Jumaat, 9 Disember 2016

SKANDAL 1MDB: APA KHABAR KELUARGA RIZA AZIZ?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Reuters, keluarga Jho Low gagal dalam usaha mereka untuk menangguhkan perbicaraan di AS yang bertujuan untuk menyita harta-harta milik hartawan tersebut yang sudah ditetapkan pada 12 Disember ini.

Keluarga Jho Low memohon penangguhan kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan harta serta aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baharu.

Hakim tidak memberikan sebarang sebab dalam menolak usul keluarga Jho Low itu, tetapi pihak pendakwaraya membantah penangguhan pendengaran itu dengan alasan ia sudah lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman sivil yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana milik 1MDB telah diselewengkan.
Dalam saman sivil untuk menyita harta serta aset oleh Jabatan Kehakiman AS itu, nama Riza Aziz, anak tiri Najib Razak adalah antara yang turut dinamakan bersama Jho Low, selain dua individu lain yang dikaitkan dengan IPIC dan Aabar iaitu Khadem Al-Qubaisi dan Mohamed Al-Badawy.

Pertandingan 2 penjuru belum tentu untungkan PAS

PAS yakin dengan agendanya sendiri dan membiarkan parti pembangkang lain bercakaran sesama sendiri untuk merebut kerusi dipertandingkan pada PRU14.
Mohd-Khairuddin-Aman-Razali_pas_600
PETALING JAYA: PAS bersedia mempertimbangkan pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya ia memberi keuntungan kepada parti Islam itu, kata ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, ia boleh dijadikan strategi bagi memposisikan kemenangan parti itu memandangkan pertandingan 2 penjuru mungkin hanya menguntungkan parti pembangkang lain.
“Sebagai parti ke-2 terbesar dari sudut keahlian beragama Islam dan Melayu, PAS perlu memposisikan dirinya dalam politik tanah air. Cukuplah PAS sebelum ini hanya menghirup kuah sementara isinya diratah pembangkang lain dalam pilihan raya.
“PAS perlu terus dengan pendirian tersendiri. Biarkan Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan DAP, PKR, Amanah dan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bercakaran sesama mereka berebut kerusi untuk bertanding,” katanya menerusi kenyataan kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyatakan penyertaan PPBM dalam PH dijangka diputuskan pada 13 Disember depan.
Salahuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, parti Islam itu perlu yakin untuk membawakan agenda dan manifesto sendiri pada pilihan raya.

DAP dan hasil kerja dakwahnya


Kerja dakwah adalah larian marathon yang tidak pernah berkesudahan. Ia sarat dengan dugaan demi dugaan yang kadang-kadang terlalu melelahkan, sehingga ada yang berputus asa, berpatah balik atau berhenti di tengah jalan.
Ada yang kecewa dan ingkar dengan perjuangan dan ada antara mereka yang kekal bertahan. Mereka yang bertahan inilah yang pastinya akan dapat melihat hasilnya seperti mereka berpeluang menyaksikan Tun Mahathir yang hadir ke Persidangan Tahunan DAP 2016 di Shah Alam hari ini, buat julung kalinya.
rencana-dap-dan-hasil-dakwahnyaTetapi kerja dakwah yang dimaksudkan ini bukanlah berputar sekadar isu-isu agama yang terkadang dirimbun oleh agamawan palsu-jadi-jadian. Kerja dakwah ini termasuklah mencakupi kerja-kerja mendidik, memperbaiki sikap dan pemikiran rakyat bagi menghadapi penentangan, kezaliman atau kehodohan kepemerintahan dalam negara misalnya. DAP juga punyai tanggungjawab membuat kerja dakwah seperti ini.
Kerja dakwah DAP ini adalah pekerjaan panjang yang tugasnya mendidik masyarakat memahami perjuangan dan kesungguhan parti menyatukan seluruh rakyat sebagai sebuah keluarga besar tanpa batasan bangsa dan warna kulit, ikhlas memperbaiki taraf hidup dan ekonomi rakyat serta merukuni nilai-nilai yang murni dalam masyarakat. Ianya perlu dilakukan dengan tekun, penuh sabar dan memerlukan sifat daya tahan yang tinggi. Ianya tidak mudah dilakukan oleh sebarangan manusia.
Akan tetapi, kerja dakwah ini akan kekal diusung sebagai metod perjuangan walaupun kita tidak mengetahui bila masa dan saatnya kita boleh memetik hasil ranum daripada kerja dakwah tersebut. Hanya mereka yang benar-benar yakin pada prinsip yang didukung dan sabar dengan mehnah perjuangan sahajalah yang akan menyambut berita baik itu.
Namun, siapa sangka harga kesabaran dan kecergasan kerja dakwah DAP sejak penubuhannya 50 tahun lepas terbayar hari ini. Pintu kebenaran yang diusahakan dengan ikhlas terkuak sedikit demi sedikit. Sekali lagi dalam Persidangan Tahunan Parti DAP 2016 yang berlangsung di dalam Shah Alam hari ini telah mewarnai sejarah baru buat blok pembangkang.
Apakah ada kemenangan lain yang boleh diraikan selain keterujaan khalayak yang menjadi saksi Tun Mahathir mengakui bahawa beliau pernah tersilap menghakimi DAP dan segala perjuangannya selama ini? Bercakap di hadapan para wartawan, pemimpin parti, ahli-ahli DAP, penyokong dan semua pemerhati; Tun Mahathir mengakui tersilap menanggapi DAP sebagai sebuah parti satu kaum  – yang dipasarkan beliau sendiri dan parti lamanya selama berpuluh tahun lamanya.
Malah beliau mengakui parti DAP lebih ‘Malaysia’ berbanding UMNO dan BN cukup sekadar mendengar lagu parti yang dinyanyikan dan ucapan pemimpin-pemimpin parti yang dibuat dalam bahasa kebangsaan. Maka fitnah mendakwa DAP parti yang anti-Melayu dan menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan secara otomatisnya tertolak.
Kata-kata Johnny Depp mungkin boleh menggambar apa yang dirasai Tun Mahathir, di saat beliau berada di dalam persidangan sebuah parti pembangkang yang dicemuhnya selama berpuluh tahun; “Kamu mungkin boleh menutup mata dengan perkara yang kamu tidak mahu lihat, tetapi kamu tidak akan dapat menutup hati dengan perkara yang kamu rasa”.

Fitnah dana asing untuk ‘Red Bean Army’, DAP dakwa anak bekas ketua polis buat laporan palsu

Polis perlu mengambil tindakan ke atas laporan palsu berhubung dakwaan kononnya DAP menerima sumbangan asing bagi tujuan operasi tentera siber.
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng menegaskan bahawa DAP tidak pernah menerima sebarang sumbangan dana asing dan menafikan kewujudan tentera siber Red Bean Army (RBA) seperti yang difitnah dalam laporan terbabit.
whatsapp-image-2016-12-09-at-2-45-28-pm“Apa yang terbukti di seluruh dunia dan yang mendapat dana asing RM2.6 bilion adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dan beliau sendiri mengaku,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Lip Eng berkata demikian selepas membuat laporan polis ke atas laporan palsu anak kepada mantan Ketua Polis Negara, Abdul Rahman Mohd Hanif Omar seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today (FMT), semalam.
Abdul Rahman membuat laporan itu berdasarkan kenyataan tidak berasas mantan pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz yang mengatakan kononnya RBA ditaja oleh DAP melalui sumbangan dana asing.
Lip Eng dalam laporannya turut menggesa supaya Abdul Rahman disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat dakwaan palsu.
Dalam pada itu, Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, polis harus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati membuat laporan palsu dengan niat jahat untuk memfitnah dan memburuk-burukkan.
“Kita tidak mahu kes seperti apa yang terjadi terhadap laporan palsu Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berulang lagi, justeru saya gesa supaya polis menyiasat dengan serius laporan palsu ini,” katanya.

Tukar agama anak: DUN Perlis langgar fatwa mufti

Fatwa Jabatan Mufti Perlis berkata ibu atau bapa yang Muslim berhak "memperkenalkan" Islam, dan hak penjagaan tidak ambil kira anutan ibu dan bapa.
mohd-asri_perlis_law_600
PETALING JAYA: Pindaan Dewan Undangan Negeri Perlis semalam yang membenarkan penukaran agama anak secara sebelah pihak bercanggah dengan fatwa rasmi jabatan mufti negeri yang memutuskan hak penjagaan tidak mengambil kira anutan ibu dan bapa.
Keputusan fatwa April 2015 itu menjelaskan pendirian pihak berkuasa agama Perlis dalam isu penjagaan anak yang menjadi rebutan antara ibu bapa berlainan agama.
Ia tidak menyatakan ibu atau bapa yang memeluk Islam perlu menukar agama anak.
“Ibu atau bapa yang Muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadanah (pemeliharaan).”
“Hak hadanah tidak dinilai berdasarkan agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya.”
Fatwa rasmi Jabatan Mufti Perlis dimuatnaik oleh Mufti Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook hari ini.
Keputusan itu mendahului Dewan Undangan Negeri Perlis semalam yang meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang didakwa membolehkan ibu atau bapa berlainan agama mengislamkan anak secara sebelah pihak.
Menurut laporan media, pindaan dibuat terhadap versi bahasa Melayu enakmen itu, yang sebelum ini menyebut kanak-kanak di bawah umur 18 tahun boleh diislamkan dengan kebenaran “ibu dan bapa”.
Menteri Besar Datuk Azlan Man berkata pindaan itu menukar “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa”, bagi menyamakannya dengan versi bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan “parent”.

Pas, PKR, Bersatu perlu formula baharu - Takiyuddin

PRU14: Lebih banyak parti akan bersama Pas

PAU 2016 : Satu doktrin order baru


Umno sebagai Imperium
Barisan Nasional sedang menghadapi kemelut dalaman, luaran dan juga masalah peribadi yang bukan lagi personal sebagai ketua pemimpin negara ini. Kemelut urustadbir ekonomi dan juga pentadbiran yang lemah dalam kerajaan memacu ekonomi dan pentadbran menjadi batu asas pengukuhan parti-parti politik pembangkang.
Tidak dinafikan kesepakatan di antara parti pembangkang juga bercelaru. Perkara ini membuat pemerintahan Barisan Nasional terus kekal dalam pentadbiran. Walaupun demikian, kerajaan BN hari ini masih berhempas-pulas dengan dasar-dasarnya. Semua dasar ini mempraktikkan perkara yang sangat manis tapi jauh dari keperluan rakyat. Isu-isu yang melanda Najib dan juga BN meletakkan mereka berada dalam fasa kehilangan kuasa.
Kesedaran rakyat mengenai hakikat bahawa negara ini di dalam masalah besar sudah mula terpupuk. Walaupun rakyat tidak memahami secara jelas 1MDB, kesan dan punca kejatuhan nilai matawang, GST dan juga peningkatan kos sara hidup, tetapi rakyat tahu mereka sedang dibohongi.
Namun, hakikat untuk memahami segala isu-isu korupsi dan salah laku ini masih jauh untuk dihadam. Munkin bila tiba hari dan waktunya, rakyat dapat berfikir secara jelas.
Daya melawan pemerintah belum cukup kuat lagi. Meskipun dibantu secara langsung dari luar waimah dari pada Amerika sekalipun, netizen di negara ini masih belum dapat merungkai kebrobokan Najib di bawah pentadbiranya.
Najib memegang kuasa seumpama mendapat cincin perkahwinan untuk mengikat kuasa pada badan berkanun. Berbekalkan apparatus negara, Najib terus meyakinkan rakyat bahawa negara ini berkeadaan sangat baik.
Perang ini perang antara kesempitan rakyat dengan hagemoni kuasa Najib. Rakyat mendambakan keselesaan hidup, mengharapkan pendidikan yang baik. Ini mimpi dan angan-angan yang besar bagi rakyat.
Tindakan pemerintah bagi mengekalkan survival UMNO dengan melancarkan gelombang jihad kebenaran. Gelombang biru menjadi pembakar inspirasi bagi memasuki medan PRU 14. Bahkan Buku Kesetiaan sepanjang hayat dilancarkan hasil terbitan Yayasan Penyelidikan Tranformasi, buku tersebut di nyatakan boleh menjadi panduan bagi rakyat memahami dan menjiwai UMNO sejak 70 tahun yang lalu.
Tugasan selaku imperator
Tugas dan tindakan sebagai pemerintah – imperator :-Najib dan kediktatorannya mengawal badan kerajaan dan menteri kabinetnya. Ini bagi memastikan barisan kabinet terus mengikut telunjuk bagi kepentingan dirinya.
Sebagai pemegang kuasa eksekutif, Najib mengolah kembali bidang kuasa Legislatif dan bidang kuasa Kehakiman. Kuasa ini adalah kuasa rakyat yang dirampas.
Kemaharajalelaan keatas kuasa Eksekutif, Legislatif dan kehakiman di bawah telunjuk Perdana Menteri, maka riwayat dan hikayat kezaliman akan membenih atas nama tirani. Jika di gelar kuku maka ia bermediumkan besi.
Bagi kekal berkuasa, Presiden Umno ini perlu menjuarai dan mendominasi pemikiran dan struktur kuasa. Kekangan terhadap sumber maklumat, idea- idea dan juga proses undang -undang mula diperkenal dan dilaksana bagi mengawal ahli politik dan juga masyarakat bagi meneruskan survival parti dan kekal berkuasa di dalam pemerintahan.
Umno perluas kuasa ekonomi bumiputra
Menurut laporan utusan Malaysia 30 november kerajaan UMNO sebagai tunjang kerajaan beri limpahan rahmat kepada seluruh rakyat, demikian mengikut kata Najib Razak. Menurutnya lagi detik kejayaan ini adalah dari sokongan padu UMNO dan rakan komponen mengotakan janji dalam khidmat bakti .
Dengan kata lain, segala perjuangan Umno adalah mengenai survival orang Melayu. Ketiadaan Umno Melayu akan mengemis di negara sendiri. Menurut bahasa mudahnya, ekonomi Melayu adalah melalui kebergantungan pada parti Umno dan Kerajaan, selama-lamanya.
Umno perluas kuasa kultur-budaya
Peranan Umno sebagai parti unggul ketuanan Melayu dinyatakan jelas untuk merubah melayu ;
Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
Merubah orang Melayu menjadi bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dan menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini

Nur Jazlan : Tun M cuba takutkan rakyat

 Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kerajaan akan memberikan sejumlah 700,000 MyKad kepada warga asing di Johor.
Menurut Nur Jazlan, umum sudah mengetahui proses untuk memberikan MyKad kepada orang luar perlu melalui urusan yang terperinci dan memakan masa yang panjang.
"Kenapa nak buat tuduhan tanpa fakta? Janganlah sebab nak dapatkan kepentingan politik, bekas PM itu sanggup buat tuduhan tak berasas.
"Padahal dia (Tun Mahathir) sendiri tahu bukan senang nak bagi IC pada warga asing, jadi jangan buat fitnah sebab nak suruh rakyat takut dan benci kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai menjelaskan, bekas pemimpin-pemimpin Umno yang berpaling tadah makin galak mereka pelbagai tuduhan supaya rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan.
Menurut beliau, kesemua tuduhan melulu itu dibuat untuk memancing undi dan mahu menyerang Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Pembangkang akan cuba menyerang kerajaan dari segenap ruang, kalau tak boleh serang PM mereka cuba pula serang TPM.
"Sebab itulah mereka reka macam-macam cerita termasuk isu MyKad ini nak suruh rakyat marah pada kerajaan dan KDN," katanya.

Pas mahu tanding semua kerusi Permatang Pauh

PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh mempertikaikan keputusan Parti Amanah Negera yang mahu bertanding di kerusi Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat Pas sejak sekian lama.
Jamsari Samad Ketua Penerangannya,Jamsari Samad berkata, Pas tetap dengan pendirian untuk terus menentang Umno dan ia berjaya direalisasikan apabila telah beberapa kali mengalahkan parti itu dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kerusi berkenaan.
Bagaimanpun, kentayaan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam yang menyatakan minat untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh amat mengejutkan.
"Adakah Amanah mahu bersekongkol dengan Umno untuk merampas kerusi itu daripada kami pada PRU akan datang. Saya yakin usaha mereka akan sia-sia kerana rakyat akan memilih Pas pada PRU akan datang.
"Pas Permatang Pauh mengalu-alukannya sesiapa sahaja mahu bertanding kerana ia hak demokrasi,cuma persoalan disini mengapa Dun Permatang Pasir untuk mereka bertanding?," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh Pas namun atas semangat toleransi Pas memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.
Katanya, untuk PRU akan datang Pas akan bertanding di kerusi Dun Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir termasuk meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Kami juga berhak meletak calon ketiga Dun dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi.
"Saya mahu menasihatkan Mujahid supaya selesaikan dahulu krisis perpecahan ahli dalam Amanah Pulau Pinang sebelum bercita-cita bertanding di Permatang Pasir," katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Mujahid yang menyatakan parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Najib mesti hentikan penganiayaan terhadap aktivis hak asasi

OLEH DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Sejak penahanan mengejut Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah pada 18 November lalu, kerajaan pimpinan Datuk Sri Najib Razak kini sedia untuk berperang melawan aktivis dan organisasi hak asasi manusia.
Kempen penindasan beliau dibuat berdasarkan teori konspirasi yang sengaja diada-adakan, kononnya aktivis Malaysia yang memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih, pemerkasaan wanita, kebebasan berucap dan hak asasi, telah menjalankan aktiviti menggugat demokrasi berparlimen mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

Seksyen 124C menjadikan ‘aktiviti menggugat demokrasi berparlimen’ sebagai jenayah bagi kumpulan yang mahu menggunakan ‘keganasan dan perbuatan tidak berperlembagaan’.
Kuasa 124C dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah keterlaluan dan tidak relevan digunakan ke atas NGO seperti BERSIH, Lawyers for Liberty dan EMPOWER yang membantu golongan tertindas, lemah dan memerlukan menerusi peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang luhur.
Kumpulan ini melakukan tuntutan aman untuk – pilihan raya adil dan bebas dan kebebasan berucap – yang dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Langsung tiada asas untuk menggunakan undang-undang kasar yang menindas seperti SOSMA dan 14C terhadap aktivis masyarakat sivil.
Tuduhan teori konspirasi tidak berasas oleh Najib dan UMNO diteruskan lagi dengan tuduhan bahawa aktivis ini adalah boneka kuasa luar dan kini kita lihat George Soros sekali lagi digunakan sebagai kambing hitam untuk meyakinkan orang ramai supaya kekal bersama UMNO demi keselamatan.
Aktiviti kumpulan sivil ini kemudiannya dipaparkan sebagai jahat dengan alasan mereka menerima ‘dana asing’.

Korea Selatan rai pemecatan Presiden Park

Kini terletak pada mahkamah untuk mendokong usul dewan legislatif dan menyingkir Park atau menolak dan memulihkan kuasa beliau.
Park-Geun-hyeSEOUL: Rakyat Korea Selatan bersorak kegembiraan, saling berpelukan dan mengambil swafoto selepas majoriti wakil rakyat mengundi untuk memecat Presiden Park Geun-hye yang terpalit skandal salahguna pengaruh.
Skandal itu mencetuskan tunjuk perasaan mingguan besar-besaran mendesak Park meletak jawatan.
Usul itu, disokong 234 wakil rakyat manakala 56 lagi menentang, menggantung kuasa Park dan menyerahkan kepada mahkamah perlembagaan untuk mendokong usul itu dan menyingkir Park atau menolaknya dan memulihkan kuasa beliau.
Penunjuk perasaan yang berhimpun di luar parlimen menanti keputusan pengundian hari ini menyambut perkembangan itu dengan sorakan.
“Saya rasa seronok!” kata petani Im Chae-jum yang berusia 54 tahun. “Saya jangka usul akan diluluskan, tapi kalau tidak lulus pun, walau apa pun yang berlaku di parlimen, kami akan tumbangkan Park Geun-hye dengan kuasa rakyat.
“Rakyat menang!”
Sokongan kepada Park menjunam ke paras 5% sahaja dalam tinjauan yang diterbitkan hari ini.
Penunjuk perasaan mengibarkan panji dan bendera sambil memanjat jentolak yang dibawa para petani bagi menyekat laluan di luar parlimen.
Orang ramai mengambil swafoto berlatarkan panji gergsasi, “Tahniah kerana memecat Park Geun-hye; Masa untuk penjarakan dia.”
Manakala yang lain meniup trompet atau mengangkat sepanduk, “Kemenangan untuk rakyat!”
Choi Ji-young, ibu kepada seorang kanak-kanak yang maut dalam tragedi feri Sewol 2014, menonton pengundian itu dari dalam sebuah galeri di dewan persidangan. Beliau antara waris mangsa yang menari dan teriak semasa meninggalkan bangunan itu.

'Rasuah' bawa presiden Korea Selatan ke pintu keluar...di Malaysia makin berkuasa dan bermewah...!!!

Presiden Korea Selatan Park Geun-hye berdepan kemungkinan hilang jawatan selepas parlimen akan mengundi untuk usul penyingkirannya hari ini.
Langkah itu diambil setelah Geun-hye terpalit tuduhan rasuah.

Perdana menteri Korea Selatan akan menjadi pemangku presiden sehingga keputusan tuntas dibuat.

Usul itu lulus dengan undian besar 234 anggota parlimen menyokong pengundian penyingkiran dibuat berbanding 56 yang menentang manakala dua lagi berkecuali.

Sebelum ini The Wall Street Journal melaporkan jika enam anggota Mahkamah Perlembagaan tidak menerima penyingkiran parlimen itu, Park akan mendapat semula kuasanya.

Penggal pentadbiran Geun-hye sepatutnya berakhir pada Februari 2008.

Azmin dakwa siasatan dana luar cuma 'wayang' Umno@Bn

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mendakwa siasatan pihak berkuasa terhadap pertubuhan yang menerima dana daripada Yayasan Open Society (OSF) adalah sandiwara untuk mengalih tumpuan orang ramai.
Kata Azmin selepas gagal mewujudkan suasana positif kepada rakyat maka kerajaan kini menanamkan ketakutan dan kebimbangan menggunakan "taktik lapuk" bekenaan, sekali gus mengubah fokus umum kepada krisis dihadapi Umno.
Justeru timbalan presiden PKR itu menggesa Datuk Seri Najib Razak dan Umno menghentikan "pembulian" terhadap aktivis sivil di negara ini.
"Mereka sebenarnya adalah orang yang cuba menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember kata Azmin, beliau menyeru Najib dan Umno menghentikan "pembulian" yang sedang berlaku.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media kini disiasat kerana menerima dana OSF yang dikaitkan dengan hartawan AS, George Soros.
NGO yang sedang disiasat setakat ini ialah BERSIH, Lawyers for Liberty dan Empower. Malah Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau lebih dikenali sebagai Sosma - selama 10 hari.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu tuduhan berkaitan menggugat demokrasi berparlimen.
Azmin berkata sejak penahanan Maria Chin pada 18 November lalu kerajaan pimpinan Najib kini bersedia untuk "berperang" melawan aktivis dan organisasai hak asasi manusia.
"Kempen penindasan beliau dibuat berdasarkan teori konspirasi yang sengaja diada-adakan, kononnya aktivis Malaysia yang memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih, pemerkasaan wanita, kebebasan berucap dan hak asasi, telah menjalankan aktiviti menggugat demokrasi berparlimen mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan," katanya.
Isu 'derma' bagaimana?
ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata, penggunaan Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan Sosma ke atas aktivis sivil dan NGO terbabit adlaah keterlaluan serta tidak relevan.

Azwan dakwa pakatan Dr M, DAP untuk jadikan Mukhriz PM

Senator Khairul Azwan Harun mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik-baik dengan DAP selepas gagal menggunakan Umno sebagai landasan menaikkan anaknya menjadi perdana menteri.
Naib ketua Pemuda Umno itu juga menjangkakan kerjasama dengan DAP akan berlaku masalah pada masa depan apabila parti terbabit tidak akan bertahan lama kerana ia hanya berasaskan kepentingan politik saja.
"Setelah Datuk Seri Najib (Razak) enggan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir, khususnya setelah Datuk Seri Mukhriz ditolak oleh akar umbi dalam pemilihan lepas, Tun Dr Mahathir telah merencana untuk menumbangkan Datuk Seri Najib melalui rampasan kuasa politik namun tindakan ini dapat dibaca dan digagalkan.
"Kepimpinan dan akar umbi Umno yang bersepakat untuk meletakkan kepentingan parti dan rakyat telah menolak agenda politik Tun Dr Mahathir ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dakwaan Dr Mahathir cuba menaikkan anak lelakinya menjadi perdana menteri bukan sesuatu yang baru dinyatakan sebagai punca beliau menjadi pengkritik lantang Najib.

Pelantikan senator tidak lagi ikut Perlembagaan, kata pakar

Dewan Negara kini dilihat sebagai untuk kroni kerajaan atau parti dengan pelantikan 6 pemimpin Umno sebagai senator, kata Aziz Bari.
Aziz-Bari
PETALING JAYA: Kriteria pelantikan ke dalam Dewan Negara seolah-olah menyimpang daripada objektif digariskan Perlembagaan Persekutuan, kata pakar undang-undang dan menegaskan ia kini mejadi tempat untuk kroni kerajaan atau parti.
Dr Abdul Aziz Bari berkata, Dewan Negara, sebagai komponen ke-2 Parlimen, adalah untuk ahli masyarakat yang tidak boleh dipilih ke Dewan Rakyat.
Dan ini katanya, termasuk wakil kumpulan minoriti seperti Orang Asli, pesara atau kumpulan profesional.
Tetapi Aziz menegaskan Dewan Negara kini nampaknya menjadikan ia tempat untuk kroni kerajaan atau parti.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan 6 pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun, kepada Dewan Negara.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok berkata adalah tidak logik dan tidak boleh diterima bagi kerajaan melantik Azwan selepas ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini didakwa bersifat “perkauman”.
Pada 30 Nov, semasa perhimpunan itu, Azwan memberi amaran kepada kaum Cina tentang kemungkinan tindak balas yang diterima sekiranya mereka terus menolak Barisan Nasional.
Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh turut menggesa kerajaan mendedahkan kriteria bagi pelantikan senator.
Aziz berkata anggota Dewan Negara sepatutnya menyemak semula Rang Undang-Undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan bersuara untuk kaum minoriti.
“Tetapi senator juga dilantik menjadi ahli Kabinet. Ia tidak lagi mewakili idea kewujudannya sebagai komponen ke-2,” katanya.
Aziz berkata, tidak banyak boleh dilakukan melainkan jika terdapat perubahan dalam kerajaan persekutuan dan pentadbiran baru untuk menggembalikan semangat Perlembagaan.

Chua Soi Lek: Umno,Pas diramal akan tubuh kerajaan campuran


Tan Sri Chua Soi LekTan Sri Chua Soi LekUmno dan Pas kemungkinan besar akan berkongsi kuasa politik dengan menubuhkan kerajaan campuran sekiranya BN terus mempertahankan pemerintahan pada PRU14.
MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan terus kekal bersama, tetapi parti-parti ini akan terpinggir dalam arus perdana politik negara.
Demikian ramalan dibuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek kepada Sin Chew Jit Poh ketika mengulas mengenai hubungan yang semakin rapat antara pemimpin Umno dan Pas sejak kebelakangan ini seperti dipetik Sinarharian hari ini.
Beliau berkata, selepas Umno bekerjasama dengan Pas, dasar negara akan lebih Islamik dan Umno akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan mengutamakan kepentingan kaum Melayu.
"Umno dan Pas sudah jelas akan terus bekerjasama dan bersatu hati dalam isu perpaduan umat Islam. Kedua-dua parti ini juga diramalkan akan bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi dalam PRU. Mereka akan berkongsi kerusi ataupun mungkin sengaja mencetuskan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.
"Bagaimanapun, Pas tidak mungkin akan menyertai BN memandangkan penyertaannya ke dalam BN mesti mendapat persetujuan daripada 13 parti komponen BN terlebih dulu," kata bekas presiden MCA itu.

Semester akhir saya di UM mungkin terbatal, kata Anis

Aktivis siswa itu berpandangan tindakan itu sebagai usaha untuk menakutkan pelajar universiti lain supaya tidak lantang bersuara mengenai masalah negara
Anis UM
PETALING JAYA: Aktivis siswa Anis Syafiqah Mohd Yusof menyuarakan kebimbangan untuk berdepan dengan hukuman penggantungan pengajian semester akhirnya di Univesiti Malaya (UM).
Beliau berkata demikian, selepas Panel Tatatertib UM mendapatinya bersalah atas 3 pertuduhan yang menganjurkan perhimpunan “Tangkap M01” di Kuala Lumpur pada Ogos.
“Saya tidak nafikan tindakan UM ini menganggu persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tahun ini.
“Apa yang lebih membimbangkan, kemungkinan semester akhir saya tahun ini tidak dikira jika UM menggantung semester saya. Jika begitu, macam mana dengan kehadiran ke kelas dan tugasan akhir saya yang sudah siap?” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Anis berpandangan tindakan UM dilihat menjadi langkah untuk menakutkan mahasiswa supaya tidak lantang bersuara mengenai masalah negara.
Bagaimanapun, Anis berkata beliau tidak takut dengan tindakan yang akan dikenakan UM.
“Walaupun saya lihat tindakan UM ini cuba menakut-nakutkan saya, tetapi saya tidak takut. Sekiranya digantung, saya akan teruskan perjuangan dan tetap menghabiskan pengajian saya di UM,” katanya.
Anis hari ini didapati bersalah di atas 3 pertuduhan setelah mengadakan, menganjurkan dan memanggil suatu perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1; merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik UM kerana menyertai himpunan haram; dan merosakkan dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, moral, kesopanan serta tatatertib kerana menyertai himpunan tersebut.
Beliau berdepan hukuman denda RM200, penggantungan, pemecatan atau amaran.
Pada November, siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Asheeq Ali juga digantung 1 semester dan didenda RM200 juga kerana terbabit dalam #TangkapMO1.
Anis berkata, hari ini beliau diwakili Marcus Lee yang merupakan pelajar fakulti undang-undang dalam menghadapi prosiding pihak Panel Tatatertib UM.
Katanya, UM juga membenarkannya membuat rayuan bagi meringankan hukuman yang akan dikenakan.
“Walaupun belum membuat rayuan secara bertulis tetapi saya dimaklumkan wakil saya (Marcus) untuk dibenarkan membuat rayuan meringankan hukuman yang bakal dikenakan. Ini berikutan prestasi saya yang baik di universiti,” katanya.

Rakyat Didahulukan Membayar Cukai - Ustaz Azhar Idrus

PPBM gesa PAS terima keputusan 13 Disember ini, kata Mukhriz

Pas beri syarat pada Bersatu - Takiyuddin

SAMBUTAN KEHANCURAN BN KEDAH!!~ "Perasmian Ibu Pejabat PPBM Kedah, UMNO Kedah Bakal Di SAILANG"

Dyana Sofya: Tak bebas jika ditahan lepas berhimpun

Perhimpunan Bersih satu 'maraton', bukan lari pecut - Dyana Sofya

Anuar Tahir: Mungkinkah ada kejutan konvensyen Amanah esok?

'Kami bukan mahu zalim pada BN' - Anuar Tahir

Anuar Tahir: Terbukti Pas ada udang sebalik batu dengan BN

Aksi Rani Kulup demo di Masjid India, bantah Myanmar zalim Rohingya

Dakwa terima RM3.2 bilion dari Soros, BERSIH saman TV3

"Pada mata universiti, saya bersalah," luah Anis selepas prosiding tatatertib

Tangkap MO1 - Anis Syafiqah: Saya tak menyesal

Tangkap MO1: 'Panel disiplin universiti tidak adil, buat prosiding tanpa kehadiran Anis'

"Harimau pun ayah lempang, inikan pula Suu Kyi. Jangan sampai ayah terbang ke sana" - Rani Kulup

Tangkap MO1: Panel Tatatertib UM dapati Anis Syafiqah bersalah


Bundel bahan bukti yang disabitkan kepada Anis Syafiqah oleh Penal Tatatertib UM.Bundel bahan bukti yang disabitkan kepada Anis Syafiqah oleh Penal Tatatertib UM.

Pemimpin pelajar dari Universiti Malaya, Anis Syafiqah telah didapati bersalah oleh Panel Tatatertib universiti dan akan dijatuhkan hukumannya dalam masa 14 hari.
Menurut Anis dalam tulisan di facebooknya, setelah selesai sambungan prosiding selama 2 jam, pihak Panel Tatatertib Universiti Malaya telah memutuskan bahawa beliau bersalah atas kesemua pertuduhan (berkenaan penyertaan dalam himpunan aman).
Syafiqah dan rakan-rakan berkempen untuk Himpunan Tangkap MO1.Syafiqah dan rakan-rakan berkempen untuk Himpunan Tangkap MO1.Tiga pertuduhan yang dikenakan kepada Anis Syafiqah adalah:
1) ..didapati telah mengadakan, menganjurkan dan memanggil suatu perhimpunan Tangkap Malaysian Official 1.
2) ..didapati telah merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik Universiti, apabila telah menyertai satu perhimpuan Tangkap Malaysian Official 1 tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa dan telah disiasat (baca : membantu siasatan) pihak Polis Diraja Malaysia.
3) ..didapati telah merosakkan dan memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, moral, kesopanan serta tatatertib apabila telah menyertai satu perhimpunan Tangkap MO1.
Anis Syafiqah dan rakan-rakannya berjaya menghimpun ribuan pelajar di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dalam Himpunan Tangkap MO1 pada 27 Ogos lalu.

Parti Bersatu pembela rakyat


KANGAR - “Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukannya parti serpihan yang hanya bergerak dalam jumlah yang kecil, tetapi kami mempunyai jentera yang sangat kuat untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja, kata Ketua Pendaftar Parti Bersatu Perlis, Ameir Hassan.
Menurut Ameir, Bersatu Perlis sentiasa bersemangat untuk menghadapi apa sahaja rintangan yang mendatang bagi memastikan mereka mampu berada di puncak ketika Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita yakin, rakyat sudah pun matang untuk menilai antara pemberi kebaikan dan pemusnah.
“Masyarakat dah mula buka mata untuk berfikir, jadi kita perlu beri ruang kepada masyarakat untuk memilih siapa yang benar-benar layak untuk memimpin,” katanya ketika di temui di Pejabat Bersatu Jejawi, Perlis di sini kelmarin.
Di Perlis, Bersatu sudah berjaya mendapatkan ahli hampir 3000 orang meskipun usia penubuhan parti itu baru sahaja menjangkau beberapa bulan.
Menurut Ameir, kebanyakan mereka datang sendiri ke pejabat dan mengisi borang keahlian.
“65 peratus ahli Bersatu Perlis adalah golongan muda. Dengan ini kita bertambah yakin yang kita mampu untuk bergerak bagi memenangi PRU nanti.
“Golongan muda adalah nadi kepada perjuangan kerana mereka lah yang akan mewarisi kepimpinan ini,” katanya.
Tambah Ameir, kebanyakan rakyat sudah mampu berfikir secara rasional, jadi saya sangat yakin PRU akan datang kita akan menewaskan kerajaan dan memerintah Perlis.
“Kita perlu berjuang demi kedaulatan undang-undang dan kesucian perlembagaan supaya dikembalikan pada tempat asalnya,”ujarnya.
Ameir berkata, sebagai pemimpin kita perlu menghormati undang-undang dan tidak menggunakannya demi kepentingan peribadi.
“Bersatu sedia berjuang untuk mengembalikan maruah rakyat. Jika sekarang kehidupan rakyat diperkotak-katikkan, saya percaya prinsip perjuangan Bersatu akan memperjuangkan perkara berkenaan.

Pas: Terserah Bersatu buat pilihan


Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR - Pas tidak boleh mempertikaikan komitmen Bersatu untuk menyertai Pakatan Harapan yang dijangka berlangsung pada 13 Disember ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, namun sekiranya itu berlaku, berkemungkinan besar Pas mungkin turut akan tidak menjalin hubungan politik dengan Bersatu, selepas Amanah dan DAP.
"Pimpinan kita dan Bersatu ada berjumpa dan kita beri pandangan, kita boleh bersama dengan mereka atau mereka boleh bersama dengan kita dengan syarat mereka mematuhi syarat kita, yang antaranya kita tiada hubungan langsung dengan dua parti politik iaitu Amanah dan DAP.
"Kalau mereka berhasrat dengan kita dalam satu gagasan politik mereka seharusnya tiada hubungan dengan pihak-pihak lainlah itu secara jelas.
"Kalau Bersatu memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna  persefahaman politik antara Pas dan Bersatu sudah tidak wujud itu setakat inilah... tapi saya tak boleh ramal apa yang akan berlaku pada 13 Disember ini.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Anti Rasuah Antarabangsa di Hotel Premeira di sini hari ini
Mengulas lanjut Takiyuddin bagaimanapun berkata, Pas akan memperincikan perkara ini dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu dalam isu ini.
"Mungkin ada bentuk-bentuk tertentu yang mungkin kita boleh pertimbangkan sebagai contoh masa dulu Pas ada hubungan dengan Semangat 46, yang mana kita tiada hubungan dengan  DAP.
"Semangat 46 ada hubungan dalam Gagasan Rakyat yang turut bekerjasama dengan DAP itu mungkin boleh berlaku tapi buat masa ini tiada hubungan politik," katanya.
Takiyuddin berkata demikian bagi mengulas hasrat Bersatu yang berhasrat menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN pada PRU14.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 13 Disember ini.
"Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14," kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Tindakan kapitalis kerajaan Kelantan, aniaya Orang Asli

Perjuangan Orang Asli di Kelantan terhadap kegiatan pembalakan bukan baharu wujud 2-3 hari lalu, malangnya ia tidak diambil peduli oleh masyarakat
orang-asli
Oleh Ishak Sairozi
Ketika Syria dibom, Rohingya dibakar hidup-hidup, seluruh rakyat Malaysia, daripada pucuk pimpinan hingga golongan marhaen, menzahirkan keprihatinan sebagai saudara seagama yang bersahabat di dunia, bersaudara di syurga.
Begitu juga ketika Paris meledak apabila tembakan rambang dilepaskan di bar. Seluruh dunia menunjukkan keprihatinan mereka dengan mengutus doa dan mengecam pelaku, menolak keganasan dengan menggunakan alasan kemanusiaan.
Ketika Harambe (seekor gorila yang terpaksa ditembak mati bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh di dalam kurungannya) dibunuh, keprihatinan dunia seolah-olah menunjukkan kemanusiaan itu masih segar di bumi pelbagai bangsa ini.
Bagaimanapun, sangkaan itu meleset apabila berlaku tragedi di Kelantan yang melibatkan kaum Orang Asli. Hak sebagai warganegara dan manusia dicerobohi.
Kisah yang diceritakan mungkin tidak jelas kerana dikaburi media dan pemanipulasi cerita. Tetapi secara ringkasnya, kita langsung tidak kisah tentang apa yang terjadi terhadap mereka yang juga rakyat Malaysia.
Kisah yang terjadi di Kelantan ini bukannya baharu wujud 2-3 hari lalu. Kisah balak ini sudah bertahun-tahun.
Saban tahun, kawasan balak yang dicerobohi sudah terlalu ke pedalaman sehingga menceroboh tempat tinggal Orang Asli.
Mereka terlebih dahulu berada di situ berbanding penceroboh berlesen yang datang untuk mengambil hasil bumi.
Sayangnya, kerajaan negeri berpendapat Orang Asli menceroboh rizab yang diisytiharkan sebagai hak milik kerajaan negeri.
Tanpa mengetahui Orang Asli lebih lama mendiami kawasan dicerobohi, kerajaan negeri terus dengan gagah berani mengisytiharkan mereka memiliki setiap sudut hutan dan sumber rezeki di tanah tersebut.
Justeru, mereka bukanlah menceroboh kediaman Orang Asli sebaliknya mengambil hak mereka. Ya, hak mereka yang sebenarnya bukan hak mereka! Kisah tragis ini tidak diberi liputan meluas, seluas saudara seIslam di Rakhine.
Kisah tentang Orang Asli ini dikaburi media PAS dengan menyalahkan Orang Asli membuat sekatan terhadap aktiviti pembalakan.
Orang Asli negeri lain bersolidariti mempertahankan hutan yang didiami keluarga dan sahabat mereka.
Orang Asli dari Perak dan Pahang membuat benteng menggunakan tubuh mereka sendiri.
Sambil berdiri menghalang pembalak yang rakus, mereka menyanyikan lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita yang juga lagu kebangsaan mereka.
Malangnya sebagai akibat, mereka ditahan dan dipenjarakan. Ia sangat menyedihkan melihat apa yang berlaku di tempat paling mereka sayangi akhirnya diceroboh kerana hasil hutannya terlalu berharga kepada kerajaan negeri.

Beri PAS masa hingga akhir tahun, kata AMANAH

Ketika suanana politik kian panas dan cakap-cakap mengenai pilihan raya umum (PRU) ke-14, Parti Amanah Negara (AMANAH) bagaikan memberi kata dua kepada PAS.
Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata PAS wajar diberi tempoh untuk menentukan pendirian mereka dalam percaturan semasa politik negara.
"Tarikh akhir perlu ditetapkan kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) atau tidak kerana pada hujung 2016 kita mesti tahu dengan jelas, siapa yang bersama kita atau menentang kita," kata Mujahid di Pulau Pinang.
Malah, katanya, jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan HARAPAN, parti terbabit bolehlah disifatkan sebagai sekutu BN.
"Jika mereka tidak bekerjasama dengan kita, kita harus menganggap mereka bekerjasama dengan BN.
"Kekal tidak mengambil sikap menyebelahi sesiapa tidak memberi keuntungan kepada HARAPAN, sebaliknya memberi faedah kepada BN," kata anggota Parlimen Parit Buntar itu.
Mujahid adalah antara 18 "pemimpin progresif" yang meninggalkan PAS selepas mereka diketepikan perwakilan dalam muktamar parti itu tahun lalu.
PAS bekerjasama dengan parti pembangkang utama - PKR dan DAP - membentuk Pakatan Rakyat bagi menghadapi BN pada PRU ke-12, membolehkan pembangkang memenangi banyak kerusi pilihan raya.
Bagaimanapun selepas PRU ke-13 gabungan itu berakhir apabila wujud perseteruan antara PAS dan DAP. Ia kemudian membawa kepada penubuhan AMANAH yang membentuk HARAPAN.
Harapkan keputusan positif
Sesetengah penganalisis berpendapat PRU ke-14 boleh diadakan seawal Mac tahun depan.
Mengulas lanjut, Mujahid yang juga anak bekas mursyidul am pertama PAS tidak menolak kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjadi rakan sekutun HARAPAN menjelang PRU ke-14.
"Kami benar-benar berharap BERSATU akan membuat keputusan yang jelas tidak lama lagi sama ada menyertai HARAPAN atau tidak," kata Mujahid.
Difahamkan mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN akan diadakan pada 13 Disember ini bagi membincangkan perkara tersebut.
Pada pertemuan itulah, kata Mujahid pimpinan HARAPAN akan mendapatkan keputusan rasmi selepas BERSATU menangguhkan kemasukan mereka baru-baru ini.
"Kali ini mereka mungkin sudah ada keputusan dan kami melihatnya sebagai sesuatu yang positif," katanya.

Konvensyen pertama siapkan Amanah hadapi PRU 14


Konvensyen pertama Amanah 10 dan 11 Disember di SACC Shah Alam.Konvensyen pertama Amanah 10 dan 11 Disember di SACC Shah Alam.

Konvensyen pertama Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan berlangsung esok dan lusa (Sabtu dan Ahad) di Shah Alam bakal mempersiapkan parti berumur setahun itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14.
Ia akan berlangsung di Dewan Konvensyen Shah Alam (SACC) mulai jam 8 pagi dengan majlis perasmiannya bakal berlangsung pagi esok.
Selain pimpinan dan perwakilan utama Amanah dari seluruh negara, semua pimpinan utama Pakatan Harapan termasuk Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai majlis perasmiannya pagi esok.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berharap, semua penggiat partinya dari seluruh negara menyertai konvensyen itu esok walaupun terpaksa turun naik ke ibu negara sejak kebelakangan ini.
"Harapan saya amat tinggi agar semua penggiat parti tidak akan melepaskan satu peluang yang cukup unik iaitu bersama menyertai sebuah konvensyen yang bakal menawarkan harapan baru," kata Anuar dalam wawancaranya dengan akhbar parti itu, Amanah, yang kini berada di pasaran.
(Wawancara penuh boleh diperolehi dalam akhbar mingguan Amanah yang kini mula berada di pasaran)
Sempena konvensyen ini, Amanah akan memperkenalkan lima tawarannya untuk semua rakyat negara ini untuk dipertimbangkan dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
Dengan tema "Amanah Demi Negara", Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan memberikan ucaputama di konvensyen ini.

Kerjasama Pas Umno diteruskan dalam 'Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah'

Takiyudin, Razali Ibrahim dan Nasharudin di atas pentas 'Sehati sejiwa'.Takiyudin, Razali Ibrahim dan Nasharudin di atas pentas 'Sehati sejiwa'.

Kerjasama antara Umno dan Pas diteruskan lagi hari ini apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan berganding bahu dengan Timbalan Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim dalam satu dialog rakyat.
Keedua-duanya menjadi ahli penal dalam Dialog Rakyat "Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah" anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara hari ini.
Moderator kepada dialog ini pula adalah bekas Timbalan Presiden Pas yang banyak menjadi jambatan antara kedua-dua parti, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Program yang dianjurkan sempena Hari Pencegahan Rasuah Sedunia itu diadakan di bangunan MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, ketika menjadi timbalan presiden, Nasharudin pernah mengesahkan, cadangan kerjasama dengan Umno itu telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.
Bekas naib presiden, Datuk Dr Hassan Ali juga berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersetuju dengan cadangan itu namun ditentang oleh mereka yang digelarkan beliau sebagai 'Anwarinas' dan 'Parasit" dalam Pas.
Hampir kesemua pemimpin kanan Umno dan Pas duduk sepentas 4 Disember lalu di Stadium Titiwangsa dalam Himpunan Solidariti untuk Rohingya.
Sehari selepas itu kunjungan Abdul Hadi ke Maha 2016 diiringi Mneteri Pertanian, Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau juga disambut hormat oleh Datuk Seri Noh Omar dan Tun Abdullah Badawi, bekas perdana menteri.

Hubungan PAS dengan PKR, PPBM bakal putus?

Semuanya akan terjawab selepas pertemuan PPBM dengan Pakatan Harapan minggu depan.
pas
KUALA LUMPUR: Pertemuan rasmi antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 13 Disember ini bakal menentukan sama ada PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dan PPBM, menurut pemerhati politik.
Ia juga akan menyerlahkan pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini memberikan PAS tarikh akhir untuk mengesahkan jika ia mahu bekerjsama dengan pembangkang lain.
Permerhati berpandangan Dr Mahathir, yang sebelum ini secara terbuka menyokong PPBM menyertai Pakatan Harapan, dijangka akan memutuskan hubungan PPBM dengan PAS.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini beberapa kali meluahkan keyakinan PAS akan turut serta dengan pembangkang lain memastikan pertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) bagi memberikan peluang lebih cerah kemenangan pembangkang.
Pemerhati juga beranggapan PKR akan mengambil langkah sama memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mempunyai pengaruh.
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah.
Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar berkata, hubungan PAS-PPBM dan PAS-PKR akan terputus dengan rasminya selepas PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas pertemuan mereka 13 Disember ini.
Malah, Sayuti yakin PAS akan bersama Umno selepas itu.
“Selepas itu, saya yakin 100% PAS akan bersama Umno dan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR,” kata Sayuti kepada FMT.
Menurutnya, PAS akan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR kerana kedua-dua mengadakan kerjasama rasmi dengan DAP dan Amanah.
“Ekoran itu, saya jangka akan berlaku sedikit perpecahan dalam PAS dan sebahagian pemimpin PAS akan tidak aktif lagi, termasuk Iskandar Samad,” kata Sayuti, merujuk naib presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang sebahagian Exco Selangor.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata PAS akan hanya bekerjasama dengan PPBM dan PKR sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula menaruh harapan besar kepada pertemuan minggu depan itu, supaya keputusan dibuat demi kepentingan rakyat.
“Saya berharap semua pemimpin yang hadir dalam pertemuan bersejarah ini datang dengan kepala dingin dan berjiwa besar serta dengan dada terbuka,” kata Zahid yanh juga cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba.

Kenaikan mendadak pengundi, pihak mana paling banyak mendaftar?


Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak.Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan kumpulan manakah yang bertanggungjawab sehingga berlaku kenaikan mendadak dalam pendaftaran pengundi baru pada suku ketiga tahun 2016.
Kumpulan mana bertanggungjwab, soal Dr Ong Kian Ming.Kumpulan mana bertanggungjwab, soal Dr Ong Kian Ming.Menurut ahli parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng, pada suku ketiga tahun 2016, seramai lebih setengah juta (501,799) pengundi baru telah didatarkan.
"Ia adalah lebih dari lima kali ganda jumlah pengundi baru yang didaftarkan pada suku kedua 2016 dan lima kali lebih ramai dari jumlah pengundi baru yang didaftarkan sebelum pilihan raya 2013," kata Ong dalam satu kenyataannya.
Namun, faktor yang ingin diketahui adalah kumpulan manakah yang bertanggungjawab mendaftarkan begitu ramai pengundi untuk tempoh itu.
"Inilah sebabnya, jika kerajaan boleh bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mereka cukup umur, maka keraguan tentang jumlah pendaftaran baru ini boleh dikurangkan," katanya.
Bagi beliau, banyak sebab boleh diberikan kenapa pendaftaran pengundi baru sangat ramai dalam tempoh tersebut.

KENAPA BIARKAN MEDIA ANTARABANGSA MENYERANG MALAYSIA BERTALU-TALU?

"Syarikat media sama ada dari Amerika Syarikat. Great Britain dan Singapura wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa...terbaru, kononnya China akan bantu 1MDB dalam isu pertikaian dangan IPIC."
Semakin hari semakin terjejas imej negara dan pemimpin gara-gara ‘laporan jahat’ media antarabangsa.
Syarikat media sama ada dari Amerika Syarikat. Great Britain dan negara jiran, Singapura wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa untuk diberi pengajaran kerana menyiarkan berita palsu dan bersifat spekulatif ke seluruh dunia.
Terbaru, ia berkaitan laporan kononnya China akan bantu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam membuat pembayaran balik kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).
Laporan oleh Financial Times (FT) berpusat di Britain itu dikeluarkan di tengah pertikaian hutang AS$6.5 bilion antara 1MDB dan IPIC, iaitu syarikat kewangan milik kerajaan Abu Dhabi.
Kerajaan dan 1MDB perlu bertindak terhadap penyiaran berita sama ada oleh FT atau syarikat berita lain yang tidak bertanggungjawab itu.
Ini kerana ia boleh menjejaskan imej nama baik Malaysia,  kerajaan, pengurusan 1MDB dan individu tertentu yang terbabit.
Berita ini bukan kecil nilainya. Ia bukan sahaja memberikan gambaran buruk kepada 1MDB tetapi turut mengaitkan nama Perdana Menteri apabila setiap kali ada masalah berkaitan dengan 1MDB.
Malah laporan dan ulasan, termasuk oleh South China Morning Post (SCMP) berpngkalan di Hong Kong turut membawa tajuk “HAS CHINA OFFERED TO BAIL OUT MALAYSIA’S 1MDB? AT WHAT COST?” begitu membimbangkan.
Lebih mengejutkan, SCMP yang memetik seseorang yang dikatakan mengetahui mengenai perkara ini memberitahu akhbar berkenaan bahawa Malaysia akan bertukar aset  untuk mendapatkan pembiayaan China bagi tujuan ini.
“China kini sedang membahagi-bahagikan goodwill di seluruh wilayah sekitarnya...jadi ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Oh Ei Sun, bekas pembantu penting Datuk Seri Najib Razak.
Beijing memang tidak membuat permintaan yang pelik-pelik untuk bantuan ekonomi itu tetapi pasti ada harapan bahawa Malaysia ‘perlu tahu apa yang perlu dilakukannya”, tegas Oh.
Tidakkah laporan ini seakan mengesahkan spekulasi oleh media Barat dan Singapura sejauh ini?
Berkaitan ini, The Straits Times Singapura semalam turut memetik laporannya sebelum ini (6 Julai 2016) bahawa sebidang tanah yang dikatakan bernilai berbilion ringgit dimiliki oleh 1MDB di Pulau Pulau Pinang menarik minat sebuah syarikat China untuk mengembangkan perniagaanya di Malaysia.
Tanah selpas 94.7 hektar di Daerah Air Itam itu dikatakan menarik minat perbadanan China termasuk Metallurgical Corp, yang bersedia membayar lebih tinggi daripada pembida tempatan.
Kenyataan ini dikatakan disahkan  oleh eksekutif kewangan yang terbabit dengan rundingan perniagaan itu. Dikatakan, syarikat China mahu membeli tanah itu dengan harga RM2 billion (S$671 million) atau secara perjanjian pembangunan bersama.
Jika dibangunkan secara bersama, 1MDB dijanjikan keuntungan sebanyak RM3.5 billion.

Rundingan Pas dengan Umno tak pernah dibincang dalam mesyuarat parti, dirahsiakan

Pas yang kini semakin dekat dengan Umno telah lama diduga bersikap sedemikian ketika pemimpin Amanah masih berada dalam pimpinan pusat parti itu, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.
“Kami sudah dapat cium bahawa Pas semakin mendekati Umno-BN, walaupun mereka merahsiakan pertemuan-pertemuan yang berlaku daripada kami.
“Kami dalam pimpinan pusat waktu itu tak tahu ada pertemuan dan bila kami tanya tiada pengesahan, (yang ada) hanya penafian,” ujarnya dipetik daripada wawancara di Sinar Harian, hari ini.
umno_pas_600Beliau berkata, Pas pada masa ini sudah mula mengadakan pakatan dengan Umno atas nama kepentingan orang Melayu dan Islam.
“Setelah kami keluar (dari Pas) dan selepas (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pula meninggal, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Kita boleh tengok dengan jelas apa yang disembunyikan,” tegasnya lagi.
Untuk rekod, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu hadir dan berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Disember tahun lalu juga, Abdul Hadi dan Najib sepentas dalam majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season di ibu negara.

Berbaik semula dengan Mahathir bukan kerana sosoknya tetapi tindakannya

Tindakan pihak yang menentang Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu bukan kerana sosoknya Mahathir itu Mahathir tetapi adalah kerana apa yang sosok itu lakukan.
Oleh itu, tidak salah untuk berbaik dengan Mahathir sekarang kerana apa yang dilakukannya, bukan batang tubuh itu sendiri, kata peguam Shahrezan Johan.
Sehubungan itu, katanya, tindakan sesetengah pihak bersama dengan musuh politiknya selama ini tidak salah kerana perseteruan mereka selama ini adalah kerana apa yang dilakukan bukan kerana personaliti itu.
Kita sokong atau tolak sesaorang kerana perbuatannya bukan kerana sosoknya barulah jadi perjuangan kita berprinsip, kata Shahrezan JohanKita sokong atau tolak sesaorang kerana perbuatannya bukan kerana sosoknya barulah jadi perjuangan kita berprinsip, kata Shahrezan JohanDemikian kata Shahrezan dalam satu postingnya yang mempertahankan tindakan sesetengah pihak yang berbaik-baik semula dengan Tun Dr Mahathir yang selama ini menjadi musuh mereka.
"Ramai yang kurang senang atau tidak setuju dengan kerjasama pembangkang dan sesetengah NGO dengan Tun Mahathir. Mereka kata pembangkang dan NGO telah gadaikan prinsip mereka.
"Saya faham kegusaran mereka.
"Tetapi bukankah mereka yang menentang Tun Mahathir dahulu menatang beliau bukan kerana sosok Mahathir itu Mahathir, tetapi kerana apa yang sosok itu lakukan.
"Dan samalah juga, yang menentang rejim yang sedia ada bukanlah sebab ia ada sosok Najib Razak, atau Zahid Hamidi, dan lain-lain, tetapi kerana apa yang telah dilakukan," tulis peguam hak asasi manusia itu.
Bagi beliau, berbaik atau bertembung dengan sesaorang adalah kerana prinsip bukan kerana pribadi.
"Bukankah perjuangan itu berlandaskan prinsip? Iaitu untuk membaikpulih sistem yang sedia ada, dan mereformasikan institusi-institusi negara, untuk membina Malaysia yang lebih baik?

Mahkamah AS tolak permohonan keluarga Jho Low tangguh kes 1MDB

Keluarga hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, gagal dalam usaha mereka untuk menuntut aset yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) apabila seorang hakim persekutuan AS menolak usul yang boleh memberi mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.
Awal minggu ini empat anggota keluarga Low Taek Jho memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran pada 12 Disember kepada 23 Januari untuk membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk mencuba dan mendapatkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru.
Dalam keputusannya, Hakim Daerah AS Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran itu dan satu permintaan yang berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir untuk memfailkan tuntutan. Tiada sebab diberikan dalam kenyataan yang difailkan bertarikh Rabu.
Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Low Taek Jho adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil itu yang bertujuan untuk merampas aset bernilai AS$1bilion yang didakwa dari dana yang diselewengkan dari 1MDB dan dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.
Keluarga Low Taek Jho itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka. Keputusan untuk meneruskan perbicaraan pada hari Isnin boleh menggagalkan rancangan itu.

Rafidah: Dr M tak boleh, tapi pemimpin dipalit skandal boleh

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru, telah dibatalkan.
Rafidah bertanya sama ada kehadiran Dr Mahathir dianggap oleh pihak pihak tertentu akan mencemarkan majlis tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berpalit dengan skandal adalah yang sebenarnya membawa 'kesipuan', tetapi beliau tidak menamakan sesiapa.
"Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa "kesipuan" kepada apa jua majlis.
"Tidak begitu?" kata Rafidah dalam satu catatan di Facebook.
Dalam surat dari penyimpan mohor besar raja-raja bertarikh 5 Disember, Dr Mahathir telah dimaklumkan bahawa jemputan kepada beliau telah ditarik balik untuk mengelak "kesipuan", kerana tempat duduk tidak disediakan untuknya.
Menurut Rafidah, Dr Mahathir telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh Yang di-Pertuan Agong dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput.

Dr M tak rugi, tak hina jemputan ke istana dibatalkan

Siapakah yang akan kesipuan jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri istiadat menandatangani sumpah jawatan yang di-pertuan agong di Istana Negara pada 13 Disember ini?
Datuk Seri Najib Razak atau Dr Mahathir?
Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Dr Mahathir hadir di upacara itu. Pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpukan perhatian kepada beliau untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.
Ini akan meletakkan pemimpin BN, terutama perdana menteri dan menteri-menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan.
Tentunya pihak keselamatan tidak dapat melarang sesiapapun juga untuk menemui Dr Mahathir di majlis itu.
Dr Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 10 November lalu, manakala maklumat pembatalan dari pihak yang sama diketahui pada 13 Disember.
Ini mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri.
Pembatalan itu dibuat setelah Dr Mahathir menjawab akan hadir dan didakwa bukanlah bertujuan untuk memalukan beliau, tetapi untuk mengelakkan "kesipuan" yang akan dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak jika berlaku pertembungan dengan bekas perdana itu.
'Saya minta maaf'
Dalam hal ini tidak ada kerugian pada Dr Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekali pun ada sesiapa datang menemuinya, sebaliknya akan menimbulkan simpati lebih tinggi kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan dilakukan terhadapnya.
Maka itu sebelum meletusnya suasana "kesipuan" di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun akan timbul anggapan buruk daripada rakyat bahawa "Istana Negara adalah milik Najib dan BN".

Pas dalam proses tentu hala tuju.??

Penganalisis politik dari ‎Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman melihat Pas ketika ini dalam proses untuk menentukan hala tuju parti.
“Pas dilihat sama ada akan menjadi sebahagian pembangkang atau blok pembangkang asing atau juga pembangkang yang 'friendly' kerajaan.
Pas “Jadi, kita tidak tahu yang mana satu jalan yang dipilih. Nampak gaya untuk mereka duduk semeja dengan Pakatan Harapan agak nipis kerana masalah mereka dengan parti Amanah dan DAP,” katanya bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.
Tambahnya, DAP misalnya menolak cadangan RUU355 sebelum ini, manakala Amanah merupakan serpihan mereka.
Katanya, demi kepentingan survival politik, Pas perlu membuat keputusan jalan yang mana mereka hendak pilih.
“Setakat ini program dan aktiviti yang dijalankan menampakkan bahawa Pas dan Umno dilihat bekerjasama.
“Dahulu mereka pernah bekerjasama dalam satu majlis, sekarang sekali lagi dalam platform memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya yang ditindas di Myanmar,” katanya.
Tetapi, pada masa sama juga, Pas masih berbelah-bagi hendak berkongsi kerajaan di Selangor yang menggabungkan PKR, DAP dan Pas sendiri.

MACAM PAS JUGA, HATINYA KE MANA?

Seorang timbalan menteri yang tidak dikenali dan amat jarang bersuara, Hamim Samuri menyifatkan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena sebagai pemimpin yang hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada Amanah.

Bagi saya Mahfuz ini boleh digelar "syan tong"...suka menghasut dan memecah-belahkan orang, kata Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang, Johor.

Beliau berkata demikian ketika membidas dakwaan Mahfuz bahawa sifat wala'  yang digembar-gemburkan dalam UMNO sekarang umpama kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap yang lebih berupa suatu ugutan kepada ahli-ahlinya.

Kata Mahfuz lagi, ia berbeza dalam tradisi Islam di mana sifat wala' itu diberi dan bukannya diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap terpuji mereka.
Sambil menyifatkan Mahfuz hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada Amanah, Hamim seterusnya meminta Mahfuz jangan sibuk-sibuk hal rumahtangga orang lain.

Hamim sebenarnya tak perlu gundah gulana tentang ke mana halanya hati Mahfuz kerana Pas sendiri ketika ini sudah tidak tentu hala lagi arah tuju hati dan perjuangan mereka.

Hadi Awang dan beberapa pemimpinnya mungkin masih memakai baju Pas, berjubah dan berserban, tetapi ke mana hati mereka sekarang ini?

Satu lawan satu agenda utama pertemuan PH dan PPBM



Pakatan Harapan Baru selepas PPBM sertainya.
Pertandingan satu lawan satu antara pakatan parti-parti pembangkang menentang Barisan Nasional akan menjadi agenda utama mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Selasa, 13 Disember depan.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan kerjasama politik berkenaan adalah amat penting bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, lapor Roketkini.
Mesyuarat itu akan dihadiri kesemua parti komponen Pakatan Harapan, iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), serta pemimpin-pemimpin PPBM.
“Ini merupakan satu proses bagi mewujudkan suasana satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional.
“Jika diikutkan, kita mahu kesemua parti pembangkang bergabung bagi membentuk sebuah gabungan untuk melawan Barisan Nasional. Tetapi setakat ini, keempat-empat parti ini yang menunjukkan komitmen,” katanya di sidang media di ibu pejabat DAP di sini, petang semalam.
PH kesal
Dalam pada itu, Pakatan Harapan turut melahirkan rasa kesal dengan pembatalan undangan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke istiadat lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Konflik dengan Orang Asli tak ubah penyokong tegar PAS terus sokong

Azman Pawi bagaimanapun menasihatkan PAS berdialog dengan kumpulan NGO dan penduduk tempatan yang membantah pecerobohan hutan didiami Orang Asli.
awang-azman-awang-pawi_pembalakan_pas_600
PETALING JAYA: Isu protes penduduk Orang Asli yang membantah pembalakan di kawasan kediaman mereka di Gua Musang tidak akan melunturkan sokongan penyokong tegar PAS kepada parti itu, kata penganalisis politik, Awang Azman Pawi.
Awang Azman bagaimanapun berkata itu tidak bermakna PAS tidak perlu memberikan penjelasan mengenai isu itu dan berhati-hari menangani bantahan terhadap kerajaan pimpinannya.
“Tanpa penjelasan mengenainya, PAS akan dilihat hanya berminat dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan tidak peduli apa yang berlaku di kubu kuatnya,” katanya kepada FMT.
Sejak beberapa bulan, penduduk Orang Asli di Gua Musang mengadakan bantahan terhadap pencerobohan hutan di kawasan tanah adat mereka.
Lebih 50 aktivis Orang Asli ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan dan polis yang bertindak atas arahan kerajaan negeri.
Pimpinan PAS bagaimanapun mempertahankan tindakan itu dan menuduh orang luar menghasut penduduk setempat.
Awang Azman berpendapat PAS tidak berdepan kesulitan meyakinkan ahlinya mengenai pendirian kerajaan Kelantan menangani protes Orang Asli.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan kerajaan Kelantan mengadakan dialog dengan pemimpin NGO dan Orang Asli bagi mencari jalan penyelesaian, walaupun ia tidak akan menggugat budaya taat setia ahli PAS kepada pemimpin mereka.