Ahad, 20 November 2016

'Guna Sosma bukan takutkan pengganas, tapi rakyat kita'

"Di manakah janji kerajaan bahawa akta Sosma tidak akan sesekali digunakan untuk tujuan politik, tetapi diwujudkan bagi membendung pengganas?".
Itu persoalan dibangkitkan Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar kepada kerajaan selepas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin ditahan polis kelmarin.
Dakwanya, penangkapan sembrono ini beserta penyalahgunaan Sosma jelas membuktikan kegusaran pembangkang yang menolak akta ini termasuk Pota dan Poca, adalah tepat.
“Undang-undang Sosma, Pota dan Poca ini diketahui memberikan kuasa mutlak kepada kerajaan Datuk Seri Najib tanpa kebertanggunjawaban.
“Jelas bahawa akta Sosma, Pota dan NSC  yang diluluskan dengan kadar luar biasa pantas pada tahun ini bukanlah untuk membendung pengganas dan aktiviti keganasan tetapi untuk menakutkan rakyat daripada menyuarakan salah guna kuasa dan dan dana oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyatan media, hari ini.
Maria ditahan oleh polis di bawah Akta Sosma dan perkara itu disahkan oleh peguamnya semalam.
Tambahnya lagi, tangkapan dan penahanan hampir 20 orang aktivis dan pemimpin pembangkang serta penahanan Maria di bawah akta Sosma membuktikan akta tersebut yang diwujudkan kerajaan BN untuk mengawal pengganas telah disalahgunakan.
“Lihat sahaja tangkapan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan kediktatoran.
“Kerajaan sering mengumumkan kononnya mereka menganjurkan amalan demokrasi yang sihat dan membuka ruang kebebasan bersuara yang inklusif bagaimanapun, tindakan menangkap aktivis, mahasiswa dan ahli parlimen dilihat bertentangan dengan apa yang mereka anjurkan,” tambahnya lagi.

Blogger Din Turtle passes away - Al Fatihah

Shaifudin Mahmud, popularly known as Din Turtle complained of fatigue and body aches.
din
PETALING JAYA: Political blogger Shaifudin Mahmud, popularly known as Din Turtle passed away in his home Kuala Terrenganu today. He was 50.
Close friends of Shaifudin told FMT that he passed away at 6.15pm, after complaining of fatigue and body aches.
“His wife told me that she came home from work and saw him lying in bed. He was complaining of fatigue and body aches, so he asked his wife to rub ointment on him,” said Rushdan Mohamed.
“Shortly after that he fell unconscious and he was gone,” Rushdan said, adding he was shocked to hear that Shaifudin had passed on, as the blogger had put up a new posting only this afternoon.
Another friend and fellow blogger, Syed Akbar Ali said he was sad to hear of his friend’s passing.
“He used the name Din Turtle because he was a diving guide in Terengganu. He was among the earliest of former pro-Umno bloggers who did not agree with the way the present regime was behaving and running things,” said Syed, who runs the popular OutSyed The Box blog.
“He became a strong and forceful critic of the government. Din was an independent thinker. We will miss his critical writing and forceful views,” he told FMT.
Shaifudin began blogging in 2008. Prior to that, he ran a souvenir stall. His Din Turtle original blog has attracted more than 3.5 million unique visitors.
FMT understands that Shaifudin will be buried in the Muslim cemetery near Primula Hotel in Kuala Terrenganu at 10.00am tomorrow

Ibrahim Ali ada agenda tersembunyi, kata Khairuddin

Orang kuat Dr Mahathir itu berkata presiden Perkasa mahu gagalkan pertandingan 1 lawan 1 dalam pilihan raya umum akan datang
khairuddin
PETALING JAYA: Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan menuduh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mempunyai agenda tersembunyi melalui rancangan menurunkan 50 calon bebas di kawasan Parlimen majoriti Melayu pada PRU14.
Ibrahim sebelum ini berkata Perkasa mahu masukkan calonnnya di kerusi yang dijangka ditandingi Umno, PAS dan Pakatan Harapan.
Sekiranya Ibrahim tidak mengadakan perbincangan dengan pembangkang sebelum menurunkan calon mereka, Khairuddin menegaskan langkah itu mahu menggagalkan rancangan 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional.
“Apa saja alasan yang Ibrahim Ali bakal berikan, contohnya ‘ini negara demokrasi siapapun berhak bertanding’ tetapi bagi saya dia tetap seorang pengkhianat yang sedang merosakkan pelan Pakatan Harapan yang gigih berusaha untuk hadapi pertandingan 1 lawan 1,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menggesa Ibrahim supaya jangan halang Pakatan Harapan. “Beliau sepatutnya membantu blok pembangkang tumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan kleptokrasi bukan untuk main peranan kacau daun.”

Himpunan BERSIH 5 sah di sisi undang-undang, kata Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata, tiada justifikasi untuk pihak polis membuat tangkapan ke atas penganjur utama himpunan BERSIH 5 semalam.
"Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk menjelaskan asas penahanan individu terbabit dan membuat penjelasan kesalahan-kesalahan yang dituduh," kata ketuanya Tan Sri Razali Ismail dalam kenyataan.
Ujar beliau, Suhakam mengerahkan para pemerhati di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
"Suhakam juga menekankan bahawa himpunan tidak menyalahi undang-undang dan mendapati para peserta bertindak dengan cara yang boleh diterima, tidak mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," tambah Razali.
Beliau turut memuji pihak berkuasa khususnya polis kerana mempermudah dan menguruskan himpunan awam bagi memenuhi kehendak para penunjuk perasaan sambil menghormati hak balas penunjuk perasaan.
Jelas Razali lagi, pihaknya akan menyerahkan laporan pemerhatian terperinci kepada Parlimen.
Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan menggesa pembebasan segera semua aktivis BERSIH dan pemimpin pembangkang yang ditahan sama ada sebelum mahu pun selepas perhimpunan tersebut.
"Rakyat sudah bosan dengan kerajaan, seperti yang dibuktikan oleh ribuan penunjuk perasaan semalam," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan.
Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula yang mengatakan tangkapan tersebut sebagai melanggar hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk bersuara dan berhimpun selain menghalang wakil rakyat daripada menjalankan aktiviti yang sah.

Bersih 5: Polis bebaskan 8 tahanan, 5 lagi esok

Mereka yang dibebaskan malam ini: Mandeep Singh, Ronnie Liu, Jimmy Wong, Lee Khai Meng, S Arutchelvan, Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.
bebas
PETALING JAYA: Lapan orang yang ditahan berkaitan tunjuk perasaan semalam dibebaskan daripada tahanan polis malam ini, manakala 5 lagi akan ditahan sehingga esok.
Lapan yang berkenaan adalah:
Urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh; ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng; ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan; aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.
Lima lagi dijangka dibebaskan esok, kata peguam. Mereka adalah:
Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen DAP Anthony Loke; aktivis Hishamuddin Rais dan Adun DAP Howard Lee.
Artis Fahmi Reza, yang membawa karikator Najib Razak dijangka direman sehingga esok.
Semua ditahan di bawah Kanun Keseksaaan atas tuduhan merusuh.

Pesan Maria Chin: Teruskan menuntut reformasi institusi


Maria telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.Maria telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Bersih akan terus berjuang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil walaupun dikenakan tindakan keras yang berterusan dengan menyaksikan empat daripada pimpinan utama pergerakan itu ditangkap.
"Kami ingin nyatakan bahawa perjuangan untuk pembaharuan pilihan raya dan institusi yang bebas dan adil akan diteruskan.
"Oleh itu, walaupun kita di sini dengan empat kerusi kosong, dalam solidariti bersama-sama Maria Chin, Mandeep Singh, Safwan Anang dan Hishammudin Rais," kata Timbalan Pengerusinya, Shahrol Aman Mohd Saari pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
"Kami berharap mereka berada dalam keadaan baik dan terus kuat meneruskan perjuangan. Walaupun mereka tidak berada di sini, semangat mereka di sini dengan kami," kata Shahrol Aman yang dilantik sebagai pemangku pengerusi Bersih semasa ketiadaan Maria.
Maria telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Annuar Musa: Tidak mustahil Umno, PAS bekerjasama

Beliau percaya akan ada titik pertemuan antara dua parti teras Melayu itu.
annuar-musa
KUALA LUMPUR: “Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama,” kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada ‘DNA’ sama.
“Politik adalah di atas ‘possibilities’, politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.
“Saya percaya antara parti politik (Umno dan Pas) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk ‘parallel’ dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Annuar berkata kedua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.
Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.
“PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain,” katanya.

Eight detainees released from police lockup over Bersih 5 rally

Kenapa Maria ditahan bawah SOSMA? tanya AG dan IGP kata Zahid

Baju Kuning - Golongan Yang Beradab

Oleh Abu Hassan Adam
Aku terpanggil untuk menyentuh isu ‘Baju Kuning’ selepas mendengar ulasan dari BBC World yang menyentuh mengenai Bersih5 yang berlangsung semalam. Antara kenyataan yang amat menarik perhatian aku ialah apabila pengulas mengatakan bahawa kumpulan ‘Baju Kuning’ adalah terdiri dari anak muda Malaysia yang terpelajar. Golongan intelek.

Aku setuju.
Kemunculan ‘Baju Kuning’ dalam Bersih5 seolah-olah telah mencetuskan satu bentuk budaya baru di Malaysia yang dicetuskan oleh anak muda Malaysia dari berbagai keturunan dengan tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Pendek kata ‘Baju Kuning’ melambangkan satu kumpulan anak muda Malaysia yang berperadaban tinggi, berakhlak mulia yang tahu menghormati dan menghargai antara satu sama lain.
            Jangan tanya mengapa aku kata begitu. Jangan juga tanya dari mana aku dapat fakta dan maklumat untuk aku membuat kesimpulan yang sedemikian.
            Melalu persepsi, aku dapat merasakan (dan aku amat bangga dengan anak muda dari berbilang kaum itu) bahawa itulah penjelasan yang patut aku berikan kepada kumpulan ‘Baju Kuning’. Dan apa yang mereka lakukan dalam gerakan Bersih5 sudah dapat mengatasi apa yang dilakukan oleh para penunjuk perasaan menentang Donald Trump di Amerika dan demonstrasi-demonstrasi di tempat lain. Maksud aku, Bersih5 berjalan dalam suasana yang cukup aman, yang betul-betul mengikut  kehendak negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.
            Kehebatan ‘Baju Kuning’ terserlah kerana adanya kumpulan lain yang seolah-olah bersaing untuk memenangi hati rakyat. Jelas dan nyata rakyat memuji dan memuja kehebatan ‘Baju Kuning’ yang bersopan santun sesuai dengan budaya orang Malaysia. Semenjak zaman berzaman, masyarakat Malaysia telah hidup di negara ini dengan penuh harmoni dan tidak suka kepada pergaduhan. Orang Melayu amat benci kepada pergaduhan. Dan sekiranya ada sifat permusuhan dan pergaduhan dikalangan orang Melayu, maka itu hanya merupakan satu keadaan yang terpencil. Hanya segelintir kecil manusia Melayu yang  sukakan pergaduhan kerana sikap sedemikian bukannya milik orang Melayu sebenar.
            Diharapkan para pemimpin, terutamanya pemimpin muda harus terus menerus mengembelingkan tenaga muda ini demi menyelamatkan negara dan seterusnya menjadikan negara tercinta ini sebuah negara yang dibanggakan pada masa akan datang.
            Hendaknya anak muda terus memandang kehadapan dan jangan sekali-kali toleh ke belakang…

Pakcik 75 tahun gagahkan diri sertai Bersih 5, tuntut kerajaan adil


cxm2setuoaa7t8gKUALA LUMPUR, 20 NOV: Mungkin kata-kata ‘dunia akhirnya milik orang muda’ yang memberi konotasi kepada semangat perlawanan orang muda boleh dimaknakan semula.
Begitulah yang terlihat apabila seorang warga emas Tajuddin Hawari atau lebih dikenali sebagai Pak Din, 75 tahun sanggup meredah terik matahari apabila beliau beralan kaki dari Masjid Negara menuju KLCC bersama peserta Bersih 5 yang lain.
cxm2tlnuoaacaddKetika disapa Roketkini, Pak Din berkata beliau datang dari Parit Buntar menaiki keretapi bersama beberapa temannya yang lain.
“Pakcik dari Parit Buntar naik keretapi,” kata pesara juruteknik JKR Perak itu.
Menurut Pak Din, beliau sanggup hadir ke perhimpunan Bersih 5 untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada kerajaan Barisan Nasional.
“Saya berjalan demi negara. Demi bersihkan pilihanraya Malaysia, dah teruk sangat dah sekarang,” ujarnya menambah penyelewengan yang berlaku dalam negara saat ini menjejaskan negara dan rakyat.
Pak Din berkata, walaupun rakyat negara ini semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi masih ramai golongan luar bandar khususnya golongan berusia masih menyokong BN.
“Mereka masih nak ‘lama’ (Umno-BN). Tak berubah.
“Tapi bila pakcik tengok, anak-anak mereka bila balik kampung, banyak yang sudah berubah, tak sama dengan mak bapak depa,” kata Pak Din.

Orang Asli sertai BERSIH 5 perjelas isu kemusnahan akibat pembalakan di Kelantan


KUALA LUMPUR, 20 NOV: Seramai kira-kira 50 Orang Asli dari suku Temiar menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang diadakan di sini, semalam.
orang-asliiiMereka yang mewakili pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) dan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) berhimpun di perkarangan Masjid Negara sambil membawa sepanduk.
Antara sepanduk yang mencuri tumpuan peserta seperti ‘Pertahankan Hak Tanah Adat Orang Asli’ dinaikkan bertujuan untuk memberi kesedaran berhubung isu pembalakan haram hutan simpan di negeri Kelantan selain menuntut agar kerajaan mendengar tuntutan mereka.
Setiausaha JKOAK, Mustafa Along dalam ucapannya berkata, isu pembalakan di Gua Musang semakin menjadi-jadi dengan pihak berkuasa telah mengeluarkan notis supaya ‘blockade’ yang dibina mereka di Pos Gob dibuka selewatnya hari ini atau berdepan tindakan dirobohkan.
“Kuasa dan hasil hutan adalah di bawah kerajaan negeri, justeru, saya mewakili rakan-rakan di Gua Musang menuntut supaya kerajaan negeri tidak menghalang kami daripada mendapatkan hasil rezeki dari hutan tersebut dan menyusahkan kami.
“Malah kami tolak kerajaan zalim yang bertopengkan agama,” katanya.

“Ini tunjuk perasaan halal dan penting” Tun Dr Mahathir gesa Najib berundur

tun-m-bersihKUALA LUMPUR, 20 NOV: Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan BERSIH 5 semalam memberi mesej jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.
Di saksikan puluhan ribu peserta, Dr Mahathir mengucapkan tahniah kepada rakyat yang berani hadir ke perhimpunan aman itu.
“Saya bangga tuan-tuan puan-puan tak sedikit pun takut. Berani kerana benar. Takut kerana salah.

“Saya syukur balik awal (dari lawatan ke Sudan) sempat ambil bahagian dalam BERSIH. Ini adalah tunjuk perasaan yang halal dan penting,” katanya.
whatsapp-image-2016-11-19-at-7-20-44-pmDr Mahathir menyelar Najib di atas salah guna kuasa polis yang bercanggah dengan undang-undang berikutan penangkapan pemimpin-pemimpin utama BERSIH dan pembangkang.
“Najib tidak layak jadi Perdana Menteri. Kita sedih dia salah guna kuasa ke atas polis untuk buat perkara yang bercanggah dengan undang-undang.
“Kita jangan takut. Biar dia datang tangkap kita semua. Kita akan berdiri bersama! Kita pertahan pemimpin kita termasuk Maria Chin.
“Yang penting kita bersatu tak kira kaum. Dalam keadaan aman,” kata beliau.
Menurut beliau, Najib tidak layak memimpin Malaysia akibat isu penyelewengan melibatkan 1MDB yang menyebabkan imej Malaysia tercalar dengan gelaran ‘negara kleptokrasi’.
whatsapp-image-2016-11-19-at-6-08-33-pm
“Negara kita sekarang ditadbir penyangak dan pencuri. Dunia mengenal Malaysia sebagai negara kleptokrasi. Sebuah negara dipimpin penyangak dan penyamun.
“Walaupun umur saya dah tinggi sikit. Tapi saya bersama dengan rakyat mahu Najib undur,” tegasnya disambut tepukan dan sorakan gemuruh peserta.
Beliau menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan menuntuk sebuah kerajaan adil dan demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

SIAPA KITA – NAJIB REGIM ATAU RAKYAT? ‘GST-LAH YANG MENYELAMATKAN KITA’ – RAHMAN DAHLAN


KUALA LUMPUR – “Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan kos sara hidup rakyat adalah disebabkan oleh faktor luaran dan bukannya faktor dalaman,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menurutnya, parti politik dan kerajaan yang ada tidak akan bertindak memberikan kesengsaraan seperti itu kepada rakyat kerana ia akan mengurangkan sokongan mereka.
“Kita faham dan kerajaan bertindak balas mengikut kemampuannya dalam  keadaan ekonomi yang agak bercelaru dari segi cabarannya.
“Keadaan ini terpaksa diterjemahkan kepada pengurangan subsidi ataupun penstrukturan semula subsidi dan ini adalah respons kita kepada faktor luaran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi speaker Sesi Pertama: Diskusi Ekonomi pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Irmohizam Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Terdahulu dalam sesi soal jawab diskusi itu, Abdul Rahman berkata, hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjaya menyelamatkan kewangan negara ekoran penurunan harga minyak di pasaran dunia sejak 2014.

HOREY, HOREY...IBRAHIM ALI JADI PERDANA MENTERI....

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali mengesahkan pihaknya akan meletakkan 50 calon untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket "Barisan Bebas Perkasa."

Jelas beliau, Perkasa tidak akan menggunakan platform parti politik, sebaliknya kekal sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.

Tumpuan kawasan yang akan ditandingi oleh calon "Barisan Bebas Perkasa" ialah majoriti Melayu yang turut ditandingi oleh BN, Pas dan Pakatan Harapan, ujarnya lagi.

Ini tentunya merupakan berita baik bagi orang-orang Melayu. Ini kerana Perkasa merupakan wadah Melayu yang kononnya masih suci dan belum tercemar oleh anasir-anasir luar.
UMNO boleh dikata telah banyak tercemar imej Melayunya kerana di belakang Presidennya, Najib Razak sudah ada Jho Low dan mutakhir ini berbaik-baik pula dengan China.

Sebelum itu pula, UMNO turut gagal memastikan kouta 30 peratus kekayaan negara adalah milik Melayu, malah menjual banyak tanah rizab Melayu kepada syarikat perniagaan milik bukan Melayu.

Pakatan Harapan, jika mengikut tafsiran Perkasa, sudah sah tidak lagi memperjuangkan Melayu kerana ada DAP sebagai ahli komponennya.

Begitu juga dengan PPBM, oleh kerana Tun Mahathir turut berbaik dan selalu duduk semeja dengan Lim Kit Siang, maka perjuangan Melayunya sudah hilang dengan sendirinya.

Demikiankan PPBM daripada kanta mata Perkasa, sehingga Ibrahim Ali sendiri pernah mempersoalkan hala tuju parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu.

Pas pula, mungkin Perkasa susah percaya dengannya. Pendiriannya tidak tetap dan macam nak berbaik dengan semua pihak. Dalam mengata enggan bekerjasama dengan DAP, sebaliknya Pas masih mahu duduk dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR yang ada DAP di dalamnya.

Barangkali ini yang menyebabkan Ibrahim Ali dan Perkasa tidak lagi percaya dengan parti Islam itu.

Maka, hanya Perkasa yang masih suci dan belum tercemar kesucian Melayunya. Kalau umpama janda seksi, Perkasa adalah janda yang kematian suami kerana diserang sakit jantung sebelum sempat menikmati malam pertama lagi.

Ibrahim tak percaya parti politik Malaysia, Perkasa berjuang sendirian

Ibrahim berkata, Perkasa bukan barua Umno, manakala PAS, PKR, DAP, PPBM dan Amanah pula masing-masing mempunyai kepentingan politik sendiri.
ibrahim-ali_perkasa_6001
KUALA LUMPUR: Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan terus memperjuangkan hak orang Melayu bersendirian kerana tidak percaya dengan perjuangan parti politik sedia ada di negara ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, segelintir orang Melayu masih lupa apabila menyokong parti politik berasaskan kaum, iaitu DAP yang jelas hanya mahu memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja.
“DAP pada asas penubuhannya mahu merealisasikan ‘Malaysia Malaysian’. Itu jelas menolak hak orang Melayu dan Perkasa akan terus mempertahankan kedaulatan Melayu.
“Pada hemat saya PAS, PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah masing-masing mempunyai kepentingan politik,” katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Ke-7 Perkasa di Stadium Titiwangsa hari ini.
Pada masa sama, beliau mengulangi pendiriannya yang Perkasa bukannya barua Umno.
“Kita bukan barua Umno, sebab ada yang kata kita dengan Umno.”
Sementara itu, Ibrahim berbangga pemimpin dan ahli Perkasa tidak terlibat dalam perhimpunan Bersih dan Baju Merah yang dianjurkan semalam.

Tiada lagi amaran kosong, terus hukum penjawat awam, kata KSN

Ketua jabatan yang mengeluarkan amaran secara pentadbiran kepada kakiatangan yang melakukan kesalahan tatatertib juga melakukan kesalahan
ali-hamsa
KUALA TERENGGANU: Amalan menghukum penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib dengan hanya memberi amaran secara pentadbiran perlu dihentikan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata hukuman itu terlalu ringan dan tidak mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memastikan semua penjawat awam benar-benar bersih daripada semua perlakuan negatif yang boleh menjejaskan perkhidmatan mereka kepada rakyat.
“Amaran secara pentadbiran ini adalah amaran tanpa rekod. Sepatutnya bila penjawat awam lakukan kesalahan, dia perlu diberi amaran dan tindakan tatatertib daripada potongan gaji, tiada kenaikan pangkat sehinggalah sampai ke peringkat buang kerja.
“Jika kena amaran, tindakan paling minimum yang dia terpaksa hadapi ialah tiada kenaikan pangkat selama setahun…tapi jika ketua jabatan hanya beri amaran pentadbiran, penjawat awam itu tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.
“Jadi, kita akan keluarkan pekeliling kepada ketua jabatan supaya amalan mengeluarkan amaran secara pentadbiran ini tidak lagi digunakan selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan khas penjawat awam negeri Terengganu bersama KSN di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.
Mengulas lanjut, Ali berkata ramai ketua jabatan hanya mengeluarkan amaran secara pentadbiran kepada kakitangan yang melakukan kesalahan tatatertib kerana mahu menjadi ketua yang baik kepada pekerja di bawahnya, sedangkan tindakan itu juga adalah satu kesalahan.

PERKASA tak musuhi kaum Cina, hanya benci DAP

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menegaskan bahawa NGO itu tidak memusuhi kaum Cina sebaliknya hanya menentang DAP kerana sikap parti itu yang cauvanis.
“Saya perlu tegaskan di sini, anti-DAP bukannya anti-Cina. Saya tentang DAP bukan kerana DAP dipimpin oleh keturunan Cina. Saya menentang DAP kerana sikap, pendirian dan kerenah DAP yang cauvanis.
“Saya harap Malaysia faham dan jelas akan hal ini. Saya hormati keturunan Cina kerana mereka ralyat Malaysia yang sah, kerana mereka memiliki hak-hak yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya tidak pernah anti-Cina,” tegas Ibrahim dalam ucapan dasarnya ketika Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 di Stadium Mini Titiwangsa, hari ini.
Malah bekas ahli parlimen Pasir Mas yang lantang bersuara mengenai hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera itu berkata, beliau mempunyai rakan kongsi perniagaan yang berketurunan Cina.
“Sejak beberapa tahun lamanya, rakan kongsi perniagaan saya pun berketurunan Cina. Dengan ini kaum Cina harus sedar, permainan politik DAP menjadi penghalang kepada proses perpaduan nasional Malaysia yang majmuk,” katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, antara sebab lain pihaknya menolak DAP kerana parti itu menentang usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 (RUU355).

Peningkatan kos sara hidup berpunca daripada faktor luaran, sembang menteri Umno

Abdul Rahman Dahlan juga berkata kutipan GST berjaya menyelamatkan kewangan negara ekoran penurunan harga minyak di pasaran dunia sejak 2014
rahman-dalan_malaysia_klcc_600
KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan kos sara hidup rakyat adalah disebabkan oleh faktor luaran dan bukannya faktor dalaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Katanya parti politik dan kerajaan yang ada tidak akan bertindak memberikan kesengsaraan seperti itu kepada rakyat kerana ia akan mengurangkan sokongan mereka.
“Kita faham dan kerajaan bertindak balas mengikut kemampuannya dalam keadaan ekonomi yang agak bercelaru dari segi cabarannya.
“Keadaan ini terpaksa diterjemahkan kepada pengurangan subsidi ataupun penstrukturan semula subsidi dan ini adalah respons kita kepada faktor luaran,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi speaker Sesi Pertama: Diskusi Ekonomi pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Irmohizam Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia
Putra, di sini hari ini.
Terdahulu dalam sesi soal jawab diskusi itu, Abdul Rahman berkata hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjaya menyelamatkan kewangan negara ekoran penurunan harga minyak di pasaran dunia sejak 2014.

PERKASA akan letak 50 calon dalam PRU14

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mengumumkan akan meletakkan 50 calon bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang akan turut bertanding menamakan kumpulan itu sebagai “Calon Barisan Bebas PERKASA”.
Jelasnya, mereka tidak akan menggunakan platform parti politik sebaliknya hanya bergerak sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.
“Kemungkinan PERKASA akan bariskan sekumpulan calon bebas yang dinamakan sebagai calon bebas PERKASA yang akan bertanding dalam PRU14.
“Tumpuan kawasan kita adalah majoriti Melayu yang akan ditandingi oleh BN, PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk kawasan itu. Kita percaya kawasan Melayu yang menang tidak akan jejaskan orang Melayu,” katanya.
Ibrahim berkata demikian kepada para pemberita semasa sidang media Persidangan Agung Tahunan Ke-7 PERKASA 2016 di Stadium Mini Titiwangsa, hari ini.
Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas sebelum ini mengumumkan akan bertanding pada PRU14.
Sambil mengibaratkan dirinya seperti ‘janda seksi’ berikutan beberapa parti politik sudah ‘melamarnya’ untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing, tambahnya, tumpuan beliau sekarang adalah kepada PERKASA.
MP tanpa bayang-bayang parti
Ujar Ibrahim lagi, kini adalah masanya untuk memberikan pelbagai calon alternatif kepada rakyat untuk mengundi.

Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak melahirkan kekesalan berhubung insiden membabitkan Menteri Besar Pahang dan Umno negeri itu yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam menghormati tugas wartawan dengan menghalang mereka daripada membuat liputan konvensyen Umno.
"Ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku di negeri itu namun kali ini keadaannya lebih memalukan kerana membabitkan bukan sahaja individu yang sama malah turut mengheret parti politik yang diketuai dan diwakilinya untuk bersama-sama bertindak secara tidak bertamadun.
"Wartawan bukan insan yang ditugaskan semata-mata untuk menerima penghinaan seperti ini kerana setiap tugasan yang diberi adalah mengikut arahan ketua mereka dan jemputan yang diterima daripada penganjur.
"Peliknya Umno Pahang mahu pun setiausaha akhbar menteri besar Pahang sendiri telah menjemput media untuk membuat liputan Konvensyen Umno tersebut tetapi kemudiannya bertindak menghalau mereka pula pulang," kata Mohd Taufek dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, sekiranya tidak berpuas hati dengan mana-mana akhbar atau media sekalipun, jangan menjadikan golongan wartawan yang turun membuat liputan sebagai mangsa melepaskan geram atau rasa tidak puas hati.
"Ia seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.
"NUJ secara terbuka menganggap tindakan menteri besar Pahang dan Umno Pahang menghalau keluar wartawan daripada majlis mereka sebagai tindakan yang cukup tidak profesional dan membelakangkan prinsip saling memerlukan antara satu sama lain.

Perhimpunan Agung Umno akan bincang kerjasama politik dengan Pas

kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam, kata MT Umnokerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam, kata MT Umno
Langkah mewujudkan kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini, kata seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu Umno secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.
"Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.
"Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno nanti," katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung di sini mulai 29 Nov hingga 3 Disember depan.
Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.
Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam.

AMK bersolidariti, desak polis bebas aktivis BERSIH 2.0 dan pimpinan pembangkang

Angkatan Muda Keadilan (AMK) terus bersolidariti dan menggerakkan usaha mendesak polis membebaskan tahanan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang terbabit dalam BERSIH 5.
Timbalan Ketuanya, Dr Afif Badardin, berkata ia kerana tindakan pihak berkuasa dan kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai salah guna kuasa dan pencabulan terhadap perlembagaan persekutuan dan hak asasi rakyat.

“Saya mewakili seluruh AMK dan rakyat Malaysia pastinya mendesak supaya semua tahanan ini dibebaskan segera dan hentikan sebarang bentuk intimidasi terhadap pimpinan gerakan BERSIH 2.0 dan parti politik pembangkang.
“Kita akan teruskan solidariti dan mobilisasikan anggota AMK untuk terus mendesak polis membebaskan mereka dengan segera.
“Kita akan mulakan di sini kerana kebanyakannya ditahan di sini,” katanya kepada SelangorKini di luar Pusat Tahanan Berpusat Jinjang, di sini, hari ini.
Selepas himpunan BERSIH 5 semalam, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, ditahan polis.

Pembangkang sudah kena ‘main’, sembang Khairy

Isu sebenar gabungan reformasi pilihan raya itu 'hilang' dalam himpunan semalam. Tiada lagi Anwar Ibrahim. Semuanya mengenai Dr Mahathir.
khairy-mahathir
KUALA LUMPUR: Ketua sayap pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya ‘merampas’ wadah Bersih.
“Tahniah kepada Tun Mahathir, beliau berjaya jadikan Bersih wadahnya. Semua pemimpin pembangkang sudah kena ‘main’,” katanya seperti yang dilaporkan, selepas menghadiri konvensyen Pemuda BN hari ini.
Bekas perdana menteri itu menghadirkan diri di tunjuk perasaan semalam dan berucap kepada puluhan ribu penunjuk perasaan di KLCC.
Beliau berkata pemimpin pembangkang dan penunjuk perasaan terbabit tidak sedar yang mereka dipermainkan.
“Akhirnya, isu sebenar gabungan itu ‘hilang’. Tiada lagi Anwar Ibrahim. Semuanya mengenai Dr Mahathir,” kata Khairy seperti yang dilaporkan.
Kepulangan Dr Mahathir dari satu mesyuarat di Sudan dan penampilannya di himpunan semalam menerjah ke ruang hadapan media dan dipamerkan secara meluas dalam laporan antarabangsa.
Pemimpin Bersih nafi bekas perdana menteri itu sudah “merampas” wadah Bersih, dan berikrar akan mengabaikan pihak yang cuba mengganggu agenda reformasi gabungan itu.

PAS, PKR, DAP kutuk penahanan Maria di bawah Sosma

Charles Santiago dan Aliran turut mengecam penangkapan Maria sebagai penyalahgunaan kuasa dan berniat jahat kerana beliau bukan ancaman keselamatan mahupun pengganas.
Maria-Chin_law_6001_1
PETALING JAYA: Parti pembangkang dan sebuah persatuan mengkritik penahanan Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) serta mahu pengerusi Bersih 2.0 dan mereka yang ditahan berhubung perhimpunan haram semalam, dibebaskan segera.
Dalam kenyataan berasingan, PAS, PKR, DAP, Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran) dan wakil rakyat mendakwa kerajaan menyalahgunakan Sosma.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penahanan Maria adalah tidak betul dan keterlaluan memandangkan kerajaan pernah memberi jaminan tidak akan menyalahgunakan Sosma dan undang-undang bagi tujuan politik serta perkara tiada kaitan dengan keselamatan dalam negeri.
“PAS konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salah guna kuasa terhadap sesiapa pun. Oleh itu, PAS menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma.
“Kerajaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang kerana melaporkan isu 1MDB,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan hari ini berkata, Sosma, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara yang diluluskan secara pantas tahun ini bukan untuk membendung pengganas dan aktiviti keganasan, tetapi bagi menakutkan rakyat menyuarakan salah guna kuasa serta dana oleh kerajaan.
“Tangkapan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan kediktatoran.
“Saya seru kerajaan membebaskan semua tahanan tanpa syarat kerana perhimpunan aman semalam terbukti berlangsung dengan jayanya.
“Hentikan perbuatan menyalahgunakan akta untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang hanya kerana perbezaan pendapat,” katanya yang mempersoalkan jika perdana menteri akan mengumumkan lokasi demonstrasi sebagai kawasan darurat dan mengguna pakai Akta Majlis Keselamatan Negara atas alasan “keselamatan” pada masa depan.

Bersih 5: Tangkapan tak jejas semangat bawa perubahan

Siri tahanan berterusan membabitkan pimpinan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak melemahkan semangat rakyat bagi melakukan perubahan terhadap landskap politik dan pentadbiran kerajaan di negara ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perjuangan rakyat bakal berterusan untuk tujuan itu dan sebarang usaha dilakukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pastinya berdepan laluan berliku.

“Segala tindakan dibuat tidak melemahkan semangat kita bagi meneruskan segala usaha malah ia mengukuhkan perpaduan bagi menentang sebarang penindasan,” katanya kepada media di luar Pusat Tahanan Berpusat Jinjang di sini, hari ini.
Selepas himpunan BERSIH 5 semalam, polis bertindak menahan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Mengulas lanjut, Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, difahamkan polis meneruskan beberapa siri tahanan dalam tempoh terdekat selepas ini namun Pakatan Harapan (Pakatan) dan pimpinan NGO lain akan terus berusaha bagi pembebasan mereka kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan.
Katanya, rakyat berhak bersuara dan berhimpun secara aman seperti mana berlaku terhadap BERSIH 5 apabila ramai keluar dan hadir bersama-sama menyatakan sokongan.
“Kita percaya terhadap kebijaksanaan rakyat dan diyakini mereka bersedia untuk satu perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Diharapkan kita akan menyaksikannya dengan pembentukan pentadbiran kerajaan baru di Putrajaya,” katanya.

Bersih ikrar berjuang hapuskan Sosma

Fadiah Nadwa Fikri berkata, penahanan Maria bertujuan melenyapkan tuntutan Bersih bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil.
Fadiah-Nadwa-Fikri
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 berikrar akan berjuang habis-habisan bagi memastikan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, susulan penahanan pengerusinya, Maria Chin Abdullah di bawah undang-undang anti keganasan itu.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Fadiah Nadwa Fikri berkata, penggunaan Sosma bertujuan mendiamkan Bersih yang mahu memastikan pilihan raya bebas dan adil.
“Peguam tidak dapat berjumpa Maria. Dan kami juga tidak tahu di mana dia ditahan,” katanya pada sidang media hari ini, sehari selepas perhimpunan Bersih 5 semalam.
Gerakan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Yunos yang turut ditahan polis awal pagi semalam, turut mengadakan perhimpunan balas semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih menuntut pembebasan segera Maria, ahli dan pemimpin pembangkang serta aktivis Bersih yang lain.
Semalam, bekas Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan berkata, permohonan habeas corpus akan difailkan untuk membebaskan Maria.
Fadiah berkata, Maria ditahan di bawah peruntukan mengenai aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Katanya, Sosma adalah undang-undang zalim kerana ia memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang dianggap menentang demokrasi berparlimen dan digunakan untuk menutup mulut masyarakat serta pengkritik.

Umno BN kian terdesak, takut kebangkitan rakyat

Tindakan polis menahan pemimpin pembangkang dan aktivis BERSIH 2.0 adalah bukti kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) kini terdesak dan ketakutan dengan kebangkitan rakyat.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia sememangnya dijangka berikutan sehari sebelum himpunan BERSIH 5 berlangsung, Pengerusi 2.0, Maria Chin Abdullah ditahan bagi menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.
“Ini menunjukkan ketakutan Umno-BN, mereka sudah rasa tidak selesa dengan kita perlu ditindas, dikekang.
“Tetapi lagi mereka buat begini maka lagi rakyat akan sedar dan bertindak,” katanya kepada SelangorKini di luar Pusat Tahanan Berpusat Jinjang, di sini, hari ini.
Sehari sebelum BERSIH 5, Maria Chin dan Pengurus Sekretariat BERSIH 2.0, Mandeep Singh ditahan diikuti beberapa pemimpin lain.
Selepas berakhir himpunan itu semalam, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula ditahan polis.
Beliau berkata, sememangnya semua pihak kecewa dan sedih dengan penahanan Maria Chin dan dituduh di bawah Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana ia tuduhan berat.
Mengulas mengenai BERSIH 5, katanya, ia adalah kejayaan besar dicapai dalam keadaan rakyat ditakutkan dan diugut.
“Kita lihat taktik polis bagi memecahkan kumpulan peserta kerana kita tidak boleh ke Dataran Merdeka tetapi akhirnya rakyat yang keluar bersama dan berhimpun di KLCC, di situ kita lihat lautan manusia.
“Perkara paling penting ingin saya katakan apabila kita melihatkan sekeliling anda tidak dapat mengenal pasti bangsa yang hadir, semua bangsa ada malah dari Sabah dan Sarawak juga ada.
“Ini adalah kebangkitan rakyat untuk menolak Umno-BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Bersih nafi Dr Mahathir ‘rampas’ wadah Bersih

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 berkata mereka akan abaikan pihak yang cuba ganggu agenda reformasi
thomas-wong
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 menafikan dakwaan kononnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah “merampas” wadah Bersih.
Ahli jawatankuasa Thomas Fann mengalu-alukan penglibatan Dr Mahathir dalam himpunan semalam. Menurut Thomas, Dr Mahathir memendekkan mesyuarat di Sudan, yang diatur tahun lepas, untuk bersama tunjuk perasaan itu.
Namun katanya, bukan Dr Mahathir sahaja yang beri ucapan kerana himpunan turut menampilkan jurucakap daripada parti pembangkang lain.
Sementara itu, ahli jawatankuasa Wong Chin Huat akui pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berjaya menarik sokongan kepada himpunan semalam, yang antara lain mendesak perdana menteri meletak jawatan.
Tetapi beliau mengingatkan tiada pihak boleh mengganggu agenda reformasi gabungan itu: “Mereka yang cuba akan diabaikan.”
Kehadiran Dr Mahathir di himpunan semalam mencuri perhatian media dan diberi liputan meluas oleh media antarabangsa.
Dalam kalangan rakyat juga terkejut, lantaran pentadbiran Dr Mahathir sendiri cuba membanteras gerakan reformasi.

Arahan Tutup: BERSIH minta peniaga tuntut kerugian dari DBKL

Peniaga di sekitar pusat bandar yang didakwa mengalami kerugian akibat perhimpunan BERSIH5 semalam perlu memfailkan tuntutan mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bendahari BERSIH, Thomas Fann berkata ini kerana peniaga diarah oleh DBKL menutup kedai semasa perhimpunan tersebut, maka pihak berkuasa itu harus disalahkan kerana kerugian berkenaan berbanding peserta BERSIH.
"Mereka diarahkan untuk tutup (kedai) oleh Dewan Bandaraya, jadi DBKL bertanggungjawab untuk kerugian itu.
"Kami menasihatkan peniaga-peniaga untuk membuat tuntutan mereka terhadap DBKL dengan segera," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Fann berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian bahawa Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman mendakwa kerugian hampir RM500,000 kerana terpaksa menghentikan operasi mereka semalam.
Arahan DBKL itu dilapor dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa perhimpunan yang menyaksikan kira-kira 40,000 penyokong BERSIH dan 4000 Baju Merah membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur dari Bangsar ke KLCC.

Bersih 5: 4 MP, aktivis ditahan reman 2 hari

Polis telah mendapat perintah tahanan reman selama dua hari untuk menahan empat anggota Parlimen dari pembangkang dan seorang aktivis semasa tindakan keras ke atas BERSIH 5.
Mereka ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishammuddin Rais, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee.
Chua dan Zuraida dari PKR manakala Loke dan Lee pula dari DAP.
Peguam Melissa Sasidaran yang mewakili Chua, Zuraida dan Hishammudin berkata, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 145 dan 511 Kanun Keseksaan.
Seksyen 147 berkaitan dengan rusuhan manakala Seksyen 511 pula memperuntukkan hukuman kerana cuba melakukan jenayah tersebut.
"Mereka akan ditahan dalam lokap di Jinjang. Mereka sangat bersemangat dan akan terus berjuang ke atas tangkapan dan tahanan yang tidak adil," katanya ketika dihubungi.
Lee pula disiasat di bawah sama seksyen yang sama manakala Loke disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana berucap pada Konvensyen Kebangsaan Pakatan Harapan minggu lepas, kata peguam Gobind Singh Deo.
Gobind berkata, Lee akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ketika Loke akan ditahan dalam lokap Balai Polis Seremban.

SIAPA TIRU SIAPA ??!!

KENAPA kumpulan Baju Merah yg berarak tutup muka, bawa kayu dan buluh semasa perarakan semalam ??!!

BERSIH 5: AUTA vs. FAKTA !!!

TAHUKAH ANDA, jika ikut kiraan formula “The Jacobs’ Method” yg byk digunapakai oleh media dan polis di kebanyakan negara luar jumlah peserta #BERSIH5 di sekitar KLCC sahaja sudah menjangkau lebih 35,000 orang. ITU BELUM DIKIRA LAGI DI LOKASI2 LAIN.

TETAPI KENAPA POLIS boleh kira JUMLAH Bersih + Baju Merah 18,000 orang ??!!!

Bersih 5: Antara Media Melayu Penipu Dan Media Cina Yang Telus..!!!

Tidak heranlah jika lidah siar fitnah Umno kerap kalah saman fitnah di Mahkamah...