Jumaat, 16 Disember 2016

Survei IDE: Anwar Masih Popular dan Relevan

Merujuk kepada laporan SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2016, Khamis, bertajuk “LUPAKAN ANWAR”, adalah berbeza dengan dapatan Kajian Survei Persepsi Rakyat Selangor 2016 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE). Survei yang dijalankan menunjukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih lagi ikon yang memberi kesan kepada perkembangan politik negara.
Kajian, mendapati beliau masih relevan dalam perkembangan politik ini. Berdasarkan survei IDE yang dijalankan pada 26 Ogos 2016 hingga awal September 2016 melibatkan 1761 orang responden. Kajian tersebut dilakukan secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina dan India di 56 DUN Selangor. Survei menunjukkan bahawa 51% responden rakyat Selangor percaya bahawa DSAI telah dizalimi dan perlu segera dibebaskan dari penjara. Peratusan tersebut meningkat daripada Survei sebelum ini sebanyak 43% yang dijalankan oleh IDE pada November 2015. (Rajah 1) Malah 40% responden juga bersetuju bahawa DSAI perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara. 44% responden juga bersetuju bahawa pembebasan DSAI mampu menyatukan kembali parti-parti yang menentang BN dalam PRU ke-14. (Rajah 1)
Ketokohan beliau juga terserlah apabila digandingkan dalam soalan berhubung dengan tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia. Beliau menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain. (Rajah 2) Beliau juga menduduki tangga tertinggi sebanyak 29% menjadi pilihan pengundi Belia Selangor. (Rajah 4) Melihat kepada perincian sokongan berdasarkan kaum, DSAI masih lagi tinggi merentasi 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. (Rajah 3)
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian penyelidikan ini menunjukkan DSAI masih popular dikalangan rakyat Malaysia dan pastinya isu-isu perjuangan beliau termasuk berkaitan dengan keadilan dan demokrasi adalah relevan. © Kluster Penyelidikan, Institut Darul Ehsan (IDE).
PROFESOR DR. SHAHARUDDIN BADARUDDIN
Ahli Lembaga Pengarah /
Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi Institut Darul Ehsan (IDE)






Pemimpin pilihan Melayu: Populariti Dr M atasi Anwar

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pilihan utama orang Melayu sebagai tokoh pembangkang yang mampu memimpin negara ini, berdasar satu tinjaun.
Tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati seramai 29 peratus memilih Mahathir, diikuti pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang masing-masing mendapat mata 25 peratus.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 13 peratus.
Bagaimanapun, jumlah yang memilih pemimpin popular DAP Lim Kit Siang di kalangan orang Melayu jauh terlalu sedikit, iaitu hanya 1 peratus.
Bagaimanapun trend ini berbeza sama sekali di kalangan kaum Cina dan India.
Bagi kaum Cina, Lim masih pilihan utama sebanyak 42 peratus, diikuti Anwar (31 peratus), Mahthir (14 peratus) dan Muhyiddin (9 peratus). Hanya tiga peratus orang Cina memilih Hadi.
Masyarakat India pula menjadikan Anwar sebagai pilihan utama (40) peratus), diikuti Mahathir (33 peratus) dan Muhyiddin (19 peratus).
Bagi kaum India pula, Hadi dan Lim sama-sama tidak popular. Hadi mendapat dua peratus manakala Lim mendapat 6 peratus.
Tinjauan itu dijalankan bermula 26 Ogos hingga awal September tahun ini melibatkan 1,761 responden.
Ia dilakukan secara bersemuka di 56 DUN di Selangor.
Daripada aspek keseluruhan pula Anwar masih mendepani populariti sebagai tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin negara ini.

20 NGO disyaki terima dana asing disiasat, kata Nur Jazlan

Siasatan perlu dilakukan kerana banyak negara digulingkan melalui cara NGO digunakan pihak luar, kata timbalan menteri dalam negeri
nur-jazlan_rasuah_malaysia_60012
JOHOR BAHRU: Kira-kira 20 daripada 50,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jumlah NGO yang disiasat berhubung perkara itu mungkin bertambah pada masa hadapan memandangkan polis tidak merancang untuk menghentikan skop penyiasatan sehingga kini.
“Siasatan perlu dilakukan untuk memastikan NGO-NGO ini tidak menjadi muka depan kepada pihak tertentu yang berniat menggugat demokrasi negara, kerana banyak negara di Barat dan juga mungkin di Asia telah digulingkan melalui cara NGO digunakan oleh pihak luar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pencarian Ikon Muslimah Johor 2016 di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana yang diterima daripada Open Society Foundation (OSF).
Menurut laporan berita, OSF yang dipengerusikan George Soros itu, bukan sahaja menyalurkan dana kepada Bersih tetapi dipercayai turut membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya dan disyaki bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Nur Jazlan berkata biarpun perkara mengenai wang atau dana asing yang masuk ke dalam negara adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara, namun polis perlu memastikan bahawa dana itu tidak digunakan bagi tujuan menggugat kestabilan dan demokrasi negara.

M'sia baru minta penjelasan dakwaan aset tentera China di Laut China Selatan

Malaysia akan menuntut penjelasan China berhubung dakwaan peletakan aset ketenteraan republik itu di tujuh pulau buatan di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan menulis surat kepada rakan sejawatannya di China, Jeneral Chang Wanquan dalam tempoh terdekat bagi tujuan berkenaan.

"Saya juga akan menulis surat kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter berhubung gambar didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Amerika Syarikat, Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) menunjukkan (didakwa) aset tentera China yang diletakkan di perairan itu," katanya di majlis serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19 di ibunegara hari ini.

Beliau berkata perkara itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat antarabangsa malah mampu menggugat kestabilan dan keamanan di Laut China Selatan sekiranya dakwaan itu terbukti benar.

Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-19 antara Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan.

Raja Mohamed Affandi yang sebelum ini menjawat jawatan Panglima Tentera Darat selama kira-kira tiga tahun secara rasmi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-19 hari ini.

ZAHID HAMIDI LAMBAT, MARAHLAH KJ KALAU MACAM NI...

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan bahawa pembatalan undangan kepada Tun Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke 15 di Istana Negara, Selasa lalu bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap perkara itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.
"Bahagian istiadat hanya menerima arahan. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.

"Kalau tidak berpuas hati sila menghadap Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," kata Zahid lagi.

Tapi, hari ini sudah 16hb Disember sedangkan berita mengenai pembatalan jemputan kepada Tun Mahathir itu sudah tersebar sejak 7hb Disember lagi?

Kenapa Zahid mengambil masa begitu lama untuk membuat semakan?

Bukankah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid sepatutnya boleh membuat semakan dengan lebih cepat lagi?

Bukankah juga, Khairy Jamaluddin sudah mengingatkan bahawa sebarang dakwaan mengenai kerajaan mesti dijawab atau dijelaskan dalam tempoh tidak melebihi dua hari?

Lupakan Pas, rakyat sudah faham undi Pas sama undi Umno@BN

Tidak ada gunanya untuk memujuk Pas berjuang bersama Pakatan Harapan dalam PRU14 kerana parti itu sudah mula sebati dengan Umno, tegas Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.
PORT DICKSON, 3 Okt -- Penyokong-penyokong PAS berarak sambil membawa bendera parti ketika proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil DUN itu yang akan berlangsung pada 11 Okt ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar. 
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN 4 Sept lalu.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA“Ini sudah menjadi rahsia terbuka. Apabila parti itu sudah berjinak dengan Umno, tidak perlu untuk pemimpin-pemimpin pembangkang memujuknya lagi,” ujar beliau dalam satu kenyataannya.
Beliau berkata, Pas dan Umno sudah mempunyai agenda mereka sendiri, samada MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen Barisan Nasional dari Sabah & Sarawak akan merestui perkahwinan Pas-Umno itu belum pasti lagi.
Pakatan Harapan katanya, harus bersedia untuk menghadapi kedua-dua parti itu dengan berani, walaupun besar kemungkinan terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dalam banyak kerusi.
“Tetapi, rakyat boleh menentukan parti-parti manakah yang boleh membawa perubahan dan selamatkan rakyat dan negara ini,” kata beliau.
Sivakumar berkata, Pakatan Harapan tidak boleh tunggu untuk sesiapa lagi sebaliknya perlu mengatur strategi dan turun padang dengan serta merta untuk memberi penjelasan.
“Kita perlu menjernihkan air yang keruh. Perkara ini bukanlah mudah. Tetapi, perlu dilakukan demi menyelamatkan negara kita daripada perompak dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengannya,” ujar beliau lagi.
Jika Pakatan Harapan mempunyai strategi yang baik, jelas Sivakumar, beliau yakin pertandingan tiga penjuru tidak menjadi masalah lebih-lebih lagi apabila rakyat mengetahui muslihat dalam hubungan intim Pas-Umno.
Beliau berkata, rakyat Malaysia dapat menilai sendiri tindak tanduk Pas dan Umno dan biarlah mereka membuat keputusan sendiri samada benar atau tidak undi Pas adalah undi untuk Umno.

Kalau tiga penjuru maknanya Pas dipekuda Umno, kata Mukhriz


Datuk SeriMukhriz Mahathir Datuk SeriMukhriz Mahathir Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

“Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas,” katanya.

Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri.

“Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu,” pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.

Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu.

Srikandi PPBM lantik rasmi jawatankuasa sayap hari ini


Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa sayap parti itu hari ini.
Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin berkata, pelantikan rasmi empat jawatankuasa penggerak utama sayap telah mendapat pengesahan daripada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka yang disenaraikan dalam jawantakuasa tertinggi Srikandi ialah:
1.Timbalan Ketua Srikandi: Nafea Rostam
2.Penolong Setiausaha Srikandi: Norizan Idris
3.Penolong Bendahari: Fatin Fariza Abdul Halim
4.Ketua Penerangan :Siti Farah Abu Hassan
Anina berkata dengan pelantikan sayap Srikandi ini dapat menguatkan kuasa wanita baru yang membawa aspirasi sebenar seluruh rakyat negara inni.
Beliau juga berkata, bagi perlantikan senarai penuh Ketua-Ketua Srikandi Negeri dan Exco Pusat akan diumumkan tidak berapa lama lagi.
"Ianya akan dibarisi oleh pemimpin-pemimpin baru yang segar dan terdiri dari pelbagai latar belakang yang bakal menjadi role model kepada arena politik tanahair.
"Tahniah dan selamat bertugas kepada yang telah dilantik," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini pada November lalu PPBM mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan parti itu dengan melantik Naib Presiden penaja Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presidennya.
Jawatan Naib Presiden diisi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan peguam Datuk Abdul Rashid Asari.

Amanah yakin PRU 14 awal 2017, letak calon ‘oomph power’


Bertanding di kawasan majoriti Cina, niat Pas pertahan BN semakin jelas


Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa Cadangan Pas untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang kini diwakili DAP menjelaskan hasrat sebenar parti itu untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan tidak mengalami kekalahan dalam PRU14 akan datang.
Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa berkata sikap Pas untuk bertanding semula di semua kawasan yang ditandingi parti itu dalam PRU13 masih boleh difahami kerana perundingan untuk pembahagian kerusi di kalangan parti-parti pembangkang belum pun bermula.
"Di kawasan-kawasan majoriti Cina yang bertanding melawan DAP ialah komponen-komponen BN selain Umno termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.
"Motif Pas jika bertanding di kawasan seperti ini tentulah sama sekali bermatlamat untuk menang sebaliknya satu percubaan untuk memecahkann undi di kalangan pembangkang dan secara tidak langsung berusaha memenangkan parti komponen BN," katanya ketika berucap di majlis dialog bersama pimpinan Amanah di rumah Mejar Zaidi, depan rumah pam Kemubu, Ketereh semalam.
Dengan cadangan baru persempadanan semula yang dicadangkan SPR katanya, keadaan menjadi lebih teruk kerana kawasan-kawasan majoriti Cina yang dulu hanya kebanyakannya sekitar 60 peratus, kini boleh meningkat sehingga 80 peratus ke atas.
"Boleh tuan-tuan bayangkan Pas meletakkan calon di kawasan seperti ini dan mereka berkata kita akan menang dengan kehendak Allah.
"Sedangkan semua orang akan faham bahawa tujuan permainan seperti ini adalah untuk mengukuhkan BN," katanya.
Husam berkata, BN kini sedang menghadapi situasi amat kritikal dan tentulah tindakan Pas ini akan membuatkan mereka cukup gembira.
"Skandal 1MDB yang sedang diburu oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Singapura kini diheret pula dengan perjanjian pelaburan pembinaan pakej keretapi laju dengan negara China.
"Semua penganalisa di dalam danluar negara menganggap perbezaan harga antara harga sebenar dan harga yang dipersetujui yang dianggarkan melebihi RM25bilion adalah bertujuan untuk pihak 1MDB membayar sejumlah wang yang tersalah bayar kepada sebuah syarikat di Dubai," katanya.
Menurutnya tindakan seperti ini adalah memperjudikan nasib masa depan negara terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu beberapa tahun akan datang.

Selangor dibenar cabar persempadanan semula SPR

Kerajaan negeri kini berusaha menghalang SPR daripada mengadakan inkuiri mengenai persempadanan semula yang dicadangkan.
Ambiga-SreenevasanPETALING JAYA: Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada kerajaan Selangor mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan persempadanan semula, hari ini.
Kerajaan Selangor yang diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan diberi kebenaran bagi semakan kehakiman tanpa sebarang tentangan.
“Pada dasarnya, Jabatan Peguam Negara tidak menimbulkan sebarang bantahan, jadi kebenaran itu diberikan,” katanya kepada pemberita.
Ambiga berkata kerajaan negeri berusaha mendapatkan penangguhan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan untuk menghentikan SPR daripada mengadakan inkuiri mengenai persempadanan semula yang dicadangkan, sambil menambah Jabatan Peguam Negara membantah permohonan itu.
Kerajaan Selangor memfailkan inkuiri pada Oktober terhadap SPR berhubung persempadanan semula yang dicadangkan di negeri ini.
Kerajaan negeri memohon pembatalan notis pelaksanaan syor itu yang dikeluarkan SPR.
Ia mendakwa notis itu melanggar Perkara 113 (2) dan Seksyen 2 (c) dan 2 (d) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan negeri juga memohon deklarasi yang notis cadangan itu kurang terperinci dan boleh menyebabkan pengundi, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak dapat menjalankan hak Perlembagaan mereka untuk membuat representasi.
Kerajaan Selangor juga memohon perintah untuk mengarahkan suruhanjaya menyiarkan notis baharu mengenai cadangan itu.

Rumah mampu milik: Pegawai kerajaan digesa isytihar harta - Syed Saddiq

Rani Kulup beri amaran pada PBB

'Bashar dan sekutunya kejam sembelih, rogol dan bakar rakyat Syria'

AMK Alor Setar pertahan Anwar tempelak Profesor Dr Nik Ahmad Kamal

ALOR SETAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar menempelak kenyataan Ketua Kluster Governas, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood yang mendakwa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin dilupakan.
Ketuanya, Mohd Aizuddin Ariffin berkata, pandangan itu seolah-olah cuba melenyapkan kehadiran Anwar dalam kancah politik tanah air.
Anwar Ibrahim  “Saya melihat kenyataan Nik Ahmad ini dizahirkan selepas rayuan semakan kehakiman terhadap kes liwat Anwar ditolak Mahkamah Persekutuan pada 14 Disember lalu. Ini soal kezaliman terhadap Anwar, bermakna rakyat juga tidak terlepas daripada manipulasi ini.
“Ini bukan soal Anwar sahaja, tapi prinsip keadilan yang telah gugur. Saya percaya isu ini bukan sahaja relevan pada mana-mana PRU tertentu, malahan akan terus relevan pada bila-bila masa,” katanya.
Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga telah memberi satu impak yang besar dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.
“Bagaimana rakyat akan melupakan seorang yang mengorbankan jiwa dan raga beliau untuk membebaskan rakyat dari kezaliman dan penindasan yang sedang berlaku.
“Rakyat juga sedia maklum, Anwar telah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Keamanan 2016 (Global Peace Price). Beliau adalah pemangkin kebangkitan rakyat. Isu Anwar adalah isu rakyat,” katanya.
Berikutan itu, satu forum cerdas rakyat akan diadakan di Dewan Kar Har Tong, Kampung Berjaya, di sini, bermula jam 8.30 malam, pada 17 Disember bagi menjelaskan isu-isu semasa.
Antara pimpinan yang dijadualkan hadir ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung serta barisan pimpinan Pakatan Harapan.

Zahid: Rakyat tentukan, bukan penganalisis

Pemangku timbalan presiden Umno menepis kenyataan penganalisis Singapura mengenai Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
zahid-hamidi_rakyat_malaysia_6001
PUTRAJAYA: Penganalisis boleh kata apa sahaja mengenai parti politik dan pilihan raya, penghujungnya rakyat tentukan apa yang mereka mahu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Pemangku timbalan presiden Umno juga berkata penganalisis tidak sepatutnya melekatkan label pada seseorang.
Zahid menjawab pandangan Yang Razali Kassim, felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, di Strait Times.
Yang Razali berkata, walaupun Umno masih sebuah parti Melayu yang dominan, ia tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya wakil aspirasi politik masyarakat Melayu.
Mengulas keyakinan yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno di perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Yang Razali berkata:
“Di luar Umno – malah di luar lingkungan masyarakat Melayu – perasaan mungkin jelas berbeza.”
Beliau memberi bayangan Umno mungkin sudah tersalah membaca perasaan rakyat.
Zahid menepis pandangan itu. “Penganalisis politik sama ada dalam atau luar negara hanya untuk menganalisis sahaja. Kita tak tahu sama ada kajian itu berstruktur atau tidak.
“Itu pendapat mereka. Yang penting, kita tengoklah apa yang diputuskan oleh rakyat pada pilihan raya umum. Kerajaan akan terus lakukan yang terbaik untuk rakyat.”
Yang Razali turut mengulas tekanan terhadap Najib akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta tindakan terhadap pengkritik, dan pembabitan dalam tunjuk perasaan membantah pembantaian Rohingya bersama PAS.

Khutbah: Agong tunggak kedaulatan Islam

Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan umat Islam bahawa perlunya bersatu padu menjunjung institusi raja berpelembagaan.
Menurut teks khutbah itu, sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi masyarakat Melayu Islam menunjukkan penghormatan kepada raja.
Penghormatan itu berasaskan peranan raja sebagai penaung dan simbol kepada agama Islam.
Kata mimbar, uniknya kedudukan institusi raja di negara ini mendapat tempat istimewa dalam strata masyarakat kerana menjadi tonggak kepada keadilan dan kestabilan hidup rakyat.
Oleh itu, Raja diumpamakan sebagai 'pohon' yang memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan.
Rakyat pula disamakan dengan 'akar' yang bertanggungjawab menumpahkan taat setia kepada raja dan tidak sesekali menderhaka selama mereka taat kepada Allah dan Rasul, kata mimbar.
Khutbah bertajuk "Yang Dipertuan Agong: Tonggak Kedaulatan Islam" itu bersempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.

"Yang Dipertuan Agong merupakan tonggak kedaulatan Islam di bumi Malaysia, bahkan menjadi lambang keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi yang berperanan sebagai tonggak perpaduan," kata mimbar.
Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Gandingan mantap Yang di-Pertuan Agong, timbalan

Gandingan mantap Yang di-Pertuan Agong, timbalan
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR – Pada 13 Disember lalu, Sultan Muhammad V melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XV dan pada usia 47 tahun baginda adalah sultan termuda dalam kalangan Raja-raja Melayu ketika ini.
Dalam melaksanakan tugasnya baginda akan dibantu oleh timbalannya Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang berumur 60 tahun.
Walaupun mereka daripada generasi berlainan, masing-masing terkenal dengan karisma kepimpinan yang tersendiri selain komitmen baginda berdua terhadap rakyat.
Gambar Sultan Muhammad V berkopiah, berjubah dan bercapal untuk solat di masjid di Kota Bahru, Kelantan pernah menjadi tular (viral) satu ketika dahulu. Sehingga hari ini gambar itu masih mendapat ranking tinggi carian di Google.
Titah-titah bernas Sultan Nazrin pula sentiasa mendapat perhatian media massa baik tempatan mahupun antarabangsa meskipun baginda berucap dalam acara di negerinya sendiri, Perak Darul Ridzuan.
GANDINGAN TEPAT
Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar bependapat perlantikan gandingan ini adalah tepat dan sesuai dengan keadaan semasa.
“Yang di-Pertuan Agong yang dekat dengan rakyat jelata serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang prihatin terhadap nilai integriti dan sifat amanah para pemimpin amat tepat pada waktunya,” ulas Chandra.
Dengan populasi besar golongan muda di negara ini, Chandra berkata Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mampu memahami perasaan dan aspirasi anak-anak muda hari ini.
“Baginda Sultan Muhammad V rapat dengan rakyat dan suka bergaul dengan golongan biasa. Baginda juga selalu ke masjid, ada masanya baginda mengimamkan solat. Soal agama amat dekat di hati baginda. Ini menjadikan baginda dekat di hati rakyat di peringkat akar umbi,” jelas Chandra.
Dalam keadaan masyarakat yang terhimpit dengan isu seperti peningkatan kos sara hidup, Chandra berkata luahan keperitan hidup rakyat yang dilihat sendiri Tuanku boleh disampaikan melalui nasihat kepada badan eksekutif pemerintahan negara.
Perlantikan Sultan Nazrin juga dilihat Chandra sebagai ‘melengkapkan’ gandingan ini. Sultan Nazrin sememangnya diketahui umum mengambil berat tentang pemeliharaan amanah dan integriti golongan pemerintah.
Terbaharu, Sultan Nazrin melahirkan rasa bimbang baginda terhadap gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat negeri Perak pada 12 Dis, sehari sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
PENDIDIKAN TINGGI
Satu lagi perkara menarik tentang kedua-dua sultan ini adalah latar belakang pendidikan tinggi baginda berdua yang membanggakan.
Sultan Muhammad V dan Sultan Nazrin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Oxford.
Tamat pengajian di Kolej St. Cross dan Centre for Islamic Studies di Oxford, Sultan Muhammad V meneruskan pengajian di Deutsche Stiflung Entwicking, Berlin dan seterusnya di European Business School di London.
Sultan Nazrin pula setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi di Oxford sebelum meneruskan pengajian di Universiti Harvard.
Di sana, baginda dianugerah ijazah sarjana dalam pentadbiran awam dan kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan.
Baginda turut menerima ijazah kehormat sebagai Honorary Fellow yang dianugerahkan oleh Worcester College, Oxford pada Okt 2013.
KRITERIA PEMIMPIN

Dr Zuhdi: Politik baru yang telah usang

Oleh MOHD ZUHDI MARSUKI
SETELAH berlalu empat kali Pilihan Raya Umum (PRU) sejak PRU ke-10 pada tahun 1999, ramai politikus dan ilmuwan mula berwacana tentang teori kemunculan politik baru di Malaysia. Wacana tentang politik baru ini bermula dengan debat-debat politik dan forum-forum ilmiah, kemudian disusuli dengan rencana-rencana akademik oleh para politikus dan ilmuwan.

Beberapa nama besar dalam arena politik dan subjek Sains Politik terlibat menonjolkan teori tentang kemunculan politik baru ini seperti Mohd Yusof Kasim, Francis Loh Kok Wah, Johan Saravanamuttu, Marzuki Mohamad, Saifuddin Abdullah, Azly Rahman dan lain-lain. Meskipun mempunyai sedikit kepelbagaian pandangan tentang teori itu, kesemua mereka kelihatan sepakat tentang kewujudan sebenar politik baru tersebut.

Kemunculan politik baru di Malaysia dikatakan bermula sejurus selepas berlakunya Gerakan Reformasi 1998 yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, menurut Mohd Yusof Kasim, faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemunculan politik baru ini ialah kesan daripada pengaruh modenisasi dan globalisasi terhadap masyarakat Malaysia yang berlaku lebih awal.

Dampak kedua-dua faktor ini menyebabkan berlakunya keputusan yang mengejutkan pada PRU ke-10 tahun 1999, bila mana nilai sejagat seperti keadilan, ketelusan dan kepentingan umum menjadi penentu, bukan lagi isu perkauman, kewilayahan dan pengkelasan masyarakat. Penekanan kepada nilai sejagat dan penolakan kepada perkauman yang sempit dikatakan menjadi identiti baru kepada politik Malaysia.

Pandangan ini turut dikongsi oleh Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu dalam buku yang disunting mereka “New Politics in Malaysia”. Mereka melihat kemunculan politik baru ini ditunjukkan oleh kewujudan budaya berpolitik baru sejak awal 1990-an, yang kemudiannya disusuli oleh perubahan institusi politik dan penyertaan masyarakat sivil.

Faktor utama yang mencorakkan kemunculan budaya politik baru ini ialah perubahan pembangunan yang pesat atau developmentalism sehingga menjadikan masyarakat Malaysia lebih celik sebagai pengundi dan pengguna. Mereka lebih mengutamakan kelestarian pembangunan dan kestabilan politik menjamin kelestarian tersebut. Perubahan ini juga menjadi titik akhir kepada politik lama yang diwarnai oleh faktor kaum dan perbekalan prasarana asas.

Teori tentang kemunculan politik baru ini mulai goyah apabila Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar dalam PRU ke-11 tahun 2004. Sebelum daripada itu telah berlaku beberapa situasi anti-tesis kepada teori kemunculan politik baru ini iaitu penarikan diri DAP dari Barisan Alternatif (BA), kemunculan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan PAS dan pemberontakan kumpulan al-Maunah.

Pakatan Harapan harus terus berjuang walaupun UMNO pilihan PAS


IPOH, 16 DIS: Tidak ada gunanya Pakatan Harapan terus memujuk PAS untuk turut serta dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia jika parti itu lebih memilih untuk ‘bersahabat baik’ dengan UMNO.
Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar berkata hubungan baik antara PAS dan UMNO bukan lagi satu rahsia, malah dilihat mempunyai agenda tersendiri.
Justeru, Pakatan Harapan perlu melangkah ke hadapan serta mempersiapkan diri untuk berdepan dengan kedua-dua parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Walaupun besar kemungkinan pertandingan tiga penjuru akan berlaku, tapi rakyat mampu menilai parti mana yang boleh membawa perubahan dan selamatkan negara.
“Pakatan Harapan tidak boleh tunggu sesiapa lagi. Kita perlu mengatur strategi dan turun padang dengan serta-merta untuk memberi penjelasan serta menjernihkan air yang keruh,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, pertandingan tiga penjuru akan memihak kepada gabungan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika strategi yang tepat dapat dilaksanakan.
“Lebih-lebih lagi, rakyat kini mengetahui muslihat hubungan intim antara PAS dan UMNO.
“Rakyat dapat menilai sendiri tindak-tanduk mereka. Biarlah mereka membuat keputusan sama ada benar atau tidak undi PAS bermakna undi untuk UMNO,” jelasnya.
Pemimpin-pemimpin PAS baru-baru ini kerap mengeluarkan kenyataan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang jelas menunjukkan pendirian mereka.
Malah, PAS meletakkan syarat bahawa parti itu akan hanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan tanpa kehadiran DAP dan Parti Amanah Negara dalam muafakat pembangkang.

RM90 Juta: Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report


KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

KALAU BUKAN DENGAN PH-PPBM, PAS DENGAN SIAPA?

PENDAPAT umum adalah semua parti politik dan calon pilihan raya bertanding untuk menang walaupun sekali-sekala ada juga yang bertanding bukan untuk menang.
Ada yang bertanding untuk mencipta sejarah, kerana marah dan ada juga sebab mendapat upah daripada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
Untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, matlamat parti-parti yang menentang Umno/Barisan Nasional adalah mengalahkan parti itu dan menubuhkan sebuah kerajaan pakatan bagi menyelamatkan negara yang sedang dirobek-robekkan oleh pentadbiran Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Buat masa ini sudah wujud gabungan yang melibatkan parti-parti Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Mereka menandatangani perjanjian kerjasama pada 13 Disember baru lalu.
PH seperti kita ketahui dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

 
Penandatanganan Pakatan Harapan-PPBM, 13 Disember
PAS telah “bersumpah” tidak akan menyertai mana-mana gabungan yang dianggotai DAP dan Amanah. Amanah dan DAP pun sama. Mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS.
Jadi hanya tinggal PKR dan PPBM yang masih boleh menerima PAS. Atas sebab itulah kedua-dua buah parti sedang berbincang dengan PAS. Matlamat pokoknya adalah mengalahkan Umno/BN melalui pertandingan satu-lawan-satu.
Di antara PPBM dengan PKR, PPBM lebih bebas untuk berunding dengan PAS sebab ia bukan anggota PH. Ia hanya menjalin kerjasama dengan PH.
Jadi dalam hal rundingan dengan PAS ini, PPBM mengambil peranan utama.
Rombongan PPBM yang dipimpin oleh presidennya, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, telah pun menemui pasukan PAS yang diketuai oleh timbalan presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man pada 9 November lalu di Kuala Lumpur.
Rundingan PAS-PPBM itu tidak ditentang oleh DAP dan Amanah. Seperti PKR dan PPBM, Amanah dan DAP juga sekata, iaitu kerajaan Umno/BN wajib ditumbangkan demi menyelamatkan Malaysia.
Cuma kita harus faham sensitiviti dan permusuhan di antara PAS dengan Amanah dan DAP.
Kunci katanya adalah berpakat bagi mengalahkan Umno/BN melalui pertandingan satu-lawan-satu.
Premis Kerjasama
Maka atas premis bertanding untuk menang secara satu-lawan-satu inilah kita perlu mengukur dan mengadili tindak-tanduk PAS seterusnya.
Di kalangan kepemimpinan PPBM, mereka telah pun sekata bahawa rundingan dengan PAS sangat dialu-alukan, tetapi wajiblah ada tolak-ansur dan jadual.
Oleh sebab PRU mungkin diadakan secara mengejut, semua pihak kesuntukan masa. Justeru itu rundingan dengan PAS tidak boleh berlarutan.
Keputusan harus dibuat menjelang pertengahan bulan depan, iaitu sebulan dari sekarang. Itulah mandat yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya.
Kalau selepas tarikh itu persetujuan belum dicapai atau PAS menolak kerjasama maka andaiannya adalah PAS sebenarnya bersama Umno/BN atau setidak-tidaknya pun Abdul Hadi bersama Najib.
Soalnya, kalau bukan dengan PH-PPBM dengan siapa lagi PAS akan bergabung untuk mempertahankan kedudukannya sekiranya bukan dengan Umno?
Bersendirian PAS akan kalah teruk melainkan memang tujuan PAS untuk membunuh diri dengan melakukan harakiri.
Dalam bahasa yang mudah, kalau PAS tidak bersama PH-PPBM maka ia bersama Umno/BN tidak kiralah secara tersurat atau tersirat, dihebahkan atau berselindung.
Mengapa Umno?
Kalau PAS bersama Umno/BN persoalan seterusnya yang pasti timbul, apakah dorongannya?
Adakah kerana PAS telah dijanjikan sesuatu yang fundamental (seperti sokongan kepada Hudud/Negara Islam) atau kerana PAS sudah termakan budi?
Kalau motivasinya adalah berkaitan yang pertama, kita sudah lihat bagaimana kerajaan Umno/BN telah mempersendakan PAS dengan melengah-lengahkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355.

Kerajaan tak terlibat batal jemputan Dr M, kata Zahid

Timbalan perdana menteri menggesa Dr Mahathir merujuk sendiri kepada pihak istana bagi mendapatkan penjelasan berhubung pembatalan jemputannya.
Zahid-Hamidi,-Dr-Mahathir-Mohamad,-Agong,-canceled-palace-invite.PUTRAJAYA: Kerajaan tidak terlibat dengan keputusan dibuat pihak istana berhubungan pembatalan jemputan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah membuat semakan tentang arahan berkenaan dan mendapati ia dikeluarkan pihak Istana Negara.
“Ia tidak datang dari Pejabat Perdana Menteri (JPM). Ia di bawah pengurusan Istana Negara.
“Terdapat 7 orang yang terlibat. Bahagian istiadat hanya menerima titah bagi pembatalan itu. Jangan salahkan JPM. Kalau tidak berpuas hati, sila menghadap dan dapatkan penjelasan. Jangan salahkan orang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Imigresen di sini hari ini.
Awal bulan ini, surat yang dihantar pihak istana bagi membatalkan jemputan yang dihantar sebelum itu kepada bekas perdana menteri berusia 91 tahun dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tersebar di laman media sosial.
Jemputan itu adalah bagi majlis melafaz sumpah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 pada 13 Disember.
Susulan itu, Dr Mahathir menerusi blognya mendakwa Istana Negara “kepunyaan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional.
Apabila ditanya sama ada Umno merancang membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu kerana menghina institusi diraja, Zahid berkata “tidak ada keperluan untuk berbuat demikian”.

Pembangkang mesyuarat bincang calon PM

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas akan diadakan Pakatan Harapan bagi membincangkan masa depan gabungan itu termasuk pemilihan calon berpotensi perdana menteri sekiranya menang PRU14.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kata putus akan dibuat dalam pertemuan tersebut.
"Saya dimaklumkan pimpinan Pakatan Harapan akan kemuka pengumuman (calon perdana menteri) selepas perbincangan. Pada saya, pra syarat utama adalah prinsip reformasi, prinsip yang memastikan keadilan itu dapat berdiri dalam institusi demokrasi negara kita. Itu penting," katanya  pada sidang media selepas sesi penerangan secara langsung berkenaan status mangsa yang terbabit dengan kejadian runtuhan serta laporan awal di peringkat SP Setia di KL Eco City, semalam.
Nurul Izzah Anwar Beliau berkata, dalam Pakatan Harapan, keutamaan adalah reformasi, justeru isu ini (perdana menteri) tidak perlu  diberi sebarang komen kerana agenda rakyat perlu diutamakan.
"Kita akan umumkan secara bersama, yang penting dalam keadaan ini, kita menggarap semangat semua pihak, dan benar-benar memastikan kita mampu melaksanakan agenda informasi," katanya.
Nurul Izzah mengulas demikian bagi menjawab pelbagai spekulasi  calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal permohonan mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan liwat.
Semalam, Analisis Berita Sinar Harian tulisan Ong Boon Teck menyatakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara dengan media asing, The Australian pernah mengakui Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri sekiranya BN hilang tampuk pemerintahan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Nurul Izzah berkata, agenda informasi menjadi keutamaan bagi memastikan tidak ada lagi perdana menteri yang dapat mengawal selia dan menyalah gunakan institusi seperti yang berlaku sekarang.
"Pemimpin dipilih harus menjiwai kesemua pra syarat dan melaksanakannya dalam tempoh memimpin negara.

Muhyiddin diberikan sebulan selesaikan rundingan dengan Pas

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasukannya telah diberikan tempoh sehingga pertengahan bulan Januari ini untuk memutuskan perundingannya dengan Pas.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Kadir Jasin dalam tulisan terbarunya berkata, itulah mandat yang diberikan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
"Keputusan harus dibuat menjelang pertengahan bulan depan, iaitu sebulan dari sekarang. Itulah mandat yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe.
Bersatu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) 13 Disember lepas.

Antaranya mereka akan menggunakan logo, manifesto dan calon bersama dalam pilihan raya umum nanti.
Muhyiddin diberikan masa sebulan runding dengan Pas, kata Kadir A Jasin.Muhyiddin diberikan masa sebulan runding dengan Pas, kata Kadir A Jasin.PPBM masih belum menyertai PH bagi membolehkan pihaknya terus berunding dengan Pas.
Mesyuarat 13 Disember di Ibu Pejabat PKR itu bersetuju agar PPBM meneruskan perbincangan dengan Pas dengan syarat diberikan tempoh masa tertentu.
Sehari selepas perjanjian itu iaitu 14 Disember, PPBM telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi.
Adalah dipercayai tempoh sebulan yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya itu telah diputuskan dalam mesyuarat itu.
Menurut Kadir, atas premis bertanding untuk menang secara satu-lawan-satu inilah mereka perlu mengukur dan mengadili tindak-tanduk Pas seterusnya.
"Di kalangan kepemimpinan PPBM, mereka telah pun sekata bahawa rundingan dengan Pas sangat dialu-alukan, tetapi wajiblah ada tolak-ansur dan jadual.
"Oleh sebab PRU mungkin diadakan secara mengejut, semua pihak kesuntukan masa. Justeru itu rundingan dengan Pas tidak boleh berlarutan," tulisnya lagi.
Menurut Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan NST itu, kalau selepas tarikh itu persetujuan belum dicapai atau Pas menolak kerjasama maka andaiannya adalah Pas sebenarnya bersama Umno/BN atau setidak-tidaknya pun Abdul Hadi bersama Najib.

Utama prinsip reformasi, prasyarat utama calon PM pembangkang

Pemilihan calon perdana menteri dalam kalangan pimpinan pembangkang diputuskan berlandaskan prinsip reformasi komponen gabungan pembangkang.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, calon tersebut perlu mendukung prinsip itu demi kelangsungan manfaat rakyat Malaysia.

izzah“Pra-syarat utama adalah prinsip reformasi yang memastikan keadilan itu dapat berdiri dalam institusi demokrasi negara kita. Itu penting,” katanya pada sidang media, semalam.
Dilaporkan, wujud pelbagai spekulasi yang mengaitkan calon sebenar berkelayakan menjadi perdana menteri sekiranya tampuk pemerintahan negara beralih kepada komponen pembangkang, selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Nurul Izzah berkata, agenda dan syarat melaksanakan sistem reformasi menjadi keutamaan pentadbiran negara sekiranya peralihan kuasa dibuat.
“Pakatan Harapan tidak lupa pra-syarat untuk melaksanakan agenda itu.
“Oleh sebab itu, soalnya bukan semata-mata soal ganti perdana menteri, tetapi apa yang perlu kita hormati dalam semangat Perlembagaan,” katanya.
Komponen pembangkang sebelum ini sebulat suara pernah menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya.
Bagaimanapun, Anwar kini masih menjalani hukuman penjara lima tahun bersabit pendakwaan politik terhadapnya.

Gabungan PH + PPBM bakal melalui proses kematangan, kata penganalisis


Para penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  diminta bersabar dengan proses kematangan yang perlu dilalui oleh gabungan baru pembangkang yang dimeterai 13 Disember lepas sebelum ia mencapai kematangan, kata penganalisis.
Jika berlaku ribut dalam gabungan PH + Bersatu sekarang, ia adalah normal, kata Dr Dzulkefly Ahmad.Jika berlaku ribut dalam gabungan PH + Bersatu sekarang, ia adalah normal, kata Dr Dzulkefly Ahmad.Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua pihak perlu memahami gelagat organisasi yanhg bakal dihadapi oleh gabungan baru ini.
"Kalau ada yang kurang jelas atau terkeliru, ia bukan satu koalisi seperti PH. Lebih tepat lagi ia adalah langkah permulaan seumpama satu Memorandum Persefahaman atau MOU. Persefahaman kerangka kerjasama adalah penting sebagai langkah awal," kata beliau.
Beliau meminta agar gabungan baru ini diizinkan melalui tahap dahulu dalam satu tempoh waktu yang menasabah.
"Jangan terburu-buru untuk mewujudkan satu koalisi politik atau 'Electoral Pact' kerana ianya lebih ketat dan tegas.
"Pun begitu, waktu tidak menyebelahi kita sebagai parti-parti yang berazam mengambil alih pentadbiran persekutuan yang berpusat di Putrajaya," tulis beliau kepada akhbar Amanah yang dilihat mula memasuki pasaran hari ini.
Bagi beliau, mereka yang memahami 'gelagat organisasi' atau 'organisational behaviour', amat peka bagaimana setiap organisasi setelah melalui pelbagai tahap.
"Tahap 'penubuhan' atau 'forming' akan pasti melalui tahap 'ribut' atau 'storming', sebelum benar-benar dapat menjalinkan 'persamaan nilai' atau 'norming' dan barulah akhirnya menghasilkan 'natijah kerja' atau 'performing'.

Gabungan PAKATAN makin kukuh, bersedia hadapi PRU-14 - Dato’ Abdullah Sani

Perjanjian kerjasama dimeterai Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyerlahkan gabungan pembangkang yang mantap serta bersedia menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
abdullah-saniAhli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, persepakatan itu membuktikan pembangkang berjaya membentuk blok berwibawa untuk dipilih rakyat serta mampu mengambil alih pentadbiran negara.

“Perjanjian dimeterai PAKATAN dan PPBM memberi isyarat bahawa pembangkang sebagai blok tidak boleh dikategorikan tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Malah, kita telah mengadakan satu persepakatan dalam membentuk kepimpinan yang terserlah menampilkan kewibawaan mampu mengambil alih kepimpinan negara pada bila-bila masa,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerjasama terbabit terus mengukuhkan pembangkang sebagai kelompok utama dan mana-mana parti pembangkang yang tidak menyertai gabungan berkenaan seharusnya dibiar atau ditinggalkan.
Katanya, PAKATAN meletakkan matlamat mengambil alih pentadbiran kerajaan dipimpin BN sejak sekian lama bagi melakukan perubahan total yang didakwa pincang angkara penyalahgunaan kuasa.
“Apa yang penting sekiranya dipilih, kita mahu membentuk kerajaan yang efisien dan mereformasikan sistem pentadbiran yang dibobrokkan juga sarat dengan masalah rasuah selain tidak boleh diterima rakyat.
“Kini, kita sudah melalui fasa perubahan iaitu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Amanah terlindung daripada PAS jika bergabung dengan PKR’ - Prof Ahmad Atory

Cadangan pemimpin Pemuda PKR agar kedua-dua parti bergabung menerima kritikan dan sokongan.
ahmad-atory-hussain_pkr_amanah_pas_600
KUALA LUMPUR: Seorang pemerhati politik menyambut baik cadangan agar PKR dan Amanah bergabung, dan berkata ia memberi kelebihan kepada Amanah di sebalik serangan ke atasnya oleh PAS.
Prof Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia berkata percantuman kedua-dua parti itu juga akan memperkasakan pakatan pembangkang.
“PAS tidak akan dapat mengkritik Amanah seperti mana sekarang dan ia mungkin menyaksikan PAS bekerjasama dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.
Idea bergabung itu dilontarkan semalam oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin, dilihat sebagai jalan penyelesaian sebarang perebutan kerusi yang timbul pada pilihan raya umum akan datang.
Ia susulan beberapa ucapan pemimpin Amanah pada konvensyen parti Sabtu lalu, yang memperlihatkan kemungkinan berlaku perebutan kerusi menjelang pilihan raya umum.
Afif berpandangan kedua-dua parti berkongsi nilai sama seperti kepelbagaian kaum dan kesederhanaan dalam pendekatan Islam.
Bagaimanapun, rata-rata pemimpin politik menolak cadangan itu dan berkata memadai kedua-dua parti bergerak di dalam Pakatan Harapan.
Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff tidak setuju dengan pandangan 2 parti itu mempunyai nilai sama.
Menurutnya, Amanah merupakan sebuah parti berlandaskan Islam progresif manakala ideologi PKR berlainan.
“Mereka mempunyai pendekatan berlainan, pengundi berlainan, ideologi berlainan dan penyokong berlainan,” kata Agus yang berkata percantuman kedua-dua parti itu tidak akan memperkasakan pakatan pembangkang.
PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah.
Amanah ditubuhkan bekas pemimpin PAS susulan kemenangan puak yang menyokong presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada muktamar tahun lalu, yang menyaksikan PAS mengambil pendekatan lebih mesra dengan Umno di samping memutuskan hubungan dengan DAP.
PKR dalam bentuknya sekarang merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia, pada 2003.

Amanah mungkin jadi tulang belakang Umno tuduh SU PAS Kelantan

KOTA BHARU - Biarpun Amanah dilihat masih tidak mampu menarik sokongan orang Melayu, tetapi Pas Kelantan mengakui kebolehan parti itu berperanan sebagai ‘tongkat’ kepada pihak lawan.
Setiausahanya, Datuk  Che Abdullah Mat Nawi berkata,  dalam konteks semasa politik di Kelantan, Pas melihat kelahiran parti baharu itu diibaratkan sebagai tulang belakang yang memberikan kekuatan kepada Umno pada PRU14.
Che Abdullah Mat Nawi “Kita tidak menafikan dari segi peranan tongkat boleh dimainkan oleh Amanah. Di Pulau Pinang dan di Pantai Barat, mereka ini dilahirkan sebagai tongkat kepada DAP. Di Kelantan dan Terengganu pula tongkat kepada Umno.
“Kerana merekalah yang memungkinkan Umno boleh mempertahankan Terengganu atau boleh memasang cita-cita menawan Kelantan menggunakan tongkat yang disediakan oleh Amanah,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Dalam perkembangan lain, Che Abdullah turut menyokong pandangan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah yang akan meletakkan calon di kerusi tradisi DAP pada PRU14 nanti.
“Saya yakin dengan sokongan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang turut dianggotai pelbagai kumpulan termasuk golongan profesional mampu menarik sokongan bukan Islam dan orang Islam,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai hubungan parti Bersatu dengan DAP pula, Che Abdullah membayangkan DAP akan berusaha menggunakan parti diterajui bekas perdana menteri itu demi melangsungkan matlamat mereka.
“DAP akan cuba menggunakan mereka, jadi terpulang kepada mereka untuk menurut menjadi seperti Amanah boleh digunakan oleh DAP, atau menurut prinsip  mereka sendiri dan mencari rakan tahalul dengan parti lain,” katanya.

WSJ: Pelabur asing lupus saham, bon M'sia

Malaysia dilaporkan menjadi salah satu daripada ekonomi di rantau Asia yang paling teruk terjejas ekoran kenaikan kadar faedah dan dolar Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan Wall Street Journal hari ini, para pelabur asing menjual saham dan bon Malaysia bernilai AS$5.3 bilion pada bulan November, menjadi aliran keluar bulanan terbesar sejak September 2011, menurut ANZ Bank.
"Ia hampir satu perempat daripada AS$22.1 bilion yang ditarik keluar dari pasaran membangun di rantau ini termasuk China," mengikut catatan WSJ.
Sebahagian besar daripada ini, ujar laporan itu, adalah bon bernilai AS$4.5 bilion dengan aliran keluar hutang bulanan terbesar dalam sejarah, jelas ANZ lagi.
Ia ekoran prestasi ringgit yang terus merudum setelah kehilangan keyakinan pasaran dalam kedudukan kewangan negara dengan skandal 1MDB skandal menjadi antara faktor yang menyumbang ke arah itu.
"Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menyokong mata wang, ringgit kehilangan 6.5 peratus daripada nilainya berbanding dolar AS sejak pilihan raya AS, mencecah tahap rendah hampir 19 tahun pada 30 November.
"Pada hari Khamis, mata wang terus melemah sebanyak 0.9 peratus ekoran pengumuman Rizab Persekutuan mengenai kenaikan kadar faedahnya yang pertama kali pada 2016," ujar WSJ.

Skandal 1MDB: Lagi bekas pekerja BSI disabit bersalah

Seorang lagi bekas pekerja BSI disabitkan bersalah di mahkamah Singapura berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Pihak pendakwa meminta pegawai bank Yvonne Seah Yew Foong dipenjarakan selama dua minggu.

Menurut Straits Times, Seah mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan membantu pemalsuan dokumen dan gagal melaporkan keraguan transaksi yang didakwa mempunyai kaitan dengan taikun kelahiran Pulau Pinang Jho Low.

Dalam rayuan migitasi terhadap hukumannya, Seah berkata dia mengalami masalah klaustrofobia atau takut berada di dalam tempat tertutup.

Pihak pendakwaan bagaimanapun menyangkalnya dan berkata tiada rekod perubatan bagi mendukung kenyataan itu.

Singapura sedang menyiasat dakwaan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB di republik itu.

Selain Seah, penyelianya, Yak Yew Chee juga mengaku bersalah terhadap tuduhan sama. Yak sedang menjalani hukuman 18 minggu penjara.

Operasi BSI di Singapura telah diberhentikan.
Siasatan berkaitan 1MDB sedang berjalan di pelbagai negara.