Selasa, 6 Disember 2016

LFL pertikai siasatan ke atas dakwaan lampau

Lawyers for Liberty berkata pihaknya dibebaskan dari dakwaan menggulingkan kerajaan pada 2012
eric-paulsen_polis_600_1
KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty (LFL) hairan mengapa pihaknya disiasat berhubung dakwaan berkaitan menerima dana asing, sedangkan mereka dibebaskan dari dakwaan itu pada 2012.
Pengarah Eksekutif Eric Paulsen bimbang siasatan kali ini berniat jahat.
“Pada 2012 kami dan Bersih dituduh mahu menggulingkan kerajaan.
“Bagaimanapun kami tak disiasat dan isu digugurkan. Sekarang dakwaan sama diulang semula,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.
Paulsen menegaskan LFL “sangat telus” akan isu yang diperjuangkan dan menolak sebarang dakwaan mengatakan mereka mahu menggulingkan kerajaan.
“Dakwaan itu tidak masuk akal. Tuntutan LFL dan Bersih 5 sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil, dan kebebasan bersuara, yang selaras dengan perlembagaan.”
Peguam R Sivarasa, yang mewakili Paulsen, berpendapat siasatan polis itu susulan daripada serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 bulan lepas.
Sivarasa berkata pihak berkuasa mahu menyiasat dakwaan LFL menerima dana daripada yayasan hartawan George Soros, Open Society Foundation (OSF).
“Itu tuduhan yang diulang semula.”
Sivarasa berpandangan menerima dana dari luar negara bukan suatu kesalahan, dan menggesa pemerintah supaya menumpukan usaha membanteras rasuah dan jenayah.
“Jangan buang masa polis.”
Menurut Sivarasa, 2 lagi badan bukan kerajaan iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) akan dipanggil esok untuk siasatan.
Bekas pengerusi Bersih 2.0 Tan Sri Ambiga Sreevenasan akan dipanggil untuk memberi keterangan pada Khamis.

Jabatan Penjara tidak pernah benarkan Anwar keluar kenyataan media

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) sering ditanya media berkaitan isu semasa ketika berada di luar mahkamah.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) sering ditanya media berkaitan isu semasa ketika berada di luar mahkamah.
Jabatan Penjara tidak pernah membenarkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan sebarang kenyataan media di mahkamah seperti didakwa sebuah portal berita.
Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Hassan Sakimon berkata penelitian terhadap klip video portal berita itu mendapati sidang akhbar berlaku ketika Anwar diiringi keluar sebaik selesai perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.
Katanya setiap kali Anwar diiringi ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan, kerap kali proses pengiringan tersekat oleh pihak media dan orang ramai yang memungkinkan berlaku interaksi lisan di luar kawalan Jabatan Penjara.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada diguna pakai bagi memastikan pengiringan terhadap semua banduan termasuk Anwar dilaksanakan dengan mengutamakan aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Anwar dibenarkan membuat sidang akhbar semasa berada di mahkamah oleh Jabatan Penjara, kata Hassan.
Hassan berkata Jabatan Penjara sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sebenar yang berlaku di Mahkamah Rayuan berkenaan semalam.
"Pihak kami sesekali tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang salah laku anggota dan pegawai penjara," katanya.

Anak muda bukan ‘macai’ kepada pemerintah korup

Kepimpinan korupsi dan kleptokrasi bukan elemen yang sihat untuk masa depan negara dan anak muda.Kepimpinan korupsi dan kleptokrasi bukan elemen yang sihat untuk masa depan negara dan anak muda.
Integriti dan solidariti masyarakat majmuk merupakan dua unsur asas yang penting dan mampu melonjak negara ini ke tahap yang lebih baik dan maju, ujar Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
“Kepimpinan korupsi dan kleptokrasi bukan elemen yang sihat untuk masa depan negara dan anak muda. Anak muda bukanlah ‘macai’ kepada pemerintah yang korup dan zalim,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, masanya telah tiba untuk golongan muda samaa ada Melayu atau bukan Melayu juga di bandar atau luar bandar mahupun profesional atau buruh untuk bangkit secara total menolak kepimpinan Umno.
“Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyokong kenyataan Perdana Menteri bahawa DAP akan memerintah negara ini jika Umno hilang kuasa amat menjengkelkan dan tidak mencerminkan sifat kepimpinan masa depan negara.
“Ucapan yang berbaur perkauman ini boleh memprejudiskan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini yang menjadi tulang belakang pembinaan dan pembangunan Malaysia.
“Ternyata, slogan 1Malaysia yang disorak kerajaan telah diabaikan oleh Khairy semata-mata bagi memastikan Umno terus kekal di tampuk kekuasaannya,” bidasnya.
Mengulas ancaman DAP terhadap Melayu seperti dimomokkan Umno, Faiz menyifatkan pendekatan rasis Umno itu jelas tidak berpandukan fakta dan bercanggah dengan realiti sebenar.
“Umno mendakwa mereka adalah parti politik yang mewakili orang Melayu. Ironinya, bukan isu orang Melayu yang diperjuangkan, tetapi DAP yang diserang.
“DAP hanya bertanding di kawasan yang majoritinya penduduk bukan Melayu di mana dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13 yang lalu, hanya 51 daripada 222 kerusi parlimen yang DAP tandingi.
“Penduduk Cina di negara ini pula hanya sekitar 24 peratus. DAP pula tidak bertanding di kerusi Umno dalam pilihanraya. Justeru, dalam keadaan ini, bagaimana DAP mampu untuk memerintah negara ini?” selarnya.
Justeru, beliau menganggap serangan terhadap DAP itu merupakan satu bentuk intimidasi politik ke atas orang Melayu sedangkan penolakan orang Melayu terhadap Umno tidak pun akan memenangkan DAP memandangkan parti politik lain yang menentang Umno seperti PKR, Amanah dan PPBM.
“Hak keistimewaan orang Melayu di dalam Perlembagaan akan terus kekal dan tidak akan diganggu. Hak dan kepentingan orang Melayu akan terus dipertahankan dan diuruskan dengan lebih baik jika orang Melayu memilih calon Pakatan Harapan yang berpegang kepada prinsip urus tadbir dan integriti sebagai asas perjuangan dan transformasi sistem pemerintahan.
“Amat malang apabila Perhimpunan Agung Umno lalu dijadikan medan membangkitkan api perkauman tanpa membincangkan masalah anak muda dan penyelesaiannya.
“Anak muda pada masa ini dibelenggu dengan masalah sosioekonomi yang semakin meruncing antara lain peluang pekerjaan, kebanjiran pekerja asing, GST, kenaikan kos sara hidup, kenaikan harga barang, harga rumah dan kos pengangkutan awam serta hutang pendidikan,” katanya lagi.
Korupsi musuh utama

Walak Najib walak 'kongsi gelap'

Isu walak atau kesetiaan kepada Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno lalu disifatkan menjadi kalimah “ugutan” semata-mata.
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berbeza dengan pengamalan dalam tradisi Islam apabila walak diberi, bukan diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap mereka.
“Kedengaran di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwalak kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.
“Dalam konteks parti, khalifah itu adalah presiden dan dalam konteks negara khalifah itu adalah perdana menteri walaupun seorang yang mengamalkan kleptokrasi ('pencuritokrasi'),” sindir bekas naib presiden PAS itu.
Dalam perhimpunan agung Umno lalu Najib berkata parti itu bertahan sehingga kini kerana prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi mereka.
Katanya, prinsip walak wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah perdana menteri.
Mahfuz mendakwa sistem dalam Umno itu mirip kepada kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap “yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.”
"Seperti ahli kumpulan mafia yang belot atau khianat (tak walak) kepada ketua dan kumpulan akan dihapus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno apabila mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak walak pada presiden dan dihapuskan (pecat).”
Beliau justeru mengingatkan bahawa ketaatan dan kepatuhan sepatutnya diberikan kepada perkara dan tidak melanggar syarak, bukan ketaatan membuta tuli.
“Tahniah Najib menjadikan walak melindungi diri. Tahniah perwakilan yang sudah pun pulang dan selamat sampai dengan 'dedak' yang berat,” sindirnya.

Umno bakal 'menang besar' PRU14 - Ku Seman Ku Hussain

Saya beberapa kali ditanya oleh teman-teman tentang potensi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Saya dengan penuh yakin memberitahu Umno akan mencapai kemenangan besar sekali gus menyumbang kepada kelestarian BN sebagai parti kerajaan.
Walaupun teman-teman di luar Umno kurang gembira dengan jawapan itu, saya mempunyai beberapa hujah yang menyokong ramalan saya.
Pertama, Umno terbukti sebuah parti yang tidak menghadapi masalah. Memang ada yang tidak setia kerana ingkar arahan ketua. Tetapi semua itu sudah keluar bukan lagi masalah Umno.
Maknanya yang masih ada dalam Umno tidak menimbulkan masalah dari segi kesetiaan. Kesetiaan yang ada dalam Umno jangan diperkecilkan. Ini terbukti daripada luahan kesetiaan pada Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu.
Tidak ada satu pun pun pemimpin yang mempersoalkan kepimpinan tertinggi dalam isu integriti. Ini satu sikap mempertahan ketua yang sangat baik dalam Umno.
Kedua, Umno adalah satu-satunya parti yang melindungi orang Melayu. Siapa sahaja asalkan Melayu. Umno juga menegakkan Islam di negara ini dengan membanteras perbuatan yang bertentangan dengan Islam dalam kalangan pemimpin Umno.
Umno juga mempunyai sekutu bukan Malayu dan bukan Islam, MCA, MIC dan Gerakan, yang kuat menyokong Umno dalam soal memartabatkan Islam di negara ini.
Umno membanteras rasuah hingga ke akar umbi dan tidak seorang pun pemimpin parti itu yang terlepas, kecuali tidak didakwa di mahkamah.
Pendakwaan adalah hak mutlak peguam negara yang arif tentang undang-undang. Ini tidak ada kena mengena dengan Umno.
Ketiga, Umno tidak seperti pembangkang yang mendapat dana politik daripada pihak asing. Setakat ini tidak ada bukti Umno menerima dana asing. Atas nama Umno tidak ada dana asing.
Keempat, semua penganalisis termasuk yang terdiri daripada kalangan ahli akademik, memberikan analisis yang memuaskan tentang potensi Umno menghadapi PRU14.
Tidak ada penganalisis membayangkan Umno dalam bahaya. Ini sesungguhnya membuktikan kekuatan Umno.
Umno adalah satu-satunya parti politik yang tidak berpolitik. Umno semata-mata berkerja dan berkorban untuk rakyat. Ini ditegaskan oleh banyak pemimpin Umno.
Kelima, pemimpin-pemimpin Umno yang ada skandal seks bukan lagi bersama-sama Umno. Yang tinggal dalam Umno semuanya yang bersih sekali gus menjunjung ajaran Islam yang sebenarnya. Umno sangat tegas dalam isu ini.
Keenam, semua parti pembangkang - kecuali PAS - berada dalam keadaan terdesak. Ini disahkan berulang kali oleh pemimpin-pemimpin tinggi Umno dalam banyak ucapan mereka.

JADI PEMERINTAH - PAS JANGAN BERNAFSU BESAR, LIHATLAH REALITI...

Jangan terlalu mendabik dada dan menunjukkan nafsu besar.
Mengatakan PAS sedia memerintah ‘Malaysia Dengan Prinsip Islam’ selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), apakah PAS cukup kerusi untuk membentuk kerajaan?
Kalau menumpang UMNO dan Barisan Nasional (BN), atau juga bersama pembangkang, PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya untuk membentuk kerajaan dengan prinsip Islamnya.
Bukankah UMNO sendiri sudah ada prinsip Islam yang diperjuangkannya iaitu Wasatiyyah?
Kalau dengan kalangan pembangkang pula, PAS kenalah sedar diri bahawa mereka bukan kelompok terbesar.
PAS kena sedar bahawa untuk memerintah bersendirian, PAS perlu mendapat majoritI mudah daripada 222 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan.
Apakah PAS akan meletakkan calon lebih 130 orang di semua negeri pada PRU-14? Apakah ia akan menang besar akan mendapat sekurang-kurangnnya 112 kerusi?
Meletakkan harapan dan keyakinan besar memang boleh tetapi pencapaiannya bagaimana?
Yang nyata, PAS tidak pun mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum lalu berbanding dengan DAP dari segi kerusi yang dimenangi, apa lagi peratus kemenangan. PAS hanya menang di 21  kerusi Parlimen.
Bukan itu sahaja, PAS kekurangan kerusi berbanding dengan keputusan PRU12.
PAS bertanding di 73 kerusi berbanding DAP sebanyak 51 kerusi dan PKR sebanyak 99 kerusi. BN pula bertanding di 221 kerusi.
Namun keputusannya ialah,  BN mendapat 133 kerusi, DAP 38 dan  PKR 30.  Ini kejayaan paling cemerlang dicapai oleh DAP, walaupun meletakkan calon paling sedikit berbanding PKR dan PAS.

Dengan keputusan itu, DAP berjaya menambah 10 lagi kerusi parlimen pada PRU 13 manakala PAS dan PKR bukan sahaja gagal untuk menambah kerusi, malah hilang pula kerusi yang sedia ada. PAS daripada 23 kerusi parlimen pada PRU12, PAS hilang 2 kerusi menjadi 21 kerusi sahaja.
PAS hanya menang di Kedah (1); Kelantan (9); Terengganu (4); Perak (2);  Pahang (1) dan  Selangor  (4).
Manakala PKR pula daripada 31 kerusi parlimen kini menjadi 30 kerusi setelah hilang 1 kerusi pada PRU13 itu.
DAP mencapai kemenangan 76.47 peratus berbanding PAS hanya 28.7  peratus. PKR pula mendapat 30.3 peratus.

Walaupun mencapai kejayaan, DAP sehingga kini tidak mendabik dada seperti PAS.
Pada ketika PAS dengan bangganya untuk menjadi Blok Ketiga, DAP tetap mencari rakan seperjuangan yang membuktikan ia bukan parti TAMAK dan GELOJOH seperti PAS.
Melihat kepada kedudukan dan keputusan PRU13  lalu,  PAS jangan nak bermimpi di siang hari atau berkhayal sendirian.
Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Norsemalam (5 Disember 2016) berkata di Kuala Terengganu bahawa PAS bersedia untuk memerintah negara ini dengan membawa prinsip Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW, selepas pada pilihan raya umum kali-14 (PRU14).
Katanya, berasaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar yang lalu, PAS akan memimpin dan menyadbir perubahan negara dengan membawa prinsip Islam .
Beliau menegaskan: “Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyah dengan membawa ‘jahiliyah yang baru’………..jadi PAS dengan prinsip Islam dan kita yakin dan percaya dengan latarbelakang golongan professional dan aktivis serta para asatizah.
“PAS mampu mendapat sokongan rakyat pada PRU14 nanti,“ujarnya yakin.
Malah, menurutnya, oleh kerana UMNO telah memalu gendang perang PRU14 pada Perhimpunan Agungnya minggu lalu, ka di pihak PAS pula telah bersedia serratus peratus untuk menghadapi PRU14.
Menurutnya, PAS telah menggerakkan seluruh jenteradan diantara usaha yang akan dibuat ialah mengekalkan momentum tenaga kerja melalui himpunan-himpunan besar antaranya Himpunan Sokongan RUU355 yang akan diadakan pada 18 Februari 2017.
Menurutnya, program yang akan didadakan di Lembah Kelang dijangka menarik lebih 200 ribu orang, bukan sekadar petugas PAS, bahkan para penyokong dan seluruh jaringan sivil (sivil society) serta para NGO Islam.

UMNO perlu henti perbodohkan rakyat dengan politik perkauman

Pemimpin UMNO terus diingatkan agar berhenti memperbodohkan rakyat dengan sentimen murahan perkauman semata-mata untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali menegaskan bahawa DAP meraikan kepelbagaian kaum dan agama serta tidak akan memilih pendekatan terdesak seperti parti pemerintah itu.
broshaikhMenurutnya, DAP menjunjung semangat Demokrasi Sosial serta akan mendekati rakyat dengan dasar-dasar yang baik demi Malaysia yang lebih sejahtera buat semua merentasi kaum, wilayah dan agama.
“Agak ironi, kerana baru sahaja tamat Persidangan Agung UMNO 2016 dan kini DAP menjalankan Persidangan Tahunan Parti ke-50.
“Jika dalam PAU 2016 mereka (pemimpin UMNO) memainkan sentimen perkauman yang sangat jahat, kita (DAP) mahu beritahu kepada UMNO dan PAS, serta seluruh rakyat, bahawa DAP tidak akan ambil jalur perkauman.
“Tetapi kita akan ambil pendekatan yang mendekati rakyat dengan polisi-polisi baik untuk Malaysia,” ujarnya dalam pentas perbahasan di Persidangan Tahunan DAP ke-50 pada hari Ahad lalu.

‘UMNO berbohong kepada orang Melayu’

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa dan kenapa UMNO tidak habis-habis menyerang DAP dengan pelbagai fitnah jahat kononnya DAP mahu memusnahkan institusi Melayu dan Islam.

Namun, jika diperiksa fakta, sejarah dan pencapaian parti, segala tohmahan jahat UMNO itu jauh menyimpang dari kebenaran.
datukariffAhli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, UMNO bertindak demikian kerana parti itu mahu memesongkan perhatian rakyat dari masalah ekonomi dan penyelewengan yang melanda negara saat ini.
“Ini satu pembohongan terang-terangan UMNO terhadap orang Melayu,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAP baru-baru ini.
Hakikatnya jelas Ariff, pembohongan UMNO itu langsung tidak berlandaskan fakta sedangkan sudah jelas bahawa kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera negara ini termaktub dan dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Realiti politik dan demografi Malaysia juga kata Ariff tidak akan menyebabkan Melayu terpinggir di mana kuasa politik Melayu akan terus dominan walaupun UMNO tewas.
“Faktanya ialah, Malaysia negara di mana orang Melayu dominan. Demografi ialah masa depan atau destini. Ketua Negara ialah Melayu. Sesiapa sahaja orang Melayu, dari parti mana pun, boleh jadi Perdana Menteri.
“Hari ini, pendirian rasmi DAP ialah menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim ialah orang Melayu”, katanya di Persidangan Kebangsaan DAP Ahad lalu.
Berdasarkan statistik semasa, kaum Cina membentuk 24 peratus dari populasi keseluruhan penduduk Malaysia, kaum Melayu membentuk 55 peratus dan Bumiputera lain pula 10 peratus.
Menjelang tahun 2030, kadar populasi kaum Cina akan menjadi 15 peratus, manakala kaum Melayu dijangka mencecah 75 hingga 80 peratus.
“Dalam senario demikian, bolehkah kaum Cina jadi Perdana Menteri dan ketua negara ini?” soal Ariff menempelak dakwaan UMNO.
Melayu tak lagi mudah diperbodohkan UMNO
Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Pahang itu, UMNO tidak lagi boleh memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia dengan isu sedemikian kerana rakyat, khususnya kaum Melayu semakin sedar dengan pembohongan besar parti itu yang gemar memainkan sentimen perkauman.
“Najib dan UMNO lupa, mungkin Melayu yang bodoh ialah Melayu UMNO sahaja. Melayu yang lain, yang selain 3.2 juta ahli UMNO itu sudah celik dan bukan buta huruf politik lagi.
“Kita akan jawab satu persatu dan sementara itu, kita harap orang Melayu jangan histeria mendengar dusta besar dari UMNO dan pembohong nombor wahid Malaysia, Najib Tun Razak,” jelasnya.
DAP juga katanya tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian memandangkan hanya akan bertanding sekitar 50 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.

Patuhi prinsip MABT elak Orang Asli teraniaya, kata bekas Pesuruhjaya Suhakam


Muhammad Sha'ani AbdullahMuhammad Sha'ani AbdullahKerajaan negeri dan jabatan berkaitan harus memahami hak Prinsip Persetujuan Makluman Awal, Bebas dan Telus (MABT) yang menjadi syarat kepada semua bentuk pensijilan komersil melibatkan tanah adat Orang Asli, tegas bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Muhammad Sha'ani Abdullah.
Menurutnya, prinsip MABT memberi ruang kepada sesuatu komuniti untuk berhak bersetuju atau tidak bersetuju terhadap mana-mana cadangan projek yang akan memberi kesan ke atas pemilikan tanah yang diduduki atau diguna secara adat.
“Persetujuan MABT adalah untuk mewujudkan penyertaan dan perundingan dari bawah ke atas dalam kalangan Orang Asli sebelum memulakan pembangunan di atas tanah adat atau menggunakan sumber di wilayah tanah adat Orang Asli,” jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Mengulas situasi getir dialami masyarakat Orang Asli Suku Temiar di pedalaman Gua Musang akibat aktiviti pembalakan melampau, beliau menyifatkan MABT adalah sebahagian asas proses demokrasi bagi mengelak hak dan kepentingan komuniti itu teraniaya.
“Kalau segala peruntukan tahunan jabatan diagihkan kepada keluarga di bawah paras kemiskinan, tentu masyarakat Orang Asli tidak perlu berdemonstrasi atau membuat sekatan (blockade) di laluan balak demi menuntut hak mereka,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli parti politik yang bercita-cita memanjat tangga kuasa supaya mendalami konsep dan prinsip hak asasi manusia supaya benar-benar faham untuk memperjuangkan hak rakyat.
“Kanun Tanah Negara juga ada peruntukan lebih kurang seperti MABT tetapi pihak-pihak terlibat tidak mendedahkan notis awal secara meluas kerana mahu mengelak bantahan awal.
“Ramai wakil rakyat yang duduk di PBT (pihak berkuasa tempatan) gagal menyampaikan maklumat atau pelan rancangan kepada pengundi yang juga pembayar cukai,” ujarnya.
Akibatnya, Sha’ani berkata, proses MABT menjadi sekadar formaliti kerana keputusan telah pun dibuat walaupun di peringkat cadangan padahal MABT bermakna termasuk untuk tidak setuju dengan cadangan projek.
“Jika mana-mana parti politik mengaku mendukung demokrasi, mereka harus mendukung proses MABT di semua peringkat membuat keputusan.

Orang Asli Kelantan lapor kepada EAIC, siasat salah guna kuasa

'Apa pendirian sami Buddha di Malaysia tentang isu Rohingya?' - Ummat

Syabas, Najib Razak jawab soalan "arab donation"

Bersih 5: Lebih ramai pemimpin NGO dipanggil polis beri keterangan

Penganalisis: Undi Cina dan Melayu pasti, India jadi penentu

Chin berkata, pengundi India beransur kembali kepada BN tetapi mereka mungkin mengundi pembangkang jika Umno terus menyokong RUU 355.
undiPETALING JAYA: Trend pengundian kaum India akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memandangkan sokongan pengundi Cina kepada DAP sudah mencapai 90%, kata pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, Prof James Chin.
“Kebanyakan bukan Islam menyokong DAP, mereka sudah dapat 90% sokongan pengundi Cina, tiada ruang untuk berkembang lagi.
“(Tumpuan) sekarang ialah pengundi India, mereka kini 50:50, beransur-ansur kembali kepada Barisan Nasional (BN). Tetapi, jika Umno membenarkan rang undang-undang persendirian PAS, mungkin India akan mengundi Pakatan Harapan dan DAP,” katanya kepada Sin Chew Daily.
Pada 24 November lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 ke sidang yang dijadualkan pada Mac 2017 untuk menerangkan pindaan RUU itu secara terperinci.
Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
Beliau berkata, walaupun tidak bergabung, PAS dan Umno sudah mencapai persefahaman dengan bekerjasama secara tidak rasmi bagi menentang Pakatan Harapan.
“(Tun Dr) Mahathir Mohamad benci DAP, (Datuk Seri) Najib Razak benci Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mereka ada manfaat bersama, kerjasama tidak rasmi akan membolehkan mereka menentang PPBM di kawasan perkampungan Melayu.”
Chin berkata, MCA, Gerakan dan MIC tidak akan dapat bertahan jika mereka meninggalkan BN, sebaliknya parti komponen BN dari Malaysia Timur mungkin berani berbuat demikian dan faktor utama ialah sama ada mereka boleh mengundi menentang RUU 355.

Wala' buta tuli Najib perbudak-budakkan ahli Umnoi


Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz Omar Wala’ (kesetiaan) tidak boleh melahirkan pengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli, sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan membuta tuli.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam Perhimpunaan Agung 2016 baru-baru ini, dakwanya seolah-olah memeras ugut ahli parti supaya berwala' kepada pemimpin secara membuta tuli yang akan membawa kepada kehancuraan masa depan negara.
"Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua, berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amalperbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan.
"Di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwala' kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.
"Dalam kontek parti, Khalifah itu adalah Presiden dan dalam kontek negara Khalifah itu adalah Perdana Menteri walaupun seorang yang mengamalkan 'Kleptokrasi'.
"Umno sebagai pertubuhan berdaftar kini sudah bertukar pendekatan menjadi seperti kumpulan 'kongsi gelap,gengster dan mafia' yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.
"Seperti ahli kumpulan Mafia yang belot atau kianat ( tak wala') kepada ketua dan kumpulan akan dihapuskan," ujar beliau memberikan analogi.

ROHINGYA: INI BARU BETUL2 SANDIWARA NAMANYA!!

Antara ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.

"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. 

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Di atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.

Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.

Terpaku dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang sebenarnya.

Begitulah Najib, hanya selepas dua hari selepas beliau merelakan  tekaknya sakit dengan jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera, Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar,  U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan  beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

'Kenapa tak siasat RM2.6b dibawah Seksyen 124C'

Dengan perhatian sekarang ke atas dana asing, bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan menuntut penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai isu derma RM2.6 bilion.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ambiga berkata, tindakan beberapa NGO diburu atas penerimaan dana asing adalah keterlaluan tatkala wujud pengakuan RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang digunakan untuk pilihan raya umum lepas.
"Jika berlaku apa-apa, ia adalah campur tangan langsung dalam demokrasi berparlimen dan bukan kerja-kerja NGO yang memperjuangkan pendemokrasian institusi kita.
"Timbalan menteri perlu perjelas mengapa RM2.6 bilion ini tidak disiasat sebagai aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan tatkala isu pembiayaan asing menjadi perhatian," katanya.
Gerakan reformasi pilihan raya BERSIH, Majlis Peguam dan Malaysiakini sedang disiasat di bawah Seksyen 124C berhubung dakwaan penerimaan dana daripada Open Society Foundations yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.
Pada 18 November yang lalu, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah ditahan selama 10 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Sementara itu, Ambiga juga mengkritik kenyataan Nur Jazlan yang menganggap ulasan Pelapor Khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Maina Kiai sebagai 'campur tangan' dalam urusan negara ini dan siasatan terhadap penyaluran dana asing kepada NGO.
“Lelaki ini, yang bukan rakyat Malaysia dan bekerja untuk organisasi luar, datang dan beritahu orang ramai untuk berdemonstrasi dan mengkritik kerajaan. Dia campur tangan di Malaysia.
“Tindakannya memberi sebab kepada polis untuk menyiasat kumpulan atau NGO yang menerima dana asing sama ada terdapat campur tangan asing,” kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini semalam.

Najib's presence at Rohingya rally raises more questions from opposition

"Kami mahu British kembali kaji Perjanjian Malaysia," gesa S4S

Rohingya - UMNO PAS Bersandiwara

Iskandar: Pas, Umno Masih 'Bertempur'

'Kit Siang jadi PM, itu senarai barisan kabinet palsu'

Salah guna kuasa, Orang Asli rayu bantuan EAIC

Orang Asli Gua Musang, Kelantan hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan Malaysia (EAIC) ekoran tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menangkap 54 Orang Asli.
Menurut Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Azmi Badun, aduan hari ini dibuat terhadap JPNK dan PGA kerana didakwa menyalahguna kuasa dengan menangkap Orang Asli di sekatan di Gua Musang.
Malah, ujar beliau, JPNK telah menyalah gunakan kuasa yang dilakukan sekali lagi apabila memohon tahanan reman selama dua hari terhadap 47 Orang Asli pada 30 November lalu.
"Mereka (JPNK) juga salah guna kuasa dengan meroboh sekatan-sekatan dan bangunan-bangunan tradisi di Simpang Petei, Kampung Cawas, Kampung Parik dan Simpang Pos Tohoi pada 29 November dan 1 Disember oleh JPNK.
"Mereka juga salah guna kuasa dengan membuat sekatan oleh JPNK yang turut menghalang kemasukan orang awam, NGO, peguam dan wartawan ke dalam perkampungan Orang Asli di kawasan sekatan sejak 11 Oktober," katanya.
Azmi berkata demikian pada sidang media di lobi EAIC di Wisma Usahawan, Putrajaya.
Selain Azmi, turut hadir bersama beliau ialah 10 Orang Asli dari Gua Musang dan turut diiringi ialah Koordinator Biro Orang Asli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Suresh Kumar.
Aduan yang dibuat telah diterima oleh Pengarah bahagian Operasi (Aduan dan Siasatan) Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid.

Kit Siang jadi PM, Dr M timbalan dalam ‘senarai Kabinet fitnah’ terkini

Antara lain, senarai itu memberikan 7 jawatan kanan Kabinet kepada pemimpin DAP sementara pemimpin Pakatan lain diberikan portfolio lebih rendah.
kit-siangPETALING JAYA: DAP hari ini sekali lagi terpaksa tampil menafikan satu lagi senarai bakal Kabinet sekiranya ia bersama Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang, dan kali ini yang menjadi perdana menteri ialah Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu memegang jawatan tertinggi itu, sementara timbalannya ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya berasa terharu dipuji kerana buat pertama kali saya diberikan jawatan PM, walaupun dalam tempoh 51 tahun, tidak pernah terlintas mahu menjadi perdana menteri Malaysia,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Senarai Kabinet bayangan itu mula tersebar di Internet, selang 2 hari selepas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang menyaksikan pemimpin utama dan perwakilan menumpukan serangan mereka terhadap DAP dan Dr Mahathir.
Senarai itu antara lain meletakkan 7 pemimpin DAP dalam portfolio kanan termasuk menteri kewangan (Lim Kit Siang), menteri di Jabatan Perdana Menteri (Lim Guan Eng) dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Teresa Kok).
Manakala pemimpin Pakatan Harapan lain seperti Rafizi Ramli sekadar diberikan jawatan menteri pelancongan, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberikan portfolio menteri pembangunan wanita dan keluarga, serta Khalid Samad dari Amanah diberikan portfolio baharu, iaitu menteri kesenian, kebudayaan dan sejarah.
Sekilas pandang, barisan Kabinet itu jelas merupakan sindiran pengkritik Pakatan Harapan terhadap gabungan pembangkang itu.
Lim bagaimanapun membidas dalang di sebalik senarai itu kerana meneruskan “pembohongan” berupa serangan besar terhadap DAP berdasarkan kaum dan agama.
“Senarai palsu Kabinet Pakatan Harapan itu bertujuan memperkukuhkan pembohongan besar Umno dan propagandanya menyemai kebencian terhadap DAP,” kata Lim.

Bekerjasama dengan UMNO, Pas berbeza pendapat sesama sendiri

Yang mana satu? Minggu lepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata belum ada kerjasama antara parti itu dengan UMNO.
Hari ini pula, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan beritahu, mereka hanya bekerjasama dengan UMNO, bukan bergabung.
Kenyataan berbeza dari dua pemimpin Pas ini telah mengelirukan orang ramai termasuk ahli Pas yang tertanya-tanya betul atau tidak parti mereka bekerjasama atau bergabung dengan UMNO.
Kalau sudah bekerjasama, kenapa pucuk pimpinan Pas perlu sembunyikan perkara itu dari pengetahuan ahli.
Ahli juga ada hak untuk tahu keputusan parti, bukan dibuat mereka seperti lampin pakai buang, ketika pilihan raya atau pemilihan parti sahaja mereka dicari.
Kenyataan Tuan Ibrahim pada 28 November lalu jelas mengatakan, tidak akan ada kerjasama antara Pas dengan UMNO.
Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya akan berlaku kerjasama itu.
Bercakap kepada pemberita selepas sidang media di ibupejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu katanya, jika ada pemimpin UMNO mendakwa telah bekerjasama dengan Pas, itu tidak benar.
"Lainlah kalau program UMNO itu selari dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah sebagaimana diperjuangkan Pas, kita akan beri sokongan.
"Mana-mana parti pun kita akan sokong kalau perjuangan mereka selari dengan Pas," tegasnya.
Sehingga hari ini, belum ada keputusan muktamad mengenai hala tuju masing-masing.
Pas dan UMNO dilihat masih mengambil sikap tunggu dan lihat, selain menguji semangat setia kawan dengan membuat kenyataan berbentuk menguji.
Pas tidak perlu malu-malu kucing untuk memberitahu kepada umum akan pendirian parti itu terhadap UMNO selepas gagal mengekalkan tahaluf siyasi dengan rakan pembangkang.
Tetapi Pas harus ingat, selalunya kalau malu berdayung, perahu hanyut, sebagaimana malu bertanya, sesat jalan.
Namun, Pas tidak sedemikian. Parti itu lebih arif dengan selok belok politik tanah air termasuk pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sebelum ini.
Pertanyaan, siapa yang mahu bekerjasama? Ini yang menjadi persoalan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 25 November lalu, dilaporkan berkata, UMNO dan Pas tidak pernah berbincang mengenai kerjasama politik atau tahaluf siyasi.
Sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO itu, kedua-dua parti berkenaan hanya berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan ummah.
Kata-kata Ahmad Zahid ini senada dengan Tuan Ibrahim.
Begitu juga pendirian Pas sebagaimana dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Apakah ini dinamakan POLITIK MATANG atau POLITIK MALANG atau pun POLITIK BANGANG??

POLITIK MATANG ATAU POLITIK MALANG?
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Parti Islam kata GST adalah cukai yang zalim kerana sistem percukaian ini tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Justeru menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak GST.
Yang diPertua Parti Islam Kawasan Padang Serai pulak kata "Lebih baik kekal (kerajaan) hari ini. Walaupun mereka kenakan tol, walaupun mereka kenakan GST, tapi mereka Islam. Walaupun orang kata zalim, tapi dia bina masjid untuk orang Islam. Itu lebih baik daripada memilih DAP."
Matang ka Malang?
Ketua Penerangan Ulamak kata jom tolak GST, YDP Kawasan kata GST pun tak pa asalkan Islam.
Ketua Penerangan kata jom tolak GST tapi depa dok berkawan dengan parti yang melaksanakan GST.
Tolak GST tapi pelaksana tak ditolak. Sama mcm tangkap penerima rasuah tapi pemberi rasuah tidak.
Matang, Malang, Bangang......
Zulhazmi Sharif

Peguam Dr M tuduh pembantu Rosmah sebar fitnah

Ketegangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki episod baru bertemakan keagamaan apabila kedua-duanya membuat rujukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Dan kini, penyokong masing-masing dilihat turut menyemarakkan ketegangan tersebut.
Dalam catatan Facebooknya, peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla melancarkan serangan terhadap Rizal Mansor yang merupakan pembantu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Haniff menuduh Rizal melakukan fitnah berhubung dakwaan Mahathir 'memperlekehkan' Nabi Muhammad SAW ketika berucap semasa konvensyen DAP pada hujung minggu yang lalu.
Peguam itu juga mendakwa Rizal tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memahami kenyataan Mahathir atau sengaja bertindak memutarbelitkan perkara itu.
Mengimbas ucapan Mahathir, beliau berkata, bekas perdana menteri itu menyatakan bagaimana Najib kononnya membandingkan dirinya kepada Nabi Muhammad SAW.
""Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB.
"Nabi tidak ada RM2.6 bilion di dalam akaunnya, itulah sebabnya kita memandang tinggi.
"Tetapi Najib, beliau perlu dihadapkan di mahkamah untuk menjawab semua perkara yang telah dilakukannya," ujar Mahathir.

Kes rasuah Guan Eng: 60 saksi, 34 hari bicara

Seramai 60 saksi akan memberi keterangan dalam kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang akan bermula pada 27 Mac tahun depan.
lim-guan-eng
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 34 hari bagi perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara Mac hingga Julai tahun depan, dengan kira-kira 60 saksi akan dipanggil memberikan keterangan.
Hakim Hadhariah Syed Ismail juga mengingatkan pihak pendakwaan berhubung isu 13,000 dokumen yang masih belum selesai.
“Jika anda hendak perkara ini diselesaikan segera, kami tidak mahu dengar mengenai masalah dokumen anda.
“Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.
“Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes,” katanya.
Pada 30 September, Hadhariah membenarkan pihak pendakwaan mengambil masa untuk mengindeks 13,000 dokumen yang diserahkan.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohamed Daud terdahulu memberitahu mahkamah terdapat masalah dengan dokumen berkenaan.
“Kami sudah mengindeks dokumen itu, tetapi masih ada 3 dokumen dipertikaikan dan perlu diselesaikan,” katanya.
Pada masa sama, hakim memberitahu peguam bela mereka perlu bersedia dengan penyata pembelaan pada 6 Januari.
Tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 27-31 Mac, 10-14 April, 24-28 April, 15-19 Mei, 29 Mei-2 Jun, 13-16 Jun, 17-21 Julai.
Hadhariah berkata perbicaraan akan diadakan minimum 5 hari dengan jarak seminggu.
“Tidak ada perubahan kepada tarikh ini kerana kita ada 60 saksi. Sila tanda tarikh itu,” katanya.
Di luar mahkamah, ketua pasukan peguam bela Gobind Singh Deo berkata masalah dengan dokumen pendakwaan sama seperti sebelum ini, meskipun ia sudah diindeks seperti diminta.
“Ia mungkin masalah berkaitan fotokopi, banyak salinan dan terlalu tebal,” katanya.

Jazlan: Saya ingat pelapor PBB tak 'main politik'

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nuz Jazlan Mohamed menganggap ulasan Pelapor khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Maina Kiai sebagai "campur tangan" dalam urusan negara ini dan siasatan terhadap penyaluran dana asing kepada NGO.
“Lelaki ini, yang bukan rakyat Malaysia dan bekerja untuk organisasi luar, datang dan beritahu orang ramai untuk berdemonstrasi dan mengkritik kerajaan. Dia campur tangan di Malaysia.

“Tindakannya memberi sebab kepada polis untuk menyiasat kumpulan atau NGO yang menerima dana asing sama ada terdapat campur tangan asing,” kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini semalam.

Kiai, pelapor khas PBB berkaitan hak berhimpun dan berpersatuan, memerikan ucapan khas di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur yang dihoskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam.

Membaca makna empat tokoh berpegangan tangan

Melalui Pesiaran Mokhtar Dahari yang menghubungkan Bukit Jelutong di Shah Alam dengan Puncak Alam di luar waktu puncak, tidak terlalu banyak kenderaan yang ada.
Keadaan itu membolehkan kenderaan dipandu agak laju. Sebagai pemandu tumpuan tentulah ditujukan ke arah jalan dan dengan sesekali menoleh ke kiri dan kanan.
Ada kawasan perumahan baru dan lama, ada bukit yang sedang rancak ditarah dan ada beberapa kawasan petempatan baru perlahan-lahan menujuk sibuk.
Dalam keadaan pemanduan lancar, sesebuah papan tanda pada kedai boleh saja mengelirukan. Justeru sebuah kedai yang ada papan tanda "Membaiki Sofa Lama" boleh saja mengelirukan mata menjadi "Kedai Sofi Jikan".
Keadaan semasa pula boleh menambah keliru. Ketika ekonomi semakin menghimpit dan sesetengah artis mengubah haluan mencari rezeki dengan berniaga, "kedai sofa lama" akan mudah dipercayai sebagai "kedai Sofi Jikan".
Hanya dengan ketelitian dan kewarasan hakikat sebenar dapat ditanggap dengan betul.
Politik pun begitulah. Bahasa, imej, simbol, teks dan konteks misalnya harus dibaca dengan cermat dan menyeluruh.
Ada dua peristiwa 'romantis' penting berlaku sehari dua ini. Ia membabitkan empat tokoh penting empat parti politik utama di Malaysia.
Diserang sindrom qiamullail
Bagi setiap peristiwan, ia melihatkan sepasang watak yang pernah berseteru begitu sengit. Tetapi itulah, seperti fatwa klise politik, tiada permusuhan atau persahabatan abadi.
dap national congress 041216 lim kit siang mahathir mat sabuSepuluh tahun lalu sangat sukar membayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh bersenda gurau, bercanda dan bergandingan tangan dengan orang bernama Lim Kit Siang. Di majlis DAP pula.
Ia kesukaran sama untuk menggambarkan seorang ahli politik bernama Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh tersenyum lebar dan ramah dengan Datuk Seri Najib Razak. Memanglah sejak lima enam tahun lalu bayangan itu sudah ada, cuma ia masih tidak terjelma sekurang-kurangnya 10 tahun silam.
Najib adalah tokoh Umno yang pernah mengungkapkan bahawa ada pelajar yang "diserang sindrom qiamullail". Ketika kenyataan itu dibuat rasanya kemudahan Internet belum wujud, namun pada blog Naib Presiden PAS Idris Ahmad, fakta itu ada dimuatkannya pada entri Oktober 2008.
Selepas Najib mengungkapkan kenyataan itu PAS begitu aktif mengecam. Ada kemungkinan semasa kenyataan itu dibuat Najib tersalah petik atau tersasul. Beliau mungkin menyedari tidak sepatutnya ia disebut begitu. Mungkin.
Namun politik - antara lain - ialah pencak untuk memanfaatkan setiap peluang jika ada. PAS tentu cukup sedar dan terlatih mengenai hakikat itu.
Tidak dapat dibayangkan jika Abdul Hadi meredakan kenyataan Najib puluhan tahun silam itu.
Namun mereka akhirnya nampak sangat mesra. Lupakanlah kisah pakaian sedondon mereka di suatu acara sebelum ini. Tanpa pakaian sedondon pun Abdul Hadi nampak tidak lagi berseteru sangat dengan Najib dan Umno.
Kalau mahu lupakan juga kisah "amanat Haji Hadi" yang pernah menyebabkan presiden PAS itu diserang kiri dan kanan.
Kekal bersikap ambil mudah
Kebersamaan presiden Umno dan PAS demi nasib Rohingya di Titiwangsa kelmarin seakan-akan mengakrabkan apa yang sudah terjalin.
Tapi itulah politik. Kita perlu sentiasa membacanya dengan teliti.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya dapat membaca kesan politik daripada detik Najib dan Abdul Hadi berpegangan tangan. Justeru beberapa jam selepas perhimpunan itu timbalan presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan menegaskan pendirian partinya sebagai "saingan terbesar Umno".

Siapa 'anasir luar' yang Zahid maksudkan?


Lim Lip EngLim Lip EngBercakap dalam majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno ke-70 di ibu negara pada hari Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah ditugaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tubuhkan pasukan khas (taskforce) ‘menangani anasir luar yang cuba mencetuskan revolusi di negara ini’.

Ahmad Zahid mendakwa, ‘anasir luar’ itu termasuklah kumpulan hak asasi manusia Suaram, kumpulan pendesak pilihan raya Bersih 2.0, Majlis Peguam, portal berita Malaysiakini dan portal Sarawak Report.

Sebelum pasukan khas pimpinan Zahid menyiasat anasir-anasir luar tersebut, saya terpanggil untuk mengakui hubungan saya dengan ‘anasir’ yang beliau sebutkan.
Pertama, sebagai seorang peguam yang diterima beramal di Mahkamah Tinggi Malaya, saya menganggotai Majlis Peguam. Saya juga telah aktif terlibat dalam semua perhimpunan anjuran Bersih.
Saya juga merupakan pelanggan berbayar portal Malaysiakini. Saya turut menyokong dan menandatangani beberapa petisyen dan perjuangan Suaram. Di media sosial pula, saya turut rajin berkongsi tweet Sarawak Report.

Soalan saya kepada pemangku timbalan presiden Umno: adakah saya juga boleh dikira terlibat sebagai sebahagian daripada ‘anasir luar yang cuba mencetuskan revolusi di negara ini’?

Rasanya bukan sahaja saya yang mempunyai pertalian rapat dengan anasir yang diburu Zahid ini. Di Dewan Rakyat sahaja ada sekurang-kurangnya 74 Ahli Parlimen PKR, DAP, Amanah dan Warisan yang seperti saya turut mempunyai hubungan dengan sebahgian ‘anasir’ tersebut. Adakah kami semua juga terlibat sebagai suspek yang ‘cuba mencetuskan revolusi di negara ini’? Bagaimana dengan ratusan ribu rakyat yang mengundi kami ke Parlimen? Apa sebenarnya rancangan Zahid Hamidi untuk kami?

Nyawa Umno dalam tangan PAS

Umno akan tewas besar sekiranya PAS kembali bekerjasama dengan gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM
PILIHAN RAYA UMUM Ke-14 (PRU-14) mula menjadi perbualan hangat selepas Perdana Menteri, Najib Razak menyebut mengenainya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 minggu lalu.
Tidak cukup dengan itu, segala wacana bertulis yang senada dengan PRU-14 dilancarkan oleh pimpinan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penulis mengikuti rapat PAU kali ini yang dirasakan istimewa dan sedikit kelakar berbanding PAU terdahulu kerana terlalu jelas pimpinan Umno sedang ‘mengurat’ PAS demi mengekalkan kuasa.
Dengar dan lihat sahaja kebanyakan ucapan dan kenyataan media yang diungkapkan bermula daripada perwakilan Umno negeri sehinggalah Presiden Najib Razak.
Semuanya menyuarakan kesediaan bersama dengan PAS atas nama Islam, jihad, ummah dan segala kata berbunyi Arab dan seruan kebersamaan itu sama ada ikhlas atau tidak, terus menjadi persoalan.
Yang penulis nampak, tujuan mahu bersama dengan PAS itu hanyalah bertujuan mahu memecahkan perpaduan dalam kalangan parti lawan kepada Umno dan Barisan Nasional.
Gula-gula untuk mengurat PAS ialah kesudian menyokong rang undang-undang untuk memperkasa mahkamah syariah, sedia bersama menyokong pelaksanaan enakmen jenayah syariah yang lebih ketat di peringkat negeri dan mungkin juga menambah peruntukan Kerajaan Persekutuan terhadap institusi agama Islam di negeri yang ahli dan penyokong PAS ramai.
Setakat ini, usaha Umno memang berjaya dan sudah pun membelah perpaduan antara PAS, DAP dan PKR lalu melahirkan Parti Amanah Negara atau Amanah.
PKR bakal rugi banyak kerana sebilangan undi PKR hakikatnya datangnya daripada ahli dan penyokong PAS di seluruh negara.
Pada pendapat penulis, DAP sudah tersilap percaturan apabila bersikap terlau keras dengan PAS. PAS sudah tentu bertindak balas dengan bekerjasama dengan Umno yang merugikan PKR.
PKR tersepit dengan pertelagahan dua parti itu dan cuba bertindak sebagai pendamai demi memastikan kelangsungan kekuatan politik.
Umno pula sudah tidak peduli dengan pendirian parti komponen yang tidak setuju bekerjasama dengan PAS kerana yang penting ialah mengekalkan undi parti itu dalam kalangan orang Melayu.
Pendek kata, nyawa Umno dan PKR memang bergantung kepada PAS dan parti Islam terbesar negara itu yang sebenarnya menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan pada PRU-14.
Pada hemat penulis, DAP seolah-olah tidak peduli nasib rakan mereka iaitu PKR dan terus membiarkan PKR terkapai-kapai merayu sokongan PAS.
DAP sangat selesa dengan sokongan kaum Tionghua di Malaysia dan tidak salah kalau penulis katakan, DAP mahu kekal sebagai blok pembangkang terbesar selain terus menguasai Pulau Pinang. Tiada sekelumit pun keinginan mereka menuju ke Putrajaya.

Jika BN UMNO KALAH PRU14...yang merana ialah PERASUAH dan PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT

Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". you know who lah kan. Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.
Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).
Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :
25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.
Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.
UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.
Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.
Bagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.
Semasa PRU12 belum lagi ada kes :
πŸ”΄ 1MDB
πŸ”΄ GST
πŸ”΄ RM2.6B
πŸ”΄ Harga barangan naik.
πŸ”΄ Harga minyak tak menentu.
πŸ”΄ Matawang merundum.
πŸ”΄ Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
πŸ”΄ Biasiswa MARA tiada.
πŸ”΄ Subsidi pelajaran di potong.
πŸ”΄ Subsidi kesihatan di potong.
πŸ”΄ Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
πŸ”΄ Akta MKN.
πŸ”΄ Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
πŸ”΄ Pembuangan pekerja yang ramai.
πŸ”΄ Serta Menteri dan Timbalan Menteri level tiada otak.
Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.
Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

Keuntungan ahli PAS naik berlipat ganda setelah pimpinan atasan bertawun dengan Najib BN

*GITU EHH....*
Keseluruhan jumlah AHLI PARLIMEN sekarang adalah seramai 222 orang.
Dari 222 orang AHLI PARLIMEN itu seramai 163 AHLI PARLIMEN BERSTATUS BUMIPUTRA (BN & PH).
Dari 163 AHLI PARLIMEN itu 141 AHLI PARLIMEN beragama ISLAM...iaitu kurang 2/3 keseluruhan kerusi Parlimen.
Maka dengan itu RUU355 yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil di laksanakan, walaupun seluruh ahli Parlimen beragama ISLAM mengundi.
Ini bermakna usul RUU355 yang di bawa oleh YB Hadi Awang itu hanya satu RETORIK POLITIK semata-mata.
Dan UMNO tahu kira-kira ini, mereka menggunakan YB Hadi Awang untuk menunjukkan kepada penyokong-penyokong PAS bahawa ikatan pertunangan PASUMNO adalah untuk melaksanakan pemerintahan bercorak ISLAMIK.
ISLAMIK lah sangaaaat kan jika awal-awal dah melakukan penipuan kepada penyokong PAS.
Di dalam PRU14 ini nanti di jangkakan akan terdapat pertandingan 3 penjuru, calun PAS akan di KAMBING HITAMKAN oleh UMNOBN semata-mata untuk memecahkan undi.
Disitulah nanti kita akan lihat tahap pemikiran pengundi-pengundi PAS dalam memilih calon, adakah pengundi-pengundi PAS hari ini masih sama pemikirannya seperti pengundi-pengundi PAS sebelumnya❓❓❓.
TAPI..... Sebelum mereka membuta tuli ingin menunjukkan ke wala' kan mereka kepada pemimpin dan calon mereka, saya ingin bertanya....
πŸ”΄ Adakah pengundi PAS sekarang mendapat layanan yang "special" dari kerajaan❓.
πŸ”΄ Adakah pengundi PAS sekarang membeli minyak masak pada harga lama❓.
πŸ”΄ Adakah pengundi PAS sekarang tidak mengalami kesulitan sama seperti rakyat Malaysia lainnya❓.

‘Jangan bimbang, Hadi arif dengan muslihat Umno’ - Setiausaha Politik Presiden PAS

Setiausaha Politik Presiden PAS Ahmad Shamsuri Mokhtar memberi jaminan bahawa bosnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih arif akan helah Umno.
Katanya, ini di sebalik kedua-dua parti itu berkongsi pentas pada himpunan membantah penindasan Rohingya Ahad lalu dan bekerjasama dalam usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
“PAS kena 'game' oleh Umno?
"Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dalam melihat percaturan antara PAS-Umno.
“Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini,” katanya di laman Facebook.
Menurut Ahmad Shamsuri, Abdul Hadi sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat parti Melayu itu dan usianya seangkatan dengan Umno.
“Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan PAS mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit,” katanya.
Najib pada Ahad lalu berkata perhimpunan membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya membuktikan Umno boleh bekerjasama dengan PAS mengenai "isu-isu bersama" tanpa perlu mewujudkan pakatan politik.
Pada sesi parlimen lalu, kerajaan memberi laluan supaya rang undang-undang ahli persendirian yang dibawa oleh Abdul Hadi dibentangkan.
Malah, pada perhimpunan agung Umno, minggu lalu, Najib berkata kerajaan akan "mengambil alih" usul Abdul Hadi itu dan akan berusaha meminda Akta 355.
Pemimpin PAS, termasuk timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa di sebalik Najib dan Abdul Hadi berpegangan tangan parti itu tetap bersaing dengan Umno.
Katanya, sebarang dakwaan yang "mencanangkan" wujud kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah fitnah.
Mengulas lanjut, Ahmad Shamsuri berkata, selama pimpinan PAS menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah parti itu dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah.
“Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah.
“Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah," katanya.

Tak mustahil RM5 untuk 1USD tahun depan?

Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan memikirkan langkah alternatif lain bagi mengelakkan nilai ringgit terus menjunam sekiranya langkah pengukuhan diambil tidak memberi kesan positif terhadap nilai mata wang negara itu.
Mantan Timbalan BNM, Dr Rosli Yaakob berkata, sekiranya penyusutan ringgit berterusan, nilai ringgit bakal mencecah ke paras RM5 bagi setiap 1 dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun hadapan.

“Kalau ringgit dalam keadaan sekarang dan BNM tidak mengambil langkah konkrit, BNM tidak cukup rizab untuk beli ringgit kemungkinan ringgit bergerak ke arah RM5 bagi 1 dolar.
“Tetapi bila kita tak tahulah, mungkin dalam tempoh lima, enam bulan atau setahun akan datang. Sekarang pun dah RM4.44 bagi 1 dolar,” kata Dr Rosli ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, antara faktor lain mendorong kejatuhan berterusan nilai ringgit adalah harga petroleum antarabangsa yang kekal di bawah paras 50 dolar AS setong sekaligus menyebabkan kebarangkalian untuk ringgit kembali kukuh adalah kecil.
Katanya, jumlah hutang negara yang semakin tinggi dengan tanpa kawalan ketat turut menjejaskan ringgit ekoran semua transaksi bayaran hutang hanya boleh dibuat dalam mata wang asing seperti dolar AS atau mata wang asing lain sekaligus melemahkan ringgit.
Selain itu, skandal 1MDB menyebabkan kehilangan keyakinan bakal dan pelabur asing sedia ada kepada ekonomi dan matawang negara memburukkan lagi prestasi ringgit.
“Ini menunjukkan bahawa isu kehilangan dana negara berbilion ringgit pun kita gagal atasi, jadi macam mana pelabur asing baru boleh yakin dengan kita dan begitu juga dengan pelabur sedia ada juga kemungkinan lari.

Ucapan perkauman Najib di PAU orkestra PRU14


Mohamad Sabu
Ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berbaur perkauman dan mengecam DAP secara khusus memberi isyarat jelas bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
Presiden parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, ucapan Najib jelas ke arah memastikan Umno BN menang PRU14, bukan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum.
"Presiden Umno berada di landasan yang betul kerana ucapan itu untuk menang pilihan raya bukan ucapan untuk membaik pulih ekonomi, melahirkan perasaan muhibbah antara rakyat, tapi ucapan untuk Umno-BN menang pilihan raya," katanya dalam ceramah umum di Taman Putra Perdana, Sepang malam tadi.
Mohamad berkata, Najib kini semakin berani membuat ucapan berbaur perkauman secara terbuka dengan mengatakan bahawa jika Umno kalah Cina yang akan memerintah negara.
"Apa yang diucapkan oleh Najib itulah yang dibentangkan selalu dalam kursus-kursus kepada pegawai kerajaan melaui Biro Tatanegara.
"Cuma selalunya ucapan itu dibuat secara sulit dan tertutup kepada pegawai kerajaan tapi kali ini Najib buat secara terbuka iaitu beliau meletakkan bahawa beliau dengan Umno tak dapat dipisahkan. Kalah Najib kalahlah Umno. Najib kalah, Umno kalah Cina akan perintah negara. Kefahaman perkauman yang begitu ketara," katanya.
Najib dalam ucapan dasarnya di PAU minggu lalu antaranya memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.
Beliau mendakwa DAP yang “memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular” akan menyebabkan institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan TERAJU akan pupus.

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM


Untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatuUntuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu
Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya.
"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja.
"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang.
"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang.
Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Hentam Dr M, DAP tak selesai masalah Melayu, kata Anwar

Anwar mengulas ucapan pemimpin Umno pada perhimpunan parti Ahad lalu yang tertumpu kepada Dr Mahathir dan DAP.
anwar_umno_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu hanya menjadi medan menghentam DAP dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa menyentuh isu melibatkan masyarakat Melayu.
“Menghentam Tun Mahathir, menghentam DAP, itu bukan jawapannya,” kata Anwar yang hadir di Mahkamah Rayuan Syariah semalam bagi mendengar rayuannya mengenai prosiding qazaf terhadap bekas pembantu pejabat PKR, Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat.
Perhimpunan Umno kali ini menyaksikan tumpuan ucapan perwakilan terhadap Dr Mahathir kerana tindakan menjalinkan kerjasama dengan DAP.
Sayap Pemuda dan Wanita Umno turut berulang kali menyatakan kesetiaan kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai usaha memperkasakan kedudukannya ekoran tentangan daripada beberapa pemimpin veteran yang meninggalkan parti itu.
Anwar berkata beliau tidak menolak kedudukan Najib semakin kuat, tetapi ia hanya dalam lingkungan Umno.
“Dalam Umno, itu tidak menjadi isu.
“Di kalangan rakyat, isu utama adalah kenaikan harga barang dan inflasi,” kata Anwar.
Anwar berkata DAP seperti parti Pakatan Harapan lain sentiasa mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
“Anda kerajaan. Kehilangan saham Melayu, tanah rizab Melayu, itu tanggungjawab anda.”

Mengekang Ancaman Penyakit Bawaan Pekerja Asing

Seorang pegawai kementerian berkata, rekod menunjukkan bilangan pekerja asing yang mendapatkan rawatan untuk penyakit kronik terus meningkat.

Tambah beliau jika peraturan itu dilaksanakan, kemudahan kesihatan kerajaan tidak akan "dipenuhi" dengan pekerja asing.

Jelas beliau ia adalah langkah yang masuk akal terutamanya kepada dua juta pekerja asing berdaftar di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan kerana mereka mungkin dijangkiti penyakit berjangkit apabila kembali ke negara asal untuk bercuti.

Dengan anggaran rasmi bahawa sehingga tiga peratus daripada pekerja asing di negara ini adalah tidak sihat, ia bermakna melibatkan sehingga kira-kira 60,000 daripada mereka.

Menurut pegawai itu, kementerian sedang mendapatkan maklum balas daripada majikan dan pihak berkepentingan yang lain mengenai isu tersebut.

Pada masa ini, pekerja asing dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan tiga kali dalam tempoh tiga tahun.

Selain saringan pertama di negara-negara asal, mereka juga wajib menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh sebulan selepas tiba di sini.

Mereka kemudian mesti melalui satu lagi pemeriksaan kesihatan sebelum permit tahunan mereka boleh diperbaharui.

Pemeriksaan kesihatan akhir dilakukan sebelum permit mereka boleh diperbaharui pada tahun ketiga.

Bagaimanapun pegawai itu berkata kajian kementerian menunjukkan bahawa sistem pemeriksaan kesihatan sedemikian untuk pekerja asing adalah tidak berkesan.

"Masih ramai pekerja asing yang didapati tidak sihat untuk bekerja di sini," kata pegawai itu, sambil menambah bahawa sebahagian besar daripada mereka menderita akibat penyakit berjangkit.

Apabila Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing menswastakan pemeriksaan kesihatan pekerja asing kepada Fomema pada tahun 1997, mereka diwajibkan menjalani peperiksaan perubatan setiap tahun.

Rohingya: Usir duta Myanmar dari Malaysia


Himpunan Solidariti RohingyaHimpunan Solidariti Rohingya
Pemuda Amanah Nasional mendakwa kerajaan ingin menunjuk hero dan melepaskan tanggungjawab sebenar sebagai kerajaan dalam isu Rohingya dengan menganjurkan himpunan sambil dibantu kelompok yang pro mereka.
Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan berkata, kerajaan perlu melaksanakan tindakan yang lebih besar dalam memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya, bukan sekadar berhimpun semata-mata.
"Kami kecewa kerana kerajaan gagal memanfaatkan persidangan parlimen baru-baru ini untuk menyatakan sikap terhadap isu ini.
"Bahkan, lebih menyedihkan usul untuk membahaskan isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ditolak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kerajaan wajar memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengusir duta mereka dari Malaysia bagi memberi isyarat besar kepada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean gagal menjalankan peranan mereka, sebaliknya masing-masing lepas tangan dan hanya memikirkan kepentingan sendiri.
"Pemuda Amanah Nasional menggesa Kerajaan Malaysia mengeluarkan pendirian secara rasmi dan tegas dalam isu ini sebagai tekanan terhadap Kerajaan Myanmar," katanya.

Ambil orang tempatan jika Myanmar panggil balik warganya

Persekutuan majikan turut menyarankan pengambilan pesara sekiranya Myanmar memanggil balik warganya akibat isu Rohingya
shamsuddin-bardan-mef-myanmar-1
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tindakan Putrajaya dalam isu penindasan Rohingya akan memberi kesan kepada lebih 100,000 pekerja Myanmar di negara ini.
Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata pemerintah Myanmar mungkin memanggil balik warganya yang bekerja di sini susulan hubungan yang terjejas antara kedua negara.
“Kerajaan Myanmar tidak suka kita mengecam mereka,” katanya kepada FMT.
Menurut statistik yang disediakan kementerian sumber manusia, terdapat lebih 141,858 pekerja Myanmar di negara ini, dimana 71% daripada mereka bekerja di sektor pembuatan.
Shamsuddin menyarankan majikan supaya menggaji orang tempatan, termasuk pesara, sebagai ganti sekiranya Myanmar mengambil langkah itu.
Atau, kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan pelarian Rohingya bekerja di negara ini.
“Seramai 150,000 pelarian berada di negara ini. Kita boleh sahkan mereka supaya mereka boleh bekerja di sini.”
Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), terdapat 150,669 pelarian setakat Oktober, dimana Rohingya membentuk 36% daripadanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan perintis yang membolehkan 300 Rohingya bekerja di sektor perladangan dan pembuatan.
Sementara itu, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan langkah memanggil balik warga Myanmar sebagai tindakan yang tidak adil buat golongan majikan.
“Langkah itu sama seperti melanggar kontrak pekerjaan dan barangkali majikan tidak akan dibayar ganti rugi,” kata Presiden Tan Sri Lim Wee Chai dalam emel yang diterima FMT.

Suu Kyi berdepan tentangan pelampau, sentimen anti-Rohingya, kata majalah Myanmar

Majalah isu semasa Myanmar itu menempelak sikap Najib yang menyalahkan Suu Kyi, dan menambah ikon demokrasi itu mendapat tentangan sami pelampau dan ahli politik Arakan.
Aung-San-Suu-Kyi_rohingya20_600
Sebuah majalah isu semasa Myanmar mempertahankan peranan Aung San Suu Kyi yang menurutnya bertungkus lumus mencari jalan menyelesaikan isu penindasan Rohingya di Arakan, sambil membidas Datuk Seri Najib Razak kerana menuduh pemimpin Myanmar itu membisu.
The Irrawaddy dalam lidah pengarangnya berkata Suu Kyi yang kini menjawat kaunselor negara Myanmar itu bukan sahaja berdepan dengan sejarah Rohingya yang “kompleks”, tetapi juga sentimen penduduk setempat dan kumpulan sami pelampau yang menyokong serangan ke atas Rohingya.
“Pelbagai isu hangat kini dipikul di atas bahunya tetapi beliau tidak hanya melihat situasi di wilayah Arakan. Beliau sudah menyatakan untuk memberi tumpuan menyelesaikan masalah Arakan,” tulis Aung Zaw semalam.
Menurutnya, Suu Kyi turut mengambil risiko politik dengan melantik bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan bagi mengetuai sebuah suruhanjaya penasihat menangani krisis Rohingya.
“Malangnya, beliau berdepan bantahan daripada wakil rakyat Arakan dan tentera Burma kerana melantik orang asing,” kata Irrawaddy.
Menurutnya, ahli politik tempatan di Arakan tidak setuju dengan penglibatan Suu Kyi, yang memilih bertindak cermat dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan rancangannya tidak gagal.
Suu Kyi menerima kritikan antarabangsa termasuk daripada penyokongnya di Barat ekoran sikapnya yang dilihat tidak pro-aktif dalam menghentikan kekejaman ke atas penduduk Rohingya.
Pemenang anugerah Nobel itu turut dikritik Najib pada Himpunan Solidariti Ummah yang dihadiri pemimpin Umno dan PAS pada Ahad lalu.
“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar, nak beritahu kepada Aung Sang Suu Kyi – ‘enough is enough’,” Najib berkata dalam ucapannya di sebuah stadium di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Irrawaddy menganggap ucapan Najib itu berbaur agenda politik di sebalik pelbagai dakwaan melibatkan syarikat 1MDB.

Kartun media Myanmar sindir Najib

Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddy menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh sebagai "pengajar seni muslihat" dalam kartun yang diterbitkannya.
Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan “Hentikan Pembunuhan Etnik” sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".
Kartun itu dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk "Najib Razak Stunt".
Ini susulan selepas Najib dan beberapa pemimpin Umno menyertai PAS pada perhimpunan di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan beramai-dakwaan kaum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.
Tentera negara itu didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kerajaan Myanmar menafikannya dan menyalahkan militan tempatan.
Yangon berkata, mereka juga akan menghantar aduan rasmi kepada Putrajaya berhubung perhimpunan Ahad lalu itu.
Perhimpunan berkenaan juga mendorong bantahan terhadap Najib di Yangon.
Bekas perdana menteri dan pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Ahad ini hanya bersandiwara kerana sebagai perdana menteri, Najib berada pada kedudukan untuk bertindak dan bukannya menyertai bantahan.
Najib bergelut dengan tuduhan rasuah selepas RM2.6 bilion dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi miliknya.
Walau bagaimanapun, Peguam Negara pada Januari lalu berkata dana itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi dan membersihkannya daripada sebarang salah lalku.
Pengkritik mendakwa dana itu berasal dari firma pelaburan negara, 1MDB, tetapi Najib telah secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadinya.

Hilang undi popular pencapaian terbaik Najib setakat ini

Perihal wang SUBAHAT 1MDB untuk taja jemaah Haji

Najib Pondan Tua Bangladesh - Zahid Mat Arip

Nabi tiada RM2 6b, riwayat di Ta'if tidak boleh Najib ambil sebagai contoh

Riza Aziz cari pelabur filem porno di China

Hanya orang gila & bodoh berketuakan KLEPTOKRAT