Isnin, 12 Disember 2016

BERSATU sertai HARAPAN antara 4 pilihan dibentang esok

Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) esok akan memutuskan untuk menggunakan satu daripada empat pilihan dalam hal membentuk pakatan pilihan raya, kata Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Satu mesyuarat peringkat tertinggi antara empat parti itu akan diadakan esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Pengumuman rasmi diikuti dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara BERSATU dan HARAPAN dijangka diadakan pada sebelah petang.
Menurut Mukhriz, HARAPAN dan BERSATU telah memberikan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan bersama-sama jika mempunyai cukup kerusi.
Bagaimanapun, bentuk sebenar kerjasama itu masih belum diputuskan.
"Kami ada beberapa pilihan, ia hanya akan diketahui opsyen mana akan dipilih (esok)," katanya kepada Malaysiakini.
Empat pilihan itu, menurut Mukhriz, adalah:
- "Harapan plus BERSATU" dalam kerjasamanya;
- BERSATU menyertai HARAPAN;
- Membentuk sebuah gabungan baru bersama
- Satu lagi bentuk kerjasama lain.
"Apa pun, ia tidak terhad kepada hanya kerjasama pilihan raya. Idea keseluruhan adalah untuk kita memastikan cara terbaik membentuk kerajaan baru.
"Ia bukan sahaja hubungan berasaskan keperluan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ini bukan niat kami sama sekali, kerana ia jangka masa terlalu pendek," katanya.
Sebelum ini, pemimpin BERSATU berkata mereka telah melanjutkan rundingan dengan parti-parti pembangkang untuk membentuk pakatan dan menetapkan agenda baru untuk "menyelamatkan Malaysia".
HARAPAN kelihatan telah memanaskan idea berkenaan, walaupun BERSATU dipimpin oleh bekas pemimpin Umno.
Bagaimanapun, PAS menyatakan dengan jelas tidak akan bekerjasama dengan BERSATU jika mereka menyertai HARAPAN kerana parti Islam itu menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh.

'Asing peranan pendakwaraya dari AG untuk elak konflik' - Ideas

Sebuah badan pemikir menggesa pengasingan peranan peguam negara sebagai penasihat kerajaan dan pendakwa raya kerana kedua-dua peranan itu menyebabkan masalah dan konflik kepentingan.
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) membuat gesaan itu melalui kertas terbaru bertajuk 'Pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya: Memperkuat Undang-undang di Malaysia ".
"Apabila (Tan Sri) Abdul Gani Patail disingkir sebagai peguam negara semasa siasatan 1MDB terdapat bantahan awam yang besar.
"Terdapat peningkatan kebimbangan orang ramai mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi bagi memastikan bahawa keadilan dikuatkuasakan dengan adil dan saksama.
"Ia tidak begitu banyak mengenai AG tetapi tentang peranan Pendakwa raya. Tetapi dalam kes ini, kedua-duanya keliru kerana jawatan itu dipegang oleh orang yang sama," kata Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan .
Beliau berkata dua pertindihan peranan itu pada masa ini menyebabkan konflik kepentingan terutama dalam kes-kes di mana peguam negara perlu membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa kes terhadap kerajaan.
"Bagaimana seseorang peguam juga mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mendakwa anak guamnya?" soal beliau.

Pakatan Harapan mesti terus perjelas masalah ekonomi kepada rakyat


KUALA LUMPUR, 12 DIS: Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan komitmen untuk berjuang bersama rakyat bagi menyelamatkan negara yang terbeban dengan pelbagai masalah di bawah pemerintahan UMNO Barisan Nasional.
husam musaPenasihat Jawatankuasa Road Map Pilihan Raya Amanah, Datuk Husam Musa berkata, ia akan dilaksanakan bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan yang lain, iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, rakyat perlu diberi informasi jelas berhubung bahaya tsunami ekonomi yang melanda negara pada hari ini.
Tambahan lagi kata Husam, parti pemerintah cuba ‘menutup’ masalah ekonomi dengan memainkan sentimen perkauman di kalangan rakyat bagi memastikan kemenangan mereka dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau bencana ribut, tsunami, gempa bumi ada indikator, fenomena kejatuhan ekonomi tidak terkecuali.
“Ketika rakyat kesempitan angkara GST, peningkatan hutang domestik dan asing, mereka mengapikan-apikan perpecahan rakyat menggunakan isu-isu rasis,” ujarnya dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam, semalam.
Menurutnya, PAS juga merupakan salah satu pihak yang telah terperangkap dalam permainan politik UMNO Barisan Nasional.
“Mereka kini telah berada dalam jerat UMNO dan sudah tidak ada jalan keluar, melainkan terpaksa buat apa saja bagi menyelamatkan UMNO yang semakin nazak,” kata Husam.

Amanah tubuh jawatankuasa bela Orang Asli

Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud menyentuh mengenai perjuangan Orang Asli dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud menyentuh mengenai perjuangan Orang Asli dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama
Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa berhubung isu tuntutan Orang Asli di Kelantan.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
"Amanah telah bermesyuarat pada 9 Disember, sehari sebelum konvensyen dan keputusan telah dibua untuk menubuhkan jaawatankuasa berkaitan hak Orang Asli ini," katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional di Shah Alam semalam, Siti Mariah berkata jawatankuasa itu akan disertai oleh wakil sayap-sayap wanita dan pemuda, Biro Undang-undang Amanah (Kanun), dan wakil setiap negeri khususnya dari Kelantan sendiri.
"Sebelum ini kita tubuhkan jawatankuasa berhubung pindaan RUU355 kita turun ke seluruh negara untuk memberikan penjelasan dan mendapatkan maklum balas sehingga akhirnya RUU ini dipinda daripada tiada jumlah had hukuman kepada ada had hukuman.
"Jawatankuasa RUU355 telah dibubarkan dan sekarang kita akan bekerja untuk jawatankuasa berkaitan hal Orang Asli kerana kita nak cari penyelesaian terbaik berhubung tuntutan mereka," katanya.
Siti Mariah berkata, beliau akan memanggil mesyuarat pertama dalam masa terdekat bagi menggerakkan jawatankuasa itu.
Terdahulu, usul membela hak Orang Asli dan Alam sekitar yang dikemukakan Awan diterima konvensyen selepas dibahaskan oleh beberapa perwakilan.

Usul yang dikemukakan itu mengimbau penahanan 54 Orang Asli pada 30 November lalu di Gua Musang semata-mata mempertahankan tanah tempat tinggal mereka daripada dimasuki pembalak-pembalak yang mengakibatkan pencemaran alam dan kerosakan tempat mereka mencari rezeki.
"Menyedari bahawa Orang Asli berhak untuk menuntut hak mereka ke atas tanah adat dan alam sekitar terutama sungai yang merupakan elemen terpenting dalam kehidupan mereka sebagai sumber bekalan air, makanan dan tempat tinggal, Awan mengusulkan lima desakan," kata perwakilan Awan Anfal Saari.
Awan mahu Amanah mendesak kerajaan Kelantan mengkaji semula dan mencadangkan sempadan tanah adat orang asli dalam mengekalkan kehidupan asal mereka yang bergantung sepenuhnya dengan sumber alam.
"Kita juga mahu Kelantan yang mendapat legitimasinya atas nama Islam untuk patuh kepada ajaran Islam untuk membela golongan daif.

Ibarat pikul batu berat di kepala, kata Orang Asli

Isu tanah adat dan kemudahan asas masih gagal diselesaikan. Malah jalan yang dibina seolah untuk memudahkan kerja pembalak.
Belatop-river
PETALING JAYA: Ibarat pikul batu berat di kepala, begitu kata Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Jamali Ayu ketika ditanya mengenai nasib masyarakatnya hari ini.
Bukan sahaja isu tanah adat gagal diselesaikan secara berkesan, kurang daripada 50% Orang Asli di Kelantan mendapat kemudahan asas yang sempurna seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya dan rumah.
“Bekalan air tidak ada manfaat kerana air semua keruh. Sehingga kini Orang Asli masih lagi minum air keruh, bekalan air paip pun tak ada,” kata Jamali ketika ditemui FMT.
JKOAK mewakili lebih 13,000 Orang Asli di Kelantan. Jaringan itu turut sama bersolidariti bersama masyarakat Orang Asli Gua Musang baru-baru ini yang cuba menghalang kemasukan pembalak ke kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Menurut Jamali, isunya sama ada janji tidak ditunaikan, atau ia tidak seperti yang diharapkan.
“Walaupun Kerajaan Persekutuan bagi loji air baru-baru ini tetapi tak berfungsi. Sekadar hiasan untuk Orang Asli.
“Jalan juga tidak ada. Yang ada hanya jalan untuk kegunaan pembalak. Bila projek balak habis jalan tersebut tidak ada pembaharuan.
“Mereka bina jalan untuk pembalak, bukannya untuk Orang Asli,” katanya.
Jamali mengingatkan kerajaan supaya tidak menipu Orang Asli kerana mereka merasai akibat perbuatan pemerintah walaupun duduk di pedalaman.
“Segala isu nasional melibatkan pentadbiran kerajaan kita tahu, seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Harga barang semua meningkat.

PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli

Suresh Kumar berkata, apa yang penting sekarang adalah pelaksanaan undang-undang dan penambahbaikan pelaksanaan sistem sedia ada.
suresh-psm
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan buat masa ini kerana penguatkuasaan undang-undang dan sistem sedia ada memadai dalam menangani masalah dihadapi Orang Asli, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Penyelaras Biro Orang Asli PSM, Suresh Kumar berkata, negara sudah ada undang-undang seperti Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) untuk membela nasib Orang Asli.
Katanya, perkara terpenting bagi Orang Asli, iaitu isu hak tanah adat sert aspek lain turut dijamin dalam Akta 134.
“Akta itu dengan jelas mengiktiraf hak milik tanah adat Orang Asli dan apa yang perlu dibuat jika ada pencerobohan atau pertikaian. Kalau kerajaan negeri dan persekutuan dapat mematuhinya, ia sudah cukup bagus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 134 menggariskan tugas kerajaan negeri bagi mengisytiharkan tanah diduduki Orang Asli sebagai rizab Orang Asli dengan beberapa syarat, antaranya memang mereka kekal tinggal di sana.

PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang

Pembangkang akan tewas jika PAS tubuhkan perikatan baharu, kata Prof Shamsul Amri Baharuddin
Prof-Shamsul-Amri-Baharuddin-3
GEORGE TOWN: Pembangkang tidak berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang sekiranya PAS meneruskan agenda perikatan baharu, kata Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Datuk Prof Shamsul Amri Baharuddin berkata perikatan itu hanya akan menyebabkan pertandingan pelbagai penjuru dan menjadikan formula mampu menang 1 lawan 1 sia-sia.
“Kewujudkan blok ketiga menjadikan formula itu sia-sia malah sebelum pilihan raya umum ke-14 tiba,” katanya kepada FMT.
PAS dilihat mencemuh perikatan pembangkang sedia ada dengan mengecualikan DAP dan Amanah daripada ceramah mega di Paya Jaras, Selangor malam ini.
Parti Islam itu akan meraikan pimpinan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dijangka akan berucap di acara itu.
Menurut Adun Selangor, Khairuddin Othman, DAP dan Amanah tidak dijemput kerana mereka bukan sekutu PAS.
PAS melalui Adun di Selangor dan Pulau Pinang kini dalam satu bentuk kerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan.
PAS mempunyai 13 anggota di Dewan Negeri Selangor, disamping majoriti mudah PKR, DAP dan Amanah yang memiliki 29 kerusi.

Rakyat Kelantan iringi keberangkatan Sultan Muhammad V ke lapangan terbang

Sultan Muhammad V Sultan Muhammad V
Rakyat Kelantan berbilang kaum akan berbaris di sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa bersempena keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke Istana Negara di Kuala Lumpur, esok.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir berkata lebih 11,000 orang dijangka berada di sepanjang laluan 14km itu seawal 7 pagi, namun pada hemah beliau, bilangan itu akan bertambah.
"Dari Istana Negeri, kenderaan yang dinaiki baginda akan melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Pekeliling dan Jalan Tok Guru seterusnya ke lapangan terbang," katanya kepada Bernama.
Nik Pakheruddin berkata persembahan kebudayaan tradisional akan turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang laluan itu.
Beliau berkata istiadat itu akan bermula dengan keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di Istana Negeri pada 7.15 pagi untuk memeriksa kawalan kehormat merangkumi 107 anggota dan tiga pegawai Rejimen Artileri Diraja.
Nik Pakheruddin berkata baginda dijadual berlepas ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas pada 8.30 pagi.
Beliau berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan bertindak sebagai menteri pengiring.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Negara untuk kali kedua hari ini dan digantikan dengan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa esok bagi tempoh lima tahun.

Amanah lali dilabel pengkhianat, pemberontak

Amanah Pahang sudah lali dengan pelabelan sebagai pengkhianat oleh parti lama, kata Dr. Jamaluddin Abdul Rahim.
 
Pembahas dari Pahang itu berkata, sejak golongan profesional kalah pada muktamar parti lama iaitu Pas kira-kira dua tahun lalu, kumpulan berkenaan telah menubuhkan parti baharu yang dinamakan Amanah.
 
Kata beliau, sejak itu Amanah tidak pernah sunyi daripada ejekan, cacian dan kata nista dari pihak lawan yang menggunakan doktrin ekstremis sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan parti yang diketuai Mohamad Sabu.
 
"Mereka memberi alasan Amanah patut dimusuhi kerana bersengkokol dengan Cina cauvinis dari DAP dan kerana itu kita dibenci habis-habisan.
 
"Kalau dalam perjuangan orang Melayu, Amanah ini umpama pejuang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman yang digambarkan oleh Bristih sebagai pemberontak," katanya di Shah Alam, hari ini.
 
Bagaimanapun, jelas Dr. Jamaluddin, dalam menerima kata nista, ada juga yang simpati dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Amanah.
 
Beliau tidak menolak Pas kini berdepan dengan persepsi keliru apabila melabelkan pihak yang tidak menyokong mereka atau kerajaan sebagai pemberontak yang suka melakukan keganasan.

KJ CAKAP TAK SERUPA BIKIN?

Pada 6 November lalu, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi mengelakkan wujudnya persepsi negatif.

Beliau berkata, sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama dan ia perlu dijawab oleh pihak berwajib selewat-lewatnya dua hari selepas sesuatu isu itu ditimbulkan.
Memang baik dan tepat saranan KJ itu, lebih-lebih dalam era teknologi maklumat, zaman media sosial dan telefon pintar yang sentiasa  dalam genggaman sekarang ini, tidak ada sebab sesuatu isu itu perlu mengambil masa yang lama untuk dijelaskan kepada rakyat.

Waima di mana pun berada,  seseorang yang berjawatan dalam kerajaan sebenarnya tidak terpisah daripada menerima maklumat dan mustahil juga tiada ruang sama-sekali untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul.

Tambahan lagi, dengan kedudukan sebagai pemimpin, mereka juga tentunya mempunyai puluhan setiausaha dan pegawai khas yang bila-bila masa saja boleh dihubungi dan diarahkan untuk memberi penjelasan.

Tetapi, bagaimana dengan KJ sendiri?

Mengapa beliau sendiri tidak mengamalkan apa yang disarankannya itu?

Bila agaknya beliau mahu menjawab dakwaan Mukhriz Mahathir mengenai dakwaan pertemuan sulitnya dengan bekas Menteri Besar Kedah itu dan meluahkan ketidakpercayaan tentang penjelasan Najib Razak berkenaan 1MDB?

DAP: Pakatan baharu PAS pecahkan sokongan Melayu pembangkang

Parti Islam mahu pecahkan sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan dengan mewujudkan blok pembangkang baharu tanpa DAP dan Amanah
ramasamy_pas_6001
GEORGE TOWN: Usaha PAS mewujudkan pakatan pembangkang baharu di Selangor cubaan untuk memecahkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan, kata DAP hari ini.
Kenyataan itu reaksi kepada jemputan PAS kepada semua parti pembangkang yang bersekutu dengannya, kecuali DAP dan Amanah, ke satu ceramah mega malam ini.
Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy percaya blok baharu itu diadakan atas permintaan Umno.
“PAS cuba memecahkan orang Melayu. Parti Islam itu buat begitu sebab banyak makan ‘dedak’ Umno.
“Saya harap PKR, PPBM dan yang lain tak termakan umpan perangkap itu.
“Jika kamu masih mahu bekerjasama dengan PAS selepas apa yang berlaku, saya rasa kita mengalami masalah yang besar,” kata Ramasamy kepada FMT.
PAS akan mengadakan ceramah di Paya Jaras, Selangor malam ini dengan penampilan daripada pimpinan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai speaker.
Pengecualian DAP dan Amanah disengajakan. Menurut Adun Selangor, Khairuddin Othman, kedua parti itu tidak dialukan kerana mereka bukan sekutu PAS.
Di Dewan Negeri Selangor terdapat 13 ahli PAS dalam blok pemerintah, apabila 2 bekas ahli melompat ke Amanah. Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah memegang majoriti mudah 29 kerusi.
Isu hudud dikatakan puncah DAP berpisah dengan PAS, sementara Amanah ditubuhkan oleh bekas ahli parti Islam itu. PAS menganggap mereka sebagai pengkhianat.

'Nasihat sekali DAP dan Amanah, bukan Pas sahaja' - Idris Ahmad

"Kalau nak nasihat Pas, nasihat sekali 'kawan dia' DAP, Amanah.. .beritahu jangan cuba jatuhkan Pas di Kelantan,".
Demikian respons Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menasihati Pas supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Idris Ahmad "Kami (Pas), tetap fokus lawan BN, jadi jangan hentam Pas sangat... Pas tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang Pas, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik," katanya kepada Sinar Online.
Terdahulu, Izzah dipetik berkata, Pas perlu fokus melawan Barisan Nasional (BN) kerana sekiranya mereka mahu meneruskan hasrat itu, ia dikhuatiri mengelirukan pengundi.
Ia respons kepada hasrat Pas yang mahu bertanding semua kerusi di Permatang Pauh.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Idris berkata, Pas sentiasa istiqamah dalam perjuangan mereka untuk menentang BN.
Terdahulu, Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh Pas namun atas semangat toleransi Pas memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.
Katanya, untuk PRU akan datang, Pas akan bertanding di kerusi Dun Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir termasuk meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Kami juga berhak meletak calon ketiga-tiga Dun dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi," katanya.
Amanah Pulau Pinang sebelum ini menyatakan parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

'Sistem pemerintahan beraja M'sia, England tak sama' - Prof Madya Dr Shamrahayu

Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia, adalah umpama payung yang menaungi rakyat dan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan fahaman di negara ini.
Pada 14 Okt yang lepas, Majlis Raja-Raja telah memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Baginda, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bakal menggantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada hari ini.
Sehubungan itu, bagi menyempurnakan proses penerimaan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan mengangkat sumpah jawatan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Baginda akan melafaz sumpah itu dengan disaksikan Raja-raja Melayu dalam satu Mesyuarat Majlis Raja-raja (Khas) di Istana Negara pada esok, 13 Disember ini.
Menurut Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, kebanyakan perkara dalam proses pertabalan seperti ucapan 'Daulat Tuanku', jumlah pengiring, dan sebagainya, adalah perkara adat atau protokol.
"Apa yang dituntut oleh perlembagaan bagi menyempurnakan pelantikan (Yang di-Pertuan Agong) ialah sumpah jawatan seperti yang tertera dalam perkara 37, Bahagian Tiga, Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan," kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu kepada Bernama baru-baru ini.
Sumpah itu merangkumkan secara keseluruhan tanggungjawab besar yang dipikul Yang di-Pertuan Agong, yakni meliputi empat perkara iaitu:
*mengikut undang-undang dan perlembagaan sedia ada dan akan datang;
*menegakkan kedaulatan undang-undang;
*menjalankan pemerintahan dengan adil dan aman;
*memelihara agama Islam.
Shamrahayu berkata peranan baginda diramal akan lebih menyerlah pada masa hadapan berikutan situasi masa kini yang semakin mencabar.
"Mungkin sebelum ini rakyat tidak nampak fungsi Yang di-Pertuan Agong itu dalam keadaan politik yang stabil.
"Bagaimanapun keadaan dahulu berbeza daripada sekarang, situasi perpaduan orang Melayu telah berbeza, begitu juga perpaduan antara kaum, turut berbeza.
"Saya fikir penyerlahan peranan dan kuasa raja itu akan berlaku lebih besar lagi pada masa akan datang, mengikut kehendak perlembagaan," kata beliau.
Katanya kedudukan Yang di-Pertuan Agong sering disalah tafsir sebagai simbol adat semata-mata.
Malah ramai yang menyamakan sistem pemerintahan beraja di tanahair dengan sistem pemerintahan beraja di England.
Shamrahayu menafikan dakwaan itu.
"Sistem pemerintahan beraja di England tidak langsung mengikhtiraf kedudukan ratu mereka dalam perundangan bertulis negara itu.
"Ini berbeza dengan sistem raja berpelembagaan di negara kita yang telah ditulis dalam perlembagaan.
"Bermakna, kalau kita ada perlembagaan bertulis, kita kena ikut perlembagaan bertulis itu, dan ia adalah undang-undang tertinggi negara," katanya.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman, seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam cabang eksekutif baginda mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri dan tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Menghuraikan perkara itu, Shamrahayu berkata perlembagaan tidak menetapkan sebarang syarat pada Yang di-Pertuan Agong, misalnya dalam menjalankan fungsinya melantik Perdana Menteri, untuk membuktikan bahawa pilihan baginda benar-benar meraih sokongan majoriti Anggota Parlimen.

Muhyiddin: Pilih pemimpin beramanah untuk kebaikan bersama


Masyarakat yang menghargai nilai kejujuran pastinya akan mengangkat seorang pemimpin yang amanah untuk memimpin mereka, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan Maulidur Rasul menerusi Facebooknya, hari ini.
Katanya lagi, pemimpin yang amanah dan bertakwa pastinya akan membawa kebaikan dan rahmat kepada masyarakat yang dipimpinnya.
"Antara keperibadian Rasulullah S.A.W yang wajar dijadikan ikutan oleh seluruh umat Islam ialah sikap amanah.
"Baginda sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam kehidupan sehingga dikenali sebagai Al-Amin. Dengan sikap amanah inilah baginda berjaya menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk kota Makkah ketika peristiwa peletakan semula Hajarul Aswad di sisi ka'bah, dan baginda kemudiannya diangkat sebagai pemimpin.
Sebaliknya, katanya lagi, seorang pemimpin yang pecah amanah akan menyebabkan kerosakan dan porak peranda dalam masyarakat dan negara.
"Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah kita bersama-sama mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W yang mulia dan berdoa semoga kita dikurniakan pemimpin yang amanah dan bertakwa untuk memimpin umat ke jalan yang diredaiNYA," katanya lagi.

Amanah ganti PAS, bagaimana?

Amanah lebih berpeluang menggantikan peranan PAS bukan dengan membekalkan undi Melayu-Islam, tetapi menjadi 'dimensi Islami' dalam Pakatan Harapan melalui idea dan dasar mereka.

amanah_pas_600
Konvensyen Amanah semalam menyerlahkan 2 perkara yang wajar diberi perhatian – kritikan yang dihamburkan kepada PAS dan potensi parti berusia lebih setahun itu menggantikan PAS.
Demi manfaat jangka pendek dan panjang mereka, Amanah perlu meninggalkan yang pertama, menyerang PAS, dan menumpukan kepada yang kedua, iaitu menggantikan PAS.
Mengambil peranan PAS yang dimaksudkan bukanlah dengan menjadi pesaing utama Umno. Yang itu, PPBM sudah wujud, dan pada tahap tertentu, PKR.
Bukan juga sebagai pembekal undi Melayu di luar bandar (walaupun mereka boleh mencubanya) pada pilihan raya akan datang. Proses mengakar umbi bukanlah senang. PAS mengambil masa berpuluh tahun untuk bertapak kukuh di sana.
Tetapi mengambil peranan PAS dalam konteks memberikan kritikan dan dasar melalui sudut pandang Islami, sepertimana PAS menjadi “wajah Islam” kepada Pakatan Rakyat dengan jayanya dulu.
Ini bukan bermaksud Amanah tidak memainkan peranan sebagai “wajah Islam” sebelum ini, tetapi seringkali mereka mudah terleka dalam serangannya dan terheret dalam perang mulut dengan PAS.
Setiap kenyataan PAS tidak perlu dijawab, terutama yang tidak bersangkut-paut dengan Amanah.
Misalnya hubungan baik PAS dengan Umno, tanpa serangan Amanah pun orang ramai dapat melihatnya.
Dalam konvensyen yang berakhir semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata ia mampu menang di Kelantan dan Terengganu, 2 negeri yang sekian lama menjadi kubu PAS.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula ketika menegur perwakilan yang menyifatkan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan sebagai “duri dalam daging”, menganggap perlakuan itu sebagai “DNA parti lama”.
Tanpa mengambil kira keyakinan Mat Sabu dan teguran Khalid, rujukan terhadap PAS semacam satu obsesi, mengingatkan kita kembali asal penubuhan Amanah selepas kekalahan barisan pemimpin mereka pada Muktamar PAS tahun lalu.

April, September bulan panas PRU14

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan dan sekolah untuk menggunakan kemudahan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Tindakan SPR itu ditafsirkan sebagai petanda bahawa pilihan raya umum semakin hampir.
Sumber memberitahu Sinchew Daily, pilihan raya mungkin diadakan seawal April atau selewat September pada tahun depan.
'Pengawalan' PRU-14 diperkukuhkan lagi dengan bayangan-bayangan yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO.
"Tahun Baru Cina 2017 jatuh pada 28 Januari manakala bulan puasa pada akhir Mei diikuti hari raya pada bulan berikutnya.
"Perdana Menteri mungkin mengumumkan pembubaran Parlimen antara Mac hingga April semasa Parlimen tidak bersidang," katanya kepada Sinchew Daily.
Menurut sumber, jika April tidak menjadi pilihan Perdana Menteri, maka alternatifnya ialah September.
"Malaysia akan menganjurkan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada 19 hingga 31 Ogos dan tahun depan merupakan ulang tahun kemerdekaan ke-60.
"Perdana Menteri boleh jadi mempertimbangkan pilihan raya pada September dengan mengambil kira prestasi cemerlang atlet Sukan SEA dan suasana suka cita Hari Kemerdekaan," katanya.

Pakatan Harapan tidak perlu lagi bercakap fasal Pas

MSO

Tanggal 13 Disember, esok memuktamadkan persefahaman antara parti-parti dalam Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pada tarikh itu majlis presiden parti gabungan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan bermesyuarat. Ia dijangka akan mengumumkan penyertaan secara rasmi PPBM bersama Pakatan Harapan.

Dengan penyertaan PPBM itu maka absahkan komponen menggantikan Pakatan Rakyat itu menjadi saingan utama BN dam piraum akan datang. PH akan bermaufakat sesamanya memastikan akan berlaku satu lawan satu antara PH dengan BN.

Sebelum ini PPBM khasnya Muhyiddin Yassin berusaha untuk membawa sama Pas ke dalam gabungan itu, tetapi nampaknya gagal. Semasa berucap merasmikan ibu pejabat PPBM Kedah dua malam lalu, bekas TPM itu membayangkan akan rasa kecewanya dengan Pas. Muhyiddin tidak mendedahkan kesulitaan itu tetapi nadanya menjelaskan rasa kecewa.

Katanya Pas memberi berbagai-bagai alasan untuk bersama dan ia menunjukkan alasan itu sebagai keengganan Pas bersama pakatan itu. Pas memberi syarat kalau mahu bersamanya PPBM perlu melupai DAP dan Amanah. Syarat itu terlalu berat bagi PPBM ia ia seakan sengaja dilakukan untuk tidak bersama PPBM. Syarat itu samalah dengan apa diberikan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Ahmad.

Syarat itu besar untuk dipatuhi PPBM. Dan dalam congakan PPBM daripada bersama sebuah parti elok kalau mereka bersama tiga buah parti. Dengan berlangsung majlis presiden PH esok itu, ia juga diharap akan menyelesaikan sama masalah PKR khasnya di Selangor yang kelihatan masih belum solid untuk bersama PH sebalik masih merindui Pas.

MB Selangor Azmin Ali dilihat sukar untuk membuat keputusan dan seperti sudah berbelit dengan politik cara Pas. Gara-gara sikap Azmin yang seolah-olah telan mati emak dan luah mata bapak dengan Pas itu menyebabkan beliau dikritik oleh kalangan PKR sendiri. Orang melihat Azmin menggoreng berangan di Selangor kulit tidak hagus tetapi isu masak.

Amanah juga tidak senang dengan cara politik Azmin yang dilihat lebih menjaga keutuhan kerajaanya daripada memadukan ikatan pembangkang. Azmin lebih mementingkan diri daripada kepentingan bersama. Tarikh 13 Disember, hari pemuktamadan atau deadline diberikan kepada Pas itu juga dilihat sebagai tarikh dan masa terakhir juga untuk Azmin.

Shamsul Azhar letak jawatan Petronas Gas pada 1 Januari 2017


Shamsul Azhar letak jawatan Petronas Gas pada 1 Januari 2017
KUALA LUMPUR: Pengerusi Petronas Gas Bhd Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, 64, akan meletak jawatan daripada syarikat itu pada 1 Jan, 2017, selepas menerajui syarikat tersebut selama setahun, demikian pengumuman syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Datuk Anuar Taib, 48, akan menggantikan Shamsul yang telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan disebabkan kekangan masa berikutan beliau pada masa ini menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat Malaysia dan luar negara.

Anuar, menyertai Petronas pada 2012 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Pengeluaran Petronas sebelum kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Huluan (Malaysia) Petronas.

Petronas Gas turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Datuk N. Sadasivan Pillay, 75, berkuat kuasa 1 Jan, 2017.

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (1984-1995) telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selepas menjadi pengarah syarikat selama lebih 20 tahun.

Apa UMNO buat kepada Orang Asli setelah 60 tahun merdeka?

orang asli
kit siang orang asliGUA MUSANG, 12 DIS:  Komuniti peribumi negara ini berhadapan dengan dilema yang melibatkan pemusnahan hutan akibat pembalakan berleluasa oleh pihak-pihak tertentu, malah keadaannya semakin buruk.

Pemusnahan hutan itu secara langsung menyebabkan kehidupan dan sumber utama bagi komuniti Orang Asli terjejas.

Persoalannya, apakah yang telah dilakukan kerajaan UMNO dalam membela masyarakat dan keberlangsungan kehidupan sekitar hampir 200,000 Orang Asli negara ini?

“Sudah hampir 60 tahun negara ini merdeka. Apa yang Orang Asli dapat di negara kita?

“Adakah kedudukan dan hak Orang Asli dipertahan oleh kerajaan? Ini yang kita suarakan. Ini yang kita lawan. Kita lawan apa yang buruk dan yang jahat. Ini bukan melawan tanah air,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berucap di hadapan sekitar 100 Orang Asli dan aktivis di Pos Bihai semalam dalam program solidariti anjuran NGO Himpunan Hijau.

Penindasan dan pengabaian terhadap kemelut yang melanda komuniti Orang Asli saat ini, katanya, seolah-olah telah meminggirkan jasa bakti mereka yang berkorban demi negara dalam pasukan Senoi Perak suatu masa dahulu melawan anasir komunis.
Lebih menyedihkan apabila kakitangan jabatan yang menguruskan hal ehwal Orang Asli iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) hanya diisi sebilangan kecil komuniti itu.
Ia sekaligus membuktikan kerajaan gagal memahami dan memajukan komuniti itu secara serius.

“Kerajaan tubuhkan JAKOA. Adakah ia benar-benar berfungsi dan selesai masalah Orang Asli?

“Setelah 60 tahun, adakah Ketua Pengarah adakah Orang Asli? Berapa ramaikah kakitangan JAKOA terdiri dari kalangan Orang Asli?
“Saya harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib ambil perhatian. Jika beliau serius, 50 peratus kakitangan JAKOA sewajarnya diisi oleh Orang Asli,” katanya.
Angkat martabat dan hak istimewa Orang Asli dalam Perlembagaan Persekutuan
kit siang orang asli
Dalam satu kenyataan berbeza, Kit Siang mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya kedudukan Orang Asli yang merupakan pribumi terawal negara ini diangkat supaya dapat menikmati hak keistimewaan setaraf Bumiputera dan kaum Melayu.

“Supaya mereka juga akhirnya dapat menikmati hak istimewa dalam pendidikan, perkhidmatan awam, perniagaan, biasiswa dan hak tanah yang dilindungi,” kata beliau.
Beliau menegaskan, DAP akan terus memberi komitmen dan menyokong kedudukan kaum Melayu
dan Bumiputera di samping melindungi hak kumpulan etnik lain seperti terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz dakwa ringgit sakit tenat, Bank Negara hanya beri ‘Penadol’


6089cd4f-e85c-4fa6-a8bd-212b427fe33f

Penyakit kejatuhan nilai Ringgit Malaysia sudah berlarutan sekian lama sejak PM Najib mengambil alih jawatan PM.Sewaktu Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah pada tahun 2009, tukaran ringgit ialah RM3.50 bersamaan USD1.
Tetapi kini tahun 2016 selepas 7 tahun Najib (MO1) menjadi PM nilai Ringgit menyusut pada kedudukan RM 4.44 bersamaan USD1. Malah pada satu ketika seminggu yang lalu RM4.55 bersamaan USD1.Ini bermakna selepas 7 tahun Najib (MO1) menjadi PM ringgit menyusut sebanyak RM1.
“Hari ini rakyat ditambah dengan satu lagi krisis dimana Malaysia sedang berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan PM Najib (MO1).
“Krisis keyakinan terhadap kerajaan hari ini berpunca dari Najib dan kuncu-kuncu kleptokrat yang dilihat dan dibaca sedang dan telah memporak perandakan ekonomi negara,maka inilah persepsi orang ramai pada ketika ini”.
Ringgit terus sakit walaupun Najib melawat negara China dan bawa pulang pelaburan dari negara China ke Malaysia sebanyak RM144 bilion. Najib dan Menteri-menteri UmnoBn yang ‘cerdik pandai’ sering mendakwa serta mendabik dada mengatakan lawatan ke China adalah lawatan paling berjaya.
“Tapi yang menghairankan Ringgit terus jatuh menjunam selepas mereka pulang dari lawatan ke China. Ibarat balik dari China ,1Malaysia telah ‘terlondeh seluar’ bukan hanya setakat Najib seorang”.
Pengumuman Najib (MO1) mengenai pelaburan Iskandar Malaysia berjumlah RN221 bilion serta angka nilai ekonomi Malaysia berada pada nilai RM1.3 trilion tidak sedikit pun membantu untuk pengukuhan nilai Ringgit. Malah Ringgit tidak diterima sebagai tukaran dikebanyakan negara.
“Persoalannya, apakah ‘penyakit’ ringgit yang menyebabkan ringgit begitu tenat? Apakah ringgit kekurangan ‘zat’?”.
Kes 1MDB yang melibatkan Najib menjadi contoh teladan..’VAKSIN’ TERBAIK UNTUK RINGGIT IALAH DAKWA NAJIB DAN 1MDB!
Bank Negara sepatutnya faham apa penyakit sebenar yang dihadapi oleh Ringgit.Langkah yang diumumkan oleh Bank Negara sebelum ini tidak menjamin pengukuhan Ringgit dalam jangka panjang. Ibarat orang yang sakit kepala yang kritikal hanya diberi panadol untuk menghilangkan sakit kepala untuk tempoh sementara.Selepas itu kepala kembali sakit.

Kita bersama ke Putrajaya, kata Anina

Anina SaadudinAnina Saadudin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyambut baik usaha Amanah dalam barisan parti gabungan pakatan pembangkang untuk bersama parti itu membantu menumbangkan Umno-BN.
Ketua Srikandinya, Anina Saadudin berkata,PPBM sejak awal penubuhannya telah menyatakan dengan jelas akan menempuhi Pilihan Raya Umum ke-14 bersama Pakatan Harapan.
"Objektif kami jelas mahu memastikan Najib turun sebagai perdana menteri sekaligus menumbangkaan BN dan kita bersama ke Putrajaya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau semalam hadir sebagai pemerhati dalam Konvensyen Amanah Nasional di SACC Shah Alam pada hari kedua konvensyen itu berlangsung.
Anina melihat kemunculan Amanah sejak setahun lalu adalah selari dengan matlamat dan hasrat parti itu ketika mula ditubuhkan.
Beliau berharap urusan perundingan PPBM untuk bersama dalam barisan Pakatan Harapan akan berjalan lancar.
"Saya percaya hasrat itu masih lagi dipegang pemimpin PPBM dan inilah yang kita capai bersama hari ini dalam menghadapi PRU14 nanti.
"Saya doakan semoga urusan rundingan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti kami bersama Pakatan Harapan berjalan lancar," ujarnya.
Mengulas mengenai keengganan dan syarat yang diberikan Pas kepada PPBM sekiranya parti itu mahu jalinkan kerjasama politiknya.
"Secara peribadi kita kena 'move on'. Jika Pas nak sertai Pakatan Harapan... alhamdulillah.

Sultan Perak bimbang rasuah semakin berleluasa

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan dengan gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baginda bertitah berdasarkan laporan media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah pada skala yang sangat besar.
Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.
"Dalam sejarah kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abas lupa kepada amanah Ilahi kerana terlalu asyik menikmati kemewahan dunia, lalu sanggup menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa.
"Apabila kuasa dianggap satu peluang memenuhi kepentingan diri dan bukan satu amanah, maka rosaklah tataurusan pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat negeri yang disertai kira-kira 2,000 orang.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Baginda bertitah harta yang diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak merupakan satu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap orang yang berhak.
"Begitu juga apabila seseorang menguasai harta orang lain dengan cara mengupah saksi-saksi palsu atau memberi suapan kepada hakim dengan tujuan keputusan memihak kepadanya dan harta-harta itu jatuh ke tangannya," titah baginda.

Shafie yakin 4 negeri akan ditawan pembangkang pada PRU14

Shafie turut mendakwa Sabah jauh lebih ketinggalan daripada negeri lain disebabkan 95% hasilnya diagihkan kepada 13 negeri lain.
shafie-apdal_pakatan_6002
PETALING JAYA: Datuk Seri Shafie Apdal yakin Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Barisan Nasional (BN) dilihat berdepan masalah selepas kehilangan beberapa pemimpin berpengaruh.
“BN akan berdepan masalah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini juga dilihat berdasarkan sokongan orang ramai pada pilihan raya lalu yang menunjukkan 52% mengundi pembangkang.
“Dalam jangkaan saya Kedah, Terengganu akan hilang kepada pembangkang. Johor juga akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor akan kekal.
“Sabah pula kita akan rampas. Ini kerana yang menentukan kerajaan di Sabah bukan Najib, tetapi rakyat di Sabah,” kata presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dalam sebuah program di Kampung Kukut, Beaufort, Sabtu lalu.
Shafie menubuhkan Warisan pada 17 Oktober lalu untuk menyatupadukan semua kaum di Sabah dan berjanji akan melakukan perubahan besar di negeri itu jika Warisan dipilih rakyat Sabah pada PRU14.
Ahli Parlimen Semporna itu turut mendakwa Sabah jauh lebih ketinggalan daripada negeri lain disebabkan hasilnya diagihkan kepada negeri lain.
“Melaka dilihat jauh lebih membangun daripada Sabah. 95% kekayaan di Sabah diagihkan kepada 13 negeri lain.
“Jadi, kita tuntut hasil di Sabah diberikan kepada negeri kita seperti mengikut perjanjian di Malaysia.”
Sementara itu, Shafie menafikan beliau menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya hubungan baik mereka sekadar tanda hormat kepada bekas perdana menteri itu.
“Ada orang tuduh saya bersekongkol dengan Dr Mahathir. Jual gambar saya cium tangan Dr Mahathir. Cium tangan saya hormat dengan semua orang tua. Ini adat saya.

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1438H

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan tabiin yang bertaqwa.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 1438H ini, saya bagi pihak keluarga besar KEADILAN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada hari ini, 1438 tahun yang lalu lahirlah seorang insan yang bernama Muhammad ke muka bumi ini. Muhammad yang bermaksud ‘yang terpuji’ hadir di muka bumi ini membawa rahmat ke seluruh alam.

Seperti yang kita sedia maklum, risalah yang dibawa Muhammad s.a.w bukan sahaja bersifat kerohanian tetapi juga mencakupi segala aspek kehidupan. Baginda berjuang menentang penindasan dan kezaliman serta membela golongan mustadhafin (golongan yang lemah). Baginda juga merupakan seorang pemimpin negara yang senantiasa menegakkan keadilan serta memastikan kesejahteraan buat setiap warga.

Perjuangan panjang Muhammad s.a.w dipenuhi pelbagai cabaran yang menuntut pelbagai pengorbanan. Namun begitu, baginda menghadapi semua itu dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.

Sesungguhnya umat Islam masakini berdepan dengan cabaran yang makin getir. Di Malaysia, akibat rasuah dan penyelewengan pemerintah, rakyat tertindas dan dizalimi.

Oleh itu, sebagai umat Muhammad menjadi tanggungjawab kita menegakkan keadilan serta menentang kezaliman sepertimana risalah yang dibawa oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w

Risalah yang menjanjikan rahmat dan kesejahteraan buat seluruh alam.

Salam Maulidur Rasul.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

Obsesi ganti PAS boleh jadi punca kejatuhan AMANAH

Konvensyen Kebangsaan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang julung kali diadakan telah berakhir semalam dengan cabaran yang boleh memakan diri pembangkang dan meletakkan parti serpihan PAS itu dalam kedudukan yang sukar.
AMANAH yang baru setahun jagung itu menyatakan bahawa telah bersedia untuk menewaskan PAS pada pilihan raya umum akan datang - satu tindakan yang mungkin boleh menjejaskan prestasi pembangkang untuk memenangi pilihan raya melalui pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada mulanya memberi gambaran bahawa musuh parti itu adalah BN, bukan PAS semasa berucap merasmikan konvensyen tersebut pada hari Sabtu yang lalu.
Bagaimanapun, lain pula yang berlaku menjelang pengakhiran ucapan penutup beliau dengan mengisytiharkan AMANAH mempunyai peluang yang cerah untuk menawan Kelantan dan Terengganu.
Ia adalah cabaran langsung kepada PAS yang telah menguasai Kelantan sejak 1990 manakala presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membuat gerak kerja dari Terengganu.
"Nyah kamu!" laung Sabu ketika berucap mengenai usaha menawan Kelantan daripada PAS.
Terdahulu, Ketua Pemuda AMANAH Sany Hamzan turut mengeluarkan kenyataan sama dengan berkata parti itu akan meletakkan calon di mana sahaja PAS bertanding.
"Dua penjuru, tiga penjuru, empat penjuru, kita akan berjuang!" teriak Sany.
Pengajaran tidak dipelajari
Cabaran sedemikian telah diutarakan oleh para penganalisis politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pertembungan pelbagai penjuru yang berkemungkinan besar dalam memihak kepada BN.
Ia juga mengabaikan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Jun yang lalu dengan PAS terus bertelagah dengan AMANAH menyebabkan BN menang mudah.

LASKAR SIBER NAJIB PUNCA KESIPUAN


BERBANDING saya, (Tan Sri) Zainuddin Maidin (Zam) lebih rapat dengan Pegawai Nombor Satu Malaysia (MO1), (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Saya mula mengenali Najib secara peribadi pada tahun 1977 tetapi Zam mengenali beliau sejak zaman bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kalau pun tidak secara langsung setidak-tidaknya secara retrospektif.
Pada zaman Abdul Razak, Zam sudah pun seorang pengarang dan banyak membuat liputan kegiatan Perdana Menteri kedua itu di dalam dan luar negara. Beliau seterusnya menulis sebuah buku mengenai Abdul Razak bertajuk “Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot” (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak ; Utusan, 1997).
Dengan Najib pula, Zam bukan sekadar mengenalinya sebagai bahan berita malah juga sebagai rakan politik dan anggota kabinet.
Jadi apabila beliau menulis atau berkata sesuatu mengenai Najib, apatah lagi mengkritiknya, Zam menulis dengan autoriti berlatarbelakangkan perbandingan di antara anak (Najib) dengan bapa (Abdul Razak).
Tetapi tentu ada pembaca yang pantas dan spontan menolak perbandingan seumpama itu kerana pada pandangan mereka Najib terlalu rendah martabatnya untuk dibandingkan dengan gergasi seperti Abdul Razak atau mana-mana Perdana Menteri Malaysia, hatta (Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
 Zam, Muhyiddin Yassin dan Najib pada zaman bahagia
Antara lain Zam menulis dalam blognya: “Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.Jadi apabila baru-baru ini Zam menulis mengenai soal siapa yang akan “kesipuan” (embarass) kalau Dr Mahathir dibenarkan menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru dan timbalan baginda di Istana Negara pada 13 Disember ini, pengertiannya amat dalam.
“Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.”
Saya pun berperasaan serupa. Najib bukan sahaja takut berbahas dengan Dr Mahathir seperti dibuktikan oleh pembatalan kehadirannya di forum “Nothing2Hide” 4 Jun tahun lalu, malah bersemuka atau berada dalam majlis yang sama pun dia tidak berani lagi.
Jadi, bagi saya, kalau Zam membelasah Najib ia adalah perkara biasa. Tetapi apabila Zam memilih untuk belasah laskar siber (cybertroopers) Najib, ia berupa dimensi lain yang meletakkan Najib di tahap lebih rendah.
Dalam catatan 9 Disember Zam memilih untuk memukul laskar siber Najib bagi menyindir beliau.
Zam menulis: “Saya meminta kerjasama media troopers Datuk Seri Najib atau UMNO supaya memileh orang yang dapat menggunakan bahasa yang sempurna dan tata bahasa yang baik untuk menulis komen di blog ini (zamkata.blogspot.my) kerana bahasa adalah menggambarkan jalan pemikiran.
“Saya beri contoh bahasa yang buruk tanpa punctuation yang betul dengan menyiarkan tulisan pemakan dedak seperti diatas yang tentunya tidak meyakinkan pembaca malah menyebabkan orang memandang rendah pada penyokong Najib.
“Saya tidak hanya menyiarkan tulisan pro Mahathir tetapi juga yang anti Mahathir tetapi tulislah dengan sempurna jika tujuan untuk membuka fikiran ramai bagi membantu Najib.”
Setuju Dengan Zam
Maaf cakaplah kalau saya kata, dalam blog kita ini pun hal yang sama berlaku. Ada yang hujah mereka amat sukar difahami atau tidak dapat difahami langsung.
Saya sendiri berperasaan bahawa Najib dan para penasihat media beliau sedar akan betapa daif dan hambarnya laskar siber beliau, sama ada yang diberi dedak atau menyokong secara sukarela.
Kalau kita masih ingat, dalam Perhimpunan Agung Umno 2014, Najib sendiri menuduh laskar siber Umno “bangang” kerana berkelahi sesama sendiri dan menyerang bos-bos Umno.
Rasanya keadaan tidak bertambah baik bagi Najib dan Umno malah mungkin semakin buruk. Laskar siber mereka terus bercakaran dan, dalam beberapa kejadian, menyerang para pembesar Umno, termasuk Najib sendiri umpama burung tiung yang menggigit tangan yang menyuapkannya pisang.
Hatta laskar siber yang berkedudukan tinggi dalam media massa dan pernah dihormati pun tidak lagi cergas dan lantang mempertahankan Najib. Hanya sekali-sekala mereka membuat tampalan (posting) itu pun mengenai hal-hal peribadi seperti pemandangan, sajian makanan, hobi dan bersosial sesama sendiri.

Pembangkang lupakanlah Pas, teruskan perjuangan - Mahfuz Omar


Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarPas tidak keliru sebagaimana yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi yang keliru adalah parti-parti pembangkang khasnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, PKR dan Amanah juga terus keliru apabila mengharapkan Pas menyertai mereka.
"Parti-parti pembangkang ini yang terus keliru dengan apa yang dikehendaki oleh Pas.
"Mereka tak faham-faham apa yang Pas nak, bukan Pas yang keliru," kata ahli Parlimen Pas itu.
Bekas Ketua Penerangan Pas itu memberikan perumpamaan orang datang meminang seorang anak gadis.
"Macam orang datang meminang anak saya, saya tak setuju. Saya nak tolak begitu saja nampak kasar. Lalu saya bagi macam-macam syaratlah," kata Mahfuz.
Mahfuz merujuk pelbagai syarat yang diberikan oleh pimpinan Pas jika mahu bekerjasama dengan mereka.
Antaranya PPBM mesti memutuskan kerjasama dengan Amanah dan DAP jika mahu bekerjasama dengan mereka.

Pertemuan dengan Muhyiddin bukan agenda politik, kata Pejabat Raja Perlis


Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin YassinRaja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menerima mengadap bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Arau pada Jumaat lepas atas dasar kenalan lama.

Pertemuan itu tiada hubungkait dengan sebarang urusan parti politik negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Sulit Kanan baginda semalam.

"Sebagai pemerintah negeri Perlis, baginda tidak mencampuri urusan tentang sebarang fahaman politik.

"Pada pertemuan itu baginda turut berkenan menunaikan hasrat rombongan beliau (Muhyiddin) untuk bergambar di luar bilik mengadap sebelum mereka meninggalkan majlis," kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dibuat ekoran gambar berkenaan telah dimuat naik di laman sosial facebook sebuah parti politik dengan kapsyen "Antara Raja yang mendokong perjuangan kita".

Bagaimanapun, gambar tersebut kemudiannya dipadam dari laman facebook itu.

Terdahulu, pada Jumaat itu, Muhyiddin bersama rombongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan lawatan dan ceramah kepimpinan di Perlis.

Pada Yang Muda Kusematkan Harap

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia
 
Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
 
Pada mata tuaku 
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
 
Semuanya  
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa 
 
Pada senja hayatku 
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya
 
Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya 
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas
 

Amanah: Di mana dasar perjuangan Islam Pas?

SHAH ALAM - Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) menempelak kerajaan Pas Kelantan yang terlalu lantang memperjuangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355), namun mengabaikan hak tanah adat Orang Asli di Gua Musang.
Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad berkata, Orang Asli, seperti kaum lain, juga mempunyai hak untuk memiliki tanah di negara ini.
Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad “Bila kita bercakap soal peraturan, sibuk dihebohkan dengan RUU355, kita desak kerajaan menerima pakai undang-undang syariah atau undang-undang jenayah Islam sebagi undang-undang jenayah negara.
“Tetapi mengapa bila berbicara soal hak memiliki tanah Orang Asli, kita hanya rujuk Enakmen Rizab Melayu,” katanya ketika membahaskan usul membela hak orang Asli dan alam sekitar Kelantan yang dibawa perwakilan Wanita Amanah di pada Konvensyen Amanah di sini, semalam.
Menurutnya lagi, Pas sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam tidak sepatutnya menafikan hak peribumi Orang Asli untuk mendapat tanah adat.
“Di mana Islam yang kita katakan dasar perjuangan kita? Ketika mendesak masyarakat terima RUU355 semata-mata untuk hukum kesalahan zina dan minum arak, ikut Islam.
“Tapi pada masa yang sama kita nafikan hak peribumi untuk memiliki dan menduduki tanah. Saya harapkan Amanah boleh ambil kira pandangan ini sebagai penyelesaian kepada masyarakat Orang Asli,” katanya.

Amanah akan tanding semua kerusi Pas pada PRU14, kata Dr Hatta


Dr Hatta RamliDr Hatta RamliParti Amanah Negara (Amanah) akan meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli.
Beliau berkata, Amanah tidak mahu menyentuh mana-mana kerusi PKR atau DAP kerana kedua-duanya merupakan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
"Kita perlu menghormati teman-teman kerana mereka mempunyai rancangan mereka," katanya ketika meyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional semalam
Dalam ucapannya Dr Hatta yang juga Pengarah Strategi Pilihanraya  turut mempersoalkan di mana pula kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Amanah meletakkan calonna  pada kerusi yang dipertandingkan Pas.
"Jika DAP tidak berikan sebarang kerusi, di mana mereka akan bertanding? Kita sentiasa sesuaikan dan berikan kerusi, maka PKR dan DAP juga boleh," katanya.
Dr Hatta berkata, mereka boleh berkongsi kerusi.
"Ada 222 kerusi," katanya.

Amanah akui cabaran sukar untuk terus bertahan

Tidak seperti Semangat 46 dan parti Melayu lain, Khalid Samad berkata Amanah menerima tentangan daripada PAS dan Umno.
khalid-samad_amanah_party_6002
SHAH ALAM: Amanah hari ini mengakui parti itu berhadapan kesukaran mengukuhkan kewujudannya dalam menghadapi tentangan daripada PAS dan Umno yang dianggap parti utama mewakili orang Melayu, kata Pengarah Komunikasi Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Amanah terbentuk berbulan lamanya selepas pembersihan puak “progresif” di Muktamar PAS tahun lepas, tidak seperti parti Melayu lain yang ditubuhkan untuk mencabar Umno.
Beliau berkata, Semangat 46 yang ditubuhkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah didekati PAS, dan sama seperti PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Di Amanah, kita diserang Umno dan PAS. Kami akan mempunyai masa yang sukar untuk bertapak di negara ini,” kata Khalid kepada perwakilan pada Konvensyen Kebangsaan Amanah yang berakhir hari ini.
“Jika kita mahu diterima rakyat, kita mesti mempunyai identiti. Identiti itu perlu mengenai kepercayaan dan kita perlu yakin dengan diri kita sendiri dan parti.”
Khalid berkata 6 ahli Parlimen ganjil di Dewan Rakyat berjaya memperjuangkan isu-isu kebimbangan awam.

Najib kini tak berani bersemuka Dr M, dakwa Kadir Jasin

Bekas ketua pengarang Kumpulan NST, Datuk Abdul Kadir Jasin yang baru-baru ini dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini sekali lagi menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kali ini, dengan memetik tulisan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam, Kadir berkata, Najib kini tidak lagi berani untuk bersemuka dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Najib bukan sahaja takut berbahas dengan Dr Mahathir seperti dibuktikan oleh pembatalan kehadirannya di forum “Nothing2Hide” 4 Jun tahun lalu, malah bersemuka atau berada dalam majlis yang sama pun dia tidak berani lagi.
"Jadi apabila baru-baru ini Zam menulis mengenai soal siapa yang akan “kesipuan” (embarass) kalau Dr Mahathir dibenarkan menghadiri istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru dan timbalan baginda di Istana Negara pada 13 Disember ini, pengertiannya amat dalam.
"Antara lain Zam menulis dalam blognya: “Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.
“Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan," kata Kadir dalam catatan terbaru dalam blognya.
Kadir berkata demikian sebagai merujuk kepada surat pembatalan undangan ke atas Mahathir dan isteri ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok hari.

PAS akui cuba tubuh blok lain di Selangor tanpa Amanah, DAP

PAS Selangor berkata pihaknya tidak menjemput Amanah dan DAP kerana tidak ada hubungan dengan parti itu.
Khairuddin-Othman_pakatan_selangor_6056
PETALING JAYA: PAS berkata usahanya mendampingi PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam sebuah ceramah “mega” di Paya Jaras, Selangor malam ini merupakan antara langkah mewujudkan blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.
“Ya, sekurang-kurangnya di Selangor,” kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika ditanya sama ada ia usaha mewujudkan blok berasingan tanpa penyertaan kedua-dua parti itu.
Dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”, program anjuran PAS Selangor itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras, berkata pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.
“Kami tidak menjemput DAP atau Amanah kerana jawatankuasa pusat sudah menyatakan tidak ada hubungan dengan mereka.
“Lagipun, parti yang hadir (ke ceramah) adalah yang menumpukan kerusi majoriti Melayu,” kata Khairuddin kepada FMT.