Ahad, 11 Disember 2016

Amanah tak kisah diketepikan PAS

Presiden Amanah Mat Sabu yakin beliau dan DAP akan mengetahui kandungan mesyuarat yang dirancang.
mat-sabu_amanah_pas_600
SHAH ALAM: Amanah berkata ia tidak bimbang diketepikan berikutan rancangan PAS untuk mengadakan acara ceramah bersama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) esok.
“Apa sahaja yang berlaku malam esok, kami akan dimaklumkan,” kata Presiden Amanah Mohamad Sabu pada hari terakhir konvensyen parti itu, hari ini.
Walaupun PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, tetapi ia masih mengekalkan hubungan dengan PKR.
Parti itu juga belum menyatakan sama ada ia akan bekerjasama dengan PPBM, walaupun menerima sindiran daripada pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata pemimpin PAS berada dalam keadaan keliru kerana masih teragak-agak untuk menyertai pakatan pembangkang bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
PAS Selangor dikatakan menjemput presiden PKR dan PPBM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk berucap di majlis ceramahnya di Paya Jaras.
Langkah itu dilihat oleh pemerhati sebagai satu usaha oleh PAS untuk membentuk blok ke-3 di negeri ini bagi memastikan ia masih boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sekiranya Pakatan kembali berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

SURAT TERBANG YANG SENGAJA DIADA-ADAKAN - ZAM


Bila membaca sahaja surat terbang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek,tidak munasabah dan tidak  serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatahlagi orang yang berakal.
Surat ini menampakkan  Zahid  membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas.
Bagaimanapun tidaklah dapat dinafikan ramai juga orang yangsimple minded akan terus mempercayainya terutama di kampung-kampung.
Selepas  sahaja membaca surat terbang  itu yang  ditunjukkan kepada saya oleh seorang kawan di phonenya saya segera mempunyai prasangka bahawa surat itu diada-adakan oleh pihak jabatan perang saraf UMNO atau BN sendiri   untuk membolehkan tuduhan dilemparkan kepada pihak pembangkang dalam keadaan momentum pemulihan Imej Najib dirasakan tinggi  setelah Persidangan Agung UMNO baru-baru ini.
Pembangkang tidak mungkin  membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah  ini untuk melagakan Najib dan Zahid..
Memang benar anggapan saya, belum pun surat layang itu tersebar dengan luas Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat penafian dan menuduh pembangkang yang menyebarkan kabar angin itu untuk melagakannya dengan Timbalannya Zahid Hamidi kerana cemburu dengan solidariti UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO(Ia menjadi berita utama muka satu Mingguan Malaysia hari ini).
Ini merendahkan kemampuan berfikir rakyat.
Dan ini adalah satu lagi backfire kepada UMNO dan kerajaan selepas penarikan balik undangan kepada Tun Mahathir ke upacara pengangkatan sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Semua ini adalah kerja Allah.

Amanah jangan hanya menangis di tepian sudut - Salahuddin

Amanah jangan hanya menangis di tepian sudut SHAH ALAM - "Amanah mesti pandai dan bijak memposisikan diri," kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub.
Menurutnya, seluruh kepimpinan parti perlu menampilkan kebijaksanaan bagi menggerakkan parti itu ke hadapan.
"Kalau kita mahu posisikan diri kita, kita perlu tampil dengan kebijaksanaan, bukan hanya menangis di tepian sudut.
"Kita mesti sama-sama menunjukkan wajah kepimpinan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, Amanah perlu sama-sama tampil membantu rakan Pakatan Harapan yang lain untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang.
"Kita tahu kematangan kita ada di sini. InsyaALLAH kita tahu siapa musuh dan siapa kawan kita akhirnya
"Jangan keliru kalau tiba-tiba lawan jadi kawan, kalau lawan jadi kawan," katanya lagi.

"Tun Mahathir Menangis Bila Deklamasikan sajak Kezaliman Najib"

Konvensyen Amanah: Amanah sedia tawan Kelantan, Terengganu PRU14

Peluang terakhir untuk Pas, sertai PH atau lawan - Pemuda Amanah

Pemuda Amanah Pusat masih memberi peluang kepada pucuk pimpinan parti itu bersemuka dengan Pas untuk berbincang mengenai pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Bagaimanapun, menurut Ketuanya, Sany Hamzan, peluang itu hanya diberikan sekali sahaja selepas ini dengan menerima apa sahaja keputusan yang dicapai oleh parti.
 
Katanya, jika Pas enggan bersama pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) bermakna tertutuplah pintu perbincangan antara mereka dengan parti itu.
 
Bahkan, ujar beliau, Amanah bersedia untuk bertanding sama ada dua, tiga atau empat penjuru termasuk berdepan dengan Pas pada PRU ini.
 
“Setakat hari ini (perbincangan) belum ada perkembangan positif dicapai. Pas masih menunjukkan sikap dingin berhubung usaha Amanah untuk berbincang mengenai kedudukan masing-masing.
 
“Tetapi, kita hendak beri isyarat kepada Pas, jika mereka tidak mahu, kita tidak takut. Malah, kita bersedia menyingsing lengan bertemu pada PRU nanti,” katanya berucap pada sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah di Dewan Shah Alam Convention Center (SACC) di sini, petang ini.
 
Konvensyen dua hari bermula semalam, selesai petang ini dengan ucapan penangguhan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
 

Salahkah Orang Asli ada pendirian sendiri?


Pembebasan seramai 54 Orang Asli dalam dua penahanan di Gua Musang minggu lalu memberi dorongan moral terhadap perjuangan mempertahankan wilayah mereka dari terus gondol akibat pemalakan.
rencana-salahkah-orang-asli-ada-pendirian-sendiriIa malah menyuntik semangat Orang Asli di sini untuk membina lebih banyak blockade bagi menghalang syarikat balak menjalankan aktiviti pemusnahan hutan tersebut seperti dilapor Malaysiakini baru-baru ini.
Pembebasan itu diikuti Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 7 Disember lalu yang telah membuat keputusan membebaskan tiga Orang Asli dari Gua Musang yang didakwa merusuh melibatkan pekerja balak warga Myanmar tiga tahun lalu.
Perjuangan Orang Asli mempertahankan tanah dan hutan warisan sejak zaman-berzaman itu bagaimanapun dipandang serong oleh sesetengah pihak khususnya PAS Kelantan.
Usaha Orang Asli di sini memperjuangkan hak mereka yang semakin terhakis telah dituduh didalangi ‘orang luar’ kononnya menjadi penghasut kepada tindakan mereka.
Perkara ini semakin jelas apabila Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim membuat laporan polis terhadap peguam dan aktivis Orang Asli Kelantan, Siti Kasim kononnya menjadi penghasut.
Laporan itu antara lain menuduh bahawa peguam itu menghasut Orang Asli membenci dan menentang kerajaan negeri.
“Tak boleh terima realiti yang Orang Asli ada pendirian dan otak sendiri,” kata Siti di Facebook beliau.
Menurutnya, jika sebagai peguam, menasihati anak guam terhadap hak mereka dan membantu mereka bebas dari tahanan dianggap ‘menghasut’, maka, Pemuda PAS wajar membuat laporan polis terhadap semua peguam yang melakukan perjara yang serupa terhadap anak guam mereka.
Anehnya, laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda PAS itu turut dihadiri oleh seorang ‘ahli perniagaan’ yang amat dikenali dalam industri pembalakan iaitu Ali Omar.

“Mengapa Nazman, Ketua Penerangan Pemuda PAS beriya-iya sangat pasal isu orang asli dan pembalakan ni sampai nak libatkan saya (juga)?  Buat polis repot sana sini. Adakah sebab ini?” soal Siti dengan memuat nail foto Nazman dan Ali Omar semasa membuat laporan polis.
Elak isu sebenar

Orang Asli Gua Musang bangunkan semula blockade di Pos Bihai

whatsapp-image-2016-12-11-at-12-05-48-pmGUA MUSANG, 11 DIS:  Pantang undur. Begitulah semangat yang ditunjukkan Orang Asli Temiar di sini membangunkan semula pondok dan blockade yang telah dimusnahkan pihak berkuasa di Pos Bihai.

Pembinaan itu sudah pun bermula tiga hari lalu melibatkan pembinaan sekurang-kurangnya 12 pondok.
Mereka nekad membangunkan semula kawasan itu untuk mengelakkan berlakunya semula pembalakan yang menjejaskan kehidupan mereka.

Pembinaan semula kawasan blockade di sini melibatkan penduduk dari tiga wilayah iaitu Angkek, Depak dan Bihai.

Menurut Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Mustafa Along, pembinaan semula itu perlu dilakukan demi mempertahankan saki baki hutan yang ada.

whatsapp-image-2016-12-11-at-12-16-15-pm
“Walaupun blockade dirobohkan, rumah diruntuhkan, kami akan pertahan” – Setiausaha JKOAK, Mustafa Along
“Sekarang rakan-rakan saya sedang membangunkan semula khemah (pondok) untuk tidur. Bila siap semua, kami akan bina blockede,” katanya kepada Roketkini.

Menurutnya, walaupun blockade mungkin akan dirobohkan sekali lagi, hak masyarakat Orang Asli perlu dipelihara.

Penyebar surat palsu diburu polis, kata Zahid

Pihak yang menyebarkan surat palsu itu melakukan 3 kesalahan iaitu memalsukan tandatangan, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menyebar fitnah.
zahid-hamidi_surat_polis_600
KAJANG: Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan 3 kesalahan iaitu memalsukan tandatangan beliau, menggunakan bahan rasmi kerajaan dan menimbulkan perkara membawa fitnah (menyebar fitnah).
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata polis menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu.
Katanya beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.
“Saya pasti siapa-siapa sahaja yang melakukannya akan menerima tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini hari ini.
Zahid diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Zahid dinamakan sebagai perdana menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.
Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota Kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Zahid yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan Umno.

Wanita Amanah komited jentera PRU14

SHAH ALAM - Wanita muda Parti Amanah Negara (Amanah) melaungkan keyakinan untuk menyediakan jentera bagi menghadapi PRU14.
Ketuanya, Anis Afida Mohd Azli berkata, persediaan jentera ini bagi memastikan pengundi wanita muda dalam golongan usia 21 hingga 30 tahun berada bersama kami.
Menurutnya, pihaknya komited dan serius untuk membentuk sekelompok anak muda wanita yang betul-betul dalam kepimpinan tanah air.
Anis Afida Mohd Azli "Wanita muda bukan sahaja terdiri sebagai pelajar, malah, suri rumah, ibu muda, kadang-kadang seorang anak yang perlu berhenti kerja menjaga ibu bapa. Selain itu, kita perlukan nasihat dan sokongan emosi serta mental," katanya ketika ucapan penggulungan di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.
Justeru, di dalam menjayakan misi, beliau sangat memerlukan dorongan terutama pada fasa permulaan ini perlukan skongan mengwarkan kepada anak-anak, saudara dan kenalan untuk sama-sama bawa misi yang besar ini.
Tambahnya, selain itu, wanita muda juga terpaksa berdepan dengan berdepan bermacam-macam isu melanda ekonomi.
"Jadi, wanita muda seluruh Malaysia sahutlah seruan Amanah dan sertai membentuk sebuah Malaysia yang hebat," katanya.

Perhalusi persediaan hadapi pilihan raya - Amanah

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) perlu perhalusi persediaan bagi menghadapi PRU 14.
Perwakilan Selangor, Jamzuri Ardani berkata, apa yang ada kini, mesej politik kepada rakyat tidak cukup kuat atau mudah difahami.
Jamzuri menjelaskan, kekuatan jentera dan sumber kewangan parti juga sangat terhad biar pun yang hebatnya adalah petugas yang semangat menjalankan kerja kempen.
Jamzuri Ardani "Setakat ini, kita masih belum dibentangkan dengan laporan yang komprehensif bagi keputusan pilihan raya itu. Siapa di kalangan pemimpin mahu ambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut dan ini sangat mendukacitakan," katanya.
Justeru, beberapa perkara perlu dititikberatkan dan diperhalusi dalam menghadapi pilihan raya akan datang antaranya persediaan data unjuran bagi merangka keputusan strategik, pengukuhan organisasi jentera, perhebatkan gerak kerja pilihan raya di peringkat akar umbi dan pendaftaran pengundi.
"Jika kita cuai pada masa akan datang, harus diingat, bukan pihak yang kuat akan menang, tapi pihak yang banyak buat silap yang akan kalah.
"Sekalipun jentera kita kuat, tapi seandainya mesej kita lemah, ia sukar bagi kita.
"Kita adalah parti baru, sumber terhad dan tidak mampu pecut dengan cepat, tapi kita boleh mula jauh dari awal lagi sekali gus dapat lakukan semua kerja dengan produktif," katanya.

Pakatan Harapan sasar takluk Johor PRU14

Mohamad Sabu SHAH ALAM - Pakatan Harapan menyasarkan untuk merampas kubu kuat Umno di selatan tanah air iaitu Johor pada pilihan raya umum akan datang.
Demikian keyakinan disampaikan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, hari ini.
Menurutnya, Amanah sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dan merancang dengan rakan-rakan parti Pakatan Harapan bagi menjayakan misi itu.
"PKR adalah rakan yang lama, DAP juga rakan lama dan usah lupa Bersatu. Jadi, kita semuanya balik dengan satu semangat dan pilihan raya akan datang kita semua perlu bekerja dengan kuat dan amanah.
"Tapi kita harus ingat! Kuat macam mana pun kita sekarang, kita tidak boleh sendiri," katanya.
Jelasnya, PKR, DAP dan Bersatu walau sekuat mana sekalipun, mereka tidak boleh bersendiri.
Malah, Mohamad yakin sekiranya Pakatan Harapan terus bersatu, Johor adalah sasaran mereka untuk PRU akan datang.
"InsyaALLAH, selepas Johor kemudian ke Melaka dan Negeri Sembilan serta kita perlu anggap yang paling sukar adalah Kelantan. Kalau Amanah tak bertanding, tapi 'parti lama' bertanding, Barisan Nasional akan ada peluang menang.
"Tapi kalau Amanah bertanding, Amanahlah yang akan menang dan jadi pilihan rakyat kelantan kerana rakyat Kelantan pemikiran mereka sedikit sebanyak ada budaya Tiong Hwa. Jika ubah undi, ubah seketul terus," katanya.

Konvensyen Amanah: Pemuda mahu Amanah tanding semua kerusi Pas

Konvensyen Amanah: Wanita jangan rendah diri, takut

AMANAH akan kedepan tangkis tanggapan DAP ancaman melayu

Konvensyen Amanah: Pemuda Amanah usul tubuh RCI siasat 1MDB

'Jangan sesekali bawa 'DNA' PAS dalam parti kita', Khalid tegur perwakilan

Tian Chua takut kalah tanpa PAS? AMANAH sedia tanding di Batu

Konvensyen Amanah: Salahuddin saran saudara keluar Umno sertai Bersatu

Mat Sabu: AMANAH boleh menang Kelantan, Terengganu

AMANAH yakin bahawa ia mempunyai peluang yang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu memberitahu perwakilan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka menukar undi, ia dilakukan secara beramai-ramai.
"Kalau AMANAH tak bertanding, biar Umno lawan parti lama, BN ada harapan cerah menang Kelantan. Tapi bila AMANAH bertanding, maka AMANAH la pilihan rakyat.
"Tambah pula Datuk Husam (Musa) dok rodak tiap-tiap malam out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai (nama)," kata Mohamad kepada perwakilan di konvensyen AMANAH kebangsaan pertama di Shah Alam hari ini.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pengundi Terengganu juga akan meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.
"Maka Terengganu la paling subur untuk AMANAH," katanya.
Mohamad juga berkata bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Amanah bantu PPBM tumbangkan Umno@BN


Timbalan Presiden Aamanah Salahuddin Ayub berkata, Amanah mesti bersikao matang dalam menagdakan kerjasama politik Timbalan Presiden Aamanah Salahuddin Ayub berkata, Amanah mesti bersikao matang dalam menagdakan kerjasama politik
Parti Amanah Negara (Amanah) bersikap matang dalam mengadakan kerjasama politik bagi menumbangkan Umno BN, kata Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, Amanah mesti bersikap negarawan dengan memberi peluang kepada parti pembangkang lain untuk bertapak dan menguatkan parti mereka.
"Baru-baru ini saya balik kampung di Johor dan ada orang Umno nak jumpa saya.
"Jadi saya buka pintu jumpa mereka dan berbincang. Kalau ikutkan hati saya boleh paksa mereka isi borang sertai Amanah.
"Kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke tempat saya jadi saya bagitahu beliau ada 300 ahli Umno nak sertai Bersatu.
"Kalau mahu jadi negarawan, msti betul-betul jadi negarawan. Kita mesti beri peluang kepada parti kawan untuk kukuhkan parti mereka untuk tumbangkan Umno BN," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.
Sementara itu, Salahuddin memaklumkan Pakatan Harapan akan menerima penyertaan PPBM selepas 13 Disember ini.
Beliau berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
"Pada 13 Disember ini kita akan mengadakan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan sama-sama kita berdoa agar Pakatan Harapan menerima Bersatu (PPBM) pada tarikh itu.
"Pakatan Harapan akan ada empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu. Inilah rumah baru Pakatan Harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.
Beliau berkata, Amanah bertuah kerana mempunyai pimpinan yang matang dalam berpolitik dan bersifat negarawan.

'Guna akal akan jatuh cinta dengan Amanah'


Hasanuddin Mohd YunusHasanuddin Mohd YunusUcapan penangguhan pada Konvensyen Nasional Amanah yang pertama kali diadakan menyaksikan keutamaan kepada hal berkaitan penguasaan akal.
Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berkata, masyarakat Muslim mahupun bukan Muslim mesti memerdekakan akal masing-masing.
"Bawa masyarakat kita menggunakan akal. Kita bina negara dengan kasih sayang. Mereka yang gunakan akal akan jatuh cinta dengan Amanah.
"Sebaliknya, mereka yang tidak mampu menggunakan akal hanya akan menjadikan teman dan keluarga musuh.
"Tapi di Amanah, kita akan tukarkan musuh jadi kawan dan kawan yang kita ada, kita bimbing mereka," ujarnya dalam ucapan penangguhan di Shah Alam hari ini.
Beliau menegaskan penguasaan akal juga penting dalam menuju negara yang bebas daripada korupsi.
"Kita mahu negara ini diurus dengan peningkatan semua pihak dalam urustadbir baik dan adil. Ini yang kita mahu usahakan.
"Kita akan gantikan tempat Pas. Kita akan ambil contoh yang terbaik," ujar Ustaz Hasanuddin lagi.

Mujahid seru pemimpin, ahli berjuang kerana kasihkan negara


Datuk  Dr Mujahid Yusuf RawaDatuk Dr Mujahid Yusuf Rawa
Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa  menyeru agar pemimpin dan ahli parti berjuang kerana kasihkan negara bukan berjuang kerana kemarahan kepada Umno-BN.
"Adakah kita lawan hari ini kerana marah kepada Umno- BN atau hari ini kita berjuang kerana kasih kepada negara ini?
"Kalau kita berjuang kerana marah, perjuangan tidak kekal tetapi berjuang kerana kita "kasih" itulah yang diharapkan orang ramai.
"Sebab itu kita kena berbeza dengan parti lain perlu membawa penyantunan jiwa dengan perjuangan politik kita," ujarnya dalam ucapan penangguhan konvensyen petang ini.
Beliau juga mengucapkan syabas dan taniah kepada seluruh jentera Amanah telah memilih jalan ini (bersama Amanah)
"Kita tidak boleh toleh ke belakang lagi. Kita kena maju ke hadapan dan mungkin kita boleh jadi tidak popular dengan pandangan kita.
"Kita tidak mahu mendengar ahi ragu-ragu bagaimana kita menentang isu perkauman habis-habisan di negara ini. Kita tidak boleh berkompromi dengan adanya perkauman maka tidak ada rahmatan lilalamin yang kita perjuangkan, maka tidak adalah Amanah," ujarnya.

Mahasisiswa Amanah mahu AUKU dimansuh


Muhd Fadhli Umar AminolhudaMuhd Fadhli Umar AminolhudaMahasiswa Amanah berharap ahli-ahli Parlimen Amanah dapat menyuarakan serta memohon akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dapat dimansuhkan .
"Akta zalim ini terus digunakan pemerintah untuk menutup mulut mahasiswa dari menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat dan negara," kata Pengerusi Mahasiswa Amanah, Muhd Fadhli Umar Aminolhuda ketika berucap pada penangguhan konvensyen nasional Amanah di Shah Alam petang.
Isu Auku katanya, memberi cengkaman terhadap mahasiswa.
"Baru-baru ini Universiti Malaysia mengenakan tindakan kepada Nur Syafiqah atas kesalahan menganjurkan himpunan tangkap MO1," katanya.
Menurutnya bajet pendidikan pada tahun hadapan dikurangkan kepada 19.23%  atau  RM1.456 billion.
"Harapan mahasiswa kepada pimpinan Amanah adalah bersama membantu serta memperjuangkan apa yang dihadapi kini," katanya.
Mahasiswa Amanah kata beliau akan menyuarakan kepada pimpinan Amanah supaya segala program serta aktiviti yang dianjurkan Amanah perlu melibatkan mahasiswa.
"Sebuah parti dapat bertahan adalah dengan melibatkan generasi muda terutama golongan mahasiswa yang merupakan pelapis akan datang.
"Malah mahasiswa Amanah berharap isu yang dihadapi oleh mereka dapat didengari dan diselesaikan dengan bantuan pimpinan Amanah," katanya.

Husam mahu rakyat diberitahu indikator keruntuhan ekonomi negara


Datuk Husam MusaDatuk Husam MusaRakyat perlu diberi informasi jelas akan bahaya tsunami ekonomi yang sedang bergerak melanda negara ini, kata Penasihat Jawatankuasa Road Map Pilihan Raya Amanah ketika berucap pada penangguhan  konvesyen nasional Amanah petang ini.
"Kalau bencana ribut, tsunami, gempa bumi ada indikatornya, fenomena kejatuhan ekonomi tidak terkecuali,"
Pemerintah katanya sedang bermain dengan kaedah menjerut rakyat untuk menyokong mereka dengan cara penuh penipuan.
"Ketika rakyat kesempitan angkara tangan mereka dengan GST, peningkatan hutang domestik dan asing mereka mengapikan-apikan perpecahan rakyat menggunakan isu-isu rasis," katanya.
Kini katanya indikator seperti kenaikan harga barang, pengangguran, pembuangan kerja dan kejatuhan nilai ringgit akan berakhir dengan malapetaka ekonomi jika kerajaan sekarang terus dibiarkan berkuasa.
Amanah, katanya akan bersama rakan-rakan parti lain yang mahukan perubahan bagi mengambil alih Putrajaya dari Barisan Nasional.
"Kita bukan pembangkang sebaliknya kita pejuang bersama rakyat menyelamatkan negara yang sedang diruntuhkan mereka," katanya.
Menyentuh parti lamanya Pas, Husam menganggap parti itu telah terjerut dalam perangkap musuh.
"Mereka kini telah berada dalam jerat Umno dan sudah tidak ada jalan keluar melainkan terpaksa berbuat apa saja bagi menyelamtkan Umno yang semakin nazak," katanya.

Kita bukan Pas 2.0 kita Amanah, kata Gopalan

Konvensyen Amanah Gopalan PapachanKonvensyen Amanah Gopalan Papachan
Pemimpin dan ahli Amanah diminta untuk terus pandang kehadapan tanpa menoleh ke belakang untuk memastikan parti itu berada dipersada politik semasa kata, Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah Gopalan Papachan.
Beliau berkata, dalam usia setahun Amanah parti itu telah menunjukkan ciri-ciri sebuah parti Islamis.
"Amanah sejak setahun dilihat ada ciri parti Islamis apabila mengetengahkan 'rahmatan lilalamin' yang saya pasti dalam setahun dua lagi bahasa Arab saya akan lebih bagus (memahami maksud),
" Hari ini kita mesti pandangan ke hadapan dan dalam perbahasan dua hari ini kadungan yang berapi tetapi masih ada neratif parti lama.

"Kita tidak boleh ke depan jika selalu pandang belakang.Kita bukan Pas 2.0 kita Amanah.
"Saya tahu ada banyak kawan dan saudara saudari delegasi berapa dekat dalam parti lama, tidak mudah cuci DNA kita ini," ujarnya ketika berucap pada penangguhan  konvesyen Amanah Nasional petang ini.
Beliau juga menyentuh persoalan rasis yang dimainkan oleh Umno-BN untuk memecahkan kesepakatan gabungan parti Pakatan Harapan
"Negara kita bukan satu negara.Sebaliknya kita ada negaraMelayu,negara Cina, negara India, negara Malaysia negara Kadazan Dusun, negara Iban,negara Melanau.
"Ini akibatnya polisi perkauman Umno-BN.
"Sekarang ini pula isu perkauman dikaitkan dengan ekstrimis agama.
" Kita jangan isikan pengetahuan dengan ritorik Umno Bn dan media mereka," ujarnya yang mahu sentiasa diadakan dailog untuk menjawab segala ritorik parti lawan.

Khalid tegur perwakilan Amanah, jangan bawa 'DNA' parti lama

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad menegur perwakilan yang menggelar pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan sebagai 'duri dalam daging'.
Malah, secara berkias, Khalid turut mengingatkan para perwakilan Konvensyen AMANAH agar tidak membawa 'DNA' parti lama dalam parti serpihan PAS itu.
"Kita nak kukuhkan Pakatan Harapan, jangan gelar orang duri dalam daging. Kamu bantai orang, ingat dia suka ke? Itu ke cara nak kukuh Pakatan (HARAPAN)?
"Jangan bawa DNA parti lama. Jangan macam itu, ini DNA parti lama... Ini pandangan saya. Kalau nak kukuh Pakatan Harapan dan nak parti lain bersatu dan bersama kita, tunjuk sikap keterbukaan, sanggup berbincang," kata Khalid.
Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan penggulungan di Konvensyen AMANAH, Shah Alam hari ini.
Hari ini, perwakilan AMANAH negeri Selangor mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.
Menurut Jamzuri Ardani yang juga pengarah komunikasi AMANAH Selangor lagi, unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera kerana beliau bimbang menteri besar Selangor akan duduk dalam blok pembangkang selepas pilihan raya umum akan datang.

Pemuda mahu Amanah muktamadkan perbincangan dengan Pas

Pemuda Amanah Nasional menggesa supaya perbincangan dengan Pas berhubung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diputuskan pada kadar segera.
Ketuanya, Sany Hamzan berkata, Amanah bersedia untuk bertanding walaupun berdepan banyak penjuru sekiranya Pas masih enggan bersama blok Pakatan Harapan.
"Kalau Pas tidak mahu untuk bersama Pakatan Harapan untuk menentang Umno, kita nak jelaskan Amanah bersedia untuk masuk PRU14 dua, tiga, empat dan lima penjuru sekalipun," tegasnya.
Beliau turut mengingatkan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua merangkap Ahli Parlimen Batu yang dilihat masih memihak kepada Pas berbanding Amanah.
"Ada pimpinan PKR, saya sebutkan Tian Chua, tidak yakin menang untuk PRU14 tanpa Pas.
"Dia nak berkendakkan parti (Pas) yang flip-flop. Kalau tidak yakin menang, bagi saja (calon bertanding) pada Amanah Batu," tegasnya disambut tepukan gemuruh perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Sehubungan itu, beliau menegaskan fokus utama adalah untuk menggulingkan Umno-BN dengan meninggalkan politik fitnah.
"Kita mahu masuk bertanding di mana kerusi yang Pas bertanding. Patutnya, kita balik terus buat kerja.
"Pemuda mahu ketetapan kita hendak buat satu pusat daerah mengundi dijaga oleh satu cawangan. Kita tinggalkan parti lama.
"Tinggalkan politik adu-domba dan fitnah. Yang penting, di depan kita adalah Umno-BN yang mesti ditumbangkan," tambahnya lagi ketika ucapan penangguhan Konvensyen Nasional Amanah.

Campur tangan bukan Islam ancaman kepada Muslim, kata PAS

Pemimpin PAS melihatnya sebagai petanda buruk apatah lagi pindaan undang-undang yang dibuat selaras dengan Perlembagaan.
Khairuddin-Aman_pas_law_00
PETALING JAYA: Tindakan bukan Islam campur tangan dalam urusan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai satu ancaman kepada orang Islam yang membentuk majoriti penduduk negara ini, dakwa pemimpin PAS Dr Khairuddin Aman Razali.
Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus, berkata demikian sebagai mengulas tindak balas pelbagai pihak ke atas pindaan Perlis terhadap undang-undang syariah, yang membolehkan kanak-kanak secara unilateral memeluk agama Islam.
Khairuddin berkata Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 diluluskan pada Jumaat adalah selaras dengan Perlembagaan dan tidak boleh dikritik.
Katanya, ia sebenarnya langkah kerajaan persekutuan untuk meluluskan undang-undang baru yang melarang penukaran secara unilateral, bertentangan dengan peruntukan dalam Perlembagaan.
“Isu ini tidak perlu disensasikan dan mesti dilihat secara objektif.
“Ia bukan petanda yang baik bagi umat Islam, apabila orang bukan Islam nampaknya menjadi lebih berani dengan campur tangan dalam pindaan undang-undang Islam yang selaras dengan Perlembagaan.
“Ia dilihat sebagai ancaman kepada kuasa Islam di negeri ini mengikut Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi lidah rasmi PAS HarakahDaily.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu menegaskan orang-orang yang tidak bersetuju dengan pindaan itu boleh menyatakan bantahan mereka dengan mencadangkan pindaan Perkara 12 (4) Perlembagaan.

Amanah elak pengasingan kaum dalam parti

Amanah elak pengasingan kaum dalam parti SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) elak sebarang bentuk pengasingan kaum dalam parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir.
Jelas Mohd Anuar, Amanah tidak menyokong perkara ini jika tujuannya hanya memberi satu ruang dalam kaum itu sahaja.
"Habis itu bagaimana jika ada Orang Asli ramai masuk parti ini.
"Kita menyokong mereka dan kita adalah antara parti yang memberi sokongan penuh kepada mereka," katanya ketika pembentangan Pindaan Perlembagaan Amanah, di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, sememangnya Amanah tidak mahu pengelasan etnik apatah lagi nanti wujud pula jawatankuasa-jawatankuasa yang lain pula.
Jelasnya, parti itu tidak mahu menjadi parti yang tidak keruan.
"Jadi, fahaman kumpulan kaum perlu dibebaskan. Sama berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, tidak kisah Kadazan, Iban, Bidayuh dan lain lagi.
"Sebab itu mewujudkan jawatankuasa berdasarkan etnik adalah tidak sesuai mengikut dasar parti ini," katanya.

Mungkin Dr M ingat masih PM, sindir PAS

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta untuk belajar menjadi pembangkang terlebih dahulu kerana masih disifatkan 'keliru' dengan identitinya.
"Beliau (Mahathir) yang keliru, bukan PAS...kita minta dia belajar jadi pembangkang dahululah beliau baru mula nak masuk padang jadi pembangkang, mungkin dia perasan beliau masih lagi jadi PM itu.
"Jadi beliau bercakap seolah-olah nak caturkan orang, kena ingat beliau label pembangkang sekarang," katanya, memetik laporan Sinar Harian Online.
Semalam, Mahathir yang kini menjawat kerusi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyifatkan PAS masih lagi keliru untuk memuktamadkan pendirian bersama-sama dengan gabungan pembangkang.
Jelas bekas perdana menteri itu, pendirian PAS yang tidak tetap itu dapat dilihat apabila bersama-sama dengan Umno dalam menjayakan himpunan solidariti Rohingya di Tasik Titiwangsa minggu lalu.
Ujar Mahathir, dalam masa yang sama PAS masih berada dalam kerajaan Selangor.
"Seperti yang saya katakan tadi, mereka keliru. Pada satu segi kata mereka ini pembangkang, tapi segi lain bercium satu sama lain, berdemo bersama, kejap (berada) dalam kerajaan.
"Mereka kata tak mahu DAP dan AMANAH tapi bekerja dengan DAP dan AMANAH (dalam kerajaan negeri Selangor). Ini keliru.
"Kita kena tunggu sampai mereka tidak keliru," kata Mahathir lagi.

AMANAH: Desak terima RUU 355 tapi nafi hak Orang Asli

Wahai Azmin, AMANAH tak 'lapar' jawatan di S'gor

AMANAH lancar tabung elak Mazlan Aliman muflis

Rohingya: Perwakilan mahu Amanah hantar nota bantahan kepada duta Myanmar


Perwakilan Amanah Tanjung Piai Mohammad Najib Daud Perwakilan Amanah Tanjung Piai Mohammad Najib Daud
Usul berkaitan pembersihan etnik Rohingya di Myanmar yang dikemukakan Amanah Tanjung Piai diluluskan dengan sedikit pindaan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.
Perwakilan Amanah Tanjung Piai, Mohammad Najib Daud ketika membacakan usul tersebut berkata, bagi menyatakan solidariti dan tanda persaudaraaan sesama Islam, Amanah kawasan Tanjung Piai mengusulkan kepada Amanah menghantar nota bantahan terhadap kedutaan Myanmar di Malaysia dan Duta Malaysia ke Myanmar agar menghentikan segera kekejaman ke atas etnik Rohingya.
"Amanah juga harus mendesak pihak kerajaan Malaysia bertindak tegas termasuk memutuskan hubungan diplomatik ke atas Myanmar sekiranya tindakan penghapusan etnik oleh tentera ini masih berlaku," katanya.
Bagaimanapun, perwakilan Pemuda Amanah Nasional Muhammad Najib Abdul Rahim memohon usul itu dipinda sedikit dengan meluaskan bantahan ke atas Myanmar merentasi sempadan agama.
"Isu etnik Rohingya ini bukan isu agama semata-mata tetapi isu kemanusiaan. Jadi Amanah harus memperjuangkan isu ini merentasi sempadan agam tetapi lebih kepada isu kemanusiaan," katanya.
Amanah Tanjung Piai turut menggesa wakil rakyat Amanah di Dewan Rakyat mencadangkan satu Sidang Khas Parlimen untuk membahaskan isu kekejaman ke atas muslim Rohingya di Dewan Rakyat.
"Wakil rakyat Amanh juga mesti mendesak kerajaan membekukan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan menarik balik duta Malaysia ke Myanmar," katanya.

Siapa kata Mat Sabu tak boleh ditegur, kata Amanah

Anuar Tahir dalam ucapannya berkata presiden Amanah tidak sama dengan presiden parti Barisan Nasional yang tidak boleh ditegur.
tahir-amanah
SHAH ALAM: Setiausaha agung Amanah menolak tuduhan mengatakan perlembagaan parti itu memperuntukkan Presiden Amanah Mohamad Sabu tidak boleh ditegur.
Anuar Tahir dalam ucapannya berkata Mohamad tidak mempunyai kuasa veto dalam parti, sebaliknya beliau terbuka untuk ditegur.
“Siapa kata presiden kita tidak boleh ditegur?
“Cuba hadir ke mesyuarat agung kami, belum sempat berucap atau bercakap, beliau sudah dibantah. Presiden kita tidak ada kuasa veto seperti yang didakwa,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini.
Katanya, sikap presiden Amanah tidak sama seperti presiden dalam Barisan Nasional (BN) yang tidak boleh ditegur.
“Presiden kita bukan macam presiden sebuah parti dalam BN itu. Parti kita bukan macam parti lain.
“Presiden kita ni tidak ada masalah untuk ditegur. Kami dalam parti tidak ada masalah pun. Beliau sendiri suka ditegur,” katanya.

Gandakan gerak kerja PRU14, kata Pemuda Amanah

Mohd Sany HamzanMohd Sany HamzanPemuda Amanah Nasional menyifatkan Pidato Presiden Mohamad Sabu semalam sebagai satu isyarat penting kepada gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketuanya, Sany Hamzan berkata, penekanan presiden parti pada Konvensyen Nasional Amanah kali pertama itu begitu bermakna dalam mengukuhkan motivasi ahli.
 "Pidato Presiden diharap dapat membangkitlan semangat semua ahli Amanah untuk menggandakan usaha menjelang PRU14 yang semakin suntuk.
"Ini termasuklah menggiatkan pendaftaran pemilih, kerja-kerja culaan serta hal berkaitan kebajikan dan program menyantuni masalah rakyat," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.
Beliau menyifatkan pelbagai masalah yang menjejaskan kepentingan rakyat perlu ditangani oleh Amanah.
"Kita mahu Amanah jadi juara dalam menangani sekaligus menawarkan penyelesaian alternatif dalam setiap isu yang terpalit kepada rakyat," jelasnya.
Mengulas gesaan banyak pihak tentang penggunaan satu logo pada PRU14, Sany berkata, hal tersebut penting bagi pengukuhan imej Pakatan Harapan.
"Bahkan, kita juga bersetuju penggunaan satu manifesto dan satu gerak kerja pilihan raya," tambahnya lagi.
Semalam, Mohamad yang juga mesra dikenali sebagai Mat Sabu dalam pidatonya menegaskan Amanah akan terus berpaksi kepada politik budiman dan akan berjuang bersama-sama rakan Pakatan Harapan ke arah perubahan politik di negara ini.
"Kita mempunyai keazaman yang kuat melalui Pakatan Harapan untuk memenangi PRU14 melalui penyusunan gerak kerja pilihan raya dan juga pengukuhan organisasi," ujarnya.

Amanah tak gila jawatan, kata perwakilan pada Azmin

Katanya, meskipun wakil rakyat Amanah tidak dilantik jadi exco, MB perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.
Jamzuri-Ardani-2
SHAH ALAM: Perwakilan Amanah Selangor hari ini menyindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang parti itu “tidak lapar” jawatan dalam kerajaan negeri.
Jamzuri Ardani berkata walaupun wakil rakyat Amanah tidak dilantik sebagai exco, namun Azmin perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.
“Kami hendak beritahu kepada MB bahawa Amanah tidak lapar dengan jawatan. Kami tidak lapar dengan kedudukan dalam kerajaan negeri.
“Apa yang kami mahu ialah diraikan sebagai ahli komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Beliau berkata tekanan dan birokrasi kerajaan negeri itu menghalang Amanah untuk mengadakan pelbagai program, termasuk kuliah agama.
Katanya, halangan itu datangnya daripada PAS yang tidak senang dengan tindakan mereka.
“Ketua kampung PAS, Adun PAS, ahli Majlis PAS, exco PAS itulah yang membantah dan menghalang kita mengadakan kuliah di masjid. Ada juga ahli majlis menghalang PAS menggunakan dewan di bawah PBT.
“Jika Amanah tidak menang banyak kerusi kita bimbang menteri besar selepas pilihan raya akan datang akan duduk di blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri kena dibuang segera,” katanya.

Perwakilan Selangor senarai kegagalan Amanah pada pilihanraya lepas

SHAH ALAM - Perwakilan Selangor menyenarai penuh kegagalan Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya lepas.
Perwakilan Selangor, Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini berkata, persembahan Amanah secara keseluruhannya masih hambar.
Menurutnya, meskipun semakin menghampiri PRU akan datang, Amanah dilihat masih tercari-cari momentum untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat.
Jamzuri Ardani "Sebelum ini kita sudah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Pencapaian kita hambar. BN menang besar di Sarawak dan negeri itu juga, kita hilang banyak deposit.
"Kepimpinan Amanah masih teraba-raba dalan mencari sentuhan ketika menghadapi pilihan raya," katanya ketika membahas usul mendepani PRU14 di Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Jamzuri turut 'menegur,' gerak kerja Amanah semasa berlangsungnya PRN Sarawak, baru-baru ini.
"Biro pilihan raya parti di peringkat nasional seperti tak berfungsi.
"Contoh, pada PRN Sarawak, kita tidak ada bilik gerakan induk untuk pantau kerja-kerja pilihan raya sedang berpusat di semua kerusi yang dipertandingkan," katanya lagi.
Jamzuri juga turut menyatakan mesej pilihan raya yang dibawa parti tidak cukup kuat atau mudah difahami untuk meraih undi rakyat.
"Ini adalah konvensyen pertama dan mungkin yang terakhir, sebelum PRU14 menjelang.
"Pada konvensyen inilah kita perlu gunakan untuk melangkau keputusan penting sebelum PRU menjelma," tegasnya.

Amanah sedia pertahan DAP daripada tohmahan Umno

Jamzuri Ardani mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.
Jamzuri-Ardani
SHAH ALAM: Amanah bersedia menjadi benteng mempertahankan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor.
Berucap di Konvensyen Amanah, Jamzuri Ardani mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.
Katanya, bukan saja Umno menyerang DAP sebaliknya PAS turut melakukan perkara sama sebaik saja tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.
“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.
“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka.
“Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Jamsuri berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Amanah jamin bebaskan Mazlan dari bankrap


Presiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari iniPresiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini
Konvensyen Amanah Nasional hari ini melancarkan Solidariti Untuk Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang diarah membayar saman sejumlah RM500,000 kepada Felda.
Saman tersebut ekoran tulisan Mazlan dalam bukunya bertajuk “Felda...Dulu Tolong Sekarang Along!” yang dicetak oleh syarikat Angkatan Edaran.
Sekiranya Mazlan tidak dapat membayar wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan dan tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.
Pelancaran itu dibuat sejurus usul berkaitan Solidariti Mazlan Aliman yang dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan diluluskan dengan sebulat suara.
Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika membahaskan usul tersebut menyatakan komitmen untuk membebaskan Mazlan daripada bankrap sambil mendakwa tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Mazlan ini adalah usaha kerajaan untuk melemahkan semangat ahli dan penyokong Pakatan Harapan.
"Rentetan peristiwa Mazlan Aliman dibankrapkan, ini adalah ciri yang dibuat oleh Najib untuk melemahkan Pakatan Harapan dan sekutu Pakatan Harapan supaya petugas sama ada hilang semangat atau patah di tangah jalan.
"Mazlan jiwa dan perjuangannya bersama Felda dan peneroka generasi awal kedua dan seterusnya. Mazlan adalah pejuang. Oleh itu kita mesti bebaskan Mazlan Aliman daripada bankrap," katanya ketika menyokong usul Solidariti Mazlan Aliman yang dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan.

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kepincangan 1MDB


  Faiz Fadzil Faiz FadzilKonvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini meluluskan usul menyiasat kepincangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa perwakilan Pemuda Nasional. 
 
Usul yang dibacakan Timbalan Ketua Pemuda, Faiz Fadzil itu mendapat sokongan penuh 1,204 perwakilan yang memenuhi dewan Shah Alam Convention Centre (SACC). 
 
Menurutnya, isu 1MDB melibatkan kepincangan kepimpinan negara apabila Perdana Menteri menukar Gabenor Bank Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara.  
 
"1MDB ini menyebabkan sistem demokrasi di negara ini semakin terhakis. Parlimen yang sepatutnya menjadi institusi wakil rakyat mengutarakan isu-isu kepentingan negara tetapi ahli parlimen kritik dikenakan tindakan. 
 
"Mereka dipanggil dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Kalau di Parlimen pun tidak boleh bicara isu rakyat, di mana lagi? Di jalan raya (bersuara) kena tangkap," ujarnya. 
 
Sehubungan itu, Faiz mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat secara menyeluruh isu kepincangan 1MDB. 
 
"Pemuda Amanah tidak mahu negara diperintah secara kleptokrasi dan kuku besi. Kita mahu negara diperintah secara demokrasi. 
 
"Oleh sebab itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal terbesar di dunia ini," tegasnya. 
 
Usul beliau kemudiannya disokong perwakilan Rantau Panjang, Rushdan Mustafa.

Beri hak Orang Asli tuntutan Islam, bukan hanya RUU 355, kata wakil Kelantan


Anfal SaariAnfal Saari
Mengajak rakyat menyokong pindaan akta 355 diwar-warkan sebagai tuntutan Islam dan perintah Allah, malangnya bila berhadapan isu tuntutan mesyarakat Orang Islam, kehendak Islam diketepikan.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad yang mengemukakan pandangan itu menganggap layanan buruk terhadap komuniti ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
"Mereka hanya meminta pihak kerajaan tidak membenarkan pembalakan dan pembukaan ladang komersil di sekitar kawasan mereka duduki.
"Bukan di semua tempat di Kelantan," katanya ketika membahaskan usul membela hak Orang Asli dan Alam sekitar yang dibawa oleh Angkatan Wanita (Awan) di Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam pagi ini.
Menurutnya apa yang sedang terjadi sekarang di Kelantan hampir semua kampung-kampung Orang Asli kini dihimpit oleh kegiatan membalak dan pembukaan ladang komersil.
"Ini menyebabkan kesusahan benar-benar menjadi kenyataan kepada masyarakat itu malah paling kritikal apabila sumber keperluan asas termasuk air bersih semakin berkuarangan.
"Inilah sebab sebenar mereka semakin berani membuat tuntutan termasuk mendirikan sekatan (blokade) bagi menentukan survival masa depan mereka," katanya.
Dalam keadaan seperti ini katanya, mengapa kita lupakan tuntutan Islam untuk membela golongan tertindas.
"Mereka juga manusia yang berhak seperti warganegara lain, Islam menyuruh kita melayan mereka sama dan bukannya memejamkan mata terhadap kezaliman," katanya.
Manakala AJK Wanita Nasional Anfal Saari pula mengatakan usul yang dikemukakan Awan itu mengimbau penahanan 54 Orang Asli 30 November lalu di Gua Musang semata-mata mempertahankan tanah tempat tinggal mereka dari dimasuki pembalak-pembalak yang mendatangkan masalah pencemaran alam dan kerosakan tempat mereka mencari rezeki.
"Menyedari bahawa Orang Asli berhak untuk menuntut hak mereka ke atas tanah adat dan alam sekitar terutama sungai yang merupakan elemen terpenting dalam kehidupan mereka sebagai sumber bekalan air, makanan dan tempat tinggal, Awan mengusulkan lima desakan," katanya yang mengemukakan usul berkenaan bagi pihak Awan.

PAS sibuk perjuangkan RUU355, hak Orang Asli terabai, kata Amanah

Perwakilan Amanah berkata PAS perlu sedar Orang Asli juga ada hak memiliki tanah, sebagaimana bangsa lain walaupun ada kekangan dan halangan dalam Enakmen Rizab Melayu.
Che-Ibrahim-Muhammad
SHAH ALAM: Perwakilan Amanah hari ini membidas tindakan kerajaan PAS Kelantan yang terlalu lantang memperjuangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355), tetapi mengabaikan hak tanah adat Orang Asli di Gua Musang.
Perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad ketika berucap pada Konvensyen Amanah hari ini berkata Orang Asli mempunyai hak untuk memiliki tanah seperti kaum lain.
“Orang Asli ada hak untuk memiliki tanah, sebagaimana hak bangsa lain walaupun ada kekangan dan halangan dalam Enakmen Rizab Melayu atau Kanun Tanah Negara.
“Bila kita bercakap soal peraturan, hari ini sibuk dihebohkan dengan RUU355, kita desak kerajaan menerima pakai undang-undang syariah atau undang-undang jenayah Islam sebagi undang-undang jenayah negara.
“Tetapi mengapa bila berbicara soal hak memiliki tanah Orang Asli, kita hanya rujuk Enakmen Rizab Melayu,” katanya ketika membahaskan usul membela hak orang Asli dan alam sekitar Kelantan yang dibawa perwakilan Wanita Amanah.
Ibrahim berkata sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hak peribumi Orang Asli untuk mendapat tanah adat dinafikan.
“Di mana Islam yang kita katakan dasar perjuangan kita. Ketika mendesak masyarakat terima RUU355 semata-mata untuk hukum kesalahan zina dan minum arak, ikut Islam.

Pembangkang tak buat 'surat terbang' sebodoh ini, kata Zam

Bekas menteri Umno Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa, beliau mempunyai prasangka surat yang kononnya dikeluarkan oleh pejabat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diada-adakan oleh pihak jabatan perang sarap Umno atau BN sendiri.
Semenjak semalam, surat yang kononnya ditanda tangani oleh Ahmad Zahid menjadi viral di media sosial dengan kandungannya yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera berundur daripada kerajaan serta melepaskan jawatan.
"Pembangkang tidak mungkin membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah ini untuk melagakan Najib dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).
"Bila membaca sahaja surat terbang (Ahmad) Zahid kepada Najib yang berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek, tidak munasabah dan tidak serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatah lagi orang yang berakal.
"Surat itu menampakkan Zahid membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas, bagaimanapun, tidaklah dapat dinafikan ramai juga yang orang simple minded akan terus percayainya terutama di kampung-kampung," ujar beliau dalam blognya, hari ini.
Semalam, Najib ketika mengulas surat yang sama berkata, helah kotor pembangkang yang cuba melagakan beliau dengan Ahmad Zahid menerusi penyebaran surat palsu bukan sahaja gagal, malah tidak akan sesekali berjaya menggugat perpaduan dalam Umno.

PAS TIDAK KELIRU, JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENUNGGU...

Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.

Mengelirukan rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.

Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?

Jawabnya, tentu saja tidak.

Pas adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.

Parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa itu.

Apabila Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.

Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.

Tetapi, disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah mati"  serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian dalam konteks BN.

Dengan kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas hanya mampu menang di kawasan-kawasan di mana ia sedia kuat selama ini.

AMANAH Johor setuju Muhyiddin jadi PM sementara, guna satu logo

Perwakilan Amanah Negeri Johor, Ungku Mohd Nor Mahmood menegaskan pentingnya penggunaan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau berkata, pemakaian pelbagai logo dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung awal tahun depan itu dibimbangi akan mengelirukan rakyat untuk membuat pilihan terbaik.
ungku_mohd_nor_mahmood“Mega pembangkang yang mengandungi jumlah parti komponen lebih kecil daripada BN tidak akan mampu meyakinkan rakyat sebagai gabungan alternatif jika turun ke gelanggang dengan variasi lambang yang mengelirukan pengundi.
“Demi mencapai maksud perpaduan ini, Parti Amanah Negara bersedia untuk turun ke gelanggang pilihan raya menggunakan lambang mana-mana parti komponen gabungan yang dipersetujui bersama atau lambang baru gabungan yang dibenarkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah yang dihadiri 1,204 perwakilan dan 2,000 pemerhati di Shah Alam, 10 Disember.
Tuntutan kepada satu logo bagi blok pembangkang pada PRU14 turut dibangkitkan sebelum ini dalam Konvensyen Pakatan Harapan, 12 November lalu.
Pada masa sama, Ungku Mohd Nor juga menyatakan pendirian Amanah berkenaan jawatan Perdana Menteri jika rakyat memberi kuasa kepada Pakatan Harapan untuk memerintah.
“Amanah telah memutuskan bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri bagi rakyat Malaysia tetapi oleh sebab beliau masih di penjara, Amanah setuju Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.

Doktrin ektrimisme senjata lemahkan parti lawan

 Dr Jamaluddin Abdul Rahim Dr Jamaluddin Abdul Rahim
Terdapat pihak tertentu menyuburkan doktrin ekstremis sebagai 'senjata' untuk menyerang dan melemahkan parti lawannya, kata Perwakilan Negeri Pahang Dr Jamaluddin Abdul Rahim.
Beliau berkata, doktrin yang digunakan pihak berautoriti menyebabkan parti Amanah terpinggir dengan mehnah yang dilemparkan parti saingannya.
"Nak bincangkan pada hari ini, bahawa pelbagai ekstrimis dalam parti menyebabkan kita terpinggir itu suatu mehnah.
"Untuk kuatkan perjuangan kita untuk tunjuk pada masyarakat parti Amanah tidak layan perkara seumpama itu.
"Kenapa perkara seumpana itu berlaku kerana ada orang yang berautoriti, pernah menyebut mengkafir harbikan orang bukan Islam yang dilihat duduk bersama sokong DAP.
"Bagi saya orang macam ini mereka boleh bercakap dan orang ramai percaya.
"Kalau di Pahang ada timbalan presiden parti lama itu yang sejak akhir ini keras tidak mau berkongsi kerusi dengan sesiapa...itukah extremis?," ujarnya yang berpandangan jika dibiarkan akan menyebarluaskan lagi label ekstrimis terhadap sesuatu parti yang tidak sehaluan dengan parti lawan mereka sepatutnya tidak berlaku.
Beliau berbahas isu teroris dan terorisme daripada ucapan Presiden semalam.
Dr Jamaluddin turut menyebut rakyat tidak seharusnya menyokong doktrin ekstrimis dan terroris tanpa memahami maksud sebenar istilah tersebut dengan mengambil takrifan dari tokoh Islam seperti Ibnu Hajar dan Ibnu Taymiyah.
Apa yang dimaksudkan dengan keganasan penggunaan cara paksaan mencederakan mendera orang lain bermaksud pembinasaan sesuatu orang atau kelompok.
Makna ekstimis dan terroris adalah gejala yang merosakkan masyarakat.
Justeru soalnya apakah sebab dan gejala berlaku sedemikian dan beliau turut memberikan jawabapannya.

Saya mahu satukan dunia guna humor gaya Malaysia, kata Harith Iskander

Raja komedi itu berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan kini tiba masanya untuk meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.
Harith-Iskander
KUALA LUMPUR: “Bila saya memulakan kerjaya 26 tahun lalu, matlamat saya untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi komedi dan hari ini, saya dapat menyatukan dunia dengan humor gaya Malaysia,” kata Harith Iskander, yang baru saja terpilih sebagai orang paling lucu di dunia.
Harith, 50, yang muncul sebagai juara pertandingan “Laugh Factory’s Funniest Person in the World” (LFFPITW) di Helsinki, Finland, semalam berkata beliau cukup teruja dan seronok meraih kejuaraan itu.
Raja komedi itu berkata beliau gembira dapat mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, dan menambah, kini tiba masanya untuk beliau meletakkan komedi Malaysia di peta dunia.
“Saya amat bersyukur mempunyai peminat di serata Malaysia dan Asia Tenggara dan juga tempat lain seperti United Kingdom, Denmark dan Australia yang menyokong saya. Segalanya tidak mungkin tanpa peminat saya.
“Akhbar juga memberikan saya sokongan penuh, jadi ini amat bernilai. Telefon bimbit saya tidak berhenti berdering menerima ucapan tahniah,” katanya.
Dengan gelak ketawa, Harith mengatasi 4 pesaing lain – Alex Calleja (Filipina) naib-johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).
Harith membawa pulang AS$100,000 (lebih RM400,000) dan lawatan dengan berkomedi di Amerika Syarikat, sementara Calleja meraih AS$10,000 dan Vrana US$5,000.

Mukhriz dah 'gila talak', kata Pemuda Umno Kedah

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini menjawat kerusi timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilanda sindrom gila talak apabila berterusan mengambil peduli isu dalaman parti Melayu itu.
Ujar Shaiful Hazizy, Mukhriz juga bermain sentimen dan cuba mewujudkan kekeliruan persepsi dengan dakwaan isu Khairy Jamaluddin pernah menghantar surat perletakan jawatan dan dipujuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Jika pun benar ada asas penyerahan surat letak jawatan oleh ketua pemuda Umno itu, ia terpulang kepada hak pereogatif Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima ataupun menolak perletakan jawatan itu.
"Ia cubaan terbaharu Mukhriz menghuru-harakan parti selepas pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini menemui kegagalan.
"Mukhriz bukanlah seorang yang berani dan berprinsip kerana menyatakan perkara itu di luar konteks masa dan tempat yang sepatutnya," kata beliau, memetik laporan Astro Awani.
Terdahulu, Mukhriz mendakwa Khairy pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Najib.
Sebelum itu, Khairy mendakwa dirinya tidak pernah meminta apa-apa untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah menjadi pemakan dedak.

Amanah perlu hentikan 'mindset' pembangkang


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) harus berhenti berfikir sebagai pembangkang, sebaliknya perlu menggerakkan kerangka pemikiran sebagai kerajaan seterusnya.
Perwakilan Perak, Dr Fakhruldin Mohd Hashim berkata, seluruh parti perlu mengubah kerangka minda dalam meneruskan survival parti.
Menurutnya lagi, parti tidak lagi berfungsi hanya dengan mencari masalah, sebaliknya perlu berperanan sebagai penyelesai masalah yang ada dalam negara pada hari ini.
"Langkah awal bermula dengan mindset (kerangka minda). Harus jadikan kerangka minda berfikir bukan lagi sebagai pembangkang.
"Rancangan kerja parti perlu disusun secara logistik. Itu boleh mencernakan beberapa implikasi yang cukup baik bagi kita," katanya menerusi Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, jika ia boleh dilaksanakan, maka Amanah tidak akan menghadapi kesulitan untuk berdepan dengan PRU akan datang.
"Kalau Amanah mempunyai kerangka minda sedemikian, maka kita tak ada masalah untuk tawan masa depan negara.
"Dan ia perlu diterjemahkan menerusi gerak kerja yang kita sama-sama rangka dan rancang," ujarnya lagi.

Amanah Tangkis Kebencian Orang Melayu Terhadap DAP

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus memikul tugas dan tanggungjawab untuk menangkis persepsi buruk dan kebencian pengundi Melayu terhadap DAP.
Wakil dari Selangor Jamzuri Ardani berkata isu perkauman akan terus dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dengan DAP menjadi sasaran utama.
"Sasaran utama mereka tentulah DAP, mereka sedar bahawa isu ini adalah ‘soft spot’ dalam Pakatan Harapan dan isu inilah yang digunakan secara maksima dalam PRU-13 dan digunakan oleh Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat.
"Saya fikir Amanah perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bangsa Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Konvensyen Amanah di sini, Ahad.
Jamzuri berkata, Umno kini mempunyai ‘sekutu baharu mereka’ untuk terus memainkan isu perkauman dan politik kebencian terhadap DAP.
Justeru beliau menggesa seluruh kepimpinan dan perwakilan berhujah berdasarkan fakta bagi memberi penjelasan kepada pengundi bagi membetulkan persepsi mereka terhadap DAP.
"Kita perlu yakin, kita tak perlu bersikap apologetik dalam menangani isu ini, kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan oleh Umno dan sekutu baharu mereka.
"Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini adalah teras utama politik Amanah, yang ini kita kena faham," katanya.

Tangkap MOI: Wanita Amanah puji semangat mahasiswa


Perwakilan AWAN Nasional Nur Hidayah RamliPerwakilan AWAN Nasional Nur Hidayah Ramli
Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) menyatakan sokongan padu kepada Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (Kesatuan), Anis Syafiqah Md Yusof yang dijatuhi hukuman bersalah oleh pihak berkuasa tatatertib pelajar Universiti Malaya (UM) kerana menyertai himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1).
"Saya melahirkan sokongan yang padu sebagai wakil Awan kepada anak-anak dan adik-adik kita Anis Shafiqah bersama 3 lagi aktivitis mahasiswa yang lain yang telah didapati bersalah oleh lembaga disiplin UM susulan penglibatan mereka dalam himpunan “Tangkap MO1”.
"Semoga mereka diberikan kekuatan dan jalan keluar dari kemelut ini," kata perwakilan Awan Nasional Nurhidayah Ali sewaktu membahaskan pidato presiden di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama di Shah Alam.
Selain Anis, tiga lagi yang dijatuhi hukuman sama ialah mahasiswa Akademi Pengajian Islam iaitu Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Fazli.
Keempat-empat aktivis kampus berkenaan yang juga dikenali sebagai kumpulan #Malaya4 dikenakan tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Mereka antara lain dituduh merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam kerana menyertai demonstrasi berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu di ibu negara, 27 Ogos lalu.
Selain itu, Nurhidayah juga menyeru semua perwakilan dan pemerhati khasnya dari Awan agar mengambil contoh semangat waja dan jitu Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bulan lalu.
Beliau berkata Awan mest bersedia menggalas tanggungjawab dalam sebarang usaha menyelamatkan Malaysia.
"Kita harus bekerja-keras dan perlu membuktikan bahawa kita amat serius dalam menggalas tugas yang diberikan. Awan mesti berupaya untuk memberikan yang terbaik.
"Saya yakin jika Awan memberikan komitmen yang tinggi dalam gerak-kerja parti dan pilihan raya, maka saya amat yakin bahawa lebih ramai Awan yang akan menang dalam PRU14 ini dan seterusnya membawa lebih ramai suara wanita di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri terutamanya dalam memperjuangkan hak-hak wanita dengan lebih efektif dan adil," tegasnya.
Sementara itu, beliau menggesa Amanah mengenal pasti calon-calon Awan untuk PRU14 bagi memenuhi kuota 30% Awan sebagai pembuat keputusan.

Hadapi akibat main politik, kata Nur Jazlan pada Bersih

Beliau sekali lagi menafikan Maria Chin Abdullah menerima layanan teruk ketika ditahan pada malam menjelang himpunan Bersih 5 pada 19 November.
jazlan-maria-jail-1
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkritik NGO yang tidak sanggup berdepan akibat pembabitan mereka dalam politik.
Menolak tuduhan yang Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima layanan buruk ketika ditahan baru-baru ini, Jazlan berkata kumpulan itu mengharapkan layanan istimewa.
“Mereka ini mahu main politik dan terbabit dalam demonstrasi, tetapi bila mereka disiasat mereka kata kena ganggu.
“Jika nak terbabit dengan politik, kenapa pula minta layanan istimewa?
“Adakah Maria cedera dalam penjara?
“Tidak ada gangguan. Dia tidak menerima layanan berbeza.
“Mereka disiasat kerana dakwaan menerima dana asing dan tidak ada gangguan terhadap mereka,” katanya kepada FMT.
Polis menyiasat Bersih kerana pembabitannya dalam “aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen”, satu kesalahan di bawah Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan.
Nur Jazlan berkata siasatan itu mungkin tidak diteruskan hingga ke pendakwaan.
“Jika polis syak ada kes, mereka akan rujuk bukti kepada Pejabat Peguam Negara. Peguam negara yang akan putuskan sama ada cukup atau tidak bukti untuk mendakwa,” katanya.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Bersih berkata penahanan Maria selama 11 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 ialah satu bentuk seksaan.
Ia juga meminta kerajaan berhenti menyalahgunakan undang-undang anti keganasan.

Bersatu yang keliru ??

Jika Bersatu sebagai parti serpihan Umno, inginkan pertandingan satu lawan satu dengan Umno, mereka perlu berunding dengan PAS dan bukannya DAP mahupun PKR.


Sebenarnya apa yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahukan?
Jikalau difikirkan dari sudut kerusi, majoriti kerusi yang bakal ditandingi Bersatu adalah kawasan majoriti Melayu, yang lazimnya ditandingi PAS bertembung dengan Umno.
Semua kerusi majoriti Cina dan campuran sudah pastinya dibolot DAP dan PKR. Kedua-dua parti ini sudah pasti akan menggenggam kerusinya secara kuku besi kerana impian ke Putrajaya sudah malap.
Oleh itu, jika Bersatu sebagai parti serpihan Umno, inginkan pertandingan satu lawan satu dengan Umno, mereka perlu berunding dengan PAS dan bukannya DAP mahupun PKR.
Jika hasrat utama Bersatu ialah untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno, maka BN perlu ditumbangkan di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi Umno dan bukannya kawasan kerusi campuran yang ditandingi MCA, MIC mahupun Gerakan.
Musuh tradisi Umno di kerusi Melayu ini untuk berdekad lamanya ialah PAS. Malah, kegagalan Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya disebabkan kekalahan di kerusi Melayu ini yang majoritinya ditandingi PAS.
Jika Bersatu ingin menumbangkan Umno, maka secara logiknya mereka lebih memerlukan PAS berbanding DAP.
Jadi apakah tujuannya Bersatu melebih-lebihkan kerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding PAS?
Keputusan pertandingan 3 penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Bersatu sebelum kelahirannya di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah membuktikan Pakatan Harapan tidak akan membawa nilai tambah kepada Bersatu jika berlawan dengan Umno sambil bermusuh dengan PAS.
Yang akan membawa nilai tambah pada Bersatu hanyalah dengan bekerjasama dengan PAS sambil memastikan DAP dan PKR memberikan kerusi mereka kepada Amanah tanpa sebarang gangguan pada kerusi PAS.
Sebenarnya itulah tugas Bersatu sekiranya ia ingin menjadi penyatu kepada parti pembangkang.
Jika tujuan Bersatu mendampingi Pakatan Harapan adalah untuk membolehkan partinya mendapat beberapa kerusi selamat pembangkang daripada tangan DAP dan PKR supaya Bersatu boleh terus hidup di bawah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga PRU15, maka apa yang dilakukan Dr Mahathir boleh difahami.