Ahad, 4 Disember 2016

Mustahil PAS, Umno adakan kerjasama politik

Beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpegangan tangan dalam himpunan membela Rohingya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa parti itu tetap bersaing dengan Umno.
Dalam kenyataan kepada media Tuan Ibrahim berkata sebarang dakwaan yang "mencanangkan" wujud kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah fitnah.
Dari sudut politik, katanya, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno terutama dalam isu berkaitan Islam dan kebajikan rakyat.
Mengenai kehadiran pimpinan utama PAS sepentas dengan Najib serta pimpinan Umno di Stadium Mini Titiwangsa di Kuala Lumpur siang tadi, Tuan Ibrahim menyatakan isu berkenaan sudah diperjuangkan lama sebelum ini.
Malah katanya, perhimpunan hari ini adalah yang ketiga dihadiri PAS dalam isu Rohingya dan akhirnya langkah itu diikuti Umno.
"Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?" katanya.
Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim bagi menjawab fitnah yang dilemparkan dalam isu kerjasama antara PAS dan Umno:
Kerjasama politik pada asasnya melibatkan rundingan kerusi.
Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan PAS begitu sahaja, dan sudah pastinya PAS juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada.
Oleh itu, adalah mustahil bagi PAS dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara PAS dan Umno hanyalah fitnah.
Dari sudut politik, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun PAS tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat.
Contohnya, PAS di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.
Hari ini PAS juga mengemudi RUU 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya (untuk makluman semua, hari ini adalah kali ketiga PAS berhimpun untuk Rohingya), dan akhirnya Umno turut serta menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.
Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?
PAS adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan. Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain.

Muhyiddin Yassin: Biar Umno kalah PM tetap Melayu, bukan DAP

Kerajaan Malaysia tetap diketuai pemimpin Melayu walaupun Umno kalah dalam pilihan raya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa perdana menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan daripada parti DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu menurut beliau, tidak ada sebab untuk orang Melayu takut kedudukan mereka terancam jika Umno kalah dalam pilihan raya umum.
"DAP tidak akan dapat mengalahkan Umno. Yang akan mengalahkan Umno ialah parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu BERSATU, PAS, PKR dan AMANAH," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri itu membuat kenyataan hari ini sebagai membidas ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-70 yang berakhir semalam.
Dalam ucapannya - serta perwakilan lain - Umno menyifatkan hak dan keistimewaan orang Melayu akan terhakis sekiranya pembangkang berkuasa.
Jelas Muhyiddin, tindakan Najib dan penyokongnya memainkan sentimen kebencian terhadap DAP untuk menakut-nakutkan Melayu menunjukkan mereka semakin gelisah apabila pengundi kini mempunyai alternatif lebih baik dan meyakinkan berbanding Umno.
Sementara itu, beliau turut membidas objektif PAU tahun ini lari dari objektifnya berbanding perhimpunan terdahulu.

Dr M tak sama dengan Ku Li, Musa Hitam, kata Aziz Kaprawi

Ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan Dr Mahathir yang Ku Li dan Musa Hitam berada dalam kategori berbeza kerana mereka tidak pernah memegang jawatan presiden Umno atau perdana menteri.
Aziz-Kaprawi_Mahathir_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu membandingkan dirinya dengan 2 pemimpin yang meninggalkan Umno pada tahun 80-an, kata ahli Majlis Tertinggi Umno.
Datuk Abdul Aziz Kaprawi memberitahu FMT, ini kerana bekas menteri kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Ku Li dan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam tidak pernah memegang jawatan yang didambakan, perdana menteri dan presiden Umno sebelum ini.
“Tetapi, Dr Mahathir pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri. Kami ahli Umno menyokong sepenuhnya beliau sebagai nombor satu selama 22 tahun.
“Dan sekarang apabila tidak berkuasa, beliau sedang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Umno.
“Kami (Umno) tidak boleh menerimanya,” katanya.
Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempersoalkan mengapa beliau sahaja dilabel sebagai pengkhianat kerana bekerjasama dengan pembangkang sedangkan terdapat pemimpin Umno melakukan perkara sama.
Timbalan menteri pengangkutan itu juga mengingatkan Dr Mahathir pernah menggambarkan DAP sebagai cauvinis dan parti perkauman semasa beliau menjadi perdana menteri.
“Itulah sebabnya kita memanggilnya pengkhianat,” katanya.
Aziz mengingatkan selama Dr Mahathir menjadi presiden Umno, beliau mengajar tentang kepentingan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti.
“Presiden adalah sebuah institusi. Oleh itu, sesiapa sahaja menjadi presiden, ahli parti mesti setia kepadanya. Itulah prinsip Umno.
“Malah semasa beliau menjadi presiden parti, semua orang menyatakan sokongan mereka kepadanya.”
Beliau juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin “gila kuasa”.

PAU 2016 muflis, Umno kini dibadai penyakit 3R yang sangat kronik

Semenjak pendakian Najib di atas puncak kuasa Umno, saya agak pesimis terhadap cita-cita 1Malaysia yang dilaungkannya. Najib Tun Razak mahu dikenali sebagai tokoh yang menyatukan berbagai kaum di Malaysia pada waktu perpaduan nasional terancam dengan gegaran nuansa rasis dan dogmatik agama memecahkan suasana harmonis rakyat Malaysia.
fb_img_1480701370160Saya telah menulis tentang kemunculan Najib sebagai Presiden Umno dalam nada yang sinis dan pesimis. Pertama, Najib naik dalam palitan skandal ke atasnya sebagai Menteri Pertahanan iaitu skandal Scorpene (kapal selam yang tidak boleh selam!) melibatkan komision 500juta melalui Razak Baginda.
Kedua, dikaitkan dengan Altantuya melibatkan pembunuhan kejam wanita cantik Monggolia atas isu Scorpene yang sama. Ketiga, isterinya Rosmah Mansor sudahpun dikenali semasa suaminya menjadi Menteri Pertahanan dikaitkan dengan wanita boros mencampuri urusan suaminya.
Ketiga faktor keperibadian kepimpinan Najib sudah cukup untuk diragui, namun penonjolan Najib sebagai ‘saviour’ kepada Umno menguasai pendakiannya dan palitan isu tenggelam dalam ‘kegilaan’ ahli Umno menyanjung Najib sebagai penyelamat.
Najib mempamerkan dirinya sebagai penyatu bangsa, dia memperkenalkan National Unity Blueprint bagi meyakinkan selain Melayu bahawa dia serius mahu melihat perpaduan nasional tercapai.
Dia berbangga dengan menubuhkan MKPN (Majlis Konsultatif Perpaduan Negara) atau NUCC pada November 2013 di mana ‘end product’ ialah penghasilan Pelan Perancangan Perpaduan Nasional atau National Unity Blueprint. Pakej Perpaduan Nasional termasuk memansuhkan akta hasutan diganti dengan akta keharmonian nasional.
Saya sendiri dilantik sebagai Ahli Majlis MKPN dan diberi tanggungjawab dalam Jawatankuasa Perundangan dan Polisi antaranya ialah menderafkan akta keharmonian nasional.
Belum sempat hasil MKPN diumumkan Najib ditekan ahli Umno yang semakin agresif menolak ide perpaduan nasional Najib dan akta hasutan terpaksa dikekalkan. Najib gagal meyakinkan Umno atau Umno terlalu rasis untuk memahami keperluan masadepan yang lebih progresif dan inklusif.
Malangnya Najib tunduk pada tekanan rasis ahli Umno dan sekaligus telah gagal membawa aspirasi Bangsa Malaysia. Beliau hanya menjadi penyelamat bangsa Melayu Umno.
Kepada sesetengah orang Melayu, pimpinan Najib sendiri ditolak di mana mereka tidak lagi homogenous dalam menyatakan aspirasi Melayu. Orang Melayu menolak Umno kerana parti Melayu itu dipalit najis rasuah dan pemimpinnya mewajarkan 1MDB dan 2.6B atas ‘kemelayuan’.
Pewajaran retorik Melayu atas perbuatan ‘khianat’ duit rakyat amat jelik bagi maruah seorang Melayu. Nama Melayu jadi buruk kerana parti Umno, justeru mereka tidak mahu dikaitkan dengan perbuatan Najib dan konco-konconya.
Malu dengan nama buruk Umno bawah Najib mereka memberontak dengan kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau singkatannya Bersatu.
Umno turut ditolak oleh orang Melayu kerana parti Melayu itu menyokong perkauman sempit dan menyokong tindakan Melayu rasis. Orang Melayu sudak jelak dengan manusia seperti Jamal Baju Merah, Dato’ Tajudin Rahman dan juak-juak Umno yang kononnya ‘paling Melayu sangat’.
Orang Melayu dah muak dengan sikap dogmatik Umno yang mahu dilihat Islamik dengan Melayu-Islam dan Islam-Melayunya. Umno membiakkan unsur radikalisma agama melalui mainan RUU 355 dan projek pembencian DAP dan golongan ‘liberal agama’ melalui retorik anti-Melayu/Islam.

Bolehkah DAP terajui Malaysia dengan menang 51 kerusi wahai Najib?

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, DAP yang hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen tidak mampu menerajui kepimpinan negara jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14).
Najib semakin lemas dengan kemaraan DAP membenam pengaruh parti-parti Cina dalam BN.Justeru, ujar beliau, ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkisar mengenaoi PRU14 adalah penentuan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau kerajaan baharu yang diterajui DAP adalah menjengkelkan.
“Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyokong kenyataan Najib itu juga tidak mencerminkan sifat kepimpinan masa depan negara dan berbaur perkauman.
“Penduduk Cina di negara ini pula hanya sekitar 24 peratus dan DAP tidak bertanding menentang Umno, justeru, dalam keadaan ini, bagaimana DAP mampu untuk memerintah negara ini.
“Serangan terhadap DAP adalah satu bentuk intimidasi politik ke atas orang Melayu sedangkan penolakan orang Melayu terhadap UMNO itu tidak pun akan memenangkan DAP tetapi parti politik lain yang bakal menentang Umno seperti PKR, AMANAH dan BERSATU,” kata beliau dalam kenyataan.
Baru-baru ini, Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.
“Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini,” ujar beliau.
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.

Melayu tertinggal jauh dipimpin Umno, bukan angkara DAP

Kegagalan orang Melayu hari ini bukan disebabkan oleh DAP tetapi angkara Umno yang gagal menunaikan amanah sebaliknya lebih mementingkan kelompok dan diri sendiri, tegas Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari.
Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari.Katanya, Umno wajib berhenti daripada menakut-nakutkan orang Melayu dengan ‘hantu-hantu- DAP seperti diapi-apikan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu kelmarin, semata-mata mahu menutup kelemahan Umno membela nasib orang Melayu.
Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak dalam ucapanya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khamis lalu, memberi amaran kepada perwakilan kononnya jika DAP memerintah, segala hak Bumiputera akan musnah.
Mengulas lanjut, Adly berkata, dari sudut ekonomi ternyata orang Melayu jauh tertinggal, hidup miskin, tidak bertanah dan tidak berumah sepanjang berada dibawah pemerintahan Melayu Umno.
“Paling sedih sudah memiliki ijazah pun tidak bekerja. Dari lebih 7 Juta rakyat yang menerima BR1M, Melayu adalah majoriti, kerana Melayu paling ramai yang miskin dan susah. Melayu miskin dipimpin oleh Melayu Umno bukannya oleh DAP,” tegas beliau.
Masalah sosial anak-anak Melayu juga makin bertambah seperti penagihan dadah, pengangguran, penceraian, serta isu-isu sosial akibat daripada rendahnya tahap pendidikan dan ekonomi orang Melayu, ujar beliau lagi.
Adly menyifatkan Umno yang diberi kuasa gagal memimpin Melayu sebaliknya Melayu lebih rosak dipimpin Melayu Umno.
Menurut beliau, cabaran pendidikan menjadi lebih tegar kepada orang Melayu apabila biasiswa dihapuskan walaupun termaktub dalam perlembagaan, sebaliknya anak Melayu terpaksa atau dipaksa meminjam.
Melayu yang kaya di tanahair sendiri akhirnya berhutang dan paling sedih tidak dapat membayar hutang dan disenarai hitam. Kemanakah kekayaan hasil kemerdekaan dan bukankah Melayu yang memimpin Melayu, soal Adly lagi.
Amanah Melaka tegas beliau menyeru agar Bangsa Melayu bangkit membetulkan kemelut ini dan masih ramai Melayu jujur yang boleh memimpin mereka.

Mahathir mahu pembangkang bergerak tumbangkan BN sekalipun tanpa Pas

Tun Mahathir Mahathir hari ini memberi jaminan tidak akan menunggu Pas lebih lama lagi untuk bersetuju bergabung dalam pakatan pembangkang melawan dan menumbangkan UmnoBN.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Dato’ Sri Najib Razak berkumpul dibawah satu payung.
img-20161204-wa0019-650x340Bagaimanapun, tegasnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga mesti bergerak mengikut rancangan untuk mengalahkan BN sekalipun tanpa Pas.
Mahathir berkata demikian dalam sidang media pada Persidangan Kebangsaan DAP di Shah Alam hari ini. Beliau membuat kejutan pada persidangan ini dengan berkongsi pentas bersama Setiauaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah, Hj Mohamad Sabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai pakatan pembangkang kerana jika semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.
Baaimanapun tegasnya, jika tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka pembangkang akan bergerak tanpa mereka.
“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya lagi.

'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma' - Ahmad Said

'Umno perintah sekarang pun Melayu dah bangsat' - Ibrahim Ali

MAHFUZ CERITA PASAL UMNO!!~ "PAU 2016 Sama macam cerita Penyamun Bujang Lapok"

Tuduh Umno ‘Nazi’, pengguna Twitter berdepan masalah

Ketua polis negara mengarahkan PCIRC menyiasat pengguna Twitter yang mendakwa Umno sebagai ‘pembersih etnik’ semasa peristiwa 13 Mei dan rusuhan di Kampung Medan.
crime_twitter_60011
PETALING JAYA: Pengguna Twitter berhadapan masalah dengan pihak polis selepas merujuk Umno sebagai “Nazi” yang terlibat dalam “pembersihan etnik”.
Dalam jawapan kepada tweet oleh Dr Afif Bahardin PKR, tentang bagaimana Barisan Nasional (BN) baru-baru ini menolak usul pembangkang di Parlimen untuk membahaskan isu Rohingya, pengguna, @bvadivel, membalas dengan menuduh Umno “pembersih etnik” semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan rusuhan Kampung Medan 2001.
“@afifbahardin 1969 pembersihan etnik Cina di KL. 2001 pembersihan etnik India di Kg Medan. Kedua-duanya oleh Nazi Umno,” katanya dalam laman sosial itu awal pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mencatatkan “menghasut” sebagai respons kepada tweet dalam akaun Twitter beliau sendiri dan mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk bertindak terhadap perkara itu.
“PCIRC @PDRMsia kesan pengendali tweet ini dan ambil tindakan kerana menghasut dan menyalahgunakan media sosial,” tweet ketua polis negara.
Akaun Twitter @bvadivel sejak itu ditutup.

Sampah bersepah selepas Himpunan Solidariti untuk Rohingya


Terbiar di atas meja panjang langsung seorang pun peserta himpunan mengumpulkannya di satu satu tempatTerbiar di atas meja panjang langsung seorang pun peserta himpunan mengumpulkannya di satu satu tempat
Jauh berbeza dengan siri himpunan BERSIH, keadaan persekitaran di lokasi program yang menyatukan Umno-Pas untuk Rohingya di ibu negara hari ini menyaksikan banyak sampah ditinggalkan bertaburan begitu sahaja.
Pemerhatian Malaysia Dateline sebaik Presiden Umno dan Presiden Pas meninggalkan Tasik Titiwangsa pada pukul 11.15 pagi tadi mendapati, ratusan bekas makanan dan minuman daripada plastik termasuk di bawah beberapa khemah disediakan dibiar tidak berkutip.
Pembaziran sumber air bersih juga berlaku apabila banyak botol mineral berisipadu 600 mililiter turut dibuang walaupun diminum dalam seteguk dua sahaja walaupun ajaran Islam melarang pembaziran selain suruhan menjaga kebersihan.
Pada masa sama, tiada pengumuman daripada pihak penganjur kedengaran supaya orang ramai memungut sampah tersebut seperti yang kerap diingatkan sebelum ini sebaik sahaja peserta himpunan BERSIH diarah bersurai.
Bahkan, tiada kelibat petugas atau sukarelawan di pihak penganjur yang dilihat membawa plastik sampah dan mengutip sisa-sisa bekas makanan dan minuman itu.
Hal ini berbeza ketika BERSIH 5 pada 19 November lalu apabila wujud sukarelawan khas yang majoritinya kaum Cina bukan beragama Islam bertindak mengutip sekecil-kecil sampah di sekitar Dataran Merdeka sehingga sepanjang jalan menuju ke KLCC semasa dan selepas berlangsungnya himpunan.
Pelarian Rohingya dilihat tidak mengendahkan sampah bertaburan di luar Stadium TitiwangsaPelarian Rohingya dilihat tidak mengendahkan sampah bertaburan di luar Stadium Titiwangsa
Sebaliknya, Malaysia Dateline mendapati hadirin tempatan beragama Islam termasuk pelarian Rohingya hanya menendang bungkusan bekas plastik itu ke tepi jika mungkin mengganggu pergerakan mereka untuk pulang ke destinasi masing-masing.

MUNAFIK BERNAMA NAJIB RAZAK TERLUPA SUMPAH JANJINYA SENDIRI

Antara intipati ucapannya adalah, “..kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah dengan kalimah-kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini.” Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar. Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.
Dia hendak menegur bekas-bekas pemimpin kerajaan terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal kerana mengkritiknya seccara berlebihan hingga dia tidak boleh menjawab segala persoalan yang telah ditimbulkan. Malah, soalan-soalan susah seperti isu derma dan 1MDB pun dilarang untuk dibahas di dalam Perhimpunan Agong UMNO 2016.
Oleh itu, satu cara sahaja yang dia boleh cuba untuk menegakkan benang yang basah – menggunakan agama untuk berselindung disebalik perangainya yang terang-terangan fasiq dan gemar menipu. Dia bercakap seolah-olah tidak mencermin diri sendiri. Ini tidak lagi menghairankan kerana sememangnya Najib Razak sudah buta terhadap kesalahan dia sendiri.
Di dalam kes kononnya bekas-bekas pemimpin itu semua sudah melanggar sumpah, elok kita baca apakah sebenarnya sumpah yang telah dibuat ketika mereka baru menjawat jawatan Menteri atau wakil rakyat. Di dalam Jadual 6 Perlembagaan Malaysia, terdapat dua bentuk ikrar yang harus dibuat iaitu:
JADUAL KEENAM
[Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)]
Bentuk Sumpah dan Ikrar
(i) Sumpah Jawatan dan Setia
“Saya,……………………………………………………, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ……………………………………………………… dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujurmenunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAANnya.”, dan KEMUDIANNYA baru,
(ii) Sumpah Simpan Rahsia
“Saya,……………………………………………………………………., dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahuatau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara lansung atau secara tidak lansung apa-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang …………………………………………………………. KECUALI SEBAGAIMANA YANG MUNGKIN DIKEHENDAKI UNTUK MENUNAIKAN DENGAN SEWAJARNYA KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SAYA sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong.”
Menurut “(i)Sumpah Jawatan dan Setia”, seorang MENTERI mengangkat sumpah untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan”, dan KEMUDIANnya baru, “(ii)Sumpah Simpan Rahsia”! Justeru, sekiranya dalam menjalankan jawatan masing-masing sebagai MENTERI, mereka telah mengetahui kewujudan PERLANGGARAN PERLEMBAGAAN oleh PERDANA MENTERImahupun KERAJAAN, maka menurut “(i)Sumpah Jawatan dan Setia”, SEMESTINYALAH Menteri/Bekas Menteri itu PERLU menurut PERLEMBAGAAN dedahkan apa yang diketahuinya, tanpa perlu khuatir berhubung dengan tuduhan kononnya ada perlanggaran “(ii)Sumpah Simpan Rahsia”! – SOURCE

WAYANG PACAK BERCIRI AGAMA?

Perdana Menteri, Najib Razak menegaskan, beliau tidak akan menutup mata dan berdiam diri berhubung penderitaan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Berucap di Himpunan Solidariti Rohingya yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang, Najib yang dicemuh dunia kerana skandal 1MDB dan wang beribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya berkata, Malaysia akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak asasi golongan etnik Rohingya itu.

"Apa mereka nak kita buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak. Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan," ucap Najib lagi.

Perghhhhh.....

Tapi apa yang sudah Malaysia lakukan setakat ini?

Sudahkah ditamatkan hubungan diplomatik? Sudahkah dipanggil duta Myanmar untuk disampaikan nota bantahan?

Sudahkahkah bantuan kemanusian dihantar ke Myanmar? Sudah berapa juta telah disumbangkan?

Apakah nasib pelarian Islam Rohingya yang ada di negara kita? Adakah pernah disediakan khemah pelarian atau lain-lain bantuan dijanjikan untuk mereka?

Mengapa usul khas berkaitan Rohingya di Parlimen yang dikemukakan oleh Raja Bahrin Shah ditolak begitu saja?

Jika usul ditolak, kenapa berhimpuan jadi galak?
Sejak bila kerja kerajaan bertukar daripada bertindak melalui kuasa yang ada kepada berhimpun dan menjerit semata-mata?

Bagaimana dengan pekerja asing bukan Islam Myanmar di negara kita yang antaranya menguasai Pasar Borong Selayang dan menjadi samseng di sana?

Apa tindakan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk menanganinya?

Perhimpunan Umno jadi medan Najib tagih simpati, kata Muhyiddin

Ia membuktikan Najib sedang gelisah melihat kepimpinan Melayu dalam barisan pembangkang semakin kukuh dengan tertubuhnya PPBM, kata bekas timbalan perdana menteri itu.
muhyiddin_umno_600
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sepatutnya menjadi medan membicarakan soal negara dan orang Melayu, digunakan sebagai platform presidennya menagih simpati, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengulas perhimpunan yang baru menutup tirainya semalam, dan menyifatkannya jauh berbeza daripada dulu.
“PAU sepatutnya menjadi tempat presiden membicarakan hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.
“PAU tahun ini lain sekali nadanya. Datuk Seri Najib Razak menuntut seluruh ahli berbai’ah dan wala’ kepadanya secara membuta-tuli, kononnya itulah tradisi Umno dan amalan orang Melayu dan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada PAU 2016, Najib dalam ucapan dasar dan penggulungannya menyeru taat setia dan wala’ kepadanya selaku presiden, selain serangan terhadap bekas pemimpin Umno terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ucapan perwakilan dan pemimpin tertinggi parti itu selama 5 hari persidangan juga dipenuhi dengan perkara sama.
Kata bekas timbalan presiden Umno itu lagi, ia membuktikan Najib sedang gelisah melihat kepimpinan Melayu dalam barisan pembangkang semakin kukuh selepas tertubuhnya PPBM.
“(Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang kental perjuangan Melayu sehingga digelar ‘ultra Melayu’ dan saya sendiri yang pernah dilabel ‘Malay First’ kini dalam barisan pembangkang.
“Kami bersama rakan lain sedang memperkukuhkan kepimpinan Melayu dalam barisan pembangkang untuk mengambilahlih pentadbiran negara daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang rosak,” katanya lagi.
DAP setuju perdana menteri Melayu

Umno tidak tangani isu asas rakyat, kata penganalisis

Awang Azman berkata, Umno sepatutnya menggunakan peluang perhimpunan agungnya untuk mengiktiraf sumbangan Sabah dan Sarawak dalam mengukuhkan BN.
Awang-Azman-Awang-Pawi_umno_600
PETALING JAYA: Umno sepatutnya memberi tumpuan lebih kepada isu yang dihadapi rakyat semasa perhimpunan agungnya baru-baru ini, kata penganalisis politik Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Pawi.
“Ini termasuk usaha konkrit diambil untuk menangani kos sara hidup yang meningkat,” katanya kepada FMT ketika dihubungi mengenai Perhimpunan Agung Umno 2016 yang berakhir semalam.
Pada perhimpunan itu, presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membayangkan Pilihan Raya Umum ke-14 kemungkinan diadakan lebih awal.
Mengulas mengenai pengumuman semalam, Awang Azman berkata, Umno sepatutnya menggunakan peluang ini untuk mengiktiraf sumbangan rakan di Malaysia Timur ke arah mengukuhkan parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Katanya, parti seperti Parti Rakyat Sabah (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memainkan peranan penting dalam memperkukuh bank undi BN.
“Tanpa faktor Sabah dan Sarawak, ia adalah mustahil bagi BN untuk menang dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau.
Beliau juga menyatakan perwakilan perhimpunan menghantar mesej jelas yang mereka mesti bersatu sebagai sebuah gabungan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Mengapa hanya saya dilabel pengkhianat, soal Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata beberapa pemimpin terdahulu juga pernah bekerja dengan pembangkang tetapi tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat.
mahathir_umno_1_6001
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mempersoalkan mengapa hanya beliau dilabe sebagai pengkhianat kerana bekerjasama dengan pembangkang bagi mendapatkan kuasa sedangkan terdapat pemimpin Umno melakukan perkara sama.
Bercakap pada ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pasir Gudang, Johor, malam tadi, Dr Mahathir berkata pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, dan bekas perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, juga pernah bekerja dengan pembangkang untuk memenangi kuasa.
“Saya tidak ingat Tunku dipanggil pengkhianat, tetapi Najib menuduh saya itu,” kata Dr Mahathir, presiden Umno yang paling lama berkhidmat, kepada hadirin.
Ucapan beliau malam tadi dimuat naik di Facebook Kelab Che Det.
Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Najib berulang kali memanggil Dr Mahathir, kini pengerusi PPBM, pengkhianat kerana bekerjasama dengan DAP, parti dominan Cina.
Beliau berkata Onn Jaafar meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Negara dan Parti Kemerdekaan Malaya untuk mencabar gabungan Perikatan, manakala Tunku, juga bekas presiden Umno, bekerja dengan pembangkang pada pilihan raya umum 1990.
“Beliau juga bekerja dengan DAP tetapi saya tidak melabelkan beliau pengkhianat,” kata Dr Mahathir sambil menunjukkan keratan akhbar dan gambar mendiang Karpal Singh, Lim Kit Siang bersama Tunku.
Beliau berkata, bekas presiden Semangat 46 Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bekerjasama dengan DAP dan PAS selepas Umno lama diharamkan dan parti baru ditubuhkan pada 1988.
Dr Mahathir berkata, malah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden partinya Tun Musa Hitam menolak menyertai Umno baru.
“Saya terpaksa memberikan jawatan menteri dan menghantar beliau ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wakil khas kami,” kata beliau sambil memberitahu bagaimana beliau melayan “pengkhianat”.

Dr M: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB

Di mata Umno Datuk Seri Najib Razak adalah 'insan terpilih' oleh Allah untuk memimpin parti itu dan negara.
Namun pada tafsiran Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah berbeza sama sekali.
Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi.
"Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB," katanya disambut ketawa orang ramai.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Shah Alam selepas menghadiri perhimpunan tahunan DAP hari ini.
dap national congress 041216 lim guan eng kit siang mahathir mat sabu wan azizahTerdahulu bekas perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mengejutkan orang ramai apabila hadir dan dibawa duduk bersama pimpinan tertinggi DAP di atas pentas.
Sebelum ini DAP mengesahkan mereka tidak menjemput wakil BERSATU ke program berkenaan kerana parti berkenaan belum menjadi anggota Pakatan Harapan (HARAPAN).
Turut hadir di majlis itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Sentimen takutkan Melayu
Perhimpunan tahunan Umno baru saja berakhir di PWTC semalam. Sepanjang tempoh persidangan berlangsung beberapa perwakilan menyatakan puji-pujian mereka kepada Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti.
Ungkapan mengaitkan Najib sebagai "pilihan Allah" pernah diucapkan wakil dari Kedah, Datuk Othman Aziz pada perhimpunan agung Umno tahun lalu.
Semasa merasmikan persidangan tahunan pemuda, wanita dan puteri Umno pada 29 November lalu Ahmad Zahid berkata sekadang adalah waktu "Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai presiden" parti berkenaan.
"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwalak hanya di bibir. Walak saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita," katanya.

Rohingya: Najib boleh guna kuasa PM, tak perlu berdemo


Tun Mahathir, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu turut hadir ke persidangan tahunan DAP di Shah Alam hari iniTun Mahathir, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah Mohamad Sabu turut hadir ke persidangan tahunan DAP di Shah Alam hari ini
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bingung mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa selaku perdana menteri, sebaliknya turun menunjuk perasaan berhubung kekejaman tentra Myanmar ke atas etnik Rohingya.
“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.
“Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di persidangan tahunan DAP di Shah Alam hari ini.
Najib yang juga Presiden Umno hadir ke Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya bersama beberapa pimpinan utama Umno yang lain antaranya Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut duduk sepentas mengecam tindakan Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata tunjuk perasaan merupakan suatu bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.
“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan," katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dijemput menghadiri Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa di ibu negara pagi tadi.

'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal' - Zainuddin Maidin

Dr Mahathir, Muhyiddin gagal beri kelebihan kepada pembangkang

Imej Dr Mahathir dan Muhyiddin dirosakkan dengan teruk oleh pembangkang, terutama DAP ketika mereka berada di dalam Umno
mahathir_muhyiddin_600
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamed and Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam blok pembangkang sepatutnya memberikan keuntungan politik yang besar kepada mereka.
Persoalannya, mengapa ini tidak berlaku?
Jawapannya mudah. Imej Dr Mahathir dan Muhyiddin dirosakkan dengan teruk oleh pembangkang, terutamanya DAP ketika mereka berada di dalam Umno.
Dr Mahathir dituduh sebagai punca kepada ketidakserataan kaum dan budaya rasuah yang punah di Malaysia.
Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku timbalan beliau, gelaran “Mahafiraun” diMahkotakan kepadanya.
Dr Mahathir juga dituduh sebagai seorang rasis dan pelampau ketika beliau menjadi penyokong utama kepada Perkasa.
Muhyiddin pula diserang teruk pembangkang ketika beliau mengaku beliau adalah “Malay First atau Melayu dulu, Malaysian second”.
Penasihat DAP Lim Kit Siang bertubi-tubi menekan Muhyiddin sehingga persepsi timbul di kalangan pengundi bukan Melayu yang Muhyiddin juga tergolong dalam kumpulan rasis.
Disebabkan serangan pembangkang terutamanya DAP begitu berkesan, kini pembangkang terpaksa menghabiskan masa mencuci dan menggilap semula imej Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk diterima rakyat dan penyokongnya.
Kemasukan Dr Mahathir dan Muhyiddin ke dalam blok pembangkang ketika ini masih membawa nilai defisit.
Begitu juga serangan efektif terhadap DAP dan himpunan Bersih yang dilakukan Dr Mahathir selama ini memaksa beliau menghabiskan masa menjelaskan kepada ahli Umno mengapa beliau kini boleh bersama DAP dan Bersih 2.0.

PAU 2016: KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi kancah Presiden Umno membela dirinya. Sepanjang ingatan saya, Perhimpunan Agung Umno adalah tempat di mana Presiden UMNO membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Tetapi kali ini lain sekali nadanya. Presiden UMNO menuntut seluruh ahli berbai'ah dan memberi wala' kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal. Kononnya itulah tradisi di dalam UMNO dan amalan orang Melayu yang kuat pegangannya kepada Islam.

Bagi saya Najib Razak sedang tenat. Bagi seorang yang boleh berbohong tentang sumber wang berbilion ringgit di dalam akaunnya, maka dia juga telah berbohong atas nama agama Islam.

Tiada konsep wala' kepada pemimpin di dalam Islam jika pemimpin itu terang-terangan melakukan kemungkaran. Malah, Islam menganjurkan umatnya supaya sedaya upaya mencegah kemungkaran sebagai tanda keimanan kepada Allah s.w.t.

Najib di dalam ucapannya merujuk kepada kedudukan Rasulullah S.A.W dan Khalifah Islam yang mulia di sisi agama dan mesti ditataati. Tidakkah beliau sedar dua orang Khalifah yang merupakan sahabat rapat Baginda Rasulullah S.A.W, iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar, menyeru kepada para sahabat yang lain supaya menegur mereka jika mereka melakukan kesalahan dan tidaklah wajib kedua-dua mereka ditaati sekiranya mereka melakukan kesalahan di sisi agama.

Ketika Sayyidina Abu Bakar dipilih menjadi Khalifah, beliau berkata "Sesungguhnya aku dilantik menjadi ketua kamu sekalian namun aku bukanlah yang paling baik dalam kalangan kamu semua. Taatlah aku selama mana aku taatkan Allah".

Manakala ketika Khalifah Umar ibn Al Khattab dilantik sebagai Khalifah, beliau menegaskan sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah kepimpinannya, maka tegurlah beliau. Lantas bangkit seorang sahabat mengeluarkan sebilah pedang dan berkata, "jika kamu melakukan sesuatu yang salah pada sisi ajaran Allah, maka pedang inilah yang akan aku gunakan untuk menegurmu."

Berbeza sekali dengan ucapan dan tindakan Najib! Dia sama sekali tidak boleh menerima teguran, malah menghukum orang-orang yang menegurnya!

Sekarang, beliau menagih simpati dan ketaatan yang membuta tuli kononnya itulah ajaran Islam. Adakah Islam mengajar kita untuk mentaati seorang pemimpin melakukan kemungkaran dengan terang-terangan merompak wang rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikit pun? Sebenarnya, Najib telah berbohong atas nama Islam!

Masakan perwakilan UMNO dan orang Melayu seluruhnya lupa bahawa Najib sedang terpalit dengan skandal kewangan terbesar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum ini. Mana pernah seorang Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini diketahui menyimpan sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang dipercayai dicuri daripada kantung syarikat milik negara;  dirinya disebut puluhan kali dalam Laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung siasatan ke atas kehilangan wang USD 3.5 billion dollar daripada syarikat milik negara; anak tirinya disiasat atas dakwaan menerima wang ratusan juta dollar hasil rompakan khazanah negara.

Tidakkah terlintas di benak fikiran kita Presiden Umno dan Perdana Menteri ini gayanya seperti seorang diktator sebuah negara dunia ketiga yang teramat korup?

Sungguh malang Malaysia yang harum namanya di bawah kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri terdahulu, kini menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat dunia kerana seluruh institusi kerajaan dan parti pemerintah gagal membendung salah laku, penyelewengan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri yang bernama Najib Razak. Manakala, pemimpin dan rakyat yang cuba memperbetulkan keadaan ditohmah sebagai pengkhianat, ditekan dengan bermacam ugutan, ditahan secara salah di bawah undang-undang zalim dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas. Sedangkan penjenayah dan pengkgianat yang sebenar dibiarkan bebas dan terus bermaharajalela merompak harta rakyat dan mencuri khazanah negara!

Integriti pemimpin Umno merudum tak berani tegur Najib

SHAH ALAM, 4 DIS: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mampu mengekalkan kuasanya dalam parti tua itu ekoran tiadanya keberanian di kalangan pemimpin lain Umno untuk mencabar kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua berkata, walaupun ahli dan pemimpin Umno lain menyedari integriti dan imej buruk Presiden mereka itu menyebabkan Umno semakin kehilangan sokongan rakyat.

“Mereka bukan tak sedar bahawa Najib dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk 1MDB yang melemahkan negara tetapi mereka tidak mempunyai keberanian untuk mencabar kedudukan Najib,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.
Jelasnya, perkara ini diburukan lagi apabila politik wang dalam Umno bukan perkara asing lagi apabila Najib sendiri pernah mengakui ‘money is king’ termasuk mendapatkan sokongan pemimpin bahagian Umno seluruh negara.
Sementara itu ketika mengulas pengakuan Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bahawa pengaruh dan sokongan yang diterima parti pembangkang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad daripada rakyat semakin bertambah, Tian Chua menganggapnya sebagai satu pengiktirafan.

PAS akan diberi tempoh akhir untuk sertai pakatan, kata Dr M

Bagaimanapun, jika parti Islam itu mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan BN, kata pengerusi PPBM.
mahathir-pas-1
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.
Beliau berkata partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkumpul di bawah satu payung.
Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.
“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.
“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.
“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Apabila ditanya mengenai tarikh akhir bagi PAS memberi keputusan sama ada ia akan bersama Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan lagi.
“Kami akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya perlu berunding dengan rakan dalam PPBM dahulu.”
Dr Mahathir, bersama dengan pemimpin lain di PPBM dan PKR, menekankan kepentingan penyertaan PAS dengan berkata, tanpanya, pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang tidak dapat dielakkan, dan mungkin akan membantu BN.
Dalam keadaan ini, mereka menjelaskan, BN pasti akan menang kerana undi pembangkang akan berpecah.
PAS bagaimanapun, menegaskan ia tidak akan melakukan kesilapan sama dengan bekerjasama dengan DAP lagi.
DAP adalah salah satu daripada parti utama dalam gabungan Pakatan Harapan, 2 lagi ialah PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Dalam perkembangan berasingan, Dr Mahathir bergurau tentang komen yang dibuat Presiden Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Agung Umno minggu ini.
Beliau mendakwa pada hari melihat bekas presiden Umno itu “mencium” bekas musuhnya, veteran DAP Lim Kit Siang, adalah hari paling gelap dalam hidupnya.

Terima kasih Tok Guru, ucap Najib kepada Abdul Hadi

Najib dan Abdul Hadi berbual mesra dalam Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya hari iniNajib dan Abdul Hadi berbual mesra dalam Perhimpunan Solidariti Untuk Rohingya hari ini
Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya hari ini terus menyaksikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka menyatakan penghargaan kepada Pas.
Perdana Menteri itu menganggap kehadiran pemimpin Umno dan Pas dalam himpunan di Stadium Titiwangsa itu adalah sebahagian daripada maqasid syariah.
"Ini sebahagian maqasid syariah. Ini wajib diperjuangkan. Itu sebab ada Umno dan Pas. Terima kasih Tok Guru (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Ini bukan politik,” katanya yang sebelum itu lantang memulakan ucapannya dengan bertakbir sebanyak tiga kali.
Najib juga menyifatkan himpunan melibatkan kerjasama 21 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk gerakan pro-Umno dan Pas itu amat bermakna kerana berlangsung atas tiga nilai penting.
“Saya anggap perhimpunan ini bukan saja bersejarah kerana kita berhimpun atas nama Islam, ummah dan kemanusiaan. Tiada perhimpunan lebih mulia atas nama Islam, ummah dan kemanusiaan," ulangnya sambil hadirin memberi tepukan gemuruh setiap kali Najib menyebut ketiga-tiga nilai tersebut.
Diikuti lagi kemudiannya dengan laungan ‘Allahuakbar’ Najib melanjutkan ucapan yang dilihat lebih lama dan bersemangat berbanding Abdul Hadi sebelum itu dengan kutukan terhadap kerajaan Myanmar.
“Kita mahu beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita mahu beritahu Aung San Suu Kyi (pemimpin Myanmar), ‘enough is enough’, ‘enough is enough’.
“Apa makna pemenang Anugerah Nobel. Kita menghadapi tragedi Rohingya dekat di hati. Kita minta badan lain bertindak. Kita minta OIC bertindak. Jangan sekadar melihat.
“PBB juga tak boleh sekadar melihat. Ini masalah dunia. Kita akan terus bertindak ikut apa saluran yang ada,” tegas Najib disambut dengan ketawa daripada segelintir hadirin.
Menurutnya, beliau tidak mempedulikan ugutan terhadapnya kerana bukan mahu campur tangan urusan kerajaan itu tetapi mengecam keganasan terhadap etnik Rohingya.
“Dia (kerajaan Myanmar) gertak saya. Dia beri amaran kepada saya. Saya tak peduli. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia seluruhnya. Allahukbar!
“Bukan kita nak campur tangan. Tidak. Kita mahu tegaskan Asean mempertahankan hak asasi manusia.
“Dia baca satu saja - 'kita tak campur tangan'. Dia tak baca yang lain bahawa Asean juga pertahankan hak asasi manusia. Mereka ini buta ke? Janganlah tafsir sesuka hati,” bidas Najib.
‘Nak saya bisu?’
Berucap di depan hadirin yang majoritinya adalah pemimpin dan ahli Umno serta Pas selain pelajar tahfiz belasan tahun itu, Najib mengangap beliau tidak ‘buta’ terhadap apa yang berlaku di Myanmar.
“Tahun lepas kita isytihar Asean sebagai satu komuniti. Bila berlaku kezaliman, orang dibunuh, dibakar hidup-hidup, dipukul, diusir tak boleh bekerja, apakah ini bukan penentangan hak asasi manusia?

Kit Siang slams Najib for showing video of "foul-mouthed Hew".

Dr M will give PAS a deadline

Dr M: Not a crime to topple the govt

Cubaan rakyat Rohingya 'berarak' masuk ke dewan dihalang Polis

Dengan izin, 'Pendekar Melayu' akan ke Myanmar bantu Rohingya

LGE: Tawaran baru untuk Malaysia


Saya ingin terlebih dahulu mengalu-alukan dan memberi tabik hormat kepada Perwakilan Nasional DAP yang berkumpul di sini hari ini, pada saat yang  begitu luar biasa bagi Malaysia, dan dunia amnya. Kita meraikan ulangtahun ke-50 DAP tahun ini selepas suatu perjalanan luar biasa yang membawa kita daripada sekadar menjadi pembangkang untuk menjadi rakan kongsi dalam kerajaan, dari sel-sel penjara menuju koridor kuasa. Dan yang paling penting, kita telah membuktikan kita boleh mentadbir lebih baik daripada hanya berfungsi sebagai sebuah parti pembangkang.
img-20161204-wa0022Kita telah berjuang menentang demikian banyak musuh, ada yang walaupun pernah memenjarakan kita, kini telah menjadi sekutu. Sesungguhnya tidak ada kawan atau musuh yang kekal, hanya prinsip. Dan prinsip yang menyatukan kita adalah untuk menyelamatkan sebuah negara Malaysia yang dalam berada bahaya, ekonominya dalam krisis, rakyatnya yang tidak bersalah menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dan negara kita bertukar menjadi sebuah kleptokrasi.
Adalah untuk sebab ini kita mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Persidangan Kebangsaan buat kali pertama dalam sejarah parti, yang tidak pernah mempunyai RM2.6 bilion atau RM4.2 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Pada saat yang begitu unik dalam sejarah Malaysia ini, saya tahu saya bercakap bukan hanya kepada ahli-ahli DAP dan penyokong tetapi juga kepada berjuta-juta rakyat Malaysia yang baru sahaja menyaksikan kempen pembohongan dan kebencian terhadap DAP. DAP dijadikan mangsa yang tidak berdosa dalam kempen kebencian oleh mereka yang mahu mencari kambing hitam untuk menutup kegagalan mereka.
Kita tidak akan menjadi momok bagi mereka yang mahu meniup api kebencian kaum dan agama. Dosa kita hanyalah kerana kita enggan berputus asa dengan Impian Malaysia, yang menjadi sebuah janji untuk masa depan yang lebih baik melalui sebuah lembaran baru untuk rakyat Malaysia.
1. DAP@50
Pertama sekali marilah kita meraikan ulang tahun ke-50 Parti Tindakan Demokratik sebagai pergerakan yang bersatu, berdisiplin, rasional dan padu, hasil daripada sumbangan, dedikasi dan pengorbanan pemimpin DAP, ahli-ahli dan penyokongnya, terutamanya ahli-ahli veteran kita. Persidangan Kebangsaan hari ini akan memberi pengiktirafan kepada ramai pemimpin nasional dan akar umbi yang telah membantu kita mengatasi cabaran dan terus menyelamatkan parti pada ketika kita berada dalam keadaan paling malang.
2. Parti beridealisme
DAP kuat kerana kita berjuang bukan melalui kuasa atau kekayaan tetapi melalui kuasa idea, cita-cita dan prinsip. Lambang roket menjadi tanda kuatnya kepercayaan kita dan usaha politik untuk mengatasi kemustahilan.
DAP berdedikasi ke arah cita-cita memperjuangkan keadilan, kebebasan, demokrasi, peluang saksama, integriti dan martabat manusia; komited demi prinsip asas mempertahankan hak rakyat dengan memerangi undang-undang yang menindas, rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa, serta mendakap idea-idea baru yang menyediakan penyelesaian untuk meningkatkan taraf hidup dan kemakmuran ekonomi 30 juta rakyat Malaysia.
3. DAP sebagai sebuah parti untuk rakyat Malaysia, dan Impian Malaysia
DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia bagi semua keturunan etnik, termasuk Melayu dan Orang Asli, tanpa perbezaan geografi dan demografi terutamanya bagi Sabah dan Sarawak. Inilah dia intipati ‘Malaysian Malaysia’.
Jangan kita lupa, seperti yang dinyatakan Deklarasi Shah Alam pada 2012, DAP mempertegaskan perkara-perkara berikut dalam Deklarasi DAP@50 yang akan diluluskan Persidangan Kebangsaan hari ini:
  • Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963
  • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel  3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
  • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.  
Adakah semua di atas contoh “liberalisme melampau” yang mengancam Melayu dan Islam? Di Pulau Pinang, peruntukan untuk Islam adalah dua kali ganda di bawah kerajaan Pakatan tetapi kita masih dilabel sebagai anti-Islam.
Sudah tiba masanya untuk kita menolak politik identiti yang membahagikan dan mengasingkan kita melalui politik identiti perkauman yang membiakkan kebencian dan ketakutan. DAP menolak parti berasaskan perkauman dan mengiktiraf kepentingan untuk bekerjasama dengan parti-parti Melayu dan tokoh Melayu yang terkemuka.
Peka terhadap isu-isu yang melibatkan orang Melayu dan orang Islam, DAP tidak pernah meminta jawatan sebagai Perdana Menteri. Dan kami tidak pernah meminta supaya seorang Cina menjadi Perdana Menteri tetapi sentiasa menyokong seorang Melayu, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. DAP tidak akan menguasai kerajaan sekiranya pembangkang memenangi kuasa tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab.
DAP akan mempertahankan dan menegakkan asas Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui pada tahun 1957 dan 1963. DAP tidak bersetuju dengan orang-orang yang mahu mengubah sifat tersebut dengan menggunakan undang-undang biasa yang hanya memerlukan majoriti mudah ahli-ahli Parlimen yang hadir. Mana-mana undang-undang yang memberi kesan kepada watak dan identiti Perlembagaan Persekutuan mestilah melalui pindaan perlembagaan dengan majoriti 2/3. DAP mengulangi bantahan kepada mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.
Mempertahankan dan menegakkan Perlembagaan Persekutuan bukanlah liberalisme yang melampau. Menentang penahanan tanpa bicara terutamanya menggunakan undang-undang pengganas terhadap aktivis hak asasi seperti Maria Chin Abudllah bukanlah liberalisme yang melampau. Tetapi mencuri berbilion-bilion ringgit wang negara secara sesuka hati adalah liberalisme yang melampau.
Oleh itu marilah kita mendakap identiti sivik berdasarkan nilai-nilai sejagat seperti kebebasan, keadilan, integriti, kedaulatan undang-undang dan demokrasi, di mana rakyat bersatu untuk kemakmuran bersama, harapan yang lebih cerah untuk masa depan dan martabat kemanusiaan untuk semua rakyat. Marilah kita memberi komitmen untuk membina semula Malaysia yang moden; progresif dan aman, makmur dan adil.
4. Kita adalah parti berprinsip

Negara dalam bahaya jika Umno terus main isu perkauman

Presiden Amanah menegaskan semua pihak perlu berhati-hati dengan kemungkinan kesan memainkan isu perkauman.
mat-sabu
SHAH ALAM: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak membawa negara menuju ke arah berbahaya dengan permainan perlumbaan yang sedang dimainkan, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Beliau berkata ucapan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini menunjukkan rancangan parti itu menggunakan sentimen perkauman untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ia bermula dengan kumpulan Baju Merah dan kini perhimpunan agung parti. Isu kaum mudah diterima orang ramai,” katanya pada sidang akhbar di Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
“Tetapi ini adalah permainan yang berbahaya dan kita perlu berhati-hati dengan kemungkinan kesannya. Terutama kerana ia dirancang oleh perdana menteri (Najib) sendiri.
“Kami akan berjuang menentang sebarang bentuk perkauman.”
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir berkata helah kaum yang dimainkan Najib semata-mata untuk memenangi hati orang Melayu.
Ini digambarkan dalam persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya yang Mahathir berkata akan mengasingkan awam mengikut kaum mereka.
Beliau melabelkan ia sebagai satu bentuk “perkauman melampau”.
“Taktik digunakan Najib, seperti yang dilihat pada perhimpunan Umno, jika parti tersebut memenangi pilihan raya umum, Najib yang juga seorang Melayu, akan menjadi perdana menteri.

“Pandangan saya tentang DAP dulu tidak betul” – Tun M


SHAH ALAM, 4 DIS: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar.
Kenyataan itu dibuatnya dalam sidang media di Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung di sini.
img-20161204-wa0019Beliau yang menganggap kehadiran pertamanya di persidangan itu sebagai satu ‘pengalaman baru’, berkata DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata.
“Kemalaysiaan DAP jauh lebih kuat dari parti MCA.
“Saya dapat lihat, di antara ahli-ahli DAP yang hadir hari ini, semua kaum ada. DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum.
“Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh kira-kira 3,000 hadirin.
Tun Dr. Mahathir turut memuji pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu parti DAP yang sekaligus mematahkan dakwaan beberapa pihak bahawa kononnya DAP memusuhi kaum Melayu serta bahasanya.
“Walaupun DAP dituduh ‘parti Cina’ tapi lagu parti DAP guna bahasa kebangsaan, lagu MCA tak guna bahasa kebangsaan.
“Malah, saya bangga dengar ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Ini tak terdapat dalam MCA,” ujarnya.

Dr Mahathir: Bukan jenayah ingin gulingkan kerajaan secara demokrasi

Bekas perdana menteri itu juga mengaku mempunyai persepsi yang salah terhadap DAP.
mahathir-malaysia-1
SHAH ALAM: Tindakan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan bukan satu jenayah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan gesaan pemimpin Umno agar tindakan diambil terhadap mereka yang ingin menurunkan kepimpinan “dipilih secara demokrasi”.
“Kami pembangkang, sudah tentu kita mahu mengalahkan kerajaan, terutama yang adalah seperti Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak),” kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
“PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mahu menjatuhkan Najib, begitu juga Amanah, PKR dan DAP.
“Jika anda mengatakan ia satu jenayah, tunjukkan kepada saya negara yang mempunyai pembangkang yang berjuang untuk menjaga parti pemerintah agar terus berkuasa,”kata Dr Mahathir, yang kini merupakan pengerusi PPBM.
Beliau juga mengakui persepsi masa lalu DAP adalah salah. Beliau berkata, bekas perdana menteri Tun Abdul Razak pernah menjemput DAP menyertai Barisan Nasional (BN) tetapi mereka enggan kerana lebih suka berada pada pihak pembangkang.
“Saya mengatakan ia baik menjadi pembangkang, tetapi lebih baik menjadi kerajaan. Dan DAP tidak boleh melakukan ini bersendirian.

Umno, jangan cuba mangsakan DAP - Tan Kok Wai

SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amaran untuk tidak cuba memangsakan DAP untuk mencapai matlamat politik sempit.
Ini kerana menurut Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, perjuangan partinya bukan saja tidak mengenal warna kulit dan agama, tetapi juga tidak mengenal batas tempat.
Umno, jangan cuba mangsakan DAP "Di dalam Perhimpunan Agung Umno, Najib dengan cuba bermain tipu daya dengan mengatakan DAP menolak kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan kerana semua itu tidak disebutkan di dalam Perlembagaan DAP.
"Itu ternyata satu fitnah jahat memutarbelitkan fakta sebenar yang mana Perlembagaan DAP jelas menyatakan antara matlamat-matlamat DAP adalah mengesahkan dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kerangka asal," katanya pada Persidangan DAP 2016, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, Umno akan terus mempergunakan kaum dan agama sebagai senjata dan muslihat mereka.
Tambahnya lagi, DAP seperti biasa akan terus menjadi sasaran serangan Umno parti itu membawa agenda yang menggugat penguasaan Umno.
"Agenda DAP yang menyeru kepada kebebasan, keadilan dan bersetiakawan dengan rakyat-rakyat tertindas tentu sekali menggegarkan jantung Umno.
"Biar apa jua tohmahan dan penipuan dilemparkan kepada DAP, pemimpin-pemimpin DAP baik pada masa lalu, sekarang atau masa depan akan terus beriltizam berjuang mewujudkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni, aman dan makmur," katanya lagi.

Rohingya: Dr M bingung Najib tak guna kuasa PM

Dr Mahathir menjelaskan seorang perdana menteri boleh menggunakan saluran antara negara untuk usahakan penyelesaian
mahathir-najib-1
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bingung mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa selaku perdana menteri, sebaliknya turun menunjuk perasaan.
“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.
“Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan,” katanya dalam satu sidang akhbar di persidangan tahunan DAP hari ini.
Jelasnya tunjuk perasaan merupakan suatu bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.
“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan.”
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dijemput menghadiri tunjuk perasaan untuk etnik Rohingya di Stadium Titiwangsa di ibu negara, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Turut hadir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak menerima sebarang jemputan.
“PKR tidak dijemput secara khusus, cuma ditanya secara terbuka,” kata Wan Azizah.
Beliau bersetuju tiada keperluan untuk seorang perdana menteri menunjuk perasaan.
“Najib diberi kuasa selaku ketua kerajaan. Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan mengambil pendekatan antara kerajaan.”

Setelah PAS dan UMNO bergabung, hanya Pakatan dan PPBM jadi harapan rakyat


SHAH ALAM, 4 DIS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, di saat PAS dilihat ‘sangup berpeluk’ dengan UMNO, parti pembangkang yang serius mahu menentang kerajaan kleptokrasi UMNO-Barisan Nasional (BN) harus bersatu padu.
Berucap di Persidangan DAP 2016 hari ini, beliau berkata, Pakatan Harapan dengan penyertaan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam blok pembangkang itu perlu dengan segera menyatukan rakyat demi menyelamatkan Malaysia.
img-20161204-wa0016“Walaupun PAS sanggup berpeluk dengan UMNO dan tidak mempedulikan perbuatan BN menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi demi kepentingan politik sendiri, kita mesti mempunyai keberanian untuk menyatukan rakyat bagi menyelamatkan Malaysia.
“Dan ini termasuk bekerja bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggalakkan ahli-ahli biasa UMNO dan PAS untuk menjadi sebahagian daripada perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik,” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap gabungan baharu itu yang menerutnya mampu untuk membina naratif baru dalam menentang UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Bolehkah DAP dan rakan-rakan gabungan memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa bersama-sama kita boleh mengubah keadaan dengan segera?
“Adakah kita mempunyai naratif yang menarik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang bersama-sama rakan sekutu kita? Dan bolehkah sebuah tawaran baru menjanjikan hari esok yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia? Saya yakin, kita boleh!” ujarnya.

SIDANG MEDIA | KONGRES DAP 2016

Why does a PM need to demonstrate? asks Dr. M

Najib, Hadi 'berpegangan tangan' bantah nasib Rohingya

Tun M: I was wrong about DAP

Rakaman udara bukti penggondolan 'tanah adat' Orang Asli Gua Musang

Tawaran DAP buat rakyat Malaysia

SHAH ALAM - Parti DAP hadir dengan tawaran baru yang akan membantu rakyat menghadapi masalah ekonomi masa kini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata tawaran ini  khas dibuat demi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.
"Tawaran baru ini hadir dengan lembaran baru yang mahu menghapuskan skandal seperti 1MDB.
Lim Guan Eng "Selain itu, kami juga akan hapuskan GST dan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan demi meningkatkan hidup rakyat," katanya ketika ucapan dasar sewaktu Persidangan Parti 2016 di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, rakyat memerlukan harapan baru yang akan membantu mereka pada masa hadapan.
"Rakyat perlukan tawaran yang menawarkan kenaikan gaji, kemahiran yang lebih baik dan peningkatan produktiviti untuk pekerja dan industri di Malaysia.
"Di samping itu, jaminan pengangkutan awam yang lebih baik perlu ada, khidmat kesihatan, pendidikan dan perumahan juga akan dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan rakyat," tambahnya lagi.
Beliau juga turut mengatakan sudah tiba masanya untuk rakyat memilih antara autokrasi ataupun demokrasi.
"Pilihan di tangan anda untuk gelombang perubahan terhadap Malaysia, autokrasi atau demokrasi?" katanya.

Politik celaru akibat sikap pemimpin

KUALA TERENGGANU – Suasana politik kebelakangan ini disifatkan bercelaru dengan sikap beberapa pemimpin bertukar parti daripada yang asal kepada baharu, sehinggakan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris berkata, senario itu bukan hanya melibatkan pemimpin yang asalnya pembangkang berpindah kepada parti kerajaan, malah turut melibatkan pemimpin parti kerajaan yang bertukar kepada pembangkang.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris Menurutnya, keadaan itu mewujudkan satu pemikiran bahawa pemimpin-pemimpin politik sudah hilang prinsip perjuangan sejati dan seolah-olah menyimpang daripada asas perjuangan untuk mempertahankan negara.
“Apabila pembangkang masuk kerajaan, mereka sokong kerajaan dan apabila mereka masuk pembangkang, mereka sokong pembangkang. Sedangkan sebelum ini mereka mengecam satu sama lain.
“Jadi, apabila rakyat melihat ini berlaku kepada pemimpin mereka, sudah tentu mereka sendiri berasa keliru,” katanya, di sini.
Sebagaimana berlaku terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya menerajui kepimpinan Umno tetapi sekarang bertindak sebagai pembangkang, Razali menjelaskan Mahathir perlu menyokong musuh politiknya untuk tumbangkan BN.
Sikap Mahathir itu katanya, bukanlah sesuatu yang pelik dan sudah mula cenderung menunjukkan sokongan terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memakai lencana ‘Bebaskan Anwar’ dalam Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama yang dibuat 13 November lalu.
Walaupun Mahathir disifatkan segelintir ahli dan penyokong pembangkang sebagai pihak

Pas ‘terselamat’ serangan Umno

ALOR SETAR - Perhimpunan Agung Umno kali ini mencipta sejarah baharu apabila julung kalinya Pas ‘terselamat’ daripada serangan Umno, sebaliknya buat pertama kali Pas menerima pujian daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, musuh politik Najib dan Umno kini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang, kecuali Pas.
Mahfuz Omar “Tiada intipati ucapan Najib yang boleh dibawa pulang perwakilan sebagai pedoman dalam menghadapi kehidupan yang mencabar akibat beban hidup tinggi yang berpunca daripada penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa. Apa yang dihidangkan hanya maki hamun terhadap Mahathir, DAP dan gabungan Pakatan Harapan,” katanya.
Menurutnya, pada ucapan dasar Najib ketika perhimpunan itu jelas menunjukkan beliau seolah bimbang dengan pengaruh besar yang dibawa Mahathir, malah mengakui bekas perdana menteri itu antara empat cabaran Umno.
 “Najib mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana warga emas berusia 92 tahun itu amat  digeruninya kerana boleh menyebabkan Umno hilang kuasa pada PRU14. Serangan demi serangan terhadap Mahathir dilakukan dan mengisi sebahagian besar ucapan itu,” katanya.
Mahfuz berkata, serangan itu menjadikan Mahathir umpama sebuah institusi politik yang menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN.
“Nampaknya, Mahathir ibarat ‘otai masih berbisa’,” katanya, berseloroh.

Wajib campur tangan di Myanmar - Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru campur tangan masyarakat antarabangsa terhadap isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.
Katanya badan dunia seperti Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menyatakan pendirian bagi menyelamatkan orang Islam di sana.
“Dilaporkan oleh media betapa kerajaan Myanmar mengkritik Malaysia kerana campur tangan.
“Krisis Myanmar bukan sahaja mewajibkan campur tangan Malaysia tapi semua yang tandatangan piagam hak asasi manusia PBB, persetujuan Geneva, Asean, OIC dan semua pejuang hak asasi manusia,” kata Hadi dalam ucapannya di Perhimpunan Solidariti Ummah untuk Rohinga di Stadium Mini Titiwangsa hari ini.
Jelasnya setiap parti politik juga harus berganding bahu dalam menyelesaikan isu ini kerana ia adalah masalah berkaitan hak asasi manusia.
Kata Hadi lagi, setiap negara tidak boleh hidup bersendirian dan pihak antarabangsa harus bersama dalam menyalurkan bantuan.
“Satu negara tidak boleh hidup bersendirian. Negara memerlukan makanan, pakaian, pengangkutan yang tidak mungkin dihasilkan oleh satu masyarakat sahaja.
“Wajib campur tangan antarabangsa didahulukan dengan cara diplomasi kemudian dengan cara daturat. Jangan menghormati hak haiwan liar lebih penting daripada hak asasi manusia,” katanya.

APAKAH PENDIRIAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA?

Penghapusan etnik Rohingnya yang sedang berlaku di Myanmar ketika ini merupakan sebuah tragedi besar dalam sejarah kemanusiaan. Tragedi ini mendapat perhatian seluruh dunia termasuk juga rakyat Malaysia.

Namun demikian, Kerajaan Malaysia seakan-akan berpeluk tubuh melihat tragedi ini berlaku. Tidak dinafikan wujudnya protes-protes kecil daripada Kerajaan Malaysia seperti pembatalan perlawanan persahabatan bola sepak Skuad Projek Sukan SEA negara menentang Skuad B-22 Myanmar (walaupun tiada alasan rasmi diberikan oleh pihak FAM), penganjuran perhimpunan solidariti Rohingya pada 4 Disember ini, serta rasa simpati dan kutukan keras yang diucapkan oleh Perdana Menteri Najib Razak semasa ucapan pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU 2016).

Persoalannya, mengapakah Kerajaan Malaysia tidak menggunakan peluang, amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak usul tergempar mengenai penghapusan etnik Rohingya? Janganlah kita lupa bahawa Malaysia adalah Ahli Majlis Keselamatan PBB.

Kerajaan Malaysia juga kerap menggunakan alasan polisi ‘non-interference’ ASEAN apabila didesak untuk mengambil pendirian yang lebih serius. Alasan polisi ‘non-interference’ ASEAN juga digunakan apabila Kerajaan Malaysia tidak mahu membincangkan isu ini di Dewan Rakyat. Kerajaan Malaysia juga sehingga kini, masih tidak mengiktiraf pelarian Rohingya sebagai pelarian perang.

Dengan ini, saya mendesak Kerajaan Malaysia membawa usul tergempar membahaskan isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ke peringkat Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga , sebagai pengasas ASEAN, harus ke depan memecahkan tradisi lapuk membawa isu penghapusan etnik Rohingya ke peringkat ASEAN kerana ini adalah isu kemanusiaan dan hak asasi.

Pesuruhjaya Pas dakwa kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang


Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.
Tulisan Iskandar mempertikaikan kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.Ketika Presiden Umno datuk Seri Najib Razak memegang tangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pentas Solidariti untuk Rohingya,
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad mempertikaikan tentang maruah negara ekoran kongsi gelap Myanmar kuasai Pasar Borong Selayang.
"Penghapusan etnik Rohingya berlaku di Myanmar tetapi kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.
"Di manakah maruah negara?" tanya Iskandar dalam tulisannya di Facebook.
Bahkan beliau juga mempertikaikan dimanakah pasukan polis ketika kongsi gelap warga Myanmar menguasai Pasar Borong Selayang.
"Di manakah pihak Polis? Mungkin hanya sibuk dgn Bersih 5," kata Exco kerajaan negeri Selangor itu.