Khamis, 1 Disember 2016

Undi UMNO atau DAP? / KLEPTOKRASI atau KEBENARAN? - Satu Percaturan Minda.

Laungan Undi UMNO atau DAP, ini kedengaran melalui ucapan YAB Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, hari ini. Saya tidak terkejut mahupun terkilan dengan ucapan sebegini kerana perhimpunan tersebut adalah perhimpunan persendirian yang membawa sentimen politik masing - masing.

Namun begitu, dalam kancah politik masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa kuasa mutlak adalah kuasa RAKYAT. Rakyat mengetahui segala - segalanya dan setiap percubaan untuk memperkecilkan minda dan kepintaran mereka, adalah satu percubaan ketinggalan zaman, seumpama peribahasa Melayu,  Zaman Puntung Berasap atau Zaman Tuk Nadur Berkajang Kain.

Maka, undi UMNO atau DAP? Atau Undi BN atau Pakatan - TIDAK memaparkan impak rakyat sebenar.

Izinkan saya memetik, teks ucapan rasmi Perdana Menteri iaitu "Sekiranya rakyat dapat menjadi hakim dan memilih, DAP atau UMNO? DAP atau UMNO?"

Sekiranya RAKYAT menjadi hakim - keputusan RAKYAT perlu ditentukan melalui prinsip - prinsip kebenaran, keadilan dan kebajikan. Keputusan wajar diambil berdasarkan kesengsaraan dan penderitaan yang dilalui oleh RAKYAT melalui cukai GST, kos sara hidup yang meningkat, kos barang yang meningkat dan kualiti kehidupan yang saban hari saban merudum. Isu - isu seperti IMDB, 2.6 billion, DOJ, Tabung Haji, Felda, mata wang Malaysia, warga asing yang membanjiri Malaysia, kadar pengangguran, mutu pendidikan dan kesihatan yang semakin merosot dan banyak lagi wajar diperjelaskan dan diterangkan secara holistik dan terbuka. Isu rasuah, penyelewengan dan keborosan yang semakin hari semakin mencabuli integriti dan keyakinan rakyat terhadap pimpinan dan badan - badan berkuasa wajar dijawab dengan penuh komitmen.

Percaturan RAKYAT untuk menentukan kepimpinan dalam PRU 14, demi negara, demi bangsa (bangsa Malaysia), dan demi generasi akan datang, adalah melalui ukuran - ukuran diatas. Hanya sekadar UMNO dan DAP atau Barisan dan Pakatan, tiada sebarang makna dan hanya akan membawa malapetaka kepada negara.

PAU 2016: Ucapan dasar Najib yang desperate


Najib sampaikan ucapan dasar yang desperate. 
Walaupun sudah dapat dijangkakan apa yang bakal Najib Razak perkatakan dalam ucapan dasar dalam PAU tahun ini; mengulangi jerit tempik yang sama dengan "meneran-nerankan" suara, tetapi ternyata ucapan kali ini sangat teruk dari sebelum ini dan menggambarkan beliau sudah kehabisan idea dan modal.

Bukan sahaja pemerhati di luar kecewa dengan persembahan Najib hari ini, perwakilan dalam Dewan Merdeka juga kecewa dan kelesuan mendengar titah Najib.

Tidak ada apa-apa kejutan dan pembaharuan yang dapat dikutip untuk dijadikan bahan renungan. Tidak ada gagasan besar yang diberikan kepada perwakilan untuk diisi ke dalam kepalanya. Perwakilan Umno sekadar pulang ke kawasan masing-masing membawa perut yang sedikit terisi kerana dibelanja ketua bahagian masing-masing, tetapi minda tetap kosong.

Tidak ada bekalan baik berupa ilmu dan semangat waja yang logikal diberikan presiden parti untuk dibawa pulang. Apa yang ada hanya permintaan lirih oleh Najib supaya terus menyokongnya untuk berkuasa sekurang-kurang satu penggal lagi. Rakyat dan orang ramai yang menunggu-nunggu kepulangan perwakilkan diharap meleraikan masalah yang tersendak di benak mereka, kecewa.

Masa yang diambil Najib selama 1 jam 22 minit menyampaikan ucapan itu, dengan 12 kali sapu mulut (11 kali menggunakan sapu tangan dan sekali menggunakan jari kiri), dan lima kali meneguk air, lebih banyak merintih dan mendayu-dayu kepada ahli agar wala' taat setia kepadanya. Najib cuba menghurai mengenai definasi wala' dalam falsafah Islam. Penggunaan perkataan ini mungkin atas nasihat parti agama (Pas) untuk menunjukkan Umno ke arah assosiasi dengan Pas.

Kononnya pemimpin itu perlu ditaati dan disokong selagi dia tidak melakukan dosa-dosa besar dan kefur kepada Allah. Apakah bagi Najib yang didakwa menyonglapkan wang 1MDB, menerima dana asing RM2.6 billion itu, atau memberi kesempatan kepada anak bini menggunakan kemudahan kerajaan bukan merupakan dosa besar? Apakah sikap itu sikap Umar Abdul Aziz atau Umar Khattab yang menulis menggunakan lilin dan tidak menggunakan lampu kerajaan?

Kekufuran seseorang pemimpin atau umat Islam yang bersyahdah itu tidak payah tunggu seseorang itu menjadi murtad atau kafir, tetapi menyangak harta dan khazanah negara juga termasuk dalam perbuatan mungkar. Perbuatan rasuah juga sebahagian daripada perbuatan kufur, kerana engkar kepada arahan dan tuntutan agama. Menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan diri hatta parti memerintah juga, yang boleh dianggap kufur kerana ia melanggar prinsip demorkasi.

Ingat, Najib tidak menjawab dan menjelas segala tuduhan-tuduhan itu dengan tuntas. Sampai kini ia berlegar dalam benak orang ramai dan juga kepala orang dalam Dewan Merdeka, cuma mereka tidak tergamak untuk bertanya kerana mempunyai sifat "malualah" sebagai ahli politik parti Melayu. Selagi isu-isu tersebut mendindiungi kepala orang ramai maka Najib masih ada hutang dengan rakyat.

Masa yang agak panjang itu sepatutnya Najib ambil bagi membersihkan pesepsi dirinya dengan hal-hal itu. PAU sepatut digunakan untuk menyemak diri sekurang-kurangnya di kalangan ahli Umno. Sayang dia tidak mengambil peluang itu sebaliknya menggunakan ruang itu untuk meracuni kepala perwakilan membenci dua individu atau pihak; Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang DAP.

Dalam mengharap belash ihsan dan simpati kepadanya Najib memuji Wanita Umno, Pemuda Umno dan juga Puteri Umno serta beberapa individu lain yang membakar diri demi Umno. Pujian di atas pencapaian sayap-sayap itu yang tidak pasti apakah kejayaannya, adalah demi mengharap mereka menjadi pembela kepada masalahnya. Najib membentuk pemikiran mereka agar mengasihi dan simpati kepadanya.

Selain daripada pujian dan tepok sorak, sayap-sayap itu tidak pun mendapat apa-apa jaminan dan penghormatan lebih dari itu daripada presiden. Sepatutnya kalau Najib benar-benar bangga dengan pencapaian sayap-sayap itu beliau sekurang-kurang memenuhi tuntutan dan harapan Pemuda yang mahu anggota sayap itu diberi ruang 30% sebagai calon dalam pilihan raya. Najib tidak layan pun permintaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini.

Yang paling menyerlah dalam ucapan Najib tadi pembelasahan terhadap Dr Mahathir Mohamad. Tindakan Najib hari ini diluar jangka apabila beliau tergamak menyifatkan bekas presiden Umno itu sebagai penderhaka. Dalam konteks Melayu dan Dr Mahathir bekas anggota parti itu apatah lagi bekas presiden dan PM ia sesuatu yang kurang beradab.

Dr Mahathir disifatkan penderhaka apabila meninggalkan Umno dan bersama pembangkang khas DAP. Mereka yang rasional akan menolak cara Najib itu dan mencari-cari dimana kederhakaan Dr Mahathir kepada Umno yang dituduh Najib itu.

Pemuda MCA beri amaran kepada naib ketua Pemuda Umno

Pemuda MCA berkata ucapan Khairul Azwan bertentangan dengan apa yang dijanjikan perdana menteri kepada masyarakat Cina.
Leong-Kim-Soon-1
PETALING JAYA: MCA menggesa Umno mengambil tindakan terhadap Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun kerana “menggugat masyarakat dan pendidikan Cina”.
Ini berikutan amaran Khairul kepada kaum China tentang implikasi jika mereka terus menjauhi Barisan Nasional (BN).
Khairul berkata, ia mungkin menyebabkan Putrajaya didesak agar memberi kurang perhatian kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau menghapuskan institusi itu sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Leong Kim Soon berkata ucapan Khairul, yang dibuat pada mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno semalam, menunjukkan beliau tidak menyedari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah menyatakan sokongan pengekalan sekolah Cina.
Leong berkata Najib, yang juga presiden Umno, pada mesyuarat agung MCA ke-63 berkata, kerajaan akan bekerjasama rapat dengan parti berasaskan kaum Cina untuk membina lebih banyak sekolah jenis Cina atau SJKC.
“Jika Khairul tidak memahami apa dimaksudkan perdana menteri, beliau dan ahli Pemuda lain boleh bertanya kepada perdana menteri,” katanya sambil menambah ia menunjukkan sikap tidak hormat Khairul terhadap Najib.
“Umno perlu mengambil tindakan ke atas beliau supaya berhenti membuat kenyataan ekstrem mengenai orang Cina.”

BIRU MUKA NAJIB!!~ "Pemuda UMNO "PERLI" Najib Kerana Suka "BODOHKAN" Rakyat

'Warga Felda bukan tikus makmal' - Wakil Umno Pahang

Wakil Umno Pahang, Shahaniza Shamsudin
Wakil Umno Pahang, Shahaniza Shamsudin membahas usul sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
KUALA LUMPUR -Penubuhan Makmal Pemantapan Felda untuk menyelesaikan masalah tidak boleh memakan masa terlalu lama kerana warga Felda bukanlah 'tikus makmal' yang boleh dijadikan  bahan ujikaji, demikian menurut Perwakilan Pahang, Shahaniza Shamsuddin.
Timbalan Ketua Umno Maran itu berkata, pengundi Felda yang sentiasa berada di belakang kerajaan pada PRU lepas berkemungkinan besar akan menunjukkan undi protes jika hal-hal berbangkit tidak diambil tindakan menjelang PRU14.
"Rata-rata warga Felda bersyukur dan menterjemahkan kesyukuran mereka dengan memberikan sokongan dan undi yang tidak berbelah bagi kepada Umno dan BN.
"Undi daripada peneroka Felda inilah yang telah menyumbangkan kemenangan selesa BN selama ini. Namun, kawasan Felda hari ini berdepan dengan cabaran getir dengan pelbagai isu yang gagal ditangani dengan baik," katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno kali ini.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan Umno yang kawasan luar bandar dan juga Felda  merupakan fixed deposit kepada parti itu.

PESTA BODEK: PEMUDA,WANITA DAN PUTERI UMNO CUKUP-CUKUP LA BODEK DAN AMPU NAJIB.

Yang Ku Dengar,Ku Lihat...

1.Mengikuti ucapan Ketua-ketua Wanita,Pemuda dan Puteri Umno naik 'melugai nak temuntah'.Ucapan yang tidak menunjukan apa visi dan misi masa depan negara.Keseluruhan ucapan hanya lebih menekankan supaya perwakilan pertahankan Najib.

"Sepatutnya sebagai sayap kepada induk parti, mereka seharusnya lebih berani untuk mempersoalkan kepimpinan utama Najib yang gagal membawa negara dan kehidupan rakyat pada satu keadaan yang lebih sejahtera".

2. Masalahnya mereka ini tidak boleh  diharapkan untuk membawa 'suara keras' rakyat yang sedang terbeban akibat dari salah urus tadbir negara dengan jenayah curi rasuah yang berleluasa.Ini disebabkan mereka sendiri mempuyai beban masaalah integriti. KJ (Ketua Pemuda) sendiri tercalar dengan jenayah curi wang Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) RM100 juta dan Sharizat (Ketua Wanita) dengan kegagalan projek NFC yang menyebabkan kehilangan wang RM250 juta serta Ketua Puteri yang banyak bergantung kepada ehsan Najib.

3. Cukuplah jadi pembodek dan penjilat serta pemakan 'dedak'.Usah cuba menipu dan menyembunyikan jenayah rasuah curi yang sedang berlaku dalam negara daripada pengetahuan rakyat.Jangan paksa diri berucap dan buat 'kenyataan bodoh' yang memalukan bangsa Melayu dan agama Islam hanya semata-mata takut hilang kedudukan sebaliknya mesti berani bangun menegur pemimpin, serta harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup,GST dan kehilangan wang 1MDB.

"Jangan takut untuk berkata benar,Takutlah untuk Berkata yang Salah dan Beranilah kerana Benar dan Takut Kerana Salah".


#PolitikBaruTanpaUmnoBn
#SelamatkanMalaysia.
#RakyatHakimNegara

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

DAP Mimpi Ngeri Melayu - Najib

Pengundi Melayu dan bumiputera diingatkan supaya berhati-hati memilih parti politik yang akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membuat keputusan tepat sama ada untuk memilih kerajaan induk pimpinan Umno atau DAP yang menjadi tunjang pembangkang.
“Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukan perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan bumiputera yang masih leka tentang hal ini.
“Sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya, pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini tidak akan mampu dikekalkan,” katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Khamis.

ZAHID SINDIR NAJIB?

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib Razak tahun ini, nama yang paling kerap disebutnya ialah Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu bukan lagi ahli UMNO, namun Najib tetap memberi keutamaan dengan menyebut nama Tun Mahathir berulang-ulang kali.

Berbanding seorang lagi bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun turut berada di Dewan Merdeka, beliau sebaliknya seolah-olah dilupakan begitu saja oleh Najib.

Ketika di media-media sosial mula terdengar kata-kata agar mereka yang bukan lagi ahli UMNO tidak perlu sibuk-sibuk memperkatakan tentang Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, Najib malah seolah-olah menampakkan beliau "tidak boleh hidup" tanpa menyebut nama Tun Mahathir.

Tetapi dalam sidang media selepas Presiden UMNO itu  menyampaikan ucapan perasmiannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berbeza perkiraan dengan Najib.

Kata Zahid, perwakilan dan ahli UMNO tidak perlu mengagung-agungkan tokoh yang bukan lagi bersama dengan perjuangan parti itu kerana ia juga boleh membawa kesan sampingan yang lain.

Kenyataan Presiden Umno itu satu muslihat - PJ PAS Kedah

OLEH DR AHMAD FAKHRUDDIN SYEIKH FAKHRURAZI
KENYATAAN Presiden Umno, Datuk Seri Najib bahawa hubungan tegang antara Umno dan PAS kian mengendur adalah bersifat muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu. Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara.


Yang sebenarnya berlaku ialah PAS sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan “amar makruf nahi mungkar” dalam apa jua situasi dan dalam berhadapan dengan sesiapa juga. PAS tidak pernah berkompromi dengan BN dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tekanan terhadap rakyat dalam pelbagai kenaikan oleh kerajaan, kegawatan ekonomi angkara BN, isu 1MDB, kerugian Felda, penyalahgunaan SOSMA dan pelbagai isu dalam negara mutakhir ini.

Keterbukaan PAS menerusi pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) tidak menjadikan PAS larut serta terjebak dengan politik berasaskan ideologi nasionalis, sosialis mahupun sekularis. PAS teguh meletakkan syariat Islam sebagai landasan halatuju politik negara dalam memperjuangkan kesamarataan hak, pengurusan ekonomi yang adil, pemuliharaan alam sekitar serta hubungan antara kaum.

Pengundi muda kesal soalan sinis ketua SPR semasa inkuiri

Pelajar jurusan undang-undang yang menghadiri inkuiri persempadanan semula mendakwa pengerusi SPR bertanya kepadanya soalan tidak relevan pada sesi pendengaran.
Prasanth-Kumar-1
PETALING JAYA: Seorang pengundi muda yang menghadiri pendengaran inkuiri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung cadangan persempadanan semula melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan dibuat pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengenai beliau.
Dalam satu kenyataan, B Prasanth Kumar, pelajar jurusan undang-undang berusia 22 tahun dari Melaka, mendakwa Hashim bertanya soalan peribadi yang tidak relevan dengan pendengaran itu.
Prasanth mendakwa Hashim turut menasihatkan bapanya, yang hadir sama agar menasihati Prasanth menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam prosiding seperti pendengaran bantahan.
Prasanth, pelajar di sebuah universiti swasta, pada pendengaran itu membentangkan bantahan terhadap panel SPR mengenai syor bagi kerusi Parlimen Jasin dan kerusi negeri Rim di Melaka.
Semasa pembentangan tersebut, beliau mendakwa Hashim, yang mengetuai 6 panel SPR, bertanya kepadanya sama ada beliau pelajar universiti dan belajar di mana.
“Saya bertanya soalan yang sama 3 kali. Kemudian Hashim bertanya sama ada saya mengenali individu yang duduk di sebelahnya dan saya menjawab tidak.
“Beliau berkata, 2 daripada anggota panel adalah hakim, dan saya mengakui mereka lebih berpengetahuan daripada saya. Saya kemudian meneruskan pembentangan bantahan saya.”
Selepas pembentangan, Prasanth berkata Hashim bertanya kepadanya sama ada beliau menghadiri bantahan baru-baru ini dan membawa sepanduk.
Prasanth berkata beliau menghadiri protes tetapi tidak membawa sebarang sepanduk dan berkumpul secara aman.
Ketika dihubungi, Prasanth memberitahu FMT beliau percaya Hashim bertanya sama ada beliau menyertai perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
Beliau terkejut dengan soalan Hashim dan kenyataan mengenai menamatkan pengajian terlebih dahulu dianggap tiada kena mengena dengan bantahannya.
“Jika tiada apa-apa, beliau harus memberi tumpuan kepada pembentangan saya tentang bantahan. Apakah kaitan umur atau sama ada saya masih belajar mempunyai kaitan dengannya?”

Ezam umpama ‘langau’ dalam politik - Exco Pemuda Umno

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menempelak Presiden Hisbah Centre For Reform, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor yang disifatkan sebagai ‘langau’.
Menurutnya, langau gemar menghurung bangkai dan kehadiran serangga pengotor ini juga akan menyebabkan rasa rimas dan terganggu terutama apabila sedang menikmati juadah.
“Beliau (Mohamad Ezam) hanya tahu membuat bising tanpa diundang dan tidaklah sehebat mana pun.
Nazir Hussin “Itulah Mohamad Ezam, di mana ada dedak di situlah dia akan hinggap dan duduk dengan diam tanpa pedulikan manusia di sekelilingnya...apabila dedak habis dimakan, beliau akan kembali menunjukkan belangnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Ezam keluar daripada Umno pada tahun 1998 untuk menyertai PKR dan keluar daripada parti itu pada tahun 2007 untuk menyertai Umno semula.
Kemudian, sekali lagi keluar pada 2016, dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sementara itu, Nazir turut mempersoalkan usaha yang dilakukan Mohamad Ezam ketika dalam Umno dan diberi jawatan tinggi.
“Selepas keluar daripada Umno, barulah sibuk hendak membanteras rasuah dan sebagainya. Ketika dalam Umno, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2010 dan kemudian dilantik pula sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014.

Akar umbi Umno kecewa dengan Dr M, tapi terima jika ingin kembali

Mereka melahirkan kekecewaan dengan tindakan Dr Mahathir bekerjasama dengan DAP kerana beliau pernah berikrar akan setia selamanya dengan Umno.
umno-mahathir
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad menjalinkan hubungan dengan pembangkang khususnya DAP ternyata mengecewakan pemimpin akar umbi Umno.
Ketua Pemuda Cawangan di Bahagian Libaran, Sandakan, Kamal M Said menyatakan Dr Mahathir pernah berikrar akan setia selamanya dengan Umno tetapi kini situasi sebaliknya berlaku.
“Sebagai orang Melayu, kita sangat kecewa dengan tindakannya. Beliau pemimpin lama di dalam Umno. Sepatutnya menjadi contoh anak Melayu yang membangunkan negara.
“Tetapi, kini beliau bersama pembangkang. Beliau cakap tidak serupa bikin,” katanya sewaktu ditemui FMT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Kesedihan tersebut turut dirasai Pengerusi Tetap Wanita Cawangan Kampung Tanah Hulu, Kuala Kangsar, Rose Nani Baharuddin yang berpandangan Dr Mahathir seharusnya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan bukannya menentang.
“Dr Mahathir pernah memerintah negara. Beliau seharusnya menyokong Najib dan memahami pahit getir ekonomi yang berlaku di dalam negara.
“Saya menangis meleleh air mata melihat tindakannya (Dr Mahathir) dan memikirkan mengenai generasi, hala tuju negara kita,” katanya.
Kata Rose Nani, Najib merupakan pemimpin yang bagus dan rakyat perlu menyokong apa yang dilakukannya.
“Najib seorang yang bagus, beliau sendiri anak pemimpin, mesti tahu mana yang baik dan buruk. Bagusnya Najib ni, mungkin orang marah dari segi lain.
“Masalah ekonomi bukan negara kita sahaja. Kalau negara kita miskin, pasar raya tidak akan penuh, ramai orang tidak makan. Dulu masa Dr Mahathir, pernah juga ekonomi meleset pada 1997. Justeru, Dr Mahathir kena faham,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau dan Ketua Umno Cawangan Lembah Kelau, Raub Ali Ismail percaya Dr Mahathir akan diterima semula parti jika beliau insaf daripada kesilapannya.

Najib sahkan sepentas dengan Hadi Ahad ini

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan beliau akan bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang 4 Disember ini dalam himpunan solidariti untuk Rohingya.
Berucap ketika memberikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU 16), Najib berkata beliau akan bersama-sama Hadi dalam himpunan di Stadium Titiwangsa mulai jam 8 pagi itu.
Ini adalah kali kedua Najib dan Hadi duduk sepentas sejak berita angin kedua-dua parti pimpinan mereka akan bekerjasama.
Tuan Ibrahim tidak umumkan Najib juga akan sertai majlis ini.Tuan Ibrahim tidak umumkan Najib juga akan sertai majlis ini.Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran Ngo-Ngo Islam Malaysia akan diadakan Ahad mulai jam 8.00 pagi - 11.00 pagi di Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim berkata, himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan Umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.
Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara.

Najib bayangkan PRU makin dekat, kerajaan baharu diterajui DAP


Najib Razak berucap membentangkan ucapan dasar presiden.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal tiba tidak lama lagi akan memberikan pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan kerajaan yang diketuai Umno atau memilih kerajaan baru yang diterajui DAP, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.
Walaupun tidak menyatakan bila pilihan raya umum akan diadakan, Najib bagaimanapun memberi amaran bahawa PRU14 akan menjadi penentu sama ada kerajaan pimpinan Umno kekal atau rakyat memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
Najib menambah, Perhimpunan Agung Umno kali ini adalah untuk para perwakilan menerima amanat dan pesanan sebagai persiapan bertempur di medan juang PRU14.
Ini menguatkan lagi tanggapan penganalisis politik bahawa PRU14 akan diadakan pada masa terdekat dengan mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.
Perhimpunan Agung Umno 2016 dihadiri 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.

Perhimpunan Umno hanya medan bodek Najib, kata PPBM

Naib presiden PPBM melihat persidangan Umno tidak digunakan sebaiknya bagi membela rakyat dengan membangkitkan isu semasa seperti kenaikan kos hidup, pengangguran dan kenaikan harga barang.
hamidah-osman-umno
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengkritik sikap Umno yang menjadikan persidangan agungnya kali ini sebagai medan membodek dan mengangkat Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman juga kecewa kerana ia turut menjadi platform mengkritik bekas pemimpin Umno.
“Saya nak ucap terima kasih juga kerana mempopularkan PPBM sekurang-kurangnya,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM menjadi sasaran ucapan ketua Pemuda dan Wanita Umno
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memetik sajak “Melayu Mudah Lupa” karangan bekas perdana menteri itu, sementara Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil menyifatkan hari Dr Mahathir “bercium mulut” dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai “hari paling gelap” buat dirinya.
Mengulas lanjut, Hamidah dalam masa yang sama turut mempersoalkan kenyataan Shahrizat yang menyatakan Najib sebagai perdana menteri terbaik.
“Bagaimana ketua Wanita yang berpengalaman membuat penilaian mengatakan Najib adalah terbaik? Lebih baik daripada Dr Mahathir dan Tun Abdul Razak sendiri?

PERKASA bidas projek KL PWTC ketika kos sara hidup naik

PERKASA memandang serius rancangan Umno untuk mengembangkan dan membaik pulih bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, yang juga adalah ibu pejabat parti itu.
Wira PERKASA berkata rancangan pembinaan KL PWTC, yang termasuk pembinaan sebuah menara 70 tingkat, tidak kena pada masa ketika ekonomi negara dan global tidak begitu stabil dan menentu.
“Dalam situasi sekarang, pembangunan yang membawa manfaat kepada rakyat perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.
“Sejak kebelakangan ini rakyat `berperang’ dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
“Adalah penting untuk kerajaan mengutamakan pembangunan yang menyentuh kepentingan dan kebajikan masyarakat supaya rakyat tidak merasa terhimpit dengan ‘survival’ di negara sendiri,” kata Naib Wira PERKASA, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari dalam satu kenyataan.
Contoh kesusahan itu, katanya, adalah bagaimana kira-kira 150 pelajar Malaysia di Mesir yang masih belum mendapat biasiswa dan pinjaman dan terpaksa meminjam sehingga RM4.5 juta yang diburukkan lagi oleh nilai ringgit yang semakin lemah.
Beliau berkata jumlah itu agak kecil berbanding kos yang diperlukan untuk pengubahsuaian ke atas PWTC.
“Bukankah pendidikan itu lebih penting, apa lagi para pelajar kita di sana berdepan dengan kemungkinan disingkirkan jika gagal melangsaikan hutang?
“Mereka yang terbabit bukanlah mengikuti kursus-kursus biasa. Rata-ratanya bakal doktor, pakar pergigian dan juga pakar farmasi. Ada juga yang bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk membayar yuran pengajian dan kos sara hidup mereka.
“Jika Malaysia boleh menyumbang RM12 juta bagi pembinaan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), kenapa tidak boleh sumbang hanya RM4.5 juta untuk membantu pelajar kita di Mesir?” soalnya.
Sehubungan itu, Safwan mahu kerajaan untuk memberi keutamaan yang betul, terutama apabila ia membabitkan pendidikan bumiputera.

'Ladang sawit terbentang, tapi minyak masak tiada' - Timbalan Ketua Umno Maran

Pahang telah sekian lama menjadi simpanan tetap BN, malah penyumbang terbesar kepada kemenangan selesa parti itu pada setiap pilihan raya umum.
Namun, ia bukan jaminan negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu terlepas daripada masalah.
Menurut Timbalan Ketua Umno Maran Datuk Shahaniza Shamsuddin, kawasan Felda di negeri itu masih berdepan dengan cabaran getir dengan pelbagai isu yang gagal ditangani dengan baik.

Kata Shahaniza, contoh terdekat adalah apabila timbul isu terputus bekalan minyak masak baru-baru ini.
"Tak jadi bahan lawak ke tuan tuan dan puan puan, buka pintu rumah nun menghijau pokok kelapa sawit tapi buka almari di dapur tiada bekalan minyak untuk digunakan sebagai keperluan seharian.

“Inilah antara isu yang kita harus lihat, realiti yang menyakitkan masyarakat,” katanya.

Zaman selesa berakhir
Sementara itu, Shahniza mengingatkan bahawa zaman Umno berasa selesa sudah berlalu.
Ujar Shahaniza, Umno tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti keramat Melayu khususnya di kalangan pengundi muda.
"Pilihan raya adalah angka manakala politik adalah sokongan.

Sidang Media #LIVEFB 30 November 2016 - YB Fuziah Salleh - Pencerobohan hutan simpan di Pahang.

Sidang Media #LIVEFB 29 November 2016 - Hutan simpan Pekan telah diterokai

Membalak Sampai Licin: 47 Orang Asli dibebaskan, lebih ramai khuatir ditahan

PAS & UMNO Kini Boleh Duduk Semeja - Dr. Asyraf Wajdi

Najib kini berdoa, perwakilan Umno menitis air mata

Baju Merah: Ahli Parlimen Pendang ucap terima kasih Jamal Yunos

Othman Abdul pada sesi perbahasan Perhimpunan Agong Umno 2016 hari ini berkata kalau tiada Bersih, maka gerakan Baju Merah juga tidak akan ada.
Othman-Abdul_jamal-yunos_600
KUALA LUMPUR: Perwakilan Pendang hari ini memberikan penghargaan kepada Datuk Seri Jamal Yunos yang pada pendapatnya sudah berjasa dalam mempertahankan orang Melayu.
“Terima kasih Datuk (Seri) Jamal dan kumpulannya. Bukan kita nak suruh bergaduh, tetapi hanya mempertahankan maruah bangsa.
“Tiada baju kuning, tiadalah baju merah,” kata perwakilan Umno Pendang Othman Abdul pada sesi perbahasan Perhimpunan Agong Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pendang berkata mana-mana pihak asing tidak boleh dibenarkan masuk campur tangan dalam hal ehwal negara.
Othman merujuk kepada tindakan Jamal dan gerakan Baju Merah yang bertembung dengan Bersih, antaranya kerana NGO itu didakwa menerima dana daripada Open Society Foundation milik jutawan Amerika Syarikat George Soros.
Baju Merah juga baru-baru ini mengadakan demonstrasi di depan pejabat Malaysiakini atas alasan yang sama.
Semalam, gimik Jamal membawa keratan gambar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendapat sambutan hangat perwakilan dan ahli parti Melayu itu yang memenuhi PWTC.

Umno sudah beli tapak di Hentian Putra, kata Datuk Bandar KL

PAU 2016: Hak Bumiputera Hilang Jika Rakyat Pilih DAP - Najib

PAU 2016: Terima Kasih Pas Tak Sertai Bersih - Najib

Keluhan pekerja ladang miskin tidak dapat rumah selepas 23 tahun

'Fighter' kena lawan 'fighter', geng Muay Thai sahut cabaran Abang Kucing

Polis tidak sentuh Orang Asli semasa tangkapan, kata Siti Kassim

Jabatan hutan tahan ‘selori’ Orang Asli, kata peguam

Polis bebaskan 47 Orang Asli, disambut linangan air mata

Ku Li: Tak boleh ada kekeliruan tentang Akta 355

Veteran Umno berkata kekeliruan timbul apabila PAS terus-terusan mencanangkan isu hudud yang memberi tanggapan ia akan dilaksanakan.
kuli
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cadangan pindaan Akta 355 tidak sepatutnya menyebabkan kekeliruan masyarakat kerana mana-mana perundangan yang dikuatkuasakan dalam negara perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran Umno itu berkata beliau sendiri ingin menyaksikan undang-undang yang dibawa sepatutnya selaras dengan perlembagaan yang dipegang negara.
“Kita tidak boleh ada keadaan di mana semua orang terus keliru dan curiga,” katanya kepada wartawan ketika ditemui Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC, di sini hari ini.
Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil Ku Li berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pindaan terhadap Akta 355.
Ahli Parlimen Guan Musang itu berkata isu itu juga tidak sepatutnya dijadikan kontroversi kerana Malaysia negara yang mematuhi syariah, dan boleh disokong umat Islam dan bukan Islam.
Ku Li berkata kekeliruan yang menyelubungi cadangan rang undang-undang (RUU) itu daripada PAS yang sering mengaitkannya dengan hudud memberikan tanggapan yang ia akan dilaksanakan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 26 Mei membawa usul persendirian RUU untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen.
RUU itu meminta pindaan kepada akta berkenaan, yang turut dikenali sebagai Akta 355, untuk memperkasakan mahkamah syariah menambah hukuman seperti diperuntukkan dalam undang-undang syariah.

Pemuda Umno perlu hentikan api perkauman, fokus skandal 1MDB


Wong Kah WohWong Kah Woh
Pemuda Umno perlu berhenti memainkan sentimen perkauman dan 'ugutan politik' terhadap rakyat pelbagai kaum negara ini.
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, ucapan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun pada Perhimpunan Agung Umno 2016 semalam seolah-olah mahu mengalih perhatian masyarakat dari skandal mega 1MDB yang telah menjejaskan negara.
“Telah banyak kerosakan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN, termasuk skandal terbesar negara 1MDB yang masih belum selesai.
“Khairul tidak patut cetuskan isu perkauman dan abaikan masalah skandal terbesar negara yang menjejaskan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.
Menurut Kah Woh, fokus negara saat ini perlu ditumpukan dalam memerangi rasuah dan penyelewengan serta urustadbir yang baik.
Tambahan pula, tegasnya kedaulatan undang-undang negara ini telah tercemar akibat skandal 1MDB kerana tidak seorang pun individu yang terkait ditahan kerana merompak dana awam walaupun ia telah didedahkan lebih dua tahun lalu.
“Jika Umno dan Perdana Menteri Najib Razak terus memimpin negara, ia akan musnah.
“Kepentingan seluruh rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, atau Kadazan akan terjejas di bawah pemerintahan kleptokrasi,” ujarnya dipetik Roketkini.
Dalam ucapannya semalam, Khairul memberi amaran kononnya sokongan berterusan masyarakat Cina kepada DAP hanya akan melebarkan lagi jurang kaum negara ini dengan mengubah lanskap politik negara yang lebih didominasi kaum Melayu.

Kumpul 30,000 ahli tak sampai 2 bulan, dijangka lebih ramai sertai Warisan

Setiausaha agung Warisan gembira dengan sambutan luar biasa yang diterima sepanjang siri jelajah mereka di seluruh Sabah.
Loretto_warisan_600
PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan), diterajui bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, mendaftarkan kira-kira 30,000 ahli dalam tempoh tidak sampai 2 bulan selepas ia didaftarkan.
Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jnr memberitahu FMT jumlah ini hanya bilangan permohonan yang diluluskan.
“Kami mempunyai banyak lagi permohonan yang masih dalam proses kelulusan.”
Beliau berkata jelajah bergerak Warisan ke dalam kawasan utama Sabah sangat berjaya dengan jumlah kehadiran orang ramai melebihi jangkaan.
“Setakat ini kami ke Sikuati, Sandakan dan Semporna untuk memberitahu orang ramai tentang parti dan menjelaskan mengapa kita perlu menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah,” katanya, sambil menambah beberapa cawangan ditubuhkan di seluruh negeri.
“Sambutan yang diterima luar biasa. Di Sandakan kira-kira 8,000 orang menghadiri acara kami di sana dengan ada yang datang sejauh Beaufort. Ia mengambil masa 6 jam perjalanan.”
Loretto berkata mereka yang menghadiri pameran bergerak dan mendaftar sebagai ahli kebanyakannya belia dari pelbagai latar belakang, termasuk Bumiputera Islam, Kadazan Dusun Murut (KDM) dan Cina.
“Mereka memberitahu kami yang mereka mahu Warisan kerana kepimpinan yang kukuh di bawah Shafie dan parti tempatan berjuang untuk mereka.”
“Tidak kira apa latar belakang mereka, kebimbangan mereka adalah sama. Mereka sangat bimbang tentang survival, termasuk kos sara hidup yang meningkat dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).”

Hentian Putra dijual kepada Umno lama dulu, kata DBKL

Terminal Bas Hentian Putra telah dijual kepada Umno beberapa tahun lalu, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.
"Kami menjual kepada Umno. Saya tidak ada (butiran) tetapi saya pasti ia dijual kepada Umno bukan tahun lepas, tetapi beberapa tahun lalu.
"Rasanya, sekitar RM300 juta lebih. Saya tidak begitu pasti. Bagaimanapun, bangunan itu (sudah) agak lama," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penguatkuasa DBKL Ke-47 di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Terminal Hentian Bas Putra akan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ia akan digantikan dengan pejabat 70 tingkat dan menara hotel.
Projek ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua hari lalu.
Ini menimbulkan persoalan daripada beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, yang ingin tahu bagaimana bangunan awam boleh menjadi milik Umno.
"Setakat yang saya tahu, tanah itu digunakan sebagai tempat letak kereta dan dimiliki oleh DBKL. Tetapi tiba-tiba ia akan menjadi sebuah bangunan baru Umno yang kerja-kerjanya akan dimulakan segera.
"Orang ramai akan tertanya-tanya apa saluran yang digunakan oleh Umno untuk mendapatkan tanah itu dan sama ada terdapat tekanan politik, komersial yang rasmi untuk merampas sebidang harta awam?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhirnya Polis bebaskan 47 Orang Asli, disambut linangan air mata

Alang Along dan Ali Andak berkata pihak berkuasa melayan mereka dengan baik sepanjang penahanan
orangasli_polis_600
GUA MUSANG: Kesemua 47 Orang Asli yang ditahan kerana menghalang pembalakan di rizab hutan di Gua Musang pada Selasa lepas dibebaskan hari ini, disambut linangan air mata keluarga yang kebimbangan.
Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang membebaskan Orang Asli terbabit secara berperingkat bermula 2.50 petang tadi. Mereka sebak sebaik sahaja bertemu keluarga masing-masing yang menanti di luar balai.
“Pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan terhadap kami. Kami diberi layanan yang baik. Makan minum semua mereka bagi,” kata Alang Along ketika ditemui FMT.
Alang antara 47 Orang Asli yang ditahan dalam usaha Kerajaan Kelantan laluan kepada pembalakan di kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.
Seorang lagi orang kampung, Ali Andak berkata dirinya berasa sedih sepanjang dalam tahanan pihak berkuasa.
Ahli keluarga dan orang kampung menyerbu beliau dan bekas tahanan lain sebaik mereka keluar dari perkarangan balai.
“Semasa dalam tahanan saya rasa sedih…teringat pada keluarga…tetapi saya menerimanya demi menuntut hak kami,” tegasnya.

'Bukan sahaja Cina akan derita jika Umno terus berkuasa'

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun harus berhenti memainkan isu perkauman dengan tidak lagi mengugut kaum Cina yang menyokong pembangkang, kata Pemuda DAP.
Ini kerana, kata ketuanya Wong Kah Woh, bukan sahaja Cina malah semua kaum akan menderita jika Umno kekal berkuasa pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Jelas sekali, jika Umno terus berkuasa dan dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, negara ini akan musnah dengan kepentingan semua rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan akan terjejas," ujar beliau dalam kenyataan.
Semalam, semasa berucap di luar perhimpunan agung tahunan Umno 2016, Khairul Azwan berkata, sokongan berterusan kepada DAP mungkin akan memakan diri dan semakin memencilkan masyarakat Cina di negara ini selain mungkin akan membawa kesan cukup besar kepada landskap politik tanahair.
"Ditambah dengan pengukuhan (kedudukan) parti-parti politik bumiputera di Sabah dan Sarawak, tidakkah ini akan merubah landskap politik negara dengan wujudnya dominasi Melayu (dan) bumiputera dalam pembentukan kerajaan?" katanya.
Dalam keadaan begitu, kata Khairul Azwan, akan wujud desakan dan tekanan kuat seperti meminta kerajaan mengurangkan tumpuan kepada sekolah aliran Cina.
Malah, katanya, sudah wujud tuntutan supaya sekolah berkenaan dihapuskan saja dan ia dibuat bukan saja di kalangan orang politik malah kumpulan profesional serta ahli akademik.
Kemungkinan lain yang dibayangkan Khairul Azwan jika DAP terus mendapat sokongan komuniti Cina ialah pemindahan sektor strategik seperti pengangkutan dibawa ke negeri dikuasai BN.

Isu Rohingya: Umno & Pas bisu di Parlimen, bising di luar

Pembersihan etnik Rohingya oleh pemerintah Myanmar sepatutnya membuka mata negara serantau khususnya MalaysiaPembersihan etnik Rohingya oleh pemerintah Myanmar sepatutnya membuka mata negara serantau khususnya Malaysia
Kesediaan pemimpin Umno khususnya Perdana Menteri untuk hadir dalam himpunan 4 Disember ini bagi membantah kempen pembersihan etnik Rohingya di Myanmar amat membingungkan kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang tindakan konkrit untuk menangani jenayah tersebut.
Raja Bahrin Shah kolumRaja Bahrin Shah kolumPengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional Raja Bahrin Shah berkata, walaupun pada prinsipnya kesediaan pemimpin Umno itu suatu yang baik namun sebagai parti pemerintah tidak wajar bagi pemimpin Umno hanya sekadar berdemonstrasi.
"Adakah mereka lupa mereka kerajaan dan sebagai kerajaan mereka wajib melakukan lebih dari berdemonstrasi!" ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Raja Bahrin, tragedi pembunuhan kejam etnik Islam Rohingya sudah lama berlaku dan Kerajaan Malaysia lesu menanganinya dengan berbagai alasan tidak munasabah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menambah, pada 24 Nov lalu, beliau telah membawa usul di bawah peraturan 19(a) untuk membahaskan isu pembunuhan etnik Islam Rohingya di Myanmar.
Namun beliau kesal kerana Speaker Dewan Rakyat telah menolak usul tersebut atas alasan ia akan "mencampuri hal negara lain".
"Saya dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang telah menggesa ia dibenarkan kerana pentingnya dan seriusnya isu pembunuhan beramai-ramai Islam Rohingya yang melibatkan tentera Myanmar.
"Dewan Mulia Parlimen adalah forum terbaik untuk membahas dengan teratur demi mendengar pendirian dan tindakan yang ingin dicadangkan ahli-ahli Parlimen untuk diambil tindakan oleh kerajaan," jelasnya.
Bagaimanapun beliau hairan kerana tidak sampai seminggu usul yang dibawa di Parlimen ditolak, Perdana Menteri sendiri dilaporkan sedia hadir dalam himpunan besar-besaran untuk membantah apa yang berlaku di Myanmar.
"Adakah mereka ikhlas dalam bantahan mereka ini sedangkan membahas usul mengutuk kezaliman ini di Parlimen adalah jauh lebih bermakna," katanya kesal.
Raja Bahrin juga membangkitkan keengganan kerajaan pimpinan Najib untuk menarik diri dari perlawanan bolasepak Piala Suzuki di antara Malaysia dan Myanmar yang berlangsung di Rangoon, ibu kota Myanmar.
"Ini amat menyedihkan dan memalukan kerana sementara seperti disahkan pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, umat Islam di Myanmar dibunuh secara berterusan oleh tentera Myanmar, kita sanggup terus bersukan di padang bola," ujarnya.
 
Menurutnya, jika Malaysia pernah menarik diri dari Sukan Olimpik di Moscow kerana membantah penaklukan Russia ke atas Afghanistan, mengapa tindakan yang serupa tidak dilakukan terhadap Myanmar?
"Adakah demonstrasi ini sekadar bertujuan menunjuk kebersamaan dengan rakyat demi menutup hakikat bahawa kerajaan tidak bertindak?" soalnya lagi.

PRU14 tak lama lagi, kata Najib

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal tiba tidak lama lagi, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib  Razak hari ini.
Menguatkan lagi kenyataan beliau itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno 2016 adalah untuk para perwakilan menerima amanat dan pesanan sebagai persiapan bertempur di medan juang PRU14.
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.
Walaupun tidak menyatakan bila pilihan raya itu akan diadakan, perdana menteri berkata PRU14 akan menjadi penentu sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau rakyat memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.
Najib berkata kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan menyuntik semangat kejayaan besar BN pada PRU14 nanti.
Dalam ucapan dasar yang disampaikan secara berterus-terang dan matang itu, Najib yang bercakap sebagai seorang Melayu, seorang Islam, seorang bumiputera dan seorang anak Malaysia, telah membakar semangat para anggota Umno untuk bersiap sedia meraih kemenangan BN pada PRU14.
Perhimpunan Agung Umno 2016 dihadiri 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.
Setakat semalam, keanggotaan Umno telah mencecah 3,577,719 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,653.

KJ dan Pemuda Umno pengkhianat negara sebenar, kata Ezam

Ketika dunia hina negara, KJ kekal pertahankan pengkhianat sebenar, kata Ezam Mohd NorKetika dunia hina negara, KJ kekal pertahankan pengkhianat sebenar, kata Ezam Mohd Nor
Pengkhianat negara sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Khairy Jamaludin dan Pemuda Umno, kata Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin Pemuda Umno.
Ezam yang kini meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan di mana Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ apabila pemuda Cina yang bernama Jho Low menyapu duit berpuluh bilion dari rakyat.
"Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion, mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?
"Malu lah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Mana pemuda Umno Melayu?" tanya bekas ketua pemuda Parti Keadilan Nasional kini PKR itu.
Bagi Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi timbalan perdana menteri itu, sebagai pemuda Melayu yang pernah belajar di Universiti Oxford, KJ sepatutnta faham apa yang berlaku dalam kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura.
"KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.
"KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang.
"Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan," kata Ezam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan.
Jika ini pemikiran KJ dan Pemuda Umno, kata Ezam, "Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita."
"Bila seorang negarawan tua umur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara anak-anak muda dalam Pemuda Umno ini panggil dia pengkhianat?

'Rating ekonomi Malaysia A, penarafan bukan dibuat Mat Sabu'

"Hak keistimewaan Melayu akan lenyap sekiranya DAP berkuasa," luah Najib

Najib bersama Hadi turun demo 'Selamatkan Rohingya' Ahad ini

"Kerajaan Umno akan ambil alih RUU355 Hadi," kata Najib

Apa salah mereka, isteri dan anak tahanan Orang Asli Gua Musang terseksa

Kebanyakan daripada 47 yang ditahan merupakan punca nafkhah keluarga, menyebabkan anak isteri mereka terpaksa menanggung beban.
orang-asli
GUA MUSANG: Ahli keluarga Orang Asli yang ditahan mendesak pihak polis membebaskan kesemua 47 tahanan susulan sekatan menghalang aktiviti pembalakan di Kelantan.
Rata-rata ahli keluarga yang ditemui FMT di sini terkesan dengan penahanan tersebut kerana kebanyakan yang ditahan merupakan punca nafkhah keluarga yang menjadi tunjang tempat mereka bergantung.
“Saya rasa geram kerana dia ditahan bukan kerana penjenayah, bukan kerana pembunuh, tetapi membela hak kami dan menuntut hak kami,” kata Lisa Rosman penuh emosi.
“Apabila ahli keluarga ditahan, dari segi persaraan keluarga terjejas, kami terpaksa meminta bantuan orang lain. Malah lebih sedih adik ipar saya ini yang masih lagi beranak kecil terseksa suaminya ditahan kerana dia bergantung sepenuhnya kepada suaminya untuk berkerja bagi mencari rezeki, bila ditahan sangat memberi kesan,” kata Lisa kepada FMT.
Semantara itu, bagi Herry Boy Angah yang menuntut di Kuala Lumpur, dia terpaksa pulang menjaga keluarga.

Tun M derhaka kepada Umno, RUU 355 jangan dipolitikkan, perpaduan Melayu-Bumiputera sembang Najib



Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dahulunya seorang negarawan terbilang, telah menderhaka kepada Umno, bangsa dan negara.
Beliau berkata bekas Presiden Umno itu sudah berpaling tadah terhadap parti keramat yang diterajuinya selama puluhan tahun.
"Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau (Dr Mahathir) yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara dan PKR.
Bahkan lebih teruk lagi, bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti George Soros, yang pernah dibenci dan digelar sebagai penyangak mata wang jelas Najib.
"Saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya 'Melayu Yang Mudah Lupa' itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi dan tidak mengkhianati parti!," tegas Najib seperti menyindir Dr Mahathir dengan sajak popular dikalangan orang Melayu itu.
Hakikatnya, inilah satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya, tegas Presiden Umno itu di hadapan 2,729 perwakilan ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Najib yang juga menteri kewangan berkata,  beliau menggunakan perhimpunan itu bukan untuk menghentam bekas pemimpin parti sebaliknya lebih kepada menegur perbuatan kebanyakan mereka yang merupakan bekas pemimpin, menteri bahkan negarawan.
Mengekalkan Umno-BN
Dalam ucapan Najib menjelaskan, Melayu dan bumiputera seharusnya mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno-BN berbanding kerajaan pakatan rakyat.
"Kita perlu sama-sama berwaspada pada pilihan sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajan barisan alternatif pimpinan DAP.
"Dalam PRU 14 para pengundi akan menentukan dengan pemikiran dan tangan mereka dipeti undi siapakah yang sebaiknya menerajui pemerintahan negara ini.
"Ini persoalan pokok keindukan kepimpinan bukan perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan," ujarnya.
Najib yang juga Perdana Menteri menegaskan, kehuatirannya terdapat orang Melayu dan bumiputera yang masih lagi tidak sedar menyatakan  sokongan kepada pakatan pembangkang yang diterajui DAP.
"Saya khuatir barangkalian ada umat Melayu dan bumiputera yang masih leka tentang hal ini sekiranya negara ke tangan DAP sebagai pelopor kepada kumpulan itu yang memperjuangkan liberalisme melampau dan sekular berbahaya pastinya hak dan keistimewaan yang diperjuangkan Umno termasuk institusi bumiputera akan pupus dan lenyap begitu juga pusat pengajian tinggi kebanggaan Melayu dan bumiputera selama 60 tahun seperti UiTM (Universiti Teknologi Mara) tidak mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
"Jika orang Melayu dan bumiputera boleh memahami isi maksud yang tersurat akan natijah buruk dan mimpi ngeri akan bakal tiba serta melanda hidup dan nasib mereka.
"Sekiranya rakyat dapat menjadi hakim dan memilih mereka kena memilih DAP atau Umno, DAP atau Umno...Umnolah jawapannya!" disahut perwakilan dengan laungan sama.
Sambung beliau lagi, "Umat Islam tidak merasa risau apabila syiar Islam diremehkan jika DAP yang memerintah?
"Tidakkah kita umat Islam risau sakit hati dan marah apabila syiar islam jika diremehkan sekiranya DAP memerintah? Lebih dahsyat daripada itu jika dikaji perlembagaan parti DAP tidak langsung menyebut islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan menjunjung institui raja Melayu dan tidak tertulispun satu ayat pun usaha melindungi hak dan keistimewaan melayu dan bumiputera," ujarnya.

Sekali lagi, sajak Dr M tidak dilupakan di perhimpunan Umno

Sajak bekas presiden Umno pada 2001 sekali lagi diungkit, kali ini oleh Najib.
najib-mahathirKUALA LUMPUR: Sajak “Melayu Mudah Lupa” yang dibacakan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada perwakilan Umno 15 tahun dahulu masih menjadi bahan ucapan pada perhimpunan agung parti itu yang bermula hari ini.
Selepas disindir panjang lebar oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyebut sajak itu dalam ucapan presidennya.
Najib merujuk bekas pemimpin Umno yang tidak lagi bersama parti, mengingatkan mereka tentang sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia.
“(Mereka) yang telah mengangkat Sumpah Jawatan dan Sumpah Simpan Rahsia atas nama Allah, dengan kalimah-kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Namun kini menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini,” kata Najib.
“Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu Mudah Lupa,” katanya lagi.
Najib berkata sajak tersebut jelas tidak terpakai kepada ahli Umno yang setia kepada parti.
“Sekarang siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa ini? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti,” katanya lagi.

Najib: Institusi Melayu, Islam terkubur jika DAP berkuasa

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada ucapan dasarnya di Perhimpuan Agung Umno 2016 hari ini, berikrar akan terus memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera.
Tekad perdana menteri itu disuarakan berikutan kebimbangannya sekira negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya.
Oleh demikian Najib memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.
“Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.
“Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap,” kata Najib.
Menurutnya, institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperi Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
“Natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, nescaya orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang.
“Lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya.
Tambah Najib, ia juga tidak berakhir di situ, syiar Islam juga akan dibelakangi.
“Jika dikaji perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
“Institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya,” katanya.
Najib pada akhir ucapan dasarnya juga mengingatkan ahli untuk mempertahankan ketuanan parti supaya orang Melayu terus mempunyai dahan berpaut.
Beliau turut mengingatkan ahli dan kepemimpinan supaya tidak leka, sebaliknya sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan cabaran akan datang.

PRU14: Pilihan antara k’jaan pimpinan Umno atau DAP sembang Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan Umno dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
Presiden Umno berkata rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.
"Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Kuala Lumpur, hari ini.
Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa.
Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya.
Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
"Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," katanya.
Presiden Umno turut mengingatkan rakyat syiar Islam dan pengamalannya akan diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah sekali gus membangkitkan rasa risau, sakit hati dan marah dalam kalangan umat Islam.
Najib berkata perkara itu tidak mustahil apabila Perlembagaan DAP langsung tidak menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, tidak menjunjung institusi Raja-Raja Melayu, malah tiada komitmen untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
Lebih membimbangkan, katanya, kewujudan institusi-institusi berkaitan Melayu Islamseperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji; Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar.

Jihad UMNO untuk rakyat Malaysia sembang Najib

"Saya tidak perlu lagi bersifat gentleman dan berlembut," tegas Najib

Keluarga Orang Asli meminta tahanan di bebaskan

Air mata isteri Orang Asli menitis lihat suami ditahan reman

Najib ingatkan 'pengkhianat': Langgar sumpah ciri munafik

Presiden Umno turut melontarkan ungkapan “Melayu Mudah Lupa”yang dipopularkan melalui sajak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir kembali bekas perdana menteri itu.

"Dalam perhimpunan ini, saya memilih untuk terus berjiwa besar, menasihat dan menegur secara yang baik, bukannya menghentam batang tubuh secara peribadi.
"Tapi mengkritik pada perbuatannya, kerana kebanyakan mereka merupakan bekas-bekas pimpinan, menteri bahkan sampai ke tahap negarawan yang telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia atas nama Allah dengan kalimah-kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, namun kini, telah menjadi orang asing malah mengkhianati perjuangan ini," kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Berkaitan sumpah itu, dedahnya, beliau ada bertanya kepada para ulama jika ia dilanggar.

Kata Najib, jawabnya, ia adalah satu dosa yang besar dan tanda-tanda sifat kemunafikan seseorang itu.
"Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu mudah lupa.
"Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti! tegas Najib.

Najib: Mara, Felda, Risda, Felcra… semuanya lenyap kalau DAP menang dalam PRU14

Begitu juga, institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, di samping insitusi wakaf dan zakat akan diperlekeh dan dicabar.
najib_dap_umno_600
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap sekiranya DAP berkuasa.
Berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno hari inni, presiden Umno itu menyifatkan DAP sebuah parti sekular memperjuangkan “liberalisme melampau”.
“Pada ketetapan takdir ini kelaklah, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.
“Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap,” kata Najib.
Najib juga berkata institusi pengajian tinggi yang dikhususkan untuk orang Melayu dan Bumiputera seperi Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lagi mampu mengekalkan falsafah penubuhannya.
“Natijah buruk dan mimpi ngeri yang bakal tiba serta melanda hidup serta nasib mereka, saya yakin, nescaya orang-orang Melayu juga Bumiputera berasa takut dan bimbang.
“Lalu akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, sebagai satu-satunya parti yang mampu membela nasib anak cucu keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka,” katanya.
Tidak berakhir di situ, syiar Islam juga akan dibelakangi, kata Najib.
“Jika dikaji Perlembagaan parti DAP, tiada langsung menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tidak dinyatakan untuk menjunjung institusi raja-raja Melayu dan tidak tertulis satu ayat, tentang usaha untuk melindungi hak dan keistimewaan orang-orang Melayu serta Bumiputera.
“Institusi-institusi berkaitan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Jakim, Jawhar (Jabatan Wakaf), Lembaga Zakat negeri-negeri akan diperlekeh dan dicabar kewujudannya,” katanya.

Orang Asli Gua Musang berkumpul desak pembebasan 41 tahanan

Masyarakat Orang Asli yang sebelum ini membina sekatan menghalang kemasukan pembalak berkata mereka hanya menuntut hak saja, tidak ada sebab untuk polis membuat tangkapan.
asli
GUA MUSANG: Lebih 200 Orang Asli berkumpul di Kampung Parit di sini, hari ini bagi mendesak kerajaan negeri memulangkan hak masyarakat itu dan membebaskan 40 saudara mereka yang ditahan polis baru-baru ini.
Mereka tetap berkumpul di kawasan itu meskipun Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan pada 29 November lalu bertindak merobohkan sekatan yang dibina Orang Asli bagi menghalang aktiviti pembalakan di situ, sejak beberapa bulan lalu.
Tinjauan FMT hari ini mendapati kumpulan Orang Asli itu mula memasang khemah di kampung itu sejak polis menahan ahli mereka, kelmarin.
Nasir, salah seorang Orang Asli berkata mereka bukan penjenayah dan tidak sepatutnya polis menangkap mereka.
“Kami bukan penjenayah kenapa tangkap kami, kami hanya menuntut hak saja.
“Kami desak pihak berkuasa bebaskan keluarga kami, kami akan terus mendesak sehingga mereka dibebaskan, kami akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir,” katanya kepada FMT.
Seorang lagi penduduk, Gapeh Angah berkata: “Kami tidak akan berganjak dan terus berkumpul di sini sehingga, semua rakan kami dibebaskan.
“Kasihanilah kami, berhenti buli kami, kami merayu,” katanya.

Perkongsian kuasa hilang kalau Cina terus sokong DAP, kata naib ketua Pemuda

Berdasarkan senario sokongan terhadap BN pada PRU 2008 dan 2013, melihatkan kemerosotan ketara pengundi Cina dan ia memerlukan tindakan segera, kata naib ketua Pemuda.
Khairul-Azwan-Harun_umno_600_11
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan berkata sokongan berterusan pengundi Cina kepada DAP akan hanya menamatkan perkongsian kuasa yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Azwan turut memberi amaran ia akan hanya mendekatkan Umno kepada parti lain yang ingin menegakkan syariat, dipercayai merujuk kepada PAS.
“Jika mereka terus dihasut dan makan racun DAP, tidak kembali kepada semangat muafakat inklusif BN maka jangan terkejut jika parti politik lain bersehaluan dengan kita.
“Yang ingin negara terus dipimpin pihak yang ingin syariat Islam dikukuhkan, akan bersama dan bersatu dengan kita,” katanya sewaktu ucapan penggulungan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016.
Katanya, dalam memperjuangkan agenda BN, parti komponen harus bergerak seiring dan jangan membiarkan segala bebanan ketika PRU ditanggung Umno sendirian.
“Bila sudah menang, jerit-jerit minta jawatan dalam Kabinet. Apa makna perkongsian kuasa kalau tiada perkongsian risiko. Saya hendak ingatkan kepada sahabat kepimpinan parti komponen BN, jangan hanya mahu ‘play safe’.
“Mahu bertanding di kawasan yang mudah menang dan masih lagi meneruskan program kononnya untuk pertahankan kepentingan bangsa Cina tetapi tanpa disedari tindakan itu ‘counter productive’,” katanya.

NGO: Kartun bukan ancaman, penunjuk perasaan bukan pengganas

Artikel 19 berkata undang-undang antarabangsa membenarkan organisasi masyarakat sivil meminta, menerima dan menggunakan sumber kewangan, tanpa mengira asal negara berkenaan.
kartun-berrsih
KUALA LUMPUR: NGO antarabangsa, ARTICLE 19 berkata kartun bukan ancaman kepada masyarakat dan mereka yang membantah kerajaan bukan pengganas.
Ia juga berkata organisasi hak asasi wanita tidak “memudaratkan kepada demokrasi”, merujuk kepada serbuan polis terhadap kumpulan Empower, baru-baru ini.
ARTICLE 19 berkata siasatan jenayah terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis serta ahli politik yang ditahan sebelum dan selepas himpunan Bersih 5, kartunis Zunar dan mana-mana staf Empower, perlu dihentikan.
Dalam satu kenyataan hari ini, ARTICLE 19 berkata 9 tuduhan menghasut yang masih tertangguh terhadap kartunis Zunar perlu digugurkan tanpa syarat.
Katanya, Zunar diserang sekumpulan 30 lelaki yang membantah pameran kartunnya di Komtar Mall, Pulau Pinang, kerana mereka rasa karyanya menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Katanya, Zunar pula ditahan sehari selepas serangan terhadapnya, bukan mereka yang menyerangnya.
Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa memberi perlindungan kepada kebebasan berkarya, terutama jika ia bersifat politik; menyatakan ia tidak boleh menyekat kebebasan seni hanya kerana ia memalukan mereka yang memegang kuasa.
ARTICLE 19 berkata dalam undang-undang itu jelas menyatakan organisasi masyarakat sivil ada kebebasan untuk berpersatuan, termasuk hak mendapatkan, menerima dan menggunakan sumber termasuk sumber kewangan, tanpa mengira asal negara itu.
Sehubungan itu, NGO itu mendesak kerajaan Malaysia berhenti mengganggu dan menakut-nakutkan organisasi masyarakat sivil, artis dan pengkritik kerajaan lain.

‘Penderhakaan’ Dr M jadi fokus ucapan Najib

Najib berkata beliau suatu ketika dulu setia kepada Dr Mahathir ketika mengharungi krisis 1988.
najib-pau
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir sekali lagi menjadi sasaran Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, apabila Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerjasama beliau dengan pembangkang sebagai kemuncak penderhakaannya.
Beliau meluahkan rasa kecewa kerana Dr Mahathir kini berpaling tadah daripada parti yang sekian lama dipimpinnya.
“Beliau yang kita sanjung kini tergamak terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat dengan DAP, Bersih, Amanah dan PKR. Dan lebih teruk, bersekongkol dengan musuh seperti Soros yang pernah disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang,” kata Najib yang merujuk hartawan Amerika Syarikat George Soros, yang dituduh memberikan dana menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Sayang seribu kali sayang. Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya,” katanya dalam ucapan dasar presiden hari ini.
Dr Mahathir turut menjadi sasaran ucapan ketua Pemuda dan Wanita Umno semalam.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memetik sajak “Melayu Mudah Lupa” karangan bekas perdana menteri itu, sementara Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil menyifatkan Dr Mahathir “bercium mulut” dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai “hari paling gelap” buat dirinya.
Najib berkata tindakan Dr Mahathir bertentangan dengan sikapnya yang sentiasa berada di belakang presiden di saat parti Melayu itu berhadapan krisis.
Beliau membangkitkan episod pertembungan Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987, pengharaman Umno setahun kemudian dan krisis kewangan pada 1997-1998.
“Hinggakan YB Mulia Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati dengan saya. Saya lakukan itu semata-mata berpegang atas prinsip wala’ kepada presiden, walaupun secara peribadinya sangat akrab dengan Tengku Razaleigh,” kata Najib menggunakan istilah Arab untuk setia, menyorot kembali krisis Umno 1988.

Mahathir kemuncak penderhakaan kepada Umno, kata Najib

Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk parti baru bagi menjatuhkan Umno-BN jelas memberi kesan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri menyatakan kekecewaannya, sekali gus menyifatkan tindakan Mahathir itu sebagai “kemuncak penderhakaan” kepada Umno dan negara.
"Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.
"Sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram BERSIH, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak mata wang.
"Hakikatnya, inilah dia satu bentuk kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanah airnya," kata Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun Najib berkata Umno mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi Umno.
Kata Najib, prinsip walak Umno membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan baiah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.
"Walak yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, walak sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdanamenterian, yang disandang oleh seseorang," kata Najib.

Umno bertahan hingga kini kerana walak - Najib

Umno mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi Umno, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata prinsip walak Umno membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan baiah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.
"Walak yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, walak sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdana-menterian, yang disandang oleh seseorang," kata Najib dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.
Jelasnya, selama lebih tujuh dekad Umno berjaya bertahan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.
Perdana menteri berkata ia merupakan perlambangan hebat parti terbesar orang Melayu itu menjunjung adat dan budaya Timur serta bersendikan landasan syarak, dalam menyatakan sokongan dan dukungan terhadap seorang presiden atau perdana menteri selama ini.
Memberikan contoh beberapa pergolakan termasuk episod pertembungan antara 'Team A' dan 'Team B' ketika pemilihan presiden Umno pada 1987 dan pengisytiharan Umno sebagai pertubuhan haram pada 4 Feb 1988, Najib berkata orang Umno tetap setia bersama pemimpin mereka.
"Siapa juga pada saat-saat genting dan mendebarkan tersebut, yang berdiri teguh menyokong dan membantu Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) selaku presiden, sehingga Umno baharu secara rasmi diterima semula secara sah? Siapa lagi, siapa lagi, kalau bukan kita, orang Umno," katanya.

AS medan wang haram antarabangsa, DoJ beri contoh kes 1MDB

Penolong peguam negara AS itu berkata ia hanya memerlukan sedikit kecanggihan bagi penjenayah menyembunyikan hasil haram mereka.
leslie
PETALING JAYA: Kelemahan perundangan Amerika Syarikat merupakan antara faktor sektor kewangan negara itu diperalatkan penjenayah bagi melakukan transaksi wang haram, kata seorang jurucakap Jabatan Kehakiman AS (DoJ) yang turut memberikan contoh kes membabitkan 1MDB.
Penolong Peguam Negara AS, Leslie Caldwell yang bertanggungjawab bahagian jenayah DoJ, berkata permohonan menyita aset sejumlah AS$1.2 bilion membabitkan syarikat milik kerajaan Malaysia itu merupakan contoh terbaik bagaimana penjenayah bagi menyembunyikan hasil aktiviti haram mereka.
“Jurang dalam undang-undang di seluruh dunia membenarkan sesiapa sahaja yang ada kecanggihan asas untuk membuka akaun atas nama syarikat kosong dan mengelak daripada mendedahkan pemilik akaun tersebut,” kata Caldwell dalam komen disiarkan Bloomberg, menjelang sebuah persidangan antarabangsa menangani jenayah rasuah global di Panama, hari ini.
Bagaimanapun, Caldwell berkata di sebalik usaha canggih penjenayah, pihaknya menerusi kerjasama antarabangsa berjaya “mengangkat kain” yang menutupi identiti sebenar mereka yang menerima wang yang DoJ percaya dilesapkan daripada 1MDB.
“Tetapi ia proses yang memakan masa dan sumber yang banyak disebabkan pencarian dokumen dan soal siasat dengan saksi,” tambahnya.
Calwell berkata sistem kewangan AS menjadi tarikan kepada penjenayah antarabangsa, yang menjadikannya pengkalan menyembunyikan wang haram.
Menurutnya, penjenayah secara licik menyembunyikan hasil mereka tanpa dikesan pihak berkuasa.
“AS mesti menutup kelemahan yang dieksploitasi pegawai kerajaan luar negara dan lain-lain yang menyembunyikan hasil daripada aktiviti haram mereka, dan membantu pihak penguatkuasa undang-undang mencegah dan menyiasat jenayah kewangan,” katanya.

SAMBUNGAN EPISOD MELAYU MUDAH LUPA, SUDAHKAH KJ MELIHAT CERMIN PAGI INI SEBELUM PERGI KE PAU2016?

Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.

1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina  jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?

3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7. Kamu biarkan seorang  pemuda Cina  Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu  jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat,  apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?

Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya. 

Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO?

Kami dengar, kata pimpinan selepas ucapan keras Puteri Umno

Ahli MT Umno memuji sayap srikandi parti itu kerana menunjukkan perbahasan matang dan berani.
idris-jusoh
KUALA LUMPUR: Pesanan keras seorang perwakilan Puteri Umno Pahang semalam diambil maklum ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, yang turut memuji perwakilan lain sayap srikandi parti itu kerana “matang dan berani”.
Idris mengulas ucapan Ketua Puteri Umno Jerantut, Norsarfinaz Mohd Azman yang secara terbuka menyelar pemimpin yang cuba memperbodohkan rakyat.
“Kita dengar suara mereka. Ia cadangan yang baik dan laporan akan dibuat untuk diketengahkan,” katanya dipetik Bernama, tanpa menjelaskan lanjut.
Norsarfinaz pada Perhimpunan Agung Umno semalam berkata pemimpin kerajaan perlu berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.
“Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik,” katanya pada sesi yang turut dihadiri pemangku timbalan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Norsarfinaz turut menyentuh soal pencemaran alam dan penebangan hutan yang menurutnya memberi kesan terhadap pelancongan di negeri Pahang, yang baru-baru ini dilanda masalah pencemaran bauksit.
“Tetapi jika kami pergi sana, pastikan hutan tak ditebang. Masalah bauksit diselesaikan, jadi tidaklah ia tebal macam foundation (mekap) kami.
“Dan sungai janganlah nampak macam teh tarik,” katanya, selang sehari selepas pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengenai pencerobohan beribu-ribu hektar hutan simpan di Pahang.
Idris yang juga menteri pendidikan tinggi bagaimanapun berkata wakil Puteri memberikan keutamaan kepada parti dan bukan pemimpin.