Selasa, 22 November 2016

Bacaan Kali Ketiga - Mengundi Bajet 2017 - Menyokong 105, Berkecuali 1, Membantah 73

Bersih 5 bukti Amanah-PPBM wakili kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan


Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Bersih 5 yang berlansung pada Sabtu lalu membuktikan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  berjaya membawa penyokong di kalangan orang Melayu untuk turun bersama menjayakan himpunan aman itu.
"Bersih 5  baru sahaja selesai melihatkan puluhan ribu umat Melayu turun menjayakan perhimpunan aman itu dicampur jutaan umat Melayu lain yang menyokong dan bersimpati dengan Bersih 5.
"Syukur alhamdulillah mereka telah menyahut pelawaan terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah untuk menjayakan program tersebut.
"Tujuan saya menaikkan perkara ini bukan untuk mendabik dada.
"Tujuannya cuma hendak memberi kepastian kepada pengundi Melayu bahawa mereka tidak perlu takut pada Pakatan Harapan lagi," ujar Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.
Beliau dalam kenyataannya menyebut kedua-dua parti itu sudahpun mewakili orang Melayu Islam serta mempertahankan kepentingan bangsa Melayu serta umat Islam di Malaysia.
"Tuduhan kononnya Pakatan Harapan adalah alat DAP terbukti sudah kecundang dan mereka yang menuduh semakin terkapai kapai.
"Mari kita maju ke depan dan meninggalkan mereka yang masih terbelenggu dengan politik jumud dan kaku mereka," ujarnya.
Pada Sabtu rakyat pelbagai kaum hadir membanjiri KLCC untuk bersama dalam perhimpunan aman Bersih 5 yang dianggarkan kali ini jumlah penyertaan di kalangan orang Melayu meningkat berbanding Bersih 4 dan 3.
(dari kiri) Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk  turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu.(dari kiri) Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu.

Bayar bil pembersihan, kalau tak DBKL saman Bersih, Baju Merah

DBKL berkata ia sedang mengumpul bukti kekotoran akibat kedua-dua himpunan itu pada 19 November yang dianjurkan Bersih 2.0 dan gerakan Baju Merah.
amin-nordin
PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur himpunan Bersih 5 dan Baju Merah jika mereka gagal membayar bil pembersihan yang akan dikeluarkan.
Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL kini sedang mengumpul bukti kekotoran akibat kedua-dua himpunan itu pada 19 November.
“Kami sedang menilai kos pembersihan dan kerosakan harta awam yang disebabkan peserta Bersih 5 dan Baju Merah.
“Kami juga menunggu penilaian Alam Flora, berapa banyak kali mereka terpaksa mengangkat sampah yang dikutip kumpulan Bersih,” katanya kepada FMT.
Amin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sampah yang ditinggalkan peserta di beberapa bahagian di kawasan pusat bandar.
Beliau berkata DBKL menjangkakan siasatan akan lengkap pada hujung minggu ini.
“Sebaik saja semua maklumat dikumpul, kami akan keluarkan bil kepada penganjur.
“Jika gagal membayar bil mereka, kami akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.
FMT sebelum ini melaporkan himpunan balas yang dibuat Baju Merah menyebabkan Padang Merbok dipenuhi sampah.
DBKL mengeluarkan bil berjumlah RM65,000 kepada Bersih pada himpunan Bersih 4 selama 2 hari yang diadakan pada Ogos tahun lalu. Bil Baju Merah ialah RM38,000.

Hari kedua vigil bebas Maria, aktivis OKU ikrar mogok lapar

Acara malam ini beralih di jalan raya berhampiran selepas DBKL menutup Dataran Merdeka pada sebelah malam, bermula hari ini sehingga 29 November.
bebas-maria-1
KUALA LUMPUR: Momentum vigil di Dataran Merdeka untuk mendesak pembebasan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah terus konsisten apabila hampir 1,000 penyokong menyertainya malam ini.
Malah aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) Isaiah Jacob berikrar untuk mogok lapar sehingga Maria dibebaskan.
“Walaupun kurang daripada segi fizikal, tetapi mental saya lebih kuat daripada orang biasa.
“Saya juga akan bermalam di sini bermula Jumaat ini sehinggalah Maria dibebaskan,” katanya ketika berucap malam ini.
Ketika ditemui FMT, Isaiah berkata beliau melakukannya demi “Maria dan negara”.
“Saya tidak makan dan minum apa-apa, kecuali sedikit air kosong apabila tekak dan bibir terlalu kering. Saya juga tidak takut dengan kemungkinan diganggu penguat kuasa pabila bermalam di sini nanti,” katanya.
Vigil bermula semalam selepas Maria ditahan pada 18 November lalu, sehari sebelum himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Acara yang pada mulanya diadakan di kawasan air pancur berdepan menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beralih ke kawasan jalan raya selepas arahan penguatkuasa DBKL.
Skrin besar di Dataran Merdeka memaparkan arahan datuk bandar menyatakan kawasan itu ditutup dari 22 hingga 29 November bermula pukul 5 petang hingga 7 pagi, namun tidak menyatakan sebarang sebab.
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang yang turut hadir berkata beliau gembira melihat ramai yang hadir pada malam kedua bagi menyatakan sokongan terhadap Maria.
“Kita mahu Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dengar. Jika tidak setiap malam kita akan di sini.

UM mulakan prosiding tatatertib ke atas penganjur #TangkapMO1

Jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof hari ini menerima 'surat cinta' yang kedua dari Universiti Malaya berhubung prosiding tindakan tatatertib ke atas beliau bersama tiga mahasiswa yang lain.
"Selain saya, 3 orang rakan mahasiswa turut menerima surat pertuduhan dan prosiding (perbicaraan kes) yang sama hari ini iaitu Mohamad Luqman Nul Haqim, Muhammad Luqman Hakim Fazli dan Suhail Wan Azahar," kata beliau dalam laman Facebooknya.
Kira-kira sebulan yang lalu, keempat-empat mereka menerima surat tunjuk sebab daripada pentadbiran pusat pengajian tinggi itu yang meminta mereka memberikan asalan menyertai perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.
Menurut Anis Syafiqah lagi, empat orang rakan beliau lagi turut menerima surat prosiding kerana mengangkat plakad sewaktu Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menghadiri program Jelajah 1MDB ke kampus universiti berkenaan tempoh hari.
"Manakala 4 lagi rakan (Ho Chi Yang, Hun Ti, Li Yang dan Jia You) turut menerima surat prosiding kerana mengangkat plakad sewaktu Arul Kanda datang untuk Jelajah 1MDB di dalam kampus UM tempoh hari," jelas beliau.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azalina Othman selaku menteri mentor Universiti Malaya, tambahnya, tempoh antara tarikh notis dikeluarkan dengan tarikh prosiding (30 Nov) amat singkat, iaitu hanya lebih kurang seminggu.

Tajuddin, sila minta maaf pada Kok - NGO

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela wanita hari ini mendesak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman supaya henti mengeluarkan kenyataan berunsur seksis terutamanya kepada ahli parlimen wanita.
Ia berkaitan kenyataan Tajuddin menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang, Loh Cheng Kooi berkata, hampir setiap tahun pihaknya menerima aduan mengenai kenyataan seksis yang dikeluarkan.
“Masyarakat tidak lagi boleh bertoleransi dengan kenyataan sedemikian rupa. Setiap tahun kita dapat aduan macam ini (lebih-lebih lagi) beliau adalah timbalan menteri.
“Dalam parlimen, ada protokol dan standing order (peraturan tetap). Sudah tentu beliau boleh dikeluarkan dari Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu. Speaker perlu gunakan kuasa secara profesional untuk ambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini.
Jelas beliau lagi, baik lelaki dan wanita, kenyataan sebegitu tidak harus dikeluarkan lebih-lebih lagi dalam Parlimen.
Semalam, Dewan Rakyat menyaksikan kekecohan selepas Tajuddin menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Tajuddin berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5.
Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak Tajuddin menarik balik kenyataan itu.
Sebutan nama Kok mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.
Bagi Pegawai Komunikasi Pergerakan Semua wanita (AWAM), Evelynne Gomez pula terkejut dengan kenyatan Tajuddin terhadap Teresa.
Katanya, pada tahun 2012, kenyataan berunsur seksis telah dilarang dalam Parlimen di bawah pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dalam Rang Undang-undang.
“Oleh itu, kita tidak boleh diterima kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh Tajuddin Abdul Rahman selaku anggota Parlimen.

Pemimpin terbaik sepanjang zaman..

Ni yang rakyat harus terima.. Sha La La La La La... dan tak lama lagi harga gula plak dinaikkan...

Tumbangkan atau kekalkan BN ?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Rakyat Malaysia ada dua pilihan, tumbangkan atau kekalkan BN. Kekalkan BN, maknanya membiarkan negara menuju punah.Tumbangkan BN maksudnya membina harapan utk rakyat hidup lebih bermakna. 

Aku memilih untuk tumbangkan BN. Bagi aku, itulah pilihan terbaik buat masa ini. Maka, apabila aku dapati tindakan dan pendirian Pas memberi nyawa kepada BN, aku tinggalkan Pas.

Apabila aku dapati kerjasama Amanah dgn DAP dan PKR mampu tewaskan BN, aku dukung penubuhan PH. Apabila aku dapati Mahathir dan Muhyiddin berpotensi menangkan PH, aku teruja mereka bersama PH.

Apabila aku dapati Bersih 5 mampu gugat BN, aku sertai dan sokong Bersih 5. Apabila aku nampak sokongan kaum Cina mustahak utk undurkan BN, aku bersama mereka w/pun berbeza agama dan ras.

Tidak susah pun untuk buat pendirian politik sebegitu, sebab fokus aku ialah selamatkan rakyat daripada kerakusan dan kebejatan BN. Kalau ada orang yg pening dan keliru utk buat pendirian, aku fikir orang itu ada khauf (takut) dan hazan (bimbang) dalam dirinya.

Nak lawan BN takut dan bimbang terjejas peluang itu atau ini. Tak lawan BN takut dan bimbang dilihat tidak bersama arus rakyat.

Psikologi Seorang Penghina Bersih

1. Sindir perlekeh Bersih dengan semangat berkobar. Scroll Facebook dari pagi sampai petang dengan tengok ribuan Kuning berhimpun dan berarak.

2. Duduk berjam-jam smpai panas kerusi/sofa atau baring di katil sampai panas macam budak-budak sekolah kena denda siapkan kerja sekolah kalau tak, tak boleh balik rumah.

3. Tak tau apa berlaku sebab tak turun dan lihat dengan mata akal sendiri, salahkan orang ramai tak turun tak seramai kalau Pas turun seperti dlm Bersih sebelum ini. Padahal signal jammed itulah buktinya begitu ramai Kuning membanjiri ibu negara. "Diorang berhimpun esok Najib pun masih PM! BODOH!", Kau terus memaki.

4. Tertanya-tanya apa berlalu. Tapi sambil tu jerit-jerit "DAP babi" atau "PAN bodoh." Mesti tulis sesuatu di FB yang menampakkan himpunan hambar, ramai Cina.

5. Nampak orang posting join Bersih sambil berselfie dlm hati jerit "bodoh."

6. Masih lagi tak tau apa berlaku. Terus duduk scroll Fb, WhatsApp sampai kerusi panas rentung. Ramai komen teruja dengan Bersih dengan berkongsikan kemeriahan Bersih tapi kau hanya tahu maki tapi orang ramai tak peduli kau melalak sebab semua orang tak tahan tengah menahan panas dengan kleptokrasi Najib Umno BN.

7. Masuk solat Zohor, nak nampak ulamak up status FB ajak solat, tak pun tazkirah, tinggalkan perkara lagha bla bla bla sampai pukul 2 lebih, tak solat2 Zohor lagi!
8. "Apa yang berlaku? Tak ada apa yang berlaku pun." Terus terpinga-pinga depan laptop, depan handphone.

9. Dapat tau FRU dah mula mara. Tengok dari skrin. Sekali FRU berkawad dua baris dengan belantan dan riot shield. Gelak, gelak dan gelak tengok sebahagian demonstran lari mencanak.

10. Pindah tempat duduk yang lebih selesa, cuba tengok kuota internet cukup lagi ke tak nak bikin troll dan klik video di KiniTV sambil sesekali bukak kopiah garu2 kepala.
11. Mula struggle memikirkan apa yang nak dikutuk dengan ramainya rakyat Malaysia datang Bersih. Minda tertanya-tanya dengan diri sendiri.

12. Oleh kerana tak nak ego tercalar, sedapkan hati dengan ayat:
Tahniah DAP, ada "Unit Amal" DAP dah sekarang ni.
Kalau PAS, Jabatan Amal dengan moto Beramal Kerana Allah.
Yang ni Beramal Kerana............... ?

13. Masih di rumah tengok jam eh dah nak dekat pukul 4, cepat2 solat Zohor. dlm solat pikir lagi apa aku nak tulis untuk catatan 'Psikologi Seorang Penyokong Bersih'.

Keputusan mansuh atau tidak UPSR tahun depan, kata menteri

Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Kementerian Pendidikan mula menjalankan analisis dan sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memutuskan perkara tersebut.
mahdzir-upsr
KUALA LUMPUR: Keputusan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka dimuktamadkan tahun depan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mula menjalankan analisis dan sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memutuskan perkara tersebut.
“Kita membuat analisa berdasarkan pandangan ahli akademik dalam negara, modul dari negara lain yang boleh diketengahkan dan juga daripada guru berpengalaman.
“Perbincangan baru dilakukan di peringkat kementerian, belum dibawa ke Kabinet. Saya akan maklumkan tahun depan sebab semua pandangan itu sedang dibuat analisa,” katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen.
Beliau berkata pihaknya masih belum bercadang untuk memansuhkan UPSR dalam waktu terdekat kerana KPM baru saja melaksanakan format baharu UPSR tahun ini.
“Sesetengah negara seperti Perancis dan Finland, pentaksiran mereka berdasarkan penilaian sekolah termasuk pentaksiran psikometrik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tapi sebab kita berorientasikan peperiksaan, kita hanya tengok pada akademik saja dan tidak pada soal lain,” katanya.

PAS berkecuali di DUN Perak pula, hanya Pakatan Harapan bersungguh lawan BN


IPOH, 22 NOV: Sudah terang lagi bersuluh – PAS hanya berminat untuk menjadi ‘penasihat’ kepada UMNO berbanding bersama-sama blok pembangkang untuk merubah pentadbiran negara yang sejak sekian lama dikuasai Barisan Nasional (BN).
Pakatan Harapan Perak menyuarakan perkara itu dalam satu kenyataan bersama pemimpin ketiga-tiga parti komponen, DAP, PKR dan Amanah susulan tindakan tiga Adun PAS yang memilih untuk berkecuali semasa proses undi belah bahagi belanjawan negeri hari ini.
img-20161122-wa0002“Perkara yang sama berlaku di Parlimen. Setelah berdebat sepanjang sembilan hari, PAS juga memilih tidak mengundi semasa proses pengundian dikira untuk Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak.
“Malahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal hadir di dewan rakyat bila proses undi belah bahagian yang begitu penting diadakan,” kata kenyataan itu.
Sikap cenderung PAS terhadap UMNO juga dapat dilihat dengan kegagalan parti Islam itu menyertai BERSIH 5 pada Sabtu lepas walaupun ia pernah menyertai perhimpunan aman itu dalam siri pertama hingga ketiga.
Justeru, pemimpin Pakatan Harapan menyeru agar ahli PAS untuk melihat dan menilai sendiri “perubahan sikap dan pendirian pemimpin parti itu sekarang” yang dilihat seolah-olah memihak kepada parti pemerintah.

Cucu lelaki Tunku Abdul Rahman pula bidas Baju Merah

Seorang lagi cucu Tunku Abdul Rahman tampil mengecam pergerakan Baju Merah yang menggunakan imej datuknya sebagai bahan kempen anti BERSIH.
"Adalah memalu dan menyedihkan apabila saya dapati Baju Merah memakai ikon bapa kemerdekaan yang tercinta pada baju mereka.
"Sila sentiasa ingat, bahawa Tunku seorang yang cintakan keamanan, dan selalu berkata terdapat ruang bagi setiap kaum di negara ini," kata Tunku Muinuddin Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan gerakan Baju Merah yang diterajuinya menggunakan imej Tunku semasa melaungkan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Penggunaan imej itu dikuathiri oleh sesetengah pihak, terutama di kalangan ahli keluarga Tunku yang mungkin memberi gambaran kononnya perdana menteri pertama negara itu menyokong tindakan Baju Merah yang didakwa bertindak ganas menyinggung perasaan bukan Melayu.
"Sentiasa ada ruang untuk rundingan dan bukannya turun ke jalanan hingga menyebabkan banyak gangguan dan kesusahan kepada orang ramai.
"Dia bukannya merah mahupun kuning, jadi saya harap namanya tidak diheret dengan cara seperti ini," kata Tunku Muinuddin yang juga adalah Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (PIBM).
Semalam, seorang lagi cucu almarhum, Tunku Munawirah Putra melabel Jamal sebagai loqlaq kerana menggunakan imej Tunku.
Loqlaq adalah perkataan atau dialek yang biasa digunakan oleh masyarakat sebelah utara di negara ini yang membawa maksud tidak senonoh.
"Oi Jamal hang nak buat apa dengan gambaq Tok aku tu. Haishh! Loqlaq," katanya menerusi tweet sambil meletakkan #BERSIH5.

Hindraf minta campur tangan PBB bebaskan Maria Chin

P. Waythamoorthy juga meminta PBB memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang perundangan menindas itu bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Malaysia.
P.-Waythamoorthy-Zeid-Ra'ad-Al-Hussein
KUALA LUMPUR: Hindraf mendesak Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra’ad Al Hussein untuk membantu membebaskan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Maria ditahan pada Jumaat lalu, pada malam menjelang himpunan Bersih 5, dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy juga meminta Zeid memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang perundangan menindas itu bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Malaysia.
Waytha dalam suratnya mengadu yang Maria ditahan dalam kurungan, sel sebesar 15 kaki x 8 kaki tanpa tingkap, tiada katil dan hanya simen.
“Dua mentol dihidupkan 24 jam,” katanya.
Menurut maklumat yang diperoleh NGO itu, Maria ditahan selama 2 hari sebelum keluarga dan peguam dibenarkan bertemu dengannya.

Cengkaman parti politik: NUJ setuju kaji selidik Reuters

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata, pihaknya bersetuju dengan kaji selidik oleh Institut Pengajian Kewartawanan Reuters (RISJ) mengenai cengkaman parti-parti politik ke atas media di negara ini.
"NUJ sangat bersetuju media arus perdana di negara ini pada umumnya dikuasai oleh parti-parti politik kerajaan terutama The Star, Kumpulan Media Prima, Utusan Malaysia dan beberapa lain yang menguasai pasaran akhbar tempatan.
"Bagaimanapun, NUJ percaya bahawa kebebasan media masih wujud di Malaysia tetapi ia bukan satu kebebasan mutlak.
"Masih ada ruang untuk semak dan imbang dengan pembaca tempatan masih bebas untuk memilih media mana yang boleh dipercayai," kata Mohd Taufek dalam kenyataan.
Kaji selidik itu menunjukkan lebih separuh daripada rakyat Malaysia tidak mempercayai berita yang dibaca dan berpendapat organisasi media di negara ini tidak bebas daripada 'pengaruh politik'.
Sebelum ini, NUJ pernah menyuarakan pendapatnya untuk Umno selaku pemegang saham terbesar Utusan buat masa ini agar melepaskan pegangannya dalam syarikat akhbar Melayu tertua di Malaysia itu.

Dr M: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

Bekas perdana menteri itu berkata Datuk Seri Najib Razak takut didakwa menyebabkan beliau enggan meletakkan jawatan.
mahathir-malaysia-singapre
PUTRAJAYA: Kalau tidak kerana pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang teruk, Malaysia mungkin kini lebih ke depan berbanding Singapura daripada aspek ekonomi dan pembangunan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur pun lebih besar daripada keseluruhan Singapura.
“Kita tidak jauh ketinggalan berbanding Singapura.
“Jika Najib tidak salah guna kuasanya, dan menggelapkan duit rakyat, maka kita sudah lebih ke hadapan berbanding Singapura sekarang,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Najib dituduh menggelapkan berbilion ringgit daripada syarikat pelaburan milik negara 1MDB, dan dengan melindungi orangnya kepada kedudukan tinggi untuk melindunginya daripada sebarang kemungkinan tindakan undang-undang.
Beliau berulang kali menafikan tuduhan itu, dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkannya dengan membersihkan beliau daripada segala dakwaan salah laku.
Dr Mahathir berkata takut didakwa adalah alasan Najib untuk tidak meletakkan jawatan meskipun jutaan rakyat Malaysia mendesaknya berbuat begitu.
“Dia tahu jika dia tidak ada kuasa, dia akan didakwa di mahkamah kerana menggelapkan duit. Untuk elak penjara, dia kena kekal dalam kuasa supaya dia boleh minta IGP (ketua polis negara) dan AG (peguam negara) tidak dakwa dia.

Maria Chin tak disiasat kerana keganasan, kata Nur Jazlan

Timbalan menteri dalam negeri berkata keluarga pengerusi Bersih 2.0 itu tahu mengapa dia ditahan di bawah Sosma.
jazlan-maria-chin-1
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengesahkan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah tidak disiasat kerana sebarang kaitannya dengan keganasan.
Beliau berkata Maria ditahan selepas laporan polis dibuat terhadapnya.
“Ia bukan kerana Bersih. Keluarganya tahu kenapa dia ditangkap.
“Dan juga sila tanya ketua polis negara untuk butiran lanjut,” katanya di lobi Parlimen selepas membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Ketika ditanya siapa mengeluarkan arahan kepada polis untuk menahan Maria, Nur Jazlan berkata kementeriannya hanya memantau isu operasi.
“Kami akan melihat soal siasat dia dan memastikan dia dilayan dengan baik,” katanya.
Ketika ditanya ada berlaku salah guna Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana ia tidak sepatutnya digunakan untuk menahan ahli politik dan penganjur himpunan, Nur Jazlan berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut.
“Tetapi, saya hendak cakap yang polis mengikut prosedur ketika menahannya,” katanya.
Beliau berkata Sosma membolehkan tindakan kepada Kanun Prosedur Jenayah.
“Dia didakwa di bawah Kanun Prosedur Jenayah, iaitu di bawah Sosma untuk membenarkan polis menyiasatnya,” katanya.
Terdahulu di Dewan Rakyat, Nur Jazlan berkata beliau tidak dapat menjawab soalan dibangkitkan pembangkang kerana ia sub judice.
“Saya sudah sediakan jawapan mengenai Maria Chin.

Lebih baik Jamal bersihkan Putrajaya - Shuhaimi Shafie

Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos disaran membersihkan Kerajaan Umno-BN di Putrajaya jika terlalu berminat untuk membuat kerja ‘pembersihan’.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan sudah lama bersih daripada anasir tidak sihat seperti Jamal sejak 2008.

Katanya, sejak itu juga Kerajaan Negeri berjaya mengurus hasil negeri dan membelanjakannya dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.
“Perkara pertama dan paling penting, kita mesti berwaspada dengan orang yang empat hari tidak mandi kerana kepanasan badan mungkin boleh menganggu minda.
“Untuk Jamal, kerajaan di Putrajaya adalah lebih sesuai dibersihkan dari kleptokrasi jika kamu berhasrat untuk membantu,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau diminta mengulas rancangan Jamal melancarkan kempen baru, ‘BERSIH7’ yang didakwa mampu ‘menyelamatkan Selangor’.
Terdahulu, beliau yang juga Ketua Umno Sungai Besar dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, hari ini.
Sejurus keluar, Jamal memberitahu beliau tidak mandi selama empat hari sepanjang tahanan.
Katanya, perkara itu memberi ilham kepadanya melancarkan BERSIH7 dan mengadakan siri jelajah di 700 lokasi di seluruh Selangor.

Segerakan usul royalti minyak dan gas di DUN Terengganu


Dr Syed Azman Syed AhmadDr Syed Azman Syed AhmadAhli Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad mendesak kerajaan negeri menyegerakan usul dewan berkaitan royalti minyak dan gas di negeri Terengganu.
Dalam sidang dewan, Dr Syed Azman menegaskan, kebanyakan rakyat Terengganu terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’.
Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundaknya. Rakyat Terengganu khususnya anak muda ramai tiada sumber pekerjaan yang tetap termasuk mahasiswa yang kini menjadi penganggur.
"Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan," ujarnya yang membahaskan usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu hari ini.
Beliau elah mencadangkan agar dewan ditangguhkan untuk merundingkan isu penamatan secara resmi perjanjian ‘royalti minyak’ diantara kerajaan negeri Terengganu dengan Perronas dan Kerajaan Pusat. Ia telah dimaklumkan secara rasmi pada 25 September 2015 di dewan berkenaan.
“Pihak Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada negeri Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu”.
"Ini berdasarkan terma ‘di dalam negeri’ bahawa;
‘kerajaan negeri Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil Wang Royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar 3 batu nautika yang di ukur dari garis air surut persisiran pantai negeri”.
"Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana menurut tafsiran diatas, kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri. Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi *milik 'sah' kerajaan negeri Terengganu* kerana kedudukannya di luar daripada 3 batu nautika," ujarnya.

Tun M malu Ibrahim Ali anggap DAP jahat

Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar sikap Datuk Ibrahim Ali yang enggan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan PPBM dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Dr Mahathir berkata, Ibrahim selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak harus berpura-pura berjuang untuk orang Melayu sedangkan beliau sanggup menyokong seorang pemimpin negara yang mencuri wang rakyat.
"Dia bekerja untuk Datuk Seri Najib dia berusaha untuk Najib menang... dia berpura-pura berjuang untuk orang Melayu tetapi dia sanggup sokong orang yang curi duit itulah kerja Ibrahim Ali.
"Ibrahim perlu sedar... jika takda publisiti untuk dia mungkin satu hari dia akan jadi PM jika kita tolong dia naik jadi PM lah," ujarnya  berseloroh dalam sidang media yang diadakan di Putrajaya petang ini.
Datuk Ibrahim AliDatuk Ibrahim AliDr Mahathir diminta mengulas keengganan Perkasa menyertai Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mengeluarkan kenyataan Perkasa mempunyai 15 calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Kata Dr Mahathir lagi beliau berasa malu dengan tindakan Ibrahim yang enggan menerima DAP dalam barisan pakatan pembangkang untuk bersama menentang BN.
"Saya malu dia tak mahu bersatu kerana  anggap 'DAP jahat' tetapi dia sokong tindakan MCA, dia sokong hutang RM55 bilion dan sokong Najib. Dia tidak akan menang kerana dia sokong Najib curi duit, dia juga sokong dasar-dasar BN selama ini.
"Dia dulu jadi musuh saya kononnya apa saya buat dia sokong tapi bila nampak ada kepentingan diri dia jadi lainlah... dia penyokong Najib yang kuat," ujarnya.

Nazri mungkir janji, Sosma akhirnya diguna untuk politik, kata Dr M

Bekas perdana menteri itu berkata, penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Sosma hanya kerana mengadakan himpunan aman, ialah pengkhianatan Nazri terhadap janjinya itu.
mahathir-nazri-1
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan Datuk Seri Nazri Aziz bagaimana bekas menteri undang-undang pernah berjanji yang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak akan digunakan untuk kegunaan politik.
Bekas perdana menteri itu berkata, penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah akta itu hanya kerana mengadakan himpunan aman, ialah pengkhianatan Nazri terhadap janjinya itu.
“Nazri (di Dewan Rakyat) berkata Sosma diperlukan untuk melindungi negara daripada pengganas.
“Dia juga kata bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (Tun Abdul Razak Hussein), memberi jaminan undang-undang direka bagi tujuan seumpama itu tidak akan digunakan untuk menghentikan mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan, daripada meluahkan pendapat mereka.
“Tetapi dia kata ini gagal kerana jaminan itu tidak dirasmikan oleh undang-undang. Itu sebabnya dia dakwa untuk Sosma, peruntukan itu boleh dikanunkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata memandangkan peruntukan itu ada dalam akta, nampaknya kerajaan Najib dan “penyokongnya” Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mentafsir sendiri undang-undang ikut kesesuaian mereka.
Katanya, keadaan itu amat malang bagi negara di mana individu tidak bersalah seperti Maria, mungkin akan meringkuk dalam penjara bertahun lamanya hanya kerana ada pendirian politik berbeza dengan kerajaan.
“Di bawah Sosma, polis boleh menggunakan kuasa mereka untuk menangkap dan menahan individu yang mereka percaya jadi ancaman kepada keselamatan negara.

KSN: Penjawat awam terlibat Bersih 5 dibuang kerja, potong gaji

Ketua setiausaha negara berkata, kakitangan kementerian yang terlibat dalam perhimpunan itu dikesan menerusi rakaman CCTV dan gambar dalam media sosial.
Tan-Sri-Dr-Ali-Hamsa
SEPANG: Semua kementerian diminta mengenal pasti kemungkinan pegawai dan kakitangannya terlibat dalam perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata demikian apabila dimaklumkan terdapat “1 atau 2 penjawat awam’ dipercayai pensyarah, terlibat dalam perhimpunan itu.
“Penglibatan mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga gambar dalam media sosial. Saya sudah minta kementerian yang berkaitan melihat sekiranya pegawai-pegawainya terlibat.
“Bagaimanapun, perkara ini perlu disahkan. Kita tidak boleh terus mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan CIO Convex Sektor Awam 2016 di sini hari ini.
Ali berkata hukuman yang akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.
Minggu lepas, Ali mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak diluluskan pada Sabtu dan boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Ali berkata kerajaan mensasarkan untuk mencapai matlamat menerbitkan 7,000 set data dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam menjelang 2020.
Setakat ini, terdapat 1,336 set data diterbitkan di dalam portal yang menawarkan kepada orang ramai senarai set data daripada agensi kerajaan dan kementerian untuk menggunakan data itu tujuan inovasi dan menghasilkan penyelesaian baharu demi manfaat orang ramai atau menjana ekonomi.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi membolehkan set data terbuka mereka diterbitkan.
Oleh demikian, saya menggalakkan setiap orang supaya melayari laman data.gov.my dan memaklumkan kepada kami tentang cara untuk menambah baik platform ini.

Insiden kena ‘halau’, Umno mohon maaf pada media Pahang

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata petugas media adalah golongan profesional dan seharusnya mereka diberi ruang untuk menjalankan tugas secara profesional.
annuar-musa_umno_wartawan_600
KUALA LUMPUR: Umno memohon maaf kepada petugas media Pahang yang membuat liputan Konvensyen Umno negeri itu baru-baru ini yang didakwa diusir keluar dari majlis itu.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata petugas media adalah golongan profesional dan seharusnya mereka diberi ruang untuk menjalankan tugas secara profesional.
“Saya bagi pihak Umno Malaysia, memohon maaf kepada kawan-kawan (petugas media) yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut.
“Walaupun ini soal Umno Pahang, tetapi majlis itu majlis parti dan saya sebagai ketua penerangan, sudah tentu saya tidak gembira dengan apa yang berlaku,” katanya dalam catatan di laman rasmi parti itu, umno-online.my hari ini.
Sebelum ini, insiden petugas media yang didakwa diusir keluar majlis itu menjadi viral dan mendapat perhatian Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) yang mendesak permohonan maaf daripada Umno Pahang.
Sambil melahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku, Annuar berkata parti itu sangat memerlukan kerjasama daripada media dan faham mereka golongan profesional yang mempunyai tugas untuk dilaksanakan.
“Tetapi kadang kala sebagai manusia biasa, mungkin ada tersasul atau tersilap di sana sini,” katanya sambil berharap isu itu tidak dipanjangkan selain akan berusaha mencari jalan supaya ia dapat diselesaikan dengan baik.
Annuar berkata majlis yang dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein ialah majlis tertutup, namun pada upacara penutupannya berlaku sedikit salah faham antara Umno Pahang dan petugas media.

FGV catat kerugian di sebalik kenaikan perolehan

Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mencatatkan kerugian bersih RM98.19 juta atau 2.7 sen sesaham bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan semasa berakhir 30 September 2016.
Prestasi sedemikian berlaku walaupun perolehan kumpulan itu meningkat enam peratus kepada RM12.09 billion sepanjang sembilan bulan pertama itu berbanding tempoh yang sama tahun kewangan lalu.
Memetik laporan The Edge Markets, FGV mencatatkan kerugian itu walaupun berjaya menjana keuntungan bersih sebanyak RM15.74 juta atau 0.4 sen sesaham untuk tempoh yang sama tahun kewangan 2015.
Dalam tempoh suku ketiga tahun kewangan semasa, kerugian bersih FGV terus bertambah kepada RM94.87 juta atau 2.6 sen sesaham berbanding RM33.92 juta atau 0.9 sen sesaham setahun yang lalu.
Pertambahan kerugian tersebut disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO), kenaikan kos gula mentah selain perolehan lebih rendah daripada segmen hiliran, kata laporan itu.
"Pertambahan kerugian itu juga disebabkan kerugian besar yang ditanggung oleh salah satu entiti yang dikawal bersama ekoran kerugian saham dihadapi pada suku ketiga tahun kewangan 2016," jelasnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, pendapatannya menurun sebanyak 7 peratus kepada RM4.19 bilion daripada RM4.51 bilion pada suku ketiga 2016 berbanding tempoh yang sama tahun kewangan lalu.
Saham FGV mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lima sen atau 2.6 peratus lebih rendah pada RM1.84 sesaham dengan sejumlah 6.14 juta saham bertukar tangan.

Wahai rakyat Selangor !!!. ANDA RELA UMNO RAMPAS SELANGOR PADA PRU14 NANTI ...

Laporan Ketua Audit Negara sahkan kewangan Selangor terus kukuh DAN JUGA buktikan Kerajaan Selangor amal urus tadbir terbaik !!

PATUTLER puok2 UMNgOK bermati2an nak rampas selangor.. Rambang tunai RM3.26 bilion ka !!!..

ADAKAH FAKTA-FAKTA ini PAKCIK MAKCIK Felda tahu ??!!!


Yg PAKCIK MAKCIK Felda tahu bila lagi nak dapat suap BR1M & bonus FGV...

Itulah hakikatnya..

TU PON KORANG MASIH BUTA LAGI MASIH NAK PANGKAH BN !!!

Untuk keperluan rakyat, pelbagai alasan diberi.. harga minyak dunia jatuh, ringgit jatuh, dan bla bla bla...

TETAPI UNTUK BINI sanggup pula perabih lebih setengah bilion ringgit.. Setiap tahun PERMATA dapat bajet juta2 ringgit tanpa putus..

Sekolah tak cukup... padan muka korang...

MENGAPA JADI BEGINI...

Sebabnya penyangak lesen besar yg pernah terpalit dgn politik wang a.k.a. RASUAH dilantik sbg Pengerusi Felda atas NASIHAT NAJIB..

APA AKAN JADI jika Umno mampos melingkup pada PRU14 nanti ??!!..

BAGAIMANA puok2 penyangak & penyamun Umno nak hidup jika Umno berkubur di PRU14 ??!!

SEBAB ITULAH UMNO AKAN GUNA APA SAHAJA taktik jahat mereka pada PRU14 kelak demi pertahankan legasi Umno buat selama2nya.

"Kerajaan mungkir janji, tahan Maria bawah SOSMA," dakwa Tun M

Tun M malu ada kawan macam Ibrahim Ali

"Jamal patut mandi sehari 15 kali, bau busuk," kata Tun M

"RUU 355 akan dibentang minggu ini," kata Ahmad Zahid

Dr Mahathir malu dengan Ibrahim Ali, sindir Jamal 'busuk'

'Bilik tiada 'air con', sebab itu polis tangkap salah orang' - kata Teresa Kok

'Perkataan "sial" kalau di kampung boleh cetus pergaduhan besar' - Tajuddin

Tak Perlu Minta Maaf Sebab Tiada Kes, Kata Tajuddin

21 Nov 16 - Kisah Penuh - Bergema SIAL Dalam Dewan Rakyat

"KOK": Wartawan bertanya, Tajuddin marah-marah

Cubaan mendapatkan reaksi daripada anggota parlimen Pasir Salak berhubung insiden perang mulut di Dewan Rakyat semalam bertukar menjadi sesi memarahi wartawan.
Ketika diajukan soalan mengenai kenyataannya mengenai Teresa Kok (DAP-Seputeh), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata wartawan yang bertanyakan soalan itu menyebelahi pembangkang.
"Saya tahu kamu adalah propembangkang," katanya di lobi parlimen hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan parlimen kecoh seketika selepas Tajuddin menggelar Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5 yang diadakan pada 19 November lalu.
Pertengkaran itu juga menyaksikan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial".
Menurut Tajuddin pembangkang "menghentam" semua orang termasuk perdana menteri dan isterinya menggunakan pelbagai bahasa yang buruk.
"Apa yang mereka tak kata tentang perdana menteri, Rosmah (Mansor) dan kami semua? Mengapa kamu semua diam?
"Mengapa kamu tak bertanya kepada mereka mereka (pembangkang)? Kamu tak bertanya sebab kamu pembangkang. Saya tahu kamu pembangkang," katanya kepada lebih 10 wartawan yang berada bersamanya.
Menurut Tajuddin wartawan sepatutnya bersikap adil dalam laporan dan bertanya kedua-dua pihak (BN dan pembangkang) berhubung isu itu.
Bagi dirinya Tajuddin berkata beliau hanya mempertahankan diri.
"Mengapa Khalid Samad cakap sial? Kamu tahu makna sial? Mengapa kamu tak ajar mereka bahawa perkataan itu salah, tak boleh guna," katanya.

Jamal 'loqlaq': Itu hak cucu Tunku Abdul Rahman, kata Armand

Exco Pemuda Umno Datuk Armand Abu Hanifah berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kenyataan cucu perempuan Tunku Abdul Rahman, Tunku Munawirah Putra yang menempelak Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan memanggil beliau sebagai "loqlaq".
Semalam, cucu bapa kemerdekaan menzahirkan rasa rimasnya setelah pengerusi gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia itu menggunakan imej datuknya pada kemeja-T merah kumpulannya dan memanggil Jamal sebagai 'loqlaq'.
Jelas Armand, ini kerana ia adalah sebahagian daripada hak kebebasan bersuara beliau dan proses demokrasi negara, tetapi Tunku Munawirah Putra juga perlu menerima apa yang dilakukan Jamal itu sebagai hak kebebasan beliau.
"Tiada masalah, kenyataan cucu Tunku Abdul Rahman itu kita anggap sebahagian daripada hak kebebasan bersuara.
"Beliau juga harus terima hak kebebasan Datuk Seri Jamal diiktirafkan sebagai warganegara Malaysia dan Tunku abdul Rahman pula merupakan salah seorang pemimpin utama di dalam Umno suatu ketika dahulu yang tidak boleh dipadamkan dalam sejarah.
"Jadi, saya secara peribadi rasakan luahan Twitter cucu Tunku Abdul Rahman itu sebahagian daripada proses demokrasi dalam negara,' kata Armand kepada Malaysiakini.

Tajuddin tak dikenakan tindakan keluar kenyataan ‘Kok’

Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membuat keputusan itu turut mengingatkan wakil rakyat supaya menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran.
PandikarKUALA LUMPUR: Cubaan wakil rakyat pembangkang merujuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Teresa Kok (DAP-Seputeh) ditolak speaker Dewan Rakyat.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata wakil rakyat hanya boleh dirujuk kepada jawatankuasa itu jika kejadian itu berlaku secara tertutup tetapi dengan kehadiran saksi.
Katanya, kejadian itu berlaku dalam Dewan dan oleh itu ia tidak boleh dibawa ke jawatankuasa berkenaan.
Beliau memaklumkan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) untuk memfailkan usul, jika ahli Parlimen itu tidak berpuas hati dengan keputusannya.
Semalam, Tajuddin dikecam kerana menghina Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Parlimen apabila berkata Teresa satu-satunya wanita di kawasannya yang ada “Kok”.
Kenyataan Tajuddin itu dianggap sebagai “seksis”, hingga mendorong Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memanggilnya “menteri sial”.
Kasthuri awal hari ini memohon speaker merujuk Tajuddin kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Pandikar menjawab: “Keputusan sudah dibuat. Jika anda tidak suka sila failkan usul.”
Beliau juga mengingatkan semua wakil rakyat supaya menjaga tingkah laku ketika persidangan Parlimen.
“Sudah berulang kali saya cakap jangan guna perkataan seperti itu. Yang Berhormat, sila ambil pengajaran. Jika anda hendak uji kesabaran saya, buatlah masa saya pengerusi persidangan,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat lindungi Tajuddin, dakwa pembangkang

Ahli Parlimen Batu Kawan berkata beliau kecewa dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana hanya menutup mata terhadap kata hinaan yang sering dilemparkan terhadap ahli Parlimen wanita.
Kasthuri-Patto_pandikar_600
KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang hari ini mengecam Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mendakwa speaker itu melindungi ahli Parlimen BN yang menggunakan bahasa provokatif di dalam Dewan Rakyat.
Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthoori Patto berkata beliau kecewa dengan Pandikar kerana hanya menutup mata terhadap kata hinaan yang sering dilemparkan terhadap ahli Parlimen wanita.
“Sebentar tadi Pandikar panggil saya pembohong di Parlimen, dan dia kata semuanya selesai.
“Apa yang selesai? Cuma cara mudah untuk speaker melindungi ahli Parlimen yang mulut busuk seperti Tajuddin Abdul Rahman?,” soalnya.
Kasthoori berkata ahli Parlimen wanita sering dipersenda di Parlimen dan speaker terus menerus membantu ahli Parlimen yang melakukan tindakan itu.
Kasthoori berkata sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan dirinya sendiri pernah dipanggil pondan oleh ahli Parlimen BN.
“Berapa lama lagi benda mengarut seperti ini akan berterusan? Ini Dewan Rakyat dan kita masih ada ahli Parlimen seperti ini,” katanya.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mencadangkan Pandikar sepatutnya menghadiri seminar “latihan sensitiviti gender” untuk mendidiknya mengenai perkara itu.
“Jika ada keperluan latihan sensitiviti gender, speaker pun perlu pergi.
“Dia kena faham yang kenyataan Tajuddin itu satu sindiran,” katanya.
Ahli Parlimen Pantai Nurul Izzah Anwar turut meluahkan sentimen sama, berkata ahli Parlimen sepatutnya lebih sensitif terhadap kesaksamaan gender.
“Sekarang sudah 2016, sepatutnya perlu wujud lebih sensitiviti terhadap wanita.

DUN P Pinang kecuh, ADUN Pinang Tunggal diusir keluar dewan

Tajuddin mahu saman Khalid, tarik balik perkataan 'sial'

'Tajuddin lashes out at reporters'

MP Pembangkang Kesal Speaker 'Lepaskan' Tajuddin

Sistem Kumbahan: Cukuplah 5 Tahun Dihantui Projek RM1 bilion - Nurul

Jufazli kembali fokus pendidikan politik masyarakat

Selepas bebas daripada tahanan, aktivis itu berkata beliau akan turut bekerjasama dengan parti politik lain yang benar-benar mahu melawan BN di Sabah.
Jufazli-Shi-Ahmad
KUALA LUMPUR: Sebaik dibebaskan daripada tahanan reman, aktivis muda Sabah Jufazli Shi Ahmad tidak membuang masa sebaliknya meneruskan kerja yang dijalankan sebelum ini.
Jufazli berkata beliau kini kembali fokus kepada hal pendidikan politik untuk masyarakat di bawah Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, persatuan yang diasaskannya.
“Pada masa sama, saya bekerjasama dengan parti politik lain yang betul-betul melawan Umno BN, walaupun tidak menjadi ahli,” katanya ketika dihubungi FMT.
Pada 15 November, beliau yang ketika itu ditahan reman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau dibebaskan dengan jaminan polis, selepas ditangkap di pusat beli-belah di sini kira-kira seminggu sebelumnya.
Jufazli disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, susulan mengkritik kerajaan Sabah dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Facebook.
Jufazli berkata beliau yakin siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadapnya tidak akan disusuli dengan pendakwaan.
“Sekarang masih menunggu laporan forensik oleh KMM, manakala komputer riba dan telefon saya turut dirampas polis (untuk siasatan). Tetapi saya jangka hasil laporan akan negatif, dan tiada dakwaan,” katanya.

RUU 355: Ada apa dengan jemputan Zahid

Usul rang undang-undang persendirian cuba dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya diketepikan sepanjang sesi parlimen kali ini untuk perbahasan belanjawan 2017.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan masih ada harapan usul itu dibawa dan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Melalui sepucuk surat ditandatangani Zahid, beliau semua menjemput anggota parlimen beragama Islam menghadiri sesi perjumpaan dan taklimat mengenai rang undang-undang dibawa presiden PAS itu.
Sesi berkenaan dijadual berlangsung di Dewan Taklimat Parlimen Malaysia pada jam 5 petang ini.
Surat rasmi dengan kepala bertulis "Timbalan Perdana Menteri" itu bertajuk Perjumpaan dan Taklimat Khas Kepada Semua Ahli Parlimen Islam Berkenaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355.
Surat itu diedarkan pada 18 Nobember.
Rang undang-undang Abdul Hadi itu diletakkan pada nombor empat Kertas Aturan Mesyuarat ketika sesi terakhir parlimen tahun ini bersambung pada 17 Oktober lalu.
Ia bagaimanapun tidak dibawa ke sidang ekoran perbahasan mengenai belanjawan 2017 dan ia dijangka berakhir hari ini sebelum sidang ditamatkan dua hari lagi.
Kerajaan boleh memberi keutamaan kepada usul Abdul Hadi dalam tempoh dua hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan keyakinan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali usul pindaan Akta 355 itu akan dibentang sebelum sidang parlimen berakhir.
"Tunggu dan lihat. Saya yakin 500 peratus. Insha Allah," katanya.

Anak Maria Chin sambung semangat ibu

Tiga anak lelaki Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah menyuarakan rasa tidak wajar apabila pihak berkuasa menahan ibu mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan, bahkan bukan pengganas.
free-mariaAnak sulungnya, Azumin Mohd Yunus, 23, berkata beliau kecewa, pilu dan marah dengan tindakan kerajaan yang menganaiya ibu mereka.

“Ibu kami pejuang, demi sebuah negara hanya untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
“Ibu kami yang tak buat apa-apa kesalahan dan berjuang demi keadilan untuk pilihan raya bersih, jadi kenapa dia perlu ditahan seperti pengganas?
“Bagaimanpun, kami tahu mereka menahan dia hanya untuk mematahkan semangat daripada terus menentang kerajaan, namun kami juga tahu semangat dia tetap ada dan itu yang kami akan terus perjuangkan,” katanya kepada Selangor Kini.
Sementara itu, Anak bongsunya, Azemi Maria Mohd Yunus, 20, berkata mereka tidak mendapat sebarang maklumat tentang keadaan Maria buat masa ini.
“Ketika kali terakhir kami bertemu ibu Sabtu lalu (19 November). Kami hanya dimaklumkan beliau ditahan di jel dengan lampu dipasang 24 jam. Dia tidak diberi bantal selimut dan hanya diberi dua pasang pakaian.
“Memang kami berasa sedih dengar keadaan ibu di sana, namun melihat ramai yang hadir memberikan semangat, sokongan moral dan bersoladiriti, kami lebih berkobar menuntut hak kebebasan ibu kami,” katanya.
Maria ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di pejabatnya di Petaling Jaya sehari sebelum perhimpunan aman Bersih 5.

BERSIH 5: Tak wajar kalau PAS kenakan tindakan

Bekas pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyifatkan tindakan PAS yang mahu mengambil tindakan terhadap anggota parti itu kerana menyertai perhimpunan BERSIH5 pada Sabtu lalu sebagai tidak wajar.
Ahmad Lutfi berkata, ini kerana apa yang dilakukan BERSIH adalah munasabah dan wajar bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Apatah lagi, ujar Ahmad Lutfi, PAS sebelum ini merupakan penggerak utama sewaktu BERSIH1 sehingga BERSIH3 berlangsung.
"Secara peribadi, saya rasa kalau betul itu tuntutan PAS, ia adalah tidak wajar.
"Kerana saya merasakan daripada awal PAS sebenarnya merupakan penggerak utama BERSIH dan rentetan BERSIH itu sesuatu yang munasabah dan amat wajar sekali terutama untuk pilihan raya yang bersih.
"Dan ia disepakati PAS dari awal dan BERSIH tak pernah melencong dan tidak tersasar dari perjuangannya," kata Lutfi kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, Lutfi berkata, siapalah beliau untuk PAS ambil tindakan kerana dirinya kini hanyalah anggota biasa yang tidak punyai kepentingan serta berada dalam keuzuran.
"Saya pun tidak ada peranan yang penting sekarang dan saya tak rasa mereka melihat saya pun. Saya hadir dalam BERSIH4 sewaktu PAS tidak terbabit dalam BERSIH.
"Saya merasakan saya perlu hadir untuk tunjuk sokongan walaupun sekarang saya bertongkat.
"Sebab kalau tak pergi pun tidak ada apa yang kurang tapi komitmen saya bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih tak boleh tak pergi," kata Lutfi.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang menyertai perhimpunan BERSIH5.
Menurut Abdul Hadi, sekiranya menerima aduan dan terbukti anggota parti berkenaan hadir pada perhimpunan tersebut, ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan.
Mengulas lanjut, Lutfi berkata apa yang cuba PAS lakukan itu kini hanya akan membuatkan parti yang memperjuangkan Islam itu semakin terpencil daripada rakan komponen pembangkang yang lain.
"Untuk PAS tidak terbabit dalam BERSIH pun boleh dipersoalkan apatah lagi untuk menghalang dan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang menyertai BERSIH.
"Malah, tindakan PAS itu juga akan membuatkan PAS semakin terpencil daripada rakan-rakan pembangkang.
"Dan saya rasa terkilan daripada awal dengan sikap PAS untuk tidak mahu turut serta dalam perjuangan yang sama-sama diperjuangkan serta tidak ada satu sebab yang munusabah untuk PAS mengasingkan diri dari perjuangan rakyat itu," tambah Lutfi.
Tidak ada komen
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan dari PAS, Mohd Nasir Mustafa berkata, kehadirannya pada perhimpunan tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
"Saya tak ada komen tentang tindakan atau apa. Itu bukan perkara yang di sebelah (keputusan beliau untuk dikenakan tindakan) saya.

Pas terbuka kerjasama dengan Umno demi Islam


Beberapa ahli parlimen berpandangan, kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat IslamBeberapa ahli parlimen berpandangan, kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam
Beberapa anggota parlimen berpendapat kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) berkata walaupun Pas mempunyai dasar perjuangan tersendiri, pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan Umno terutama melibatkan kepentingan umat Islam.
“Saya rasa perkara ini sudah lama dilontarkan. Kami tidak ada masalah dalam hal ini khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.
“Bagi saya kuasa Islam mesti dipertahankan oleh setiap umatnya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kerjasama itu ketika menjadi speaker Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, kelmarin.
Jamil yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pula menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk tindakan selanjutnya.
“Bagi saya tidak ada ruang untuk Pas ambil jalan bersendirian untuk menegakkan agama,” katanya.
Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) pula mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk merealisasikan perkara itu.
“Kita mahu bawa pembangunan kepada rakyat. Maka kita perlukan negara yang stabil dengan rakyatnya bersatu padu dan tidak terlalu mementingkan politik,” katanya.

G25 desak Maria Chin dibebaskan serta-merta

Kumpulan itu berkata penahanan pengerusi Bersih 2.0 itu seolah-olah mempersendakan undang-undang perintah tertinggi.
g25
KUALA LUMPUR: Kumpulan G25 mendesak pembebasan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah serta-merta.
Kumpulan 25 individu ternama itu juga mendesak semua fail, dokumen, komputer riba dan peralatan lain milik Bersih 2.0 yang dirampas polis, dipulangkan semula.
G25 berkata masyarakat umum mendesak untuk tahu apa aktiviti keganasan yang dilakukan Maria hingga dia dikenakan tahanan di bawah Sosma.
“Amat membingungkan dan ia jelas penyalahgunaan Sosma untuk menahan Maria di bawah undang-undang itu.
“Tindakan kerajaan perbuatan menindas dan mempersendakan keadilan perintah tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan itu berkata ia difahamkan Maria diletakkan dalam kurungan dan dilaporkan di dalam sel tanpa tingkat, 15 kaki x 8 kaki, tanpa katil, tilam atau bantal.
“Sukar hendak percaya kerajaan boleh tindas wanita yang tidak bersalah, ibu kepada 3 anak, dengan layanan kejam, tidak berperikemanusiaan seperti itu,” katanya.
Ia berkata Maria hanya menggunakan hak perlembagaannya iaitu kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.
Kenyataan itu berkata Malaysia selama ini berbangga sebagai negara bertamadun, ditadbir oleh kedaulatan undang-undang.
“Kita mempunyai perlembagaan bertulis yang menjamin antara lain, kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman,” katanya.
Malangnya, layanan terhadap Maria mengingatkan kembali kepada rejim autoritarian dan diktator yang menindas rakyat.

Jamal mahu lancar BERSIH 7 esok

'Ku Nan nyanyuk, tiada ahli UMNO terlibat perhimpunan haram hanya NGO sahaja' - Jamal

Mahfuz Dakwa Sosma, OSA, Hasutan Jadi Benteng Jenayah

Apa Guna Parlimen Kalau Tak Boleh Bersuara

Keputusan Permohonan Maria Chin cabar persempadanan SPR 24 Nov


persempadanan semula SPRpersempadanan semula SPR
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan aktivis Maria Chin Abdullah bagi mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara.
Hakim Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Syahredzan Johan yang mewakili Maria dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh bertindak bagi pihak SPR.
Amarjeet dalam hujahnya berkata SPR pada peringkat ini hanya menjalankan proses rundingan, keputusan akhir bagi cadangan itu akan diputuskan oleh Dewan Rakyat.
Syahredzan dalam hujahnya menegaskan bahawa isu itu boleh diputuskan oleh mahkamah.
Chin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan RamRais & Partners pada 10 Okt lepas.
Dalam permohonannya, Maria memohon untuk membatalkan keputusan atau tindakan SPR dalam mengeluarkan notis syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri.
Maria juga memohon pengisytiharan bahawa proses atau prosiding persempadanan semula yang dimulakan oleh SPR melalui notis tersebut adalah tidak sah dan terbatal.

NIKMAT TURUNNYA NILAI RINGGIT – KOS HAJI, UMRAH NAIK...

Tidak hairanpun kalau harga kos menunaikan haji dan umrah naik.
Inilah antara NIKMATNYA penurunan nilai Ringgit.
Bukan sahaja akan lebih ramai pelancong datang ke Malaysia, kos urusan menunaikan haji dan umrah di Arab Saudi juga meningkat.
Sudah pasti semakin ramai rakyat Malaysia akan berebut-rebut untuk menunaikan haji dan umrah, bimbang tahun 2018 dan seterusnya menjadi semakin mahal.
Kan bagus nilai Ringgit jatuh – lebih banyak wang perlu disediakan untuk ke Arab Saudi? Dan apabila kembali, akan berkuranganlah barang yang dibawa balik berbanding tahun sebelum ini.
Dalam keadaan sekarang ok juga kerana boleh bawa wang banyak atau lebih sedikit daripada biasa. Itu bagi yang mampu...yang tidak dan kurang mampu bagaimana?
Ini belum cerita nanti apa akan jadi kepada barangan seperti kurma, air zam-zam atau makanan lain yang diimport dari Asia Barat yang menjadi makanan dan pakaian ‘ kebanyakan orang Malaysia’.
Tak apa, DON’T WORRY.  Kerajaan akan tambah subsidi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah.
Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.
Untuk tahun hadapan berapa agarnya? Kalau tidak naik, bermakna kerajaan boleh tambah subsidi gara-gara mata wang Ringgit jatuh.

Boleh bagi tahu rakyat bagaimana 'baiknya hati dan budi kerajaan'!
Amaran mengenai kemungkinan naiknya harga pakej-pakej pelancongan ke luar negara termasuk pakej ibadah haji dan umrah yang dikendalikan agensi-agensi swasta sudah dilaporkan 18 Ogos lalu.
Ketika itu mungkin ramai tidak ambil peduli kerana Donald Trump belum menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Kejatuhan mendadak nilai Ringgit sejak tarikh kemenangan Trump itu (9 November 2016) membuka mata rakyat bahawa kini bukan masa yang ‘selesa’.
Malah, peningkatan itu bukan sedikit, dijangkakan sehingga 30 peratus tahun ini.
Ketua Biro Umrah dan Haji Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (Bumitra) Malaysia, Ayob Mat Aris berkata, peningkatan harga pakej tersebut berikutan kejatuhan nilai ringgit yang dialami negara kini.

Kerana hadir BERSIH 5, Mahfuz sedia tindakan disiplin dari PAS

'Penahanan cabuli hak kami, bebaskan segera Maria Chin,' - desak MP

Maria Chin failkan habeas corpus cabar Sosma

MP Pembangkang Desak Bebas Maria Chin

Penahanan Maria: PDRM Salah Guna Kuasa

Maria files habeas corpus to be released

Felda: Kepincangan terlalu amat ketara di zaman Isa Samad

Oleh Mazlan Aliman
Kepincangan terlalu amat ketara di zaman Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Semasa ura2 beliau nak dilantik sebagai Pengerusi Felda, berbagai usaha dibuat termasuk merayu DS Najib jangan lantik Isa Samad. Tapi tidak dipedulikan.
Pendedahan Jabatan Audit Negara adalah sebahagian kecil dari laporan Polis, SPRM dan memorandum yang dibuat. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Dato' Mustapha Ali, waktu itu Pengarah Siasatan SPRM. Sampai bila ' kekebalan' Isa Samad dapat dilucutkan? Esok, Laporan Polis diikuti SPRM akan dibuat. Jangan kambing hitamkan kakitangan Felda yang dedikasi. Dalang sebenar yang ' jahanamkan' Felda WAJIB diheret ke muka pengadilan!

64 kontrak Felda ditandatangani tanpa kebenaran

KUALA LUMPURI,– Jabatan Audit Negara mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangi tanpa kebenaran yang sah.

Katanya, ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan ‘light detection and ranging’ (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah yang tidak mempunyai kuasa.
“Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini – 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014,” kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, semalam.
Dalam pada itu, laporan itu mengatakan, pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan.
“Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.
“Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta.
“Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani,” kata laporan itu.

Maria failkan habeas corpus cabar Sosma

Peguam yang mewakili Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah hari ini memfailkan permohonan habeas corpus untuk mencabar penahanan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi mendapatkan pembebasan beliau.
Peguam Ambiga Sreenivasan berkata permohonan itu difailkan dengan keadaan pengurungan bersendiri (Solitary confinement) terhadap Maria sebagai salah satu alasan.
"Kami juga telah menyatakan bahawa Sosma telah salah digunakan terhadapnya. Dan bahawa kaedah keseluruhan penahannya adalah menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Ambiga, yang juga Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, diiringi peguam-peguam Maria serta tiga anak lelaki beliau.
Habeas corpus adalah perintah untuk membawa orang yang dipenjara di hadapan hakim atau mahkamah untuk mengetahui sekiranya individu itu wajar dipenjara.

Salah guna Sosma, bebas Maria segera


Oleh A Samad Said
Teoh Beng Hock Trust for Democracy mengecam tindakan polis menahan pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah dengan menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.


Penahanan ini bercanggah dengan matlamat asal penggubalan akta tersebut iaitu untuk membendung aktiviti teroris. Tindakan polis telah menghina akta yang diluluskan oleh parlimen dan merosakkan kedaulatan undang-undang negara. Kami menggesa menteri dalam negeri menghormati hak demokrasi rakyat, membebaskan Maria Chin Abdullah dengan segera dan menghentikan penindasan terhadap aktivis pro-demokrasi yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
Sosma sepatutnya diguna pakai untuk kes keganasan berkumpulan (organized violence), menghasut ketidakpuasan hati terhadap Yang di-Pertuan Agong dan mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.
Maria Chin tidak pernah terlibat dalam aktiviti keganasan dan hasutan. Tuduhan bahawa Bersih 2.0 mengancam ketenteraman dan keselamatan awam adalah tidak masuk akal, malah gabungan Bersih 2.0 sudah menganjurkan lima kali himpunan raksasa dengan bersih, lancar dan terbukti aman.
Malah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz pula "menggalakkan" Bersih 2.0 menganjurkan himpunan setiap tahun.
Oleh yang demikian, polis langsung tidak ada alasan yang munasabah untuk menahan Maria Chin bawah Sosma. Penyelewengan kuasa dalam penahanan seseorang warganegara telah menjadikan Malaysia sebuah negara polis!
Kami menegaskan bahawa perhimpunan aman adalah kebebasan yang dijamin oleh Persembahan Persekutuan Malaysia. Ia juga dianggap hak asasi sejagat di bawah Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICCPR).
Kerajaan bertanggungjawab menjamin hak rakyat menyuarakan pendapat dan memastikan himpunan dijalankan secara aman, tanpa kira ia himpunan menyokong pilihan raya bersih dan adil, himpunan anti-Bersih ataupun himpunan menuntut perdana menteri meletak jawatan.
Kerajaan tidak sepatutnya menahan pemimpin aktivis dan pemimpin pembangkang sehari sebelum himpunan Bersih 5 dan menyekat jalan raya utama di bandaraya Kuala Lumpur.

Sertai BERSIH5: Mahfuz sedia terima sebarang tindakan

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersedia berdepan dengan sebarang tindakan oleh PAS berikutan kehadirannya pada perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.
Menurut Mahfuz, beliau bersedia menerima tindakan daripada parti kerana berpendapat kehadirannya pada perhimpunan tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
"Bersedia terima (sebarang tindakan).
"Terserah pada Jawatankuasa Disiplin. Itu terpulang pada parti untuk lihat ini satu kesalahan atau tidak.
"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai," kata bekas naib presiden PAS itu kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang menyertai perhimpunan BERSIH 5.
Menurut Abdul Hadi, sekiranya menerima aduan dan terbukti anggota parti berkenaan hadir pada perhimpunan tersebut, ia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan.
Selain Mahfuz, antara yang hadir pada perhimpunan Sabtu lalu, termasuk bekas ketua pengarang organ rasmi PAS Harakah Ahmad Lutfi Othman dan artis Abby Abadi.
Sebelum ini, anggota Majlis Syura PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun tidak menyokong secara rasmi BERSIH5, parti itu tidak menghalang anggotanya menyertai himpunan berkenaan.

MTUC gesa perwakilan kutuk Sosma ke atas Maria

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang, K Veeriah menggesa perwakilan kesatuan itu mengutuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Veeriah mencadangkan resolusi dibuat pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDU) MTUC pada 29 dan 30 November untuk mengutuk penggunaan Sosma pada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
TDU akan diadakan di Pusat Sivik Petaling Jaya dan akan melibatkan 600 perwakilan termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Pada masa ini, MTUC mempunyai kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara.
"Saya juga yakin bahawa MTUC mesti mengutuk semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia," kata Veeriah kepada Malaysiakini.
"Saya bukan perwakilan ke TDC dan tidak mempunyai suara tetapi anda semua (perwakilan) boleh membuat perbezaan," tegas beliau.
Maria ditahan di bawah Sosma pada malam perhimpunan BERSIH5 pada 19 November.
Kira-kira 40,000 berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut antara lain, peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan skandal kewangan 1MDB.
Anak-anak Maria menegaskan ibu mereka bukan pengganas dan telah membuat laporan polis terhadap penahanan tersebut.

Khairy diseru tuntut pembebasan Maria Chin

Tony Pua membidas ketua Pemuda Umno itu yang sebelum ini berkata perbezaan pendapat dan perhimpunan aman tidak tertakluk di bawah Sosma.
tony-pua-khairy
PETALING JAYA: Penangkapan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 membuktikan ahli Parlimen pembangkang betul selama ini.
Dalam mengatakan ini, Tony Pua turut mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menuntut polis membatalkan pertuduhan itu dan melepaskan Maria kerana ia bertentangan dengan hujah Khairy sendiri semasa perbahasan sebelum kelulusan undang-undang itu pada 17 April 2012.
“Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengkritik hujah-hujah pembangkang terhadap Sosma sebagai ‘mengelirukan’ dan mengulangi perbezaan pendapat politik yang sah termasuk perhimpunan aman malah Bersih ‘tidak menjejaskan demokrasi berparlimen,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, merujuk kepada rekod Hansard, 2 hari sebelum undang-undang diluluskan.
Pua juga mengingatkan kembali bagaimana Khairy memuji Sosma dengan mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memihak kepada “kebebasan awam” dan mempersendakan ketua pembangkang pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Khairy mempersendakan kebimbangan pembangkang, dengan mendakwa ia bukan sahaja tidak berasas, tetapi surat undang-undang yang dicadangkan itu amat jelas dan tidak mempunyai ruang bagi penyalahgunaan yang dikatakan.
“Beliau juga mengkritik maka Anwar kerana tidak memahami aktiviti memudaratkan cara demokrasi berparlimen, ‘aktiviti yang dijalankan seseorang atau kumpulan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan keganasan atau cara tidak berperlembagaan’,” kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.