Rabu, 14 Disember 2016

Politik pembangkang pasca Anwar

Malaysia mahu 'kongsi' pengalaman laksana GST dengan India

PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar

Walau dipenjara, Anwar masih kuasa besar dalam arena politik negara

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Biarpun keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan terus menjadi kuasa yang berpengaruh dan disegani dalam politik negara.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, ia berikutan hampir semua pihak menganggap sabitan liwat ke atas Anwar tersebut sengaja direka bagi menamatkan kerjaya politik beliau.
“Pemenjaraan beliau mungkin akan terus memberi jalan kepada orang lain untuk mengekalkan kuasa.
“Tetapi untuk kita yang di luar (rakyat), Anwar tetap seorang pemimpin dengan hati nurani. Malah, beliau kekal sebagai individu yang disegani walaupun tidak dibebaskan hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
ANWAR IBRAHIMMenurutnya, keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dakwaan tersebut memang dijangka kerana ia memberi kelebihan besar buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Barisan Nasional.
“Dengan Anwar hilang peluang terakhir untuk membuat rayuan, Najib berjaya mengenepikan ‘musuh’ politik terbesarnya dalam pilihan raya akan datang.
“Saya akan kekal menyokong Anwar dan keluarganya pada masa mencabar seperti sekarang,” kata Charles.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi kesalahan meliwat.
Dengan keputusan tersebut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkemungkinan akan terus dipenjara sehingga pertengahan tahun 2018.

Rahman Dahlan: Obsesi pembangkang jadikan Anwar PM membimbangkan

Rahman menyifatkan rancangan Rafizi untuk membolehkan Anwar dipilih selepas PRU14 'salah dari segi moral' dan mencerminkan pembangkang seolah-olah tiada pemimpin lain yang berkebolehan.
rahman-dahlan-anwar
PETALING JAYA: Obsesi pembangkang dalam menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri “membimbangkan”, kata pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula berhubung sabitan liwat Anwar perlu dihormati semua pihak.
“Mahkamah adalah sebuah institusi bebas. Saya pasti hakim mempertimbangkan semua fakta dikemukakan dalam kes itu.
“Sesiapa yang sedang dibicarakan di mahkamah perlu mempunyai keyakinan penuh dalam hal ini,” katanya kepada FMT hari ini sambil menambah pembangkang juga perlu mencari seorang lagi calon perdana menteri jika mereka mendapat kuasa.
Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan pada Selasa.
Rahman bagaimanapun berkata, pelan menyerupai “Langkah Kajang” itu salah dari segi politik dan moral.
“Ia seolah-olah pembangkang tidak ada orang lain yang mampu menjadi pemimpin. Itu sebabnya mereka berusaha keras untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri.
“Namun, ia membimbangkan untuk melihat bagaimana sebuah parti politik menyasarkan menjadi sebuah kerajaan hanya mempunyai 1 pilihan bagi jawatan itu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadikannya realiti.
“Dan bagaimana dengan (Timbalan Presiden PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali? Atau (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan (timbalannya) Datuk Seri Mukhriz Mahathir?
“Adakah mereka tidak mampu memimpin negara untuk pembangkang?”

Bekas ahli PAS berdepan risiko muflis

Seorang bekas ahli PAS kini berdepan diisytihar muflis selepas namanya digunakan parti berkenaan untuk mengemukakan petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan parlimen Pulai.
Za'aba Ibrahim yang sebelum ini adalah exco pemuda PAS Johor diarah membayar kos guaman bernilai RM50,000 oleh mahkamah rayuan pada Januari 2014.
Punca masalahnya, Za'aba kini bukan lagi ahli PAS kerana memilih untuk bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak September tahun lalu.
"Bunyinya kelakar, PAS kata mereka tidak boleh membantu saya kerana saya bukan seorang ahli PAS.
"PAS mempunyai masa hampir dua tahun untuk membayar kos undang-undang itu (sebelum Za'aba menyertai AMANAH), tetapi mereka meninggalkan saya bersendirian kerana mereka fikir saya seorang anak kecil.
“Saya harap PAS bayar (kerana), saya tidak mahu muflis,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Za'aba bersetuju menjadi plaintif bagi pihak PAS pada 2013 kerana parti berkenaan ketika itu bersetuju untuk menanggung semua kos dalam proses perundangannya.
Namun, pada 27 Januari 2014 mahkamah rayuan menolak petisyen itu dan mengarahkan Za'aba membayar kos bagi proses berkenaan.
Kata Za'aba tarikh akhir bagi dia menyelesaikan bayaran berkenaan ialah pada 17 Januari 2017.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak akan membantu Za'aba kerana beliau bukan lagi ahli PAS.
"Dia tidak lagi ahli PAS, jadi mengapa kita perlu bantu beliau? Jika dia (masih ahli), kita akan dibayar," katanya.

TAK MAKSUM PULAK!!

Dalam nada yang lebih lunak dan berhemah, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun Idris mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat yang salah.
Ohhhh....sedar pulak tidak maksum!

Tetapi, kenapa meletakkan syarat kepada pihak mesti menjauhi DAP dan Amanah sebelum pun perundingan ke arah kerjasama diadakan?

Tidakkah ia seolah-olah Pas dan pemimpinya maksum sehingga hanya mereka syarat mereka yang mesti dipatuhi?

Kenapa juga meletakkan syarat wajib "jangan kacau 70 kerusi kami" kepada parti-parti lain yang mahu bekerjasama?

Apakah Pas begitu maksum sehingga 70 kerusi yang ditandinginya pada 2013 lalu tidak boleh diusik sama-sekali, walaupun hakikatnya hanya menang 21 saja daripadanya?

Apakah kenyataan pemimpin-pemimpin Pas agar menjauhi DAP dan Amanah serta mahu 70 kerusi yang didakwa miliknya tidak diganggu, merupakan fitnah dan berupa maklumat yang salah?

Kata tak maksum, tapi kenapa lagak dan gaya selama ini seolah-olah sangat maksum dan semua orang lain tidak maksum?

PRU14: PAS sedang kaji kerusi DAP, kata Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi DAP
nik-amar-dap
KOTA BHARU: PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.
Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.
Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.
“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.
Ditanya mengenai Amanah yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.
“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba Presiden (Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.
“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya.

Langit tak runtuh kalau Anwar tak jadi PM, sindir Ibrahim Ali

Ibrahim berkata, kenyataan Rafizi itu seolah-olah pembangkang kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi perdana menteri.
ibrahim-ali-rafizi-anwar-1
PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan cadangan Rafizi Ramli mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri melalui pelan menyerupai “Langkah Kajang” adalah cubaan mempersenda minda rakyat.
Presiden Perkasa itu berkata, kenyataan Rafizi itu seolah-olah pembangkang kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi perdana menteri.
“Ini semua menyusahkan rakyat dan membazir wang negara. Bukankah Rafizi yang selalu bercakap dan berjuang hendak menyelamatkan setiap sen wang rakyat. Apa istimewanya Anwar mesti jadi perdana menteri? Rekodnya semua orang tahu.
“Saya yakin langit tak runtuh di Malaysia jika Anwar tak jadi perdana menteri. Ramai lagi yang boleh jadi perdana menteri. Pada Rafizi sekolah-oleh Anwar sahaja yang layak? Dangkal dan kecilnya jiwa Rafizi ini.
“Saya ingat beliau benar-benar berilmu dan tidak memandang rendah tokoh lain. Kajang move 2.0 adalah langkah menyusahkan dan membazir wang rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mencadangkan pelan menyerupai “Langkah Kajang” untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Rafizi berkata, selepas memenangi PRU, PH boleh mengarahkan ketua setiausaha negara yang akan menjadi ketua kerajaan sementara memohon pengampunan diraja untuk Anwar yang kini dipenjarakan atas sabitan liwat bagi pihak kerajaan persekutuan baharu.

Zaid: Biar Anwar jadi PM menjelang Wawasan 2020

Seorang calon yang dipersetujui Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad akan dilantik perdana menteri sementara, kata Zaid Ibrahim
zaid-ibrahim-anwar-2
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara akan menjadi perdana menteri menjelang 2020.
Datuk Zaid Ibrahim berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan kes oleh Anwar, dalam cubaan terakhirnya untuk membersihkan diri daripada sabitan tuduhan liwat.
“Saya harap beliau menjadi perdana menteri menjelang 2020. Saya memilih tarikh itu kerana ia dipilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tahun negara mencapai status negara maju,” katanya dalam satu catatan blog hari ini.
Hari ini di mahkamah, Zaid sempat bertemu Anwar dan meyakinkan ahli politik itu “perjuangan akan diteruskan. Najib (perdana menteri) tidak boleh lari jauh.”
Katanya ketua umum PKR itu ditakuti Umno-BN kerana beliau seorang pejuang yang tekal dan kental.
“Kita masih belum mampu menjadi sebuah negara, apatah lagi negara maju, tapi elok juga kalau kita mulakan perjalanan itu pada 2020 nanti bersama Anwar sebagai perdana menteri.”
Zaid akui pensabitan dan pemenjaraan Anwar tidak melayakkannya menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum nanti.
“Tetapi seseorang akan dilantik perdana menteri sementara dan seseorang itu pilihan Anwar. Saya percaya Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersetuju dengan pilihan itu.”
Zaid menjelaskan calon tersebut seseorang yang diyakini untuk memimpin negara buat sementara waktu, dan boleh meningkatkan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum nanti.
“Perdana menteri sementara itu boleh jadi isterinya, anak perempuannya, bekas musuh ketat, atau sesiapa sahaja dalam parti pembangkang.
“Hanya satu nama yang ditolak rakyat iaitu Hadi Awang (presiden PAS).”

Skandal 1MDB: Saman DoJ diteruskan, permohonan keluarga Jho Low ditolak

Jika AS menang sekalipun dalam penghakiman, ia akan mengambil masa bertahun lamanya sebelum kerajaan dapat menyita aset yang dikatakan diperoleh hasil penyelewengan dana 1MDB, kata peguam
Jho-LowLOS ANGELES: bUsaha Amerika Syarikat (AS) untuk menyita kira-kira AS$1 bilion (RM4.42 bilion) aset didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada saudara mara Low Taek Jho, individu yang dikaitkan dalam skandal itu.
Hakim persekutuan di Los Angeles pada Isnin memutuskan ahli keluarga Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak boleh campur tangan dalam tuntutan saman kerajaan AS untuk menyita aset milik ahli perniagaan Malaysia itu.
Tuntutan saman itu termasuk kepentingan dalam EMI Music Publishing Group bernilai AS$100 juta, jet Bombardier AS$35 juta dan kepentingan dalam Hotel Park Lane di New York (AS$380 juta).
Bagi menentang tindakan AS itu tanpa kehadiran Low, seramai 4 saudaranya, termasuk bapa dan abangnya cuba menggantikan pemegang amanah dari Switzerland yang enggan menentang pelucutan hak aset itu.
Menurut keluarga itu, pemegang amanah itu memaklumkan mereka bimbang dikenakan liabiliti jenayah jika terbabit dalam perkara itu.
Hakim Daerah AS Dale Fischer pada Isnin tidak membenarkan lebihan masa kepada keluarga Low untuk mendapatkan tindakan undang-undang di New Zealand dan Kepulauan Cayman, di mana mereka cuba menggantikan pemegang amanah kepada pihak yang sanggup mempertahankan kepentingan mereka.
Meskipun mereka ialah benefisiari amanah itu, ahli keluarga Low tidak mengawal aset dan oleh itu tidak layak memohon kepada mahkamah untuk melengahkan prosiding kes sitaan berkenaan, kata Fischer.
Hakim berkata permintaan mereka untuk campur tangan juga ditolak kerana mereka juga termasuk dalam tuntutan saman itu.
Robin Rathmell, peguam kepada ahli keluarga itu memberitahu hakim yang anak guamnya menjangka untuk memperoleh perintah mahkamah luar negara bagi menggantikan pemegang amanah paling awal pada bulan depan.

Saifuddin jelas sebab rayuan Anwar ditolak mahkamah

"Saya sedih sekali," luah Wan Azizah dengan nada sebak

Perjuangan belum tamat sekalipun Anwar dipenjara

Peguam: Anwar ingatkan ini bukan pengakhiran

Izzah: Hilangkan dendam, pulang dengan semangat baharu

Izzah : Papa hadiahkan nilai perjuangan 11 tahun dipenjara

Wan Azizah: Ku sangka panas hingga ke petang tapi...

Wan Azizah: Syukur Anwar boleh lalui ujian dengan tenang

‘Kita takkan bekerjasama sebab DAP, Amanah’ - PJ PAS Perak

IPOH - "Kita takkan bekerjasama dengan mereka yang berhubungan dengan DAP dan Amanah, " demikian kata, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi menghadapi PRU14.
Menurutnya, mesyuarat di peringkat Pas Pusat berkemungkinan diadakan bagi membincangkan tentang kerjasama politik bersama PKR yang diketahui merupakan komponen dalam Pakatan Harapan pada ketika ini.
Razman Zakaria Katanya, sebarang kata putus berkaitan status kerjasama itu mungkin dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan.
"Cuma, ditegaskan dia (PKR) ada hubungan dengan di sana (Pakatan Harapan) tapi pada masa yang sama nak berhubung dengan kita, tak boleh macam itu," katanya.
Kelmarin, Presiden PKR,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu dibuat selepas meneliti masalah dan isu semasa yang melingkari rakyat pada ketika ini.
Beliau turut menjelaskan kedua-dua pihak bertekad untuk membela nasib rakyat sekaligus merubah Malaysia ke arah yang lebih baik.

Dewan Ulama: PH-PPBM akan bercakaran, perlu PAS lawan BN

Khairuddin berkata, PAS masih kuat serta gagah dan tidak akan terjejas walaupun tidak menyertai PH atau membentuk gabungan pilihan raya dengan parti pembangkang lain.
Mohd-Khairuddin-Aman-Razali_pas_600PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan ‘bercakaran’ sesama sendiri walaupun sudah membentuk gabungan pilihan raya dan mereka memerlukan PAS untuk merealisasikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional, kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS.
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, gabungan pilihan raya yang dibentuk antara PH dan PPBM semalam lebih kepada pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Gabungan itu hanya akan menambah kekalutan dalam PH. Realitinya rundingan mereka rundingan (menentukan) kerusi.
“Yang pasti mereka akan berebut kerusi. Berdasarkan pengalaman (PAS) sewaktu bersama PR, PKR dan DAP paling kedekut kerusi. PAS paling pemurah. Kerusi Melayu jadi rebutan Amanah, PKR dan PPBM,” katanya kepada FMT.
PH dan PPBM menandatangani memorandum persefahaman gabungan pilihan raya semalam. Bagaimanapun, PPBM belum menyertai PH secara rasmi sekalipun mendakwa mereka berkongsi perjuangan dan prinsip sama dengan blok pembangkang.
Khairuddin berkata, PAS masih kuat serta gagah dan tidak akan terjejas walaupun tidak menyertai PH atau membentuk gabungan pilihan raya dengan parti pembangkang lain.
“Di sini menggambarkan kecerdikan PAS dalam politik. Tidak boleh ikut orang. Sampai masa, parti lain ikut PAS.
“Mereka (parti pembangkang) kena terima hakikat pembangkang paling kuat ialah PAS. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia ialah Melayu dan parti Islam paling kuat selepas Umno ialah PAS. Pemimpin masa ini pun sedar PAS merupakan parti yang kuat dan gagah.”
Katanya, tidak rugi parti itu bersendirian kerana mereka masih mempunyai undi teras berbanding parti pembangkang lain yang mengharapkan undi protes daripada pengundi Umno tidak berpuas hati dengan kerajaan.
“Kalau nak ikut PAS kena terima cara dan syarat kita. PAS tidak perlukan parti lain pun untuk bergerak. Maka, sesiapa yang berminat dengan PAS, dia kena bersama Gagasan Sejahtera.
“Pertandingan 3 penjuru pasti berlaku. Satu pembohongan sahaja nak satu-lawan-satu dengan Umno. Realiti semua kemaruk nak kerusi,” katanya sambil menambah PAS konsisten menggerakkan Gagasan Sejahtera.
Semalam, ahli DAP, Dr Abdul Aziz Bari dilaporkan berkata, PAS dilihat tidak lagi mampu bertahan di Selangor dan keengganan parti Islam itu menyertai PH hanya merugikan mereka sendiri.

Tiba masanya Pakatan Harapan tentukan garis politik yang jelas


Saya masih kekal dengan pandangan sebelum ini yang berpendirian bahawa risiko berlakunya tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan datang antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN) dan PAS khususnya di negeri Johor amat sukar untuk dielakkan.
rencana-tiba-masanya-pakatan-harapan-tentukan-garis-politik-yang-jelasIni berasaskan kenyataan terbaru Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri bahawa PAS bersedia mempertimbangkan pertandingan tiga penjuru pada PRU-14 sekiranya ia memberi keuntungan kepada parti Islam itu.
Sebelum ini, daripada laporan berita pada 30 september lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad membuat satu kenyataan yang sangat berbeza apabila menyatakan bahawa penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam blok pembangkang mampu menjadi pengantara untuk mengelak perlawanan tiga penjuru dengan BN pada PRU akan datang.
Kenyataan para pemimpin PAS yang tidak konsisten inilah yang menjadi asas pandangan saya bahawa pertandingan tiga penjuru sukar untuk dielakkan lagi.
Dalam konteks politik di Johor, saya tidak fikir PAS mampu meraih sokongan yang lebih pada PRU-14 yang akan datang. Saya bukan Nujum Pak Belalang atau Nostradamus, tetapi sikap PAS berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin mereka sendiri yang memberikan gambaran itu.
Gambaran yang tidak konsisten ini adalah natijah keterdesakan PAS yang ingin mengekalkan pengaruhnya yang semakin hilang selepas era Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.
Walaupun ada yang mengatakan keadaan PAS hari ini kerana ada tarikan kebendaan (material) atau jawatan yang ditawarkan oleh Najib, itu hal yang lain. Tetapi yang nyata, PAS berubah hari ini setelah Tuan Guru tiada lagi.
Dalam konteks politik nasional, imej dan pengaruh PAS betul-betul bergantung dengan ketokohan, ketegasan dan kezuhudan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, bukan kerana Haji Hadi.
Kerana itu hari ini kita dapat melihat begitu terdesaknya Haji Hadi menjalin hubungan politik dengan Najib Tun Razak, samada untuk dilihat masih berpengaruh atau lebih berpengaruh daripada Allahyarham Tok Guru.
Pengaruh Haji Hadi dalam konteks politik di Johor pula, saya tidak mahu katalah, nanti bunyinya menghina pula.
Di Johor, kesemua kerusi yang dimenangi PAS iaitu di Parit Yaani, Maharani, Sungai Abong dan Puteri Wangsa hanyalah dalam nisbah yang sangat marginal iaitu kurang daripada empat ribu undi.
Dengan majoriti yang sangat marginal ini, ditambah lagi dengan politik caca-marba PAS, apakah yang diharapkan oleh kumpulan pembangkang? Soal Haji Hadi atau pemimpin PAS merasakan mereka masih kuat, itu hal mereka, itu bukan agenda rakyat.

‘Kalau PAS jual mahal, kita tak perlu dia’ – Datuk Mohd Ariff Sabri

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Perjanjian kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditandatangani semalam tanpa melibatkan PAS menandakan pakatan pembangkang negara ini tidak meletakkan harapan besar terhadap parti itu.
datuk-ariff-sabri“Kita buat perjanjian dengan PPBM tanpa adanya PAS menandakan kita tidak letak harapan besar kepada PAS,” kata Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri kepada Roketkini.
Menurutnya tindakan pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak mahu bekerjasama dengan PH jelas menunjukkan pendirian mereka.
Tambahan pula, PAS meletakkan syarat bahawa parti itu hanya akan bekerjasama dengan PH tanpa kehadiran DAP dan Amanah dalam muafakat pembangkang.
“Kalau PAS jual mahal, kita tak perlu dia.
“Jika PAS ada kejujuran untuk melawan BN, dia tidak akan meletakkan syarat macam tu,” jelas Ariff.
Beliau menegaskan tunjang utama permuafakatan PH adalah untuk menjatuhkan kerajaan UMNO yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihanraya akan datang.
Apabila PAS tidak bersama PH, ia secara tidak langsung memberi isyarat kepada rakyat bahawa parti itu menyokong UMNO dan kepimpinan Najib Razak yang terpalit skandal mega 1MDB.
“Dalam keadaan sekarang, kedudukan PAS boleh membantu UMNO walaupun dia kata mustahil untuk bersama UMNO.
“Dengan tidak bersama pakatan, secara tak langsung beri isyarat kepada rakyat dia menyokong UMNO. Rakyat dapat lihat itu,” katanya.

Terus penjarakan Anwar, langkah politik ketepi pencabar paling bahaya dalam PRU14


KUALA LUMPUR, 14 DIS: Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai suatu lagi tragedi buruk yang menimpa sistem keadilan di Malaysia.
Pengarah HRW Asia, Phil Robertson dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman Facebook badan berkenaan berkata kes tersebut adalah bersifat politik sejak awal lagi serta melibatkan sabitan yang sengaja direka-reka.
anwar penjara“Keputusan hari ini menunjukkan mahkamah bukanlah tandingan kepada dendam politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Anwar,” katanya.
Menurut Robertson, mengekalkan Anwar di dalam penjara merupakan satu langkah yang diambil Najib dan UMNO bagi mengenepikan pencabar paling bahaya supaya dapat memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
“Najib dan parti pemerintah baru sahaja melepaskan tembakan yang menandakan bermulanya pilihan raya yang dijangka pada 2018 apabila meminggirkan pemimpin pembangkang yang dirasakan paling berkemampuan (mengalahkannya),” ujarnya.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi sabitan meliwat.
Panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata tidak ada merit bagi menyemak permohonan itu.

Amanah: Pembangkang tiada pilihan selain bersatu tumbangkan BN


Dr Hassan Baharum Dr Hassan Baharum
Semua parti pembangkang dalam negara ini tidak mempunyai pilihan selain bersatu hati jika benar-benar berhasrat menumbangkan Umno BN.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Dr. Hassan Baharum membawakan satu dalil jelas melalui sepotong hadis Nabi Muhammad SAW: "Ma la ya'timul wajubu illa bihi, fahuwa wajib", tidak dapat ditegakkan sesuatu yang wajib itu kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib.
"Jika tidak dapat menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim itu melainkan dengan parti-parti pembangkang itu bersatu, maka menjadi kewajipanlah parti-parti pembangkang itu bersatu," katanya di majlis ceramah sempena Maal Hijrah anjuran Amanah Kawasan Tangga Batu di Bertam Malim, Melaka malam tadi.
Beliau juga berkata, pembangkang tidak akan mampu menewaskan Umno BN jika tidak bersatu kerana parti itu akan menggunakan segala jentera termasuk agensi kerajaan untuk berkempen.
"Jika orang-orang bukan Melayu sudah pun menunjukkan sikap dan tindakannya dengan mengurangkan jumlah kerusi-kerusi BN di parlimen, mengapakah orang Melayu tidak lagi mahu perubahan," ujarnya.
Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini, menurutnya, orang Islam harus berhijrah memilih Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang.
"Amanah ialah parti yang akan meneruskan perjuangan menghapuskan nilai-nilai assabiyah, (perkauman) yang mana (nilai-nilai itu) memang ditanam di dalam pemikiran kita oleh Umno," ujarnya.
Dalam Perhimpunan Umno baru-baru ini, menurut Dr. Hassan, parti itu telah memainkan isu perkauman dengan begitu hebat dan mendakwa jika mereka kalah dalam pilihan raya akan datang, DAP akan memerintah.
"Penipuan dan pembohongan tersebut hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan isu perkauman inilah yang akan digunakan sebagai senjata mereka di dalam pilihanraya yang akan datang.

Logo mana yang hendak digunakan?

Pakatan tiada pilihan melainkan memilih logo yang baru, neutral dari keempat-empat parti tersebut. Yang penting, logo yang dipilih tidak mempunyai ‘baggages’ di mata masyarakat.
ppbm-amanah
Oleh Yunus Tasim
Rata-rata rakyat menyambut baik perkembangan terbaru dalam politik pembangkang. Kelmarin Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden Amanah dan Presiden PPBM mengambil ketetapan progresif dan menandatangani Perjanjian Bersama Kerangka Bersama.
Walaupun PPBM tidak menyertai Pakatan Harapan, tetapi kebersamaan dan komitmen terhadap satu tujuan murni ke arah Malaysia yang lebih baik memberi harapan yang tinggi kepada rakyat.
Perkara pertama yang dipersetujui membuktikan komitmen kepada Perlembagaan Malaysia 1957/63 meliputi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan mengamalkan agama dengan rasa hormat-menghormati, hak pribumi dan orang Melayu, mempertahankan Raja Berperlembagaan dan kedudukan bahasa Melayu.
Ini permulaan yang baik untuk menyahkan hasutan yang dilemparkan Presiden Umno ketika PAU 2016 yang baru berlalu. Orang Melayu yang berilmu dan waras sebenarnya tidak percaya dengan hasutan Presiden Umno itu. Ia hanya untuk menakutkan orang yang lemah jatidiri atau yang terlalu bergantung kepada tongkat terutamanya dalam kalangan pemimpin Umno itu sendiri.
Sebenarnya orang Melayu dan pribumi tidak perlu takut akan hasutan yang dianggap bebal itu. Apa tidaknya, DAP bertanding 40-50 kerusi pasti tidak boleh memerintah sendiri. Kalau mereka bergabung dengan MCA, Gerakan, SUPP dan parti-parti berasaskan Cina di Sabah dan Sarawak pun tidak mungkin dapat.
Sejak 60 tahun Malaysia merdeka, perdana menteri adalah Melayu, TPM Melayu, peguam negara Melayu, ketua hakim Melayu, ketua polis Melayu, ketua turus tentera Melayu, ketua audit negara Melayu, menteri ramai yang Melayu, KSU banyak yang Melayu, pegawai tinggi kerajaan banyak yang Melayu. Apa yang Melayu nak takutkan?
Malah Melayu harus bertanya pada diri sendiri; biarpun Melayu yang memimpin negara, biarpun Melayu yang menjadi ketua itu dan ketua ini, kenapa nasib Melayu masih ditangisi? Yang harus ditanya…”Wahai pemimpin-pemimpin Melayu Umno, apa sebenarnya kamu buat untuk orang Melayu, terutama pemimpin zaman Najib ini?”.
Pakatan Harapan dan PPBM tidak punya masa yang lama. Sosek-sosek yang boleh dipercayai PRU14 mungkin diadakan sekitar April atau September 2017. Itupun bergantung kepada dakwaan yang popular dalam kalangan ahli politik kononnya beberapa billion dapat disedut dari ‘Projek China’ untuk membayar sebahagian hutang 1MDB.
Pembangkang harus bekerja keras mulai sekarang. Komunikasi dan perhubungan awam harus beroperasi 24/7 untuk meyakinkan rakyat bahawa tiada lagi pergeseran dan tikam belakang seperti yang terjadi ketika Pas menganggotai Pakatan Rakyat dahulu.
Inilah platform yang mesti digunakan DAP untuk membuktikan DAP bukan ‘trouble maker’ dalam pakatan dahulu jika semua menghormati prinsip kebersamaan. Jika perkara 7 diikuti secara holistik, pasti Umno/BN tiada modal untuk mengapi-apikan sesama ahli PH dan PPBM.
Mungkin ketika itu PH dan PPBM boleh tersenyum mengucapkan “good luck” kepada Umno dalam menghadapi karenah PAS.

Tak boleh lengah lagi, cari pengganti Anwar, kata penganalisis

Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sekali lagi menunjukkan Pakatan Harapan perlu segera mencari pemimpin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof-Faisal-Hazis-1
PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunjukkan betapa pentingnya Pakatan Harapan (PH) mencari pemimpin untuk menggantikan bekas ketua pembangkang itu, kata penganalisis.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Faisal Hazis berkata pembangkang tiada pilihan lain lagi memandangkan Anwar tidak akan dibebaskan dalam masa terdekat untuk memimpin mereka.
Beliau berkata pembangkang berdepan pelbagai masalah sejak Anwar dipenjarakan pada Februari 2015, dengan paling utama ialah dengan berkuburnya Pakatan Rakyat.
“Ini menunjukkan betapa pentingnya kepimpinan. Kejayaan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 bukannya Anwar semata-mata, tetapi kepimpinan yang dimainkan dengan baik oleh beliau.
“Kini Anwar tiada lagi untuk melakukannya, maka perlu ada seorang pemimpin untuk mengisi kekosongan itu. Jika tiada yang berkebolehan, pembangkang perlu ‘mencipta’ pemimpin itu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk mengetepikan keputusan sabitan terhadap kes liwatnya menandakan berakhirnya jalan perundangan bagi pembebasan ketua umum PKR itu.
Semalam, isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya mungkin akan cuba mendapatkan pengampunan diraja jika keputusan hari ini tidak memihak kepada mereka, tetapi perlu berbincang dengan Anwar dulu.

'Kami bukan maksum' - Naib Presiden PAS

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengakui bahawa parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan kesilapan.
Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.
Bagaimanapun beliau mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat salah.
“Kalau kita ragu atau tidak pasti (sesuatu) maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain.
"Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum,” kata Idris seperti dilaporkan Harakahdaily.
Idris berkata demikian merujuk mengenai dakwaan bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, serta isu parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta.
Selain itu, katanya, PAS didakwa tidak bersuara mengkritik isu 'derma' RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak serta skandal 1MDB dan saman Jabatan Kehakiman AS melibatkan perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, anggota parlimen Bukit Gantang itu turut menasihati orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada pimpinan PAS sebelum mempercayai sebarang tulisan di media sosial.
Ia kerana, katanya, berita tidak benar seperti itu mungkin juga ditulis oleh "orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, dan (aktivis perang) saraf musuh".
“Dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Dari mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Dari mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?
“Jawapannya, daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.
“Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markas PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak,” katanya.

Penganalisis: Pakatan pilihan raya PH-PPBM cuba tarik PAS

Sivamurugan berkata, tanpa PAS dalam pakatan pembangkang, sukar untuk memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan BN pada PRU akan datang.
Pakatan-Harapan-and-Parti-Pribumi-Bersatu
PETALING JAYA: Pakatan pilihan raya yang dibentuk antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan (PH) adalah satu lagi taktik untuk menarik PAS, kata penganalisis politik.
Prof Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, ia jelas adalah langkah taktikal PH kerana mereka tidak mahu meninggalkan PAS.
“Pakatan pilihan raya itu dibentuk dengan PPBM supaya ia tidak menjadi tidak selesa bagi PAS, jika ia akhirnya memutuskan untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan PPBM,” katanya kepada FMT.
Azman mengulas pembentukan pakatan pilihan raya antara PPBM dan PH semalam bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Walaupun sudah menandatangani memorandum persefahaman pakatan pilihan raya semalam, PPBM sehingga kini belum menyertai PH secara rasmi.
Azman berkata, ini adalah strategi terbaik untuk PH setakat ini “kerana PPBM dijangka menjadi jambatan penghubung antara pembangkang dan PAS”.
“Jika ada kerjasama dan perjanjian dengan PAS kelak, tidak mustahil untuk PAS membentuk pakatan pilihan raya dan menjadi rakan tidak rasmi Pakatan.”
Seorang lagi penganalisis politik, Khoo Kay Peng berkata, walaupun PPBM dan PH sudah membentuk pakatan pilihan raya, konflik mungkin timbul pada masa depan.
“Rundingan pembahagian kerusi akan menjadi sukar seperti biasa untuk pembangkang. Banyak tawar-menawar dijangka berlaku.”
Katanya, pembentukan kerajaan akan menjadi lebih sukar kali ini kerana PH “bukan perikatan betul yang sedia memerintah”.
“Umno akan mendapat manfaat daripada hakikat PAS tiada dalam pakatan itu,” katanya.

Anwar gembira HARAPAN, BERSATU bekerjasama

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pembabitan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam kerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Menyifatkan ia sebagai "perkembangan positif" Anwar berkata parti yang terbabit kini harus berusaha mengenal pasti dasar bersama.
"Kita mengalu-alukan dan ia merupakan satu perkembangan positif… Kita perlu bekerjasama dalam mengenal pasti dasar (untuk bekerjasama),” katanya.
Semalam ketiga-tiga parti dalam HARAPAN - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - serta BERSATU menandatangani perjanjian bersama untuk memastikan BN ditentang melalui formula satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
Empat parti itu turut menandatangani tujuh perkara lain dalam kerangka kerjasama berkenaan.
Mereka juga setuju meneruskan perbincangan dengan parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.
PKR diwakili oleh presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili Mohamad Sabu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing.
Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.
Ia dianggap penting kerana membawa kepada pembentukan gabungan pembangkang yang lebih tersusun bagi berdepan BN walaupun kedudukan PAS masih menjadi persoalan.
Lebih daripada itu ia juga menjadi detik baru kepada pembangkang apabila Anwar menerima bekas seteru ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di Mahkamah Persekutuan hari ini, Anwar gagal dalam permohonannya supaya sabitan hukuman penjara ke atasnya disemak semula.

PAS tolak cadangan Muhyiddin, tak mahu DAP dan AMANAH

Laungan 'Otai Reformasi' bergema di luar mahkamah

Izzah yakin keadilan akan tiba

"Masih ada ruang lain untuk desak pembebasan Anwar," kata Nurul Izzah

Saifuddin: Pesanan Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - "Keep on the good work (teruskan usaha baik anda)," berikut merupakan pesanan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan sebutan kes liwat beliau diumumkan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau sempat berjumpa dengan Anwar d kawasan berdekatan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini.
Saifuddin: Pesanan terakhir Anwar Ibrahim Beliau kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut yang disampaikan oleh hakim," katanya ketika memberi  ucapan di Himpunan Kebebasan Anwar.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang itu untuk semakan semula sabitan kesalahan meliwat dan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang sedang dihadapinya.
Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.
Selain itu, beliau juga sempat menyampaikan pesanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sewaktu bertemu dengannya semalam.
"Semalam, keluarga Datuk Seri (Anwar Ibrahim)  ada membuat solat hajat dan kak Wan (Wan Azizah) sempat berkongsi tiga pesanan dengan saya.
"Pertama, Anwar tidak pernah menyerah kalah, keduanya saya tidak akan menyerah kalah dan terakhir, saudara/saudari jangan sesekali menyerah kalah," katanya lagi.

Saluran lain dipertimbang pembebasan Anwar

PUTRAJAYA, 14 DIS: Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, saluran lain sedang dipertimbangkan untuk pembebasan beliau.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam reaksinya berkata, beliau sekeluarga tetapi berdiri dengan penuh bangga untuk meneruskan perjuangan walaupun keputusan mahkamah mengecewakan.

Menurutnya, keluarga dan barisan peguam menggunakan saluran lain bagi menegakkan keadilan terhadap Anwar.
“Keputusan hari ini tentunya mengecewakan tetapi tidak bermakna kita tidak mempunyai ruang-ruang lain untuk pembebasan (Anwar).
“Keluarga, barisan kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan tentu akan menggunakan segala ruang. Kita sebelumnya menyiapkan permohonan pengampunan atas alasan pengenepian prinsip keadilan dalam penghakiman Datuk Seri Anwar,” katanya.
Sementara itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sugul meninggalkan kamar perbicaraan selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Anwar berhubung sabitan Fitnah 2 dan mengenepikan hukuman penjara lima tahun.
Beliau yang juga isteri kepada Anwar keluar sambil diiringi pembantunya sekadar mengangkat tangan sebagai tanda enggan ditemuramah dan memberikan sebarang reaksi.
Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya, Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.
Empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Keputusan itu menyaksikan Anwar terpaksa menjalani baki hukuman penjara Penjara Sungai Buloh.

Selamatkan Malaysia, teruskan risalah ‘Islam Rahmatan Lil Alamin’

fb_img_1481568516052
Sempena dengan setahun usia Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti ini terus komited memperjuangkan keadilan dan menentang kemungkaran budaya rasuah, kleptokrasi, mahupun penindadan terhadap rakyat, kerana ia adalah tuntutan di dalam Islam, sebagaimana firman Allah:
(وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)
[Surat Aal-E-Imran 104]
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
AMANAH melalui pelbagai wadah terus komited menyampaikan mesej selamatkan negara Malaysia yang tercinta ini melalui sesi-sesi penerangan, antaranya dialog dengan rakyat , kerja-kerja kebajikan dan menggerakkan himpunan-himpunan rakyat, sebagai mesej kepada seluruh rakyat bahawa AMANAH bersedia menggalas tanggungjawab memimpin negara ini ke arah yang lebih baik bagi membina Malaysia yang baru yang bebas daripada korupsi dan penyelewengan.
Sebagimana sabda Rasulullah SAW:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان ) رواه مسلم .
AMANAH juga perlu terus membawa mesej Islam Rahmatan Lil a’lamin, bagi memulihkan salah faham masyarakat terhadap Gerakan Islam, Islam bukan Agama yang ektrim akan tetapi Islam Agama Rahmat untuk semua umat manusia.
Tanggungjawab ini bukan pilihan lagi, tetapi adalah kewajipan bagi mengembalikan tamadun Islam, umat Islam wajib mempamerkan akhlak dan di medan perjuangan, justeru itu pemikiran ekstrim ialah racun yang amat bahaya yang boleh memecah belahkan masyarakat, oleh itu ahli AMANAH perlu terus menunjukkan tauladan dan hikmah di dalam menyampaikan mesej Islam Rahmatan Lil`alamin.
Tahniah dan syabas kepada semua petugas parti yang sentiasa komited dan iltizam bagi terus melebarkan pengaruh parti ini bagi membawa mesej ‘Islam Rahmat Untuk Semua’

Pengaruh Bersatu masih belum kuat - Samsul Adabi Mamat

Pengaruh Bersatu masih belum kuat di Selangor bagaimanapun ia mampu memberi sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan untuk mendapatkan undi di kawasan majoritinya dimenangi Umno.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Bersatu adalah sebuah parti baharu yang wujud berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno sepertimana Amanah daripada Pas.
Menurutnya, Bersatu perlukan Pakatan Harapan untuk bergabung bagi menumbangkan BN.
Samsul Adabi Mamat “Jika keseorangan dia tidak mampu, di Selangor saya lihat hanya empat parti yang benar-benar kuat dan mempunyai penyokong tegar iaitu Umno, Pas, PKR dan DAP.
“Hendak atau tidak, Bersatu perlukan satu gabungan yang kuat bagi membentuk Barisan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada PRU14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan Pakatan Harapan dan Bersatu akan memutuskan untuk menggunakan satu daripada empat pilihan dalam hal membentuk pakatan pilihan raya melalui satu mesyuarat hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, jika gabungan itu menjadi kenyataan, mereka akan berdepan cabaran besar pada PRU14 sekiranya pilihan raya itu diadakan dalam masa terdekat.
“Ini kerana Pakatan Harapan sehingga kini masih gagal menyelesaikan isu perpecahan yang wujud dengan Pas termasuk Pas bersama Parti Amanah Negara (Amanah).
“Kegagalan mereka menyelesaikan perkara ini akan memberi kesan dalam usaha mereka untuk menawan hati pengundi,” katanya.
Samsul Adabi berkata, harus diingat Pas juga sebuah parti yang kuat dan mempunyai penyokong tegarnya tersendiri.
“Jadi mereka tidak boleh memandang enteng perkara ini, ia harus diselesaikan secara adil dan bijaksana dalam tempoh yang masih ada ini,” katanya.

Pakatan pembangkang: Orang sama, baju baharu, kata Nur Jazlan

Katanya, gabungan pilihan raya Pakatan Harapan-PPBM hanya seperti kahwin kontrak untuk memperdaya pengundi.
Nur-Jazlan
PETALING JAYA: Gabungan baharu pilihan raya antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya bayangan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), iaitu pakatan pembangkang ditubuhkan pada 1990, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata ia hanya satu lagi penjelmaan semula pembangkang, daripada APU pada pilihan raya umum (PRU) 1990 kepada Pakatan Harapan hari ini yang ditubuhkan untuk menipu rakyat.
“Mereka tukar nama saja, tetapi orangnya masih sama daripada ideologi berbeza yang mengetuai gabungan itu,” katanya kepada FMT.
Nur Jazlan, yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata pakatan pilihan raya itu tidak berbeza dengan kahwin kontrak dan tidak lebih daripada satu lagi helah politik.
“Pakatan ini kahwin kontrak kerana PPBM menggunakan Pakatan dan berharap membentuk sekutu dengan BN selepas pilihan raya jika mereka memenangi kerusi yang mencukupi,” katanya.
Pada Selasa, Pakatan Harapan dan PPBM secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman pakatan pilihan raya mereka pada satu sidang akhbar.
Bagaimanapun, PPBM belum lagi secara rasmi menyertai gabungan pembangkang meskipun mendakwa ia berkongsi perjuangan dan prinsip sama dengan blok pembangkang.
“Pakatan memerlukan PPBM untuk memecahkan pengundi Umno secara senyap.
“Pemimpin PPBM ialah bekas pemimpin Umno yang mahu merayu ahli Umno untuk secara senyap menolak Umno.

Permohonan Ditolak : Anwar tidak putus asa

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usahanya untuk membebaskan diri daripada penjara akan diteruskan walaupun Mahkamah Persekutuan menolak permohoannya hari ini.
"Ini bukan penamat segala-galanya. Saya akan berbincang dengan peguam mengenai langkah yang akan diambil melalui proses undang-undang," katanya.
Anwar bercakap kepada media selepas panel lima hakim menolak permohonannya menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantu bekas timbalan perdana menteri itu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mengenai keputusan berkenaan, Anwar menegaskan beliau tidak bersalah.
Bagaimanapun katanya beliau sudah menjangkakan keputusan berkenaan dan mahkamah tidak mengambil kira semua isu dibangkitkan pasukan peguam belanya.

"BUAT APA TANDING 70 SAJA, TANDINGLAH SEMUA 222 KERUSI"

Hakikat bahawa Pas sebuah parti yang keliru di bawah kepimpinan Hadi Awang sebenarnya tidak dapat disangkal lagi. Ia semakin nyata dan terang-terang di depan mata.

Pas bukan saja keliru mengenai siapa kawan dan siapa lawan, bahkan juga keliru tentang apa yang sebenar dimahukan dalam perjuangannya.

Ketika meletakkan syarat kepada PPBM agar meninggalkan DAP dan Amanah  jika ingin bekerjasama dengannya, Pas terlupa bahawa di Selangor sekarang ini ia sedang duduk semeja dengan kedua-dua parti yang dimusuhinya itu.

Malah, ketika meletakkan syarat itu kepada PPBM, Pas tidak pula pernah bersuara dengan nada yang sama kepada PKR dalam kerajaan negeri Selangor yang sedia diketahui memang menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah.

Lebih dari itu, dalam menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan PKR secara keseluruhannya pun, tidak pernah Pas meletakkan syarat agar ditinggalkan DAP dan Amanah.

Kenapa hanya dengan PPBM saja diletakkan syarat agar meninggalkan DAP dan Amanah, tetapi tidak kepada PKR?

Jika benar istiqamah dalam menentang DAP yang kononnya anti Islam serta menolak Amanah yang dianggap sebagai parti yang khianat, mengapa tidak dimulakan dengan meninggalkan segala jawatan dan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor untuk berdiri sebagai blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera?

Tidakkah ini menunjukkan Pas benar-benar sedang keliru?
Dua hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM,  jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.

Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.

Sambut kerjasama PH dan PPBM, Pasir Puteh bentuk sekretariat


Ketua cawangan Kampung Dalam Pupuh Shamsuddin Ibrahim menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi Amanah negeri Datuk Wan Abdul Rahim Wan AbdullahKetua cawangan Kampung Dalam Pupuh Shamsuddin Ibrahim menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi Amanah negeri Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Pembentukan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) semalam meningkatkan semangat kerjasama di peringkat akar umbi.
Di Pasir Puteh Kelantan, sekretariat bersama pakatan baharu itu akan mula beroperasi minggu depan.
Ketua parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pasir Puteh Abdul Halim Mohamed berkata satu majlis perasmian akan diadakan dan tokoh-tokoh dari parti-parti utama dalam pakatan akan dijemput.
"Ketua penerangan PBBM Datuk Kamaruddin Mohd Nor telah memberi persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut," katanya.
Menurut Halim, di peringkat Pasir Puteh hubungan rapat empat parti dalam pakatan baharu ini telah lama terjalin dan telah banyak program bersama berjaya diadakan sebelum ini.
"Dengan perjanjian yang ditandatangani ini akan membolehkan satu kerjasama rasmi kita adakan di peringkat parlimen Pasir Puteh untuk menjadikan kerja-kerja pilihan raya lebih mantap dan berkesan," katanya ketika berucap di majlis penubuhan cawangan Amanah Kampung Dalam Pupuh malam tadi.
Cawangan ini adalah cawangan ke 12 dalam Dun Limbongan dan sehingga ini disertai oleh 50 orang ahli.

Mahkamah Persekutuan tolak cubaan terakhir Anwar untuk bebas

Susulan permohonan semakan kehakimannya ditolak, pilihan terakhir bekas pemimpin pembangkang itu ialah pengampunan diraja.
anwar-ibrahim
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaan terakhirnya untuk menggunakan saluran mahkamah untuk membersihkan dirinya daripada sabitan tuduhan liwat selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan kesnya.
Panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata tidak ada merit untuk menyemak permohonan itu.
“Ini bukan kes yang sempurna dan layak untuk mahkamah menggunakan bidang kuasanya,” katanya.
Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Satu-satunya pilihan yang tinggal untuk Anwar pada masa ini ialah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 2008, yang turut dikenali sebagai perbicaraan Liwat II.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lalu mengekalkan hukuman itu, 11 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara 6 tahun kerana disabitkan pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan liwat.
Anwar, 69, setakat ini menjalani hukuman penjara selama setahun 10 bulan di Penjara Sungai Buloh.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya pada 7 Mac 2014.

Rayuan ditolak, Anwar kekal terpenjara

Jalan terakhir melalui mahkamah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan tuduhan meliwat ke atasnya sudah berakhir hari ini apabila mahkamah persekutuan menolak rayuan bekas timbalan perdana menteri itu.
Dengan keputusan itu Anwar dijangka akan terus dipenjara sehingga pertengahan 2018.
Lima panel hakim diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan tidak berlaku keputusan berat sebelah atau tidak adil dibuat panel sebelum ini.
Hakim lain yang menganggotai panel mendengar permohonan Anwar itu ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, serta hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Hassan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Semua hakim hadir di mahkamah ketika penghakiman dibacakan, kecuali Malanjum yang menghadiri pengebumian ibu saudaranya.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan semakan semula kes Anwar

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semakan semula sabitan kesalahan meliwat dan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang sedang dihadapinya.
Anwar Ibrahim Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.
Sehubungan itu Anwar perlu menyambung semula hukuman penjara berbaki 16 bulan di Penjara Sungai Buloh.
Penel itu turut dianggoti Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Usaha terakhir Anwar untuk dibebaskan melalui saluran perundangan itu gagal lagi.

Jawapan Kepada Penafian Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia: Laporan Perunding Bebas Antarabangsa Dedahkan Pencerobohan Berleluasa Di Hutan Simpan Kekal (HSK) Pahang

Setelah hampir 3 minggu, akhirnya pihak berkuasa memberi reaksi kepada pendedahan awal saya dan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan mengenai pencerobohan yang berlaku ke atas kawasan hutan yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) termasuk di dalam kawasan Parlimen Pekan yang diwakili Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Walaupun saya mendesak reaksi dari Dato’ Seri Najib dan Dato’ Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang), saya tidak terkejut langsung apabila reaksi tunggal hanya datang dari Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), seperti kenyataan beliau yang dihantar kepada Suara Keadilan (yang saya sertakan di bawah):

“ Berhubung dakwaan Buletin “Suara Keadilan” tersebut, JPSM melalui JPN Pahang telah mengesahkan dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

Semakan di lapangan menunjukkan kelapan-lapan HSK yang maksudkan dlm dakwaan “Suara Keadilan” adalah Hutan Paya Gambut (Peat Swamp Forest) yang terdapat penerokaan haram yg telah lama berlaku.
Ianya dipantau rapi oleh JPN Pahang.
Kawasan “gondol” yg dilihat melalui imej satelit/GIS yg didakwa oleh “Suara Keadilan” adalah kawasan- kawasan berair Hutan Paya Gambut, kawasan hutan terosot yg ditumbuhi paku-pakis dan lalang serta kawasan penerokaan Orang Asli.
Semakan di lapangan juga didapati tiada berlakunya pencerobohan baru di kawasan-kawasan tersebut.
Disamping itu, terdapat juga kawasan-kawasan Hutan Tanah Kerajaan (HTK) yg diceroboh & didiami oleh orang asli tempatan berhampiran semenjak berpuluh-puluh tahun dulu. Kawasan ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman pertanian lain. Ianya juga berdekatan dengan perkampungan Orang Asli RPS Runchang dan kawasan ini turut pmerupakan hutan miskin dan terosot.
JPN Pahang terus memantau secara rapi kawasan-kawasan ini. Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan kawasan ini sebagai Hutan Simpan Pekan (Tambahan) pada tahun 2007/2008.
JPSM sebagai agensi kerajaan yang komited melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga telah mengambil inisiatif utk memulihkan kawasan ini dgn projek penanaman pokok-pokok hutan dari spesies terpilih di kawasan terosot Hutan Paya Gambut.”
Sementara saya menghargai usaha beliau memberi maklumbalas (berbanding Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang yang membisu), jawapan Dato’ Sri Dr Abdul Rahman itu yang memberi gambaran bahawa aktiviti pencerobohan tidak berleluasa dan seperti menyalahkan Orang Asli bertentangan dengan laporan-laporan lain mengenai keadaan hutan di Pahang. Malah, maklumbalas seperti itu mendedahkan pula Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (terutamanya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang) kepada lebih banyak kritikan kerana fungsinya adalah mencegah aktiviti pencerobohan dan penerokaan haram.
Gambaran bahawa pendedahan saya dan YB Fuziah hampir tiga minggu lalu adalah tidak benar bertentangan dengan satu laporan oleh Aidenvironment (http://www.aidenvironment.org/), sebuah firma perunding antarabangsa yang mengkhususkan kepakaran di dalam bidang kelestarian alam sekitar (“environmental sustainability”).
Di antara tahun 2015 dan 2016, Aidenvironment telah menerbitkan dua laporan yang memberi tumpuan kepada pencerobohan yang berlaku secara berleluasa di hutan-hutan simpan kekal Malaysia sehingga menjejaskan kredibiliti Sistem Pensijilan Balak Malaysia (atau “Malaysian Timber Certification Scheme MTCS”).
Untuk pengetahuan umum, MTCS adalah satu kaedah pensijilan yang mengesahkan bahawa kayu balak atau produk dari kayu kayan yang mendapat pensijilan MTCS adalah berasal dari aktiviti pembalakan yang bertanggungjawab dan mematuhi peraturan demi mengekalkan kelestarian hutan simpan. Di negara-negara Eropah, hanya kayu balak atau produk dari kayu kayan yang mempunyai pensijilan MTCS atau yang disahkan berasal dari hutan lestari yang boleh didagangkan.
Kerajaan Belanda misalnya telah menetapkan bahawa hanya kayu balak atau produk dari kayu kayan yang datang dari hutan simpan yang aktiviti penebangan balak tidak melebihi 5% dari jumlah hutan simpan pada satu-satu masa yang boleh diperdagangkan. Untuk mengesahkan sama ada hutan-hutan di Malaysia tidak melebihi aktiviti penebangan 5% seperti yang ditetapkan, Aidenvironment menjalankan kajian yang laporannya saya sertakan di sini.
https://drive.google.com/open?id=0B2GRLI8QVQQgeEx5U1VWOXFUd00
Dalam laporan bertajuk “MTCS Certified Deforestation” bertarikh Oktober 2015 itu, pada mukasurat 36 hingga 52, jelas didedahkan satu persatu bagaimana pencerobohan hutan simpan kekal di Pahang berlaku walaupun ia diaudit dan diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Pahang kononnya kawasan itu adalah hutan simpan kekal.
Laporan itu menamakan 14 kawasan hutan simpan kekal yang dicerobohi terutamanya bagi tujuan perladangan. Kawasan terbabit adalah besar dan menurut laporan melibatkan anggaran keluasan sekitar 30,000 yang tidak mematuhi pensijilan MTCS (bersamaan 75,614 ekar). Oleh itu, tidak hairanlah laporan itu tidak pula mengesahkan bahawa pencerobohan hutan bagi tujuan pembalakan haram ini dilakukan oleh Orang Asli seperti yang digambarkan oleh Ketua Pengarah JPSM.
Oleh sebab itulah, saya dan YB Fuziah Salleh mengambil keputusan mendedahkan perkara ini kerana satu siasatan besar-besaran perlu dibuat untuk memastikan siapa dalang di belakang pembalakan haram dan pencerobohan bagi tujuan perladangan ini; dan kenapa pihak Jabatan Perhutanan Pahang tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk membendungnya?
Saya dan YB Fuziah Salleh akan terus mendedahkan perkara ini. Imej satelit bagi setiap daerah di Pahang akan dikongsi dengan orang ramai dari satu minggu ke satu minggu. Selain itu, isu-isu kelestarian hutan yang memburukkan nama Malaysia di mata dunia juga akan saya bawakan selagi Dato’ Seri Najib mendiamkan diri mengenai isu ini.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Pas kena berhenti bermimpi - Che Ibrahim

KOTA BHARU - Pas perlu berhenti bermimpi dan sedar sokongan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis.
Naib Pengerusi Amanah negeri, Che Ibrahim Mohamed berkata, sokongan yang semakin pudar itu berpunca dari keegoan dan kedegilan mereka.
Menurutnya, keengganan Pas untuk menerima hakikat tersebut akan membawa padah yang lebih buruk pada masa akan datang khususnya untuk berdepan PRU14.
“Pas perlu berhenti bermimpi di siang hari kerana igauan buruk akan menggantikan mimpi tersebut, perkembangan semasa menyebabkan parti itu selamanya tidak boleh mendakwa Kelantan dan Terengganu sebagai kubu mereka.
Che Ibrahim “Apabila Pas pecah dan lahirnya parti Amanah dan dalam masa yang sama Umno juga berpecah dengan lahirnya Parti Bersatu yang kesemuanya bakal berkabung dalam satu pakatan pembangkang atas nama Pakatan Harapan, maka Pas akan menjadi satu parti yang terpinggir kecuali mereka bersama BN atau kembali ke pakatan pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang menyuruh parti Amanah mengukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat pada PRU14.
Tambahnya, rakyat dan pengundi masih belum  menerima wujudnya blok ketiga yang tidak jelas pendiriannya sama ada bersifat pembangkang atau penasihat kepada parti pemerintah.
Beliau berkata, Pas tidak boleh memperdagangkan kerusinya dengan hanya akan menyatakan sokongan sama ada kepada Pakatan Harapan atau BN hanya apabila dilihat ada keuntungan kepada Pas.
“Pas sebenarnya mengakui hakikat mereka tidak boleh bersendirian dalam berhadapan arus politik hari ini, sebab itu mereka cuba menonjolkan diri untuk menjuarai pembentukan blok ketiga atas nama Gagasan Sejahtera.

Umno tidak maafkan pengkhianat - Exco Pemuda

Umno akui tidak pernah lupa jasa Tun Dr Mahathir Mohamad, namun tidak akan memaafkan pengkhianat. 
Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sukar ahli Umno memaafkan pengkhianatan dilakukan Mahathir terhadap parti itu.
"Saya yakin ahli Umno tak lupa jasa beliau. Tapi dalam masa sama kita tak juga lupa pengkhianatan beliau kepada parti Umno dan orang Melayu, lebih-lebih kepada Perdana Menteri," katanya.
Nazir Hussin Akhtar Hussin Menurutnya, ahli Umno juga tidak lupa segala ungkapan dan pendirian Mahathir terhadap pembangkang suatu ketika dahulu, namun hari ini beliau sendiri yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang.
"Hari ini, beliau bersama DAP untuk menentang Umno sedangkan 22 tahun mentadbir negara yang didukung oleh Umno. Beliau yang berubah, kita tak lupa segala kata-katanya, kita ingat, dan kenang jasa Mahathir," katanya.
Selain itu, Nazir berkata, ahli Umno sedar Mahathir seorang pemimpin negara yang disegani, malah bijak dalam urusan mentadbir negara.
Namun, katanya, Mahathir tidak seharusnya cuba mengawal kuasa perdana menteri yang dipegang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini.
Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, parti itu tidak pernah melupakan jasa Mahathir sebagai Presiden Umno dan juga perdana menteri.
Namun, Mustapha berkata, Mahathir sendiri lupa beliau dapat bertahan selama 22 tahun dalam pentadbiran negara dan parti disebabkan sokongan ahli Umno sendiri.
“Mahathir jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana ahli Umno yang sentiasa berdiri teguh dan sokong kepimpinan belia selama ini.

Satu lawan satu: Jangan usik kerusi Pas - Tuan Ibrahim

Strategi pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN hanya dapat dicapai jika kerusi Pas tidak diusik.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti pembangkang lain boleh berbincang untuk bertanding di kerusi-kerusi lain.
"Ada orang tanya macam mana nak lawan satu lawan satu dengan BN kalau kita tak bersama (dalam satu pakatan pembangkang). Saya kata apa yang susah!
PAS "Pas akan pertahankan kerusi kita, (parti lain) bincang kerusi lain. Saya fikir kalau kita ambil kaedah tersebut masalah boleh selesai," katanya dalam Ceramah Mega Rakyat anjuran Pas Selangor di Paya Jaras, malam semalam.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas juga hanya akan bertanding di kerusi yang diyakini boleh dimenangi parti Islam itu.
"Sabah dan Sarawak kita bertanding sedikit sebab kita serah pada rakan-rakan yang lain. Pas kita ukur kekuatan politik kita.
"Jentera parti, ahli parti dan markas semua kita ambil kira faktor ini untuk letak calon Pas. Jadi ini yang kita buat supaya kita sama-sama dapat hadapi (BN)," katanya.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Parti Amanah yang cuba merebut kerusi Pas.
"Parti Amanah hari-hari isytihar akan bertanding semua kerusi Pas dan akan tawan semula Kelantan daripada Pas. Lepas itu minta kita kerjasama dengan dia.
"Kita bukan anak tangga untuk orang pijak naik ke atas. Minta maaf, kita hanya akan bekerjasama dengan parti yang pandai hormati kita," katanya.

SHAFIE: ‘RIBUAN KERJA PROTON, MAS TAPI 1MDB ARUL KANDA SAJA’


Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyanggah pihak yang mengkritik tindakan kerajaan menyelamatkan Proton Holding Bhd (Proton) dan syarikat Malaysia Airlines (MAS) pada era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Shafie yang kini menjadi presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberitahu ia tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan kini menyelamatkan 1MDB.
Katanya Proton dan MAS menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
“Sedarkah kita, begitu banyak kereta Proton di atas jalan raya, ada 30,000 anak bangsa kita menjadi vendor dia.
“MAS sampai sekarang masih boleh terbang (beroperasi) walaupun rugi. Berapa banyak anak bangsa kita bekerja di bawah MAS?” katanya.
Bagaimanapun kata bekas menteri itu, keadaan sama tidak dapat dilihat pada syarikat 1MDB.
“Yang saya nampak (di 1MDB) hanya Arul Kanda saja yang bekerja,” katanya merujuk kepada presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Mohd Shafie ditemui di parlimen hari ini.
Beri kesan kepada negara
Mohd Shafie berkhidmat sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah apabila disingkirkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak kesan daripada perselisihan pendapat mereka berhubung isu 1MDB.
Selain Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie – serta bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir – menjadi antara pengkritik utama Najib.

Wan Azizah harap keputusan adil

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaruh harapan hakim membuat keputusan adil berhubung kes fitnah Liwat 2 membabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perbincangan lanjut dengan Anwar akan dibuat bagi tindakan selanjutnya sekiranya keputusan tidak memihak kepadanya.
“Ia adalah salah satu pilihan yang kita ada dan tidak terbatas.
“Diharap keputusan itu akan memudahkan,” katanya kepada media selepas majlis solat hajat untuk Anwar di sini, malam tadi.
Lebih 100 hadirin termasuk pimpinan parti KEADILAN menyertai majlis solat hajat dan Maulidur Rasul di kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim di sini, malam tadi.
Solat hajat itu diadakan sebagai usaha terakhir bagi memudahkan proses pembebasan mantan Ketua Pembangkang itu.

Menjelang keputusan mahkamah, Anwar tampil yakin reformasi berjaya

Anwar berkata beliau kekal yakin kekuatan pembangkang selepas penyertaan Dr Mahathir.
anwar-gavel-malaysia
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan pergerakan reformasi yang dicetuskannya 17 tahun lalu, menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang dilihat peluang terakhir baginya bebas mengikut saluran undang-undang.
“Gerakan reformasi tercetus dengan impian politik pelbagai kaum berpaksikan prinsip pembaharuan, inklusif dan keadilan.
“Kini, gerakan itu berkembang menjadi sebuah pembangkang yang kuat dan utuh,” kata Anwar menulis dalam akhbar Britain, The Guardian.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan hari ini akan membuat keputusan semakan kehakiman Anwar yang mencabar sabitan kesalahan serta hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar kini masuk bulan ke-22 menjalankan penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac 2014.
Oktober lepas, 5 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman setelah mendengar hujah peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Anwar berkata keyakinannya bertambah dengan penyertaan bekas seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Keluarga Anwar mohon pengampunan Agong jika gagal di mahkamah


Datuk Sri Wan Azizah bercap di perkarangan rumahnya di Bukit Segambut malam tadi Datuk Sri Wan Azizah bercap di perkarangan rumahnya di Bukit Segambut malam tadi
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V, sekiranya keputusan semakan semula di mahkamah tidak berpihak kepada Ketua Umum PKR itu.
"Ia adalah salah satu pilihan, tapi kita perlu bincang dengan Anwar terlebih dulu.
"Kami harap keputusan esok akan menjadi pilihan yang lebih mudah," kata Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memetik laporan Malaysiakini.
Percubaan Anwar mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
Peguam Sivarasa Rasiah bagaimanapun menjelaskan bahawa tidak ada had kepada usaha mendapatkan pengampunan diraja.
Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan keputusan terhadap permohonan semakan oleh Anwar ke atas sabitan Liwat II esok.
Ini adalah saluran undang-undang terakhir Anwar untuk mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan pembebasannya.
Jika Anwar berjaya dalam usahanya, mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan sama ada membebaskan pemimpin PKR itu atau memerintahkan perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi.
Jika sabitan kekal, beliau akan berada di penjara sehingga pertengahan 2018.