Ahad, 27 November 2016

Abang Kucing cabar kejantanan Jamal

Jadilah anak jantan dan buat benda yang betul - itu mesej yang disampaikan sekumpulan 'pejuang' yang mencabar ketua Baju Merah untuk beradu kekuatan secara budiman.
Menggelarkan diri mereka Gabungan Pejuang Rakyat Demi Negara, jurucakap kumpulan itu Sharul Nizam Abdul Rahim berkata tujuan utama mereka membuat cabaran itu adalah untuk menegaskan pendirian mereka terhadap aktiviti membuli.
Katanya awal bulan ini dia pernah melontarkan cabaran kepada Jamal tetapi sehingga kini tidak ada reaksi daripada ketua Umno Sungai Besar itu.
Cabaran sama, katanya, dibuat kepada orang kanan Jamal, Razali Zakaria.
"Saya atas nama Abang Kucing Antibuli menyusun wira rakyat untuk mencabar Datuk Seri Jamal Yunos masuk dalam gelanggang (dan beradu kekuatan).
"Daripada bergaduh macam samseng, saya nak ubah jadi pergaduhan yang sah," katanya pada sidang media di Kota Damansara, Selangor hari ini.
Jamal sebelum ini aktif menggerakkan kumpulan Baju Merah mengekori konvoi BERSIH menjelang perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur pada 19 November lalu.
Beberapa insiden kekasaran tercetus membabitkan pengikutnya dan penyokong BERSIH.
Ada antara insiden itu malah melibatkan kekasaran kepada wartawan dan jurugambar.
Jamal turut diingati kerana memberi pelbagai amaran dan ancaman termasuk terhadap Malaysiakini.
Sebelum BERSIH5 berlangsung Jamal dan beberapa penyokongnya memuat naik klip video menunjukkan kehebatan mereka bersilat serta menahan pukulan kayu serta pedang.
Buktikan kekuatan dalam gelanggang
Sharul Nizam berkata Jamal dan penyokongnya sering membuli wanita dan orang tua yang tidak berdaya mempertahankan diri.
"Saya berkelana dari Semenanjung Malaysia hingga Sabah, Sarawak, susun barisan pejuang yang sanggup bertarung lawan Jamal.
"Abang Kucing beri masa sebulan kepada Jamal untuk jawab. Kalau jawapan dia ya, kita boleh bina gelanggang yang sah (untuk bertarung)," katanya.
Ditanya bagaimana pendirian mereka jika Jamal menolak cabaran itu, Shahrul Nizam berkata: "Kalau tak jawab (cabaran), cukuplah sampai di sini. Jangan tunjuk samseng lagi."
Jika bersetuju kata Shahrul Nizam, Jamal bukan saja bebas memilih lawannya malah dibenarkan memilih jenis seni bela diri yang akan digunakan, sama ada silat, tinju, tae kwan do atau sebagainya.
Sementara itu seorang daripada calon lawan Jamal yang memperkenalkan dirinya sebagai Alexander berkata dia sedia berdepan dengan ahli politik itu bersendirian atau beramai-ramai.

Gabungan NGO di Kelantan serah memorandum bantah penahanan Maria Chin


Salah seorang wakil NGO Kelantan serah memo kepada Idrus Hanapiah  (dua dari kiri) di  perkarangang ibu pejabat polis negeri petang ini.Salah seorang wakil NGO Kelantan serah memo kepada Idrus Hanapiah (dua dari kiri) di perkarangang ibu pejabat polis negeri petang ini.
Gabungan NG) Kelantan serah memo bantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sekumpulan yang mewakili NGO dan parti politik menyerahkan memo bantahan penahanan Maria Chin di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Negeri Kelantan petang ini.
Aina SayutiAina SayutiJurucakap kumpulan itu, Aina Sayuti berkata tindakan kerajaan menahan Maria Chin di bawah Sosma tidak boleh diterima.
"Akta ini dengan jelas dibuat untuk menghalang keganasan dan sepatutnya digunakan terhadap mereka yang menganjurkan kegiatan di luar batas undang-undang.
"Sedangkan himpunan aman Bersih 5, walaupun dihadiri begitu ramai peserta berjalan dengan aman dan teratur yang tidak masuk akal langsung jika cuba dikaitkan dengan unsur keganasan," katanya.
Menurutnya, ini adalah jelas mencabuli perlembagaan negara, salah guna kuasa dan tidak berperikemanusiaan.
"Kami memperingatkan bahawa undang-undang Sosma adalah hanya bertujuan untuk menghalang aktiviti keganasan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya.
Memo bantahan yang dibawa oleh kumpulan NGO berkenaan telah diterima oleh Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Kelantan, superintenden Idrus Hanafiah di perkarangan pejabat polis negeri.
Antara yang hadir ialah Ketua PKR cabang Kota Bharu, Abu Samah, ketua Amanah Kawasan Kota Bharu Kamaruzaman Ismail dan pimpinan parti-parti DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Putrajaya nafi beri Zakir Naik taraf kewarganegaraan

Timbalan menteri dalam negeri memberitahu, proses yang panjang perlu dilalui sebelum seseorang menjadi warga Malaysia.
Nur-Jazlan_zakir-naik_putrajaya_600
PETALING JAYA: Putrajaya menafikan laporan pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik diberikan kerakyatan Malaysia dan bersembunyi di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, menjadi warganegara memerlukan proses yang panjang dan sebarang laporan mengatakan pendakwah itu sudah menjadi warganegara adalah dakwaan semata-mata.
“Terdapat banyak proses perlu dilalui dan ia mengambil masa puluhan tahun untuk menjadi warganegara,” kata ahli Parlimen Pulai itu memberitahu FMT ketika diminta mengulas mengenai artikel dikeluarkan Hindustan Times.
Awal hari ini, akhbar harian India melaporkan Zakir, yang juga pengasas Islam Research Foundation (IRF) diharamkan di India, kini di bawah siasatan polis dan Agensi Siasatan Negara (NIS).
Laporan Hindustan Times berkata, pihak berkuasa sebelum ini menyangka beliau bersembunyi di Afrika atau Thailand dan kini dipercayai berada di Malaysia.
Ia memetik “individu mewakili Zakir semasa ketiadaannya di Mumbai” mengesahkan kerakyatan Malaysia beliau.
Mereka mendakwa ia adalah satu daripada pakej kepadanya bersamaan penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah yang diberikan kepadanya pada 2013.
“Adalah menjadi dasar kerajaan Malaysia menawarkan kewarganegaraan kepada penerima anugerah kehormat awam tertinggi negara mereka. Sekarang Naik adalah warganegara Malaysia juga,” Hindustan Times memetik kata seorang wakil Zakir.

Samseng Politik: Cubaan ganggu himpunan Bebas Maria gagal

Sekumpulan 20 orang berbaju hitam dan merah cuba merempuh himpunan yang dibuat sebagai tanda sokongan kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Pada mulanya mereka menjeritkan slogan "Sokong Najib" apabila orang ramai mula mendengar ucapan disampaikan oleh Penyelaras BERSIH Utara Datuk Dr Toh Kin Woon.
Mereka juga menjerit "Bersihkan diri sendiri dulu" selain mengutuk BERSIH kerana didakwa mendapat sokongan Yahudi.
Kumpulan anti-BERSIH itu turut menuntut penyokong Maria Chin menunjukkan permit polis yang membenarkan perhimpunan itu diadakan.
Bagaimanapun cubaan mereka menyerbu kira-kira 100 orang peserta himpunan itu dihalang oleh polis yang bertugas di kawasan Sudut Pidato berkenaan.
Sebelum keadaan ditenangkan anggota keselamatan, berlaku kekecohan selama kira-kira lima minit.
Toh dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim kemudian mengucapkan terima kasih kepada polis yang bertindak profesional.

Zunar bebas, 'bingung' nak lukis kartun

Perkara pertama terlintas di fikiran Zunar sejurus selepas dibebaskan daripada tahanan reman polis ialah: Kartun apa yang akan dilukisnya malam ini.
"Insiden ini terlalu kartun hinggakan saya tak tahu di mana nak mula melukis, tetapi saya pasti akan hasilkan siri kartun untuk menjelaskan keseluruhan situasi ini," katanya kepada Malaysiakini petang ini.
Zunar yang ditahan polis mengikut Akta Hasutan semalam, dibebaskan kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Beberapa jam sebelumnya Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque - dibawa polis ke mahkamah majistret untuk mendapatkan kebenaran menahan reman.
Peguam Zunar, Ramkarpal Singh, berkata polis memohon supaya mereka dibenarkan menahan reman Zunar selama empat hari namun pendaftar kanan mahkamah memutuskan polis hanya dibenarkan menahan pelukis kartun politik itu sehari.
Seorang pagi peguam Zunar, RSN Rayer, petang ini memberitahu pelukis kartun itu perlu melapor diri kepada polis semula pada 27 Disember ini.
Penahanan itu juga menyebabkan pelancaran buku Zunar, Wasabi dibatalkan. Dia dijadual pulang ke Kuala Lumpur malam ini

GHAH: Zunar ditahan walau kritik k'jaan bukan lagi kesalahan

Penahanan kartunis Zunar mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik kerajaan bercanggah dengan pindaan dibuat pada akta itu tahun lalu, kata kumpulan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).
Peruntukan seksyen 3(1)(c) akta itu - yang menganggap mengkritik kerajaan sebagai perbuatan menghasut - dikeluarkan apabila pindaan diluluskan pada 10 April 2015 dan diwartakan pada 4 Jun tahun yang sama.
Bagaimanapun pada Mac lalu kerajaan berkata tidak ada tarikh ditetapkan untuk akta yang sudah dipinda itu dikuatkuasakan.
Penyelaras GHAH Amir Abd Hadi berkata penahanan Zunar menunjukkan kerajaan berada dalam keadaan terdesak hingga terus menakut-nakutkan rakyat menggunakan "akta zalim yang sudah tidak relevan" itu.
"Pindaan yang dibuat pada Akta Hasutan pada 10 April 2015 memotong keluar perenggan 3(1)(c) menjadikan kritikan terhadap kerajaan bukan lagi satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Kerja atau usaha menahan aktivis- aktivis hak asasi ini hanya akan melemahkan sistem demokrasi parlimen negara.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ditahan polis semalam mengikut Akta Hasutan kerana menghasilkan kartun didakwa menghina Datuk Seri Najib Razak.
Pamerannya di Komtar dan dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang pula diserang sekumpulan lelaki yang diketuai seorang pemimpin Umno negeri.
Zunar disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tuduhan sengaja mengaibkan dan mencetuskan gangguan keamanan.
Mahkamah kemudian membenarkan Zunar direman sehari pagi tadi walaupun sebelum itu polis memohon supaya dia dibenarkan ditahan selama empat hari.

PAS pertahan RUU 355 ikut Perlembagaan

Ketua Penerangan Dewan Ulamak parti itu berharap ahli-ahli politik bukan Islam berusaha memahami pindaan RUU 355 yang dibawa berada dalam kerangka Perlembagaan.
Khairuddin-Aman_pas_law_00
 PAS mempertahankan rang undang-undang (RUU) persendirian berhubung pindaa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 November adalah selaras dengan Perlembagaan.
Menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri hari ini, selama tempoh 51 tahun Akta 355 bermula 1965 sehingga pindaan 1984 adalah selaras dengan Perlembagaan negara.
“Begitulah juga RUU 355 yang bertujuan mengusulkan peningkatan kadar hukuman, sama seperti tujuan pindaan 1984 adalah selaras dengan Perlembagaan,” katanya.
Respons ini susulan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata bangkangan parti terhadap RUU kerana ia tidak mengikut Perlembagaan dan tiada kaitan dengan hakikat ia merupakan RUU “Islam”.
“Akta Mahkamah Syariah 355 wujud selama 51 tahun dan MCA tidak pernah sekali menyentuh mengenai enakmen ini dalam apa jua bentuk atau cara,” katanya.

Najib nafi khabar angin pilihan raya lebih awal

Perdana menteri menekankan beliau tidak ingin bertindak tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya tambahan pula dengan keadaan semasa yang membimbangkan rakyat Malaysia.
najib-spr
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam memberitahu yang beliau “tidak semestinya” mengadakan pilihan raya lebih awal pada tahun depan, walaupun desas desus kuat mengatakan beliau akan bertindak demikian memandangkan perpecahan yang berlaku di kalangan pembangkang.
Malaysia dijangka mengadakan pilihan raya pada Ogos 2018, dan seorang pegawai kerajaan memberitahu Reuters yang Najib boleh mengadakan pilihan raya pada separuh ke-2 2017.
Tetapi dalam satu temu bual disiarkan dalam The Star pada Ahad, Najib berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya tambahan pula dengan keadaan semasa yang membimbangkan rakyat Malaysia.
“Tidak semestinya … ia boleh diadakan lewat,” kata Najib ketika ditanya sama ada pilihan raya akan diadakan pada tahun depan.
“Dengan keadaan ekonomi hari ini, ia akan menjadi satu cabaran kerana anda tidak melihat ekonomi dunia berada dalam aliran meningkat. Keadaan akan lebih kurang sama pada tahun akan datang, seperti tahun sebelum ini,” kata Najib.
Najib berhadapan dengan gesaan untuk meletak jawatan berikutan skandal yang melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang pada Julai dengan mendakwa penyelewengan lebih AS$3.5 bilion daripada dana dan sebahagiannya mengalir ke dalam akaun “Pegawai Malaysia 1”, yang Amerika Syarikat dan pegawai-pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.
Bagaimanapun, Najib menafikan salah laku dan mengukuhkan kuasa dengan memecat pengkritik di dalam parti pemerintah dan menindas perbezaan pendapat.
Pengkritik utama beliau adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut bekerjasama dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menubuhkan parti baru.
Namun kegagalan parti Islam utama menyertai usaha parti pembangkang yang berkempen terhadap Najib, menjadikan sukar bagi mereka untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di kalangan orang Melayu.
Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 5 tahun bagi kesalahan liwat dipercayai bermotifkan politik oleh penyokong dan ramai pemerhati.

Don't recognise UEC, GPMS tells Najib

Bersatu Tak Mahu Pakatan Harapan 'Plus'

PAS angau bercinta, jangan harap kembali bersama PAKATAN, kata Anuar Tahir

Suaram bantah tindakan kurung berasingan Maria Chin

Pengarah eksekutif Suaram mengingatkan ketua polis negara yang penggunaan seksaan adalah satu jenayah diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.
Sevan-Doraisamy_khalid_maria_600
PETALING JAYA: Walaupun polis tidak secara aktif menyoal siasat Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, ia masih tidak membebaskan daripada jenayah penyeksaan pihak polis, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Kami terkejut dengan kenyataan dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa pihak polis tidak mendera Maria Chin Abdullah dan beliau sendiri akan memastikan Maria tidak dizalimi semasa dalam tahanan,” kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penahanan berasingan secara berseorangan di mana Maria dengan merit kes tersendiri adalah satu kes jelas berhubung layanan tidak berperikemanusiaan, jika bukan menyeksa.
Pertubuhan hak asasi manusia berkata ia juga terkejut dengan pengakuan KPN yang layanan itu konsisten dengan semua tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang sama Maria ditahan.
“Implikasi amalan seperti itu menunjukkan pihak polis secara aktif dan terbuka menggunakan seksaan sebagai sebahagian daripada operasinya,” katanya.
Sevan mengingatkan ketua polis negara yang penggunaan seksaan adalah satu jenayah diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa dan hak untuk bebas daripada penyiksaan adalah hak yang tidak boleh dinafikan.

DUN Johor: Wakil rakyat DAP bantah ucapan menteri besar

Ucapan penutup menteri besar yang membidas DAP menimbulkan kekecohan di DUN Johor.
Tan-Hong-Pin_Mohamed-Khaled-Nordin_johor_600
Wakil rakyat DAP hari ini membantah dan menganggu ucapan penutup Menteri Besar Tan Sri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Undangan Negeri Johor, di mana beliau menasihatkan DAP tidak menentang penjenamaan perpaduan Bangsa Johor.
Menurut NST Online, Khaled menegur DAP kerana tidak menyokong agenda pembangunan negeri dan memberi amaran kepada mereka kerana sering memberi gambaran buruk terhadap projek-projek pembangunan Johor.
“DAP dan agendanya tidak sesuai dengan aspirasi Bangsa Johor dan Muafakat Johor. Ini sangat bertentangan Agenda Progresif Johor,” kata Khaled.
Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) cuba mencelah tetapi dihalang Speaker Dewan Undangan Tan Sri Mohamad Aziz.
Khaled meneruskan ucapan beliau, yang mempersoalkan kewibawaan parti sejak memerintah Pulau Pinang.
Pada ketika ini, Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) berdiri, tunduk, dan meninggalkan dewan DUN.
Beliau kembali beberapa minit dan kemudian memberitahu sidang media beliau hanya ” ke tandas”.
Wong Shu Qi (DAP-Senai) turut berdiri ketika Khaled berucap dan menafikan DAP bersalah terhadap polarisasi kaum, dengan berkata: “Kami berdiri untuk semua rakyat Malaysia.”
Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nanas) dan Chew Peck Choo (DAP-Yong Peng) juga turut membantah, menyebabkan beberapa wakil Barisan Nasional juga bangun dan menggesa rakan-rakan DAP bertenang dan mematuhi arahan Khaled.

PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu

IPOH – Pakatan Harapan dijangka akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan gerak kerja PRU14 termasuk kelulusan kehadiran parti Bersatu dalam keluarga besar pakatan itu.
PRU14: Pembangkang bincang kedudukan Bersatu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, selepas menyempurnakan pembinaan dan pengukuhan Pakatan Harapan, seterusnya mereka akan berusaha untuk mendaftarkan lambang bagi mewakili parti itu sebelum konsep satu lawan satu yang diimpikan sebelum ini menjadi kenyataan.
“Saya menyatakan begini kerana saya sendiri mendengar daripada mulut Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa konsep yang Bersatu mahu bukannya Pakatan Harapan plus, plus tetapi dia mahu kita menerima kehadiran Bersatu.
“Setelah kita menerima kehadiran Bersatu gabungan itu akan menjadi empat parti termasuk Amanah, PKR dan DAP dan Bersatu.
“ Ini adalah formula terbaik dan kita bersetuju melalui konsep itu kita akan pastikan empat parti ini dapat memperkukuhkan kedudukan dalam Pakatan Harapan dan parti ini yang akan berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang,” katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Pertama Amanah Perak 2016 di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan beberapa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan antaranya, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman.

CUKUPKAH SEKADAR BERDEMO SAJA? KENAPA PULA CEPAT2 DIUMUMKAN HADI AWANG AKAN TURUT BERSAMA?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Disember ini bagi menzahirkan keprihatinan berhubung isu Rohingya.

Tarikh dan masa perhimpunan itu dilaporkan akan diumumkan kemudian.

Katanya, perhimpunan itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak serta beberapa pemimpin lain yang antaranya ialah Presiden Pas, Hadi Awang.

Sehubungan itu, Zahid turut menggesa pemimpin daripada parti-parti politik lain untuk turut sama menyertai perhimpunan tersebut.

Masalahnya, cukupkah sekadar berhimpun saja? 

Bukankah sebagai sebuah kerajaan yang sedang berkuasa, ada wang dan banyak kemudahan, Najib seharusnya sudah melakukan tindakan-tindakan tertentu untuk membantu umat Islam Rohingya yang sedang dizalimi itu?

Apa bantuan untuk mereka dan kepada pelarian yang sudah dihulurkan oleh kerajaan setakat ini?

Sudahkah nota bantahan dihantar kepada Kedutaan Myanmar atau adakah Dutanya telah dipanggil oleh Wisma Putra untuk Malaysia menyuarakan bantahan secara rasmi?

Kenapa Malaysia tidak mengambil langkah proaktif lain seperti menyekat kemasukan pekerja asing Myanmar yang sudah berlambak-lambak di negara kita?

Mengapa akhirnya berdemo juga yang jadi pilihan? 

Tidakkah baru-baru ini pelbagai NGO sudah pun mengadakan demo yang sama di depan Kedutaan Myanmar?

Selepas berdemo nanti, apa tindakan seterusnya sedangkan permintaan banyak pihak agar membatalkan perlawanan bola pun tidak diendahkan oleh kabinet?

Petisyen atas talian desak AS dedah identiti MO1

Hampir 12,000 tandatangan sudah dikumpulkan secara atas talian untuk menyokong petisyen supaya Rumah Putih mendedahkan butiran individu dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu pada 20 Julai lalu.
Petisyen itu menyatakan dokumen mahkamah dikemukakan DOJ mendakwa sejumlah AS$681 juta (RM3 bilion) dipindahkan secara haram ke sebuah akaun milik MO1.
Bagaimanapun setakat ini tiada siasatan dibuat terhadap transaksi itu.
"Prime Minister Malaysia (Datuk Seri) Najib Razak enggan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan bebas menyiasat skandal ini dan menghukum rakan separtinya, kakitangan kerajaan dan individu yang membangkitkan isu ini kepadanya.
"Lebih daripada itu Najib Razak secara berterusan menafikan beliau adalah MO1.
"Untuk menamatkan kleptorasi ini kami rakyat Malaysia mahu tahu siapakah MO1 itu," kata petisyen berkenaan.
Petisyen itu difailkan melalui halaman "Kami Rakyat" di laman sesawang Rumah Putih.
Jika petisyen itu memperoleh 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari selepas difailkan - iaitu 24 November oleh seseorang dikenali sebagai "L.C." - Rumah Putih perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Saman yang dibangkitkan itu adalah berkaitan penghasilan filem The Wolf of Wall Street yang didakwa DOJ dibiayai melalui wang yang disedut dari agensi pelaburan milik kerajaan, 1MDB.
Derma Timur Tengah
Ia adalah hasil tindakan Inisiatif Perolehan Semula Aset Kleptokrasi DOJ yang menganggapnya sebagai "kes paling besar setakat ini".
Antara dakwaan pada dokumen mahkamah itu ialah, dana 1MDB sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat Malaysia.
Sebaliknya kata mereka dana itu digunakan bagi membiayai individu tertentu dan rakan mereka membeli kapal layar mewah, hotel, lukisan, perjudian dan menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.
Berdasarkan data Unit Rasuah Antarabangsa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Bahagian Siasatan Jenayah Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri, sekurang-kurangnya AS$1 bilion disalurkan melalui AS bagi membeli pelbagai aset di sana.

Dr M tak boleh usir saya, sembang Najib

Perdana menteri berkata ini kerana Tun Dr Mahathir tidak mempunyai hubungan baik, malah tidak kenal semua ketua Umno bahagian di setiap negeri.
najib mahathir
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dapat mengusirnya daripada jawatannya kerana bekas perdana menteri itu tidak rapat dengan ketua Umno bahagian, tidak seperti dirinya sejak 30 atau 40 tahun lalu.
Najib yang juga presiden Umno berkata pendahulunya itu hanya beroperasi menerusi menteri besar dan ketua menteri untuk mengendalikan bahagian di negeri masing-masing, lapor The Star.
“Bila MB itu sudah tidak ada lagi, dia tidak ada kenalan dengan ketua bahagian. Anda tentu terkejut, dia tak tahu nama kebanyakan mereka.
“Tetapi saya tak bergantung pada BM saja, saya sebahagian daripada mereka dan itu sebabnya Mahathir tidak boleh usir saya daripada Umno.
“Saya belum 23 tahun ketika menyertai politik. Ia beri saya kesempatan besar kerana saya dewasa bersama 2 generasi pemimpin Umno,” katanya dalam temu bual yang disiarkan akhbar itu.
Najib juga bercakap mengenai kritikan pedas Dr Mahathir terhadapnya sebagai sesuatu yang tidak dijangka, tetapi seorang bekas pemimpin negara jiran pernah memberi amaran mengenainya sebelum ini.
“Dr Mahathir obsesi melakukan sesuatu ikut cara dia. Saya dah agak dia akan menentang saya, tetapi saya tidak jangka keburukan reaksinya.
“Mendiang Lee Kuan Yew pernah beritahu saya Mahathir seperti peninju heavyweight yang terus menyerang sehingga anda habis.
“Saya agak itu sebahagian tentang dirinya. Selagi tak dapat kawalan mutlak, dia tidak akan berhenti. Analisis Kuan Yew itu tepat,” katanya, merujuk kepada perbualannya dengan perdana menteri Singapura itu pada 2009.

6 YB sertai Bersih 5: Pas dijangka tidak akan ambil sebarang tindakan


Pas dijangka tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas enam wakil rakyatnya yang menyertai Bersih 5 walau ia jelas bertentangan dengan arahan pucuk pimpinan parti itu.
Enam Ahli Parlimen dan Adun Pas terbabit adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaqi Atiqullah; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Ketua Amanah Kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim percaya Pas tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadap ke enam-enam mereka.
“Beranikah Pas memecat mereka?” soalnya yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan.
Pengguna laman sosial Facebook Zain Abdullah turut menganggap Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana parti itu bimbang kehilangan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Ketika gambar mereka selamba memakai kemeja-T Bersih 5 dan berarak dengan peserta himpunan Bersih viral di media sosial, pihak jawatankuasa tatatertib Pas setakat 23 November lalu mendakwa masih belum menerima sebarang laporan berhubung penglibatan mereka terbabit.
Pengerusinya, Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata, pihaknya tidak ada menerima sebarang maklumat dari parti dan menunggu laporan sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.
Walhal, dua hari sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan akan diambil untuk merujuk ahli partinya yang menyertai Bersih 5 kepada jawatankuasa disiplin jika menerima aduan dan terbukti.

Tidak sokong tindakan "ala samseng" serangan bersifat peribadi,kata Veteran Umno


Datuk Mustapha Yaakub Datuk Mustapha Yaakub Sebarang tindakan kekerasan dan ancaman 'ala samseng' yang dilihat seperti dilakukan ahli dan pemimpin Umno sebenarnya ia lebih kepada serangan peribadi tidak mewakili parti itu, kata Setiausaha Agung Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob.
Beliau berkata, Umno sejak ditubuhkan 70 tahun lalu tidak pernah mendidik ahlinya untuk bertindak seperti 'samseng' menyerang, mengugut, memaki hamun pemimpin dan ahli parti lain.
"Isu membabitkan Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos) Faizal (Dr Faizal Tajuddin) dan Rafizal (Rafizal Abdul Rahim) tidak boleh dikaitkan dengan parti.
"Jamal bertindak kerana dia mengetuai sebuah pertubuhan NGO walaupun dia ada jawatan dalam parti.
"Begitu juga Faizal (Ketua Pemuda Bahagian Pasir Salak) dan Rafizal (Ketua Pemuda Negeri) walaupun mereka berjawatan dalam parti dengan menyerang Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Zunar itu atas kapasiti mereka sebagai individu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas tiga insiden berasingan yang berlaku membabitkan ahli Umno dengan pemimpin dan ahli parti pembangkang mutakhir ini.
Mustapha tidak menafikan insiden itu menimbulkan rasa tidak puashati di pihak penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang seolah-olah tindakan ahli dan pemimpin pemuda Umno itu mendapat 'restu' parti apabila tiada tindakan tatatertin dikenakan parti ke atas mereka.
"Polis pun bertindak atas aduan, jika tiada aduan tiadalah soal siasat atau tangkapan dilakukan terhadap Zunar dan kumpulan Faizal.
"Jika tidak ada aduan, Umno tidak bertindak untuk menyiasat atau mengambil tindakan terhadap ahli atau pemimpin pemuda yang terlibat dalam insiden tersebut. Setakat yang saya tahu tiada siapa yang buat aduan kepada parti hingga hari ini," ujarnya.
Ditanya sampai bila tindakan 'ala samseng' ahli Umno ini harus dibiarkan walaupun mereka bertindak atas nama NGO dan individu?
"Isu Jamal ini mudah sahaja, tiada kuning tiada merah. Jadi selagi ada kuning selagi itu ada merah. Kita  (Umno) nak ambil tindakan terhadap Jamal tak boleh kerana dia lakukan atas nama NGOnya bukan atas nama Umno.  Tetapi banyak pihak masih salah tanggapan mengenai susuk tubuh Jamal dan kumpulan baju merahnya itu. Jamal juga telah ditahan reman beberapa kali dan terkini kerana meneruskan hasrat mereka menganjurkan himpunan balas baju merah untuk menentang Bersih 5.
"Isu Tajuddin dan Khalid yang bertelingkah di dalam dewan, saya tidak setuju tindakan dilakukan sekumpulan penyokongnya di luar dewan. Ini kerana dewan rakyat harus dihormati oleh semua pihak tidak kira penyokong parti mana, ia bukan tempat untuk orang luar menyerang seorang ahli parlimen. Hal ini harus dihalang dan tidak sepatutnya berulang lagi.
"Bagi saya insiden yang berlaku membabitkan pemuda Umno ini sepatutnya dihentikan dan tidak lagi berterusan," ujarnya.

250 ahli Umno Melaka keluar parti sertai Bersatu

250 ahli Umno Melaka keluar parti sertai Bersatu
Tun Mahathir dan Muhyiddin ketika merasmikan Bicara Rakyat Melaka Bersatu sambil diperhatikan Pengerusi Bersatu Melaka, Mohd Redzuan Yusof (kiri).
MELAKA TENGAH - Seramai 250 ahli Umno Melaka termasuk pemimpin cawangan umum keluar parti itu dalam program Bicara Rakyat Melaka Bersatu di Kampung Krubong Tengah, Krubong, di sini, semalam.
Kesemua individu itu kemudian mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penyerahan itu disaksikan hampir 2,000 penyokong pada program yang turut dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hadir sama Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang turut menyampaikan ucapan.
Program tersebut diadakan dalam suasana tenang dan aman meskipun Bersatu mendakwa terdapat Program Krubong Berselawat anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dalam jarak kurang 300 meter.

Sistem Baharu Pilih Calon Umpama Di PRK Sg Besar & Kuala Kangsar Akan Dilaksana Dalam PRU Ke-14 - Najib

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah dua kawasan yang menyaksikan bagaimana sistem baharu memilih calon dilaksanakan dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan metodologi sama untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apa yang telah kita lakukan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah cara yang lebih tersusun serta objektif bagi menilai kriteria yang digunapakai dalam proses memilih dan menentukan calon yang bakal mewakili BN pada pilihan raya akan datang dan ia ternyata dan terbukti berkesan," ujar beliau yang juga pengerusi BN.
Bercakap dalam  temuramah dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana pada Sabtu, Najib menjelaskan, ketika beliau muncul dengan konsep “winnable candidate” ramai yang beranggapan diri mereka adalah calon yang berupaya untuk menang.


"Tetapi hakikatnya mereka tidak...ketika itu, kami (BN) tidak mempunyai metodologi yang objektif untuk menentukan apakah bentuk “winnable candidate” yang dimaksudkan itu namun sekarang kita telah pun mengenalpasti sistem yang sesuai dan kita telah mengujinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini dan cara baharu ini terbukti berjaya.
"Jadi kita akan cuba untuk membuat penentuan yang sama pada peringkat nasional dan bagi mereka yang mahu diri mereka dipertimbangkan sebagai “winnable candidate” mestilah memiliki kelayakan minimum tertentu. Ia samalah juga macam hendak masuk universiti, calon mestilah lulus minimum 2A atau 2B dan jika anda tidak memiliki kelayakan minimum ini, dan hanya mempunyai 2C misalnya, anda secara automatik tidak layak untuk dipertimbangkan.
"Tetapi jika anda memiliki kelayakan yang diperlukan, kita akan pilih di antara yang terbaik sebagai calon, mungkin terdapat tiga calon yang sama layak maka kita akan pilih satu daripada tiga itu," jelas Najib.

Menurut beliau, sekiranya kriteria minimum yang ditetapkan itu tidak dipenuhi, seseorang itu tidak akan dipertimbangkan langsung.

Dengan cara itu, kata Najib, tugasnya sebagai presiden parti akan menjadi lebih mudah dalam menentukan siapakah “winnable candidate” untuk pilihan raya akan datang kerana mereka yang tidak memenuhi kelayakan minimum sudah pun terkeluar daripada senarai calon.

"Dan mereka tidak layak dipertimbangkan bukan kerana salah saya tetapi kerana tidak memilik merit untuk dipertimbangkan. Saya tidak dapat lakukan apa-apa dan mereka kena terima hakikat yang mereka tidak terpilih sama seperti hendak masuk ke universiti," tegas Najib lagi.

Kepada pertanyaan, apakah benar terdapat nama yang telah "established" di dalam parti termasuk di kalangan parti-parti komponen gagal dalam ujian kelayakan minimum ini, perdana menteri sekali lagi menyatakan sistem penilaian baharu ini telah pun diuji di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Perbezaan Antara Tun M dan Saya..." sembang Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian.

"Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir," katanya sambil menambah, "Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian."

"Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..," kata Najib dalam temuramah khas dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana, pada Sabtu.



Najib menjelaskan demikian ketika ditanya, bagaimanakah beliau berhadapan dengan cabaran dan tekanan serta kritikan demi kritikan terutamanya daripada pemimpin veteran seperti Dr Mahathir sejak setahun yang lalu.

Menurut Najib, berbeza dengan Dr Mahathir, beliau adalah sebahagian daripada mereka (kepimpinan Umno di peringkat bahagian).

"Saya membesar di dalam politik bersama-sama mereka sejak 40 tahun yang lalu. Saya adalah sebahagian daripada mereka dan mereka melihat saya bukan sahaja sebagai ketua tetapi sebagai sahabat dalam politik. Misalnya esok (Ahad) saya akan bertemu 300 hingga 400 pemimpin dari peringkat bahagian. Sesetengahnya adalah ketua bahagian dan ada juga yang terdiri daripada timbalan ketua bahagian".

Menurut Najib lagi, beliau tidak bergantung semata-mata kepada menteri besar dan ketua menteri tetapi hakikatnya beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan bahagian.

"Saya menyertai politik pada usia 23 tahun. Jadi sudah lebih 40 tahun saya berkecimpung dalam politik dan ini memberi banyak kelebihan kerana saya bergaul dengan lebih daripada dua generasi kepimpinan parti," ujarnya.

Bagi Najib, inilah sebab mengapa Dr Mahathir gagal untuk menjatuhkannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno - sebahagian daripada sebabnya adalah kerana faktor tersebut.

Tegas Najib lagi, Dr Mahathir juga memerintah dengan “fear factor”.

Zakir Naik kini rakyat Malaysia, lapor akhbar India

Pihak berkuasa di India percaya pendakwah kontroversi itu mungkin bersembunyi di Malaysia, lapor Hindustan Times.
zakir-naik
KUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi Zakir Naik, pengasas Islamic Research Foundation (IRF) yang diharamkan di India, diberikan kerakyatan Malaysia, dakwa laporan di Hindustan Times.
Laporan itu menyatakan Zakir, yang kini dalam siasatan polis dan Agensi Siasatan Kebangsaan (NIS), dipercayai bersembunyi di Malaysia.
Kedua-dua dakwaan itu tidak dapat disahkan oleh FMT pada masa ini.
Zakir disiasat kerana menyebarkan kebencian kaum dan mengagungkan keganasan.
Laporan Hindustan Times berkata pihak berkuasa, yang sebelum ini menyangka dia bersembunyi di Afrika atau Thailand kini percaya dia berada di Malaysia.
Mereka mendakwa kerakyatan itu sebagai pakej untuk pendakwah berkenaan, bersama anugerah Tokoh Ma’al Hijrah yang diberikan kepadanya pada 2013.
“Ia dasar Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada penerima anugerah tinggi itu di negara mereka. Zakir kini rakyat Malaysia juga,” kata Hindustan Times memetik wakil Zakir sebagai berkata.
Laporan itu berkata dua kerakyatan itu memberi manfaat kepada Zakir.
Laporan itu berkata Malaysia juga menjadi lokasi kegemaran ahli kumpulan gengster Chhota Rajan yang kini sudah ditangkap, sebelum ini dikatakan bersembunyi di negara ini sehingga 3 tahun sebelum diekstradisi ke Indonesia.
Chhota yang menjalani rawatan perubatan di Malaysia, bimbang diserahkan kepada pihak berkuasa India. Pembantunya, Aftab Alam atau Haji disyaki masih bersembunyi di Malaysia, menurut laporan itu.
Sementara itu, Zakir mengeluarkan kenyataan pada Jumaat mengkritik langkah kerajaan India mengharamkan IRF dan mendaftar kes terhadapnya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan IRF, Zakir sekali lagi berkata beliau sentiasa menganjurkan keamanan dan mengutuk segala bentuk keganasan.
Zakir dalam kenyataan itu berkata: “Saya mengharapkan penyiasat profesional dari agensi kerajaan melakukan kerja dengan teliti. Jika mereka berbuat begitu, isu ini tidak akan ada apa-apa. Tetapi saya agak ia buat rancangannya. Rancangannya ialah untuk mengharamkan, bukan menyiasat.”
Menurut laporan Hindustan Times, kenyataan itu tidak menyebut sebarang kemungkinan Zakir kembali ke India.

Hutang negara menggunung sejak Najib jadi Perdana Menteri ...rakyat yang kena tanggung..!!


Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinKerajaan menanggung ‘jumlah hutang yang menggunung’ sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, tegas Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.
Menurut bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu, hutang kerajaan jauh melambung tetapi kesan positif terhadap ekonomi tidak sebanyak mana.
“Kerajaan berhutang perkara biasa. Dulu pun kerajaan berhutang khususnya untuk membiayai pembangunan tetapi tidaklah sebanyak sejak tahun 2009,” dipetik daripada tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini.
Menyelar satu laporan berita mengenai kejayaan eksport negara yang termuat dalam akhbar milik sebuah parti politik kerajaan baru-baru ini, beliau berkata, tiada kaitan kukuh di antara jumlah eksport dengan kewangan kerajaan atau kemuflisan negara.
“Menggunakan perangkaan eksport bagi melindungi jumlah hutang yang menggunung mendedahkan kedangkalan tukang cerita itu,” bidasnya.
Kadir menganggap bahagian dimiliki kerajaan daripada jumlah eksport yang dijangka meningkat 1.1 peratus sahaja tahun ini dan 2.7 peratus tahun depan seperti diunjurkan Belanjawan 2017 tidaklah sebanyak mana.
“Hasil yang bakal diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai daripada eksport sebanyak RM568.4 bilion itu pastinya amat kecil berbanding hutang kerajaan sebanyak RM643.6 bilion.
“Tetapi perbelanjaan kerajaan tahun depan dianggarkan RM260.8 bilion atau RM41.07 bilion lebih tinggi daripada hasil. Untuk menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa berhutang.

Rohingya: Malaysia 'kalah teruk 0-5' di Myanmar

Myanmar 5, Malaysia 0 - itulah keputusan sebenar walaupun keputusan perlawanan bola sepak antara Myanmar dan Malaysia di atas padang malam tadi adalah kalah 0-1.
Satu daripada lima gol itu sebenarnya adalah akibat jaringan sendiri!
Gol pertama: Ia adalah keputusan tidak bijak Kabinet Malaysia untuk meneruskan perlawanan dalam pertandingan yang tidak penting berbanding dengan pembunuhan beramai-ramai umat Islam Rohingya yang turut dikutuk keras oleh negara bukan Islam.
Gol kedua: Keputusan tidak bertanggungjawab untuk mendedahkan pemain skuad bola sepak Malaysia kepada bahaya untuk ke Yangon dalam suasana bandar raya tersebut digegarkan beberapa letupan bom baru baru ini. Ini adalah alasan yang cukup untuk menarik diri.
Gol ketiga:  "Memaksa" pemain bolas sepak kita terus beraksi semasa mereka tertekan dengan pengetahuan rakyat Islam di Myanmar sedang di bunuh beramai-ramai oleh tentera kerajaan negara itu. Dan sehari sebelum beraksi menentagn Myanmar, satu demonstrasi besar diadakan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur.
Gol keempat: Sikap hipokrit (munafik) kerajaan Malaysia yang kononnya mengetuai gerakan Global Movements of Moderates - kononnya mendukung prinsip kesederhanaan - tetapi tidak bertindak mengikut cara sepatutnya terhadap keganasan ekstremis agama di Myanmar membunuh rakyat Islam mereka sendiri.
Gol kelima: Inilah yang merupakan gol jaringan sendiri! Ia berkait tindakan tidak membenarkan usul mengenai kekejaman ke atas etnik Rohingya dibawa anggota Parlimen Kuala Terengganu untuk dibahas di Dewan Rakyat.
Jika usul kekejaman dan pembunuhan orang Islam di Myanmar dibenarkan dibahas, semua anggota Parlimen boleh menyuarakan pendapat mereka mengenai isu "genocide" yang makin meruncing.
Ini boleh dijadikan asas kukuh untuk Malaysia menarik diri daripada perlawanan tersebut.
Masalah ini semuanya berpunca daripada sikap lemah kerajaan yang tiada polisi luar negara yang baik dan tegas.
Jika isu tuntutan kawasan kita di Laut China Selatan oleh China yang telah ditolak oleh tribunal antarabangsa pun kita membisu, jangan diharap hendak membela orang lain.
Negara sendiri pun tidak terbela.

RAJA BAHRIN SHAH

Apa sikap MP PAS Bukit Gantang bajet 2017 peringkat JK jadi tandatanya

Apakah Idris Ahmad menyokong atau menolak Bajet 2017 peringkat JK kini jadi tandatanya.Apakah Idris Ahmad menyokong atau menolak Bajet 2017 peringkat JK kini jadi tandatanya.

Apakah pendirian sebenar ahli parlimen Bukit Gantang yang juga Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dalam pengundian Bajet 2017 peringkat jawatankuasa kini menjadi tanda tanya.
Ini kerana, hanya seorang sahaja ahli parlimen yang mengundi di berkecuali manakala 105 menyokong dan 73 menolak Bajet 2017 peringkat jawatankuasa yang berlangsung Selasa lalu itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, seorang yang mengundi berkecuali sah Pasir Pueth iaitu Datuk Dr Nik Mazian.
Mahfuz mengesahkan Dr Mazian berkecuali kerana mereka berdua duduk bersebelahan dalam Dewan Rakyat.Mahfuz mengesahkan Dr Mazian berkecuali kerana mereka berdua duduk bersebelahan dalam Dewan Rakyat."Dia sah berkecuali kerana dia duduk sebelah saya, saya tahu," kata Mahfuz ketika ditanya siapakah anggota parlimen yang mengundi berkecuali dalam pengundian belah bahagi itu.
Menurut beliau, hanya tiga wakil rakyat Pas yang ada dalam parlimen ketika itu iaitu beliau, Nik Mazian dan Idris.
"Saya tak tahu Idris undi apa tetapi dia tukang kira blok dia masa itu," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Mahfuz sendiri tidak dapat tentukan apa yang diundi oleh Idris, yang pasti bukan berkecuali kerana Speaker mengumumkan berkecuali hanya seorang sahaja dan ia adalah Nik Mazian.
"Idris sokong atau menentang Bajet 2017 peringkat jawatankuasa tu saya tak pasti," kata Mahfuz ketika dihubungi.
Ketika peringkat perbentangan, semua ahli parlimen Pas mengambil sikap bekecuali kecuali Mahfuz yang mengundi menolak Bajet 2017 itu manakala PKR, DAP dan Amanah menolak bajet itu.

Zahid: Najib, Hadi hadir himpunan 4 Dis prihatin nasib Rohingya

Timbalan perdana menteri turut menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak.
zahid-najib-hadiKUALA LUMPUR: Satu perhimpunan besar-besaran dirancang diadakan 4 Disember depan bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perhimpunan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Zahid menggesa pemimpin parti lain seperti PKR dan Amanah supaya menyertai perhimpunan itu yang lokasinya akan ditetapkan kelak.
“Kita ketepikan perbezaan politik dan sebagai umat Islam kita berkumpul bersama-sama bagi menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara Islam kita di Myanmar,” katanya.
Beliau berucap merasmikan majlis Malam Jalinan Kasih Suluh Budiman anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini malam tadi.
Zahid berkata dalam isu Rohingya, Malaysia melakukan tindakan melebihi negara lain termasuk memberi anak etnik Rohingya yang lahir di negara ini rekod kelahiran supaya mereka boleh menjalankan kegiatan menimba ilmu mengikut keperluan mereka.
“Tidak memperkecilkan negara lain, kita perlihatkan keprihatinan yang mendalam terhadap isu Rohingya ini kerana sebagai umat Islam kita akan rasa seperti cubit paha kiri paha kanan (turut) terasa, apatah lagi jika mereka ditimpa kesusahan,” katanya.
Beliau turut menggesa masyarakat Malaysia menyumbang kepada tabung bagi membantu masyarakat Rohingya yang dianiaya.
Zahid berkata Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada kerajaan Myanmar bagi menuntut keprihatinannya berhubung dakwaan penindasan terhadap masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine.
“Mesyuarat Kabinet buat keputusan nota bantahan akan dihantar kepada kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.

Budaya samseng seolah-olah dilindungi, kata Mohamad Sabu


Mohamad Sabu ketika berucap pada majlis anjuran Awan yang dihadirinya malam tadi.Mohamad Sabu ketika berucap pada majlis anjuran Awan yang dihadirinya malam tadi.
Budaya samseng yang melampau sejak kebelakangan ini seolah-olah dilindungi oleh pemerintah, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
"Satu kejadian lagi Zunar diserang oleh pemuda Umno, seorang pun tidak ditangkap sebaliknya Zunar ditangkap polis. Ini satu trend baru yang kita lihat berlaku dan kita yakin ia akan lebih hebat menjelang pilihan raya," katanya sewaktu berucap di majlis Makan Malam Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) di perkarangan Wisma Amanah Negara, malam tadi.
Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar ditangkap selepas mengadakan pameran kartun di bangunan Komtar, Pulau Pinang yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kelmarin pameran Zunar diganggu oleh sekumpulan 30 anggota Umno yang diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.
Mereka menendang dan merosakkan dua karya kartunis itu.
Rafizal memberi amaran anggota-anggota Pemuda Umno akan menggunakan kekerasan pada Zunar sekiranya beliau meneruskan pameran itu yang sepatutnya diadakan sehingga 2 Disember.
Menurut Mohamad, budaya samseng bukan sahaja berlaku di tempat awam namun menular hingga ke Parlimen.
Mengulas mengenai kejadian serangan ke atas ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Mohamad berkata ia sangat memalukan apabila bukan sahaja perang mulut berlaku namun kekerasan fizikal turut digunakan.
"Apabila Teresa Kok dipermain dalam parlimen kita lihat yang bangun mempertahan Teresa, Dr Hatta, Hanipa, Khalid Samad.
"Kemudian berlaku pertembungan dan diikuti dengan serangan yang dibuat ke atas khalid Samad.
"Banyak akhbar terutama akhbar bahasa Cina dan juga surat khabar yang lain meletakkan satu gambar menunjukkan betapa bukan lagi perang mulut tapi perang fizikal yang digunakan ke atas Khalid Samad dengan maki hamun amat memalukan.
"Undang-undang di tangan sendiri mula berlaku dan trend ini seolah-olah dilindungi oleh pemerintah," katanya.
Mohamad turut menegaskan, Amanah yang bersifat inklusif dan Rahmatan Lil Alamin akan terus membela orang yang teraniaya tanpa mengira kaum dan agama.
"Isu perkauman akan dimainkan terus dan kita akan melawan isu perkauaman ini dan apa yang berlaku dalam parlimen seorang Cina, DAP, Kristian dia dihina oleh orang Melayu dan sikap ahli parlimen kita membela wanita yang dihina itu.

Mahkamah tolak reman Zunar


 Barisan peguam Zunar ketika memberikan kenyataan media pagi tadi.Barisan peguam Zunar ketika memberikan kenyataan media pagi tadi.
Mahkamah Seksyen Pulau Pinang mengarahkan pihak polis menyelesaikan siasatan terhadap Zunar hari ini.
Permintaan polis untuk menahan reman Zunar selama 4 hari ditolak.
Zunar ditahan petang semalam dan kartun-kartunnya dirampas kerana mengadakan pameran di Komtar pada 25 November lalu dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Pemuda Umno Pulau Pinang bertindak ala samseng menyerang Zunar dan merosakkan dua bahan lukisan Zunar.
Zunar diwakili Peguam Rsn Rayer, Ram Karpal dan Cheah Kah Peng.
Kata Ramkarpal, polis mengemukakan permohonan untuk menahan reman Zunar selama empat hari tetapi dibantah pihaknya.

Penganjur dan peserta lahirkan kekesalan di atas penangkapan Zunar


Zunar  kini masih lagi ditahan di bawah Akta Hasutan.Zunar kini masih lagi ditahan di bawah Akta Hasutan.
Penganjur Festival Seni George Town melahirkan kekesalan dengan penangkapan kartunis prolifik Zunar ditahan di bawah Akta Hasutan petang semalam.
Penganjur Festival melahirkan kebimbangan dengan perkara berlaku itu dan merayu kepada pihak berkuasa untuk segera membebaskan Zunar supaya beliau boleh meneruskan penyertaannya daripada sebarang gangguan yang turut melibatkan 60 pelukis dari 20 negara.
Pengarah Festival Bernice Chauly berkata, pihaknya pengutuk tindakan dilakukan polis itu sebagai satu penindasan terhadap kebebasan bersuara yang diadakan di premis tersebut.
Manakala Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh berkata Zunar adalah seorang artis di hati nurani masyarakat.
"Beliau komited melukis bagi pihak kami untuk kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia. Hanya dengan kebebasan bersuara menjadikan negara kita benar-benar demokratik.
"Penindasan dilakukan kini mencapai tahap yang bahaya di Malaysia," ujarnya.
"Hakikatnya penangkapan Zunar di festival berkenaan disaksikan dengan puluhan artis dan penulis antarabangsa mengambarkan kerajaan tidak mengambil berat soal kebebasan bersuara di negara ini,", kata Michael Vatikiotis, pelukis di festival itu pula.

TANDA2 UMNO SEMAKIN PARAH

UMNO bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya. Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi kelaziman sekarang?
Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim...
Siapa yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan penyerang yang bagaikan "naik angin"  mahu menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad?

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani...

Cadangan pindaan RUU Akta 355 ubah natijah asal, kata Peguam


Syahredzan Johan Syahredzan Johan Keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pindaan Akta 355 dalam sidang dewan rakyat baru-baru ini didakwa telah menukar Rang Undang-undang asal yang pernah dicadang beliau sebelum ini.
Peguam Syahredzan Johan berkata, pindaan dilakukan Ahli Parlimen Marang itu bukan pindaan kecil sebaliknya telah menukar keseluruhan apa yang dicadangkan.
"Cadangan pindaan Akta 355 yang dipinda oleh Marang adalah berbeza dengan cadangan Rang Undang-undang yang asal.
"Ini bukan pindaan kecil, malahan ia menukar natijah apa yang dicadangkan.
"Kalau sebelum ini, Marang ingin meminda Akta 355 untuk membenarkan Mahkamah Syariah untuk mengenakan apa-apa hukuman melainkan hukuman mati, kini apa yang Marang cadangkan adalah untuk meningkatkan had hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut Syahredzan Akta asal yang dicadangkan:Penjara 3 tahun, Denda RM5,000.00, Sebatan 6 kali yang mana cadangan Hadi sebelum ini tiada had kecuali hukuman mati
Cadangan Hadi yang terkini:Penjara 30 tahun, Denda RM100,000.00, Sebatan 100 kali.
Dengan cadangan pindaan terkini itu, ujarnya lagi terdapat tiga perkara yang menimbulkan persoalan yang perlu diperjelas dan dihuraikan oleh Presiden Pas itu.
"Pertama sekali, semua fatwa, nasihat, pendapat dan sebagainya yang mengatakan bahawa umat Islam wajib menyokong cadangan Marang ini wajar disemak semula kerana cadangan pindaan yang terbaru ini berlainan dengan cadangan pindaan sebelum ini.
"Sebagai contoh, sekiranya pindaan Marang sebelum ini diluluskan, secara teorinya ia membolehkan hukuman potong tangan untuk Sariqah (mencuri) seperti yang diperuntukan dalam Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 pindaan 2015 dilaksanakan (walaupun ada halangan dari segi Perlembagaan), tetapi sekiranya pindaan Marang yang terbaru diluluskan sekalipun, hukuman tersebut masih tidak boleh dilaksanakan kerana Mahkamah Syariah tidak boleh mengenakan hukuman sedemikian.
"Kedua, jika kita lihat cadangan pindaan Marang, ada beberapa persoalan yang timbul yang harus dihuraikan oleh Marang:
"Apakah tujuan pindaan terkini ini dikemukakan? Adakah pada ketika ini Mahkamah Syariah tempang sebab tidak boleh mengenakan hukuman melebihi apa yang dibebarkan oleh Akta 355?
"Adakah terdapat peningkatan yang mendadak dalam kesalahan Syariah yang memerlukan hukuman yang lebih berat sebagai pencegahan?Adakah terdapat data atau fakta untuk menyokong?
"Adakah terdapat begitu banyak kes yang mana kesalahannya begitu berat tetapi Mahkamah Syariah tidak dapat mengenakan hukuman yang lebih berat?
"Adakah terdapat negeri-negeri yang mahu meningkatkan had hukuman bagi kesalahan Syariah tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana Akta 355?
"Mengapa 30 tahun? Mengapa RM100,000.00? Mengapa 100 kali? Kenapa angka-angka ini dipilih?," terangnya.

MCA tidak menentang, mahu RUU Akta 355 dibuat atas semangat perlembagaan


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa partinya tidak menentang rang undang-undang (RUU) 355 persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
Kenyataan beliau itu susulan terdapat salah faham mengenai pendirian MCA berhubung perkara berkenaan.
"Saya rasa memang ada banyak salah faham mengatakan kita menentang RUU. Kita cuma mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan.
"Ini penting untuk menjaga semangat perlembagaan negara kita. Oleh itu, apabila adanya RUU yang tidak mengikuti semangat perlembagaan negara, kita berharap dapat memperbetulkannya," katanya.
Liow berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam.
Pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63, baru-baru ini, Liow yang juga Menteri Pengangkutan dilaporkan berkata MCA akan membantah RUU itu kerana disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Beliau juga berkata masyarakat Cina amat terganggu dengan RUU itu yang dilihat akan membuka jalan kepada pelaksanaan hukuman jenayah hudud untuk kesalahan Islam.
Sementara itu, dalam sesi dialog bersama Persatuan-Persatuan Masyarakat Cina di sebuah restoran di sini hari ini, Liow turut memberitahu pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji secara teliti kesan-kesan pelaksanaan RUU 355, terutama kepada masyarakat bukan Islam.

RUU 355 yang tiada keuntungan politik

Bagi Umno, RUU ini mengundang perpecahan dalaman kepada BN. Hampir semua komponen parti tidak bersetuju dengan RUU ini, terutamanya komponen parti BN di Sarawak dan Sabah.
akta-355
Oleh Timmy Say
Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 menjadi satu isu politik yang hangat.
Bagi Umno, RUU ini mengundang perpecahan dalaman kepada BN. Hampir semua komponen parti tidak bersetuju dengan RUU ini, terutamanya komponen parti BN di Sarawak dan Sabah.
Kumpulan ini menyumbang 44 kerusi parlimen daripada 134 kerusi BN kepada Umno untuk kekal berkuasa di peringkat persekutuan. Ini belum ditambah dengan 13 kerusi yang dimiliki MCA, MIC dan Gerakan.
Sekiranya BN berpecah, maka Umno akan hilang tongkat yang mengekalkan mereka sebagai kerajaan persekutuan. Seramai 57 ahli Parlimen itu bakal menentukan siapa kerajaan dan perdana menteri yang baru. Apakah Umno sanggup mengambil risiko ini?
Bagaimana pula dengan parti pembangkang?
Masalah pembangkang yang utama ialah kegagalan mereka dalam memikat hati pengundi Melayu.
Dalam isu RUU 355, DAP sudah awal-awal lagi berkempen habis-habisan di kalangan bukan Melayu untuk menolak RUU 355 ini. Malah, RUU 355 dijadikan alasan untuk menguburkan Pakatan Rakyat. Bagi DAP yang majoriti kerusinya bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, perkara ini bukan satu masalah, malah satu keuntungan.
Akan tetapi ini berlainan untuk parti seperti PKR, PPBM dan Amanah. Menolak RUU 355 ditakuti akan menjauhkan mereka lagi daripada hati pengundi Melayu dan menguatkan PAS sebagai kuasa ketiga. Dalam menyokong RUU 355 pula, mereka terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu.
Bagi PAS, perlu diakui RUU 355 dan serangan DAP yang bertalu-talu menjarakkan pengundi bukan Melayu daripada parti itu.
Sekiranya RUU 355 ada keuntungan politik yang baik, percayalah semua parti akan berlumba-lumba untuk membawa usulnya. Sikap berdolak-dalik yang disaksikan hari ini tidak lain tidak bukan timbul daripada perasaan takut ia sebenarnya merugikan.
Apabila ada yang berani membawanya, timbul pula kedengkian dan ketakutan usaha itu akan merugikan mereka yang berdolak-dalik. Maka timbulkan usaha memperlekehkan usaha mereka yang membawa usul itu. Bagi mereka, kalau kami tak berani bawa, orang lain pun tak boleh bawa pun.
Memandangkan RUU 355 tidak membawa keuntungan politik, mengapa masih ada parti politik yang sanggup membawanya seperti PAS?

Exclusive Interview: Najib on China, Trump and GE14

Najib says he is different from Dr Mahathir who ruled by fear

Student activist recounts meeting Maria Chin in police lock-up

Hundreds pose in mock jail cell for Maria Chin

Umno tak galakkan kekecohan, kata Ku Nan

Ambiga: Maria Chin, the woman who introduced me to Bersih

Rama: Arrest of politicians and activist part of misinformation campaign against Bersih