru ini, menyebabkan kedudukan Pas Selangor yang menjadi salah satu parti dalam kerajaan Selangor kini semakin serba salah dan tertekan.
Melalui perjanjian itu, Pakatan Harapan dan Bersatu bersetuju meletakkan seorang calon pembangkang sahaja untuk menentang BN, dan kedua-dua parti itu turut bersetuju berunding dengan parti (Pas) yang belum berada di dalam perjanjian ini.
Analisis berita oleh Oriental Daily meramalkan, sekiranya Pas Selangor terus menangguhkan masa untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan dan Bersatu, ia sudah pasti merugikan pucuk pimpinan Pas Selangor, lebih-lebih lagi dari segi pembahagian kerusi pada PRU14.
Akhbar ini menulis, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dipercayai selama ini menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan, bagaimanapun hasratnya tidak mendapat restu pucuk pimpinan Pas pusat sehingga hari ini.
"Selain itu, keputusan yang masih tidak menentu Pas Selangor ini, akan diambil kesempatan oleh Amanah dan Bersatu. Kedua-dua parti ini akan mendapat sokongan undi daripada kalangan pengundi anti Umno. Apabila berlaku keadaan ini, Pas Selangor seharusnya menyalahkan diri sendiri," tulis akhbar ini.
Menurut akhbar ini lagi, sekiranya berlaku perlawanan tiga penjuru, ia tidak pernah memihak kepada parti pembangkang. Keputusan pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Jun lalu menjadi contoh paling jelas.

Anis Syafiqah ajak KJ sertai kongres bincang kemelut negara

Kongres Anak Muda Malaysia bertujuan mencari resolusi yang 'tuntas dan holistik' untuk menyelamatkan belia dan negara.
Anis-Syafiqah_kj_tangkapnajib_600
PETALING JAYA: Penggerak tunjuk perasaan #TangkapNajib mengundang Khairy Jamaluddin, selaku Ketua Pemuda Umno, ke kongres membincangkan pergolakan politik dan kemelut ekonomi negara.
Diadakan pada 17 hingga 19 Februari depan, Kongres Anak Muda Malaysia bertujuan mencari resolusi yang “tuntas dan holistik” untuk menyelamatkan belia dan negara.
Jurucakap Demi Malaysia, Anis Syafiqah berkata Khairy antara pemimpin belia mewakili parti politik yang diundang.
“Tidak dinafikan bahawa inisiatif ini digerakkan oleh kumpulan yang secara lazimnya dilihat tidak sehaluan dan bertentangan dengan kepimpinan dan dasar yang dianjurkan kerajaan,” kata Anis Syafiqah dalam satu kenyataan hari ini.
“Namun hakikat yang demikian tidak harus menjadi kegusaran buat pihak menteri mahupun pihak kerajaan berhadapan dengan inisiatif ini.”
Kenyataan dikeluarkan secara bersama oleh Anis dan aktivis anak muda yang lain, seperti Adam Adli, Rashida Kamal mewakili Sabah, Simon Seah mewakili Sarawak dan Mia Yusri mewakili Orang Asal.
Demi Malaysia menyasarkan kehadiran 1,000 belia daripada pelbagai latar belakang.
Mereka menyahut pesanan Khairy dalam The Star semalam menggesa gerakan anak muda supaya mengkritik dan memberi pandangan secara membina ke arah pembangunan negara.
Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, berkata demikian mengulas penubuhan Demi Malaysia sebagai inisiatif balas kepada penubuhan Parlimen Belia Malaysia oleh kerajaan.
Khairy menambah pihaknya mengalu-alukan sumbangan mereka kepada pembangunan anak muda, sekiranya ia dilakukan secara membina.

Ideas: Mengapa Felda bayar lebih untuk syarikat Indonesia?

Harga premium itu memburukkan lagi spekulasi yang negatif sekitar pembelian PT Eagle High Plantations
wan-saiful_felda_600
PETALING JAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu menjelaskan mengapa mereka membayar harga yang tinggi untuk membeli PT Eagle High Plantations.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata tumpuan utama ketika ini adalah risiko urus niaga itu kepada pembayar cukai.
“Misteri bagaimana urus niaga itu boleh menaikkan nilai pemegang saham sedangkan Felda nampaknya membayar harga yang tinggi untuk saham Eagle High.
“Felda perlu menjelaskan mengapa mereka bersetuju kepada harga premium itu. Urus niaga itu menimbulkan banyak tanda tanya dan premium itu memburukkan lagi spekulasi yang negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Saiful menambah, oleh kerana Felda adalah syarikat berkaitan kerajaan, pembelian itu tidak boleh diterima sekiranya ia mendedahkan pembayar cukai kepada risiko, atau urus niaga itu ternyata menjadi buruk.

RM2.6 Bilion: MIER harap Felda beli kepentingan Eagle High pada harga tepat

Penerokaan kawasan sawit Indonesia oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerusi pembelian 37 peratus pegangan ekuiti dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) bernilai US$505.4 juta (RM2.26 bilion), mampu menyuntik kesan positif kepada industri serta negara.

Bagaimanapun, ia seharusnya membabitkan transaksi harga yang tepat, kata Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid.

"Usaha pembelian bagi tujuan mengembangkan sayap perniagaan adalah baik, namun mestilah (dilakukan) pada harga yang betul.

"Bagi pembelian saham sesebuah syarikat itu, harganya bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran yang ditentukan pula oleh asas-asas syarikat tersebut," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Zakariah mengingatkan, tindakan korporat Felda menerusi anak syarikatnya, FIC Properties Sdn Bhd (FICP) membeli ekuiti dalam EHP yang disenaraikan di bursa saham Jakarta, juga boleh mencetuskan kebimbangan warga korporat jika tidak membabitkan harga yang betul.

Ini berikutan laporan sebelum ini mengenai pembelian entiti luar negara oleh Felda pada harga tinggi yang dipersoalkan warga korporat, katanya.

Mahasiswa tak boleh diam, AUKU mesti dimansuh


Anis Syafiqah Mohd YusofGolongan mahasiswa negara ini tidak boleh berdiam diri terhadap sebarang tindak-tanduk kerajaan atau pemimpin yang merugikan negara, kata Aktivis himpunan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Mohd Yusof.
Sikap membisu golongan siswa dan terpelajar negara ini katanya hanya akan memberi kesan ke atas generasi akan datang.
“Jika tak lawan, kita akan ditindas. Kita tak ada pilihan untuk diam.
“Kalau kita berdiam, kita tak boleh maafkan diri kita sebab generasi akan datang akan terkesan dengan apa yang kita lakukan,” katanya dalam forum AUKU 1971 anjuran Challenger di Malaysiakini kelmarin.
Anis yang juga Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan) menegaskan, AUKU yang sering disalahguna untuk menekan mahasiswa itu perlu dimansuhkan dan digantikan dengan alternatif lain yang lebih baik.
Katanya, walaupun AUKU tidak dikenakan dalam kesnya, ia memberi kuasa kepada pihak universiti untuk menekan pelajar yang tidak selari dengan pendirian universiti khususnya membabitkan aktivisme mahasiswa.
“Saya mendesak supaya AUKU dimansuhkan kerana saya percaya ia perlu didatangkan dengan alternatif lain yang lebih baik dan bukan yang lebih buruk seperti ISA diganti Sosma,” tegasnya.
Pelajar jurusan bahasa itu mahu supaya sebarang alternatif kepada AUKU itu mesti berpandukan kebebasan berakademik dan perlembagaan.
“AUKU tak perlu pinda lagi tapi perlu dimansuhkan. Kerajaan tak perlu buang masa dan tenaga pinda AUKU," tegasnya.
Anis pada 15 Disember baru-baru ini telah digantung pengajian selama satu semester, diberi amaran dan denda RM400 selepas didapati bersalah dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Bertahankah tahaluf siyasi PAS-PKR?

BICARA TUN M BERSAMA RAKYAT - ALOR SETAR, KEDAH

Hadi Kata Qaradhawi Uzur, Tak Nampak, Tak Dengar...

Idris Ahmad: Pas tidak tunduk kepada Arab Saudi, Iran



Pas bebas menyuarakan pandangan dan mempunyai pandangan tersendiri dalam politik antarabangsa berdasarkan ilmu serta tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
Beliau berkata, Pas mengutamakan kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak.
Idris Ahmad“Sudah lama Pas dituduh membela syiah. Kepimpinan ulama didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. Pas menjawab dengan amalan. Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, Pas menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi Pas dituduh Syiah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap penyertaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu perhimpunan di Iran.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu menegaskan, Pas berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah malah pernah memecat ahli Pas kerana menganut fahaman Syiah.
“Pas berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Pas pernah memecat ahli Pas kerana menganut fahaman Syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. Pas menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat,” katanya.

Karikatur Zunar mampu cabut ‘rasa takut’ dan boleh cetuskan reformasi massa

GOMBAK: Penahanan kartunis kritis, Zunar beberapa kali muktahir ini adalah kisah berkelaskan “hari ini dalam srjarah” kerana tindakan pihak berkuasa tersebut cuba untuk memadam dan memendam tercipta serta tercatatnya ingatan kolektif rakyat yang ditindas.
Menurut Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Saari Sungip, sindiran dan teguran kritis yang disampaikan melalui lukisan-lukisan karikatur yang tajam daripada Zunar, sangat dibimbangi boleh mencetuskan reformasi massa.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu menenggelamkan rasa takut yang selama ini dipasak kukuh oleh pemerintah agar rakyat diam dan tunduk.
“Inilah bahayanya membina ingatan kolektif rakyat marhaen. Bila rasa takut hilang, silap hari bulan ia mampu mencetuskan revolusi dan rakyat membanjiri jalanraya dan dataran,” tegas Adun Hulu Klang itu kepada Amanahdaily.

MRT, 1MDB: Kalau Saya Tidak Pandai Kira, Samanlah Lebih Cepat Di Mahkamah



Saya membaca laporan media mengenai reaksi Dato’ Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II yang dengan mudah menuduh saya tidak pandai mengira (apabila ditanya wartawan sama ada dakwaan saya bahawa kos keseluruhan 150 km projek MRT melebihi RM100 bilion itu benar atau salah).
Sementara saya tidak ambil hati dengan reaksi tersebut, saya lebih bimbangkan reputasi dan kewibawaan Dato’ Johari sebagai Menteri Kewangan II yang akan terus jatuh setiap kali beliau tidak menjawab apabila ditanya soalan-soalan yang sukar.
Dalam sessi Parlimen lepas, apabila saya menanyakan bagaimana kerajaan akan membayar tanggungan hutang yang diwarisi dari 1MDB akibat penerbitan bon USD3 bilion dan opsyen (“options”) yang berkenaan, beliau tidak menjawab sehingga ke akhir ucapan beliau.
Minggu ini, beliau mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih sepenuhnya projek Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB. Beliau nampaknya masih belum memahami bahawa tahap celik maklumat rakyat zaman ini adalah jauh lebih tinggi berbanding zaman 1980an kerana adanya internet dan media sosial. Rakyat tahu bahawa apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek TRX yang dilaporkan melibatkan pembangunan hartanah dengan nilai pembangunan kasar (“gross development value” atau GDV) sebanyak RM40 bilion, itu bermakna rakyat akan terus menanggung hutang yang telah, sedang dan akan dibuat Dato’ Seri Najib dan menteri-menterinya atas sebab-sebab berikut:
i. Untuk membangunkan projek hartanah yang GDV adalah RM40 bilion, Kerajaan Persekutuan memerlukan modal. Jika keperluan modal diletakkan pada anggaran 50% dari projek, maka Kerajaan Persekutuan perlu mencari dana sebanyak RM20 bilion untuk menyiapkan projek ini. Dari mana Kerajaan Persekutuan mahu mendapatkan dana ini kalau bukan dengan berhutang?
ii. Semasa melancarkan projek TRX ini, Dato’ Seri Najib dengan bangganya mengumumkannya sebagai projek usahasama Malaysia-Abu Dhabi untuk memberi gambaran wang pelabur kaya Arab akan digunakan untuk membangunkan TRX. Melalui 1MDB, satu syarikat usahasama ditubuhkan yang bernama Aabar. 1MDB juga menerbitkan bon USD3 bilion untuk membiayai projek TRX ini.
iii. Kini, satu dunia tahu bahawa Aabar yang disebut-sebut itu telah menjadi kes yang disiasat apabila syarikat Abu Dhabi menafikan dana yang dipindahkan oleh 1MDB masuk ke akaunnya. Dana berjumlah berbilion ringgit itu didakwa sebenarnya dimasukkan ke syarikat yang dikawal oleh Jho Low. Maka, syarikat Abu Dhabi yang pernah diumumkan sebagai rakan kongsi 1MDB dalam projek usahasama TRX itu kini mengheret 1MDB ke proses “arbitration” (melantik pihak ketiga untuk mengadili tuntutan wang dari 1MDB) untuk mendapatkan kembali wang yang dijanjikan 1MDB tetapi didakwa dipindahkan ke syarikat yang dikawal Jho Low.
iv. Oleh itu, rakyat Malaysia tahu bahawa dengan Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek TRX, itu bermakna Kerajaan Persekutuan juga telah secara senyap mengambil alih hutang 1MDB yang dipinjam kononnya untuk melaksanakan projek ini yang dianggarkan berjumlah RM15 billion pada tukaran terkini.
v. Maka, untuk menyiapkan projek TRX ini sahaja, Kerajaan Persekutuan akan berhutang baru pada anggaran RM35 bilion.
Oleh sebab itulah, soalan saya mengenai berapa jumlah kos bagi keseluruhan 150 km projek MRT adalah cukup penting kerana ia mempunyai kesan besar kepada tahap hutang Kerajaan Persekutuan yang akan ditanggung oleh rakyat.
Apabila Dato’ Seri Najib mengumumkan kos sebanyak RM40 bilion dalam tahun 2010, sebarang perubahan kos mestilah dilaporkan kepada Parlimen dan rakyat berhak tahu terutamanya dalam keadaan negara dilihat berhutang keliling pinggang untuk projek-projek besar, sedangkan peruntukan penting untuk perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat terbiasa dipotong.
Jika dicampurkan jumlah hutang untuk menyiapkan projek TRX dan MRT sepenuhnya, laporan-laporan terkini menunjukkan ia mencecah RM159 bilion (iaitu anggaran RM35 bilion untuk TRX dan hutang 1MDB yang ditanggung; dicampur dengan anggaran RM124 bilion untuk projek MRT). Jumlah hutang RM159 bilion tidak boleh diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya melihatkan reaksi mudah mereka di media sosial berkenaan isu MRT sahaja.
Apabila saya memberi perincian pada 20 Disember lepas kenapa kos keseluruhan 150 km projek MRT melebihi RM100 bilion, ia menarik minat netizen seperti paparan berikut (laman FB saya):

Pas akan tetap menentang Umno dalam PRU akan datang - Abdul Hadi

MARANG : Pas akan tetap menentang  Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang parti itu lebih selesa bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Pas mempunyai matlamat yang jelas dan yakin akan terus mendapat sokongan rakyat dalam PRU14.

Jelasnya lagi, kerjasama antara Umno dan Pas hanya tertumpu  kepada usaha menangani pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat di negara ini.

“Kita bekerjasama dalam isu-isu negara, bukan isu pilihan raya. Kita bersendiri, tidak kerjasama dengan Umno. Kita akan bertanding lawan Umno pilihan raya ini (PRU14),” kata Abdul Hadi selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rhusila, di sini hari ini.

Ditanya mengenai  tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senario politik semasa, beliau berkata Pas lebih cenderung ke arah menjayakan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016, RUU 355.

Tanah adat: Penghulu bersekongkol dengan pembalak dikecam Orang Asli

Penghulu didakwa bersekongkol dengan pembalak dan hanya menjaga kepentingan peribadi
pembalakan_oran-asli_joas_600
Selepas membantah kerajaan negeri dan jabatan perhutanan kerana membenarkan aktiviti pembalakan di Gua Musang, kini giliran penghulu pula dikecam Orang Asli.
Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) mendakwa para penghulu membelakangkan kepentingan Orang Asli apabila mempertahankan aktiviti pembalakan yang dibenarkan kerajaan Kelantan.
“Penghulu tidak layak bercakap isu Orang Asli kerana mereka tidak belajar tentang hak dan perjuangan akar umbi,” kata Setiausaha JOAS, Nasir Dollah.
“Mereka juga tidak pernah turun ke lapangan sejak isu blockade hangat diperkatakan media.
“Saya bersimpati dengan nasib penghulu yang langsung tidak ada maruah dan jati diri sebagai Orang Asli.
“Senang saja bagi saya, kalau mereka tak sayang akan hak Orang Asli, baik duduk diam dalam bilik, tak perlu keluar rumah,” katanya kepada FMT.
Nasir menjawab Penghulu Pos Hendrop, Bidi Ronggeng yang mengecam tindakan Orang Asli membina semula sekatan di Hutan Simpan Balah sebagai tindakan tidak bermaruah.
Nasir mencabar para penghulu supaya mengambil tindakan sekiranya benar tindakan mereka bertentangan dengan undang-undang.
“Saya nak tegaskan disini, akar umbi tidak sebodoh penghulu dan kerana sifat merekalah kami daripada dulu menderita tanpa bicara.

Perlombongan Haram: Lanjutan moratorium hanya ‘lakonan’

Fuziah Salleh bimbang tempoh lanjutan moratorium itu diambil kesempatan pihak tidak beretika melakukan perlombongan secara haram.
Fuziah-Salleh
Tindakan melanjutkan tempoh moratorium selama 3 bulan hanya usaha melindungi kepincangan kegagalan kerajaan menangani aktiviti perlombongan bauksit secara haram di Pahang, kata ahli Parlimen Kuantan.
Menurut Fuziah Salleh, ia hanya akan membenarkan pihak tidak beretika mengambil kesempatan sepanjang tempoh lanjutan moratorium selama 3 bulan itu.
Beliau dalam masa sama turut menyifatkan kenyataan lanjutan moratorium dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam sebagai lakonan “main kenyit mata”.
“Moratorium dilanjutkan atas alasan untuk membenarkan stok simpanan dibersihkan sewaktu menteri sedia maklum jumlahnya sebelum ini tidak berkurangan walaupun aktiviti membersih di tapak lombong berterusan dan menteri juga membuat kenyataan tidak menolak kemungkinan perlombongan haram berlaku.
“Seharusnya, semua pemegang permit import (AP) dibekukan dan syarikat tidak menjalankan tugas membersihkan stok sedia ada dengan betul sebelum ini sehingga ia tidak surut tidak boleh dibenarkan sama sekali meneruskan tugas tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Wan Junaidi menyatakan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang berakhir pada 31 Disember ini, dilanjutkan 3 bulan lagi hingga 31 Mac tahun depan.
Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium buat kali ke-4 itu dipersetujui Kabinet kelmarin bagi membolehkan sejumlah 2.95 juta tan stok simpanan bauksit dibawa keluar.

Pusat kesuburan desak Jamal minta maaf pada Siti Nurhaliza

TMC Fertility Centre berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang gagal mendapatkan anak dan ada antaranya mengalami masalah rumah tangga kerana masalah ini.
Jamal-Yunos_Siti-Nurhaliza_tmc_600
PETALING JAYA: Pusat perubatan yang memberi bantuan rawatan kepada pasangan tidak dikurniakan zuriat terkejut dengan kenyataan Datuk Jamal Yunos mempersendakan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum berjaya hamil.
TMC Fertility Centre, perintis rawatan kesuburan di Malaysia berkata kata-kata sinis dibuat ketua Baju Merah itu satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu dan bapa.
Katanya, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.
“Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengurus komunikasinya, Chan Li Jin berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.
“Di TMC Fertility Centre, kami tahu sangat kesakitan mental dan emosi yang ditanggung pasangan seperti itu ketika cuba untuk hamil.
“Meskipun rawatan kesuburan tidak mengancam nyawa, pesakit kadangkala beritahu kami sebahagian diri mereka ‘mati’ setiap kali haid datang, bermakna mereka gagal lagi untuk mendapatkan bayi,” katanya.
Selepas kiriman laman sosial Siti yang dilihat mengkritik Jamal kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi itu kerana masih tidak menimang cahaya mata.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.
Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.
“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

PILIHAN SEKARANG PADA MUKHRIZ...

Khairy Jamaluddin, setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya tampil menafikan bahawa beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan sebagaimana yang didakwa oleh Mukhriz Mahathir.

Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun tidak menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan di rumahnya dengan bekas Menteri Besar Kedah yang kini merupakan Timbalan Presiden PPBM.

"Ketika beliau masih bersama UMNO...kita berjumpa dan kadang-kadang dia menziarahi saya, kami membincangkan isu-isu semasa, itu saja.

"Apa yang beliau kata mengenai saya hantar surat perletakan jawatan, adalah tidak benar,"  tambah KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Nah....bagaimana sekarang?

Siapa benar, siapa salah?

Apakah Mukhriz masih mahu mempertahankan dakwaannya?

Oh ya...bukankah dalam kenyataannya sebelum ini, Mukhriz turut menyebut bahawa pendedahannya mengenai KJ itu berikutan pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan pada suatu malam yang turut dihadiri oleh seorang saksi.