Rabu, 30 November 2016

Kita 'berperang', tak usah simpati kepada musuh - KJ

Tidak ada tempat dalam Umno untuk penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tegas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau menegaskan, Umno dan BERSATU mungkin berkongsi penyokong, justeru, kesetiaan yang terbahagi itu adalah sesuatu yang membimbangkan.
"Itulah sebabnya kita perlu menghantar mesej yang jelas - dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, kita perlu lukis garis pemisah dan kita perlu lawan.
"Dan tidak ada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara diam-diam bersimpati dengan mereka (BERSATU)," kata beliau yang juga menteri belia dan sukan semasa sidang akhbar di PWTC.
Semasa berucap pada perhimpunan agung Pemuda Umno sebelum ini, anggota Parlimen Rembau itu mengingatkan ahli-ahlinya untuk tidak memandang rendah terhadap BERSATU.
"Parti Pribumi tidak akan bertanding di kawasan-kawasan seperti Lembah Pantai, Kuantan atau Seremban. Mereka akan menyerang kawasan deposit tetap Umno - Muar, Langkawi, mungkin Rembau," ujar beliau.
Ejen senyap

Umno tak relevan jika masih ada penumpang parti - Annuar

Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Umno tidak akan mampu kekal relevan mahupun menjuarai sokongan rakyat jika ahlinya masih menjadi penonton dan penumpang parti, kata Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata, kekuatan Umno juga bergantung kepada mereka yang berada di luar parti dan beliau turut menegaskan, parti akan longlai dan lemah jika sokongan hanya datang dari dalam.
"Apa-apa isyarat dari parti, ahli perlu faham dan dapat laksanakan misi yang dirancang. Jangan jadi penonton dan penumpang. Di bahu kita terletak kekuatan parti. Untuk berjaya, kita kena juga yakinkan orang bukan anggota dan tarik sokongan mereka" katanya.
"Kalau hanya bergerak sesama dalaman, Umno tidak akan menjadi parti inklusif. Kalau makin lama makin ke dalam, akan menjadi parti eksklusif, jadi rakyat lihat Umno hanya untuk ahli parti sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini hari ini.

Jangan pandang enteng terhadap Bersatu - Pemuda Umno

KUALA LUMPUR - Ahli Umno dinasihatkan tidak memandang enteng terhadap kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Johari Yazid Ketua Pemuda Bahagian Umno Cheras, Johari Yazid berkata demikian selain melahirkan rasa bimbang terhadap kemungkinan Bersatu akan mengatasi BN pada PRU akan datang.
"Kita kena tengok pada pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) di mana calon Demokrat, Hillary Clinton tewas berdepan calon parti Republican, Donald Trump.
"Memang pada awal kita jangka kemenangan akan berpihak kepada Clinton, tapi kita tengok bagaimana pengakhirannya. Hillary akhirnya kalah dan Trump yang tak disangka menang, akhirnya menang," katanya menerusi wawancara khas bersama Sinar Online, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, seluruh parti perlu kekal bersatu dan bekerjasama untuk mengatasi musuh menjelang pilihan raya akan datang.
"Ini adalah masanya untuk kita kekalkan kesetiaan dan kekuatan pada Umno.
"Jangan kita pandang ringan parti yang kita anggap lemah kerana mereka boleh mengatasi kita pada PRU nanti," katanya lagi.

Jejambat runtuh: DOSH arah pemaju henti kerja

Pihak DOSH berada di tempat kejadian dan memberi arahan pemberhentian kerja sementara siasatan dilakukan.
Mohtar-MusriKUALA LUMPUR: Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung kejadian yang menyebabkan seorang pekerja maut manakala 5 lagi cedera.
“Pihak DOSH berada di tempat kejadian dan memberi arahan henti kerja sementara siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Mohtar berkata siasatan awal mendapati jejambat itu sedang dibina bagi menghubungkan KL Eco City dengan pusat beli-belah Mid Valley.
“Siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan sama ada insiden berlaku akibat kecuaian atau penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti,” katanya.
Beliau berkata tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman penjara 2 tahun dan denda sebanyak RM30,000 sekiranya didapati cuai.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang pekerja kontrak warga Vietnam berusia 21 tahun terbunuh manakala 5 lagi pekerja kontrak warga asing cedera.

Amaran 'Panglima Pasir Salak' untuk penyokong DAP

Sokongan berterusan kepada DAP mungkin akan memakan diri dan semakin memencilkan masyarakat Cina di negara ini kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan pergerakan itu di PWTC Kuala Lumpur hari ini Khairul Azwan berkata sokongan diterima DAP mungkin akan membawa kesan cukup besar kepada landskap politik tanahair.
"Ditambah dengan pengukuhan (kedudukan) parti-parti politik bumiputera di Sabah dan Sarawak, tidakkah ini akan merubah landskap politik negara dengan wujudnya dominasi Melayu (dan) bumiputera dalam pembentukan kerajaan?" katanya.
Dalam keadaan begitu kata Khairul Azwan, akan wujud desakan dan tekanan kuat seperti meminta kerajaan mengurangkan tumpuan kepada sekolah aliran Cina.
Malah katanya sudah akan wujud tuntutan supaya sekolah berkenaan dihapuskan saja dan ia dibuat bukan saja di kalangan orang politik malah kumpulan profesional serta ahli akademik.
Kemungkinan lain dibayangkan Khairul Azwan jika DAP terus mendapat sokongan komuniti Cina ialah, perpindahan sektor startegik seperti pengangkutan dibawa ke negeri dikuasai BN.
"Mungkin hab penerbangan di Pulau Pinang (negeri yang kini ditadbir kerajaan Pakatan Harapan diketuai DAP), kita pindahkan ke Kedah atau Perak
"Ini tidak mustahil jika sikap chauvinis dan naratif DAP ini terus dianuti oleh pengundi Cina," katanya.
Mendakwa pengundi Cina "memakan dedak yang ditabur" oleh DAP, Khairul Azwan berkata sokongan mereka kepada parti berkenaan turut memungkinkan Umno mengkaji semula permuafakatan dalam BN, khususnya mengenai status quo dan kontrak sosial.

Bangunan bergegar, bergoyang sebelum jambatan runtuh

Bangunan bergegar, bergoyang sebelum runtuh
Anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja mencari mangsa kejadian struktur sebuah bangunan dalam pembinaan yang runtuh berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, hari ini. 
KUALA LUMPUR - Saksi runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang tadi, memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
Katanya ketika kejadian beliau dan beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.
"Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.
"Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Atang berkata, sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.
Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.
"Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.
"Keadaan memang kel am kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.
Sharul berkata mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.

TRAGEDI INSIDEN JAMBATAN RUNTUH KL ECO CITY, PROJEK USAHASAMA DBKL: UTAMAKAN KEBAJIKAN MANGSA SERTA KESELAMATAN PENDUDUK SETEMPAT.

DBKL wajib mengutamakan kebajikan mangsa dan melindungi keselamatan penduduk setempat. Saya menggesa siasatan menyeluruh tragedi insiden jambatan runtuh KL Eco City ini disiasat memandangkan ini melibatkan kredibiliti DBKL sebagai penjaga kepentingan rakyat.

Umum mengetahui,KL Eco City adalah satu projek usaha sama antara SP Setia melalui KL Eco City Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terletak di sepanjang Jalan Bangsar, yang bertentangan Mid Valley City. DBKL harus menjelaskan dengan kadar segera memandangkan terdapat konflik kepentingan dalam isu ini kerana ianya bukan hanya membabitkan pemaju. Projek usahasama ini melibatkan pelaburan kadar nisbah (80:20) bersama DBKL.[1]

Setinggi-tinggi takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat beserta mereka yang cedera parah. Lawatan Ketua Pembangkang- YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah bersama YB Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Batu sebentar tadi telah pun turun ke kawasan tapak kejadian untuk menerima laporan secara langsung.

Melalui penemuan awal dilaporkan 2 orang dilaporkan maut manakala tiga orang cedera parah serta empat mangsa dilaporkan masih belum ditemui dalam insiden jambatan runtuh di laluan pejalan kaki tersebut. Saya dengan ini menggesa agar siasatan terperinci dijalankan kerana ini  jelas membabitkan serta menjejaskan keselamatan awam.

Jelas, yang menjadi kebimbangan utama adalah keselamatan orang awam khususnya rakyat Lembah Pantai  seperti penduduk Apartmen Putra Ria yang nyata menggunakan laluan tersebut setiap hari. Isu ini bukanlah yang pertama kali dibangkitkan, bahkan seringkali diutarakan apabila kawasan pembangunan yang terlalu hampir dengan kawasan orang awam.

Harapan saya agar pihak DBKL perlu bertanggungjawab sebagai pihak yang berkuasa serta memantau keselamatan orang awam dalam kawasan pembangunan projek. Merujuk kepada laporan pada sejak tahun 2009 apabila DBKL sendiri mengenal pasti 35 tapak projek merangkumi 547.92 hektar tanah berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum.

Pembangunan yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan ini harus selari dengan jaminan keselamatan terhadap penduduk tempatan. Apalah ertinya lapisan konkrit tanpa keyakinan rakyat terhadap kredibiliti pemaju dan keselamatan projek yang akan datang.

Jambatan pejalan kaki yang merentasi sungai Klang ke Midvalley ke kawasan  apartment Abdullah Hukum ini ialah satu laluan utama rakyat. Ia juga menghubungkan dengan beberapa pusat pengangkutan awam dan laluan utama. Dalam pada itu, saya turut mempersoalkan Kajian risiko melalui Quality Control (QC) daripada pihak DBKL yang gagal mengesan kebarangkalian berlaku kemalangan yang meragut jiwa orang awam. Harapan agar kesemua info ini boleh diperolehi daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan.

Saya gesa respon berikut mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh pihak DBKL:

Amanah tolak pelawaan Zahid sertai himpunan solidariti Rohingya

Bagaimanapun, PKR, DAP dan PPBM sambut baik himpunan 4 Disember itu tetapi hanya akan membuat keputusan selepas menerima jemputan rasmi.
Anuar-Tahir_Zahid_rohyinya_600
PETALING JAYA: Amanah tidak akan menyertai perhimpunan besar-besaran pada 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya walaupun dipelawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Setiausaha agungnya, Anuar Tahir berkata penolakan itu dibuat kerana ia melihat perhimpunan tersebut bukan bertujuan menentang kekejaman kerajaan Myanmar sebaliknya lebih kepada kepentingan politik.
Katanya, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mempolitikkan himpunan tersebut sudah pasti usul membincangkan isu Rohingya tidak akan ditolak di Parlimen.
“Kita (Amanah) mengadakan siri demonstrasi sejak minggu lepas di masjid seluruh negara. Sedangkan di Parlimen kita membawa usul, untuk bincang masalah kekejaman dan mengutuk kerajan Myanmar tetapi ditolak speaker.
“Jadi apa makna himpunan yang perdana menteri dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nak pergi itu? Masa kita ajak ke himpunan Bersih 5 menuntut pilihan raya bersih, presiden PAS tidak turun malah menghalang ahli daripada pergi.
“Kalau betul kerajaan nak tunjuk serius keprihatinan kepada masyarakat Rohingya, duta kita di Myanmar perlu dipanggil pulang dan arah duta Myanmar di Malaysia balik. Saya lihat ia lebih kepada untuk berpolitik nak lawan himpunan sebelum ini (Bersih). Kita harap BN jangan banyak sangat berpura-pura,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata satu perhimpunan besar-besaran dirancang pada 4 Disember bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya. Ia turut disertai perdana menteri dan presiden PAS, malah turut mempelawa parti lain seperti PKR dan Amanah.
Sementara itu, berbeza pula dengan PKR yang akan mempertimbangkan pelawaan Zahid namun menunggu surat jemputan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Rafizi: Akuan Bersumpah Pengisytiharan Harta, Hutang, Pendapatan dan Perbelanjaan 2016


113016_rafizi_isytihar_harta_1_copy_2
Disertakan Akuan Bersumpah Pengisytiharan Harta, Hutang, Pendapatan dan Perbelanjaan 2016 yang telah saya tandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah pada hari ini.
Saya berharap lebih ramai Ahli Parlimen, wakil rakyat dan penjawat awam lain mengisytiharkan harta dengan kaedah ini.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

30 November 2016

Azmin: Zahid Hamidi perlu faham demokrasi & terbuka

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu memahami prinsip demokrasi dan bersikap terbuka dalam segala isu bersesuaian dengan kehendak rakyat yang inginkan perubahan.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sikap Timbalan Perdana Menteri itu yang menyamakan pembangkang dengan taktik politik pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, adalah bertentangan prinsip demokrasi diamalkan di negara ini.

“Saya rasa Zahid perlu memahami prinsip demokrasi dan apa yang penting kerajaan perlu lebih terbuka dalam perkara ini.
“Ia adalah bersesuaian dengan kehendak dan perubahan yang berlaku dalam negara dan dunia ketika ini.
“Diharap beliau faham supaya kita boleh membuka ruang dan peluang kepada rakyat,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata demikian mengulas kenyataan dibuat Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2016 di Dewan Merdeka, Putra World Trade Center (PWTC) semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri masih menunggu hasil kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, dekat sini.
“JKR dan JMG akan menyiapkan laporan teknikal daripada kajian di mana kita akan membuat keputusan selepas itu.
“Pada ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan untuk memastikan kawasan itu selamat untuk diduduki penduduk atau memindahkan mereka ke kawasan lain jika perlu.

‘Bebas segera orang asli, jangan jadi Israel?’ – Pemuda Amanah

Pemuda Amanah Kelantan mendesak supaya kesemua Orang Asli di Gua Musang yang ditangkap ekoran operasi merobohkan halangan (blocked) di laluan pengeluaran hasil balak hari ini segera dibebaskan.
Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, penangkapan Orang Asli di hulu negeri itu hanya kerana mereka mempertahankan hutan yang sedang digondol rakus oleh pembalak berlesen adalah akibat kelemahan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
'Bebas segera orang asli, jangan jadi Israel?' - Pemuda Amanah“Jika mereka terus menangkap Orang Asli di sana, ini bermakna tiada beza antara Kelantan dan Israel. Kezaliman tetap sebuah kezaliman walau dilakukan oleh sang kopiah putih berjubah labuh.
“Kita perlu mengepung Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan), biar mereka rasa bagaimana ‘nikmat’ dikepung. Bebas Orang Asli atau SUK dikepung!” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas langkah kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan konflik antara masyarakat Orang Asli dengan syarikat pembalak, Hazmi mempersoal sejauhmana proses rundingan melibatkan kedua-dua pihak terbabit telah dilakukan.
“Sehingga kini, berapa kalikah wakil Kerajaan Kelantan telah membuat perundingan bersama Orang Asli bagi membuat keputusan yang bersifat situasi menang-menang ini?
“Jelas, MB (Menteri Besar) dan TMB (Timbalan Menteri Besar) Kelantan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap isu pembalakan dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membela kebajikan rakyat telah gagal sepenuhnya dalam hal ini,” bidasnya.
Menyifatkan penindasan dan ancaman terhadap komuniti Orang Asli di negeri itu seperti nasib dialami rakyat Rohingya, beliau menyeru supaya memperbanyakkan doa.
“Doakan semoga Orang Asli diberi perlindungan. Banyakkan membaca Qunut Nazilah, agar pihak yang menzalimi diberi keinsafan atau dijatuhkan bala dari Allah.
“Jika kita bersedih dengan nasib rakyat Rohingya yang dizalimi oleh rejim Myanmar, maka apalah bezanya antara Rohingya dan Orang Asli di Gua Musang yang sama dizalimi oleh rejim pemerintah ini,” tambahnya lagi.

Tragedi kemanusiaan Gua Musang: ‘Orang Asli tidak mengganas’


Tijah Yok ChopilTijah Yok Chopil“Mereka tidak mengganas. Orang Asli hanya mahu kerajaan negeri dan Timbalan Menteri Besar Kelantan turun padang ikut mereka tinjau sendiri kesan akibat pembalakan terhadap alam sekitar.”
 Itu penegasan pihak Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) ekoran tindakan Jabatan Perhutanan Kelantan semalam menangkap 47 Orang Asli yang berada di sekatan laluan balak di hutan simpan hulu negeri itu.
Penyelaras JKOASM, Tijah Yok Chopil berkata, kesemua Orang Asli terbabit wajib segera dibebaskan memandangkan mereka tidak mencetuskan sebarang aksi ganas ketika operasi tersebut dilakukan.
Untuk rekod, seramai 210 anggota dan pegawai daripada Perhutanan, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam merobohkan sekatan dan bangsal dibina Orang Asli.
“Polis dan Jabatan Perhutanan sendiri mengakui Orang Asli tidak melawan atau melakukan sebarang kekecohan semasa blockade dan pondok mereka dirobohkan.
“Malah mereka menyanyikan lagu Negaraku tanda betapa Orang Asli turut mencintai tanah air ini dan wilayah adat yang mereka pertahankan,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Menurut Tijah, pihak kerajaan negeri harus mendengar suara dan menghormati hak Orang Asli memandangkan mereka telah mendiami hutan belantara di Gua Musang sejak turun-temurun.
“Orang Asli berkurun jaga, guna dan pulihara sumber hutan wilayah adat mereka. Tindakan Orang Asli membuat sekatan di laluan lori balak itu pun semata-mata untuk menyelamatkan sisa hutan yang ada untuk kepentingan negeri Kelantan dan juga rakyat.
“Sebelum diisytihar sebagai hutan simpan lagi, datuk nenek moyang mereka sudah mendiami hulu Kelantan. Mereka bukan penceroboh sebaliknya penceroboh sebenar adalah Jabatan Perhutanan, syarikat pembalak dan kerajaan negeri,” bidasnya.

Pelbagai bentuk sokongan orang ramai tuntut bebaskan Orang Asli Gua Musang


Kumpulan aktivis menyalakan lilin di perkarangan IPD Gua Musang mala mini menuntut 41 Orang Asli segera dibebaskan.Kumpulan aktivis menyalakan lilin di perkarangan IPD Gua Musang mala mini menuntut 41 Orang Asli segera dibebaskan.
Tindakan kerajaan negeri Kelantan menangkap 41 Orang Asli di Simpang Petei, Pos Tohoi siang tadi menyaksikan pelbagai bentuk sokongan daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini menolak kezaliman yang dilakukan.
Malam ini perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menjadi tempat berkumpul Orang Asli, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam menuntut tahanan terbabit segera dibebaskan.
Mereka menyalakan lilin sebagai tanda setiakawan membela Orang Asli tertindas apabila Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan pihak polis siang tadi menggunakan kekerasan memusnahkan sekatan (blocked) dan beberapa kediaman Orang Asli.
Turut memberi sokongan pada solidariti malam ini Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia (BUMI), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Aktivis Kelantan (AK03), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kelantan.
Malaysia Dateline difahamkan lebih ramai lagi aktivis akan turun bersolidariti di IPD Gua Musang bukan sahaja dari Kota Bharu bahkan Kuala Lumpur antaranya peguam Siti Kasim.
 Mesej kepada MB, TMB 
Pada masa sama tekanan kepada pihak kerajaan negeri Kelantan juga dilakukan melalui kiriman mesej ringkas (SMS) dan WhatsApp kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Kempen #BEBASKANORANGASLI itu dilihat mendapat sambutan orang ramai apabila mereka berkongsikan paparan mesej masing-masing di media sosial.

Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng


GEORGE TOWN, 30 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima kunjungan istimewa Imam Besar Masjidil-Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi di pejabat rasminya di Komtar dekat sini.
Pertemuan secara tertutup selama lebih setengah jam itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco, Datuk Abdul Malik Kassim.
15289345_1450751451621618_4410841946504865091_oLebih dikenali sebagai Syeikh Ali Al-Abbasi, imam masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu memuji kepimpinan Guan Eng yang menurutnya berjaya melahirkan suasana harmoni dan saling menghormati di kalangan rakyat negeri itu.
“Rakyat Pulau Pinang dari kalangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam hidup saling hormat menghormati dan harmoni. Saya boleh melihat mereka hidup dalam aman dan sangat mendukung kepimpinan kerajaan negeri,” ujar Syeikh Ali.
Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani.
“Baitul Maqdis sedang diserang bertalu-talu oleh regim Israel, kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seperti yang semua ketahui bahawa Baitul Maqdis diduduki oleh orang Israel (Yahudi) dan kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan,” ujarnya mengulas intipati pertemuan tersebut di sidang media kemudiannya.
Syeikh Ali turut sempat menunaikan solat di salah sebuah lokasi Warisan Dunia, Masjid Kapitan Keling di sini, semalam.

‘Apa salah ayah, dia hanya pertahan tanah kami’ - Herry Boy


slide1GUA MUSANG, 30 NOV: Penahanan dan operasi pemusnahan blockade serta pondok Orang Asli di Gua Musang oleh Kerajaan PAS Kelantan semalam terus mendapat perhatian rakyat negara ini.
Tindakan itu tambah mencetuskan tidak puas hati rakyat apabila seramai 49 Orang Asli ditahan dan dalam operasi tersebut.
Rentetan itu, orang ramai, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik yang mula berhimpun di Gua Musang sejak malam tadi mengadakan himpunan solidariti di Ibu Pejabat Polis Daerah menuntut agar kesemua Orang Asli yang ditahan dibebaskan segera.
whatsapp-image-2016-11-30-at-1-37-38-pm
Inah binti Amat
Bagaimanapun pembebasan 49 tahanan Orang Asli itu tertangguh apabila Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini membenarkan permohonan reman Timbalan Ketua Polis Gua Musang, DSP Yap Sow Sing selama 2 hari, daripada 7 hari yang dimohon.
Lebih 100 orang asli dari seluruh negara termasuk dari Pahang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan pada hari ini telah datang ke Gua Musang memberi sokongan ke atas penangkapan saudara-saudara mereka.
Mereka berarak dari IPD Gua Musang ke mahkamah majistret Gua musang.
Menurut Inah binti Amat, saudara kepada salah seorang tahanan iaitu Saudi a/l Asli, dia hadir pada hari ini untuk menuntut supaya semua tahanan dibebaskan segera.
“Saudi adalah adik saudara saya, saya sedih dia ditahan,” katanya sebak.

Kerajaan PAS Kelantan ditegur jangan tindas Orang Asli mangsa pembalakan


KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kerajaan Negeri Kelantan diseru supaya adil, ikhlas dan tegas membela hak dan kepentingan Orang Asli negeri itu khususnya melibatkan isu pembalakan hutan secara tidak terkawal di daerah Gua Musang.
Ini kerana Orang Asli adalah pribumi sebenar yang perlu diberi hak sepenuhnya, dan bukan ditindas oleh mana-mana pihak.  
slide1Gesaan ini dibuat kepimpinan Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Presiden Amanah Hj Mohamad Sabu.
Kesal dengan penahanan 47 Orang Asli oleh pihak berkuasa semalam, kenyataan itu berkata semua pihak terbabit perlu kembali ke meja rundingan apabila semua tahanan dibebaskan bagi mencari penyelesaian tuntas terhadap perkara berkenaan.
“Kami ingin bertanya, apakah proses perundingan telah sampai ke penghujung sehinggakan tindakan sedemikian rupa diambil terhadap penduduk Orang Asli?
“Kami difahamkan bahawa perjuangan Orang Asli daripada kaum Temiar di Kelantan membantah aktiviti pembalakan yang mengancam sistem kehidupan mereka sudah bermula sejak beberapa tahun lalu, dan mereka telah menggunakan semua jalan demokrasi yang ada untuk berunding dengan Kerajaan Negeri namun tidak diendahkan,” kata mereka.
Sebelum ini, aktivis beberapa NGO alam sekitar, hak asasi dan parti politik telah turun padang dan membongkar wujudnya pelanggaran terhadap garis panduan pembalakan yang dibenarkan.
Isu pembalakan di Hutan Simpan Balah itu semakin mendapat perhatian setelah berlakunya kekecohan melibatkan samseng pembalak dua bulan lalu yang bertindak liar merobohkan blockade Orang Asli di Simpang Petei.
Semalam seramai 47 Orang Asli yang mempertahankan tanah mereka di blockade Simpang Petei dan beberapa kawasan lain ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan operasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Selain penahanan Orang Asli, operasi itu turut memusnahkan blockade dan lebih 30 pondok berteduh yang didirikan penduduk.
“Tindakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa menangkap Orang Asli yang mempertahan hak mereka telah dan akan terus dikecam oleh rakyat prihatin.
“Kami berkeyakinan penuh bahawa masih ada ruang untuk mencari jalan penyelesaian daripada bertindak sedemikian rupa demi mengelakkan kesan buruk kepada Orang Asli dan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri,” kata kenyataan itu lagi.
Hampir semua Orang Asli rakyat tempatan, bukan orang luar
Dalam operasi tersebut hampir semua Orang Asli yang ditahan semalam terdiri daripada penduduk tempatan dan bukannya orang luar sebagaimana dilaporkan organisasi media tertentu.

Layan Orang Asli dengan adil, Pakatan beri amaran kerajaan PAS Kelantan

Pakatan pembangkang juga memberi amaran kepada kerajaan negeri yang tindakan mereka dipantau teliti masyarakat umum dan antarabangsa.
orangasli_kelantan_600
Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan Kelantan memberi layan adil dan ikhlas terhadap Orang Asli, berikutan penahanan 48 aktivisnya di Gua Musang semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, pakatan pembangkang juga memberi amaran kepada kerajaan negeri yang tindakan mereka dipantau teliti masyarakat umum dan antarabangsa.
“Kami menggesa kerajaan negeri bertindak dengan adil, tegas dan ikhlas dalam mempertahankan Orang Asli, dan membebaskan semua yang ditahan.
“Kerajaan negeri dan penangkapan pihak berkuasa terhadap Orang Asli akan terus dikritik semua.
“Kami yakin masih ada ruang untuk penyelesaian yang tidak memberi kesan kepada kedua-dua pihak, Orang yang Asli dan kerajaan Kelantan secara negatif.
“Adakah proses rundingan sudah sampai ke penghujungnya, yang memerlukan tindakan sedemikian rupa terhadap Orang Asli?” soalnya hari ini.
Orang Asli Temiar di kawasan itu membantah aktiviti pembalakan di hutan mereka beberapa tahun kebelakangan ini.
Perkara itu menjadi teruk apabila masyarakat Orang Asli mula menyekat laluan keluar pembalakan sejak September dalam cubaan terakhir menghentikan aktiviti di Hutan Simpan Balah.
Menurut laporan Berita Harian, mereka yang ditahan berumur di antara 18 hingga 40 tahun, selepas polis dan Jabatan Perhutanan memusnahkan sekatan dibuat di Pos Petei dan Pos Bihai petang semalam.
Operasi 7 jam itu melibatkan 210 anggota penguatkuasa dan juga menyaksikan pondok buluh dibina aktivis di semua sekatan dimusnahkan.

Menteri Umno jangan cakap ikut perasaan - Perwakilan Pemuda

Mohd Fadzlei Abdul Mubin KUALA LUMPUR - Pemimpin dan menteri Umno diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang mengikut perasaan.
Perwakilan Pahang, Mohd Fadzlei Abdul Mubin berkata, sikap demikian hanya akan menyebabkan Umno dipalit dengan persepsi negatif.
"Sebagai pemimpin, menteri-menteri kita dalam beri maklum balas kepada rakyat, berilah jawapan yang sewajarnya. Bukan jawapan yang ikut perasaan dan perlekehkan rakyat.
"Kerana itu juga mendatangkan persepsi yang tidak baik kepada Umno dalam kalangan rakyat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda dalam Perhimpunan Agung Umno ke-70, di sini, semalam.
Menurut beliau, media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu cepat memberikan maklumbalas dalam sebarang isu dibangkitkan pembangkang.
"Contohnya dalam isu minyak baru-baru ini, kita lambat beri respons. Keadaan itu disebabkan kita tiada bank maklumat untuk beri maklumbalas," katanya.

Rakyat harus disedarkan Sosma lebih drakonian dari ISA

Dr Dzulkefly Ahmad (tiga dari kiri)  dalam forum  diadakan.Dr Dzulkefly Ahmad (tiga dari kiri) dalam forum diadakan.
Rakyat harus disedarkan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)2012 (Sosma) adalah satu bentuk undang-undang `rimba' yang lebih drakonian dan dahsyat dari Akta Keselamataan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Hal ini disepakati barisan peguam dan pemimpin politik dalam satu forum yang diadakan oleh Majlis Peguam dengan tema:SOSMA- The New ISA? semalam.
Pengarah Strategik Amanah Dr DZulkefly Ahmad sebagai salah seorang panel forum telah mengimbau kejadian pernah berlaku berkaitan ISA yang disalahgunakan oleh kerajaan ketika dibawah pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Operasi Lalang pada 1987.
"ISa digubal zaman Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjamin ISA tidak disalahgunakan...tetapi 27 tahun kemudian Dr Mahathir telah menyalahgunakan ISA dalam Operasi Lalang pada 1987.
"Begitu juga dengan Sosma Datuk Seri Najib jamin tidak disalahguna tetapi selepas tiga tahun kemudian akta ini telah disalahguna oleh Najib sendiri..ke atas bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairudin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, terkini kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
"Kesemua mereka bukan pengganas tetapi ahli politik, peguam dan pimpinan NGO-Bersih.
"Saya selaku ahli politik hanya perlu tegaskan dari sisi dan perspektif politik bahawa hanya sebuah 'Kerajaan Kleptokratik' yang perlukan undang-undang rimba seperti Sosma, Poca, Pota  dan MKN untuk kekal berkuasa...akhirnya negara akan menjadi sebuah 'Negara Polis' atau 'Police State'," jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Justeru kata beliau jika perkara itu berlaku kerajaan akan bertindak untuk menutup mulut bahkan memenjarakan rakyat mengikut sewenang-wenangnya ke atas suara dan kelompok rakyat yang menentang mereka, ujarnya yang dilakukan secara sah di sisi undang-undang dan perlembagaan negara -'legitimate political dissent and contest'.
"Saya mengesa rakyat supaya sedar bahawa kita sedang didakwa dunia, khususnya kerana pengsonglapan ke atas 1MDB bahawa Malaysia diperintah sebuah kerajaan kleptokratik (merompak-mencuri).
"Lalu dengan itu tidak susah untuk faham bahawa yang memerlukan pelbagai undang-undang rimba buat menutup pertentangan ke atas kebobrokan mereka.
"Rakyat seluruhnya, tanpa mengira anutan agama, fahaman politik dan bangsa mesti bertegas bangkit untuk membanteras penyalahgunaan kuasa seperti ini kerana mungkin sahaja satu hari nanti akan menimpa anak-cucu kita sendiri.

RAKYAT PUN TAK PERNAH LUPA SIAPA KJ...

Menggunakan sajak Tun Mahathir Mohamad bertajuk "Melayu Mudah Lupa"  yang diubahsuai, Khairy Jamaluddin menggunakan pentas Perhimpunan Agung Pemuda UMNO untuk menyerang bekas Perdana Menteri itu yang disifatkannya berbeza 180 darjah berbanding dahulu.

Antara ungkapan sajak yang diubahsuai oleh KJ  itu ialah:-
"Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, BERSIH dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai BERSIH. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa," katanya.
Seterusnya Menteri Belia dan Sukan itu mengingatkan, "Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun. Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun. Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun.
"Juga ingat diktatorship Tun. Juga ingat kepincangan Tun. Juga ingat penyelewengan di zaman Tun. Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.
"Dan yang akan kami paling ingat, Melayu dalam dewan ini akan sentiasa beringat, adalah pengkhianatan Tun kepada perjuangan parti ini."
Sudah tentu ia merupakan sajak yang paling menggembirakan Najib Razak. Ketika bapa mertuanya, Pak Lah berkuasa pun, KJ tidak pernah mencipta sajak seperti itu.

Kerjasama Umno-Pas lebih pada konteks kepentingan Melayu,Islam tidak politik sembang Jamil Khir


Datuk Seri Jamil Khir BaharomDatuk Seri Jamil Khir BaharomAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom mahu perwakilan dan pembahas dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 memahami konteks sebenar kerjasama Umno-Pas lebih kepada kebaikan pada Islam dan bangsa Melayu bukan kepentingan politik semata-mata.
"Dalam kontek apa sekalipun kerjasama Umno-Pas perlu dilihat, bahawa Melayu dan Islam itu yang mewarnai politik tanahair.
"Konsep, kaedahnya sama ada kerjasama atau apa sekalipun pelaksanaannya kelak kita perlu lebih taawun iaitu bertolong-tolongan dan bekerjasama ke arah ketakwaan kepad Allah s.w.t.
"Sudah tentu pokok perbincangan ialah mengangkat kebaikan pada Islam dan bangsa Melayu.
"Kita tahu kelompok Melayu adalah paling ramai sudah pasti Melayu itu tafsirannya dalam perlembagaan ialah Islam," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika  beliau hadir pada perasmian Pameran Kartun dan Komik: Wasatiyyah dan Perjuangan yang dirasmikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di PWTC hari ini.
Beliau diminta mengulas pandangan pemerhati politik yang menjangkakan PAU 2016 kali ini akan terdapat pembahas yang memperkatakan mengenai kerjasama parti itu dengan Pas.
Tambah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini lagi tidak timbul soal perbezaan pendapat.
"Tidak timbul soal pendapat siapa, pangkat siapa, siapa marah siapa. Kita raya sama-sama, mati pun sama ,kiblat pun sama, tanah kubur di kawasan sama.
"Hamparan politik ini merupakan satu medan yang perlu kita lihat secara skop yang lebih luas biarlah perbahasan yang akan disampaikan oleh pembahas-pembahas nanti di buat sebaik mungkin jika kerjasama Umno-Pas ini dibangkitkan...saya pun nak tahu apa pendapat mereka," ujarnya.
Ditanya mengenai ucapan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dipetik berkata, wujudnya komuniti kepembangkangan di alam siber menjejaskan persepaduan ahli parti.
"Dulu pendekatan pembangkang dalam konteks parti kita boleh dikenali melalui pentas dan bendera parti.

Berapa ramai ahli secara spiritual masih bersama Umno, soal PPBM

Ketua sayap Wanita PPBM berkata, Khairy Jamaluddin perlu bimbang tentang Umno dan bukannya melancarkan perang politik dengan parti berusia 2 bulan.
anina-saadudin_kj_umno_600
KUALA LUMPUR: Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menyoal sama ada Khairy Jamaluddin sedar berapa ramai daripada 3 juta ahli parti itu yang secara spiritual masih bersama Umno.
Beliau yang juga ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kepimpinan Umno kini harus sedar sama ada ahlinya masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepimpinan parti.
“Khairy perlu memberi fokus membawa kembali semangat Umno dan bukannya bimbang tentang kami (PPBM) atau berapa ramai penyokong kami.
“Terdapat ramai daripada mereka pada perhimpunan (Perhimpunan Agung Umno) itu tetapi adakah kepercayaan mereka masih terhadap Umno seperti sebelum ini. Jika tidak, mereka harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak?” soal beliau.
Beliau berkata, Khairy harus berusaha menerapkan kepercayaan dalam parti dan bukannya melancarkan perang politik dengan PPBM melainkan jika parti baru itu mampu menjadi ancaman besar kepada Umno.
“Beliau perlu bertanya mengapa mereka menghadapi ini (masalah). Mengapa ramai ahli Umno tertanya-tanya sama ada mereka harus bersama parti itu,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai ucapan Khairy hari ini untuk perwakilan Umno.
Anina berkata PPBM bukan sahaja akan bertanding di semua kerusi kuat Umno di kawasan luar bandar tetapi “di semua kawasan yang Umno pertandingkan. Di mana sahaja mereka bertanding, kita akan bertanding,” katanya.
Beliau juga memberitahu FMT mula memakai tudung sejak 29 Nov. Anina menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan permintaan orang bawahan.
“Saya menghormati pendapat rakyat kerana saya tahu mereka suka saya. Tetapi hari ini, saya memakai hijab, bukan kerana sesiapa memaksa saya. Hati saya memberitahu saya untuk berbuat demikian kerana saya kini bersedia untuk fasa baru dalam hidup,” katanya.
Khairy, ketua Pemuda Umno semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 30 November berkata Umno dan PPBM akan berkempen terhadap penyokong yang sama, dan kesetiaan yang terbahagi adalah membimbangkan.

Semua ahli politik perlu isytihar harta, kata Rafizi

Alasan tidak mengisytiharkan harta kerana tiada jawatan dalam kerajaan memperbodohkan rakyat, kata Rafizi.
rafizi-ramli_rumah_600
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli membidas tindakan ahli politik yang tidak mahu mengisytiharkan harta dengan alasan tiada sebarang jawatan dalam kerajaan.
“Saya cukup tidak setuju jika ada yang kata, mereka yang ada jawatan dalam kerajaan sahaja perlu mengisytiharkan harta. Saya fikir jawapan itu memperbodohkan rakyat.
“Kalau saya berjawatan menteri dan mahu makan rasuah, pastilah saya tidak akan ambil kontrak atas nama saya. Pasti saya akan gunakan nama proksi, kroni, anak atau isteri,” katanya dalam sidang media di pejabat Invoke Malaysia hari ini.
Malah katanya lagi, mereka yang tidak berjawatan dalam kerajaan tetapi rapat dengan ahli politik atau penjawat awam juga sepatutnya mengisytiharkan harta.
“Ini kerana (cara penyelewengan) sudah jadi sofistikated. Lihat kes 1MDB misalnya, hanya auditor dan akauntan yang benar-benar berpengalaman mampu mengesan perjalanan wang terbabit,” katanya.
Sebelum ini, beliau pernah menasihatkan Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly yang didedahkan Datuk Seri Jamal Md Yunos memiliki kekayaan luar biasa, antaranya banglo dan beberapa kereta mewah, agar mengisytiharkan hartanya.
Bagaimanapun, Adam berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan Selangor, namun sedia berbuat demikian jika menerima arahan rasmi daripada parti.

PKPIM bersama MALAYA4

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyelar pertuduhan yang disabitkan terhadap empat siswa Universiti Malaya (Malaya4).
Tiga orang mahasiswa iaitu Anis Syafiqah Md Yusof, Mohamad Luqman Nul Haqim dan Muhammad Luqman Hakim Fazli masing-masing disabitkan dengan empat pertuduhan manakala Suhail Wan Azahar dikenakan dua pertuduhan.
Kesemua mereka dituduh di bawah peruntukan Seksyen 16B Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (Auku).
Ini merupakan lanjutan siri kezaliman dan penafian hak terhadap mahasiswa selepas baru-baru ini menyaksikan Asheeq Ali, mahasiwa UKM digantung pengajian selama satu semester.
PKPIM melihat tindakan pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya sebagai tidak demokratik dengan tidak meraikan budaya kritis yang sepatutnya membugar dalam kalangan mahasiswa di universiti.
Tindakan ini juga jelas menafikan hak mahasiswa sebagai rakyat bagi menyuarakan kritikan secara terbuka terhadap ketirisan yang berlaku dalam negara seperti mana termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara.
PKPIM khuatir wujudnya tekanan dan campur tangan pihak ketiga hingga menyebabkan pihak universiti didesak untuk mengambil tindakan kepada pelajar terlibat demi menjaga sensitiviti individu berprofil tinggi yang dikaitkan dengan skandal Malaysian Official One dan skandal penyelewengan 1MDB.
PKPIM juga bimbang tindakan sebegini bakal berterusan bagi melengkapkan usaha pendoktrinan "culture of fear" di kalangan mahasiswa.

Aktivis pelajar mahu UM gugur tuduhan

Keempat-empat pelajar itu boleh didenda, digantung atau dibuang daripada pengajian di universiti kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan Tangkap MO1 pada Ogos 27.
anis-shafqah
KUALA LUMPUR: Aktivis pelajar Anis Syafiqah menggesa Universiti Malaya (UM) menggugurkan semua tuduhan terhadap beliau dan 3 pelajar lain beberapa minit sebelum menghadiri perbicaraan disiplin hari ini.
Anis, bersama Muhammad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli dan Suhail Wan Azahar, digantung pihak universiti kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan Tangkap MO1 pada 27 Ogos tahun ini.
“Kami mahu universiti menggugurkan semua tuduhan terhadap kami kerana ia tidak mempunyai hak dan justifikasi menghalang kami daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita sebelum memasuki dewan perbicaraan di UM.
Keempat-empat pelajar diberikan surat tunjuk sebab daripada pihak universiti.
Jika didapati bersalah, mereka akan menghadapi mana-mana satu daripada hukuman berikut: amaran; denda tidak lebih RM200; larangan memasuki bahagian tertentu universiti bagi tempoh masa tertentu; atau digantung atau dibuang daripada universiti.
Pada 22 Okt, universiti itu mengeluarkan surat kepada 4 pelajar, memanggil mereka untuk pendengaran tatatertib hari ini.

Harga petrol, diesel turun 5sen mulai tengah malam ini

Harga minyak petrol RON95 dan RON95 serta diesel turun lima sen mulai tengah malam ini.

Harga baru untuk bulan depan ditetapkan pada RM1.90 untuk RON95, RM2.25 untuk RON97 dan RM1.80 (diesel), lapor Oriental Daily.

Penurunan ini pasti melegakan pengguna selepas dua bulan berturut-turut naik sebelum ini.

Malah, harga bulan ini mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Rafizi isytihar harta kali ke-2, korban RM500,000 tubuh INVOKE

Penubuhan Invoke Malaysia bakal menjadi pelaburan Rafizi paling bermakna jika BN kalah pada PRU akan datang.
rafizi,th
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengorbankan RM500,000 simpanan peribadinya dalam Tabung Haji untuk menubuhkan NGO, Invoke Malaysia.
Beliau menunaikan janjinya untuk mengisytiharkan harta buat kali ke-2 di pejabat Invoke Malaysia, hari ini.
Dalam dokumen 11 halaman beserta dokumen sokongan, beliau menjelaskan sejumlah RM530,000 dikeluarkan daripada akaun Tabung Haji bermula April hingga September 2016.
“Pada April saya keluarkan RM100,000, Jun RM100,000 dan September RM330,000. RM30,000 untuk pengubahsuaian rumah di Bukit Antarabangsa, manakala baki RM500,000 untuk memulakan NGO Invoke,” katanya.
Katanya, Invoke ditubuhkan dalam usaha mendapatkan undi pengundi atas pagar yang sudah bosan dengan politik kepartian bagi merampas 30 kerusi marginal yang menurutnya kunci menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
“Saya harap ia pelaburan yang berbaloi. Jika kita berjaya menewaskan BN, ini adalah pelaburan paling bernilai yang pernah saya buat,” katanya lagi.
Rafizi berkata, sebab beliau tidak mengumumkan pengeluaran itu sebelum ini, di saat beliau mengkritik pengurusan Tabung Haji adalah kerana tidak ingin mencetuskan panik di kalangan orang ramai.
“Kalau umum secara terang, ia boleh menyebabkan panik. Saya tahu sebahagian besar penyimpan di situ adalah orang berpendapatan rendah dengan nilai simpanan yang kecil,” katanya yang berhenti memasukkan wang bermula Februari selepas meneliti kedudukan kewangan badan itu.
Semalam, beliau berkata akan sekali lagi membuat pengisytiharan harta ekoran kajiannya sebelum ini, di mana 698 daripada 727 orang mahu ahli politik dan keluarga serta penjawat awam mengisytiharkan kekayaan mereka.
Mac tahun lalu, Rafizi membuat pengisytiharan aset bersih sebanyak RM1.56 juta dengan hutang RM395,937.
Beliau menyatakan jumlah asetnya untuk tahun ini menurun kepada RM953,021.
Selain pengeluaran Tabung Haji, Rafizi menjelaskan sebab penurunan itu apabila beliau menyingkirkan 2 kereta bernilai RM150,000 daripada asetnya, yang sebelum ini dibeli atas namanya tetapi dibayar dan digunakan 2 pekerja.
Selain harta atas namanya, kali ini beliau turut memasukkan senarai harta di bawah nama isteri, iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat di Puncak Alam, Selangor bernilai RM300,000 dan barang kemas serta simpanan tidak melebihi RM15,000.

Adenan Satem silap percaya janji Najib, kata presiden STAR

Presiden STAR menegaskan hanya dengan pemulihan Perlembagaan menjadi jalan untuk menuntut semula hak Sarawak sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
lina-adenan-1
KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo melahirkan rasa tidak percaya atas jaminan rundingan untuk memulihkan status Sarawak sebagai rakan kongsi yang saksama boleh dicapai tanpa pembaharuan undang-undang dan pindaan Perlembagaan utama.
Beliau memberitahu FMT, ia adalah satu kesilapan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Adenan Satem untuk menggugurkan usul menuntut semula hak Sarawak, berdasarkan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang Putrajaya bersedia untuk berbincang.
“Saya amat kecewa dengan kegagalan pemimpin Sarawak untuk mengambil pendirian tegas mengenai hak-hak Sarawak, seperti termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
“Ia adalah kegagalan utama kerana tidak meneruskan usul meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan,” kata Soo.
Pasal 1(2) Perlembagaan Persekutuan, dipinda pada 1976, mengurangkan status Sabah dan Sarawak daripada rakan serantau sama kepada negeri bersekutu.
Usul yang mungkin mendapat sokongan sebulat suara daripada semua pihak, menggesa Putrajaya melihat semula hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962.
“Ini adalah satu isu Perlembagaan yang memerlukan penyelesaian Perlembagaan. Dan itu hanya boleh dicapai dengan sokongan penuh semua ahli Parlimen dan kerajaan Sarawak, yang merupakan salah satu daripada 5 penandatangan Perjanjian Malaysia.
“Pusingan U Adenan adalah muslihat politik semata-mata,” kata Soo. Lima penandatangan adalah kerajaan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan United Kingdom.
Soo berkata menangani isu ketidakpatuhan dengan perjanjian antarabangsa dengan betul seperti MA63, memerlukan tindakan negeri.
“Apabila ia dilakukan melalui badan perundangan, usul itu menjadi satu isu yang tidak boleh diadili, maknanya tiada mahkamah boleh mengadili perkara itu.
“Adenan gagal melakukan apa yang perlu beliau lakukan, iaitu untuk membentangkan usul dalam dewan.”

'Umno rugi tapi mampu biayai ibu pejabat baru?'

DAP hari ini mempersoalkan bagaimana Umno mampu untuk membiayai rancangannya untuk membangunkan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) yang bakal menjadi ibu pejabat baharu parti itu.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, pihaknya mempersoalkan rancangan besar itu setelah laporan kewangan Umno berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Nga yang juga ahli Parlimen Taiping memetik laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang mendakwa bagi tahun berakhir 2014, parti itu mengalami kerugian sebanyak RM30 juta.
"Sebagai parti politik terbesar di Malaysia yang juga mengawal jentera dan sumber kerajaan, mereka pastinya tertakluk kepada penelitian awam lebih besar," ujar Nga dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis pecah tanah pembangunan KL PWTC berkata, bangunan menara setinggi 70 tingkat itu dibangunkan sempena 70 tahun usia Umno.

PPBM persoal bangunan baharu Umno RM3.5 bilion...rakyat ikat perut..!!!

Ahli Majlis Tertinggi PPBM mempersoalkan keperluan membelanjakan berbilion ringgit untuk manfaat kepada beberapa pihak sahaja ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Tariq-IsmailPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempersoalkan rancangan Umno membina ibu pejabat baharu bernilai RM3.5 bilion semasa rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat.
Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail mempersoalkan jumlah kos yang akan dibelanjakan bagi projek itu dan siapa membayarnya.
“Perlukah Umno membelanjakan wang sebanyak itu untuk ibu pejabat? Bagi saya, inilah masanya Umno melabur kepada rakyat, bukannya diri mereka.”
Beliau berkata, rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, termasuk 3 juta ahli Umno berhadapan kenaikan harga.
“Kita menyaksikan kejatuhan subsidi dan harga barang yang semakin meningkat. Harga ikan kembung di beberapa kawasan meningkat hampir 50% sejak 2013 daripada RM8 sekilo kepada RM12 sekilo.”
“Ini juga memberi kesan kepada mereka yang tinggal di kawasan seperti Jerantut di Pahang, Muar, Johor dan Kuala Kedah di Kedah,” katanya sambil menambah beliau mengetahui hal ini semasa lawatan PPBM di kawasan perumahan luar bandar.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata Umno sebaliknya perlu menggunakan wang itu untuk melatih penganggur atau menaja pelajar melanjutkan pelajaran.
“Ia akan masuk akal jika projek infrastruktur kerajaan untuk manfaat rakyat diumumkan tetapi ibu pejabat Umno akan memberi manfaat hanya kepada beberapa pihak, seperti golongan elit Umno.”
New Straits Times hari ini melaporkan projek itu akan menyaksikan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibangungkan semula menjadi Pusat Dagangan Dunia Putra KL (KL PWTC).

Kerajaan usah perbodohkan rakyat lagi, kata perwakilan Puteri

Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan jangan kata ekonomi baik sedangkan rakyat sendiri boleh nampak orang lain mula hilang pekerjaan.
Norsarfinaz-Mohd-Azman_rakyat1
KUALA LUMPUR: Perwakilan Puteri Umno Pahang hari ini menyampaikan pesanan keras kepada kerajaan, mendesak pemimpin berhenti menutup kebenaran mengenai ekonomi negara.
Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan juga sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.
“Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik,” katanya ketika membahaskan usul agama di perhimpunan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.
Hadir mendengar ucapannya ialah pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Norsarfinaz yang juga ketua Puteri Umno Bahagian Jerantut meminta Zahid mendengar rayuannya supaya kerajaan berhenti melindungi kebenaran daripada rakyat, sebaliknya beritahu mereka supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Beliau turut meminta supaya masyarakat umum diberi peluang membantu menyelesaikan masalah itu.
“Kami tahu bukan Malaysia saja berdepan kesukaran kewangan. Ia masalah yang menjejaskan seluruh dunia.
“Jadi berterus terang dengan kami dan biar kami bekerjasama dengan kerajaan menangani isu ini,” katanya.
Dengan nada sinis, Norsarfinaz berkata dalam kerajaan menasihati rakyat berjimat dengan melancong dalam negara, sekurang-kurangnya pastikan destinasi itu cukup menarik untuk dikunjungi.

Jamal ‘bawa Rafizi’ ke perhimpunan Umno

Jamal Yunos mendakwa fitnah dibuat Rafizi sangat mendalam buat ahli Umno, kerana sehingga hari ini masih ada yang mempercayai kata-kata dilontarkan pemimpin PKR itu.
Jamal-RafiziKUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak membawa figura Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ke Perhimpunan Agung Umno 2016 supaya ahli-ahli Umno tidak lupa fitnah dibuatnya.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, fitnah dibuat Rafizi menyebabkan Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kita ingin memperingatkan kembali mengenai sejarah yang dilakukan individu yang dikenali sebagai Rafizi. Apa yang saya cuba ingin gambarkan dan memperingati adalah kerana dia ketua Wanita Umno Malaysia terpaksa berundur jawatannya sebagai menteri.
“Ia supaya, ahli Umno ingat apa yang beliau lakukan. Walaupun dia (Rafizi) dijatuhkan hukuman tetapi kesannya tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” katanya sewaktu ditemui pemberita, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Katanya, fitnah dibuat Rafizi sangat mendalam buat ahli Umno kerana sehingga hari ini masih ada yang percaya kata-kata dilontarkan pemimpin PKR itu.
“Apa yang Rafizi juga buat adalah mengatakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, membeli cincin bernilai RM24 juta.
“Tetapi apabila Rosmah cuba saman, beliau kata hanya bergurau. Jadi, saya ingin beritahu Umno, individu ini adalah individu kaki fitnah,” katanya.
Sementara itu, Jamal turut mengulas mengenai ugutan bunuh diterima Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang baginya hanyalah sandiwara.

Insiden konkrit runtuh

At least 1 dead, 9 injured in under construction pedestrian bridge collapse opposite Mid Valley mall

Video laluan pejalan kaki KL Eco City, The Gardens runtuh

Selangor telahpun isytihar harta lebih awal, kata Azmin

Rafizi mengeluarkan rm500 ribu dari Tabung Haji untuk membina NGO

"Zahid kena faham apa erti demokrasi," bidas Azmin

Aksi Jamal 'heret' Rafizi dalam sidang Wanita UMNO

Jamal walks around with cut-out of Rafizi, PKR leader responds

"Saya boleh saman Jamal tetapi dia dikatakan tidak ada duit," kata Rafizi

Rafizi sudah isytihar harta, tunggu giliran MP dan penjawat awam pula

Bn Pasti Akan Hilang Kuasa Di Lima Negeri


Oleh Zainudin Maidin
Ini adalah suatu analisis yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh saya sendiri dan kawan-kawan di seluruh  negeri negeri sejak dua bulan lalu yang menunjukan UMNO berada dalam kedudukan yang sangat rapoh dan pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air.

 Rakyat biasa menolak BN bukan atas soal IMDB atau RM 2.6 Billion tetapi mereka merasa tikaman GST, kenaikan harga barang dan juga kejatuhan ringgit.

Tinjauan ini mendapati hanya  lima buah negeri yang akan kekal di tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum  yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun depan.Negeri-negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak,Perlis dan Pahang.

Yang sudah pasti akan berada di tangan pembangkang ialah Kedah,Kelantan(Pas kekalkan kuasa),Terengganu dan Pulau Penang (Kerajaan yang sama).

Sebab utama Kedah akan jatuh  ketangan pembangkang ialah  kemenangan BN di pilihanraya umum lalu adalah  faktor Mukhriz. Oleh kerana ada  jaminan pertukaran Menteri Besar kepada Mukhriz Tun Dr.Mahathir maka rakyat memberi undi kepada BN dan sekarang rakyat Kedah termasuk veteran UMNO dan penyokong Pas tidak lagi dapat menerima barisan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sudah " Basi".

Anak-anak muda di Kedah sedang bergerak cergas menyokong Mukhriz mengembangkan Bersatu.

Hingga kini  Mukhriz mendukong simpati ramai  kerana  rompakan kuasa darinya dirasakan oleh rakyat Kedah sebagai merompak hak mereka.

Di Terengganu  ke pimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal  berada dihujung tanduk dan  tidak mesra rakyat   malah  maruahnya hilang  di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya  dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk

Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.

Pimpinan Pas Kelantan telah membulat nikat tidak akan menyerahkan Kelantan kepada BN dengan apa cara sekalipun dan telah pun menggerakan jentera operasi senyap tapi  rakus di kawasan-kawasan yang dipegang oleh BN termasuk kawasan Parlimen Mustapha Muhammed.Mereka tidak bagitu ghairah dengan kerjasama Pas UMNO yang diterokai oleh Presiden Pas Haji Hadi.
Keadaan hubungan PAS UMNO di Kelantan  adalah pepat di luar rencong di dalam.

Sepuluh soalan untuk Datin Seri Rosmah Mansor

Oleh  Lim Lip Eng
If you read it (on social media), then you’ve been duped. If there’s anything (you want to know) about me, just ask me face-to-face. Straight to the point, don’t tell lies,” demikian kata Datin Seri Rosmah Mansor, seperti dilaporkan Bernama.
Saya tidak ada pilihan selain mengemukakan soalan-soalan untuk ‘Wanita Pertama’ itu melalui kenyataan media ini, kerana saya tidak memiliki nombor telefon mahupun alamat email isteri Perdana Menteri itu.
Sukar juga untuk saya bertemu secara “face-to-face” dengannya, memandangkan beliau dikawal ketat sepanjang masa.
Maka berikut adalah soalan-soalan saya:
1. Berapa banyakkah jumlah harta yang dimiliki kalian suami isteri Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, di dalam dan luar negara, dalam bentuk tunai dan hartanah?
2. Bagaimana kalian suami isteri mampu mengumpulkan yang sebegitu banyak memandangkan Najib hanya merupakan penjawat awam sejak meninggalkan universiti dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan?
3. Adakah Rosmah dan Najib membayar cukai pendapatan? Jika ya, bolehkah mereka mengisytiharkan berapa banyak cukai yang mereka bayar, supaya orang ramai boleh mengira sama ada cukai itu setara dengan kekayaan yang mereka miliki?
4. Adakah Rosmah sudi mengundang para wartawan untuk melihat sendiri koleksi beg tangan berjenama mewahnya?
5. Bagaimana pula dengan koleksi jam tangan mewahnya?
6. Koleksi barang kemas juga jangan lupa? Rosmah sewajarnya bangga untuk mempamerkan barang-barang mewah ini, kerana memakainya pun memang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
7. Adakah Rosmah pernah bertemu mendiang Altantuya Shaariibuu sewaktu wanita Mongolia itu masih hidup?

Demokrasi Tidak Untuk Rakyat.

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian kepada tiga Pergerakan didalam UMNO telah berkata supaya rakyat mantafsir semula demokrasi yang hari ini demontrasi adalah sebahagian darinya.
Tetapi dalam gesaan itu, pihak Kerajaan saperti tidak menyedari bahawa rakyat yang menjadi pemegang kedaulatan dalam fahaman demokrasi secara beransur-ansur kian terpingggir. Dari pemotongan subsidi hingga taraf kehidupan yang mendadak naik tampa seiring dengan pendapatan ekonomi rakyat saperti tidak dipedulikan oleh Kerajaan. Demokrasi amalan kerajaan hari ini saperti mengasingkan rakyat dalam berbagai keputusan kerajaan. Bukankah salah satu cabang demokrasi ialah keadilan rakyat.
Kekecewaan sejak 30tahun yang lalu ialah soal kredibiliti sektor swasta yang juga tidak mesra alam dengan rakyat. Dengan persepsi kerajaan di sebut sebagai pihak yang suka melakukan rasuah, rakyat diperkenalkan dasar pengswastaan dimana urusan awam yang sepatut diuruskan oleh kerajaan diserahkan kepada sektor swasta. Dulu katanya dengan wang yang tidak lagi diberikan kepada jabatan dan agensi kepentingan awam itu akan digunakan untuk pembanngunan tetapi semua tidak saperti di rancang.. rakyat terus tertindas dengan pengswastaan, dari urusan letrik, air dan jalan raya semuanya diurus secara mencari keuntongan dan harga pasaran. Dan kini yang tinggal dan belum lagi untuk diswastakan ialah Hospital, tetapi banyak perniagaan di Hospital Kerajaan telah diswastakan. Itu adalah sebahagian harga demokrasi yang dibayar oleh rakyat.
Jika saya ditanya. Adakah Kerajaan atau UMNO berjaya mendemokrasikan rakyat? Saya akan menjawab. Sabenarnya kita gagal. Sabenarnya Malaysia adalah contoh terbaik di akhir2 ini.. bagaimana demokrasi berakhir di tangan para bandit politik.
Sabenarnya demokrasi kita adalah demokrasi kapitalis.. Yang ini sepatutnya difikirkan oleh generasi penerus UMNO. Sepatutnya kita kembali kepada Demokrasi Islam.. mesyuwarah dan bertakwa.

Membalak Sampai Licin: Reman Orang Asli dilanjutkan, nasib keluarga tak menentu

Persatuan Orang Asli mengecam tindakan hakim kerana membenarkan lanjutan reman terhadap suami dan bapa kepada keluarga yang bergantung hidup kepada mereka.
orang-asli
PETALING JAYA: Persatuan Orang Asli menuduh Mahkamah Majistret Gua Musang kekurangan empati terhadap keluarga Orang Asli yang ditahan semalam, dengan mengeluarkan arahan reman selama 3 hari.
“Keluarga Orang Asli di Gua Musang bergantung kepada suami dan bapa untuk meneruskan hidup mereka. Jadi, anda tidak boleh menahan mereka dalam lokap selama beberapa hari,” kata Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (Moada) Bob Manolan Mohamad.
Tambahnya, polis juga merampas kebanyakan motosikal digunakan Orang Asli di kawasan itu.
“Sekurang-kurangnya, jika mereka mempunyai motosikal untuk berulang alik mendapatkan makanan dari kedai, tetapi kini mereka terperangkap di sana.”
Penyelaras Pusat Orang Asli Concerns (COAC) Colin Nicholas berkata Orang Asli di Gua Musang sentiasa bergantung kepada hutan bagi memperoleh rezeki mereka, dan kerana itu mereka melibatkan diri dalam sekatan pembalakan pada September.
“Tanah itu penting bagi mereka dan justeru itu, ia perlu dipertahankan. Kegiatan pembalakan menjejaskan mata pencarian dan rezeki mereka, “katanya.
17 Orang Asli ditahan direman 2 hari, manakala 31 yang lain ditahan reman selama 3 hari.
Bob mendakwa pihak polis terpaksa melakukan 2 perjalanan disebabkan bilangan Orang Asli ditahan ramai.

Kenapa Perhutanan Kelantan dakwa majoriti Orang Asli yang ditahan bukan dari Kelantan?


Ratusan Orang Asli berkampung di sekatan jalan Hutan Simpan Balah sejak dua bulan lalu tetapi digempur pihak kerajaan negeri semalamRatusan Orang Asli berkampung di sekatan jalan Hutan Simpan Balah sejak dua bulan lalu tetapi digempur pihak kerajaan negeri semalam
Seramai 47 Orang Asal yang ditangkap ketika Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan merobohkan sekatan jalan di laluan lori balak semalam, majoritinya berasal dari Kelantan.
Senarai mereka terbabit berserta kad pengenalan seperti yang diperoleh Malaysia Dateline hari ini mendapati hanya lima daripadanya mempunyai kod negeri dari Perak manakala seorang sahaja dari Selangor.
Kesemua mereka adalah lelaki berusia seawal 22 hingga 52 tahun yang ditahan selepas dua kawasan sekatan Orang Asli iaitu di Simpang Petei, Pos Tohoi dan Kampung Peralong, Pos Bihai dirobohkan.
Semalam, Harakahdaily memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah mendakwa hampir kesemua mereka yang ditahan kononnya bukan penduduk tempatan tetapi berasal dari Pahang dan Perak.
Dalam perkembangan berkaitan, Radhi Chu Abdullah hari ini dipetik dari laman berita rasmi Pas itu juga berkata, kesemua Orang Asli yang ditahan dibawa ke Mahkamah Sesyen Gua Musang.
"Mereka diambil tindakan pendakwaan mahkamah di bawah kesalahan Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.
Tambahnya lagi, setiap individu akan didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan menduduki tanpa permit.

Shahrizat: Ini zaman 'idea is king'

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
KUALA LUMPUR - Zaman sekarang adalah zaman idea adalah segala-galanya, menurut Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Katanya, masyarakat zaman kini hidup di zaman moden di mana semua orang ingin menjadi wartawan dan berlumba untuk melaporkan apa sahaja di media sosial.
"Zaman sekarang idea is king (idea adalah segala-galanya). Semua mahu jadi reporter (wartawan). Ini zaman di mana kita (Wanita Umno) perlukan neuroleader (pemimpin neuro) di kalangan kita
"Ini zaman di mana wanita tak mahu ketinggalan. Kena sama naik dengan kaum bapa (Pemuda Umno)," katanya ketika berucap merasmikan perhimpunan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, pemimpin neuro Wanita Umno perlu ke hadapan supaya sentiasa relevan kepada parti dan negara.
"Pemimpin neuro perlu sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak. Pemimpin ini juga mesti memiliki wawasan yang sesuai, punyai misi dan visi yang mampu membawa parti ke tahap tertinggi.
"Wanita berkepimpinan neuro juga mesti dinamik, tangkas, efisyen dan berkeupayaan untuk menjadi juara dalam menyampaikan kebajikan kepada rakyat.
"Selain itu, mereka juga harus bijak berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua pihak," ujarnya lagi.

Sekali dia mahu, 10 kali kita sambut, kata Zahid dalam PAU 2016

Tidak perlu tahaluf siasi, sekadar tabayyun pun tidak apa, kata Zahid Hamidi di PAU 2016Tidak perlu tahaluf siasi, sekadar tabayyun pun tidak apa, kata Zahid Hamidi di PAU 2016
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) mengajak sebuah parti politik agar merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka.
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno untuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Zahid berkata, "Kita sesama kita, buka buku baru, kita rapatkanlah silaturahim, kita hendaklah berlapang dada dan hulurkan tangan sesama kita".
Tanpa menyebut nama parti itu, Zahid berkata, beliau bersyukur kerana parti itu telah mula memahami Umno.
"Ada satu ketika, ada rakan kita yang berada di luar sana, tidak begitu berkenan dengan kita. Tetapi kita bersyukur kerana mereka telah mula memahami keadaan kita," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Pas.
Zahid juga berkata, kedua-duanya tidak perlu bertahaluf siasi, istilah yang digunakan oleh Pas dalam kerjasama politik, tetapi cukup kalau sekadar tabayyun (mendapatkan pencerahan) atau saling memahami.
"Tidak perlu tahaluf siyasi (political collaboration atau kerjasama politik), biar apa namanya hatta tabayyun (mendapatkan pencerahan), Umno ikhlas," kata Zahid dalam ucapan itu.
Beliau juga berkata, jika pihak berkenaan sekali mahu bekerjasama, Umno akan menerimanya dengan tangan terbuka.
"Kalau ada orang menghulurkan tangan, kita juga 10 kali menghulurkan tangan kepada mereka," kata Zahid lagi.

Menteri Umno diminta jangan gadaikan pendidikan

OLEH NURUL IZZAH ANWAR
Amat tidak wajar, apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.[1] Cadangan ini tidak berasas kerana alasan utama yang dikemukakan oleh pihak menteri hanya berpandukan kepada permintaan ibu bapa yang berpendapatan tinggi.
Terutama, diperhatikan keputusan UPSR tahun 2016 yang menggunakan format baharu dimana kadar pelajar yang memperoleh semua A 4,896 orang, iaitu 1.1 peratus daripada keseluruhan pelajar.

Nurul-IzzahLebih membimbangkan apabila jumlah pelajar yang memperoleh semua E adalah 9,519 orang. Peningkatan jumlah pelajar yang gagal hampir keseluruhan mata pelajaran juga adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera oleh pihak sekolah dan ibu bapa.[2]
Secara dasar, perubahan sistem dan format baharu pastinya akan memberi kesan kepada proses transisi daripada pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah.
Namun ini bukanlah alasan untuk kerajaan sekali lagi semberono dalam meluluskan mana-mana cadangan yang dilihat sebagai mengkomoditikan pendidikan.
Demi memastikan kerajaan tidak anti pendidikan, kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian kepada bagaimana mewujudkan pendekatan yang mesra KBAT(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk murid-murid ini. Bukan hanya menyediakan peluang kepada ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tetapi evaluasi murid yang patut diutamakan.
Memastikan kerajaan tidak abaikan kualiti, anak-anak sewajarnya diberikan ruang dan peluang untuk sambung ke peringkat menengah dengan keterujaan dan bukannya dibebankan dengan dapatan keputusan UPSR, sedangkan keputusan itu digunakan untuk menyambung ke peringkat SBT, Sekolah Kluster, SBP, MRSM, SMKA, SABK,SMT dan Sekolah Vernakular.

Sahut cabaran Rosmah, DAP ajukan soalan tentang Jho Low dan Altantuya


rosmah-10qKUALA LUMPUR, 30 NOV: Cabaran Datin Seri Rosmah Mansur agar sebarang persoalan mengenai dirinya ditanya secara berdepan bagi mengelakkan putar belit media sosial disahut Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Menyatakan bahawa tidak mempunyai nombor telefon dan email isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, Lip Eng justeru mengemukakan beberapa soalan dalam satu kenyataan medianya kepada Rosmah.
“Agak sukar juga untuk saya bertemu secara “face-to-face” (bersemuka) dengannya, memandangkan beliau dikawal ketat sepanjang masa,” ujarnya.
Soalan Lip Eng antara lain menyentuh mengenai hubungan Rosmah dan Najib dengan wanita warga Mongolia yang dibunuh secara kejam beberapa tahun lalu, selain mengenai Jho Low yang didakwa menyeleweng dana syarikat milik negara, 1MDB.
“Adakah Rosmah pernah bertemu mendiang Altantuya Shaariibuu sewaktu wanita Mongolia itu masih hidup?
“Adakah Rosmah telah berjumpa dengan Low Taek Jho (Jho Low) di Malaysia atau di luar negara selepas individu itu dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika dan dituduh terlibat menggelapkan dana milik negara bernilai lebih US$1 bilion?” ujar senarai sepuluh soalan itu.

Balak Didahulukan, Orang Asli Ditangkap & Pondoknya Dirobohkan

Wanita Umno Ulangi Kuota 30 Peratus - Wan Mohaliza

Ramai Nak Jadi Tokoh Parti Baharu - Wan Mohaliza

Wanita Bidas Cantas 'Kepala' Dalam Umno

"Orang Asli juga punya hak, jangan ketepi kepentingan mereka" kata Annuar Musa

Annuar Musa nafi PAU 2016 medan hentam Tun M

Hadi dan Najib akan sepentas lagi 4 Disember ini


Najib dan Hadi akan duduk sepentas lagi 4 Disember ini.Najib dan Hadi akan duduk sepentas lagi 4 Disember ini.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi akan duduk sepentas, kali ini dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16).
Majlis anjuran badan-badan Islam bukan kerajaan di Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Titiwangsa 4 Disember ini mulai jam 8 pagi.
Najib dan Hadi sedondon 27 Disember lalu.Najib dan Hadi sedondon 27 Disember lalu.Peristiwa ini bakal mengulangi peristiwa 27 Disember 2015 lalu, apabila Najib dan Hadi berpakaian sedondong dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.
Bagi penyokong mereka, pasangan yang berpakaian baju Melayu merah jambu dan duduk bersebelahan antara satu sama lain di Grand Seasons Hotel memberi harapan kepada kerjasama di antara kedua-dua parti Melayu terbesar di negara ini.
Hadi dijemput untuk menyampaikan ucaptama manakala Najib pula untuk merasmikan majlis itu, yang memberi tumpuan kepada perpaduan umat Islam di seluruh wilayah tanpa mengira ideologi.
Ini selepas Najib, minggu lalu, menghulurkan perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69.
Kebanyakan pegawai majlis itu juga memakai baju merah jambu yang dipilih sebagai warna tema untuk majlis berkenaan.
Sementara itu, Abdul Hadi dilaporkan turut dijemput untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno kali ini, namun tidak pasti apakah Hadi akan hadir atau tidak.
Hadir atau tidak, nada pemimpin Umno sangat bersahabat dengan Pas dalam PAU 2016 ini.
Zahid ketika berucap dalam PAU 16, tak tahalluf siasi tak apa asal tabayyun.Zahid ketika berucap dalam PAU 16, tak tahalluf siasi tak apa asal tabayyun.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno (yang menjalankan tugas Timbalan Presiden) mengajak sebuah parti politik agar merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka.
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Umno untuk Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Zahid berkata, "Kita sesama kita, buka buku baru, kita rapatkanlah silaturahim, kita hendaklah berlapang dada dan hulurkan tangan sesama kita".
Tanpa menyebut nama parti itu, Zahid berkata, beliau bersyukur kerana parti itu telah mula memahami Umno.
"Ada satu ketika, ada rakan kita yang berada di luar sana, tidak begitu berkenan dengan kita. Tetapi kita bersyukur kerana mereka telah mula memahami keadaan kita," katanya yang dipercayai ditujukan kepada Pas.