Sabtu, 26 November 2016

RUU335: Digelar Syaitan, Zaid Ibrahim Ajak Berdebat


PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencabar pihak yang menggelarnya sebagai "syaitan" untuk mengadakan debat secara terbuka di televisyen.
Zaid Ibrahim menerusi laman blognya (http://www.zaid.my/), membuka pelawaan itu selepas ramai pihak membidasnya kerana beliau tidak bersetuju dengan cadangan meminda bidang kuasa Mahkamah Syarikat untuk mengenakan hukuman yang lebih tegas.
Zaid Ibrahim. Foto FAIHAN GHANI / THE STARMalah menurut Zaid Ibrahim, beliau sedia berdebat menerusi siaran langsung di televisyen untuk menjelaskan keperluan menghalusi semula usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355.
"Saya bukanlah syaitan. Saya rasa saya telah melakukan banyak perkara yang baik untuk umat Islam melalui amal kebajikan saya selama 20 tahun yang lepas, paling tidak pun, lebih daripada ramai pihak yang menuduh saya.
"Dalam cara manakah Akta 355, yang telah diulang semak ini, baik untuk yang berugama Islam?
"Saya mungkin bukanlah yang paling arif tentang hukum Islam, tetapi saya boleh mengenali ketidakadilan apabila saya menyaksikannya," ujarnya.
Selain itu, Zaid Ibrahim turut membidas sikap ahli politik dan pendakwa yang mempergunakan orang Melayu untuk mencapai hasrat mereka.
Tambah beliau, ramai orang Melayu diperalatkan dengan mudah apabila membabitkan hal politik dan agama kerana mereka terlalu bergantung kepada pemimpin masing-masing.
"Saya memahami yang orang Melayu mahukan undang-undang Islam, sama seperti mereka inginkan perubatan Islam, pendidikan Islam, sukan Islam, dan seterusnya. Saya terima semua itu, asalkan semuanya adalah untuk kebaikan dan kemajuan umat Islam dan bangsa Melayu.
"Walau bagaimanapun, jika perkara yang ingin dijalankan membawa kepada kemudaratan, maka ianya haruslah ditentang," katanya.

Tangkapan Jufazli Dan Bersih 5: Cabaran Terhadap Perkara 10 Perlembagaan

Himpunan Bersih 5 pada 19 November berlangsung aman Himpunan Bersih 5 pada 19 November berlangsung aman
Tangkapan terhadap pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad dan yang terbaru 15 orang individu sempena perhimpunan aman BERSIH 5 hujung minggu yang lalu adalah satu lagi daripada siri tangkapan dalam dunia “demokrasi” Malaysia.
Tangkapan terhadap Jufazli adalah dipercayai disebabkan oleh “posting” beliau yang dilihat terlalu kritikal terhadap kerajaan negeri BN Sabah.
Jufazli disiasat di bawah tiga peruntukan undang-undang yang berbeza iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan (‘Akta 574’), Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (‘Akta 588’) dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 (‘Akta 15’) di tiga balai/IPD yang berlainan di Sabah iaitu Tawau (2 kes), Kinabatangan dan Semporna.
Seksyen 500 adalah berkenaan jenayah fitnah, Seksyen 233 menyentuh tentang penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain manakala Seksyen 4 pula jelas menyebut tentang kesalahan menghasut. Jufazli telah dibebaskan daripada reman polis sejak 9 November pada 15 November sementara menunggu pendakwaan (jika ada).
Di sebelah sini pula iaitu di Semenanjung, berlaku juga siri tangkapan terhadap beberapa individu penting yang dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 5. Tangkapan-tangkapan tersebut bermula seawal sehari sebelum BERSIH 5 sehinggalah pada hari BERSIH 5 berlangsung yang kesemuanya difahamkan seramai 15 orang yang terdiri daripada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, pemimpin-pemimpin politik pembangkang, aktivis mahasiswa dan juga aktivis-aktivis masyarakat dan NGO.
Yang menghairankan adalah walaupun Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa BERSIH 5 adalah satu perhimpunan yang aman dan juga pihak polis adalah bertanggungjawab untuk mengawal-selia perhimpunan aman tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman 2012 (‘Akta 736’), namun tangkapan-tangkapan tersebut masih dibuat? Lebih mengelirukan adalah walaupun polis dilihat ‘mesra’ dan ‘bertolak ansur’ dalam ‘memudahcarakan’ perhimpunan BERSIH 5 tetapi tangkapan dan penahanan masih juga dijalankan? Maka jelas di sana menunjukkan bahawa pihak polis langsung tidak konsisten dengan pendirian mereka berkenaan penganjuran perhimpunan aman tersebut!
Adalah menjadi perkara yang paling mengecewakan pula apabila Menteri Pelajaran dan juga Ketua Setiausaha Negara yang dilaporkan media bertindak menghalang guru-guru serta penjawat awam daripada menyertai perhimpunan aman BERSIH 5 tersebut dengan ugutan pemecatan dan potongan gaji! Staf-staf dan ahli-ahli akademik serta mahasiswa-mahasiswi di IPT juga dihalang daripada menyertai BERSIH 5 oleh universiti masing-masing.
Padahal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sendiri telah jelas menekankan bahawa halangan tersebut terang-terangan melanggar peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 736 di atas juga memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata!

RUU 355: Hormati semangat demokrasi, kata peguam

Semua rakyat Malaysia tidak kira agama berhak mengutarakan pandangan tentang cadangan Hadi kerana ia pindaan akta digubal Parlimen, kata Syahredzan.
Syahredzan
PETALING JAYA: Ahli Parlimen bukan Islam mempunyai berhak menyertai perbincangan berhubung Rang Undang-undang (RUU) Persendirian dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia akan diluluskan oleh Parlimen, peguam Syahredzan Johan.
“Walaupun undang-undang ini berkenaan dengan Mahkamah Syariah, ia tetap mesti diluluskan oleh Parlimen, yang terdiri daripada yang Muslim dan bukan Muslim. Jadi ahli Parlimen bukan Muslim berhak untuk menyertai perbincangan tentang cadangan pindaan Marang (ahli Parlimen Marang) ini,” katanya melalui status di Facebook peribadinya hari ini.
Menurutnya lagi, semua rakyat Malaysia tidak kira agama juga berhak mengutarakan pandangan tentang cadangan Hadi kerana ia adalah pindaan akta yang digubal Parlimen dan merupakan semangat demokrasi yang mesti dijunjung semua.
Pandangan beliau ini susulan kenyataan dikeluarkan Hadi selepas menangguhkan pembentangan usul RUU bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) pada 24 November lalu.
Hadi yang juga ahli Parlimen Marang mengingatkan ahli politik bukan Islam, termasuk ahli Parlimen, agar tidak masuk campur dalam usul berkaitan orang Islam dengan menjadikan Gabenor Jakarta yang beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama sebagai contoh.
“Saya ingin mengingatkan mereka (ahli politik bukan Islam) agar tidak berkelakuan seperti Ahok di Jakarta.
“Hal berkaitan Islam dan usul yang ditujukan kepada orang Islam adalah di bawah Raja-raja Melayu. Ia tidak sepatutnya mendapat campur tangan orang bukan Islam,” kata Hadi yang juga presiden PAS.
Menurut Syahredzan lagi, terdapat keperluan tambahan yang perlu diambil kira berkenaan isu ini kerana cadangan pindaan Akta 355 dibentang Hadi baru-baru ini berbeza dengan cadangan RUU yang asal.
“Ini bukan pindaan kecil, malah menukar natijah apa dicadangkan. Kalau sebelum ini, Marang ingin meminda Akta 355 untuk membenarkan Mahkamah Syariah mengenakan apa-apa hukuman melainkan hukuman mati tetapi kini Marang mencadangkan meningkatkan had hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah.”
Pada akta asal, pesalah boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan sebatan 6 kali dan pindaan dicadangkan adalah tiada had kecuali hukuman mati.

Amanah bangkit untuk rakyat


Tengku Mohamed Yahya Petra diraikan di majlis konvensyen Amanah Kelantan pagi tadiTengku Mohamed Yahya Petra diraikan di majlis konvensyen Amanah Kelantan pagi tadi
Parti Amanah Negara (Amanah) bangkit untuk berbakti kepada rakyat dan bersama mereka menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi.
Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata keyakinan ini menyebabkan di mana pun pemimpin Amanah ditemui mereka bercakap mengenai usaha mengubah kerajaan di Putrajaya atau Kota Bharu.
"Tugas terpenting kita sekarang ialah merealisasikan hasrat rakyat kerana beban akibat salah urus kerajaan sekarang amat berat untuk ditanggung," katanya ketika berucap di majlis konvensyen tahuhan Amanah Kelantan di Wisma tok Guru, Salor, pagi tadi.
Beliau berkata, terdapat beberapa kategori golongan yang menyokong gerakan perubahan yang dibawa Amanah sekarang.
"Kita berterima kasih kepada mereka yang berterus terang menyokong dengan menjadi ahli dan memberi segala bantuan kepada kita.
"Namun kita perlu sedar ada di kalangan penyokong kita yang terpaksa menangguh untuk mezahirkan sokongan kerana masih berkerja dengan kerajaan yang ada.
"Jangan putuskan hubungan dengan mereka, ziarahi mereka dan jangan sekali-kali putuskan silaturrahim," katanya.
Beliau seterusnya mengulas mengenai akhlak yang dikatakan sebagai punca sebenar wujudnya Amanah.
"Saya masih ingat pesan almarhum Tok Guru Nik Aziz yang mengingatkan akhlak adalah cerminan hati, perlakuan buruk yang tidak berakhlak adalah lambang kebusukan hati seseorang," katanya.

Samseng Politik: Lelaki berjumpa saya mengaku ahli Umno, kata Zunar

Kartunis itu tidak dapat menerima penafian Tengku Adnan yang Umno tidak terlibat dalam kejadian di Komtar memandangkan individu yang mengetuainya mempunyai jawatan dalam Umno.
zunar-attack-umno
PETALING JAYA: Kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hairan dengan dakwaan setiausaha agung Umno yang parti itu tidak mempunyai kaitan dengan serangan terhadapnya semalam.
Bercakap kepada FMT, Zunar – terkenal lukisaran satira beliau yang menyindir pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – menjelaskan individu yang mengetuai rusuhan dan menuntutnya menurunkan lukisan dipamerkan, memperkenalkan diri sebagai ahli Umno Pulau Pinang .
“Jadi beliau Umno lah. Beliau tidak mengatakan daripada sebuah badan bukan kerajaan, jadi apa lagi?” Katanya, sambil menambah yang beliau kemudian mendapati individu berkenaan adalah ketua Pemuda Umno Pulau Pinang.
Zunar mengulas laporan Malaysiakini yang memetik penafian Datuk SeriTengku Adnan Tengku Mansor yang Umno mempunyai kaitan dengan kejadian di bangunan Komtar, Pulau Pinang itu.
Dalam kekecohan pada jam 2.45 petang, Zunar dikelilingi kira-kira 30 lelaki yang mengancam sebelum menuntut beliau menurunkan lukisannya.
Dengan kekecohan yang tercetus, Zunar membuat keputusan membatalkan pameran atas sebab-sebab keselamatan.
Penafian Tengku Adnan itu “tidak boleh diterima”, kata Zunar, kenyataan itu hanya boleh diterima jika individu yang mengetuai kumpulan itu tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

Zunar ditangkap kali ke-10 kerana gugat keamanan, hasutan

Ini merupakan kali ke-10 Zunar ditangkap kerana menghasut, kata peguamnya.
Rayer-zunar
GEORGE TOWN: Kartunis Zunar ditangkap kerana pelanggaran keamanan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan, kata peguamnya R S N Rayer.
Rayer berkata polis mungkin akan memohon perintah reman esok.
“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa lagi pada masa ini. Apa yang saya boleh katakan, Zunar ditangkap dan polis sedang memproses kertas seperti dikatakan,” kata Rayer ketika dihubungi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas, mengesahkan Zunar ditahan di Balai Polis Daerah Timur Laut di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
Semalam, beberapa ahli Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut Zunar menurunkan lukisannya yang dipamerkan di ruang legar Komtar.
Ahli-ahli Pemuda Umno Pulau Pinang berkata, mereka mendapati lukisan Zunar menyinggung perasaan kerana menggambarkan perdana menteri dan pemimpin negara lain dalam keadaan yang buruk.
Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail membuat laporan polis tidak lama selepas itu dengan mendakwa lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya.
Norhiesam berkata ia sesuatu yang tidak boleh diterima bagi Zunar kerana menggambarkan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam apa-apa cara.

Harga gula naik untuk selamatkan saham FGV?

Kemungkinan besar Kerajaan BN akan membenarkan kenaikan harga gula supaya nilai saham Felda (FGV) tidak terus merosot dan apabila kelulusan diberikan, rakyat terpaksa menanggung kesusahan kerana tindakan segelintir pemimpin yang ‘incompetent’ dan rasuah, tegas Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.
Harga gula naik untuk selamatkan saham FGV?Beliau berkata, Felda Global Venture (FGV) merupakan syarikat Felda yang di senaraikan Di Bursa Malaysia dan FGV membekal dua pertiga (2/3) dari jumlah bekalan gula di Malaysia melalui anak syarikat MSM, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
MSM ujarnya, telah melobi Kerajaan BN untuk menaikkan harga jualan gula sebanyak 20-30% (57-85 sen sekilo) dari harga RM2.84 sekilo sekarang.
Menurut beliau lagi, laporan kewangan suku-tahun terakhir (30/09/2016) menunjukkan kerugian FGV kian meningkat sehingga RM94.86 juta dalam 3 bulan.
“Nilai saham FGV telah turun sebanyak 38% iaitu dari RM2.50 pada September 2016 sehingga RM1.55 pada 23 Nov 2016,” kata Boon Chye dalam satu kenyataan.
Bekiau mendakwa, sebahagian besar kerugian FGV adalah kerana penipuan dan rasuah yang disyaki di sebuah anak syarikat iaitu, Felda Iffco Gida Sanayi.
Maklumat-maklumat tersebut, katanya merupakan maklumat umum yang boleh diperolehi di Bursa Malaysia.

Dr Mujahid tuntut Pemuda Pas tarik balik putar belit tesis PhD

Dr Mujahid Yusuf Rawa menuntut Pemuda PAS menarik balik kenyataan yang mendakwa tesis doktor falsafah (PhD) pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mencadangkan kerjasama Umno-PAS.
Menurut Mujahid lagi, kajian beliau bertajuk “Konflik organisasi dalam parti Islam dan kesannya terhadap perubahan organisasi: Kajian Parti Islam Se-Malaysia di Melaka” sebaliknya berkaitan konflik dalaman.
“(Tuduhan) itu tak betul sebab saya buat tesis tentang konflik, tidak ada kena mengena dengan kerjasama Umno-PAS.
Dr Mujahid tuntut Pemuda Pas tarik balik putar belit tesis PhD“Yang ada ialah kajian konflik dalaman. (Ini) kenyataan yang tidak berasas. Mereka perlu tarik balik,” katanya melalui Whatsapp ketika menjawab soalan Malaysiakini.
Semalam, Pemuda PAS menyerang Mujahid, bekas pemimpin yang menyertai Amanah dalam isu kerjasama dengan BN.
Menulis di Facebook, dewan itu mendakwa Mujahid dalam tesisnya di Universiti Malaya (UM) pernah mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno dan BN.
Anak bekas presiden PAS Datuk Yusuf Rawa itu juga didakwa dikatakan mencadangkan perundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan agar syariat Islam terlaksana.
“Namun, lain yang ditulis dalam tesis, lain pula yang diamalkan dalam politik,” menurut status di media sosial itu.
Badan itu turut memuatkan pautan kepada maklumat tesis Mujahid itu di laman web tesis dan disertasi UM yang dibuat pada 2007.

Tuduhan ‘dedak’: PAS usah sensitif sangat ditegur Dr M, kata PPBM

Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS dan PPBM perlu fokus kepada agenda utama menjalin kerjasama politik, sekali gus menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
kamaruddin-mahathir
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan pembangkang yang enggan bersama Pakatan Harapan (PH) “makan dedak”, bersifat umum dan bukan dituju khas kepada PAS.
Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS jangan terlalu sensitif dengan teguran Dr Mahathir itu yang juga pengasas PPBM.
“Apa yang saya faham kenyataan Tun (parti makan dedak daripada BN) bukan khusus dituju kepada PAS kerana ia bersifat umum dan saya rasa dalam hal politik ini kita jangan terlalu sensitif.
“Malah kita tahu tidak semua parti politik berdaftar di Malaysia yang membuat kenyataan untuk bersama PH,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, katanya pandangan Dr Mahathir itu lebih kepada nasihat kerana beliau sangat teringin melihat Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya tumbang serta berharap semua parti pembangkang bersatu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta Dr Mahathir berhenti bercakap politik atau menyerang PAS jika PPBM mahu bekerjasama dengan parti Islam itu.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana parti pembangkang yang tidak bersama PH menerima “dedak” dan ia didakwa dituju kepada PAS.

Samseng Umno: Biar Jamal cakap, buat apa dia mahu, kata Ku Nan

Saya tidak akan melayan orang seperti itu, kata setiausaha agung Umno yang dituduh 'nyanyuk' oleh Jamal Yunos.
tengku-adnan-jamal
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur tidak akan melayan kenyataan “nyanyuk” yang ditujukan kepadanya oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Datuk Seri Md Yunos.
Menurut Malaysiakini, Tengku Adnan memberitahu sidang akhbar yang beliau tidak akan ambil peduli dan membiarkan pemimpin Baju Merah itu bertindak dan berkata sesuka hatinya.
“Biarlah beliau cakap apa yang dimahukan, saya tidak akan melayan orang seperti itu,” katanya selepas melancarkan dan sesi pengundian perumahan mampu milik di Kuala Lumpur hari ini.
Jamal memanggil Tengku Adnan “nyanyuk” selepas beliau mengisytiharkan tindakan akan diambil terhadap ahli Umno yang mengambil bahagian dalam perhimpunan balas Baju Merah terhadap Bersih 5.
Jamal menafikan ahli Umno mengambil bahagian, dengan mengatakan mereka yang hadir, termasuk dirinya sendiri, berada di sana atas kapasiti peribadi sebagai wakil NGO.
Mengenai progres tindakan pihak terhadap ahli parti tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam perhimpunan balas itu, Tengku Adnan berkata Umno sedang memantau keadaan dan akan membuat keputusan tidak lama lagi.
Tengku Adnan memberi amaran pihak parti juga akan mengambil tindakan terhadap ahli yang didapati terlibat dalam serangan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Ibrahim di kawasan Parlimen pada Khamis.
“Kami akan tunggu dan lihat, bagi kami untuk bertindak ke atas segala-galanya … anda tahu bagaimana. Mereka yang melakukan perkara ini juga separuh gila,” katanya.
Tengku Adnan menafikan penglibatan Umno dalam perkara itu.

Maria Chin terima dana seciput dikurung, yang terima ‘derma’ berbilion dibebas?


bersih-dataran2
TAWAU, 26 NOV: “Mengapa Maria Chin ditahan mengikut SOSMA hanya kerana BERSIH menerima dana seciput dari Open Society Foundation (OSF) sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilepaskan begitu sahaja meskipun menerima dana besar RM4.2 bilion daripada warga asing?”
Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menuntut pembebasaan Pengerusi BERSIH 2.0 itu yang masuk hari kelapan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) itu.
Beliau merujuk dana RM4.2 bilion yang didakwa kononnya disumbangkan oleh Raja berketurunan Arab kepada Najib, walaupun hasil siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat mendapati dana itu disalurkan daripada wang yang diseleweng daripada syarikat milik penuh negara, 1MDB.
Kit Siang, dalam ucapannya dalam satu program dialog di sini semalam, turut mempersoalkan sikap sambil lewa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai keadaan teruk sel penjara yang menempatkan wanita berusia 60 tahun itu.
Hanya setelah seminggu Maria ditahan, kata Kit Siang, baru lah polis sedar dan memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan tilam dan bantal selepas Maria mengadu terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa berlantaikan kayu sehingga menjejaskan kesihatannya.
Adalah menyedihkan apabila Khalid tidak sedar bahawa pengumuman itu tidak menggambarkan sensitiviti beliau tetapi sebaliknya menunjukkan sifat zalim, kejam dan tidak sensitif Ketua Polis Negara kerana menunggu hampir seminggu untuk menyediakan segala keperluan berkenaan,” ujarnya.
Maria, menurut Kit Siang, sering memberi kesedaran terhadap masyarakat demi perubahan dengan cara aman, tanpa keganasan, dan mengikut lunas demokrasi, justeru beliau tidak harus dianggap seperti pengganas dan ditahan reman selama 28 hari mengikut SOSMA.

Terima kasih tangkap, saya sedia ke mahkamah, kata Jufazli

Akaun Facebook pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah diikuti lebih 40,000 orang dan beliau sering membangkitkan isu salah laku kerajaan negeri itu.
Jufazli-Shi-Ahmad_law
KUALA LUMPUR: Aktivis Sabah, Jufazli Shi Ahmad berkata beliau bersedia ke mahkamah demi mempertahankan dakwaannya mengenai berlaku salah laku dalam kerajaan negeri itu.
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah (GAMSS) itu berkata pihaknya ada bukti dakwaan berlakunya rasuah itu.
“Pemberi maklumat mempunyai hubungan yang baik dengan GAMSS, dan kami sedia berkongsi apa saja bukti yang diminta mahkamah.
“Maka terima kasih kerana menangkap saya, kerana meningkatkan reputasi GAMSS dan menunjukkan kami bercakap benar,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Jufazli disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, susulan mengkritik kerajaan Sabah dan ketua menteri Sabah di Facebook.
Akaun Facebooknya diikuti lebih 40,000 orang dan beliau sering membangkitkan salah laku kerajaan Sabah, antaranya dakwaan skandal hutan dan rasuah Jabatan Air Negeri Sabah.
Memetik laporan FMT pada 24 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan Switzerland memerintahkan USB mendedahkan rekod perniagaan yang dikatakan membabitkan ketua menteri, ekoran siasatan pihak berkuasa negara itu dalam kes pengubahan wang haram melibatkan AS$90 juta (RM400 juta).

Perlembagaan dicabar menerusi tangkapan Jufazli, Bersih 5

Apa yang berlaku itu sebenarnya bukti menunjukkan atau memberikan indikator yang hakikatnya Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kini sedang dicabar dan dalam bahaya.
Wan-Anwar-Wan-Ibrahim
Oleh Wan Anwar Wan Ibrahim
Tangkapan terhadap Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah Jufazli Shi Ahmad dan yang terbaru 15 individu lain sempena perhimpunan aman Bersih 5.0 hujung minggu lalu adalah satu lagi daripada siri tangkapan dalam dunia “demokrasi” Malaysia.
Tangkapan terhadap Jufazli dipercayai disebabkan “posting” beliau yang dilihat terlalu kritikal terhadap kerajaan negeri Umno-BN Sabah.
Jufazli disiasat di bawah 3 peruntukan undang-undang berbeza iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 (Akta 15) di 3 balai/IPD yang berlainan di Sabah iaitu Tawau (2 kes), Kinabatangan dan Semporna.
Seksyen 500 berkenaan jenayah fitnah, Seksyen 233 menyentuh penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain manakala Seksyen 4 pula jelas menyebut tentang kesalahan menghasut. Jufazli dibebaskan daripada reman polis sementara menunggu pendakwaan (jika ada).
Di sebelah sini pula iaitu di Semenanjung, berlaku juga siri tangkapan terhadap beberapa individu penting yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 5. Tangkapan itu bermula seawal sehari sebelum Bersih 5.0 sehinggalah pada hari berlangsung perhimpunan itu.
Difahamkan seramai 15 orang yang terdiri daripada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, pemimpin politik pembangkang, aktivis mahasiswa dan juga aktivis masyarakat serta NGO.
Yang menghairankan, walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan Bersih 5 perhimpunan yang aman dan polis bertanggungjawab mengawal selia perhimpunan itu selaras peruntukan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman 2012, namun tangkapan masih dibuat?
Lebih mengelirukan walaupun polis dilihat “mesra” dan “bertolak ansur” dalam “memudahcarakan” perhimpunan Bersih 5, tetapi tangkapan dan penahanan masih juga dijalankan?
Maka jelas di sana menunjukkan polis langsung tidak konsisten dengan pendirian mereka berkenaan penganjuran perhimpunan aman tersebut.
Menjadi perkara paling mengecewakan pula apabila menteri pelajaran dan ketua setiausaha negara yang dilaporkan media bertindak menghalang guru serta penjawat awam menyertai perhimpunan aman itu dengan ugutan pemecatan dan potongan gaji.
Staf dan ahli akademik serta mahasiswa di IPT juga dihalang menyertai Bersih 5 oleh universiti masing-masing.
Padahal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri jelas menekankan halangan tersebut terang-terangan melanggar peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 736 di atas juga memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Aktiviti politik dibiayai dana asing tindakan bahaya, kata menteri Umno...Najib terima dana politik 2.6B boleh aje..??

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata lebih jahat dan bahaya jika ia dana daripada hartawan George Soros yang agendanya untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara.
salleh-funding-1
BANDAR SERI BEGAWAN: Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti “politik” pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.
Membenarkan perbuatan seumpama itu lebih jahat dan bahaya jika ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.
“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.
Salleh berkata demikian ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik.

Perbalahan di pameran lukisan, Zunar temui polis hari ini

Peguam kartunis Zunar berkata lalai daripada apa yang bahagian dia akan disiasat di bawah.
zunar-polid
GEORGE TOWN: Kartunis Zunar akan menemui polis hari ini untuk memberi keterangan berhubung perbalahan yang berlaku semasa pameran lukisannya di Komtar semalam.
Peguamnya, R S N Rayer berkata Zunar akan ke Balai Polis Jalan Patani untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Rayer memberitahu beliau tidak memperoleh sebarang maklumat berhubung di bawah peruntukan undang-undang apa Zunar akan disiasat kecuali seorang pegawai meminta Zunar berada di balai polis pada jam 6 petang ini.
Semalam, ahli-ahli Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut Zunar menurunkan lukisan dianggap “menyinggung perasaan” yang dipamerkan di ruang legar Komtar, kerana ia menggambarkan perdana menteri dan pemimpin negara lain dalam keadaan negatif.
Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail membuat laporan polis sejurus selepas itu dan berkata lukisan Zunar mengganggu keamanan rakyat Malaysia amnya.
Norhiesam berkata ia sesuatu yang tidak boleh diterima untuk Zunar menggambarkan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam cara yang negatif.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, juga mendakwa kira-kira 30 orang yang mengerumuninya itu adalah ahli Umno.

Amanah tak setuju guna Sosma ke atas penyerang MP Shah Alam

Kekecohan di perkarangan bangunan Parlimen Khamis lalu Kekecohan di perkarangan bangunan Parlimen Khamis lalu
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak setuju jika Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) digunakan ke atas mereka yang menyerang ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun tidak bersetuju dengan serangan yang dilakukan ke atas mana-mana wakil rakyat di Parlimen namun untuk menggunakan Sosma ke atas mereka adalah tidak wajar kerana ia adalah akta yang zalim dan tidak memberi keadilan kepada orang yang ditahan.
"Bagi pihak Amanah, saya tidak setuju dan membantah keras jika kerajaan ingin gunakan Sosma ke atas perusuh perusuh tersebut.
"Amanah konsisten menentang Sosma digunakan ke atas sesiapa pun walaupun musuh politik Amanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan Muhamad yang tidak menolak kemungkinan Sosma digunakan terhadap individu terbabit.
Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Nur Jazlan kerana tidak bersetuju dengan serangan itu dan menggesa parlimen mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit.
Khamis lalu, sekumpulan individu cuba menyerang Khalid di kawasan parlimen.
Ekoran kejadian itu, 11 individu, termasuk anak ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan kerana merusuh di kawasan parlimen.

JANGANLAH BERHIMPUN, TUAN GURU....NANTI MENYUSAHKAN RAKYAT!!

Berhubung perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, Hadi Awang menyifatkan ia sebagai merugikan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam.

Tetapi, susulan usul Akta 355 yang ditangguhkan sendiri oleh Presiden Pas itu ke tahun hadapan, beliau kemudian mengumumkan untuk  mengadakan perhimpunan secara besar-besaran berkaitan perkara itu pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Kita tunggu dan lihat, Pas akan mengadakan perhimpunan raksasa mewakili pelbagai parti politik dan NGO, tambah Hadi lagi.

Ehhh...tak menyusahkan rakyat ke nanti, Tuan Guru?

Khalid Samad tak percaya Umno terlibat serangan di Parlimen

Khalid Samad gembira dengan kenyataan setiausaha agung Umno yang parti itu tiada mempunyai sebarang kaitan dengan serangan terhadapnya pada Khamis lalu.
khalid-samad-1
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Amanah, Khalid Samad hari ini berkata beliau tidak percaya Umno mengarahkan ahli-ahlinya menyerang beliau di luar bangunan Parlimen pada Khamis.
“Saya tidak fikir Umno sebodoh itu,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Shah Alam itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menafikan penglibatan parti itu dalam kekecohan 2 hari lepas.
Tengku Adnan juga berkata kepimpinan parti tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada kumpulan yang menyerang Khalid.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga menyatakan beliau memandang serius kejadian itu dan menggesa semua orang menghormati kesucian Parlimen.
Bercakap dalam nada lebih menjurus kepada berdamai, Khalid juga percaya perusuh yang marah itu tidak bertindak bagi pihak Umno.
Khalid “gembira” membaca kenyataan Tengku Adnan, dan menunjukkan apa yang berlaku adalah salah dan bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Khalid berkata, kenyataan Tengku Adnan juga menunjukkan Umno mahu menjauhkan diri daripada sebarang kekecohan.
“Sama ada orang percaya atau tidak, itu perkara lain.”
Khalid seterusnya menyatakan orang ramai pasti akan membandingkan hukuman yang dikenakan kepada sepasang pasangan suami isteri diganggu seorang pegawai penguat kuasa wanita dan tindakan yang beliau sifatkan sebagai perkara “tidak dirancang”.
(Semalam, pasangan suami dan isteri dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam kerana menganggu seorang pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas mengeluarkan tiket sama bagi kesalahan letak kenderaan.
Pasangan itu memperoleh penangguhan pelaksanaan dan kini merayu)
“Bagaimanapun, dalam kes saya, saya percaya rusuhan yang menimpa sudah dirancang,” kata Khalid.

Zunar: Ahli Umno tumbuk 4 kali, tarik kolar saya

Empat tumbukan dilepaskan ketika serangan sekumpulan anggota Umno di Komtar semalam, kata kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque.
"Mereka juga tarik kolar saya, saya diserang secara fizikal, tetapi saya terus tenang, saya tidak mahu bertindak balas," kata Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar kepada Malaysiakini.
"Sebagai penerima anugerah kartunis untuk Anugerah Keamanan yang disampaikan oleh bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Anan di Geneva tahun ini, saya mahukan keamanan, bukan perang," katanya.
Zunar berkata ketua kumpulan itu memperkenalkan diri sebagai anggota Pemuda Umno dan mereka diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.
Beliau menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengajar anggota-anggotanya menjaga kelakuan, bukan bertindak ganas terhadap pesaing mereka atau orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan mereka.
"Adalah malang, kerana penyokong parti pemerintah, mereka mengancam untuk membakar buku-buku saya," kata Zunar.
"Selain memaksa saya mengambil semua karya seni saya yang telah dilekat untuk pameran, mereka menendang dan merosakkan dua keping lukisan saya, kumpulan itu juga bertanya kepada saya mengapa saya tidak melukis kartun menentang kerajaan Pulau Pinang," kata Zunar.
"Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh mengadakan pameran mereka sendiri tentang kerajaan Pulau Pinang jika mereka mahu, tetapi jangan ganggu saya," katanya.
Pameran 10 karya seni Zunar terletak di tingkat 3 Komtar telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada tengah hari sebelum ia diganggu oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno Pulau Pinang.
Mereka yang terdiri sekumpulan 30 orang melemparkan kata-kata kesat terhadap Zunar dan dua pembantunya seperti "haram jadah" semasa kekecohan yang bermula sekitar jam 3 petang.

Hadi kata tangguh RUU 355 bukti Pas tidak gopoh

Hadi mengaku beliau bertemu PM, TPM untuk berunding.Hadi mengaku beliau bertemu PM, TPM untuk berunding.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan usul berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah hingga ke sidang Parlimen akan datang membuktikan Pas tidak gopoh, lapor Harakahdaily.
Ia juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya penangguhan RUU Akta 355 itu adalah kerana permainan Umno setelah berbincang dengan PAS.
“Itu tak betul, tak betul…bukan melengah-lengahkan. Itu untuk memberi peluang kepada penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul.
“Sebab, saya tidak bertindak dengan cara yang gopoh-gopoh. Kita beri peluang, masa baik.
“Sebenarnya, mereka hendak tutup di situ dengan undi di Parlimen. Itu tidak boleh, sebab undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Dia (Rafizi) hendak ‘bakar’ ke keamanan?
“Mereka ini hanya berfikir untuk kepentingan politik dan tak fikir untuk kepentingan agama. Kepentingan politik lebih tinggi dari segala-galanya,” jelasnya kepada media selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam, lapor lidah rasmi parti itu.
Beliau memberi reaksi itu bagi menjawab kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Parti PKR, Rafizi Ramli bahawa RUU Akta 355 itu telah ada perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk ditangguhkan pembentangan serta kelulusannya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah itu ditangguhkan untuk pindaan.
Ketika menjawab persoalan apakah Pas turut mengadakan pertemuan dengan Zahid mengenai RUU Akta 355, Abdul Hadi berkata, beliau bertemu dengan semua pihak dalam perundingan itu.
“Jumpa dengan semua termasuklah dengan Perdana Menteri, pihak Jabatan Peguam Negara. Semua ada perundingan di semua peringkat antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerajaan Pusat ada perundingan dan perbincangan dibuat. Dalam aspek ini sahaja,” tegasnya.
Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian tersebut bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Sehubungan itu, beliau menegaskan RUU Akta 355 itu hanya untuk penganut Islam dan mengikut Fasa III Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.
“Tiba-tiba orang Islam tak bebas untuk amalkan agama dia. Ini masalah yang masih terbelenggu yang ada di Perlembagaan.

KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?

Rumusan Husam Musa bahawa PRU 14 bakal diadakan sebelum Mac 2017 berikutan tindakan Hadi Awang secara sukarela menangguhkan buat kali kedua usul Akta 355 di Parlimen, memang ada kemunasabahannya dan tidak boleh diabaikan begitu saja.

Pas memerlukan usul itu tergantung bukan saja untuk mewajarkan kepada para penyokongnya tentang keperluan ia kekal sebagai parti yang mesti bertanding bersendirian atas nama Gagasan Sejahtera, bahkan juga untuk kekal tidak bersama dengan parti-parti pembangkang lain yang di dalamnya ada DAP dan Amanah.

Tetapi, sama ada Pas sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, bersendiriannya mereka itu hanyalah bertujuan memberi kelebihan kepada UMNO dalam pilihanraya akan datang.

UMNO juga memerlukan usul itu tergantung untuk menunjukkan ia sedang bersama dengan Pas dalam usaha memertabatkan Islam. Dengan demikian, Pas  diharapkan akan terus menjauhi parti-parti pembangkang lain, khususnya PPBM dan PKR, untuk saling bekerjasama dalam formula satu lawan satu menentang BN.

Tergantungnya usul Hadi itu juga dapat menyelamatkan BN daripada berpecah. Parti-parti komponen MCA, MIC, Gerakan, SUPP, PBS dan lain-lain sehingga ini terus kekal menentang usul tersebut, malah beberapa pemimpin bukan Melayu yang berada dalam kabinet telah pun berikrar untuk meletakkan jawatan jika ia diluluskan.

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem turut mengeluarkan arahan agar semua Ahli Parlimen BN menolak dan tidak mengundi usul Hadi itu.

Namun, dengan ia tergantungnya  di awang-awangan usul Hadi itu, tiada apa-apa yang akan berlaku. Semua parti-parti komponen akan terus kekal bersama BN dan tiada menteri yang meletak jawatan.

Umno perlu hapus amalan 'samseng simpanan'


Ketua Pemuda Umno Pasir Salak Faizal Tajuddin antara yang terlibat dalam insiden ekkasaran di parlimen Khamis laluKetua Pemuda Umno Pasir Salak Faizal Tajuddin antara yang terlibat dalam insiden ekkasaran di parlimen Khamis lalu
Kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa parti itu tiada kaitan dengan insiden kekasaran yang berlaku di Parlimen baru-baru ini hanyalah alasan lemah yang tidak boleh diterima rakyat, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kenyataan itu sama dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa mereka tiada kaitan dengan protes kumpulan baju merah di pejabat Malaysiakini Oktober lalu.
"Sudah menjadi kebiasaan apabila pemimpin Umno terlibat dalam insiden kekerasan, maka pimpinan tertingginya akan dengan cepat menyatakan rasa kesal serta cuba menjauhkan parti Umno dari pemimpin tersebut bagi mengelak dari mengambil tanggungjawab ke atas apa yang berlaku.
"Tetapi jarang sekali umum mendengar sebarang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka, malah mereka kekal sebagai pemimpin dalam Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Fahmi, keengganan Umno mendisiplinkan anggota dan khususnya pemimpin-pemimpin ini memberanikan mereka ini untuk terus melakukan tindakan-tindakan kekerasan di luar batas undang-undang kerana kelihatan seperti tiada sesiapa di dalam atau di luar Umno yang berani menghukum mereka.
Persepsi ini tegasnya, semakin kukuh terutama selepas terjadi empat insiden kekerasan berturut-turut yang melibatkan atau diketuai pemimpin Umno iaitu:

SETIA 101%, ADAKAH ZAHID HAMIDI MULA BERASA TIDAK DIPERCAYAI?


Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi,  kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus.
Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam kerajaan dan juga parti.
Dalam waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kejaya politiknya.
“Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak cukup.
“Ertinya saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah,” ujar Zahid berfalsafah.
Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?
Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?
Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?

Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?
Jika diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya mengotorkan meja makan?
Jadi, apa maksud Zahid dengan  setia 101 peratus itu – pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?
Selain itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk memastikan kedudukannya lebih selamat?
Kenapa sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?
Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?
Sementara Zahid mengatakan beliau tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil nasi dan lauk, walaupun nasi dan lauk di pinggannya tidak cukup, tidakkah cadangan meminda Perlembagaan yang dicetuskannya itu menunjukkan beliau juga “teringin”  kepada nasi dan lauk di pinggan lain yang tidak bertuan?

MARIA CHIN, ARWAH SUAMINYA & CIA


Politik baru Malaysia berhasrat mendapatkan suatu proses pembuatan keputusan yang telus, berasaskan fakta, beramanah, adil dan demokratik. Ia seharusnya melangkaui mainan emosi dan perasaan serta tidak bertunjangkan pembohongan.
Suasana kebelakangan ini menunjukkan proses perubahan Malaysia ke arah cita-cita politik baru itu tidaklah mudah.
Penahanan tanpa bicara Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah (gambar) bawah Akta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) cukup menggemparkan.
Apatah lagi, apabila kita mendapat khabar Maria dikurung bersendirian di sel penjara yang mentol lampunya terus menyala.
Pihak berkuasa mendakwa terdapat bukti dokumen yang menunjukkan keterkaitan antara Yayasan Open Society dengan BERSIH, gabungan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih itu. Seolah-olah ia suatu rahsia.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa menuduh Maria Chin Abdullah mempunyai kaitan dengan agensi risikan Amerika Syarikat, CIA.
Cerita karut ini dilanjutkan lagi dengan mengheret sama Yunus Lebai Ali, Almarhum suami kepada Puan Maria Chin.
Bukan itu sahaja, Institut Kebangsaan Integiriti Pilihan Raya (NIEI), organisasi yang ditubuhkan Yunus pada 2007, bermatlamatkan advokasi pilihan raya yang bersih dan adil itu turut dikaitkan dengan CIA.
Seorang yang terhormat dengan darjat yang tinggi seperti Annuar Musa, yang pernah menguruskan Program Pembangunan Rakyat Termiskin dengan baik, tidak seharusnya terlibat menyebarkan penipuan dengan menuduh badan pemantauan pilihanraya antarabangsa, Jaringan Asia untuk Pilihan Raya Bebas (Anfrel) sebagai perkakas CIA.
Anfrel telah pun mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Annuar itu.
Barangkali, beliau terpengaruh dengan teori konspirasi, yang sering menemukan jawapan tanpa penyiasatan yang saintifik dan empirikal.
Seringkali CIA dikonspirasikan sebagai terlibat dalam hampir kesemua peristiwa-peristiwa penting dunia. Masalahnya kesimpulan tersebut dirumuskan tanpa bukti dan selalunya sebelum siasatan dilakukan.
Alat ‘kuasa imperialis’
Tidak adil untuk saya menceritakan siapakah sebenarnya Yunus Ali dalam tulisan sesingkat ini. Berkenaan dengan Yunus Ali (gambar), para pembaca bolehlah menelaah kembali dua buah tulisan penting.
Pertama, belasungkawa teman seperjuangan beliau, Hasan Karim dengan tajuk ”Kembalinya Yunus Ali: Bekas Tahanan ISA Operasi Lalang 1987.”
Keduanya, tulisan saudara Amin Iskandar, bekas editor laman berita yang disekat The Malaysian Insider, berjudul “Hidup Gerila”.
Amin Iskandar juga pernah terlibat dengan Anfrel dan NIEI. Aktivisme awal mereka boleh dikatakan sebagai bibit-bibit yang kemudiannya menumbuhkan gerakan rakyat, BERSIH.
Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada sejarah itu.
Pada tahun 1999, saya ikut serta misi pemantauan jangka pendek Anfrel untuk pilihan raya umum Indonesia – pilihan raya pertama setelah jatuhnya Jeneral Haji Muhammad Suharto. Waktu itu saya masih lagi seorang mahasiswa.
Pada tahun 2003 pula, saya terlibat dengan misi pemantauan jangka panjang di Kemboja. Saya beruntung, kerana saya ditugaskan di Siem Reap, di situlah terletaknya binaan ikonik Kemboja, Angkor Watt, dan ratusan binaan-binaan purba lainnya.

  
Saya menghabiskan masa kira-kira dua bulan untuk memantau proses pilihan raya tersebut. Saya berada di Kemboja sepanjang tempoh sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Pemantauan dalam tempoh waktu selepas hari pengundian bertujuan memerhatikan sama ada terdapat kejadian-kejadian keganasan politik.
Berbalik kepada cerita CIA dan BERSIH itu, ia bertujuan untuk menunjukkan kepada umat Melayu Islam Malaysia bahawa Maria Chin dan arwah suaminya Yunus Ali, NIEI serta Anfrel hanyalah alat ‘kuasa imperialis’ Amerika.

Kempen ‘Bebaskan Maria’ dilancarkan

Tony Pua bergurau dan menyindir kenyataan ketua polis negara yang Maria Chin perlu memohon tilam semasa dalam kurungan.
bebasmaria-1
PETALING JAYA: Hampir 1,000 orang menghadiri pelancaran kempen “Bebaskan Maria” di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, di sini lewat semalam.
Kempen dianjurkan jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 menggesa orang ramai menuntut pembebasan segera Pengerusi Maria Chin Abdullah, lapor The Sun Daily.
Aktivis berusia 60 tahun itu kini ditahan selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen”.
Portal berita itu berkata, antara mereka yang berucap pada majlis itu ialah Ahli Parlimen DAP Tony Pua, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan beberapa aktivis hak asasi manusia.
Penganjur mepaparkan sel penjara olok-olok dan memaklumkan Maria ditahan dalam sel berukuran 15×8 kaki.
Pua mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sebelum ini mendakwa Maria tidak meminta tilam dalam kurungannya.
“Jadi, saya mempunyai satu permintaan malam ini. Jika saya ditangkap, kamu semua perlu menuntut. Saya juga mahu tilam, selimut dan bantal. Tidak perlu penghawa dingin.
“Mungkin kipas. Jika boleh, berikan saya Wi-Fi percuma. Lebih baik beri saya PlayStation untuk masa terluang. ”

Kerajaan BN tidak akan minta maaf kerana wujudkan Sosma

Perdana menteri mengakui keseriusan ancaman IS dan mewujudkan beberapa undang-undang seperti Sosma untuk melindungi negara.
najib-sosma
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak menyesal mahu generasi muda membantu menyebarkan mesej mengenai Islam tulen, supaya saudara sesama Islam tidak terpesong ke dalam kegelapan dan keganasan.
Perdana menteri berkata banyak daripada orang yang melakukan perbuatan keganasan bagi pihak militan Islamic State (IS) diketahui kurang kasih sayang, tetapi diradikalisasikan secara berterusan, membenarkan mereka menyalurkan kemarahan dan kekecewaan oleh mesej yang diputarbelitkan.
“Sesetengah mereka yang melakukan perjalanan untuk menyertai IS sebenarnya membeli salinan buku bertajuk ‘Islam for Dummies’. Ia seakan-akan satu jenaka. Tetapi ia lompong, amat pahit, yang memusnahkan kehidupan banyak orang.
“Sebenarnya, Islam tulen dapat membetulkan mereka. Ia akan memberitahu mereka melakukan kekejaman bagi pihak IS tidak akan dapat menebus kehidupan mereka yang berdosa pada masa lalu,” katanya dalam ucaptama pada Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016, di sini, hari ini.
Najib berkata Islam yang sebenar dan tulen membina peradaban-peradaban yang gemilang di dunia.
“Terdapat terlalu banyak pengajaran dan toleransi, di mana umat Islam, penganut Kristian dan Yahudi hidup dan bekerja, seiringan, dalam harmoni,” katanya.
Acara bertemakan “Pemerkasaan Belia Bagi Masa Depan lebih Selamat dan Lebih Baik” itu yang disertai kira-kira 1,000 belia dari sekitar rantau ini, turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Najib berkata Malaysia juga tidak kalis daripada masalah keganasan, mengambil perhatian pada Jun lepas negara berdepan serangan pertama kali dilakukan kumpulan berkaitan IS di Puchong, yang mencederakan 8 orang.
Beliau berkata kerajaan mengakui betapa seriusnya ancaman itu dan mengambil langkah untuk menanganinya, termasuk meluluskan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara dan Akta Majlis Keselamatan Negara.
“Ini dilakukan supaya kita mempunyai perundangan yang membolehkan kita mengendalikan ancaman ini secara langsung dan saya ingin jelaskan di sini, saya tidak akan meminta maaf kerana menjadikan jaminan keselamatan semua rakyat
Malaysia sebagai keutamaan saya,” katanya.