Ahad, 18 Disember 2016

ECRL: MANA SATU BOLEH PAKAI, CAKAP MENTERI AGAMA ATAU MENTERI EKONOMI?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, Jamil Khir Baharom berkata, tidak timbul soal kerajaan tidak telus dalam perbelanjaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL apabila terdapat perbezaan jumlah kos sebanyak RM9 bilion berkaitan dengannya.

Ini kerana, katanya, jumlah kos RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) yang dinyatakan oleh syarikat China itu tidak termasuk kos tanah yang diambil bagi pembinaan projek tersebut.
"Memang RM55 bilion yang ditandatangani, China pula beritahu RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) untuk menyediakan ECRL.

"Dalam hal ini ramai yang persoalkan ke mana perginya RM9 bilion lagi. RM44 bilion (sebenarnya RM46 bilion) sebab nak siapkan keretapi dengan jalan, soal pengambilan tanah yang hendak dibuat, China tak bayar.

"Sebab itu jumlahnya berbeza," kata Jamil Khir lagi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kelab Alumni UMNO Luar Negara kali ke 15 di Kuala Lumpur.

Dalam beberapa kenyataan oleh Najib mengenai ECRL sebelum ini, beliau juga menyebut kosnya ialah RM55 bilion.
Pertikaian mengenai kos sebenar projek itu hanya muncul apabila laman web CCCC, syarikat China yang dianugerahkan projek itu menyebut jumlah kos yang ditandatangani oleh mereka dengan kerajaan Malaysia ialah RM46 bilion.

Menjelaskan kekeliruan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi atau EPU, Abdul Rahman Dahlan pada 9 November lalu mengatakan peningkatan kos sebanyak RM9 bilion itu kerana pertambahan jarak sejauh 88 kilometer daripada perancangan asal.

Menurut beliau, kerajaan pada mulanya hanya merancang laluan dari Tumpat ke Gombak sejauh 600 kilometer dengan kos lebih kurang RM46 bilion.

Kemudian, tambahnya, kerajaan memutuskan untuk meneruskan laluan sehingga ke Pelabuan Kelang supaya barangan boleh dihantar terus ke Pantai Timur.

UMNO, BN Lahirkan Empat Lagi Pemimpin Muda Menentangnya...

Jangan kata kerajaan pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak mempengaruhi penggantungan pengajian aktivis siswa, Anis Syafiqah Md Yusof dan rakan-rakannya.
Beliau digantung pengajian satu (1)  semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, Ogos lepas.
Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengakui  MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.

Tindakan menghukum ini secara tidak langsung melahirkan pemimpin muda yang akan menentang kerajaan berterusan, iaitu UMNO dan BN.
Mungkin keluarga mereka turut bersimpati dan ‘akan mengajar UMNO dan BN” dalam pilihan raya nanti.
Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.
Anis berkata, universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara.
Yang nyata Anis dan rakan-rakannya itu tidak akan berhenti setakat ini. “Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan,” katanya.

Digantung semester, aktivis siswa saman UKM

Asheeq Ali yang menyertai perhimpunan #TangkapMO1 berkata, hukuman dijatuhkan universiti bercanggah dengan Perlembagaan.
asheeq-ukm
SHAH ALAM: Aktivis siswa, Asheeq Ali Sethi Alivi memfailkan saman terhadap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ekoran tindakan menggantung pengajiannya selepas terlibat dalam perhimpunan #TangkapMO1 pada Ogos lalu.
Mahasiswa jurusan undang-undang tahun ke-3 UKM itu berkata, tindakan tersebut diambil kerana hukuman yang dijatuhkan terhadapnya tidak berasas dan bercanggah dengan Perlembagaan.
“Ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan panel perbicaraan UKM juga gagal membuktikan terdapat kes yang kukuh untuk mengambil tindakan.
“Saya mengambil tindakan guaman ini kerana proses rayuan dalaman UKM mengambil masa yang lama, sudah lebih sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap warga bebas bersuara dan menyatakan pendapat, berhimpun secara aman dan berpersatuan, namun Parlimen boleh menyekatnya jika mendapati perlu untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara.
Pada 15 November, UKM menjatuhkan hukuman gantung satu semester dan denda RM200 kepada Asheeq selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka, 27 Ogos lalu.

Kenyataan Jamil Khir bukti konspirasi dengan PAS, kata MCA

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA berkata, ia konspirasi politik untuk memintas hak negeri dan Majlis Raja-Raja.
ti-lian-ker-jamil-1
PETALING JAYA: Cara rang undang-undang Syariah kontroversi dibentangkan adalah bukti berlakunya konspirasi politik agar ia diluluskan, kata MCA.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Ti Lian Ker merujuk kepada komen Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Jamil Khir Bahrom yang dipetik portal berita, kerajaan berhadapan kesukaran membentangkan rang undang-undang itu sendiri kerana memerlukan sokongaan 14 negeri.
Justeru, ia dibentangkan sebagai rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Anda tidak boleh membawanya ke Persidangan Raja-Raja jika tidak mempunyai kata sepakat daripada 14 negeri, tetapi rang undang-undang persendirian memerlukan hanya satu negeri atau seorang untuk membentangkannya,” Jamil dipetik berkata dalam Malaysiakini.
Susulan itu, Ti memberitahu FMT yang kenyataan Jamil adalah bukti konspirasi politik untuk memintas hak negeri dan Majlis Raja-Raja.
“Ini ‘konspirasi politik’ yang merupakan pengkhianatan semangat konsesus Barisan Nasional (BN) dan tidak menghormati 14 negeri dan Raja-Raja Melayu yang tidak diambil pandangan mereka,” kata Ti.
Ti juga menolak kenyataan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan yang parti komponen BN tidak boleh membantah cadangan pindaan rang undang-undang persendirian apabila ia diambil alih kerajaan persekutuan.
Ahmad, dalam laporan berasingan Malaysiakini berkata parti komponen BN terpaksa menyokong rang undang-undang itu sebagai sebahagian keputusan pemerintah, yang sebelum ini ditolak parti komponen kerana ia dibentang pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, Ti berkata mana-mana rang undang-undang masih perlu dibincangkan dan dipersetujui BN, tidak kira sama ada ia rang undang-undang yang diambil alih atau dibentangkan kerajaan.

Parti komponen BN tak senang ‘arahan’ sokong RUU 355

Ketua Pemuda MIC juga memberi amaran kepada Umno agar tidak memperkecilkan parti komponen BN yang lain demi untuk menggembirakan PAS.
siravarjh-mic-1
PETALING JAYA: Tidak semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kewajipan untuk bersetuju dengan rang undang-undang Syariah kontroversi yang nampaknya disokong Umno, kata ketua Pemuda MIC.
Bercakap kepada FMT hari ini, C Sivarraajh berkata dalam negara pelbagai kaum, Umno mesti menghormati pandangan sekutunya dalam gabungan BN yang mentadbir negara.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini di mana Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN perlu menyokong apabila kerajaan mengambil alih rang undang-undang persendirian.
Ahmad berkata parti komponen BN wajib menerimanya sebagai sebahagian daripada keputusan pemerintah.
Ahmad bercakap tentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang dicadangkan pemimpin PAS dan disokong Umno, yang kini mempunyai hubungan mesra di antara kedua-duanya.
Umno menyokong pembentangan pindaan rang undang-undang yang akan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dan memberi kuasa kepada mereka untuk menjatuhkan hukuman lebih berat.
Sivarraajh berkata Umno perlu memberi penerangan sewajarnya kepada parti komponen BN mengenai perkara itu.
“Ahmad perlu bertanggungjawab menjelaskan rang undang-undang dan bukan semata-mata mengharapkan parti komponen mematuhinya. Jangan memperkecilkan kami hanya kerana anda ingin menggembirakan PAS. Kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata kenyataan Ahmad adalah salah pada dasarnya kerana tiada pihak boleh dipaksa untuk menyokong mana-mana rang undang-undang.
“Peraturan Mesyuarat terpakai kepada ahli Parlimen secara individu dan bukan keseluruhan parti,” katanya kepada FMT hari ini.

Ahli MT elak ulas isu pakatan PAS, Umno

Beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini mengambil jalan selamat dan enggan mengulas mengenai kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan PAS.
Ditanya mengenai isu itu, mereka sebaliknya menyerahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan jawapan.
Mereka sependapat, hanya Najib yang juga perdana menteri boleh berbuat demikian.
"Biar perdana menteri tentukan, nanti kalau salah jawab 'mati' saya," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di MARA Digital Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, juga mengambil pendekatan sama.
"Yang itu, saya serah kepada pucuk pimpinan untuk ambil tindakan. Saya tidak ada apa-apa komen," kata bekas ketua penerangan Umno itu.
Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, beliau memilih jawapan 'berhelah' bersulam jenaka.
Ketika diajukan soalan berkenaan, Jamil Khir menjawab: "Beri saya masa, sekarang waktu makan tengahari," kata Jamil.
Ahmad dan Jamil Khir berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara kali ke 15 di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur hari ini.
AMANAH, BERSATU berpotensi
Pada 15 Disember lalu Malaysiakini melaporkan pandangan bekas naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, yang meramalkan parti berkenaan hanya ada dua pilihan untuk selamat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kata Mahfuz, PAS dan Umno perlu mengelak bertembung sesama sendiri sebagai strategi politik dan mengelak peralihan undi di kalangan penyokong mereka.
Kata anggota parlimen Pokok Sena itu PAS dan Umno merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.
Kata Mahfuz pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.
Untuk makluman, krisis dalam PAS dan Umno menerbitkan dua parti baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berpotensi memberi kesan pada jumlah undian masing-masing pada pilihan raya.

Khairy letak jawatan cuma 'cakap kosong'

Jangan buat spekulasi PH permainkan PPBM, tegas Mukhriz

Tun M puji "keberanian" Anis Syafikah

"Pengkhianat bangsa" Tun M cabar Najib berdebat

Anggaran Kos Keseluruhan Projek MRT Mencecah RM124 Bilion Sedangkan Najib Mendakwa Kos Hanya RM40 Bilion

Seperti yang saya sangka, kenyataan bertubi-tubi menyerang saya mengenai isu kos keseluruhan projek MRT yang saya timbulkan menunjukkan bahawa dakwaan saya bahawa kos keseluruhan akan mencecah RM100 bilion ada kebenarannya.
Terbaru, MRT Corporation Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan bahawa kos RM21 bilion yang dirujuk oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan MRT1 (jajaran Sungai Buloh – Semantan – Kajang) adalah kos bagi keseluruhan MRT1, bukannya kos di antara stesen Sungai Buloh ke Semantan sahaja.
Saya menghargai pengesahan oleh MRT Corporation itu kerana ia memudahkan Ahli Parlimen seperti saya menjalankan amanah saya dengan berkesan sekiranya Parlimen dimaklumkan dengan terperinci pecahan kos, proses anugerah tender, kemajuan pelaksanaan berbanding dengan peruntukan yang diluluskan dan sebagainya.
Malangnya perkara ini tidak pernah berlaku dan Ahli Parlimen seperti saya terpaksa menyemak pelbagai laporan dari sumber berita semata-mata. Laporan-laporan berita mengenai pelancaran MRT1 oleh Dato’ Seri Najib pada 15 Disember yang lalu tidak menyatakan secara terperinci sama ada kos RM21 bilion (dan penjimatan RM2 bilion yang diwar-warkan) merujuk kepada stesen-stesen yang telah dibuka atau pun keseluruhan MRT1. Oleh kerana itulah sejak tahun 2011 saya telah mempersoalkan proses pelaksanaan projek MRT yang tidak telus dan mempunyai risiko kewangan yang tinggi, seperti penulisan saya di dalam The Edge bertajuk “The MRT: Old Habit Dies Hardhttp://rafiziramli.com/2011/01/the-mrt-old-habit-dies-hard/
Sementara perbezaan kos purata setiap km berbeza bila mana kos RM21 bilion merujuk kepada jajaran penuh MRT1 sepanjang 51 km, ia sedikit pun tidak mengubah 2 perkara paling pokok yang saya timbulkan iaitu:
1. Kos keseluruhan MRT bagi 150 km akan mencecah RM100 bilion sedangkan semasa mengumumkan projek ini dalam tahun 2010 (yang dimasukkan di dalam ucapan Belanjawan 2011 beliau), Dato’ Seri Najib mengumumkan bahawa kos hanyalah RM40 bilion
2. Jika kos bagi 51 km dari keseluruhan projek MRT (iaitu satu pertiga dari keseluruhan 150 km) sudah pun mencecah RM21 bilion berbanding dengan kos asal yang diumumkan iaitu RM40 bilion, sudah tentu tiada penjimatan yang telah dicapai. Malah, saya akan tunjukkan di bawah bahawa kos keseluruhan telah meningkat dua kali ganda!
Sebab itu alat propaganda Umno sejak semalam bermati-matian cuba menunjukkan saya “memfitnah” Dato’ Seri Najib sekali lagi untuk menutup dua perkara ini yang lebih besar.
Berdasarkan maklumat yang ada setakat ini, saya anggarkan bahawa kos keseluruhan projek MRT meliputi 150 km (seperti yang diumumkan Dato’ Seri Najib dalam tahun 2010) akan mencecah sekitar RM124 bilion apabila siap sepenuhnya.
Anggaran kos itu adalah berdasarkan analisa dan pecahan seperti berikut:
MRTI (JAJARAN SUNGAI BULOH – SEMANTAN – KAJANG)
Pembinaan melibatkan jajaran bawah tanah sepanjang 9.5 km dan atas tanah sepanjang 41.5 km. Kos yang telah diumumkan ialah RM21 bilion. Dari jumlah RM21 bilion ini, sebanyak RM8.2 bilion kos adalah untuk jajaran bawah tanah sepanjang 9.5 km (seperti yang diumumkan oleh kontraktor MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd di http://mymrt-underground.com.my/tunnelling-information/about-kvmrt/).
Oleh itu, anggaran kos per km bagi pembinaan bawah tanah dan atas tanah adalah seperti berikut:
Kos per km (atas tanah) = RM308 juta per km
Kos per km (bawah tanah) = RM863 juta per km
MRT2 (JAJARAN SUNGAI BULOH – SERDANG – PUTRAJAYA)
Pembinaan melibatkan jajaran bawah tanah sepanjang 13.5 km dan atas tanah sepanjang 38.7 km. Kos yang telah diumumkan ialah RM32 bilion (rujuk pengumuman oleh MRT Corp Sdn Bhd pada 14 September 2016 http://www.thesundaily.my/node/394710)
Menggunakan kos MRT1 sebagai asas kos, untuk mengenal pasti pecahan kos per km dan peratusan kenaikan kos (kerana projek ini bermula pada tahun ini dan dijangka siap dalam tahun 2022, oleh itu kos barang dan perkhidmatan adalah lebih mahal berbanding MRT1), formula berikut boleh digunakan:

Kos RM44 bilion ECRL tak termasuk nilai tanah kata Menteri Umno

Tidak timbul soal kerajaan tidak telus dalam peruntukan perbelanjaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) apabila terdapat perbezaan jumlah kos sebanyak RM9 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini kerana jumlah kos RM44 bilion yang dinyatakan kerajaan China tidak termasuk kos tanah yang diambil bagi pembinaaan projek itu.
"RM55 bilion yang ditandatangani, China pula beritahu RM44 bilion untuk menyediakan ECRL.
"Dalam keadaan ini ramai persoalkan mana pula perginya RM9 bilion lagi seperti yang diumumkan.
"Memang ikatan (perjanjian) dengan China diumum RM44 bilion sebab nak siapkan kereta api dengan jalan, soal pengambilan tanah yang hendak dibuat, China tak bayar. Sebab itu duit yang diumumkan kerajaan harganya berbeza dan juga dengan China berbeza.
"Sebab mana pula orang nak bagi tanah percuma untuk buat jalan kereta api dan laluan kereta api sudah ada cuma nak tambah laluannya saja," kata Jamil Khir ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara kali ke 15 di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Kata Jamil, kos itu juga berbeza kerana mengambil kira dari segi topografi atau bentuk muka bumi.
"Apatah lagi laluan kereta api ini akan melalui banjaran Titiwangsa di mana terdapat terowong sepanjang 50 kilometer.
"100 kilometer pula banjaran-banjaran yang terpaksa dilalui dengan jejambat dan segala macam sebab kereta api nak lalui bukit-bukit yang ada untuk menghubungkan banjaran ini. Yang itu kita kena faham," kata Jamil.

Politik Bolasepak: 87.5% setuju tindakan MB, mahu FAS dirombak

87.5 peratus atau 84 responden menjawab “tidak setuju” dengan kenyataan “Barisan Exco FAS yang ada hari ini perlu dikekalkan kerana mempunyai pengalaman luas dan banyak berjasa kepada kejayaan bola sepak Selangor”.
Dalam soalan sama dalam kaji selidik secara online itu turut mendapati sebanyak 12.5 peratus atau 12 responden lain menjawab “tidak pasti” dan tiada responden menyatakan “setuju”.

RED-GIANTS-660x471Sebanyak 87.5 peratus responden kaji selidik ‘Sikap Penyokong Bola Sepak Selangor Berhubung Kemelut Membabitkan FAS’ itu turut “setuju” dengan langkah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak menyalurkan dana kepada FAS supaya persatuan bola sepak negeri itu mampu berdikari menjana pendapatannya sendiri.
Sementara itu dalam kaji selidik dijalankan SelangorKini melibatkan 96 responden itu mendapati hanya 6.25 peratus atau 6 responden menyatakan “tidak setuju” dengan langkah sama dan 6.25 peratus (6 responden) lagi menjawab “tidak pasti”.
Bagi soalan menyentuh langkah PKNS FC menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) bagi memastikan kelab itu dapat menyertai Liga Malaysia 2017 (Liga M 2017) pula sebanyak 84.37 peratus “setuju” (81 responden), 4.16 peratus (4 responden) “tidak setuju” dan 11.45 peratus (11 responden) lagi menjawab “tidak pasti”.
Apabila diminta memilih jalan penyelesaian kemelut bola sepak Selangor berdasarkan keutamaan pilihan responden, sebanyak 37.5 peratus (36 responden) memilih “penyokong perlu bersedia memberi sokongan padu kepada PKNS FC.
Ia andainya PKNS FC menjadi pasukan tunggal mewakili Selangor dalam kempen Liga M 2017 sebelum pasukan Selangor kembali beraksi dengan wajah baru pada musim akan datang”.
Sebanyak 25 peratus (24 responden) memilih “Selangor FA perlu diswastakan sebagai sebuah kelab profesional tetapi tidak bergabung dengan PKNS FC supaya kedua-dua pasukan menyertai Liga M sebagai kelab berbeza” sebagai jalan penyelesaian pilihan utama mereka.

Politik Bolasepak: TMJ, Annuar Musa saling ‘menyerang’

Tunku Ismail menyerang ketua penerangan Umno sebagai pemimpin yang gagal dan nasihatnya tidak akan diterima.
tmj-annuar-musa-kelantan-fa
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang “gagal memimpin”.
“Saya tidak perlu menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal memimpin,” katanya dalam laman Facebook, merujuk Annuar sebagai “Tan Sri”.
Ia susulan kenyataan awal Annuar yang mengatakan TMJ perlu memutuskan sama ada beliau mahu menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak memimpin FAM melalui proksi.
TMJ menegaskan Annuar membawa Persatuan Bola Sepak Kelantan ke dalam masalah kewangan walaupun menerima suntikan tunai sebanyak RM16 juta daripada tajaan Vida Beauty. Bulan lepas, Annuar meletak jawatan sebagai presiden persatuan itu.
TMJ menulis, “Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang untuk melangsaikan semua hutang anda. Sebaliknya, anda membuat keputusan eksekutif dengan mengambil khidmat jurulatih asing baru serta 3 pemain asing tambahan.
“Dengan keputusan ini, orang yang menjadi mangsa adalah pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka. Keutamaan harus diberikan kepada pemain tempatan dan bukan warga asing.”
Annuar memberi respons kepada kenyataan itu dalam laman Facebook beliau sendiri hari ini, berkata terdapat juga pengajaran yang boleh dipelajari daripada pemimpin yang gagal.
“Dari orang yang berjaya ada sesuatu yang boleh dipelajari…dan dari orang yang gagal juga mungkin banyak yang boleh dimanfaati,” katanya tanpa merujuk kepada TMJ.
“Yang penting dalam hidup ini biarlah bersederhana dan sedia dinasihati dan menasihati asal nasihat itu jujur dan baik. Namun, ada kalanya diam itu lebih dari daripada berkata-kata.”

PRU14: PH gabung calon berprofil tinggi dan pemimpin tempatan di Johor


Pakatan Harapan akan menggunakan taktik gabungan calon berprofil tinggi dengan pemimpin tempatan bagi memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di negeri Johor.
Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee berkata calon berprofil tinggi tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kami akan panggil beberapa pemimpin pusat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan satu kawasan yang kami kenal pasti adalah Parlimen Pasir Gudang manakala bagi kerusi DUN pula, kami akan tempatkan pemimpin tempatan yang benar-benar boleh melaksanakan tugas mereka.
"Strategi ini penting kerana kami lihat negeri Johor sebagai negeri utama dalam memastikan kemenangan besar kepada Pakatan Harapan dan untuk mencapai kemenangan tersebut, kami perlu berkorban," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan 'Back to School' di Pasaraya Sakan Seri Alam, Johor Bahru.
Tambahnya, Pakatan Harapan sentiasa mengalu-alukan mana-mana calon parti komponen pembangkang untuk tampil dan bertanding di negeri Johor.
"Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin telah menyatakan kesediaan beliau untuk meninggalkan kerusi Parlimen Ampang yang disandang bagi bertanding di mana-mana negeri termasuk Johor sebagai usaha memenangi PRU akan datang. Jadi, kalau kami dapat mengumpulkan dua atau tiga calon berprofil tinggi di Johor, saya lihat kemenangan untuk kita bukan menjadi satu masalah.

Pemuda Umno cabar Zuraida bertanding di Parlimen Tebrau

JOHOR BAHRU - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dicabar untuk bertanding di Parlimen Tebrau jika beliau benar-benar yakin mampu membantu Pakatan Harapan untuk menawan Johor pada PRU14 nanti.
Cabaran itu dilaungkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berdasarkan kepada 'keberanian' Ahli Parlimen Ampang itu untuk bertanding di mana-mana negeri ini pada PRU akan datang.
Ketua pemudanya, Datuk Syahrin Md Jamaluddin Menurut beliau, kerusi Parlimen Tebrau dilihat sesuai kepada Zuraida kerana ia memang milik PKR dan komposisi pengundi di kawasan berkenaan juga agak seimbang dan pastinya ia memberi satu cabaran kepada setiap calon.
"Marilah bertanding di Parlimen Tebrau kerana dia (Zuraida) berkeyakinan mampu untuk mengatasi kekuatan Umno dan BN di Johor. Pemuda Umno Tebrau membuka pintu seluas luasnya kepada Ahli Parlimen Ampang ini.
"Saya nampak kerusi ini paling sesuai untuk Zuraida kerana memandangkan Parlimen Tebrau cukup seimbang dari segi pecahan kaum pengundi," katanya.
Syahrin meluahkan cabaran itu berikutan Ahli Parlimen Ampang itu bersedia melepaskan kerusi Parlimen Ampang yang disandangnya bagi bertanding di mana-mana negeri yang ingin ditawan Pakatan Harapan termasuk Johor pada PRU14.
Zuraida berkata, kejayaan Pakatan Harapan menawan Johor sebagai 'front-line' pada pilihanraya akan datang bermakna kejayaan menawan Putrajaya sekali gus menumbangkan BN.

Tak timbul soal kerusi Pas atau Amanah - Mat Sabu

Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan Pas yang sesiapa jua boleh bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.
Tidak timbul istilah kerusi Pas, Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika menyanggah kenyataan demikian berkata, apabila Parlimen dibubar, Pas perlu tahu yang tidak ada pihak mempunyai hak mutlak ke atas mana-mana kerusi.
Oleh itu, katanya, rakan pembangkang dalam Pakatan Harapan bebas bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan persetujuan tersebut.
“Siapa pun boleh bertanding (di mana-mana kerusi), termasuk kerusi di Pekan (milik Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Amanah tetap bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan persetujuan yang diputuskan dalam Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Strategi pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN hanya dapat dicapai jika kerusi Pas tidak diusik, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, parti pembangkang lain boleh berbincang untuk bertanding di kerusi-kerusi lain.

Wan Azizah jadi PM umpama jenaka politik kata MT Umno

ALOR SETAR - Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyebut bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu jenaka politik yang melucukan.
Wan Azizah Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini kerana proses untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sebaik mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, bukanlah perkara mudah.
"Matlamat tersebut sangat tidak realistik. Bayangkan bila sudah mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Wan Azizah perlu kosongkan kerusi, buat pilihan raya kecil dan banyak lagi proses yang pasti bukannya sekejap," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Pelajar Program Puncak Pembina di sini, hari ini.
Media tempatan melaporkan, pada majlis di Pulau Pinang baru-baru ini, Kit Siang dilaporkan mencadangkan Dr Wan Azizah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika pembangkang memenangi PRU akan datang.
Mahdzir, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pembangkang kini cuba membuat helah kepada rakyat dengan menunjukkan kononnya mereka boleh memimpin sekiranya diberi peluang memegang tampuk pemerintahan.
Bagaimanapun, jelas Mahdzir, kenyataan bercanggah daripada setiap parti pembangkang mengenai siapa calon perdana menteri yang layak sekiranya mereka menang PRU akan datang, jelas menunjukkan tiada keyakinan sesama mereka.

Ahmad Maslan: Komponen BN tak boleh kata tidak pada Akta 355

Komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi boleh berkata tidak kepada rang undang-undang persendirian (RUU) yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai Akta 355.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana rang undang-undang itu selepas ini akan dibentangkan sendiri oleh kerajaan selaku pemerintah negara.
"Sebelum ini kita dengar MCA tak suka dengan RUU 355, MIC menentang RUU355, Gerakan juga menentang RUU 355.
"Apabila kita tanya kenapa mereka menantang? Mereka jawab macam mana kami tak tentang, sebab Hadi Awang yang bawa.
"Jadi selepas ini Datuk Seri Jamil Khir yang bawa dan kita akan sokong beliau. MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain tidak boleh kata tidak bila kerajaan bawa RUU 355," katanya.
Ahmad berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara kali ke 15 di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Ikat perpaduan Umno, PAS
Beliau yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan Industri berkata langkah tersebut adalah pengikat perpaduan antara Umno dan PAS.
"Ia (RUU) adalah satu pengikat antara perpaduan kita dengan PAS dan ia adalah satu perkara yang bila diangkat di Padang Masyar nanti kita tidak mahu ditanyakan apakah yang kita buat tentang perkembangan Islam di Malaysia, kita tak boleh nak jawab kalau kita tak sokong akta 355," tegas Ahmad.
Sehubungan itu, Ahmad menegaskan beliau selaku anggota parlimen Pontian akan menyokong akta itu seratus peratus.
Awal Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan persekutuan akan "mengambil alih"  RUU yang dibawa Hadi bagi meminda Akta 355.
Najib bagaimanapun ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno tidak menjelaskan bagaimana RUU itu bakal "diambil alih" oleh kerajaan.
Kerajaan ikut SOP

Pemerhati ramal Najib pilih Oktober adakan PRU14

Pemerhati politik berpendapat, April dan Mei juga adalah 2 "slot jelas" yang sesuai untuk mengadakan PRU14.
najib-election
PETALING JAYA: Penganalisis percaya Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Oktober tahun depan, jika bukan pada April atau Mei nanti.
Ini adalah dapatan akhbar Singapura, The Straits Times akhbar hasil tinjauan ke atas beberapa pemerhati politik yang menjangkakan PRU14 akan diadakan pada Oktober nanti.
Alasan mereka ialah perdana menteri mahu menggunakan faktor “feel good” temasya Sukan SEA, Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Bajet 2018 yang biasanya diumumkan pada Oktober.
Penganalisis dari Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim dipetik akhbar itu menjangkakan PRU14 akan diadakan pada akhir Oktober dan mungkin awal November.
“Kejayaan dalam Sukan SEA, sambutan besar-besaran dan gula-gula Bajet; naratifnya ialah jika anda mahu semua ini, undilah kami,” katanya.
Menurut akhbar itu, secara tradisionalnya, April atau Mei adalah masa sesuai untuk mengadakan PRU kerana PRU tidak pernah diadakan pada atau selepas bulan puasa, atau ketika musim tengkujuh pada akhir tahun.
Sehubungan itu, pemerhati politik berpendapat, April dan Mei adalah 2 “slot jelas” yang sesuai untuk mengadakan PRU14.
Felo Institute of Southeast Asian Studies, Dr Mustafa Izzudin berkata, Najib akan mengadakan PRU14 berdasarkan 2 faktor utama.
“Daripada segi sosial, Najib akan terus menekankan perpaduan dan ketuanan Melayu, di samping penguasaan Islam.
“Beliau akan mengadakan pilihan raya apabila beliau percaya 2 penekanan di atas itu berjaya membantu menguatkan sokongan akar umbi Melayu untuk memberi kemenangan kepadanya pada PRU.”
PRU14 perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018.

Pengangguran siswazah meruncing...kenapa??

DUA tajuk berita minggu ini cukup menarik untuk dibincangkan dan didalami kesannya. Satu berlaku di Malaysia dan satu lagi di luar negara. Kedua-duanya mengenai isu yang sama, iaitu krisis guna tenaga.
Berita dalam negara yang disiarkan akhbar The Sun menyentuh kadar pengangguran yang semakin meningkat, khususnya dalam kalangan siswazah.
Saya telah banyak kali mengulas mengenai hal ini tetapi apa yang memeranjatkan ialah keadaan menjadi bertambah meruncing dengan begitu cepat.
Berita dari luar negara pula berupa kenyataan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mengenai beban pengangguran dunia yang dijangka berterusan buat satu jangka masa panjang.
Laporan dalam negara yang memetik butir-butir daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah memuncak pada September lalu, kepada 34 peratus berbanding 30 peratus tiga tahun lalu.
Ini bermakna 34 orang daripada setiap 100 lulusan universiti atau seorang dalam tiga tidak mempunyai pekerjaan. Berdasarkan anggaran tenaga buruh seramai 14 juta orang, hampir setengah juta gagal mendapatkan pekerjaan. Daripada jumlah itu, 25 peratus berkelulusan universiti.
Apa yang sangat-sangat membimbangkan adalah tatkala pasaran buruh menguncup akibat kelembapan ekonomi, bilangan yang lulus universiti pula meningkat setiap tahun.
Perangkaan ini menunjukkan ekonomi negara menjadi semakin buruk sejak tiga tahun lalu akibat faktor dalam dan luar negara.
Kadar pengangguran siswazah hari ini mungkin lebih tinggi daripada mana-mana jangka masa ekonomi negara mengalami kelembapan misalnya pada pertengahan tahun 1980-an apabila kerajaan memperkenalkan skim latihan siswazah menganggur.
Di bawah skim itu, siswazah diambil bekerja oleh jabatan dan agensi kerajaan dengan elaun bulanan RM500 dan diberikan latihan. Banyak syarikat swasta turut membantu dengan mengadakan skim yang serupa walaupun upahan dan bentuk latihannya berbeza. Skim yang lebih kurang sama dilancarkan pada 2011 bertujuan membantu siswazah yang menganggur mendapat pekerjaan.
Bagaimanapun, memandangkan semakin ramai siswazah gagal mendapat pekerjaan, maka keberkesanan program itu tidaklah sebaik rancangan sebelum, di mana boleh dikatakan semua siswazah akhirnya mendapat pekerjaan.
Laporan itu mengatakan majikan menyalahkan kadar pengangguran siswazah yang semakin meningkat itu kepada ketidakseimbangan di antara bilangan jawatan baharu yang diwujudkan dengan bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh, selain sikap memilih kerja oleh sesetengah siswazah.
Banyak majikan kurang berminat mengambil graduan baharu kerana kecenderungan mereka melompat kerja semata-mata untuk mencari gaji lebih baik tanpa memikirkan soal latihan dan pengalaman.
Majikan yang ditemu ramah memberi amaran bahawa tanda-tanda menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah akan meningkat lagi tahun depan berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi.

Usaha kerjasama PKR, PPBM dengan Pas wajar dijayakan

Oleh MUAMMAR QADDAFI
Walaupun perjanjian persefahaman Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditandatangani yang bakal menyaksikan pertandingan satu penjuru sesama mereka pada PRU14 akan datang, usaha mengelakkan tiga penjuru antara parti-parti pembangkang termasuk Pas masih wajar dijayakan.

Tiga penjuru sememangnya sudah tidak dapat dielakkan pada PRU ke 14 akan datang, pertembungan antara BN, Pakatan Harapan, dan blok ketiga adalah perkara yang hampir pasti berlaku, namun jika wujud sekurang-kurangnya kerjasama politik antara PKR dan Pas, juga PPBM dan Pas, jumlah pertembungan tiga penjuru dapat dikurangnya, kata pepatah, "tak dapat rebung, akarnya jadilah". Contohnya, jika PKR bakal bertanding 99 kerusi, maka 97 kerusi PKR boleh memfokuskan dua penjuru melawan BN (Permatang Pauh dan Kuantan tidak dikira kerana pihak Pas di kedua kawasan sudah mengumumkan untuk letak calon), begitu juga dipihak PPBM, kerjasama politik dengan Pas akan membantu sekurangnya 20-30 kerusi calon PPBM menentang BN tanpa gangguan dari pihak Pas.
Kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, ia bermakna sekurangnya 130 kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan dan PPBM tidak akan melibatkan 3 penjuru kecuali di lebihan kerusi yang akan ditandingi AMANAH dan DAP.
Di pihak DAP, penyertaan Pas pastinya sangat dialu alukan untuk memecahbelahkan undi orang melayu, DAP yang umumnya bertanding di kerusi majoriti cina pastinya akan mempunyai kelebihan sekiranya perkara ini berlaku. Kita boleh lihat respon DAP apabila Pas mengumumkan akan meletak calon mereka di kerusi DAP, tidak ada seorang pun pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan menentang dan menolak penyertaan itu. Jadi, tambahan dari 130 kerusi (PKR & PPBM) sejumlah 180 kerusi boleh dikatakan Pakatan mampu bergerak selesa sekiranya Pas benar bersetuju bekerjasama dengan PKR dan PPBM.

PRU14: TIGA PENJURU PUN BOLEH MEMBUATKAN NAJIB KECUNDANG JUGA

Berdasarkan congakan di atas kertas dan sifir matematik yang mudah, sesiapa pun akan mengatakan pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang bakal menzahirkan kepada dua kemungkinan.

Pertama, UMNO dan BN akan mendapat kelebihan serta mampu terus mengekalkan kuasanya sebagai kerajaan.

Kedua, Pas bakal memenangi lebih banyak kerusi dan lebih terdedah kepada kemungkinan menjadi kuasa penentu kepada BN dan Pakatan Harapan jika masing-masing kekurangan kerusi untuk membentuk kerajaan.

Hampir tidak ada yang menaruh keyakinan bahawa pertandingan tiga penjuru akan turut sama memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan yang kini telah bekerjasama secara rasmi dengan PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Rata-ratanya mengatakan pertandingan tiga penjuru hanya memusnahkan harapan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dan menyingkirkan Najib Razak.

Atas sebab yang samalah maka PPBM masih berusaha untuk memujuk Pas agar sedia bekerjasama dan menjadikan formula satu lawan satu melawan BN menjadi kenyataan.

Atas sebab yang sama jugalah Najib dan UMNO begitu membelai dan menjaga hati Pas agar parti itu kekal dengan pendiriannya ingin bersendirian.

Sehingga ini, bekerjasama atas nama Islam seperti Akta 355 atau Rohingya adalah antara pendekatan Najib dan UMNO terhadap Pas untuk menjarakkannya daripada bersama pembangkang dan agar terus bertanding sebagai blok ketiga.

Krisis keyakinan kronik kata Tun Daim Zainuddin

Tun Daim ZainuddinSAYA telah diminta berkongsi pandangan mengenai isu struktural yang dihadapi oleh negara kita dan apa yang boleh dilakukan berkaitan dengannya.
Saya amat keberatan untuk menurunkan pemikiran saya dalam bentuk tulisan atau berkongsi pandangan saya dengan masyarakat.
Sejak bersara, saya menjauhkan diri daripada perbincangan terbuka. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan mengembara. Namun keadaan telah berubah dan kita sedang mengalami krisis yang sangat teruk.
Saat ini, jelas terdapat isu struktural jangka panjang yang mungkin memberi kesan kepada hala tuju kita ke arah status negara maju.
Ini termasuklah isu pendidikan, pasaran buruh, dasar fiskal kewangan kerajaan, pertumbuhan inklusif dan kemapanan ekonomi.
Bagaimanapun, apa yang negara kita perlukan pada masa ini adalah usaha untuk menangani perkara yang lebih asas walaupun sukar untuk diselesaikan.
Seperti telah saya katakan berulang kali, apa yang perlu kita tangani sekarang adalah defisit keyakinan yang kronik. Untuk mengatasi defisit itu kita mesti tahu asal-usul permasalahannya.
Terdapat beberapa sebab kita mengalami defisit keyakinan.
Pertama, kekurangan integriti, kejujuran dan keberanian moral. Ketiadaan sifat-sifat moral yang tinggi ini berlaku secara meluas di kalangan elit negara ini, khususnya mereka yang berkuasa.
Gejala rasuah yang berleluasa sehingga wang awam boleh dicuri untuk kegunaan persendirian oleh kakitangan awam atau kes kakitangan awam menyembunyikan jumlah wang yang begitu banyak sudah tidak lagi memeranjatkan kita. Seolah-olahnya gejala rasuah yang sistemik telah menyelubungi dan melumpuhkan negara sehingga kita terpaksa menerimanya bulat-bulat.
Hakikatnya, mereka yang korup harus dihukum dan kita tidak patut menunjuk sebarang simpati terhadap mereka.
Namun adakalanya penjenayah yang mempunyai perlindungan politik tidak segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah misalnya, sudah hampir dua bulan berlalu sejak mereka yang disyaki, dilepaskan melalui ikat jamin. Ini memberi ruang kepada orang ramai untuk terus membuat spekulasi mengenai salah guna sistem pentadbiran.
Demikian juga dengan tuduhan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan. Dan siapakah yang boleh menafikan kewujudan kes rasuah berbilion ringgit serta salah guna kuasa sedang berlaku di negara kita?
Agak penting juga untuk diingatkan bahawa kekurangan integriti nasional mempunyai kesan yang sangat buruk. Dan kesannya boleh dirasai melangkaui generasi pada hari ini.
Kajian menunjukkan negara yang dianggap mempunyai kadar rasuah tinggi mengalami kadar pertumbuhan ekonomi lebih rendah berbanding negara yang bersih daripada gejala rasuah, selain menghadapi kesan negatif dalam pertumbuhan ekonomi.
Tiada siapa mahu melabur di negara yang tidak menghormati peraturan perundangannya sendiri.
Ramai yang lupa bahawa punca sesuatu masyarakat atau sesebuah negara itu boleh berjaya ataupun gagal, dan sesuatu tamadun serta empayar agung boleh runtuh adalah disebabkan kekurangan atau ketiadaan integriti.
Oleh itu, untuk menyelesaikan isu-isu struktural ini maka adalah penting jika sifat mulia perlu diwujudkan di peringkat paling atas di kalangan mereka yang berkuasa.
Malah, kelangsungan negara kita dan kejayaannya bergantung kepada keutuhan moral setiap orang, terutama di kalangan mereka yang memimpin.
Pemimpin mesti menegakkan tingkah laku berintegriti tinggi, tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka dan tidak mengambil kesempatan atas kedudukan pangkat masing-masing. Mereka yang berkuasa mesti berwaspada dan beringat bahawa menyalahgunakan kuasa adalah satu sifat tidak bermaruah.
Kedua, kekurangan empati dan penggunaan akal logik di kalangan pemimpin memainkan peranan dalam melebarkan lagi jurang keyakinan terhadap mereka.
Di kala rakyat berasa kesempitan akibat peningkatan kadar gaji yang perlahan, peningkatan kos sara hidup akibat pelupusan subsidi dan nilai mata wang ringgit yang lemah, tidak semena-mena kita mendengar berita bahawa lebih setengah bilion ringgit akan diguna untuk mengubah suai taman di ibu kota.
Ini sangatlah tidak sensitif dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan telah dipotong.
Wajarkah memotong peruntukan, tetapi kita menggunakan berjuta-juta duit rakyat untuk menaik taraf sebuah taman? Jika kerajaan betul-betul jujur mengambil berat taman-taman di ibu kota, maka taman seperti di Bukit Kiara sepatutnya sudah lama diwartakan.

Iktibar Partai Marhaen, Amanah mampu atasi pesaing PRU14 – Ishak Surin

Amanah punyai masa depan yang unggul dan akan menjadi parti pilihan rakyat pada masa depan berdasarkan kepimpinan, polisinya sebagai parti Islam generasi kedua dan sangat peduli dengan kehidupan rakyat.
Demikian tegas Ketua Amanah Kawasan Batu yang juga pengasas Parti Marhaen Malaysia, Cikgu Ishak Surin ketika ditemui seujurus merasmikan Kem Sehari Remaja Muslimah Madrasah Tarbiah pagi ini, di Kg Banda Dalam, Kuala Lumpur.
Iktibar Partai Marhaen, Amanah mampu atasi pesaing PRU14 – Ishak SurinMenurut beliau, Pas tidak pernah menang sebarang kerusi di Selangor sebelum bekerjasama dengan parti-parti seperti PKR dan DAP, tetapi setelah Pas disertai oleh kumpulan profesional yang akhirnya membentuk keterbukaan parti itu, menyebabkan Pas mula mendapat perhatian rakyat.
Ekoran itu, tegas beliau, sejak PRU10 Pas mula diterima oleh pengundi Selangor, dan disusuli oleh pilihanraya-pilihanraya selepas itu 9aryi tersebut menang besar di banyak tempat termasuk membentuk tiga buah kerajaan di Terengganu, Perak dan Kedah disamping berkobgsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang.
Katanya, keadaan ini sangat berbeza apabila kumpulan profesional yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu meninggalkan parti itu setahun yang lalu, maka Pas dijangka akan kembali statik dan terpencil daripada arus politik perdana seperti era tahun 80an.
“Kita boleh meramalkan perkara ini. Pas tak akan dapat satu kerusipun di Selangor jika parti itu masih bersikap ego dan syok sendiri dengan pendiriannya yang dilihat sangat mesra dengan Umno,” ujar beliau.
Ishak yakin, keterbukaan Amanah dalam menangani perbezaan pendapat, budaya, agama dan cara berpolitik mengikut kaum menjadi tonggak kekuatan parti ini untuk diterima oleh rakyat pelbagai kaum.
Mengulas lanjut, beliau menyarankan agar Amanah tidak mengalami nasib yang sama seperti Parti Marhaen ketika menghadapi perbezaan pendapat, agama dan budaya yang tidak terbuka sehingga mencetuskan halangan kepada rakyat untuk menyokong dan menyertai parti ini.
Demikian juga yang dialami oleh Hamim, Berjasa dan Akim yang gagal mendapat sokongan rakyat kerana terhalang dengan sikap kepuakan.

Mat Sabu gesa jentera BPR Amanah fahami 2 budaya berbeza Melayu-Tionghoa

Mat Sabu gesa jentera BPR Amanah fahami 2 budaya berbeza Melayu-Tionghoa
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengingatkan kepada lebih 400 jentera pilihanraya parti itu tentang perbezaan yang perlu ditangani dengan bijak mengenai budaya politik antara masyarakat Melayu dan Tionghoa di negara ini.
Katanya, parti pembangkang seperti Amanah wajib peduli dengan isu-isu kemasyarakatan yang mendasari masyarakat Melayu seperti KBSM – kenduri, berkahwin, sakit dan mati.

Parti pembangkang mahupun seorang wakil rakyat dalam kawasan orang Melayu, akan disenangi masyarakat setempat jika mereka berlapang dada sentiasa bersama terutama dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, cukur jambul, berkhatan, ziarah orang sakit, tahlil arwah, turun kubur sambut jenazah, mandi jenazah dan lain-lain.
Mat Sabu menampilkan perkara ini sewaktu berucap merasmikan Temurapat Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah Nasional pagi semalam, 17 Disember di sebuah hotel di Klang. Lebih 400 pemimpin BPR kawasan dan negeri seluruh negara hadir melepasi sasaran awal hanya 150 peserta.
Mengulas lanjut Mat Sabu berkata, dalam politik orang Melayu, seorang wakil rakyat yang berkesan tidak dilihat sebagai pembuat dasar sebaliknya memadai mereka rajin turun padang buat gotong-royong, cuci parit, tengok orang sakit, jenguk projek terbengkalai, rajin ke masjid surau dan beri sumbangan.
Tetapi keadaan ini, sangat berbeza dalam politik orang Tionghoa, jelas tokoh Amanah yang berkarismatik itu.
“Saya pernah tanya mendiang Karpal Singh. Berapa kali YB jenguk kawasan jumpa pengundi. Dia kata, setahun sekali. Longkang tersumbat, kita ada majlis bandaran buat. Orang susah, banyak agensi kerajaan yang boleh bantu,” ujarnya lagi.

Anwar Ibrahim Masih Releven

Oleh Abu Hassan Adam
Agak tidak keterlaluan sekiranya aku katakan Anwar Ibrahim persis Nelson Mandela. Oleh kerana belum wujud seorang tokoh yang mirip dengan Mahatma Gandhi maka agak keterlaluan juga sekiranya aku katakan perjuangan Anwar ‘menghampiri’ perjuangan Mahatma Gandhi ataupun perjuangan Jose Rizal di Filipina.


            Mungkin ada yang mempertikaikan pandangan aku yang agak keterlaluan ini. Tak apa. Itu tak penting. Apa yang aku akan katakan hanya merupakan satu persepsi. Apa yang aku fikir dan aku rasa.
            Walau bagaimana pun aku merasakan bahawa tokoh-tokoh seperti Shahidan (DS Shahidan Kassim) ataupun Hishamuddin Rais ( Tukar Tiub) akan ‘bersetuju’ dengan apa yang aku katakan ini. Mungkin juga dalam hati kecil DS Rosmah Mansor juga akan bersetuju dengan apa yang aku katakan kerana tokoh-tokoh ini melihat dengan mata kepala sendiri perjuangan dan ‘sepak terajang’ Anwar Ibrahim ketika berada di campus university Malaya, akhir tahun-tahun 60an dan awal 1970an.
            Anwar Ibrahim ‘meletop’ di sekitar tahun-tahun 1968/1969 ia itu ketika menerajui Persekutuan Bahasa Melayu University Malaya (PBMUM). Dan pada ketika itu seolah-olah telah menenggelamkan UMSU ( University Malaya Students Union) yang merupakan persatuan induk di university pada ketika itu. PBMUM unggul disebabkan adanya Anwar Ibrahim sebagai pemimpinnya.
            Di situlah tapak mulanya perjuanagan Anwar Ibrahim, walaupun benih perjuangan beliau telah mula tersemai ketika memimpin badan agama Islam di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Dan University Malaya bertukar ‘corak’ dengan adanya Anwar Ibrahim. ‘Sudut Pidato’ ( dah takada dah!) menjadi begitu sibuk sekali sebagai tempat mendengar ucapan-ucapan pemimpin pelajar yang pada ketika cuba mengasah bakat masing-masing. Ibarat anak kerbau yang baru menyurung tanduk. Namun begitu Anwar Ibrahim lah yang ‘mengimarahkan’ Sudut Pidato dengan ucapannya yang berapi-rapi megkeritik apa saja dasar kerajaan yang merugikan rakyat.
            Pada ketika itu belum berkuat-kuasa lagi Akta Kolej dan University dan tentulah tiada halangan bagi pemimpin pelajar untuk menyuarakan pandangan mereka tentang apa saja yang terlintas di hati. Dalam hal ini pelajar-pelajar disekitar tahun-tahun berkenaan agak bertuah kerana dapat mengasah bakat dari sudut kepimpinan. Para pelajar diberikan peluang seluas-luasnya untuk mengamalkan kebebasan bersuara pada ketika itu.
            Pernah dalam perjumpaan kecil-kecilan dengan para pelajar di pusat pengajian tinggi kini dan mereka sering bertanyakan kepada aku tentang bagaimana keadaan university pada ketika Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Tentulah tidak selengkap mana penjelasan aku tentang keadaan pada ketika itu. Namun begitu, setelah mendengar ‘cerita’ aku, para pelajar merasa satu kehilangan yang amat besar kerana mereka tidak dapat menikmati keadaan sebagaimana yang aku gambarkan ketika itu – akhir tahun 60an dan awal 1970an.

Negara Kartun: Zunar Bebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar dan empat yang lain yang ditahan dalam satu majlis pada Sabtu dibebaskan dengan jaminan polis.
Kelima-lima mereka berjalan keluar dari ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira pukul 12 tengah malam selepas mereka ditahan polis dalam satu majlis kutipan dana bersama peminat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Selain Zunar, empat yang ditahan adalah pembantu jualannya, Megat Abdul Wahid dan Lawrence Jeyaraj, ahli DAP Jimmy Wong dan seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai A.Toong.
Nicole Tan, peguam kepada lima individu itu berkata Zunar, Megat dan Lawrence disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
"Jimmy dan Toong bagaimanapun disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka," katanya.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan kerana majlis kutipan dana merupakan acara tertutup bersama peminatnya.
"Saya kerugian kira-kira RM30,000 apabila mereka merampas buku komik saya selepas menahan saya di Pulau Pinang baru-baru ini.
"Saya cuba untuk memulihkan kerugian saya menerusi acara ini tetapi mereka merampas sejumlah buku bernilai RM30,000 sekali lagi pada hari ini," katanya.
Zunar mendakwa telah diberitahu polis bahawa mereka akan memohon perintah mahkamah untuk mengharamkan buku-buku tersebut.

Pakatan Harapan bincang agihan kerusi

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa teknikal dalam masa terdekat, bagi membincangkan soal pengagihan kerusi pada PRU14, antara gabungan empat parti terlibat.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, soal pengagihan kerusi akan dibincangkan secara terbuka dengan memberi keutamaan terhadap faktor peratus kemenangan calon atau parti.
Pakatan Harapan bincang agihan kerusi Menurutnya, tarikh mesyuarat dijangka diumumkan minggu depan dan pertemuan itu akan turut membincangkan manifesto Pakatan Harapan serta penggunaan satu logo.
“Dalam soal agihan kerusi ini, tidak kira mana-mana parti, sama ada baru atau lama, akan dibincangkan secara terbuka mengikut peluang menang.
“Kerana bagi saya, ia bukan soal parti mana bertanding banyak kerusi tetapi biar parti yang bertanding dipilih mengikut jumlah munasabah atas faktor boleh menang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program penyerahan Bantuan Back to School, anjuran Amanah Johor Bahru di sini, semalam.
Pada 13 Disember lalu, satu gabungan dibentuk antara Bersatu dan tiga parti di bawah Pakatan Harapan iaitu Amanah, DAP dan PKR.
Menerusi gabungan itu, keempat-empat parti bersetuju memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN pada PRU14 untuk membentuk kerajaan.
Salahuddin berkata, walaupun Bersatu baharu ditubuhkan dan sertai pakatan berkenaan, namun pembahagian kerusi  tetap dilakukan secara adil.
“Saya yakin, Bersatu mempunyai pengaruhnya tersendiri walaupun ia baru ditubuhkan. Jadi tiada isu soal pembahagian kerusi kerana Bersatu sudah jadi sebahagian daripada pakatan ini,” katanya.
Tambahnya, Amanah turut mengenal pasti beberapa kerusi untuk ditandingi dengan tumpuan kawasan campuran, namunkeputusan akan dibuat dalam mesyuarat berkenaan.

Anwar tetap calon PM


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dikekalkan sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan parti-parti pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Demikian dinyatakan oleh ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) PKR, Datuk Abdullah Sani Hamid ketika berucap di ceramah mega di Wisma Tok Guru Salor, malam tadi.
"Sebagai ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan kita lantik sebagai perdana menteri "interim" sekiranya Datuk Seri Anwar masih tidak dapat bertanding," katanya.
Persetujuan sejak dalam gabungan Pakatan Rakyat dahulu katanya, terus dipersetujui oleh gabungan baru Pakatan Harapan (PH).
"Saya yakin parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang akan menerima persetujuan ini yang telah jelas menjadi inspirasi
rakyat yang mahu keadilan ditegakkan," katanya.
Anwar yang ditolak permohonannya untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan minggu lalu tidak dapat bertanding dalam PRU14.
Menurut Abdullah dengan termeterai perjanjian Pakatan Harapan (PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hasrat gabungan pembangkang untuk menguasai Putrajaya semakin terbuka luas.
"Saya percaya seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan mahu negara ini diurus dengan baik akan bersama pakatan baru ini yang berazam menurunkan Datuk Seri Najib Razak yang telah memporakperandakan politik dan ekonomi negara kita.
"Rakyat sudah tidak tahan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan Najib seperti dalam skandal 1MDB dan penindasan ekonomi melalui GST," katanya.

ANWAR DITERIMA SEBAB HUBUNGAN BAIK DENGAN PEMBANGKANG


SHAH ALAM – Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih pilihan rakyat di arena politik tanah air masa kini kerana beliau pemimpin yang mampu menjalinkan hubungan rapat antara parti pembangkang.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Anwar juga antara individu yang bertanggungjawab membentuk Pakatan Rakyat dan disebabkan itu beliau masih relevan.
“Beliau diterima oleh parti dalam pembangkang dan mewujudkan hubungan baik dengan mereka, maka ini menjadikan beliau tokoh politik yang disegani oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai Kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati Anwar masih relevan dalam perkembangan politik hari ini.
Sehubungan perkembangan itu, Ahmad Marthada berkata, Umno perlu bekerja lebih keras untuk menarik sokongan pengundi Melayu khususnya di bandar dan luar bandar bagi  menghadapi PRU14.
“Ini kerana saingan mendapatkan undi Melayu datang daripada Pas, PKR, Amanah, Bersatu dan Umno sendiri.
“Umno perlu ambil kira pelbagai isu yang membebani masyarakat sekarang ini seperti kenaikan harga barang, kejatuhan ringgit, kejatuhan harga barangan komoditi seperti getah dan kelapa sawit dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berpendapat, kajian berkenaan amat baik kerana ia mendedahkan kepada umum persaingan politik yang dapat disandarkan berasaskan populariti umum.

Kenapa pilih Wan Azizah, bukannya Azmin jadi PM?

Kalau betul negara memerlukan seorang calon PM sementara, bukankah lebih wajar mencadangkan seorang yang betul-betul dapat memimpin, tetapi waktunya terhad seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang popularitinya hampir setara dengan Anwar?
wan-azizah-azmin-ali
Permainan politik ke arah Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hangat, terutamanya di pihak pembangkang.
Namun seperti biasa, sasaran permainan politik pembangkang bukanlah ke arah menyerang Umno-BN, sebaliknya ke arah menonjolkan diri dan mematikan langkah rakan sendiri.
Yang menariknya, cadangan dilontar pembangkang ke media kelihatan tidak dibincang terlebih dahulu semasa mereka sendiri. Mereka mengharapkan rakyat dan media akan menyambut cadangan tersebut lalu dibahas dan dihangatkan sebelum idea itu digunakan sebagai senjata untuk menekan sesama mereka sendiri.
Minggu ini terdapat 2 idea menarik. Idea pertama ialah lontaran daripada Pemuda PKR agar Amanah diserapkan ke dalam PKR. Idea kedua ialah pendedahan awal DAP yang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri sementara.
Bubar Amanah
Idea agar Amanah dibubar disambut hangat oleh media pro-pembangkang seperti Malaysiakini – yang terus-menerus membicarakan isu tersebut walaupun idea ini ditolak mentah-mentah oleh Amanah dan setiausaha agung PKR tanpa kajian mendalam.
Entah-entah idea itu ditolak bukan kerana ideanya, tetapi kerana siapa di belakang idea tersebut memandangkan pencadangnya, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dilihat adalah watak yang pro-Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Salleh tolak pelan Wan Azizah jadi PM sementara

Salleh berkata, pelan pembangkang itu membangkitkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian terhadap siapa yang akan menjadi perdana menteri jika PH memenangi PRU14.
salleh-keruak-wan-azizah
KUALA LUMPUR: Pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri sementara sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara tidak menyelesaikan persoalan siapa akan memimpin negara jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata menteri komunikasi dan multimedia.
Sebaliknya, ia membangkitkan lebih banyak persoalan seperti yang disuarakan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menerusi blognya http://sskeruak.blogspot.my/, malam tadi.
Ia susulan pendedahan Lim Kit Siang dalam sebuah majlis makan malam di Pulau Pinang, kelmarin yang presiden PKR itu akan menjadi pemangku perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan menjadi perdana menteri baharu.
Salleh mencadangkan senario selepas pembangkang memenangi PRU14, Pakatan Harapan (PH) akan berjuang untuk membebaskan Anwar melalui pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan seorang ahli Parlimen PKR akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di pilihan raya kecil itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
“Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar? Adakah PM dan TPM sementara akan terus memegang jawatan selama tempoh tidak pasti, jika Anwar gagal mendapat pengampunan dan dibebaskan? Adakah Kit Siang mempunyai pelan sokongan untuk kemungkinan itu?
“Kenyataan Lim Kit Siang menjadikannya berbunyi seolah-olah isu siapa akan menjadi PM dan TPM jika Pakatan menang pilihan raya sudah selesai, sedangkan hakikatnya tidak,” katanya sambil menambah Anwar juga perlu memohon pengampunan dan itu menunjukkan beliau mengakui kesalahannya terhadap jenayah liwat seperti diputuskan mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.
Bendahari Umno itu juga meragui kata sepakat dicapai antara semua parti komponen PH, iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama sekutu baharu mereka, PPBM.

Dr M tulis surat pada Anis, gesa orang muda contohinya

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis kepada aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof bagi menyatakan sokongan dan menggesa beliau untuk terus berjuang.
Anis sebelum ini digantung oleh Universiti Malaya (UM) selama satu semester dan didenda sebanyak RM400 kerana penglibatan beliau dalam Himpunan 'TangkapMO1'.
Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali turut dikenakan hukuman serupa, manakala Suhail Wan Azhar didenda sebanyak RM400.
Anis, yang berkongsi surat itu di Facebooknya, mengucapkan terima kasih kepada Mahathir kerana sokongan beliau dan berharap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dimansuhkan.
"Besarlah harapan saya sekiranya Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu memenangi pilihan raya umum kelak, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak lagi menjadi kegusaran para aktivis mahasiswa yang ingin menyatakan suara untuk Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang," kata Anis.
Jadi contoh golongan muda
Dalam surat itu, Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata beliau merasa terganggu dengan tindakan disiplin yang dikenakan UM terhadap aktivis pelajar itu.
Mahathir berkata adalah jelas Anis bimbang tentang masa depan negara dan generasi akan datang akibat salah laku MO1.
Katanya, universiti tersohor itu sepatutnya menyokong keberanian dan keprihatinan Anis dalam memperjuangkan masa depan negara.
"Saudari tidak bersendirian dalam kebimbangan ini. Saya yang di penghujung usia mungkin akan terlepas akan terlepas menghadapi penderitaan angkara MO1.

Rafizi sudah ada program khas dalam penjara nanti

Najib tipu mengenai penjimatan MRT Sg Buloh Semantan