Khamis, 15 Disember 2016

KENAPA SAMPAI JADI BEGINI?

Kes 1
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda atau ANAK dan bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman diisytiharkan muflis setelah gagal membayar gantirugi sebanyak RM500 ribu berikutan kalah dalam saman yang difailkan oleh Felda terhadapnya.

Pada 20 Julai 2009, Felda telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan Angkatan Edaran Sdn Bhd kerana kandungan sebuah buku "Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long" yang dianggap memfitnah agensi tersebut.

Disebabkan gagal membayar gantirugi itu, Felda akhirnya telah memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan.
Ketika menerbitkan buku tersebut, Mazlan adalah Presiden ANAK dan AJK Pas Pusat, tetapi kemudian membuat keputusan menyertai Amanah.

Di sebalik Amanah yang kini bertindak melancarkan tabung untuk membantu Mazlan, persoalan yang timbul ialah di mana usaha Pas untuk membantu beliau?

Apakah Pas seolah-olah sudah lupa bahawa selama berpuluh tahun sebelum ini, Mazlan berjuang bersama parti itu dan sumbangannya dalam menarik sokongan masyarakat Felda kepada Pas tentulah juga bukan sedikit?

Tidak terdetikkah di hati pemimpin-pemimpin Pas, setidak-tidaknya atas nama persaudaraan Islam, untuk turut sama membantu Mazlan, walaupun beliau kini sudah bersama Amanah?


Kes 2
Selepas PRU 2013, Za'aba Ibrahim, bekas Exco Pemuda Pas Johor telah bersetuju agar namanya digunakan oleh parti itu sebagai plaintif dalam petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Pulai.

Beliau ketika itu bersetuju namanya digunakan kerana Pas turut bersetuju untuk menanggung semua kos dalam petisyen tersebut.

Namun, pada Januari 2014, Mahkamah Rayuan telah menolak petisyen itu dan Za'aba diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM50 ribu dan tarikh akhirnya untuk membuat pembayaran ialah pada 17 Januari 2017.
Kegagalan membayar denda itu menyebabkan Za'aba kini berdepan dengan kemungkinan untuk diisytiharkan muflis.

Yang menjadi masalah sekarang ialah Pas enggan bertanggungjawab terhadap kos yang terpaksa dibayar oleh Za'aba itu hanya kerana beliau bukan lagi ahli Pas, sebaliknya sudah menyertai Amanah.

Tidak ada gunanya pujuk PAS, kata DAP Perak

Ini kerana orang ramai sudah tahu PAS mula sebati dengan Umno, kata Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar.
sivakumar
PETALING JAYA: Tidak ada gunanya memujuk PAS untuk berjuang bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kata DAP Perak hari ini.
Timbalan Pengerusi V Sivakumar berkata, ini kerana orang ramai sudah tahu PAS mula sebati dengan Umno.
“Apabila parti itu sudah berjinak dengan Umno, tidak perlu untuk pemimpin-pemimpin pembangkang memujuknya lagi. PAS dan Umno sudah mempunyai agenda mereka sendiri.
“Sama ada MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak akan merestui perkahwinan PAS-Umno itu belum pasti lagi. Kita perlu tunggu dan lihat adegan seterusnya,” kata Ahli Parlimen Batu Gajah menerusi kenyataan hari ini.
Pada 13 Disember lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta parti pembangkang supaya berhenti menyerang partinya sebelum meneruskan usaha memujuk mereka bekerjasama menentang BN pada PRU14.
Mengulas lanjut, Sivakumar berkata PH harus bersedia berhadapan PAS-Umno walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru di banyak kerusi.
“Rakyat boleh menentukan parti manakah yang boleh membawa perubahan dan selamatkan rakyat dan negara ini.
“Pakatan Harapan tidak boleh tunggu untuk sesiapa lagi. Perlu mengatur strategi dan turun padang dengan serta merta untuk memberi penjelasan.

'Jika tak nak pembangkang, PAS kena pilih Umno'

Mengikut sifir politik, jika PAS dan Umno mahu kekal selamat mengharungi pilihan raya umum akan datang, kedua-dua parti perlu merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.
Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.
Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata PAS tidak ada pilihan selain bekerjasama dengan pembangkang lain, atau Umno.
Namun kemungkinan yang dihadapi PAS jika menolak kerjasama dengan pembangkang ialah, parti itu mungkin kehilangan undi daripada bekas penyokong mereka yang kini beralih ke Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Pakatan Harapan (HARAPAN).
Umno pula, katanya, berdepan risiko kehilangan undi penyokong parti itu dengan munculnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Justeru apa yang tinggal, kalau nak menang Umno kena ada strategi untuk tarik undi PAS. PAS pula kena ada strategi untuk tarik undi Umno.
"Sebab itu untuk elak berlaku pertembungan (antara PAS dan Umno) kedua-dua parti perlu bekerjasama. Tak perlu pun PAS menyertai BN," katanya.
Mahfuz dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan pendirian BERSATU masih mahu berunding dengan PAS menjelang PRU ke-14.
Pembangkang masih bergelut untuk membentuk barisan yang mantap sebagai persediaan menghadapi BN pada PRU yang dijangka akan diadakan seawal suku pertama tahun depan.
Ketika BERSATU sudah menandatangani persefahaman dengan HARAPAN, PAS masih menjarakkan diri dengan pembangkang lain kecuali PKR dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
PAS juga menyatakan beberapa syarat untuk parti itu bekerjasama dengan pembangkang.
Kata Mahfuz, kerjasama antara PAS dan Umno - jika terjadi - akan menggabungkan undi untuk kedua-dua parti dan membantu kemenangan mereka.
Dalam jangkaan keadaan menjadi begitu, kata Mahfuz, ada orang yang bertanya kepada beliau sama ada anggota PAS boleh mengundi Umno berdasarkan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.
Kata Mahfuz, pada pandangannya keadaan semasa sedang digunakan oleh kepimpinan PAS untuk meyakinkan anggota parti menerima dan mengundi Umno.
Bagaimanapun beliau mengakui kerjasama mengelak pertembungan secara langsung antara PAS dan Umno itu masih pada tahap hipotesis.
Sementara itu mengenai usaha BERSATU memujuk PAS, Mahfuz menjelaskan ketika ini parti berkenaan tidak keliru seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pihak yang keliru ialah parti pembangkang lain yang tidak memahami mesej tersirat PAS.
"Mesej PAS ialah mereka tidak bersedia bekerjasama dengan HARAPAN, sebab itulah PAS letak bermacam alasan yang diketahui sukar diterima parti pembangkang lain.

Mahasiswa #TangkapMO1 bertemu wakil VC tuntut gugur pertuduhan

Mahfuz Jelaskan Mengapa Pendiriannya Berbeza Dengan PAS


Universiti Malaya didakwa cuba pertahan MO1 dengan menghukum mahasiswa

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Universiti Malaya (UM) didakwa seolah-olah mahu mempertahan Malaysian Official 1 (MO1) apabila mengenakan hukuman ke atas empat mahasiswa (UM4) hanya kerana mereka menganjurkan himpunan aman #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.
Sedangkan, kata Pemuda Pakatan Harapan, ‘Malaysian Official 1’ adalah seorang penjenayah yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB,  dalam satu kenyataan hari ini.
anis syafiqah“Empat mahasiswa ini bangkit membawa kebimbangan seluruh rakyat Malaysia terhadap jenayah MO1 yang kini menjadi bahan berita masyarakat antarabangsa.
“Tindakan menghukum mereka hanya menunjukkan seolah-olah MO1 tidak boleh disentuh sekaligus menjadikan UM sebagai alat melindungi individu di sebalik gelaran MO1 ini,” ujar suatu kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Menurut mereka, hukuman tersebut adalah bukti bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih menjadi alat untuk menganiaya aktivis mahasiswa, sekaligus mencabul hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman.
“AUKU tak ubah seperti SOSMA dan undang-undang drakonian lain yang digunakan untuk mengekang kebangkitan rakyat.
“Kami percaya AUKU akan terus digunakan untuk mencipta budaya takut sekaligus membunuh aktivisme mahasiswa,” tegasnya.
Sehubungan itu, mereka menuntut agar pihak UM membatalkan semua hukuman serta memberi ruang kepada mahasiswa untuk beraktivisme.

AUKU belum benar-benar pergi, kata aktivis siswa

Aktivis mahasiswa menuntut naib canselor Universiti Malaya (UM) campur tangan membatalkan penggantungan pelajarnya Anis Syafiqah Md Yusof.
Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan hari ini, setelah Anis rakan-rakannya digantung pengajian satu semester dan didenda kerana terlibat dalam himpunan Tangkap MO1.
Tampil membela rakan seperjuangannya, Asheeq Ali berkata mereka menyertai himpunan itu sebagai mahasiswa yang cakna terhadap isu-isu dalam negara.
"Klausa yang digunakan adalah kami memalukan universiti. Saya nak nyatakan di sini kami tak malukan mana-mana universiti.

“Kami berdiri di sana sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mendesak kerajaan menangkap MO1 (Malaysian Official 1).
"Kami tidak membangkang kerajaan, kami tak suruh (Datuk Seri) Najib (Razak) turun, kami tak suruh Rosmah (Mansor) turun,” kata Asheeq kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Dewan Canselor UM, Kuala Lumpur hari ini.
Anis dan dua lagi aktivis mahasiswa hari ini digantung pengajian satu semester dan denda RM400 selepas didapati bersalah memalukan universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur.
Seorang lagi aktivis hanya dikenakan hukuman denda RM200.

Sementara itu, Asheeq berkata apa yang dilakukan pihak universiti tidak sah dan masih mengamalkan kaedah lama Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Anis Syafiqah digantung 1 semester, akan terus berjuang

Beliau akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan atau dibawa ke mahkamah
anis-tangkapmo1
PETALING JAYA: Aktivis siswa, Anis Syafiqah Md Yusof, digantung pengajian 1 semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, Ogos lepas.
Sebelum ini, Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.
“Universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara,” kata Anis ketika dihubungi FMT.
Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.
“Saya dan rakan-rakan tidak akan berhenti setakat ini. Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Anis akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan.
“Jika tidak mendapat sambutan, kita tidak akan teragak-agak untuk bawa ke mahkamah,” katanya.

Idea PKR-Amanah bercantum pramatang, kata setiausaha agung

Amanah harus diberi ruang dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka, kata Saifuddin Nasution
Datuk-Saifuddin-Nasution
PETALING JAYA: Cadangan agar Amanah dan PKR bercantum bagi menyelesaikan isu pengagihan kerusi pilihan raya dianggap pramatang.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti harus beri ruang dan peluang kepada Amanah untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Beliau menjawab Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin semalam yang mencadangkan agar kedua parti bercantum, susulan ketegangan yang berpunca daripada perebutan kerusi PRU14 antara parti pembangkang.
“Saya menghormati pandangan Dr Afif. Cumanya, saya anggap idea percantuman itu sebagai idea yang pramatang,” katanya kepada FMT.
Amanah, yang ditubuhkan September tahun lepas, meminta kerusi Parlimen Batu, yang kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua, diserahkan kepada mereka.
Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan berkata PKR mungkin sukar mengekalkan kerusi itu tanpa bantuan PAS, justeru partinya yang dilihat sebagai parti Islam alternatif wajar mengambil alih.
Rundingan antara parti pembangkang, yang cuba untuk memastikan perlawanan 1 lawan 1 menentang BN, dijangka berdepan cabaran apabila pengundi Melayu menjadi rebutan antara PKR, Amanah, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah dan PAS tumpas di tangan Barisan Nasional.
Amanah pada konvensyen parti 11 Disember lalu menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali memecat semua ahli PAS dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri kerana PAS menyukarkan Amanah menembusi negeri itu.

Turunkan tambang pengangkutan awam

Kerajaan Persekutuan disaran menurunkan tambang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini termasuk Mass Rapid Transit (MRT).
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, langkah itu mampu menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Katanya, ia sekali gus mengurangkan kesesakan trafik terutama ketika waktu puncak.
“Saya tidak pasti sejauh mana penjimatan Kerajaan Persekutuan lakukan untuk projek MRT ini, namun jika benar, turunkanlah tambang untuk rakyat.
“Apalagi dalam keadaan kegawatan ekonomi, saya pasti langkah itu bakal melonjakkan jumlah pengguna pengangkutan awam,” katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen MRT Kwasa Damansara, di sini, hari ini.
Chang Khim berkata, orang ramai juga perlu mempunyai inisiatif untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan duit rakyat.
“Jangan asyik minta sahaja untuk buat itu ini tetapi tiada langsung inisiatif menggunakannya.
“Pada masa sama, perkhidmatan diberikan juga perlulah berada pada tahap terbaik dan diperkemas dari masa ke masa seperti kelajuan LRT (Light Rail Transit) yang boleh dipertingkatkan,” katanya.
Kos projek MRT didakwa menelan belanja RM21 bilion, iaitu kurang RM2 bilion daripada kos sasaran berjumlah RM23 bilion.

Ahli politik punca ketegangan kaum, kata penganalisis

Perpaduan antara kaum negara masa kini tidak ubah seperti kek aising, cantik di luar tetapi rapuh di dalam, kata penganalisis politik.
Dr-Mohamad-Agus-Yusoff
PUTRAJAYA: Pemimpin kerajaan dan pembangkang perlu terlebih dahulu menunjukkan hubungan baik antara mereka jika serius ingin memperbaiki perpaduan kaum di negara ini, kata penganalisis politik.
Prof Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, punca keretakan hubungan antara kaum di Malaysia adalah perbalahan pemimpin politik dan kegagalan menunjukkan contoh yang baik.
“Orang Melayu, Cina dan India seperti pasir, air dan simen – jika digaul menjadi blok kukuh. Begitulah cara kita dahulu. Sekarang mungkin seperti kek aising, cantik di luar tetapi rapuh di dalam.
“Apakah masalah itu? Tentunya masalah politik. Kerana pemimpin politik tidak menunjukkan imej perpaduan. Ia (imej perpaduan) bukan terletak pada rakyat, tetapi bermula dengan pemimpin,” katanya pada persidangan Multaqa Perundangan dan Politik anjuran Majlis Perundangan Islam (MPI) di The Everly Hotel hari ini.
Justeru, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menggesa kedua-dua pihak menunjukkan imej perpaduan agar menjadi contoh kepada rakyat.
“Misalnya ketika Hari Raya, anjurkan rumah terbuka negara dan pemimpin pembangkang ada bersama. Ketika sambutan merdeka di negara lain, para pemimpin berdiri di pentas bersama. Ini belum kelihatan di negara kita,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan resolusi kluster politik persidangan itu, mewakili menteri besar Perak merangkap ketua kluster politik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Antara resolusi tersebut adalah menangani perpecahan politik umat Islam bagi mengelakkan kuasa politik terhakis, menangani persepsi yang mengancam keharmonian hidup beragama pada zaman ini dan memperkemas pendidikan secara menyeluruh agar menjurus kepada penyatuan umat Islam.

Rintihan Aleepo dan Dukanya Rohingnya


 Keadaan di Aleppo Syria kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.Keadaan di Aleppo Syria kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.
Dunia ketika ini sepi dan bisu tanpa rasa bersalah.Dunia ketika ini malap dan buta seperti tidak endah apa yang berlaku disana.Dunia ketika ini begitu menghairankan dan janggal Dunia ketika ini seperti duduk di sebuah rumah , paipnya bocor tetapi tiada langsung penghuninya mengambil tahu hatta jiran sekelilingnya.
Akhirnya air itu melimpah dan membasahi seluruh rumahnya.Aku juga keliru dan sangsi ! Semakin hari , semakin hilang nilai manusiawi .Nilai kemanusiaan itu seperti diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkuasa dan berkepentingan.Nilai kasih dan sayang mereka luntur dimamah oleh sifat ketamakan yang menyelebungi diri mereka. Entah siapa yang mengajar mereka.
Buka Mata ! Buka Minda ! Lihatlah sekeliling kamu !

Aleppo sejak 2011
Muktahir ini , penulis pasti bahawa diantara kita sudah dikhabarkan akan keadaan di Aleppo. Video dan rakaman suara menjadi pengantara dan medium untuk mereka menghantar pesanan terakhir kepada dunia. Mereka menggambarkan keadaan di Aleppo kini sepenuhnya lumpuh dikerjakan oleh laknatullah Bashar al Assad dan tenteranya.
Mereka menyampaikan mesej kepada netizen di seluruh dunia untuk membuka mata masyarakat akan kekejaman di Syria. Sungguh menyakitkan
Tahukah anda ? 200 ribu umat Islam terkepung di sana serta tentera biadap Assad, sekutu Iran dan Hizbullat Lubnan menembak orang-orang awam yang cuba menyelamatkan diri.
Sementara mereka dibom dari udara oleh Rusia. Pelbagai spekulasi yang diberikan oleh media. Keseluruhan Kota Aleppo berada di bawah penguasaan tentera Kerajaan Syria dengan dokongan sepenuhnya dari kuasa militeri Rusia, kekhuatiran berlakunya pencabulan hak asasi kemanusiaan secara rambang tidak dapat dielakkan.
Ada juga dikalangan anak kecil yang tidak berdosa dan wanita dibunuh dan diperkosa sesuka hati oleh tentera rejim umpama boneka dijalanan. Sungguh mereka ini sikapnya seperti binatang! Mereka hari ini hidup sebagai pelarian
Di saat ini komuniti Rohingya menjadi lebih teruk hinggakan  muslim di sana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.Di saat ini komuniti Rohingya menjadi lebih teruk hinggakan muslim di sana disembelih dan dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.
Rohingya  sejak 1962
Sejak pemerintahan militer berkuasa di Myanmar melalui kudeta Jendral Ne Win tahun 1962 M, umat Islam Arakan mengalami berbagai bentuk kezaliman. Dibunuh, diusir, diitekan hak-hak mereka, dan tidak diakui hak-hak kewarganegaraannya.

Kenapa PAS sudah bukan jadi pilihan ?

1) Parti PAS adalah Parti yang menuduh parti lain sbg tolak Islam,penentang Islam,munafik,lari jemaah dan pelbagai lagi gelaran buruk pd parti lain.
2) Parti PAS terlalu wala pada pada pimpinan parti walaupun pemimpin mereka melakukan kesalahan.
3) Parti PAS mengaku berpolitik secara AGAMA tetapi memfitnah parti lain sbg penjual pil kuda,menuduh parti lain sbg barua DAP dan suka bermusuh dgn parti lain walaupun seringkali parti2 lain ajak berdamai.
4)Parti PAS dikatakan berpolitik dengan BERKEBAJIKAN tetapi mengusir org asli drpd membuat penempatan di hutan
5) Parti PAS hendak menegakan KEADILAN secara sama rata kepada rakyat tetapi lebih rela utk kalah pilihanraya drpd bergabung dgn parti2 pembangkang yg lain.bila dah kalah mcm mana nk tegakkan keadilan sedangkan penahanan maria chin pun PAS tidak bersolidariti bersama pimpinan PH dan PPBM yg lain?
6) Parti PAS hendak BERJUANG hingga kemenangan tetapi rela kalah pilihanraya drpd bersama gabungan PH
7) Parti PAS hendak menegakan ISLAM di bumi dengan AMAN dan ADIL tetapi dok tuduh org lain sbg lari dr jemaah,label mcm2..apakah nk menegakkan Islam perlu bermula dgn melabel org lain yg tak sependapat?
Parti PAS hendak menyampaikan KESEMPURNAAN rahmat kepada rakyat yang diAMANAHkan oleh ALLAH tetapi memusuhi parti lain dgn menuduh parti itu sbg kafir harbi sedangkan parti tersebut tidak pernah menganiaya org Islam malahan memberi bantuan yg lebih kpd pembangunan Islam di negeri yg ditadbirnya.
9) Parti PAS hendak menentang KEZALIMAN di bumi tetapi parti PAS bersama sepentas dgn kerajaan zalim yg mengenakan GST pd rakyat?
10) Parti PAS hendak memperlaksaankan HUKUM SYARIAH kepada umat ISLAM tetapi membawa usul RUU355 dgn turut mengenakan denda rm100 ribu kpd pesalah?apakah hukum Islam menitikberatkan hukuman berbentuk kewangan?

PRU14: Terlalu awal bincang pembahagian kerusi, kata PKR

Kerjasama PH dan PPBM masih di peringkat awal dan isu berkenaan hanya dibincangkan apabila tiba masa sesuai.
Saifuddin NasutionPETALING JAYA: Pakatan pilihan raya di antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum sampai ke peringkat pembahagian kerusi kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Menurut beliau, kerjasama PH dan PPBM masih di peringkat awal dan isu berkenaan pembahagian kerusi hanya akan dibincangkan apabila tiba masa yang sesuai.
“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya kepada FMT.
Pada 13 Disember lalu, PH dan PPBM menandatangani memorandum persefahaman bagi memastikan pertandingan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, gabungan PH dan PPBM merupakan langkah kerjasama pertama dalam menuju PRU.
Terdapat 7 perkara disenaraikan dalam perjanjian itu dan salah satunya adalah 1 calon mewakili PH dan PPBM dalam pilihan raya akan datang, malah calon juga dipilih berdasarkan persetujuan semua parti dalam pakatan itu.
Malah, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meminta agar parti dalam gabungan itu memberi laluan kepada partinya untuk bertanding di kerusi tertentu.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata setakat hari ini, pakatan pilihan raya itu hanya di peringkat program bersama di atas pentas ceramah.

Muhyiddin dakwa gambar Najib kena turun, Matrade nafi

Laungan Aleppo...Aleppo! bergema di Kedutaan Syria, pegawai enggan bertemu

Penganjur demo #TangkapMO1 digantung 1 semester, denda

NGO gesa ambil tindakan tegas terhadap Zahid Mat Arip

Calon PM selepas Anwar mesti bawa agenda reformasi - Nurul Izzah

Nurul Izzah: Pas 'kebingungan' jika tak bersama Pakatan

Aktivis #TangkapMO1 digantung 1 semester, denda

Anis Syafiqah Md Yusof dan dua lagi aktivis mahasiswa digantung pengajian selama satu semester, diberi amaran dan didenda sehingga RM400 selepas didapati bersalah memalukan universiti susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur.
Seorang lagi aktivis bagaimanapun hanya dikenakan hukuman denda RM400.
Hukuman tersebut ditetapkan ke atas empat aktivis terbabit hari ini selepas prosiding akhir di hadapan tiga panel Lembaga Disiplin Universiti Malaya (UM) dijalankan dua minggu lalu.
Selain Anis, tiga penuntut terbabit ialah Mohd Luqman Hakim Fazli, Mohammad Luqman Nul Haqim dan Suhail Wan Azhar.
Anis dan tiga lagi pelajar terbabit sebelum ini dituduh melanggar kod kelakuan pelajar dengan menganjurkan perhimpunan #TangkapMO1, menyebabkan gangguan awam serta mencemarkan nama baik universiti.
Anis menjadi tertuduh pertama dipanggil panel terbabit hari ini, diikuti tiga lagi rakannya.
Selain Anis, siswa yang digantung pengajian dan didenda itu ialah Luqman dan Mohammad Luqman Nul Haqim, manakala Suhail dikenakan denda saja.
Perhimpunan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa penahanan "Malaysian Official 1" yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengaku Datuk Seri Najib Razak ialah MO1 tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Amanah tiada keperluan bergabung dengan PKR

Ini kerana kedua-dua parti sudah bergabung dalam Pakatan Harapan serta pembentukan pakatan pilihan raya bersama PPBM, kata ketua Pemuda Amanah.
Sany-HamzanPETALING JAYA: Amanah tidak nampak keperluan untuk bergabung dengan PKR bagi mewujudkan blok ke-3 pembangkang, kata Ketua Pemuda Sany Hamzan.
Menurutnya, ini disebabkan parti itu bersama PKR bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan pembentukan pakatan pilihan raya bersama Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.
“Jadi saya rasa itu merupakan pandangan peribadi beliau,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan agar Amanah bergabung dengan mereka untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Dr Afif berkata, Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.
Mengulas lanjut, Sany berpendapat gabungan pembangkang sepatutnya hanya satu sahaja.
“Kita kena ingat, dengan keadaan negara sekarang, kita perlu ada 2 blok sahaja. Tak boleh ada 3, 4 blok. Macam di Amerika Syarikat dan Britain. Mereka ada 2 blok sahaja.Justeru, apabila kita bersama duduk dalam PH, kita kena sokong PH bersama PPBM.
“Kita tak perlu ada blok lain, kerjasama lain. Cuma perbincangan dengan PAS, saya rasa boleh diteruskan tapi perlu ada tempoh masa.
“Sampai bila PH nak tunggu PAS sebab pilihan raya jangka masanya sudah tak lama dan kita perlukan persediaan awal untuk bersiap siaga,” katanya.

Cadangan Dr Afif Bahardin penggabungan PKR, AMANAH ditolak

Pemimpin-pemimpin kanan PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak cadangan penggabungan kedua-dua parti itu.

Dalam reaksi segera terhadap cadangan pemimpin Pemuda PKR Dr Afif Bahardin itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata idea itu masih terlalu awal untuk dibincang.
“Afif ada hak beri pandangan tetapi bagi saya ia agak pramatang.

“Biar AMANAH diberi peluang untuk kembangkan sayap mereka,” katanya kepada Malaysiakini.
Afif, timbalan Ketua Pemuda PKR, mencadangkan penggabungan itu memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.
Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

Sementara itu, AMANAH juga tidak mempertimbangkan cadangan itu.
“Perkara itu tak berbangkit. Kita (sudah) pertimbangkan sebelum kita tubuhkan parti, tetapi sekarang kita sudah tubuhkan parti.

“Jadi tak berbangkitlah perkara itu,” kata Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

Amanah sudahpun bergabung dengan PKR dalam PH, bidas KP Amanah terhadap Timb Ketua AMK


Mohd Sany HamzanMohd Sany HamzanPemuda Amanah berfikiran parti itu sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.
Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pada ketika ini semua pimpinan perlu memperkuatkan kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas termeterainya perjanjian kerjasama itu Selasa lalu.
"Pada saya kita sudah bergabung dalam Pakatan Haraan dengan tujuan dan misi yang sama untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU akan datang.
"Apa yang penting sekarang pada saya kita perkuatkan Pakatan Harapan dan PPBM untuk hadapi pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.
Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.
Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.
Mohd Sany menjelaskan kewujudan Amanah adalah parti Islam generasi kedua yang ditubuhkan mengantikan Pas. Justeru soal parti itu sebagai parti serpihan Pas tidak timbul ketika ini seperti dikatakan Afif.
"Kita tertubuh untuk mengantikan Pas sebagai parti Islam generasi kedua.

Apa erti kerjasama HARAPAN dan parti Mahathir?

Ramai yang tidak puas hati. Setelah mengetahui berulang kali bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu partinya bergabung dalam Pakatan Harapan, akhirnya tujuan itu tidak menjadi kenyataan. Parti cap bunga raya pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya sekadar buat perjanjian politik sahaja dengan HARAPAN. Tidak jadi sekutu gabungan.
Mahathir pula tidak hadir semalam. Barangkali kerana cita-citanya belum lagi tercapai. Setakat tandatangan perjanjian dan tidak membentuk gabungan, hantar anak sahaja cukuplah. Lim Kit Siang juga serupa. Kedua-duanya hanya hantar anak masing-masing.
Atau mungkin kerana mesyuarat semalam berlangsung di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat empat bangunan ibu pejabat PKR. Meski sudah bersalam dan berbual mesra, Mahathir mungkin belum boleh masuk ke pejabat bekas timbalannya itu. Tapi tak apa, itu semua hal anekdot sahaja. Tak akan dicatat di nota kaki sejarah pun.
Namun apa yang sejarah akan rakam ialah dua acara ini. Pertamanya ceramah ‘blok ketiga’ anjuran PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di Paya Jaras, dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga wakil PKR, Sivarasa Rasiah. Kedua, majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BERSATU dan Pakatan Harapan, keesokan harinya.
Dalam acara pertama, PAS Selangor menghidangkan sebuah majlis yang dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”. Hadir dalam acara tersebut ialah pemuka-pemuka PAS dan IKATAN, bersama Muhyiddin dan wakil PKR, setelah Datuk Seri Wan Azizah Ismail enggan hadir ke majlis tersebut.
PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor, dan bekerja dalam satu bangunan dengan pemimpin DAP, namun tidak pula menjemput wakil DAP ke ceramah meganya itu. PAS juga masih berpatah arang dengan rakan-rakan lama yang sudah membentuk parti baru. Sebut nama Parti Amanah Negara (AMANAH) pun tak mahu, inikan pula mahu diajak berceramah sekali untuk melawan Umno.

Malah kita juga tidak pasti kalau ceramah itu tujuannya untuk membantai Umno. Sudah lama sebenarnya PAS tidak kelihatan menghentam Umno dan gejala korupsinya.
Berbalik kepada cerita “ceramah mega”.
Dalam acara tersebut, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak mentah-mentah cadangan Muhyiddin untuk menjadi jambatan hubungan antara PAS dan rakan-rakan yang telah mereka tinggalkan.
Tuan Ibrahim dilapor berkata "Kita tidak ada hubungan dengan DAP, AMANAH, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan."
Dalam bahasa orang biasa-biasa seperti kita, Tuan Ibrahim secara mudahnya berkata:
“Eh kau ni. Kita ini pun baru nak bermesra, kau nak ajak aku bermadu dengan kekasih lama?”
Lebih kurang begitulah.
Acara itu kemudiannya disambut dengan majlis semalam. Muhyiddin sekali lagi disoal tentang usahanya untuk berunding dengan PAS, dan berapa lama lagi beliau mahu terus memujuk parti pimpinan Haji Hadi itu.
Wartawan dan pemerhati politik semalam rata-rata menghela nafas kecewa. Mereka bertanya, apa benda lagi yang ditunggu dengan PAS ini? Apa lagi tawaran dan janji yang mahu dan boleh diberi? Begitu pentingkah PAS dalam fabrik politik negara sehingga kalau tak ada mereka, tak menanglah parti-parti pembangkang menawan Putrajaya?
Vakum kepimpinan Melayu

PRU-14: Kepentingan rakyat jadi keutamaan

Semua parti pembangkang perlu duduk berbincang dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk mengadakan perbincangan dengan PAS untuk memastikan kelancaran, pada pilihan raya umum akan datang.

“Sebagai parti politik, memang semua minat tetapi ia mesti dibincangkan secara meluas dengan
semua parti (pembangkang) terlibat.
“Kita tidak mempunyai banyak masa, jadi semua pihak perlu ada keberanian untuk duduk berbincang dan diharapkan kita akan dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat PAS yang berminat untuk bertanding di parlimen Permatang Pauh.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, KEADILAN akan terus bekerjasama dengan PAS kerana ia adalah keputusan yang dibuat berdasarkan konsep tahaluf siasi (kerjasama politik).
Katanya, langkah sama turut diambil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan mengadakan rundingan bersama PAS.
“Semua pihak perlu tampil dan meletakkan negara juga rakyat sebagai keutamaan bagi PRU-14,” katanya.

140 kontrak diberi pada kontraktor China sejak 2010 oleh kerajaan Najib

Sebanyak 140 kontrak dengan nilai keseluruhan RM38 bilion, dianugerahkan kepada kontraktor dari China sejak 2010 hingga Oktober lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata daripada jumlah itu hanya tiga kontrak sahaja melibatkan kontrak kerajaan, bernilai RM885 juta, manakala bakinya melibatkan projek swasta.
"Kerajaan akan memastikan pelaksanaan projek terbabit memberi manfaat kepada kontraktor-kontraktor tempatan serta pengusaha industri kecil dan sederhana.
"Pada masa sama, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sedang merangka mekanisme supaya syarikat asing, termasuk dari China, yang melaksanakan projek kerajaan turut menggunakan bahan mentah tempatan seperti besi keluli," katanya pada persidangan Dewan Negara, di Kuala Lumpur hari ini.
Rosnah menjawab pertanyaan Senator Datuk Kadzim M Yahya mengenai jumlah dan nilai kontrak kerajaan yang dilaksanakan oleh kontraktor dari China.
Beliau bagaimanapun berkata tidak semua projek di negara ini disyaratkan menggunakan komponen atau bahan tempatan sepenuhnya memandangkan ada bahan binaan tertentu masih perlu diimport.

1.5 juta gagal bayar PTPTN disenarai CCRIS

Timbalan menteri pendidikan mendedahkan hutang yang gagal dibayar melibatkan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.
hutang-ptptn-1KUALA LUMPUR: Seramai 1,574,700 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) sehingga 10 November lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM32.07 bilion.
Menurutnya, CCRIS bukan satu mekanisme bagi PTPTN untuk menyenaraihitamkan peminjam tegar yang enggan membayar pinjaman seperti tanggapan sesetengah pihak.
“Namun rekod bayaran balik pinjaman dalam CCRIS adalah amalan terbaik semua institusi kewangan bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik secara teratur,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin mengenai insentif diskaun yang ditawarkan dalam Bajet 2017 dan jumlah terkini pinjaman yang diberikan PTPTN.
Yap berkata PTPTN memberi pinjaman kepada 2.6 juta peminjam sehingga mereka tamat belajar melibatkan peruntukan berjumlah RM59.67 bilion sehingga November lepas.
“Bagi tempoh sama juga, PTPTN menerima bayaran balik sejumlah RM10.07 bilion daripada 1.2 juta peminjam berbanding RM18.84 bilion yang sepatutnya dikutip daripada 1.9 juta peminjam,” katanya.

Tan Sri Tunku Salehhuddin dimasyurkan sebagai Raja Muda Kedah

 Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff berkenan hadir pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan Duli yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah di Istana Anak Bukit hari ini. Foto Bernama. Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff berkenan hadir pada Majlis Pemasyhuran Pelantikan Duli yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah di Istana Anak Bukit hari ini.
Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit  hari ini.
Istiadat pemasyhuran pelantikan serta menjunjung duli itu diadakan sempena keberangkatan pulang Sultan Kedah setelah tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Isnin lalu.
Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum ini, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 Nov tahun lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kegeringan.
Pengisytiharan pemasyhuran dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun.
Tunku Sallehuddin, yang juga adinda Sultan Kedah, melafazkan taat setianya untuk melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas malah akan sentiasa patuh dalam menjunjung titah Sultan Kedah.

Dr Afif Bahardin cadang PKR bergabung dengan AMANAH

Cadangan penggabungan 2 parti ini PKR adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang, kata timbalan ketua Pemuda PKR.
AfifGEORGE TOWN: Amanah perlu bergabung dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya akan datang, cadang timbalan ketua pemuda parti Dr Afif Bahardin, hari ini.
Beliau berkata demikian, susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti sejak kebelakangan ini yang berpunca daripada pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Dr Afif, berkata Amanah berkongsi nilai yang sama dengan PKR dan bergabung adalah pilihan terbaik bagi mengukuhkan blok pembangkang.
“Ini satu idea yang perlu dipertimbangkan. Kita mempunyai pemimpin yang kuat daripada kedua-dua parti dan mereka sangat serasi dengan kami.
“Saya mempercayai gabungan itu, jika ia berjaya, situasi akan berbeza dengan PAS.
“Pada dasarnya, Amanah dan PKR, seperti parti pembangkang lain yang mempunyai satu keinginan, iaitu Malaysia tanpa Umno dan BN,” kata Dr Afif hari ini.
Afif berkata jika idea penggabungan itu diterima, ia sesuai dengan semangat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menendang keluar BN.
“Amanah dan PKR mempunyai nilai yang dikongsi: mengambil jalan tengah, menyokong semua kaum, jalan Islam yang sederhana, mempertimbangkan kebajikan rakyat.
“Apabila kita bergabung, kita lebih baik. Masih ingatkah semasa kita bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia? Kita menjadi lebih kuat.
“Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berjabat tangan dengan Anwar, apatah lagi Amanah dan PKR,” katanya.
Afif mengulas perang mulut antara PKR dan Amanah berhubung pembahagian kerusi.
Bari-baru ini, Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan semasa konvensyen kebangsaan parti itu meminta kerusi Parlimen Batu diserahkan kepada kerusi Amanah.
Ia kini dipegang Naib Presiden PKR Chua Tian Chang @ Tian Chua.
Sany berkatanya, PKR mungkin mempunyai kesukaran mengekalkan kerusi Batu tanpa bantuan PAS, justeru jalan terbaik adalah Amanah mengambil alih.
Pada konvensyen itu, perwakilan Amanah juga menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberhentikan semua ahli PAS dalam Kabinet beliau.
Perwakilan mendakwa PAS menyebabkan “masalah” di peringkat akar umbi di Selangor, dengan Amanah cuba menembusinya.
Mengulas mengenai perkara dibangkitkan Amanah, Afif berkata Azmin memegang peranan pendamai antara Pakatan Harapan dan PAS, sejak berpisah daripada pembangkang.
Afif berkata Amanah tidak sepatutnya menggesa dengan cepat PAS berunduk kerana rakyat mengundi pakatan pembangkang termasuk parti Islam itu.
“Azmin memegang jawatan sebagai pendamai antara 2 parti itu. Dengan memastikan keamanan, beliau memastikan kerajaan Selangor berjalan lancar.
“Kerajaan boleh runtuh tanpa beliau,” kata Afif.

Pas perlu fikir semula kerjasama dengan PPBM tanpa DAP dan Amanah

Syarat ditetapkan Pas akan bekerjasama dengan  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  sekiranya tanpa Amanah dan DAP perlu di fikirkan semula, demi kepentingan rakyat, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir.
“Kalau mereka fikir begitu memang susahlah. Kita tidak fikir Pas, walaupun apa jua yang telah mereka lakukan. Kami dalam Amanah tidak fikir perkara itu, kami fikirkan kepentingan rakyat.
“Menyelamatkan rakyat lebih besar daripada kepentingan peribadi. Ego harus letak tepi. Bagi Amanah, kita mahu pakatan lebih besar. Tapi, kalau orang tidak mahu, kita tidak boleh paksa,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetik hari ini.
Pada Selasa, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi Pas masa sehingga tahun depan untuk putuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pada pilihan raya akan datang.
Anuar berkata, partinya menghormati rundingan dilakukan PPBM dengan Pas, tanpa menyimpan rasa marah atau dendam. Walau bagaimanapun  ujarnya lagi, Pas perlu manfaatkan masa diberi sebelum memutuskan untuk bersama atau tidak dengan PPBM dan Pakatan Harapan dalam mewujudkan pembangkang yang lebih besar.
“Kami dalam Amanah, tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. Kita dalam Pakatan Harapan juga tidak membantah, kami beri ruang untuk PPBM berunding dengan Pas.
“Terpulang kepada Pas, bukan kami tidak beri ruang. Tetapi kami sekarang dah berada di landasan, ‘bersedia untuk berlepas’. Enjin dah panas, jadi tidak boleh tunggu lama-lama,” katanya.

PH perlu realistik, kembali fokus isu rakyat - Prof Dr Nik Ahmad Kamal

 Amanah, DAP, PKR, Bersatu
Pakatan Harapan perlu realistik dan tidak hanya bersandarkan kekuatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapat sokongan rakyat pada PRU14 akan datang.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, meskipun Anwar dilihat penting untuk Pakatan Harapan mendapat sokongan dan undi, tetapi faktor itu sahaja tidak menjamin kemenangan pembangkang.
“Tidak dinafikan faktor Anwar itu penting kepada Pakatan Harapan. Ia boleh menjadi satu kelemahan dan juga kelebihan kerana isu ini boleh jadi modal untuk PRU14.
“Isu Anwar mungkin relevan pada PRU11, 12 dan 13 tetapi ia semakin dilupakan. Pakatan Harapan tidak perlu lagi menekankan isu Anwar walaupun penting kerana semakin kurang didengari oleh pengundi.
“Banyak isu lain yang perlu dijaja dan diatasi oleh Pakatan Harapan. Itu semua faktor utama untuk menyedarkan rakyat supaya menyokong mereka,” katanya kepada Sinar Harian,  semalam.
Bagaimanapun Nik Ahmad Kamal tidak menolak, isu ketidakadilan yang diutarakan PKR terhadap Anwar boleh dijadikan isu pada kempen PRU kelak, namun tidak boleh bergantung kepada faktor itu sahaja.
Beliau berkata, apa yang penting dilakukan Pakatan Harapan adalah fokus kepada isu permasalahan rakyat dan tidak meletakkan perjuangan membebaskan Anwar sebagai keutamaan.
“Tidak perlu tunggu PRU kalau jadi kerajaan, apa yang perlu dilakukan adalah meyakinkan pengundi dari sekarang,” katanya.
Katanya, Pakatan Harapan tidak akan berdepan dengan soal kepimpinan, jika soal itu yang menjadi kebimbangan utama kepada mereka.
“Dari segi kepimpinan, saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana mereka masih boleh berhubung dengan Anwar di penjara dan kepimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berjalan,” katanya.

RAKAMAN PENUH KONVENSYEN NASIONAL KALI PERTAMA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)

KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 10/12/2016 (SESI PAGI PERASMIAN)
KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 10/12/2016 ( SESI PETANG PERBAHASAN)
FORUM SANTAI KONVENSYEN 10/12/2016
KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 11/12/2016 ( SESI PAGI PERBAHASAN)
KONVENSYEN NASIONAL PARTI AMANAH NEGARA 11/12/2016 ( SESI PETANG PENGULUNGAN)

Mesej jelas Pas kepada Pakatan Harapan


Oleh MUAMMAR QADDAFI
Sejak Pakatan Harapan ditubuhkan pada september 2015, tanda tanya mengenai kedudukan Pas dalam gabungan ini sentiasa menjadi persoalan, Pas dari awal sememangnya sudah menolak sebarang kerjasama politik dengan AMANAH dan DAP namun masih mengekalkan kerjasama mereka dengan PKR.

Seruan dan ajakan dari parti kompenan Pakatan Harapan kepada Pas untuk menjalin kerjasama politik sentiasa berterusan, walaupun banyak perkara yang tidak mampu dipersetujui secara bersama namun kesediaan parti parti dalam Pakatan Harapan untuk menerima Pas itu ada. Mereka percaya bahawa kerjasama politik semua parti pembangkang diperlukan untuk menewaskan Umno Bn pada pru 14 akan datang.
Namun pada masa yang sama, Pas mengulangi ketegasannya untuk tidak menerima AMANAH dan DAP sebagai sekutu politik, Pas mendakwa DAP adalah parti yang menentang perjuangan islam yang kononnya dibawa oleh Pas manakala AMANAH pula sehingga sekarang dianggap sebagai pengkhianat Pas.
Satu satunya yang menjadi orang tengah diantara parti pembangkang lain dengan Pas adalah PKR yang walaupun secara tidak rasminya Pakatan Rakyat sudah terkubur, namun kerjasama lama antara Pas dan PKR masih lagi dikekalkan, kerajaan negeri Selangor masih tidak secara rasmi mengumumkan mereka adalah kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya disebut hanya sebagai "Kerajaan Pakatan".
Namun, apabila Pas baru baru ini mengumumkan akan bertanding di kerusi Permatang Pauh, kerusi tradisi Anwar Ibrahim yang dimenanginya sejak kali pertama menyertai pilihan raya, dan menjadi simbol kegagahan dan keutuhan PKR, secara tidak langsung ia merupakan satu isyarat, atau mesej yang jelas kepada PKR dan Pakatan Harapan umumnya, bahawa Pas tidak lagi akan mempunyai sebarang kerjasama politik dengan PKR pada pilihan raya yang akan datang.
Tidak lama selepas pengistiharan ini, Pas Kuantan juga telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PKR Kuantan dalam pilihan raya yang akan datang kerana mendakwa komen komen di media Facebook wakil rakyat parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dakwa mereka telah mengkritik pemimpin mereka. Disemak kembali sememangnya jelas bahawa Fuziah terlalu kerap mengkritik Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak terutamanya selepas perhimpunan solidiriti Rohingya baru baru ini yang dikatakan tidak kena pada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kemuncak mesej Pas bahawa mereka tidak lagi akan bekerjasama dengan PKR

Dr Dzulkefly saran MB Selangor bertindak tegas atasi birokrasi terhadap AMANAH

Isu birokrasi yang dibangkitkan  pimpinan Amanah yang mendakwa berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor seharusnya dilihat dalam dua sudut berbeza dan diambil tindakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bukan sahaja membabitkan teguran seorang perwakilan negeri dalam Konvensyen Amanah Nasional yang diadakan Sabtu lalu semata-mata.
fb_img_1481568633739Bahkan isu yang dibahaskan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani itu ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Azmin Ali untuk diambil tindakan lanjutan.
“Konvensyen Amanah adalah forum terbaik bagi pemimpin akar umbi untuk menyampaikan pandangan dan kritikan pemimpin utama partinya. Mereka perlu diberikan semua saluran untuk menyatakan perbezaan pendapat.
“Kebimbangan utama mereka adalah bagaimana parti yang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan itu dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
“Sewajarnya kita (Pakatan Harapan) perlu membuat pertimbangan dan memberikan respon yang sesuai atau dengan bijaksana walaupun pandangan itu sangat kritis dan dihujah dengan cara yang keras,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan, mendengar perbahasan Jamzuri dan kenyataan balas yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman pada Isnin lalu, ujarnya, beliau mula memahami punca berbezaan pandangan pemimpin pemuda dua parti  itu berlaku.
“Bagi Jamzuri dia membuat  dakwaan yang khusus ditujukan kepada Menteri Besar untuk mengeluarkan mana-mana ahli Pas yang menjadi punca berlakunya birokrasi dalam kerajaan negeri terhadap ahli akar umbi Amanah.
“Sebaliknya kenyataan itu dianggap tidak berasas dan memberi amaran kepada Amanah supaya tidak mengheret kerajaan negeri ke dalam ‘persengketaan’ Amanah dan Pas atau ‘mahu meretakkan hubungan baik Pakatan Harapan’.
“Saya amat berharap jurucakap Pemuda PKR Selangor itu benar-benar memahami antara isu dan aduan,” ujarnya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman dipetik berkata, Jamzuri seolah-olah mendakwa kerajaan Selangor gagal meraikan Amanah sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas, lapor Malaysia Dateline.
Dr Dzulkefly memberikan contoh kewajaran sekiranya ingin  ‘mengharamkan’ dan ‘menamatkan’  khidmat seorang guru agama yang telah mengajar beberapa dekad dan disukai oleh qariah sekitar masjid atau surau, hanya kerana mereka ahli Amanah adalah amat tidak adil dan dikesali.
Ujarnya lagi, amalan sebegitu hanya dilakukan ketika era pentadbiran Umno.
“Ia dilihat keji. Mereka mengajar ajaran Islam atau fiqh atau hukum dalam hal-hal ritual dan kepercayaan.

Anwar terus relevan, iltizam bawa perubahan

Penolakan semakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi penghalang untuk mengukuhkan semangat iltizam membawa perubahan di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan membebaskan Ketua Umum KEADILAN itu akan terus dituntut kerana beliau difitnah dan dizalimi.

“Kita berjuang bukan untuk seseorang tetapi berjuang untuk seorang yang dizalimi dan perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia.
“Keputusan itu akan meningkatkan lagi semangat dan ini satu usaha untuk mengajak rakyat melakukan perubahan,” katanya.
Mohamed Azmin turut mengajak semua pihak bekerjasama melakukan perubahan supaya kezaliman yang dilakukan kepada Anwar itu tidak berlaku kepada individu lain.
“Jika perkara ini boleh berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, bagaimana dengan rakyat biasa?
“Justeru, kita semua perlu bersatu membawa perubahan dan saya kira mesej itu penting untuk disampaikan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menolak pandangan penganalisis yang mendakwa isu Anwar tidak lagi relevan dalam menghadapi pilihan raya.

Kerjasama PAKATAN-BERSATU permulaan baik

Perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan permulaan baik bagi mewujudkan persefahaman antara parti pembangkang.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau optimis kerjasama itu akan berterusan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Bagi parti pembangkang, ini adalah satu permulaan baik untuk mewujudkan kerjasama dan tidak dilihat sebagai dua blok berbeza.
“Saya optimis terhadap perjanjian kerjasama itu,” katanya mengulas perkara itu.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, kerjasama itu bukan perkara asing bagi negara maju yang dilaksanakan untuk membetulkan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.
“Kita sudah nyatakan dari awal mana-mana parti yang bersedia menerima agenda reformasi, kita raikan mereka,” katanya.
Pada 13 Disember lalu, perjanjian bersama PAKATAN dan BERSATU ditandatangani bagi membentuk kerjasama politik dalam menghadapi Barisan Nasional (BN), pada PRU-14.

Kawan makan kawan: Ketua Pemuda DPPK seakan sindir Presiden Pas



Mohamed Hanipah Maidin
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu (DPPK), Nurul Islam Mohamed Yusoff yang mengatakan Amanah ibarat "kawan makan kawan"  sekiranya parti itu berhasrat meletakkan calonnya di kerusi tradisi PKR, seakan menyindir Pas dan Presiden Pas.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipah Maidin berkata walaupun secara peribadi beliau tidak mengenali Nurul Islam, tetapi apabila beliau membaca kenyataannya itu,  beliau hanya mampu tersenyum dan ketawa sahaja.
" Macam mana saya tidak senyum dan ketawa kerana kenyataannya itu semacam menyindir Pas dan Presiden Pas.
"Bila cakap soal 'kawan makan kawan' mungkin Ketua Pemuda Pas Batu kena tanya Presiden dia sendiri soalan soalan berikut:-
" Bila Presiden Pas sendiri keluarkan watikah dan benarkan calon Pas bertanding di Dun Kota Damansara- kerusi PKR dan pernah dimenangi oleh PKR yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di Dun itu dan akhirnya memenangkan calon BN, itu bukan  'kawan makan kawan' ke saudara?
"Pas tak dikira 'kawan makan kawan' ke di Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang saudara?
"Bila Presiden Pas tak mahu sokong dan berkempen untuk Dr Wan Azizah, calon PKR dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatamg Pauh, adakah itu tidak dinamakan "kawan makan kawan" ke saudara?
"Tahukah Ketua Pemuda Pas Batu bahawa para pemimpin Pas yang turun bantu Dr Wan Azizah pada masa itu majoritinya sekarang dalam kepimpinan utama Amanah?
"Bila Presiden Pas tak setuju Dr Wan Azizah jadi ketua pembangkang dan kritik pula kononnya Dr Wan Azizah tidak layak, adakah itu bukan 'kawan makan kawan' ke saudara?
"Bila Pas sanggup hantar hanya nama calon daripada Pas sahaja kepada Y.M Sultan untuk ditabal jadi MB Selangor dalam krisis MB Selangor, tidakkah itu ''uga tergolong dalam 'kawan makan kawan"? soal Hanipah dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar masih ada dua pilihan

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua pilihan  lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya permohonan pengampunan itu ditolak.
Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.
Anwar Ibrahim  “Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dengan memfailkan permohonan itu sendiri,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.
“Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh mahkamah,” katanya.
Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.
 “Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh lima tahun.
“Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding,” katanya.
Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar.
Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pengorbanan besar Pas-Umno demi presiden parti


Pilihan raya umum ke-14 bakal berlangsung selewatnya pada tahun 2018.
Namun ramai meramalkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan percepatkan tarikh pilihan raya sebagai jalan untuk mengelakkan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya kali ini.
Sepanjang tempoh 3 tahun setelah BN berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada PRU13 yang lalu, tidak sedikit peristiwa besar yang berlaku, menimpa setiap parti dalam negara.
Daripada kematian tokoh tokoh utama parti seperti Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim , serta perpecahan dalaman parti, tentunya sedikit sebanyak memberi impak kepada perjalanan parti bagi menempuh pilihan raya yang akan datang.
Mengulas soal perpecahan dalaman parti, perkara seumpama ini tidaklah hanya menimpa parti Pas, sebaliknya turut berlaku dalam parti parti besar yang lain, DAP umpamanya berlaku sedikit perselisihan apabila ada pimpinan yang tidak bersetuju Tun Mahathir dijulang oleh partinya, begitu juga PKR turut mengalami sedikit krisis dalaman pra Langkah Kajang.
Namun yang cukup besar perselisihannya sehingga kesannya mampu dilihat dengan jelas adalah perpecahan dalaman parti Pas dan Umno yang keduanya melahirkan dua parti baru dalam arena politik negara iaitu perpecahan dalaman Pas yang melahirkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Umno yang melahirnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pas,Umno berpecah kerana presiden masing masing?
Apa yang menarik tentang kedua perpecahan dalaman dan penubuhan parti baharu ini adalah dilihat pada punca umum keduanya, iaitu keduanya berpunca dari presiden parti masing masing.
Umno berpecah kerana mahu menyelamatkan Najib manakala Pas berpecah kerana hendak menyelamatkan Hadi Awang.
Kelompok kelompok dalam Umno enggan menurunkan Najib walaupun beliau sendiri merupakan liabiliti besar kepada Umno bermula dari dalam rumahnya,sehinggalah skandal skandal besar yang melibatkan Najib, 1MDB misalnya, isu ini mendorong tokoh-tokoh yang merasakan ia adalah perkara yang salah, bahkan berbahaya kepada kestabilan negara, lalu bertindak mengkritik dan mengesa Najib untuk berundur maka wujudlah dua kumpulan di dalam Umno, iaitu satu kumpulan diketuai oleh Najib selaku presiden Umno, dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Muhyidin Yasin namun didorong dan disokong kuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad , Tan Sri Muhyidin kemudiannya dipecat dari parti, dan beliau kemudiannya menubuhkan PPBM dan melalui pengaruh besar Tun Mahathir, ramai ahli ahli UmnO menyeberang dari parti lama mereka kepada serpihan baru Umno, PPBM.
Manakala di dalam Pas, demi mengekalkan kepimpinan dan kekuasaan Datuk Seri Abdul Hadi, perbagai kaedah dan cara jahat digunakan kelompok penyokong presiden dan seolah direstui tindakannya oleh pimpinan apabila tidak ada teguran keras terhadap usaha usaha tersebut demi menyingkirkan setiap yang tidak sealiran dengan pemikiran presiden, pimpinan pimpinan profesional difitnah dan dihina dengan segala macam penghinaan sehinggalah menyebabkan mereka tersingkir secara total dalam pemilihan parti tahun 2015 dan akhirnya mendorong mereka untuk menubuhkan sebuah parti baru yang membawa aspirasi dan cita cita rakyat, Amanah.
Kelahiran Amanah sekaligus bermakna Pas sekali lagi berpecah dengan sebahagian ahlinya keluar parti dan menyertai Amanah yang dilihat mempunyai wawasan dan visi yang lebih jelas untuk kembali menyelamatkan negara dari pemimpin dan pentadbiran yang korup dan bermasalah.
Kerjasama Pas-Umno demi kelangsungan politik Hadi dan Najib?
Perubahan besar politik Malaysia pasca PRU13 adalah kerana dua sosok ini, Umno pecah kerana Najib dan Pas pecah kerana Abdul Hadi. Apa yang terang, tiada perpecahan akan menguatkan parti, kewujudan dua serpihan baru sememangnya telah melemahkan kedua Pas dan Umno .
Dari sinilah timbul hubungan "samar samar" Pas dan Umno yang dakwa mereka demi Melayu dan Islam.
Namun kenyataannya, kebersamaan kedua pemimpin besar kedua pemimpin besar Pas dan Umno itu bukanlah demi Melayu dan Islam, kerana jika benar itu sebabnya, sejak PRU tahun 2004 lagi mereka bersama, hakikatnya kebersamaan mereka adalah demi menyelamatkan kedudukan masing masing dalam arena politik negara, mereka mungkin terselamat dan masih dilihat gah di takhta parti masing masing namun perpecahan yang berlaku telah menyebabkan kuasa bersaing mereka dengan parti parti besar lain telah menjunam jatuh.
Satu satunya kaedah untuk kembali menguatkan kedudukan parti masing masing adalah dengan kerjasama politik Pas dan Umno ataupun sekurangnya mereka dilihat bersatu dalam menentang musuh yang sama agar mereka mampu melemahkan musuh sebelum berdepan pilihan raya yang seterusnya, dan itulah yang mereka lakukan.

Konvensyen bersejarah pertegas landasan Amanah, Islam yang serasi dalam kepelbagaian


Konvensyen Amanah Nasional kali pertama
Konvensyen bersejarah Parti Amanah Negara (Amanah) kali pertama di Pusat Kovensyen Shah Alam melabuhkan tirainya jam 6.15 petang Ahad, 11 Disember.
Sebaik doa penutup oleh Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin selesai, Speaker, Onn Ismail mengumumkan konvensyen berakhir dan lagu rasmi Amanah dimainkan.
Semua yang memenuhi dewan bangun.
Bersalaman, berpelukan dan ada yang kelihatan menitiskan air mata.
Konvensyen yang bermula dengan pidato presiden yang disampaikan oleh Mohamad Sabu, ternyata menarik minat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ucapan yang berani," komen Tun Mahathir sebaik ucapan selesai.
Beliau merujuk ulasan Mohamad terhadap amalan-amalan buruk yang wujud dalam masyarakat Islam.
Islam sebuah agama yang cukup garang terhadap rasuah, malangnya dalam negara yang ditadbir orang Islam rasuah berlaku hampir segenap peringkat.
Lebih memalukan diperlihatakan secara terbuka, malah ada yang dikatakan rasmi.
Lebih dahsyat golongan yang bergelar agamawan dan ulama hanya berdiam diri seperti redha gelaja ini berleluasa.
Bertolak dari situasi seperti inilah Amanah, kata Mohamad muncul di persada politik negara menyahut seruan "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba membuat kebaikan) dengan mengurus kemajmukan rakyat negara ini.
Islam yang dibawa Amanah akan mencapai hasrat sebagai rahmat untuk semua.
Islam yang mengiktiraf kejadian manusia dijadikan dengan sifat kepelbagaian kaum, bangsa, budaya dan anutan agama.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut mengulas pidato presiden memberi keyakinan penuh bahawa parti Islam baru ini mampu bergerak jauh dengan landasan yang dipakainya.
"Ketika Umno dan sekutunya menggunakan taktik kebencian berasaskan perkauman dan menggunakan proganda fitnah ala Nazi, Amanah dengan berani menunjukkan sikap toleran dan matang dalam berpolitik," kata Lim sambil menunjukkan lukisan kartun yang menggambarkan beliau begitu berkuasa dalam kalangan parti-parti pembangkang.
Pada sesi perbahasan pidato presiden, ucapan yang disampaikan para perwakilan dari negeri-negeri dan sayap-sayap parti begitu memukau khalayak.
Wakil dari Kedah, Aris Awang memberi amaran keras kepada pemimpin-pemimpin Amanah supaya tidak mengulangi apa yang telah terjadi semasa parti lama dulu diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah.
"Amanah mesti ada mekanisma yang jelas supaya para pemimpin tidak bertukar menjadi diktator, menjadi musuh rakyat dan gilakan harta benda apabila berada di puncak kuasa," katanya.

Lalu Mahathir pun bersajak untuk orang muda

Puisi atau sajak kebiasaannya ditulis untuk menyampaikan sesuatu maksud secara tersirat atau meluahkan perasaan terpendam.
Begitu juga bagi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau memilih untuk menulis sajak sebagai satu cara bagi meluahkan perasaannya baru-baru ini.
Sajak yang dihasilkan sendiri oleh penasihat kepada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu bertajuk 'Pada Yang Muda Kusematkan Harap'.
Ia dikatakan dibaca pertama kali oleh Mahathir semasa satu program yang diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 10 Disember lalu.
Antara lain sajak itu merupakan pesanan Mahathir kepada golongan muda mengenai kebimbangannya terhadap masa depan negara, gejala rasuah seperti didakwanya sejak beberapa tahun lalu dan hutang berbilion ringgit yang ditanggung rakyat.
Dalam sajaknya kali ini, Mahathir sekali lagi meluahkan perasaan dengan mengatakan umurnya sudah semakin tua dan beliau tidak memerlukan sebarang kekayaan ketika sedang 'menunggu masa untuk bertemu Illahi'.
Berikut adalah sajak terbaru Mahathir:
Pada Yang Muda Kusematkan Harap
Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa
Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas
Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat
Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri
Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama
Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
Dan harganya dibayar
Oleh cucu dan cicit kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016
Ini bukan kali pertama Mahathir menulis sajak. Antara sajak popular beliau bertajuk 'Perjuangan Yang Belum Selesai' yang ditulis ketika masih menjawat jawatan perdana menteri dan presiden Umno.
Sajak itu juga pernah berkumandang ketika perhimpunan agung parti Melayu itu dan kerap disiarkan di kaca televisyen satu ketika dahulu.

‘Jangan pujuk, Pas tak keliru’


ALOR SETAR - Bukan Pas yang keliru, sebaliknya parti pembangkang yang masih keliru dengan pendirian yang dinyatakan Pas sebelum ini.
Demikian tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung pendirian Pas yang masih lagi belum memutuskan sama ada akan bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan BN.
“Parti pembangkang masih harap Pas bersama mereka, sebenarnya Pakatan Harapan dan Bersatu keliru. Pas tidak keliru, kenyataan Pas amat jelas ketika menyatakan syarat dan pendirian parti itu,” katanya.
Menurutnya, jika pendirian Pas itu difahami secara tersurat, amat jelas Pas tidak bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.
“Pemikiran pimpinan parti jelas belum bersedia bersama rakan-rakan dalam parti pembangkang, tidak perlulah membuang masa meminang atau memujuk Pas.Apabila Pas letak syarat sebegitu, bermakna mereka menolak secara baik,” katanya.
Mahfuz berkata, jika Pas berminat sudah pasti diadakan rundingan terlebih dahulu sebelum letak syarat sebagai panduan.
Menurutnya, Pas hanya mempunyai dua pilihan sama ada kembali kepada gabungan pembangkang atau mewujudkan kerjasama politik dengan BN untuk menghadapi PRU14.
“Tidak semestinya Pas sertai BN, cuma perlu ada kerjasama elak pertembungan antara Pas dan BN. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, Umno akan merebut undi Pas, dan Pas juga akan rebut undi Umno, ia tidak beri keuntungan kepada kedua-dua parti,” katanya.
Sebaliknya, katanya, sekiranya Pas-Umno seiring, mereka akan dapat gabungkan kekuatan undi itu.
“Itu antara yang perlu difikirkan oleh Pas. Ini kerana mereka yang lari dari Umno sokong Bersatu, yang lari dari Pas pula sokong Amanah, di mana mereka akan menyokong gabungan pembangkang,” katanya.
Mengulas sama ada Pas sengaja guna taktik membuat keputusan di saat akhir, katanya, tidak mustahil Pas masih bergelut untuk meneutralkan ahli parti itu yang agak tegar menolak Umno.
“Mungkin sekarang dalam proses ubah minda ahli yang sebelum ini terikat pada amanat Presiden, Datuk Seri Abd Hadi Awang, supaya dapat menerima Umno untuk elak masalah menjelang PRU14,” katanya.
Bagaimana pun, katanya, sekiranya masalah dalaman itu masih tidak dapat diselesaikan, PRU14 akan menyaksikan pertembungan antara Pas-gabungan pembangkang-BN.
“Gabungan pembangkang tanpa Pas dilihat lebih kuat untuk menang jika berlakunya pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Amanah nasihat Pas jangan tunggu lama

Pas perlu manfaatkan masa  diberi sebelum memutuskan untuk bersama atau tidak dengan Bersatu dan Pakatan Harapan dalam mewujudkan pembangkang lebih besar.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, parti itu menghormati rundingan dilakukan Bersatu dengan Pas, tanpa menyimpan rasa marah atau  dendam.
“Kami dalam Amanah, tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. Kita dalam Pakatan Harapan juga tidak membantah, kami beri ruang untuk Bersatu berunding dengan Pas.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir “Terpulang kepada Pas, bukan kami tidak beri ruang. Tetapi kami sekarang dah berada di landasan, ‘bersedia untuk berlepas’. Enjin dah panas, jadi tidak boleh tunggu lama-lama,” katanya.
Kelmarin, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi Pas masa sehingga tahun depan untuk putuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pada pilihan raya akan datang.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, syarat ditetapkan Pas akan bersama Bersatu sekiranya tanpa Amanah dan DAP perlu di fikirkan semula, demi kepentingan rakyat.
“Kalau mereka  fikir begitu memang susahlah. Kita tidak fikir Pas, walaupun apa jua yang telah mereka lakukan. Kami dalam Amanah tidak fikir perkara itu, kami fikirkan kepentingan rakyat.
“Menyelamatkan rakyat lebih besar daripada kepentingan peribadi. Ego harus letak tepi. Bagi Amanah, kita mahu pakatan lebih besar. Tapi, kalau orang tidak mahu, kita tidak boleh paksa,” katanya.

BUKAN SAJA UMNO, MCA/MIC/GERAKAN PUN MAHU DIBANTU PAS JUGA

Setelah bertegas agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu oleh parti-parti lain yang ingin bekerjasama dengannya, Pas kini mengorak selangkah lagi dengan hasrat ingin bertanding di kerusi-kerusi DAP pula.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, oleh kerana antara Pas dan DAP tiada lagi persefahaman dan kerjasama, maka tidak menjadi kesalahan bagi parti itu untuk bertanding di kerusi-kerusi yang tradisinya ditandingi oleh DAP.
Bagi tujuan tersebut, tambahnya, Jabatan Pilihanraya Pas kini sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu kerana berpandangan pihaknya berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.

Jika sebelum ini Pas berkeras memberi kata dua agar parti lain menjauhi DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya dan kemudian meletakkan syarat agar 70 kerusi miliknya tidak diganggu, keinginan untuk turut bertanding di kerusi tradisi DAP jelas memperlihatkan nawaitu sebenar parti itu.

Pas ternyata bukan sangat ingin menang dan membentuk kerajaan, tetapi menyertai pilihanraya dengan lebih tujuannya untuk membantu dan memberi keselesaan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.

Pas nampaknya sengaja meletakkan syarat-syarat sukar yang akhirnya menggagalkan rundingan dengan parti-parti lain dan seterusnya menghalalkan tindakan mereka untuk bersaing secara tiga penjuru.

Hakikatnya, memang itulah tujuan Pas sekarang ini.

Kalau bertanding di 70 kerusi dan persaingan tiga penjuru itu bakal memberi kelebihan kepada UMNO dan BN, hasrat bertanding di kerusi-kerusi DAP pula jelas merupakan bantuan secara langsung Pas kepada MCA, MIC dan Gerakan dengan cara yang sama iaitu memecahkan undi.

Secara umumnya, 51 kerusi yang ditandingi oleh DAP dalam piliharaya umum lalu ialah di kawasan bandar dan separa bandar di mana lawan mereka sejak dulu ialah sama ada MCA, MIC atau Gerakan.
Bermakna, dalam PRU 14 akan datang, tidak cukup dengan keinginan memberi kelebihan kepada UMNO untuk lebih selesa memenangi banyak kerusi, Pas juga melebarkan sayap bantuannya kepada parti-parti komponen BN juga dengan memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Ia dengan sendirinya menunjukkan Pas sudah melupakan atau tidak berdendam sama-sekali dengan MCA, MIC dan Gerakan meskipun parti-parti itu lebih terang dan terbuka menentang Akta 355 yang dibawa oleh Hadi Awang untuk memperkasa dan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ini merupakan satu lagi bukti hebatnya Pas di bawah pimpinan Hadi Awang.