Sabtu, 10 Disember 2016

PRU-14: Tubuh Kesatuan Pembangkang Hadapi BN - Mat Sabu

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan kesediaan bersama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menubuhkan kesatuan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, penubuhan itu bertujuan untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) termasuk Umno dalam pilihan raya dengan penetapan satu logo, satu manifesto dan satu gerak kerja.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti-parti pembangkang perlu membentuk kerjasama politik yang tersusun, bersatu-padu, bermatlamat dan mempunyai hala tuju yang jelas sekiranya mahu berdepan dengan BN.
"Sesebuah kerjasama politik yang ingin menjadi pesaing kepada Umno-BN perlu mempunyai struktur dan dasar yang jelas, serta diikat dengan perjanjian dan persefahaman yang utuh.
"Hanya kerjasama politik seperti ini sahajalah yang mampu memberi jawapan kepada dilema politik negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Konvensyen Nasional Amanah 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, Sabtu.
Bulan lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Pakatan Harapan seharusnya bertanding di bawah satu logo dan satu manifesto seperti BN untuk menang pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun ketika ini, PPBM masih belum lagi memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

APA CERITA NI KJ? BILA NAK JAWAB LIMA SOALAN INI?

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bukan saja menunjukkan pengampuannya yang luar biasa kepada Najib Razak melalui serangan kepada Tun Mahathir Mohamad dengan mengubahsuai sajak "Melayu Mudah Lupa", malah juga mempersenda dan mengejek Mukhriz Mahathir dengan beberapa kali memanggilnya sebagai "Boboi".

"Saya telah menang Ketua Pemuda, tetapi saya dimasukkan ke dalam peti simpanan.

"Namun Boboi yang tewas telah dilantik sebagai Timbalan Menteri, tetapi saya tidak kecewa, saya istiqaamah bersama Presiden.

"Saya juga dituduh berwajah jahat berbanding "muka sedih"  Boboi," kata Khairy Jamaluddin lagi yang juga lebih popular dengan panggilan KJ.
Bagaimanapun, sekarang ini Mukhriz pula mendedahkan bahawa KJ sebenarnya pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib kerana tidak bersetuju dengan penjelasan mengenai 1MDB.

Namun, tambah Mukhriz, beliau difahamkan KJ kemudian menarik balik surat itu setelah dipujuk oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Era diktator Najib harus dihentikan

Nurul Izzah Anwar SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa sudah tiba masanya untuk era diktator Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dihentikan.
Menurutnya, itu merupakan perjuangan utama Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Kita perlukan lebih ramai pemimpin seperti Tun (Mahathir) untuk menjayakan usaha kita tamatkan diktator pemimpin.
"Perjuangan ini juga turut menuntut reformasi di Malaysia," katanya ketika sidang media di Konvensyen Nasional Amanah di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, untuk menjatuhkan Najib, kerjasama erat sesama pemimpin amat diperlukan.
"Untuk menjatuhkan Umno, kita memerlukan kerjasama di antara semua pihak," katanya.

Sekat suara mahasiswa rugikan masa depan negara, kata ahli akademik


Dr Mazlan Ali ketika diundang sebuah stesen TV baru baru iniDr Mazlan Ali ketika diundang sebuah stesen TV baru baru ini
Tindakan menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara boleh merugikan masa depan negara kerana golongan ini adalah pelapis kepimpinan masa depan dan bakal menerajui negara, kata Pensyarah Kanan Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.
Beliau berpendapat tidak menjadi keperluan sebenarnya untuk mana-mana pihak menghalang aktiviti mahasiswa selagi tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat dan keamanan negara.
"Sebagai golongan intelek yg beridealisme, adalah kurang wajar menyekat dan menghalang aktiviti mereka, kecuali jika terbukti tindakan mereka terbukti boleh menggugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dan menjejaskan negara," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline semalam.
Beliau diminta mengulas keputusan prosiding tatatertib Universiti Malaya (UM) semalam yang mensabitkan kesalahan terhadap empat aktivis mahasiswa kampus itu kerana terlibat dalam kempen dan himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1), 27 Ogos lalu.
Menurutnya, sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) digubal, mahasiswa merupakan kelompok sosial yang berperanan sebagai ejen perubahan dalam masyarakat.
"Mereka adalah paling lantang dan ke hadapan mengkritik tindakan-tindakan kerajaan yang dianggap tidak menurut perlembagaan, tidak mengamalkan demokrasi dan juga mengabaikan tanggungjawab membela rakyat yang susah.
"Pada hari ini pula, banyak isu besar berkait dengan politik dan sosio-ekonomi yang mencengkam kehidupan rakyat misalnya kenaikan kos sara hidup ekoran peningkatan mendadak harga barang dan perkhidmatan pada ketika keadaan ekonomi menghimpit," jelasnya.
Memandangkan kedudukan mahasiswa yang berpengaruh dalam masyarakat, ujarnya, banyak pihak dilihat terkesan dengan gerakan golongan terpelajar itu.
"Gerakan-gerakan pelajar ini biasanya akan mendapat dokongan masyarakat kerana mahasiswa dianggap sebagai golongan cerdik pandai yang mampu menganalisa dan berupaya menterjemahkan isu-isu semasa.

Universiti mahu ajar anak muda jenayah bukan satu dosa?


Anis satu satunya penuntut Hawa daripada kumpulan Malaya4 yang diputuskan bersalah menyertai demonstrasi Tangkap MO1Anis satu satunya penuntut Hawa daripada kumpulan Malaya4 yang diputuskan bersalah menyertai demonstrasi Tangkap MO1
Pemuda Amanah Nasional melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap sabitan tatatertib oleh pentadbiran Universiti Malaya (UM) semalam terhadap kumpulan pemimpin mahasiswa universiti tersebut.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil menyifatkan keputusan itu tidak menghormati hak pelajar yang juga rakyat di negara ini untuk menikmati kebebasan bersuara dan berhimpun seperti dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Penglibatan mereka dalam himpunan Tangkap MO1 (Malaysian Official 1) adalah perhimpunan suci dan jujur lahir daripada suara keperitan hidup rakyat malaysia yang ditekan kenaikan harga barang dan kos sara hidup akibat penyelewengan dan korupsi pemerintah.
"Apakah pihak universiti dalam negara hari ini mahu mengajar generasi muda bahawa jenayah bukan satu dosa, tetapi pengkritik jenayah pula dianggap penjenayah?" bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau berpendapat UM sewajarnya harus memuji perhimpunan yang berlangsung di ibu negara, 27 Ogos lalu kerana mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap MO1 memandangkan tuntutan itu adalah bagi mengelak Malaysia daripada terus dihina gara-gara melindungi kleptokrasi sekaligus menyelamatkan khazanah negara untuk tidak lagi dirompak MO1.
"Amat malang apabila UM sebagai institusi pengajian ulung negara tetapi menjadi seperti lembu dicucuk hidung apabila turut mengikut jejak polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan AG (Peguam Negara) yang hanya berdiam diri dengan skandal (1MDB) ini sebaliknya mengambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswanya.
"Mereka seharusnya dilindungi oleh pihak universiti kerana mengharumkan nama universiti di atas keberanian mereka," tegasnya yang juga merupakan seorang peguam.
Hal ini memandangkan, jelasnya, tiada sebarang tindakan diambil sehingga sekarang terhadap MO1 atau mana-mana pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB termasuk hartawan Jho Low ataupun anak tiri Perdana Menteri sendiri.
"Malahan, pengkritik skandal ini pula diambil tindakan di bawah pelbagai undang-undang drakonian termasuk SOSMA, OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan Akta Hasutan. Di samping itu, kritikan terhadap skandal ini juga dilarang di Parlimen yang menunjukkan skandal korupsi Perdana Menteri ini adalah sesuatu yang berasas.

MP bidas keputusan lembaga displin UM terhadap 4 pelajar

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto membidas keputusan lembaga displin Universiti Malaya semalam yang mendapati empat pelajarnya bersalah kerana terlibat dalam perhimpunan "TangkapMO1".
Beliau berkata sabitan itu telah disampaikan oleh Nahrizul Adib Kadri, Azizah Hamzah dan Mohd Suffian Mohd Annuar.
Empat pelajar itu iaitu Anis Syafiqah Mohd Yusof, Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim dan Suhail Wan Azahar, didapati bersalah melanggar peraturan UM dan bertindak dengan cara yang memudaratkan nama baik universiti dan ketenteraman awam.
"Keputusan daripada tiga ahli panel jelas bercanggah dengan Perkara 10 (a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat dan Perkara 10 (b) yang melindungi kebebasan untuk berhimpun secara aman.
"Jika Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini memperuntukkan kebebasan untuk bersuara dan berhimpun, maka mana-mana peraturan di sebuah institut pengajian tinggi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan tidak mempunyai kedudukan sama sekali," katanya.

Pemuda Amanah gesa PPBM buat keputusan segera

Wakil Pemuda parti itu menggesa pimpinan atasannya dan PPBM bersikap lebih tegas dan berhenti berharap PAS menyertai gabungan pembangkang.
ppbm-amanah
SHAH ALAM: Selain PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga perlu diberi kata dua agar segera membuat keputusan sama ada menyertai gabungan pembangkang atau sebaliknya, kata Amanah hari ini.
Wakil Pemuda Amanah, Mohd Najib Abdul Rahim berkata demikian susulan kenyataan barisan kepimpinan mereka yang memberi peluang kepada PAS sehingga hujung tahun untuk bersama Pakatan Harapan (PH).
“Patut beri kata 2 juga kepada PPBM sama ada nak sertai kami atau bekas parti presiden (PAS),” katanya yang merujuk kepada bekas parti Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Najib berkata demikian ketika membahaskan ucapan presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi tempoh sehingga akhir tahun kepada PAS untuk menentukan pendirian politik mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Najib berkata PH dilihat tidak berhenti berharap agar PAS menyertai pakatan pembangkang, sebaliknya parti Islam itu langsung tidak memberikan sebarang kata putus.

Allah tidak cipta dunia hanya untuk orang Islam, kata Dr Mahathir

Bekas erdana menteri itu menekankan keperluan untuk kerjasama dan persefahaman lebih baik di kalangan rakyat berbilang agama.
mahathir-islam
KUALA LUMPUR: Allah tidak menjadikan dunia hanya untuk orang Islam dan tidak menginginkan semua manusia menjadi orang Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi penekanan akan keperluan pemahaman serta kerjasama lebih baik di kalangan penganut pelbagai agama.
“Ia bukan kehendak Allah agar seluruh penduduk dunia menjadi Islam. Jika Allah mahukannya, sudah pasti semua orang akan menjadi orang Islam. Bagi Allah ia mudah, Dia hanya berkata, ‘kun fa ya kun’ dan semuanya akan terjadi mengikut apa yang dimahukan
“Tetapi Allah tidak memberitahu semua orang untuk menjadi Islam. Terdapat mereka yang berbilang kaum dan agama. Semua orang boleh hidup bersama dengan aman dan mesra kepada semua,” katanya kepada pemberita semasa Konvensyen Kebangsaan Amanah 2016, hari ini.
Dr Mahathir berkata, mereka yang berdakwah tentang Islam perlu menggunakan pendekatan sederhana walaupun ramai orang Islam tidak akan bersetuju dengannya kerana kebanyakan cenderung dengan cara ekstremis.
Sebelum itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan rakyat harus menolak sebarang bentuk ekstremisme.

Amanah mahu hapus budaya politik naungan

Konvensyen Amanah: 'Turun demo itu kerja aku, bukan Najib'

Konvensyen Amanah: Amanah sedia calon Orang Asli tanding PRU14

Konvensyen Amanah: 'ISA untuk Komunis, tapi Tun M tangkap aku'

Konvensyen Amanah: Tumpu PRU14, Hadapi Kejian Dengan Tenang

Konvensyen Amanah: Amanah Ada 400 Cawangan Berdaftar Seluruh Negara

Harith Iskander muncul juara lawak dunia

Pelakon dan pengacara Harith Iskander menjuarai pertandingan Laugh Factor dan muncul sebagai orang paling kelakar di dunia.
Harith menewaskan empat peserta akhir - Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana dari Greece, Mino van Nassau dari India dan David Kilimnick dari Israel, lapor Star Online.
Sebagai pemenang kejuaraan tersebut, Harith akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845).
"Congratulations @HarithIskander- #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," kata penganjur Laugh Factory di Twitter rasmi mereka pada Sabtu.
Penganjurnya, Laugh Factory, adalah satu rangkaian kelab komedi di Amerika Syarikat yang telah melahirkan beberapa nama besar termasuk Chris Rock, Dave Chappelle dan Jay Leno.

Selepas kenalpasti masalah, Amanah rangka tawaran masa depan


Mohamad Sabu ketika berucap di hadapan perwakilan dan pemerhati hari ini.Mohamad Sabu ketika berucap di hadapan perwakilan dan pemerhati hari ini.
Ucapan Presiden Amanah Mohamad Sabu di Konvensyen Nasional Pertama pagi tadi jelas membawa dimensi baru.
Beliau semasa dalam parti lamanya, Pas berada di posisi kedua sebagai timbalan presiden, jelas berjaya memukau peserta konvensyen dengan kritikannya terhadap suasana pincang pengurusan negara.
Punca utama kepada kerosakan sistem politik negara katanya, adalah akibat kegagalan di dalam mengamalkan prinsip pemisahan kuasa.
"Badan eksekutif dilihat terlalu berkuasa manakala badan legislatif hanya berfungsi sebagai "rubber stamp".
Ini menyebabkan ahli-ahli legislatif kelihatan seperti hilang peranan di dalam sistem politik Malaysia," katanya di hadapan khalayak yang penuh sesak dalam dewan konvensyen berkapasiti 3,000 hadirin.
Generasi rakyat pada hari ini menurut beliau amat malang untuk menjadi saksi kepada amalan kleptokrasi yang berlaku sekarang.
"Ianya cukup melukakan dhamir kemanusiaan dan kerohanian di kalangan rakyat yang masih mempunyai nilai moral dan intelek yang ampuh.
"Ini bencana dan mala-petaka besar dalam persoalan uru tadbir di negara kita," katanya.
Selain kerosakan akibat hilang amanah dalan pengurusan negara, beliau turut membongkar kerosakan nilai harmoni masyarakat akibat kemunculan masalah baru yang memburukkan hubungan pelbagai etnik, ras dan agama.
"Mulanya fenomena ini berlaku di luar negara tapi kini cuba diimport ke negara kita," katanya.
Golongan ekstremis katanya, cuba memberi tafsiran kepada persoalan hanya dari sudut pandangan mereka sehingga mereka beranggapan hanya pendapat, pandangan dan pendirian mereka itulah yang sah dan betul.
"Ini ditambah dengan sikap mereka melabelkan orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai penyeleweng, pengkhianat, kafir, munafik dan berbagai panggilan lain sehingga ke tahap membenarkan golongan ekstremis ini melakukan keganasan dengan apa cara sekali pun bagi menegakkan apa yang mereka percayai," katanya.
Menurutnya golongan ekstremis ini mempunyai matlamat politik sempit dan tidak peduli terhadap kesan yang bakal terjadi hasil tindakan mereka itu.
"Mereka sanggup "membakar" negara asalkan hasrat dan kehendak mereka tercapai," katanya.
Turut dibangkitkan adalah tindakan mereka yang berpegang kepada fahaman ekstrem agama.
"Kumpulan ekstremis tersebut dengan begitu mudah melabelkan individu dan kumpulan lain sebagai kafir.
"Hasilnya mereka bertindak secara keras dan radikal bagi mencapai matlamat mereka.
Mengapa Amanah muncul

Orang Asli ada hak atas tanah adat

Menduduki tanah untuk selama beberapa generasi ialah tanggapan kuat dan hampir tidak boleh disangkal yang mereka memegang hak itu, kata bekas hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram.
gopal-sri-ram_orangasli_kelantan_60034
PETALING JAYA: Orang Asli di semenanjung mempunyai hak undang-undang terhadap tanah adat mereka, kata hakim bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram.
“Mereka boleh memperoleh hak milik adat tanah itu hanya dengan menyemai, memburu, mengutip hasil hutan dan tinggal di situ,” katanya.
Sri Ram berkata mereka tidak perlu mengeluarkan hak kepada tanah, seperti pemilik .
“Menduduki tanah itu untuk beberapa generasi ialah tanggapan kuat dan hampir tidak boleh disangkal yang mereka memegang hak itu,” katanya.
Hakim bersara Mahkamah Persekutuan itu berkata demikian sebagai respons kepada laporan aktivis Orang Asli ditahan kerana mendirikan sekatan di kawasan hutan simpan di Gua Musang, Kelantan.
Pertikaian antara 200 Orang Asli Temiar dan pihak berkuasa tempatan Kelantan berlaku sejak 26 September dalam isu menghalang pembalak menebang balak di Hutan Simpan Balah.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengarahkan penunjuk perasaan menghentikan sekatan itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau bersimpati dengan Orang Asli tetapi mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang sendiri.
Sri Ram, yang sebelum ini pernah membuat keputusan bagi sekurang-kurangnya 2 kes penting membabitkan Orang Asli di Mahkamah Rayuan, berkata undang-undang persekutuan juga berpihak kepada mereka.
Katanya, undang-undang itu ada dalam Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara, Akta Peralihan Hak Atas Tanah dan Akta Orang Asli.

Suhakam gesa perlindungan hak asasi manusia lebih baik

Suhakam menegur penyalahgunaan Sosma dan penderitaan dihadapi Orang Asli di Gua Musang sebagai contoh pelanggaran hak asasi manusia.
Razali-Ismail_suhakam_human-rights_600
PETALING JAYA: Hak asasi manusia perlu menjadi teras pembangunan negara Malaysia jika kerajaan menyasarkan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Pengerusinya Tan Sri Razali Ismail berkata, walaupun 2016 menyaksikan beberapa kemajuan dalam aspek perlindungan hak asasi manusia di negara ini, masih terdapat pelanggaran yang perlu diakui dan ditangani.
Ini termasuk salah guna undang-undang keselamatan, khususnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat politik.
“Individu tidak boleh ditangkap dan ditahan kerana melaksanakan hak mereka terhadap kebebasan bersuara,” kata Razali dalam satu kenyataan hari ini.
“Suhakam amat bimbang walaupun penahanan bagi tujuan adalah pengecualian yang jarang berlaku, dalam amalan ia boleh menjadi satu peraturan dan digunakan selain daripada tujuanya.”
Bantahan ke atas penyalahgunaan Sosma memuncak berikutan penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bulan lalu.
Ibu berusia 60 tahun itu ditahan 3 kali di bawah Sosma pada malam perhimpunan Bersih 5 pada 19 November berhubung dakwaan penglibatan dalam aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Beliau dibebaskan 11 hari kemudian.
Razali juga mengkritik pencabulan hak Orang Asli, dan berkatakejayaan sesebuah negara diukur dengan bagaimana ia menangani pihak paling lemah.
Beliau menambah, dasar yang bertujuan untuk pembangunan ekonomi dan infrastruktur, sebaliknya menjejaskan kumpulan Orang Asli.
Dasar Informasi di Awal Tanpa Paksaa “Sesetengah mereka (Orang Asli) secara ganas dipindahkan dari tanah tradisi mereka tanpa memperoleh informasi lebih awal dan tanpa paksaan, tanpa peruntukan memuaskan bagi penempatan semula, dan tanpa pampasan mencukupi.

Bersih: Tiada sesiapa patut ‘diseksa’ ketika dalam kurungan

NGO pemantau pilihan raya berkata amat membimbangkan apabila Datuk Nur Jazlan Mohamed melihat tidak ada apa-apa yang tidak bermoral dengan layanan terhadap tahanan dalam kurungan.
nur-jazlan_maria_sosma_6001
PETALING JAYA: Tiada tahanan patut dilayan seperti yang diterima Maria Chin Abdullah, kata jawatankuasa pemandu Bersih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
NGO pemantau pilihan raya berkata kurungan Maria ketika dia disiasat atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) itu ialah satu bentuk “seksaan”, dan mendesak kerajaan menghentikan penyalahgunaan undang-undang anti keganasan.
“Tidak ada sesiapa patut mengalami keadaan seperti itu yang tidak berperikemanusiaan dan menyebabkan trauma seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatankuasa itu berkata demikian sebagai respons kepada laporan FMT yang memetik Nur Jazlan sebagai berkata pengerusi Bersih 2.0 itu menerima layanan yang sama seperti tahanan lain.
“Ia amat membimbangkan apabila individu sepertinya melihat tidak ada apa-apa yang tidak bermoral dengan layanan kepada seseorang dengan cara tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Maria ditahan pada malam menjelang himpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, untuk membantu siasatan polis terhadap dakwaan pembabitannya dalam aktiviti yang boleh memudaratkan demokrasi berparlimen.
Maria, ibu kepada 3 anak berusia 60 tahun itu dibebaskan selepas 11 hari dikurung.

Pembangkang harus bergabung untuk hapuskan diktator

UMNO sudah mula main propaganda jahat ala Nazi

Ucapan Mat Sabu dapat pujian Dr M

Anak muda jangan putus asa, sertai AMANAH tumbangkan kerajaan seru Mat Sabu

"Dulu musuh sekarang kawan, dulu rapat tidur sebantal sekarang dengan suami lain" sindir Mat Sabu

Kerajaan nafi Malaysia cuba berbaik dengan Myanmar kata Timb.Menteri Umno

MERSING - Kerajaan menafikan laporan media tempatan Myanmar yang mendakwa Malaysia cuba memulihkan hubungan dengan negara itu susulan pertemuan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dengan pimpinan negara itu, baru-baru ini.
Kerajaan nafi Malaysia cuba berbaik dengan Myanmar Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pertemuan Zulkifeli dengan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing suatu kelaziman bagi mana-mana Panglima Angkatan Tentera yang bakal bersara.
"Saya difahamkan adalah menjadi kelaziman kepada mana-mana panglima angkatan tentera yang hendak bersara untuk mengadakan kunjungan kepada rakan-rakan sejawat mereka di negara Asian.
"Itu adalah amalan konvensyen dan tradisi. Jadi itu yang kita (Zulkifeli) lakukan. Kebetulan 'timing' nya waktu yang sama (dengan pembelaan terhadap etnik Rohingya)," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Program Khatan Perdana Parlimen Mersing, hari ini.
Sebelum ini, media di Myanmar melaporkan pertemuan Zulkifeli dengan Presiden Myanmar, Thin Kyaw dan Min Aung Hlaing untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara yang terjejas.
Mengulas lanjut, Reezal berkata, tiada alasan untuk kerajaan menghantar panglima angkatan tentera sebagai wakil.
"Setakat ini saya tidak nampaklah kebenaran (Malaysia nak berbaik dengan Myanmar seperti didakwa media Myanmar).
"Lagipun seperti sedia maklum bahawa kita menghantar Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) untuk berjumpa dengan Aung San Suu Kyi (pemenang anugerah Nobel Keamanan) jadi, kenapa kita nak hantar PAT pula?," katanya.

Hari Pertama Konvensyen Amanah meriah


Konvensyen Amanah Pertama yang diadakan di SACC hari ini yang akan berlansung sehingga esok telah dirasmikan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu pagi tadi.
Seramai 1200 perwakilan dan 200 pemerhati turut hadir dalam konvensyen julung kali diadakan ini.
Hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan terdiri daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hadir buat kali pertama dalam konvensyen diadakan ini.
Turut hadir barisan kepimpinan utama Amanah antaranya Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Kerja Mohd Anuar Tahir dan Pesihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang.
Antara tetamu lain yang turut hadir  Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, aktivis Hishamuddin Rais, Sasterawan Negara A Samad Said, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan beberapa lagi.
Konvensyen Amanah dibarisan kepimpinan Pakatan Harapan dan PPBM  mengambarkan kesatuan pemimpin terhadap kerjasama politik.Konvensyen Amanah dibarisan kepimpinan Pakatan Harapan dan PPBM mengambarkan kesatuan pemimpin terhadap kerjasama politik.Lim Kit Siang dalam sidang medianya  melancarkan "Perang PRU 14" dengan menunjukkan karikatur untuk menumbangkan Umno-BN mengeletek hati kecil Tun Dr Mahathir Mohamad.Lim Kit Siang dalam sidang medianya melancarkan "Perang PRU 14" dengan menunjukkan karikatur untuk menumbangkan Umno-BN mengeletek hati kecil Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pak Samad beramah mesra dengan Tun Dr  Siti Hasmah dalam majlis diadakan.Pak Samad beramah mesra dengan Tun Dr Siti Hasmah dalam majlis diadakan.
Barisan penerima Anugerah  bergambar kenangan dengan pimpinan kanan Amanah.Barisan penerima Anugerah bergambar kenangan dengan pimpinan kanan Amanah.
 Barisan kepimpinan atasan amanah yang akan mendengar perbahasan selama dua hari diadakan.Barisan kepimpinan atasan amanah yang akan mendengar perbahasan selama dua hari diadakan.
Barisan perwakilan wanita dari seluruh negara yang hadir untuk dua hari konvensyen diadakan.Barisan perwakilan wanita dari seluruh negara yang hadir untuk dua hari konvensyen diadakan.
Akhabr Amanah turut diedarkan kepada 1,200 perwakilan dan 200 pemerhati yang hadir hari ini.Akhabr Amanah turut diedarkan kepada 1,200 perwakilan dan 200 pemerhati yang hadir hari ini.
Sebahagian perwakilan menunjukan sokongan mereka terhadap parti Amanah untuk membawa perubahan dalam lanskap politik negara.Sebahagian perwakilan menunjukan sokongan mereka terhadap parti Amanah untuk membawa perubahan dalam lanskap politik negara.

6 kartunis antarabangsa sokong Zunar

Sokongan itu diberikan susulan permohonan terbaru kartunis itu di mahkamah, mencabar sekatan ke luar negara yang dikenakan terhadapnya.
zunatfree
PETALING JAYA: Enam kartunis yang pernah memenangi anugerah menyatakan sokongan mereka kepada kartunis politik Zunar, mendesak kerajaan Malaysia membatalkan sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya.
“Hak asas kebebasan bersuara dan bergerak Zunar perlu dihormati menurut Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik yang ditandatangani Malaysia,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di New York.
Enam kartunis itu ialah Patrick Chappatte dari New York Times, Jeff Danziger dan Ann Telnaes (The Washington Post), Liza Donnelly (The New Yorker dan CBS News), Nicolas Vadot daripada Belgian daily Le Vif dan Robert Russell yang mengetuai Cartoonist Rights Network International (CRNI).
Sokongan solidariti itu dikeluarkan selepas Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli SM Anwarul Haque memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Disember untuk mencabar sekatan perjalanannya, menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen dan ketua polis negara dalam permohonan itu.
Zunar dilarang menghadiri satu forum di Singapura pada 17 Oktober apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KL memberitahunya beliau berada dalam senarai hitam perjalanan.
Beliau kemudian diberitahu arahan sekatan ke luar negara itu dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Belanjawan 2017 Najib umpama belanjawan muruku


SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan suntikan kepada pengundi yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah 'belanjawan muruku'.
"Belanjawan ini adalah 'belanjawan muruku' dan hanya sebagai pengalas perut.
"Tetapi bila kos sara hidup menggigit akibat GST dan penarikan pelbagai subsidi, mereka akan teringat pepatah orang tua-tua 'untung secupak rugi segantang.
"Kita tidaklah mahu seperti yang dikatakan seorang wakil puteri Umno di Perhimpunan Agung Umno lalu yang berkata ' buka pintu, nun menghijau pokok kelapa sawit, buka almari dapur, minyak tak ada'...tak jadi bahan lawakkah?," katanya.
Jelasnya, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan KDNK 4.3 peratus untuk suku ketiga tahun 2016.
Tambahnya, ini adalah satu pencapaian yang agak memberangsangkan, tetapi rakyat tidak peduli tentang perkara itu kerana bebanan kos sara hidup yang ditanggung.
Mohamad berkata, persoalan penting buat rakyat ialah mengapa ringgit terus jatuh.
"Bolehkah ringgit kembali teguh? Mampukah kita memacu agenda meningkatkan ekonomi yang berprestasi tinggi?
"Nilai ringgit antara cermin keutuhan ekonomi, itulah pengukurnya. Parti Amanah menegaskan bahawa pembangunan mesti dipasakkan di atas dasar-dasar yang kukuh dan teguh bagi memastikan keadilan sosial untuk seluruh rakyat dengan menolak apa juga bentuk demokrasi," katanya.

Kit Siang dedah propaganda 'War of PRU14'


Lim Kit Siang menunjukkan poster 'War of PRU14' yang menggambarkan beliau sebagai perdana menteri Malaysia seepas PRU14 pada sidang media di Konvensyen Amanah Nasional hari iniLim Kit Siang menunjukkan poster 'War of PRU14' yang menggambarkan beliau sebagai perdana menteri Malaysia seepas PRU14 pada sidang media di Konvensyen Amanah Nasional hari ini
Sentimen politik kebencian sangat menonjol seperti yang dapat dilihat pada ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno lalu, tegas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Beliau mendedahkan selepas Perhimpunan Agung Umno terdapat kempen yang dianggapnya propaganda ala Nazi dan menyebarkan kebencian.
"Saya digambarkan Perdana Menteri dalam 'War of PRU14'. Tun Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Ini fitnah ala Nazi yang menunjukkan betapa rendah mereka yang mencipta fitnah termasuk mengaitkan dengan George Soros. Ini kempen tidak sihat.
"Moga rakyat berwaspada dengan kempen kebencian seperti ini," ujarnya ketika sidang media pada Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Tambahnya, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak kempen kebencian dan berbaur fitnah yang dilakukan oleh Umno.
"Kita dalam Pakatan Harapan dan parti Tun (PPBM) mengutuk sekeras-kerasnya politik kebencian," katanya lagi.
Terdahulu, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada  Amanah yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh besar dan sangat berjaya dalam setahun penubuhannya.
"Rakyat mahu melihat perubahan. Ini satu perkembangan yang baik untuk negara kita," ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, lebih ramai lagi pemimpin diperlukan untuk menjayakan usaha bagi mengakhiri pemerintahan diktator.
"Kita jaga terus garis perjuangan bagi menamatkan era diktator Najib Tun Razak.
"Usaha dan komitmen kita untuk selamatkan Malaysia. Untuk jatuhkan Umno-BN, kita perlukan kerjasama.
"Kita gabungkan semua parti pembangkang ini dengan niat untuk mereformasikan Malaysia dan memastikan Najib dan pemerintahan BN digantikan," kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Amanah sedia calonkan Orang Asli dalam PRU14

Amanah sedia calonkan Orang Asli untuk PRU14 Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan kesediaan mencalonkan Orang Asli pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Orang Asli mempunyai pemimpin yang berketrampilan untuk memperjuangkan hak masyarakat itu secara lebih berkesan. "Parti Amanah bersedia menerima Orang Asli sebagai calon pilihan raya bukan saja di Kelantan bahkan di seluruh negara.
"Ramai Orang Asli yang berpotensi yang tidak diketengahkan sebelum ini," ujarnya ketika menyampaikan pidato dalam konvensyen sulung parti tersebut di Shah Alam hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menekankan tentang pentingnya prinsip kerjasama antara parti dalam Pakatan Harapan yang tidak terhenti pada pilihan raya sahaja.
"Kita mahu Pakatan Harapan bekerjasama sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. "Jangan selepas pilihan raya, bekerjasama dengan pihak lain. Tidak. Tidak," tegasnya.
Mohamad juga mengucapkan penghargaan terhadap perjuangan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang dikenakan hukuman di bawah Sosma. "Amanah menyokong semua tuntutan Bersih. Sosma janji mulanya untuk pengganas rupanya ketua pengganas, Maria Chin.
"Dulu sama juga ISA, tangkap komunis tapi yang kena tangkap saya," ujarnya dengan nada berseloroh kepada Dr Mahathir yang turut hadir pagi ini.

Jangan putus asa, sertai AMANAH, kata Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu meminta mereka yang merancang untuk membunuh diri supaya tidak berputus asa, sebaliknya menyertai parti itu untuk melakukan perubahan kepada negara.
"Kita tidak mahu insiden 26 Oktober di Jambatan Pulau Pinang berulang kembali akibat tekanan kos kehidupan," katanya.
Beliau merujuk  insiden seorang lelaki melompat dari Jambatan Pulau Pinang selepas menulis di Facebook bahawa dia berbuat demikian kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi.
"Dan andainya ada yang merancang untuk melakukan sedemikian, jangan putus asa.
"Bersama kami untuk melakukan perubahan dan tumbangkan kerajaan yang bolot, boros dan rakus ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen AMANAH hari ini.
Beliau berkata, sikap tidak peduli kerajaan Umno BN terhadap generasi muda hari ini dapat dilihat melalui Belanjawan 2017 apabila kerajaan sengaja menggalakkan rakyat berbelanja dengan berhutang'.

PAS keliru untuk buat pilihan, kata Dr Mahathir

PAS perlu segera menyatakan pendirian yang jelas sama ada mahu bersama gabungan pakatan pembangkang atau BN.
mahathir-pas-1
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berhadapan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, ia berikutan keengganan PAS bekerjasama dengan gabungan pembangkang lain seperti DAP dan Amanah.
“PAS sedikit keliru.Pada masa ini mereka sebahagian daripada kerajaan Selangor yang ada DAP. Pada masa sama, mereka tak mahu bersama kita (Pakatan Harapan),” katanya semasa sidang media sempena Konvensyen Amanah di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata ruang perlu diberi kepada PAS untuk menyatakan pendirian sebenar sama ada mahu bersama gabungan pembangkang yang disertai DAP dan Amanah atau bersama Barisan Nasional (BN).
“Saya rasa mereka (PAS) kena tetapkan keputusan. Kita tunggu mereka dan kemudian putuskan sama ada mereka mahu parti mereka saja, bersama Umno atau kita pembangkang yang termasuk DAP dan Amanah,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai kerjasama parti pembangkang dengan PAS memandangkan parti itu dilihat lebih mesra dengan parti pemerintah.
Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada dalam satu pentas sempena himpunan Solidariti Ummah bersama Rohingnya pada Ahad lepas.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, mana-mana parti yang cuba menjadikan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum (PRU), dianggap menyokong pentadbiran BN.
“Sesiapa yang berusaha supaya pertandingan 3 penjuru dalam PRU14, mereka sebenarnya menyokong BN,”katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata keengganan berterusan ditunjukkan PAS gagal membantu memperkuatkan lagi gagasan pembangkang dalam usaha menolak kepimpinan Najib.

'Najib kadang-kadang tidak tahu dia PM'

Datuk Seri Najib Razak dilihat keliru dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam menuntut keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pemimpin negara itu harus menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar himpunan.
"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan.
"Dia boleh panggil duta Myanmar atau mengusir diplomat kerajaan Myanmar atau paling tinggi, panggil sidang OIC.
"Turun tunjuk perasaan itu kerja aku. Dia tak tahu kadang-kadang dia PM ke atau tidak," bidasnya diikuti tepukan dan ketawa perwakilan yang memenuhi dewan SACC di Shah Alam hari ini.
Beliau yang menyampaikan pidatonya dalam Konvensyen Nasional Amanah juga menyifatkan hal berkaitan diplomatik bukan melalui jalan raya.
"Berucap (Himpunan Solidariti Rohingya) sikit-sikit takbir, sekarang semua takbir dah. Inilah kita lihat, nak kata tak cerdik, cerdik.
"Kalau tak cerdik, bagaimana boleh sembunyikan wang. Hal diplomatik ajak turun ke jalan raya. 'Kawannya' pun serupa juga," sindirnya merujuk kepada Pas.
Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu turut secara sinis menggambarkan gejala rasuah yang membarah di negara ini.
"Buka Pejabat Pengarah Bekalan Air Sabah ada berjuta wang. Buka Seri Perdana ada 24 lori wang tunai," bidasnya lagi.
Sempena konvensyen sulung parti berusia setahun itu, Amanah bakal membentangkan lima tawarannya kepada rakyat Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Turut hadir dalam konvensyen ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir serta wakil diplomat asing.

Fokus tumbang BN, bukan tanding di Permatang Pauh tegur Izzah kepada PAS

Konvensyen Amanah: Pas keliru, tiada pendirian

Konvensyen Amanah: Pas keliru bersama Amanah, DAP di Selangor

Konvensyen Amanah: Mahathir bangga ahli Amanah ramai walau baru setahun

Konvensyen Amanah: Mat Sabu akui lihat Pas dengan kasih sayang

Konvensyen Amanah: Amanah ada calon Orang Asli tanding PRU14

"PAS adalah parti yang keliru" - Tun M

Pemimpin AMANAH tak kisah istihar aset

Pakatan akan putuskan guna satu logo minggu depan

Mat Sabu: Najib akan batal 'serang hendap' pembangkang jika....

Kerjasama: Pas keliru, kata Tun Mahathir


Konvensyen Amanah Mat Sabu Tun MKonvensyen Amanah Mat Sabu Tun M
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir mendakwa Pas keliru apabila tidak mahu bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menyertai Pakatan Harapan.
Ini kerana katanya di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri yang turut ada DAP di dalamnya.
"Pas sedikit keliru. Pada waktu sekarang Pas adalah dalam kerajaan Selangor yang mana ada DAP juga. Dalam masa yang sama Pas tak mahu bersama kita. Saya rasa mereka perlu buat keputusan. kita menunggu sama ada mereka mahu bersendirian atau bersama pembangkang yang ada Amanah dan DAP," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen Amanah kali pertama di Shah Alam hari ini.
Pas sebelum ini meletakkan syarat kepada PPBM agar tidak menjalinkan hubungan dengan Amanah dan DAP jika mahu bekerjasama dengan mereka.
"Kalau Bersatu (PPBM) memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna persefahaman politik antara Pas dan Bersatu sudah tidak wujud itu setakat inilah," kata Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan.
Ditanya sama ada PPBM akan terus memberikan masa kepada Pas, Mahathir berkata beliau perlu berbincangan dnegan jawatankuasa terlebih dahulu.
"Kita parti yang mengamalkan demokrasi. Saya kena bincang dneganjawatankuasa dahulu. Say abukan diktaktor," katanya.
Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan PPBM akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Turut bersama pada disang media tersebut ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Mahathir juga mengulangi dakwaan bahawa mana-mana pihak yang berusaha ke arah pertandingan tiga penjuru adalah menyokong Umno BN.
"Saya cuma nak kata sesiapa yang berusaha supaya pertandingan dalam PRU14 ini adalah tiga penjuru mereka sebenarnya menyokong Umno BN," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Kahiruddin Aman Razali semalam berkata, Pas bersedia untuk tiga penjuru jika ia menguntungkan Pas untuk strategi memposisikan kemenangan parti Islam itu.

PAS patut fokus lawan BN, bukan tanding di Permatang Pauh – Izzah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menasihati PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Ia kerana katanya, PAS seharusnya perlu fokus melawan Barisan Nasional dan tindakan tersebut hanya akan mengelirukan pengundi di kawasan itu.
“Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN.
“Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
PAS Permatang Pauh dilaporkan mahu bertanding di kawasan parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya dalam pilihan raya umum depan.
DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.
Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dilaporkan berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.
Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi, PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh.
Dr Wan Azizah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999, di mana beliau menewaskan Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9,077 undi.
Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada 2004 dan 2008.
Namun, Dr Wan Azizah meletak jawatan pada Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bubar Parlimen, Najib dalam dilema

Presiden Amanah berkata jika ekonomi buruk melanda negara tahun depan, perdana menteri mungkin membatalkan hasratnya untuk "menyerang hendap" pembangkang.
mat-sabu_parliment_600
SHAH ALAM: Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih dalam dilema untuk mencari tarikh pembubaran Parlimen tahun depan.
Presiden Amanah itu berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan pada keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada 2017, terutamanya permintaan dagangan yang lembap daripada rakan dagang terbesar iaitu China.
“Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk ‘penyerang hendap’ pembangkang.
“Maka cita-cita Najib untuk membubarkan Parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau saja.
“Melambatkan pilihan raya pula ada risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Amanah di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Pada pembentangan Bajet 2017 terdapat banyak spekulasi ia akan menjadi belanjawan pilihan raya yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Jun 2018.
Mohamad atau Mat Sabu berkata pengumuman Bajet 2017 yang diumumkan perdana menteri itu tidak mampu menarik sokongan rakyat untuk memberi undi kepada BN pada pilihan raya akan datang.
“Segala suntikan ‘rasa sedap’ atau ‘feel good factor’ yang Najib cuba berikan untuk semua pengundi dalam ‘belanjawan muruku’ baru-baru ini hanya sekadar pengalas perut.
“Tetapi bila kos sara hidup menggigit akibat GST dan penarikan pelbagai subsidi, mereka akan teringat muruku atau gula-gula ini akan segera dilupakan apabila situasi bertambah berat,” katanya.

Mat Sabu: Jangan ikut budaya politik naungan

Mat Sabu: Jangan ikut budaya politik naungan
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya mempunyai keazaman dan kemahuan yang tinggi bagi menghapuskan budaya politik naungan (politics of patronage) yang menjadi punca barah dalam arena politik tanah air.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kepincangan besar yang berlaku dalam tadbir urus negara adalah berpunca daripada amalan politik naungan yang sangat berleluasa khususnya di dalam masyarakat.
"Mereka yang punya wang dan jentera akan lebih mudah meraih kuasa, dan apabila ia (kuasa) telah diraih, maka ia digunakan untuk menguatkan kedudukan 'naungan' ini kembali.
"Kitaran ini akan terus membesar tanpa henti sehingga harta negara akan akhirnya berkitar dikalangan golongan ini,"katanya menerusi ucapan pidato sebelum merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2016 yang berlangsung di SACC, hari ini.
Menurut Mohamad Sabu, budaya politik janji manis telah melanda hampir semua parti-parti politik di tanah air tidak kita di peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat negeri.
Beliau berkata, Malaysia kini dikuasai oleh golongan kleptokrat yang merompak harta negara dengan jumlah sangat besar bagi kepentingan diri sendiri dan kelompok kecil di sekelilingnya.
"Generasi Malaysia pada hari ini menjadi saksi kepada amalan kleptokrasi yang sedang berlaku dan ia cukup melukakan kerohanian rakyat,"katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu memaklumkan bahawa tadbir urus yang baik merupakan tuntutan besar di dalam melaksanakan pentadbiran sesebuah kerajaan.
Ujarnya, antara ciri-ciri tadbir urus yang baik dalam sesebuah kerajaan ialah dengan memelihara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
"Namun begitu, perlembagaan dan undang-undang adalah hasil pemikiran manusia dan ia terdedah kepada pelbagai kelemahan serta salah guna.
"Maka, institusi semak dan imbang perlu sentiasa diperkukuh dengan menuntut kepada pengasingan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman,"katanya.
Selain daripada itu, Mat Sabu turut memaklumkan bahawa Amanah bersama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) akan menubuhkan satu suruhanjaya bebas ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ini.

Amanah parti harapan baru


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) harapan baru dipilih sebagai slogan parti itu merujuk kepada kesinambungan perjuangan.
Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, pemilihan slogan harapan baru bukanlah satu kebetulan tetapi memiliki dan punyai falsafah yang tersendiri.
"Semua perjuangan besar dalam hidup ini perlukan harapan.
"Kerana tanpa harapan, putus harapan...lumpuhlah perjuangan. Kita perlu harapan yang kental untuk memulihkan demokrasi, menentang penyelewengan, kebusukan rasuah dan segala rupa kezaliman autokrasi," katanya.
Ucapan itu disampaikan beliau di Konvensyen Nasional Amanah 2016 di SACC, Shah Alam, hari ini.
Tegasnya, hilang harapan atau putus asa itu adalah penyerahan bulat-bulat kepada takdir tanpa melawan dan kerana itulah konvensyen ini dilangsungkan.
Tambahnya, terima kasih kepada pemimpin parti, seluruh perwakilan, jawatankuasa, sukarelawan yang bekerjasama menjayakan konvensyen ini.
"ALLAH sahaja yang berhak memberi balasan dan ganjaran kepada semua," katanya lagi.

Jika Pas tak bersama Harapan awal 2017, anggap parti itu sekutu BN

Ketika suanana politik kian panas dan cakap-cakap mengenai PRU14, Parti Amanah Negara (AMANAH) bagaikan memberi kata dua kepada PAS. Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata PAS wajar diberi tempoh untuk menentukan pendirian mereka dalam percaturan semasa politik negara.
rawa“Tarikh akhir perlu ditetapkan kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) atau tidak kerana pada hujung 2016 kita mesti tahu dengan jelas, siapa yang bersama kita atau menentang kita,” kata Mujahid di Pulau Pinang.
Malah, katanya, jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan HARAPAN, parti terbabit bolehlah disifatkan sebagai sekutu BN, lapor Malaysiakini.
“Jika mereka tidak bekerjasama dengan kita, kita harus menganggap mereka bekerjasama dengan BN.
“Kekal tidak mengambil sikap menyebelahi sesiapa tidak memberi keuntungan kepada HARAPAN, sebaliknya memberi faedah kepada BN,” kata anggota Parlimen Parit Buntar itu.
Mujahid adalah antara 18 “pemimpin progresif” yang meninggalkan PAS selepas mereka diketepikan perwakilan dalam muktamar parti itu tahun lalu.
PAS bekerjasama dengan parti pembangkang utama – PKR dan DAP – membentuk Pakatan Rakyat bagi menghadapi BN pada PRU ke-12, membolehkan pembangkang memenangi banyak kerusi pilihan raya.
Bagaimanapun selepas PRU13 gabungan itu berakhir apabila wujud perseteruan antara PAS dan DAP. Ia kemudian membawa kepada penubuhan AMANAH yang membentuk HARAPAN.
Sesetengah penganalisis berpendapat PRU14 boleh diadakan seawal Mac tahun depan.
Mengulas lanjut, Mujahid yang juga anak bekas Mursyidul Am pertama PAS tidak menolak kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjadi rakan sekutu HARAPAN menjelang PRU14.
“Kami benar-benar berharap BERSATU akan membuat keputusan yang jelas tidak lama lagi sama ada menyertai HARAPAN atau tidak,” kata Mujahid.
Difahamkan Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN akan diadakan pada 13 Disember ini bagi membincangkan perkara tersebut.
Pada pertemuan itulah, kata Mujahid pimpinan HARAPAN akan mendapatkan keputusan rasmi selepas BERSATU menangguhkan kemasukan mereka baru-baru ini.

PRU14: Amanah setuju tanding bawah 1 logo

Mohamad Sabu berkata ia sekali gus memudahkan pembangkang menumbangkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang.
mat-sabu_amanah_6001
SHAH ALAM: Amanah bersetuju gabungan parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di bawah satu logo, kata Mohamad Sabu.
Presiden Amanah itu berkata usaha tersebut sebagai persediaan pembangkang menumbangkan Umno dan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Amanah bersama PH dan PPBM komited untuk menubuhkan kesatuan pembangkang bagi menghadapi Umno-BN pada PRU14 dengan penetapan 1 logo, 1 manifesto dan gerak kerja,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam hari ini.
Bulan lalu, Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Konvensyen PH berkata pembangkang harus bertanding di bawah 1 logo dan 1 manifesto seperti BN untuk menang pilihan raya akan datang.
Katanya, kunci kejayaan parti pembangkang pada pilihan raya akan datang ialah penyatuan semua parti.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata bagi memastikan Umno tumbang, seluruh parti pembangkang perlu membentuk kerjasama politik yang tersusun serta mempunyai hala tuju jelas.
“Sesebuah kerjasama politik yang ingin menjadi pesaing kepada Umno, BN perlu mempunyai struktur dan dasar yang jelas, serta diikat dengan perjanjian dan persefahaman utuh.
“Hanya kerjasama politik seperti ini yang memberi jawapan kepada dilema politik di negara kita,” katanya.
Turut hadir dalam konvensyen Amanah ialah Dr Mahathir, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Mat Sabu: Jika ekonomi buruk, Najib akan batal ‘serang hendap’ pembangkang

Unjuran ekonomi global yang tidak menentu tahun depan menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencari tarikh bagi membubarkan parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Katanya, permintaan global yang lembab terutamanya dari rakan dagang terbesar iaitu China, terus suram menyebabkan ekonomi akan terus perlahan.
“Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk ‘menyerang hendap’ pembangkang.
“Maka cita-cita Najib untuk membubarkan parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau sahaja.
“Melambatkan pilihan raya pula mempunyai risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya,” katanya.
Mohamad berkata demikian dalam ucapan perasmiannya konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Tun Mahathir, Lim Kit Siang jadi tumpuan Konvensyen Nasional Pertama AMANAH

fb_img_1481339879474
Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyaksikan kehadiran semua pemimpin utama dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pempimpin kanan pakatan pembangkang yang hadir Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berada di pentas utama bersama kepimpinan negeri Amanah.
konvensyen_amanah_1
Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah; Dr Nasir Hashim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM); aktivis sosial Hishamuddin Rais; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas Menteri JPM, Datuk Zaid Ibrahim.
Konvensyen dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu rasmi Amanah dan diakhiri dengan alunan bacaan Al-Quran oleh adik Mohd Qayim Nizar pada jam 9.30 pagi ini yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam bermula hari ini dan esok.
Presiden Amanah, Mohd Sabu akan menyampaikan merasmikan Konvensyen Amanah pagi ini.
Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Tahir menyampaikan ucapan aluannya pada jam 9.50 pagi ini.
fb_img_1481339855110
Beliau mengucapkan terima kasih dengan kehadiran Tun Dr Mahathir katanya, jika tempat lain tidak diberikan kerusi tetapi di konvenyen Amanah tiada kesipuan untuk Tun kita sediakan kerusi di sini untuk beliau dan isteri dikasihi, katanya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan perwakilan.
Beliau turut memberitahu Presiden Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir dalam konvensyen hari ini kerana mengiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat keizinan Jabatan Penjara untuk membenarkan menziarahi adiknya Rosli Ibrahim yang kini sedang sakit di Hospital Selayang pagi ini.
img-20161210-wa0396
Justetu PKR hari ini diwakili Naib Presiden PKR yang juga Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar. Laungan Reformasi berkumandang beberapa kali.
Anuar memberitahu kini Amanah mempunyai 154 kawasan dan 400 cawangan di seluruh negara. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penggerak kerjasama Amanah dan penyokong parti-parti dalam pakatan pembangkang terhadap penubuhan Amanah sejak lebih setahun lalu.

PIDATO PRESIDEN KONVENSYEN PARTI AMANAH NEGARA 2016


بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن.

وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ‌ۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ

“Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia hendak menguji kamu apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan.” – Al-Maidah:48


1.    NEGARA RAHMAT UNTUK SEMUA

Parti Amanah Negara sejak dari awal penubuhannya, malah sejak dari wujudnya Gerakan Harapan Baru lagi, telah menegaskan bahawa mesej teras perjuangan politik kita ialah Islam sebagai Rahmat seluruh alam, yang mengatasi setiap fahaman sempit perkauman dan agama.

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
 “Dan Kami tidak Mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”- Al-Anbiya:107


Tanpa menjadikan kepelbagaian itu satu halangan, bahkan sebaliknya menjadi cabaran dan peluang yang telah Allah S.W.T. tetapkan. Maka, Parti Amanah Negara tampil di persada politik negara menyahut seruan “fastabiqul khairat” (berlumba-lumba membuat kebaikan) dengan mengurus kemajmukan rakyat negara ini.

Kita yakin Islam boleh dihayati dengan dilaksanakan dengan lebih baik, sebagai rahmat untuk semua. Islam yang mengiktiraf kejadian manusia dijadikan dengan sifat kepelbagaian kaum, bangsa, budaya dan anutan agama seperti firman Allah dalam Surah Yunus ayat 99:

“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?”

Islam menganjurkan sikap saling membantu dalam kebersamaan untuk memperjuangkan keadilan dan kebaikan sejagat. Mengimbau peristiwa sepertimana yang pernah dilakukan oleh Ar-Rasul SAW dalam memeterai penjanjian “Hilf al-Fudhul” akan menyerlahkan tujuan dan matlamat menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman.

Dalam keberantakan dua tekanan dan desakan, pertama dalam saff gerakan politik Islam itu sendiri dan yang kedua, krisis kepimpinan yang sarat dengan kebejatan rasuah dan salah-guna kuasa serta kemungkaran tata-kelola akibat hilang keamanahan, maka tampillah Amanah sebagai sebuah wadah politik Islam dengan wajah yang inklusif, progresif, sederhana, demokratik dan peduli rakyat.

Membawa mesej Islam sebagai Rahmat untuk Semua bukan bermakna kita dikatakan terlalu bertoleransi (liberal), sebaliknya kebersamaan itu adalah kekuatan manakala keseorangan itu adalah kelemahan. Kebersamaan juga adalah kebijaksanaan manakala keseorangan itu adalah kedangkalan dan kesombongan. Apabila kita memilih kebersamaan, kita wajar menghindari pemikiran bersifat tribal dan jumud yang hanya mementingkan kelompok sendiri.

Tujuan politik kita (Fiqh Siyasi) ialah meraikan kebersamaan namun menghormati perbezaan dan kepelbagaian. Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama di dalam perkara aqidah. Berbeza dalam perkara muamalat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah.

Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, samada atas nama kaum, mahupun agama. Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.

Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita. Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya.

Mereka juga menganggap kewujudan kelompok non-Muslim di negara ini lebih sebagai ancaman dan bukan sebagai rakan sesama warganegara. Politik sempit ini, ditambah pula dengan prejudis perkauman telah menghasilkan polarisasi yang amat tajam di kalangan rakyat.

Sekiranya tidak dibendung segera, perkara ini boleh membawa kebinasaan kepada negara kita. Perpecahan, keganasan, perkauman, dan politik kebencian ibarat penyakit kanser yang bakal memusnahkan kemanusiaan.

Bukankah Ar-Rasul SAW telah menunjukkan teladan yang baik untuk kita ikuti. Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda: “Aku tidak diutus sebagai tukang laknat, melainkan aku diutus sebagai pembawa rahmat.” (Hadis Muslim).

Negara yang kita impikan ialah sebuah negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua. Sebuah negara yang melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan dan ketelusan.

Kita mengimpikan sebuah negara di mana seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi, keupayaan dan kepakaran mereka, bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan, keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan perlembagaan persekutuan.

Parti Amanah Negara berikrar menyumbang secara komited melalui penglibatan politik bagi mencapai impian yang murni ini.


2.    TADBIR URUS YANG BAIK

Allah SWT telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di dunia. Allah jugalah yang menetapkan bahawa segala sumber di dunia ini mesti diurus secara adil dan lestari oleh manusia. Menyantuni kemanusiaan adalah merupakan manifestasi pengabdian Al-Khaliq (Pencipta). Menyantuni manusia dan kemanusiaan di dalam konteks mengurus dan mengagih sumber yang menjadi keperluan manusia ini adalah amanah yang wajib dipenuhi oleh para penguasa di muka bumi ini.

Malangnya hari ini, umat Islam asyik membaca nas-nas agama tanpa mengamalkannya. Prinsip tadbir urus dan akhlak yang baik ada pada Islam tetapi amalan akhlak Islam ini kadang kala lebih diamalkan oleh orang-orang non Muslim seperti yang kita lihat di Korea Selatan, Jepun dan negara-negara Scandinavia.

Tadbir urus yang baik merupakan tuntutan besar di dalam melaksanakan amanah pentadbiran sesebuah kerajaan. Hari ini kita hidup dalam realiti politik yang berbeza berbanding dengan zaman sebelum wujudnya “negara-bangsa”. Dalam sistem negara-bangsa, negara ditadbir secara berperlembagaan yang menjadi perjanjian yang mengikat urusan antara rakyat dengan pemerintah, dan antara rakyat dengan sesama rakyat.

Di antara ciri-ciri tadbir urus yang baik di dalam sesebuah kerajaan itu ialah memelihara keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Walaupun begitu, perlembagaan dan undang-undang adalah hasil pemikiran manusia dan ianya terdedah kepada pelbagai kelemahan dan salah guna. Maka itu, institusi semak dan imbang perlu sentiasa diperkukuhkan. Institusi semak dan imbang menuntut kepada pengasingan kuasa yang berkesan antara badan eksekutif, legislatif, dan kehakiman. Ia juga menuntut kepada sistem pentadbiran yang telus dan berwibawa.

Peri pentingnya amalan semak dan imbang ini telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:


وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَہُم بِبَعۡضٍ۬ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٲمِعُ وَبِيَعٌ۬ وَصَلَوَٲتٌ۬ وَمَسَـٰجِدُ ييُذۡڪَرُ فِيہَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ ڪَثِيرً۬ا‌ۗ

“ …Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah …” - Al-Hajj:40.

Punca utama kepada kerosakan sistem politik di Malaysia ini ialah kegagalan di dalam mengamalkan prinsip pemisahan kuasa, di mana Badan Eksekutif dilihat terlalu berkuasa manakala Badan Legislatif hanya berfungsi sebagai “rubber stamp”. Ini menyebabkan ahli-ahli legislatif kelihatan seperti hilang peranan di dalam sistem politik Malaysia. Para Wakil Rakyat lebih dilihat sebagai “pegawai kebajikan” berbanding “penggubal undang-undang”.

Masa yang dihabiskan oleh Wakil Rakyat untuk mengagihkan pelbagai peruntukan kerajaan lebih banyak berbanding masa yang diperuntukan untuk membuat penyelidikan berkenaan penggubalan undang-undang dan perancangan polisi-polisi kenegaraan.

Kegagalan dan kelemahan fungsi Badan Legislatif negara mempunyai impak yang besar. Parlimen Malaysia hanya bersidang secara purata sekitar 50-60 hari setahun. Perbahasan Sidang Parlimen pula, sebahagiannya tidak menampakkan mutu perbahasan yang boleh dibanggakan oleh rakyat. Kemudahan yang disediakan oleh Parlimen Malaysia kepada ahli-ahli Parlimen juga sangat terhad. Beberapa usaha yang pernah dibuat bagi memperkasakan Parlimen Malaysia telah ditolak begitu sahaja oleh Kabinet Malaysia.

Sangat ironi apabila Badan Legislatif dipaksa mengemis kepada Badan Eksekutif walaupun untuk melakukan beberapa usaha reformasi bagi memperkasa institusi Parlimen. Ini semua menunjukkan bahawa upaya Badan Legislatif di negara kita berada pada tahap yang sangat lemah. Jika Parlimen tidak lagi boleh menjadi ruang pembahasan terbuka, kemana lagi rakyat boleh mengadu.

Kepincangan besar yang berlaku dalam tadbir urus negara kita juga berpunca dari amalan “Politik Naungan” (Politics of Patronage) yang sangat berleluasa dan berakar umbi terutamanya di dalam masyarakat kita. Para pemimpin politik naik ke puncak kuasa bukan kerana keupayaan kepimpinannya, tetapi kerana kekuatan “naungan” yang dimiliki dari parti ‘warlords’.

Mereka yang punya wang dan jentera akan lebih mudah meraih kuasa, dan apabila kuasa telah diraih maka ia digunakan pula untuk menguatkan kedudukan “naungan” ini kembali. Seorang pemimpin politik perlu sokongan, dokongan, dan bantuan para penyokong dan aktivis untuk berjaya, dan setelah berjaya beliau perlu pula “membalas budi” penyokong dan aktivis yang selama ini membantu.

Kitaran ini akan terus membesar dan membesar tanpa henti sehingga harta negara akan akhirnya berkitar di kalangan golongan ini. Lebih ramai pendokong diperlukan dan lebih banyak wang perlu dihasilkan, dan lebih besar pulangan yang diharapkan. Budaya “politik dedak” ini melanda hampir semua parti-parti politik, terutamanya yang memerintah, samada di peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat negeri.

Politik dedak ini sedang menghancurkan negara ini. Kemuncak kepada kebobrokan ini ialah apabila negara dikuasai oleh golongan kleptokrat yang merompak harta negara dalam jumlah yang sangat besar untuk kepentingan diri dan kelompok kecil disekelilingnya.

Generasi rakyat Malaysia pada hari ini malangnya menjadi saksi kepada amalan kleptokrasi yang berlaku sekarang. Ianya cukup melukakan dhamir kemanusiaan dan kerohanian di kalangan rakyat yang masih mempunyai nilai moral dan intelek yang ampuh. Ini bencana dan malapetaka besar dalam persoalan tadbir urus di negara kita.

Parti Amanah mestilah mempunyai keazaman dan kemahuan politik yang tinggi untuk menghapuskan budaya “politik naungan” (politics of patronage) yang telah menjadi punca barah politik.


3.    EKSTREMISME DAN TERRORISME

Dalam membentuk negara dan masyarakat yang maju dan sejahtera kita tidak boleh menolak keperluan untuk bertindak secara sederhana, rasional dan progresif dalam semua perkara. Malangnya usaha ke arah itu agak terbantut apabila kita perhatikan di negara kita sendiri dan di peringkat global bagaimana fahaman ekstrem muncul.

Tindakan terroris semakin meluas dan membawa masalah baru kepada keharmonian antara umat manusia pelbagai ras, etnik dan agama di mana-mana sahaja. Golongan ekstremis cuba memberi tafsiran kepada sesuatu persoalan hanya dari sudut pandangan mereka sehingga beranggapan hanya pendapat, pandangan dan pendirian mereka itulah yang sah dan betul.

Ini ditambah dengan sikap mereka melabelkan orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai penyeleweng, pengkhianat, kafir, munafiq dan berbagai panggilan lain sehingga ke tahap membenarkan golongan ekstremis ini melakukan keganasan dengan apa cara sekalipun bagi menegakkan apa yang mereka percayai.

Kita telah menyaksikan bagaimana kumpulan yang “tewas” dalam pilihanraya 2008 dan 2013, cuba menggunakan pendekatan perkauman dan agama secara ekstrem bagi meraih sokongan.

Golongan ekstremis ini mempunyai matlamat politik sempit dan tidak peduli terhadap kesan yang bakal terjadi hasil tindakan mereka itu. Mereka sanggup “membakar” negara asalkan hasrat dan kehendak mereka tercapai. Tidak hairanlah bagaimana dengan meniup api perkauman dan agama mereka berjaya melahirkan individu-individu yang sanggup membakar gereja, mengheret kepala lembu dalam demonstrasi (di Shah Alam misalnya) dan mudah melabelkan rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menyokong parti Pembangkang sebagai “kafir harbi”.

Dan jangan kita lupa kenyataan berbau perkauman yang disebut Perdana Menteri merangkap presiden Umno yang menyifatkan penolakan rakyat dalam PRU-12 sebagai “tsunami Cina”.

Tidak kurang juga tindakan mereka yang berpegang kepada fahaman ekstrem agama. Kumpulan ekstremis tersebut dengan begitu mudah melabelkan individu atau kumpulan lain sebagai “kafir”. Hasilnya mereka bertindak secara keras dan radikal bagi mencapai matlamat mereka.

Malangnya kerana retorik yang dibawa, mereka dapat mempengaruhi ramai orang. Islam diselewengkan maksudnya bagi menepati pemikiran dan fahaman sempit mereka sehingga pembunuhan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikut konsep dan idealisme mereka dianggap sebagai satu “jihad”.

Selain itu, kita juga tidak boleh lupa bahawa terdapat keganasan yang dilakukan oleh negara. Siapa boleh menafikan tindakan ganas yang berterusan di bumi Palestin oleh regim haram Zionis Israel.

Mutakhir ini serangan dan usaha penghapusan etnik juga dilakukan oleh regim tentera Myanmar ke atas kaum minoriti Rohingya. Penderitaan yang dialami etnik Rohingya begitu mendukacitakan. Jika diteliti, tindakan kaum majoriti ini juga didorong oleh fahaman ekstrem perkauman yang menjustifikasikan pembunuhan terhadap kaum lain yang dibenci.
.
4.    AMANAH DAN UNJURAN EKONOMI YANG SURAM
Unjuran ekonomi global yang tidak menentu untuk Tahun 2017, menghalang Najib mencari tarikh untuk membubarkan Parlimen. Permintaan global yang lembap, terutama rakan dagang terbesar kita iaitu China terus suram dan pertumbuhan ekonomi mereka berterusan perlahan.
Segala suntikan 'rasa sedap' atau 'feel good factor' yang Najib cuba berikan untuk semua pengundi, dalam ‘Belanjawan Muruku’ baru-baru ini hanya sebagai pengalas perut. Tetapi bila kos sara hidup menggigit akibat GST dan penarikan pelbagai subsidi, mereka akan teringat pepatah orang tua ‘untung secupak rugi segantang’.
Muruku atau gula-gula ini akan segera dilupakan rakyat apabila situasi bertambah berat seperti yang disebut oleh seorang wakil Puteri dari Pahang yang berucap di Perhimpunan Agung Umno lalu. Tegas beliau ‘buka pintu, nun menghijau pokok kelapa sawit, buka almari dapur, minyak masak tak ada… tak jadi bahan lawakkah? Sambil beliau memberi peringatan keras kepada pimpinan tertinggi Umno, ‘jika pembangkang menambah 23 kerusi di kawasan Felda, maka berakhirlah pemerintahan BN yang ditunjangi Umno’.
Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk 'menyerang hendap' pembangkang. Maka cita-cita Najib untuk membubarkan parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau sahaja. Melambatkan pilhanraya pula mempunyai risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan KDNK 4.3% untuk suku ketiga tahun 2016 ini, satu pencapaian yang agak memberangsangkan. Tetapi rakyat langsung tidak teruja dan peduli. Bebanan kos sara hidup yang amat berat ditanggung oleh majoriti rakyat khususnya golongan Bawah-40 (B-40) dan golongan Menengah-40 (M-40).
Rata-rata perhatian hari ini tertumpu kepada isu kejatuhan nilai mata wang ringgit. Rakyat merenung jauh kesan dan impak buruk nilai matawang ringgit terhadap kos kehidupan mereka yang semakin terhimpit.
Walaupun sasaran BNM untuk mengawal inflasi antara 2.5 hingga 3% pada 2016, namun pada Mac lalu Jabatan Perangkaan mengeluarkan angka 4.3%, tertinggi sejak Disember 2008. Bulan November ini, ia dilaporkan turun serendah 1.4%. Tetapi rakyat tidak lagi peduli angka-angka yang tidak bermakna buat mereka. Rakyat lebih tahu dari pimpinan negara tentang hakikat kenaikan harga dan kos sara hidup seharian, seperti di pasar basah atau pasaraya.
Nilai ringgit terus merudum iaitu 4.448, paling rendah berbanding dolar Amerika. Sejak pemilihan Presiden Amerika 8 November lalu, nilai ringgit telah susut nilai sebanyak 4.7% berbanding dolar Amerika (US$).

Amanah bimbang tempias pemikiran takfiri

Presiden Amanah Mohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bimbang gejala melampau yang mengkafirkan orang lain merebak ke negara ini.
 "Apa yang lebih dibimbangi juga ialah merebaknya pemikiran takfiri yang melanda sebahagian dunia Islam yang tempiasnya sampai ke negara kita.
"Golongan ini dengan mudah mengaitkan perbezaan feqah politik dengan persoalan aqidah sehingga menghukum pihak yang tidak sependapat dengan mereka sebagai sesat, munafiq, musuh Islam, dan seumpamanya," ujarnya dalam Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Amanah bersedia menjadi benteng yang akan menghalang sebarang bentuk kebencian kaum atau agama dari terus dijadikan agenda politik di kalangan rakyat.
"Amanah menegaskan bahawa politik di Malaysia mestilah menolak sebarang bentuk unsur pelampau dan keganasan, sama ada atas nama kaum, mahupun agama," ujarnya.
Beliau berkata, negara yang diimpikan adalah negara melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik, selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan dan ketelusan.
"Kita mengimpikan sebuah negara di mana seluruh segmen warganegara dapat digembleng potensi, keupayaan dan kepakaran mereka, bagi membina sebuah masyarakat yang menyantuni nilai-nilai kesederhanaan, keterbukaan, demokratik, hormat menghormati, bersatu padu dan berdaya maju sesuai dengan perlembagaan persekutuan," tambahnya lagi.
Turut hadir dalam konvensyen sulung Amanah ini adalah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Sasterawan Negara, A. Samad Said selain wakil diplomat asing.
'Najib kadang-kadang tidak tahu dia PM'
Ada sesuatu yang dibisikkan Presiden kepada Tun Dr Mahathir  Mohamad dalam konvensyen Amanah pagi ini.Ada sesuatu yang dibisikkan Presiden kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam konvensyen Amanah pagi ini.
Datuk Seri Najib Razak dilihat keliru dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri berhubung pendekatannya dalam menuntut keganasan terhadap etnik Rohingya dihentikan.
Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pemimpin negara itu harus menggunakan kuasanya yang lebih wajar berbanding sekadar himpunan.
"PM juga bertindak ajak demo sedangkan dia pimpinan kerajaan.

AMANAH lahir daripada jihad perjuangan untuk membawa harapan baru

Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapan aluannya berkata, ada pihak yang terlalu sukar menyebut Parti Amanah Negara dengan nama Amanah sebaliknya menyebut “PAN”.
Katanya, PAN dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘kuali’ dan “PAN” dalam Arabnya bermakna “hancur musnah’.
konvensyen_amanah_-perwakilan_ramaiSejak penubuhan Amanah tegasnya, membuktikan jati diri ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan teruskan usaha menegakkan keadilan untuk negara tentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat inginkan negara nikmati rahmah Allah.
Sebagai sebuah negara merdeka, Ustaz Ahmad Awang berkata, Amanah lahir daripada jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Rakyat dan bertukar kepada Pakatan Harapan.
Beliau bersyukur menyaksikan seluruh pimpinan semua peringkat hadapi ujian, fitnah, tohmahan, tuduhan buruk ke atas pimpinan parti Amanah.
Kata beliau lagi, ada yang kata Amanah parti pengkhianat yang halal darahnya, untuk menjatuhkan hukuman pimpinan Amanah dengan fatwa mereka yang kemudian menjadi pegangan dikalangan pengikut mereka yang taksub.
Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa syukur Amanah didokong semua warga negara mereka bukan Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan agama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat.
Beliau yakin dengan kehadiran Dr Mahathir dan Pakatan Harapan benar-benar mampu mencapai harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan hak sebenarnya sebagai sebuah negara merdeka yang mana rakyat tertekan dengan tekanan ekonomi dan politik apabila sistem demokrasi digunakan untuk menjalankan pemerintahan ‘kuku besi’ kerana ada sebahagian rakyat berasa senang dengan sedikit ‘dedak’ yang diberikan yang tidak memberikan kesan apapun melainkan tipu daya.