Sabtu, 19 November 2016

(Bersih 5) Ambiga Sreenevasan: Maria Chin Dan Mandeep Singh Tidak Takut

Bersih 5: Unexpected grand finale

Ambiga ikrar cuba 'keluarkan' Maria Chin

Bersih 5:'Kita Bukan Macam Jamal, Kena Tumbuk Hidung Nangis'

Bersih 5: 'Jangan Peduli BN, Masa Mereka Sudah Tamat'

Bersih 5: Sertai Parti Pembangkang, Ubah Kerajaan

Bersih 5: Pemerintah Hanya Prihatin Dengan Kroni

Bersih 5.0 Full Highlights: 19Nov2016 (Bird Eye View)

Bersih 5: Rezeki Peniaga Cilik Di Jalan Tun Perak

Lim Kit Siang | Bersih5 | Bangsar | 19112016

Lim Guan Eng | Bersih5 | KLCC | 19112016

Tony Pua | Bersih5 | KLCC | 19112016

Lim Kit Siang | Bersih5 | KLCC | 19112016

(Bersih 5) Muhyiddin Yassin: Ini Masa Untuk Rakyat Malaysia Bersatu Hati

Thousands demonstrate against scandal-hit Malaysian PM

Jamal akan ‘diajar’ kalau turun hari ini, kata Zuraida

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mengingatkan hadirin kepada kejadian pemimpin Umno itu ditumbuk apabila turun ke kawasannya
zuraida-jamal-sorry-1
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dan Baju Merah menjadi bahan lawak pimpinan pembangkang di tunjuk perasaan Bersih 5 hari ini.
Pembangkang mempersendakan Baju Merah kerana semua ancaman yang mereka buat sebelum ini tidak dilakukan.
Malah, mereka perasan jumlah peserta Baju Merah sangat kecil berbanding Bersih.
“Mana Jamal sekarang? Mana Baju Merah? Mereka semua lari,” kata Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kepada belas ribu yang hadir di himpunan Bersih 5 di KLCC, petang tadi.
Beliau kemudian mengajak peserta perhimpunan supaya “boo” Jamal dan Baju Merah, dan disambut dengan ejekan yang kuat.
Zuraida mengingatkan hadirin kepada kejadian di kawasan Parlimen Ampang, apabila Jamal cuba menghalang wakil rakyat PKR dan pasukannya daripada mempromosikan himpunan Bersih.
Jamal ditumbuk dalam kejadian itu.
“Rakyat Malaysia yang hadir hari ini berasa gembira apabila mendengar berita Jamal ditumbuk.
“Itu kali pertama kerana sebelum ini dia boleh pergi sana sini berbuat apa sahaja yang dia suka.
“Tetapi bila dia turun Ampang, kami ajar dia. Kalau dia turun hari ini, kami akan ajar dia.

Bersih 5 tak beri kesan kepada pelaburan asing, kata pakar

Pakar ekonomi Hoo Ke Ping berkata pelabur paling mungkin lari kerana kejatuhan nilai ringgit
hoo-ke-ping
PETALING JAYA: Pakar ekonomi Prof Hoo Ke Ping berpendapat Bersih 5 tidak memberi impak kepada sentimen pelabur asing.
Beliau menjawab sama ada laporan luar negara yang mengaitkan himpunan hari ini kepada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjejaskan pelaburan.
“1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Malaysian Official 1 tidak membimbangkan pelabur. Mengapa? Sebab itu cerita basi. 1MDB tidak relevan,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata nilai ringgit yang menjunam sejak minggu lalu boleh menjejaskan pelabur.
“Ringgit menjunam hampir 10% dan 1MDB bukan penyebabnya,” kata Ke Ping.
Beliau mendakwa pelabur asing mungkin memiliki bon kerajaan bernilai RM200 bilion dan sebahagiannya sudah matang antara RM11 bilion hingga RM15 bilion.
Katanya selepas nilai ringgit jatuh, pelabur berkenaan mungkin tidak mahu perbaharui kontrak mereka.
Menyentuh tunjuk perasaan Bersih 5, beliau berkata sesetengah laporan mendakwa kehadiran antara 20,000 hingga 100,000.
“Semua bohong. Saya pasti tak lebih 5,000 orang dan jumlah itu tidak beri kesan kepada orang asing.”

Bersih 5: Parang, buku lima dan drone jadi kes polis

Polis membuka empat kertas siasatan berkaitan perhimpunan di ibu kota hari ini, termasuk tangkapan seorang lelaki yang memiliki senjata berjadual dan serangan terhadap peserta BERSIH.
Siasatan itu susulan 28 laporan polis dibuat melibatkan 20 laporan tangkapan dan lapan laporan am, kata Ketua Polis Kuala Lumpu Datuk Amar Singh Ishar Singh.
Amar berkata seorang lelaki yang ditangkap membawa parang dan buku lima itu disiasat bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya.
Kes serangan terhadap peserta BERSIH pula melibatkan lelaki 33 tahun yang menendang peserta BERSIH, yang disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Amar juga menegur perbuatan peserta membawa kanak-kanak dalam perhimpunan hari ini yang merupakan kesalahan bawah Seksyen 4(2)(F) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dua lagi kes melibatkan rusuhan yang disiasat bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan dan satu lagi melibatkan penggunaan drone, yang disiasat bawah Seksyen 143 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam.
Sementara itu, polis Kuala Lumpur menganggarkan lebih kura 15,500 peserta BERSIH hadir dalam himpunan hari ini dan Baju Merah pula sebanyak 2,500 orang.

Apa seterusnya setelah KL 'dikuningkan' hari ini?

Kedua-dua pihak – BERSIH dan Baju Merah – mengaku berjaya dalam perhimpunan masing-masing hari ini.
Bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan mengumumkan lebih 100,000 orang hadir 'menguningkan' ibu kota hari ini

Beliau terpaksa tampil selepas penggantinya Maria Chin Abdullah ditahan polis bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Di kemuncaknya di KLCC, Malaysiakini menganggarkan kira-kira 40,000 penyokong BERSIH hadir, manakala jumlah Baju Merah pula kira-kira 4,000 orang – 10 kali ganda kurang.

Angka dicapai kedua-dua kumpulan kurang berbanding demo BERSIH4 dan Baju Merah sebelum ini.
Baju Merah ternyata lebih terkesan dengan penangkapan pemimpin utamanya Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang kemudian menyebabkan hanya beberapa ratus orang sahaja penyokongnya tinggal petang ini.

Baju Merah juga menunaikan kurang komitmen berbanding BERSIH apabila mereka dirakam dibekalkan dengan makanan untuk mengisi perut.
Bagaimanapun, BERSIH juga tidak sunyi dengan kritikan selepas berulang kali dibangkitkan berkaitan protes ala-karnival – bersorak sebentar dan kemudian bersurai.

Penganjur sejak awal berkata mereka akan berkumpul di Dataran Maybank di Bangsar dan Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, hampir sebahagian daripada mereka memilih 'jalan pintas' ke Dataran Merdeka menggunakan LRT ke Masjid Jamek.

Selepas BERSIH mengumumkan perpindahan tempat ke KLCC, hanya beberapa ribu orang memutuskan untuk berarak menuju destinasi di sepanjang Jalan Ampang dari Masjid Jamek.
Jika mereka ada masalah berjalan kaki lebih jauh, apa yang buatkan mereka fikir protes itu boleh menjatuhkan pemimpin yang mereka gelar sebagai korup itu.
Angka perhimpunan juga tidak dapat bertambah lagi selepas angin mendung berarak di udara KLCC. Ketika itu orang sudah mula beredar.

Sementara itu, perhimpunan hari ini juga secara tidak langsung menunjukkan kebolehan parti-parti untuk menggerakkan penyokong mereka.

Ambiga: Tidak adil Maria ditahan mengikut Sosma

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga membantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Bantahan itu disuarakannya dalam himpunan Bersih 5.0 di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini, hari ini.
Ambiga: Tidak adil Maria ditahan mengikut Sosma Menurutnya, penahanan beliau (Maria) mengikut Sosma adalah tidak wajar.
"Adilkah perkara ini? Bolehkah kita terima situasi seperti ini?
"Hari ini, kita akan buat apa sahaja dan yakin bahawa dia (Maria) akan bebas nanti! ," katanya.
Beliau menjelaskan, Bersih perjuangkan kebenaran dan beliau sendiri tidak faham mengapa mereka (kerajaan) takut sangat dengan Bersih.
Jelasnya, mengapa kerajaan menyorokkan kebenaran!
"Adakah perjuangan kita semua ini palsu? Tidak.. perjuangan kita adalah benar.
"Ada kumpulan cuba 'lumpuhkan' Bersih, tapi gagal. Siapa yang berjaya? Bersih berjaya...kerana semangat kita semua di sini," tegasnya.
Perhimpunan berkenaan berakhir kira-kira jam 6 petang tadi.

BERSIH 5: Himpunan berjaya, polis kawal hingga akhir

Himpunan BERSIH 5 yang berlangsung di ibu negara hari ini berjalan lancar dengan semua pihak memberi kerjasama tanpa berlaku insiden tidak diingini.
Sejak awal pagi hingga lewat petang, peserta himpunan mematuhi segala arahan diberi bagi memastikan ia berjalan aman seperti dirancang.

whatsapp-image-2016-11-19-at-6-14-02-pmWalaupun penganjuran himpunan itu cuba diganggu pihak tertentu khususnya Gerakan Baju Merah, namun usaha terbabit tidak berhasil ekoran kebijaksanaan pasukan polis mengawal keadaan.
Kepatuhan peserta tidak menceroboh kawasan larangan seperti Dataran Merdeka dan Dataran Bandaraya Kuala Lumpur, memudahkan tugas polis mengendalikan himpunan hingga ke akhir.
Ketiadaan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dalam himpunan kali ini tidak memudarkan semangat rakyat bagi meneruskannya, malahan penyertaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan kelainan bagi edisi kali ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu disertai Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti lain.
Tidak ketinggalan, mantan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya juga Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar juga pimpinan dari DAP juga Amanah.
Himpunan kali ini bagi menuntut pilihan raya bersih, kerajaan bersih, memperkukuh demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasakan Sabah dan Sarawak.
Hampir 70,000 peserta menyertai BERSIH 5 dan ia disifatkan berjaya oleh penganjur.

Merah hilang dalam gelombang kuning menjelang petang

Peserta Perhimpunan Aman BERSIH 5 semakin ramai membanjiri ibu kota pada sebelah petang.
Bagaimanapun, satu lagi kumpulan yang turut mengadakan demontrasi hari ini, kumpulan baju merah pula semakin menghilangkan diri.

4df5b26d-ed66-4eaa-b8cb-554b96c71ecc-1Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, ini membuktikan anggota baju merah tidak mempunyai daya ketahanan seperti peserta BERSIH 5.
“Petang ini merah dah hilang. Mereka bila lapar, mereka baliklah,” kata Shamsul Iskandar di pentas sementara berhampiran KLCC petang ini.
Jelasnya, ini turut menunjukkan perjuangan baju merah tidak diterima rakyat.
Sementara itu, di KLCC petang ini mengumpulkan pemimpin utama parti politik dan juga pelbagai NGO.
Antara yg turut memberikan ucapan adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Mihyiddin Yassin.

Perhimpunan Bersih 5 di KLCC paling besar, baju merah bersurai awal


Tun Dr Mahathir berucap di KLCC bersama pemimpin pembangkang yang lain.Tun Dr Mahathir berucap di KLCC bersama pemimpin pembangkang yang lain.

Para peserta Bersih 5 menyifatkan perhimpunan kali ini paling besar dan berjaya berbanding perhimpunan sebelum ini.
Kalau Bersih 4 dikatakan didominasi oleh kaum Cina, Bersih 5 kali ini disertai oleh pelbagai kaum di negara ini.
Mohamad Sabu mengecam penahanan Maria Chin.Mohamad Sabu mengecam penahanan Maria Chin.Dengan peserta yang berjumlah ratusan ribu orang, mereka kini berkumpul di perkarangan KLCC selepas di halang berhimpun di Dataran Merdeka.
Tun Dr Mahathir turut berucap di hadapan bangunan ikonik negara yang mana beliau adalah arkiteknya.
Turut berucap adalah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan  bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu turut berucap kepada orang ramai di sini.
Beliau mengutuk penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.
Katanya, Maria tidak pernah menyebut berkaitan menggulingkan kerajaan.
“Dia hanya sebut tukar kerajaan melalui pilihan raya. Tiba-tiba di ditahan Sosma,” katanya.
Tun Mahathir yang kini berumur 91 tahun berjalan kaki ke KLCC bersama pengikutnya.Tun Mahathir yang kini berumur 91 tahun berjalan kaki ke KLCC bersama pengikutnya.Tun Mahathir mulanya berjalan kaki bersama dengan Tan Sri Muhyiddin dan lain menuju ke KLCC.
Beliau kemudiannya menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama Muhyiddin serta naib presiden yang juga anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub.
Turut berada bersama di atas kenderaan pacuan empat roda itu ialah Ketua Setiausaha Sekretarian Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Ketibaan mereka disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai di KLCC.
Peserta Bersih 5 di sekitar KLCC.Peserta Bersih 5 di sekitar KLCC.
 Bendera Bersih 5 dikibarkan di perkarangan KLCC.Bendera Bersih 5 dikibarkan di perkarangan KLCC.

KLCC titik pertemuan Bersih 5 selepas disekat ke Dataran Merdeka


Peserta Bersih 5 kini memenuhi KLCC di luar dan dalam bangunannya selepas tidak dibenarkan masuk Dataran Merdeka.Peserta Bersih 5 kini memenuhi KLCC di luar dan dalam bangunannya selepas tidak dibenarkan masuk Dataran Merdeka.
Pusat Arahan Bersih 5 petang ini memaklumkan tempat berkumpul semua peserta Bersih 5 di KLCC sebagai titik perhimpunan baru.
Ini kerana pihak berkuasa telah menutup beberapa laluan ke Dataran Merdeka walaupun peserta berhimpun secara aman di dua lokasi di Dataran Maybank dan Masjid Negara.

Komandan Bersih 5 menyeru kepada semua peserta untuk mula bergerak ke KLCC dengan cara tenang dan teratur untuk memudahkan perhimpunan berlansung aaman di KLCC.
Pihak penganjur memaklumkan program akan terus diadakan di sana hingga jam 6 petang sebelum semua diminta bersurai.
Bebaskan Maria Chin segera
Peserta Bersih 5 yang berkumpul di depan bangunan iconic KLCC selepas mereka dihalang dari masuk ke Dataran Merdeka.Peserta Bersih 5 yang berkumpul di depan bangunan iconic KLCC selepas mereka dihalang dari masuk ke Dataran Merdeka.

Pengarah pilihan raya PKR Datuk Saifuddin Nasution İsmail ketika berucap di depan KLCC menuntut Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dibebaskan segera.
"Rakyat dari semua negeri berhimpun di sini untuk menolak kezaliman.

Tun M sarung baju Bersih setibanya di KLIA dari Sudan

 Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tiba  dari Sudan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 pada acara kemuncaknya jam 2 petang ini.
Foto Dr Mahathi  yang baru tiba  jam 12.03 tengahari  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) sebentar tadi menangkis dakwaan pengikut Gerakan Baju Merah dan anti Bersih bahawa Dr Mahathir cuba 'melarikan diri'  daripada  menghadiri himpunan Bersih meleset sama sekali.
Tun Mahathr ketika tiba di KLIA jam 1.005 petang tadi sudah memakai Baju Bersih.Tun Mahathr ketika tiba di KLIA jam 1.005 petang tadi sudah memakai Baju Bersih.
 Dijangka Dr Mahathir dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassing, Ketua Srikandi Anina Saadudin, Ketua Armada Syed Shadiq Syed Abdul Rahman berkumpul di rumah Muhyiddin  dan mereka  akan berkumpul bersama peserta Bersih di Dataran Maybank petang ini sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Dr Mahathir pada Rabu telah menyeru agar rakyat Malaysia turun dalam perhimpunan Bersih 5 melalui rakaman klip videonya yang memakai Baju Bersih 5.
Kehadiran Dr Mahathir hari ini adalah kali kedua pernah dihadirinya  yang pertama pada 2015 dalam Bersih 4  lalu.
Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk A Kader Jassin yang turut berkumpul di Dataran Maybank petang ini untuk menuju ke Dataran  Merdeka.Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk A Kader Jassin yang turut berkumpul di Dataran Maybank petang ini untuk menuju ke Dataran Merdeka.
 (dari kiri) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di kawasan Dataran Maybank.(dari kiri) Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di kawasan Dataran Maybank.

Peguam terkejut Maria ditahan di bawah Sosma

Aktivis hak asasi manusia berkata pengerusi Bersih itu tidak ada kaitan dengan pengganas atau keganasan.
maria-chin-sosma
PETALING JAYA: Peguam Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah terkejut apabila mendapat tahu beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen tergamam apabila diberitahu mengenai penggunaan undang-undang keselamatan itu: “Sosma tidak sepatutnya digunakan terhadap orang seperti Maria. Beliau sebahagian daripada demokrasi dan tidak ada kaitan dengan pengganas atau keganasan,” katanya.
Beliau merujuk kepada menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam perbahasan Parlimen yang berkata undang-undang itu digunakan terhadap kumpulan pengganas Al Maunah, pemberontakan dan perang gerila.
Menurut Paulsen, beliau diyakinkan oleh pegawai penyiasat semalam bahawa Maria ketika ditahan tidak disiasat di bawah Sosma.
“Tiba-tiba saya dihalang daripada bertemu Maria. Mereka tangguh-tangguh, tiada siapa mahu bertanggungjawab. Kemudian saya buat beberapa panggilan dan mendapati beliau disiasat di bawah Sosma dan oleh sebab itu saya tak boleh berjumpa dengannya.”
Tempoh tahanan reman biasa lazimnya 24 jam tetapi boleh dilanjutkan bergantung kepada tahap kesalahan sekiranya siasatan tidak boleh diselesaikan dalam masa 24 jam.
Sosma membenarkan penahanan 28 hari tanpa bicara.
Paulsen menyifatkan penahanan seperti itu ke atas Maria sebagai “sangat berat”.
Maria dan urusetia Bersih Mandeep Singh ditahan pada Khamis selepas serbuan ke atas pejabat gabungan itu di Petaling Jaya.

Bersih 5: 'Sebiji telur kongsi satu rumah'

Isu kemiskinan petani Baling pernah mencetuskan demonstrasi besar di ibu negara di era aktivisme pelajar sekitar tahun 70-an.
Selepas lebih 40 tahun, perkara itu rupa-rupanya masih membelenggu, sekurang-kurangnya bagi seorang warga emas 68 tahun yang hadir ke perhimpunan BERSIH5 di ibu negara hari ini.
"Kami orang kampung hidup susah. Kami datang sini menaiki bas untuk kami menyatakan kesengsaraan kami.
"Cukuplah himpunan BERSIH5 ini, kami mahu kerajaan pula mainkan peranan mereka.
"Fahami kesusahan rakyat. Kami telur sebiji kongsi satu rumah," kata lelaki yang enggan namanya disebut itu dengan nada sebak.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini petang ini di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, ketika orang ramai mula bersurai.

Ketika ditemui, persimpangan Kampung Baru menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman sudah dibuka untuk kenderaan lalu lalang.
Lautan kuning membanjiri Kuala Lumpur hari ini bagi mendesak pilihan raya yang bebas dan adil, selain pengunduran Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berdepan dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.
Kumpulan anti-BERSIH, Baju Merah turut berhimpun di ibu kota, tetapi jumlah mereka jauh lebih kecil.

Wan Azizah: Rakyat derita, Najib pula nyanyi ‘Shalala Lala’

Beliau sempat menggelek seperti Najib, menyebabkan hadirin tertawa.
wan-azizah
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan kegetiran nasib rakyat kebanyakan.
Beliau sempat mempersendakan video yang memaparkan Najib menyanyi dan menari lagu “Shalala Lala” bersama Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
“Wahai perdana menteri, kita semua sedang merana, tapi kamu masih menyanyi lagu ‘Shalala Lala’,” katanya sambil menggelek seperti Najib, lalu mengundang gelak tawa hadirin.
“GST, harga minyak menyebabkan kita menderita, tapi kamu berseronok di China, kemudian Jepun dan sekarang Peru.”
Najib sedang dalam lawatan kerja ke Lima, Peru, bagi menghadiri mesyuarat ketua-ketua negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Pembangkang menggambarkan lawatan Najib ke beberapa negara sebagai usaha untuk menyelamatkan kerugian yang ditanggung akibat dakwaan penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad.
Gambaran itu diulang beberapa kali hari ini, dalam himpunan yang mendesak Najib meletak jawatan.
Wan Azizah memulakan ucapannya petang tadi dengan menyampaikan salam suaminya, Anwar Ibrahim, kepada penunjuk perasaan.
Beliau mengakhiri ucapan dengan menyeru pembebasan suaminya, serta aktivis-aktivis lain yang ditahan hari ini dan semalam termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Maria ditahan dalam satu operasi anti-rusuhan. Beliau ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Peserta Bersih 5 bertukar jadi pengutip sampah pastikan bersih

Sukarelawan Bersih 2.0 memastikan sampah dikutip dan keadaan jalan raya kembali bersih seperti sebelum perhimpunan.
bersih-sampah
KUALA LUMPUR: Sikap berlawanan dalam soal menjaga kebersihan di antara peserta Bersih 5 dan Baju Merah amat ketara pada perhimpunan kali ini.
Tinjauan FMT mendapati keadaan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) kembali bersih seolah-olah tidak ada sebarang acara besar berlaku di sana, sedangkan dari awal pagi ribuan penyokong Bersih mula berkumpul di situ.
Rata-rata peserta mamatuhi arahan yang dikeluarkan pihak sukarelawan Bersih 2.0 supaya mengutip sampah dan meletak di tempat yanh disediakan.
“Inilah kita Bersih, kita makan, minum dan kita kutip sampah di sekitar, kita bukan kumpulan pengotor,” kata salah seorang sukarelawan Bersih, Amanda.
“Kami kutip sampah secara sukarela, tidak mendapat sebarang upah, sesuai dengan nama himpunan kita Bersih, jadi kawasan pun kena bersih,” kata peserta Jimz Wong.
Keadaan itu berbeza dengan himpunan Baju Merah yang meninggalkan Padang Merbok dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.
Penyokong Bersih mula meninggalkan kawasan Masjid Jamek dan Jalan TAR dan mereka seterusnya menuju ke KLCC di mana bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin utama pembangkang turut berada di sana.

Kita tak perlu mengganas, kata Adam Adli

Aktivis jelaskan klip video seorang peserta berbalah dengan peserta lain mengenai mencabar halangan polis sekitar Dataran Merdeka
adam-adli
PETALING JAYA: Seorang peserta tunjuk perasaan yang berdegil mahu mencabar halangan yang polis dirikan di Dataran Merdeka diamankan selepas diberitahu tindakannya hanya akan menggugat kejayaan himpunan Bersih 5.
Aktivis Adam Adli berkata lelaki itu menggesa peserta supaya bertembung dengan pihak berkuasa, supaya mereka boleh berarak ke Dataran Merdeka.
Laluan ke mercu tanda itu dikawal polis dengan kekuatan meriam air.
Satu rakaman video tersebar tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berbalah dengan bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan sebelum Adam mencelah dan mengamankan keadaan.
Adam berkata semua orang punyai hak berbeza pendapat tetapi tunjuk perasaan hari ini tidak boleh digagalkan.
“Pihak berkuasa turun dengan meriam air dan akan menyekat kita daripada menjejak kaki ke Dataran jadi kita hanya perlukan rancangan lain untuk capai tujuan kita,” kata Adam.
Katanya perhimpunan itu menemukan rakyat pelbagai hasrat dan pemikiran, tetapi penyelesaian yang aman boleh dicapai disebalik semua perbezaan mereka.
“Sepanjang 2 bulan lepas kita menahan sabar dan bertolak-ansur, dan cuba menunjukkan teladan yang baik. Kalau tiba-tiba hari ini kita bertukar ganas, sia-sialah usaha kita dalam tahun-tahun sebelum ini.”
“Itu yang cuba saya sampaikan kepada beliau dan akhirnya beliau faham,” katanya.

Mahathir pulang dari luar negara demi BERSIH5

Walaupun mempunyai agenda lain di luar negara hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap pulang untuk bersama-sama ribuan rakyat Malaysia dalam perhimpunan BERSIH5 di ibu negara.
Perdana menteri keempat itu menyertai kumpulan Baju Kuning di stesen kereta api LRT di Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang ini.
Berbaju rasmi BERSIH 5 dan bertopi putih, beliau diiringi oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Umno Datuk Seri Mukhriz, yang juga anaknya.
“Ramai orang hadir hari ini tetapi kerajaan pengecut, mahu halang demonstrasi yang menjadi hak rakyat, yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya
Ditanya sama ada perhimpunan hari ini kebanyakannya dihadiri oleh orang Cina, Mahathir berkata persoalan kaum tidak berbangkit dalam isu itu.

“Semua orang bimbang dengan kerajaan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Mahathir sebelum ini dirakam turut daripada pesawat setelah dikatakan pulang daripada menghadiri acara lain di Sudan.
Kehadirannya pasti mengejutkan sesetengah pihak setelah beliau membayangkan tidak hadir acara hari ini, dalam temu bual bersama radio atas talian Radio Bangsar Utama.

Lebih 40,000 peserta BERSIH 'kuningkan' KLCC

Kawasan lapang berhadapan Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah KLCC di Jalan Ampang kini dibanjiri lebih 30,000 peserta BERSIH5 petang ini.
Mereka berkumpul di situ dari beberapa lokasi selepas mendapat arahan daripada pengelola perhimpunan.
Sebahagian daripada mereka tiba di lokasi berkenaan menaiki LRT, manakala selebihnya berjalan.
Jika berjalan tempoh yang diperlukan untuk tiba ke situ dari kawasan Masjid Jamek ialah kira-kira 30 minit. Dianggarkan 3,000 orang memilih untuk berjalan setakat ini.
Dianggarkan ada kira-kira 30,000 orang sedang berkumpul di situ atau kawasan berhampiran sambil mendengar ucapan beberapa pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir tiba di perhimpunan hari ini sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari luar negara.
Turut kelihatan di atas kenderaan pacuan empat roda bersama Dr Mahathir dan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok dari PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Sementara itu kira-kira 2,000 lagi penyokong BERSIH masih melepak di Jalan Tun Perak manakala sebahagian besar peserta Baju Merah sudah bersurai.

Dr M: Penjara tak cukup besar untuk kita semua

Bekas perdana menteri beri pengiktirafan kepada keberanian peserta Bersih 5
mahathir-bersih-5
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi pengiktirafan kepada penunjuk perasaan yang merentasi ibu negara untuk perhimpunan Bersih 5.
“Kita tak takut kerana kita tahu kita tak salah,” katanya kepada 18,000 hadirin yang berhimpun di pusat beli belah KLCC. Beliau menggesa orang ramai supaya menumbangkan kerajaan, yang digambarkan sebagai kejam.
Dr Mahathir, 91, menggesa orang ramai supaya berani, walaupun berdepan pemenjaraan.
Polis menahan 15 aktivis dan ahli politik, termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan ketua Gerakan Baju Merah Jamal Md Yunos.
Dr Mahathir mengingat: “Tidak ada penjara yang cukup besar untuk kita yang berhimpun hari ini,” dan kemudian membidas gerakan Baju Merah yang dianggap mahu mencetuskan huru-hara.
Tangkapan dan tahanan reman Jamal, katanya, cuma drama.
“Mereka cuba takut-takutkan kita, tapi kamu semua kuat,” katanya, dan menambah beliau tidak pernah menyaksikan perhimpunan sebesar hari ini dalam 70 tahun sejarah kerjaya politiknya.
Dr Mahathir memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Beliau bertegas mereka yang tidak menyokong pembangkang akan dilihat menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mungkin ada antara kita di sini yang belum lagi bersama parti pembangkang. Saya rayu tuan puan semua supaya sertai parti pembangkang hari ini. Saya ajak kamu sertai PPBM. PPBM akan bersama semua parti pembangkang tumbangkan Najib.”
Dr Mahathir merupakan pengerusi parti itu, yang ditubuhkan tahun ini selepas meninggalkan Umno.

WORLD BERSIH!

Bersih 5.0: Hari ini dalam sejarah

'Negaraku' penutup tirai BERSIH 5

"Kita bukan Jamal, kena tumbuk dihidung menangis," kata Tun M

Anak Tun M ucap terima kasih hadir BERSIH 5, gesa rakyat terus berjuang

"Saya dah tua tetapi anda semua yang masih muda," kata Muhyiddin

BERSIH 5: Perkembangan perhimpunan di sekitar KLCC jam 6 petang

Sertai semua parti politik yang menolak Najib kata Muhyiddin

Bersih 5: Arrests ahead of Malaysia anti-government rally

Sertai semua parti politik yang menolak Najib kata Muhyiddin

"Sekarang Jamal pergi mana? Merah sudah lari," perli Zuraida

Bersih 5: Peserta Baju Merah Ditahan

#BERSIH5 : Ucapan Presiden KEADILAN di KLCC

#BERSIH5 : Najib si kleptokrasi, rakyat tolak! -Azmin

#BERSIH5 : Kumandang azan, semua bangsa hormatinya! KLCC

Bersih 5: A bird's eye view of rally-goers gathering around KLCC

Suasana BERSIH 5 - Kumpulan Merah di Dang Wangi & KTM Bank Negara

Suasana BERSIH 5 - Perarakan di sekitar Masjid Jamek

Wan Azizah speaking at KLCC

Jamal kena tumbuk terus menangis kata Tun M

Bersih 5: Tun M, Muhyiddin Di Tengah Lautan Kuning

Bersih 5: Walaupun hujan, Tun Siti Hasmah tetap berhimpun di KLCC

BERSIH 5 cecah lebih 30,000 peserta di KLCC

Bersih 5: Baju Merah cetus provokasi ditahan polis

Bersih 5: "Kami datang tak dibayar," luah Baju Merah

3 ptg: Pemimpin pembangkang tiba di KLCC

3 ptg: Pemandangan lautan Baju Kuning dari atas Masjid Jamek

"Jamal rosakkan nama Sekinchan, saya mohon maaf," kata ADUN Sekinchan

Plakad serupa 'pemimpin' ditayang di BERSIH 5

Bersih 5: Kit Siang, Guan Eng dirakam menuju ke KLCC

Baju Kuning mahu rempuh tapi dihalang Baju Ungu

Pertembungan 'panas' antara Baju Merah dan Baju Kuning

"Kita turun BERSIH 5 kerana cintakan negara," kata Mujahid

Rakyat ada hak berhimpun tak kira warna baju, kata Mujahid

Bersih supporters from Bangsar, Masjid Jamek on the move

Bersih 5: Free buns, water for yellow shirts while food stalls enjoy bri...

"Tangkap 1 Merah, ribuan Merah bangkit," kata Armand

Suasana BERSIH 5 - Sekitar Dang Wangi - 12 tengahari

Red Shirts assemble at Jalan TAR, bound for Sogo

Bersih 5: Red Shirts allowed to go past police barricade at Sogo

Bersih 5: Police arrest a Red Shirt supporter

Bersih 5: Aksi Ambiga berunding dengan polis

Bersih 5: Laungan 'terima kasih abang polis' bergema

Suasana BERSIH 5 - Sogo Sekitar jam 9 pg - 11 pg

Bersih 5: Police standby with barricades and water canon cars

BERSIH 5 mula bergerak dari Bangsar, FRU sedia

'Pok Su Mat' hampir kena tumbuk, kena paksa pakai baju Merah

Bersih 5 in Penang gaining momentum

Bersih 5: Activist Marina Mahathir condemns arrests of rally leaders

Kelibat 'Aunty Bersih' muncul di Jalan Tun Perak

Bersih 5: Prof Dr Azmi Sharom cheers on rally-goers in Bangsar

Mahasiswa nyanyi lagu 'tentang korupsi'

Penyanyi Aisyah di perhimpunan Bersih

Baju Merah lepasi halangan pertama polis di Maju Junction

Armand berunding dengan polis untuk lalu ke Padang Merbok

Merah 'provoke' Kuning di Kompleks Pertama

Peserta Bersih dipaksa tukar baju Merah

Bersih 5: Rally-goers sing Negaraku

'Uncle Soh' muncul beri pantun jenaka BERSIH 5

Bersih 5: Kami tidak gentar - Ambiga

Baju Merah selisih Baju Hitam di PWTC

Bersih supporters head to Masjid Jamek

Nurul Izzah tiba di Bangsar, hari ini harijadinya

'Penderma Arab' muncul laung BERSIH..BERSIH

10:23 pagi - Orang Asal pun juga sertai BERSIH 5

Suasana ceria himpunan Bersih 5 di LRT Bangsar

Suasana Bersih 5 - Sekitar jam 9 pg - 10 pg

"Baju Merah jangan nakal-nakal, jumpa di Dataran Merdeka," kata Armand

Hishamuddin Rais ditahan

"Kita semua adalah Maria, kita semua Mandeep," kata Ambiga

Red-shirts chant prayers as they march to PWTC

Perkembangan Bersih 5 di Dataran Maybank, Bangsar

Bersih 5: Suasana di Masjid Negara

Aksi Baju Merah lalu depan Baju Kuning

#BERSIH5 — Baju Merah mula rempuh, Baju kuning mengalah

Jamal finally nabbed ahead of Bersih 5

BERSIH 5 mula kelihatan di Bangsar, keadaan tenang

Gelagat penyokong Baju Hitam, Baju Merah di rakam di Masjid Jamek

Bersih 5: Dataran Merdeka dikawal polis, keadaaan tenang

Berish 5: Polis kawal trafik jalan, lencongan sekitar KLCC dan Bukit Nanas

Bersih 5: 'Kami sokong jika itu pilihan terbaik baginya' - Ibubapa Anis Syafiqah

Anis Syafiqah Md Yusof
Wajah mereka tenang ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah menjelang tengah malam tadi.
Md Yusof Samdin dan isterinya, Maznah Sulong masing-masing berusia 49 tahun serta seorang anak gadis mereka berada di situ bersama kira-kira 20 aktivis lain.
Ibu bapa aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM), Anis Syafiqah itu mulanya dalam perjalanan dari Sungai Besar, Selangor menuju ke rumah ahli keluarga di Sentul di ibu negara.
Namun, hasrat tersebut kemudiannya terbantut apabila terus bergerak ke IPK berkenaan selepas dimaklumkan anak sulung mereka ditahan di situ.
"Kami ke mari hanya mahu memastikan di mana anak kami dibawa dan mengetahui keadaannya selepas ditangkap ketika Anis berada di Petaling Jaya.
"Dapat saja panggilan terus ke mari. Harapnya esok (hari ini) reman, Anis dan rakan-rakan seperjuangannya segera dibebaskan," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline jam 11.30 malam tadi.
Antara permata dan kaca
Ditanya tentang penglibatan Anis dalam aktivisme kampus, kedua-dua ibu bapa yang tenang ini yakin dengan kebijaksanaan anak mereka dalam memilih antara permata dengan kaca.
"Dia masuk universiti dan ada pertimbangannya sendiri. Bagi saya jika itu pilihan terbaik baginya, pasti saya memberi sokongan.
"Tidak melarang dan menghalang. Saya serahkan pada kebijaksanaannya. Anis sudah boleh berfikir mana yang baik atau buruk. Saya percaya bila dia masuk universiti banyak perkara yang dipelajarinya dan tidak mahu terhenti begitu sahaja," ujar Yusof.
Sementara itu, Maznah selama ini sentiasa mengingatkan anaknya yang menuntut di Fakulti Bahasa dan Linguistik dalam jurusan bahasa Arab itu supaya tidak pernah melupakan Allah dalam meniti cabaran kehidupan.
"Anis menterjemah semula ilmu yang ditimba dalam tindakan. Dia tidak berdiam diri. Kami memberi sokongan penuh terhadap anak sulung kami dengan apa yang diyakininya.
"Setiap kali dia telefon saya, saya sentiasa ingatkan baca al-Quran, jangan tinggal selawat. Kalau kita tolong agama Allah, InsyaAllah, Allah pula tolong kita.

Bersih 5: Peserta, polis mula berkumpul di pusat bandar

  
Selepas kempen yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5 dan perhimpunan lawannya oleh Gerakan Baju Merah.
KUALA LUMPUR: Selepas kempen berminggu-minggu yang menyaksikan tuduh-menuduh, amaran pihak berkuasa malah pergelutan yang bertukar ganas, ibu negara hari ini bersedia untuk perhimpunan Bersih 5, di samping sebuah lagi perhimpunan lawan untuk menghalangnya diketuai ketua bahagian Umno, Datuk Seri Jamal Yunos.
Dataran Merdeka lengang, hanya polis berpakaian seragam di sepanjang kawasan.
Polis turut meletakkan pagar besi dalam menghalang jalan semua jalan menuju Dataran Merdeka.
MetalBudak
Trak FRU dan polis mula tiba di kawasan sekitar Masjid Jamek, dan beberapa pegawai polis dilihat memberi taklimat kepada anggota keselamatan.
FRU
Penyokong Bersih dilihat berkumpul di luar Majid Negara. Kebanyakan mereka di sini tiba dari utara Semenanjung, tetapi masih tidak memakai baju kuning Bersih.
Peguam Baju Merah, Mohd Imran Tamrin memaklumkan Jamal Yunos akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang pada 2.00 petang.
Crowds

 

Bersih 5: Fikir 2 kali, Putrajaya ulangi amaran

Penangkapan seramai 14 sejak petang semalam bagi menghalang mereka terus 'menghasut' orang ramai menyertai perhimpunan hari ini, kata sumber kanan kerajaan.
bersih_today_merah
KUALA LUMPUR: Selang beberapa jam Bersih 2.0 dan lawannya Baju Merah dijangka memulakan perhimpunan masing-masing, Putrajaya sekali lagi menyeru kedua-dua pihak membatalkan rancangan mereka, sambil memberi amaran akan melakukan apa sahaja memastikan keselamatan awam.
“Kami menyeru rakyat supaya fikir 2 kali sebelum menyokong mana-mana pihak atau menyertai demonstrasi yang hanya memenuhi agenda pemimpin mereka, tanpa keprihatinan terhadap rakyat,” seorang pegawai kanan mewakili kerajaan memberitahu FMT.
Kenyataan itu selepas polis menangkap seramai 14 orang sejak petang semalam, bermula dengan penangkapan Pengerusi Bersih 20.0 Maria Chin Abdullah, dan diakhiri dengan penahanan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos di sebuah hotel lewat malam tadi.
“Kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan kedua-dua peserta demonstrasi mencetuskan kekacauan dan keganasan di Kuala Lumpur dan seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata penangkapan yang dilakukan ke atas beberapa orang adalah bagi menghalang mereka daripada terus “menghasut orang ramai menyertai perhimpunan”.
“Kedua-dua pihak wajar membatalkan demonstrasi kerana ia tidak akan mencapai apa-apa selain daripada menganggu perniagaan di pusat bandar Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan trafik,” tambahnya.

Clare Rewcastle-Brown stresses the importance of attending Bersih 5

Polis, FRU sudah bersiap sedia

Aksi Pikachu hadir BERSIH 5 jadi tumpuan

Walaupun diri 'bertongkat', Isaiah tetap hadir BERSIH 5

BERSIH 5: Perubahan di tangan mu.... Jamal 300,000 army

BERSIH 5: The world see us as ONE, the true BERSIH spirit

Bersih 5: SUHAKAM pertahan hak rakyat berhimpun

Semua rakyat Malaysia termasuk penjawat awam, guru, pelajar institusi pengajian tinggi dan ahli akademik berhak menyertai sebarang perhimpunan aman tanpa senjata seperti yang termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail berkata, tindakan mengeluarkan pekeliling untuk menghalang rakyat berhimpun adalah menyalahi Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun hak untuk demontrasi balas perlu ditegakkan, polis juga pihak berkuasa perlu memastikan bahawa tindakan perserta demontrasi balas tidak bertukar menjadi intimidasi dan rusuhan.
“Justeru, polis wajib memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyuarakan dengan jelas pendirian dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media.
Razali berkata, SUHAKAM turut menyokong usaha polis menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan berdisplin yang menunjukkan ciri kematangan polis.
Katanya, SUHAKAM akan memantau perhimpunan yang dirancang itu dan bersedia menerima aduan orang ramai yang merasakan hak mereka dicabuli berdasarkan mandat diberikan Parlimen Malaysia.

Bersih 5: Lima mesej sepanduk, lima pasukan bantu peserta


Langkah keselamatan Bersih 5
Para peserta himpunan Bersih 5 hari ini diminta bekerjasama untuk peka dengan lima arahan melalui sepanduk dari semasa ke semasa sepanjang perhimpunan itu berlangsung.
Melalui video penerangan dikeluarkan pihak Bersih 2.0, orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan terlibat iaitu DUDUK, SENYAP, BUKA LALUAN, UNDUR dan BERSURAI bagi memastikan perhimpunan tersebut berjalan lancar.
“Lihat sekeliling anda untuk arahan-arahan ini dan patuhinya untuk mengelakkan kekalutan pada Bersih 5,” dipetik daripada rakaman tersebut yang viral di media sosial.
Pesanan ringkas itu juga memberitahu tentang identiti lima pasukan yang akan membantu kelancaran Bersih 5 iaitu keselamatan, marshal trafik, kumpulan medik, pegawai ‘Urgent Arrest’, dan sukarelawan am.
Pasukan keselamatan Bersih 5 mengenakan pakaian berwarna ungu dengan tulisan ‘Keselamatan Bersih 2.0’ di bahagian hadapan dan belakang kemeja-T.
“Tugas mereka untuk memastikan himpunan berlangsung dengan aman. Jika berlaku sebarang provokasi sila rujuk dan maklum kepada mereka,” dipetik daripada video berdurasi 1:37 minit itu.
Sementara itu, marshal lalu lintas memakai jaket tanpa lengan berwarna oren manakala kumpulan perubatan berjaket hijau juga tanpa lengan bertulisan ‘Medical Team’.
“Pasukan "Urgent Arrest" berjaket hitam tanpa lengan. Sekiranya anda menyaksikan sebarang tangkapan sila rujuk kepada mereka bagi tujuan membantu proses rundingan dengan pihak polis,” dipetik daripada rakaman itu lagi.
Pada masa sama, bagi memastikan kebersihan di lokasi perhimpunan Bersih 5 terkawal, pasukan sukarelawan am yang memakai jaket berwarna kuning akan bertugas bagi tujuan itu.

Bersih 5: Wanita jangan tunggu dan lihat

Dr Siti Mariah Mahmud
Kurang beberapa jam sebelum perhimpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara, Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) mengajak seluruh wanita agar bersama-sama dalam perhimpunan yang dijanjikan aman itu.
Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud berkata, wanita harus mengambil bahagian dalam menyuarakan hak sebagai rakyat dan tidak boleh lagi bersikap tunggu dan lihat kerana segala kesan kepincangan pentadbiran negara turut dirasai golongan ini.
"50 peratus rakyat adalah wanita dan segala apa yang berlaku dalam negara hari kesannya turut dirasai golongan ini.
"Tidak ada sebab untuk wanita berpeluk tubuh dan hanya melihat kerosakan yang berlaku dalam negara. Lima tuntutan Bersih 5 adalah sangat logik dalam mereformasi negara ini," katanya.
Beliau juga berkata, keabsahan dan maruah sesebuah parti yang memerintah bergantung kepada pilihan raya yang bersih dan adil sehingga tiada pertikaian tentang keputusan.
"Prinsip satu pengundi satu undi perlu dihormati. Nilai undi setiap pengundi sepatutnya sama di mana beliau mengundi. Persempadan semula menggambarkan yang undi pengundi luar bandar lebih bernilai berbanidng pengundi bandar.
"Jadi kita perlu turun bersama untuk menyatakan bantahan kita kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan dengan penadbiran negara kini," tegasnya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.
Mengulas mengenai penahahan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah semalam, Siti Mariah berkata ia seharusnya menjadi penguat semangat untuk kaum wanita menyertai perhimpunan ini kerana ia mengenai perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan perntadbiran yang bersih.

Bersih 5: KL tak tidur di sebalik kemeriahan peserta perhimpunan

Penyokong Bersih berkumpul di beberapa bahu jalan di pusat bandar sambil mengajak pemandu kenderaan membunyikan hon tanda solidariti.
bersih_today11KUALA LUMPUR: Keadaan di pusat bandar raya jauh daripada tegang, walaupun dengan operasi polis sejak petang semalam dengan 14 orang ditahan setakat ini, termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.
Beberapa jalan di pusat bandar tidak lengang walaupun lewat malam. Di sekitar Dataran Merdeka, peserta perhimpunan Bersih 5 sudah tiba, dan berkumpul di beberapa penjuru dalam suasana ceria sambil mengajak pemandu kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.

“Saya tiba dari Johor Bahru petang tadi. Saya mahu tidur di atas jalan malam ini dan bangun awal menyertai protes,” kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Andy kepada FMT.
Seorang lagi peserta, aktivis kurang upaya Isaiah Jacob, yang nekad tahan lapar bagi menyatakan sokongannya untuk Bersih 5, berkata beliau akan meneruskan tindakan itu yang masuk hari ke-7 hari ini.
isiah-bersih“Sudah 6 hari. Saya kini sudah biasa tidur atas jalan batu dan langsung tidak menyesal. Ini perjuangan yang saya yakini,” katanya, sambil menambah beliau diganggu penyokong Baju Merah 2 hari lalu.
Tidak ketinggalan juga beberapa peniaga mengambil peluang suasana sibuk malam tadi menjual minuman dan snek, di samping pelbagai barangan dengan lambang Bersih 5.
Salah seorang daripada mereka membuka “kedai” di atas pembahagi jalan dekat Masjid Jamek untuk menjual baju T kuning Bersih pada harga RM15.
Bersih-1Sejak malam tadi, pekerje Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat giat menyusun penghalang di beberapa batang jalan.
Semua jalan utama menuju ke Dataran Merdeka mula ditutup, bermula dari Jalan Parlimen.
dbkl-bersihBersih 5 merancang mengadakan perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka, selepas berkumpul di 2 titik pertemuan iaitu di Dataran Maybank di Bangsar dan Masjid Jamek.
Kumpulan Baju Merah pula berjanji akan menghalang Bersih.
Jamal sebelum ini berkata pihaknya akan melakukan apa sahaja mematahkan perhimpunan yang antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sejak petang semalam hingga awal pagi tadi, polis melakukan 14 tangkapan. Selain Maria dan Jamal, 12 yang lain termasuk pemimpin pembangkang dan aktivis mahasiswa. Mereka ialah Mandeep Singh, Anthony Loke, Ronnie Liu, Luqman Nul Hakim Zul Razali, S. Artuchelvan, Jimmy Wong, Lee Khai Ming, Anis Syafiqah, Ariffin Abu Bakar, Razali Zakaria, Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli

Aktivis Safwan Anang ditangkap

A crusader in crutches has ‘hunger’ for Bersih 5

Bersih supporters depart Johor to join rally in KL

Bersih 5: Night walk for Bersih begins

PPBM kecam penahanan aktivis BERSIH

OLEH TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan beberapa orang aktivis BERSIH, pemimpin politik pembangkang dan mahasiswa berhubung penglibatan mereka dalam penganjuran Himpunan Bersih 5 yang akan berlangsung pada Sabtu, 19 November 2016. Ini adalah satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok.
Menurut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengingatkan pihak berkuasa supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.
Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Razali Ismail, dalam satu kenyataan menegaskan bahawa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tindakan mana-mana pihak yang menghalang rakyat daripada menghadiri sebarang perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, pihak polis adalah bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dan tanpa gangguan.
Saya juga ingin mengingatkan Najib Razak bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik. Akta ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara selaras dengan prinsip demokrasi. Saya menggesa Najib Razak supaya tidak sekali-kali melupakan janji-janjinya itu.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong penuh Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan esok. Ia adalah satu perhimpunan yang mengikut lunas undang-undang dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Saya bersama-sama pimpinan tertinggi PPBM akan menyertai perhimpunan ini dan berharap ramai yang akan hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang rasuah dan penyelewengan serta mewujudkan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia.

Jamal Yunos akhirnya dicekup polis

Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim turut disoal polis, dalam operasi mencegah rusuhan yang berjalan sejak semalam
jamalKUALA LUMPUR: Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mungkin tidak dapat sertai himpunan balas membantah Bersih 5 pagi ini.
Ini kerana ketua Umno bahagian Sungai Besar itu ditangkap polis dalam operasi anti-rusuhan yang berjalan sejak semalam.
Menurut laporan Berita Harian, beliau ditahan di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Jamal dalam satu kenyataan dalam kumpulan WhatsApp malam tadi berkata dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam jam 1.30 pagi tadi.
Jamal bagaimanapun mendakwa dia ditahan di rumahnya.
Jamal berharap himpunan Baju Merah tetap diteruskan walaupun tanpa kehadirannya.
“Saya berharap penahanan saya tidak mematahkan semangat para penyokong Baju Merah,” katanya.
Penasihat undang-undang gerakan itu, Mohd Imran Tamrin ketika dihubungi jam 2.00 pagi tadi berkata pihaknya menuju ke ibu pejabat polis untuk maklumat lanjut.
Adalah dipercayai penangkapan Jamal dibuat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kerana merusuh.
adam-adliJamal merancang perhimpunan balas esok beberapa bulan lalu, sebagai membantah Bersih 5 yang antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Polis mengisytiharkan tunjuk perasaan Bersih 5 dan Baju Merah sebagai himpunan haram, walaupun kedua penganjur sudah menyerahkan notis 10 hari kepasa pihak berkuasa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini kerana mereka gagal mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
Sementara itu, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim turut disoal polis.
Adam melalui akaun Twitter berkata polis datang ke bilik hotelnya berhampiran KL Sentral jam 1.30 pagi.
Berbeza dengan nasib Jamal, Adam tidak ditahan.
“Mereka datang, tanya soalan, ambil butiran diri termasuk nombor kad pengenalan.”
“Kemudian mereka beredar,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.
Sebelum ini Ronnie Liu ditangkap atas tuduhan merusuh, dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke berhubung ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lepas.
Polis turut menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh selepas pejabat mereka di Petaling Jaya diserbu polis petang semalam.
Setakat berita ini ditulis, difahamkan 11 orang termasuk Jamal ditahan pihak berkuasa.

Bersih 5 tetap diteruskan tanpa Maria Chin

Penangkapan Maria Chin dan Mandeep oleh pihak polis hanya menguatkan semangat mereka untuk meneruskan himpunan.
maria chin bersih5
PETALING JAYA: Penahanan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan urus setianya, Mandeep Singh dalam serbuan di pejabat NGO itu, tidak menjejaskan perancangan bagi himpunan Bersih 5 esok.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Induk Bersih 2.0, tindakan itu hanya menguatkan semangat mereka untuk meneruskan himpunan esok.
“Penahanan Mandeep, Maria dan tidak mengubah apa-apa. Bersih 5 akan diteruskan seperti dirancang dan kami berharap tindakan pihak pihak berkuasa ini akan mendorong rakyat Malaysia turun ke jalanan esok bukan sahaja untuk menuntut pembaharuan institusi tetapi untuk membantah ketidakadilan yang berlaku di negara ini,” kata kenyataan itu.
Maria disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen manakala Mandeep disiasat di bawah Seksyen 147 kerana merusuh dan 511 terhadap tindakan-tindakan yang boleh dihukum dengan penjara. Mereka dijadual dibawa ke IPK Kuala Lumpur.
Bersih 2.0 juga mengutuk serbuan dan menganggapnya sebagai penyalahgunaan kuasa kerana tiada waran atau sebab sah bagi serbuan dan tangkapan disediakan pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa mengambil langkah-langkah terdesak dengan usaha yang sia-sia untuk menghentikan perhimpunan Bersih 5,” katanya.
Ia turut membidas sikap berat sebelah pihak polis kerana membiarkan pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Yunos masih bebas walaupun boleh didakwa di bawah beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan.
Pada 3.12 petang tadi, pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya diserbu oleh 10 polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembiayaan OSF terhadap Bersih.

Kematian Shukri membuka mata tentang derita rakyat biasa, kata Mujahid

Mujahid menyifatkan tindakan Shukri menamatkan hidupnya dengan "berkorban untuk Malaysia" sebagai pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.
mujahid-shukri-saad
* NOTA PENGARANG: Laporan ini diperbetulkan selepas laporan asal “Mujahid sifatkan peniaga bunuh diri marhaen rajin mati syahid” mengandungi fakta salah. FMT memohon maaf atas kesilapan itu.
BUTTERWORTH: Pengerusi Amanah Pulau Pinang menyifatkan Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas ditangkap kerana menjual rokok seludup sebagai seorang yang sanggup menamatkan riwayatnya untuk membuka mata orang ramai terhadap penderitaan rakyat biasa sepertinya.
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, niat Shukri hanyalah “berkorban untuk Malaysia”.
“Shukri bukan seseorang yang dipuji ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhaen yang cuba mencari nafkah seperti orang lain.
“Walaupun dia melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara dia dan Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya,” katanya pada sebuah program mengingati pemuda itu di Tasek Gelugor, semalam.
Turut hadir pada program berbentuk forum itu ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Sharif Omar, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Mujahid berkata, mesej yang cuba dibawa daripada tindakan drastik Shukri ialah bagaimana dia sanggup menjadikan dirinya korban semata-mata membuka mata rakyat mengenai kezaliman.
Pada 26 Oktober, Shukri yang berasal dari Tasek Gelugor, Butterworth, memuat naik nota bunuh diri di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Dua hari kemudian, mayat peniaga kedai runcit berusia 38 tahun itu ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya dekat kawasan Batu Maung.

Selepas menghilangkan diri, Jamal sambut baik tindakan ke atas Bersih

Sememangnya Bersih mempunyai agenda menghasut rakyat turun ke jalan raya bagi menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak
jamal-1
PETALING JAYA : Selepas menghilangkan diri, ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos menyambut baik penangkapan pihak polis ke atas Pengerusi Bersih 2 Maria Chin Abdullah dan urusetianya Mandep Singh demi memelihara keamanan negara.
Jamal yang tidak hadir pada sidang media Baju Merah petang tadi dalam satu kenyataan mendakwa Bersih mempunyai agenda menghasut rakyat turun ke jalan raya bagi menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak yang dipilih menerusi pilihan raya.
Tambahnya, Bersih sebenarnya tidak ada hak untuk mencanang mereka mewakili rakyat kerana ia tidak berdaftar secara sah.
“Saya juga berasa amat hairan dengan sikap sesetengah orang Melayu yang boleh terhasut dengan agenda kotor Bersih. Ini kerana Bersih telah didalangi DAP yang berfahaman rasis dan anti Melayu-Islam malah bercita-cita untuk meruntuhkan kekuatan perpaduan di negara ini.
“Malah Bersih telah dibiayai oleh dana asing termasuk daripada sebuah badan milik penyangak matawang, George Soros. Bersih juga dilihat berat sebelah dalam membangkitkan isu rasuah dengan membuat pertuduhan fitnah melampau terhadap Datuk Seri Najib Razak sehingga membangkitkan kebencian,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Petang tadi, penyokong gerakan Baju Merah mula berhimpun di hadapan pintu utama Masjid Negara, salah satu lokasi berkumpul himpunan balas terhadap Bersih 5, esok.