Rabu, 21 Disember 2016

MICKEY & DONALD DEDAK.....NEGARA KARTUN..!!!








"Mukhriz "DEDAHKAN" Cerita "KEBODOHAN" Najib Kepada Rakyat"

TAK PERNAH BERLAKU dalam DUNIA!!! Hanya PM Najib Sahaja yang BUAT!!!

Jangan kelirukan rakyat, peguam Dr M beritahu Nur Jazlan

Haniff Kathri menggesa Nur Jazlan mendapatkan nasihat daripada peguam dan bukannya membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat.
haniff-jazlan-1
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak seharusnya mengelirukan rakyat dengan membuatkan mereka berfikir tindakan menyuarakan perbezaan pendapat terhadap kerajaan adalah jenayah, kata peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Jika beliau (Nur Jazlan) tidak mahir dalam undang-undang, mintalah nasihat daripada pegawai atau beliau peguamnya sendiri. Jangan keluar membuat kenyataan menakut-nakutkan orang ramai.
“Membuat kenyataan terhadap kerajaan bukan jenayah.
“Ia hanya satu jenayah apabila kerajaan sendiri secara salah penyalahgunaan kuasanya dengan berkesan menipu masyarakat,” Mohamed Haniff Kathri Abdulla kepada FMT.
Haniff berkata demikian bagi mengulas laporan awal Malaysiakini yang memetik Nur Jazlan sebagai tidak jelas berkata, “siapa kata kita tidak menyiasat Dr Mahathir di bawah Seksyen 124 (c)? Sama ada kita mahu atau tidak membawa perkara ini ke peringkat seterusnya adalah perkara berbeza.”
Ini berlaku selepas beberapa individu dan organisasi, termasuk Lawyers for Liberty, Majlis Peguam, Bersih 2.0 dan Malaysiakini, disiasat oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan kerana didakwa cuba melemahkan demokrasi berparlimen.
Apabila ditanya sama ada Dr Mahathir kini sedang disiasat di bawah Seksyen 124C, Haniff berkata beliau tidak menerima sebarang butiran mengenai siasatan yang sedang berjalan.

Skandal 1MDB: PM dicabar bersumpah tak kenal Jho Low

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil mencabar Datuk Seri Najib Razak supaya bersumpah untuk menafikan beliau sekiranya tidak mengenali hartawan kontroversi, Jho Low.
Kata Faiz langkah berkenaan sekurang-kurangnya mengambil pendekatan sama ketika perdana menteri cuba meyakinkan orang ramai bahawa beliau tidak mengenai wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Faiz berkata demikian sebagai mengulas sabitan mahkamah Singapura terhadap bekas pengawai Bank BSI Singapura, Yeo Jiawei, atas tuduhan mengganggu saksi siasatan jenayah penggubahan wang haram didakwa ada kaitan dengan 1MDB.
Katanya keputusan mahkamah itu juga mencalar maruah negara.
"Yeo didakwa sebagai pegawai bank yang menguruskan akaun Jho Low dan didedahkan juga dalam keterangan di mahkamah bahawa mereka berdua adalah kenalan rapat.
"Ironinya, tiada apa-apa pula pendakwaan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di negara ini walaupun sudah tiga orang pegawai Bank BSI didakwa dan didapati bersalah berkaitan skandal ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Singapura adalah antara negara yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku kewangan dan penggubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.
Mengapa begitu istimewa
Jho Low - seorang hartawan muda kelahiran Pulau Pinang, dengan nama sebenarnya Low Taek Jho - adalah individu yang dikaitkan dengan skandal berkenaan.
Najib adalah antara individu yang turut terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa membabitkan 1MDB namun beliau sudah disahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai tidak bersalah.
Faiz berkata kesalahan Yeo itu amat berat kerana melibatkan gangguan terhadap saksi dan ia menunjukkan wujud unsur jenayah oleh Jho Low.
Katanya, Jho Low juga rakan karib anak tiri Najib, iaitu Riza Aziz, yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini.

Universiti Al-Madinah nafi ajar fahaman radikal

Program dan silibus mereka diluluskan dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan diluluskan Agensi Kelayakan Malaysia.
mediu
SHAH ALAM: Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menafikan dakwaan yang mengatakan mereka menyebarkan ajaran bersifat radikal melalui silibus kepada para pelajarnya.
Timbalan Ketua Eksekutif Jabatan Hal Ehwal Luar, Datuk Abdul Ghani Mohamad berkata silibus Mediu disemak oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ahli panel penilaian dilantik oleh pihak MQA daripada kalangan pakar dari bidang tertentu daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang dikenalpasti oleh agensi berkenaan.
Proses pemilihan panel ditentukan oleh MQA yang dipertanggungjawab untuk menyemak kurikulum sebelum kelulusan dikeluarkan.
“Ahli panel hadir ke universiti dan menyemak silibus daripada awal hingga akhir secara terperinci. Ia merupakan satu proses yang panjang dan berperingkat. Kami benar-benar yakin terhadap kredibiliti ahli panel MQA dan diiktiraf oleh Kementerian,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di kampus utama Mediu.
Menurutnya lagi, secara keseluruhan tahap kualiti 118 program di Mediu dinilai oleh MQA sejak 2008 sehingga Oktober 2016. Sebanyak 72 program sudah melepasi proses penilaian dan memperoleh pengakreditasian penuh,
“Malah, 70 program di Mediu mendapat akreditasi penuh MQA dan didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR),” kata Mediu dalam satu kenyataan semalam.
Beliau juga menegaskan laporan media yang mendakwa Mediu menawarkan kandungan silibus yang radikal seperti menghalalkan darah golongan yang tidak sependapat dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah tidak benar.
Semalam, Mediu menafikan kononnya pengiktirafan kursus yang ditawarkan di Mediu ditarikbalik oleh MQA.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dalam kenyataan 16 Disember lepas. ”Universiti Antarabangsa Al-Madinah boleh beroperasi seperti biasa seperti yang diiktiraf MQA.”
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Rujhan Mustafa turut mengesahkan perkara itu. “Perkataan ‘universiti kebencian’ dan ‘halalkan darah’ merupakan perkataan yang dipilih dan digunakan sendiri oleh akhbar tabloid berkenaan,” kata MQA dalam satu kenyataan pada hari yang sama.
“Ada individu yang cuba merosakkan nama baik universiti tanpa datang berjumpa dengan kita,” kata Abdul Ghani kepada FMT.

Semak Bajet 2017 jika harga minyak terus naik, kata Rafizi

Ahli Parlimen PKR berkata kerajaan kini menikmati durian runtuh ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia dan ia perlu digunakan dengan bijaksana.
rafizi
KUALA LUMPUR: Kerajaan boleh mengembalikan semula peruntukan yang dipotong dalam Bajet 2017 jika harga minyak mentah dunia terus meningkat menjelang akhir Januari ini, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau mendakwa kerajaan hari ini menikmati pendapatan luar jangka ekoran kenaikan harga minyak dunia, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) memutuskan mencatu pengeluaran minyak.
Semalam beliau menyatakan Carta Piawaian Minyak Mentah Brent menunjukkan harga minyak pada 19 Disember adalah AS$54.78 setong berbanding AS$46.38 setong pada 19 November.
“Rakyat terlupa yang kerajaan mendapat durian runtuh, dan saya bimbang pendapatan tambahan daripada kenaikan ini digunakan untuk perkara tidak sepatutnya. Saya akan terus pantau harga minyak mentah.
“Jika sehingga akhir Januari ia kekal di atas RM246.37 (AS$55) setong, dan ringgit kekal rendah, saya yakin pendapatan luar jangka kerajaan akan meningkat dan kita perlu mendesak perdana menteri menyemak dan mengembalikan kembali potongan dalam belanjawan lalu,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.

Umur 91 tak jaga cucu, Mahathir terpaksa berjuang elak negara bankrap

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini menjelaskan mengapa beliau tidak berkelakuan seperti apa yang dijangkakan daripada seorang lelaki yang berusia 91 tahun.
Ini susulan bidasan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz awal hari ini yang berkata, zaman Mahathir, bersama-sama dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sudah berlalu dan menasihati mereka supaya supaya ‘balik jaga cucu’.
Mahathir bekerja keras mengembeling idea dan tenaga untuk menentang Najib Razak.
“Ada orang marah orang tua berumur lebih 90 tahun tidak melakukan perkara yang sepatutnya seperti berehat, bermain dengan cucu dan menyediakan diri sebelum mati.
“Ya, saya tidak melakukannya walaupun pada usia 90 tahun. Ini bukannya pilihan saya.
“Saya menyahut rayuan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia bagi saya melakukan sesuatu,” kata Mahathir dalam blognya CetDet hari ini.
Menurutnya, ketika Najib mula berkuasa, terdapat aduan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan samada dasar ekonominya, slogan 1Malaysia, dasar luar atau tidak lagi meneruskan Dasar Ekonomi Baru.
Mahathir berkata, beliau menyampaikan aduan berkenaan kepada Najib tetapi tidak berhasil. Ini disusuli pula dengan skandal 1MDB.
“Pada masa itu, saya merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan Najib. Negara ini kehilangan banyak wang.
Mahathir bukan sahaja menyeru rakyat turun Bersih 5.0, beliau juga turut berucap dicelah-celah puluhan ribu Baju Kunjng Bersih di Kuala Lumpur.
“Saya maklumkan kepada Najib saya tidak dapat menyokongnya lagi. Kemudian saya memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada Umno.

Dengan SYIAH di Iran PAS boleh sepentas, takan dengan AMANAH tidak boleh pula..!!

1. Amanah Perlis sudah menganjurkan dua wacana. Pertama, tentang kebebasan beragama dan kedua, pelaksanaan hudud. Untuk kedua-dua wacana itu, saya telah menjemput pemimpin dan ahli Pas berstatus ustaz sebagai panelis. Jemputan saya tidak mendapat respon positif.
https://2.bp.blogspot.com/-hYsRlgpV0k0/V2tCDjGJouI/AAAAAAAAU-4/2ssyi48PbcgEYGo93UCBLq33ZrXFM0FxACLcB/s1600/Amanah-vs-PAS.jpg 2. Antara alasan mereka ialah, pemimpin dan ahli Pas tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti anjuran Amanah. Alasan lain ialah pertembungan acara dan sebagainya. Itu alasan piawai.
3. Saya akan anjurkan lagi wacana ilmiah pada bulan Februari ini. Tujuannya ialah menganjak gaya tindakan masyarakat daripada pendekatan emosi dan sentimen dalam menangani sesuatu isu kepada pendekatan rasional dan ilmu.
4. Akan diusahakan wacana kali ini ada wakil daripada Pas. Bukan untuk mencari publisiti murah atau untuk melaga-laga, tetapi untuk menyuburkan budaya rasional dan ilmu. Topik perbincangan dan panelisnya akan ditetapkan sedikit masa lagi.
5. Saya pernah sebutkan kepada seorang pemimpin Pas sebuah negeri, saya dan pemimpin Amanah Perlis bersedia untuk hadir dlm sebarang wacana yang dianjurkan oleh Pas, asalkan tujuannya ialah menyemarakkan budaya rasional dan ilmu.
6. Perbezaan parti sepatutnya tidak menjadi halangan untuk orang Amanah dan Pas berada sepentas dan berwacana secara rasional mengupas isu-isu umat.
7. Jika presiden Pas boleh sepentas dengan syiah di Iran yang menyebelahi Basyar al-Asad membantai sunni di Aleppo, takkanlah pemimpin Pas yang lain tidak bersedia untuk sepentas dengan Amanah?
8. Bukankah kita semuanya sunni?

Khairuddin Abu Hassan yakin PH beri kerusi pada PPBM

PAS tanding kerusi PKR jika gagal 'kawal' Amanah - Dr Mahfodz

Bauksit: Kerajaan negeri Pahang lepas tangan pantau aktiviti haram


Fuziah SallehFuziah SallehSikap lepas tangan kerajaan negeri Pahang tidak memantau aktiviti haram perlombongan bauksit daripada berlarutan mengagalkan  tempoh moratorium setahun lalu, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Beliau menegaskan seharusnya kerajaan negeri tidak lepas tangan dan tutup sebelah mata membiarkan pengusaha haram melakukan aktiviti di kawasan berkenaan secara berlarutan.
Malah ujarnya lagi kabinet juga gagal menyelesaikan masalah yang mana mendedahkan warga Kuantan kepada risiko pencemaran air sungai dan bekalan air bersih.
"Walaupun warna merah tidak nampak begitu jelas dengan mata kasar, namun yang kita tidak nampak dengan mata kasar iaitu pencemaran kualiti air akan meninggalkan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan dan kesejahteraan seluruh warga Kuantan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau memberikan respon kepada kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam, yang tidak menolak kemungkinan berlaku perlombongan haram bauksit sepanjang pelaksanaan tempoh moratorium, hampir setahun lalu.
"Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana ini memang merupakan hakikat yang telah berlaku.
"Warga Kuantan di sekitar kawasan perlombongan bauksit dan kawasan sekitar stokpile sedia maklum akan perkara ini kerana mereka sendiri lihat jumlah stokpile tidak surut dalam keadaan lori bawa bauksit keluar masuk tanpa henti setiap hari, walaupun sudah hampir setahun moratorium diumumkan ke atas industri bauksit.
"Malah saya sendiri pun sudah membuat kenyataan berkenaan aktiviti korek sambil angkat bauksit sebelum ini. Kenyataan Menteri Datuk Wan Junaidi semalam mengesahkan bahawa jumlah stokpile tidak surut. Jawapan yang logik hanyalah perlombongan haram telah berlaku," ujarnya.
Fuziah berpandangan beberapa perkara harus diputuskan di dalam mesyuarat kabinet. Ianya bukan setakat menambahkan tempoh moratorium kerana tindakan menambah moratorium ujarnya lagi tidak menjanjikan penyelesaian masalah secara total.
Justeru beliau menyenaraikan tiga perkara yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

Jangan seronok sangat ketawakan Jamal bertuala di pejabat MB Selangor

Pagi-pagi buta kita dikejutkan dengan aksi gila Datuk Seri Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, merangkap panglima utama angkatan samseng Baju Merah.
Dengan sekadar bertuala, memegang gayung dan menyelit berus gigi ke telinga, dia berdiri di depan bangunan kerajaan negeri Selangor, meminta untuk menumpang mandi di pejabat Menteri Besar.
Ya, gila memang gila. Namun semua mata memandang aksinya. Aksi melawan kerajaan oleh seorang pemimpin pembangkang Selangor, yang tidak sedikit menarik perhatian seluruh negara kepada situasi yang melanda negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.
Ini asas ilmu publisiti. Buruk atau baik, publisiti tetap publisiti. Sama sahaja seperti aksi-aksi melawan mana-mana kumpulan yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada penguasa; ia bertujuan menarik perhatian, dan ia berjaya.
Soal Jamal gila dan sewel selepas ditumbuk sampai berdarah hidung itu soalan berbeza. Soal swafoto bogel dalam bilik mandi sehingga terlihat bayang anunya juga soal berbeza.
Lebih awla berbanding dua hal kelakar itu ialah, Jamal telah berjaya menarik perhatian kita semua dan menyampaikan mesejnya: Selangor ada masalah bekalan air.
Beberapa bulan lalu, kita barangkali masih ingat bagaimana pimpinan kerajaan negeri Selangor berhempas pulas membantu orang ramai yang terputus bekalan air. Ada yang sampai terpaksa membatalkan program untuk ikut bertinggung di tangki air, menadah baldi untuk para pengundi yang marah-marah.
Dakwaan sabotaj pun berlegar, namun rakyat Selangor tidak peduli. Ada yang di Subang Jaya malah sampai sanggup berkata tidak akan mengundi Hannah Yeoh lagi. Padahal apalah kaitan Hannah Yeoh dengan pencemaran air di hulu Sungai Buah, Negeri Sembilan sana.
Ketika kerajaan negeri Selangor bertukar tangan kepada gabungan PKR, DAP dan PAS pada tahun 2008, dasar untuk mengembalikan hak air kepada rakyat adalah dasar yang paling popular dan menjadi bualan semua orang.
Gigih dijaja ke serata tempat tentang bagaimana rakyat Selangor mendapat 20m padu air percuma yang dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Setiap bulan, hanya perlu bayar RM6. Kadang-kadang enam bulan sekali baru kita bayar bil air.

PAS Ganti Umno bukan jadi Umno !!


Oleh Subky Latif
AMAT meluas sekarang dituralkan hendak jadi Umno di tengah-tengah Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang menawar diri untuk menjadi penasihat kepada Umno dan kerajaan BN dalam isu agama dan Islam.      

Maka beberapa tahun belakangan ini sejak TG Mursyidul Am Nik Abdul Aziz masih ada, PAS dilihat berdekat dengan pemimpin Umno dan pemimpin Umno hampir dalam setiap ucapan menyebut tentang keinginan berbaik dengan PAS.
   
Orang-orang yang cemburu bersangka jika TG Nik Aziz ada nescaya PAS tidak dituralkan demikian. Di tahun-tahun akhir beliau, acaplah pemimpin kecil Umno seperti Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain mengunjunginya. Tafsir yang tepat tentang pendirian TG itu dapat dilihat daripada pandangan waris politiknya, Nik Abduh.
   
Apakah perkembangan pada PAS itu reformasi atau transformasi bagi parti Islam itu? Tetapi ia bermula daripada program bagi menjadikan PAS Ganti Umno.
   
Deminya tidaklah PAS mencontohi Benjamin Disraeli, Perdana Menteri Inggeris yang membeli konsesi Terusan Suez daripada Perancis. Berkali-kali dia sebagal calon pembangkang gagal untuk jadi Perdana Menteri. Akhirnya dia menyertai parti pemerintah pimpinan PM Gladstone, mengambil pimpinan parti dan jadi Perdana Menteri.

PAS akan masuk Umno dan tidak akan jadi Umno, tetapi mahu  PAS ganti Umno. Sekalipun semasa mudanya dulu TG terkenal dengan Amanat Haji Hadi yang amat kuat bertempur dengan Umno, maka banyak keliru apabila sebagai Presiden PAS dirasakan oleh banyak orang ia jadi parti mesra Umno.
   
Termasuk yang keliru ialah setengah pemimpin PAS sendiri hingga membentuk parti sendiri bagi menggantikan PAS yang mahu jadi ganti Umno itu. Gara-gara program PAS Ganti Umno, ada ahli-ahlinya buat parti bagi ganti PAS.
      

Pakar: Perjanjian kerjasama pembangkang langkah terbaik

Pakatan Harapan, Bersatu Perjanjian kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sebagai satu langkah rasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan itu sekali gus dapat memperkenalkan parti baharu yang turut serta dalam kerjasama itu.
“Ia adalah sesuatu yang wajar dan sangat rasional kerana jika parti-parti ini sendirian maka ia tidak kuat.
“Selain itu, dengan kerjasama antara parti ini buat pengundi lebih kenal mereka kerana ada di antaranya adalah parti baru,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Pakatan Harapan dan Bersatu menandatangani satu perjanjian kerjasama yang turut ditandatangani oleh pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu 13 Disember lalu.
Menurut Azizuddin, Barisan Nasional (BN) kini tidak boleh terlampau yakin dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk PRU akan datang.
“Saya percaya bahawa BN kini tidak boleh terlalu yakin dengan keadaan kini dan mengambil langkah berwaspada dengan apa sahaja ancaman/ gerakan untuk menjatuhkan mereka.
“Hanya itulah cara untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai kerajaan untuk masa akan datang nanti,” katanya lagi.

Skandal 1MDB: Bekas pekerja bank BSI dihukum penjara

Yvonne Seah dipenjara 2 minggu penjara dan denda selepas mengaku bersalah terhadap 3 tuduhan melibatkan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
Yvonne-Seah
SINGAPURA: Mahkamah Singapura pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara kepada bekas pegawai bank BSI yang terlibat dengan skandal melibatkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Yvonne Seah, 45, dijatuhi hukuman 2 minggu penjara dan denda S$10,000 selepas mengaku bersalah terhadap 3 tuduhan termasuk pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan yang melibatkan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
Pihak berkuasa Singapura mengatakan Low, juga dikenali sebagai Jho Low, sebagai individu utama dalam siasatan pengubahan wang haram.
Seah bekerja dengan Yak Yew Chee, naib presiden kanan BSI Singapura, yang merupakan pegawai bank persendirian bagi Low dan 1MDB.
Yak dijatuhi hukuman penjara 18 minggu pada November atas tuduhan yang sama.
Diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi pengerusi lembaga penasihat, 1MDB menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Skandal 1MDB: Mahkamah S'pura putuskan bekas pegawai bank Jho Low bersalah

Bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei hari ini didapati bersalah berhubung tuduhan mengganggu saksi berhubung dengan penyiasatan pengubahan wang haram 1MDB di republik itu.
Laporan Bloomberg memetik Hakim Ng Peng Hong berkata Yeo adalah "saksi yang tidak boleh dipercayai dan tidak kredibel” sebelum menjatuhkan hukuman bersalah.
Yeo berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun maksimum. Hukuman akan dijatukan esok.
Sepanjang perbicaraan, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa hartawan Malaysia Jho Low adalah pelanggan Yeo dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Low membayar Yeo sekitar S$500,000 setahun bagi perkhidmatannya, termasuk menguruskan beberapa akaun di BSI Singapura yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Walau bagaimanapun, Yeo mendakwa beliau tidak pernah menerima satu sen pun daripada Low.
Mahkamah Singapura juga akan membicarakan Yeo atas beberapa kesalahan lain tahun depan - semua berkaitan dengan siasatan 1MDB, termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan.

Skandal 1MDB: 1MDB lunas faedah ke atas bon jaminan IPIC kata Johari Ghani

Dana pelaburan negara, 1MDB telah melunaskan bayaran faedah ke atas salah satu bon pada suku tahun ini, selepas gagal membuat bayaran pada awal tahun ini kerana pertikaian dengan penjamin, kata menteri kewangan kedua Malaysia, hari ini.
Dana pelaburan negara Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) memohon kira-kira AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan pemegang saham tunggalnya, kementerian kewangan Malaysia, dengan mendakwa bahawa dana Malaysia memungkiri perjanjian penstrukturan semula hutang antara syarikat itu pada 2015.
Memetik pertikaian itu, 1MDB enggan membuat bayaran faedah yang matang pada awal tahun ini ke atas dua bon yang dijamin oleh IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penstrukturan semula. IPIC kemudian mencelah dengan membuat bayaran.
Bagaimanapun, pada suku tahun ini, MDB membuat bayaran kupon, kata Menteri Kewangan Kedua Malaysia Johari Abdul Ghani kepada Reuters, dalam apa yang beliau percaya sebagai usaha untuk menyelesaikan pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
"Saya percaya 1MDB dan IPIC cuba mencari penyelesaian berhubung pertikaian mereka," kata Johari, walaupun beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai pembayaran berkenaan.
Beliau berkata pertikaian itu adalah satu urusan korporat dan pihak pengurusan kedua-dua entiti perlu membuat keputusan bagaimana untuk meneruskannya.

HISHAM RAIS: DARI LOKAP KE LOKAP


Lokap Dang Wangi bukan sesuatu yang asing untuk saya. Pada petang Sabtu 24 Oktober 1998 saya telah ditangkap dan dituduh sebagai dalang Reformasi. Saya ditangkap di sebelah Kompleks Pertama Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana sama berdemo menyokong gerakan rakyat untuk menjatuhkan Mahathir Mohamad dan United Malays National Organisation.
Saya dibawa ke PULAPOL, kemudian dibawa ke lokap Dang Wangi. Ini lokap Dang Wangi yang ori. Lokap ori hancing dan kotor. Hapak bau kencing. Kami berasak-asak dalam sel yang sempit.
Pada 19 November 2016 yang lalu sekali lagi – kali ketiga- saya dimasukkan ke lokap Dang Wangi. Kali ini lokap baru. Rumah pasong Dang Wang telah diperbaharui. Moden, canggih dan bertingkat-tingkat.
Walauapa pun, saya rasa amat bernasib baik kerana telah pernah bermalam di Dang Wangi Ori. Pasti tidak ramai ‘Otai Reformasi’ macam saya yang bernostalgia dengan bilik lokap lama.
Di Dang Wangi – kami empat orang – YB Howard, Fahmi Reza, Datuk Armand dan saya. Kami dimasukkan ke koridor bilik menanti. Koridor ini kemudian dikunci. Kami melepak di atas lantai. Fahmi baring tidur.
Saya perhatikan di luar jeriji besi ada empat atau lima orang polis lelaki dan perempuan di koridor lokap. Ada beruniform ada yang tidak. Mereka tidak ambil pot bila kami masuk. Untuk mereka ini perkara biasa. Yang keluar dan yang masuk lokap adalah rutin harian. Tidak ada apa yang menarik.
Justeru, mereka semua mendongakkan kepala melihat kaca tv yang tersangkut di dinding. Entah apa yang mereka tonton.
Tiba-tiba seorang polis tanpa uniform dengan serius membuka pintu koridor. Dia terus mengarahkan kami masuk ke bilik khas. Dengan garang dia mengarahkan kami membuka kasut dan mengeluarkan semua yang ada dalam poket. Barang-barang ini diletakkan di atas lantai.
‘Rokok dan lighter… tak boleh bawa masuk..’ Dia bersuara kuat dan garang.
Barang-barang kami diperiksa satu persatu. Dalam dompet YB Howard ada beberapa keping duit luar negara. Sang Polis tertarik dengan Dollar dan Euro. Dia membelek-membelek.
“Ini kes BERSIH…berat ini… kurang-kurang empat lima hari di sini…’ Sang polis cuba menakut-nakutkan kami. Saya hanya tersenyum.
“Boleh bagi hadiah… aku tak pernah lihat duit rupa ini..’ Kami semua senyap. Sang polis terus membelek dompet YB Howard.

Rafizi gesa tingkat kadar kenaikan gaji penjawat awam rendah

Naib presiden PKR berkata langkah itu amat penting di saat kemerosotan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.
rafizi-gaji
KUALA LUMPUR: Kerajaan seharusnya meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam bergred rendah dan bukannya pegawai tinggi kerajaan seperti sekarang, kata Rafizi Ramli.
Beliau menggesa kerajaan supaya mengubah pendekatan sedia ada mengikut keperluan penjawat terbanyak yang lebih memerlukan.
“Dalam keadaan ekonomi teruk dan rakyat susah, terbalikkan (amalan). Pegawai tinggi tidak naik (gaji) pun tidak mengapa, tetapi ia sangat bermakna buat pegawai rendah,” kata naib presiden PKR itu.
Beliau menunjukkan jadual gaji jawatan tertinggi kerajaan, bermula daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C) sehingga Ketua Setiausaha Negara yang semuanya mendapat kenaikan 9% setahun.
“Ini belum termasuk elaun seperti keraian dan perumahan. Pegawai Turus 1 mendapat elaun berjumlah RM14,950 sebulan,” katanya pada sidang media di Invoke Space hari ini.
Menurut Rafizi, pegawai kanan kerajaan menikmati kenaikan 9% daripada gaji yang sedia tinggi, berbanding penjawat gred rendah yang hanya diberi kenaikan tetap.
Merujuk kepada jadual itu, Rafizi berkata guru gred DG44 hanya diberi kenaikan tahunan RM250, gred DG52 RM290 dan DG54 RM320.
“Peratusan kenaikan tidak lebih 3%. Di mana kewajaran memberi kenaikan yang lebih rendah dari kadar GST (6%) kepada kakitangan yang gajinya sedia rendah?” soalnya.

Senarai hitam syarikat ada permit bauksit, kata ahli Parlimen Kuantan

Ia susulan pendedahan masih berlakunya perlombongan haram bauksit di Pahang walaupun moratorium dikenakan.
Fuziah-Salleh
PETALING JAYA: Putrajaya perlu menyenaraihitamkan setiap syarikat yang mempunyai permit import (AP) untuk melombong bauksit bagi menyelesaikan krisis di Pahang, kata Ahli Parlimen PKR Fuziah Salleh.
“Syarikat ini melanggar undang-undang dengan menjalankan aktiviti perlombongan haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan itu mengulas pendedahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang aktiviti perlombongan bauksit haram jelas masih berlaku di Pahang kerana stok simpanan bauksit sedia ada tidak menunjukkan sebarang penurunan ketara.
Wan Junaidi juga berkata Kabinet akan membincangkan hari ini sama ada untuk melanjutkan moratorium 3 bulan yang berakhir pada 31 Disember.
Moratorium itu dikenakan bagi membersihkan stok simpanan bauksit sedia ada di Pahang.
Fuziah berkata mesyuarat Kabinet hari ini perlu membuat keputusan bagaimana membersihkan stok simpanan sedia ada tanpa melibatkan syarikat perlombongan.
“Mungkin kumpulan masyarakat awam yang mahu melihat stok simpanan dibersihkan boleh dimasukkan ke dalam proses.”
Ketika mengalu-alukan pendirian Wan Junaidi itu, Fuziah berkata lebih banyak perlu dilakukan oleh kerajaan memandangkan tindakan moratorium semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah ini.
Beliau berkata Kabinet perlu memikiran cara memulihkan kawasan perlombongan yang terletak berhampiran loji rawatan air dan kawasan kediaman penduduk.
“Hakisan bekas tempat perlombongan dan stok simpanan sedia ada akan mencemarkan sungai dan air minuman penduduk Kuantan.

KTMB to sell Sentul Raya equity to help government and citizens

Isu gaji penjawat awam gred rendah, ini cadangan Rafizi kepada Najib

Qardhawi: Tiada Taqrib Sunni-Syiah

Nur Jazlan: 'Siapa kata kita tak siasat Mahathir?'

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlepas daripada siasatan di bawah kanun keseksaan kerana cubaan memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Siapa kata kita tidak siasat Mahathir di bawah Seksyen 124C?"
"Sama ada kita mahu bawa itu ke peringkat seterusnya adalah satu perkara yang berbeza," katanya, tanpa mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian ketika ditanya Malaysiakini mengenai siasatan terhadap Mahathir, sedangkan beberapa individu dan organisasi disiasat di bawah undang-undang sama.
Antara mereka yang sedang disiasat di bawah Seksyen 124C adalah BERSIH dan pengerusinya, Maria Chin Abdullah, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, dan Malaysiakini.
Ini berikutan dakwaan bahawa kumpulan-kumpulan ini menerima pembiayaan asing termasuk daripada Open Society Foundations yang dikaitkan dengan George Soros.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan akan dilakukan bagi memastikan sama ada kumpulan tersebut dibiayai untuk menjatuhkan kerajaan.
Sehingga Jun tahun ini, polis menyiasat lapan kes berkaitan Mahathir. Ini termasuk siasatan jenayah fitnah selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Yang di-Pertuan Agong diletakkan di bawah tahanan rumah.

Rafizi: Kadar kenaikan gaji antara penjawat awam pangkat tinggi, rendah perlu diselaras


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mahu kerajaan persekutuan menimbangkan menyelarasan kadar kenaikan gaji bagi penjawat awam berpangkat tinggi dan rendah di negara ini pada 2017.
Dalam kajian dilakukan Invoke, Rafizi mendakwa laporan diperoleh daripada Senarai Perjawatan di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2017 itu seharusnya diteliti semula oleh kerajaan persekutuan.
"Saya dedahkan kepada rakyat Malaysia ialah perbezaan ketaradi antara kenaikan gaji penjawat awam pangkat tertinggi dengan jutaan kakitangan awam yang lain.
"Saya bersetuju bahawa ada banyakpenambahbaikan yang perlu dibuat untuk menaiktaraf mutu dan keberkesanan perkhidmatan
awam, saya bimbang jika masyarakat tidak berlaku adil kepada penjawat awam apabila fokus diberikan kepada persoalan prestasi perkhidmatan awam tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada isu kebajikan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berpandangan, kenaikan gaji tahunan sebanyak 9% itu adalah terlalu tinggi memandangkan gaji dan imbuhan setakat ini sudah memadai bagi penjawat awam berpangkat tinggi membabitkan jawatan Jusa C, Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.
"Gaji penuh Jusa C (RM22,439); Turus 1 (RM38,380) dan; Ketua Setiausaha Negara (RM42,703). Gaji penuh diperoleh ini tidak termasuk sebarang elaun lain dari jawatan mereka di dalam agensi kerajaanseperti ahli Lembaga Pengarah dan lain-lain.
"Saya juga membantah pendekatan yang berbeza untuk penjawat awam berpangkat tertinggi ini berbanding kakitangan awam biasa dari segi kenaikan gaji tahunan.
"Sedang mereka (penjawat awam pangkat tertinggi) diberi kenaikan gaji mengikut peratusan pada kadar yang tinggi (iaitu 9% ) kakitangan awam yang lain hanya diberikan kenaikan gaji mutlak (bukan peratusan)," ujarnya.

Kesatuan KTMB bimbang 4,000 hilang kerja selepas perjanjian dengan RNAA

Ia berkata syarikat kereta api tertua di Malaysia itu masih boleh diselamatkan sekiranya kerajaan membekalkan lokomotif dan gerabak kargo mencukupi.
abdul-razak_ktm_600
KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melahirkan kebimbangan dengan perjanjian antara syarikat itu dengan Perbadanan Aset Kereta Api, dengan berkata ia boleh mengakibatkan 4,000 pekerjanya hilang jawatan.
“Implikasi kepada kewujudan Railway Network Access Agreement (RNAA) akan berlaku pengurangan pekerja atau pembuangan pekerja, dijangka KTMB hanya tinggal kurang lebih 1,500 pekerja berbanding kini KTMB mempunyai 5,500 pekerja,” kata presiden kesatuan, Abdul Razak Md Hassan.
Razak berkata Kementerian Pengangkutan perlu menjana keuntungan KTMB dengan membekalkan lokomotif dan gerabak kargo mencukupi, dan berkata ia berjaya mengurangkan kerugian tahun ini disebabkan penambahan gerabak kargo daripada 30 kepada 50.
“Berdasarkan rekod pada 2015, kerugian kargo KTMB ialah RM37.41 juta berbanding 2016 kerugian setakat ini RM4.95 juta, bermakna sebanyak RM32.46 juta kerugian berjaya dikurangkan,” katanya, sambil menambah penambahan gerabak itu bermakna penjimatan satu larian tren.
“Kementerian perlu melihat ia sebagai bukti yang KTMB mampu memberi pulangan modal dan untung jika dibekalkan lokomotif dan wagon mencukupi, serta usaha pembaik pulih lokomotif dijalankan secara teratur,” katanya.
RNAA akan memberi hak kepada kerajaan campur tangan dalam operasi KTMB, termasuk menggunakan khidmat luar jabatan dan mewujudkan pelbagai pengendali atau guna sama landasan dengan memberi lesen atau hak kepada syarikat swasta menjalankan kargo.
Razak berkata cadangan itu tidak wajar kerana ia sebenarnya punca penghakisan pendapatan KTMB.
“Bantu KTMB dari sudut peruntukan lokomotif dan wagon kerana ia boleh membantu tambah pendapatan KTMB dengan tujuan menampung kos perkhidmatan Intercity yang diberi subsidi kepada pengguna,” katanya.

Jangan cakap lagi soal siapa bakal PM, kata Rafizi

Naib Presiden PKR berkata pemimpin pembangkang perlu berhenti berbincang mengenainya, kerana mereka nampak seperti sedang “membahagikan harta rampasan perang”.
rafizi_talk
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa pembangkang berhenti berbincang tentang calon perdana menteri dan Kabinet bayangan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
Beliau berkata, rakyat khususnya pengundi atas pagar yang sudah bosan dengan kerenah ahli politik tidak peduli siapa akan menjadi perdana menteri.
“Jangan bercakap seolah-olah kita sudah sibuk membahagikan ‘harta rampasan perang’. Rakyat tidak peduli pun siapa di atas. Mereka semakin kecewa dengan ahli politik.
“Sebaliknya turun ke lapangan, bawa isu yang dekat dengan mereka seperti kenaikan harga barang. Bagi saya ahli Parlimen khususnya dibayar untuk itu,” katanya pada sidang media di pejabat Invoke Malaysia hari ini.
Sebelum ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menamakan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri sementara kerajaan PH, manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalannya.
Parti dalam PH sebelum ini juga berulang kali berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai calon perdana menteri mereka.
PH juga sering dikritik kerana gagal mengemukakan Kabinet bayangan dengan kritikan terbaru oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Teng buat sidang media dengan mulut bertanda 'X'

'Skala gaji pegawai tinggi kerajaan dengan penjawat awam gred rendah tidak adil' - Rafizi

Harga petrol: 'Kalau Najib berani buat RM2.20, maka orang akan marah dia'

Siti Nurhaliza pesan jangan ikut jejak Jamal Baju Merah

SHAH ALAM, 21 DIS : Susulan tindakan biadab Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang melakukan provokasi melampau di hadapan kompleks Kerajaan Negeri, pagi ini turut menarik perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Menulis di Instagram, Siti berharap agar tingkah laku sedemikian tidak menjadi ikutan masyarakat ketika ini.

“Jangan jadi macam Jamal ye,” tulisnya.
twit-siti
Paparan tersebut turut menerima pelbagai reaksi melucukan kritikan sama terhadap Jamal daripada pengikut penyanyi tersohor itu.
Pagi ini, Jamal meneruskan tindakan biadabnya apabila hadir ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dalam keadaan bertuala tanpa berbaju, di sini.
Mendakwa kononnya hadir dengan alasan untuk ‘menumpang mandi’, pimpinan Umno itu bertindak melampau dengan mencetuskan provokasi di hadapan pintu pagar kompleks Kerajaan Negeri, selepas dihalang masuk oleh pengawal keselamatan.
Tindakan ini sekali gus memperlihatkan kebiadapan Jamal dengan melanggar etika pemakaian pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam kompleks Kerajaan Negeri.

Pas tidak rancang wujudkan kerajaan campuran - Idris Ahmad

SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa parti Islam itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14 nanti.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan berhubung kerjasama diadakan dengan Umno memandangkan Pas kini komited bagi bersama dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera.
Idris Ahmad “Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut memandangkan Pas kini komited bersama dengan Gagasan Sejahtera bagi menumbangkan Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, ketua kepada sebuah NGO Melayu Islam mendakwa bahawa Pas dan Umno berkemungkinan akan berkerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14 akan datang.
Menyentuh mengenai perkara tersebut, Idris memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak berasas memandangkan Ibrahim bukan merupakan sebahagian daripada parti Pas mahupun Umno.
“Sebelum dia nak cakap begitu, dia kena tentukan dulu dia dari parti mana,” katanya.
Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa Pas akan menyokong Umno sekiranya mereka membawa perkara atau isu-isu yang membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini.
Namun begitu, Idris menjelaskan bahawa Pas juga turut lantang menentang tindakan parti Melayu itu yang membebankan rakyat khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPP), Rm2.6 bilion dan sebagainya.
“Apa yang membawa kebaikan kepada rakyat kita sokong namun apa yang membebankan rakyat kita akan lawan.
“Dan saya ingin jelaskan di sini yang tiada sebarang kerjasama lagi antara kedua pihak sehingga kini,” katanya

Dr Zuhdi kata PAS sedia bergabung tubuh kerajaan campuran selepas PRU14

Zuhdi berkata, mereka akan membentuk gabungan dengan pakatan parti lain yang paling boleh berkompromi dan menghormati PAS.
ZuhdiKUALA LUMPUR: PAS bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan parti selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu yakin mereka mampu memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.
“PAS akan menyertai PRU akan datang sebagai Gagasan Sejahtera dengan Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia), dan cuba memenangi sebanyak mungkin kerusi. Sasaran kita adalah (membentuk) gabungan pasca pilihan raya.
“Mungkin kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Ketika itu, kita akan melihat gabungan mana paling boleh berkompromi dan menghormati kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau mengulas gesaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk PAS kekal dalam keadaan sedia ada, iaitu tidak bekerjasama dengan BN atau PH dan menjadi pengimbang kerajaan selepas PRU nanti.
“Sebab itu saya kata PAS perlu berada di kedudukan sekarang kerana dia boleh jadi pengimbang di mana ada dua parti dalam kerajaan pemerintah nanti.

Musa ugut saman Raja Petra selepas dituduh ‘anjing suruhan’ Dr M jatuhkan Anwar

Ia berkenaan tulisan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang berkata Musa dan bekas peguam negara berpakat dengan Dr Mahathir dalam kes Liwat 2.
musa-hassanKUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi tempoh 2 minggu kepada penulis blog Raja Petra Kamaruddin meminta maaf, selepas artikel menuduh beliau terlibat memastikan sabitan bersalah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang berakhir tahun lalu.
“Saya rasa ini fitnah, tak ada prinsip dan tak ada fakta. Kes sudah dibicarakan di mahkamah, dan tak ada kaitan dengan ‘fixing’ sebab sudah dicabar di mahkamah,” kata Musa dalam satu sidang media hari ini.
Musa berkata kegagalan Raja Petra berbuat demikian akan mengundang tindakan saman.
Raja Petra dalam penulisannya minggu lepas bertajuk “How Mukhriz is going to become PM” mendakwa kes liwat membabitkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan, yang berakhir pada tahun lalu, merupakan rancangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Raja Petra juga menyifatkan Musa dan Gani sebagai “anjing suruhan” Dr Mahathir.
“Anwar betul-betul diperdayakan. Dia terlalu bodoh dan layak masuk penjara — kalau bukan untuk kesalahan liwat, setidak-tidaknya untuk kebodohan. Mahathir kenakan (fixed) Anwar dalam Liwat I, dan sekali lagi Liwat 2,” tulis Raja Petra pada 16 Disember.
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara.
Musa berkata pegawai awam hanya menjalankan tugas melaksanakan dasar kerajaan.
“Ini perkara fitnah yang jahat… ingin jatuhkan maruah semua pegawai awam di negara ini,” kata Musa.

Skandal 1MDB: Projek TRX kini sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan

Projek Tun Razak Exchange (TRX) 1MDB kini di bawah kawalan penuh Kementerian Kewangan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
Johari berkata projek itu, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak sekurang-kurangnya RM40 bilion, kini adalah usaha kerajaan.
"TRX kini diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan kita akan melengkapkan keseluruhan projek ini. Kita akan menyiapkannya.
"Kita terpaksa melakukannya. Jika tidak, kita perlu serahkan kepada 1MDB dan mereka tidak akan dapat melakukannya," kata Johari yang dipetik oleh The Malaysian Reserve semalam.
TRX disebut-sebut sebagai hab masa depan kewangan Islam apabila ia dilancarkan pada tahun 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Projek seluas 70 ekar itu terletak di kawasan bersebelahan bulatan Pandan di Kuala Lumpur, dan merupakan aset utama 1MDB, yang memperoleh tanah berkenaan dari Putrajaya pada harga RM194.1 juta (RM63.4 sekaki persegi) pada 2010.
Sejak itu, nilai tanah berkenaan meningkat dengan pesat. Lembaga Tabung Haji sebagai contoh membayar harga RM2,774 sekaki persegi bagi mendapatkan 0.64 plot tanah di TRX tahun lalu.

Aksi Jamal bertuala mahu mandi di pejabat Azmin

Jamal bertuala, gagal tumpang mandi di SUK

HARAPAN SENGAJA DEDAHKAN DIRINYA UNTUK DIANGGAP ‘KAPAL BURUK’....

"Kenapa tidak cuba mencari seseorang yang 
terbaik dalam kepimpinan pembangkang - yang lebih berintegriti, berilmu serta keagamaannya yang tidak boleh  dipersoalkan untuk jawatan Perdana Menteri?
 Jangan salahkan orang lain, termasuk orang UMNO dan PAS kalau anggap Pakatan Harapan (HARAPAN) ‘kapal buruk bakal karam kerana berebut PM'.
Semalam, Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengibaratkan pakatan pembangkang umpama kapal buruk berikutan perebutan jawatan utama kepimpinan negara.
Sebenarnya semuanya adalah salah HARAPAN sendiri kerana terpedaya dengan jerat UMNO yang mendesak untuk dinyatakan Kabinet bayangan dan siapa Perdana Menteri dan timbalannya jika menang.
Pemimpin pembangkang bagai ‘tak faham-faham’ strategi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memang mahir dan berpengalaman berpolitik seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain. Mereka tahu bagaimana mahu mengasak dan porak-perandakan HARAPAN.
Akibat sibuk dengan siapa nak jadi Perdana Menteri, sedangkan seperti kata Syed Ali, ‘kapal belum siap’, pemimpin pembangkang buat kenyataan gila-gila yang mencerminkan kelemahan dan perpecahan mereka sendiri.
Memang benar ramai daripada mereka yang sudah berdekad sertai politik tetapi keadaannya tetap ‘tidur sebantal tapi mimpi lain-lain’.
Kenapa nak berbahas di media mengenai siapa akan jadi Perdana Menteri atau Kabinet bayangan yang akhirnya menyerlahkan lagi kelemahan pembangkang.
Amat jelas ada yang tidak habis-habis dengan kemahuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,  walaupun tahu laluan itu sukar.
Dengan mengemukakan formula yang akan menyebabkan timbulnya masalah, pastinya akan mendedahkan HARAPAN untuk dilihat berjuang bagi kepentingan masng-masing.
Mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perasuah, menyeleweng, tidak cekap dan gagal mentadbir negara dengan baik, menyebabkan negara bermasalah dan sebagainya tetapi masih mengharapkan individu yang dipersoalkan peribadinya yang  mempunyai ‘rekod yang boleh dipersoalkan dan dianggap buruk'?


Jika demikian ada bezanya Najib dan Anwar?
Kenapa tidak cuba mencari jalan – walau panjang sedikit – menentukan  seseorang yang lebih baik di kalangan yang terbaik dalam kepimpinan pembangkang iaitu seseorang yang lebih berintegriti, berilmu, profesionalisme  serta keagamaannya yang tidak boleh  dipersoalkan untuk jawatan penting itu?
Bernostalgia dengan Anwar atau pemimpin tertentu bukan sepatutnya menjadi pilihan utama jika dari segi moral, keupayaan dan keyakinan rakyat terutamanya orang muda dibelakangkan.
Begitu juga dalam konteks anggota Kabinet bayangan.

Jangan kerana hanya mahu menjawab soalan pembangkang, buat kenyataan yang tidak memberikan keyakinan kepada rakyat, apa lagi yang boleh dipermainkan oleh UMNO dan sekutunya.

MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...

Susulan bidasan Nazri Aziz yang menyifatkan era diktator Tun Mahathir Mohamad sudah berakhir dan mahu beliau hanya menghabiskan sisa-sisa usianya bermain dengan cucu, bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang panjang yang menjawabnya.

Dalam tulisan di blognya semalam untuk menjawan perkara itu, jelas kita dapat memahami betapa sayangnya Tun Mahathir kepada negara ini dan masa depan rakyatnya.

Sebagaimana beliau keluar daripada persaraannya untuk menyingkirkan Tun Abdullah Badawi kerana kerakusan "budak-budak tingkat 4" menguasai institusi Perdana Menteri ketika itu, kini misinya ialah untuk "menghalang Najib Razak daripada terus merosakkan negara".

Hakikatnya semua orang sedar timbunan perbuatan Najib yang memang merosakkan negara, tetapi tidak ada yang berani bersuara kerana lebih memikirkan poket, perut, jawatan dan dedak.

Di era Najib ini, sokongan kepada UMNO untuk kebaikan negara sudah bertukar menjadi sokongan kepada peribadi Najib untuk mengutip apa saja kepentingan peribadi yang boleh diraih.

Sehubungan itu, kita rakyat Malaysia yang berfikir tidak saja berkaitan poket, perut, jawatan dan dedak untuk diri sendiri, seharusnya bersyukur dengan sedianya Tun Mahathir kembali ke kancah perjuangan kerana kini lebih mungkin anak-anak dan cucu kita mempunyai masa depan yang lebih bahagia untuk mereka.

Jika Tun Mahathir hanya memikirkan tentang dirinya dan kepentingan masa depan anak-anaknya sambil mempunyai lebih banyak masa bemain dengan cucu, tentulah lebih baik baginya menjadi pendiam dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib.

Tetapi, dengan terus berjuang dan menghadkan masa bersama cucu, beliau bukan saja hilang banyak kemeriahan di usia tuanya, bahkan masa depan anak-anaknya juga jadi tidak menentu.

Sebenarnya, inilah yang membezakan antara seorang tua berusia 91 tahun yang dalam nafasnya masih sayangkan negara berbanding orang lain yang hanya mampu berkata, "tak apalah sebab kini zaman Najib menguruskan negara."

Berdiam diri dengan kecurangan yang berlaku di depan kata, antaranya pembaziran, naik jet sesuka hati, 1MDB,  ribu-ribu juta dalam akaun peribadi dan menambah hutang secara menggadai negara, lebih memungkinkan keadaan menjadi lebih buruk untuk masa depan negara.

Membaca nawaitu cadangan gabung Amanah dengan PKR


Salahuddin tolak cadangan Azmin.
Cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya Parti Amanah Negara (Amanah) bergabung dengan partinya (PKR) ditolak dengan penuh hormat oleh Salahuddin Ayub.

Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga dilaporkan mengambil sikap sama.

Penolakan itu tepat, jauh sekali menunjukkan Amanah sombong atau pun angkuh. Keperluan dihasratkan Azmin itu ada kulihanya tetapi bukan waktu ini. Ia juga dianggap anti klimeks disaat Amanah baharu selesai mengadakan konvensyen dan berjaya menunjukkan kekuatannya kepada khalayak.

Kata Sallahuddin dalam satu kenyataan, penggabungan kedua-dua parti itu tidak berbangkit buat masa ini. Laras bahasa Salahuddin lunak ia menggambarkan begitulah juga lemah lembut dan berhemah siasahnya.

Menurut Salahuddin penubuhan Amanah adalah untuk mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan Islam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahtrakan rakyat dan negara.

Dalam hubungan itu pewujudan Amanah pastilah sebagai parti ganti (alternatif) kepada Pas yang sudah tergelicah dari landasan politik kontemporari dan kontra dengan trand politik terkini dengan kembali menjadi jumud semula, maka kewujudan Amanah adalah ketumbukan baharu rakyat berhadapan dengan kebejatan UBN.

Ini ditegaskan Salahuddin; "Parti Amanah bersama Keadilan dan DAP menububuhkan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini dengan kehadiran PPBM, bersama PH telah menjadikan peranan Amanah dan semua parti-parti PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha menumbangkan BN."

Peranan Amanah bersama rakan-rakan lain sangat jelas yang tidak sepatutnya dikelabukan oleh timbalan presiden PKR itu.

Sepatutnya Azmin dan sesiapa yang mahu penggabungan itu memahami matlamat dan tujuan penubuhan Amanah. Kalau Amanah diminta bergabung dengan PKR, untuk apa para pemimpinnya bertungkus lumus sehinggakan dicerca oleh bekas rakan mereka kerana menubuh Amanah. Sepatutnya mereka batalkan sahaja niat itu langsung menjadi ahli PKR.

Bagi saya, saya tidak percaya kalau Azmin tidak memahami matlamat itu, melainkan beliau mahu menjadi populis di sebalik cadangan itu terutamanya dari kalangan Pas serta ada perkara lain yang hendak ditanguk.

Terbang ke Tehran rapatkan Syiah-Sunni, di negara sendiri dibiarkan takfiri

KOTA BHARU: Sebenarnya Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sendiri telah gagal memainkan peranannya untuk menyatukan gerakan Islam dan parti-parti politik di Malaysia, bahkan parti Islam itu sendiri di bawah kepimpinannya telah berpecah-belah dan semakin hilang pengaruh dan wibawa, dakwa Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.
Bukan itu sahaja, jelas beliau, ahli-ahli Pas juga terus meniup semboyan takfiri dengan melebelkan seteru dan mereka yang tidak sehaluan dengan perti itu, dengan bermacam-macam gelaran seperti kafir, munafik haraki, pengkhianat, sesat, anjing, babi dan banyak lagi tanpa disekat oleh pucuk pimpinan Pas secara serius.
“Jadi macam mana nak satukan atau rapatkan Sunni-Syiah di Tehran, jika di negara sendiri pemimpin dan ahli-ahli Pas yang ligat meniup takfiri sesama Sunni,” tegas beliau ketika dihubungi Amanahdaily.
Beliau bertanya, atas asas apakah Haji Hadi cuba menjadi jaguh untuk mendekatkan kedua-dua Mazhab Sunni dan Syiah yang telah berbalah sudah lebih 1,400 tahun yang lalu.
Pada 19 Disember lalu, KUIS telah memuatnaik pada laman facebooknya kenyataan rasmi yang mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mazhab di Tehran.
Kenyataan berbahasa Arab itu menyebut, KUIS terkejut dengan kunjungan Naib Pengerusinya kerana ia dibuat ketika “Iran menjalankan jenayah kejamnya” di Aleppo, Syria.
KUIS mengutuk kunjungan yang dilakukan pada waktu ini (ketika kumpulan Sunni-Syiah berperang), dan ia dianggap kunjungan yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.
Kenyataan itu juga menegaskan, Abdul Hadi tidak dianggap mewakili KUIS tetapi beliau ke Tehran atas kasiti peribadi sahaja.
Mengulas lanjut, Ustaz Che Ibrahim berkata, barangkali kerana telah dirasakan berjaya merapatkan hubungan Pas dengan Umno yang dahulunya sangat bermusuh maka Haji Abdul Hadi yang kini Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) agaknya yakin beliau mampu pula untuk merapatkan jurang antara dua Mazhab Sunni dan Syiah.
Katanya, adalah sangat tidak wajar Presiden Pas itu menghadirkan diri ke Taheran di saat dunia Islam sedang bersedih dan mengecam tangan-tangan yang terlibat ke atas apa yang terjadi di Aleppo yang disyaki Iran terlibat secara langsung dalam peperangan di Syria itu.
Menurut Ustaz Che Ibrahim, apa yang terjadi hari ini ialah pertembungan antara Sunni-Syiah dan bukan lagi atas dasar perbezaan mazhab.

Skandal 1MDB: Justo kembali ke Switzerland selepas bebas

Ia selepas hukuman penjara 3 tahun bekas pekerja Petrosaudi itu dipendekkan selepas dia diberikan 2 Pengampunan diraja
justo-1
BANGKOK: Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo akan pulang ke tanah airnya Switzerland selepas dibebaskan dari penjara semalam.
Pegawai di pusat tahanan imigresen iaitu tempat dia ditahan selepas dibebaskan dari Penjara Reman Bangkok pada tengah hari semalam, mengesahkan
tiket penerbangan Justo sudah disediakan.
“Ya, tiket penerbangan dia dibeli dan dia dijadual meninggalkan Thailand lewat malam ini,” kata pegawai itu yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai penerbangan Justo.
Semalam, pegawai itu yang enggan dikenali berikutan sensitiviti maklumat yang diberikannya itu, berkata warganegara Switzerland itu masih ditahan di pusat tahanan imigresen dengan ditemani beberapa pegawai daripada Kedutaan Switzerland di Bangkok.
Katanya Justo akan dihantar ke lapangan terbang kira-kira 3 jam sebelum menaiki penerbangannya.
Semalam, bekas eksekutif IT Petrosaudi itu dibebaskan dari Penjara
Reman Bangkok, tempat dia menjalani hukuman penjara 3 tahun, menurut peguam
belanya.
Worasit Piriyawiboon memberitahu Bernama Justo dibawa ke pusat tahanan Jabatan Imigresen untuk urusan dokumen perjalanan sebelum menaiki penerbangan untuk pulang ke tanah airnya.
Justo tiba bersendirian di perkarangan jabatan itu pada kira-kira 11.50
pagi (waktu tempatan) dengan menaiki sebuah van dengan dikawal rapi oleh
beberapa anggota komando bersenjata.
Ketika didekati dan ditanya oleh kalangan wartawan yang menunggu, warganegara Switzerland itu yang dilihat tenang, berkata dia berharap untuk berlepas pulang dengan penerbangan ke tanah airnya malam ini selepas menjalani hukuman penjara lebih setahun daripada jumlah hukuman penjara 3 tahun itu.