Selasa, 20 Disember 2016
RAFIZI: KOS PROJEK MRT MELEBIHI RM100 BILION (ANGGARAN KINI RM124 BILION): SAMAN SAYA JIKA ITU TIDAK BENAR
Sehingga sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak atau mana-mana menterinya berdiam diri mengenai kos keseluruhan projek MRT sepanjang 150 km apabila saya menimbulkan isu anggaran kosnya telah mencecah RM124 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada projek penswastaan dan perancangan ekonomi iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan lebih gemar bermain politik menjadi kaki pukul Dato’ Seri Najib, sedangkan tugas sebenar beliau iaitu menangani isu penswastaan dan perancangan ekonomi diabaikan.
Projek MRT adalah projek penswastaan yang terbesar di dalam sejarah Malaysia. Ia akan menelan belanja sekitar RM124 bilion apabila kesemua 150 km disiapkan dalam tahun 2026. Semasa mengumumkan projek ini bersama-sama pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Plan atau ETP) di awal pentadbiran beliau, Dato’ Seri Najib secara jelas menyebut kos RM40 bilion dan projek MRT sepanjang 150 km. Jumlah kos RM40 bilion ini diulang lagi di dalam ucapan Belanjawan 2011 beliau.
Malah, pendedahan saya bahawa kos keseluruhan 150 km projek MRT ini melebihi RM100 bilion juga telah disahkan sendiri oleh MRT Corporation melalui kenyataan media yang dibuat sendiri seperti berikut:
1. Kos MRT1 jajaran Sg Buloh – Kajang: RM21 bilion seperti yang diumumkan Dato’ Seri Najib sendiri
2. Kos MRT2 jajaran Sg Buloh – Putrajaya: RM32 bilion seperti yang diumumkan Dato’ Najmuddin Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp pada 14 September 2016 dan dilaporkan di http://www.thesundaily.my/node/394710
3. Kos MRT3 jajaran bawah tanah “Circle Line”: sekurang-kurangnya RM50 bilion seperti yang diumumkan Dato’ Najmuddin Abdullah, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp pada 14 September 2016 dan dilaporkan di http://www.nst.com.my/…/mrt-corp-planning-3rd-line-klang-va…
Daripada pengumuman Dato’ Seri Najib dan pengumuman rasmi MRT Corp sendiri, jelas bahawa keseluruhan projek MRT meliputi 150 km ini akan menelan belanja melebihi RM100 bilion (RM21 bilion + RM32 bilion + sekurang-kurangnya RM50 bilion).
Fenomena siang dan malam lebih panjang esok
BUMI bakal mengalami fenomena solstis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera selatan esok.
Menurut Pegawai Sains Planeterium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, fenomena ini akan membuatkan bumi mengalami hari paling singkat di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan pula, hari paling panjang.
“Fenomena solstis musim sejuk terjadi apabila matahari berada di titik terendah langit mengakibatkan bumi mengalami hari yang singkat di hemisfera utara.
“Sementara di hemisfera selatan, matahari akan berada di titik
tertinggi menyebabkan kawasan tersebut akan mengalami hari terpanjang
bagi tahun 2016 ini yang juga turut dikenali sebagai solstis musim
panas,” katanya kepada media.
Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana ia merupakan fenomena biasa dan hanya memberi kesan dari segi musim dan tempoh panjang hari yang berbeza di kawasan hemisfera utara dan selatan bumi sahaja.
Tambahnya lagi, fenomena solstis ini berlaku setiap tahun dan disebabkan oleh kedudukan paksi bumi yang condong sebanyak 23.5 darjah.
Namun begitu, tarikh dan masa bagi fenomena ini berubah saban tahun kerana perbezaan kalendar tahunan yang mempunyai 365 hari setahun sedangkan pergerakan sebenar bumi mengelilingi matahari (atau tahun solar) adalah selama 365.26 hari.
Untuk pengetahuan ramai, tahun solar merupakan tempoh sebenar yang diperlukan bumi mengorbit sepenuhnya mengelilingi matahari dan tempohnya panjang sedikit berbanding dengan kalendar yang kita guna dalam satu tahun.
Menurut Pegawai Sains Planeterium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, fenomena ini akan membuatkan bumi mengalami hari paling singkat di hemisfera utara manakala di hemisfera selatan pula, hari paling panjang.
“Fenomena solstis musim sejuk terjadi apabila matahari berada di titik terendah langit mengakibatkan bumi mengalami hari yang singkat di hemisfera utara.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau mengenai perkara ini kerana ia merupakan fenomena biasa dan hanya memberi kesan dari segi musim dan tempoh panjang hari yang berbeza di kawasan hemisfera utara dan selatan bumi sahaja.
Tambahnya lagi, fenomena solstis ini berlaku setiap tahun dan disebabkan oleh kedudukan paksi bumi yang condong sebanyak 23.5 darjah.
Namun begitu, tarikh dan masa bagi fenomena ini berubah saban tahun kerana perbezaan kalendar tahunan yang mempunyai 365 hari setahun sedangkan pergerakan sebenar bumi mengelilingi matahari (atau tahun solar) adalah selama 365.26 hari.
Untuk pengetahuan ramai, tahun solar merupakan tempoh sebenar yang diperlukan bumi mengorbit sepenuhnya mengelilingi matahari dan tempohnya panjang sedikit berbanding dengan kalendar yang kita guna dalam satu tahun.
PAS: Projek persekutuan petunjuk Mei bulan PRU14
Datuk Iskandar Abdul Samad membuat ramalan berdasarkan maklumat pelaksanaan projek kerajaan persekutuan.

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-14 mungkin diadakan pada Mei 2017, melihat kepada maklumat pelaksanaan projek daripada agensi kerajaan persekutuan.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata lazimnya projek baharu akan dilancarkan ketika tempoh kempen pilihan raya.
“Selain dari itu, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada akhir bulan Januari. Suasana perayaan akan berlarutan pada bulan Februari.
“Tetapi tentu sekali BN akan menggunakan peluang sambutan tersebut untuk berkempen dan mengumumkan gula-gula untuk rakyat,” kata Iskandar dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, bertambah yakin apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah mengeluarkan jadual taklimat untuk petugas pilihan raya.
“Oleh yang demikian, kita perlu bersedia dengan pilihan raya umum yang mengejut. Selesaikan apa saja perkara yang belum diselesaikan dan lengkapkan segala persiapan,” katanya.
Seperti juga Iskandar, penganalisis tidak menolak kemungkinan PRU14 akan diadakan pada Mei tahun depan, memandangkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada atau selepas bukan puasa, atau ketika musim tengkujuh pada akhir tahun.
“Kerajaan BN boleh menunggu sehingga nilai ringgit meningkat atau terus mengadakan pilihan raya umum sebelum ringgit menjunam ke tahap yang lebih rendah.
“Pandangan ramai adalah pilihan raya akan diadakan tanpa menunggu nilai Ringgit dipulihkan,” kata Iskandar.
PRU14 perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018.
RASUAH: SIAPA NASIHAT SIAPA?
Sebagaimana
yang dilaporkan media, Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat
anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah di pejabatnya di Putrajaya.
Lembaga
yang bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam
keseluruhan perjalanan SPRM itu dipengerusikan oleh Tunku Aziz Tunku
Ibrahim, bekas ahli DAP yang kini sudah beralih menjadi penyokong dan
pendokong setia kepada Perdana Menteri.
Sebagai Perdana Menteri, apakah "nasihat" Najib kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tersebut?
Sebagai
penasihat kepada hal-hal yang berkaitan ketelusan dan akauntabiliti
mengenai rasuah pula, apakah "nasihat" anggota Lembaga Penasihat
Pencegahan Rasuah, khususnya Tunku Aziz kepada Najib?
Siapa yang menasihat dan siapa yang dinasihat?
Atau kedua-dua pihak saling nasihat-menasihati antara satu sama lain?
Berdasarkan
wajah cerita masing-masing dalam foto yang ditunjukkan, agaknya kita
sudah boleh menaruh harapan bahawa hasil pertemuan itu akan membawa
penurunan kepada indeks rasuah negara di tahun-tahun berikutnya nanti.
Hmmmmm.....
Dakwa tiada bukti sahih, bekas polis tuntut bebas SOSMA
KUALA LUMPUR, 20 DIS : Tanpa bukti kukuh membabitkan dakwaan yang
mengaitkan anaknya, Lans Koperal Mustaza Abdul Rahman sebagai pengganas,
Abdul Rahman Abdul Hamid berharap keadilan terhadap anaknya dapat
ditegakkan.
Beliau berkata, anaknya kini ditahan di Penjara Sungai Buloh mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Khas (SOSMA) 2012, sejak Julai lalu kerana dikatakan terlibat dengan pengganas IS.
“Ketika kejadian anak saya berada di dalam kereta dan memegang sebuah
telefon bimbit dan ditahan polis kerana dikatakan cuba terlibat dalam
aktiviti keganasan.
“Saya ini bekas anggota polis, anak saya juga seorang polis dan arwah bapa saya yang juga adalah polis yang meninggal dunia ketika mempertahankan negara dari serangan pengganas.
“Saya saran anak saya untuk masuk polis demi negara ini. Jadi adakah masuk akal apabila anak saya dituduh sebagai pengganas oleh pihak polis tanpa sebarang bukti?” katanya.
Sebelum ini, Mustaza didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda.
Mustaza didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan di bawah Seksyen 130C dan Seksyen 130J(1)(b) kanun sama.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130M kanun yang sama dan kini masih ditahan mengikut Akta SOSMA.
Kes berkenaan kini disimpan dalam rekod Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) membabitkan tangkapan dan penahanan individu di bawah akta berkenaan.
Beliau berkata, anaknya kini ditahan di Penjara Sungai Buloh mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Khas (SOSMA) 2012, sejak Julai lalu kerana dikatakan terlibat dengan pengganas IS.

“Saya ini bekas anggota polis, anak saya juga seorang polis dan arwah bapa saya yang juga adalah polis yang meninggal dunia ketika mempertahankan negara dari serangan pengganas.
“Saya saran anak saya untuk masuk polis demi negara ini. Jadi adakah masuk akal apabila anak saya dituduh sebagai pengganas oleh pihak polis tanpa sebarang bukti?” katanya.
Sebelum ini, Mustaza didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda.
Mustaza didakwa dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan di bawah Seksyen 130C dan Seksyen 130J(1)(b) kanun sama.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130M kanun yang sama dan kini masih ditahan mengikut Akta SOSMA.
Kes berkenaan kini disimpan dalam rekod Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) membabitkan tangkapan dan penahanan individu di bawah akta berkenaan.
PRU 14 milik BN jika diadakan lebih awal kata Musa Hitam
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO
mempunyai kelebihan sekiranya Pilihanraya Umum ke-14 diadakan lebih
awal, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.
Jelasnya, meskipun barisan pembangkang bercadang untuk mengagihkan pembahagian kerusi dengan cara baharu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru namun perkara tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan.
“Cadangan tersebut sangat bagus tetapi lebih mudah bercakap daripada melaksanakannya.
“Saya sendiri tidak boleh meramalkan mereka mampu menyelesaikan agihan kerusi tersebut sebelum pilihanraya berlangsung.
“Barisan Nasional terutamanya UMNO pula mempunyai kelebihan yang sangat besar kerana masih mempunyai sokongan kuat daripada rakyat luar bandar dan orang Melayu manakala pemimpin pun terus memberi tumpuan kepada golongan tersebut.
“Perkara ini diketahui oleh pihak pembangkang namun mereka sendiri tidak mampu menandingi UMNO di dalam hal ini kerana satu demi satu parti baharu di pihak pembangkang muncul sedangkan sasaran mereka adalah orang yang sama.
Jelasnya, meskipun barisan pembangkang bercadang untuk mengagihkan pembahagian kerusi dengan cara baharu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru namun perkara tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan.

“Saya sendiri tidak boleh meramalkan mereka mampu menyelesaikan agihan kerusi tersebut sebelum pilihanraya berlangsung.
“Barisan Nasional terutamanya UMNO pula mempunyai kelebihan yang sangat besar kerana masih mempunyai sokongan kuat daripada rakyat luar bandar dan orang Melayu manakala pemimpin pun terus memberi tumpuan kepada golongan tersebut.
“Perkara ini diketahui oleh pihak pembangkang namun mereka sendiri tidak mampu menandingi UMNO di dalam hal ini kerana satu demi satu parti baharu di pihak pembangkang muncul sedangkan sasaran mereka adalah orang yang sama.
Nazri: Daim nostalgia pemerintahan diktator Dr M
Menteri itu menolak cadangan pembentukan kumpulan
ekonomi baharu untuk membaiki ekonomi, kerana ia tidak ditubuhkan ketika
ekonomi meleset di zamannya

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mencemuh kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai kenyataan seseorang yang nostalgia terhadap zaman diktator Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nazri merujuk kepada pendapat Daim yang disiarkan The Edge awal bulan ini.
Daim antara lain berkata kerajaan perlu menangani ketidakyakinan rakyat dan mengikis pemikiran feudal, terutamanya dalam kalangan penguasa. Beliau menyarankan pembentukan kumpulan ekonomi baharu untuk membaiki ekonomi.
Menyeru kepada reformasi, termasuk pindaan undang-undang bagi menjamin kebebasan badan kehakiman dan keselamatan, Daim menggesa kerajaan supaya bertolak ansur dengan suara bangkangan dan perbezaan pendapat serta ideologi.
“Mungkin Daim sedikit nostalgia pada zaman dia menjadi menteri kewangan di bawah pemerintahan diktator Tun Mahathir.
“Kita (di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sangat terbuka. Ada keterbukaan sekarang ini, berbanding pada zaman itu. Pada zaman itu orang takut nak bersuara,” kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.
Nazri menepis cadangan menubuhkan kumpulan ekonomi baharu, kerana negara pernah berdepan kemelesetan ekonomi ketika Dain menjadi menteri kewangan.
“Tak perlu. Ekonomi negara meleset ketika dia jadi menteri kewangan tetapi ada jawatankuasa ditubuhkan. Kita tanganinya dengan cara kita.
Perangai Kit Siang sama dengan Dr M, kata Nazri
Nazri Aziz berkata Lim Kit Siang dan Dr Mahathir sering buat keputusan tanpa berbincang dengan parti.

Ini kerana tokoh DAP itu membuat keputusan tanpa merujuk kepada pemimpin parti pembangkang lain, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.
“Saya rasa dia juga seorang tua yang merasakan seolah-olah DAP itu hak milik keluarga dia.
“Saya tak fikir itu keputusan partinya sebab saya pun tengok ramai pemimpin DAP yang tidak selesa dengan Tun Mahathir,” katanya selepas perasmian pameran wayang kulit di Muzium Negara hari ini, yang akan diadakan sehingga 28 Februari.
“Biasalah perangai Tun Mahathir sama juga dengan Lim Kit Siang tak bincang dengan parti dia,” kata Nazri.
Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, membidas Kit Siang dan Dr Mahathir, dengan berkata era mereka sudah berlalu.
“Balik jaga cucu lah,” katanya kepada pemberita.
Nazri tidak mahu mengulas kemungkinan Wan Azizah menjadi perdana menteri.
Lagi ahli BN, PKR Sabah sertai Warisan
Naib presiden Warisan berkata lebih 3,000 ahli BN dan
parti pembangkang lain mengumumkan keluar parti untuk menyertai Warisan
dalam satu program di Ranau, minggu lalu.

PETALING JAYA: Seramai 3,650 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan parti pembangkang di Sabah menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) Sabtu lalu, kata Junz Wong.
Naib presiden Warisan itu berkata pengumuman keluar parti untuk menyertai Warisan itu dibuat menerusi program Jelajah Pemuda Warisan Sabah di Kundasang pada 17 Disember lalu.
Beliau berkata antara ahli baharu itu ialah 400 bekas ahli Umno cawangan Desa Aman, 50 ahli Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (150), Parti Maju Sabah (500), Parti Reformasi Negeri Sarawak (500), Parti Cinta Sabah (500) dan 1,550 lagi daripada PKR.
Wong yang juga bekas setiausaha DAP Sabah berkata sambutan luar biasa kepada Warisan itu akan mencerahkan peluang parti yang baru ditubuhkan 2 bulan lalu untuk merampas Sabah daripada BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Warisan akan menganjurkan lebih banyak siri jelajah di seluruh Sabah selepas ini,” katanya kepada FMT.
Shafie berkata penubuhan parti baharu itu ialah langkah menyatupadukan semua kaum di Sabah.
Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna dan bekas menteri turut mengumumkan bekas naib presiden PKR, Darell Leiking sebagai timbalan presiden, manakala 3 naib presidennya ialah bekas presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony; bekas naib ketua Umno Semporna, Jaujan Sambakong dan Wong.
Setakat ini, Warisan mempunyai lebih 30,000 ahli berdaftar.
Ketua BNBBC persenda strategi calon pembangkang

Seorang ahli parlimen Umno tertanya-tanya mengenai keberkesanan
strategi pilihan raya pembangkang apabila ia diumumkan lebih awal
sebelum pertandingan.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang pemimpin PKR Johor semalam yang mendedahkan rancangan Pakatan Harapan di Johor yang dianggap kubu kuat BN.
Shahrir berkata, Umno dan BN mempunyai strategi sendiri, tetapi memilih untuk bekerja secara senyap.
“Sepatutnya strategi ini rahsia, ada elemen kejutan, kita rancang.
“Tapi mereka ini uar-uarkan di surat khabar, buat kenyataan. Ini strategi apa pun saya tak tahu.
“Kita kerja senyap-senyap. Tak banyak cakap. Kita bekerja, menyusun (strategi). Takkan kita nak cakap strategi, patut kita simpan. Kita laksanakan diam-diam,” katanya yang dipetik oleh portal BNBBC.
Pada hujung minggu lalu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee berkata Pakatan Harapan akan meletakkan calon berprofil tinggi untuk kerusi parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi DUN.
Strategi basi
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, berkata demikian ketika mengulas kenyataan seorang pemimpin PKR Johor semalam yang mendedahkan rancangan Pakatan Harapan di Johor yang dianggap kubu kuat BN.
Shahrir berkata, Umno dan BN mempunyai strategi sendiri, tetapi memilih untuk bekerja secara senyap.
“Sepatutnya strategi ini rahsia, ada elemen kejutan, kita rancang.
“Tapi mereka ini uar-uarkan di surat khabar, buat kenyataan. Ini strategi apa pun saya tak tahu.
“Kita kerja senyap-senyap. Tak banyak cakap. Kita bekerja, menyusun (strategi). Takkan kita nak cakap strategi, patut kita simpan. Kita laksanakan diam-diam,” katanya yang dipetik oleh portal BNBBC.
Pada hujung minggu lalu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee berkata Pakatan Harapan akan meletakkan calon berprofil tinggi untuk kerusi parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi DUN.
Strategi basi
Nazri tolak cadangan kerajaan Melayu Umno-PAS
Kita kerajaan Malaysia, iaitu dan semua bangsa orang kita, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjawab cadangan Perkasa

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan pembentukan kerajaan Melayu yang eksklusif dianggotai Umno dan PAS.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menjelaskan Barisan Nasional tidak akan berubah menjadi pakatan yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia.
“Saya tak setuju. Kita dalam BN telah dididik tidak ada satu komuniti yang memerintah Malaysia tanpa penyertaan komuniti lain.
“Kerajaan Malaysia bukan sahaja kaum Melayu tetapi seluruhnya sama ada Cina, India, Iban atau Kadazan ialah orang kita.
“Respon kita (Umno) kepada Datuk Ibrahim Ali: Kita boleh kerja bersama kalau mereka sokong kepimpinan kita (BN), tapi secara ekslusif kerajaan Melayu, saya cakap tidak,” katanya selepas merasmikan pameran wayang kulit di Muzium Negara, yang akan diadakan sehingga 28 Februari.
Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menjawab seruan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang meminta PAS supaya kekal menjadi parti bebas dan tubuhkan kerajaan Melayu yang eksklusif bersama Umno selepas pilihan raya umum nanti.
Ibrahim membantah kerjasama PAS dengan Pakatan Harapan kerana lebih wajar jika parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.
Dr M: Mengapa saya tidak hanya main dengan cucu...

Ini susulan bidasan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz awal hari ini yang berkata zaman Mahathir, bersama-sama dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sudah berlalu dan menasihati mereka supaya supaya ‘balik jaga cucu’.
"Ada orang marah oarng tua berumur lebih 90 tahun tidak melakukan perkara yang sepatutnya seperti berehat, bermain dengan cucu dan menyediakan diri sebelum mati.
"Ya, saya tidak melakukannya walaupun pada usia 90 tahun. Ini bukannya pilihan saya.
"Saya menyahut rayuan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia bagi saya melakukan sesuatu," kata Mahathir dalam blognya hari ini.
Menurutnya, ketika Najib mula berkuasa, terdapat aduan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan sama ada dasar ekonominya, slogan 1Malaysia, dasar luar atau tidak lagi meneruskan Dasar Ekonomi Baru.
Mahathir berkata, beliau menyampaikan aduan berkenaan kepada Najib tetapi tidak berhasil. Ini disusuli pula dengan skandal 1MDB.
"Pada masa itu, saya merasakan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan Najib. Negara ini kehilangan banyak wang.
"Saya maklumkan kepada Najib saya tidak dapat menyokongnya lagi. Kemudian saya memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada Umno.
"Sekarang ini bukan lagi tentang orang ramai mahu saya melakukan sesuatu. Sekarang saya merasa perlu untuk menghalang Najib daripada merosakkan terus negara ini," katanya.
Mahathir mendakwa Najib telah membelakangkan undang-undang dan institusi negara tidak berupaya mengekangnya.
Walaupun tuduhan rasuah skandal 1MDB Mahathir berkata Najib adalah tidak terjejas dan merancang untuk mengambil lebih multi-bilion pinjaman ringgit untuk Keretapi Pantai Timur, KL-Singapura Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan Pan-Borneo Highway.
Rafizi utus surat saran Najib isytihar harta
Isu kos MRT: Saman saya jika salah, cabar Rafizi kepada Najib
Tok Him selesa jadi calon Bebas, tidak terikat mana-mana parti
Nazri saran Kit Siang balik jaga cucu, zaman sudah berlalu
Nazri tidak setuju hanya Melayu perintah negara
Tun M sama tahap diktator dengan Mugabe, kata Nazri
Sekretariat PH dan PPBM Kota Bharu dilancar Sabtu ini

Sekretariat Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) peringkat parlimen Kota Bharu akan dilancarkan dalam satu majlis makan malam yang akan diadakan di dewan perhimpunan Cina Kota Bharu 24 Disember ini.
Makan malam yang dianjurkan bersama Pemuda Amanah negeri Kelantan itu bakal dihadiri oleh pemimpin-pemimpin keempat-empat parti berkenaan.
Antara yang dijadualkan hadir di majlis itu ialah penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa, naib presiden Amanah Dr Mujahid Yusuf Rawa, pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin, bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan.
Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan dalam satu kenyataan berkata gerakan menentang ketidakadilan pemerintah amat memerlukan dana kewangan yang mencukupi.
"Bagi melancarkan lagi gerak kerja pilihanraya di peringkat Pemuda Amanah Kelantan, sumbangan semua pihak amat diperlukan kerana setiap pengorbanan yang dicurahkan oleh Pemuda bukanlah sekadar memerah kudrat,keringat dan air mata, bahkan melibatkan pelbagai kos yang pastinya memerlukan dana kewangan yang bukan sedikit.
"Majlis makan malam pemuda Amanah Kelantan ini adalah salah satu inisiatif Pemuda dalam menjana kewangan tanpa membebankan Amanah Negeri Kelantan untuk membiayai gerak kerja Pemuda, bahkan tidak pernah sekalipun Pemuda membuat tuntutan dana terhadap Amanah Kelantan bagi membiayai Pemuda dalam menjalankan gerak kerja membantu Amanah Kelantan sebelum ini.
Pemuda Amanah Kelantan katanya, sentiasa komited dalam membantu Parti Amanah Negara Kelantan dalam menjayakan hampir keseluruhan program dan acara yang dijalankan oleh Amanah Kelantan dalam usaha untuk mempromosikan Amanah kepada masyarakat awam.
PH tidak pernah bincang lantik Muhyiddin sebagai TPM, kata Saifuddin
Bagaimanapun, keputusan Lim Kit Siang mengumumkan Dr
Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri tidak melanggar
konsensus Pakatan

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berbincang untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri, kata Datuk Saifuddin Abdullah.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan bagaimanapun berkata, keputusan memilih Muhyiddin bukan di luar jangkaan pakatan itu.
“Ini kerana saya dapat lihat yang pimpinan PH menghormati Muhyiddin,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, tokoh DAP Lim Kit Siang mendedahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai perdana menteri, manakala Muhyiddin pula dilantik timbalannya, sekiranya PH dan PPBM memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
“Pandangan Kit Siang itu dibuat dalam kerangka PH. Bagi PH, calon perdana menteri kami adalah Anwar Ibrahim tetapi memandangkan ada kemungkinan yang beliau dibebaskan, justeru tidak dapat bertanding dalam PRU14.
“Maka, timbul idea tentang perdana menteri sementara. Saya kira Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara adalah praktikal kerana ia melanjutkan peranannya yang kini adalah ketua pembangkang, yang dipersetujui secara konsensus PH,” katanya.
Minggu lalu, selepas Mahkamah Persekutuan menolak semakan sabitan kes liwat, Anwar menyatakan akan berbincang dengan peguam bagi mendapatkan kebebasan dengan cara lain.
Kini, pilihan yang tinggal buatnya adalah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Tiga tuntutan Pas terhadap Sarawak Report ditakrif lapuk, gimik politik semata-mata
KUALA LUMPUR:
Dari sudut undang-undang, tiga tuntutan Pas di dalam surat mereka
kepada Sarawak Report baru-baru ini bolehlah ditakrifkan sebagai “lapuk”
dan hanya gimik politik semata-mata kerana isu ini telahpun tersebar
sekian lama dan “damage done” kepada reputasi Pas itu sendiri,
tegas Pengerusi Biro Kanun Amanah Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri
Asa’ad Khuzaimi.

Namun dalam kes ini, katanya, masa yang
terlalu lama diambil oleh Pas dalam menangani isu ini menjadikan rakyat
membuat tanggapan dan andaian yang negatif serta cenderung untuk
mempercayai kebenaran kenyataan Sarawak Report tersebut.
Tindakan Pas yang baru sahaja
menyerahkan “letter of demand” kepada Editor Sarawak Report, Clare
Rewcastle-Brown dalam isu RM90 juta yang dikatakan diterima oleh Pas
dari Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak, adalah satu tindakan yang
terlalu lembab dari sudut perundangan untuk menafikan dakwaan tersebut
setelah berbulan-bulan isu itu diviralkan dan menjadi perbualan ramai.
Memberitahu Amanahdaily, Ahmad
Zamri berkata, umum sudah mengetahui bahawa sejurus selepas isu tersebut
digemparkan oleh Sarawak Report, Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi
Awang telah mengeluarkan kenyataan untuk memfailkan saman dalam masa
yang terdekat bagi menafikan cerita tersebut.
Namun katanya, selepas berbulan-bulan ia
disebarkan ke serata dunia dan pelbagai soalan dan tekanan yang
diberikan, barulah pada minggu lepas Setiausaha Agung Pas, Dato
Takiyuddin Hassan memaklumkan kepada ramai bahawa Pas telahpun
mengarahkan peguamnya untuk menyerahkan surat tuntutan kepada Editor
Sarawak Report tersebut.
“Ia bolehlah disifatkan sebagai “too
late of the day” untuk Pas meremedi reputasi dan persepsi buruk yang
tertanam di minda orang ramai apabila Pas hanya dilihat mendiamkan diri
sekian lama dan tidak berbuat apa-apa,” kata beliau.
Ujar Ahmad Zamri lagi, sehingga kini pun
masih belum ada apa-apa tindakan mahkamah yang difailkan oleh Pas
terhadap Sarawak Report dan keadaan ini boleh memberikan persepsi umum
bahawa isu yang ditimbulkan oleh Sarawak Report tersebut barangkali ada
kebenarannya.
Kritik kepincangan proses pilihan raya bukan jenayah

Keputusan mahkamah membebaskan aktivis Safwan Anang hari ini menjadi penanda aras untuk anak-anak muda Malaysia bangkit menyuarakan kebenaran, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.
"Keputusan mahkamah membebaskan Safwan daripada pertuduhan Akta Hasutan juga jadi pendorong untuk anak muda berjuang demi masa depan yang lebih baik.
"Terlebih penting kritikan dan luahan tidak puas hati terhadap proses pilihanraya yang pincang kini jelas bukan satu jenayah," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini membebaskan Safwan daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.
Sehubungan itu, denda RM5,000 dan rayuan balas kerajaan yang dikenakan ke atas Safwan dibuang.
Shazni turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh pihak yang memberi kerjasama terhadap kes Safwan selepas ucapan bekas pemimpin mahasiswa itu pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kononnya menghasut.
"Tahniah diucapkan kepada semua pasukan peguam yang telah bertungkus-lumus dan rakan-rakan aktivis yang konsisten bersama saudara Safwan Anang daripada awal perbicaraan hinggalah berakhir dengan keputusan pembebasan sebentar tadi," jelasnya.
Bersih, Suaram mahu Suhakam siasat penahanan tanpa bicara
Dua NGO itu turut menggesa pemansuhan Sosma dan mahu
Suhakam menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia atas penahanan
tanpa perbicaraan.

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan penahanan tanpa perbicaraan.
Permintaan itu terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan 2 badan bukan kerajaan (NGO) itu kepada Suhakam.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa prosedur operasi standard (SOP) penahanan dan layanan terhadap tahanan menyaksikan pelbagai penyeksaan oleh pihak berkuasa.
“Kebanyakan mereka (tahanan) mengadu bukan sahaja penderaan mental, tetapi juga fizikal. Semua ini dimuatkan dalam laporan tahunan Suhakam tahun lalu.
“Ini sebabnya kami mahu inkuiri dimulakan Suhakam ke atas semua kes ini. Mereka yang ditahan mendapat layanan buruk tanpa akses kepada keadilan, peguam dan perbicaraan untuk mereka,” katanya di pejabat Suhakam di Menara Tabung Haji.
Maria ditahan selama 10 hari sejak 18 November lalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, di mana beliau diletakkan dalam kurungan berasingan di sebuah lokasi tidak diketahui.
Beliau berkata, penahanan tanpa perbicaraan seperti Sosma, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA), sering dijadikan jalan keluar mudah bagi pihak berkuasa.
“Walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, mereka kembalikan penahanan tanpa bicara melalui 3 akta berbeza. Ini tidak boleh berlaku,” katanya yang mahu 3 akta itu dimansuhkan kerana negara mempunyai undang-undang mencukupi untuk menangani keganasan dan jenayah.
Skandal 1MDB: Justo dibebaskan dari penjara Thailand hari ini

Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo yang
terpalit dalam siasatan skandal 1MDB telah dibebaskan dari penjara
Thailand.
Memetik laporan Reuters, Justo merupakan antara 150,000 banduan Thai dan asing yang mendapat pengampunan diraja oleh raja Thailand yang baharu, Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradevarangkun.
Justo akan dihantar pulang ke Switzerland, kata peguamnya.
Sejurus selepas dibebaskan, Justo yang berpakaian t-shirt putih, seluar pendek biru dan flip flop telah dibawa ke pusat tahanan imigresen di Bangkok dengan menggunakan van polis yang diiringi empat komando polis.
"Saya gembira dihantar pulang ke rumah," ujar Justo kepada Reuters ketika dalam perjalanan ke pusat tahanan tersebut. "Saya harap dapat sampai malam ini."
Justo dipenjara selama tiga tahun pada bulan Ogos 2015 selepas polis Thai berkata beliau mengaku memeras ugut dan cuba memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi International, sebuah syarikat minyak dan gas berpangkalan di Arab Saudi yang juga bekas rakan kongsi usaha sama 1MDB.
Sebelum ini, peguamnya Worasit Piriyawiboon memaklumkan mengenai pembebasan Justo setelah anak guamnya memenuhi syarat untuk pengampunan diraja kerana Justo mempunyai tempoh hukuman penjara kurang daripada setahun.
Raja baharu itu mengurniakan pengampunan diraja kepada banduan sempena baginda menaiki takhta baru-baru ini, berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Okt lalu.
Memetik laporan Reuters, Justo merupakan antara 150,000 banduan Thai dan asing yang mendapat pengampunan diraja oleh raja Thailand yang baharu, Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradevarangkun.
Justo akan dihantar pulang ke Switzerland, kata peguamnya.
Sejurus selepas dibebaskan, Justo yang berpakaian t-shirt putih, seluar pendek biru dan flip flop telah dibawa ke pusat tahanan imigresen di Bangkok dengan menggunakan van polis yang diiringi empat komando polis.
"Saya gembira dihantar pulang ke rumah," ujar Justo kepada Reuters ketika dalam perjalanan ke pusat tahanan tersebut. "Saya harap dapat sampai malam ini."
Justo dipenjara selama tiga tahun pada bulan Ogos 2015 selepas polis Thai berkata beliau mengaku memeras ugut dan cuba memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi International, sebuah syarikat minyak dan gas berpangkalan di Arab Saudi yang juga bekas rakan kongsi usaha sama 1MDB.
Sebelum ini, peguamnya Worasit Piriyawiboon memaklumkan mengenai pembebasan Justo setelah anak guamnya memenuhi syarat untuk pengampunan diraja kerana Justo mempunyai tempoh hukuman penjara kurang daripada setahun.
Raja baharu itu mengurniakan pengampunan diraja kepada banduan sempena baginda menaiki takhta baru-baru ini, berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Okt lalu.
Sudah jelas Akta Hasutan disalah guna, kata Safwan
Bekas aktivis pelajar itu berkata keputusan Mahkamah
Rayuan membebaskannya hari ini memberikan inspirasi untuk beliau terus
berkempen supaya Akta Hasutan dimansuhkan.

“Malah, kerajaan sepatutnya memansuhkan Akta Hasutan,” katanya kepada wartawan selepas keputusan sebulat suara dicapai di Mahkamah Rayuan yang membebaskannya daripada pertuduhan di bawah akta itu.
Safwan berkata keputusan itu memberikan inspirasi kepadanya untuk terus berkempen supaya Akta Hasutan dimansuhkan, sama seperti tindakan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
“Rakyat akan bangkit (memansuhkan Akta Hasutan) dan kami akan terus berkempen,” katanya.
Sementara itu, peguamnya Ariff Azami Hussein berkata penghakiman itu jelas menyatakan ucapan Safwan tidak menghasut dan pihak pendakwaan tidak ada kes terhadapnya.
“Malah, hakim perbicaraan di Mahkamah Sesyen sepatutnya membebaskan anak guam saya tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata ia keputusan yang baik kerana mahkamah mengukuhkan hak rakyat terhadap kebebasan bersuara.
Beliau berkata keputusan itu juga menghantar mesej jelas kepada hakim perbicaraan supaya jangan cepat menilai “ucapan kontroversi sebagai menghasut”.
RON95 akan naik, sila kembalikan subsidi, kata Rafizi
Ahli Parlimen Pandan itu berkata mengikut formula
penetapan harga oleh kerajaan, harga pasaran RON95 akan meningkat kepada
RM2.20 seliter susulan kenaikan harga minyak mentah sebanyak 18%.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata mengikut formula penetapan harga oleh kerajaan, harga pasaran RON95 akan meningkat kepada RM2.20 seliter susulan kenaikan harga minyak mentah sebanyak 18%.
“Sejak awal Disember, harga minyak mentah naik mendadak ekoran keputusan OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak) untuk mencatu pengeluaran minyak mentah,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Beliau turut menunjukkan carta Piawaian Minyak Mentah Brent yang menunjukkan harga minyak pada 19 Disember ialah AS$54.78 setong berbanding AS$46.38 setong pada 19 November.
“Kenaikan 18% ini tentu akan memberi kesan secara langsung terhadap harga pasaran RON95 yang akan ditetapkan kerajaan pada 1 Januari 2017. Prestasi ringgit yang lemah berbanding dolar AS memburukkan lagi keadaan.
Rafizi berkata pada masa sama, negara selaku pengeluar minyak turut mendapat keuntungan luar jangka daripada kenaikan harga minyak mentah.
“Maka Datuk Abdul Rahman Dahlan selaku menteri yang bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi perlu menyatakan secara terbuka sama ada kerajaan akan guna keuntungan itu untuk mengembalikan subsidi minyak atau tidak.
MRT: Najib boleh saman saya kalau fitnah, kata Rafizi
Rafizi berkata, hakikatnya penjimatan tidak berlaku, sebaliknya keseluruhan kos projek pembinaan MRT meningkat 2 kali ganda.

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mencabar perdana menteri menyamannya, jika dakwaan mengenai kos keseluruhan projek Mass Rapid Transit (MRT) akan melebihi RM100 bilion adalah fitnah.
Ahli Parlimen Pandan itu memberi tempoh 7 hari kepada Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian atau perdana menteri perlu memohon maaf kepada rakyat kerana mengelirukan mereka.
“Jika saya kata kos seluruh projek MRT akan cecah RM100 bilion adalah fitnah, MRT Corp, Najib dan seluruh jemaah menteri boleh saman saya. Kita boleh tengok bagaimana beliau terangkan kos tidak akan mencecah RM100 bilion.
“Beliau mengelirukan rakyat dengan berkata kerajaan jimat RM2 bilion bagi fasa pertama, tetapi tidak berterus-terang dengan kos keseluruhan projek yang dahulunya beliau kata RM40 bilion sahaja,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia, hari ini.
MRT Corp sebelum ini menafikan dakwaan Rafizi kononnya fasa pertama MRT1 Laluan Sungai Buloh-Kajang menelan belanja RM21 bilion, sebaliknya jumlah itu termasuk fasa kedua yang akan beroperasi pada Julai 2017.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut menafikan dakwaan Rafizi yang kos MRT adalah RM1 bilion untuk setiap km, sebaliknya beliau mempertahankan MRT Corp dengan berkata kos bagi kedua-dua fasa MRT1 berjumlah RM21 bilion.
Rafizi berkata, MRT Corp dan kerajaan persekutuan hanya bercakap mengenai MRT1 “secara berhati-hati”, sedangkan isu berbangkit ialah kenaikan kos untuk keseluruhan projek.
“Sehingga sekarang, perdana menteri atau mana-mana menterinya berdiam diri tentang kos projek MRT sepanjang 150km. MRT Corp secara berhati-hati hanya menyebut tentang MRT1.
“Jadi, bagaimana RM40 bilion boleh meningkat menjadi RM100 bilion. Dan mereka kekal membisu dalam isu ini,” kata naib presiden PKR itu.
Jom isytihar harta, Rafizi hantar "surat cinta" pada PM, menteri
Jom isytihar harta, Rafizi hantar 'surat cinta' pada PM, menteri.

Rafizi berkata dalam surat itu turut disertakan contoh borang pengisytiharan dan maklum balas untuk dikembalikan kepada Sekretariat Isytihar Harta Penjawat Awam Invoke Malaysia sebelum 20 Januari 2017.
Beliau turut membacakan surat itu yang dialamatkan kepada Datuk Seri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai antara “surat cinta” paling panjang pernah dihantarnya kepada perdana menteri.
“Saya menyeru Datuk Seri turut sama menyertai saya dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa yang sudah mengisytiharkan harta kami dengan kaedah sama,” katanya ketika membacakan surat itu.
“Terpulang kepada mereka untuk menggunakan contoh borang atau cara sendiri, asalkan ia dibuat dalam bentuk Akuan Berkanun dan memperincikan perbelanjaan, pendapatan, harta dan hutang bagi 2016 dan 2015 agar perbandingan boleh dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Rafizi berkata pengisytiharan melalui Akuan Berkanun membolehkan tindakan dikenakan terhadap mereka yang menipu dan boleh didakwa di bawah Akta Pengakuan Berkanun 1960.
Rafizi mengisytiharkan harta buat kali kedua pada 30 November lalu, manakala Mujahid berbuat demikian 9 Disember lalu.
Siapa di sebalik krisis Syria, Iraq?

Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.

Di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan ketua perisikannya terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.
Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang menjadi mangsa.
Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiah, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah.
Memajukan sains dan teknologi
Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan parti Baath yang berkrisis dengan parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan negara Arab khususnya negara teluk.
Almarhum Necmettin Erbakan mantan perdana menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin.

Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya.
Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria.
Alhamdulillah, al-Qaradawi tak mengecewakan umat
(Tulisan ini mengulas pendirian Dr al-Qaradawi bukan mengulas TGHH.
Baca dengan teliti beserta terjemahan kenyataan wakil al-Qaradawi)
Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!
Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatahlagi ulama di waktu ini ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab.
Iman, ehsan, ukhuwwah Islamiyyah dan kewarasan insan menolak hal ini.
Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu.
Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.
Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.
Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini.
Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.
Berikut terjemahan kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;
Kecaman Kunjungan Abdul Hadi Awang ke Iran
Kunjungan Timbalan Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).
Al-Ittihad
al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al-
'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah
Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib
Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti
Islam Malaysia ke Iran.
Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya.
Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!
Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatahlagi ulama di waktu ini ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab.

Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu.
Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.
Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.
Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini.
Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.
Berikut terjemahan kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;
Kecaman Kunjungan Abdul Hadi Awang ke Iran
Kunjungan Timbalan Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).

Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya.
Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.
Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

"Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak kelmarin.
Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.
Abdurrahman, kata Samsuri, adalah tokoh Sunni dan dilantik Yusuf.
Artikel dipadamkan
Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.
"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.
"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi," katanya.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.
Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.
Kewangan FGV tidak jejas undi Felda kepada BN - Prof Madya Awang Azman
Seorang penganalisis berkata, peneroka lebih bimbang mengenai isu perumahan dan bayaran uuntuk hasil dan kos sara hidup.

KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis politik menolak andaian Umno dan Barisan Nasional (BN) akan hilang sokongan peneroka Felda disebabkan keadaan kewangan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang semakin teruk.
Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, isu kewangan korporat hanya mempunyai sedikit tarikan buat pengundi luar bandar.
“Mereka yang kurang berpengetahuan dalam hal ekonomi tidak akan merasakan prestasi kewangan FGV memberi kesan kepada mereka.
“Jika kita lihat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, isu Felda tidak menjejaskan pembangkang walaupun ia banyak dimainkan,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang masalah FGV mungkin menyebabkan Umno kehilangan undi di kawasan Felda.
Awang Azman berkata, pengundi Felda lebih prihatin dengan isu seperti perumahan untuk peneroka generasi kedua, kelewatan bayaran tandan kelapa sawit dan kos sara hidup.
“Jika BN mahu mengekalkan sokongan peneroka Felda, kerajaan perlu mengambil langkah drastik dan strategik dengan segera untuk menangani isu ini,” katanya.
“Bagi peneroka, kebimbangan utama mereka ialah kos komoditi dan isu kehidupan harian,” katanya.
“Tidak ramai yang bimbang dengan prestasi FGV, kecuali mereka yang mungkin lebih cenderung kepada ekonomi.”
Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan semalam menyalahkan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad untuk masalah dihadapi gergasi sektor perladangan negara itu.
Beliau berkata, kerugian FGV bukan sahaja disebabkan harga minyak sawit yang rendah, tetapi juga kelemahan pengurusan.
HADI MESTI MOHON MAAF?
Penjelasan Pas berhubung pemergian Hadi Awang ke Iran.
Pemergian
TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad
Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan
dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dapat membawa suara
kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan
terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu
TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.
TGHH
juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami
iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas,
dengan hujah di atas. Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan
pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni
lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia
Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki,
Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil
dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.
Isu
yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini
adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan
insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi
oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan
gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS
Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program
berkenaan.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Dis. 2016
Penjelasan balas oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Lawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam.
Kesatuan
Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi
dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan
Syeikh Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan
Presiden Parti Islam SeMalaysia ke Iran baru2 ini.
KUIS
melahirkan rasa hairan terhadap masa lawatan itu, iaitu pada masa Iran
memainkan peranan jahat dan membunuh kekuarga kita di Halab / Aleppo
khasnya dan Syria amnya, di samping peranan dan ketamakan Iran terharap
wilayah2 kita termasuk Iraq dan Yaman.
Serentak
dengan bantahan ini, KUIS menganggap lawatan tersebut adalah lawatan yg
tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa
selain orang yang melaksanakannya. KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi
Awang menilai semula secara sendiri lawatan yang tidak direstui ini sama
ada pada sempenanya dan juga pada tempatnya!
Apabila
KUIS berusaha demi kesatuan umat Islam, ia mengambil pendirian yg jelas
terhadap ketamakan sektarian yang dilakukan Iran dari satu aspek, dan
ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang
mengalir di Halab / Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara,
pelarian daripada kalangan orang2 Syria di merata tempat.
19 Disember 2016.
Konflik
di Syria bukan saja berkaitan politik, tetapi sudah melarat kepada
konflik kemanusiaan. Majoriti penduduk Syria yang berfahaman Sunni telah
sekian lama ditindas oleh pemerintah Basyar Al Assad yang berfahaman
Syiah.
ISU CADANGAN PENGGABUNGAN AMANAH-KEADILAN
1. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat saya YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang melahirkan pandangan mengenai idea perlunya pergabungan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).
2. Untuk pengetahuan semua, AMANAH tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).
3. AMANAH bersama-sama rakan-rakan Keadilan dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan (PH). Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PH telah menjadikan peranan AMANAH dan semua parti-parti dalam PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.
4. Oleh yang demikian saya sebagai mewakili pimpinan dan ahli-ahli AMANAH merasakan isu pergabungan Amanah dan PKR tidak berbangkit sama sekali. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya.
Amanah Demi Negara
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
2. Untuk pengetahuan semua, AMANAH tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat dan dalam rangka kebangunan semula negara (nation-rebuilding).
3. AMANAH bersama-sama rakan-rakan Keadilan dan DAP menubuhkan Pakatan Harapan (PH). Sekarang ini dengan kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama PH telah menjadikan peranan AMANAH dan semua parti-parti dalam PH dan Bersatu semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional.
4. Oleh yang demikian saya sebagai mewakili pimpinan dan ahli-ahli AMANAH merasakan isu pergabungan Amanah dan PKR tidak berbangkit sama sekali. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya.
Amanah Demi Negara
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
MT enggan ulas bimbang tersilap, isyarat kerjasama Pas-Umno wujud

Beberapa
Ahli Majlis Tertinggi Umno enggan mendedah dan memberi komen tentang
kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan Pas, bimbang tidak
bertepatan dengan kehendak Presidennya, Dato’ Seri Najib Razak, sehingga
boleh merosakkan strategi Umno untuk berdepan dengan PRU14.
Menegaskan perkara ini, Ketua Amanah
Sabah, Hamzah Abdullah berkata, kemungkinan kerjasama Umno dengan Pas
itu cukup kuat dan maklumatnya tersembunyi rapi, sehinggakan Ahli Majlis
Tertinggi Umno pun risau untuk memberi sebarang kenyataan.

“Jadi mereka tak mahu campur. Biar hal
itu diuruskan oleh Presiden Umno. Nak buat kenyataan pun biar dibuat
oleh Najib sendiri sebab isu ini sangat sensitif,” ujar beliau kepada Amanahdaily.
Baru-baru ini, beberapa Ahli Majlis
Tertinggi Umno enggan mengulas pertanyaan pihak media mengenai
kemungkinan Umno mengadakan kerjasama dengan Pas.
Ditanya mengenai isu itu, mereka sebaliknya menyerahkan kepada Presiden Umno, Najib Razak untuk memberikan jawapan.
Mereka sependapat, hanya Najib yang juga Perdana Menteri boleh berbuat demikian.
“Biar PM tentukan, nanti kalau salah
jawab ‘mati’ saya,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk
Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di MARA Digital Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, juga mengambil pendekatan sama.
“Yang itu, saya serah kepada pucuk
pimpinan untuk ambil tindakan. Saya tidak ada apa-apa komen,” kata bekas
Ketua Penerangan Umno itu.
Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau memilih jawapan ‘berhelah’ bersulam jenaka.
Ketika diajukan soalan berkenaan, Jamil Khir menjawab: “Beri saya masa, sekarang waktu makan tengahari,” kata Jamil.
SUHAKAM: SOSMA langgar prinsip kebebasan hak asasi

Pesuruhjaya SUHAKAM, Profesor Datuk Dr Aishah Bidin berkata, pendirian itu secara konsisten dinyatakan suruhanjaya tersebut berdasarkan prinsip dan tuntutan hak asasi manusia yang wajar diperolehi masyarakat di negara ini.
Bagaimanapun katanya, pihaknya sukar meneruskan siasatan secara menyeluruh berhubung penggunaan akta sedemikian susulan kelewatan maklum balas polis membantu proses siasatan dibuat.
“Pendirian kami secara jelas dan konsisten menyatakan penggunaan akta-akta ini mencabuli tahap dan kebebasan hak asasi manusia negara ini.
“Bagaimanapun kami memerlukan penjelasan menyeluruh terhadap beberapa kes dan pelanggaran yang didakwa melanggari prinsip kebebasan itu.
“Kami mengalami kesukaran menjalankan siasatan kerana proses maklum balas itu terlalu perlahan dan menyukarkan kami,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pertemuan dan penyerahan memorandum bantahan akta tersebut oleh Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eskutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy di Pejabat SUHAKAM di sini, pagi ini.
Hadir sama, bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Dalam pertemuan itu, Maria mendedahkan pencabulan hak kemanusiaan dikenakan terhadapnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) melanggari prinsip keadilan sewajarnya sebagai rakyat Malaysia.
PAS saman Sarawak Report demi jaga maruah, kata Dr Mahfodz
Mahfodz berkata, PAS mengambil masa lebih 3 bulan
untuk membuat keputusan menyaman Clare, selain penasihat undang-undang
di London berpendapat peluang mereka menang adalah tinggi.

PETALING JAYA: Tindakan PAS menghantar notis tuntutan kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown bukannya gimik politik, sebaliknya ia keputusan untuk menjaga maruah pimpinan parti yang difitnah menerima dedak daripada perdana menteri, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Ketua Dewan Ulama PAS itu menyangkal dakwaan Datuk Zaid Ibrahim yang notis tuntutan itu adalah gimik politik dengan berkata, parti itu mengambil masa lebih 3 bulan untuk membuat keputusan, selain penasihat undang-undang di London berpendapat peluang mereka menang adalah tinggi kerana ada kes seumpamanya di negara berkenaan.
“Ia sebagai cara untuk membuktikan PAS tidak menerima dedak itu dan (menunjukkan ia) fitnah, maka sebab itu kita membuat keputusan menyaman Sarawak Report.
“Kerana bukan di Malaysia sahaja fitnah itu tersebar, bahkan di seluruh dunia. Takkan kita nak berdiam diri,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid berkata, keputusan PAS menghantar notis tuntutan kepada Clare bagi menuntut penarikan balik artikel yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak merupakan gimik politik.
Langgan:
Catatan (Atom)