Khamis, 8 Disember 2016

14 DISEMBER 2016, NAJIB GANTI ANWAR DALAM PENJARA!!~ "Sidang Media Solidariti Pembebasan Anwar"

Tak mahu berunding, Amanah persoal 'politik matang' PAS

Dakwat kekal satu kejayaan Bersih - Najwan Halimi

Mesej Bersih konsisten walaupun momentum menurun - Najwan Halimi

Mesej Bersih konsisten walaupun momentum menurun - Najwan Halimi

SELEPAS 13 DIS INI, LUPAKANLAH PAS, BIAR RAKYAT MENGHUKUM MEREKA

PPBM dijangka akan menganggotai Pakatan Harapan secara rasmi pada 13 Disember ini. Ia sekaligus menjadikan gabungan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu mampu muncul sebagai pencabar utama kepada BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Berdasarkan ucapan Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, PRU 14 mungkin hanya beberapa bulan saja lagi daripada sekarang. Najib tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pembubaran Parlimen sehingga UMNO perlu bersidang sekali lagi kerana momentum persediaan pilihanraya yang sudah dipasakkannya akan menjadi anti-klimaks.

Oleh itu, Pakatan Harapan dengan keanggotaan empat parti sedia ada dan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan Warisan di Sabah tidak perlu berlengah lagi untuk melancarkan gerak kerja bagi menumbangkan BN dan seterusnya muncul menjadi kerajaan yang baru.
Selain kerana pengaruh Tun Mahathir yang tetap gigih untuk menjatuhkan Najib dengan pelbagai gaya serangannya, kebencian rakyat pada tahap gaban kepada Perdana Menteri ketika ini dan ia sentiasa meningkat hari demi hari, tidak banyak lagi yang mampu dilakukan oleh BN untuk mempertahankan kuasa mereka.

Hampir tidak ada lagi segmen dalam masyarakat yang suka kepada Najib. Beliau lebih banyak dipersenda, diperlekeh dan dipermain-mainkan oleh rakyat di serata pelusuk negara yang menandakan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya.

Kegusaran rakyat selama ini kepada parti-parti pembangkang ialah mengenai tiadanya kesepakatan dan sering berbalah sesama mereka. Rakyat memang ingin menolak dan menghumban UMNO dan BN ke gaung yang dalam, tetapi dalam masa yang sama tertanya-tanya tentang kekukuhan Pakatan Harapan yang dianggap sebagai pengganti kerajaan sedia ada.

Dengan PPBM sebagai komponen terbaru Pakatan Harapan, selepas 13 Disember itu, mereka perlu terus bergerak ke hadapan untuk meyakinkan rakyat tentang kemampuan dan kesepakatan yang ada. Pengaruh dan pengalaman Tun Mahathir pasti juga memberi markah tambahan dalam hal ini.

Sultan Terengganu perkenan kurnia kembali gelaran kepada MB

Sultan Mizan Zainal Abidin perkenan mengurniakan gelaran Datuk Seri kepada Ahmd Razif Abd Rahman
mizan-zainal-abidin_Ahmad-Razif_terengganu_600
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini”.
Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.

'Jangan biar Bah Kuning berulang' - Wira Perkasa

Wira Perkasa Malaysia kesal dengan pendirian Pemuda PAS Kelantan yang dilihat menyebelahi tauke balak berbanding Orang Asli yang tertindas di negeri itu.
Sepatutnya Pemuda PAS bersikap lebih lantang mempertahankan kaum yang oleh tauke balak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Selain itu, mereka harus mempamerkan imej yang baik kerana membawa bayangan parti melaungkan slogan "Membangun Bersama Islam".
Islam tidak pernah mengajar umatnya menindas kaum lain, dan lebih daripada itu, Islam sama sekali tidak membangun kerana menindas.
Pada masa sama, Pemuda PAS dinasihati supaya berhenti menuduh "orang luar" sebagai penghasut Orang Asli membuat bantahan.
Tindakan ini memperlihatkan kerajaan Kelantan kehabisan modal dan ingin menjarakkan diri daripada masalah yang telah mereka lakukan.
Sekarang rakyat sudah pandai menilai. Sewajarnya kerajaan Kelantan mencari penyelesaian kepada kemelut ini, bukannya meletakkan kesalahan itu pada orang lain.
Kami menggesa Pemuda PAS lebih prihatin terhadap alam sekitar.
Ia adalah aset yang sangat penting untuk kelastarian kehidupan makhluk di muka bumi ini. Menjadi kewajipan kepada umat Islam menjaga dan memulihara alam sekitar.
Dalam hal ini Pemuda PAS harus sedar kelangsungan masa hadapan lebih penting dan bernilai berbanding keuntungan yang sedang diraih hasil pencerobohan ke kawasan Orang Asli.
Sempena musim tengkujuh ini kami ingin mengajak masyarakat untuk kembali mengingati tragedi hitam yang pasti tidak dapat kita lupakan iaitu banjir besar pada 2014.
Banjir ini popular dengan nama "Bah Kuning" kerana warnanya akibat lumpur yang terhakis dari kawasan pembalakan yang tidak terkawal.
Kami tidak mahu bencana yang menyayat hati ini berulang lagi kerana kerakusan, kezaliman dan penindasan sebagai sebab utama.

Jemputan Istana: Pandangan Dr M sinis, bukan menghasut

Bekas perdana menteri itu beranggapan majlis berkenaan acara nasional dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik berdasarkan pengalamannya.
Mahathir,-Siti-Hasmah,-Agong,-univited,-invitation,-cancelled,-fmt,-rulers,-sarcastic,-blog,-palace
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapannya mengenai majlis Yang di-Pertuan Agong sebagai acara nasional yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik ternyata salah.
“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian daripada politik parti.
“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan Istana Negara adalah milik Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan parti Barisan Nasional (BN),” katanya dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc.
Dr Mahathir mengakui ada menerima jemputan ke acara itu pada 10 November dan sudah memberi pengesahan untuk menghadirinya.
“Saya terima jemputan itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 10 November.
“Saya jawab saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” katanya.
Bagaimanapun, semalam Dr Mahathir berkata menerima surat pembatalan jemputan beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Jemputan itu adalah bagi majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Pada 6 Disember, saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut: ‘Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada Dr Mahathir dan memaklumkan undangan tersebut adalah dibatalkan.
“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada Dr Mahathir,” katanya.
Sementara itu, peguam N Sivananthan berkata kenyataan Dr Mahathir yang merujuk Istana Negara di bawah kawalan Najib dan kerajaan BN boleh disifatkan sebagai menghasut.
Katanya, ia seolah-olah mahu mengatakan pihak Istana Negara di bawah kawalan kerajaan.
“Kenyataan Dr Mahathir membuatkan institusi secara keseluruhan di bawah kawalan kerajaan yang sepatutnya bebas.

Kami sudah lama dapat cium Pas akan dekati Umno, kata Amanah


Pas mahu bekersama dengan Umno sudah lama dicium, kata bekas pemimpin.Pas mahu bekersama dengan Umno sudah lama dicium, kata bekas pemimpin.
Pas yang kini semakin dekat dengan Umno telah lama diduga bersikap sedemikian ketika pemimpin Amanah masih berada dalam pimpinan pusat parti itu, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.
"Kami sudah dapat cium bahawa Pas semakin mendekati Umno-BN, walaupun mereka merahsiakan pertemuan-pertemuan yang berlaku daripada kami.
Kami sudah lama cium yang Pas mahu kerjasama dengan Umno, kata Anuar Tahir..Kami sudah lama cium yang Pas mahu kerjasama dengan Umno, kata Anuar Tahir.."Kami dalam pimpinan pusat waktu itu tak tahu ada pertemuan dan bila kami tanya tiada pengesahan, (yang ada) hanya penafian," ujarnya dipetik daripada wawancara di Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata, Pas pada masa ini sudah mula mengadakan pakatan dengan Umno atas nama kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Setelah kami keluar (dari Pas) dan selepas (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pula meninggal, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Kita boleh tengok dengan jelas apa yang disembunyikan," tegasnya lagi.
Untuk rekod, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu hadir dan berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Disember tahun lalu juga, Abdul Hadi dan Najib sepentas dalam majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season di ibu negara.

HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis

Para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata, butiran tepat akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pada 13 Disember ini di ibu pejabat PKR.
"Mesyuarat itu dijangka membincangkan kerjasama politik antara keempat-empat parti sebagai sebahagian daripada proses untuk memungkinkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar susulan mesyuarat sekretariat HARAPAN di ibu pejabat DAP Kuala Lumpur.
HARAPAN kini dianggotai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sambil menyifatkan kehadiran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada konvensyen HARAPAN bulan lepas dan persidangan kebangsaan DAP pada Ahad lalu sebagai tanda-tanda positif, Saifuddin melahirkan keyakinan isu-isu lebih serius akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat itu.
"Kehadiran itu hanya untuk bertanya khabar, memberi ucapan...tetapi yang ini adalah pertemuan antara pemimpin tertinggi empat parti.
"Jadi, saya menjangkakan isu-isu yang lebih serius akan dibincangkan. Dan bagi saya, perkara yang dibincangkan akan menjadi langkah seterusnya untuk membentuk pakatan pembangkang dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada PRU-14," jelas beliau.
Ketika ditanya sama ada HARAPAN akan membuka pintunya kepada bekas sekutu PAS, Saifuddin berkata, mesyuarat 13 Disember ini akan hanya terdiri daripada pemimpin HARAPAN dan BERSATU.
Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa matlamat HARAPAN agar akhirnya menyatukan semua parti pembangkang dalam 'satu gabungan besar yang kuat dan kukuh'.
"Ia sentiasa di fikiran kami. Tetapi anda tahu, kadang-kadang orang mengambil masa untuk membuat keputusan. Tetapi masa tidak memihak kepada kita.
"Terdapat begitu banyak parti-parti pembangkang yang lain. Nasib baik anda tidak bertanya kepada saya tentang Sabah," katanya berjenaka.

PAS semakin terpinggir, kata Amanah

Keyakinan ahli PAS kepada kepimpinan mereka sangat kritikal kerana sikap tidak menentu yang dilihat semakin cenderung kepada BN.
Salahuddin-Ayub_amanah_pas_600
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, hari ini membidas tuduhan PAS yang mengatakan ia tidak mempunyai nilai tambah kepada parti Islam itu dan menolak sebarang kerjasama dengannya.
Sebaliknya, menurut Salahuddin, PAS adalah parti yang tidak memberikan keuntungan politik kepada mana-mana pihak dan kepimpinan atasannya bertanggungjawab terhadap perpecahan dalaman yang berlaku.
“Dan hari ini keyakinan ahli PAS kepada kepimpinan mereka sangat kritikal kerana sikap tidak menentu kepimpinan yang dilihat semakin cenderung kepada Barisan Nasional (BN).
“Jadi saya rasa PAS hanya menunggu saat perpecahan dan akan menjadi parti terpinggir daripada arus politik perdana dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menolak sebarang kerjasama dengan Amanah kerana menganggap parti itu tidak memberikan sebarang keuntungan politik atau nilai tambah kepadanya.
Tuan Ibrahim berkata, ia berbeza dengan kerjasama politik yang pernah dijalinkan PAS dengan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR.
Salahuddin menambah, beliau juga tidak teruja dengan apa dinyatakan Tuan Ibrahim itu kerana apa yang penting, Amanah kini sebahagian daripada Pakatan Harapan.
“Dan minggu depan kita akan menandatangani perjanjian di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) pula bersama dengan Pakatan Harapan. Sedangkan PAS terus terpinggir.
“Jadi cubalah Tuan Ibrahim sendiri berfikir parti mana yang tidak ada nilai tambah,” katanya.

PKR ajak rakyat turun himpun 'Solidariti Anwar Bebas!' pada 14 Dis

"Tak manis bekas PM tak diundang," kata Saifuddin

Dana Asing: Tiga wakil NGO habiskan 3 jam di Bukit Aman

Pakatan mesyuarat 13 Disember ini tentukan penyertaan BERSATU

Pakatan: Tak manis batal undangan kepada Dr M

Semua bekas perdana menteri dan ketua pembangkang diundang ke majlis lafaz angkat sumpah Agong, kata Saifuddin Abdullah
Saifuddin-Abdullahmahathir
PETALING JAYA: Pakatan Harapan berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memanjangkan semula undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana kejadian membatalkan undangan kepada bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya berlaku.
“Kami kesal ini berlaku, ia tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Pakatan tidak boleh berbuat apa-apa, kita berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pertimbangkan.”
“Ini kerana semua bekas perdana menteri dan ketua pembangkang diundang. Jadi nampak tak manis apabila ada bekas PM tidak diundang,” kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.
Semalam, media sosial giat berkongsi 2 surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, masing-masing ditujukan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, memaklumkan mereka tidak dapat menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong baharu dibatalkan. Antara lain, ia menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” kata Syed Danial dalam surat itu.
Saifuddin mengesali jemputan yang sudah diberi terpaksa dibatalkan, terutamanya apabila kepimpinan parti pembangkang mendokong institusi Raja-raja Melayu.
“Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan meterai perjanjian Januari tahun lalu, dan salah satu intipati perjanjian itu menyokong institusi Raja Berperlembagaan.”

'Saya minta maaf, saya ambil ingatan Istana Negara milik Najib-BN' - Tun M


Tun Dr TMahathir MohamadTun Dr TMahathir Mohamad
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap jemputan diterima menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 di Istana Negara tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Sebaliknya tanggapan beliau itu meleset selepas undangan itu dibatalkan.
Beliau berkata telah menerima surat jemputan itu dan mengatakan persetujuan untuk hadir pada majlis yang akan berlansung pada 13 Disember ini jam 11 pagi di Istana Negara.
"Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
"Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”
"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.
"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional," ujarnya ringkas dalam satu kenyataan hari ini.

Rafidah ‘tak percaya’ Dr Mahathir dilarang hadir upacara Agong

Bekas menteri era Dr Mahathir itu berkata ketua pembangkang sekalipun dijemput ke acara rasmi kerajaan.
rafidah-mahathir
PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa terkejut dengan keputusan menarik balik jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baharu minggu depan.
“Saya membaca dengan rasa tidak percaya, tetapi malangnya ia berita yang betul,” tulisnya dalam kiriman Facebook.
Rafidah yang pernah berkhidmat di bawah kabinet Dr Mahathir itu berkata bekas perdana menteri itu dianugerahkan darjah tertinggi negara oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Adakah kehadiran mereka dianggap oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis?” soalnya.
Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan menghantar surat kepada Dr Mahahir dan isteri memaklumkan keputusan menarik balik jemputan ke majlis pada 13 Disember di Istana Negara bagi melantik Agong baharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan kerusi dan oleh itu tidak mahu membawa “kesipuan” kepada Dr Mahathir sekiranya hadir.
Rafidah berkata yang sebenarnya membawa kepada “kesipuan” dalam sesebuah majlis adalah kehadiran mereka yang “berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir”.

Selepas Rafizi naib presiden AMANAH isytihar harta

Dilihat menyahut teladan ditunjukkan Rafizi Ramli, hari ini Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membuat pengisytiharan hartanya di George Town, Pulau Pinang.
Katanya langkah itu diambil bagi membolehkan beliau bersikap telus kepada masyarakat.
Semasa sidang media tadi Mujahid berkata elaun bulanan diterimanya sebagai anggota parlimen Parit Buntar ialah RM25,700.
Daripada jumlah itu beliau membayar pinjaman perumahan bernilai RM1,218.03 dan RM4,000 adalah sumbangan kepada parti dan RM325 potongan cukai berjadual.
Ia menjadikan pendapatan bersihnya setiap bulan sebagai anggota parlimen ialah RM20,156.97.
Perbelanjaan bulanan Mujahid pula termasuk RM5,300 untuk pusat khidmatnya di Parit Buntar dan RM5,000 bagi membiayai program di kawasan diwakilinya.
Beliau juga mempunyai tanggungan hutang bulanan RM2,446.53 untuk sebuah kereta Honda Accord, barayan semula pinjaman peribadi bagi tempoh dua tahun dari Bank Islam (RMRM2,656.53) dan RM1,500 untuk kad kredit.
Untuk ketiga-tiga akaun bank, jumlah simpanan keseluruhan anak bekas presiden PAS itu ialah RM6,854.
Aset keseluruhan Mujahid bernilai RM423,000 termasuk sebuah rumah dua tingkat di Parit Buntar bernilai RM291,000, Honda Accord (RM110,000) dan sebuah Proton Saga (RM22,000).
Elak dipersoal rakyat
Bekas pensyarah universiti itu berkata beliau pernah mengusahakan sebuah syarikat penerbitan sebelum ini namun ia tidak lagi beroperasi.
Katanya, beliau mempunyai tiga anak masing-masing berusia 20, 23 dan 25 tahun, manakala isterinya bekerja sebagai guru.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Rafizi atas inisiatif dilakukannya sebelum ini Mujahid berkata apa yang dilakukan itu adalah menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang perlu berkhidmat kepada orang ramai.

Mahfuz pakai baju PAS tapi hati pada AMANAH, kata Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar 'memakai' baju PAS tetapi hatinya lebih kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), kata Ahli Parlimen Ledang Datuk Ir Hamim Samuri.
"Bagi saya Mahfuz ini boleh digelar sebagai ‘syan tong… hanya tahu menjadi penghasut. Suka menghasut dan memecah-belahkan orang.
“Bila dia lihat walak dalam Umno pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu, itu membuatkan dia berasa cemas kerana masih ramai yang sayang dan setia bersama Umno dan kepimpinan sedia ada,” ujarnya, memetik laporan Umno Online.
Tambah Hamim yang juga merupakan timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar, justeru, Mahfuz yang sebenarnya tidak memahami erti kesetiaan.
Hamim berkata demikian sebagai membidas kenyataan Mahfuz yang menyamakan walak Umno seperti kesetiaan dalam kongi gelap.
Mahfuz berkata, isu walak atau kesetiaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini disifatkan menjadi kalimah “ugutan” semata-mata.
Jelasnya, ia berbeza dengan pengamalan dalam tradisi Islam apabila walak diberi, bukan diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap mereka.
“Kedengaran di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwalak kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.

PRU14 dijangka selepas sambutan Hari Kebangsaan ke-60

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Pilihanraya Umum ke-14 dijangka berlangsung pada bulan September tahun hadapan, selepas perayaan Hari Kebangsaan ke-60.
Meramalkan perkara tersebut, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga harus terlebih dahulu membatalkan kelayakan bertanding Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan memenjarakannya.
“Tarikh yang ditetapkan untuk membicarakan kes Guan Eng adalah petunjuk utama PRU ke-14.
“Ini kerana Najib akan mahu mendapatkan hukuman salah terlebih dahulu agar dapat membatalakan kelayakan Guan Eng bertanding dalam PRU14 bagi menghalang beliau daripada terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Semalam, Hakim Datuk Hadariah Syed Ismail menetapkan tarikh perbicaraan kes tersebut adalah 27 hingga 31 Mac, 10 hingga 14 April, 24 hingga 28 April, 15 hingga 19 Mei, 29 Mei hingga 2 Jun, 13 hingga 16 Jun, dan 17 hingga 21 Julai.
Pihak pendakwa dilaporkan mempunyai senarai 60 orang saksi selain dokumen setebal 13 ribu muka surat.
“Dengan tempoh 34 hari untuk perbicaraan Guan Eng sehingga hujung Julai, ini merupakan petanda bahawa PRU ke-14 akan mungkin berlangsung selepas perayaan Hari Kebangsaan ke-60,” ujar Kit Siang.

Ajaibnya ekonomi Bangsa Johor, sampai lancar empat stadium

johor stadiumSemenjak dua tahun kebelakangan ini, selalu kedengaran laungan kalimah-kalimah “Johor akan menjadi new economic powerhouse“. Saya sering tertanya-tanya apakah maksud di sebalik kalimah yang ‘catchy’ itu?

Sehinggalah semalam saya ternampak satu poster keluaran Muafakat Johor yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Khaled Nordin. Poster tersebut turut mengandungi ungkapan, “Saya biasa lancar satu stadium. Tapi di Johor, saya lancar empat stadium. Ini bukti Johor pesat membangun dan Johor mencapai kuasa ekonomi besar”.

Barulah saya faham bahawasanya takrifan pesat membangun dan mencapai kuasa ekonomi besar adalah dengan melancarkan empat buah stadium. Hebat. Sungguh hebat.

Johor tidak perlu mencontohi 150 bandar lain di seluruh dunia termasuklah Ulaanbaatar, Mongolia yang menggariskan 10 prinsip yang difokuskan kepada empat bidang iaitu :
  • Hak asasi manusia
  • Pekerjaan yang adil dan baik
  • Kelestarian alam
  • Memerangi korupsi
Jangan keliru apabila saya meletakkan contoh Mongolia. Ia tiada kena mengena dengan Altantuya. Ini bukan cubaan, tapi betul-betul.

Sememangnya Ulaanbaatar tersenarai dalam senarai UN Global Compact Cities. Ulaanbaatar turut sama berikrar untuk menuruti prinsip tersebut dalam membina masa hadapannya.  

Ternyata juga Johor lebih hebat berbanding Melbourne, Australia. Melbourne terpaksa merangka sembilan asas untuk membentuk wawasan Future Melbourne 2026.
  • Sebuah bandar yang mengambil berat mengenai alam sekitar
  • Sebuah bandar untuk rakyat
  • Sebuah bandar kreatif
  • Sebuah bandar yang makmur
  • Sebuah bandar berpengetahuan
  • Sebuah bandar yang berhubung
  • Sebuah bandar yang membuat pertimbangan dengan berhati-hati
  • Sebuah bandar yang membawa pembaharuan
  • Sebuah bandar yang memfokuskan masyarakat asal
Untuk memastikan pembangunannya terus kekal pesat, Melbourne terpaksa merangka sembilan langkah strategik ini. Tetapi Johor hanya melancarkan empat buah stadium sahaja. Bukankah itu petanda kehebatan yang tiada taranya bagi negeri Muafakat ini?

Kenapa kerajaan tidak bantu Amerika kembalikan harta dicuri dari 1MDB?

DAP sebagai parti yang mengutamakan kepentingan masa depan rakyat dan serius membongkar salah guna kuasa kerajaan telah berkali-kali menyuarakan kebimbangan mengenai isu skandal syarikat sarat hutang milik penuh negara, 1MDB.
Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat masih mengambil pendekatan berdiam diri terhadap individu yang didakwa menerima wang curi daripada dana syarikat tersebut seperti yang dinyatakan dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
Low Thaek Jho (Jho Low) antara individu yang didakwa menerima sebahagian besar dana yang dicuri itu, dilaporkan media antarabangsa masih bebas dan sedang merancang untuk memfailkan tindakan mahkamah untuk melengah dan menghalang tindakan DOJ berkenaan.
Bimbang dengan perkembangan itu, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lip Lim Eng justeru mempersoalkan mengapa Najib tidak mengarahkan dengan segera Peguam Negara dan Duta Malaysia di Amerika untuk membantu DOJ mendapatkan semula harta yang telah dicuri itu.
“Dengan berdiam diri, kerajaan Najib secara mudahnya memberitahu Amerika bahawa Jho Low bersama-sama Riza Aziz boleh terus menyimpan wang dan harta yang mereka perolehi daripada 1MDB walaupun telah melanggar undang-undang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Anak tiri Najib, Riza Aziz yang merupakan pemilik Red Granite Pictures dan turut dinamakan dalam dokuman DOJ itu didakwa menerima US$64 juta yang dipercayai datangnya daripada dana 1MDB.
Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut turut menggesa agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat harta yang dimiliki Jho Low serta anggota keluarganya dan Riza bagi membuktikan keseriusan kerajaan untuk menangani isu skandal berkenaan.
“Bila dan bagaimana mereka mengumpul kekayaan berbilion itu? Di negara mana mereka membayar cukai pendapatan kekayaan itu dan adakah mereka telah membayar cukai pendapatan secukupnya ke atas hasil kekayaan tersebut?
“Sangat aneh apabila LHDN terus membisu seribu bahasa selama bertahun-tahun terhadap kekayaan yang demikian besar oleh beberapa individu yang terlibat dengan dana 1MDB yang terpalit skandal,” katanya.

2016 tahun paling teruk hak asasi manusia sejak Ops Lalang - Suaram

Tahun ini merupakan tahun yang paling teruk bagi hak asasi manusia di Malaysia sejak Operasi Lalang pada tahun 1987, kata Penasihat Suaram Kua Kia Soong.
"Penahanan tanpa perbicaraan (Pengerusi BERSIH) Maria Chin Abdullah dan pejuang hak asasi manusia mengheret saya dalam mengenangkan Ops Lalang," kata Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2016 oleh Suaram di Kuala Lumpur, hari ini.
Operasi Lalang adalah tindakan keras paling utama pada tahun 1987 kepada golongan yang dilihat sebagai penentang kerajaan dengan lebih 100 ahli politik dan aktivis masyarakat ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
ISA dimansuhkan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kua merupakan salah seorang yang ditahan di bawah ISA semasa Ops Lalang.

Isu dana Soros: BERSIH akan saman TV3

BERSIH memutuskan akan menyaman TV3 atas dakwaan mereka menerima dana RM3.2 bilion daripada hartawan Amerika Syarikat George Soros.
Pengerusi gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu Maria Chin Abdullah berkata surat tuntutan supaya TV3 menarik balik laporan dan memohon maaf sudah dihantar.

“TV3 kata mereka tidak akan lalukannya.

“Jadi kami teruskan dengan tindakan undang-undang,” kata Maria.

Katanya, kira-kira seminggu sebelum BERSIH5 pada 19 November, TV3 menyiarkan laporan mendakwa meeerka menerima RM3.2 bilion daripada Soros.
Sumber berita itu tidak dinyatakan, kata Maria lagi.

Menurut Maria lagi, stesen televisyen prokerajaan itu juga tidak mendapatkan ulasan BERSIH berkaitan isu itu.

“Kami tidak diberikan hak untuk menjawab,” katanya.

Pertikaian 1MDB dan IPIC masih berterusan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata pertikaian AS$6.5 bilion antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) masih berterusan.
Pengerusi 1MDB itu menolak spekulasi bahawa 1MDB kalah dalam penimbangtaraan dengan syarikat Abu Dhabi itu, susulan laporan Financial Times, United Kingdom (UK).
“Ia masih berlangsung,” katanya ketika ditemui dalam acara di Kuala Lumpur hari ini.

“Kita masih tunggu, kita tengok dulu apa yang jadi,” katanya.

“Tidak (laporan itu tidak betul),” katanya.

Irwan Serigar berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan Financial Times semalam berhubung dakwaan bantuan kewangan dari China untuk membantu menyelesaikan pertikaian 1MDB-IPIC.

Kecuaian SPR kenalpasti Daerah Mengundi gugat Daftar Pemilih Induk, kata MP Kuantan


Fuziah Salleh (tiga dari kiri) berkata wujud dua lokaliti yang mempunyai nama yang sama akan tetapi berada di kawasan Dun serta Parlimen berlainan.Fuziah Salleh (tiga dari kiri) berkata wujud dua lokaliti yang mempunyai nama yang sama akan tetapi berada di kawasan Dun serta Parlimen berlainan.
Kecuaian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengenalpasti Daerah Mengundi bagi satu- satu pemilih boleh menggugat keabsahan Daftar Pemilih Induk SPR, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
 Beliau berkata, terdapat aduan diterima dipihaknya yang menunjukkan kecuaian SPR mengendalikan daftar pemilih di Daerah Mengundi.
"Terdapat 5 kes aduan yang saya serahkan melalui tangan kepada Pejabat SPR Pahang pada hari isnin 5 hb Disember 2016 serta berpuluh aduan bersifat serupa yang dimaklumkan kepada saya telah berlaku sebelum ini.
"Kecuaian teknikal yang dilakukan oleh SPR ialah mendaftarkan pemilih di Daerah Mengundi yang salah sehingga pemilih tersebut tercampak keluar dari Dun dan Parlimen yang sebenarnya mengikut kedudukan alamat rumah pemilih.
"Analisa saya menunjukkan bahawa perkara ini boleh berlaku di seluruh negara di mana wujud dua lokaliti yang mempunyai nama yang sama akan tetapi berada di kawasan Dun serta Parlimen berlainan.
"Kecuaian ini boleh mengubah satu2 keputusan pilihanraya dikawasan marginal atau dimana wujud perbezaan undi yang tipis diantara pihak yang bertanding," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Wang 1MDB untuk hantar penghulu ke Makkah..!!

Berita gembira untuk penghulu di seluruh negara yang belum mengerjakan haji.
Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun kelima Islam di Makkah.
Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci.
"Saya nak umumkan, penghulu yang belum naik haji saya nak tawarkan beberapa tempat melalui urusetia program haji 1MDB.
"Kita akan biaya sepenuhnya mereka menunaikan haji dan dapat lagi wang tunai sebagai sumbangan," kata Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Najib berucap di majlis ucaptama dan perasmian penutup Seminar Jati Diri dan Memperkasakan Institusi Penghulu di bangunan Ibu Pejabat Umno itu.
Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.

Peguam negara tiada hak terlibat pasukan penyiasat, kata peguam

Pendakwa raya hanya berperanan mengkaji kertas siasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk membawa kes ke mahkamah.
Sankara-Nair
PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara, yang merupakan agensi pendakwaan, mesti mengasingkan diri daripada pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat laporan dakwaan kumpulan tempatan dan luar negara terlibat menjatuhkan kerajaan.
Peguam S N Nair berkata Pejabat Peguam Negara yang juga menyelia pendakwaan jenayah tidak harus menjadi sebahagian sebarang pasukan siasatan.
Beliau berkata ia juga tidak diperuntukkan dalam undang-undang bagi Jabatan Peguam Negara “terlibat dalam penyiasatan”.
“Peranan pendakwa raya adalah hanya mengkaji kertas siasatan dan memutuskan sama ada terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa seseorang di bawah undang-undang,” katanya kepada FMT
Nair berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang satu pasukan petugas terdiri daripada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara akan menyiasat laporan kumpulan tempatan dan luar negara didakwa terlibat dalam menjatuhkan kerajaan.
Beliau juga berkata pasukan petugas atau mana-mana agensi siasatan tidak sepatutnya mendapatkan bimbingan Jabatan Peguam Negara semasa siasatan dijalankan.
“Semua agensi menyiasat mempunyai pegawai undang-undang dan jabatan sebagai rujukan,” kata peguam itu yang juga bekas pegawai polis.
Nair berkata di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara yang juga pendakwa raya, hanya boleh membuat keputusan sama ada untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sebarang kes jenayah.

Amanah tidak beri kami nilai tambah, kata PAS

Tuan Ibrahim berkata Amanah cuba tarik keahlian daripada parti pembangkang lain.
Tuan-IbrahimKUALA LUMPUR: PAS hari ini berkata ia menolak sebarang kerjasama dengan Amanah kerana menganggap parti itu tidak memberikan sebarang keuntungan politik atau nilai tambah kepadanya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia berbeza dengan kerjasama politik yang pernah dijalinkan PAS dengan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR.
“Apabila Semangat 46 ditubuh, ia tarik orang Umno. PKR tubuh, tarik orang Umno.
“Tetapi Amanah tarik orang PAS. Tarik pembangkang kepada pembangkang tak ada nilai tambah. Ia akan timbulkan polemik,” kata Tuan Ibrahim.
Amanah ditubuhkan pada September tahun lalu, beberapa bulan selepas muktamar PAS yang menyaksikan kemenangan besar puak yang berpihak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mahu parti itu mengubah arah haluan dan menekankan pelaksanaan undang-undang Islam.
PAS pernah mengadakan kerjasama dengan Semangat 46, parti serpihan dianggotai bekas ahli Umno dan dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah selepas konflik dalaman Umno pada 1988, dan gandingan itu berjaya merampas Kelantan daripada Umno pada pilihan raya 1990.

Jalur DAP jelas - kita tidak akan memperbodohkan rakyat dengan sentimen perkauman seperti UMNO/BN. - Wakil Johor

Wakil Negeri Sembilan: Lupakan PAS, usah buang masa dengan kawan baru UMNO ini lagi!

Benarkan parti-parti politik tubuh syarikat sendiri, cadang Kadir

"Jangan bawa lari kerusi kami," pesan PAS kepada BERSATU

Mengapa tidak siasat RM2.6 bilion dari akaun peribadi PM, soal Ambiga

Pengerusi 1MDB nafi berunding dengan China

'Campur tangan dana asing bahayakan politik negara' - Tuan Ibrahim

Pas gesa akta kawalan politik disemak - Tuan Ibrahim

Pas sedang kaji isu tolak Akta 355 - Tuan Ibrahim

Bawa lari kerusi, Pas kata tidak pada Amanah - Tuan Ibrahim

'Bersatu jangan bawa lari kerusi Pas' - Tuan Ibrahim

Pas takkan kerjasama, beri Amanah, DAP kerusi pada PRU14


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.
Bertegas untuk tidak memberikan sebarang kerusi buat Amanah dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat berikutan rasa kecewa pihaknya terhadap kedua parti tersebut.
"Amanah tidak ada kerusi, macam mana nak bekerja dengan orang yang ada kerusi?
"Saya rasa mereka hanya nak bekerjasama kerana mereka mahukan kerusi. Pas sebelum ini sudah memberitahu, yang kami akan pertahankan kerusi yang ada," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Amanah terdahulu menyatakan kesediaan untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk Pas sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.
Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara, Mac lalu.
Menurut beliau, Pas memang bermuafakat bekerjasama dengan rakan-rakan parti politik setiap kali pilihan raya.
Menurutnya, Pas hanya akan bagi kerusi terhadap parti yang bermuafakat dengan mereka pada pilihan raya.
"Amanah keluar bawa lari dengan kerusi sekali. Dah bawa lari kerusi Pas, amanah apa macam tu?
"Yang penting sebenarnya apakah nilai tambah kepada parti yang baharu ditubuhkan? Kalau tarik ahli Umno maka adalah nilai tambah.
"Kalau Amanah (pembangkang) tarik ahli Pas (pembangkang) maka tidak ada nilai tambahnya," bidasnya.

Dr M ulas pembatalan undangannya ke istiadat agong

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.
Beliau juga mendedahkan telah memberikan komitmen untuk hadir acara itu sebelum surat pembatalannya kelmarin.
“Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” katanya.
Semalam, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Mahathir yang membatalkan undangan itu tersebar meluas di Internet.
Ia menjelaskan pembatalan itu bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.
Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu pula, Mahathir berkata:
“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti,” katanya.
“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN.”
Pegawai Istana Negara yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai surat berkenaan.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana pegawai yang bertugas tiada ketika dihubungi lewat petang semalam.

Pengerusi 1MDB nafi berunding dengan China

Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rundingan antara firma pelaburan milik kerajaan itu dengan kerajaan mahupun syarikat dari China berhubung bantuan kewangan dalam pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
"Sebagai pengerusi 1MDB, tidak ada perkara seperti itu. Berunding dengan China atau apa-apa. Itu sangat jelas.
"Saya pengerusi 1MDB, saya tahu. Jadi tiada apa-apa," kata beliau yang juga ketua setiausaha perbendaharaan.
Irwan Serigar berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan Financial Times semalam berhubung dakwaan bantuan kewangan dari China untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara 1MDB dengan IPIC.
Menurut media kewangan berpengaruh dari UK itu, tiga individu yang rapat dengan hal tersebut berkata, China telah dilamar untuk menjadi sumber dana 1MDB dengan Malaysia akan menukar aset untuk pembiayaan.
Dakwaan berkenaan, bagaimanapun, tidak dapat disahkan secara bebas oleh Malaysiakini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa menerima maklumat salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura pada tahun hadapan sebagai tukar ganti akan bantuan kewangan mengejut oleh China.

Datuk Ariff: "DAP semakin mendapat kepercayaan orang Melayau dan Najib takut!"

Janji-janji BN dua Rancangan Malaysia yang dulu pun belum ditunaikan" - Wakil P.Pinang

Anuar Tahir.: Amanah tidak mahu diganggu

Tun Dr Mahathir: "Kali pertama saya hadir di mesyuarat besar DAP"

Pas ketinggalan, kemunculan Amanah tepat pada masa - Anuar Tahir

PAS INGIN LIHAT UMNO MENANG, CUMA AGAK KESIPUAN UNTUK BERTERUS-TERANG

Pas semalam seolah-olah memberi kata dua kepada PPBM iaitu mereka tidak boleh menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan parti itu.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, syarat itu telah pun diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.

Kita telah mengadakan pertemuan sebelum ini dan memberikan beberapa syarat, antaranya jika PBBM ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya ada hubungan dengan DAP dan Amanah...itu pilihan untuk mereka, kaya Takiyuddin lagi.

Dalam erti kata lain, syarat Pas itu bermaksud kiranya PPBM memilih untuk menjalin hubungan dengan Pas, mereka mesti memutuskan hubungan DAP dan Amanah, sebaliknya jika bekerjasama dengan DAP dan Amanah,  parti itu kehilangan sama-sekali peluang untuk bekerjasama dengan Pas.

Walaupun syarat Pas itu agak pelik kerana mereka sebenarnya masih bersama dalam kerajaan negeri Selangor yang di dalamnya ada DAP dan Amanah, mari kita cuba fahami di sebalik kata dua Pas kepada PPBM itu.
Senario 1 - PPBM memilih untuk bekerjasama hanya dengan PAS, tapi tidak dengan DAP dan Amanah.

Dalam keadaan ini, PPBM atau Pas akan kalah di banyak kerusi campuran yang ditandinginya kerana tidak mendapat sokongan daripada DAP yang disokong antara 80 hingga 90 peratus oleh pengundi Cina.

Di kerusi-kerusi campuran yang terdapat pengundi bukan Melayu di mana PPBM atau Pas bertanding, sokongan kaum itu tidak mungkin diperolehi kerana DAP sudah tentu akan tidak tidak turun berkempen berikutan tiada kerjasama dengan parti itu.

Apabila DAP tidak berkempen dan hanya MCA serta Gerakan yang datang menyantuni pengundi bukan Melayu, mereka tiada pilihan lain selain mengundi calon BN. 

Dengan sokongan mutlak pengundi bukan Melayu, tetapi pengundi Melayu berpecah, akhirnya  yang paling berpotensi untuk menang ialah calon UMNO dan BN.

Penganalisis: Pas ibarat ‘sesumpah’

Parti Pas perlu menyatakan pendirian mereka dari segi sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa kerana dalam situasi sekarang, parti Islam itu dilihat seolah-olah sebuah parti yang tidak konsisten pendiriannya.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kepada Bersatu bahawa mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
“Pas sebenarnya adalah parti yg tidak konsisten pendiriannya. Saya rasa daripada menyatakan kritikan kepada Bersatu, baik Pas nyatakan pendirian dari segi sokongan  dan pendekatan politik yang ingin dibawa.
"Dalam keadaan sekarang Pas seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah rupa apabila tiba masanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan Takiyuddin juga sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi tentang kedudukan dan masa depan Pas di peringkat kerajaan negeri Selangor apabila dilihat terdapat kemungkinan percanggahan pendirian antara Pas pusat dan negeri.
“Dari segi prinsipnya, Pas Selangor perlu mengundurkan diri. Adalah tidak teguh prinsip perjuangan menyokong Pakatan di Selangor tetapi tidak di peringkat Pusat. Rakyat akan berpersepsi tidak molek kepada Pas. “Bersatu pula memang sebelum ini menyatakan hasrat supaya Pas menyertai Pakatan, namun saya tidak pasti pendirian terkini Bersatu.
“Mungkin Bersatu sudah putus asa dengan pendirian Pas yang tidak jelas. Jadi, dalam pengamatan saya, kemungkinan Pas untuk tidak menyertai Bersatu dan Pakatan adalah tinggi,” katanya.

Bersatu sertai Pakatan Harapan

BERSATU amat berhasrat menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN pada PRU14.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 13 Disember ini.
"Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14," kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.
Menurut Muhyiddin, beliau telah berbincang dengan pucuk pimpinan Pas sebelum ini dan masih terdapat beberapa masalah yang belum diselesaikan.
"Buat masa ini, Pakatan Harapan tidak berbincang siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan. Sebaliknya, yang lebih diutamakan ialah siapakah perdana menteri yang diinginkan oleh rakyat.
"Sekarang ramai orang tak mahu Najib menjadi perdana menteri, tetapi kalau semua orang tidak berani bertindak dan masih bersikap tunggu dan lihat, Najib akhirnya tetap akan terus menjadi perdana menteri," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menegaskan, Pakatan Harapan dijangka mengumumkan secara rasmi kemasukan Bersatu ke dalam pakatan pembangkang itu sebaik sahaja selesainya konvensyen Pakatan Harapan.
Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Harapan dipilih menjadi kerajaan, calon pilihan utama mereka untuk menjadi perdana menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagaimanapun, sekiranya Anwar masih dipenjara, Amanah akan mencadangkan Muhyiddin menjadi 'perdana menteri sementara'," katanya.

Laporan China dihubungi bantu 1MDB, Johari tiada maklumat

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa beliau tidak tahu menahu bahawa China dihubungi untuk membantu 1MDB menyelesaikan komitmennya kepada syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).
Dalam kenyataan menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini Johari mencadangkan supaya portal ini menghubungi Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk penjelasan.
"Saya tak tahu apa yang tertulis mengenai perkara itu. Mungkin anda patut tanya dengan Arul Kanda," katanya.
Johari diminta mengulas laporan Financial Times (FT) yang memetik sumber yang mendakwa China telah dihubungi sebagai sumber dana untuk 1MDB.
Memetik satu sumber FT juga mendakwa Malaysia akan melakukan pertukaran aset dengan firma China itu bagi mendapatkan pembiayaan berkenaan.
Syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu sedang menuntut 1MDB membuat pembayaran bernilai AS$6.5 bilion.
Kata Johari beliau tidak melihat ada sebarang alasan untuk China terlibat dalam pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
Ditanya sama ada kerajaan atau kabinet ada membuat sebarang keputusan mengenai pembayaran semula 1MDB atau pertukaran aset bagi bantuan kewangan itu, Johari berkata, tiada sepanjang pengetahuannya.
"Setahu saya tak ada," katanya.
Semalam Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendesak kerajaan memberi penjelasan mengenai laporan FT berkenaan.
Katanya berita disiarkan FT itu benar-benar merunsingkan kerana ia seolah-olah mengesahkan maklumat yang diperolehinya beberapa bulan lalu mengenai kemungkinan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di bursa Singapura tahun depan.
"Penyenaraian tersebut bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar sahamnya.
"Soalan saya ialah, GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion mengikut laporan Financial Times hari ini?" tanya Rafizi. http://www.malaysiakini.com/news/365513

Skandal 1MDB: LHDN wajar siasat harta dimiliki Jho Low, ahli keluarganya

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sewajarnya menyiasat harta berbilion milik Jho Low dan anggota keluarganya serta Riza Aziz yang mereka perloleh daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membantu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).
 Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, sikap kerajaan yang enggan bertindak untuk membantu DOJ individu yang didakwa itu boleh terus menyimpan wang dan harta yang mereka perolehi daripada 1MDB.
"LHDN sewajarnya menyiasat harta berbilion milik Jho Low, anggota keluarganya dan Riza.
Jho Low 1MDB"Bila dan bagaimana mereka mengumpul kekayaan berbilion itu? Di negara mana mereka membayar cukai pendapatan kekayaan itu dan adakah mereka telah membayar cukai pendapatan secukupnya ke atas hasil kekayaan tersebut?

"Sangat aneh apabila LHDN terus membisu seribu bahasa selama bertahun-tahun terhadap kekayaan yang demikian besar oleh beberapa individu yang terlibat dengan dana 1MDB yang terpalit skandal," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas empat daripada ahli keluarga Low Thaek Jho, atau Jho Low dilaporkan sedang merancang memfailkan tindakan mahkamah dalam usaha untuk melengah dan menghalang pihak berkuasa AS daripada merampas aset bernilai US$1 bilion daripada Jho Low yang didakwa telah diseleweng daripada dana 1MDB.
"Ini dana milik rakyat. Kenapa Peguam Negara dan duta kita di Amerika Syarikat tidak masuk campur dalam tindakan mahkamah oleh DOJ untuk membantu pihak berkuasa negara itu mendapatkan semula harta kita yang didakwa telah dicuri tersebut?

Dengan tidak berbuat apa-apa, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara mudahnya memberitahu pihak berkuasa Amerika bahawa Jho Low bersama-sama anak tiri Najib, Riza Aziz boleh terus menyimpan apa sahaja wang dan harta yang mereka perolehi daripada 1MDB walaupun telah melanggar undang-undang.

Kurang keyakinan akibat skandal 1MDB sebabkan kejatuhan ringgit - Prof Jomo

Pakar ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram berkata nilai ringgit akan terus menurun kerana faktor luaran seperti harga minyak global dan kurangnya keyakinan akibat skandal 1MDB.
"Apa yang membimbangkan dalam tempoh satu setengah tahun yang lalu, ringgit telah semakin merosot.
"Ini bukan semata-mata disebabkan oleh kejatuhan minyak mentah. Terdapat banyak faktor lain di belakangnya, termasuk hilangnya keyakinan terhadap kerajaan kerana semakin banyak pendedahan dibuat mengenai 1MDB," katanya seperti dilaporkan The Edge.
Katanya, krisis keyakinan tersebut adalah sangat serius dan mempunyai implikasi yang besar terhadap Malaysia.
Pakar ekonomi yang sangat dihormati itu berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Tinjauan Ekonomi Negara 2017-2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
Semalam, Reuters melaporkan ringgit merosot hampir 5 peratus sejak 9 November dan rizab asing negara jatuh sebanyak hampir AS$ 2 bilion dalam tempoh dua minggu lepas.
The Star melaporkan ringgit mencecah paras terendah sejak lapan bulan berbanding dolar AS pada bulan Oktober, dan terus mengalami kejatuhan.
Dua minggu lalu, ia susut kepada 4.458 kepada dolar AS.
Pada masa ini, skandal 1MDB heboh di serata dunia dengan siasatan dilakukan antaranya oleh Switzerland dan Singapura, manakala Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan semula dana 1MDB yang didakwa 'dicuci' melalui pengubahan wang haram di negara mereka.