Selasa, 29 November 2016

"Jangan Biarkan Kartun Perintah Negara"

zunar-lawak-lawanRakyat diingatkan supaya tidak terus membiarkan negara ditadbir ‘kerajaan kartun’ yang diterajui ‘pemimpin kartun’, sindir kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zunar berkata, hal itu dapat dilihat melalui tindakan kerajaan yang tidak boleh diterima akal manusia waras dan bertamadun.

Katanya, Putrajaya dipenuhi karakter kartun yang menyamar sebagai manusia hingga mengenakan undang-undang tidak sepatutnya kepada pihak atau individu tidak bersalah.
“Satu hari kalau anda berjalan di mana-mana, ada orang pukul anda tetapi orang itu tidak ditangkap, sebaliknya anda pula kemungkinan ditangkap. Inilah betapa kartunnya Malaysia ini.
“Tidak ada sejarah di dunia, pameran kartun FRU kena datang. Apa jenis kerajaan ini? Mereka tidak layak dipanggil Umno tetapi layak dipanggil kartun.
“Relakah anda diperintah kartun? Tidak. Kita suka tengok kartun tetapi jangan benarkan kartun memerintah manusia, itu tidak logik,” katanya ketika perhimpunan menyambut pembebasan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.
Pada masa sama, Zunar berkata, usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman Umno-Barisan Nasional (BN) memerlukan penglibatan semua pihak mengikut kepakaran masing-masing.
Katanya, Umno-BN masih mampu bertahan sebagai kerajaan ekoran rakyat masih tidak bangkit sepenuhnya.
Ketika menyentuh tekanan yang dihadapinya, Zunar yang berhadapan sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan berkata, beliau masih mampu berdiri menentang Umno-BN berdasarkan sokongan masyarakat.



















Jabatan hutan Kelantan roboh 2 sekatan, tahan 41 Orang Asli Gua Musang

Pihak Jabatan Perhutanan Kelantan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Orang Asli jika terus berdegil mengadakan sekatan pembalakan.
Mohd-Radhi-Che-Abdullah
GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh 2 sekatan yang menghalang laluan balak dalam operasi hari ini, kata Timbalan Pengarah Operasinya Mohd Radhi Che Abdullah.
Radhi berkata operasi pertama merobohkan sekatan bermula pada pukul 11 pagi di Simpang Petei, manakala operasi ke-2 pula pada jam 3.30 petang di jalan masuk ke Pos Bihai, di sini.
“Operasi itu dijalankan susulan notis merobohkan sekatan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Kelantan sebelum ini. Tiada sebarang kekecohan berlaku ketika operasi itu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.
Beliau berkata operasi itu turut mendapat kerjasama kira-kira 200 kakitangan pelbagai agensi termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain itu, katanya beberapa Orang Asli yang tinggal di luar Kelantan turut ditahan dalam operasi tersebut dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk membantu siasatan.
“Kita akan siasat kenapa mereka berkumpul dan membina sekatan laluan balak di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah,” katanya.
Katanya pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Orang Asli jika mereka terus berdegil untuk mengadakan sekatan pembalakan pada masa akan datang.
Di Kota Bharu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerahkan isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di 3 lokasi iaitu HSK Balah, HSK Perias dan HSK Gunung Stong kepada Jabatan Perhutanan Kelantan dan polis.

Kompleks KL PWTC bakal jadi mercu tanda baharu ibu negara


Kompleks KL PWTC bakal jadi mercu tanda baharu ibu negara
Datuk Seri Najib di Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan KL PWTC di Hentian Putra hari ini. Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
KUALA LUMPUR: Ibu kota Kuala Lumpur akan dihiasi satu lagi mercu tanda ikonik apabila kompleks Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) yang baharu, siap dibina dalam tempoh empat tahun akan datang.

PWTC KL, akan dijelmakan dengan bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat, yang dilengkapi Dewan Putrade, pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 menjadi sebuah dewan baharu yang luas dan bertaraf dunia, serta projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

Menara 70 tingkat yang akan dibangunkan di atas tapak Hentian Putra itu dengan keluasan lantai 111,484 meter persegi, berhadapan PWTC, akan menjadi ibu pejabat UMNO yang baharu.

Upacara pecah tanah bangunan baharu itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, pada satu majlis pengumuman pembangunan semula PWTC, di tingkat atas bangunan Hentian Putra, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata kerja-kerja fizikal pembinaan menara 70 tingkat itu akan dimulakan pada 11 Mei 2017 sempena kelahiran UMNO.

Projek yang akan dilaksanakan syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu akan turut menempatkan masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan menempatkan podium membeli-belah setinggi dua tingkat.

KL PWTC secara keseluruhannya akan menampilkan seni bina unik yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu yang diambil daripada corak-corak dan lipatan-lipatan unik yang ada pada samping, lok keris (kelok yang membentuk mata keris) dan juga ukiran hulu keris.

Menara berkonsepkan seni bina yang diinspirasikan daripada lipatan samping yang membaluti keris yang menjadi ciri budaya di Malaysia manakala bagi Dewan Putrade, corak tradisional samping diguna pakai menjadi replika di bahagian hadapan luar dewan itu.

PAU: Balik kawasan, mulakan kerja untuk PRU-14

Balik ke kawasan masing-masing dan mulakan kerja, itulah antara pesanan ringkas yang memberi makna jelas kepada para perwakilan UMNO yang hadir pada majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Peringatan itu antara amanat Perdana Menteri yang meminta semua jentera UMNO dari peringkat Majlis Tertinggi (MT), Pengerusi Negeri, Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib-Naib Ketua Bahagian, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri serta Biro Politik seluruh negara agar bersiap siaga.
“Walaupun Najib tidak memaklumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada taklimat itu, tetapi secara jelasnya ia memberi kefahaman kepada seluruh perwakilan bahawa pilihan raya hampir dekat.
“Mungkin tahun depan,” kata seorang perwakilan kepada Malaysia Gazette di luar Dewan Merdeka di PWTC.
Perwakilan itu bagaimanapun, tidak menyatakan bila tarikh tepat PRU, sama ada awal, pertengahan atau akhir tahun 2017.
“Itu yang Presiden cakap. Saya tidak boleh membuat andaian mengenai tarikhnya,” kata beliau.
Hari ini, kira-kira 2,000 kepemimpinan UMNO peringkat pusat, negeri dan bahagian hadir pada majlis itu, yang dianggap penting bagi parti terutama menjelang tempoh PRU13 berakhir pada awal 2018.
Seorang perwakilan yang ditemui berkata, sebaik Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ini berakhir pada Sabtu ini, semua pemimpin akan balik ke kawasan masing-masing.
“Yang pasti kami tidak mempunyai masa lagi untuk berehat, makan angin dan mencetuskan isu yang boleh menjejaskan atau mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO serta Barisan Nasional (BN),” katanya.

Semboyan PRU-14 sudah berbunyi - KJ

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera mahu para ahli parti terus ke hadapan bagi mengukuhkan saf dan jentera perpaduan peringkat akar umbi untuk menghadapi cabaran besar yang sedang menanti.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyanti Samsudin juga melihat ucapan yang disampaikan Perdana Menteri itu isyarat jelas parti dan pemimpin tidak mempunyai pilihan lain selain menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
"Secara tidak langsung presiden memberitahu inilah masanya kita kerja keras dan mara ke hadapan kerana kesuntukan masa. Kita tade pilihan lain untuk bersatu dan menghadapi cabaran getir yang menanti UMNO, dan bersatu dan melakukan terbaik untuk rakyat, membela rakyat khususnya menjelang PRU.
"Mesej umum presiden hari ini mengenai PRU-14," katanya sebagai reaksi selepas menghadiri Taklimat Presiden UMNO kepada para perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.
Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula menyifatkan amanat presiden sebagai semboyan yang sudah berbunyi untuk pemimpin UMNO melaksanakan tugas memastikan UMNO sedia untuk PRU-14.
"Kita tak tahu bila agaknya PRU-14 tetapi semboyan sudah berbunyi untuk kita laksanakan tugas UMNO bersiap sedia," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman pula mentakrifkan amanat presiden kali ini sebagai amanat pra-pilihan raya umum.
"Saya lihat ia satu persiapan daripada segi mental dan fizikal yang perlu dilengkapi ahli-ahli Parlimen UMNO. Paling penting beliau (Najib) mengaku kekuatan parti adalah segala-galanya," tegas beliau.

Umno - Pas perlu sanding sebelum Piraum


Oleh Mohd Sayuti Omar
Esok akan bermula persidangan agung Umno (PAU). Seperti biasa apa yang dinanti-nantikan ialah ucapan dasar presiden, Mohd Najib Razak. Dalam ucapan itulah Najib akan mengemukakan apa-apa gagasan dan pendekatan baharu parti setelah membuat penilaian keseluruhan perkembangan parti Melayu itu serta masa depan negara dalam tempoh setahun lepas.


Rumusan atau lontaran apa-apa idea daripada Najib itu memberi gambaran itulah yang perlu diperdebatkan kemudian dikonsensuskan dalam perhimpunan kali ini.

Melihat kepada lautan politik yang bergelora dan kedudukan orang Melayu hari ini, ucapan dasar pada PAU kali ini juga menyuntik semangat dan nekad bagi memperkemas dan memperkukuhkan parti dikira penting. Yang lebih penting bagi Najib ialah berhubung dengan Umno itu sendiri kerana ia boleh menentukan masa depannya.

Ucapan dasar kali ini penting memandangkan ucapan dasar akhir sebelum Piraum - Pilihan raya umum, ke-14 kelak. Makanya intipati dan mauduk ucapan dasar itu ke arah menghadapi Piraum ke-14. Bolehlah dikatakan PAU ini persiapan ke arah itu.

Umno akan mengadakan perhimpunan agung seterusnya pada tahun hadapan, dimana ianya melibatkan pemilihan pemimpinnya. Perhimpunan agung Umno tahun depan begitu mustahak sekali dan memerlukan persediaan yang rapi baik dari segi rohani dan jasmani.

Adalah dijangka PAU akan datang diadakan selepas Piraum ke-14. Piraum ke-14 diramal akan diadakan tahun depan sebelum PAU.

Najib (Umno) akan cuba mengelak mengadakan pemilihan parti sebelum Piraum bagi memastikan pilihan raya akan didapati dengan tenang. Selalunya bila diadakan pemilihan akan adalah retak dan pecah situ dan sini yang mana keadaan itu membimbangkan Umno.

Tambahan pula pemilihan dalam Umno pada tahun depan, atau pemilihan akan datang dikira sengit. Kekosongan jawatan TPM yang ditinggalkan Muhyiddin Yassin dan kekosongan di dua kerusi Naib Presiden dijangka menjadi perebutan hangat. Kini pun sudah ada gerakan dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu untuk mengisi kekosongan itu.

Justeru bagi mengelakkan  timbul sesuatu keadaan tidak menyenangkan Umno, "merunyaikannya" bagi menghadapi Piraum maka pemilihan itu akan diadakan selepas pilihan raya.

Lantaran itu ucapan dasar Najib lusa sangat penting yang akan menjadi amanat dan sekaligus menjadi azimat kepada perwakilan untuk perkemaskan parti, memadukan ukhwah bagi persediaan hadapi Piraum.

Berhubung hal ini saya mengira ada beberapa perkara yang mungkin dibentang Najib dalam ucapannya nanti. Perkara-perkara itu termasuklah menjawab masalah berbangkit daripada tindakannya sendiri, iaitu seperti penubuhan parti serpihan Umno yang baharu PPBM, dibawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan lai-lain. Penubuhan PPBM disebabkan tindakan beliau memecat Muhyiddin, Shafei dan Mukhriz dari Umno.

Pastinya Najib akan mengulas panjang lebar mengenai PPBM dan memberi gambaran parti itu tidak akan bertahan lama dan Umno tidak tergugat dengan perwujudannya. Adalah diduga beliau akan mengheret PPBM itu merupakan dendam kesumat Dr Mahathir ke atasnya, dalam kata lain PPBM akan diceritakan sebagai alat Dr Mahathir membelasahnya.

Umno berhempas pulas melawan mautnya

Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
BUKAN mudah nak pengaruhi orang untuk menyertai PAS pada masa itu, apatah lagi nak ajak membantu kerja-kerja pilihan raya secara percuma. Terpaksalah tulang yang hanya beberapa kerat ini melakukan semuanya, kadang-kadang malu juga diejek orang-orang Umno, maklum mereka ramai, mereka angkut bahan pilihan raya dengan lori, sedangkan saya dan rakan-rakan hanya gunakan motosikal sahaja.


Mereka ada semuanya, kita kekurangan segalanya, "kita buat apa yang kita mampu", pesan otai-otai kepada saya. "Allah mengetahui kemampuan kita dan Allah akan menilai apa yang kita kerjakan, tidak ada sesuatu yang dimiliki oleh manusia akan kekal, sampai ketikanya ia akan lemah, begitulah juga Umno, sekarang mungkin mereka kuat, tapi sampai ketikanya dia akan lemah," katanya lagi.

Terfikir juga saya, apakah Umno akan menemui zaman lemahnya, sedangkan masa itu saya melihat Umno seperti gunung besar yang tidak mungkin boleh diruntuhkan oleh jentera PAS yang terlalu kecil. Namun itulah keyakinan orang PAS, "selagi dasar PAS itu Islam, maka PAS akan semakin kuat dan Allah akan memeliharanya sebagaimana Allah memelihara Islam," inilah antara kata-kata yang saya sering dengar ketika saya hadir usrah zaman 80-an dulu.

Allah lanjutkan usia saya sehingga kini untuk menyaksikan sendiri kebenaran kata-kata tersebut. Betapa Umno kini terpaksa berhempas pulas untuk melawan agar mautnya tidak datang dengan lebih awal kesan daripada kehilangan kepercayaan rakyat apabila pemimpinnya terpalit dengan pelbagai isu dan juga tindak balas daripada kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barang, minyak, GST dan lain-lain yang sangat membebankan.

Kerana pertahan hutan, 32 Orang Asli Gua Musang ditahan, blockade dimusnah

GUA MUSANG, 29 NOV: Kerana mempertahankan tanah dari diceroboh pembalak, seramai 32 Orang Asli Temiar di sini telah ditahan pihak berkuasa hari ini di blockade Simpang Petei.
img_0760Mereka ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan operasi bermula pagi tadi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan ditempatkan dalam trak Polis di kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Betis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Operasi tersebut melibatkan sekitar 150 orang anggota penguatkuasa, 27 kenderaan pacuan empat roda Jabatan Perhutanan dan lapan buah Land Rover PGA.

Menurut sumber yang dipercayai, Orang Asli yang berada di blockade telah dipanggil untuk berkumpul oleh pihak berkuasa menyebabkan ketegangan dan perang mulut.

Ketika perang mulut itu terjadi, blockade dan pondok-pondok Orang Asli mula dimusnahkan menggunakan mesin rantai.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli kelantan, Jemali membangkitkan persoalan adakah Orang Asli melakukan kesalahan mempertahankan tanah mereka?

“Apa kesalahan kami bila kami bangkit mempertahankan hutan, tanah, sungai yang telah tercemar, hutan semakin tiada pokok di atas tanah, tanah pula semakin tandus, adakah kami salah untuk mempertahan?

“Dari segi apa kesalahan kami terhadap kerajaan negeri Kelantan, siapa yang menghancur hutan, tanah, sungai?

“Siapa yang salah? Kami orang asli atau kerajaan negeri yang salah? Di sini kami berdoa agar tuhan tahu mana yang baik atau yang buruk untuk hutan kami pertahankan,” katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada media.
Turut ditahan Setiausaha JKOAK Mustafa Along.

Jangan paksa mahasiswa sokong Umno - Pemuda PAS

KOTA BHARU - Mahasiswa mempunyai sebab dan bukti kenapa mereka tidak perlu lagi menyokong Umno yang selama ini menjadi pentadbir kerajaan Malaysia.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, bukti yang ada menunjukkan Umno bukan lagi parti yang layak untuk memerintah negara, sekali gus juga tidak relevan untuk disokong mahasiswa yang mahukan masa depan yang lebih baik.
Ahmad Fadhli Shaari “Kita lihat dari sudut pembelaan kepada bangsa Melayu, tanah rizab Melayu semakin merosot seluruh negara, kecuali di Kelantan yang ditadbir oleh Pas.
"Dari sudut pembelaan terhadap agama, kita sendiri boleh melihat bagaimana, walaupun kerajaan Malaysia memberi ruang terhadap pembentangan RUU namun ia tetap tidak setanding dengan keseriusan pembentangan daripada Pas itu sendiri.
“Sekalipun Pas hanya minoriti dalam parlimen, tetapi Pas berjaya membawa usul walaupun terpaksa mendapatkan kerjasama daripada Umno.
"Kita boleh bayangkan kalau Pas jadi kerajaan, maka sudah tentu usaha-usaha untuk jadikan undang-undang syariah ini lebih serius dilaksanakan berbanding hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Umno tidak memaksa mahasiswa menyertai parti itu, tetapi dalam keadaan sekarang, mereka sepatutnya berlapang dada dengan memberi sokongan supaya kerajaan dapat meneruskan perjuangannya membela orang Melayu dan agama.
Ahmad Fadhli berkata,  mahasiswa juga turut tidak ketinggalan terkesan dengan ekonomi kini, nilai mata wang semakin merudum, nilai barangan juga semakin tinggi dan tidak masuk akal, sehingga membuahkan kepada isu-isu lain.

RUU355: Takiyuddin tak perlu ‘syok sendiri’, Parlimen bukan sistem barter

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan ditegur supaya faham dan tidak mempolitikkan Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) dengan RUU355 yang diusulkan Presiden PAS.
Ini kerana dua usul tersebut adalah berbeza dan kerajaan telahpun memulakan perbincangan berkenaan penukaran unilateral sejak tahun 2005.
Kerajaan juga telahpun menubuhkan tiga jawatankuasa bagi membincang dan meneliti pembaharuan akta itu.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kula Segaran, pembaharuan Akta 164 ini turut diterima baik Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam sendiri dan perlu disegerakan.
Beliau justeru mahu supaya Setiausaha Agung PAS itu tidak ‘syok sendiri’ mengganggap dirinya sebagai wakil dan suara kepada Ahli-ahli Parlimen muslim yang lain.
Kenyataan ini dibuat setelah Takiyuddin mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengugut bahawa “orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang” tersebut jika RUU355 terus dibantah dan diperdebatkan.
“Saya terkejut dengan Takiyuddin yang tidak sedar bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk melakukan ‘sistem barter dan Ahli Parlimen mewakili dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira agama, kaum mahupun status ekonomi.
“Pembaharuan Akta 164 ini akan menjamin saudara baru bersungguh-sungguh menerima Islam dan bukannya menggunakan Islam sekadar platform untuk mengelakkan tanggungjawab mereka,” jelasnya.

Rafizi dakwa 8 hutan simpan Pekan diteroka

Beliau berkata perbandingan gambar satelit mengesahkan pencerobohan itu benar berlaku.
rafizi_pekanKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendakwa pencerobohan melibatkan beribu-ribu hektar hutan simpan di Pekan, Pahang kawasan Parlimen diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rafizi berkata dakwaannya itu berasaskan maklumat seorang pemberi maklumat yang menyatakan kira-kira 4,839 hektar hutan simpan di Pekan diterokai.
Katanya, selepas membandingkan peta satelit dengan peta yang diperolehi dari industri pembalakan melalui beberapa individu, beliau percaya “ada asas yang kukuh” peta menunjukkan penerokaan itu adalah benar.
Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Pahang ketika dihubungi FMT berkata pihaknya akan mengkaji dakwaan terbabit.
Rafizi yang membuat pendedahan itu bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata sebagai wakil rakyat Pekan, Najib perlu memberi respon segera.
Beliau juga mendakwa mempunyai maklumat lanjut mengenai penerokaan hutan di seluruh Pahang dan akan “mendedahkannya satu persatu bagi setiap daerah sehingga ada maklumbalas yang kukuh dan tindakan diambil”.
“Saya juga akan terus menyiasat untuk menentukan siapakah sebenarnya dalang di belakang kegiatan pencerobohan ini dan meneliti segala kelemahan pengurusan hutan sehingga menyebabkan berleluasanya aktiviti pencerobohan sebegini,” katanya.

Rafizi isytihar harta esok, tuntut MP lain buat sama

Rafizi isytihar harta esok, tuntut MP lain buat sama
SUNGAI BESI - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, beliau akan menulis surat rasmi kepada kesemua ahli Parlimen dan ketua tertinggi penjawat awam untuk menuntut mereka mengisytiharkan harta.
Katanya, surat itu akan ditulisnya minggu hadapan.
"Saya akan menulis kepada setiap ahli Parlimen di Malaysia iaitu seramai 222 orang termasuk juga kepada KSU ke atas (ketua pengarah), jadi semuanya lebih kurang 270 orang," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, bagi membuktikan bahawa beliau turut serta untuk melakukan perkara itu, Rafizi akan mengisytiharkan hartanya esok.
"Saya akan isytihar harta saya, harta isteri dan harta anak saya. Harta anak saya adalah mainan dia...di sini (Invoke Malaysia)  jam 12 di tengah hari," katanya.
Terdahulu pada tahun lepas, pada 10 Mac, Rafizi pernah mengisytiharkan hartanya iaitu berjumlah RM1.56 juta.
Dalam pada itu, Rafizi berkata adalah perlu untuk pemimpin politik mengisytiharkan harta kerana ia akan memberi kredit kepada mereka di mata pengundi.
"Adalah jelas ini adalah yang pengundi mahu. (berdasarkan tinjauan yang saya perolehi), sesiapa yang isytihar harta dia akan dapat 'point' terus daripada pengundi.
"Jadi sesiapa yang nak menang awal isytiharkan harta," katanya.

Tinjauan: 87 peratus rasa ahli politik rasuah

Rafizi SUNGAI  BESI - Satu tinjauan mendapati sebanyak 87.6 peratus undian pendapat menyatakan mereka berpandangan ahli politik dan penjawat awam berpangkat tinggi di negara ini terlibat dengan amalan rasuah.
Tinjuan yang dilakukan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, di media sosial itu berlangsung selama sebulan melibatkan 720 pengundi.
Jelas Rafizi tinjauan yang dilakukannya juga mendapati sebanyak 72.9 peratus berpandangan 'kedua-duanya sama' iaitu bagi kategori kumpulan mana yang lebih banyak mengamalkan rasuah, sama ada ahli politik atau penjawat awam.
Dalam pada itu, Rafizi berkata sebanyak 98.5 peratus berpandangan mereka bersetuju untuk seseorang calon pilihanraya yang tidak mengisytiharkan harta tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya selagi mana mereka belum mengisytiharkan harta.
"Saya dapati dapatan kajian yang saya lakukan lebih kurang sebulan lepas.
"Ia satu dapatan lebih kurang kecenderungan rakyat keseluruhannya mengenai amalan rasuah dan juga bagaimana cara terbaik untuk menanganinya," katanya di sidang medianya di Invoke  Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan bahawa tinjauan itu dilakukan secara telus kerana setiap pengundi perlu 'log in' maklumat mengenai mereka terlebih dahulu.

Tangkap Orang Asli: Kerajaan negeri serah kepada polis, jabatan hutan, kata MB Kelantan


Ahmad Yakub serahkah penangkapan Orang Asli kepada Polis dan Jabatan Hutan.Ahmad Yakub serahkah penangkapan Orang Asli kepada Polis dan Jabatan Hutan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata, Kerajaan Negeri telah menyerahkan isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di tiga lokasi iaitu di Hutan Simpan Kekal Balah, Hutan Simpan Kekal Perias dan Hutan Simpan Kekal Gunong Stong Selatan kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak Polis.
"Maka seharusnya hal ini tidak dicampur tangan oleh mana-mana pihak sehingga siasatan yang dijalankan selesai," kata Ahmad dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.
Ahmad mengulas tindakan polis dan Jabatan Hutan memecahkan sekatan yang dibuat Orang Asli bagi menghalang pembalakan di kawasan mereka di Gua Musang.
Sehingga petang ini, 32 Orang Asli yang membuat sekatan itu telah ditangkap dan di bawa ke Balai Polis Gua Musang.
Turut dirampas adalah telefon bimbit serta kamera milik mereka.
Halangan yang dibuat oleh Orang Asli sejak beberapa bulan lalu pula dimusnahkan manakala rumah semnetara yang mereka bina berhampiran kawasan sekatan itu dimusnahkan.
Sebelum ini, wakil mereka telah bertemu dengan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah di pusat pentadbiran kerajaan negeri, Kota Darul Naim.
Ekoran itu, Nik Amar berjanji akan pergi berjumpa dengan mereka.

Ahli Parlimen DAP gesa KPN terima hakikat sindiket jual bayi wujud

Ahli Parlimen menggesa polis menerima realiti dan bertindak terhadap sindiket pemerdagangan bayi.
khasturi-igp-baby-1
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu menjelaskan mengenai isu bayi dijual di pasaran gelap, kata Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.
“Beliau mesti turun ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau percaya aktiviti pemerdagangan bayi tidak diketahui oleh pihak berkuasa.
Rangkaian ini termasuk doktor, penyedia penjagaan kesihatan, polis dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya.
Beliau mengulas program 101 East, Al Jazeera yang seumpama mendedahkan pekung di dada.
Laporan 101 East berhubung sindiket penjualan bayi kata Kasthuri, susulan pendedahan yang serupa.
Ini termasuk pelarian “tidak diingini” di Malaysia, kanak-kanak jalanan di Sabah, nasib masyarakat Orang Asli dan lingkaran penyeludupan manusia yang beroperasi berleluasa.
“Ia berlaku di negara kita, betul-betul di depan mata,” kata Kasthuri.
“Sindiket-sindiket penjualan bayi bertahan sejak bertahun lamanya, tanpa dapat dikesan.”
Beliau menganggap mereka dilindungi doktor, rumah kebajikan, kakitangan JPN dan polis.
Fenomena ini bukan perkara baru katanya. “BBC melaporkan pada 2002 berhubung aktiviti penjualan bayi di negara ini.”
Laporan BBC pada 22 Julai, 2002 bertajuk “Police target Malaysia baby-snatchers”.
BBC mendapati satu sindiket menyimpan 30 wanita hamil di sebuah pangsapuri di Kuching, Sarawak.
Walaupun selepas 14 tahun, kata ahli Parlimen itu, sindiket di negara ini mendapati pemerdagangan bayi ini menjadi industri yang menguntungkan.
Kasthuri merasakan ketua polis negara bertindak mengikut gerak hati dengan menafikan kebenaran. “Malaysia adalah hab perdagangan bayi.”

10 hari dalam kurungan tiada tingkap, Maria Chin tak tau siang malam

Maria Chin tidak tahu lokasi tahanan beliau kerana terpaksa memakai gogal besar hitam dan digari ketika meninggalkan kurungan
maria-chin-jail
PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah yang dibebaskan semalam, menceritakan pengalaman pahit ditahan dalam kurungan selama 10 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.
“Tiada tingkap atau lubang dalam bilik itu. Apabila saya tinggalkan sel itu, ada gogal besar hitam dan gari, jadi saya tidak tahu di mana saya berada.
“Saya minta 3 perkara: seorang peguam, menemui keluarga saya dan al-Quran saya di rumah. Mereka tidak boleh beri saya Quran saya, tetapi menawarkan satu alternatif.
“Peguam dan keluarga saya dilarang melawat. Mereka beri banyak alasan, tetapi saya tahu mereka ada lawatan keluarga setiap Ahad,” katanya sambil menambah keluarganya tidak dibenarkan melawat beliau pada Ahad minggu kedua.
Beliau berkata demikian selepas pendengaran permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0 itu berkata, beliau akhirnya menerima sebuah al-Quran dan selimut selepas 2 hari diletakkan dalam kurungan berasingan dengan bantuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Beliau berkata, lampu dalam bilik itu sentiasa dibuka sepanjang hari.
“Bilik itu ditutup sepenuhnya, jadi anda tidak tahu sama ia adalah siang atau malam apabila anda bangun,” katanya.
Maria berkata, beliau perlu melalui soal siasat lama 6 hingga 8 jam setiap hari berhubung tugasnya dengan Bersih dan kaitan dengan jutawan George Soros.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ditahan sekali lagi di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, seperti dikatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Saya rasa itu adalah satu ugutan. Mereka perlu beri kami alasan kenapa mereka tahan saya di bawah Akta Perhimpunan Aman apabila semuanya (perhimpunan) diadakan dengan aman.
“Bukannya kami tak beri notis,” katanya sambil menambah notis diberi lebih awal berbanding 10 hari yang ditetapkan sebelum perhimpunan diadakan pada 19 November lalu.
Sementara itu, Maria menerima sebutir peluru .45mm bersama ugutan bunuh yang dipercayai dihantar ke rumahnya pada 18 November lalu, sehari menjelang perhimpunan Bersih 5 dan hari sama beliau ditahan polis.
Ia adalah ugutan bunuh ketiga dalam beberapa bulan ini yang berbunyi: “Amaran terakhir jika tidak R.I.P Marina dan Keluarga”.

Ramai lagi pemimpin Umno Kedah sertai Amanah menjelang PRU14


Asmirul Anuar Aris Asmirul Anuar Aris Tidak dapat dinafikan ramai lagi pimpinan Umno Kedah akan meninggalkan parti tersebut menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan datang, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris.
Beliau berkata, walaupun sebelum ini ramai bekas pimpinan Umno dari pelbagai peringkat dan sayap telah menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) di Kedah, kejutan ini mampu menggoncang kedudukan Umno tidak lama lagi.
"Terdapat beberapa lagi tokoh Umno yang amat disegani di Kedah telah pun menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan Umno tidak lama lagi.
"Cumanya masa yang akan menentukan untuk mereka mengisytiharkan diri menyertai komponen Pakatan Harapan di Kedah.
"Saya optimis bukan saja tokoh-tokoh yang berpengaruh akan meninggalkan Umno Kedah, sebaliknya penyokong mereka juga akan turut serta, " jelasnya lagi.
Asmirul juga berkata antara pimpinan yang akan meninggalkan Umno merupakan tokoh yang mempunyai pengaruh.
"Mereka ini memilki kriteria kepimpinan yang menjadi pilihan rakyat.
"Salah seorang dari pimpinan ini adalah dari Bahagian Baling yang turut akan menyertai Bersatu tidak lama lagi.
"Keberanian mereka meninggalkan Umno membuktikan bahawa Umno sudah tidak lagi relevan untuk membela nasib orang Melayu dan juga rakyat di Kedah, " tegasnya lagi.
Malah katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin lemah dan terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal menjadi punca ramai yang akan meninggalkan Umno tidak lama lagi.
Tambah Asmirul lagi, hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib turut mempengaruhi tindakan yang diambil walaupun ramai antara tokoh-tokoh tersebut adalah orang yang berpengaruh di Baling dan juga Kedah.

PERKASA umum senarai kepimpinan baru

PERKASA hari ini mengumumkan barisan kepimpinan anggota Dewan Tertinggi NGO pendesak Melayu itu sehingga 2019.
Antara ahli dewan tertinggi yang mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PERKASA negeri ialah bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Ahmad mula menyertai PERKASA pada Jun tahun ini dan beliau kemudian dilantik menjadi Yang Dipertua PERKASA negeri Terengganu.
Selain itu, Datuk Ibrahim Ali kekal menjadi presiden dan Datuk Sirajuddin Salleh pula dipilih menjadi timbalan presiden.
Seramai lima orang naib presiden pula dipilih iaitu Syed Osman Syed Mansor, Datuk Masood Zainal Abidin, Datuk Ruhanie Ahmad, Hassan Basri Muhammad dan Abdul Hamid Harun.
"Kepada YDP yang lama, yang pimpinan penggal dulu, saya ingin rakamkan setinggi terima kasih di atas khidmat dan perjuangan yang disumbangkan dalam menggalas pimpinan PERKASA," kata Ibrahim pada sidang medianya di ibu negara hari ini.
Kesemua mereka dipilih semasa pemilihan yang dibuat pada Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 Ahad lalu.
PERKASA juga mempunyai Ketua Wira, Wiranita dan Wirawati yang baru serta mempunyai biro yang baru ditubuhkan iaitu biro hal tanah rizab Melayu, tanah adat Sabah, Sarawak.
Biro baru berkenaan akan memfokuskan tentang perkara berkaitan tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan di negara ini, kata Ibrahim lagi.

'Kalau nak pukul saya, hantar seorang saja cukup'

Khalid Samad“Tidak perlu hantar sekumpulan pengikut untuk pukul saya,” sindir Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Sebaliknya kata Khalid, cukuplah dengan hanya ‘menghantar’ seorang sahaja anak muda jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
“Saya ni bukannya samseng, saya sudah tua. Sudah dekat umur 60 tahun pun. Orang Pasir Salak ni kalau nak hantar pun tak perlu ramai-ramai, hantar seorang sahaja, cukuplah.
“Kita ni bukannya muda lagi,” selorohnya ketika mengulas mengenai kejadian serangan pada hari terakhir Dewan Rakyat minggu lalu oleh sekumpulan individu di perkarangan bangunan Parlimen.
Serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelar Tajuddin dengan perkataan kesat dalam sidang Dewan Rakyat sebelumnya.
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu, sebarang pertelingkahan dan salah faham seeloknya diselesaikan menerusi cara perundangan kerana beliau tidak mahu budaya samseng terus diterapkan dalam dunia politik negara.
“Apa-apa pun selesailah di mahkamah. Itu kan lebih baik. Saya pun rasa tidak ada apa-apa yang memerlukan saya untuk minta maaf kepada Tajuddin,” katanya lagi.

Selepas bebas, Maria terima peluru pula

"Amaran terakhir jika tidak RIP (meninggal dunia) Marina (sepatutnya Maria) & keluarga", demikian menurut surat tersebut.
Ekoran dibebaskan daripada tahanan, Maria Chin Abdullah menyemak surat-surat yang dikirimkan kepada beliau dalam tempoh 10 hari yang lalu.
Di atas meja di rumah beliau terdapat beberapa pucuk surat. Setelah membuka salah satu daripadanya, pengerusi BERSIH itu menjumpai warkah ancaman kematian dan sebutir peluru dari pistol jenis .45.
Tertera di atas surat tersebut: 'Amaran terakhir jika tidak R.I.P Marina & keluarga'.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Maria berkata, beliau mendapat sampul surat berkenaan pagi ini.
Beliau percaya sampul surat itu dihantar oleh individu tersebut sendiri ke rumahnya pada 18 November yang lalu ketika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Tindakan seperti ini perlu dikutuk dan mereka yang melakukannya perlu disumbat ke dalam penjara.
"Saya berharap akan ada tindakan diambil oleh pihak polis untuk menangkap mereka yang menghantar ancaman seperti ini," katanya.

Mahkamah tolak permohonan habeas corpus Maria Chin

Mahkamah Tinggi tidak boleh mendengar permohonan habeas corpus Maria Chin kerana beliau sudah dibebaskan.
Maria-Chin_law_6001KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan dalam penghakiman lisan berkata, mahkamah itu tiada kedudukan untuk mendengar permohonan habeas corpus kerana Maria sudah dibebaskan.
“Mahkamah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri semalam memaklumkan beliau sudah dibebaskan.
“Responden tidak memfailkan sebarang afidavit untuk membalas habeas corpus,” katanya.
Nordin bagaimanapaun tidak mengarahkan sebarang pembayaran kos.
Maria berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Sebelum pendengaran itu, Peguam Kanan Persekutuan, Mohammed Al Saifi Hashim membuat bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus itu.
“Ia adalah ‘akademik’ susulan pembebasannya semalam. Tidak ada isu untuk dibincangkan. Sebab utama habeas corpus ialah memohon pembebasannya yang mana beliau sudah bebas sekarang.”
Sementara itu, peguam Maria, Gurdial Singh Nijar berhujah permohonan habeas corpus itu belum lagi akademik.
“Beliau memohon pengisytiharan habeas corpus berhubung kesahihan penahanan itu. Walaupun sudah bebas, tetapi soalan masih kekal berhubung cara beliau ditahan,” katanya.
Beliau berkata, ada banyak isu berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma yang perlu dibangkitkan.

Pemimpin akan diberi taklimat cadangan bentuk Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik


Datuk Paul Low Seng KuanDatuk Paul Low Seng KuanSemua pemimpin  Barisan Nasional dan parti pembangkang akan diberi taklimat mengenai cadangan pembentukan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata beliau akan bertemu pemimpin Barisan Nasional dan kemudian pemimpin parti politik pembangkang bagi tujuan taklimat itu.
Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor sebagai berkata cadangan akta itu perlu dibahas dan diluluskan semasa sesi persidangan Dewan Rakyat pada Mac tahun depan.
Sementara itu Low berkata pembinaan dan pembangunan projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan dibuka kepada tender antarabangsa, walapun terdapat laporan sebelum ini China diberi keutamaan kepada projek itu.
Projek sejauh 350 kilometer itu dijadual mulai beroperasi pada 2026 dengan mempunyai lapan stesen perhentian iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.
Low menghadiri forum keusahawanan yang disertai lebih 100 masyarakat peniaga anjuran Full Gospel Business Men's Fellowship Malaysia dan Asian Strategy and Leadership Institute di sini.

'Helo, Rosmah dapatkan nombor Trump untuk Najib'

Rosmah Mansor mendedahkan peranannya dalam perbualan telefon antara suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Dalam acara semalam, Rosmah berkata beliau terpaksa melakukan banyak peranan di rumah, termasuk menjawab telefon bagi pihak Najib.
“Saya di rumah macam operator, macam setiausaha. Semua saya buat.
“Dalam pukul 2.30 pagi, telefon saya berbunyi dan saya mendapat telefon dari salah seorang besarlah, rakan Datuk Najib yang bermain golf masa di New York.

“Dia kata, Datin Seri, saya minta maaf ganggu pagi-pagi ini. Saya fikir, Allah, apa pula? Mesti penting.

“Kalau lebih dari pukul 12 (tengah malam) telefon kita berbunyi, kita fikir pasti sesuatu yang sangat penting, kecemasan ke apa. Saya kata, ya, Tan Sri, apa masalah?
“Tidak, saya hendak beritahu presiden yang dipilih Trump tunggu telefon Datuk Najib dalam tempoh dua jam lagi,” katanya.
Ucapan itu dimuat naik ke Youtube.

Mendedahkan lebih lanjut, Rosmah berkata pemanggil itu meminta 10 minit untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.

“Jadi saya tak boleh tidur, (saya) tunggu sampai dapat nombor telefon presiden Amerika yang dipilih.

“Saya kata OK. Selepas dua tahun Saya pun kejut Datuk. Eh, eh, apa you kejut I waktu sedap-sedap tidur? Dia marah saya sebab saya kejut dia, 'eh bangun bangun'.

Rafizi tulis surat desak MP, pegawai k'jaan umum aset

Rafizi Ramli akan menulis surat kepada semua anggota parlimen (MP) dan pegawai kanan kerajaan dalam usaha memberi tekanan kepada mereka supaya membuat pengisytiharan harta masing-masing.
Tindakan itu katanya akan dibuat selepas beliau sendiri membuat pengisytiharan harta esok.
Kali terakhir Rafizi membuat pengisytiharan itu ialah pada Mac lalu.
"Saya akan isytihar harta saya, juga harta isteri dan anak walaupun aset anak lelaki saya hanyalah patung mainan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Menurut Rafizi untuk MP dan pegawai kanan kerajaan yang lain, dia akan menghantar surat dan borang untuk butiran aset serta hutang masing-masing.
Katanya mereka hanya perlu memberi jawapan sama ada bersetuju mengisytiharkan harta mereka atau sebaliknya.
"Menjelang pertengahan Disember atau hujung tahun, kita akan dapat tahu (jawapan mereka)," katanya.
Terdahulu Rafizi mengumumkan dapatan kaji selidik yang dijalankannya pada awal Oktober di akaun Facebook bagi mendapatkan pandangan orang ramai mengenai isu pengisytiharan harta.
Daripada 727 responden, 60 peratus mendakwa mereka adalah penyokong kerajaan manakala selebihnya pengundi atas pagar atau memihak kepada BN.
Berdasarkan kaji selidik itu kata Rafizi, pengundi jelas mahukan ahli politik dan pegawai kanan kerajaan mengiystiharkan harta masing-masing.
Orang miskin lebih senang
Malah, satu daripada soalan yang dikemukakan pada kaji selidik itu ialah sama ada seseorang wajar dibenarkan bertanding dalam pilihan raya jika mereka tidak mengumumkan aset.
Kata Rafizi, 99 peratus responden bersetuju dengan saranan itu.
Rafizi yang baru-baru ini melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR berkata, surat dan borang berkenaan akan dihantar kepada semua 222 MP serta kira-kira 50 pegawai kanan kerajaan.
Bagi ADUN pula, kata Rafizi, mereka dialu-alukan untuk membuat pengisytiharan sama.
Walaupun percaya tidak ramai yang akan memberi jawapan balas, Rafizi berkata, satu lagi sidang media akan diadakan pada awal Januari tahun depan.
"Saya akan tulis dan kami nak tengok respon daripada mereka (tetapi) rasanya besar kemungkinan ramai yang tidak akan respon.
"Selepas itu terserah kepada pengundi untuk memberi tekanan kepada mereka," katanya.
Sementara itu Fuziah berkata beliau akan mengisytiharkan hartanya tidak lama lagi.
"Insya-Allah saya akan isytihar. Saya tak ada savings (simpanan), tak ada harta," katanya.
Kenyataan itu disambut Rafizi secara spontan dan berjenaka: "Orang yang miskin memang senang nak isytihar."
Kata Rafizi menjelang pilihan raya umum akan datang, penting untuk ahli politik memulakan budaya mengisytihar harta kepada awam.

Hasrat Pas Perak untuk tadbir sendirian tak munasabah

Hasrat Pas untuk bertanding 35 kerusi Dun pada PRU14 secara bersendirian dilihat sebagai tidak munasabah.
Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, hasrat berkenaan terlalu sukar kerana Pas yang hanya berjaya memenangi lima kerusi pada 2008 dan 2013 lalu, biarpun bertanding 21 kerusi.
Nga Kor Ming Malah menurutnya, kemenangan lima kerusi berkenaan juga dicapai dengan berbekalkan kekuatan Pakatan Rakyat (PR), pada waktu itu.
“Pas hanya menang lima kerusi daripada 21 kerusi pada 2008 dan  201 lalu. 16 kerusi lain semuanya kalah,  walaupun berbekalkan dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR)  pada waktu itu," katanya.
Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu sedia bertanding sekurang-kurangnya 35 kerusi Dun termasuk meletakkan lima calon Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di lima kerusi Dun majoriti pengundi bukan Melayu pada PRU14.
Keputusan itu dibuat berasaskan kajian dilaksanakan Jabatan Pilihanraya Pas Perak menetapkan sekurang-kurangnya 30 kerusi Dun perlu dimenangi parti itu pada PRU akan datang bagi membolehkan Pasmentadbir Kerajaan Perak secara bersendirian.

Sekat aktiviti pembalakan, 32 Orang Asli Gua Musang ditahan

Persatuan itu mendakwa arahan tangkapan dibuat pihak kerajaan negeri yang sebelum ini mendakwa ia kerugi an hampir RM500 juta susulan sekatan dilakukan Orang Asli.
joas-1
Persatuan Orang Asli mendakwa penahahan lebih 32 Orang Asli di Gua Musang oleh Polis Gerakan Am (PGA) susulan tindakan menghalang kontraktor mengeluarkan balak dari kawasan terbabit adalah arahan daripada kerajaan negeri.
Menurut Setiausaha Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Nasir Dollah yang menerima berita penahanan itu tengah hari tadi, ia berdasarkan kenyataan kerajaan negeri yang mendakwa ia kerugian hampir RM500 juta susulan sekatan itu.
“Saya berpendapat arahan ini daripada kerajaan negeri, sebab mereka kata rugi hampir RM500 juta untuk aktiviti pembalakan,” katanya.
Kata Nasir, setakat ini 32 Orang Asli ditahan di tapak pembalakan Simpang Petei, termasuk Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along.
“Semalam polis datang ke tapak sekatan dan memberi surat perintah mahkamah yang memohon Orang Asli datang ke Mahkamah Gua Musang pada 19 Disember 2016 dan juga meminta komuniti itu menandatangani surat tersebut namun mereka enggan,” katanya kepada FMT hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu.

AMANAH 'tentang' SOSMA pada sidang Parlimen akan datang

Maria Chin terima ugutan bunuh lagi, kali ini sebutir peluru dalam sampul

"Kenapa penyerang Khalid disiasat di bawah Seksyen 147, bukan 142," soal peguam

"Ahli politik, penjawat awam pangkat tinggi dituntut isytihar harta," kata Rafizi

Khalid Samad jawab isu saman Jamal 'Jamban'

AMANAH adakan konvensyen pertama di SACC pada 10, 11 Disember ini

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengadakan konvensyen pertamanya selama dua hari bermula 10 Disember akan datang di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.
Konvensyen berkenaan akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
Menurut Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir, konvensyen bertemakan "Amanah Demi Negara" itu akan mengemukakan satu dokumen tawaran atau garis besar hala tuju parti terbabit.
"Kita akan adakan mesyuarat agung bagi meluluskan Perlembagaan yang telah kita buat dan insyaAllah, kita akan terjemahkan kepada bahasa Melayu.
"Konvensyen juga akan mengemukakan dokumen asas yang menjadi tawaran parti kepada rakyat. Satu dokumen tawaran, garis besar, hala tuju parti tetapi bukan manifesto pilihan raya tetapi adalah satu piagam," kata Anuar dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Anuar turut mengumumkan kemasukan Dr Tajul Ariffin Noordin dan Dr Mohammad Azmi Othman yang diyakini dapat membuka laluan terhadap penyertaan lebih ramai tokoh akademik ke dalam parti tersebut.
Tambah Anuar, selepas lebih setahun penubuhannya, AMANAH menerima perkembangan positif pelbagai pihak termasuk golongan profesional yang berminat menyertainya.

“Penyertaan dua mantan tokoh ilmuan ini adalah satu perkembangan menarik untuk turut serta bersama dalam memperjuangkan perubahan terhadap politik negara.
“Kita menjangkakan akan ada lagi penyertaan dari kalangan golongan ini semasa dan selepas konvensyen nasional parti berlangsung nanti yang mana akan ada kejutannya,” kata Annuar.
Bekas pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Tajul Ariffin, 65, berkata penyertaannya ke dalam AMANAH berikutan konsep parti itu yang menarik.
“Selain itu, kata-kata menerusi lagu parti iaitu Islam itu indah memberikan gambaran ia agama yang bukan ganas dan baik untuk perkembangan AMANAH.

Buat kali kedua, Rafizi isytihar harta esok

Pemimpin PKR itu berkata rakyat mahu pengisytiharan harta yang terperinci daripada wakil rakyat mereka.
rafizi_rumah1
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bersedia mengisytiharkan harta esok termasuk senarai harta isteri dan anaknya.
Katanya, keputusan itu sejajar dengan kajian dibuat olehnya baru-baru ini di mana 698 daripada 727 orang mahu ahli politik dan keluarga serta penjawat awam mengisytiharkan kekayaan mereka.
“Saya dapat rasa tekanan datang daripada pengundi. Adalah jelas ini adalah yang pengundi mahu. Sesiapa yang isytihar harta dia akan dapat markah tambahan terus daripada pengundi.
“Jadi sesiapa yang nak menang awal atau jaminan, isytihar harta. Itu akan menghasilkan momentum kepada orang lain. Seberapa ramai ahli politik dan penjawat awam isytihar harta itu adalah baik,” kata ahli Parlimen Pandan itu selepas program Invoke Malaysia hari ini.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Mac tahun lalu, Rafizi membuat pengisytiharan aset bersih sebanyak RM1.56 juta dengan hutang RM395,937.
Rafizi berkata akan menulis surat secara rasmi kepada ahli Parlimen dan kira-kira 50 orang pegawai kanan kerajaan minggu depan supaya mengisytiharkan harta mereka.
“Saya minta maaf kepada kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Seperti kata Fuziah, kita perlu terus tambah baik (sistem).
“Memang berlaku pengisytiharan harta tetapi secara faktanya 70% orang tak tahu ianya berlaku. Sama ada mereka tak tahu atau bagi mereka ianya tidak mencukupi.
“Sebab apa yang mereka mahu adalah pengisytiharan harta yang terperinci iaitu aset, hutang, perbelanjaan,” katanya.

Elak Fitnah: Fikir dulu, Khalid persoal penjara 30 tahun RUU 355

Ahli Parlimen Amanah menggesa RUU 355 diperhalusi terlebih dahulu sebelum ia diluluskan bagi mengelakkan ia menjadi fitnah terhadap Islam.
Khalid-Samad_pas_law_600
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Amanah menggesa PAS berfikir dengan lebih teliti berhubung rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 November.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempertikaikan hukuman “ketat” PAS terhadap pesalah Syariah dengan hukuman maksimum termasuk 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.
“Persoalannya, adakah kita nak penjarakan pesalah syariah sama seperti dilakukan kepada penjenayah tegar? Fikirlah dulu. Namun, sekurang-kurangnya ia ada had tetapi kami perlu berbincang untuk memperhalusinya lagi,” katanya.
“Sekurang-kurangnya sekarang orang tidak akan bertanya sama ada mereka akandipotong tangan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mempersoalkan mengapa PAS lebih cenderung memberi penerangan kepada rakyat fan bukannya ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan RUU itu.
Mariah menegaskan ahli Parlimen adalah pihak yang akan mengundi untuk meluluskan RUU apabila ia dikemukakan di Parlimen dan bukannya orang ramai.
“Ini adalah sebab mengapa sebahagian daripada kita percaya RUU ini lebih mementingkan politik berbanding usaha memartabatkan Islam,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Amanah Negara, di sini hari ini.