Sabtu, 3 Disember 2016

Perwakilan Umno: Kebanjiran pelabur China bukan tanda kerajaan jual negara

Perwakilan Umno berpendapat, kerjasama dengan China harus dilihat daripada sudut positif, iaitu manfaat kepada ekonomi negara dan mengukuhkan hubungan dengan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
saidi-china
KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno menepis tanggapan kerajaan menjual negara kepada China dengan memberikan projek pembangunan kepada negara itu.
Ditemui di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno hari ini, mereka berkata, kebanjiran pelabur China harus dilihat daripada sudut positif, iaitu manfaat kepada ekonomi negara serta mengukuhkan hubungan dengan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Perwakilan Umno dari Sabah, Mohd Faizal Saidi berkata, rakyat pasti mendapat kebaikan dengan bertambahnya peluang pekerjaan di dalam negara.
“Ada yang kata hanya China yang untung. Tetapi, bukankah dengan syarikat mereka datang ke sini akan menambahkan pekerjaan untuk orang tempatan.
“Dakwaan kerajaan menjual negara terlalu negatif bunyinya. Kita kena fikir lebih positif,” kata ketua Pemuda Kota Marudu itu.
Menurut laporan, China ialah rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan jumlah dagangan dua hala pada 2015 mencecah RM419 bilion (AS$100 bilion).
Dalam lawatan rasmi rombongan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Najib Razak ke China awal bulan lalu, nilai pelaburan perniagaan kira-kira RM143 bilion dimeterai menerusi 14 memorandum persefahaman, selain 16 perjanjian kerajaan dengan kerajaan.
Perwakilan Umno dari Rantau Panjang, Mohd Zharuzaman Mat Zain pula berkata, ekonomi China bakal mengatasi Amerika Syarikat, maka hubungan baik dengan Beijing pasti menguntungkan Malaysia.
Mengenai dakwaan kebanyakan orang Melayu tidak mampu membeli kediaman dibina pemaju China di Johor, beliau berkata, rakyat masih boleh membeli rumah mampu milik yang dibina pemaju tempatan.

Najib: Saya tak kenal Altantuya, tetapi dituduh terlibat bunuhnya

Najib berkata, 1MDB turut menyumbang kepada negara dengan menaja 1,200 imam dan ketua kampung menunaikan haji setiap tahun.
najib-altantuya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak pakatan pembangkang yang cenderung mengaitkan dirinya dengan pelbagai isu negatif yang berlaku dalam negara.
Presiden Umno itu berkata, beliau dilontar pelbagai kesalahan dengan cerita yang sengaja direka-reka pembangkang untuk menghasut rakyat, termasuk beberapa kes pembunuhan.
“Orang yang saya tak kenal, Altantuya (Shariibuu) pun dia kata saya terlibat. Kalau saya terlibat, tak payah tunggu polis, isteri saya dah buat sesuatu dah. Walaupun saya dah bersumpah dalam masjid, bangkit lagi cerita, tetapi tiada bukti langsung.
“(Kes pembunuhan) Kevin Morais pun kata saya terlibat. Cerita cincin lagi. Selepas itu, dia kata dia bergurau, tetapi bak kata orang putih, ‘the damage is done’,” katanya ketika menggulung perbahasan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.
Model Mongolia, Altantuya dibunuh pada 2006, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam tong dan disimen pada 4 September 2015.
Najib turut mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja mengadakan-adakan cerita mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seolah-olah syarikat itu langsung tiada sumbangan kepada negara.
“Isu 1MDB dia kata rugi RM42 bilion, lepas itu dia kata RM27 bilion. Sekarang dah terjawab (isu itu), dia senyap pula. Tetapi jasa 1MDB, setiap tahun 1,200 imam dan ketua kampung naik haji. Ada juga jasanya. Kalau ada kelemahan, kalau salah, akan dibetulkan,” jelas Najib.
Beliau turut mencabar bekas perdana menteri itu menyaman Barry Wain yang menulis buku bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ mengenai penyelewengan ketika pemerintahannya selama 22 tahun.

Najib: Masalah dalaman Umno selesai, fokus PRU14 bukan pemilihan parti

Najib enggan mengulas jika PRU14 akan diadakan dalam tempoh 6 bulan dan katanya, selain 'feel good factor', mereka perlu ambil kira keadaan, sikap rakyat dan keberkesanan usaha kerajaan dalam penyampaian mesej.
najib-umno-1
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, masalah dalaman Umno sudah diselesaikan dan ahli perlu memfokuskan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang bergaya, bukannya pemilihan parti.
Perdana menteri berkata, beliau dapat ‘menghidu’ ada ahli parti yang lebih berminat kepada pemilihan Umno.
“Kalau lihat pada roh perjuangan, kita semua mempunyai satu iltizam, sudah selesai masalah dalaman Umno. (Sekarang) nak hadap ke mana? Mana? PRU14, bukan pemilihan Umno.
“Saya nampak ada (ahli) main tali halus. Saya dah lama dalam politik boleh baca, saya tahu dia sokong siapa. Nak main tali halus sikit tak apa tapi jangan hilang fokus dan hala tuju,” katanya dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.
Mandat kerajaan BN bakal berakhir pada Jun 2018, manakala pemilihan Umno yang kali terakhir diadakan pada Oktober 2013 dan sepatutnya diadakan tahun ini ditunda selama 18 bulan.
Najib turut mengingatkan ahlinya tidak leka dibuai kemenangan dalam pilihan raya negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar serta Sungai Besar, sebaliknya meneruskan kerja keras untuk memastikan kejayaan dalam PRU14.
“Kita mesti sedar kemenangan dalam satu, 2 (pilihan raya kecil) tak semestinya kita akan menang waktu ujian besar nanti (PRU14). Ini kita mesti sedar,” tegasnya.
Najib turut memberi amaran kepada ahli Umno tidak sesekali memandang rendah kemampuan lawan serta mempercayai sepenuhnya pungutan pendapat mengenai sesuatu pertandingan.
Beliau memberi contoh rancangan Britain yang ingin keluar dari Kesatuan Eropah dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang dimenangi calon Republican, Donald Trump sebagai antara contoh pungutan pendapat kurang tepat.
“Cuma kalau kita kerja sebagai 1 pasukan, dalam 1 ikatan macam lagu ‘Gurindam Jiwa’ – ‘rambut tersimpul mati’ – dari atas sampai bawah pasti Umno dan BN akan menang lagi dalam PRU,” katanya.
Najib pada sidang media selepas ucapan penggulungannya enggan mengulas jika PRU14 akan diadakan dalam tempoh 6 bulan.
“Selain ‘feel good factor’, banyak faktor perlu diambil kira dan diambil penilaian, berdasarkan keadaan, sikap rakyat dan keberkesanan usaha kerajaan dalam penyampaian mesej.

Najib, kenalilah musuh yang sebenarnya

Sesungguhnya PM Najib sudah sampai waktu untuk berundur. Terlalu banyak masalah yang beliau lakukan terhadap banyak manusia termasuk seluruh rakyat Malaysia. Dalam transaksi yang 1MDB lakukan seluruh dunia banyak orang dan pegawai-pegawai bank yang terlibat dengan kerja kotor 1MDB anjuran Najib telah di buang kerja dan setengahnya sedang menghadapi undang-undang di negara masing-masing
Rakyat sangat susah kehidupan mereka sekarang ini tetapi dalam masa yang sama kita melihat dan mendengar Jho Lo dan sekutunya dari negara Arab sedang berpoya-poya di seluruh dunia dengan hasil yang mereka dapati secara haram dari rakyat kita. Tidak akan berlaku perkara ini jika Najib yang mempunyai seluruh kuasa dan pengaruh dalam 1MDB itu tidak bersekongkol dengan mereka yang merompak dan menyamun khazanah negara kita ini.
Rakyat Malaysia telah dan masih membayar segala tindakan berpoya-poya kumpulan ini dan dalam masa yang sama sedang berhempas pulas menyambung hidup mereka dalam kesusahan. Jho Lo dengan sekutu sekutunya di negara Arab berpoya-poya tetapi yang membayar harga mereka berpoya itu adalah rakyat Malaysia.
Najib perlu berhenti dengan cara baik. Kata orang biar jatuh terduduk dari terhempas. Kita perlu ingat dosa-dosa yang kita lakukan akan berpindah kepada anak-anak dan keturunan kita jika kita tidak sempat bertaubat sebelum mati.
Elok Najib berundur sekarang. Jika berundur sekarang ini setidak-tidaknya pemergiannya akan nampak belakangnya seperti beliau datang dahulu yang kita nampak mukanya. Tinggalkan lah kebaikan buat kali pertamanya dan janganlah biarkan rakyat menderita dalam kesusahan.
Najib perlu insaf diatas segala kemungkaran yang beliau lakukan dan hentikanlah menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri sendiri. Jangan menganggap orang yang mengkritik secara terbuka itu musuh yang ketat kerana musuh saudara yang sebenarnya berada disisi saudara sendiri dalam kabinet itu.
Dr Mahathir dan lain-lain itu adalah musuh saudara yang nyata tetapi yang lebih bahaya ialah musuh yang sama-sama dalam kabinet dan kerajaan yang beliau pimpin. Harimau yang mengintai dan menghendap itu lebih merbahaya dari singa yang datang secara berdepan.

Najib dedah rahsia, kenapa China suka Malaysia

Lawatan PM ke China capai keputusan bersejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menerima kunjungan hormat Pengerusi bagi 'National People's Congress' (NPC) Zhang Dejiang (kanan) di Great Hall of the People 
 
KUALA LUMPUR - Peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Tun Hussein dalam memeterai jalinan hubungan dua hala, Malaysia-China pada tahun 1974, menjadi punca negara itu menyukai Malaysia.
Mendedahkan perkara itu, anaknya Najib yang juga Perdana Menteri berkata, langkah itu telah membuatkan China rasa terhutang budi dengan negara ini.
"Soal kita buat baik dengan China apa masalahnya? Ia negara  ekonomi besar dan tuan-tuan tahu sebab apa mereka suka Malaysia?
"Salah satu sebab Tun Razak buat hubungan  diplomatik pertama di rantau ini dengan China,"  katanya dalam ucapan penggulungan presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016, di  Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kajiselidik Buktikan Rakyat Mahu Ahli Politik Isytihar Harta

Berikutan polemik mengenai cadangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menguatkuasakan satu akta mengawal sumbangan kepada parti politik, saya telah membuat satu kajiselidik atas talian.
Latar belakang 727 responden yang menyertai kajiselidik ini adalah seperti berikut:
1 – 60% adalah dari kalangan responden yang memperkenalkan diri sebagai penyokong parti-parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, PAS dan Bersatu
2 – Sekitar 40% adalah dari kalangan responden yang memperkenalkan diri sebagai atas pagar atau tidak mahu menyatakan mereka menyokong parti mana. Sebahagian dari mereka yang tidak mahu menyatakan kecenderongan mengundi adalah penyokong Barisan Nasional
Dapatan-dapatan yang jelas menunjukkan sentimen umum mahukan pengisytiharan harta oleh ahli politik dan penjawat awam berpangkat tinggi secara langsung membuktikan rakyat tidak percaya dengan tindakan Dato’ Seri Najib memperkenalkan akta untuk mengawal sumbangan kepada parti-parti politik.
Paling ketara, sekitar 60% responden mengakui pemgisytiharan harta mempengaruhi keputusan mengundi calon lain.
Saya sertakan dapatan penuh untuk diteliti oleh orang ramai.

Cara Najib Bahaya

Oleh Mohd Sayuti Omar

Cara dan tindakan Najib Razak memberi kata dua kepada rakyat Malaysia khasnya mereka yang berhak mengundi dalam Piraum ke 14 nanti bergerak ke arah perlawanan satu lawan satu bukan antara parti Umno bersama komponen BN dengan komponen pembangkang, tetapi satu lawan satu di antara Melayu dengan Cina. Najib telah cuba mempopularkan perlawanan antara kaum.

Najib ketika merasmikan politik baharu itu membuka pilihan kepada pengundi apakah mahukan kepada Umno (Melayu) atau DAP (Cina). 

Cara Najib itu adalah berbahaya bukan sahaja kepada kaum lain yang berada di negara ini tetapi kepada bangsa Melayu juga. Tindakan beliau telah memusanahkan integrasi nasional yang dibentuk selama ini. Kenapa Najib bertindak demikian kerana beliau dalam situasi tertekan (desperate) yang amat sangat. Orang yang putus akal selalunya akan bertindak di luar dugaan.

Orang yang dalam keadaan terdesak akan hilang kewarasan sanggup mengguna dan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri. Persis anjing yang tertimpa batu, ia akan mengigit dan menerkam betis sesiapa sahaja walaupun orang yang datang itu ingin membantunya.

Terlalu kejam untuk dianalogikan tindakan Najib itu sebagai anjing, tetapi jika diteliti ia ada persamaaan. Politik kalau sudah lebur rasa perikemanusiaan, maka menjelmalah peri kehaiwanan.

Rakyat kecewa PAU 2016 tidak bincang masalah kos hidup

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang berakhir hari ini tidak membincangkan banyak perkara yang menyentuh kehidupan rakyat marhaen, sebaliknya lebih kepada pesta menghentam lawan politik.
Albert Kwok, 55 tahun, seorang usahawan hartanah berkata, beliau kecewa kerana persidangan parti tulang belakang pemerintahan BN itu tidak digunakan sebaik-baiknya untuk mencari resolusi mengatasi masalah negara dan kemuraman ekonomi yang meresahkan rakyat.
Rakyat kecewa PAU 2016 tidak bincang masalah kos hidup“Dalam Perhimpunan Agung Umno ini, semua perwakilan hanya menghentam Pakatan Harapan, terutamanya DAP dan juga Tun Dr Mahathir. Saya perhatikan tidak ada pembentangan apa-apa idea untuk menurunkan kos sara hidup atau mengurangkan beban rakyat.
“Rakyat tertunggu-tunggu berita baik dari kerajaan tentang bagaimana kos sara hidup dapat dikurangkan tetapi hampa sehingga sidang itu berakhir,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Menurut Albert, isu perbelanjaan harian adalah isu yang memberi tekanan hebat kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ditambah lagi nilai ringgit yang jatuh merudum, banyak perniagaan melaporkan penurunan dalam angka jualan dan terdapat juga yang rugi.
“Banyak perniagaan kecil akan tutup hujung tahun ini dan tahun depan selepas Tahun Baru Cina (pada 28 Januari). Usahawan kecil berpendapat tidak berbaloi untuk terus beroperasi lagi.
“Mereka seperti pemilik kedai barangan logam, salun rambut, kedai alat tulis, kedai peralatan sembahyang Cina dan sebagainya sangat sukar untuk meneruskan perniagaan dalam suasana ekonomi yang lembab.
“Kalau banyak perniagaan kecil apa akan terjadi kepada kutipan GST?” tanya Albert.

"Adakah pilihan raya diadakan 6 bulan akan datang?" soal wartawan kepada Najib

'Gendang perang telahpun dipalu, kami bersedia hadapi PRU14'

S46 bermula besar, Bersatu bermula kecil

Oleh SUBKY LATIF
TUN Dr. Mahathir adalah tokoh besar, mungkin lebih besar dari tiga Perdana Menteri  sebelumnya – Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak dan Tun Husein Onn.Tentulah jauh besarnya dibanding dengan saingan politik penting seangkatannya Tengku Razaleaigh Hamzah. Tidak siapa pertikai hujah itu.

Kedua-duanya berpengalaman menubuhkan parti sendiri menentang UMNO. Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 menentang UMNO yang dipimpin oleh Dr. Mahathir. S46 yang dipimpinnya bermula besar. Kira-kira hampir separuh dari UMNO yang  terbelah dua bersama Tengku Razaleigh. UMNO ketika berahli 1.4 juta. 700,000 bersama Team B yang membentuk S46.
Banyak nama besar. Puluhan  Dato dan Tan Sri. PRU 1990 jadi ujian. Sedikit demi sedikit yang bersamanya pusing U termasuk Abdullah Badawi dan Musa Hitam. S46 tidak berjaya dalam PRU itu. Parti yang mulanya besar itu mengecil dan mengecil akhirnya ghaib.

Sekarang giliran Mahathir pula membuat parti baru bersama baru, Bersatu bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang UMNO pimpinan Datuk Seri Najib. Meskipun nama dan ketokohan Mahathir itu besar tapi ia bersalahan dengan permulaan parti Ku Li. Ia bermula kecil seolah-olah tidak padan dengan kehebatan Mahathir itu.

Tidak nampak nama-nama orang UMNO terkenal selain dari berdua mereka dan anak Mahathir, Mukhriz mendepani parti itu. Yang dikenali ramai Tan Sri Nik Rashid Abdul Rahman, pengerusi SPR yang amat masyhur, mahir dengan urusan pilihan raya tapi tiada pengalaman politik. Kedua Dato Aziz Yassin, abang TS Muhyiddin, pernah jadi pegawai kerajaan yang dinamik sebelum Mahathir jadi menteri. Aziz juga bekas Anggota Parlimen BN Muar.

Yang lain yang ada pengalaman politik dan mengendalikan organisasi belia ialah Kamaruddin Mohd Nor yang dinamakan sebagai ketua penerangan. Yang lain-lain tak menyerlah dan belum menyerlah.

Orang UMNO yang handal-handal yang dipercayai akrab dengan Mahathir dan Muhyiddin tidaklah sedikit untuk menjadi denak kepada parti itu. Tetapi tidak tersenarai.

Paling kanan dan terkenal yang diketengahkan selain dari kedua mereka dan Mukhriz ialah Kamaruddin. Dalam UMNO Kelantan dia tidak tertonjol.

Padahal dia adalah Setiausaha Agung ABIM pada ketika kemasyhuran Anwar Ibrahim dan ketika ABIM paling mekar. Pada masa ABIM dipimpin oleh nama besar di samping Anwar bersama Ustaz Fadzil Noor, Sanusi Junid, Syed Ibrahim, Sidik Fadzil dan lain-lain, Kamarudinlah pengendali dan penggerak ABIM yang penting.

Umno kena suluh diri, jangan salahkan orang lain kata PAS

leh USTAZ IDRIS AHMAD
TIDAK perlulah merintis dan mengeluh setiap kali Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengenai nasib Melayu di negara ini.Umno perlu muhasabah kenapa Melayu masih ketinggalan walaupun Umno sudah 70 tahun wujud.


Selagi pemimpin Umno menganggap menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan, bukan satu amanah maka inilah hasilnya

Tindakan Umno memalukan bangsa dan agama Islam pada kaca mata bangsa lain dan agama lain.

Perlu ingat Melayu tidak akan selamat tanpa Islam. Pembawaan Umno yang hanya retorik dan menjadikan Melayu sebagai umpan ia tidak mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang.

Umno jangan ambil kesempatan dengan meniupkan emosi dalam kalangan orang Melayu supaya terus berpaut dengan Umno.

Sampai bila Umno hendak berlakon di pentas PAU untuk gambarkan Umno sebagai pembela Melayu

Umno jangan menyalahkan orang lain dan menuding jari ke pihak lain, kenapa Melayu masih merempat di bumi sendiri.

Siapa yang menjadi broker dan orang perantaraan dalam syarikat bukan bumi untuk mendapat projek kerajaan. Semuanya sudah menjadi rahsia umum.

Siapa yang menjadi Ali Baba yang telah turun-temurun sejak sekian lama. Berapa banyak syarikat Melayu dan usahawan sejati yang gulung tikar angkara permainan pemimpin Umno.

Suluh diri, muhasabah diri lebih baik daripada menyalahkan orang lain.

KENAPA NAMA NAJIB TAK DISEBUT?

Mengikut jadual, Najib Razak dan Hadi Awang akan berada sepentas dalam suatu himpunan solidariti berkaitan Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, esok 4 Disember 2016.

Najib sendiri menyebut mengenai kehadiran beliau bersama Hadi itu semasa ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang tadi.

Ternampak bahawa Presiden UMNO itu ingin benar menjadikan perhimpunan esok sebagai detik penting, bukan saja berkaitan Rohingya, tetapi juga untuk mesej sebelum tibanya tarikh pilihanraya.
Namun, dalam berita yang disiarkan dalam Harakahdaily, portal itu hanya menyebut mengenai kehadiran Hadi dalam program itu bersama NGO, tokoh politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat sahaja.

Berita yang memetik kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man itu turut menyebut kehadiran Hadi sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan disertai sama oleh para mufti, kadi, imam dan pendakwah sebagai lambang kebersamaan dengan derita Rohingya.

Kenapa nama Najib tidak disebut langsung dalam berita itu?
Apakah Pas masih segan dan malu-malu untuk mengumumkan beradanya Hadi dan Najib di atas pentas yang sama esok, meskipun hanya berkaitan Rohingya?

Adakah hanya UMNO yang ghairah untuk melihat Najib sepentas dengan Hadi, tetapi Pas langsung tidak teruja dengannya?

Jika begitu, berapa ramai agaknya pemimpin  dan ahli Pas yang akan turut serta dalam himpunan itu?

Umno belum fikir kerjasama politik dengan Pas - Najib

Rohingya: Dr Zuhdi tak faham antara usul dan soalan lisan, bidas Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa Amanah ingin menjadi juara dalam isu kekejaman terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar apabila membawa usul mengenainya di Parlimen.
Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, isu Rohingya bukan untuk diambil kesempatan politik untuk menentukan siapa juara dan dakwaan Mohd Zuhdi itu menzahirkan sikap sebenar beliau.
Raja Bahrin berkata, Mohd Zuhdi tidak memahami perbezaan antara usul dan soalan lisan di Parlimen apabila berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah banyak kali mengemukakan soalan lisan mengenai Rohingya setiap kali persidangan.
"Pertanyaan di bawah soalan lisan berbeza dari Usul di bawah 19 (a) untuk di bahas secara terbuka di Parlimen. Soalan lisan seperti disebut beliau adalah terhad dan bukan dibuka untuk dibahas untuk menentukan pendirian dan tindakan.
"Ramai ahli Parlimen lain, termasuk yang bukan Islam, telah mengemukakan soalan lisan seperti yang telah dilakukan oleh ahli Parlimen Marang. Bukan Ahli Parlimen Marang sahaja yang membawa soalan Rohingya sebelum ini.
"Namun usul dibawah 19 (a) memberi ruang yang luas dan masa yang panjang untuk dibahas sedalam-dalamnya dan dimana boleh dipersetujui satu usul untuk diluluskan oleh Parlimen untuk tindakan kerajaan.
"Ini adalah perbezaan yang besar dibandingkan dengan soalan lisan yang terhad," kata beliau dalam satu kenyataan.
Menurut Raja Bahrin yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu, amat mengecewakan apabila tiada seoarang pun wakil rakyat Pas menyokong usul itu tetapi ingin berhimpun bersama Umno esok dalam isu yang sama.
"Amanah tidak membuat tuntutan bahawa isu Rohingya ini isu kami, malahan kami mengakui ini adalah isu seluruh rakyat Islam dan juga bukan Islam. Kerana itulah kami amat kecewa tiada seorang wakil Pas atau Barisan Nasional pun yang menyokong usul 19 (a) Rohingya pada hari ia ditimbulkan di Parlimen.
"Malahan lebih memalukan, selain dari dua wakil Amanah, adalah empat ahli Parlimen bukan Islam dari PKR dan DAP menyoal kenapa isu ini ditolak sementara Pas dan rakan yang dinasihatinya dari Umno membisu. Bisu dalam keadaan ini bererti setuju usul itu ditolak," katanya lagi.

PRU14: Puteri Umno sedia jadi 'komando'

Mas Ermieyati Samsudin KUALA LUMPUR - Skuad #PuteriPeduli akan digembleng seperti 'komando' bagi memenangi hati dan keyakinan rakyat kepada Umno sekali gus membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, skuad itu akan menjelajah ke seluruh negara walaupun ke hutan belantara bagi mendekati rakyat.
"Mereka inilah akan mendekati hati rakyat dengan pelbagai program bagi memastikan kebajikan rakyat terbela," katanya pada sesi penggulungan usul Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata pergerakan itu bersedia untuk bersama-sama sayap lain menanggung tugas berat tersebut dengan menubuhkan Sekretariat Unit Khidmat Pilihan Raya dalam mengatur gerak kerja bersama.
"Kalau Kakak JR (Jalinan Rakyat) perlukan tenaga, #PuteriPeduli boleh bantu sama kesan pengundi. Kalau Pemuda perlukan kami untuk kerja gerak gempur, Skuad #PuteriPeduli sedia gempur bersama!
"Saya menyeru agar kita semua berpadu tenaga dan seia sekata untuk menggempur serta menghalang percaturan petualang negara. Kita mesti menang dalam PRU14!," katanya.

Zahid: Jawatankuasa halang usaha guling kerajaan ‘sehingga lubang cacing’

Zahid berkata, Bersih yang menggunakan alasan menganjurkan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya adil, sebenarnya cuba menjatuhkan kerajaan melalui gerakan kuning.
zahid
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk membanteras usaha menggulingkan kerajaan akan mencari maklumat berkaitan “sehingga ke lubang cacing”, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Bukan sahaja tindakan sudah dijalankan (tetapi akan ada lagi tindakan) dalam waktu terdekat.
“Jangan salahkan kerajaan, mana-mana pihak yang lakukan kesalahan, tunggu tindakan pihak berkuasa,” kata menteri dalam negeri itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Pemangku timbalan presiden Umno itu berkata, jawatankuasa khas terbabit dianggotai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
Beliau memberi contoh pemantau pilihan raya Bersih yang dilaporkan menerima dana asing daripada Open Society Foundation (OSF) milik jutawan, George Soros sebagai usaha asing menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui “revolusi warna”.
Katanya, beberapa revolusi seperti Revolusi Velvet di Czechoslovakia (1989) dan Revolusi Oren di Ukraine (2004) serta “Arab Spring” beberapa tahun dulu turut dipengaruhi pengaruh asing.
“Mengikut laporan perisikan, beberapa pertubuhan di Malaysia turut diresapi gerakan ini seperti Suaram, Majlis Peguam, Malaysiakini dan Sarawak Report.
“Bersih yang membuat perhimpunan untuk desak pilihan raya adil, tetapi sebenarnya membuat gerakan warna kuning untuk jatuhkan kerajaan,” katanya yang mengajak perwakilan menyuarakan penghargaan kepada polis yang bertindak adil dan profesional untuk menggagalkan usaha itu.
“Sesungguhnya kerajaan tidak akan membiarkan negara ini tumbang seperti mana negara-negara yang disebutkan tadi,” katanya yang disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Pada 1 November lalu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengakui gabungan itu pernah menerima sumbangan RM70,000 daripada sebuah yayasan kelolaan Soros antara 2010 dan 2011, tetapi ia hanya merupakan 11% daripada pendapatan mereka ketika itu.

KELAKOR GILER USTAZ SHAMSUL DEBAT!!~ "Ucapan Di PAU 2016"

Video Superman 'Melayu skru Melayu' disiar di penutup PAU2016

"Tun M jangan lagi tulis pasal Umno, kamu dah tak ada dalam Umno lagi," bidas Najib

"Saya tak masukkan dalam peti sejuk," Najib jawab KJ

"Kalau saya terlibat Altantuya, isteri saya dah buat sesuatu dah," kata Najib

'BR1M bukan dedak, jangan ambil kalau tak mahu' sembang Najib

'Rosmah pasti buat sesuatu jika benar saya dengan Altantuya' sembang Najib

Datin Seri Rosmah Mansor sudah tentu akan melakukan sesuatu sekiranya mendapati dirinya tidak setia, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
"Setiap kali ada pembunuhan, ramai mendakwa Najib terlibat, kes Altantuya pun saya terlibat, Kevin Morais pun saya kena. Kalau betul saya terlibat isteri saya dah buat sesuatu," kata Najib secara berseloroh dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC hari ini.

Tanya sebelum beri kenyataan, Siti Kasim bidas Tok Pa

Aktivis peguam itu berkata, Malaysia mempunyai kewajipan untuk menjaga hak Orang Asli.
siti-kassim-mustapa-1
PETALING JAYA: Siti Kasim menasihatkan menteri tidak memberi kenyataan mengenai perkara mereka tidak tahu, ekoran dakwaan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang sekatan di Gua Musang membabitkan Orang Asli berpunca daripada keengganan mereka mengiktiraf undang-undang.
Aktivis peguam itu berkata, pihak berkuasa perlu mengambil kira kewajipan negara menjaga hak Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954 dan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP).
Beliau berkata, ada beberapa kes lama yang “membuktikan dari masa ke masa” Orang Asli ada hak ke atas tanah adat mereka.
“Jangan cakap tentang sesuatu yang anda langsung tak tahu mengenainya. Jika anda tidak tahu, maka anda perlu tanya terlebih dahulu, jika tidak anda akhirnya akan kelihatan bodoh. Kita (peguam) sentiasa bersedia membantu menerangkan kepada anda,” katanya.
Mengulas sekatan yang dilakukan Orang Asli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga ahli Parlimen Jeli berkata, Malaysia mempunyai Dasar Perhutanan Negara bagi menjaga hal berkaitan perhutanan.

Veteran Umno: Dr M tak patut ‘gigit tangan memberinya makan’

Mohd Muslim berkata, tanpa Umno, Dr Mahathir tidak akan dapat jadi perdana menteri, jika tidak puas hati, beliau sepatutnya memberi teguran bukannya menyerang Najib.
veteran-2
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya “menggigit tangan yang memberinya makan” kerana tanpa Umno, beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri, kata seorang pemimpin veteran parti itu.
“Tanpa Umno, beliau tidak akan dapat jadi perdana menteri. Jika tidak berpuas hati, patut beri teguran sahaja, bukan menyerang.
“Dulu selepas dibuang Umno, Tun Razak (Hussein) yang membawanya kembali ke dalam parti. Tetapi, hari ini beliau menyerang anaknya pula,” kata Bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Mohd Muslim Othman.
Beliau merujuk kritikan dan serangan dilancarkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Bekas exco Kedah pada 1974 hingga 1982 itu bagaimanapun gembira melihat semangat dan sokongan yang ditunjukkan perwakilan kepada Najib pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini.
Ucapan pemimpin dan perwakilan pada hari-hari sebelumnya dipenuhi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib dan kecaman terhadap Dr Mahathir.

"Kenapa kita nak pertahankan Presiden, kita dicemuh?" soal Hisham kepada Tun M

Kecoh...delegasi Umno 'naik angin' halau TV3 di pentas

Ahmad Zahid dedah campur tangan asing melalui gerakan revolusi warna

MCA tak takut DAP, Cina tak nak 'pelampau' Umno

Masyarakat Cina menolak BN kerana kenyataan berbaur fitnah oleh para pemimpin Umno dan bukannya kerana MCA gagal lantang bersuara menentang DAP, kata Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon.
Leong berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa MCA takut untuk bersuara menentang DAP sehingga tewas dalam pertempuran untuk menawan hati dan minda kaum itu.
"MCA tidak pernah takut berdepan DAP dan sentiasa terbuka dalam menghadapi pembangkang. Khairul Azwanlah antara yang perlu keluar dari zon selesa berjumpa akar umbi dan dengar suara rakyat.
"Jika beliau terus keluarkan kenyataan pelampau, pembangkang akan ambil kesempatan daripada keadaan itu dan akan menanggung kekalahan apabila kalah dalam pilihan raya akan datang," jelas Leong lagi.
Semalam, pertembungan antara Khairul Azwan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjadi semakin panas apabila mendakwa MCA sebagai takut bersaing dengan DAP.
"(Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah BN sedangkan MCA takut menyaingi DAP.
"Saya rasa tidak wajar bagi Liow untuk 'terlebih melatah' dan menuding jari kepada kepimpinan BN jikalau pemimpin-pemimpin MCA sendiri takut berhadapan dengan pemimpin DAP.

Saya tak seperti Boboi, tak pernah makan dedak sembang KJ

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa dirinya tidak pernah meminta apa-apa untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah menjadi pemakan dedak.
Khairy berkata, ini kerana meskipun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan beliau tetap membangkitkan pelbagai isu semasa penggal pertamanya sebagai ketua pemuda parti keramat Melayu itu.
"Saya menang dan menjadi ketua pemuda Umno tetapi saya telah dimasukkan ke dalam simpanan.
"Tetapi Boboi yang tewas telah dilantik sebagai Timbalan Menteri tetapi saya tidak kecewa, saya istiqamah (tabah) dengan presiden," kata Khairy dalam mengakhiri ucapan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC, hari ini.
Kata Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau, beliau dituduh sebagai 'jahat' berbanding dengan 'muka sedih' dari Boboi.
'Boboi' dipercayai merujuk kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pemimpin Umno dan perwakilan telah merujuk Mukhriz dengan nama samaran itu pada perhimpunan agung Umno kali ini.
Ini adalah satu ejekan jelas terhadap Mukhriz yang didakwa telah diberikan pelbagai jawatan sebelum ini kerana pengaruh bapanya.

Orang Asli ugut lebih banyak sekatan jika Kelantan tidak akur

Mustafa berkata, tindakan Jabatan Perhutanan Kelantan menahan Orang Asli tidak akan melemahkan semangat mereka untuk terus memastikan hutan dan tanah adat tidak dimusnahkan akibat aktiviti pembalakan.
mustafa-asli-1
PETALING JAYA: Kumpulan Orang Asli yang ditahan kerana menghalang beberapa laluan pembalakan di Gua Musang dalam usaha menuntut tanah adat mereka, mengancam akan mengadakan lebih banyak sekatan berskala besar.
Mustafa Along, seorang aktivis Orang Asli yang turut ditahan sebelum ini berkata, amaran itu dikeluarkan kepada kerajaan negeri Kelantan jika mereka gagal memenuhi tuntutan mereka.
“Kami juga tidak teragak-agak melakukan lebih banyak sekatan selepas ini. Penahanan ini tidak akan mematahkan semangat kami sebagai aktivis Orang Asli,” katanya kepada FMT.
Mustafa antara 47 Orang Asli yang ditahan Selasa lalu, susulan tindakan mereka membuat sekatan di Simpang Petei dan jalan masuk ke Pos Bihai.
Mereka dibebaskan selepas direman 2 hari.
Mustafa mendakwa Jabatan Perhutanan Kelantan menahan mereka untuk manakut-nakutkan Orang Asli supaya berhenti mengadakan sekatan.
“Jabatan Perhutanan ingin memberi tekanan kepada Orang Asli dengan menangkap Orang Asli. Pada kami tindakan itu tidak berkesan kerana kami akan terus melakukan sekatan selepas ini supaya hutan kami tidak dimusnah.
“Walaupun penahanan ini kami anggap sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan kami, tetapi kami sebagai aktivis Orang Asli tidak akan sekali-kali berundur,” katanya.

Perhimpunan Rohingya: Najib mahu desak diri sendiri?


Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus merasmikan konvensyen pertama AWAN hari iniNaib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus merasmikan konvensyen pertama AWAN hari ini
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bersama-sama dalam Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya esok adalah pelik kerana tindakan itu seperti cuba mendesak diri sendiri membela tragedi di utara Myanmar itu.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hasanuddin Mohd Yunus berkata, tindakan sebuah kerajaan bukan hanya berhimpun tetapi terus bertindak menghadapi musibah itu.
"Parti Amanah, 24 November lalu melalui ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah telah membawa usul ini tetapi ditolak pegitu sahaja oleh speaker parlimen dan tidak disokong pihak kerajaan.
"Sedangkan beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Dr. Mariah Mahmood, Tian Chua dan Liew Chin Tong menyokong," katanya ketika merasmikan konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) kali pertama di hotel KIP, Selayang hari ini.
Satu perhimpunan solidariti bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya dijadual berlangsung esok di ibu negara yang antaranya akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebagai kerajaan yang berkuasa katanya, Najib hanya perlu mengarahkan kementerian luar untuk mencadangkan apa-apa tindakan termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam.
"Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu percubaan Umno-BN untuk memulihkan diri yang telah tercedera teruk dalam senario politik muatakhir ini," katanya.

Perwakilan Umno naik angin "boo" dan halau TV3

Para delegasi Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang naik angin memaksa TV3 membatalkan siaran secara langsung yang sepatutnya diadakan di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Mereka yang menonton ucapan penggulungan para pemimpin utama Umno pada skrin di lobi mula berasa gelisah setelah audio diperlahankan semasa Ketua Wanita Shahrizat Abdul Jalil sedang memberikan ucapannya.
Mereka mula menjerit 'boo' kepada hos TV3 dan tetamu yang berada dipentas dengan ketegangan hampir sampai ke kemuncaknya apabila dua botol air dibaling ke atas pentas tatkala Shahrizat mengakhiri ucapan beliau.
Krew TV3 kemudiannya mengosongkan pentas yang mendapat sorakan daripada perwakilan.

Tok Pa: 'Gelombang merah' mara ke Kelantan

10 soalan Ahmad Maslan Pandai ke tak?

Video Najib, Mahathir, Khairy Jamaluddin, Annuar....( Flashback: Melayu Mudah Lupa)

Lulus Akta 355: Jangan hirau kecaman kata perwakilan N9

'Saya menang disimpan dalam peti ais, Boboi yang kalah dilantik jadi Timb Menteri' - KJ

Perhimpunan Rohingya esok jihad pertama Pas-Umno demi Islam - MT Umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan duduk sepentas esok Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan duduk sepentas esok
Perhimpunan besar-besaran berhubung isu Rohingya merupakan langkah jihad pertama antara Umno dan Pas demi memperjuang dan memartabatkan agama Islam, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Isu Rohingya ini merupakan permulaan baik untuk perpaduan ummah," katanya selepas melawat gerai roti canai dan teh tarik sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di sini, hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata walaupun fahaman politik berbeza, namun nawaitu kedua-dua parti adalah sama demi kepentingan umat Islam.
"Kalau isu Rohingya ini menjadi pertemuan antara Umno dan Pas, jadi banyak lagi isu berkaitan kepentingan Islam boleh kita perjuangkan bersama-sama seperti Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah," katanya.
Satu perhimpunan solidariti bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya dijadual berlangsung esok di ibu negara yang antaranya akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bolehkah DAP terajui M'sia jika menang 51 kerusi, tanya AMANAH

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, DAP yang hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen tidak mampu menerajui kepimpinan negara jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14).
Justeru, ujar beliau, ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkisar mengenaoi PRU14 adalah penentuan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau kerajaan baharu yang diterajui DAP adalah menjengkelkan.
"Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyokong kenyataan Najib itu juga tidak mencerminkan sifat kepimpinan masa depan negara dan berbaur perkauman.
"Penduduk Cina di negara ini pula hanya sekitar 24 peratus dan DAP tidak bertanding menentang Umno, justeru, dalam keadaan ini, bagaimana DAP mampu untuk memerintah negara ini.
"Serangan terhadap DAP adalah satu bentuk intimidasi politik ke atas orang Melayu sedangkan penolakan orang Melayu terhadap UMNO itu tidak pun akan memenangkan DAP tetapi parti politik lain yang bakal menentang Umno seperti PKR, AMANAH dan BERSATU," kata beliau dalam kenyataan.
Baru-baru ini, Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.
"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," ujar beliau.
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.
Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya.

Arab derma sebab Najib hebat, ampu perwakilan Umno

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid mendakwa kehebatan Malaysia di mata dunia luar adalah kerana adanya pemimpin hebat bernama Datuk Seri Najib Razak. Rizuan berkata kehebatan perdana menteri itu juga telah membuka hati putera Arab Saudi untuk mendermakan kekayaannya kepada Malaysia.
"Pasaran halal dunia sekarang bernilai USD2.3 trilion. Produk Malaysia tahun ini juga dijangka USD41 bilion, betapa hebatnya Malaysia di kaca mata dunia.
"Kenapa? Kerana dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Orang Islam di serata dunia hormat perdana menteri kita sebab itu putera Arab Saudi bagi (Malaysia) duit, bagi duit kepada perdana menteri untuk kegunaan bertanding pilihan raya.
"Bukan untuk dipakai diri sendiri," kata Rizuan ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Mengulas lanjut, Rizuan menyeru semua pihak khususnya pembangkang agar tidak lagi terus menerus melemparkan fitnah kepada pemimpin negara itu.
"Ini terbukti, jadi janganlah kamu wahai pembangkang melemparkan berbagai fitnah kepada presiden," kata Rizuan.

Najib sebelum ini mendakwa dana itu sumbangan dari ahli keluarga diraja Arab.
Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai mengumumkan saman sivil untuk mendapatkan lebih AS$ 1 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

GPMS: Kerjasama politik Umno, Pas mungkin sukar tetapi...


Umno-Pas

KUALA LUMPUR - Perpaduan Umno dan Pas atas dasar politik mungkin sukar terlaksana namun kerjasama demi kepentingan ummah dan agama khususnya berkaitan kebajikan dan sosial dijangka berterusan, demikian menurut pemerhati politik.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata rata-rata golongan muda berpendapat kerjasama politik antara Pas dan Umno sukar dilaksanakan, namun kerjasama atas dasar perpaduan ummah masih boleh direalisasikan.
Beliau berkata sikap terbuka pemimpin Umno dan Pas yang ditunjukkan dalam beberapa peristiwa sebelum ini menjadi simbolik kerjasama itu boleh dijalinkan.
Ezaruddin memberi contoh tindakan terpuji atas keterbukaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering mengunjungi Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi ketika menerima rawatan kesihatan.
"Satu lagi contoh kerjasama adalah usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah hingga pemimpin dari parti berbeza boleh duduk semeja bagi mencari titik persamaan," katanya.
"Memperkasakan Islam dan Melayu akan dapat digerakkan jika masing-masing memahami kepentingan kelangsungan ummah. Buang yang keruh ambil yang jernih kerana anasir luar sentiasa memusnahkan agenda Islam dan Melayu," katanya.
Rosli Zakaria, 51, yang aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Kuala Berang, Terengganu berkata beliau tidak pernah mengalami masalah mengumpul orang muda kerana tidak meletakkan status 'hijau' atau 'biru' dalam sesuatu program.
"Program peringkat kampung hanya bermula dengan khabar angin, selepas itu akan ada pertanyaan demi pertanyaan hingga kadang-kadang dapat kumpul hampir 500 anak muda hanya untuk program membersihkan kawasan kubur," katanya.
Melalui program berkenaan, Rosli yang merupakan seorang guru dapat menyelami masalah orang muda antaranya kerana mengganggur dan masalah keluarga.

Jangan jadikan pelajar bahan uji kaji dasar dan format peperiksaan


Jangan jadikan pelajar bahan uji kaji dasar dan format peperiksaan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta tidak menjadikan para pelajar sebagai bahan 'uji kaji' dalam pelaksanaan sebarang dasar atau format baharu peperiksaan kerana ia boleh mengelirukan mereka, demikian saran seorang perwakilan Perak.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata sebarang perubahan format peperiksaan sewajarnya dimulakan daripada awal tahun persekolahan dan bukannya secara tiba-tiba.

"Kementerian Pendidikan diminta tidak kerap mengubah format atau dasar pembelajaran yang ditetapkan, jangan jadikan murid uji kaji dengan menukar pendekatan di separuh jalan atau secara tiba-tiba.

"Jika (dasar) telah ditetapkan biarlah ia telah selesai daripada darjah satu sampailah STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan mulakan dengan yang baharu," katanya semasa membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini, sambil disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan yang hadir.

Dengan mengambil contoh peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang merupakan kohort pertama pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Dr Wan Norashikin berkata ramai pelajar kecewa kerana mendapat keputusan tidak memuaskan.

"Calon kecewa dengan pencapaian yang mungkin tak sebagus diharapkan oleh kerana perubahan yang mereka perlu lalui, peperiksaan hanyalah satu ujian semasa," katanya.

Singapura haramkan bekas pengerusi Goldman Sachs kerana 1MDB

Pihak berkuasa Kewangan Singapura bercadang melarang Tim Leissner daripada terbabit sebarang aktiviti dalam industri sekuriti selama 10 tahun.
goldman
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura bercadang melarang bekas pengerusi Asia Tenggara Kumpulan Goldman Sachs terbabit dalam industri sekuriti selama 10 tahun, ekoran pelanggaran berkaitan pempelbagaian haram wang berbilion dolar dariada dana 1MDB.
The Straits Times melaporkan Tim Leissner, 45, didapati mengeluarkan surat rujukan tidak dibenarkan kepada sebuah institusi kewangan di Luxembourg, pada Jun 2015, menyatakan Goldman Sachs sudah melakukan usaha wajar terhadap pembiaya Malaysia, Low Taek Jho dan keluarganya, serta tidak mengesan sebarang aktiviti pengubahan wang haram.
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low sudah dikenal pasti sebagai orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan 1MDB.
Apabila skandal 1MDB berlaku pada 2015, kontroversi berkisar sama ada wang dalam dana itu digunakan seperti dirancang ke atas projek tempatan atau diseleweng.
Pendakwa Switzerland yang meminta bantuan Malaysia untuk menyiasat 1MDB berkata, mereka mengesyaki AS$4 bilion mungkin disalahgunakan.
Goldman Sachs mengkaji semula perjanjian jualan bon itu dan menemui surat rujukan yang ditulis Leissner. Beliau kemudiannya diberikan cuti sebelum meletak jawatan pada Februari lalu.
Menurut laporan Bloomberg, Leissner kemudian berpindah ke Los Angeles bersama keluarganya, di mana beliau memiliki sebuah rumah berkeluasan 9,405 kaki persegi yang dilengkapi 7 bilik tidur, gimnasium, gelanggang tenis dan sebuah rumah tetamu.

Desak sesi Parlimen khas bahas isu Rohingya - Raja Kamarul Bahrin

KUALA TERENGGANU - Kerajaan didesak melaksanakan sesi Parlimen Khas bagi membahaskan isu pembunuhan Islam Rohingya dengan segera, jika kerajaan sensitif berhubung kekejaman ke atas etnik minoriti di Myanmar itu.
Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kerajaan perlu membuat keputusan rasmi dan tegas di Parlimen berbanding Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, sebagaimana dijadualkan esok.
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Bahrin turut mempersoalkan pendirian pihak terlibat yang menyepi di Dewan Rakyat ketika dibangkitkan mengenai kezaliman tentera Myanmar terhadap Rohingya, tetapi lantang bersuara di luar sedangkan sebagai sebuah kerajaan, mereka boleh membuat keputusan rasmi di Parlimen yang lebih penting berbanding himpunan.
“Isu pembunuhan kejam rakyat Islam Rohingya sudah lama berlaku dan kerajaan Malaysia lesu dalam isu ini, di atas pelbagai alasan tidak munasabah.
"Kenapa dan bagaimana mereka sekarang membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan ini agak menghairankan dan tidak konsisten dengan kenyataan dan juga pendirian kerajaan di Parlimen baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Walaupun perhimpunan itu secara prinsipnya baik, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, beliau tidak melihat kerajaan bertegas dalam isu itu.
"Buktinya, usul di bawah 19 (a) yang dibawanya dalam Dewan Rakyat pada 24 November lalu untuk membahaskan mengenai pembunuhan orang Islam di Myanmar ditolak Speaker Dewan Rakyat atas alasan mencampuri hal negara orang lain.
"Apa dikesalkan, tiada seorang pun ahli Parlimen Pas dan BN yang beragama Islam bangun menunjukkan pendirian tegas bagi bersama-sama menentang kekejaman terhadap Rohingya," katanya.
Beliau berkata, agak munasabah jika perhimpunan tersebut dibuat pembangkang tetapi sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN sudah tentu mempunyai kuasa menyuarakan pendirian secara rasmi di Parlimen.
“Kalau permintaan (mengadakan Sidang Dewan Rakyat Khas) tidak dihiraukan, maka rakyat akan membuat kesimpulan bahawa demonstrasi ini sebenarnya bukan bertujuan membantu Rohingya tetapi sekadar membantu Umno dan Pas mengaut sokongan politik masyarakat Melayu,” katanya.
Beliau berkata, ketegasan kerajaan juga turut dipertikai apabila cadangan supaya pasukan bola sepak negara menarik diri dalam Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki juga turut ditolak oleh Kabinet sebelum ini

Bekas exco Pemuda diselar lompat parti

Perwakilan Pemuda Umno Tangga Batu berkata parti itu hanya mahu ahli yang setia dan bersyukur.
Zali-Mat-Yasin
KUALA LUMPUR: Perwakilan Pemuda Umno Tangga Batu Zali Mat Yasin mendakwa bekas exco Pemuda tidak mengenang budi, jika keluar parti.
Meskipun tidak menamakan bekas ahli itu, dipercayai beliau merujuk kepada bekas exco Pemuda Mohd Rafiz Naizamohideen yang mencemar parti bila menjemput bekas presiden parti Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Melaka.
“Ada segelintir antara orang kita terutama Melayu yang dapat pendidikan cukup sempurna, tapi ada di kalangan kita terlupa, lepas dapat pendidikan, mereka gigit balik jari kita dan tentang kita secara diam-diam.
“Ada mantan exco Pemuda digantung keahlian, tak dipecat pun boleh rayu pada (lembaga) disiplin tapi terus seberang ke parti sebelah,” katanya merujuk pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Zali berkata demikian ketika membahaskan ucapan presiden mengenai usul agama dan pendidikan.
Pada September, Rafiq digantung keahliannya kerana sengaja mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron selepas menjemput Dr Mahathir ke acara “Bicara Negarawan” ke negeri itu untuk membincangkan masa depan Umno dan pilihan raya umum.
“Kami tidak mahu orang seperti ini. Kami hendak mereka yang tahu bersyukur,” kata Zali.
Pada Oktober, Rafiq bersama 30 ahli Umno mengumumkan keluar Umno, kerana hilang keyakinan terhadap Najib sebagai presiden.

Tak adil ucapan perkauman di PAU terlepas siasatan, kata Tony

Pengerusi DAP Selangor berkata berlaku layanan tidak adil di Malaysia jika hanya ucapan di himpunan Bersih 5 disiasat, sedangkan polis tidak menyiasat mereka yang berucap di PAU.
tony-pua-PAU
KUALA LUMPUR: Tidak adil jika ucapan perkauman di Perhimpunan Agung Umno (PAU) tidak dikenakan tindakan, tetapi individu yang berucap di Bersih 5 pula disiasat, kata Tony Pua.
Pengerusi DAP Selangor berkata amat jelas sedang berlaku penyalahgunaan kuasa dan layanan yang tidak adil di Malaysia.
“Mereka ini seperti agung di negara kita, manakala sesiapa yang ingin pertahankan hak minoriti akan ditahan dan ditangkap untuk siasatan yang tidak adil.
“Ada penyalahgunaan kuasa di Malaysia, layanan tidak adik antara masyarakat. Kita harap polis akan menjalankan tugas mereka secara adil,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.
Terdahulu, Tony dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung ucapannya di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu.
Katanya, polis mengambil keterangannya selama 40 minit bermula jam 10 pagi.
“Polis menyiasat saya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman berhubung himpunan di Stesen LRT Bangsar.
“Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah saya berada di sana, apa yang saya buat, kenapa adakan himpunan Bersih,” katanya.

Masa depan Malaysia bersama China, kata perwakilan Umno

Ketua Wanita Umno Pasir Salak menggesa orang Melayu menguasai bahasa Mandarin agar mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan dari China
dr-wan-asikin
KUALA LUMPUR: Seorang Perwakilan Umno hari ini menggesa orang Melayu meningkatkan kemahiran mereka untuk kerjasama yang lebih rapat dengan China.
Ketua Wanita Umno Pasir Salak Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata salah satu kemahiran itu ialah mempelajari bahasa Cina yang mungkin sukar tetapi sangat memberi manfaat.
“Seperti batu jed yang tidak berguna jika tidak digilap, seseorang itu berguna hanya jika dia berilmu.
“China adalah masa depan jadi kita kena dekatkan diri dengan China. Perlu belajar bahasa Cina, (ia) sukar tetapi ini demi ilmu dan masa depan,” katanya ketika membahaskan usul berkenaan agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.
Katanya, hubungan baik dengan negara itu akan memberikan peluang kepada rakyat menunjukkan kebolehan dan produk mereka memandangkan China kini menjadi salah satu pasaran dagang terbesar di dunia.
“Misalnya pelabur China perlukan jurutera dalam bidang tertentu, tentunya mereka akan ambil anak tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
“Kita selalu lihat iklan pekerjaan yang tertulis ‘hanya untuk yang boleh berbahasa Mandarin. Jika betul majikan mencari pekerja seumpama itu, marilah kita sahut cabaran dan ramaikan anak Melayu yang boleh berbahasa Mandarin,” katanya.

"Satu benda saya hairan dengan PM," ucap perwakilan N9 depan Najib

Membalak Sampai Licin: Orang Asli ugut perbanyak sekatan selepas ditahan

"Tangkap pemberi rasuah, jangan tangkap penerima rasuah," kata perwakilan N9

Tangkap perasuah, bukan penerima rasuah, kata perwakilan Umno N9

Perwakilan Negeri Sembilan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 hari ini berkata bila tidak ada sesiapa yang menawarkan rasuah, maka tidak adalah mereka yang ambil rasuah.
syamsul-amri
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut tangkap mereka yang tawarkan rasuah, kata perwakilan Umno hari ini.
Wakil Umno Bahagian Seremban, Syamsul Amri Ismail berkata ini kerana jika tiada sesiapa buat tawaran, maka tidak ada yang mengambil rasuah.
“Tidak ada orang beri, tak kan dia terima,” katanya pada sesi perbahasan hari terakhir PAU2016 di PWTC di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Syamsul Amri mendesak ahli Umno supaya melaksanakan janji dan mengamalkan ajaran Islam yang menolak perbuatan rasuah demi menjaga amanah.
Dalam menekankan maksudnya, beliau memetik Nabi Muhammad yang berkata: “Tidak beriman orang yang tidak jaga amanah, dan tidak beragama orang yang tidak laksanakan janji.”
Syamsul Amri kemudian memberi contoh bagaimana seseorang boleh menolak rasuah yang ditawarkan kepada mereka.
“Bila seseorang kata ‘nah RM50’, jangan rasuah saya, ‘RM100’ jangan cabar saya, ‘RM500′ awak terus menolak kata dah melampau, ‘RM700’ awak dah mula menguji kesabaran saya, ‘RM1,000’ jangan cakap kuat-kuat,” katanya disambut gelak tawa perwakilan.
Syamsul Amri kemudian menenangkan tawa perwakilan dengan berkata amalan itu perlu dibuang dan apa yang perlu perwakilan buat ialah pertahan prinsip keimanan dan integriti.
Bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali mendakwa parti itu dilanda rasuah, menuduh ahli menerima “dedak” daripada presiden sekarang, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir berkata itu sebabnya mengapa ramai ahli berjanji setiap dengan parti yang dilabelnya sebagai “Parti Najib”.

Definisi hidup Melayu merangkumi Jho Low RM42 Billion dan Pimpinan Negara China, Bapak Komunis Dunia RM144 Billion

Najib PAU 4
Ketika ini sebuah parti Melayu sedang mengadakan persidangan yang kebiasaannya dihadiri oleh majoriti ahli ahlinya yang masih susah dan hidup meminta minta manakala pewakilan yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan Cawangan pula sekalipun tidak hidup meminta minta kerana sudah senang lenang terpaksa hidup untuk terus menjaga hati pimpinan utama parti mereka kerana cuma dengan menjaga hati bekalan vitamin wang dapat di jamin berterusan.
Acara bertepuk tangan dan memuji muji pemimpin ibarat orang mabuk ketum tanpa menyedari majoriti golongan rakyat dalam keadaan susah. Meningkatnya golongan penerima BRIM dianggap sebagai kejayaan adalah sesuatu yang pelik.
Kononnya pemimpin mereka adalah anugerah Allah swt ini juga tiada biasa dengan perlantikan Jeneral Sisi Mesir yang diwar-warkan oleh golongan pengampu tegar sebagai anugerah Allah swt.
Kemunafiqan melanggar sumpah pegang jawatan di putar belitkan menunding jari kepada bekas pemimpin besar mereka yang telah bersara. Namun semasa menerima perlantikan pegang jawatan Perdana Menteri daripada Yang Di Pertuan Agong komitmen untuk berlaku jujur dengan melafazkan sumpah berat Wallahi Wattallahi Wallhamdullillah hirrabil alamin.
Parti Melayu ini mendakwa mereka menjaga kepentingan melayu. Melayu mana yang dijaga agaknya? J low itu Melayu barang kali? Pemimpin utama negara China itu melayu barangkali sehingga seolah olah menjual dan menggadai pelbagai projek infrastruktur keselamatan negara bernilai lebih RM144 billion kepada negara Bapa Komunis itu.
Apa kata PDRM agaknya, bila sedikit masa lalu Mat Sabu di katakan menghina kaum keluarga anggota polis ketika insiden bukit kepong seolah olah Mat Sabu membela komunis? Kenapa perlu beria ia abu mayat Chin Peng tidak di izinkan pulang ke Sitiawan Perak ? Chin Peng adalah ikan bilis saja dalam pertubuhan Komunis jika nak di bandingkan dengan negara China di mana pimpinan utama negara beria ia mendapatkan pelbagai bantuan kewangan.
Telah sekian lama lesen perbankan susah hendak di keluarkan namun cuma dengan lawatan rasmi yang begitu panjang untuk sesebuah negara iaitu seminggu, lesen perbankan di keluarkan oleh negara kita kepada negara komunis berkenaan. Justru ianya akan lebih mudah untuk negara komunis berkenaan mengeluarkan pelbagai bentuk pembiayaan mengikut polisi dan dasar ibupejabat bank mereka di negara komunis China.
Projek projek infrastruktur keselamatan negara dengan mudah di berikan kepada negara komunis justru jika berlaku apa apa sabotaj oleh mereka ianya amat mudah mereka lakukan memandangkan mereka adalah penyumbang dana modal yang utama. Dengan satu butang sahaja kemalangan keretapi laju terbesar dunia boleh berlaku. Dengan satu perintah sahaja serangan udara boleh dilakukan ke dalam bandar Kuala Lumpur memandangkan lapangan TUDM Sungai Besi kini milik China untuk tujuan pembangunan dan di gantikan dengan lokasi yang lebih jauh daripada bandar Kuala Lumpur. Malah dengan satu butang sahaja sumber tenaga elektrik boleh terhenti memandangkan salah satu daripada syarikat pengeluar tenaga elektrik bebas , Edra kini di miliki oleh syarikat syarikat kumoulan negara komunis China.

Perwakilan Umno masih retorik, tidak bahas isu rakyat

Mohd Radzuan HamatPerhimpunan Agung UMNO (PAU) akan menjadi sia-sia sekiranya perwakilan tidak menggunakan pentas itu sebaik mungkin untuk memperbetulkan parti, rakyat dan kerajaan.
Demikian pendapat dari Naib Ketua UMNO Bahagian Bachok, Mohd Radzuan Hamat, yang menyifatkan PAU 2016 masih hambar kerana kebanyakan perwakilan atau pembahas dari negeri tidak menyatakan hal sebenar berlaku di kawasan.
Beliau tidak menafikan ada dua tiga pembahas menggunakan pentas PAU sejak semalam dan hari ini untuk membodek dengan mengangkat pemimpin terlalu tinggi, sedangkan hal sebenar sebaliknya.
“Mereka perlu menjadikan pentas PAU2016 sebagai medan untuk menyuarakan permasalahan rakyat, bukan medan untuk beretorik.
“Ketika inilah.. ketika semua pucuk pimpinan dari Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berada di depan pentas untuk mendengar suara permasalahan rakyat, dibentangkan," katanya.
Menurut Mohd Radzuan, sepanjang dua hari menjadi pemerhati bagi peringkat Bahagian Bachok di Kelantan, belum ada yang benar-benar menyuarakan isu kos sara hidup, kenaikan harga barang dan masalah perumahan.
"Terlalu banyak bersifat retorik, memuji pemimpin secara berlebihan. Sebaliknya kita menjadikan pentas ini untuk menyuarakan pandangan rakyat supaya pucuk pimpinan mengetahui suara akar umbi,” ujarnya.

PRU14: Antara Najib 1% dan rakyat M'sia 99%

Pilihan raya umum yang akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Umno dan pembangkang.
Umno yang akan menggunakan senjata perkauman bagi mewujudkan ketakutan di kalangan pengundi manakala pembangkang dengan tema ‘harapan baru’ untuk masa hadapan negara, mewakili aspirasi 99 peratus rakyat terbanyak di Malaysia.
Mencermati intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, terdapat 3 tema yang diketengahkan:
• Pertama, wala’ (kesetiaan) kepada presiden Umno dan perdana menteri adalah perkara terpenting mengatasi segalanya. Dengan erti kata lain, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah pengkhianat parti.

• Kedua, pilihan raya umum akan datang adalah tentang membuat pilihan antara kerajaan yang bakal diterajui oleh Umno atau DAP. Dalam hal ini, Umno akan bermati-matian menentang DAP bagi mempertahankan orang Melayu.
• Ketiga, PAS adalah rakan Umno.
Skrip ini tidaklah terlalu sukar difahami. Najib menyemai rasa takut di kalangan rakyat terhadap DAP dan bukan Melayu untuk menyeru ahli-ahli Umno berjuang bersama beliau sepertimana ungkapan yang dilaungkan dalam PAU; “Kami berjanji akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti!”
4 ISU KRITIKAL
Namun, Najib terus mengelak dari menyentuh empat isu kritikal sedang melanda negara dan menjerut rakyat: GST, 1MDB, kejatuhan nilai matawang ringgit dan peningkatan kos sara hidup.
Apabila pendapatan rakyat tidak meningkat, GST akan memberi kesan terhadap pendapatan bolehguna mereka. Skandal 1MDB pula menghakis keyakinan luar terhadap ekonomi Malaysia dan institusi-institusinya, bahkan turut memberi kesan terhadap nilai tukaran matawang. Peningkatan kos sara hidup pula antaranya berpunca dari penarikan subsidi, kejatuhan ringgit dan perlaksanaan cukai GST.
Apabila pendapatan bolehguna rakyat menguncup, keyakinan mereka untuk berbelanja turut sama menguncup. Ini memberi kesan negatif kepada perniagaan/bisnes. Sekiranya keadaan ini berlarutan, tidak mustahil Malaysia bakal berhadapan krisis lebih parah yang sukar dipulihkan lagi.
Rakyat Malaysia terbanyak - iaitu kelompok 99 peratus - adalah kelompok yang bakal menerima kesan langsung dari kelemahan urustadbir ekonomi dan pentadbiran negara pimpinan Perdana Menteri Najib. Pun begitu, beliau hingga kini masih terus membisu. Lebih dari itu, beliau memainkan sentimen perkauman sempit sebagai senjata bagi mengekalkan survival kuasanya.
Kita tidak perlu terkejut, bahkan kita mesti bersiap sedia dengan kemungkinan lebih buruk lagi. Agenda perkauman sempit ini bakal dimainkan oleh kerajaan Najib menuju hari-hari mendatang menjelang pilihan raya.

PRU14: Umno, Pas capai sepakat?

Umno pas
UMNO dan Pas diramal akan mencapai kata sepakat untuk menghadapi PRU14, demikian dinyatakan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika ditemu bual Sin Chew Jit Poh.
Beliau berpendapat, Umno mungkin tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di Dun Kelantan dan Terengganu, dan sebagai balasannya, Umno akan meminta Pas memberi kemenangan mudah kepada calon-calonnya di kawasan parlimen.
"Umno harap boleh menang kira-kira 20 kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu bagi mengisi kerusi-kerusi yang mereka kalah terutama di kawasan bandar.
"Pas dijangka bertanding di kawasan-kawasan pantai barat semenanjung, sekali gus menyebabkan berlaku tiga penjuru antara BN, Amanah dan Pas. Sekiranya ini berlaku, pastinya pihak yang akan mendapat kelebihan ialah BN," kata Chin Tong.
Beliau yang membuat analisa turut berkata, sokongan pengundi Cina kepada pembangkang kini telah merosot sedikit sejak kebelakangan ini.
"Pada PRU 2013, pembangkang memperoleh sokongan kira-kira 85 peratus daripada pengundi Cina, namun ia agak menurun kepada 65 peratus, iaitu lebih kurang apa yang diperoleh pada PRU 2008.
"Oleh itu, bagi parti-parti pembangkang sekiranya ingin mendapatkan balik sokongan yang kuat seperti PRU 2013, sokongan Melayu turut memainkan peranan penting," katanya.

Umno tak janji imbuhan seperti parti lain sembang MT

Datuk Sohaimi Shahadan KUALA LUMPUR - Perjalanan Umno selama 70 tahun hanyalah perjuangan penuh istiqamah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.
Menurutnya, Umno tidak pernah menjanjikan imbuhan kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti itu.
Sebaliknya kata Sohaimi, Umno selama 70 tahun konsisten dengan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat.
"Kalau imbuhan dijadikan ukuran, maka jelaslah perjuangan mereka dalam pilihan raya hanyalah untuk merebut kepentingan peribadi.
"Kita jelas bahawa perjuangan kita dalam parti hanyalah untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Masuk dalam Umno bukan untuk imbuhan, sebaliknya untuk meneruskan perjuangan parti sejak 70 tahun dahulu. Mereka (parti pembangkang) berhak buat apa sahaja yang mereka mahu, biar rakyat yang menilai," katanya lagi.

Kerajaan perlu hati-hati buat keputusan pelaburan - Umno Melaka

kerajaan juga perlu memastikan semua transaksi perdagangan dibuat menggunakan ringgit serta tidak memberikan status tanah hak milik kekal kepada pelabur asingkerajaan juga perlu memastikan semua transaksi perdagangan dibuat menggunakan ringgit serta tidak memberikan status tanah hak milik kekal kepada pelabur asing
Kerajaan perlu berhati-hati membuat sebarang keputusan pelaburan melibatkan perjanjian yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan agar ia tidak menjejaskan masa depan negara, menurut perwakilan Umno.
Wakil Umno Melaka Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata kerajaan juga perlu memastikan semua transaksi perdagangan dibuat menggunakan ringgit serta tidak memberikan status tanah hak milik kekal kepada pelabur asing.
"Kita mahu kalau boleh setiap keputusan dan perjanjian yang kita buat, jangan sekali-kali kita mengadaikan maruah dan hak kita.
"Kita mahu setiap perjanjian itu berlandaskan daripada Perlembangaan Persekutuan yang menyebut secara jelas hak keistimewaan Melayu," katanya ketika membentangkan usul ekonomi dalam sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
Ahmad turut mencadangkan semua projek pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam negara oleh kontraktor asing menggunakan bahan asas keluaran tempatan bagi membantu syarikat-syarikat tempatan.
"Apa sahaja projek yang ingin dijalankan di dalam negara mestilah memberikan keutamaan khusus kepada produk tempatan," tambahnya.
Ahmad turut menyokong usaha kerajaan menyediakan peluang perniagaan yang melibatkan ekonomi digital, khususnya kepada usahawan muda Bumiputera bagi menyahut cabaran Dasar Transformasi Nasional 2050.
Membahaskan usul itu, wakil Umno Kedah Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin mahu kerajaan menumpukan kepada ekonomi digital yang dilihat berpotensi menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.

Tak mungkin DAP boleh ancam Melayu, kata penganalisis

Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berkata Melayu dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan parti pembangkang akan memastikan berlakunya semak dan imbang.
Awang-Azman-Pawi.
PETALING JAYA: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Pawi mendakwa “mengarut” untuk memikirkan yang DAP akan mengancam kedudukan orang Melayu di negara ini.
Profesor dari Universiti Malaya itu berkata setiap warganegara termasuk ahli politik perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu dilindungi undang-undang itu.
Beliau berkata pada masa ini DAP juga mempunyai beberapa wakil rakyat berbangsa Melayu, dan kemungkinan besar wakil itu tidak akan membenarkan kedudukan orang Melayu akan terjejas.
Katanya, meskipun DAP masih mahu menukar kedudukan orang Melayu, parti pembangkang lain tidak akan mungkin membenarkannya.
“Parti pembangkang lain seperti PKR, PAS dan Amanah, ada ramai ahli Melayu, mereka akan mengekalkan semak dan imbang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2016 yang DAP akan menghapuskan hak Bumiputera dan institusi khusus untuk orang Melayu, jika parti itu berkuasa.
Mengulas kenyataan itu, wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang, Zairil Khir Johari mencabar mereka yang skeptikal terhadap DAP untuk melihat apa yang berlaku di negeri itu di bawah pemerintahan DAP.
“Beritahu kami institusi Melayu yang mana dipecahkan dan hak Melayu yang mana dimansuhkan.
“Selain program kebajikan untuk orang Melayu, kerajaan negeri Pulau Pinang beri tanah bernilai jutaan ringgit untuk membina kompleks mahkamah dan mendapatkan tanah milik bukan Melayu bagi tujuan meluaskan kawasan perkuburan orang Melayu.
“Sudah jelas orang Melayu dan Islam dilindungi di bawah kerajaan kami,” katanya.
Zairil berkata kenyataan Najib itu hanya tindakan orang “terdesak”.

“Kalau DAP anti-Melayu, dah lama saya keluar DAP” – Tengku Zul


KUANTAN, 3 DIS: Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji hari ini menyatakan kesediaan untuk meninggalkan DAP jika dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kononnya parti itu memusuhi orang Melayu dan Islam adalah benar.
Bagaimanapun, kata Tengku Zulpuri, tohmahan Perdana Menteri itu ternyata tidak berasas kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai pemimpin DAP, telah membawa banyak kemakmuran kepada kaum Melayu dan perkembangan agama Islam negeri itu.
tengku zul 2Bukan sahaja kaum Melayu, pengagihan kemakmuran melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan Pulau Pinang, katanya, turut merangkumi seluruh penduduk tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Ia jelasnya selaras dengan perjuangan DAP berasaskan Sosial Demokrasi yang mengangkat kepentingan semua kaum berpandukan prinsip keadilan dan amanah.
“Presiden UMNO perlulah fikir sebelum bercakap. Dia kena semak realiti. Jangan senang-senang tuduh DAP anti-Melayu atau anti-Islam.
“Saya orang Melayu dan saya juga wakil rakyat mewakili DAP. Tak perlu tunggu UMNO untuk kecam DAP, saya sendiri sebagai orang Melayu dalam DAP akan bersuara dan sedia keluar parti jika DAP anti-Melayu atau anti-Islam,” ujarnya kepada Roketkini.
Katanya yang juga Adun Mentakab, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat prihatin terhadap kepentingan kaum Melayu tanpa melupakan kebajikan kaum lain dengan memberi pelbagai peruntukan kepada rakyat negeri itu demi pembangunan ekonomi dan rohani.
“Kalau DAP anti-Melayu atau anti-Islam mengapa peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan hal ehwal agama Islam tidak dikurangkan, malah meningkat dari tahun ke tahun?” ujarnya.

JAWAPAN MAHATHIR TERSEBAR LUAS DI HIMPUNAN AGUNG UMNO

Jawapan terkini Tun Dr.Mahathir yang memalukan Najib tersebar luas seperti kilat di Perhimpunan Agung UMNO petang ini di samping  berjuta umat Islam yang mendapatnya selepas menunaikan sembahyang Jumaat . Mereka yang belum membacanya,lawati posting terkini Blog Tun Mahathir.
 
BERTIMBUN AKHBAR BERITA UMNO TAK LAKU
Kecuali  akhbar popular Kosmo laris di pasaran, akhbar-akhbar  arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang menumpukan laporan Perhimpunan Agung UMNO tak laku bertimbun di pasaran.(gambar ini diambil pada jam 6 petang 1November 2016  di 7E Putrajaya) 
Walaupun kemerosotan kedua akhbar ini telah lama berlaku tetapi keadaan bertambah teruk  dalam masa perhimpunan itu.
Anda sendiri dapat melihat keadaan ini di gerai-gerai  akhbar, kedai mamak dan juga di 7E di merata-rata tempat terutamanya di Putrajaya dan sekitar Kuala Lumpur.
Walaupun penerbit akhbar-akhbar  ini sedar bahawa media sosial dan portal berita bukan UMNO lebih diminati ramai tetapi pengarang-pengarangnya sendiri masih mempunyai keyakinan seolah-olah orang masih meminati Perhimpunan UMNO seperti dahulu.
Mereka mensia-siakan  beberapa muka akhbar dengan siaran ucapan penuh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang tidak lagi dibaca oleh orang ramai.
Sewajarnya muka-muka ini disiarkan dengan berita-berita umum yang lebih diminati pembaca atau dikurangkan mukanya  bagi menjimatkan kertas dan mengurangkan kerugian.
Konklusi yang boleh dibuat berasaskan kepada kemerosotan akhbar ini ialah pengarang-pengarang tidak sensitif kepada perubahan sikap orang ramai. Mereka syok sendiri dengan kepercayaan penyiaran  lebih banyak berita UMNO  maka lebih banyak orang membaca seperti  pemimpin-pemimpin UMNO  percaya dengan bertempik-tempik dan  menjerit-jerit kuat ketika membuat ucapan maka suara mereka didengar dan dipercayai.
Pada hakikatnya mereka adalah syok sendiri.
Hakikatnya ialah sebahagian besar orang Melayu sudah merasa terasing dari UMNO. Mereka tidak lagi merasa sebahagian dari Perhimpunan Agung UMNO, nasib mereka tidak lagi bergantung pada UMNO sebaliknya bagi mereka perhimpunan itu merupakan  hal ehwal  UMNO dan bukan Melayu.
Dalam erti kata lain tidak lakunya akhbar-akhbar kerana laporan  Perhimpunan Agung UMNO adalah bukti orang -orang UMNO  berada dalam keadaan ilusi atau syok sendiri setelah percaya kepada pementasan sandiwara atau drama mereka sendiri dalam perhimpunan itu.

MASIH ADA MASA DEPANKAH MEREKA INI DALAM UMNO?

Walaupun Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek, mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya, rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela terus diperbodohkan.
Jurucakap Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik, katanya.
Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
Jurucakap Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan orang-orang kampung.
Di satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat yang terus terbeban itu.
Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
Wakil Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN selama ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.
Wakil Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang telah disumbangkannya.
Beliau yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, sebaliknya  parti itulah yang terhutang budi dan patut berterima kasih kepada orang Melayu.
Mereka ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.
Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?
Mampukah mereka terus menjadi pemimpin yang bersuara atas kebenaran atau akan menerima tekanan supaya diam dan seterusnya perlahan-lahan akan tenggelam?