Rabu, 7 Disember 2016

Malulah MCA kerjasama dengan Najib, kata Tun M

Parti MCA  dan pemimpinnya dikatakan tidak berprinsip kerana bekerjasama dengan Umno-Najib seorang pemimpin kleptokrasi.Parti MCA dan pemimpinnya dikatakan tidak berprinsip kerana bekerjasama dengan Umno-Najib seorang pemimpin kleptokrasi.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap Presiden MCA yang tidak malu untuk bekerjasama dengan seorang pemimpin kleptokrasi seperti Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dalam tulisan di blognya hari ini Dr Mahathir berkata, MCA tidak perlu bercakap soal kerjasama beliau dengan DAP sedangkan MCA hanya parti rasis bagi Najib-Umno sekarang.
""MCA tidak perlu bercakap tentang prinsip kerana ia hanya parti oportunis. Ia bukan MCA (yang diasaskan oleh) Tan Cheng Lock.
"Ia hanya sampingan bagi parti rasis Umno Najib sekarang... malulah MCA," katanya.
Dr Mahathir berkata MCA bekerjasama dengan seorang kleptokrasi yang mencuri berbilion ringgi menunjukkan teruknya prinsip dipegang MCA.
" Adakah MCA sedar apa yang telah dilakukan Najib kepada Umno, BN dan negara? Jika tidak, saya ingin memberitahu kepadanya bahawa di bawah Najib Malaysia telah diklasifikasikan sebagai salah satu daripada 10 negara sepuluh paling korup di dunia.
"Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melaporkan bahawa Najib sebagai 'Malaysian Official 1" (seperti yang disahkan oleh Menteri Kabinet Datuk Abdul Rahman Dahlan), telah mencuri berbilion ringgit wang rakyat Malaysia, dan RM2.6 bilion dimasukkan akaun peribadi Najib," ujarnya.
Pengerusi PPBM itu juga mengingatkan MCA bahawa DAP adalah parti berbilang kaum yang menyokong semua peruntukan Perlembagaan negara, hak istimewa orang Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Katanya lagi, sambutan ulang tahun DAP ke-50 parti itu menjalankan acaranya mengunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan.

Ramasamy: Boleh keluar DAP kalau tak suka Dr M

Pintu terbuka untuk ahli parti yang tidak suka dengan kerjasama antara DAP dan Dr Mahathir, kata timbalan setiausaha agung
ramasamy_dap_600
BUTTERWORTH: Mereka yang tidak boleh terima gaya demokrasi DAP boleh keluar parti, kata timbalan setiausaha agungnya selepas seorang ahli meletak keahlian kerana kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
P Ramasamy berkata ahli parti bebas untuk membantah namun ketidakpuasan hati mereka tidak mencerminkan parti secara keseluruhan.
Beliau menolak dakwaan DAP mengorbankan prinsip, kerana mereka sekadar bekerjasama untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Politik adalah seni kemungkinan,” tegas Ramasamy. “Kita perlu kumpulkan kekuatan semua orang untuk pastikan Umno dan BN tewas pada pilihan raya nanti. Jadi dimana salahnya?
“Kami masih berprinsip. Menjadi sekutu orang yang juga mahu menjatuhkan rejim yang korup tidak bermakna kami mengorbankan prinsip.”
“Orang itu (yang mahu menewaskan BN) perlu dihalau atau disambut dengan tangan terbuka?” kata Ramasamy selepas perasmian program Pengubahan Francais Perusahaan Kecil dan Sederhana di Hotel Sunway, Seberang Jaya.
Baru-baru ini, Shamsher Singh Thind dari bahagian Taman Chai Leng meletak keahlian susulan hubungan baik antara DAP dan Dr Mahathir.
Shamsher berkata DAP harus menuntut Dr Mahathir memohon maaf atas kesalahan lampau.
Lebih-lebih lagi apabila semua dakwaan yang dilemparkan pimpinan pembangkang dan DAP terhadap Dr Mahathir boleh dikumpul menjadi satu tesis, katanya.

Pas tetap hormat amalan Perlembagaan - Takiyuddin Hassan

Takiyuddin Hassan KOTA BHARU - Walau siapa pun kerajaan yang memerintah, Pas tetap bertegas menghormati amalan perlembagaan persekutuan atau 'konvensyen' yang memilih Perdana Menteri Dan Timbalan Perdana Menteri dari orang Melayu-Islam.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, amalan tersebut telah menjadi 'tradisi' sejak perlembagaan persekutuan diguna pakai di tahun 1957 lagi.
"Pas mengambil pendekatan untuk teruskan amalan itu kerana kita mahu institusi perdana menteri ini dari orang Melayu-Islam. Mengenai kabinet bayangan tersebut, kita tidak kisah siapa yang buat kerana apa yang penting Pas tetap bertegas untuk hormati amalan sebagaimana yang dijelaskan,"katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau mengulas mengenai senarai barisan Kabinet yang dinamakan Barisan Kerajaan Baru 2017 Pakatan Harapan yang viral di media sosial.
Turut tersenarai ialah 22 nama pemimpin pembangkang serta portfolio masing-masing antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Nga Kor Ming, Mahfuz Omar, Tony Pua, Gobind Singh Deo, Anthony Loke, Tian Chua, Khalid Samad dan Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, bukan hanya Pas, malah parti-parti lain juga perlu menyokong amalan tersebut walaupun tiada ketetapan di dalam perlembagaan persekutuan  mengenai siapa yang boleh diangkat menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Harap ada VIP sudi beri kerusi pada Dr M di istiadat agong - Armada BERSATU

Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memohon orang kenamaan yang diundang ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong memberikan kerusi mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kepada Tun Tun, Tan Sri Tan Sri, Datuk Datuk yang bakal hadir, alangkah eloknya sekira ada dua kerusi yang dapat dilapangkan dan diberi kepada Tun (Mahathir) dan Tun Siti (Hasmah Ali).

“Saya pasti berjuta rakyat Malaysia akan berterima kasih dan amat menyanjung kemuliaan hati dan budi Tuan,” kata ketua Armada BERSATU Syed Saddiq.

SYED DANIAL SELAKU PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MESTI JELASKAN SECARA JELAS KEPADA RAKYAT KENAPA JEMPUTAN KEATAS YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DIBATALKAN!!

32 juta rakyat Malaysia ingin tahu dan Syed Danial selaku penyimpan mohor besar raja-raja melayu kena maklumkan kepada keseluruhan warganegara Malaysia mengapa jemputan keatas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan untuk menghadiri upacara melafaz dan menandatangani surat sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung XV?!

Kenapa jemputan keatas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan oleh pihak istana?! Siapa yang arahkan pembatalan tersebut?! Adakah arahan pembatalan dari kerajaan atau istana negara?!

Yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh negarawan yang banyak berjasa pada bangsa, agama serta tanahair.

Dalam apa kapasiti, walaupun YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi penyokong kerajaan tetapi beliau adalah warganegara Malaysia yang sah!!  YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah Mantan Perdana Menteri paling lama di negara kita!! Menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun!!

*Pihak istana harus berkecuali dari politik!!*Kita mengamalkan konsep raja berperlembagaan dan institusi raja-raja juga tidak terbabit dengan hal-ehwal politik.

Saya sebagai rakyat negara Malaysia yang sah ingin menanya Syed Danial kenapa perkara ini berlaku?! Sepatutnya semua tokoh-tokoh pemimpin tak kira yang pro kerajaan atau pun tidak tetapi sebagai rakyat Malaysia yang pernah menabur bakti kepada negara mesti dijemput hadir!! Baru nampak sikap berkecuali istana dari politik serta kelihatan amat professional!!

Syed Danial selaku orang yang bertanggungjawab menandatangani surat tersebut harus memberi pencerahan segera kepada rakyat jelata di negara ini.

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN

NAJIB TERUS DIMALUKAN!!

Malaysia yang dipimpin oleh Najib Razak ternyata semakin lembab dan seakan-hilang punca dalam menguruskan hubungannya yang kian  menegang dengan Myanmar.

Setelah lebih 24 jam masa berlalu dan sehingga ini belum ada penjelasan rasmi, sama ada oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri mahupun Kementerian Pertahanan berhubung pertemuan Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zain dengan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tenteranya, Min Aung Hlain di Yangoon yang didakwa untuk memulihkan hubungan, terbaru ini negara itu mengambil langkah lebih ke depan dengan serta-merta menghentikan penghantaran pekerjanya ke Malaysia.

Langkah itu diambil sebagai bantahan kerana kecaman Najib ke atas Aung San Suu Kyi dalam ucapan Solidariti Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Ahad lalu.

Lebih terbaru, Duta Besar Malaysia di Myanmar, Mohd Haniff Abd Rahman juga dipanggil oleh Menteri Hal Ehwal Luar Myanmar,  U Kyaw Tin bagi melahirkan rasa kesal ke atas Najib.

Myanmar bukan saja kesal dengan kehadiran Najib dalam himpunan solidariti Rohingya itu, tetapi juga terhadap ucapan Perdana Menteri yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Tidakkah kedua-dua tindakan Myanmar itu memalukan Malaysia?
Bukankah kita yang sepatutnya terlebih dahulu menghentikan pengambilan pekerja Myanmar serta lebih awal lagi memanggil duta Myanmar untuk menyampaikan nota bantahan atas kekejaman yang dilakukan kepada etnik Islam Rohingya?

Kenapa Najib begitu perlahan dan terhegeh-hegeh mahu bertindak sebagai tanda pembelaan serta sokongan kepada umat Islam Rohingya?

Istana batal undangan Dr M, isteri ke majlis lafaz sumpah Agong

Dua surat berasingan dihantar memaklumkan kerusi tidak disediakan untuk bekas perdana menteri itu dan isterinya Selasa depan.
mahathir-istana
KUALA LUMPUR: Jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15 minggu depan dibatalkan, menurut surat yang tersebar luas di media sosial.
Ketika dihubungi, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan surat bertarikh 5 Disember, 2016 itu dihantar kepada bekas perdana menteri dan isterinya.
Surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
surat“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embrassement) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” menurut surat itu.
Surat itu turut dikongsi daam Twitter milik anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir.
Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dari Kelantan, dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazri Shah dari Perak, pada 13 Disember ini.

Anwar bebas bercakap di luar mahkamah, kata peguam


Seseorang hanya hilang kebebasan bergerak apabila menjadi tahanan penjara namun hak perlembagaannya tidak dilucutkan, termasuk kebebasan bersuara.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Seseorang hanya hilang kebebasan bergerak apabila menjadi tahanan penjara namun hak perlembagaannya tidak dilucutkan, termasuk kebebasan bersuara.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Tidak ada undang-undang melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media ketika di mahkamah, kata Peguam N Surendran.
Beliau  dipetik berkata, mengikut Akta Penjara 1995 atau Peraturan Penjara 2000 tiada peruntukan melarang seseorang banduan bercakap kepada media.
"Justeru Jabatan Penjara Malaysia atau Kementerian Dalam Negeri menghalang media daripada melaporkan apa yang dikatakan Anwar atau menghalangnya bercakap kepada wartawan.
"Bangunan mahkamah adalah kawasan awam dan wartawan berhak menjalankan tugas mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Surendran yang juga anggota parlimen Padang Serai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Hassan Sakimon yang menyatakan Anwar tidak dibenarkan bercakap kepada media semasa hadir di mahkamah seperti dilaporkan Bernama semalam.
Sakimon juga membangkitkan masalah dihadapi anggota jabatan itu yang terhalang laluan mereka ketika mengiringi bekas timbalan perdana menteri itu apabila diserbu media.

Rizab antarabangsa Bank Negara turun RM8 bilion

Menurut BNM, paras rizab pada 30 Nov 2016 itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Bank Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM399.643 bilion (bersamaan AS$96.4 bilion) pada 30 Nov 2016 berbanding RM407.839 bilion (bersamaan ASS$98.3 bilion) setakat 15 Nov 2016.
Penurunan paras rizab antarabangsa itu mencerminkan penyaluran mudah tunai sokongan ke dalam pasaran pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
Menurut BNM, paras rizab pada 30 Nov 2016 itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$89.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.8 bilion).
Aset bank pusat termasuk emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk (SDR) berjumlah RM399.6 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.576 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.579 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.719 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM8.253 bilion).
Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123.832 bilion), mata wang dalam edaran (RM92.683 bilion), deposit institusi kewangan (RM175.717 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.242 bilion), deposit lain (RM395.807 juta), kertas Bank Negara (RM6.638 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain (RM11.517 bilion).

Wanita Amanah Kelantan sediakan sarapan untuk Orang Asli


Awan negeri Kelantan sedang mengagihkan makanan kepada Orang Asli yang hadir ke mahkamah Kota Bharu.Awan negeri Kelantan sedang mengagihkan makanan kepada Orang Asli yang hadir ke mahkamah Kota Bharu.
Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) negeri Kelantan pagi tadi turut menyumbang sarapan pagi kepada Orang Asli yang berhimpun di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mendengar dua kes mahkamah yang melibatkan komuniti itu.
Timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar berkata pihaknya menyediakan nasi lemak serta kuih-muih dan minuman sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan orang asli.
"Orang Asli adalah saudara kita yang menjadi tetamu kita di Kota Bharu hari ini, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi layanan baik kepada ," katanya ketika ditemui semasa pihak awan mengagih-agihkan makanan di perkarangan pejabat Amanah negeri berdekatan bangunan mahkamah.
Turut bersama meraikan Orang Asli berkenaan ialah penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa, naib pengerusi Amanah negeri Che Ibrahim Muhammad, ketua pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan dan beberapa ahli jawatankuasa negeri kira-kira seratus Orang Asli yang berhimpun sejak awal pagi disantuni oleh Datuk Husam serta pimpinan Amanah negeri sehingga kes perbicaraan berakhir menjelang tengahari.
Kedua-dua kes yang dibicarakan pagi tadi memihak kepada masyarakat Orang Asli.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu beri hak Orang Asli buat tuntutan tanah adat


Sekumpulan Orang Asli berkumpul di hadapan bangunan Mahkamah Kota Bharu untuk pendengaran kes hari ini.Sekumpulan Orang Asli berkumpul di hadapan bangunan Mahkamah Kota Bharu untuk pendengaran kes hari ini.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membenarkan tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan Orang Asli bagi membolehkan mereka menuntut hak ke atas kawasan kediaman dan kawasan rayau (tanah adat).
Hakim Datuk Ahmad bin Bache membuat keputusan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang bersidang pagi tadi.
Empat plaintif Orang Asli terdiri dari Kamal a/l Alek, Mazlan bin Alwi, Zamri a/l Talib dan Aja bin Along dari Pos Dakoh atau Pos Balar mendapat kebenaran itu di perbicaraan dalam kamar pada jam 11 pagi tadi.
Zamri TalibZamri TalibZamri yang ditemui selepas perbicaraan itu berkata beliau bersyukur kerana setelah begitu lama berjuang bagi mendapat hak untuk Orang Asli, hari ini satu keputusan yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan.
"Selama ini Orang Asli seolah-olah tidak ada sebarang hak ke atas tempat kami tinggal dan kawasan kami mencari rezeki.
"Sesiapapun yang masuk ke hutan atau membuat sebarang aktiviti di sekitar kami tidak langsung menghiraukan kehidupan kami," katanya.
Sama ada pihak kerajaan atau bukan kerajaan katanya langsung tidak bertanya khabar apa lagi berunding dengan penduduk Orang Asli apabila mereka membuat aktiviti di hutan.
"Apa yang amat perit kepada kami Orang Asli apabila hutan berhampiran kami tinggal dijalankan aktiviti pembalakan dan pertanian secara besar-besaran.
"Sehingga ada berlaku tempat kubur datuk nenek kami turut diceroboh dan tempat kami bercucuk tanam turut digondol," katanya.

Siti Kassim tergelak laporan polis Pemuda PAS

Beliau berkata, tuduhan Pemuda PAS kononnya beliau menghasut Orang Asli dianggap tidak masuk akal kerana beliau hanya bertindak menasihati anak guamnya.
Siti-Kasim_pas_kelantan_600
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kassim mendakwa Pemuda PAS Kelantan berada dalam situasi terdesak bagi mempertahankan kerajaan Kelantan dan syarikat pembalak sehingga bertindak membuat laporan polis terhadapnya di seluruh negeri itu.
Beliau berkata, tuduhan Pemuda PAS kononnya beliau menghasut Orang Asli dianggap tidak masuk akal kerana beliau hanya menasihati anak guamnya.
“Saya nak gelak, nak menangis pun tak tahu dengan Pemuda PAS ini. Saya adalah peguam, kalau saya menasihati anak guam saya (Orang Asli) kerana mereka bertanya kepada saya, adakah itu dikira sebagai penghasut? Kalau begitu, semua peguam yang beri nasihat adalah penghasut?
“Saya tidak faham apa Pemuda PAS mahu. Saya rasa mereka tidak betul dan tak ada modal untuk menyerang, kerana mereka sudah terhimpit dan tidak tahu bagaimana meyakinkan rakyat terhadap mereka,” katanya kepada FMT.
Siti berkata demikian mengulas tindakan Pemuda PAS Kelantan, yang diketui Ketua Penerangan, Nazman Che Ibrahim membuat laporan polis terhadap Siti atas dakwaan menghasut sehinggga membawa kepada sekatan yang dilakukan Orang Asli kepada pembalak di Gua Musang.
“Semua tulisan dan komentarnya di dalam laman Facebook (Siti) tersebut saya lihat berbentuk fitnah, tohmahan, kejian, hasutan dan ancaman kepada kerajaan Kelantan termasuklah menghina serta merendah-rendahkan banyak penjawat awam.
“Tindakan menghasutnya sangat jelas dan ini akan menimbulkan lebih banyak ketegangan antara Orang Asli dengan kaum Melayu yang bertugas sebagai penjawat awam sepanjang krisis sekatan ini.

Orang Asli Gua Musang bebas tuduhan merusuh

Mereka sebaliknya menjadi mangsa pukul kumpulan warga Myanmar yang mahu membalas dendam
siti-kasssim-trio-asli
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kota Bharu membebaskan 3 Orang Asli Gua Musang yang didakwa merusuh membabitkan warga Myanmar 3 tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Gua Musang yang memutuskan Rahman, Itam dan Anes tidak merancang untuk merusuh.
Mahkamah juga mengekalkan dapatan mereka sebaliknya menjadi mangsa pukul warga Myanmar yang mahu membalas dendam.
“Hakim memutuskan rayuan pihak pendakwa raya ditolak kerana mendapati, setelah membuat semakan semula dan memberi beberapa sebab, kes tersebut tidak sepatutnya dirayu selepas mahkamah majistret membuat keputusan.
“Banyak bukti menunjukkan mereka menjadi mangsa dari segi kecederaan yang dialami Orang Asli dan kecederaan tidak ada pada warga Myanmar terbabit,” kata peguam mereka, Siti Kasim.
Rentetan kes bermula apabila 2 kumpulan Orang Asli dan Myanmar bergaduh di kawasan hutan Lojing, Gua Musang pada 2013.
Sehari selepas kejadian Rahman, Itam dan Anes ketika berjalan keluar dari penempatan mereka dipukul 3 warga Myanmar.
Kesemua mereka ditahan, dan didakwa di mahkamah majistrest atas tuduhan merusuh. Warga Myanmar terbabit mengaku bersalah, manakala Orang Asli berkata mereka tidak terbabit dalam pergaduhan antara 2 kumpulan itu.
Siti menyifatkan kes ini sebagai suatu kes penganiayaan terhadap anak guamnya.

Myanmar panggil Duta Malaysia, kesal dengan Najib

Menteri hal ehwal luar Myanmar U Kyaw Tin memanggil Duta Besar Malaysia Mohd Haniff Abd Rahman semalam bagi melahirkan rasa kesal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengetuai perhimpunan solidariti Rohingya baru-baru ini.
U Kyaw Tin juga kecewa dengan kenyataan keras Najib yang menurutnya memetik dakwaan tidak disahkan dan tidak berasas terhadap kerajaan Myanmar, yang merupakan rakan negara anggota Asean.
"Menteri negeri ini juga menolak mentah-mentah tuduhan 'pembersihan etnik' dan 'pembunuhan beramai-ramai' yang jauh daripada realiti di sini.
"Kata-kata yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh memburukkan polarisasi yang sudah semakin mendalam antara dua masyarakat tersebut dan menghasut keganasan," kata Kementerian Luar Negeri Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.
Najib mengetuai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 4 Disember untuk membantah penindasan Myanmar terhadap Rohingya, di mana beliau turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

DAP tetap sama, Tun M sudah berubah- Ahmad Bashah

Ahmad Bashah: Melayu kecewa bila Tun M 'pimpin tangan' Kit Siang

Zunar - Kenapa tak bagi keluar negara???

Mahathir dah insaf, Kami maafkan - kami perlu kawan untuk PRU14

Orang Asli 'bangkit' bina sekatan baru Sabtu ini

Undangan ke majlis agong dibatal, tiada kerusi untuk Tun M

NAJIB PERLU SAHKAN LAPORAN FINANCIAL TIMES DAN URA-URA GLC BESAR DISENARAIKAN DI BURSA SINGAPURA

Saya merujuk kepada satu laporan terkini bertarikh hari ini oleh Financial Times bertajuk “China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute” yang menyentuh perkara-perkara berikut:

1. 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China;

2. Sumber yang dipetik oleh Financial Times juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset (“asset swap”) yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya secara khusus telah menanyakan Menteri Kewangan II, Dato’ Johari Abdul Ghani bagaimanakah pentadbiran Dato’ Seri Najib bercadang membayar kembali hutang yang dituntut oleh IPIC itu (walaupun saya hanya menyebut jumlah yang didakwa diselewengkan ke akaun Jho Low berjumlah RM3.5 bilion atau RM15 bilion).

Sehingga ke akhir ucapan penggulungan beliau, Dato’ Johari Abdul Ghani tidak menjawab langsung.

Saya merasakan seolah-olah ia ulangan kepada amaran saya lebih setahun lalu supaya 1MDB tidak menggunakan dana Tabung Haji dan amaran saya itu (dalam bulan Mac 2015) telah dicerca dengan jeritan tidak bersopan di dalam Dewan Rakyat oleh Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim. Sebulan kemudian, berita bahawa Tabung Haji telah membeli tanah dari 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi bocor kepada orang ramai.

Dalam sidang yang lepas, perkara yang hampir sama berlaku. Saya telah bertanya soalan mengenai perancangan Dato’ Seri Najib untuk membayar hutang itu dan telah disambut dengan cerca dan jeritan dari Ahli Parlimen Baling itu yang diketahui sangat rapat dengan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, sehingga soalan saya itu tidak dijawab langsung.


Berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan saya kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah saya perolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017 bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya.

Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran. Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia.

Ideas tolak saranan Shahidan, kad UNHCR perlu diberi tanpa diskriminasi

Menurut pengurus hubungan luar Ideas, reputasi negara lebih baik sekiranya berpegang kepada prinsip rasional, hak asasi manusia dan saling berkomunikasi di antara negara.
azrul-ideas-1
PETALING JAYA: Saranan Datuk Seri Shahidan Kassim agar kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) diberi berdasarkan etnik dan agama tertentu, berlawanan nilai dan hak asasi manusia, kata badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Pengurus Hubungan Luar Ideas, Azrul Mohd Khalib berkata ia juga bersifat diskriminasi dan perkauman.
“Sekiranya kita ikhlas mahu menolong mereka yang terpaksa melarikan diri ke negara lain disebabkan peperangan, penganiayaan dan konflik atau kemanusiaan lain, kita harus melihat isu ini secara terbuka dan bukan dari segi agama dan kaum sahaja.
“Reputasi negara lebih baik sekiranya kita berpegang kepada prinsip rasional, hak asasi manusia dan saling berkomunikasi di antara negara,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan agar pengeluaran kad UNHCR yang dikeluarkan kepada warga Myanmar perlu dikaji semula.
Beliau berkata, ia bagi memastikan kad itu hanya dikeluarkan kepada etnik Rohingya beragama Islam yang berada di negara ini.
Mengulas lanjut, Azrul berkata pendaftaran dan pengeluaran kad UNHCR adalah berdasarkan sebab kemanusiaan dan latar belakang sahih pelarian yang memiliki dokumen itu.
“Ia tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja tanpa kajian dan temuduga lengkap yang dilakukan pegawai UNHCR,” katanya.

Myanmar hentikan penghantaran pekerja asing ke Malaysia

Menteri imigresen Myanmar menghentikan pengeluaran lesen baharu untuk warga yang mahu bekerja di Malaysia mulai 6 Disember
myanmar-worker
YANGON: Myanmar menghentikan penghantaran pekerja ke Malaysia ketika hubungan kedua negara merosot susulan pembantaian berdarah minoriti Rohingya oleh tentera negara itu.
Langkah itu menyusuli kecaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap ketua umum Aung San Suu Kyi kerana membenarkan “pemusnahan bangsa” dalam satu tunjuk perasaan di Kuala Lumpur yang dihadiri ribuan orang.
Penunjuk perasaan membantah tindakan ketenteraan di negeri Rakhine yang menyebabkan lebih 20,000 Rohingya ke Bangladesh.
Mereka yang terselamat berkongsi dengan AFP kisah pembunuhan, penderaan dan pemerkosaan beramai-ramai di tangan pihak keselamatan Myanmar, sementara berpuluh mati ketika cuba menyeberangi sungai yang memisahkan 2 negara itu.
Myanmar, negara majoriti pengikut ajaran Buddha, sekian lama mendiskriminasikan Rohingya yang tak bernegara dan krisis terbaharu mencetuskan bantahan di negara majoriti Islam sekitar rantau itu, termasuk Malaysia.
Seorang menteri kerajaan Malaysia turut menyeru keahlian Myanmar dalam blok serantau Asean dikaji semula.
Semalam, menteri imigresen Myanmar berkata pihaknya menghentikan pengeluaran lesen baharu untuk warga yang mahu bekerja di Malaysia.
“Myanmar buat sementara waktu menghentikan penghantaran pekerja ke Malaysia mulai 6 Disember ekoran keadaan semasa di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada ribuan pekerja Myanmar, yang kebanyakan mengisi pekerjaan bergaji rendah di kilang dan industri makanan serta keraian.

5 Fakta Pembersihan Etnik Rohingya

Mahathir bidas MCA

Prof P Ramasamy: 'Jika Kit Siang dan Anwar boleh maafkan Tun M, apa masalahnya dengan yang lain?'

Lebih 76% rakyat tiada wang hadapi ‘kecemasan’

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membuat persediaan mencukupi untuk menghadapi 'kecemasan' seperti diberhentikan kerja dan sakit menyebabkan mereka kehabisan wang simpanan dalam masa singkat.
akpkPETALING JAYA: Lebih 76% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghadapi masa sukar atau “kecemasan”, kata penolong gabenor Bank Negara Malaysia.
Abu Hassan Alshari Yahaya yang dipetik Sin Chew Daily berkata, hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan hidup lebih 6 bulan pada waktu kecemasan atau tempoh susah, manakala 18% lagi boleh hidup lebih 3 bulan.
Katanya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak membuat persediaan mencukupi untuk menghadapi “kecemasan” seperti diberhentikan kerja dan sakit menyebabkan mereka kehabisan wang simpanan dalam masa singkat.
Bercakap pada sidang media selepas dialog anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di ibu negara semalam, Abu Hassan berkata, rakyat perlu membuat persiapan dengan menabung atau mencari jalan menambah punca pendapatan dengan meningkatkan kemahiran mereka dan bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi.
Maklumat AKPK menunjukkan antara faktor menyebabkan seseorang itu jatuh miskin ialah tidak tahu menguruskan kewangan (49.7%), gagal dalam perniagaan (15.2%), kos kehidupan tinggi selepas bersara (11.7%), kos perubatan tinggi (11%), hilang pekerjaan (9.5%) dan faktor lain (2%).
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir dipetik akhbar sama berkata, statistik kebankrapan Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan 97,215 orang diisytiharkan muflis sejak 2012 hingga 2016, termasuk 22,581 generasi Y berusia 25 hingga 34 tahun dan 1,157 orang berusia 25 tahun ke bawah.
Antara punca muflis ialah tidak mampu membayar pinjaman kenderaan sebanyak 26,801 kes atau 27.6%, pinjaman peribadi (22,153 kes atau 22.8%) dan pinjaman perumahan (18,819 kes atau 19.4%).
Beliau berkata, laporan Institut Kewangan Asia (AIF) menunjukkan tahap pendidikan pengurusan kewangan generasi muda rendah, hanya 28% anak muda menguruskan kewangan manakala 58% mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan kewangan.

China 'selamatkan' 1MDB dalam pertikaian IPIC

China dilaporkan akan membantu 1MDB dalam membuat bayaran balik kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dalam pertikaian antara keduanya yang bernilai AS$6.5 bilion.
Menurut Financial Times, tiga individu yang rapat dengan hal tersebut berkata, China telah dilamar untuk menjadi sumber dana 1MDB.
Ia menambah, sumber berkata, Malaysia akan menukar aset untuk pembiayaan.
Dakwaan berkenaan, bagaimanapun, tidak dapat disahkan secara bebas oleh Malaysiakini.
Menurut laporan tersebut, Presiden 1MDB Arul Kanda dalam maklum balas kepada dakwaan itu berkata, pihaknya 'tidak mempunyai sebarangan kenyataan susulan mengenai pertikaian dengan IPIC".
Pada bulan Mei tahun lepas, IPIC berada pada kedudukan yang sama seperti China setelah muncul sebagai 'penyelamat' kepada 1MDB yang bergelut untuk membayar balik pinjaman berjumlah AS$975 juta.
Ia berlaku selepas sebuah konsortium bank yang diketuai oleh Deutsche Bank menuntut pembayaran balik awal dari 1MDB kerana "dokumen sekuriti yang tidak lengkap".
Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelamat, IPIC pada Jun tahun lepas melanjutkan pinjaman AS$1 bilion kepada 1MDB bagi menyelesaikan pinjaman tertunggak kepada Deutsche Bank dan rakan kongsi konsortium.
Perjanjian tersebut adalah bertujuan memuktamadkan pertukaran berikutnya hutang-bagi-aset bagi menyelesaikan hutang 1MDB sekitar AS$3.5 bilion.

Jufazli mahu lawan ketua menteri Sabah pada PRU14

Jufazli berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta bagi menumpukan perhatian terhadap perjuangan untuk masa depan Sabah yang lebih baik.
Jufazli-Shi-Ahmad
PETALING JAYA: Aktivis muda Sabah, Jufazli Shi Ahmad akan bertanding menentang ketua menteri, Datuk Seri Musa Aman di kerusi Sungai Sibuga, Sandakan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah (GAMSS) itu berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta bagi menumpukan perhatian terhadap perjuangan untuk masa depan Sabah yang lebih baik.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Musa meraih kemenangan dengan majoriti 11,569 undi dalam pertandingan 5 penjuru. Beliau tidak pernah tewas di kerusi itu sejak pertama kali diturunkan di Sungai Sibuga pada 1999.
“Saya akan berpangkalan di Sandakan sehingga pilihan raya diadakan. Ia adalah tugas sukar tetapi tidak mustahil untuk menewaskan beliau,” katanya kepada FMT.
Pemuda berusia 27 tahun itu berkata, dalam perjuangannya menentang Musa, beliau akan mengetengahkan pelbagai isu, termasuk dakwaan skandal balak membabitkan Musa, isu rasuah Jabatan Air Negeri Sabah, Perjanjian Malaysia 1963, isu pendidikan dan pengangguran pemuda.
Katanya, beliau akan menjalankan 2 inisiatif utama, iaitu program pendidikan dan kajian.
Program pendidikan dinamakan Sekolah Rakyat Sabah akan dilancarkan bulan depan bagi memperbaiki kelemahan dalam silibus pendidikan negeri itu yang Jufazli dakwa terlalu berorientasi ke arah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno Sabah.
“Sejarah Sabah tidak dimasukkan dan pendidikan politik di institusi pengajian tinggi awam atau swasta di Sabah tidak dibangunkan dengan baik.”
Mengenai projek penyelidikan, Jufazli berkata, ia akan menumpukan permintaan pengundi Sabah untuk PRU14.
Beliau berkata, kajian itu juga akan mengetengahkan kesalahan pilihan raya yang didakwa dilakukan Umno dan BN.
Bulan lalu, FMT melaporkan Jufazli mengesahkan hasratnya untuk bertanding di PRU14, tetapi tidak akan menyertai mana-mana parti politik pada masa ini.

Malulah MCA, kata Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas MCA, berikutan serangan parti Cina itu kerana bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.
Dalam tulisan terbarunya di blog, Mahathir menyeru MCA supaya mengimbas hubungannya dengan perdana menteri ‘kleptokratik’ Datuk Seri Najib Razak sebelum menyerang pakatan DAP-Mahathir.
"MCA tidak perlu bercakap tentang prinsip kerana ia hanya parti oportunis. Ia bukan MCA (yang diasaskan oleh) Tan Cheng Lock.
"Ia hanya sampingan bagi parti rasis Umno Najib sekarang," katanya.
Najib berdepan dakwaan mengamalkan rasuah berikutan penemuan sebanyak RM2.6 bilion pada akaun bank peribadinya.
Bagaimanapun, Peguam Negara membebaskannya daripada pertuduhan itu, dengan berkata bahawa wang berkenaan adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Pengkritiknya mendakwa dana tersebut adalah dari 1MDB, tetapi Najib secara konsisten menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam.

Disebalik 1.5 juta warga asing masuk ke Johor.. siapa untung sebenarnya?

Lihat apa jadi pada Singapura, kata Dr M
Berita mengenai petempatan baru sedang dibina untuk jutaan orang di wilayah Iskandar Malaysia mendorong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tertanya-tanya nasib apakah akan menimpa Johor.
Dalam posting terbaru di blognya Dr Mahathir berkata laporan Bloomberg menyatakan di sekitar Johor Bahru ada 60 projek perumahan sedang dibangunkan dan boleh menempatkan 1.5 juta orang.
Namun kata Dr Mahathir, tidak diketahui siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar Malaysia itu.
"Masuk akalkah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1.5 juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini? Tak masuk akal," katanya dalam entri berjudul Kerakyatan.
Kata beliau apa yang "masuk akal" ialah 1.5 juta orang asing bakal menetap di sekitar Johor Bahru.
Beliau turut membangkitkan dakwaan bahawa orang asing itu akan berada di kawasan petempatan berkenaan selama tiga bulan saja sempena musim sejuk di negara asal mereka.
"Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal tiga bulan dan selepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandar raya Iskandar kosong selama sembilan bulan.
"Fikirkan 1.5 juta juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama sembilan bulan. Sunyi senyap Johor Bahru. Masuk akal?
"Jika 1.5 juta juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah (Menteri Besar Johor, Datuk) Mohamed Khaled (Nordin) menghalau mereka keluar?" tanyanya lagi.
Dr Mahathir yang kini lantang mengkritik kerajaan selepas menjadi pembangkang turut mempertikaikan status orang asing terbabit dan kemungkinan mereka menuntut kerakyatan Malaysia.
"Apa kata kalau senyap-senyap mereka diberi IC (kad pengenalan) Malaysia sebelum PRU 14?" katanya.
'Tahniah' untuk MB
Baru-baru ini ketika berceramah di Krubung, Melaka Dr Mahathir berkata 700,000 orang dari China akan diberikan kad pengenalan Malaysia dan membolehkan mereka mengundi dalam PRU ke-14 nanti.
Dakwa beliau ia adalah sebahagian daripada perjanjian yang diusahakan Datuk Seri Najib Razak semasa melawat China baru-baru ini.

Fitnah dan Utusan umpama isi dengan kuku


Saya ingin merujuk kepada satu lagi siri fitnah oleh Utusan Malaysia pada 6 Disember 2016 yang jelas bertujuan untuk menggambarkan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai ancaman kepada orang Melayu.
Kampung Mutiara
rencana-fitnah-dan-utusan-umpama-isi-dengan-kukuSalah satu tuduhan liar yang dilemparkan adalah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang lepas tangan terhadap isu Kampung Mutiara, Batu Ferringhi. Malah, Utusan Malaysia juga memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan merobohkan kampung tersebut.
Dakwaan jahat ini langsung tidak berasas. Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh dikatakan lepas tangan apabila wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan termasuk saya sendiri telah terlibat dalam usaha mempertahankan penduduk Kampung Mutiara daripada tindakan pengusiran yang dikenakan oleh mahkamah?
Pada masa yang sama, walaupun tanah tersebut merupakan tanah milik persendirian dan tuan tanah sudah pun memenangi kes di mahkamah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mengisytiharkan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan sebarang pemajuan di tanah tersebut selagi penduduk tidak diberi pampasan yang setimpal. Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri juga bersetuju menyediakan rumah PPR sebagai penginapan sementara seandainya berlaku perobohan rumah.
Usaha Kerajaan Negeri telah pun diiktiraf oleh Ketua UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail yang secara terbuka memuji sikap bekerjasama kepimpinan Kerajaan Negeri bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara. Adakah Dato’ Ahmad Ismail akan turut difitnah oleh Utusan?
Dalam sebarang kes tuntutan tanah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang senantiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan hak semua pihak terpelihara, khususnya penduduk yang terlibat. Hal ini juga dibuktikan di Tanjung Tokong, di mana kemelut puluhan tahun antara UDA dan penduduk kampung telah berjaya diselesaikan hasil daripada perbincangan bersama yang dimudahcarakan oleh Kerajaan Negeri.
DAP tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri
Dalam keluaran yang sama, Utusan Malaysia turut mengulangi fitnah lama kononnya DAP akan merebut jawatan Perdana Menteri sekiranya menang bersama Pakatan Harapan. Meskipun tiada halangan dari segi Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana rakyat Malaysia untuk memegang jawatan tertinggi itu, namun DAP memahami fabrik sejarah dan sosio-politik negara kita dan adalah naïf untuk DAP mengidamkan jawatan Perdana Menteri.
DAP tidak pernah berubah pendirian bahawa Perdana Menteri pilihan adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bukan hanya kerana soal beliau Melayu, tetapi kerana beliau adalah Melayu yang berkelayakan. DAP juga percaya bahawa terdapat ramai pemimpin Melayu yang berkebolehan serta beramanah dalam kalangan parti-parti pembangkang yang sudah tentu tidak akan menyeleweng duit negara atau menerima ‘derma’ berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi mereka.
Pada masa yang sama, DAP komited terhadap pembaharuan sistem dan bukan hanya mengejar jawatan-jawatan tertentu. Apa yang lebih bermanfaat kepada rakyat bukan sekadar penentuan Perdana Menteri tetapi reformasi keseluruhan struktur dan sistem politik negara kita yang telah nazak dirosakkan oleh rejim UMNO-BN.
Perlembagaan Persekutuan

PAS – UMNO perguna isu Rohingya untuk kepentingan politik


KUANTAN, 7 DIS: UMNO dan PAS tidak mempunyai kredibiliti dan tidak layak untuk menjuarai isu pembantaian junta Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya kerana gagal membawa ia untuk dibahaskan secara menyeluruh di Parlimen.
Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kononnya serius memandang isu tersebut, sepatutnya menggunakan kaedah tekanan diplomatik dengan menutup kedutaan Myanmar di negara ini.
tengku zulNamun, kata Tengku Zulpuri, UMNO dan sekutu barunya PAS memilih untuk melakukan ‘wayang politik’ dengan cara demonstrasi tanpa menyentuh dasar kerajaan yang jelas bagi menangani isu berkenaan.
“Isu Rohingya tidak kena gaya jika kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menggubal dasar hanya sekadar melakukan demonstrasi.
“Mereka tidak boleh samakan demonstrasi itu dengan perhimpunan aman BERSIH 5, yang mana suara mereka bagi menuntut negara yang bersih dan adil telah disekat oleh kerajaan UMNO,” katanya kepada Roketkini.
Malah, katanya, Malaysia sehingga kini masih menjalinkan hubungan ekonomi dengan Myanmar, sekaligus menunjukkan sikap tidak serius UMNO untuk membawa isu etnik Muslim Rohingya ke arah penyelesaian yang lebih menyeluruh.
Ia ditambah dengan sikap hipokrit PAS, yang menurut Adun Mentakab itu, ‘menutup sebelah mata’ terhadap isu Orang Asli di Kelantan yang terjejas teruk ekoran sumber makanan dan minuman mereka dimusnahkan oleh aktiviti pembalakan.
“Pemimpin PAS telah mengunakan politik untuk kepentingan sendiri. Berkawan dengan ‘Perompak Negara dan Rakyat’ demi tengkolok mereka sahaja,” ujarnya.
Najib bersama Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pada Ahad lepas menyertai perhimpunan Solidariti Ummah Rohingya di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Pertemuan kedua-dua pemimpin dalam pentas yang sama telah menimbulkan desas desus kerjasama politik kedua-dua parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Gugur dakwaan ‘sembrono’ ke atas penduduk, kata Suaram

NGO pemantau hak asasi Suaram menggesa pihak berkuasa supaya menggugurkan pertuduhan terhadap lima individu atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam di kawasan projek pemasangan menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Cheras Hartamas, Hulu Langat Ogos lalu.
Pengarah Eksekutif Suaram D Sevan berkata tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka adalah tidak wajar dan remeh.
‘Bagaimana ‘penjawat awam’ tersebut membuktikan yang mereka telah diganggu semasa menjalankan tugas?
“Apakah ‘tugas’ yang dikatakan itu, dan bagaimana mereka dikatakan menghalang apabila ‘tugas’ itu sendiri tidak ada?
“Demikian itu, pendakwaan yang menyatakan mereka menggangu tugas penjawab awam adalah sembrono dan tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sevan berkata di sebalik keadaan yang meragukan dalam pendakwaan itu, kelima-lima lelaki itu tetap dikenakan bayaran ikat jamin sebanyak RM 3,000 seorang.
“Suaram menyeru agar pendakwaan terhadap individu-induvidu ini digugurkan serta-merta kerana kes ini sama sekali tidak berasas.

Kos tak masuk akal, Trump batal tempah Air Force One baru

Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump membatalkan tempahan dengan Boeing Co untuk membina pesawat Air Force One yang baru bernilai lebih AS$4 bilion setelah mengadu kos itu di luar kawalan.
"Boeing sedang membina satu pesawat baru 747 Air Force One untuk kegunaan presiden di masa depan, tetapi kosnya di luar kawalan, lebih AS$ 4 bilion. Batal tempahan!" kata Trump di Twitter.
Memetik laporan Reuters, Trump yang bakal menduduki Rumah Putih pada 20 Januari akan datang juga dikatakan akan menggunakan kemahiran sebagai ahli perniagaan untuk membuat tawaran yang baik dan memberi manfaat kepada pembayar cukai Amerika.
Beliau yang kemudiannya membuat penampilan mengejut di lobi Menara Trump di New York berkata, kos pembikinan pesawat yang menjadi simbol kehebatan presiden AS sebagai tidak masuk akal.
"Pesawat itu betul-betul di luar kawalan. Saya rasa ia tidak masuk akal. Saya rasa Boeing melakukan perkiraan. Kami mahu Boeing menjana wang yang banyak tetapi tidaklah sebanyak itu," katanya kepada pemberita, memetik laporan yang sama.
Boeing yang telah membina pesawat untuk presiden AS sejak tahun 1943 masih belum memulakan kerja-kerja penggantian untuk Air Force One yang sedang diguna pakai sekarang ini.
Menurut syarikat itu, pihaknya kini menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak bernilai AS$170 juta yang berkisar mengenai penentuan keupayaan pesawat untuk memenuhi keperluan unik presiden AS," jelasnya.

Majlis Peguam desak tubuh badan pengawasan pantau polis

Peguam Firdaus Husni berkata, akauntabiliti polis menjadi perhatian umum selama beberapa tahun dan sudah tiba masanya pasukan itu melakukan pembaharuan.
polis_law_11
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia sekali lagi menggesa kerajaan menubuhkan mekanisme pengawasan luaran dalam memenuhi cabaran dihadapi pasukan polis.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis Majlis Peguam Malaysia, Firdaus Husni berkata, ia juga perlu untuk polis membasmi elemen jahat dalam pasukan itu.
“Di Malaysia, akauntabiliti polis menjadi perhatian umum selama beberapa tahun ini disebabkan kes yang dilaporkan dalam media yang menekankan situasi membimbangkan ini,” katanya dalam satu ceramah umum bertajuk “Undang-undang dan Akauntabiliti Polis” semalam.
Pada Februari 2004, Yang di-Pertuan Agong melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah sebagai pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Tahun berikutnya, suruhanjaya itu mengemukakan 125 syor kepada kerajaan dengan cadangan teras ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Bagaimanapun, pegawai tinggi polis menolak cadangan itu atas alasan pasukan berkenaan tidak patut dipilih untuk dikenakan tindakan disebabkan aduan orang ramai.
Beliau berkata, statistik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menunjukkan 242 orang mati dalam tahanan polis antara 2000 hingga 2014.
“Ini menunjukkan wujud masalah sistematik dalam pengurusan dan pengendalian tahanan dalam lokap,” katanya sambil menambah kebimbangan kedua ialah jumlah kes tembakan polis.
Beliau berkata, walaupun polis dibenarkan membawa senjata api dan menembak apabila perlu, namun dalam beberapa kes, ia lebih kepada tindakan ugutan.

Terima Habuan:Azwan Bro angkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara

Zunar fail semakan kehakiman sekatan ke luar negara

Skandal 1MDB: Keluarga Jho Low bertindak lindungi aset haram

Saudara-mara ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low sedang meninjau tindakan mahkamah untuk menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) dari merampas aset-aset yang terbabit dalam siasatan dana skandal 1MDB, menurut fail mahkamah AS.
Reuters melaporkan empat saudara Jho Low merancang memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini bagi membolehkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru, menurut usul Mahkamah Persekutuan di Los Angeles pada Isnin yang lalu.
Usul berkenaan bertujuan menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kepada tarikh lain dengan penyataan bahawa terdapat usaha membawa kes itu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.
Jho Low merupakan antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil yang difailkan awal tahun ini oleh Jabatan Keadilan AS atas dakwaan lebih daripada AS$3.5 bilion telah diselewengkan daripada dana 1MDB.
Menurut fail, langkah untuk mencuba mahkamah di tempat lain dibuat ekoran bantahan kerajaan AS terhadap usaha oleh saudara-mara Low untuk memindahkan aset kepada pemegang amanah yang baru.
Kerajaan AS mempersoalkan, antara lain, mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman adalah lokasi yang sesuai untuk membuat permintaan seperti itu.
Menurut Bloomberg, empat saudara-mara Low itu termasuk bapa dan abangnya

Najib yang menyusukan China

ULASAN Tidak ada satu pun kaum di negara ini akan selamat, kalau Malaysia itu sendiri tidak diselamatkan!
Masalah hari ini bukan masalah orang Melayu yang kononnya terancam, tetapi masalah sebenar adalah Malaysia yang kini sedang terseret ke dalam pelbagai kemelut pentadbiran, politik dan ekonomi.
Tidak sampai sebulan sebelum perhimpunan agung Umno minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengadakan lawatan rasmi ke republik komunis China dan bertemu dengan presiden Xi Jinpin. Di sana, beberapa perjanjian persefahaman dimeterai yang dilaporkan melibatkan kira-kira RM143 bilion nilai pelaburan. Jumlah itu mungkin besar bagi Putrajaya, tetapi bukanlah terlalu besar untuk sebuah negara sebesar republik komunis China.
Di sebalik perjanjian dan hubungan akrab Najib-China, republik komunis berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedang galak mahu menguasai Laut China Selatan. Salah satunya apabila China secara senyap-senyap menambak laut dan membina pangkalan tentera di kepulauan Paracel.
Tuntutan China terhadap atas kepulauan Spratly juga masih berterusan. Kedua kepulauan tersebut terletak di kawasan strategik di tengah-tengah Laut China Selatan yang bukan sahaja menjadi sumber tangkapan laut, minyak dan gas, tetapi sudah tentu sebagai kawasan strategik mengawal hubungan laut dengan kuasa ketenteraan.
Nelayan sama ada dari Filipina, Vietnem, Malaysia atau mana-mana negara terdekat akan diberkas sekiranya menangkap ikan di kawasan kepulauan berkenaan tanpa kebenaran China. Begitulah kerasnya pemaksaan kuasa yang mula dilaksanakan China di kedua pulau berkenaan yang kedudukannya beribu batu daripada sempadan pantai China.
Sebelum pertemuan Najib dengan Xi Jinpin, keadaan agak sukar bagi China menerobos dan menuntut sepenuhnya hak ke atas dua kepulauan berkenaan. Sehingga sebelum lawatan Najib, tidak ada seorang pun pemimpin negara ASEAN yang nampaknya boleh ‘dibeli’ oleh republik komunis China.
Ikatan dan semangat negara-negara ASEAN sebelum ini sangat kuat. Walau tidak ada sebuah pun negara ASEAN sekuat China, namun kesatuan ASEAN jualah yang membuatkan suara ASEAN kekal terhormat. Banyak urusan dalaman ASEAN diselesaikan dengan semangat dan cara ASEAN sendiri seperti konflik di Selatan Thailand, isu pengganas di utara Sabah dan Mindanao serta konflik puak pemisah Aceh di Indonesia dalam tahun 1980 dan 90-an dahulu.

'Orang dalam'
Hanya dengan bantahan secara bersama atas nama ASEAN, maka suara negara-negara ASEAN lebih terdengar dan tidak mudah untuk diketepikan begitu sahaja oleh mana-mana kuasa luar, termasuklah China. Oleh itu sebagai strategi politik, China memang perlu mencari jalan memecah-belahkan perpaduan ASEAN yang wujud puluhan tahun.
Berusaha ke arah itu, China perlulah mencari-cari dan mempunyai “orang dalamnya” untuk melemahkan ASEAN dari dalam ASEAN. ASEAN tidak boleh dilemahkan dari luar.
Maka tidak hairan bagaimana China melihat bahawa lawatan dan keterdesakan Najib untuk mendapat wang dari China sebagai peluang terbaik. Ini strategi serampang dua mata apabila mereka sedar bahawa Najib dalam waktu sama sangat terdesak memperoleh pelabur luar terutama selepas Najib tercalit skandal besar 1MDB. Selain itu, Putrajaya juga semakin kekeringan dana yang boleh dilihat di dalam Bajet 2017 di samping kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit.

Syarat Pas kepada PPBM: Tidak boleh bersama Amanah dan DAP jika mahu kerjasama

Pas telah memberikan beberapa syarat, jika PPBM  ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan AmanahPas telah memberikan beberapa syarat, jika PPBM ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada PPBM dalam pertemuan sebelum ini.
“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu (PPBM). Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Isnin lalu, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.
Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.
Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.
“Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.

Isu Rohingya: Najib, panglima ATM tak sehaluan, kata PJ PAS Selangor

Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pergi ke Myanmar untuk memulihkan hubungan dua negara. Datuk-Iskandar-Abdul-Samad
PETALING JAYA: PAS hari ini berkata kunjungan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.
“Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.
“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.
Malah, perdana menteri juga tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.
Bagaimanapun, Iskandar berkata sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.
“Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya.
Pada himpunan sama yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib mengecam tindakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan Aung Sang Suu Kyi yang enggan berjumpa wakil Malaysia bagi membincangkan isu hak asasi manusia itu.

Bersatu perlu Pas atau Pakatan Harapan - Takiyuddin Hassan

Bersatu tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada Bersatu dalam pertemuan sebelum ini.
“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.
TAKIYUDDIN HASSAN “Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.
Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.
Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.
“Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.
“Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini,” katanya.

Sabah bakal tumbang, rakyat semakin benci dengan Umno

Gelombang perubahan yang kuat di Sabah hari ini bakal menyaksikan kekalahan BN dalam PRU14 tidak lama lagi dan Amanah mesti segera menjalinkan kerjasama strategik dengan parti-parti tempatan khususnya Warisan, tegas AJK Amanah Nasional, Mazlan Aliman.
Katanya, rakyat Sabah sudah biasa membuat perubahan politik dalam pilihanraya melalui USNO, BERJAYA, PBS dan kini Umno.
fb_img_1481002291079Umno adalah parti dari Semenanjung dan masuk ke Sabah dengan satu misi yang sangat besar, untuk membawa perubahan kepada rakyat Sabah tetapi ianya tidak berlaku, ujarnya.
Hari ini dakwa beliau, rakyat Sabah marah kerana pemimpin utama mereka, Dato’ Seri Shafei Apdal digantung jawatan sebagai Naib Presiden Umno dan akhirnya keluar parti.
“Sudahlah agenda perubahan yang digembar-gemburkan Umno macam-macam, rekod kejayaannya dipersoalkan dan pemimpinnya diperlakukan dengan cara yang tidak sewajarnya,” ulas Mazlan dalam status terkini facebooknya.
Justeru, kata beliau, tindakan Shafei menubuhkan parti bersifat tempatan adalah strategi yang bijak dan terbukti dengan kemasukan ribuan ahli Umno di setiap bahagian ke dalam Parti Warisan.
Ini adalah signal penolakan besar-besaran ahli Umno Sabah terhadap parti Semenanjung, katanya.
“Kerjasama strategik dengan parti local khususnya Warisan mesti dilakukan segera, namun, hati-hati kerana sensitiviti rakyat Sabah mesti dijaga,” ulas beliau.

AMANAH Kelantan desak Nik Abduh cadangkan kepada Najib haramkan DAP

img-20161204-wa0633Amanah Kelantan mendesak Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mencadangkan kepada Perdana Menteri agar mengharamkan DAP sekiranya benar dakwaan beliau parti itu boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan kaum, atau boleh mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini, tegas Naib Pengerusi Amanah negeri, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.
Katanya, kenyataan Nik Abduh itu sebenarnya cuba meniupkan api perkauman dalam kalangan orang-orang Melayu dan ia senada dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan DAP.
Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang berada di luar komponen Pakatan Harapan (PH) tidak berhak dan tidak layak untuk menjadi jurucakap PH, apatah lagi campurtangan dalam menentukan calon Perdana Menteri yang hanya akan diputuskan diperingkat Majlis Presiden PH, jika ditakdirkan PH berjaya mengambilalih teraju pemerintahan negara daripada BN.
“Sokongan Umno ke atas RUU 355 yang di bawa oleh Presiden Pas tidak boleh dijadikan ukuran sebagai kejayaan bersama umat Islam kerana laluannya masih berliku.
“Tidak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan RUU 355 akan diluluskan. Setakat ini RUU 355 telah tiga kali dipinda di peringkat usul, walaupun usul tersebut belum lagi dibahaskan,” ujar beliau kepada Amanahdaily.
Jika di peringkat usul pun, Pas sudah berhempas pulas untuk memastikan usul Presidennya terus berada dalam agenda persidangan parlimen walaupun didakwa mendapat sokongan Umno, bagaimana pula nasib usul ini di peringkat undi belah bahagi dan seterusnya Bacaan Kedua yang hanya boleh dilakukan oleh Menteri, soal beliau.
Nik Abduh dalam satu kenyataan baru-baru ini, meminta umat Islam tidak terpedaya dengan kata-kata penyokong PH kononnya calon Perdana Menteri mereka, jika memerintah negara adalah daripada PKR bukan DAP.

Umno, Pas tubuh kerajaan campuran

UMNO dan Pas kemungkinan besar akan berkongsi kuasa politik dengan menubuhkan kerajaan campuran sekiranya BN terus mempertahankan pemerintahan pada PRU14.
"MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan terus kekal bersama, tetapi parti-parti ini akan terpinggir dalam arus perdana politik negara.
Demikian ramalan dibuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek kepada Sin Chew Jit Poh ketika mengulas mengenai hubungan yang semakin rapat antara pemimpin Umno dan Pas sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, selepas Umno bekerjasama dengan Pas, dasar negara akan lebih Islamik dan Umno akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan mengutamakan kepentingan kaum Melayu.
"Umno dan Pas sudah jelas akan terus bekerjasama dan bersatu hati dalam isu perpaduan umat Islam. Kedua-dua parti ini juga diramalkan akan bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi dalam PRU. Mereka akan berkongsi kerusi ataupun mungkin sengaja mencetuskan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.
"Bagaimanapun, Pas tidak mungkin akan menyertai BN memandangkan penyertaannya ke dalam BN mesti mendapat persetujuan daripada 13 parti komponen BN terlebih dulu," kata bekas presiden MCA itu lagi.
Menurut beliau, jika Umno dan Pas berganding bahu menghadapi PRU14, mereka pastinya akan mempunyai laluan mudah untuk menerajui kerajaan negeri di lima negeri yang mempunyai majoriti pengundi Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang dan Kedah.
"Kelima-lima negeri pula mempunyai 54 kerusi parlimen dan dijangka Umno serta Pas akan menang 48 hingga 50 kerusi daripadanya. Selain itu, di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi parlimen.
"Sekiranya Umno dan Pas berjaya memenangi 50 daripada 56 kerusi itu, ini bermakna semakin mudahlah Umno untuk mengekalkan kuasa dengan membentuk kerajaan campuran bersama Pas," katanya.
MCA sememangnya parti Cina
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memimpin negara selama 22 tahun, beliau sepatutnya telah sedar bahawa MCA sememangnya adalah sebuah parti dengan kesemua ahlinya terdiri daripada kaum Cina.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, sejak penubuhannya hingga sekarang, MCA adalah parti berasaskan kaum Cina dan MCA tidak perlu berselindung apa-apa.

BERKAWAN DENGAN DAP ADALAH PILIHAN YANG TEPAT

Semua orang tahu DAP adalah parti pilihan orang-orang Cina. Walaupun ia bersifat pelbagai kaum dan di dalamnya ada Melayu, India dan lain-lain kaum, tetapi lebih ramai orang Cina yang menyertai serta menyokongnya.

Kira-kira 80 hingga 90 peratus orang Cina sekarang ini bersama DAP. Sejak dua pilihanraya lalu memperlihatkan DAP telah mendapat sokongan majoriti yang ketara daripada pengundi Cina berbanding MCA dan Gerakan.

MCA dan Gerakan tidak boleh lagi dianggap mewakili kaum Cina. Mereka bukan saja kalah di banyak kerusi, malah di mana-mana kita boleh mendengar keluhan ketidakpercayaan kaum Cina sendiri kepada kedua-dua parti itu.

Bagi kaum Cina, MCA dan Gerakan sudah mati di hati mereka. Mereka tidak percaya lagi kepada parti itu. Ramai kaum Cina melihat MCA dan Gerakan adalah "parti cari makan"  dan bukan benar-benar memperjuangkan nasib mereka.

Sehubungan itu, dalam konteks politik Malaysia yang pelbagai kaum, tindakan Tun Mahathir Mohamad merapatkan dirinya dengan DAP adalah suatu tindakan yang tepat dan betul. 

Ini kerana PPBM, PKR dan Amanah adalah parti yang dikuasai oleh Melayu. Dengan merapatkan diri bersama DAP, PPBM dan Pakatan Harapan jelas ingin menawarkan keseimbangan politik kepada negara yang tentunya lebih mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Sebaliknya, Najib dan UMNO telah menyimpang jauh daripada daripada mahu mewujudkan keseimbangan kepada negara ini. Dengan UMNO sudah memiliki 88 kerusi Parlimen dan kemudian cuba berbaik serta berpakat pula dengan Pas, juga parti Melayu, Najib ternyata hanya ingin mengekalkan kuasa Perdana Menterinya secara mudah, tetapi mengabaikan keharmonian serta kestabilan negara.

Najib tidak sepatutnya cuba memikat Pas dan menghentam DAP jika beliau memikirkan kestabilan negara ini. Beliau seharusnya lebih dulu cuba mendekati DAP apabila melihat MCA dan Gerakan tidak lagi berfungsi.

Dan kalau pun DAP enggan berbaik atau bersama, Najib tidak seharusnya menghentam parti itu. Dengan disokong 80 hingga 90 peratus kaum Cina, menghentam DAP sama seperti menghentam kaum Cina.

Selepas diroboh, Orang Asli 'bangkit' bina sekatan baru Sabtu ini

Selepas sembilan hari insiden tangkapan Orang Asli serta perobohan sekatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah Gua Musang, kini masyarakat itu bangkit dan berjanji untuk membina lebih banyak sekatan.
Selepas sekatan telah dirobohkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) 29 November lalu, mereka kini akan mula mendirikan sekatan baru pada Sabtu ini.
Persiapannya telah berjalan antaranya masyarakat Orang Asli Temiar mula mengumpul bahan-bahan untuk membina sekatan di tempat lama dan baru.
Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Azmi Badun, antara bahan yang telah dikumpulkan ialah buluh, kayu dan rotan untuk membina sekatan baru.
Katanya lagi, sebanyak tujuh sekatan baru - berbanding tiga sebelum ini - akan dibina. Antara lokasi sekatan baru tersebut ialah jalan menuju ke Pos Balar dan Pos Hau.
"Kita dah bincang dengan semua komuniti Orang Asli dan mereka mempersetujui untuk mendirikan sekatan semula serta menambah sekatan lain.
"Kami tak rasa takut sebab kita bukan lakukan jenayah. Kita cuma pertahankan hak kami.
"Kita akan mula (bina sekatan baru) pada 10 Disember, Sabtu ini dan orang kampung juga kini sedang dalam proses untuk membaik pulih bangunan (pondok sekatan) yang dirobohkan," katanya kepada Malaysiakini.
Selain itu, ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan terdapat Orang Asli dari luar Gua Musang turut ditahan semasa JPNK merobohkan sekatan, Azmi menafikan perkara tersebut.
Malah, beliau dengan tegas memberitahu kesemua 54 Orang Asli yang ditahan merupakan Orang Asli dari Gua Musang.
"Dakwaan tak berasas sebab menuduh sedangkan yang kena tangkap Orang Asli sejati (dari Gua Musang).
"Tak ada Orang Asli negeri lain (yang ditahan), hanya (Orang Asli) Kelantan sahaja.
"Kalau ada Orang Asli lain pun, mereka hanya bergabung untuk pertahankan hak kami, mereka hanya menyokong. Kita tak halang mereka (Orang Asli luar dari Gua Musang) untuk datang, mereka juga Orang Asli," katanya lagi.
Azmi turut berkata, sehingga hari ini tiada usaha dari kerajaan negeri untuk berjumpa pihak mereka seperti yang dituntut sebelum ini.
"Antara tuntutan kami pada pihak berkuasa kerajaan negeri ialah supaya iktiraf hak Orang Asli dan hormati adat-adat Orang Asli.
"Tapi sehingga kini tak ada (perbincangan bersama kerajaan negeri). Kami dah datang (Wisma Darul Naim) SUK 2 November lalu dan bercakap dengan timbalan menteri besar Kelantan dan beliau berjanji nak adakan perbincangan isu sekatan.

Dr M: Tidak pelik IC diberi kepada 700,000 warga China

Ini kerana kes warga asing diberi kad pengenalan pernah berlaku, kat bekas perdana menteri itu
mahthir_mykad_cina_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan dakwaan lebih 700,000 warga China akan diberi kad pengenalan supaya boleh mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana kes warga asing memiliki kad pengenalan Malaysia pernah berlaku, kata bekas perdana menteri itu dalam catatan blog.
“Sebab itu dakwaan bahawa 700,000 orang asing ini akan diberi kad pengenalan, di daftar dan mengundi dalam PRU-14 tidak begitu ganjil,” katanya menjawab reaksi Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Khaled semalam menepis dakwaan Dr Mahathir sebagai tidak masuk akal.
Beliau menambah dakwaan itu hanya hasutan untuk menakut-nakutkan rakyat Johor dan mahu melihat Johor gagal dalam mencapai cita-citanya.
Tetapi Dr Mahathir hari ini mempertikaikan Khaled yang mendakwa pembelian hartanah oleh warga China bagi memenuhi keperluan mendapatkan tempat tinggal sementara terutama pada musim sejuk.
“Sudah ada syarat dan perjanjiankah?” soal pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
“Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal 3 bulan, dan tinggal bandaraya Iskandar JB kosong selama 9 bulan. Masuk akal?”

Tukar PM tak selesai masalah negara - Dr Khairuddin

Khairuddin Aman Razali
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menegaskan, masalah pentadbiran negara tidak akan selesai dengan hanya menukar perdana menteri.
Sebaliknya kata beliau, hanya dasar kepimpinan yang berlandaskan Islam akan menyelamatkan rakyat.
"Islam hadir untuk mengubah dasar yang diimani oleh manusia bukan hanya menukar manusia. Dasar kepimpinan perlu diubah. Pemimpin perlu memimpin berdasarkan Islam pada konsep pentadbirannya, pengurusan ekonomi dan kewangannya. Di saat itu barukah rakyat akan berbahagia," katanya.
Ahli parlimen Kuala Nerus itu mendakwa, DAP dan PKR setuju untuk hanya menukar perdana menteri kerana mereka tidak ada masalah dengan dasar negara hari ini.
"Dicanangkan Save Malaysia iaitu kabinet baru kerajaan antara Ahli Parlimen BN dan Pakatan Pembangkang tanpa Najib. Hanya tanpa Najib! masalah dalam negara tidak akan selesai dengan hanya menukar perdana menteri," katanya.

Hadi diberi layanan khas kunjung MAHA 2016

Lawatan Hadi itu sehari selepas beliau berkongsi pentas dengan Najib pada himpunan solidariti untuk Rohingya.
hadi521
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberikan layanan khas ketika mengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA2016) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Serdang baru-baru ini.
“Sukacita saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang telah menjemput, mengurus dan melayan saya dan rombongan semasa lawatan ke tapak MAHA 2016,” kata Hadi menyatakan penghargaannya dalam kiriman Facebook semalam.
hadi5212
“Semoga usaha meningkatkan hasil pertanian negara mencapai kejayaan.”
Hadi turut dilihat diraikan dengan jamuan yang turut disertai bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Taman Pameran Pertanian Malaysia.
hadieat
Lawatan Hadi itu sehari selepas beliau berkongsi pentas dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada himpunan solidariti untuk Rohingya di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
MAHA tahun ini yang dirasmikan Najib pada Ahad bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita” dan bertujuan mempamerkan produk dan bahan terbaik pertanian negara, merupakan ekspo pertanian dan makanan terbesar dan paling lama diadakan di rantau ini.

Mengapa siasat saya? Mengapa tak siasat FBI, Clare tanya Zahid

Daripada menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat Sarawak Report, editor laman web pemberi maklumat itu Clare Rewcastle-Brown telah mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, ini kerana FBI sedang menyiasat perkara yang sama yang telah dilaporkannya.
"Saya dapati sangat pelik timbalan perdana menteri dan Umno mahu memburuk-burukkan dan menyerang saya... kerana mendedahkan sesuatu yang kini disokong FBI dan pihak penguatkuasa di seluruh dunia.
"Justeru, mengapa Zahid tidak menubuhkan sebuah pasukan khas bagi berdepan dengan FBI dan mengapa beliau tidak mengkritik bank-bank yang mengakui berlaku salah laku membabitkan wang 1MDB?
"Mengapa tidak ambil tindakan undang-undang di negara yang mengenal pasti jenayah dinamakan sebagai 1MDB?" tanya Rewcastle-Brown.
Semasa menggulung perbahasan di hari terakhir perhimpunan agung Umno pada 3 Disember lalu Zahid yang juga naib presiden parti berkenaan memberitahu, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai pertubuhan tempatan, termasuk laman sesawang Sarawak Report.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata beberapa pertubuhan menerima dana asing dan sedang berusaha menjatuhkan kerajaan BN melalui cara tidak demokratik.
Di luar negara, beberapa bank dan pegawai yang mempunyai kaitan dengan 1MDB sedang disiasat oleh pihak berkuasa ekoran dakwaan berlaku penyelewengan dan penggubahan wang haram membabitkan dana agensi pelaburan milik kerajaan Malaysia itu.

Warga asing Wilayah Iskandar bakal dapat IC Msia untuk jadi pengundi - Tun M

UMNO sudah pun sampai kekuburan nya

Tun M: Mana mungkin perbuatan Najib dibandingkan dgn sunnah Nabi