Isnin, 28 November 2016

'Tak bawa kata gagal, bila bawa kata gadai negara' sembang Najib

Najib un Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno semasa ditemubual dalam Program Sesi Soal Jawab Khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 di Seri Perdana hari ini.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sering kali mencari pelbagai alasan untuk mengecam beliau termasuk usahanya mencari pelaburan asing.  
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata usaha beliau untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membawa pelabur asing ke Malaysia turut dikecam dan dilabel sebagai cuba menggadai negara.   
"Kalau kita tak bawa masuk pelaburan dia kata kita gagal, tapi kalau kita bawa masuk pelaburan dia kata kita menggadaikan negara. Ini mainan politik.
"Bila masa bawa masuk pelaburan jadi soal kedaulatan? Selama ini tak timbul apa? Apa beza pelaburan dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan dari China? katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.
Rancangan yang bersiaran selama sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan pelaburan asing di negara ini adalah mengikut kandungan tempatan seperti ditetapkan dasar kerajaan.
"Janganlah termakan dengan dakyah seperti itu (menuduh pelaburan asing sebagai menggadai negara) sebab dakyah tersebut tak masuk dalam aliran pemikiran yang rasional," katanya.
Ditanya mengenai Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dikritik sebagai mahal, Najib menafikannya dan menyifatkan projek bernilai RM55 bilion itu unik daripada segi topografi atau muka bumi.
Menurut Najib, kerajaan akan membuat penanda aras dan penilaian berdasarkan projek di tempat lain serta penilaian pengurusan agar ECRL itu mempunyai nilai untuk wang.

Polis tidak lagi siasat Maria ikut Sosma

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata dia dimaklumkan polis pihak berkuasa akan menghentikan siasatan ke atasnya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Bagaimanapun kata Maria Chin, polis akan meneruskan siasatan ke atasnya mengikut "set" yang lain.
Maria Chin, 60, ditahan polis pada 18 November lalu, sehari sebelum berlangsungnya perhimpunan BERSIH5.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian mengesahkan Maria Chin ditahan mengikut Sosma yang membenarkan pihak berkuasa menahannya sehingga 28 hari selepas mendapat kebenaran mahkamah.
Bagaimanapun Maria Chin dibebaskan petang tadi selepas ditahan selama 10 hari.
Minggu lalu peguam Maria Chin memfailkan permohonan habeas corpus bagi pihak anaknya dan dijadual didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.
"Polis mengambil kenyataan (daripada saya) dan berkata mereka akan membebaskan saya. Mereka juga berkata satu set siasatan berlainan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Walaupun tidak lagi disiasat mengikut Sosma, Maria Chin berkata, dia tidak pasti apa tindakan selanjutnya yang akan diambil polis.
Sosma digubal dan diluluskan pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikritik hebat pelbagai pihak, terutama pembangkang.
Sosma diluluskan di parlimen pada 17 April 2012 dan diwartakan pada 22 Jun tahun yang sama.
Akta itu boleh membawa kepada hukuman mati mandatori ke atas sesiapa yang didapati bersalah.

600 berpayung, berhujan sambut Maria di Dataran Merdeka

Suasana seakan-akan pesta berlangsung di sudut Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka ketika Maria Chin Abdullah tiba di situ kira-kira jam 9.10 malam ini.
Hujan gerimis yang kemudian bertukar menjadi lebih lebat tidak menghalang kira-kira 600 orang penyokong pengerusi BERSIH itu terus berada di tempat masing-masing.
Untuk mengurangkan kesan basah, mereka membuka payung atau menyarungkan baju hujan ke badan masing-masing.
Mereka mula berkumpul di situ kira-kira jam 8 malam selepas mendapat tahu Maria Chin dibebaskan polis daripada tahanan Sosma petang tadi.
Pengacara majlis yang juga Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Farhana Abdul Halim berkata, semakin lebat hujan, akan bertambah kuat semangat mereka untuk terus berada di situ.
Sebelum itu Farhana memberitahu perhimpunan malam ini adalah majlis meraikan penyokong Maria Chin yang sabar hadir ke kawasan berkenaan setiap malam sejak aktivis itu ditahan polis pada 18 November lalu.

10 malam Sosma Maria

Selepas melalui malam-malam yang menjerihkan, ia bukan alasan untuk Maria Chin Abdullah mengambil masa panjang berehat di rumah.
Sejurus selepas dibebaskan daripada tahanan polis petang tadi, dia pulang untuk disambut tiga anaknya - Azumin, Aziman Azemi Yunus. Turut menunggu di rumah itu ialah bapa Maria Chin.
Sejurus kemudian rakan-rakan dari BERSIH mula tiba meraikan kegembiraan Maria Chin yang sebelum itu ditahan mengikut Sosma - iaitu nama lain yang lebih mudah untuk menjelaskan Akta Kesalahan Jenayah (Langkah-langkah Khas) 2012.
Agenda seterusnya ialah menuju Dataran Merdeka yang sejak 27 November lalu menjadi tempat berkumpul penyokong BERSIH untuk mendesak Maria Chin dibebaskan.
Malam ini Maria Chin hadir sendiri di lokasi itu.
"Saya tiba di sini (rumah) dan mereka semua datang," katanya dengan nada gembira kepada Malaysiakini.
Maria Chin ditanya apakah yang mula-mula dilakukannya sebaik tiba di rumahnya.
Menjelang jam 6 petang petugas media sudah berkumpul di depan rumahnya tetapi masing-masing masih teragak-agak untuk memanggil Maria Chin keluar.
Aktivis Suaram, Amir Abdul Hadi, yang tidak tidak lama kemudian memujuknya untuk bertemu media seketika.
Sambil mengucapkan penghargaan kepada penyokongnya Maria Chin juga menyampaikan mesej khas kepada ketiga-tiga anak lelakinya yang sentiasa menyokong dalam sebarang keadaan.
"Saya kagum dengan ketabahan anak-anak dan mereka tidak pernah meragui saya," katanya.
Ditanya pengalamannya ditahan sendirian selama 10 hari, Maria Chin berkata, kesan utama dialaminya adalah rasa bercelaru.
"Anda tidak tahu waktu ketika itu siang atau malam. Lampu dalam sel itu dibiarkan terpasang sepanjang masa dan tidak ada sebarang tanda menunjukkan waktu sebenar," katanya.

Jamal Tuntut Khalid Tarik Balik Kenyataan Jamal Jamban, Jamal Pak Tongkol, dan Jamal Samseng

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos menuntut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kenyataannya berhubung insiden di Parlimen, baru-baru ini atau akan dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua kumpulan Baju Merah itu mendakwa, beliau tidak mempunyai kaitan dengan insiden yang berlaku di perkarangan Parlimen pada 24 November lalu.
"Saya beri tempoh 24 jam untuk beliau respon perkara ini di media dan saya akan menyusul arahan untuk peguam saya menuntut kepada beliau satu permohonan maaf secara rasmi mengikut kaedah yang saya tetapkan.
"Kegagalan beliau melaksanakannya, tindakan guaman akan diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, Khalid perlu menarik balik kenyataan yang melabelkan beliau sebagai Jamal Jamban, Jamal Pak Tongkol, dan Jamal Samseng.
"Beliau juga perlu menarik balik dakwaan yang mengaitkan saya dengan serangan terhadap beliau di perkarangan Parlimen," katanya.

'Saya disoal soalan sama sepanjang ditahan 10 hari' - Maria

"Saya minta al-Quran ketika dalam tahanan," kata Maria Chin

Maria: 'Lampu dibuka 24 jam tak tahu siang atau malam'

Maria Chin cerita detik-detik ketika ditahan, disoal siasat polis

KPN enggan ulas lanjut pembebasan Maria

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini selepas ditahan sejak 18 Nov lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.
"Maria dibebaskan kira-kira 4.30 petang tadi," katanya kepada Sinar Online.
Maria Chin Sebentar tadi, pembebasan Maria turut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitternya.
"Maria dah bebas! Ini gambar beliau bersama Ambiga. Tetapi, dia tidak sepatutnya ditahan mengikut Sosma pada mulanya," kata Saifuddin.
Pada 23 November lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penahanan Maria tiada kena mengena dengan perhimpunan Bersih yang diadakan tetapi dibuat di bawah SOSMA kerana boleh menggugat keselamatan negara.
Maria Chin ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November lalu, shari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas.

BNM menyokong RM atau mengumpul rizab?


Oleh DR ROSLI YAAKOP
Tidak mungkin Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan serentak dua operasi  yang bersifat “mutually exclusive” di dalam pasaran pertukaran asing? Operasi yang dimaksudkan ialah, pertama, membeli atau menyerap Ringgit Malaysia (RM) dari pasaran bertujuan menaikkan nilai pertukaran RM berbanding lain-lain mata wang.


Kedua, menambahkan rizab antarabangsa dengan membeli atau menyerap mata wang asing dari pasaran.  Pada satu-satu ketika, BNM memasuki pasaran sama ada untuk membeli RM (menjual mata wang asing) atau menjual RM (membeli mata wang asing), bukan kedua-duanya sekali gus.

Seperti yang dilaporkan (NST Online, 18 November 2016), BNM memang ada memasuki pasaran untuk menghentikan kejatuhan nilai RM berikut kemenangan mengejut Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika pada 8 Novmber lalu. Bermakna, ia membeli RM.

Bagaimana pun, seorang penganalisis pasaran, Leslie Shafler, di dalam artikel bertajuk “Malaysia Central Bank Shows Higher Forex Reserves Despite Ringgit Support“ (CNBC, 23 November 2016) mendakwa bahawa dalam dua minggu sejak 8 November 2016, BNM telah memasuki pasaran untuk menyokong RM dan pada masa yang sama mengumpulkan rizab mata wang asing. Menurut beliau, kalaulah BNM memasuki pasaran bertujuan menyokong RM, operasi itu sepatutnya membawa kepada pengurangan rizab pertukaran asingnya kerana di dalam operasi seperti ini, BNM menjual mata wang asing. Bila rizabnya bertambah, itu bermakna ia membeli mata wang asing dan ini, hakikatnya, tidak menyokong RM.

Beliau menzahirkan kehairanan mengenai perkara ini dan menyoal: “Bagaimanakah bank pusat Malaysia boleh campur tangan dalam pasaran dengan secara serentak menyokong Ringgit sambil menambah rizab mata wang asingnya.” (“How did Malaysia’s central bank manage to simultaneously meddle in markets to support its currency and increase its foreign exchange reserve”).

Dalam respons pada 25 November 2016 terhadap persoalan yang ditimbulkan BNM berkata: “As clearly indicated in the statement released on 22 November 2016, the international reserves position of Bank Negara Malaysia as at 15 November 2016 reflects transactions that transpired throughout the first half of the month.”

Respons ini mengelak dari menjawab soalan. Kalau tujuan BNM memasuki di pasaran untuk menyokong RM, tentulah rizabnya dibelanjakan tetapi dalam tempoh tersebut rizab BNM bertambah, bermakna, ia telah membeli mata wang asing.

Pada 22 November BNM mengumumkan bahawa setakat 15 November 2016, rizab antarabangsa berjumlah USD98.3 bilion (RM407.8 bilion) berbanding USD97.8 bilion (RM405.5 bilion) pada 30 Oktober 2016, menunjukkan kenaikan sebanyak USD500 juta  atau 0.5%. Dalam tempoh 9-25 November 2016 nilai RM terus menurun. Kalau anda membeli satu dolar Amerika di kaunter Maybank pada 8 November anda membayar RM4.287 tetapi pada 25 November, harganya naik ke RM4.53, bermakna nilai RM telah jatuh sebanyak RM0.243 atau 5.7%. Oleh itu, jelas, apa yang dilaksanakan BNM adalah menjurus kepada operasi membina rizab, bukan menyokong RM.

Ini menimbulkan persoalan - betulkah BNM memasuki pasaran untuk menyokong RM? Kalau betul,  kenapa nilai RM terus jatuh?  Ada dua jawapan. Pertama,  sebenarnya, BNM memasuki pasaran untuk membeli mata wang asing (untuk menambahkan rizab), bukan menyokong atau membeli RM seperti yang didakwa.  Sebab itu nilai RM terus jatuh. Kedua, mungkin peningkatan aliran keluar dana dari Malaysia berikutan kemenangan Trump (dikenali sebagai “Trump Tantrum effect”) dan faktor-faktor lain seperti skandal 1MDB dan harga minyak yang kekal rendah lebih dominan, menumpulkan sepenuhnya kesan operasi menyokong RM yang dilaksanakan BNM, bermakna, operasi itu langsung tidak berkesan. Sebab itu, nilai RM terus beraliran menurun. Kepada dua jawapan ini ditambah bahawa defisit keyakinan yang teruk terhadap kepimpinan politik dan ekonomi Malaysia juga menekan RM menyebabkan langkah menyokong RM oleh BNM menjadi tumpul, tidak berbekas langsung.

Apapun, yang jelas ialah BNM kini berdepan dengan dua pilihan sukar. Pertama, apakah ia harus membelanjakan rizab pertukaran asing yang berbaki untuk menyokong RM dengan harapan aliran menurun RM dapat dihentikan atau ditukar kepada menaik? Jika jalan ini dipilih, maka BNM harus akur melihat rizabnya mengecil. Atau, pilihan kedua, iaitu, BNM berbelanja membeli mata wang asing supaya rizabnya bertambah. Jika jalan ini dipilih, maka BNM terpaksa memerhatikan sahaja kuasa permintaan dan penawaran menentukan aras nilai RM.

Menteri Umno cadang wujudkan MRSM berbayar

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Ismail-Sabri-Yaakob
PUTRAJAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.
Beliau berkata ini kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah terutama dari luar bandar.
“Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Mara untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.
“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Sementara itu semasa berucap pada perhimpunan itu, Ismail Sabri berkata pelajar daripada golongan isu rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan memasuki MRSM mulai tahun depan.

MCA kecam PAS ugut halang pindaan akta kahwin sivil

Ti Lian Ker berkata beliau sangat kecewa PAS memberi amaran yang parti itu akan menghalang pindaan yang sekian lama ditunggu terhadap akta tersebut.
ti-lian-ker_Takiyuddin-Hassan_law_600
PETALING JAYA: MCA mencabar wakil rakyat pembangkang beragama Islam nyatakan sokongan terhadap ancaman PAS kepada golongan bukan Islam untuk menghalang cadangan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA).
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Ti Lian Ker berkata beliau sangat kecewa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberi amaran kepada wakil rakyat bukan Muslim untuk menghalang pindaan yang sekian lama ditunggu terhadap akta itu.
“Mereka salah tafsir yang orang bukan Muslim hendak campur tangan dalam RUU persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah.
“Tidak ada quid pro quo kerana kita melindungi hak perlembagaan semua rakyat Malaysia, tak kira Muslim atau bukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ti berkata ancaman terhadap bukan Muslim itu tidak adil dan tidak relevan.
“Memang jelas PAS berniat menganiaya dan menekan kaum dan agama minoriti dan wanita
“Cadangan pindaan LRA ialah RUU yang dimulakan oleh kerajaan untuk membolehkan mualaf mendapatkan pembubaran perkahwinannya di mahkamah sivil.
“Ia juga bagi memastikan kewajipan perkahwinannya kepada bekas pasangan seperti ditetapkan dalam LRA dapat dikekalkan,” katanya.
Ti berkata sudah sekian lama pasangan bukan Muslim yang terabai sengsara kerana tidak menerima perlindungan daripada mahkamah sivil atau polis.
Katanya, cadangan pindaan terhadap RUU Hadi akan mendiskriminasikan wanita yang menjadi mangsa serangan seksual selain pesalah jenayah Muslim kerana berdepan hukuman lebih berat di bawah enakmen hudud.
“Pelaksanaan kanun jenayah perlu dikenakan saksama terhadap semua pesalah. PAS juga keliru yang Kanun Keseksaan diguna pakai kepada semua pesalah jenayah di Malaysia, warganegara atau tidak, Muslim atau bukan,” katanya.
Cadangan pindaan akta perkahwinan itu secara khusus menyatakan perlunya kedua-dua pihak dalam perkahwinan sivil memberikan kebenaran untuk anak mereka ditukar agama kepada Islam.

‘Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu’ - Mursyidul Am


Ustaz Hashim JasinUstaz Hashim Jasin
Dilihat optimis dengan kedudukan partinya pada masa ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin mendakwa parti tersebut semakin mendapat sambutan termasuk daripada golongan profesional.
“Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu. Banyak berlaku apa yang saya sendiri tidak sangka. Contohnya, dalam perjumpaan yang kita buat, penganjur pun hairan sebab terlalu ramai, melebihi jangkaan.
“Itu tanda-tanda bahawa kita semakin mendapat sambutan akar umbi. Golongan profesional pun semakin ramai mendekati Pas,” ujarnya dipetik daripada wawancara yang dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Mengulas tuntutan banyak pihak supaya Najib Razak meletakkan jawatan, beliau menganggap usaha itu tidak bermakna sebaliknya lebih baik ia dilakukan melalui pilihan raya.
“Saya nak tanya, katakanlah kempen mereka berjaya, selepas Najib jatuh, apa akan jadi? Bolehkah kita pastikan bahawa tidak akan ada masalah lagi jika Najib dijatuhkan?
“Pada pandangan saya, kalau sistem yang sama masih dipakai, samalah juga. Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya,” ujarnya yang dipilih sebagai Mursyidul Am Pas pada Oktober lalu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Ku Nan sembang jangan ceburi politik demi dapat projek, gaji besar

Tengku Adnan berkata, mereka yang ingin menjadikan politik sebagai kerjaya perlu berminat membantu rakyat dan negara.
bahasa,-politik,-Tengku-Adnan,-Kelab-Umno-Luar-Negara,-wakil-rakyatKUALA LUMPUR: Pelajar luar negara diingatkan tidak menjadikan bidang politik sebagai karier jika keghairahan membantu rakyat dan membangunkan negara bukan perkara pokok yang ingin diperjuangkan, kata setiausaha agung Umno.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, terdapat lulusan luar negara yang hanya menceburi bidang politik kerana ingin mendapatkan habuan tertentu seperti projek.
“Politik bukan karier…mesti ada semangat untuk bantu rakyat dan negara. Apabila dengar gaji sudah naik, semua orang nak jadi wakil rakyat.
“Saya nasihatkan semua penuntut khususnya di luar negara belajar dulu betul-betul dan kalau ada semangat benar-benar nak bantu rakyat, baru balik jadi wakil rakyat,” katanya pada Majlis Mesra Kelab Umno Luar Negara sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.
Tengku Adnan turut mengingatkan pelajar luar negara tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat di media sosial yang tidak diketahui kebenarannya.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pembangkang sering menjadikan media sosial sebagai platform menyebarkan pelbagai maklumat tidak tepat mengenai kerajaan bagi mendapat sokongan golongan muda.

ORANG CHINA TAK PERNAH ROMPAK RUMAH MELAYU


KEKUATAN NASIONAL TIDAK BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN  MELAYU
Perdana Menteri Malaysia Pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman Al Haj  tidak melihat pergantungan pada Indonesia  sebagai penyelamat bangsa Melayu oleh kerana Indonesia yang miskin didukung oleh Komunis China yang mahu menegakkan ideology Komunis di Asia dengan bantuan Parti Komunis Indonesia(PKI).
Pandangan Tunku ternyata benar,sentimen sedarah sedaging hanya rhetoric. Acheh sendiri tidak mendapat layanan yang adil dari Jakarta maka apatah lagi jika Malaysia dengan sifat pribuminya  yang lembut sekiranya berada dibawah tangan Indonesia.
Apabila kita membuka pintu negara untuk berkongsi kemakmuran dengan mereka, maka kita semakin sedar kata-kata air dicincang takkkan putus hanyalah rhetoric semata.
Orang China walaupun telah lama menjadi perompak di negara kita tetapi seperti ada etika yang tak tertulis, tidak memasuki rumah orang Melayu, tidak merompak orang Melayu tetapi orang yang datang dari tanah seberang ini disamping yang baik ,ramai juga yang datang merompak, membunuh, merogol, melarikan perempuan tanpa mengira bangsa. Rumah ketua hakim negara,pegawai polis,rakyat biasa malah rumah saya pun dirompak.
Tunku juga tidak tunduk pada sentimen rakyat selepas merdeka  untuk membesarkan angkatan  tentera dan mempertingkat persenjataan  bagi mempertahankan  negara to the last man sebaliknya beliau percaya kepada perjanjian Pertahanan  Lima Negara Britain,New Zealand, Australia, Singapura dan Malaysia .Tunku cynical kepada kata-kata  fight to last man dengan bertanya after the last man who is going to fight.
Apabila Seokarno mengarahkan serangan ke atas Malaysia dalam masa konfrantasi,general-general Indonesia termasuk Soerharto menentang kerana mereka tahu dengan bantuan kuasa besar,Malaysia boleh meranapkan Idonesia dalam sekelip mata sahaja tepi Tunku yang cerdik  menolak cadangan British untuk mengebom Indonesia kerana kata Tunku kami hanya bermusuh dengan Soekarno dan bukan dengan rakyat Indonesia.
Dalam masa 13 Mei,kerajaan Perikatan sekali lagi menolak sentimen Melayu sekalipun  masa itu orang Melayu akan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
Bukan sahaja pemimpin politik malah Pengliman Angkatan Tentera Malaysia General Ibrahim Ismail  sendiri menolak idea untuk mengishtiharkan Martial law atau pemerintahan tentera yang  tidak pernah terlintas difikirannya dan memberitahu suatu mesyurat Majlis Gerakan Negara “Once you do that I cannot provide any guarantee that I will be able to hold back the members of the armed forces  and officers who might take over the control of the government”(Lihat buku Reluctant Politician oleh Menteri  Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr.Ismail  muka 191)
Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman  juga  menolak  anjuran  seorang pemimpin Pas yang menemuinya yang mengesyorkan supaya  kerajaan merampas semua harta benda dan kedai –kedai  perniagaan  orang Cina dengan alasan  inilah masa yang sesuai  tetapi Tunku memberitahu saya dalam satu interviu dengannya “Ini adalah idea  gila, gilakah orang susah-susah  cari harta,kita nak pi rampas macam tu saja”.
Sebaliknya kerajaan pimpinan Tun Razak telah secara bijak menyerapkan  idea komunis  kedalam Dasar Ekonomi Baru  untuk membetulkan ketidakseimbangan  ekonomi antara kaum yang diwarisi dari penjajah .

Zahid harap tiada sentimen perkauman pada persidangan Umno kali ini

'Kerakyatan segera' mungkin angkara Dr M, bukan Najib, kata Zahid

RUU355: DAP Cuba Kelirukan Rakyat, Bukan Pas - Takiyuddin Hassan

Polis bawa keluar dokumen kewangan Empower setelah serbu

Zakir Naik nafi diberi kerakyatan Malaysia

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik 'hanya mampu ketawa' terhadap dakwaan oleh media India mengatakan beliau diberikan kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.
"Tak betul sama sekali," kata Zakir melalui jurucakapnya, Arif Malik kepada portal India, Janta Ka Reporter.
Dr Zakir menegaskan dakwaan tersebut hanyalah salah satu khabar angin.
Fenomena Dr Zakir Naik berterusan! "Sehingga beberapa bulan lalu, media di India mengatakan saya diharamkan di Malaysia, dan sekarang mereka kata saya dalapat kerakyatan Malaysia. Itu mengarut," kata Zakir.
Zakir Naik yang sebelum ini pernah memberi ceramah dan membuat program di Malaysia ditawarkan kerakyatan sebagai pakej buat pendakwah tersebut ketika dianugerahkan gelaran Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyangkal dakwaan Zakir diberikan kerakyatan.
"Ia tidak benar. Terdapat banyak proses harus dilakukan dan ia mengambil masa yang lama hingga berpuluh tahun," katanya yang dipetik laporan Malay Mail Online.

5 tahun lagi, bekas ahli Umno akan ‘kembali’ pada parti, kata Nazri

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata ini kerana apa pun boleh berlaku dalam politik Malaysia seperti hubungan baik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.
nazri-umno
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno meramalkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan kembali “berlari” untuk menyertai kembali parti Melayu itu dalam tempoh 5 ke 6 tahun lagi.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata ini kerana apa pun boleh berlaku dalam politik Malaysia seperti yang dapat dilihat menerusi sorotan sejarahnya.
“Sebelum ini kita tak terbayang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berpeluk dengan Lim Kit Siang daripada DAP. Dan semua drama itu.
“Di hujung jalan, dalam tempoh 5 hingga 6 tahun lagi, mereka (PPBM) mungkin peluk kami dan kembali pada Umno,” katanya kepada wartawan di Akademi Seni, Kebudayaan dan Warisan Negara hari ini.
Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan berkata akhirnya “parti tanpa prinsip” itu akan mengeluarkan resolusi untuk membubarkan parti mereka dan kembali menyertai Umno demi perpaduan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan terjadinya ahli Umno keluar beramai-ramai untuk menyertai PPBM yang diketuai Dr Mahathir, selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung esok.
“Bagi mereka yang atas pagar dan masih bersama Umno, maknanya mereka masih dengan Umno. Ikut sejarah, apa yang kita nampak parti serpihan tidak akan dapat setanding dengan Umno,” katanya, menambah keadaan seperti itu boleh diramal.
Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata dalam jangka panjang parti serpihan tidak pernah berjaya ia didorong perasaan dendam.
“Ia di mana orang yang marah tinggalkan Umno dan buat parti baharu untuk balas dendam.
“Saya tidak bimbang langsung fasal ini. Mereka patut belajar daripada pemimpin terdahulu yang mengkhianati Umno kerana marah tetapi usaha mereka akhirnya sia-sia,” katanya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai perhimpunan agung Umno tahun ini, Nazri berkata ia mungkin perjumpaan terakhir sebelum berdepan pilihan raya umum.

5,000 warga asing pastikan BN menang setiap kerusi marginal, kata Dr M

Dr Mahathir mengulangi serangannya terhadap Najib dengan berkata, presiden Umno itu akan berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa.
mahathirPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak bercadang memberi kad pengenalan kepada kira-kira 5,000 warga asing bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah cerita menakutkan, saya dengar ada percubaan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk menyokong Najib pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu majlis di Kampung Krubong Tengah, Melaka, Sabtu lalu.
Acara yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dimuat naik ke Facebook Kelab Che Det.
Bekas perdana menteri itu mendakwa 5,000 pengundi itu akan diagihkan ke setiap kerusi marginal bagi memastikan kemenangan BN.
“Kerusi-kerusi ini boleh dimenangi dengan majoriti beberapa ratus undi tetapi 5,000 undi akan memberi kemenangan kepada Najib,” katanya sambil menambah Najib akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya susulan skandal 1MDB.
Dakwaan sama dibangkitkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kononnya ribuan warga asing dijadikan warganegara untuk membolehkan mereka mengundi pada 2013.
Pengerusi PPBM itu juga bimbang dengan pembinaan penempatan asing di Iskandar, Johor susulan laporan mendakwa pemaju China menyasarkan warga asing, khasnya dari Singapura membeli hartanah di negeri selatan itu.

Strategi 'satu lawan satu' pemimpin Umno bahagian khuatir jejas sokongan BN


Datuk Ismail Kijo Datuk Ismail Kijo Pemimpin Umno di peringkat bahagian melahirkan kekhuatiran sekiranya strategi parti pembangkang untuk menjadikan pertandingan 'satu lawan satu' berkemungkinan akan mengurangkan sokongan pengundi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata,jika perkara ini berlaku Umno-BN akan berhadapaan dengan tentangan yang sangat kuat daripada parti pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Jika berlaku 'satu lawan satu' kita akan ditentang habis- habisan. Sekiranya berlaku tiga penjuru atau lebih ia memberi ruang kepada Umno-BN untuk kembali merampas kerusi yang pernah kita kalah dalam PRU13 lalu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Walaupun beliau mengakui cabaran kuat Umno hari ini adalah tentangan terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perpecahan ahlinya, namun ujarnya, ia tidak sesekali boleh menjejaskan parti.
"Najib dihentam kerana beliau seorang perdana menteri dan presiden Umno-BN. Kalaulah Najib itu `Ismail Kijo' tiada siapa yang nak hentam.
"Sedangkan disebalik isu 1MDB sebenarnya ia adalah satu institusi pelaburan yang perlu dibanggakan orang Melayu. Kita sudah ada PNB,Tabung Haji, Khazanah, Petronas misalnya, dengankewujudan 1MDB ini adalah satu lagi platform menjadikan konlomerat Melayu lebih meluas," ujarnya memberikan pandangan berkaitan 1MDB dan skandal kewangan yang dikaitkan dengan Najib.
Justeru ujarnya lagi, sekalipun Umno-Pas akan bekerjasama dalam beberapa perkara untuk kepentingan Melayu dan Islam, beliau masih mengharapkan prioriti seharusnya diberikan kepada Umno berbanding rakan sekutu dari parti pembangkang.
"Sebagai pemimpin diperingkat bahagian kita patuh kepada kehendak pucuk pimpinan parti. Namun dalam masa sama pemimpin dan ahli diperingkat bahagian dan cawangan perlu mempunyai semangat untuk mempertahankan parti dari pelbagai dakyah dan fitnah pakatan pembangkang dan parti yang menyokong mereka," ujarnya yang merujuk kepada parti serpihan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB).
Beliau menafikan dakwaan PPBM  terdapat ramai ahli Umno kini keluar menyertai parti serpihan itu. Bahkan ujarnya lagi, ia hanya `wayang' yang dimainkan dikalangan pemimpin yang kecewa dalam perjuangan mereka yang gagal dalam Umno.
"Ahli Umno tidak berkurangan dengan wujudnya PPBM... itu wayang mereka. Masih ramai Melayu yang setia pada Umno kerana mereka tahu perjuangan Umno sejak memerintah negara ini.
"Walaupun ramai melihat perjuangan PPBM suci dan bersih kerana kini berbaik-baik dengan DAP tetapi orang Melayu majoriti elergi dengan DAP lebih-lebih lagi bekas ahli dan pemimpin Umno yang kini menyertai PPBM," sindirnya.

PAS: Jangan kacau RUU Hadi atau kami halang akta kahwin sivil

PAS berkata jika bukan Islam halang langkah presidennya untuk meminda Akta 355, maka parti itu akan campur tangan dalam rancangan kerajaan henti penukaran agama anak sebelah pihak.
takiyuddin-Hassan-hadiKUALA LUMPUR: Demi rasa hormat terhadap golongan bukan Islam, PAS tidak campur tangan dengan rancangan kerajaan untuk menghentikan pertukaran agama anak sebelah pihak, kata Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS itu berkata sehubungan itu ahli Parlimen bukan Islam juga patut mengambil pendekatan sama dengan menjauhi cubaan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.
“Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat bulan ini berkaitan dengan hak orang Islam.
“Ia juga memberi kesan kepada bukan Islam dan kami menghormatinya. Jadi kita semua kena berlaku adil.
“Jika mereka (bukan Islam) mahu bantah undang-undang yang akan hanya memberi kesan kepada Muslim, maka kami (orang Islam) juga boleh menentang cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian),” katanya.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Akta membaharui undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said itu memasukkan Seksyen 88A yang dengan jelas menyatakan “kedua-dua pihak” dalam perkahwinan sivil perlu bersetuju untuk pertukaran agama anak mereka kepada Islam.
Kadir yang menyokong RUU dibawa Hadi itu berkata beliau bertemu dengan beberapa pemimpin BN termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong untuk menjelaskan mengenai RUU itu.
Katanya, mereka nampaknya lebih dapat menerimanya ketika dimaklumkan RUU itu akan hanya meningkatkan kuasa mahkamah syariah tetapi tidak sehingga dapat melaksanakan hukuman hudud.
“Mereka boleh ubah pendirian sebaik saja mereka faham niat kami. Lebih pun, kami ada 3 bulan lagi untuk menjelaskan perkara itu kepada masyarakat umum.
“Bila sampai masanya nanti, saya pasti MCA, Gerakan, MIC dan parti pembangkang juga akan sokong RUU ini.

Mursyidul Am: ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin'

Kelangsungan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memberi kelebihan kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
Bercakap kepada Sinar Harian dalam satu wawancara, katanya bahawa masa terbaik untuk "menjatuhkan" Najib adalah semasa pilihan raya.
“Kalau Najib jatuh sekarang, nanti naik orang baru ganti dia, orang itu akan bawa BN jadi lebih kuat seperti semasa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ambil alih daripada Mahathir dulu.
“Bukankah pada pilihan raya 2004, BN memang besar?
“BN akan lebih kuat dalam tangan orang baru. Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” kata Hashim.
Acuan Islam
Sejak hubungan DAP dan PAS retak tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat semakin mesra dan akrab dengan Najib.
Kedua-dua mereka membuat penampilan awam bersama manakala Putrajaya memberi laluan supaya usul Hadi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dibahaskan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Hashim berkata, meskipun PAS mahu pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi sebarang pakatan mesti berlandaskan syariat Islam.
Ini tidak bermakna bahawa PAS perlu mesti menjadi ketua dalam mana-mana kerjasama.
“Saya ulang, apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja asalkan kita yakini kerjasama ini boleh dibawa mengikut acuan Islam, mengikut cara, kaedah dan pendekatan Islam.
“Kalau Umno nak buat Islam yang sama, kita sanggup bubar PAS. Jadi maknanya, sesiapa saja yang nak buat Islam, kita akan sokong.
“Bukan mesti PAS. Kalau ada orang lain yang betul-betul kita boleh percaya untuk melaksanakan Islam, kita sokong,” katanya.
Hashim berkata adalah penting bagi PAS untuk menetapkan syarat-syarat untuk sebarang kerjasama politik setelah pengalaman buruk dengan gabungan sebelum ini.
Bukan pendirian PAS
Walau bagaimanapun, Hashim enggan menolak kemungkinan PAS bekerjasama dengan DAP dan AMANAH, yang merupakan parti serpihannya.

Soisma: Maria Chin dibebas dari tahanan

Pengerusi BERSIH telah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Maria Chin Abdullah dibebaskan selepas ditahan selama 10 hari.

“Maria bebas!” tulis BERSIH di Twitter

Pejabat Empower diserbu polis, disiasat bawah Sosma

Peguam berkata kumpulan hak asasi wanita itu yang turut diasaskan oleh Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kini disiasat di bawah Sosma dan Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan.
Honey-Tan-Lay-Ean
PETALING JAYA: Polis hari ini menyerbu pejabat kumpulan NGO hak asasi wanita Pusat Kesedaran Komuniti (Empower) di Seksyen 4 di sini.
Empower menerusi akaun Twitternya berkata 10 pegawai polis menyerbu pejabat itu kira-kira jam 1 petang tadi dan tiada sebab diberikan mengapa serbuan dilakukan.
Peguam Honey Tan Lay Ean yang juga ahli Empower berkata NGO itu disiasat mengikut Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana menjalankan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen dan juga Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.
“Pada masa ini, apa yang kami tahu ada 3 pekerja sedang disoal siasat polis di dalam pejabat.
“Ini prosedur sama digunakan polis untuk menyiasat Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Maria ditahan di bawah Sosma pada 18 November, sehari sebelum himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur.
Beliau pada masa ini ditahan dalam kurungan di lokasi rahsia. Peguamnya, R Sivarasa berkata Maria ditahan dalam sel tanpa tingkat dengan mentol terpasang 24 jam.
Sementara itu, Empower menerusi Twitter berkata: “Polis tidak membenarkan peguam masuk ke pejabat kami dan menutup semua tingkap dengan kertas supaya orang di luar tidak lihat apa yang mereka lakukan.”
Tan menyifatkan serbuan hari ini sebagai senyap dan menakutkan, berkata ia berbeza dengan serbuan polis terhadap Empower pada 2011.

Budaya Rasuah Menjadi Barah Serius Kepada Negara - Tuan Ibrahim Tuan Man

"Muhyiddin, Shafie mungkin 'peluk' Umno semula," ramal Nazri

'Umno bukan ganas' - Nazri Aziz

'PAS gagal Islamkan Kelantan, sebab itu UMNO bantu' - Nazri Aziz

RUU355: Bukan Islam, tolong jangan ganggu - PAS

Selepas BERSIH, pejabat Empower pula diserbu polis

Bersih 5: Saifuddin, 3 ADUN pembangkang dipanggil polis

Mursyidul am PAS jelaskan mengapa PAS elak serang Najib

Hashim Jasin menyorot kembali kemenangan besar BN pada 2004 di bawah pimpinan baharu Pak Lah selepas pengunduran Dr Mahathir.
Hashim-JasinPETALING JAYA: PAS menganggap kejatuhan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan hanya mengembalikan kekuatan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan orang baharu, kata mursyidul am PAS Hashim Jasin.
Beliau memberikan contoh bagaimana BN yang lemah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad muncul kuat semula selepas digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyaksikan kemenangan besar merampas semula sejumah besar kerusi pembangkang yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) 1999.
“Bukankah pada pilihan raya 2004, BN menang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baharu,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.
“Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” katanya.
BN memenangi 198 kerusi Parlimen pada PRU 2004 manakala pembangkang memenangi 20 kerusi, majoriti terbesar yang diperolehi BN sejak 1978.
Hashim turut mempersoalkan apa yang akan berlaku selepas kempen pembangkang menjatuhkan Najib berjaya.
“Bolehkah kita pastikan tidak akan ada masalah lagi, jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem sama masih dipakai, samalah juga.
“Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya.
“Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak ‘dosa’, banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang,” katanya.

Bersih supporter terima kasih abang polis

Insiden kecoh, program BERSIH kena 'ganggu samseng' di P.Pinang

PAS, Ikatan gesa kerajaan segera gubal akta dana politik

Bersih 5: 4 pemimpin pembangkang dipanggil polis

Mereka ialah Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim; bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda PKR Selangor, Afzainizam Rahman.
bersih-crackdownPETALING JAYA: Polis hari ini memanggil beberapa wakil rakyat dan pemimpin parti pembangkang untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan Bersih 5 yang diadakan lebih seminggu lalu, lapor Oriental Daily.
Mereka ialah Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim; bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda PKR Selangor, Afzainizam Rahman.
Mereka dipanggil polis pagi ini mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sekurang-kurangnya 23 individu ditahan polis sebelum, ketika dan selepas perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, termasuk wakil rakyat pembangkang, aktivis serta ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.
Semua sudah dibebaskan selepas ditahan 2 hingga 4 hari, kecuali Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Mursyidul Am: 'Pas bukan gila kuasa'

Mursyidul Am: 'Pas bukan gila kuasa'
MIRSYIDUL Am Pas, Hashim Jasin baru-baru ini menyatakan parti itu sudah sedia untuk berbincang mengenai konsep satu lawan satu pada PRU14.
Sudah pasti apa yang disebutnya itu segera mendapat perhatian kerana umum mengetahui bahawa hubungan Pas dengan parti-parti pembangkang lain selama ini sememangnya diselubungi berbagai isu yang menjadi penghalang untuk pertandingan dua penjuru direalisasikan.
Mengikut logik politik, jika berlaku satu lawan satu, kedudukan BN mungkin tergugat.Namun jika sebaliknya, BN dipercayai akan kekal berkuasa berikutan perpecahan undi pembangkang.
Bagaimanapun, untuk mencapai tujuan itu, Pas tetap meletak syarat yang sekali gus menghadapkan realiti bahawa usaha ke arah itu masih perlu menempuh laluan yang berliku. Ikuti penjelasan Hashim kepada Editor Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim.
Bagaimana boleh timbul kenyataan satu lawan satu?
Kalau ambil kira dari segi akal, satu lawan satu, tinggi harapan kita untuk menang. Kalau dua penjuru, kurang sikit. Kalau tiga, lagilah kurang. Atas dasar itu, saya lontarkan idea, Pas bersedia untuk satu lawan satu tetapi ia bukanlah setakat itu, ada syarat. Kita letak syarat sebab kita tak mahu kalau kita menang, timbul masalah lain, jadi konflik, perebutan (jawatan dan kuasa).  Itu kita nak elak. Tetapi pada dasarnya konsep satu lawan satu memang baik. Itu kita akui. Saya lontarkan pandangan itu kerana ia tidak bercanggah dengan sistem demokrasi kita dan tidak bercanggah dengan pemikiran kita bahawa satu lawan satu lebih mudah untuk kita menang.
Apakah syarat-syarat itu?
Apabila kita capai kemenangan, kepimpinan mesti diterajui oleh Islam. Ini merangkumi sebarang sudut yang ada dalam kepimpinan. Landasan dari segi pentadbiran, pengurusan dan sebagainya adalah mesti mengikut apa yang ditakrif sebagai prinsip dan nilai Islam.
Apa lagi prasyarat sebelum persetujuan dicapai?
Perlu  difahami untuk mencapai sesuatu kerjasama mengikut Islam, ada tiga gagasan pendekatan yang perlu iaitu tahaluf, ta’awun dan isti’anah. Tahaluf ialah kerjasama yang lebih menjurus kepada politik. Ta’awun ialah bersama dalam satu ikatan atau pakatan. Konsep ta’awun adalah lebih luas daripada politik, turut merangkumi urusan sosial dan kemasyarakatan. Isti’anah pula dalam situasi yang memerlukan kita minta tolong daripada pihak lain untuk mencapai sesuatu tujuan.  Ketiga-tiga konsep ini ada dalam pakatan yang Nabi pernah buat. Nabi malah pernah minta tolong daripada orang Yahudi. Semasa PR, ketiga-tiga elemen itu kita buat, ada dalam pendekatan kita (Pas). Isti’anah misalnya apabila kita bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina, DAP datang tolong. Dalam Islam, pendekatan ini diharuskan. Atas dasar itu, kita tidak menolak untuk bekerjasama dengan sesiapa pun. Syaratnya, mesti Islam yang memimpin. Kita sudah terlibat dengan berbagai bentuk kerjasama. BN pun Pas pernah masuk tapi tidak sampai ke mana. Jadi sekarang, kita kena letak syarat sebelum apa-apa kerjasama kita buat. Satu lawan satu memang baik tetapi kita mesti letak Islam yang memimpin. Kita sudah ada pengalaman kalau letak matlamat yang lain, ia tidak akan menguntungkan Islam.
Jika kerjasama itu menjadi, adakah mesti Pas yang jadi ketua?
Kita tidak bermaksud begitu. Tidak semestinya Pas. Siapa pun boleh jadi ketua. Apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja. Presiden sebut Pas (yang memimpin), bukan bermakna kenyataannya itu menyalahi apa yang saya sebut. Itu pandangan dia (Presiden Pas) atas pengalamannya bersama pakatan sebelum ini. Bagi Tok Guru Haji Hadi, sebelum ini apabila diberi kepada pihak lain (selain Pas) untuk memimpin, pakatan kita boleh dikatakan hanyut, tidak sampai tujuan.  Jadi kali ini, biar Pas yang memimpin. Itu bukan makna kita minta. Dan Pas itu bukan mesti Haji Hadi. Pas adalah organisasi. Bukan kita minta untuk diri kita. Kita bukan rebut atau gila nak jadi perdana menteri. Itu kita sebut lama dah, sejak awal lagi tetapi mereka sendiri, belum apa-apa lagi sudah sebut orang itu perdana menteri, orang ini perdana menteri. Itu yang dimaksudkan oleh Tok Guru. Dan saya apabila saya kata Islam,  sebenarnya sama sahaja tetapi saya sebagai orang yang lebih tua, lembut sikitlah kata-kata saya (tertawa)! Saya ulang, apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja asalkan kita yakini kerjasama ini boleh dibawa mengikut acuan Islam, mengikut cara, kaedah dan pendekatan Islam. Tok Guru Nik Aziz pernah kata, kita nak buat (tegak pemerintahan) Islam, kalau Umno nak buat Islam yang sama, kita sanggup bubar Pas. Jadi maknanya, sesiapa saja yang nak buat Islam, kita akan sokong. Sampai sekarang, prinsip itu kita pegang. Bukan mesti Pas. Kalau ada orang lain yang betul-betul kita boleh percaya untuk melaksanakan Islam, kita sokong. Nabi dulu pun, apabila ada raja di sesebuah negara yang sedia terima Islam, Nabi benarkan untuk dia memerintah. Ini bukan soal kita nak jadi ketua, tetapi kita nak letak Islam di tempatnya, sebagai landasan dalam kepimpinan. Islam tidak ada kaitan dengan soal tamak kuasa tetapi Islam bawa mesej selamat dunia dan akhirat. Aslim taslam, masuk Islam, kamu selamat dunia akhirat. Inilah pendekatan kita, nak usaha untuk semua orang faham dan terima Islam yang sebenar-benarnya.
Kalau tidak letak syarat seperti itu?

Reman 4 Hari: 11 penyokong Tajuddin dibebaskan awal

Sebelas individu yang ditahan kerana merusuh di kawasan parlimen di ibu negara Selasa lepas dibebaskan hari ini.

Seorang pegawai polis mengesahkan mereka dibebaskan Sabtu lalu selepas ditahan semalaman, lapor Oriental Daily.

Kesemua mereka, melibatkan lapan lelaki dan tiga wanita, menyerah diri Jumaat lalu setelah diminta berbuat demikian.

Polis berjaya mendapatkan perintah reman empat hari.

Pada Khamis lalu, sekumpulan individu mengganggu Khalid Samad.

Mereka tidak puas hati dengan tindakan anggota parlimen Shah Alam itu memaki timbalan menteri Umno Tajuddin Abdul Rahman sebagai “sial” dalam sidang parlimen.

Khalid berbuat demikian sebagai balasan terhadap kenyataan Tajuddin bahawa anggota parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai satu-satunya wanita yang ada “Kok”.
Anak Tajuddin, Faisal, antara 11 orang yang disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia

Logo Amanah
Saya maklum dengan satu tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan generasi kedua parti islam, dan satu satunya hujah balas beliau adalah mengkritik dari sudut kelahiran Amanah sendiri yang dakwanya Amanah hanyalah parti yang muncul berbekalkan alasan tewas di muktamar Pas ke-61 tahun lalu.
Beliau membandingkan sejarah parti generasi kedua Islam diluar seperti AKP di Turki, PKS di Indonesia adalah jauh sekali dengan sejarah penubuhan Amanah, mungkin penulis tidak tahu, selain punyai persamaan dalam asas pemikiran, kekalahan kelompok progresif dalam Muktamar "parti Islam" di Turki juga pernah mengambil tempat.
Apabila parti Refah dibubarkan pada 1998, kalangan Islamis telah menubuhkan Parti Kebajikan (Fezilet Partisi) namun pasca pembubaran Refah, telah timbul pergeseran dalam kalangan Islamis terutama antara kelompok konservatif dan pembaharu (reformis).
Kelompok reformis yang dipimpin Erdogan mahukan pendemokrasian yang lebih meluas dalam parti manakala kelompok konservatif mahu mengekalkan model kepimpinan Sang Hoca (Erbakan). Cadangan Erdogan ditolak keras Erbakan.
Oleh kerana Erbakan dilarang berpolitik, kepimpinan parti diserahkan kepada Kutan, orang setia Erbakan. Walaupun kepimpinan Kutan mendakwa cuba meluaskan agenda demokrasi dalaman parti namun kelompok reformis mendakwa kepimpinan Kutan lebih menfokuskan untuk cuba membawa masuk kembali Erbakan dalam pentas politik Turki yang menurut kelompok reformis akan menjadi halangan proses reformasi dalaman parti yang diperlukan menjelang PRU yang bakal tiba.
Ketika inilah perseteruan dalaman Fezilet mula kelihatan jelas, dan apabila tiba PRU, Fezilet mengalami kegagalan apabila perolehan undinya jatuh kepada 16% berbanding 21% sebelumnya.
Pasca PRU, perpecahan semakin meruncing apabila Abdullah Gul yang merupakan sekutu Erdogan ketika itu berundur dari kepimpinan parti bersama lima tokoh reformis dan secara terbuka menentang kepimpinan Kutan. Erbakan membuat dakwaan bahawa kelompok ini bekerjasama dengan kumpulan sekular untuk menyingkirkan dirinya namun Erdogan berhujah bahawa yang melemahkan parti adalah kerana model lama kepimpinan Erbakan.
Cubaan mengambilalih kepimpinan parti dan menjatuhkan Kutan oleh kumpulan reformis mengambil tempat dalam muktamar parti namun kelompok reformis gagal dengan peroleh undi yang lebih kecil berbanding kelompok pro konservatif yang dipimpin Kutan, pemimpin pilihan Erbakan.
Pasca muktamar, pergeseran dalaman Fezilet masih tiada kesudahan, namun sebelum perpecahan semakin melebar, mahkamah perlembagaan dibawah kuasa tentera membubarkan Fezilet, dan tregedi ini telah menjadi rahmat kepada kelompok islam apabila pembubaran ini membebaskan kedua kelompok bertelagah dan masing masing bebas memilih jalan politik sendiri.
Maka selepas peristiwa inilah tertubuh dua parti baru dari dua aliran pemikiran parti lama iaitu Parti Saadet pimpinan Kutan (mengekalkan idealogi parti lama) manakala Abdullah Gul menubuhkan Parti Keadilan Dan Kesejahteraan (AKP).
AKP terdiri dari tokoh reformis parti lama, mereka adalah kelompok yang tidak menjunjung pemikiran generasi pertama (Gen 1) sebaliknya mereka adalah Gen 2 parti Islam. AKP masih mengekalkan model asas Refah namun AKP mengerakkan model kepimpinan karismatik, meluaskan demokrasi dalam parti, telus dalam mengambil keputusan dan membuka ruang terbuka bagi mendebatkan dasar dasar parti.

Era Najib-Rosmah: ‘Kekayaan rakyat Malaysia susut 7.2 peratus pada 2016'

Laporan Global Wealth yang dikeluarkan pada November menunjukkan bahawa jumlah kekayaan AS$474 yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia, hanya adalah 0.2 peratus daripada kekayaan dunia, kata Institut Penyelidikan Credit Suisse (CSRI).
Laporan itu menyebut jumlah kekayaan isi rumah di Malaysia menurun AS$26 bilion atau 5.2 peratus.
Walaupun laporan itu mengkategorikan Malaysia sebagai kumpulan berpendapatan sederhana atasan dengan produk negara kasar berjumlah AS$20,100 bagi setiap orang dewasa, ia mengklasifikasikan kualiti data kekayaan negara sebagai "miskin".
Menurut laporan itu yang mencatatkan penjanaan kekayaan di seluruh dunia, 19 juta rakyat di Malaysia menjana kekayaan AS$ 24,429 bagi setiap orang dewasa pada 2016.
Perangkaan itu adalah penurunan sebanyak AS$1,894 atau 7.2 peratus berbanding 2015.
Sementara itu, rakyat dewasa di Singapura dilaporkan mempunyai kekayaan purata AS$276,885 pada 2016. Ini adalah lebih sepuluh kali ganda berbanding dengan rakyat di Malaysia.
Purata hutang orang dewasa di Malaysia pula meningkat daripada AS$7,054 pada 2015 kepada AS$ 7,462 pada tahun ini.

Laporan itu menyebut Malaysia, yang sebelum ini dalam kategori "intermediate wealth group" atau "kumpulan kekayaan pertengahan” dengan purata kekayaan dalam lingkungan AS$25,000 hingga AS$100,000 telah terkeluar daripada kategori berkenaan.
Ia kini dalam lingkungan "frontier wealth" atau "sempadan kekayaan" iaitu mereka yang menjana AS$5,000 hingga AS$25,000 bagi setiap rakyat dewasa.
Golongan ini meliputi sebahagian besar negara di dunia dan kebanyakannya terdiri daripada negara yang ramai penduduknya termasuk China, Russia, Brazil, Mesir, Indonesia, Filipina, dan Turki, kata laporan itu.
"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia dan Poland berlegar berhampiran tahap AS$25,000 ini, tetapi hari ini kedua-duanya telah jatuh di bawah tahap itu," katanya.

PAS tangani cubaan halang pindaan Akta 355 - Nasrudin Hassan

Himpunan 355 anjuran Pas akan melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ia bagi mencetuskan kesedaran tinggi dalam kalangan umat Islam dan memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam agar memberi sokongan ke arah memartabatkan mahkamah syariah.
Nasrudin Hassan “Sokongan umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik, NGO, pendidikan, kaum, bangsa dan bahasa lidah. Demikian juga bukan Islam yang memahami bahawa ini adalah hak yang mesti dipulangkan kepada umat Islam.
“Adalah suatu yang sangat penting untuk berdepan dengan provokasi, ugutan dan ancaman melampau.
"Ia (cabaran) datang dari pihak tertentu yang mahu menggagalkan hasrat pindaan Akta 355 dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang jahat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Baru-baru ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, satu himpunan umat Islam besar-besaran secara tertib dan aman diadakan sebelum Mac tahun hadapan.
Perhimpunan bertujuan menjelaskan sebab pindaan Akta 355 dilakukan dan sekali gus meraih sokongan umat Islam terhadap pindaan tersebut.
Nasrudin berkata, Pas akan menubuhkan Sekretariat Himpunan 355 ini pada minggu hadapan yang mewakili parti politik, NGO, aktivis masyarakat dan tokoh individu.
"Sekretariat ini akan mengadakan sidang media khas sebaik sahaja ia ditubuhkan kelak bagi menjelaskan perkara yang perlu kepada umum.
"Sekretariat ini akan menetapkan tarikh dan tempat Himpunan 355 tersebut serta menggariskan objektif dan pelan bertindak bagi memastikan ia berjaya dilangsungkan dengan cemerlang kelak," katanya.

Pindaan usul Akta 355 berbeza RUU asal

Dewan RakyatCadangan pindaan Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah berbeza dengan cadangan rang undang-undang asal, kata peguam, Syahredzan Johan.
Beliau berkata, jika sebelum ini Abdul Hadi ingin meminda Akta 355 bagi membenarkan mahkamah syariah mengenakan apa-apa hukuman melainkan hukuman mati, namun kini apa yang dicadangkan olehnya adalah bagi meningkatkan had hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah.
“Cadangan Abdul Hadi sebelum ini adalah agar mahkamah syariah mengenakan hukuman tanpa had kecuali membabitkan hukuman mati.
“Namun cadangan terkini beliau adalah melibatkan hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 serta sebatan enam kali,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Syahredzan berkata, semua fatwa, nasihat dan pendapat yang mengatakan bahawa umat Islam wajib menyokong cadangan Hadi tersebut wajar disemak semula memandangkan cadangan pindaan terbaru itu adalah berbeza dengan sebelum ini.
Beliau berkata, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas tidak menghuraikan cadangan terkini olehnya itu di Parlimen baru-baru ini dan telah menimbulkan banyak tanda tanya.
“Sepatutnya, beliau mengambil kesempatan untuk sekurang-kurangnya memberi huraian am tentang pindaannya dan kemudian memohon supaya penganjuran debat dilangsungkan pada sidang akan datang.
“Ini penting kerana tanpa huraian, sukar untuk mana-mana pihak berbincang dan berbahas dengan terbuka mengenai cadangan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Syahredzan berkata, perbincangan dan perbahasan yang baru wajar berlangsung berdasarkan cadangan pindaan yang terkini tersebut.
Katanya, golongan yang menyokong pindaan harus membenarkan perbincangan dan perbahasan tersebut berlangsung dengan terbuka tanpa sebarang polemik atau hukum dijatuhkan sekiranya ada pihak yang tidak setuju mahu pun membantah.

Peguam mahu akses kepada Maria sebelum perbicaraan Selasa

Peguam Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa polis supaya membenarkannya akses untuk berjumpa dengan anak guamnya sebelum perbicaraan habeas corpus Selasa ini.
Ambiga berkata peguam dan keluarga Maria tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya sejak Ahad lalu.
"Mohon berikan kami akses berjumpa dengan Maria supaya arahan mengenai perkara-perkara undang-undang dapat diberikan sebelum kesnya pada Selasa ini.
"Telah mencuba tetapi tidak berjaya," katanya dalam tweet kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata permohonan rasmi juga telah dibuat.
Maria ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.
Beliau ditangkap pada 18 November, sehari sebelum perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, untuk menuntut pilihan raya dan kerajaan yang bersih.
Menurut keluarganya, mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai Maria dan tidak tahu di mana beliau ditahan.
Adalah dipercayai bahawa dia dikurung di Kem Polis Batu di Kuala Lumpur, yang sebelum ini adalah pusat tahanan bagi mereka yang dituduh mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri sebelum mereka dipindahkan ke Pusat Tahanan Kamunting di Perak.

Jangka berlaku rundingan Pas, pembangkang - Azman Shapawi

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas peringkat negeri tidak menolak kemungkinan berlaku rundingan antara parti itu dan parti-parti pembangkang yang lain ke arah memastikan strategi satu lawan satu antara pembangkang dan BN menjelang PRU14.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, sejauh mana hasil tersebut berjaya, ia terserah kepada rundingan yang dibuat.
 Azman Shapawi Abd Rani Bagaimanapun katanya, pertandingan satu lawan satu turut disokong Pas dalam usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada menjelang PRU akan datang.
“Kita ambil kisah terhadap strategi satu lawan satu tapi dari sudut untuk bergabung, kita akan pastikan parti itu terima apa yang kita hendak, ambil kira sikap Pas.
“Sekarang ini rundingan belum dibuat, perbincangan belum berlaku. Mungkin sebelum PRU14 akan berlaku rundingan. Sejauh mana rundingan itu, kita tunggulah.
“Kalau mereka (parti lain) ikhlas, mungkin perlu terima,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau menjelaskan, ketidakhadiran Pas dalam Konvensyen Pakatan Harapan walaupun dijemput kerana Pas tidak mengiktiraf pakatan tersebut.
Sebagaimana diketahui sebelum ini katanya, Pas tidak akan bekerjasama dengan dua parti dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“DAP menunjukkan pertentangan dengan kita yang perjuangkan agama manakala (ahli dan pemimpin) Amanah pula yang sebelum ini berada dalam Pas bersikap khianat tetapi tiba-tiba ajak kita sertai mereka,” katanya.

Pas Perak nafi bincang kerusi PRU dengan Umno

Pas nafi bincang kerusi PRU dengan Umno
Razman(tengah) menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bersama Bahrin(kanan) pada sidang media di Parit Buntar.
PARIT BUNTAR - Pas Perak menafikan berlakunya sebarang usaha perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya dengan Umno di mana-mana kawasan sebagaimana tersebar dalam aplikasi sosial media sejak seminggu lalu.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sebelum ini, kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar mengesan penyebaran fitnah berlaku perbincangan pembahagian kerusi pilihanraya antara kepimpinan Pas kawasan itu dan Umno bahagian Parit Buntar dalam kalangan ahli Pas.
Menurutnya, penyebaran fitnah itu turut mendakwa kononnya Pas kawasan Parit Buntar bersetuju bekerjasama dengan Umno bahagian Parit Buntar dengan memberi laluan Umno bertanding kerusi Parlimen, manakala dua kerusi Dun ditandingi parti Pas.
Razman turut menunjukkan penyebaran kiriman mesej menfitnah Pas melalui aplikasi WhatsApp dilakukan pihak tidak bertanggungjawab pada sidang media di Parit Buntar malam tadi.

Kejatuhan ringgit: Adakah prestasi kabinet Najib tak memuaskan

Pada 12 April 2016, ketika nilai ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata:
“Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar.”
Melihat nilai ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu?
Kini, para penganalisa ekonomi menjangkakan nilai inggit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5.
Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu.
Ketika nilai ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai ringgit.
Apa pula reaksi Najib sebagai menteri kewangan terhadap nilai ringgit hari ini?
Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini?
Jika peningkatan nilai ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan?
Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai ringgit dan segala penarikan balik subsidi?
PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF).

Silat Jamal, kuntau Tajuddin dan pencak Hadi

November 2016 sesuai benar dikenang-kenang sebagai bulan silat.
Secara khusus ia bermula pada 5 November apabila kumpulan Baju Merah berkumpul dan berarak - sejauh kira-kira 30 meter - ke bangunan berhampiran pejabat Malaysiakini.
Tidaklah kumpulan Baju Merah itu bersilat sambil berarak ke pejabat portal ini. Mereka berpencak silat di tepi jalan berhampiran pondok pengawal.
Nasib tidak baik juga mereka - yang dikatakan Jamal seramai 10,000 orang - tidak terfikir bersilat sambil berarak ke pejabat Malaysiakini.
Jika tidak, tentu ia menjadi detik yang sangat menarik dan unik untuk dirakam apabila Baju Merak mempelopori seni protes menyerupai perarakan pengantin.
Untuk tujuan gambar dan publisiti memang menariklah jika anak buah Datuk Seri Jamal Md Yunos itu bergerak serentak dan seirama - sambil menutup muka - ketika melakukan tunjuk perasaan.
Barangkali itu namanya tunjuk perasaan berbudaya Melayu asli.
Kemudian Baju Merah mempamerkan kehebatan mereka lagi beberapa hari menjelang BERSIH5.
Jika berhampiran pejabat Malaysiakini mereka memecahkan batu konkrit dengan kepala dan mematahkan batang kayu dengan memukul badan sendiri, ketangkasan dan kehebatan itu naik setingkat lagi.
Silat dalam kompleks beli-belah
Kali ini mereka menggunakan kayu berbara dan pedang. Malah Jamal sendiri menunjukkan kehebatan dan kekebalan sesuai dengan tubuh sasanya.
Ketua Umno Sungai Besar itu membuktikan belakang tubuhnya adalah sekeras besi apabila kayu yang dihempukkan ke situ akhirnya patah.
Nasib baik juga kaki orang berbaju hitam dan bertopeng itu tidak patah selepas menendang belakang Jamal.
Kemudian Sabtu berikutnya - 12 November - geng Baju Merah bersilat lagi. Kali ini berhampiran Dataran Maybank di Jalan Bangsar.
Namun daripada peristiwa yang berlaku membabitkan Jamal dan Baju Merahnya, 'silat' paling klasik berlaku sehari kemudian.
Bertempat di Ampang Jamal berpencak dan penyokongnya berpencak di dalam kompleks beli-belah Ampang Point. Rakaman video menunjukkan Jamal seperti mendakwa dia ditumbuk anggota polis tetapi kemudian menafikannya.
Darah Jamal 'tumpah' dan dia mendakwa menjadi mangsa pengikut Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.
Sehari sebelum BERSIH5, polis pula memulakan langkah 'silat' mereka dengan menahan Jamal dan orang kanannya. Maka tinggallah anak buah Jamal - Datuk Armand Azha Abu Hanifah - untuk membuktikan silatnya juga tidak kalah hebatnya untuk mengepalai anak-anak muda berarak ke Padang Merbok.
Cuma selepas itu silat Armand Azha 'tawar' apabila dia juga ditahan polis dan direman selepas perhimpunan BERSIH5 berakhir pada 19 November.
Selang sehari kemudian Anggota Parlimen Pasir Salak pula berpencak di dalam Dewan Rakyat. Sebagai wakil rakyat bagi kawasan yang pernah menyaksikan J W W Birch ditikam, tentulah semangat pahlawan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mudah benar dapat disaksikan.
Di Dewan Rakyat Tajuddin seolah-olah menikam hati dan perasaan ramai wanita - terutama Teresa Kok.
Herdikan 'pejuang' Pasir Salak
Namun jangan sangka Tajuddin menjadi musuh majoriti wanita. Menurut timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu, masih ramai wanita menyayangi beliau, termasuk "yang tua dan muda" di Pasir Salak iaitu kawasan yang diwakilinya.
Kok mungkin memiliki kemahiran kuntau tersendiri namun ia tidak menghalang Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) untuk bangkit sebagai 'pembela'.
Maka bersilat pulalah Khalid dengan Tajuddin. Silat dengan lidah itu kemudian berjangkit ke pencak menggunakan surat peguam.
Cuma yang kurang sedap ialah, tempias pertarungan seni bela diri itu terkena pula pada wartawan.
Pada 24 November persembahan seni silat itu bebar-benar berlaku di pekarangan parlimen. Di lokasi yang sepatutnya selamat dan dikawal rapi 'pejuang' Pasir Salak tiba dan mengherdik Khalid.
Salah seorang daripada mereka yang hadir ialah anak Tajuddin sendiri. Di mana Tajuddin semasa kekecohan itu berlaku? Tidak dapat dipastikan, tetapi adakah ia aneh?

Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur

Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
 "Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.
"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.
"Benarlah janji Allah, kamu merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Khalid sambil membacakan sepotong ayat Al Quran.
Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PKR Selayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.
Khalid yang menjadi penceramah utama malam tadi berkata, dengan lahirnya Amanah dan Bersatu, beliau yakin pengundi Melayu tidak lagi bersama dengan Umno dan Barisan Nasional tetapi bersama dengan Pakatan Harapan apabila Bersatu bakal menyertainya tidak lama lagi.
"Apabila pengundi Melayu dan Cina bersatu, kita yakin akan dapat kalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," kata Khalid yang mendapat tepukan dari hadirin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang berada di pentas.
Khalid tidak langsung menyerang Pas dalam ceramahnya melainkan berkata Umno telah berjaya menjinakkan Pas melalui RUU Akta 355 menyebabkan parti itu mesra Umno.
Turut berucap malam itu adalah William Leong,Ahli Parlimen Selayang dan juga L Mankadir Samsi atau lebih dikenali Pak Jabit serta Azman Mokhtar, Ketua Komunikasi PKR Selayang. Turut berucap adalah wakil DAP.
Sebelum berceramah, Khalid mengadakan dialog dengan ahli Amanah tempatan dan bersetuju untuk menubuhkan dua cawangan Amanah di situ tidak lama lagi.

Penyertaan Bersatu diputuskan 13 Disember

GEORGETOWN - Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pakatan  Harapan dijangka diputuskan pada 13 Disember depan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden Pakatan  Harapan yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
Salahuddin Ayub "Saya yakin kami akan bermesyuarat tentang hasrat (Pengerusi Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Bersatu diterima dalam keluarga Pakatan  Harapan.
"Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima Bersatu menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam Pakatan  Harapan menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau berkata Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa Bersatu tidak mahu menyertai Pakatan  Harapan sebagai 'pakatan plus-plus' sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.
Pada Konvensyen Pakatan  Harapan di Shah Alam 12 November lepas Dr Mahathir dilaporkan berkata, pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.
Sementara itu pada konvensyen itu juga Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata walaupun secara dasarnya Bersatu bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang itu, tetapi kepimpinan kanan parti serpihan Umno berkenaan memerlukan masa untuk berbincang lebih lanjut mengenai penyatuan itu.

Aktifkan segera Pakatan Harapan, kata Amanah Selangor


Ir Izham HashimIr Izham HashimPengerusi Parti Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim menggesa supaya digerakkan segera Pakatan Harapan secara aktif agar dapat meyakinkan rakyat Selangor bahawa Pakatan Harapan bersedia meneruskan legasinya.
“Memang benar wujud kerisauan mengenai kemungkinan berlaku pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU ke 14 kelak. Dan terdapat juga analisa daripada pelbagai pihak yang menunjukkan kesukaran untuk calon Pakatan Harapan menang jika berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan, BN dan Pas di kerusi yang sama,” kata Izham dalam Ucaptamanya di Konvensyen Pertama Amanah Selangor di Shah Alam pada Sabtu.
Dalam ucapannya Izham berkata,Amanah telah berusaha dan akan terus berusaha untuk memastikan akan berlaku pertandingan satu lawan satu di semua tempat. Tetapi ini semua ujarnya mesti dibuat di dalam kerangka kerjasama yang mantap, jelas dan berasaskan kejujuran serta semangat setiakawan yang tinggi.
Apa lebih penting ujarnya, ialah matlamat muafakat ini hanya satu iaitu mengalahkan BN dan menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan kelak.
"Sebarang penyimpangan daripada prinsip asas ini akan hanya memudaratkan Pakatan Harapan dan menghakis kepercayaan rakyat kepada kewibawaan kita."
Menurut beliau lagi analisa dan laporan pengkaji memang wajar untuk dijadikan pedoman di dalam merangka strategi dan melaksanakan program kemenangan tetapi amat tidak munasabah menjadikan analisa ini semua sebagai kesimpulan atau pemutus yang muktamad.
"Sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya presiden Amerika yang berakhir baru-baru ini di mana jelas menunjukkan hampir semua analisa telah meleset apabila pengundi memberi kemenangan kepada calon bukan pilihan.
"Sehubungan dengan itu, Amanah Selangor menyeru pimpinan tertinggi Pakatan Harapan segera memuktamadkan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, penggunaan satu logo untuk calon-calon Pakatan Harapan, penggubalan satu manifesto dan pembahagian kerusi pilihanraya.
"Di peringkat Pakatan Harapan Selangor pula, katanya, kita perlu merangka dan melaksanakan banyak program bersama agar rakyat Selangor yakin kepada kesepaduan di kalangan komponen parti Pakatan Harapan," katanya.
Semuanya ini ujarnya lagi,perlu ada tempoh masa dan tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga hari pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

NAJIB, JEMPUTLAH HADI AWANG JADI TETAMU PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!

Setelah tampil sedondon berbaju merah jambu beberapa bulan yang lalu, Najib Razak dan Hadi Awang sekali lagi akan duduk di atas pentas yang sama - kali ini dalam suatu perhimpunan raksasa berkaitan Rohingya pada 4 Disember akan datang nanti.

Sebelum itu, ikatan kemesraan antara UMNO dan Pas yang menghadapi pelbagai cemuhan, turut dirapatkan lagi dengan persetujuan kerajaan memberi lampu hijau kepada Hadi Awang membawa  usul Akta 355 bagi tujuan memperkasa kuasa Mahkamah Syariah.

Meskipun usul tersebut sudah dibaca sebanyak dua kali, ia tetap ditangguhkan jua akhirnya. Tetapi, usul itu nyata telah merapatkan lagi hubungan mereka.
Dengan itu, bibit-bibit ke arah "perkahwinan" antara UMNO dengan Pas, sama ada secara "sembunyi-sembunyi" atau "terbuka rasmi", nampaknya sukar untuk dielakkan lagi.

Terutama bagi Najib dan UMNO, mereka terlihat ingin benar menunjukkan kepada umum dan jika boleh, mahu mengadakan "kenduri besar-besaran" mengenai "perkahwinan" dengan Pas itu.

Jika pada majlis Multaqa Ulama yang lalu, Najib dan Hadi berpakaian sedondon merah jambu, dalam perhimpunan Rohingya kali ini tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan bersedondon sekali lagi.

Mungkin kali ini sama-sama berpakaian merah atau hijau atau barangkali juga  seperti kebanyakan "pengantin", warna tema putih yang menjadi pilihan.

Tetapi, yang pastinya Najib dan Hadi tidak mungkin memilih pakaian berwarna kuning hari tersebut.

Sebelum 4 Disember di mana Najib dan Hadi akan bergandingan di atas pentas Rohingya, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya bermula 29 November hingga 3 Disember.