Jumaat, 2 Disember 2016

Waqaf sebagai wadah memperkasa ekonomi Melayu

Badan Peguam gesa kerajaan hentikan penindasan Temiar, Rohingya

Hak asasi dan kehidupan mereka perlu dilindungi dan Badan Peguam akan bekerjasama mencari penyelesaian secara aman dan adil
steven-temiar-rohingya-1
KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia menyeru penindasan terhadap masyarakat terpinggir seperti suku Temiar di Gua Musang dan Rohingya di Myanmar dihentikan.
“Badan Peguam bersama Temiar dan Rohingya dalam usaha mereka memastikan hak asasi dan kehidupan mereka dilindungi,” kata Presiden Steven Thiru.
Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau berkata badan peguam akan terus mengusahakan dan menyokong penyelesaian konflik secara aman dan adil.
Steven berkata Kerajaan Persekutuan dan Kelantan perlu menghentikan semua tindakan untuk merampas tanah adat Temiar dan penangkapan Orang Asli.
Dalam operasi penguatkuasa 29 November lepas, Jabatan Perhutanan meroboh dan memusnahkan halangan yang didirikan Orang Asli yang membantah pencerobohan secara aman.
47 Orang Asli ditahan pada hari itu.
Steven berkata Temiar perlu pertahankan tanah adat mereka daripada pencerobohan yang semakin berleluasa dan degradasi alam sekitar.
Beliau berkata Badan Peguam mahu Kerajaan Kelantan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti penguatkuasaan dan pembalakan sehingga tuntutan tanah adat diselesaikan.
Sementara itu, Badan Peguam mengalu-alukan campurtangan diplomatik Putrajaya dalam penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Kerjasama Umno-Pas hanya mengenai isu tertentu, kata KJ


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin Kerjasama Umno-Pas hanya wujud dalam isu-isu tertentu, terutamanya yang memberi kesan kepada Islam dan umat Islam, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
 Beliau berkata Umno-Pas bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu seperti krisis Rohingya di Myanmar dan usul rang undang-undang 355 oleh Presiden Pas Datu kSeri Abdul Hadi Awang untuk meningkatkan kuasa mahkamah syariah.
"Terdapat keikhlasan antara kepimpinan Umno dan Pas dan ia telah membuka laluan antara presiden kedua-dua parti untuk mereka berbincang isu-isu ini.
"Tetapi ini tidak bermakna ia satu kerjasama rasmi.Kami hanya bekerjasama dalam isu-isu tertentu terutamanya memberi kesan kepada masyarakat Melayu Islam atau isu-isu antarabangsa seperti Rohingya," katanya kepada media selepas melawat pusat media pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Apabila ditanya tentang kemungkinan wujud pakatan dengan Pas dalam menghadapi pilihan raya. Khairy berkata,  ia adalah "spekulatif" semata-mata.
"Ia berkemungkinan, berkemungkinan tidak... bahawa kita akan mempunyai pakatan pilihan raya secara rasmi dengan Pas tetapi kita boleh bekerjasama dalam isu-isu tertentu.
"Apa yang berlaku seterusnya, kita perlu mengkaji implikasi terhadap Umno dan Barisan Nasional," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, yang juga Presiden Umno, akan berkongsi pentas dengan Hadi dalam perhimpunan besar-besaran untuk membantah kekejaman terhadap Rohingya di Myanmar pada Ahad ini yang akan diadakan di Tasik Titiwangsa jam 8 pagi.

Norsarfinaz cuma mahu kerajaan berterus terang dengan rakyat

Perwakilan Puteri Umno Jerantut meminta kerajaan supaya berterus terang mengenai keadaan ekonomi negara
Norsarfinaz-Mohd-Azman-1
KUALA LUMPUR: Ahli politik perlu berjiwa aktivis dan perjuangkan nasib rakyat kebanyakan tanpa mengharapkan pembalasan, kata seorang perwakilan Puteri Umno.
Ketua Puteri Bahagian Jerantut Norsarfinaz Mohd Azman, dalam wawancara bersama FMT berkata, prinsip yang didakap itu mendorong beliau untuk bangkit dan menegur pimpinan parti.
Katanya pengalaman turun padang menemui golongan masyarakat yang tidak berkemampuan mendedahkan beliau kepada kesengsaraan rakyat yang mengadu mengenai kepayahan ekonomi yang mereka hadapi.
“Sebab itu saya menyeru kerajaan nyatakan langkah penjimatan dan apa lagi langkah yang diambil kerajaan supaya kita semua dapat jalankan tanggungjawab masing-masing.
“Kerajaan kata ekonomi dalam keadaan baik, KDNK negara antara yang tertinggi. Tetapi apa perasaan akar umbi bila mereka tahu dan nampak kawan-kawan hilang kerja, dan penawaran demi penawaran skim pemberhentian sukarela daripada syarikat?
“Sebab itu penting untuk pemimpin turun padang dan lihat sendiri masalah yang dialami rakyat.”
Norsarfinaz, 35, atau lebih mesra dipanggil Kak Pipi, menarik perhatian media apabila ucapan beliau memecahkan persepsi jinak Puteri Umno di perhimpuan agung parti tahun ini.
Ucapan sepatutnya mengikut teks yang sudah beliau siapkan lebih awal.
Namun, Norsarfinaz mengorak langkah tersendiri apabila pemangku timbalan presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, masuk ke dalam dewan, dan merayu pimpinan supaya berterus terang mengenai keadaan sebenar ekonomi negara.
Ditanya sama ada beliau kini bimbang dirinya akan diserang ahli parti lain, Norsarfinaz kata: “Tidak.”

Pembangkang tak mampu selesai isu kos sara hidup sembang MT Umno

Pembangkang tidak akan mampu menyelesaikan isu kos sara hidup yang membelenggu kehidupan seharian masyarakat masa kini.
Sebaliknya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, hanya kerajaan BN yang mampu berusaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
"Kos sara hidup banyak berkait dengan perkara atau dasar yang diluar kawalan kita. Contohnya bila harga minyak turun, itu bukan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) untuk menurunkan harga minyak. Bila kita hilang RM30 bilion pendapatan negara, kita akan terpaksa mengikat perut.
"Ini sekaligus menambah beban kenaikan kos sara hidup rakyat. Isu kos sara hidup bukan sahaja terkesan di Malaysia, malah seluruh dunia termasuk Singapura, Thailand dan banyak negara lain lagi turut merasai kesannya," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, pembangkang tidak mempunyai dasar yang betul-betul mampu untuk menangani kos sara hidup.
"Selain retorik, kita tahu memang dasar yang mereka bentangkan tidak akan mampu selesaikan masalah.
"Kalau mereka katakan nak turunkan harga barang,bagaimana caranya? Di mana duit hendak di cari? Kita kena ingat kita sekarang berada dalam bajet defisit di mana kita tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai pembangunan negara.Maka sebab itulah kita berhutang untuk membangunkan negara," jelasnya lagi.

Rohingya: Myanmar minta Malaysia jangan masuk campur

Ia susulan laporan yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine.
U-Zaw-Htay
PETALING JAYA: Myanmar meminta Malaysia supaya jangan masuk campur hal dalaman mereka susulan laporan yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine.
Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Htay meminta Malaysia supaya menghormati kedaulatan negara mereka dan prinsip tidak mencampuri hal dalaman negara Asean.
“Kami patuh dan menghormati prinsip itu. Kami berharap kerajaan Malaysia juga mematuhinya,” kata Zaw Htay kepada Myanmar Times.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan suatu tunjuk perasaan yang akan dihadiri pimpinan negara, termasuk perdana menteri, akan diadakan pada Ahad bagi menyuarakan kebimbangan akan keganasan ke atas Rohingya di Myanmar.
Zahid berkata Malaysia tidak akan berpeluk tubuh sementara ribuan Rohingya yang tidak bersalah dibunuh dalam pembersihan etnik yang dibenarkan pemerintah mereka.
Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak berniat untuk mencampuri hal domestik Myanmar, tetapi kekejaman oleh negara anggota Asean tidak boleh dibiarkan, terutamanya apabila negara lain, Malaysia khususnya, terpaksa menanggung beban menjaga Rohingya yang mencari perlindungan.
Sejak Oktober terdapat 135,475 pelarian Myanmar di Malaysia merangkumi Rohingya, Chin dan etnik lain.
Tunjuk perasaan itu menyusuli pembatalan saat-saat akhir 2 perlawanan bola sepak menentang Myanmar pada 30 November lalu, yang dijadulkan berlangsung pada 9 dan 12 Disember ini, ekoran krisis di Rakhine.
Pada 25 November, kementerian luar negeri mengecam keganasan yang berlaku dan menyeru pemerintah Myanmar supaya mengambil langkah menangani pembersihan etnik di utara wilayah Rakhine yang didakwa itu.
Minggu lepas, kira-kira 1,000 Rohingya berhimpun menunjuk perasaan di luar kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

Bank Negara umum langkah baru sokong ringgit

Ia bertujuan mewujudkan pasaran tukaran asing di Malaysia yang meluas, maju, memiliki kecairan agar setara dengan pertumbuhan ekonomi serta sentiasa menepati keperluan sofistikated para pengguna.
Ringgit-BNM-1
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan beberapa langkah bagi meningkatkan kecairan pasaran tukaran asing berkuat kuasa 5 Disember ini.
Bercakap pada taklimat media di sini, hari ini, Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata langkah bertujuan memperluaskan pasaran kewangan Malaysia itu antaranya membolehkan pemastautin, termasuk kalangan pengurus dana berstatus pemastautin untuk bebas dan secara aktif melindung nilai mata wang dolar AS dan renminbi China.
Bagaimanapun, pendedahan itu hanya terhad kepada RM6 juta setiap pelanggan dan setiap bank dengan perisytiharan sekali tiada pembabitan dalam aktiviti spekulatif.
Kalangan pemastautin dan pengurus dana bukan pemastautin kini boleh secara aktif menguruskan pendedahan tukaran asing sehingga 25% daripada jumlah pelaburan aset.
Jelasnya, bagi mempertingkatkan akses pelabur asing dan korporat terhadap tukaran asing di pasaran dalam pesisir, institusi kewangan luar pesisir bukan pemastautin boleh mengambil bahagian dalam kerangka Pejabat Lantikan Luar Negara yang diberi kelonggaran tambahan bagi transaksi ringgit.
“Kelonggaran ini termasuk (tindakan) melindung nilai tukaran asing (akaun sendiri/bagi pihak pelanggan) untuk akaun semasa dan kewangan berdasarkan komitmen, pembukaan akaun ringgit (simpan kira) dan lanjutan pembiayaan dagangan ringgit,” katanya.
Menurut Adnan, sejajar usaha memudahkan pelaburan dalam aset tukaran asing, pemastautin yang memiliki pinjaman ringgit domestik, bebas untuk melabur dalam aset tukaran asing di dalam pesisir dan luar negara pada had RM50 juta untuk korporat dan RM1 juta bagi individu.
“Pemastautin tanpa pinjaman ringgit domestik sebaliknya boleh terus menikmati kelonggaran pelaburan dalam aset tukaran asing di dalam pesisir dan luar negara membabitkan sebarang jumlah.
“Ini memberi layanan sama rata kepada pemastautin dengan pinjaman ringgit domestik untuk melabur dalam aset tukaran asing di pasaran dalam atau luar pesisir,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kalangan pengeskport kini boleh mengekalkan sehingga 25% hasil eksport dalam mata wang asing berbanding 100%, sebelum ini.
“Mereka boleh memegang baki lebih tinggi dengan kelulusan BNM untuk memenuhi tanggungan obligasi dalam tukaran asing,” katanya.
Malah, kata Adnan, sebarang pembayaran oleh pengeksport pemastautin bagi tujuan penyelesaian dagangan barangan dan perkhidmatan domestik, kini perlu dibuat sepenuhnya dalam ringgit.
Kesemua hasil eksport dalam ringgit juga boleh menikmati kadar pulangan lebih tinggi menerusi satu kemudahan deposit khas.
Kemudahan berkenaan akan ditawarkan kepada pengeksport menerusi semua bank-bank komersial pada kadar 3.25% setahun.

Mohd Faiz shortlisted for FIFA's Puskas Award 2016

DAP Ancaman Kepada Orang Melayu - Mat Maslan

Isu Umno Kedah cakap politik Amanah - Mahdzir Khalid

Kelantan jangan bohong, Orang Asli tolak tuduhan diperalat

Umno kena sedar sebelum terlambat - Puteri Umno

Ini cara saya sayang parti kata Puteri Umno Jerantut

Najib dedah kelemahan ketika serang DAP, kata Zaid Ibrahim

Bekas menteri Umno itu mempersoalkan kebijaksanaan Najib dengan menyerang satu parti pembangkang yang hanya mempunyai 17% kerusi di Parlimen.
zaid-ibrahim-dap
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menghentam ucapan pemimin Umno pada perhimpunan agungnya sejak 3 hari lalu, terutama sayap Wanita dan Pemuda. Bagaimanapun, beliau menyimpan kenyataan paling pedas untuk presiden Umno.
Dalam posting blog terbarunya, bekas menteri Umno itu mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusaha sedaya upaya menyerang parti pembangkang tunggal yang hanya mempunyai 17% kerusi di Parlimen.
“Menghabiskan banyak masa mencerca DAP, sebuah parti yang hanya mempunyai 38 daripada 222 kerusi Parlimen, tidak masuk akal.
“Orang Melayu yang menonton ucapannya akan bertanya mengapa ‘pemimpin atasan’ mereka begitu takut DAP. Apakah mungkin beliau menyembunyikan fakta yang tidak boleh diberitahu kepada penyokong setia parti yang Umno kehilangan sokongan orang Melayu?” soal Zaid sambal menambah, ia menunjukan kekurangan kebijaksanaan beliau.
Zaid mengandaikannya sebagai ketakutan Najib terhadap pemimpin Melayu dalam parti pembangkang, termasuk PKR, Amanah dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).
“Dalam semua kebarangkalian, Najib takut bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan pemimpin Melayu yang lain dalam pembangkang.
“Beliau tidak mungkin mengaku, jadi beliau melakukan apa yang paling mudah: menghentam DAP,” kata Zaid.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang Najib adalah presiden terbaik parti itu miliki, Zaid berkata ia sebaliknya bertentangan.
“Berdasarkan ucapan Najib pada perhimpunan agung itu, saya tidak akan mengatakan Najib presiden terbaik parti pernah miliki.
“Sebagai pemimpin, Najib tidak membuat sebarang usaha menerangkan dalam bahasa yang mudah bagaimana perancangan beliau untuk menangani kelembapan ekonomi kita, ringgit yang jatuh dan kebangkitan pelampau di negara ini.”

Perkara yang UMNO tidak beritahu kita…


Kita sudah dengar kenyataan-kenyataan bebal dari PWTC. Inilah hari-harinya di mana sebahagian orang Melayu memuliakan kebebalan, pembohongan dan keangkuhan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah bangsa Melayu, sebahagian Melayu memuliakan pencuri, pembohong dan orang yang zalim. Tapi ianya berlaku di zaman Najib Razak.
slide1Mungkin suatu masa keadaan ini boleh terjadi – satu hari gerombolan UMNO memasuki rumah kita, mencabul isteri dan anak-anak kita, kita akan kata- tidak mengapa kerana si pencabul sebangsa dan seagama dengan kita. Lagipun, tidak ada empat saksi yang melihat perbuatan cabul tersebut. Bahkan, ada yang mungkin kata itu semua perancangan Allah, sama seperti Allah memilih Najib jadi pemimpin sebahagian Melayu!
Mereka yang berkata demikian adalah penjenayah dan pembelot sebenar kepada kaum Melayu. Ada 3,000 jenis mereka sedang bersidang di PWTC saat ini.
Kebebalan dan kebodohan datang dari pelbagai lapisan pemimpin UMNO yang sedang bersidang. Dari jurucakap mereka yang tidak ada kapasiti berfikir. Jurucakap mereka yang menyebelahi pencuri dan gerombolan pencuri. Itulah kebenaran yang kita pegang? Itu sahaja yang kita perlu tahu?
Lain-lain cerita tok nenek yang UMNO jaja, kononnya orang Melayu akan hancur jika UMNO hancur, DAP akan memerintah negara, Mahathir pembelot bangsa, itu semua yang patut keluar melalui lubang bawah tapi dikeluarkan melalui lubang atas.
Pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu pengecut
Cuba bayangkan jika seluruh rakyat Malaysia ialah orang Melayu, tiba-tiba ada kumpulan yang menentang kemungkaran. Label apa yang akan kita sebut kepada mereka? Adakah kita akan kata inilah golongan yang akan menghancurkan institusi penjaga kepentingan Melayu, inilah golongan yang akan memusnahkan Islam? Entah jenis apa pandangan xenophobic yang kita sedang dengar ini?
Jelas, pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu bangsa pengecut yang takutkan DAP sedangkan DAP hanya ada 37 Ahli Parlimen, malah terdiri dari pelbagai suku bangsa.
Adakah pemimpin UMNO mahu takutkan Melayu dengan kaum Cina yang berjumlah 24 peratus dan menjelang 2030 akan hanya tinggal 15 peratus?
Inikah keberanian pahlawan keturunan Bugis?  Yang cakap besar bila bahtera berkemudi, sauh diangkat, gendang perang ditabuh-tabuhkan, pantang pendekar berpaling pulang?
Hei- kita juga anak jantan, tidurnya di puncak gelombang, matinya di tengah gelanggang, yang tidak kenal air mata, yang tidak kenal tunduk kulai!
Apa yang kita harap yang membangun dari himpunan orang pencari keseronokan malam dan hanya bercakap kosong? Apa perkara besar yang kita harap dari orang yang condong kepada bercandu dan bermadat?
Apa perkara besar yang kita harap dari sebahagian Melayu yang bergantung kepada pemberian sedekah dari pemimpin mereka?  Apa yang diharap kepada sebahagian bangsa kita yang tidak akan mengerti bahawa hak ialah hasil usaha kudrat sendiri, bukan sesuatu yang diperolehi oleh gubalan undang-undang?

PAU 2016: Ke mana hilangnya dasar 1Malaysia Najib?

Demi kelangsungan UMNO yang semakin hilang sokongan, presidennya, Datuk Seri Najib Razak sanggup melupakan aspirasi ikonik 1Malaysia yang pernah dilaungkan dan dibanggakannya sebelum ini.
Ucapan Najib di pentas Persidangan Agung UMNO 2016 yang berunsur perkauman dan dengan berniat jahat menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam serta mengisytiharkan parti itu sebagai musuh jelas menunjukkan sikap sebenar Perdana Menteri berkenaan.
Malah, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menganggap sokongan kaum Melayu yang kini mula beralih kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat memberi tekanan terhadap UMNO yang terpaksa sekali lagi mengitar semula isu perkauman demi kepentingannya.
“Hakikatnya, Najib sebenarnya amat takut dengan ancaman politik daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PPBM yang diasaskan mereka.
“Adalah jelas bahawa Najib boleh melihat sokongan Melayu yang semakin kurang terhadap UMNO dan dirinya sendiri.
“Malah, nampak jelas bahawa serangan bertali arus Najib terhadap DAP bertujuan untuk memujuk orang Melayu supaya tidak menyokong PPBM yang akan berkemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tohmahan Najib yang menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

Khairy kata Najib lebih terbuka, tidak ‘feudal’ seperti Dr Mahathir

Ketua Pemuda Umno berkata kesetiaan yang dituntut daripada ahli parti di bawah pimpinan Najib berbeza dengan zaman Dr Mahathir.
Khairy-Najib
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin hari ini membidas Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas pemimpin itu menuduh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menuntut kesetiaan mutlak daripada ahli parti.
“Anda mendapat seorang pemimpin feudal yang terlupa apa yang dilakukan sebelum ini dan anda mendapat seseorang yang sangat mencerminkan semangat masa kami,” kata ketua Pemuda Umno itu kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, tidak seperti Dr Mahathir, Najib lebih mudah menerima rungutan ahli.
“Kesetiaan mutlak adalah apa yang beliau (Dr Mahathir) tuntut ketika menjadi presiden dan semua orang dalam Umno boleh membuktikannya.”
Perhimpunan Agung Umno kali ini mendengar ucapan daripada ketiga-tiga pemimpin Pemuda, Wanita dan Puteri yang menggesa semua ahli menunjukkan kesetiaan kepada Najib berikutan perpecahan dengan beberapa veteran parti termasuk Dr Mahathir.
Khairy berkata, tidak seperti semasa kepimpinan Dr Mahathir, kesetiaan yang dituntut daripada ahli Umno adalah untuk institusi, bukan individu tertentu.
“Najib tidak pernah menjadi jenis yang menyuruh orang lain berdiam diri, beliau terbuka kepada kritikan walaupun dalam parti,” kata Khairy.
“Kami memberi sokongan dan kesetiaan kepada institusi jawatan presiden. Saya rasa itulah yang Dr Mahathir tidak faham.”

Kerjasama Umno-Pas: Ahli Umno masih kabur dakwa pimpinan bahagian


Datuk Mohd Zaidi Mohd SaidDatuk Mohd Zaidi Mohd SaidAhli akar umbi dan pimpinan peringkat bahagian Umno masih lagi kabur mengenai kerjasama yang  terjalin antara Umno dan Pas, kata Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.
Beliau berkata ahli dan pimpinan dari setiap peringkat majoritinya mengharapkan kerjasama Umno-Pas bukan setakat kerjasama Melayu dan Islam semata-mata malah perlu dilaksanakan juga usaha ke arah kerjasama politik.
"Kita dalam keadaan tergantung (kurang jelas) pakatan yang bagaimana Umno dengan Pas ini.
"Atau ia hanya cakap-cakap politik presiden Umno semata-mata kerana kami tidak tahu dan pasti sama ada Pas itu ikhlas atau tidak dengan Umno atau hanya ritorik?," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Ditanya sejauh mana kefahaman ahli terhadap kerjasama Umno-Pas ini?
Mohd Zaidi yang mesra di panggil cikgu Zaidi berkata, majoriti orang Melayu mengharapkan kerjasama ini untuk mengurangkan perpecahan dalam masyarakat dikalangan orang Melayu.
"Saya percaya majoriti orang Melayu harap kerjasama ini untuk mengurangkan perpecahan dalam masyarakat kita.
"Namun saat ini ia berlaku hanya secara kefahaman semula jadi tanpa ada sebarang pencerahan oleh pimpinan atasan parti.
"Akar umbi dan pimpinan bahagian tidak tahu hala tuju kerjasama ini secara rasmi, namun kami semua lihat secara positif jika itu kehendak presiden," ujarnya.
Adakah kerjasama politik yang dinginkan atau hanya untuk merapatkan barisan orang Melayu yang kini berpecah kepada empat parti Umno,Pas,PKR dan PPBM?
"Kalau Umno boleh bekerjasama dengan pelbagai parti (BN) kenapa dengan Pas tak boleh pula?
"Kerjasama tidak semestinya Pas itu mesti masuk BN tapi yang penting persefahaman antara dua parti Melayu terbesar itu penting dalam isu-isu membabitkan umat Melayu-Islam," jawabnya yang amat bersetuju Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan sekali lagi bersama menunjukkan solidariti mereka terhadap kesengsaraan etnik muslim Rohingya pada satu majlis yang akan diadakan pada Ahad ini.
Ucapan dasar presiden  kepada kelompok 'bangsa DAP' bukan  orang Cina
Cikgu Zaidi juga tidak menafikan ucapan dasar presiden semalam turut tidak disenangi di kalangan parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan walaupun ditujukan kepada DAP.
Namun beliau menegaskan, kenyataan ucapan dasar Najib itu hanya ditujukan kepada kelompok "bangsa DAP" bukan kelompok "bangsa Cina" dari parti komponen BN.

Projek ladang hutan yang gagal diurus kerajaan yang gagal, tegas Fuziah Salleh

Fuziah Salleh bimbang penerokaan hutan berleluasa mendedahkan rakyat pada risiko hakisan tanah.Fuziah Salleh bimbang penerokaan hutan berleluasa mendedahkan rakyat pada risiko hakisan tanah.
Ladang Hutan Kemasul di sempadan daerah Bentong dan Temerloh adalah satu contoh klasik projek ladang hutan yang gagal diurus tadbir oleh kerajaan yang gagal, tegas wakil rakyat PKR, Fuziah Salleh.
Menurutnya, seluas 1,0776 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) Kemasul dan HSK Kemasul (Tambahan) masih belum dibaikpulih.
“Walaupun undang-undang negara mengizinkan pertukaran status HSK kepada hutan ladang, akan tetapi ianya boleh gagal disebabkan oleh kelemahan pentadbiran,” ujarnya.
Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi negeri Pahang menyatakan hanya 52 peratus daripada keseluruhan HSK Kemasul yang diterokai telah berjaya di tanam semula dan projek tersebut gagal mendapat pulangan modal yang dilaburkan.
“Laporan audit setebal 12 muka surat itu juga menunjukkan projek Ladang Hutan Kemasul ini bermula seawal 1974 melibatkan 39,000 hektar.
“Pada mulanya ianya bertujuan menanam pokok pain di bawah kerajaan negeri untuk kilang kertas yang terbukti tidak menjadi kemudian dibiaya oleh Kerajaan Pusat bermula pada tahun 1984.
“Seterusnya diswastakan pula dalam projek penswastaan Ladang Hutan 1994 hingga 2013. Dengan sebanyak 10 syarikat dilantik dan terlibat untuk menebang habis dan menanam semula,” ujar Ahli Parlimen Kuantan itu.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri tidak dapat mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat yang gagal menanam semula kerana terdapat perjanjian yang tidak lengkap termasuk tidak ditandatangani.
“Akhirnya, kita lihat rakyatlah yang menerima kesan daripada hakisan tanah yang gagal ditanam semula dengan ladang hutan. Kualiti air sungai merosot dan kualiti air minuman terjejas,” katanya lagi.

Kerajaan PAS Kelantan jangan bohong, Orang Asli tolak tuduhan diperalat

Pertubuhan alam sekitar menyifatkan cubaan mengaitkan usaha mereka kepada agenda melawan kerajaan PAS sebagai tidak adil
sabrina-kelantan-peka
GUA MUSANG: Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyifatkan cubaan mengaitkan usaha melindungi hak Orang Asli Gua di Musang kepada agenda melawan kerajaan PAS sebagai tidak adil.
Pengerusi PEKA Datuk Sharifah Sabrina Syed Akil menegaskan usaha mereka tiada kaitan politik, dan mengingatkan isu yang ditangani ketika ini menyentuh tanah rakyat.
“Kami tidak menghasut dan kami tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Kehadiran kami untuk menyokong tindakan Orang Asli mempertahankan tanah adat.
“Tidak adil kalau kerajaan tuduh orang itu ini, NGO menghasut dan sebagainya. Kita sendiri boleh tengok Orang Asli pandai berfikir siapa yang betul dan siapa yang salah,” kata Sharifah ketika ditemui FMT di Gua Musang.
Baru-baru ini seramai 47 Orang Asli diberkas Jabatan Perhutanan Kelantan dalam usaha Kerajaan Negeri membuka laluan kepada pembalakan di hutan simpan yang dikatakan tanah adat mereka.
Jabatan Perhutanan Kelantan hari ini berkata Orang Asli yang mendirikan sekatan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Gunung Stong melakukan kesalahan di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Negeri Kelantan kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.
Kelantan bertegas Orang Asli melanggar undang-undang kerana menghalang pembalak berlesen daripada mengambil balak, manakala PAS mendakwa penentangan “digerakkan oleh parti politik, yang berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam.”
Sebenarnya, kata Sharifah, Kerajaan Negeri gagal menjawab memorandum yang diserahkan tahun lepas.

Bila Dihujung Kuasa: Tujuh kali Najib ulang sebut ‘walak dan kesetiaan’


Amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sempena perhimpunan agung parti tersebut tahun ini dilihat sarat dengan mesej pro-Pas sebaliknya parti-parti pembangkang lain yang dicemuh.
Penelitian Malaysia Dateline terhadap Amanat Presiden Umno yang menjadi sisipan dalam akhbar Berita Harian hari ini mendapati terdapat tujuh kali pengulangan kata ‘walak’ yang konsisten digandingkan dengan kata ‘kesetiaan’ dalam ucapan Najib itu.

Bahkan, Najib yang memasuki tahun kelapan sebagai Presiden Umno menghuraikan tafsiran berkenaan prinsip walak yang baginya membawa maksud “nilai-nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada seseorang khalifah.”

“Dalam konteks Umno, kepada Presidennya, manakala dalam konteks kerajaan pula, kepada Perdana Menteri,” katanya dipetik daripada lapan muka surat amanat itu.
Mengaitkan hal tersebut sebagai apa yang dianjurkan oleh ulama, Najib yang juga Menteri Kewangan itu berkata, walak sebenarnya merangkumi institusi keresidenan atau keperdana menterian yang disandang oleh seseorang.

Beliau berpendapat amalan prinsip dan falsafah walak jelas terpancar dalam apa yang dianggapnya tradisi mulia Umno walaupun parti berusia tujuh dekad itu melalui pelbagai rintangan.

Najib juga mendakwa walak dan kesetiaan diamalkannya selaku Timbalan Presiden Umno turut terbukti pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Demikianlah juga, walak dan kesetiaan yang diberikan kepada institusi yang sedang saya sandang ini,” tegasnya sambil mengulang ungkapan walak dan kesetiaan sepenuhnya wajib diterima oleh sesiapa yang akan berada mengambil alih jawatan Presiden dan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu selanjutnya mengaitkan walak dan kesetiaan dalam budaya dan alam Melayu serta agama Islam sebagai semangat sepasukan dalam suatu saf yang kukuh lagi padu yang tidak terpisah daripada pemimpin dan ketuanya.
‘Terima kasih Pas’
Pada masa sama, ketika parti-parti pembangkang lain digambarkan dalam wajah negatif, amanat Najib ketika menyentuh apa yang dipanggilnya sebagai “perpaduan ummah” secara berterus-terang menghargai sikap Pas mutakhir ini.

Umno patut contohi Muhyiddin lupakan kisah lalu, kata Tariq Ismail

Ahli Majlis Tertinggi PPBM menggesa Umno meninggalkan sikap suka memainkan sentimen perkauman sebagai bahan politik.
tariq-muhyiddin-1
PETALING JAYA: DAP dan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah meninggalkan masa lalu di belakang, dan Umno juga perlu melakukan perkara yang sama dan bukannya terus memainkan isu lama.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan daripada perwakilan Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, sama ada Muhyiddin masih mendahulukan diri sebagai Melayu atau rakyat Malaysia sebagaimana perna isytiharkan ketika bersama Umno.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata masalah utama dengan Umno adalah obsesi dengan masa lalu.
“DAP sudah menerima PPBM, bermakna mereka membiarkan semua perkara yang sudah berlalu di belakang. Tetapi Umno suka mengimbas sejarah.
“Kami tidak sabar untuk membina masa depan, jadi kita perlu bekerja untuk hari ini, bukan semalam,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Tariq berkata untuk bergerak ke hadapan, Umno mesti berhenti menyuap rakyat dengan retorik sentimen perkauman.
“Menjadikan isu perkauman sebagai ‘hantu’ mesti dihentikan. Mereka (Umno) pembudakan rakyat Melayu agar menurut perintah. Ketuanan kaum adalah mengenai sikap menurut perintah.”
Tariq berkata Muhyiddin tidak melakukan sebarang kesalahan dalam mengatakan beliau “Melayu dahulu, rakyat Malaysia ke-2 “, kerana beliau hanya menyatakan yang benar.
“Kita tidak boleh lari daripada hakikat anda adalah Melayu. Sebagai Melayu, anda adalah rakyat Malaysia. Tiada yang bersifat perkauman tentang itu.
“Umno perlu keluar dari gua dan meneroka dunia.”

Dr M: Melayu Umno, makanlah 'duit haram' ini

Setelah mendapat serangan puitis 'Melayu mudah lupa' dua hari berturut-turut, Dr Mahathir Mohamad ini tampil mengulas isu sama.

Berbeza dengan nada sajak popularnya sebelum ini, beliau hari ini mengecilkan skop Melayu yang dirujuknya kepada “Melayu Umno”.
“Melayu Umno mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan agung Umno dahulu.

“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh.

“Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” katanya.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendakwa pilihan raya kali ini akan memperlihat “duit-duit yang dicuri” dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.

“Dengan perkataan lain ahli Umno yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion ringgit.
“Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanah air,” kata Mahathir yang terkenal dengan sindiran tajamnya itu.

Najib 'penipu besar' ala Nazi, bukan HARAPAN

Menyangkal serangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke atas pembangkang baru-baru ini, supremo DAP Lim Kit Siang berkata, parti Melayu itulah yang bergemulang dalam kepalsuan dan kekejaman.
Tiga hari yang lalu, Ahmad Zahid menyamakan propaganda pembangkang dengan taktik pemimpin Nazi Adolf Hitler yang dibantu Joseph Goebbels.
"Hitler pernah menulis bahawa: If you are going to tell a lie, tell a big one and if you tell it often enough, people will begin to believe it. (Jika kamu mahu berbohong, buatlah pembohongan yang betul-betul besar, dan jika kamu kerap mengulanginya, orang akan mempercayainya)," katanya.
Ahmad Zahid menyatakan Hilter dan Goebbels mencipta propaganda melalui radio dan filem kreatif.
"Plot pembangkang di negara ini juga seakan hampir sama," kata timbalan perdana menteri itu.
Lim berkata, teori 'Big Lie' oleh Hitler sebenarnya diamalkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya pembangkang.
"Najib ceritakan kepada tiga 'Big Lie' semasa ucapan dasar presiden Umno, semalam," jelas Lim.
Tambahnya, tiga 'Big Lie' itu ialah pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pertandingan antara Umno dan DAP, DAP anti-Melayu dan anti-Islam serta Melayu bermimpi ngeri jika Umno hilang kuasa.
Ketiga-tiga 'Big Lie' itu menepati apa yang pernah ditulis oleh Hitler (seperti di atas) yang didakwa Ahmad Zahid diamalkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Lim.
Menepis tiga 'Big Lie' itu, ujar Lim, PRU14 bukan pertempuran antara Umno dan DAP, sebaliknya, Umno menentang kekuatan kolektif HARAPAN.
DAP tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi inklusif kepada semua tanpa mengira agama atau bangsa, tegas Lim.

Melayu tidak akan hilang kuasa, yang hilang kuasa adalah Umno

Veteran DAP itu menolak dakwaan presiden Umno Najib yang PRU14 menjadi medan pertembungan antara Umno dan DAP, sebaliknya antara BN, Pakatan dan PPBM.

PETALING JAYA: Lim Kit Siang berkata mustahil bagi orang Melayu hilang kuasa politik kerana mereka kaum majoriti di Malaysia selain berkongsi paling banyak kerusi di Parlimen.
Dalam menyangkal dakwaan DAP akan memusnahkan Melayu dan institusi Islam di negara ini apabila ia berkuasa, ketua Parlimen DAP itu menegaskan 70% penggubal undang-undang persekutuan adalah Melayu, manakala kaum Cina hanya merupakan 13% daripada kerusi di Parlimen.
Lim juga berkata pada 2010 jumlah orang Melayu meningkat kepada 55.07%, manakala penduduk Cina menurun kepada 24.34% dan India hanya terdiri 7.35%.
“Jadi bagaimana orang Melayu boleh hilang kuasa politik mereka?
“Apa jua yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sama ada Najib tidak lagi menjadi perdana menteri atau Umno hilang kuasa kerajaan persekutuan, orang Melayu di Malaysia akan terus menguasai politik negara ini,” kata Lim kepada Rocketkini.com, lidah rasmi parti.
Semalam, Najib semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno memberi amaran kepada perwakilan yang DAP akan memusnahkan hak Bumiputera dan institusi yang dikhaskan untuk komuniti itu jika ia berkuasa.
Ini termasuk Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju, yang katanya menjadi “pupus dan hilang dari muka bumi”.
Lim juga menolak dakwaan Najib yang PRU14 adalah pertembungan antara Umno dan DAP, sebaliknya pertempuran antara parti pemerintah dan Pakatan Harapan serta Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM).
“Ia adalah perlawanan untuk selamatkan Malaysia daripada kleptokrasi, mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan demi Malaysia yang demokratik dan adil,” portal itu memetik beliau sebagai berkata.

Tun M desak pengundi, petugas pilihan raya tolak rasuah


Demokrasi boleh disalahguna dan salahlaku sehingga wujud diktator demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik.
Bagi mengelakkan semua itu berlaku kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad rakyat sebagai pengundi, kakitangan dan pegawai mestilah menolak dengan sekeras-kerasnya RASUAH dalam apa bentuk sekalipun.
Beliau berkata demikian dalam tulisan diblognya hari ini yang menghuraikan berkaitan dengan pilihan raya yang seringkali berlaku penipuan walaupun sesebuah negara memilih sistem demokrasi.
"Janganlah sesiapa berkata oleh kerana rasuah tidak termasuk dalam hukum hudud,ianya akan dibalas hanya di akhirat sahaja. Dia tidak menjadi kesalahan di dunia. Oleh itu terimalah rasuah sebagai rezeki.
"Sebenarnya balasan di dunia akan dirasai oleh semua kerana rasuah, selain dari menjadi beban kepada masyarakat tetap akan menghancurkan negara.
"Melayu Umno mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan Agung Umno dahulu.
"Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh.
"Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit.
"Pilihanraya kali ini akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.
"Dengan perkataan lain ahli Umno yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion Ringgit.
"Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair," ujarnya.
Justeru katanya pemakan rasuah ini banyak penipuan berlaku dalam pilihan raya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.
"Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihan raya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahaja," ujar Dr Mahathir dalam tulisannya.

MAKANLAH DUIT HARAM ITU...ADUHHH...BISANYA!!

Tidak menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad pantas menjawab sebahagian kritikan dan serangan yang ditujukan terhadapnya sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang.

Menulis di blognya, sambil menyifatkan Melayu UMNO sebagai kelompok yang mudah lupa, mereka kata beliau, sudah lupa kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kerana terlalu menyembah kepada duit.

"Dengan kata lain, ahli UMNO yang terus menyokong Najib Razak adalah bersubahat dalam melesapkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.

"Makanlah duit haram hasil menjual agama, bangsa dan negara itu," kata Tun Mahathir yang baru kembali dari luar negara, malam semalam.

Aduhh...bisanya serangan balas Tun Mahathir kali ini. 

Tak terasa apa-apakah mereka apabila mengetahui sumber haram sedang mengalir dalam darah daging dan kemudian dikongsi makan pula bersama anak, isteri, cucu dan saudara-mara?

Ikuti tulisan penuh Tun Mahathir seperti di bawah ini. 
 
1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.
2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.
3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahaja.
4. Dengan tambahan sedikit sahaja pengundi dari kawasan kubu kepada kawasan kalah, kemenangan mudah dicapai.
5. Sogokan wang dan barangan juga boleh menentu kemenangan. Biasanya dibuat secara rahsia kerana ia menyalahi undang-undang, tetapi jika Kerajaan boleh menghalang segala tindakan undang-undang terhadapnya, sogokan boleh dibuat secara terbuka oleh parti Kerajaan. Jika ada laporan dan dakwaan bahawa sogokan telah berlaku, ketua polis dan pendakwa raya boleh mengenepi atau menutup dakwaan itu. Mahkamah tidak akan dapat mendengar kes itu.
6. Mungkin juga orang yang membuat laporan dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah. Setelah ini berlaku tiada akan ada lagi sesiapa yang akan membuat laporan.

TUN MAHATHIR BAGAIKAN SEBUAH INSTITUSI POLITIK YANG DIGERUNI NAJIB DAN UMNO.

1. Semalam 1 Nov 2016  Najib telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia bahawa seorang warga emas berusia 92 tahun sangat digeruni Najib.Kegerunan Najib kerana warga emas ini mempunyai pengaruh besar dan boleh menyebabkan Najib dan Umno hilang kuasa pada PRU14 nanti.

2. Serangan demi serangan terhadap warga emas 92 tahun ini mengisi sebahagian dari ucapan dasar Najib 'Kleptokrasi' (Pencuritokrasi) sebagai Presiden Parti Umno.Persidangan Agung Umno kali ini juga mencipta sejarah baru apabila buat julung kalinya PAS terlepas dari serangan Umno,sebaliknya PAS buat pertama kali menerima pujian dari Presiden Parti Umno.

"Tiada yang betul-betul beri manfaat dari ucapan Najib yang boleh dibawa pulang oleh perwakilan apatah lagi untuk rakyat mengambil pedoman untuk menghadapi bebanan kehidupan yang mencabar melainkan maki hamun terhadap Tun Mahathir dan DAP serta Pakatan Pembangkang" .


"Kini musuh baru Najib dan Umno ialah Tun Mahathir dan Parti-parti Pembangkang yang lain kecuali PAS.Malah 'orang tua' di kaki Gunung Jerai suatu ketika dahulu inilah yang mengecutkan 'telor' Najib dan Umno.

Kata Najib, warga emas ini adalah antara empat (4) cabaran utama Umno".

Serangan Najib itu menjadikan Tun Mahathir umpama sebuah institusi politik yang menggugat kedudukan Najib dan UmnoBn.

'Otai Masih Berbisa'

3. Belum pernah kedengaran sang penguasa yang amat berkuasa menggeruni seorang warga emas dari Pekan Rabu Alor Setar dengan maki hamun akibat daripada keberanian warga emas itu yang menolak Najib dan Umno kerana kebusukan rasuah curi 1MDB. Malah Najib yang berkuasa ini beritahu seluruh dunia bahawa warga emas berusia 92 tahun ini ancaman pada parti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang berkuasa.

"Saya hanya mampu tersenyum kerana tulang belakang kerajaan yang berkuasa kini sedang mereput akibat kekurangan 'zat'.

Seperti apa yang pernah diucapkan Tun Mahathir iaitu pemimpin melantik orang yang bodoh dan orang bodoh ini pula melantik orang yang lebih bodoh untuk kekal berkuasa.

Najib bercakap seorang diri, memang seronok. Debat lah!

biru
Letih kita mendengar ucapan-ucapan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Letih, menyampah, rasa nak muntah; semua ada. Festival tahunan ini memang pun itu tujuan dia, untuk bercakap merepek tentang UMNO secara ad nauseam – sampai rasa nak muntah.
Sejak hari pertama persidangan bermula, kita melihat bagaimana media arus perdana menghurung PWTC dan memuntahkan berita-berita tentang ucapan pembesar-pembesar parti Melayu itu. Keesokan harinya akhbar-akhbar milik UMNO memaparkan di muka depannya betapa gah dan hebatnya semangat yang ditiup antara empat dinding ibu pejabat UMNO.
Kemuncaknya esok, apabila Presiden United Malays National Organisation, atau lebih dikenali ramai sebagai suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor, akan sekali lagi naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan penggulungan dan memalu gong pelaung, menandakan bermulanya strategi UMNO menuju pilihan raya umum ke-14.
Tetapi kita janganlah terlalu berasa teruja dengan ucapan-ucapan UMNO ini. Bercakap seorang diri tanpa ada ruang yang terbuka untuk dicabar dan berdebat memang seronok. Langit pun boleh runtuh kalau ikut hati bercakap sendirian begitu. Tambah pula dengan tepukan gemuruh perwakilan yang kenyang dijamu dedak.
Barang diingat. Datuk Seri Najib Razak adalah seorang yang akan melarikan diri daripada berdebat. Dia tidak berani. Bukan sekali dua kita telah menyaksikan ‘Malaysian Official 1’ ini melarikan diri dari gelanggang. Sudah baaaanyak kali.
Terbaru pastinya kita masih ingat bagaimana beliau menghilangkan diri apabila Tun Dr Mahathir datang ke PWTC untuk bersoal jawab dengannya.
Najib Razak memang seronok bercakap seorang diri. Cuba kalau kita letak Mahathir di depan dia. Tak cukup tanah dia melarikan diri.
Melayu hilang kuasa
Dalam setahun, UMNO akan mengulang ayat ini beberapa kali. Tak perlu tunggu bersidang pun UMNO akan tetap bermain sentimen perkauman, kerana UMNO memang parti perkauman. Tanpa modal perkauman, apa lagi lah UMNO ada? Barangkali modal agama, setelah di-hijack modal politik angin syurga itu daripada PAS.
Sebenarnya kita semua sedia tahu, kalau UMNO melingkup, UMNO lah yang hilang kuasa.
UMNO berkuasa pun Melayu merana. Lihat sahaja bagaimana kita sehari-hari dicukai dan dipaksa bayar tol, selain harga barang keperluan yang naik tak turun-turun. Ini siapa punya kerja? Kalau bukan UMNO, siapa? DAP kah yang luluskan GST?

UMNO boleh tewas tapi Melayu tetap berkuasa


KUALA LUMPUR, 2 DIS: Panik dan terdesak. Begitulah yang menggambarkan UMNO saat ini berdasarkan ucapan dasar presidennya Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang semberono menuduh institusi Melayu dan Islam akan musnah jika ‘DAP berkuasa’.
Hakikatnya, realiti politik dan fakta membuktikan bahawa kaum Melayu negara ini tidak akan kehilangan kuasa.
“Bagaimana mungkin kaum Melayu yang mendominasi 70 peratus kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia akan tewas kepada kuasa politik Cina yang hanya mempunyai 13 peratus kerusi Parlimen?” soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
slide1Menurutnya, tohmahan itu membuktikan bahawa Najib dan UMNO sedang berhadapan dengan krisis survival politik mereka.
“Apa jua yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sama ada Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri atau UMNO hilang kuasa Kerajaan Persekutuan, orang Melayu di Malaysia akan terus menguasai politik negara ini,” tegas beliau.
Berdasarkan fakta dan statistik, pada tahun 1970, populasi Malaysia terdiri daripada 44.32 peratus kaum Melayu, kaum Cina (34.34 peratus), kaum India (8.99 peratus), Bumiputera bukan Melayu (11.89 peratus) dan etnik lain (0.67 peratus).
Pada 2010 pula, populasi kaum Melayu meningkat kepada 55.07 peratus, kaum Cina berkurangan kepada 24.34 peratus, India mencatat penurunan kepada 7.35 peratus, Bumiputera bukan Melayu kekal pada 11.94 peratus manakala 1.3 peratus etnik lain.
Malah, pada PRU ke-13 yang lalu, 52.63 peratus pengundi merupakan kaum Melayu, kaum Cina (29.68 peratus), kaum India (7.31 peratus), Bumiputera bukan Melayu (8.96 peratus) dan etnik lain (1.43 peratus).
Daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, 114 merupakan kerusi majoriti Melayu yang mewakili 70 peratus kerusi, 22 kerusi majoriti Cina (13 peratus) dan 29 bilangan kerusi campuran. Tidak ada satu pun kerusi majoriti India.
PRU-14 bukan antara UMNO dan DAP
Kit Siang turut menangkis dakwaan Najib kononnya PRU ke-14 adalah pertembungan UMNO dan DAP.
Jelasnya, PRU ke-14 bukanlah mengenai pertembungan UMNO dan DAP tetapi ia merupakan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti yang bersama Pakatan Harapan seperti DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Ia adalah perlawanan untuk selamatkan Malaysia dari kleptokrasi, mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan demi Malaysia yang demokratik dan adil.

“Tang mana Guan Eng anti-Melayu?” soal Sharif Omar


SEBERANG PERAI, 2 DIS: Bekas menteri UMNO, Datuk Seri Sharif Omar mempersoalkan pihak yang gemar memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya anti-Melayu.
sharif omar“Saya nak tanya orang Pulau Pinang sekarang, tang mana dikatakan Lim Guan Eng ini anti-Melayu, kot-kot saya tak tau.
“Tak ada sebenarnya,” katanya di forum bertajuk “Biarlah aku berkorban untuk Malaysia” anjuran Parti Amanah Negara pertengahan bulan lalu.
Forum itu diadakan bagi mengingati kematian Mohd Shukri Saad yang terjun dari jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup.
Menurut bekas Menteri Pertanian itu, sejak dari dahulu UMNO gemar memainkan sentimen kononnya orang Melayu tidak boleh menyokong DAP kerana parti itu anti-Melayu.
Hakikatnya kata beliau, tidak ada satu pun tindakan DAP yang menunjukkan parti tersebut anti-Melayu sepanjang Pakatan Harapan memimpin Pulau Pinang sejak tahun 2008.
Malah beliau berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu lebih banyak menjaga kebajikan rakyat Pulau Pinang, termasuk kaum Melayu di negeri itu berbanding pemimpin sebelum ini.
“Lim Guan Eng ini buat lebih baik dari dulu. Ini berasaskan fakta. Jadi isu rasis yang UMNO dok canang tu tak laku dah. Orang Pulau Pinang tak boleh terima dah isu tu.
“Yang depa tahu, hidup UMNO, hidup Melayu. Padahal dia sapu habis semua dah,” ujar bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu.

Najib patut selesai masalah rakyat, bukan tiup sentimen perkauman

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Sedang rakyat menanggung beban ekonomi yang kian parah, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak memilih untuk memainkan sentimen perkauman dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam.
Walhal, Najib sepatutnya menggunakan peluang tersebut bagi membincangkan masalah yang menghantui majoriti rakyat Malaysia dan mencadangkan penyelesaian, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
liew chin tong“Najib cuba mengelak dari empat isu utama iaitu cukai GST, skandal terbesar negara 1MDB, penurunan mendadak nilai mata wang ringgit dan kenaikan kos sara hidup.
“Kehidupan rakyat kebanyakan tidak berada dalam keadaan baik hari ini. Tetapi Najib tidak ada jawapan untuk masalah-masalah mereka. Beliau seperti tidak peduli.
“Malah, beliau gunakan pula elemen perkauman untuk mencetuskan ketakutan,” ujarnya.
Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyerang DAP bertubi-tubi dengan menuduh parti itu sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan kononnya rakyat mesti mengundi UMNO supaya DAP tidak akan memerintah.

Najib cuba takutkan Melayu, alih perhatian rakyat terhadap skandal kewangan negara

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Fitnah dan sentimen perkauman yang dimainkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terhadap DAP adalah taktik kotor untuk menakut-nakutkan kaum Melayu dan mengalihkan perhatian rakyat daripada kemelut terbesar skandal kewangan negara.
Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 semalam, Najib menfitnah kononnya perlembagaan DAP tidak menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak berusaha melindungi hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera.
Namun, tohmahan Najib itu jelas tersasar daripada hakikat bahawa perlembagaan DAP sememangnya mengangkat semangat Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Deklarasi Shah Alam semasa Persidangan DAP 2012.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, deklarasi yang dipersetujui sebulat suara pada 8 Januari 2012 itu menyentuh beberapa perkara iaitu mengenai kedaulatan institusi raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak kaum Melayu dan Bumiputera dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
perlembagaan-dap“Adakah Najib Razak buta huruf sehingga beliau tidak faham apa yang tertulis dan diterbitkan (dalam perlembagaan DAP) oleh DAP sebelum ini?
“Atau adakah beliau sengaja memfitnah untuk mengapi-apikan kebencian perkauman di kalangan kaum Melayu supaya segala skandal beliau, termasuk penyelewengan berbilion dolar daripada 1MDB dan SRC International ke dalam akaun peribadi beliau dilupakan?” soalnya.
Zahid pun tidak mahu ketinggalan
PAU 2016 yang berlangsung sejak Isnin lepas dilihat ramai pemerhati sebagai medan bagi pemimpin UMNO untuk menghentam pemimpin yang pernah disanjung mereka dahulu selain menabur fitnah terhadap DAP dengan isu perkauman yang tidak henti-henti diputar belitkan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam ucapannya semasa persidangan itu turut sempat mengikut jejak presidennya dengan melemparkan tuduhan dengan mengatakan bahawa pihak pembangkang kononnya menggunakan strategi Nazi bagi mencipta persepsi.
Zahid, yang sebelum ini mendakwa kononnya ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterima Najib adalah hasil daripada sumbangan penderma Arab berketurunan raja dan kemudiannya didapati tidak benar berdasarkan siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat, berkata:

Bagaimana Trump menang, Rosmah kongsi rahsia

"Pasal apa saya tak dapat tilam, Maria Chin dapat tilam," adu pemuda kepada Zahid

Ahmad Zahid pertahan ucapan dasar Najib, bidas dakwaan Saifuddin

Hina Umno, Tunggulah Balasan ALLAH sembang Kak Ijat

'Jangan tuding jari pada MCA sahaja' - Zahid Hamidi

'Menangis Guan Eng kalau tahu 'rahsia rasis' Muhyiddin' - Perwakilan Umno Pulau Pinang

Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR - Umno Pulau Pinang membidas sikap bekas Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilihat sanggup menggadai prinsipnya demi kepentingan politik peribadi.
Menurut Ketua Umno Bahagian Bagan, Datuk Ir Dr Shaikh Hussein Mydin, 'Muhyiddin yang dahulu bukanlah yang sekarang' kerana peribadinya kini sangat berbeza.
"Waktu Muhyiddin jumpa kami dalam bilik untuk bincang mengenai pilihan raya (dulu), punyalah beliau rasis.
"Menangis Guan Eng kalau tahu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mencabar Muhyiddin untuk mengulangi pendiriannya kini mengenai kata-katanya dahulu.
"Muhyiddin saya nak tanya adakah anda kini 'Malay first, atau Malaysia first'... hari ini dia siapa?
"Jawab balik," katanya.
Sementara itu,katanya Umno Pulau Pinang akan terus memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, walaupun berhadapan cabaran di negeri itu, yang kini diperintah oleh pembangkang.
"Kita sanggup ke lokap kerana Melayu Islam," katanya lagi.

PAU wadah bincang isu bangsa, bukan himpunan rasis sembang Idris

Perhimpunan orang Melayu pasti bicara mengenai keindukan bangsa, kata Ketua Menteri Melaka Idris Haron
Datuk-Seri-Idris-Haron-saifulddin
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) ruang buat orang Melayu memberi peringatan supaya tidak alpa tentang nasib bangsa sendiri dan bukan perhimpunan rasis, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu menempelak dakwaan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah yang mendakwa ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang bencana perkauman, sambil menyatakan Saifuddin sudah ‘hilang kebijaksanaan’ sejak menyertai pakatan itu.
“Ini perhimpunan orang Melayu, dalam perhimpunan ini 100% orangnya Melayu dan bumiputera, perhimpunan Melayu pun tidak boleh bercakap mengenai keindukan Melayu apa maknanya perhimpunan ini.
“(PAU) memberikan peringatan kepada orang Melayu jika kita alpa, kita tidak jaga-jaga, kita tidak berhati-hati, keindukan kita akan diambil alih parti DAP yang sememangnya rasis,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Saifuddin sebagai berkata Najib melakukan kesilapan besar dalam ucapannya kerana boleh mengundang bencana perkauman di negara ini dan kesilapan itu tidak sepatutnya dilakukan seorang Perdana Menteri.
Najib dalam ucapan dasarnya semalam mengingatkan bahawa persoalan memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak diambil mudah, sekiranya negara jatuh ke tangan kerajaan berindukkan DAP, hak dan keistimewaan kerajaan berindukkan Umno seperti institusi agama, raja dan bumiputera akan lenyap serta diperlekeh.

Pimpinan DAP selar ucapan dasar berbaur perkauman Najib


Liew Chin Tong Liew Chin Tong Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sepatutnya menggunakan peluang dalam perhimpunan parti itu membincangkan masalah menghantui majoriti rakyat Malaysia dan mencadangkan penyelesaian bukannya meniupkan sentiman perkauman, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Beliau berkata, Najib cuba mengelak dari empat isu utama iaitu cukai GST, skandal terbesar negara 1MDB, penurunan mendadak nilai mata wang ringgit dan kenaikan kos sara hidup hari ini.
“Kehidupan rakyat kebanyakan tidak berada dalam keadaan baik hari ini. Tetapi Najib tidak ada jawapan untuk masalah-masalah mereka. Beliau seperti tidak peduli.
“Malah, beliau gunakan pula elemen perkauman untuk mencetuskan ketakutan,” ujarnya seperti dipetik Roketkini.
Najib dalam ucapan dasarnya semalam menyerang DAP bertubi-tubi dengan menuduh parti itu sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan kononnya rakyat mesti mengundi Umno supaya DAP tidak akan memerintah.
Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor menjelaskan bahawa pilihan raya akan datang merupakan pertandingan antara satu peratus kroni Najib dengan 99 peratus rakyat Malaysia.
“Semua pihak yang mahu melihat pengakhiran kepimpinan kleptokrasi Najib harus mula merangka strategi untuk berhadapan pilihan raya akan datang. Ini termasuklah juga ahli-ahli Umnoyang tidak bersetuju dengan Presiden mereka.
“Untuk menyelamatkan Malaysia, 99 peratus rakyat ini mesti bangkit,” tegasnya.
Dalam nada sama  hari ini  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua  berpendapat fitnah dan sentimen perkauman yang dimainkan Najib terhadap DAP adalah taktik kotor untuk menakut-nakutkan kaum Melayu dan mengalihkan perhatian rakyat daripada kemelut terbesar skandal kewangan negara.
Najib menfitnah kononnya perlembagaan DAP tidak menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak berusaha melindungi hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera.perlembagaan-dap
Namun, tohmahan Najib itu, ujar  Pua lagi,  jelas tersasar daripada hakikat bahawa perlembagaan DAP sememangnya mengangkat semangat Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Deklarasi Shah Alam semasa Persidangan DAP 2012.

Umno yang perlu terima kasih kepada Melayu, kata wakil Johor


Umno perlu cerita baru untuk Melayu, kata Ayub Rahmat.Umno perlu cerita baru untuk Melayu, kata Ayub Rahmat.
Berbeza dengan presiden dan pemimpin Umno yang lain, wakil Umno Johor meminta Umno membuat tawaran baru untuk orang Melayu bukannya menuntut orang Melayu wala' kepada Umno.
Datuk Ayub bin Rahmat, wakil Umno Johor dalam perbahasan usul Presiden Umno semalam berkata, Perhimpunan Agung Umno pada tahun ini mempunyai beberapa unsur yang menjadikannya amat signifikan dan kritikal.
Beliau menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.
"Umno itu wujud kerana orang Melayu. Umno berjaya memimpin Malaysia kerana orang Melayu," kata beliau dalam ucapan itu ketika semua perwakilan lain sibuk membodek Datuk Seri Najib Razak.
Beliau meminta pemimpin Umno jangan sesekali lupa, Umno tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.
"Jadi, sudah tiba masanya untuk Umno berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada Umno.
"Malah sudah tiba masanya untuk Umno berhenti mengenang-ngenang apa yang telah Umno berikan kepada orang Melayu.
"Tetapi, telah tiba masanya Umno yang berterima kasih dengan sokongan orang melayu selama ini. Umno tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak, dan tidak sama sekali," katanya.
Kerana itu, katanya, Umno Johor percaya, sudah sampai masanya, Umno tampil memperbaharui tawaran dan pemberiannya kepada orang Melayu.
"Umno perlu menawarkan naratif baharu. Menawarkan agenda baharu. Menawarkan keterujaaan dan harapan baharu kepada orang Melayu," katanya.

Muhyiddin masih utamakan Melayu atau tidak, soal perwakilan Umno Pulau Pinang

Datuk Shaik Hussein Mydin berkata Muhyiddin sebelum ini menyatakan beliau mengutamakan bangsa Melayu, kemudian barulah negaranya Malaysia.
Datuk-Shaik-Hussein-MydinKUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Pulau Pinang hari ini bertanya kepada bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada beliau masih mengutamakan bangsanya, Melayu atau Malaysia.
Datuk Shaik Hussein Mydin berkata Muhyiddin sebelum ini berkata beliau mengutamakan bangsanya, kemudian barulah negaranya Malaysia, tetapi kini dilihat rapat dengan DAP.
“Tan Sri Muhyiddin dulu kita tanya dia adakah dia utamakan Malaysia atau Melayu dulu? Dia kata Melayu dulu.
“Saya minta sekarang beliau jawab balik, Melayu dulu atau Malaysia dulu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini hari ini.
Shaik Hussein yang juga ketua Umno Bahagian Bagan berkata demikian dipercayai sebagai mengulas sikap baik presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu dengan DAP sekarang.
Sebelum ini, Muhyiddin berkata dia Melayu terlebih dulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu beliau bukan rakyat Malaysia.

PAS Kelantan masih musuh Umno, kata perwakilan Gua Musang



Perwakilan Gua Musang berkata Umno akan sentiasa berperanan sebagai rakan seperjuangan kepada bukan Melayu kerana tiada parti lain lebih toleran sepertinya.
PAS masih musuh Umno di Kelantan walaupun persepsi yang tersurat sebaliknya di peringkat kebangsaan, kata seorang perwakilan Umno.
"Walaupun di peringkat nasional, parti yang memerintah Kelantan (PAS) kelihatan mesra dengan Umno, realitinya - suka atau tidak - mereka adalah musuh-musuh politik yang jelas bagi orang-orang kita di Kelantan," kata perwakilan Umno Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim .
Gua-Musang,-Mohd-Syahbuddin-Hashim,PAS dan Umno menjadi mesra selepas parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP yang membawa kepada terbubarnya Pakatan Rakyat.
Para pemimpin PAS tetap menegaskan masih menentang Umno dan komited untuk menumbangkan kerajaan BN.
Bagaimanapun Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengumumkan kerajaan akan mengambil alih rang undang-undang ahli persendirian dicadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka hadir pada perhimpunan Ahad ini untuk membantah pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

Kenyataan palsu Jho Low: MAS saran gantung pengarah bank 10 tahun

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mencadangkan supaya bekas pengarah dan wakil Goldman Sachs (Singapore) Pte (GS S'pore) Tim Leissner tidak dibenarkan terbabit dalam pengurusan pasaran modal di negara itu selama 10 tahun.
MAS mendakwa Leissner membuat kenyataan palsu mengenai jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low bagi pihak Goldman Sachs (Asia) LLC, tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
Leissner, kata MAS, bertanggungjawab penuh menguruskan hubungan dengan 1MDB apabila Goldman Sachs diminta oleh 1MDB untuk menerbitkan tiga bon pada 2012-2013.
"Leissner didapati memberi surat rujukan yang tidak sah kepada sebuah institusi kewangan yang berpangkalan di Luxembourg pada bulan Jun 2015, dengan menggunakan kepala surat Goldman Sachs (Asia).
"Surat itu menyatakan bahawa Goldman Sachs telah menjalankan usaha wajar ke atas Jho Low dan keluarganya, dan tidak mengesan sebarang kebimbangan mengenai pengubahan wang haram oleh Low atau keluarganya.

IGP cadang Zunar lukis Donald Duck saja

Ketua polis negara berjanji kedua-dua pihak terlibat dalam peristiwa pergaduhan di Komtar akan disiasat.
police,-IGP,-Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar,-Zunar,-cartoons
GEORGE TOWN: Kartunis tidak sepatutnya menimbulkan kebencian terhadap pemimpin kerajaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berikutan peningkatan kritikan terhadap penahanan kartunis baru-baru ini.
Khalid berkata kartunis seperti Zunar dibenarkan berjenaka tetapi ia bukan budaya orang Malaysia menghina pemimpin.
“Biar saya katakan kepada anda, jika sekumpulan kartunis memutuskan melukis kartun kepada ketua menteri Pulau Pinang, dengan ‘hidung senget’ dengan lain-lain penghinaan, adakah beliau (ketua menteri) membenarkan saya berdiam diri? Tidak!
“Zunar boleh melukis apa sahaja yang beliau mahu, selagi ia tidak menghina sesiapa. Jika kartunis lukis ‘Old McDonald’ atau ‘Donald Duck’, lukislah. Tiada siapa peduli, asalkan tidak menghina orang,” kata Khalid kepada pemberita di Universiti Sains Malaysia hari ini.
Baru-baru ini, kartunis Zunar ditahan polis untuk disiasat kerana mengganggu keamanan pada pameran lukisan di Komtar. Ia adalah penangkapan ke-10 berkaitan kartun satira beliau.
Ditanya mengenai dakwaan Malaysia menjadi bahan jenaka dunia berikutan penangkapan itu, Khalid berkata hanya ” orang tertentu” sahaja ketawa.
“Ia apa yang ada lihat, dan apa yang anda mahu orang ramai lihat. (Kartun ini) adalah ‘cara halus’ untuk menghasut kebencian terhadap pemimpin kerajaan,” katanya.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, mendakwa kira-kira 30 orang yang mengaku sebagai ahli Pemuda Umno mengganggu dan memukul beliau di pameran lukisan itu yang memaksa ia dibatalkan.

Bekas ketua JSJ Kuala Lumpur diarah bela diri gagal isytihar harta

Hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ku dan menetapkan 6 Feb tahun depan untuk membela diri.
Ku-Chin-Wah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah membela diri atas pertuduhan dengan sengaja gagal mengisytiharkan perolehan harta, 3 tahun lepas.
Hakim Sohaini Alias yang membuat keputusan di akhir kes pendakwaan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ku dan menetapkan 6 Feb tahun depan untuk Ku membela diri.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 7 saksi pendakwaan pada perbicaraan yang bermula pada 4 Mei dan berakhir 3 Ogos lepas serta hujahan pendakwaan dan pembelaan.
Terdahulu hakim membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed untuk meminda pertuduhan dengan memasukkan perkataan “dengan sengaja” sebelum ayat “… telah gagal mematuhi terma…”.
Mengikut pertuduhan itu, Ku, 58, didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma notis pendakwa raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013, di mana beliau gagal mengisytiharkan segala punca perolehan dalam Surat Akuan Bersumpah bertarikh 8 Jan 2014.

Sidang Media 30 November 2016 - YB Rafizi Ramli Mengisytihar Hartanya , Isteri dan Anak.

Jangan Pandang Rendah Kepada Bersatu - Pemuda Tebrau

Takrifan perpaduan punca Umno dan PAS lambat bekerjasama - Penganalisis

Ugutan Orang Asli: Tak nak undi PAS, BN dalam PRU14

Berhenti buli kami, Orang Asli beritahu kerajaan PAS Kelantan

'Sekali kerajaan ini jatuh, 7 keturunan belum tentu dapat kembali kuasa ini' - Perwakilan Umno Kelantan

"Akta 355 untuk perkasa Mahkamah Syariah, soal hudud lain," kata Fathul Bari

Rosmah shares opinion on why Trump won

Rosmah nafi dana Permata masuk ke dalam beg tangannya

PAU2016: 'Nak Keluar Umno, Keluarlah' - Hamzah Zainudin

NGO bidas BN, PAS ghairah bela Rohingya, tetapi tindas Orang Asli

'Nak lawan pangkah dalam PRU, bukan guna dana Soros jatuhkan kerajaan' - Fathul Bari

"Dulu kritik kini sepentas pembangkang" kata Fathul Bari

Kenyataan Presiden Umno satu muslihat, kata Pas Kedah

Najib dan Abdul Hadi dalam majlis anjuran alumni Universiti al Azhar dua tahun lalu.Enggan menerima hakikat keakraban Umno dan Pas mutakhir ini, Pas Kedah menyifatkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa hubungan tegang antara Umno dan Pas kian mengendur bersifat 'muslihat politik' untuk cuba memerangkap Pas supaya mengikut rentak parti itu.
"Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa Pas sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara," kata Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.
Menurut beliau, Pas sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan 'amar makruf nahi mungkar' dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga.
Pas, katanya tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini.
"Keterbukaan Pas menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan Pas larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis.
"Pas teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Menurutnya, jika Umno/BN sebagai parti yang memerintah mengumumkan sudah memalu gendang untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) dengan meletakkan sasaran menang 134 kerusi Parlimen, Pas lebih awal meletakkan sasaran untuk menumbangkan BN yang sudah terlalu lama berkuasa sehingga menyusahkan rakyat.

Presiden UMNO telah mengeluarkan fitnah dan dusta berbau perkauman

Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Razak telah mengeluarkan fitnah dan dusta berbau perkauman terhadap DAP yang melampau untuk menakutkan masyarakat Melayu demi mengalihkan kemarahan rakyat kepada skandal-skandal 1MDB, SRC International dan MO1

Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Razak telah melontarkan pelbagai fitnah dan dusta terhadap parti DAP dan pemimpin-pemimpinnya dalam ucaptama Perhimpunan Agung UMNO semala.

Beliau berkata bahawa “sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh UMNO selama ini, termasuk Institusi-institusi Bumiputera antaranya MARA, FELDA, RISDA, FELCRA dan TERAJU akan pupus dan lenyap.”

Tambahan lagi, Dato’ Seri Najib juga menuduh bahawa “Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat pun, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan Orang-Orang Melayu serta Bumiputera.”

Kami ingin bertanya kepada Dato’ Seri Najib Razak -  parti yang mana yang meletakkan keseluruhan Perlembagaan Persekutuan ke dalam Perlembagaan Parti?  Adakah MCA, MIC, Gerakan, parti-parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak menyenaraikan setiap fasal perlembagaan persekutuan ke dalam perlembagaan parti mereka?

Jelasnya tidak. Hakikatnya, Presiden UMNO hanya ingin menipu dan mengelirukan orang ramai terhadap perlembagaan parti DAP.

Adalah tertulis dalam perlembagaan DAP bahawa maksud dan semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang dihasratkan oleh pengasas penubuhan dan kemerdekaan Malaysia merupakan perjuangan DAP.  Setahu kami, fasal-fasal yang disebut oleh Dato’ Seri Najib Razak – Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan bumiputera adalah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan yang sama dipertahankan oleh DAP.

Apatah lagi, untuk menafikan pembohongan-pembohongan UMNO selama ini, semasa Persidangan Parti DAP di Shah Alam pada 8 Jan 2012 , DAP telah mengeluarkan dan meluluskan Deklarasi Shah Alam yang antaranya menegaskan bahawa:

Kita menghasratkan Impian Bangsa Malaysia, dan dalam usaha untuk mengecapi impian ini, kita mengulangi komitmen untuk:

** Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

** Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

** Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

** Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

** Memperjuangkan kebebasan rakyat yang terjamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan.

** Menghormati Perjanjian Malaysia 1963 serta hak-hak yang dimiliki oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Adakah Dato’ Seri Najib Razak buta huruf sehingga sehingga beliau tidak faham apa yang tertulis dan diterbitkan oleh DAP sebelum ini?

Umno berpesta di PWTC kerana tiada lagi ancaman PAS, kata penganalisis

Dan strategi Umno 'meneutralisasikan' musuh tegarnya itu setakat ini berjaya. Hisomuddin_Bakar
KUALA LUMPUR: Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS.
Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya.
“Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk,” kata Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas.
Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC.
“Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS,” katanya kepada FMT.
Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini.
Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat.
“Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS,” kata Hisomuddin.
Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya.
“Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi.
“Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS.
“Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli.
“Sebab itu pimpinan kanannya masih dalam mood nafi, PAS tetap akan lawan Umno, tuduhan mahu bersama dengan Umno adalah fitnah dan sebagainya,” kata Hisom.
Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS.