Jumaat, 23 Disember 2016

Tiada Kerja: Lebih ramai menganggur pada 2017

Ahli Parlimen Serdang menggesa rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran untuk membolehkan mereka mengekalkan pekerjaan dalam tempoh sukar.
Ong-Kian-Ming_job_600
KUALA LUMPUR: Pengangguran dijangka meningkat tahun depan kerana tindakan kerajaan membekukan jawatan baru, kelembapan sektor korporat dan industri pembinaan mengambil ekspatriat bagi pekerjaan bergaji tinggi.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, 2 tahun lalu kadar pengangguran di bawah 3% berbanding 3.5% sekarang.
“Kadar pengangguran masih mungkin nampak rendah, tetapi walaupun kenaikan 0.5% dalam 14 juta tenaga kerja akan menyebabkan 70,000 rakyat Malaysia tiada kerja.”
Ong berkata jumlah rakyat Malaysia yang menganggur boleh menjadi lebih tinggi kerana golongan profesional beralihh arah ke bidang perniagaan selepas gagal mengekalkan pekerjaan mereka.
“Pengangguran pasti lebih tinggi.”
Beliau juga memberi amaran banyak sektor akan berhadapan kelembapan tahun depan.
“Ketidaktentuan dijangka kerana lebih ramai profesional mungkin kehilangan pekerjaan atau mendapati sukar mendapatkan pekerjaan.
“Mereka mungkin membuka gerai makanan untuk mendapatkan wang,” kata bekas pensyarah ekonomi dan polisi sains itu.
Beliau berkata kerajaan yang merupakan majikan utama tetapi ia hanya menggantikan pekerja yang bersara daripada sektor awam. “Tidak akan ada jawatan baru”.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata kerajaan akan meneruskan pengambilan penggantian 20,000 hingga 25,000 pekerja setiap tahun.
Dalam sektor pembinaan, mereka yang terlibat dalam pembangunan hartanah akan melihat perniagaan itu lebih perlahan kerana pasaran hartanah turut lembab.
Walaupun projek pembinaan mega seperti Bandar Utama ke Klang LRT3 sejauh 37km mungkin tidak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Ini kerana jawatan rendah akan diberikan kepada pekerja asing manakala yang bertaraf tinggi akan diisi ekspatriat, katanya.
Banyak pekerja dalam sektor perbankan juga akan diberhentikan kerana tindakan menggabungkan cawangan.

Kenyataan saya pendirian rasmi parti, kata Khalid Samad

Pengarah komunikasi Amanah memberitahu kenyataan itu sudah dipersetujui terlebih dahulu presiden dan penasihat umum parti.
Khalid-Samad_adi-awang_600
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mempertahankan kenyataannya mengenai perang di Syria dan kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran adalah pendirian rasmi parti.
Menurutnya, kenyataan itu sudah dipersetujui terlebih dahulu oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang sebelum ia dikeluarkan.
“Saya tunjukkan kenyataan itu untuk dibaca Mohamad dan juga Ahmad Awang. Kedua-duanya bersetuju dengan kenyataan itu dan ia adalah pendirian rasmi parti.
“Jadi tidak perlulah nak melaga-lagakan kami,” katanya kepada FMT.
Respons beliau adalah susulan kenyataannya yang dilihat bercanggah dengan Mat Sabu.
Khalid mengkritik kehadiran Hadi pada Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.
“Amanah berpandangan menghadiri ‘Muktamar Perpaduan Ummah’ dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar,” kata Khalid.

Hadi sedia lepas jawatan KUIS, lapor web pro Pas

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia meletakan jawatannya di Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis) sekiranya lawatannya ke Tehran tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.
Abdul Hadi dipetik berkata demikian dalam laporan sebuah laman web pro Pas Buletinonline hari ini.
Beliau dilaporkan telah menghantar surat penjelasan kepada Kuis dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.
“Dan bila ada desakan ini...saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya. Saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar Arab Saudi atau dasar Emirate (Arab Bersatu),
“Apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,”tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran,selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.
Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.
“Bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu perkara yang sangat kacau di Asia Barat,”ujarnya.
Beliau menjelaskan, Pas ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut di Timur Tengah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.
Abdul Hadi juga menegaskan Pas adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.
Menegaskan lagi pendiriannya itu beliau mahu Kuis teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau pun negara.

Hadi belum yakin teguran Qaradawi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.
Kata Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".
Justeru beliau membayangkan kemungkinan kenyataan teguran keras itu dibuat oleh orang lain.
"Beliau (Qaradawi) uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.
Bagaimanapun pada masa sama Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.
Menurut laporan disiar Utusan Online, Abdul Hadi yang juga naib ketua KUIS menyatakan kesediaannya meletak jawatan.
Tambahan pula, katanya, beliau bukan meminta jawatan berkenaan sebaliknya dilantik.
Abdul Hadi bercakap kepada media di kediamannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.
Kata Abdul Hadi surat berkenaan dihantarnya kepada KUIS empat hari lalu.
Ditanya bila kali terakhir bertemu al-Qradawi, Abdul Hadi menjelaskan beliau berjumpa dengan ulama berpangkalan di Qatar itu "dua tiga bulan" lalu, dipercayai sempena pertemuan pemimpin KUIS.
Kata Abdul Hadi, beliau "terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat" kerana pimpinan lain "pun uzur dan tua-tua semuanya".
Mesti ada pendirian sendiri
Abdul Hadi sebelum ini menjadi sasaran kecaman beberapa pihak yang tidak senang dengan kunjungan beliau ke Tehran ketika konflik di Syria masih berpanjangan.
Iran dianggap satu daripada negara asing yang membantu Presiden Bashar al-Assad menundukkan pemberontak terutama di Aleppo.
Perang di Syria juga ditafsir kebanyakan pihak sebagai pertembungan antara kumpulan Syiah dan Sunni.
Walaupun ada beberapa pimpinan PAS pada awalnya menegaskan Abdul Hadi ke Tehran mewakili KUIS, ketua dewan ulama parti berkenaan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kemudian mengesahkan ia adalah mewakili PAS.

PAS akan bersendirian hadapi PRU-14 - Hadi

PRU14: Pengundi atas pagar akan cari BERSATU, ramal Tok Him

Akta 355: BN masih perlu capai kata sepakat, kata KJ

"Harap Abdul Hadi ke Iran bukan sebab nak glamor," kata Tok Him

Hadi pertahan tindakan hadir Muktamar di Tehran

Hadi sedia letak jawatan naib presiden KUIS

Datuk Johari jangan turun ke tahap Ahmad Maslan - Rafizi

Rakyat masih bayar hutang LRT selepas 20 tahun - Rafizi

KJ nafi menyerah surat letak jawatan

Tun M tak menyesal laksana AUKU ketika jadi PM

Dr M tak setuju demo eranya tapi...

Dr M tak mahu pembangkang namakan PM sekarang kerana...

Dr M lupakan sengketa dengan Anwar, Kit Siang, untuk lawan Najib

Rafizi perjelas konsep naik gaji agar penjawat awam faham, tidak keliru

Rafizi tidak setuju gaji wakil rakyat dan ADUN naik, tapi...

ANAK MUDA, MAHATHIR DAN GIE


Kira-kira seminggu lalu sebahagian daripada kita mengenang susuk lelaki bernama Gie.
Saban tahun, begitulah. Tarikh lahirnya mungkin kurang dikenang berbanding detik matinya. Dia tokoh muda yang memberi banyak kesan dan sekali gus enigma.
Gie – atau nama sebenarnya Soe Hock Gie – adalah watak seorang anak muda dan mahasiswa yang berdarah panas, berani dan bebas, selain penuh dengan rasa ingin.
Malam tadi sekumpulan anak muda membuka ‘gelanggang’ di premis Malaysiakini. Memang meriah jugalah.
Ada dua watak penting yang muncul. Seorang bekas perdana menteri yang pernah suatu ketika dulu cukup dibenci sebahagian rakyat, dan di sisi lain adalah anak-anak muda dan mahasiswa.
Seorang pendekar di atas pentas dan di belahan lain ada pula anak muda yang cuba menjadi hulubalang. Mereka dipertemukan oleh forum mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan akta membelenggu anak muda di menara gading itu – tidak lain dan tidak bukan – ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tokoh itulah yang dibawa ke pentas untuk bercakap mengenai akta yang dibidaninya. Di forum terbuka begitu, memang seronoklah untuk sesiapa bertanya, menyergah atau berpolemik mengenai akta berkenaan.
Maka apa yang berlaku ialah, beberapa hulubalang cuba mencabar seorang tokoh politik veteran untuk berpencak.
Azam dan dendam
Gelanggang sudah ada dan bolehlah dianggap rata (sebab kedua-dua pihak boleh bebas bersuara), irama pula sudah kena (kerana isunya ialah Auku) dan senjata pula sama-sama dihunus (kerana sama-sama boleh berhujah).
Apakah yang membezakan dua sisi bertentangan itu? Jawapannya – pengalaman.
Siswa dan anak muda adalah orang yang penuh dengan keinginan, azam – dan dendam. Dr Mahathir pula adalah tokoh yang sinonim dengan politik.
Politik pula adalah seni tempur yang rencam dan perlukan kemahiran.
Di sana sini Dr Mahathir cuba dicalar, ditikam, ditendang dan digulingkan. Masalahnya orang tua itu bukanlah tokoh biasa-biasa. Ada kemungkinan politik Mahathir sudah bermula sejak ibu bapa siswa yang berpencak malam tadi itu belum berkenalan atau bercinta pun lagi.

Mahasiswa perlu terus bersuara, AUKU mesti dimansuh – Anis Syafiqah

PETALING JAYA, 23 DIS: Aktivis himpunan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Mohd Yusof berkata golongan mahasiswa negara ini tidak boleh berdiam diri terhadap sebarang tindak-tanduk kerajaan atau pemimpin yang merugikan negara.
Sikap membisu golongan siswa dan terpelajar negara ini katanya hanya akan memberi kesan ke atas generasi akan datang.
“Jika tak lawan, kita akan ditindas. Kita tak ada pilihan untuk diam.
“Kalau kita berdiam, kita tak boleh maafkan diri kita  sebab generasi akan datang akan terkesan dengan apa yang kita lakukan,” katanya dalam forum AUKU 1971 anjuran Challenger di Malaysiakini.
Anis menegaskan, AUKU yang sering disalahguna untuk menekan mahasiswa itu perlu dimansuhkan dan digantikan dengan alternatif lain yang lebih baik.
Katanya, walaupun AUKU tidak dikenakan dalam kesnya, ia memberi kuasa kepada pihak universiti untuk menekan pelajar yang tidak selari dengan pendirian university khususnya membabitkan aktivisme mahasiswa.
“Saya mendesak supaya AUKU dimansuhkan kerana saya percaya ia perlu didatangkan dengan alternatif lain yang lebih baik dan bukan yang lebih buruk seperti ISA diganti Sosma,” tegasnya.
Pelajar jurusan bahasa itu mahu supaya sebarang alternatif kepada AUKU itu mesti berpandukan kebebasan berakademik dan perlembagaan.
“AUKU tak perlu pinda lagi tapi perlu dimansuhkan. Kerajaan tak perlu buang masa dan tenaga pinda AUKU”, tegasnya.
Anis pada 15 Disember baru-baru ini telah digantung pengajian selama satu semester, diberi amaran dan denda RM400 selepas didapati bersalah dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Beliau dihukum salah oleh panel tatatertib Universiti Malaya kerana kononnya telah melanggar kod etika mahasiswa, merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.
“Prosiding ke atas saya bukan untuk hentikan apa yang saya buat sekarang tapi seolah-olah pihak universiti dapat tekanan politik dari orang-orang yang mahu kuasa mereka kekal.

Akta Universiti: Dulu lain, sekarang lain kata Mahathir

PETALING JAYA, 23 DIS: Bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sewaktu pentadbirannya ada justifikasi tersendiri.
AUKU antara lain didakwa telah digunakan untuk menutup dan memberi tekanan kepada golongan mahasiswa yang lantang mengkritik tindak-tanduk kerajaan.
Namun forum AUKU 1974 malam tadi bersama aktivis Tangkap ‘MO1’, Anis Syafiqah anjuran pertubuhan pelajar Challenger menyaksikan bekas Presiden UMNO itu memberi jawapan kepada segala persoalan yang dibangkitkan.
“Saya tak peduli apa sebab berdemo, tapi saya amat peduli jika mereka tak belajar. Sebab (masa itu) saya bersetuju penuntut tak harus adakan demonstrasi yang alih tumpuan mereka dari pelajaran kepada kegiatan yang mereka belum mempunyai pembiayaan sendiri untuk melakukannya,” kata Dr Mahathir.
“Tetapi, sekarang ini keadaan berbeza. Pada masa itu ada saluran-saluran lain untuk memprotes. Bukan saja penuntut tapi orang lain juga boleh protes, wakil-wakil rakyat juga masih tidak kena dedak boleh bersuara dan kita dapati saluran undang-undang masih terbuka.
“Jadi undang-undang itu (AUKU) tidak boleh guna untuk Anis. Tapi seolah-olah mereka masih guna untuk sekat demonstrasi yang diadakan Anis,” ujarnya.
Anis pada 15 Disember lalu telah digantung pengajiannya satu semester dan denda RM400 oleh pentadbiran Universiti Malaya (UM) kerana penglibatanya dalam himpunan Tangkap MO1 pada Ogos lalu.
Saluran kritik kerajaan sudah tertutup

AUKU: Aktivis imbas prosiding tanpa asas undang-undang

PETALING JAYA, 23 DIS: Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) yang menjalankan prosiding pertuduhan ke atas aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah Md Yusof atas tuduhan terlibat dengan himpunan #TangkapMO1, baru-baru ini didakwa dianggotai pegawai yang tidak mempunyai asas undang-undang.
Anis berkata, anggota tatatertib juga gagal membuktikan penglibatannya dalam perhimpunan itu merosakkan nama baik UM dan memudaratkan keselamatan awam.

“Mereka yang menjalankan prosiding itu tidak mempunyai asas undang-undang, malahan lebih pelik pihak yang menuduh juga duduk sebaris bersama ahli panel ketika menjalankan prosiding.
“Mereka mendakwa saya berdasarkan apa yang mereka jumpa di media sosial,” katanya sebagai panelis forum berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini, di sini, malam tadi.
Forum itu turut menampilkan mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Anis berkata, selain digantung pengajian selama satu semester, beliau turut diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, pada Ogos lalu.
“Tindakan itu adalah satu lagi bukti jelas bahawa pentadbiran institusi pengajian tinggi di Malaysia dijadikan alat oleh pihak mempunyai kepentingan politik untuk menakut-nakutkan gerakan mahasiswa yang berani menyatakan kebenaran,” katanya.

Mahasiswa bukan mahu demo setiap hari

PETALING JAYA, 23 DIS: Penglibatan mahasiswa dalam demonstrasi aman tidak menggangu tumpuan mereka terhadap pelajaran masing-masing, kata jurucakap bagi Gabungan Tangkap Malaysian Official One (MO1), Anis Syafiqah Mohd Yusof.
Anis berkata, hal ini ekoran demonstrasi aman membabitkan mahasiswa tidak kerap diadakan hingga menggangu pembelajaran mahasiswa.

“Kami bukan mahu berdemo setiap hari hingga pelajaran diabaikan. Kami boleh berfikir sendiri untuk kebaikan masa depan dan generasi seterusnya,” katanya.
Beliau berkata, sekatan dikenakan terhadap kebasan bersuara termasuk penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan perlembagaan.
Katanya, selain menumpukan kepada pelajaran, mahasiswa tidak boleh terlalu mementingkan diri dengan mengabaikan isu yang menjadi tekanan kepada masyarakat.
“Sebagai mahasiswa, kami juga ada tanggungjawab kepada masyarakat dengan bersuara bagi pihak mereka dan bukan semata-mata menamatkan pengajian sahaja,” katanya.

LAMAN WEB KRITIK SKANDAL 1MDB DISEKAT

SEKURANG-kurangnya 39 laman web termasuk yang menyiarkan kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sentimen agama Islam  disekat oleh kerajaan sepanjang tahun lalu.
Ia adalah hasil laporan penyelidikan bersama yang dijalankan dua badan bukan kerajaan, iaitu Sinar Project dan Ooni yang bermula pada 24 September hingga 13 November tahun ini.
Menurut laporan Oriental Daily yang memetik hasil laporan bertajuk Perkembangan Penapisan Internet di Malaysia pada Februari tahun ini, laman web The Malaysia Insider dan Sarawak Report adalah antara yang paling awal dikenakan tindakan oleh pihak kerajaan.
“Walaupun kedua-dua laman web itu menyiarkan berita yang memetik daripada sumber lain, tindakan tetap dikenakan terhadap mereka,” tulis akhbar ini.
Difahamkan, laman web itu disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan di bawah Seksyen 23, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengancam keselamatan negara.
“Selain itu, beberapa blog yang mengkritik perkembangan semasa negara turut tidak dikecualikan daripada dikenakan tindakan sama. Ini termasuklah beberapa blog pro pembangkang dan blog milik beberapa aktivis masyarakat.”
Begitu juga dengan laman web dikenali sebagai Religion Of  Peace telah disekat oleh kerajaan kerana menyiarkan isu sentimen kaitan Islam.
Sementara itu, laporan daripada hasil penyelidikan itu turut menyebut, laman web milik Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah disekat pada tahun lalu, bagaimanapun dibenarkan beroperasi semula.
SKMM dilaporkan telah menyekat 5,044 laman web melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sejak 2015 sehingga Oktober lalu.
Daripada jumlah itu, 4,277 adalah laman web berunsur lucah, jelik dan mengancam keselamatan, manakala 767 lagi memaparkan unsur perjudian, pelacuran, penipuan, cetak rompak, produk palsu, ubat tidak berdaftar dan sebagainya.

SKANDAL 1MDB: ADA ORANG MAHU DEDAH PERBUALAN DENGAN NUR JAZLAN

Antara pemimpin UMNO yang "dulu lain, sekarang lain"  ialah Nur Jazlan Mohamed. Cakap dan kenyataannya ketika menjadi Ahli Parlimen biasa dan Pengerusi PAC berbanding setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, jauh sangat bezanya.

Jika kita rajin, "google-googlelah" untuk melihat perbezaan tersebut.

Untuk itu, jom kita baca  "amaran" ini.


NUR JAZLAN MOHAMED KAMU TAHU HAKIKATNYA APA YANG BERLAKU DALAM KES SKANDAL 1MDB

Tolong bagi tahu Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed  agar jangan celupar sangat!! Kadang kala mulut dia macam 'mulut tempayan!!'

Budak Nur Jazlan ini tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes skandal 1MDB!! Dia Pengerusi PAC Parlimen pada waktu itu!!

Dia sanggup terima jawatan timbalan menteri dan akhirnya terpaksa letak jawatan sebagai pengerusi PAC. Begitu juga dengan 3 orang lagi anggota PAC mengambil tindakan yang sama untuk menerima jawatan timbalan menteri dan akhirnya semua mereka terpaksa lepas jawatan PAC!!

Bagi saya mereka ini semua pengkhianat!! Kenapa tak mahu selesaikan dahulu siasatan terhadap kes skandal 1MDB baru terima jawatan timbalan menteri masing-masing?!

Ini masalah dengan orang yang tidak ada prinsip serta tidak amanah!! Jawatan politik adalah keutamaan mereka. Perjuangan mereka bukan untuk membela kepentingan bangsa serta agama.

‘Peguam’ Haniff dan ‘akauntan’ Nur Jazlan terus bertikam lidah

Ia susulan kenyataan berbalas mengenai tindakan pihak berkuasa ke atas beberapa pihak yang dituduh mahu menjatuhkan kerajaan.
Nur-Jazlan_Haniff-Khatri_60012
PETALING JAYA: Perang mulut antara Datuk Nur Jazlan Mohamed dan peguam Haniff Khatri Abdulla berterusan hari ini, sehari selepas timbalan menteri dalam negeri itu menyifatkan beliau “angkuh dan sombong” kerana menganggapnya tidak mahir dalam hal undang-undang.
“Bukankah kenyataan Nur Jazlan Mohamed inilah yang sebenarnya ‘angkuh dan sombong’?” soal Haniff, peguam yang mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, Nur Jazlan membidas Haniff yang menyuruhnya berhenti mengelirukan orang ramai mengenai tindakan terhadap Dr Mahathir dan beberapa pihak lain atas tuduhan cuba menjatuhkan kerajaan di luar sistem demokrasi.
“Saya tahu beliau (Haniff) peguam yang mempunyai reputasi hebat, tetapi sebagai akauntan profesional, saya mendapati kenyataan beliau angkuh dan sombong. Sikap yang biasa di kalangan pengamal undang-undang negara ini,” kata Nur Jazlan.
Beliau mempertahankan siri tindakan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan ke atas beberapa individu dan pertubuhan yang dituduh menerima dana asing bagi menjatuhkan kerajaan.
Nur Jazlan turut berkata kerajaan berhak memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan serupa ke atas Dr Mahathir.
Haniff berkata Nur Jazlan perlu bercakap dalam kapasitinya sebagai seorang menteri.
“Tidak ada sebab untuk Nur Jazlan Mohamed merujuk kepada kelayakan profesional beliau dalam cubaan untuk berdalih dari isu berkaitan intipati kandungan kenyataannya, yang menjadi asas komen saya.”

‘Mahathir hanya perkuda mahasiswa bagi jatuhkan Najib’

Beberapa mahasiswa mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mempergunakan gerakan mahasiswa dan juga aktivis siswa seperti Anis Syafiqah Md Yusof dalam usaha menjatuhkan musuhnya.
Ini berikutan jawapan yang diberikan oleh Mahathir dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 di pejabat Malaysiakini, malam semalam yang tidak secara langsung menjawab soalan sama ada beliau menolak akta itu.
Sebaliknya, beliau menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan.
Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Mukmin Nantang berkata beliau melihat Mahathir dalam seolah-olah berada di pihak mahasiswa namun sebenarnya mempunyai niat lain iaitu mempergunakan mereka dan Anis dalam menjatuhkan Najib.
“Saya dan rakan-rakan tak puas hati dengan idea dan isi yang disampaikan oleh Tun Mahathir malam ini dan bukan sahaja waktu forum tapi soal jawab.
“Mahathir gagal nyatakan pendiriannya tentang masalah mahasiswa dan rakyat Malaysia hari ini.
“Sekarang ini kita nampak senario Mahathir ingin gunakan aktivis mahasiswa, dia cuba kelirukan mahasiswa seolah-olah nak sokong mahasiswa.
“Sekarang nampak nak jatuhkan Najib dan tak nyatakan pendirian yang menolak kekotoran yang dia buat di negara ini. Dia gunakan Anis dan aktivis mahasiswa yang lain,” katanya kepada Malaysiakini selepas forum itu.
Mahasiswa seni kreatif semester lima itu berkata, beliau dan rakan-rakan aktivisnya di UMS akan mengeluarkan kenyataan media menolak Mahathir dan gerakan yang sedang dilakukan oleh perdana menteri keempat itu.

KWSP hilang keyakinan pada FGV?



Pengakuan Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa badan itu tidak lagi memegang saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur kepada syarikat induk milik Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad.
Kumpulan Wang Simpanan PekerjaSehubungan itu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersimpati dengan para peneroka yang perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV, yang kini berlegar pada paras RM1.63.
Nilai itu, katanya adalah 63.5% lebih rendah berbanding RM4.45 sesaham harga tawaran permulaan ketika FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012.
"Beberapa penganalisis berkata prestasi saham FGV tidak akan menyebabkan Umno-BN kehilangan undi.
"Pandangan ini akan terbukti silap terutamanya apabila para peneroka mula merasai manfaat-manfaat yang diperolehi selama ini mula terkikis sedikit demi sedikit susulan masalah kewangan yang dihadapi Felda untuk menyelamatkan FGV," tegas beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, peneroka kini sudah pun merasai nilai pulangan hasil yang rendah daripada ladang-ladang yang diuruskan Felda.

FGV sedar keutamaan pelaburan pemegang saham, kata presiden

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berkata ia menghormati pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli atau menjual saham mereka mengikut keutamaan pelaburan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata pengeluar minyak sawit itu akan terus menumpukan kepada perniagaan terasnya, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan menjual aset bukan teras untuk memberi pulangan kepada pemegang sahamnya.

"Kami akan terus melakukan ini selain mematuhi prosedur tadbir urus yang berkaitan secara telus dan bertanggungjawab.

"Kami teguh dengan komitmen kami untuk membuka potensi penuh kami dan membawa nilai kepada pemegang saham FGV," katanya dalam kenyataan hari ini, sebagai respons kepada langkah yang diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melepaskan pegangan sahamnya dalam FGV.

Pada hari Khamis, dana persaraan itu berkata ia tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam FGV memandangkan ia memberi jaminan kepada ahlinya bahawa ia mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan peruntukan aset strategik.

KWSP berkata ia memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya dalam kumpulan itu.

Dana persaraan itu turut mengesahkan pinjaman RM6.5 bilion yang diambil oleh Felda Holdings Bhd tidak mempunyai sebarang tunggakan dan meneruskan pinjaman mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

ANAK gesa KWSP umum kerugian ditanggung dalam pegangan saham FGV


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan jumlah kerugian yang ditanggung dari pegangan mereka dalam saham FGV.
Presidennya Mazlan Aliman berkata, meskipun, KWSP dalam kenyataan baru baru ini telah melupuskan pegangan mereka, tetapi pegangan KWSP yang besar sekitar 7% sejak 2013, membawa nilai kerugian yang banyak.
"Anak juga mendesak pelabur institusi lain seperti KWAP, Tabung Haji, Felda Asset Holding Company Sdn Bhd, Felda Badan Berkanun dan Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan status pegangan saham mereka dalam FGV.
"Adakah masih ada dan nilai kerugian yang di alami?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mazlan turut berkata, Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang mencarum RM800juta dalam FGV, ibarat sudah jatuh di timpa tangga ekoran ekuiti 51% milik mereka dalam Felda Holding ujarnya, telah diambilalih oleh FGV dengan nilai RM2.2 bilion.
"Sejumlah RM800 juta dari RM 2.2 bilion tersebut di jadikan pegangan saham dalam FGV dan rugi teruk!
"Oleh kerana para peneroka, kakitangan Felda dan sebahagian besar rakyat terlibat secara langsung sebagai pencarum/pendeposit dalam KWSP, KWAP dan Tabung Haji, Anak sekali lagi mendesak Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat secara terperinci akan skandal terbesar membabitkan Felda dan FGV ini.

Lepas KWSP lupus pegangan, saham FGV susut 4.9%

Pada jam 12.30 tengah hari, saham FGV susut 8 sen kepada RM1.54 dengan 6.98 juta saham bertukar tangan.
epf-fgv
KUALA LUMPUR: Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) jatuh 4.94% ketika rehat tengah hari, hari ini berikutan pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ia tidak lagi mempunyai sebarang pegangan dalam syarikat tersebut.
Pada jam 12.30 tengah hari, saham FGV susut 8sen kepada RM1.54 dengan 6.98 juta saham bertukar tangan. Saham berkenaan bergerak di antara RM1.54 dan RM1.60 sepanjang sesi pagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, FGV berkata ia menghormati pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli dan menjual saham mengikut keutamaan pelaburan mereka.
“FGV akan meneruskan fokus ke atas perniagaan teras kami, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan melupuskan aset bukan teras bagi menghasilkan pulangan kepada pemegang saham dan memenuhi tanggungjawab kami kepada pemegang saham,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.
Pada Khamis, KWSP berkata ia tidak lagi memiliki sebarang kepentingan dalam FGV dan memberi jaminan kepada ahlinya yang ia mengamalkan standard tadbir urus korporat yang tinggi dalam pelaburannya, dengan dasar mantap mengenai kawalan risiko serta peruntukan aset.
Sementara itu, pelabur berkata di sebalik keadaan itu, operasi perniagaan FGV dijangka stabil dengan disokong harga minyak sawit mentah lebih tinggi yang kini melepasi paras RM3,000 satu tan metrik.
“Sentimen negatif mungkin untuk sementara dan saya percaya harga saham syarikat tersebut akan stabil,” katanya.

'KWSP boleh jual saham FGV, tapi kesian pada peneroka'

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  telah menjual sahamnya dalam Felda Global Ventures (FGV) tetapi tiada jalan mudah bagi peneroka Felda yang mengalami kerugian daripada pembelian saham syarikat itu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Kesian kepada para peneroka yang masih perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV.
"Ia kini berlegar pada paras RM1.63, 63.5 peratus lebih rendah berbanding dengan nilainya ketika disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga RM4.45 sesaham," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Pada tahun 2012, Putrajaya telah berjanji bahawa penyenaraian ladang kelapa sawit terbesar di negara ini akan menandakan satu era baru dan menggesa peneroka untuk membeli saham FGV melalui pinjaman.
Tuan Ibrahim berkata hakikat bahawa KWSP, yang sebelum ini merupakan pemegang besar saham dalam FGV, tidak lagi memegang sebarang kepentingan dalam FGV, menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur terhadap syarikat itu.
Selain mengalami kerugian daripada saham FGV, Tuan Ibrahim berkata, peneroka Felda juga mendapati bahawa pengeluaran tandan buah segar di bawah syarikat itu adalah terendah berbanding dengan syarikat swasta yang lain.

Skandal 1MDB: Johari puji tindakan pantas Singapura...di Malaysia..???

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Sangat bagus. Mereka telah mengambil tindakan. Sangat bagus,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tiga individu setakat ini yang didapati bersalah menyeleweng dana daripada 1MDB.
Dilaporkan bekas kakitangan Bank BSI milik Switzerland, Yeo Jiawei menjadi individu ketiga yang didapati bersalah dalam siasatan 1MDB oleh Singapura. Dua lagi bekas pagawai bank BSI juga telah dipenjarakan kerana penipuan berkaitan kes itu.
Johari menggesa semua bank membantu siasatan berkaitan 1MDB.
“Mengenai Malaysia, kita sedang melalui proses (siasatan) itu,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Laluan LRT KL-Ampang oleh Prasarana Malaysia Bhd di Bukit Jalil hari ini.
Johari juga menegaskan tidak ada aktiviti perniagaan di 1MDB.
“Lari bermakna kita tidak akan menjalankan sebarang perniagaan di 1MDB. Ia menjadi syarikat tidak aktif,” katanya ketika ditanya mengenai temubual beliau sebelum ini dengan sebuah agensi berita di mana beliau menyatakan kerajaan akan ‘lari dengan 1MDB.’

AMANAH menentang keras gejala takfiri & rasis yang sentiasa ditiup

KUALA KEDAH: Terdapat dua Pidato Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang jelas, hasil daripada kombinasi pemikiran semua kepimpinan AMANAH peringkat nasional telah melahirkan sebuah seruan agar gejala takfiri dan rasis ditolak secara total.
Menegaskan perkara ini, Setiausaha AMANAH Kedah, Aris Awang menulis dalam akaun facebooknya hari ini, Pidato Presiden pada tanggal 16 September 2015 dengan terang menyebut “Di sinilah AMANAH secara tegas menolak segala rupa bentuk dan berbagai penampilan Takfiri, kerana ia jelas memusnahkan kemurnian dan kesucian Islam.”
Tambah beliau lagi, Pidato Presiden pada 10 Disember 2016 pula menukilkan pernyataan berikut: “AMANAH menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, samada atas nama kaum, mahupun agama. AMANAH bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.”
Aris yang juga AJK Amanah Kuala Kedah berharap, mereka yang cintakan perdamaian dan keharmonian di luar sana dapat menyokong penuh gagasan besar AMANAH ini.

Himpunan panas warnai 2016

Himpunan panas warnai 2016
TAHUN 2016 disoroti dengan pelbagai himpunan panas, antaranya Himpunan Baju Merah, Kuning, Tangkap MO1, Fastaqim, Bantah TPP, Bantah GST dan lain-lain himpunan kecil lain.
Paling mencuri tumpuan sudah tentulah Himpunan Baju Merah dan Kuning yang apabila diadakan pasti akan memotret adegan-adegan hangat hinggakan ia menjadi buah mulut netizen yang 'mengulas' mengenai himpunan itu sama ada dari konotasi positif mahupun negatif.
Misalnya Himpunan Baju Merah yang diadakan pada 16 September lalu,  di Padang Merbok, telah melakar pelbagai momen menarik dan panas.
Menurut salah seorang penganjur himpunan itu, pemimpin Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Datuk Jamal Md Yunos mendakwa dianggarkan ratusan ribu orang  berkumpul dalam perhimpunan pada hari itu.
Himpunan itu turut disertai oleh beberapa pemimpin Umno iaitu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dan beberapa pimpinan lain.
Dalam himpunan itu, beratus-ratus polis ditempatkan untuk mengawal keadaan dan dua wartawan daripada sebuah agensi media dihalau daripada kawasan himpunan itu selepas bertanyakan soalan berunsur provokasi.
“Apa contoh Melayu dihina? Apa bukti kekuatan Melayu?” soal wartawan itu kepada peserta.
"Walaupun telah dijawab oleh peserta, wartawan tersebut terus menekan peserta “Lagi? Lagi?”.
Keadaan tersebut menyebabkan peserta berang dan halau mereka.
Himpunan itu, diakhiri dengan ikrar 14 resolusi antaranya menolak Himpunan Bersih dan mempertahankan demokrasi berparlimen yang luhur.
Sementara itu, bandar raya Kuala Lumpur kembali menjadi perhatian pada 19 November apabila Himpunan Bersih 5.0 diadakan .
Antara yang menarik adalah kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Himpunan itu.
Sementara itu, sebagai satu tindak balas Himpunan Bersih 5.0 turut 'disertai' oleh  kumpulan Baju Merah, namun disebabkan kebijaksanaan polis majoriti kumpulan itu tidak berjaya 'menyertai' himpunan itu apabila mereka  tidak dapat melepasi sekatan polis untuk berhadapan dengan peserta perhimpunan, dengan majoriti daripada mereka bersurai di Padang Merbok.
Dalam pada itu, nampaknya Pas tidak mahu mengalah untuk turut serta 'berhimpunan' ini ditunjukkan Pas pada 17 Oktober lalu, apabila Pas membuktikan bahawa parti itu bukan calang-calang anak apabila berjaya mengumpulkan lebih  60,000 ahli  pada Himpunan Fastaqim, di Kota Bharu.
Menurut Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Ceh Mat Nawi berkata, biarpun semangat Pas cuba digoyahkan dengan kelahiran parti baharu namun ia sedikit pun tidak menjejaskan aura sejati pengikut perjuangan berteraskan Islam itu.

Halatuju PAS Semakin Jelas, Cenderung Kepada UMNO@BN

Sudah jelas kini, bahawa PAS tidak akan bersama PH tetapi akan bersama UMNO@BN, samada sebelum atau selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Mereka masuk gelanggang pilihanraya untuk menarik penyokong-penyokong pembangkang, tetapi selepas mereka menang berkemungkinan besar mereka akan menyertai BN.

Mereka sudah pun menolak awal-awal dengan perkataan "MUKTAMAD" bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.


Justeru kini PKR dan PPBM perlu buka mata seluas-luasnya sikap PAS berkenaan. Masih mahu mempercayai dan mengharapkan PAS lagi?

Kedua ialah isu pertentangan pendirian Idris Ahmad dengan pimpinan PAS.



Idris, selaku Naib Presiden PAS menyatakan "PAS Tak Rancang Untuk Adakan Kerajaan Campuran" sedangkan kenyataan berbeza dikeluarkan oleh AJK Pas Pusat, Zuhdi marzuki dan Ketua Dewan Ulama PAS, Mahfodz Mohamad.

Nampaknya Idris dah ketingggalan bas di dalam partinya sendiri.

Hari tu komain lancang dan lancang mulut Idris bertanya "dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak sertai BN?".

Hah sekarang kita katakan itu kenyataan Ketua Ulama PAS sendiri Hj Mahfodz Mohamad dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi Marzuki!

Takkan laporan kedua-dua pemimpin PAS itu tak betul? Jika tak betul sudah pasti sudah ada kenyataan dari Lajnah Penafian PAS Pusat.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

AUKU: Pelajar dulu tak cemerlang, tak boleh berdemo, kata Dr M

Bekas perdana menteri berkata situasi sekarang berbeza apabila terdapat pelbagai kelemahan dalam sistem pemerintahan yang memaksa pelajar bangkit bersuara menentang pentadbiran kerajaan.
mahathir-demo-1
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamed berkata pelajar universiti tidak dibenarkan menyertai sebarang bantahan menentang kerajaan ketika zaman pemerintahannya kerana ramai antara mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran.
Sehubungan itu, katanya pada zaman pemerintahannya pelajar perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran, bukan berdemonstrasi.
Apatah lagi, katanya ketika beliau menjadi menteri pelajaran dan kemudiannya sebagai perdana menteri, pihak berkuasa dalam negara bebas dan berfungsi dengan baik.
Katanya, ketika beliau menjawat jawatan menteri pelajaran pada 1970-an, kebanyakan pelajar Melayu yang melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi mendapat tajaan pembelajaran.
“Dulu ramai pelajar tidak cemerlang dalam pelajaran, sebab itu mereka perlu menumpukan kepada pelajaran bukannya berdemonstrasi.
“Pada waktu itu jika mereka mahu berdemo, lakukannya selepas tamat pengajian apabila tidak lagi ditaja sesiapa,” katanya pada forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di pejabat Malaysiakini malam ini.
Forum anjuran pertubuhan pelajar, Challenger itu turut disertai aktivis siswa Anis Syafiqah Md Yusof yang digantung pengajiannya satu semester oleh Universiti Malaya (UM) pada 15 Disember lalu.
Anis yang terlibat sebagai penganjur himpunan #TangkapMO1 pada Ogos lalu juga diberi amaran dan didenda RM400.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau yang memperkenalkan AUKU ketika menjadi menteri pelajaran pada 1971.
Sejak akta itu diperkenalkan, banyak pihak terutama mahasiswa mendesak akta itu dimansuhkan bagi memberi ruang kebebasan bersuara kepada pelajar.

Dr M tak mahu pembangkang namakan PM sekarang kerana...

"Jika kita menamakan PM (sekarang), akan ada orang lain yang kecewa dan berlaku pertelingkahan antara kami. Pada masa ini, kita tidak boleh namakan PM," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui Malaysiakini, malam tadi.
Beliau yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, calon PM pilihan pembangkang sepatutnya dinamakan ketika semakin hampir dengan pilihan raya umum.
"(PM) mesti (dipilih) dengan sokongan popular semua (pembangkang) parti, bukan hanya satu parti," kata bekas perdana menteri keempat itu.
Mahathir ditemui selepas forum anjuran kumpulan belia Challenger mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini.
Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) yang kini disekutui oleh BERSATU akan menamakan calon pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Persetujuan di kalangan parti dalam HARAPAN iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masih mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon terbaik untuk jawatan nombor satu negara itu.
Hari ini, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, HARAPAN mesti membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan kuasa.
Tambahan pula, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.
"Ini lebih-lebih lagi bagi memastikan gabungan itu bertahan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, HARAPAN harus menghentikan cakap-cakap mengenai calon perdana menteri, dan sebaliknya, menumpukan kepada isu-isu lain.

Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom


Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Menurut Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Amanah dalam satu kenyataannya, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".
Namun, katanya, apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.
Katanya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.
Ianya merupakan program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.
Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.
"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.
"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin telah juga menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid dalam kenyataan itu yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.

Kerajaan campuran beri kelebihan pada Pas

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berpendapat, kerajaan campuran pastinya akan memberi kelebihan pada Pas.
"Tetapi dengan syarat mereka mempunyai jumlah ahli parlimen yang signifikan.
"Sekiranya tidak, Pas akan dilihat sebagai parti tumpangan sahaja dalam kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Mohammad Fuad memberitahu, sebelum ini Pas pernah bergabung dengan BN dan tidak mustahil akan berlaku sekali lagi dari apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin parti itu.
"Sekiranya Pas tidak bersama BN, parti itu akan berjuang bersendirian kerana nampak sukar untuk bersama Pakatan Harapan yang ada Amanah dan DAP," katanya.
Sinar Harian hari ini melaporkan, Pas melalui Naib Presidennya, Idris Ahmad menafikan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa Pas dan Umno berkemungkinan bekerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14.
Idris berkata, Pas masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran.

TERJAWAB!!! Ini SEBAB SEBENAR Rafizi HENTAM Najib KAW2 Isu MRT!!!

PADAT!!! Ulasan Rafizi Ramli & Wong Chen Terhadap Donald Trump & Hillary Clinton

NAJIB TERUS KAYA!!~ "Rafizi "DEDAHKAN" Gaji & Beratus Orang Pekerja Najib & Rosmah"

FORUM PANAS!!~ NAJIB TAKUT DENGAN ORANG MUDA!!~ "KUASA MELAYU HILANG BILA UMNO KALAH"

LIVE: Tun M, Anis Syafiqah sepentas di forum AUKU