Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika diera
pentadbirannya, beliau tidak bersetuju sekiranya mahasiswa turun
berdemostrasi, sebaliknya, perlu fokus kepada pelajaran.
Ia kerana, katanya, mahasiswa dibiayai oleh rakyat serta pada ketika itu pihak berkuasa masih berfungsi dengan baik.
"Kita tak setuju dengan demonstrasi oleh penuntut kerana pada masa itu kita dapati penuntut semua dibiayai oleh rakyat terutamanya penuntut Melayu.
"Mereka (rakyat) beri wang untuk penuntut menuntut ilmu kalau tidak tuntut ilmu maka sia-sia wang sebab itu," katanya.
Tun Mahathir berkata demikian dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 di pejabat Malaysiakini, malam ini.
Jelasnya, jurang pendidikan antara bangsa Melayu dengan yang lain agak ketinggalan terkebelakang menyebabkan beliau menolak demonstrasi jalanan di kalangan pelajar.
Selain itu, Mahathir berkata, pada ketika itu, pihak berkuasa masih boleh terbuka untuk menerima teguran dari mahasiswa namun sekarang tidak lagi.
"(Zaman itu) kita dapati saluran undang-undang masih terbuka sebab masa itu protest tak perlu diadakan sehingga mereka (mahasiswa) lulus lepas tu nak protest lah.
"(Tapi) hari ini buat laporan kena tangkap bersuara kena tangkap. Wakil rakyat sebelah kerajaan sudah jadi bisu.
"Kalau waktu ini demonstrasi BERSIH memang ada sebab tak ada saluran lain... bila tak ada saluran lain maka wajar saluran berdemonstrasi sama oleh penuntut atau orang ramai,"katanya.
Forum itu turut disertai oleh aktivis siswa Anis Syafiqah Md Yusof yang digantung pengajiannya selama satu semester oleh Universiti Malaya (UM) pada 15 Disember lalu.
Untuk makluman, Auku diperkenalkan ketika Mahathir berkhidmat sebagai menteri pelajaran.