Selasa, 13 Disember 2016

HAKIM AS BELA HAK RAKYAT MALAYSIA, KERAJAAN & PEMIMPIN SEMAKIN TERTEKAN?

 
Hari ini adalah hari kemenangan rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dalam isu ‘harta 1MDB’ yang dicuri' bernilai  AS1 bilion (RM4,000juta) di Amerika Syarikat.
Hakim persekutuan Mahkamah Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan menolak permohonan keluarga ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho untuk memindahkan harta yang ‘disita’ oleh pihak berkuasa negara itu untuk menjadi milik mereka.
Harta-harta yang dikaitkan dengan dana 1MDB itu kini jelas ‘dicuri’ seperti yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS sebelum ini. Keputusan dan tindakan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh beberapa pihak yang menyokong kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, sebelum ini.
Dale Fischer, (gambar kiri) seorang hakim di mahkamah persekutuan di Los Angeles, California  hari ini menolak usul keluarga Jho Low untuk campur tangan dan memperolehi hak untuk memindahkan harta itu kepada mereka.
Keputusan mahkamah itu sudah pasti menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada keluarga hartawan muda Pulau Pinang itu.
Sebaliknya di kalangan rakyat Malaysia, keputusan itu adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan. Ia kini menjadi sebab penting kerajaan yang memerintah dan pemimpinnya semakin tertekan selepas ‘tidak menunjukkan minat’ untuk menuntut atau mendapat kembali harta berkenaan.
Kesipuan dan kebisuan mereka mengenai soal ini sedang diperhati dan dipertikaikan rakyat kerana ini hanya sebahagian daripada harta yang dikatakan dicuri daripada dana 1MDB sebanyak AS3.5 bilion atau RM14,000 juta. Bukan sedikit tu...
Keputusan ini adalah lanjutan daripada usul oleh keluarga Jho Low minggu lalu yang meminta supaya tarikh pendengaran kes ditangguhkan.
Keluarga hartawan Malaysia itu sebelum ini  gagal dalam usaha mereka untuk menuntut aset yang disita oleh kerajaan AS  apabila Fisaher  menolak usul yang boleh memberi mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.
Awal minggu lalu empat anggota keluarga Low Taek Jho memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran pada 12 Disember kepada 23 Januari untuk membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru.
Fischer sebelum ini menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran itu dan satu permintaan yang berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir untuk memfailkan tuntutan.
Kenyataan Rabu lalu menyebut, pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Keluarga Low Taek Jho melalui peguam mereka, Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka. Keputusan untuk meneruskan perbicaraan pada hari Isnin boleh menggagalkan rancangan itu.

Sudah pasti keputusan Fisher itu disambut baik di Malaysia dan kini kerajaan semakin tertekan untuk menyatakan pendirian mengenai punca kekayaan Jho Low yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang diselewengkan.
Juga pemimpin kerajaan perlu membuat pendirian sama ada akan meminta pihak yang ‘melindungi’ atau yang memegang amanah di Switzerland at uterus menutup mulut daripada melakukan sesuatu bagi menggembalikan ‘harta rakyat’ itu ke Malaysia.

PPBM setuju perjuang reformasi bersama Pakatan Harapan


PETALING JAYA, 13 DIS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menyatakan persetujuan untuk ikut serta memperjuangkan reformasi bersama parti-parti Pakatan Harapan.
ppbm-phDiwakili presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, PPBM hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan, dalam rangka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Perjanjian tersebut juga ditandatangani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Perjanjian itu antara lain menggariskan persetujuan untuk meletakkan satu calon dalam mana-mana pilihan raya, selain tidak menutup pintu bagi mana-mana parti pembangkang untuk turut serta dalam satu barisan bagi menghadapi UMNO dalam PRU14.

#MALAYA4: AUKU jadi alat kerajaan kekang suara mahasiswa

IPOH, 13 DIS: Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dihapuskan kerana tidak lagi relevan dalam konteks masa kini selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
howard 3Menurut Pengarah Biro Hal Ehwal Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Howard Lee, akta itu juga seringkali digunakan pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa yang lantang mengkritik salah urus tadbir kerajaan.
“Sehingga kini, AUKU hanya dijadikan alat oleh pemerintah untuk menghukum mahasiswa dan ahli akademik yang menuntut hak mereka sebagai warganegara, baik dalam menyertai gerakan politik mahupun menyuarakan kritikan kepada regim pemerintah.
“Dengan salah guna AUKU, adalah jelas bahawa pemerintah telah menghina mahasiswa dan ahli akademik seolah-olah mereka tidak layak menyertai politik, tambahan pula mereka dihukum dengan hukuman yang barangkali membinasakan masa depan mereka,” katanya kepada Roketkini.
Katanya, tujuan asal penggubalan AUKU adalah bagi ‘mengawal’ penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti dan kolej universiti awam mahupun swasta.
Namun, akta berkenaan telah melalui empat siri pindaan iaitu pada 1975, 1983, 1996 dan 2012 sehingga menjadikan ia bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
“Mana-mana undang undang yang menghalang atau menyekat hak seseorang warganegara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, itulah yang bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara itu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Universiti Malaya (UM) menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat penuntutnya pada Jumaat lalu kerana terlibat dalam penganjuran perhimpunan aman Tangkap “Malaysian Official 1” (“MO1”) pada 27 Ogos lalu.
Mereka adalah Anis Syafiqah Md Yusof, Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Fazli atau dikenali sebagai kumpulan #Malaya4 dikenakan tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Amanah: Jangan layan mahasiswa macam budak-budak

SHAH ALAM - Pemuda Amanah Nasional mendesak pihak universiti membatalkan keputusan panel tatatertib ke atas empat mahasiswa itu.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, ia sangat penting bagi memulihkan semula reputasi Universiti Malaysia (UM) yang dikenali sebagai 'kilang' yang berjaya mengeluarkan pemimpin pelapis yang berkualiti.
MOHD SANY HAMZAN “Kami melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan panel tatatertib UM yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap empat orang pemimpin mahasiswa universiti tersebut.
“Empat pelajar tersebut iaitu Anis Syafiqah, Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim dan Suhail Wan Azahar didapati bersalah kerana didakwa “bertindak dengan cara menjejaskan dan memudaratkan kepentingan dan reputasi baik UM”,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, hukuman yang dijatuhkan itu membuktikan kepimpinan universiti cuba untuk menyekat suara kelompok mahasiswa yang peduli akan perkembangan negara.
Mereka seolah dikongkong seperti budak-budak dan budaya itu sebenarnya akan menghancurkan masa depan negara serta merugikan aset pelapis itu sendiri.
“Pentadbir universiti tidak sewajarnya menganggap anak-anak muda yang berani ini satu liabiliti yang menjejaskan dan memudaratkan kepentingan serta reputasi baik universiti.
“Mereka sepatutnya bangga kerana telah melahirkan permata besar kepada negara iaitu anak-anak didik yang berani, berketokohan dan berkepemimpinan. Mindset seperti ini akan membawa Malaysia ke lembah kegagalan apabila perkara yang baik dianggap buruk, perkara yang buruk dirai dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya lagi.

4 syarikat penerbitan mohon maaf, saman fitnah Ramli Yusuff selesai

Bekas pengarah JSJK Bukit Aman itu berkata laporan mereka menggambarkan beliau sebagai seorang yang mempunyai harta haram dan menyalahguna kuasanya.
ramli-yusuf
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang difailkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff terhadap 4 syarikat penerbitan akhbar selesai selepas syarikat penerbitan itu mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.
Kenyataan permohonan maaf itu direkodkan dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, dengan dihadiri peguam Bhag Singh dan Ammar Ghalip mewakili The Star, manakala peguam Harvinderjit Singh bertindak bagi pihak Ramli.
Empat syarikat penerbitan yang mengemukakan permohonan maaf itu ialah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Star Publication (Malaysia) Bhd, Sabah Publishing House Sdn Bhd dan The Borneo Post.
Mahkamah juga memerintahkan NSTP membayar kos RM120,000 kepada Ramli sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap tuntutan plaintif, The Star diperintahkan membayar kos RM60,000 manakala Sabah Publishing House dan The Borneo Post masing-masing diperintahkan membayar kos RM20,000.
Ramli, 64, yang kini seorang peguam, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2013 dengan mendakwa kesemua defendan menerbitkan pelbagai laporan berita yang menjejaskan reputasi dan keperibadiannya.
Plaintif mendakwa, laporan tersebut secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang anggota polis yang mempunyai harta berjumlah RM27 juta secara haram dan menyalahgunakan kuasanya.

Tiga penjuru di Kelantan dan seluruh negara, kata Pemuda Pas


Ahmad Fadhli SaariAhmad Fadhli Saari
Pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) berpendirian mahu bertanding di Kelantan, kata Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Saari.
Beliau dipetik berkata, sekiranya itu berlaku, senario yang sama akan berlaku diseluruh negara.
"Kita tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh negara. Pas akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira ia ditandingi oleh DAP atau PKR!
"Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk bertanding di mana sahaja Pas bertanding.
Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.
Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.

Pak Samad bangga, puisi dianggap senjata

Nurul Izzah: Kami disiasat kerana kritik rasuah Najib

Rafizi: Kami disiasat atas arahan Peguam Negara

Bersih 5 0: PKR, sasterawan pilih jawab di mahkamah

Rundingan Bersatu, Pas hingga Januari depan

UMNO, BN TERKUBUR PRU 14!!~"Sidang Media Perjanjian Pakatan Harapan Bersama BERSATU"

Penganalisis: Tergugatkah Barisan Nasional Dengan Pakatan

PPBM harapkan kerusi Pakatan Harapan

PPBM dan Pakatan Harapan bentuk pakatan pilihan raya

Di manakah PAS dalam percaturan politik PPBM

Wan Azizah: Kerjasama Pakatan Harapan - Bersatu muafakat mulia

PETALING JAYA - Kerjasama Pakatan Harapan yang dijalin bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah jalinan muafakat yang mulia, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu, hari ini.
Menurut  Wan Azizah, kerjasama itu dibuat setelah meneliti masalah dan isu semasa yang dihadapi rakyat.
Wan Azizah "Kita bertekad sama-sama untuk melaksanakan agenda perjuangkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
"Kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan peningkatan kuasa veto, peluang pekerjaan semakin terhad, amalan rasuah yang terus berleluasa, pembuangan pekerja akibat kemalapan ekonomi dan penyalahgunaan kuasa yang tidak ada noktah," katanya dalam sidang media di Merchant Square, di sini, hari ini.
Pihaknya juga bersetuju untuk menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita terbuka dengan idea untuk meneroka kemungkinan memasuki PRU akan datang dengan satu logo dan satu manisfesto pada masa akan datang.
"Kita juga bersedia untuk bersua dengan sedaya upaya menggembleng seluruh potensi di kalangan rakyat dan parti politik, NGO dan individu berpengaruh untuk sama-sama memulakan Malaysia yang lebih baik," katanya lagi.

BERSATU akan runding dengan PAS hingga tahun depan, kata Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberikan masa sehingga tahun depan untuk berunding dengan PAS yang sehingga kini masih belum bersetuju untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang, kata Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin.
Tempoh itu diperlukan sebelum keputusan dibuat untuk menutup pintu terhadap parti Islam itu, kata Muhyiddin.
"Sentiasa mesti ada tempoh. Tapi, untuk berlaku adil kepada parti itu, kerana (kita baru) mengadakan mesyuarat pertama (antara kita).
"Kita perlu membenarkan (sehingga) bulan depan ... tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian bersama kerangka kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Beliau memberitahu rakan-rakan HARAPAN semasa mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu yang diadakan sebelum ini.
Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau telah bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lalu.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata sebelum itu mereka akan membincangkan tarikh akhir yang diberikan kepada PAS sebelum pembangkang menutup pintu kerjasama dengan parti itu.
Salahuddin berpendapat PAS harus dibenarkan sehingga akhir tahun ini untuk menentukan kerjasama dengan parti yang dikehendakinya.
Tuan Ibrahim berkata parti-parti pembangkang yang mahu bekerjasama dengan PAS, tidak boleh bertanding di 70 kerusi PAS.
"Itu syarat compulsory (wajib). Setiap kali kita tanding, PAS korbankan kerusi, ok, enough is enough (Cukup-cukuplah).
"No compromy (Tiada kompromi), kerusi PAS kena hormat, kamu boleh bincang dia boleh bincang, kerusi lain, PAS tak ambil semua kerusi, kita tanding pun 70 kerusi dulu," kata Tuan Ibrahim malam tadi.

PH, PPBM setuju guna satu logo PRU 14

Dr Wan Azizah mengumumkan Pakatan Harapan dan PPBM akan gunakan satu logo dalam PRU 14.Dr Wan Azizah mengumumkan Pakatan Harapan dan PPBM akan gunakan satu logo dalam PRU 14.
Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju untuk menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum akan datang.
Ke empat parti juga bersetuju untuk menggunakan menifesto bersama dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
PH dan PPBM masing-masing menandatangani enam lagi dokumen bersama sebagai kata sepakat ke empat-empat parti itu.
Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara PH dan PPBM hari ini.
Melalui mesyuarat rasmi hari ini, PH iaitu PKR, DAP dan Amanah akan bekerjasama dengan PPBM.
Perjanjian bersama antara Pakatan Harapan dengan PPBM.Perjanjian bersama antara Pakatan Harapan dengan PPBM.Melalui perjanjian bersama hari ini, ke empat-empat parti setuju untuk menghormati, didokong dan dilaksanakan segala janji bersama oleh parti-parti "selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat ke empat-empat parti."
Perjanjian ini ditandatangani oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP, Mohamad Sabu mewakili Amanah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail menjelaskan, PPBM memerlukan lebih banyak masa sebelum memutuskan untuk menyertai PH sebagaimana yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Pakatan Harapan,PPBM jalin kerjasama hadapi PRU14


(Dari kiri) Mohamad Sabu, Wan Azizah.Lim Guan Eng dan Muhyiddin  menunjukkan dokumen bersama ditandatangani mereka mewakili parti masing-masing menyatakan  kesediaan parti masing-masing untuk bersama menjatuhkan Umno-BN dalam PRU 14 nanti.(Dari kiri) Mohamad Sabu, Wan Azizah.Lim Guan Eng dan Muhyiddin menunjukkan dokumen bersama ditandatangani mereka mewakili parti masing-masing menyatakan kesediaan parti masing-masing untuk bersama menjatuhkan Umno-BN dalam PRU 14 nanti.
Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan mana-mana pilihan raya.
Ia akan ditetapkan setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).
Perkara itu dipersetujui dalam perjanjian kerjasama dan kerangka bersama Pakatan Harapan dan PPBM yang ditandatangani keempat-empat parti di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Perjanjian tersebut turut membenarkan keempat-empat parti berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu lawan satu dengan BN.
Kerjasama ini juga sepakat untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum PRU14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.
Selain itu, mereka juga akan menggunakan manifesto bersama dalam PRU14.
Perjanjian juga menyebut akan menggunakan satu logo bersama dalam PRU14 tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
Perjanjian tersebut yang dibacakan oleh Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah juga bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya, manifesto bersama dan merangka gerak kerja pilihan raya secara bersama.
"Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama," katanya.

HARAPAN, BERSATU bentuk pakatan pilihan raya

Ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan AMANAH bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan BERSATU sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.
Empat parti itu hari ini menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama berkenaan.
Mereka juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.
PKR diwakili oleh Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili presiden parti Mohamad Sabu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing.
Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama.
Langkah awal
Mengenai mengapa BERSATU bukan sebahagian daripada HARAPAN, Wan Azizah berkata pemeteraian perjanjian itu hari ini merupakan "langkah awal kepada segala-galanya".

PERJANJIAN KERJASAMA PAKATAN HARAPAN DAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Amanah Negara (AMANAH)

DAN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

13 Disember 2016 


Dengan ini memeterai satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan – PPBM mengenai persetujuan-persetujuan bersama oleh keempat-empat parti di dalam perkara-perkara seperti yang terkandung dalam dokumen ini.

Mewakili PAKATAN HARAPAN dan PPBM kami berjanji bahawa persetujuan-persetujuan ini akan dihormati, didokong dan dilaksanakan bersama oleh parti-parti kami selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat keempat-empat parti.


DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL   
Presiden KEADILAN

LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH    TAN SRI

DATO' HJ MUHYIDDIN
HJ MOHD YASSIN
Presiden PPBM
   


Ditandatangani pada hari ini 13 Disember 2016 Masehi bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1438 Hijrah di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

PERJANJIAN

BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:

1.    Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

i.    Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

ii.    Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; dan

iii.    Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

2.    Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi  rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan dan tatakelola yang baik.

3.    Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan - PPBM di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).

4.    Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang bagi melawan Barisan Nasional.

5.    Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.

6.    Menggunakan manifesto bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.

7.    Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, menggunakan logo bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.

8.    Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto bersama dan merangka gerakerja pilihanraya secara bersama.

9.    Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama.

Masa depan PH, Bersatu diketahui petang ini

Masa depan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal diketahui petang ini berikutan Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman yang akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata segala persoalan mengenai PH dan Bersatu akan dijawab pada petang ini.
“Seramai tujuh wakil dari empat parti iaitu DAP, PKR,  Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bersatu  akan hadir bagi membincangkan perkara berkaitan.
“Jika ingin mengetahui apa kata putus, bolehlah menghadirkan diri ke sidang media petang ini,” katanya kepada Sinar Online.
Mesyuarat pertemuan empat parti antara pimpinan tertinggi PKR, Amanah, DAP dan Bersatu akan bermula pada 2.30 petang.

UMNO digesa fahami titah Sultan Nazrin berkaitan rasuah

Kerajaan persekutuan dan negeri wajar memandang serius titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berhubung kesan gejala rasuah dan pecah amanah terhadap negara.
Sultan Nazrin pada Ahad lalu bertitah, sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah, rasuah, tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus adalah faktor yang membawa kepada kejatuhan banyak kerajaan dan tamadun.
Meskipun baginda tidak mengaitkan dengan mana-mana isu rasuah, Malaysia ketika ini dikenali sebagai ‘kleptokrasi global’ oleh pihak antarabangsa ekoran skandal kewangan melibatkan syarikat milik penuh negara, 1MDB.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, teguran sebegitu bukanlah kali pertama kerana Majlis Raja-Raja pernah menyentuh secara khusus mengenai isu skandal syarikat terbabit sebelum ini.
Katanya, Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 17 Oktober tahun lalu itu mencuri tumpuan apabila baginda sekalian mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan skandal 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Namun, katanya, setelah 14 bulan titah Majlis Raja-Raja Melayu itu dikeluarkan, tidak seorang pun yang terlibat dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan.

Sultan Muhammad V lafaz jawatan Agong ke-15

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.
Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam.
Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda.
Mesyuarat Khas itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad V yang kemudiannya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.
Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai saksi.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya.
Surat Sumpah Jawatan baginda turut ditandatangani oleh Sultan Mizan dan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai saksi.
Selesai istiadat itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.
Acara di balairung seri kemudiannya diteruskan dengan istiadat menandatangani perisytiharan memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya. Memulakan istiadat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diapit Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi dan penolongnya Azuan Effendy Zairakithnaini menghadap dan menyembahkan Surat-surat Perisytiharan memegang jawatan untuk ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Aziz Bari: PAS tak mampu bertahan, rugi tak sertai Pakatan Harapan

Aziz berkata, PAS dilihat tidak boleh bertahan di Selangor dengan senario politik ketika ini.
Aziz-Bari
PETALING JAYA: PAS dilihat tidak lagi mampu bertahan di Selangor dan keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Harapan hanya merugikan mereka sendiri, kata ahli DAP, Dr Abdul Aziz Bari.
Malah, katanya, rancangan PAS membentuk blok politik berasingan tanpa musuh ketat, Amanah dan DAP juga tidak akan mendatangkan masalah kepada Pakatan Harapan.
“Saya tidak melihat PAS boleh bertahan di Selangor dengan senario politik yang ada. Pada saya yang ruginya PAS.
“Pendekatan apa yang dia boleh buat. Orang pun dah label (PAS). Lagipun PAS di Selangor banyak kerusi mereka di kawasan marginal. Kawasan Melayu PAS (di Selangor) juga masih belum mampu menang mengatasi Umno,” katanya kepada FMT.
Malam tadi, PAS Selangor menganjurkan Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras yang menyaksikan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi pentas dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah sambil disaksikan lebih 1,000 penyokong.
Semalam, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan dan pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah serta DAP kerana parti berkenaan tidak ada hubungan dengan mereka, walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.

Esok peluang terakhir Anwar bebas dari tirai besi

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan Liwat II, esok.
Ia merupakan saluran undang-undang terakhir bagi Anwar mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengetepikan pembebasannya.
PKR akan mengadakan himpunan di luar Istana Kehakiman untuk menunjukkan solidariti bersama pemimpin mereka yang terpenjara.
Keputusan itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Hakim Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mewakili Anwar memberitahu, terdapat konspirasi politik terhadap anak guamnya.
Pembelaan mendakwa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai sabitan Anwar kira-kita 15 minit selepas penghakiman dibuat tetapi sebelum hukuman dijatuhkan.

Saya tahu cara jatuhkan DAP, kata bekas naib pengerusi

Zulkifli berkata, sebagai arkitek yang membina rumah, sudah tentu beliau tahu cara meleraikannya.
Zulkifli-Mohd-Noor
PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor memberi amaran akan menggunakan semua pengetahuannya untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendakwa adalah arkitek kejayaan DAP di Pulau Pinang dan mempunyai pengetahuan menyeluruh mengenai kelemahan kerajaan negeri.
“Sebagai arkitek yang membina rumah itu, sudah tentu saya tahu cara meleraikannya,” katanya kepada FMT.
Zulkifli yang pernah menjadi ahli DAP selama 26 tahun meletak jawatan dalam parti itu pada 2013 susulan pemilihan parti penuh kontroversi. Beliau kemudiannya menubuhkan PAP pada 2014.
Sabtu lalu, PAP mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selain menurunkan calon di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
“Saya tahu apa kelemahan DAP dan tahu bagaimana nak gunakannya menentang parti itu.
“Orang ingat DAP kuat, tetapi tidak. Cuma pengundi Pulau Pinang begitu benci Barisan Nasional (BN) sehingga mereka terpaksa pergi kepada alternatif.”
Mengenai keyakinannya terhadap kemampuan PAP mendapat sokongan pengundi, beliau berkata: “Kami akan menjadi kuasa disegani kerana kami bukan musuh BN atau Pakatan Harapan. Kami alternatif kepada mereka.

Pembalakan Haram: Rafizi bakal dedah imej satelit hutan Pahang secara mingguan

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bersama-sama Fuziah Salleh yang merupakan ahli Parlimen Kuantan berikrar akan terus mendedahkan dakwaan aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan di Pahang secara mingguan.
"Imej satelit bagi setiap daerah di Pahang akan dikongsi dengan orang ramai dari satu minggu ke satu minggu.
"Selain itu, isu-isu kelestarian hutan yang memburukkan nama Malaysia di mata dunia juga akan saya bawakan selagi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) mendiamkan diri mengenai isu ini," ujar beliau dalam kenyataanya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai susulan maklum balas Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim mengenai dakwaan Rafizi dan Fuziah sebelum ini yang disifatkan sebagai tidak berasas.
Dalam maklum balas itu, Abdul Rahman menjelaskan, semakan di lapangan menunjukkan kelapan-lapan Hutam Simpan Kekal (HSK) yang maksudkan adalah Hutan Paya Gambut (Peat Swamp Forest) yang terdapat penerokaan haram yg telah lama berlaku.
Ianya dipantau rapi oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Pahang dan kawasan "gondol" yg dilihat melalui imej satelit/GIS adalah kawasan- kawasan berair Hutan Paya Gambut, kawasan hutan terosot yg ditumbuhi paku-pakis dan lalang serta kawasan penerokaan Orang Asli (OA), katanya.
Semakan di lapangan juga didapati tiada berlakunya pencerobohan baru di kawasan-kawasan tersebut di samping terdapat juga kawasan-kawasan Hutan Tanah Kerajaan (HTK) yang diceroboh dan didiami oleh OA tempatan berhampiran semenjak berpuluh-puluh tahun dulu, menurutnya.
Kawasan ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan tanaman pertanian lain. Ia juga berdekatan dengan perkampungan OA RPS Runchang dan kawasan ini turut pmerupakan hutan miskin dan terosot, katanya lagi.
"JPN Pahang terus memantau secara rapi kawasan-kawasan ini. Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan kawasan ini sebagai Hutan Simpan Pekan (Tambahan) pada tahun 2007/2008.
"JPSM sebagai agensi kerajaan yang komited melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga telah mengambil inisiatif utk memulihkan kawasan ini dgn projek penanaman pokok-pokok hutan dari spesies terpilih di kawasan terosot Hutan Paya Gambut," kata maklum balas itu lagi.

3 pemimpin PKR beri keterangan himpunan BERSIH 5

Beberapa pemimpin PKR hari ini hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul bagi memberi keterangan berhubung himpunan BERSIH 5.
Dua Naib Presidennya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bersama Ketua WHIP parti itu, Datuk Johari Abdul dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan himpunan aman bulan lalu.
Mereka tiba di IPD Sentul kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Kes ini sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 4(2) (b) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Turut kelihatan bersama-sama mereka ialah Sasterawan Negara A. Samad Said, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Sultan Muhammad V tiba istiadat lafaz sumpah jawatan YDP Agong ke-15

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (lima, kiri).
- Foto Bernama.Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (lima, kiri).
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini pagi ini, bagi Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
 Ketibaan baginda pada 10.16 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas.
Baginda diiringi melalui pasukan Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja, terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai Kapten Mohd Hafiz Mohamad Noor.
Baginda kemudian berangkat ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi penuh istiadat.
Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

NO WAY PAS akan bersama UMNO - PJ Selangor

Amanah jangan bermimpi - PAS

Mahfodz MohamedParti Amanah perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat pada PRU14.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Umno sendiri sukar untuk menang di Kelantan, apatah lagi Amanah yang baru setahun jagung ditubuhkan.
“Jika dalam pilihan raya lalu di Terengganu Umno menang tipis dengan hanya dua kerusi, Insya-ALLAH kita akan rampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.
“Sasaran kita untuk menang di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan,” katanya, semalam.
Beliau  mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada Konvensyen Nasional Amanah kelmarin, bahawa parti tersebut mempunyai peluang untuk menang di Kelantan dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, Amanah dan Pakatan Harapan hanya parti baharu dan bergantung harap pada DAP sebagai jentera pilihan raya mereka.
"Sedangkan Pas memiliki jentera pilihan raya yang kuat di kedua-dua negeri tersebut sejak sekian lama.
"Pas telah bekerjasama untuk berkempen dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.
“DAP sukar mendapatkan undi Melayu sedangkan di Kelantan dan Terengganu mempunyai pengundi yang solid Melayu.
"Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Jangan guna agama tapi amal dasar jahiliah


BUKIT MERTAJAM, 13 DIS: Rakyat diseru tolak politik yang menggunakan agama tetapi mengamalkan dasar-dasar jahiliah demi kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.
steven-sim-zakatDasar jahiliah yang dimaksudkan itu antara lain dengan menyebarkan fitnah, kebencian dan perkauman sempit yang hanya akan memecah belahkan rakyat pelbagai kaum negeri ini.
Saranan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam ucapannya semasa program agihan bantuan persekolahan daripada Pusat Urus Zakat kepada 90 penerima komuniti di situ.
“Saya merayu agar umat Islam melawan fitnah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang. Nak sokong parti mana, itu hak masing-masing, tapi kita wajib lawan fitnah jahat terhadap negeri kita, contohnya azan dilarang di Pulau Pinang.
“Jika kerajaan (BN) hari ini hanya menggunakan nama agama tetapi masih mengamalkan dasar jahilliah, maka tiada rahmat untuk rakyat dan negara,” katanya.
Dalam ucapannya, Steven mengimbau keadaan masyarakat jahiliah Arab yang pincang dengan amalan rasuah, perkauman dan zalim apabila menanam bayi perempuan hidup-hidup.
Perkara itu katanya berubah setelah kedatangan Islam yang menekankan konsep keadilan sejagat, melindungi hak wanita dan memerangi semangat assabiyah sempit sesuai dengan konsep rahmat kepada sekalian alam.

Muhyiddin terus cuba pujuk Pas


Muhyidin terus memujuk Pas untuk bersama pembangkang walaupun jelas kebanyakan pemimpin Pas tidak berminat.Muhyidin terus memujuk Pas untuk bersama pembangkang walaupun jelas kebanyakan pemimpin Pas tidak berminat.
Walaupun mengakui Pas bermasalah dengan Amanah dan DAP, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat terus cuba memujuk Pas untuk bersama-sama dengan gabungan parti pembangkang bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Marilah kita duduk sama-sama untuk berunding. Matlamatnya hanya satu untuk mengalahkan BN. Saya rasa sukacita malam ini mendengar kenyataan yang tegas bahawa Pas tidak bekerjasama dengan Umno. Pas menentang Umno.
"Itu juga matlamat PPBM. Kita tidak akan tunduk pada Umno. Kita mahu mengalahkan Umno-BN supaya negara kita terjamin berada dalam keadaan yang lebih selamat," ujarnya pada kemuncak program ceramah anjuran Pas Selangor di Sungai Buloh malam tadi.
Menurut bekas Timbalan Presiden Umno itu, Pas tidak akan mampu untuk menjatuhkan BN yang sekian lama berakar umbi jika masih mahu bersendirian dan gagal menyelesaikan perselisihan dengan Amanah dan DAP.
"Berapa lamakah Pas nak duduk sebagai pembangkang? Mesti nak duduk jadi kerajaan. Saya pun tidak mahu lama sebagai pembangkang. Saya mahukan kuasa supaya saya boleh buat apa yang Najib tidak boleh buat. Saya nak laksanakan dasar-dasar yang baik untuk rakyat tetapi beri kuasa kepada kita. Bagi lima tahun saja dulu kalau tidak betul, buanglah.
"Kalau kita hanya mahu buat (jatuhkan BN) atas nama PPBM saya tidak yakin kita berjaya. Kalau Pas bersendirian menumbangkan BN, sejarah membuktikan tidak mungkin boleh berjaya. Ini sejarah tetapi kalau ada gandingan, kerjasama, muafakat atas tujuan muslihat yang satu dengan gabungan parti-parti lain lebih mudah untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan," ujarnya.
Mengulas penekanan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum itu dalam ucapannya berkali-kali menempelak Amanah dan DAP, demikian juga Muhyiddin yang berulang-ulang memujuk Pas supaya berunding mencari satu titik pertemuan.
"Ada isu-isu yang disebutkan Tuan Ibrahim. Saya cukup faham. Duduklah, rundinglah. Nak sebut apa? Jemaah, kumpulan, tahaluf siyasi, atau apa saja. Saya tak belajar bahasa Arab sangat tapi maksudnya begitulah dengan tujuan untuk mencapai titik pertemuan.

Bukan semua anak Melayu sokong DAP, kata penganalisis

Peratusan sokongan anak muda Melayu ke dalam DAP tidak pun melebihi 10 peratus dari keahlian yang ada, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib menangkis andaian kadar pertambahan perpecahan undi orang Melayu pada pilihan raya.
Md Shukri Shuib Menurutnya lagi, sokongan orang Melayu ke atas DAP bersifat sementara memandangkan senario semasa masih lagi memperlihatkan sokongan dominan orang Melayu ke atas Umno, Pas serta PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Pemimpin DAP pun ramai dari kalangan bukan Melayu. Memanglah sokongan orang Melayu ke atas DAP akan memecah belahkan undi Melayu tetapi harus juga diingat, adakah pemimpin dan perwakilan DAP sedia ada dalam parti itu dari kalangan bukan Melayu suka sangat dengan kehadiran ramai orang muda Melayu dan sanggupkah mereka mengangkat ramai orang Melayu menerajui kepimpinan tertinggi.
“Adakah DAP sudah bersedia memberi laluan anak muda Melayu untuk di latih menjadi Setiausaha Agung dan Pengerusi parti itu?" tanyanya.
Tambahnya lagi, DAP tidak pernah meminggir atau menganaktirikan anak Melayu yang menyertai parti itu.
"Sebaliknya kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, pihaknya memberikan kelayakan dan penghormatan sama rata antara anak Melayu dengan kaum lain yang turut menyertai parti tersebut.
“Jadi saya lihat tarikan DAP ke atas anak muda Melayu hanya berkisar pada soal bermusim dan tidak pun memberi kesan signifikan yang mampu menukar parti itu dari dominasi Cina kepada pola yang lebih majmuk dan mesra Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

AMANAH parti 'kawan makan kawan' - PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Batu (DPPKB), Nurul Islam Mohamed Yusoff menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai tidak mempunyai semangat setiakawan, sebaliknya, mengamalkan sikap 'kawan makan kawan'.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan semasa Konvensyen Nasional AMANAH semalam yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Batu yang kini sedang disandang oleh Tian Chua dari PKR.
"Selepas membawa lari kerusi-kerusi yang asalnya milik PAS, kini AMANAH mengugut pula akan merampas kerusi milik PKR di Parlimen Batu.
"Seharusnya PKR menyedari hal ini dan perlu bersikap tegas terhadap ugutan AMANAH ini," kata Nurul Islam dalam kenyataan.
Sebelum ini, AMANAH juga dikatakan menyerang pucuk pimpinan PKR apabila Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali dari PKR bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.
Menurut Jamzuri, apa yang pihaknya mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri.
"HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa AMANAH tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan.
"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.
"Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan.

Suara lantang Sany dan Jamzuri sebahagian citra pesona AMANAH

fb_img_1481568633739
Konvensyen Nasional 2016 AMANAH yang pertama adalah manifestasi wajah kepimpinan AMANAH, tegas Timbalan Presiden parti Islam generasi kedua itu kepada Amanahdaily.
Katanya, kepimpinan tertinggi mesti bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah terlakar dan terpahat sepanjang konvensyen yang berlangsung selama dua hari, 10 dan 11 Disember yang lalu di SACC Shah Alam.
konvensyen_amanah_salahuddin_ayub_hari_kedua
Salahnudin berkata, suara lantang Ketua Pemuda, Sany Hamzan dan perwakilan Selangor yang juga Pengarah Komunikasi negeri, Jamzuri Ardani adalah sebahagian dari warna warni yang membentuk citra pesona AMANAH.
“Bila kita dah bentangkan alam untuk perwakilan menghuninya, pemimpinlah yang tampil untuk mengurus tadbir segala kerenah dan kepelbagaiannya,” ujar beliau.
Mengambil faham ayat yang Presiden AMANAH alunkan dalam pidatonya, beliau berkata, Allah boleh saja semahuNya menjadikan kita umat yang satu tetapi rahsia dan hikmah kita akhirnya jadi seperti ini.
“Kita mungkin mahu perwakilan konvensyen berbicara dengan nada yang satu tetapi kewujudan AMANAH tidak mengizinkan demikian jadinya kerana AMANAH meraikan semuanya.
“Maka kepimpinanlah menjadi pembicara bijaksana,” tegas Salahudin dengan seribu harapan.

SURAT PALSU HANYA MENGESAHKAN LAGI NAJIB-ZAHID TIDAK SEBULU?

Munculnya surat palsu yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tidak lebih hanya merupakan pengesahan hubungan makin renggang dan tidak sebulu antara kedua-kedua pemimpin itu.

Beberapa pemimpin dan veteran UMNO melihat apa yang berlaku ini hampir menyerupai episod yang pernah terjadi antara Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dahulu.

Anwar dahulu beberapa kali mengulangi taat setianya kepada Tun Mahathir, manakala Tun Mahathir pula, setiap kali ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, tidak pernah lupa mengatakan Anwarlah bakal penggantinya.

Namun, akhirnya hubungan mereka terlerai jua akhirnya.

Begitu juga dengan Najib dan Zahid. Sementara Najib mengatakan beliau menaruh kepercayaan penuh kepada Zahid dan tidak bimbang dengan kelibat Timbalan Perdana Menteri itu berada di belakangnya, Zahid pula tidak henti-henti menunjukkan beliau seorang yang taat setia serta wala' kepada Najib.

Hakikatnya, sebagai bekas Setiausaha Politik pada 1987 lagi dan  mempunyai hubungan begitu lama dengan Najib, Zahid tidak perlu berlebih-lebihan ingin menunjukkan kesetiaannya, kecuali ada simpang lain sedang bersarang di hatinya.

Kemunculan surat palsu itu dengan jelas tidak menunjukkan kecenderungan pihak pembangkang terlibat mengenainya, walaupun Najib dan Zahid cuba menjurus ke arah itu. Tindakan Najib dan Zahid berbuat demikian lebih untuk melindungi masalah dan kerenggangan yang sedang berlaku antara mereka.

Bagi pihak Pakatan Harapan dan PPBM, mereka ternyata lebih gembira jika Najib terus kekal kerana timbunan isu yang melingkarinya lebih memudahkan lagi untuk UMNO dan BN dikalahkan dalam pilihanraya akan datang nanti.

Oleh itu, tiada sebab sama sekali untuk mereka mencipta dan mengedarkan surat palsu itu.

Rasuah: Ambil peduli amaran Sultan Perak, kata DAP

Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.
"Kabinet Najib perlu menghentikan semua pertuduhan terhadap pemimpin anti-rasuah seperti Tony Pua, Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin dan Anis Syafiqah Md Yusuf.
"Mereka juga perlu mengambil tindakan segera untuk menamatkan krisis keyakinan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ekoran skandal 1MDB sejajar dengan amaran Majlis Raja dalam kenyataan pada 7 Oktober 2015," kata beliau yang juga ketua anggota Parlimen DAP itu dalam kenyataan.
Semalam, Sultan Nazrin Shah melahirkan kebimbangan mengenai gejala tersebut yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baginda bertitah berdasarkan laporan media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah pada skala yang sangat besar.
Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

PAS tolak cadangan Muhyiddin, tetap tak mahu DAP dan AMANAH

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menawarkan untuk merapatkan semula hubungan antara PAS dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam usaha untuk menyatukan pembangkang untuk berdepan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Cadangan yang dibuat pada acara "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor, bagaimanapun, tidak disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.
Tuan Ibrahim dengan segera menolak tawaran berkenaan sambil menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun AMANAH.
"Bagi PAS, kami ada hubungan dengan PKR. Tetapi perbincangan dengan BERSATU masih berterusan," ujar beliau semasa ditemui pemberita kemudiannya.
Pemimpin nombor dua PAS itu berkata, semua parti pembangkang lain harus bersetuju dengan syarat untuk tidak bertanding di 70 kerusi PAS sebelum boleh membuat konsensus dan kerjasama.
"Ini adalah syarat wajib. Setiap kali kita bertanding (dalam pakatan pilihan raya), kami korbankan kerusi (dengan membenarkan parti lain untuk meletakkan calon). Cukup-cukuplah. Tiada kompromi (kali ini)," katanya.
Muhyiddin yang terlibat dalam rundingan panjang selama berminggu-minggu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sekali lagi cuba untuk memujuk parti Islam itu agar menyertai pakatan pembangkang.
Beliau memberi amaran bahawa sejarah membuktikan bahawa PAS berisiko kalah apabila berjuang sendirian dalam pilihan raya

Tuan Ibrahim: Berhenti ‘hentam’ PAS jika mahu ajak kerjasama

Tuan Ibrahim berkata, tidak ada guna PAS menyahut cabaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada masa sama pemimpin mereka diserang sekutu sendiri.
tuan-ibrahimPAYA JARAS: Parti pembangkang perlu berhenti menyerang PAS sebelum meneruskan usaha memujuk mereka bekerjasama bagi menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Sepatutnya mereka faham, tetapi kita tengok pimpinan (Pakatan Harapan) sendiri serang PAS, tuduh PAS macam-macam, lepas itu minta PAS kerjasama, tidak mungkinlah sebab itu kita minta hentikan semua tuduhan liar terhadap PAS.
“Sebarang kerjasama mesti mempunyai adab, tidak boleh sebarang kerjasama, kita hentam kawan kita dalam politik.
“Tiap-tiap hari PAS dihentam, yang paling dukacita rakan kita yang masih ada tahaluf menghentam kita, Amanah hari-hari hantar isyarat akan bertanding semua kerusi PAS, beri isyarat tawan Kelantan, nak ambil alih Terengganu, nak bertanding di kerusi PAS di Selangor, jadi apa makna kerjasama?”
Beliau berkata demikian ketika berucap di “Ceramah Mega Rakyat” sepentas bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah yang disaksikan lebih 1,000 penyokong, malam tadi.
Kehadiran mereka dinanti-nantikan selepas PAS berkata usaha mendampingi 2 parti itu adalah langkah untuk mewujudkan perikatan politik baharu.
Tuan Ibrahim berkata, tidak ada guna PAS menyahut cabaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada masa sama pemimpin mereka diserang sekutu sendiri.
“PAS dituduh mendapat dana RM90 juta daripada Umno. Penafian demi penafian dibuat, orang tuduh PAS makan dedak Umno, yang kita bertanding tiap-tiap kerusi lawan Umno pun kita dituduh bekerjasama.
“PAS hadir Majlis Multaqa Ulamak bersama Umno, kena faham kita hadir atas dasar ummah, bukan politik,” kata timbalan presiden PAS itu.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada PAS untuk menentukan pendirian politik mereka bagi menghadapi PRU14.
Sabtu lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berdepan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya.
Katanya, ruang perlu diberi kepada PAS untuk menyatakan pendirian sebenar, sama ada mahu bersama gabungan pembangkang yang disertai DAP dan Amanah atau bersama Barisan Nasional (BN).
Tuan Ibrahim bagaimanapun mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno, sejajar keputusan Majlis Syura PAS.
“Isu kerjasama dengan Umno beberapa kali presiden buat kenyataan, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno. Dalam muktamar, di luar muktamar, bahkan Majlis Syura badan tertinggi PAS keluar kenyataan bertulis PAS tidak akan bekerjasama atau bergabung dengan Umno, tapi dituduh juga.”
Sementara itu, Muhyiddin berkata, pendirian PAS untuk tidak bekerjasama dengan Umno selaras perjuangan PPBM dan parti itu akan memainkan peranan sebagai penghubung dengan parti pembangkang lain.

PAS: Kami bukan anak tangga orang pijak menang pilihan raya

Tuan Ibrahim mengulangi pendirian PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan, sebaliknya mereka sudah menjalin kerjasama rasmi dengan PKR, manakala hubungan dengan PPBM masih dalam perbincangan.
semeja
PAYA JARAS: PAS tidak akan berkompromi dengan parti pembangkang lain dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sejarah mereka dipijak berulang akibat terlalu berlembut dengan sekutunya, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, PAS bukan parti anak tangga untuk dijadikan alat pihak lain bagi memenangi pilihan raya.
“Kita bukan anak tangga untuk orang pijak dan naik ke atas. Minta maaf, kita juga tidak akan jadi batu loncatan untuk orang naik pijak kepala kita. Kita hanya bekerjasama dengan parti yang menghormati kita,” katanya ketika berucap di Ceramah Mega Rakyat bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi.
Sehubungan itu, timbalan presiden PAS itu berkata, mereka tetap akan menurunkan calon di semua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13, tidak kira kerusi yang mereka menangi atau kalah.
“Setiap kali kita bertanding, PAS korbankan kerusi PAS, tapi yang lepas biarlah lepas.
“Kali ini tidak ada lagi kompromi, soal kerusi PAS (parti pembangkang lain) kena hormat. Kamu boleh bincang, mereka boleh bincang, PAS tidak ambil semua kerusi dan kita bertanding dalam 70 kerusi dulu,” katanya kepada pemberita selepas ceramah itu.
Acara mega PAS di Paya Jaras itu menyaksikan pemimpin parti Islam itu berkongsi pentas dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dengan disaksikan lebih 1,000 penyokong.
Kehadiran pimpinan tertinggi 3 parti pembangkang itu dinanti-nantikan selepas Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya, Amanah dan DAP.
Mengulas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara PPBM dan Pakatan Harapan petang ini, Tuan Ibrahim berkata, PPBM bebas bekerjasama dengan mana-mana parti, namun PAS tetap tidak akan menyertai gabungan itu.
“PAS tidak akan bersama, sebab itu saya kata walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tidak bermakna tidak ada muafakat. Cuma kita minta mereka kena hormat kerusi PAS dan dasar parti, kita tegaskan soal satu-lawan-satu, kalau kita duduk dalam Pakatan Harapan, tetapi tidak ada rasa hormat tidak ada guna kita bersama.
“Kita juga tidak ada hubungan dengan DAP dan Amanah, soal PPBM nak jadi jambatan perhubungan itu terpulang kepada PPBM.

Pas ungkit pengalaman dikhianati PKR dan DAP

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas hanya akan bekerjasama dengan parti yang "pandai menghormati" parti tersebut sekaligus dilihat memberi gambaran menolak sama sekali kerjasama politik dengan Amanah. Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pas hanya akan bekerjasama dengan parti yang "pandai menghormati" parti tersebut sekaligus dilihat memberi gambaran menolak sama sekali kerjasama politik dengan Amanah.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pengalaman parti itu dikhianati banyak pihak termasuk PKR dan DAP dalam kerjasama politik sebagai perkara penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Berceramah dalam program anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor di Sungai Buloh malam tadi, beliau menyifatkan semua pengalaman tersebut bermula sejak dengan Parti Negara lagi mengajar Pas tentang makna kerjasama politik.
"Saya ulang sejarah ini bukan hendak timbulkan kemarahan. Kita kena tengok ke belakang. Cermin kereta kita yang depan hanya satu. Cermin belakang ada tiga - cermin tengah, cermin kiri, kanan bermakna melihat ke belakang lebih penting daripada melihat ke depan. Tengok ke belakang untuk jalan ke depan," ujarnya di tapak pasar malam Paya Jaras.
Mengimbas kejatuhan kerajaan negeri Perak daripada blok pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat pada 2009 pula, beliau berkata, Pas telah menyerahkan berpuluh kerusi kepada PKR untuk ditandingi dalam kerjasama dengan parti itu termasuk duit dan kerahan jentera pilihan raya.
"Sayangnya bila menang, yang khianat bukan Pas. Ingat di Perak, yang khianat bukan Pas, yang khianat dan menumbangkan kerajaan negeri Perak adalah DAP dan PKR.
"Walaupun saya tahu DAP tidak setuju tindakan (lompat parti), PKR tidak setuju dengan tindakan ahli yang lompat parti hingga tumbang kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.
Tuan Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka hanya sepenggal itu turut menganggap DAP telah 'menendang' Pas ketika dalam tempoh kerjasama.
"Kita menang di Selangor, apa yang DAP buat pada Pas? DAP harus belajar di Selangor. Kita menang atas semangat kerjasama ketiga-tiga parti. Kita bekerja keras. Bila menang (PRU13), mereka tendang Pas keluar. Mereka pecat seluruh jentera parti," katanya.
Menurutnya, pengalaman kerjasama Pas dengan pelbagai parti politik juga pernah dengan BN walaupun ahli dan penyokong Pas sebelum itu mengalami pelbagai bentuk penindasan.

Pas, PKR Selangor mahu satu lawan satu PRU14


Pas menganjurkan ceramah bersama PPBM, tanpa DAP dan AmanahPas menganjurkan ceramah bersama PPBM, tanpa DAP dan Amanah
Dua pemimpin Pas dan PKR di Selangor berulang kali dalam ceramah di Sungai Buloh malam tadi menegaskan mahu bertanding secara satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman yang juga Adun Paya Jaras dalam ucapan pembuka tirai anjuran badan perhubungan parti di negeri itu mengulang gesaan mengelak pertandingan banyak penjuru.
"Sebab itu kita katakan komitmen kita di Selangor ini rakyat mahu melihat bahawa hanya satu parti untuk menumbangkan Umno-BN.
"Kalau tidak, tuan-tuan (hadirin di tapak pasar malam Paya Jaras) tidak datang jauh dari Tanjong Karang, Hulu Langat. Kita di Selangor ini masih percaya kita lawan Umno secara satu lawan satu. Kita bersedia melawan Umno secara satu lawan satu," ulangnya.
Walau bagaimanapun sebelum itu, Khairuddin mengakui kesemua parti pembangkang mempunyai pendirian masing-masing.
"Kadang-kadang dalam politik ini, masing-masing ada prinsip. Pas ada prinsip dia. PKR ada prinsip dia. Bersatu ada prinsip dia, DAP ada prinsip dia. Amanah ada prinsip dia," katanya tanpa menyebut 'Pan' merujuk kepada Amanah seperti yang kerap disebut pemimpin dan penyokong Pas termasuk akhbar Harakah.
Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Sivarasa Rasiah menganggap kehadiran Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam program tersebut sebagai satu bentuk kerjasama.
"Kita sudah ada beberapa pimpinan tertinggi datang. Bila sudah berada di atas pentas, maksudnya sudah bekerjasama. Kerjasama saja tidak cukup. Apa yang paling penting kita masuk pilihan raya satu lawan satu.