Jumaat, 18 November 2016

TANGKAPAN PRA-BERSIH 5 HANYA TAMBAH KEMARAHAN RAKYAT

Hari ini telah berlaku siri tindakan keras ("clamp down") yang mengancam demokrasi negara kita. Ia bermula pagi tadi dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara. Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh.
Saya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini.
Ia menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato' Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil.
Pada masa yang sama, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan "clamp down" terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat.
Ayuh kita bersatu hati, kumpulkan tenaga. Esok, kita turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

‘Tangkapan di ambang Bersih 5 akan semarakkan perhimpunan esok’

Pemimpin pembangkang berkata tindakan polis menangkap beberapa individu hari ini tidak akan mematahkan semangat peserta Bersih.
Shaharuddin-Badaruddin--Salahuddin-Ayub
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan berkata semangat rakyat untuk turut serta pada perhimpunan Bersih 5 esok tidak boleh dilunturkan dengan siri tangkapan terhadap beberapa individu termasuk Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin berkata beliau tidak nampak desakan dan gangguan penangkapan boleh mengurangkan jumlah mereka yang hadir.
“Malah kadang-kadang dari segi psikologinya, ia mencabar para demonstran untuk datang lebih ramai. Jadi selalunya orang-orang yang berdemonstrasi ini lagi dicabar, lagi dia nak turun.
“Orang datang bukan kerana Maria, orang datang disebabkan ketidakpuashatian beberapa isu yang timbul,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas siri penahanan polis terhadap mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 5 esok, yang akan diadakan di tengah ibu kota.
Kumpulan Baju Merah diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos akan turut mengadakan perhimpunan bertujuan menghalang Bersih daripada berkumpul.
Polis sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan keras termasuk menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi meleraikan sebarang perhimpunan.
Selain Maria, turut ditahan petang tadi ialah urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke (Seremban) dan Jimmy Wong (Kota Kinabalu), ahli DAP Lee Khai Ming, aktivis pelajar Muhammad Luqman Nul Hakim dan Anis Syafiqah dan Ahli Jawatankuasa PSM, S. Arulchelvan.
Shaharuddin berkata ketiadaan pemimpin yang menggerakkan perhimpunan itu esok tidak bermakna ia tidak akan berlangsung.

RENUNGAN SEBELUM BERSIH 5

Di bawah ini adalah tulisan yang sudah agak lama oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Tetapi menjelang perhimpunan aman Bersih 5 esok, tulisan beliau itu mungkin bermanfaat bagi kita semua.

Mudah-mudahan kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Demonstrasi

Hari ini sesetengah pihak membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. 

Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?

Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. 

Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

Bersih 5: Polis malas laksanakan tugas?


Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan IbrahimBiro Undang-Undang (Kanun) Amanah mengingatkan pihak polis supaya mempertahankan sistem demokrasi di negara ini memandangkan hak berhimpun sebagai antara daripada prinsip tunjang kepada nilai demokratik.
Timbalannya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tuntutan tersebut perlu dipenuhi bukan dengan cara menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia ini adalah negara polis.
“Adakah pihak polis malas untuk melaksanakan tugas mereka selaras dengan kehendak undang-undang atau pihak polis merasakan mereka lebih besar daripada Mahkamah dan Perlembagaan yang secara jelas memberikan hak untuk berhimpun?” bidasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pihak polis yang dilapor melabelkan himpunan aman Bersih 5 sebagai ‘demonstrasi haram’.
Menurutnya, pihak polis harus merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sekumpulan peniaga semalam untuk menghalang Bersih 5.
“Ternyata Bersih 5 adalah sebuah perhimpunan yang aman. Malah Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa menurut peruntukan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), pihak polis hendaklah mengalihkan perhimpunan balas yang ingin dianjurkan oleh kumpulan Baju Merah jika mereka tahu bahawa sememangnya akan berlaku pertembungan antara dua perhimpunan ini,” jelasnya.
Pada masa sama, pihaknya turut membidas Menteri Pendidikan dan Ketua Setiausaha Negara yang dilapor media menghalang golongan guru serta penjawat awam daripada menyertai perhimpunan aman Bersih 5 dengan ugutan pemecatan dan potongan gaji.
“Staf-staf dan ahli-ahli akademik serta mahasiswa-mahasiswi di IPT (institusi pengajian tinggi) juga dihalang daripada menyertai Bersih 5 oleh universiti masing-masing.
“Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri menekankan bahawa halangan tersebut jelas bercanggah dan melanggar Perkara 10 (1) Perlembagaan serta Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata!” tegasnya.
Sehubungan itu, Wan Anwar berkata, pihak Kanun memberi jaminan bahawa kumpulan peguam biro berkenaan akan membela hak warganegara yang dizalimi dalam perhimpunan aman ini sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Baju Merah juga akan ditangkap.?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam operasi pencegahan oleh polis, dan menggesa BN supaya menghormati undang-undang perhimpunan aman
lim-guan-eng-merah-1
GEORGE TOWN: Gerakan Baju Merah akan berdepan nasib yang serupa dengan penyokong Bersih 5 dan pemimpin pembangkang, tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, susulan operasi anti-rusuhan hari ini.
Guan Eng mengecam tangkapan penyokong Bersih dan ahli partinya, dan menambah pihak tidak terkejut sekiranya polis akan menyusuli tindakan ini dengan penangkapan aktivis anti-Bersih.
Jelasnya, hanya penangkapan pemimpin dan aktivis Baju Merah boleh mewajarkan penahanan aktivis Bersih.
“Adakah akan ada lagi tangkapan dalam operasi pencegahan ini yang dijalankan menjelang tunjuk perasaan Bersih esok?”
“DAP tidak terkejut sekiranya polis turut menangkap beberapa pemimpin Baju Merah bagi menampakkan layanan sama rata, sekaligus mewajarkan tindakan terhadap pembangkang dan pemimpin Bersih,” katanya.
Guan Eng menyeru BN supaya mendukung prinsip berhimpun secara aman dengan membenarkan rakyat berhimpun dan bertindak ke atas mereka yang mengamalkan keganasan.
Petang tadi pemimpin DAP Ronnie Liu ditangkap di hadapan Bukit Aman kerana cubaan rusuhan esok, manakala Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke ditangkap berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.
Polis turut menangkap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh selepas serbuan ke atas pejabat Bersih di Petaling Jaya petang tadi.
Polis dalam serbuan itu merampas 10 komputer riba, 2 kotak besar berisi dokumen, dan 2 telefon bimbit. Kad pengenalan Maria dan Mandeep turut dirampas.

NGO dakwa 3,000 ahli Umno sertai Baju Merah esok

Ia akan menyertai 3 gabungan NGO Baju Merah lain di Padang Merbok yang dianggarkan mencecah 300,000 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.
Datuk-Zulkarnain-Mahdar
KOTA KINABALU: Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) menghantar 3,000 anggotanya untuk menyertai perhimpunan antiBersih 5.0 di Kuala Lumpur esok, sebagai tindak balas sekiranya Bersih meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan.
Pengerusi Gaum, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata anggotanya akan menyertai 3 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Baju Merah lain di Padang Merbok yang dianggarkan mencecah 300,000 orang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.
“Kami masih lagi berharap supaya Bersih 5.0 membatalkan niat mereka mengadakan perhimpunan esok.
“Cuma kami berharap Bersih tidak memulakan provokasi. Sebelum ini yang menimbulkan provokasi bukan peserta baju merah tetapi baju kuning namun diputar belitkan oleh pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zulkarnain berkata demikian sebagai mengulas rancangan Bersih 5.0 untuk meneruskan perhimpunan mereka meskipun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah mengisytiharkan perhimpunan Bersih 5.0 sebagai haram.

Tanpa Tun M, dakwaan Najib dangkal,Jakim tali barut: Rakyat tetap berhimpun esok


Sheikh Omar Ali Sheikh Omar Ali DAP yakin rakyat tetap kuat semangat untuk teruskan berhimpun bagi menyatakan 5 tuntutan Bersih kepada kerajaan pada perhimpunan Bersih 5 esok, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.
Beliau yakin dengan suara rakyat untuk menolak kerakuasan yang berlaku dalam urustadbir negara menerusi skandal mega 1MDB melibatkan orang nombor satu negara.
"Saya tak nafikan, sokongan terbuka Tun Mahathir terhadap himpunan Bersih 5 sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah kehadiran rakyat.
"Tetapi, ini tidak bermakna tanpa penyertaan Tun M, rakyat akan berhenti.
"Rakyat akan turun ke Bersih 5 bukan kerana Tun M semata-mata. Tetapi kerana rakyat marah dengan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tun M pada Rabu lalu menerusi videonya mengajak rakyat turun menyertai Bersih 5 yang turut akan disertai ahli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Menurut Sheik Omar lagi, Bersih 5 merancang untuk membawa rakyat berhimpun secara aman berlandaskan semangat dalam artikel 10 perlembagaan Malaysia berkaitan hak kebebasan berhimpun, bersuara dan sebagainya.
Justeru ujarnya lagi, dakwaan Najib bahawa Bersih berselindung sebagai non partisan dan merancang melakukan rusuhan adalah dakwaan yang tidak masuk akal.

8 orang sah ditangkap dalam operasi anti-rusuhan

Suaram menggesa campurtangan Suhakam bagi memastikan hak berhimpun rakyat Malaysia terpelihara
sevan-bersih
PETALING JAYA: Lapan orang, termasuk 3 daripada DAP sah ditangkap polis dalam operasi anti-rusuhan setakat jam 8 malam tadi, ketika negara bersiap sedia menghadapi himpunan serentak Bersih 5 dan Baju Merah esok.
Penangkapan 8 individu itu disahkan badan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan malam tadi.
Pengarah Eksekutif Sevan Doraisamy menggesa polis supaya menghentikan semua gangguan dan intimidasi terhadap penganjur tunjuk perasaan, dan membebaskan semua yang ditahan.
“Suaram menyeru campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi memastikan hak berhimpun rakyat Malaysia terpelihara,” kata Sevan.
Lapan yang ditahan setakat ini adalah Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh, aktivis Kesatuan Mahasiswa Malaysia Muhammad Luqman Nul Hakim, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook bersama 3 lagi ahli DAP, Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.

Demokrasi Malaysia di hujung tanduk

Hari ini, Jumaat, 18 November 2016, beberapa jam sebelum bermulanya perhimpunan BEERSIH5, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita serbuan polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke pejabat BERSIH.
Polis menggunakan Seksyen 124C Kanun Jenayah yang menyebut sesiapa yang menganjurkan aktiviti memudaratkan sistem demokrasi berparlimen atau seumpamanya, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Polis juga mengambil telefon bimbit para petugas pejabat dan tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan orang luar. Polis menghalang peguam BERSIH daripada memasuki premis itu.
Kita dapat lihat betapa tenatnya sistem demokrasi negara kita. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan berhimpun dan bersuara.

Sekiranya terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.
Kedua, polis menghalang hak petugas dalam pejabat BERSIH daripada berkomunikasi dengan pihak luar ataupun peguam mereka.

Sedangkan jika kita merujuk hak-hak orang yang ditahan seperti tertulis dalam seksyen 28A (2)(a) dan 28A (2)(b) Kanun Acara Jenayah, mereka berhak berkomunikasi sama ada dengan saudara atau rakan dan berkomunikasi bersama peguam pilihan mereka.

Jika diteliti, himpunan BERSIH langsung tidak memudaratkan sistem demokrasi berparlimen. Malah, perhimpunan BERSIH inilah yang cuba mengembalikan kuasa demokrasi berparlimen yang sebenar.

Lihat sahaja kepada tuntutan BERSIH. salah satunya adalah mengembalikan kembali demokrasi berparlimen.
Bukan sahaja pejabat BERSIH diserbu, dua orang kuat BERSIH iaitu pengerusinya Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariatnya Mandeep Singh ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Untuk apa mereka ditahan? Sejauh mana seorang perempuan itu mampu mengganggu demokrasi negara? Jelas dan terbukti bahawa demokrasi kita sedang tenat dan berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh jatuh dan pecah berderai.
Perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan haram yang sering diuar-uarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan takutkan suara rakyat. Perhimpunan aman ini, mendukung suara rakyat agar pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.
Kebebasan bersuara dan selepas bersuara
Jika sebelum ini, telinga kita pernah disinggahi ayat “kami beri kepada kamu kebebasan untuk bersuara, tetapi kebebasan selepas bersuara belum tentu”.

Namun, hari ini kita melihat, hak kita untuk bersuara telah disekat, walhal suara itu masih belum disampaikan.
Bukan itu sahaja, BERSIH juga didakwa oleh sesetengah pihak, terutamanya Ketua Ymno Sungai Besar Jamal Yunos, mendapat dana George Soros.

‘BERSIH bukan mengenai individu, kita semua Maria, Mandeep’

Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan membidas penahanan penggantinya, Maria Chin dan pengurus sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh.
"Ia adalah usaha terdesak dan cubaan untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH (esok).
"Mereka (pihak berkuasa) seolah-olah tidak mengenali rakyat Malaysia. Ini akan mendorong lebih ramai rakyat untuk keluar (dan menyertai perhimpunan itu)," katanya kepada Malaysiakini.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan dirinya juga ditahan, bekas presiden Majlis Peguam itu langsung tidak bimbang.
"Tidak kira siapa yang ditangkap, ini tidak akan mematahkan semangat BERSIH.
"BERSIH tidak pernah tentang mana-mana individu. Kita semua Maria dan Mandeep," katanya.
Kedua-dua pemimpin BERSIH itu ditahan petang tadi berikutan serbuan di pejabat mereka di Petaling Jaya.
Serbuan dijalankan bersama oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sebelum dia ditangkap, Mandeep memberitahu Malaysiakini serbuan dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

BERSIH 5 tetap diteruskan di sebalik penangkapan Maria

Timbalan Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari berikrar perhimpunan BERSIH5 yang dijadualakn di Kuala Lumpur, esok akan tetap diteruskan di sebalik penangkapan ke atas pemimpinnya, Maria Chin Abdullah.
"Ya, kita akan teruskan mengikut jadual," kata Shahrul kepada Malaysiakini petang ini.
Petang tadi, Maria dan pengurus sekretariat BERSIH, Mandeep Singh Karpal ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
Shahrul berkata beliau akan memimpin orang ramai di Masjid Negara manakala bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan akan menggantikan Maria di Dataran Maybank, Bangsar.
"Ambiga akan berada di sana," katanya, sambil menambah bahawa jawatankuasa pemandu BERSIH akan meneraju perhimpunan besar-besaran itu esok.
Sementara itu, Ambiga mengesahkan beliau hanya akan memimpin orang ramai di Bangsar jika Maria masih ditahan.
Beliau berharap pihak polis akan melepaskan Maria dan Mandeep malam ini.
Sebelum ini, sepasukan polis dari Bukit Aman serta pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya pada kira-kira jam 3 petang.
Serbuan dan tangkapan dibuat selepas ketua polis Khalid Abu Bakar melabelkan kedua-dua perhimpunan BERSIH dan Baji Merah sebagai perhimpunan haram.
Selain KL, BERSIH turut merancang untuk mengadakan perhimpunan di Kuching dan Kota Kinabalu esok.

Bersih 5: Polis isytihar 11 zon larangan, 7,000 anggota bertugas

Polis berada dalam keadaan bersedia sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dengan mengambil tindakan drastik dan menangkap pengacau.
noor-rashid-bersih-1KUALA LUMPUR: Polis mengambil semua langkah keselamatan bagi memastikan Bersih 5 esok berjalan secara aman, walaupun terdapat ancaman himpunan balas kumpulan Baju Merah ‘.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, langkah-langkah keselamatan itu termasuklah meletakkan anggota di tempat tertentu termasuk mengarahkan 7,000 pegawai bertugas ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.
Jika keadaan menjadi tidak terkawal, katanya polis akan bersedia mengambil “tindakan drastik” dan menangkap pengacau.
“Kami sedang menilai situasi tersebut dan akan berbuat demikian sehingga akhir (perhimpunan).
“Jika daripada penilaian dan risikan yang kami berkumpul mendapati aktiviti ini boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan huru-hara, mungkin dalam bentuk pergaduhan antara pihak-pihak yang bertentangan, kita akan ambil tindakan.
“Jika perlu, untuk menghentikan pergaduhan atau rusuhan, kami akan mengambil tindakan drastik, termasuk menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Hotel Sri Pacific, hari ini.

Bersih 5: Pemimpin DAP, aktivis pelajar ditahan dalam operasi anti-rusuhan

Ronnie Liu ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman oleh pasukan IPK Kuala Lumpur.
ronnie
PETALING JAYA: Selepas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urusetia Mandeep Singh ditahan, giliran Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu pula ditahan polis.
Menerusi status Twitter yang dimuat naik Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ronnie ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman oleh pasukan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
“Ronnie ditahan di hadapan Bukit Aman oleh IPK KL kerana cubaan rusuhan pada esok. Saya bersama beliau sebentar tadi,” katanya di Twitter.
Bagaimanapun, cubaan FMT menghubungi Lim dan Ronnie gagal ekoran kedua-dua telefon bimbit pemimpin berkenaan tutup.
Sementara itu, Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Amir Abd Hadi memaklumkan aktivis pelajar Muhammad Luqman Nul Hakim daripada Kesatuan Mahasiswa Malaysia dilaporkan ditahan di Genting Sempah.
Mahasiswa tahun 4 jurusan Sains Politik Islam di Universiti Malaya itu kini dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan kerana merusuh.
Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke turut ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, dipercayai berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lalu.
Polis turut menyoal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembabitan beliau dalam himpunan itu, yang diadakan Bersih 2.0 bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Di mana Jamal Yunos?

Selepas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan kakitangan gabungan itu ditangkap, timbul persoalan di mana Ketua Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos sedang berada?

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu sepatutnya mengadakan sidang media di Masjid Negara pada jam 2.30 petang ini.

Nmun beliau tidak muncul-muncul sehingga wartawan beredar pada jam 5 petang.
Beliau tidak hadir walaupun kira-kira 100 orang berbaju merah telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara, di ibu negara selepas selesai solat Jumaat.

Ketika ditanya salah seorang sekretariat gabungan NGO Baju Merah Razali Zakaria, beliau memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kedudukan Jamal.
Bagaimanapun menurut Razali, kumpulan Baju Merah akan mula berkumpul bermula petang ini di Masjid Negara untuk perhimpunan yang akan diadakan esok.

"Kita akan berada di sini sampai esok. Orang ramai akan datang sedikit demi sedikit selepas ini dan akan terus berkumpul sampai perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.

Sementara menunggu kehadiran Jamal, peserta Baju Merah bersama beberapa pimpinan gabungan NGO berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar amanat pemimpin lain kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Namun kira-kira 20 minit kemudian hujan lebat dan kesemua peserta lari berteduh di Masjid Negara sebelum peserta Baju Merah dilihat sedikit demi sedikit beransur meninggalkan masjid berkenaan selepas Asar.

Dr M: BERSIH5 peluang terakhir rakyat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan BERSIH5 adalah jalan terakhir bagi rakyat untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan keadaan di negara hari ini.
"Bukan sahaja ia (BERSIH5) tidak haram, tetapi menjadi penting kerana lain-lain saluran telah ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam video dua bahagian yang telah disebarkan di media sosial.
Beliau juga menjelaskan bahawa perhimpunan itu tidak haram kerana demonstrasi sering diadakan untuk menyingkirkan pemimpin di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.
Contoh terbaru, katanya, seorang pemimpin disingkirkan melalui cara demonstrasi itu adalah bekas Presiden Brazil Dilma Rousseff.
Himpunan BERSIH5 esok itu diadakan untuk memberi tekanan kepada Najib supaya meletak jawatan berikutan terpalit dengan skandal kewangan yang melibatkan 1MDB, cetusan idea perdana menteri.

Kurang 24 jam Bersih 5, polis mulakan tangkapan, rampasan


Menjelang himpunan Bersih5 esok, pihak polis mula bertindak menangkap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Ahli Jawatankuasa sekretariat gabungan tersebut, Mandeep Singh Karpal.
Mereka dilapor dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat Bersihdi Petaling Jaya, Selangor.
Terdahulu, kedua-dua mereka tidak dibenarkan keluar dari pejabat tersebut atau berhubungan selama hampir dua jam.
Sebanyak 10 komputer riba dan kenyataan bank serta gaji Bersih turut dirampas polis mengikut maklumat daripada Tweet Bersih.
Mandeep Singh turut memberitahu kira-kira 10 anggota polis terlibat dalam serbuan terbabit manakala pihak Bersih diwakili peguam untuk menguruskan hal berkaitan.
Beliau juga berkata, serbuan berkenaan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke pada masa ini ditahan di Bukit Aman untuk soal siasat ekoran ucapannya pada Konvensyen Pakatan Harapan, 12 November lalu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu dilapor memberitahu dirinya dimaklumkan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Antara ucapannya pada konvensyen pertama Pakatan Harapan itu adalah mengajak rakyat 'menjatuhkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kedaulatan negara ini dapat dipulihkan.

Hentikan kelakuan samseng Jamal Yunos, kata Wanita Ikram

Ugutan dan ancaman dilakukan Jamal Yunos yang menghina serta melibatkan kaum wanita bertentangan dengan imej masyarakat Malaysia yang bersopan serta bertatasusila.
ikram_jamal_600
SERDANG : Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menerusi sayap wanitanya hari ini mengecam tindakan provokasi kumpulan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mempamerkan budaya samseng dan ganas sejak kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Wanita, Dr Hafidzah Mustakim berkata ugutan dan ancaman dikeluarkan Jamal khususnya yang menghina serta melibatkan kaum wanita bertentangan dengan imej masyarakat Malaysia yang bersopan dan bertatasusila.
“Segala bentuk penghinaan sama ada kenyataan bersifat ugutan, ancaman dan gangguan seksual seperti ditujukan kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin perlu dihentikan segera,” katanya pada sidang medianya bersama kepimpinan Wanita Ikram di sini hari ini.
Pada 13 November lalu, Jamal berjanji akan membayar setiap titisan darahnya yang tertumpah hari ini kerana ditumbuk hingga berdarah hidung dalam satu pergelutan pada konvoi Bersih di Ampang.
Jamal yang merupakan ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendakwa beliau ditumbuk di mukanya ketika mengetuai penyokong Baju Merah untuk mencari Zuraida di pusat beli-belah Ampang Point.
Susulan dakwaan Jamal, Zuraida pada Khamis menyamannya kerana memfitnah dan menuduh beliau sebagai dalang dalam kejadian itu.
Mengulas lanjut, Hafidzah berkata perbuatan Baju Merah itu juga menimbulkan keresahan, ketegangan dan boleh menggugat ketenteraman negara.

BERSIH 5: Polis lakukan 50 lencongan menghala ke Dataran Merdeka

4 kumpulan berdemo esok, polis pastikan tidak berlaku kekacauan

"Anak muda dunia ini milik kita, jangan tunduk dengan intimidasi" - Mandeep Singh

Penjelasan penangkapan Maria dan Mandeep Singh

Serbuan pejabat BERSIH, Maria dan Mandeep ditahan

Turun Bersih 5 semarakkan Malaysia Baru


 Faiz Fadzil Faiz Fadzil Semarakkan semangat nasionalisme untuk pembentukan Malaysia baru yang merdeka daripada korupsi, salahguna kuasa, kezaliman dan penindasan dengan menyertai himpunan Bersih 5 esok, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, semangat nasionalisme iaitu cintakan negara yang terbukti mampu menggerakkan massa mengusir imperialisme perlu disemarakkan dalam diri setiap warganegara Malaysia.
“Terbukti kerana cintakan negara, jutaan rakyat Turki keluar ke jalan raya mematahkan kudeta. Semangat sebegini mampu menggerakkan jutaan rakyat Malaysia pula untuk turun ke Dataran Merdeka Sabtu ini sebagai tanda protes terhadap kebobrokan Umno-BN.
“Negara ini milik kita semua melangkaui sempadan agama dan bangsa. Ambillah semangat pejuang-pejuang nasionalis pada era kemerdekaan seperti Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman dan ramai lagi sebagai inspirasi semangat juang serta cintakan negara sebagai pemangkin jiwa dan raga kita untuk melakukan perubahan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, rakyat masih tidak dapat menikmati erti kemerdekaan sebenar apabila kepincangan politik, krisis kepimpinan, kegawatan ekonomi, salah urus tadbir, pencabulan hak asasi dan sistem demokrasi semakin meruncing dan genting di bawah pemerintahan Umno-BN.
“Skandal 1MDB yang menjadi perhatian dunia adalah kemuncak korupsi dan penyelewengan sang pemerintah Umno-BN. Hutang lebih RM50 bilion 1MDB ditanggung rakyat jelata sedangkan tiada faedah dapat dinikmati daripada syarikat milik rakyat ini.

Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum demo

Pasukan daripada Bukit Aman memberitahu mereka disiasat kerana mengancam demokrasi berparlimen.
Bersih-raidPETALING JAYA: Polis hari ini menyerbu pejabat Bersih 2.0, kurang dari 24 jam sebelum gabungan reformasi pilihan raya itu turun ke jalanan untuk tunjuk perasaan Bersih 5.
Anggota urusetia Mandeep Singh Karpall dalam twit memberitahu pasukan serbuan daripada Bukit Aman turun membuat rampasan di pejabat Bersih.
“Bukit Aman di pejabat kami. Mahu rampas semua barang. Serbuan di bawah 124C,” kata Mandeep pada 3.12 petang tadi.
Seksyen 124C Kanun Keseksaan memperuntukan kesalahan bagi cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.
Peguam daripada Lawyers for Liberty turut berada di lokasi kejadian, menurut Twitter badan itu.
“Serbuan pejabat @bersih2 tidak akan halang #Bersih5. Peguam kami di pejabat Bersih sekarang ini,” kata Lawyersw for Liberty.
Awal petang tadi, The Star melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.
Adalah didakwa Anthony dikutip untuk disoal mengenai ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lepas.
Beliau ditemani peguam Ramkarpal Singh.

Ucapan 'jatuhkan' Najib, polis tangkap MP DAP

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Lumpur awal petang ini.
Loke berkata beliau ditahan oleh pasukan polis daripada ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Wakil rakyat DAP itu berkata beliau dimaklumkan disiasat bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapannya pada konvensyen Pakatan Harapan, Sabtu lalu.
Beliau antaranya dilaporkan mengajak orang ramai 'menjatuhkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kedaulatan negara ini dapat dipulihkan.
Loke bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bahagian mana ucapannya yang bermasalah.
Beliau sekarang ditahan di Bukit Aman untuk soal siasat dan ditemani peguam dan anggota parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Pejabat BERSIH kena serbu Polis

Adam Menggigil Tak Cakap Politik

Ezam Tak Kisah Digelar 'Katak Terhebat'

'Kes terhadap SPR, hakim kenal pengerusi SPR tarik diri,' - kata Nurul Izzah

Penjelasan Lembaga Peperiksaan tentang keputusan UPSR 2016

Bidas AG: KiniTV, pengarang boleh sepina peguam negara beri keterangan

Peguam negara perlu menjelaskan mengapa laporan individu yang mengkritik pegawai awam boleh menjadi satu perbuatan jenayah.
malaysiakini,-kinitv,-steven-gan,-attorney-general,-subpoenaKUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan boleh menyaman peguam negara untuk memberi keterangan dalam perbicaraannya dan KiniTV berhubung tuduhan mereka memuat naik video di Mahkamah Khas Siber.
Gan dan KiniTV hari ini didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) berhubung video pada sidang media bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang disiarkan di portal TV Internet.
Dalam video itu, Khairuddin menggesa peletakkan jawatan peguam negara.
Gan berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai kemungkinan mengeluarkan sepina terhadap peguam negara untuk memberi keterangan di mahkamah.
“Beliau perlu menjelaskan mengapa liputan terhadap individu yang mengkritik seorang pegawai awam menjadi satu jenayah,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen.
Beliau juga berkata, pihak pendakwaan itu merupakan kes konflik kepentingan.
“Ini kerana Pejabat Peguam Negara mendakwa media kerana meletakkan video didakwa menghina dirinya sendiri,” katanya.
“Kita akan membuktikan kepada mahkamah dengan membuat liputan pada sidang akhbar, kami tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah,” katanya sambil menambah mereka hanya menjalankan tugas dengan membuat laporan.

Jamal langgar prinsip demokrasi


KOTA BHARU - Tindakan ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menggertak peserta himpunan Bersih 5 untuk tidak hadir, disifatkan sebagai melanggar prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara di Malaysia.
Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata, apa yang dilakukan Jamal itu memperlihatkan satu bencana akan berlaku jika rakyat turun ke himpunan itu nanti, sedangkan ia sebaliknya.
“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Bersih adalah satu gerakan rakyat untuk membawa mesej kepada pemerintah agar dapat mendengar permasalahan rakyat dan bukan gerakan untuk membuat kacau atau mewujudkan situasi huru-hara dalam negara. Tapi apa yang berlaku ini, ia diperlihatkan sebegitu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Jamal yang didakwa cuba untuk mencipta persepsi negatif kepada penyertaan rakyat dalam perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.
Menurutnya, Jamal sepatutnya bekerjasama dengan menjaga keselamatan peserta 'baju kuning' daripada provokasi mana-mana pihak demi mewujudkan suasana yang tenang.
Beliau berkata, tindakan berterusan melakukan ugutan dan provokasi melampau tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat mahupun kepada beliau sendiri, selain menimbulkan pelbagai masalah sampingan yang lain.
“Walau apa pun, PKR negeri menggesa rakyat untuk turun bersama-sama menyokong Bersih 5.
“Berdemonstrasi secara aman dan ikuti segala arahan petugas keselamatan yang dilantik, patuhi arahan polis dan berkumpul dalam kumpulan,” katanya.

Mujahid sifatkan peniaga bunuh diri marhain rajin mati syahid

Mujahid menyifatkan tindakan Shukri menamatkan hidupnya dengan "berkorban untuk Malaysia" sebagai pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.
Dr-Mujahid-Yusof-RawaBUTTERWORTH: Pengerusi Amanah Pulau Pinang menyifatkan Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas didakwa menjual rokok seludup bernilai RM365 sebagai mati syahid dan rakyat yang rajin.
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, peniaga itu menamatkan riwayat hidupnya dengan “berkorban untuk Malaysia” sebagai pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.
“Shukri bukan seseorang yang dipuji ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhain yang cuba mencari nafkah seperti orang lain.
“Walaupun dia melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara beliau dan Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya.
“Tetapi, lebih penting, dia cakap sesuatu yang walaupun ahli politik tidak boleh kata. ‘Biar aku berkorban untuk Malaysia’. Ini adalah kenyataan yang menyebabkan rakyat Malaysia bertindak dan berfikir mengenai kekejaman Malaysia,” kata Mujahid.
Shukri yang berasal dari Tasek Gelugor, Butterworth, memuat naik nota bunuh diri di Facebook sebelum dia terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, pada 26 Oktober lalu.
Mayat peniaga kedai runcit berusia 38 tahun itu ditemui terapung dengan batu terikat pada badannya kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung berhampiran pulau, pada 28 Oktober lalu.
Katanya, keputusan membunuh diri itu diambil selepas Jabatan Kastam mendakwanya menjual “rokok murah” RM360, satu kesalahan yang mungkin menyebabkan dia dipenjarakan.
Shukri mengkritik kerajaan dan pihak berkuasa memaksa dia membayar “ribuan ringgit” untuk ikat jamin dan denda.
Melalui catatan di Facebooknya, dia memaklumkan pernah ditahan 2 kali, iaitu pada 2012 dengan rokok bernilai RM160 dan kali kedua pada Februari lalu untuk rokok berjumlah RM200.
Sementara itu, Mujahid berkata, tindakan Shukri menunjukkan agensi penguatkuasaan kerajaan menyasarkan rakyat biasa melakukan jenayah yang hakikatnya boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan kecil.

Tunjuk mana tindakan Guan Eng yang anti-Melayu, soal bekas pemimpin Umno

Sharif berucap pada majlis forum anjuran Amanah malam tadi di samping Dr Mujahid dan Zairil Khir Johari.
Bekas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Sharif Omar meminta rakyat Pulau Pinang menyatakan di manakah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan anti-Melayu.
"Saya nak tanya orang Pulau Pinang sekarang, tang mana yang dikatakan Lim Guan Eng ini anti-Melayu kot-kot saya tak tau.
"Tak ada sebenarnya," kata Sharif, bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang ketika Gerakan memimpin negeri itu. Beliau kini adalah Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang.
Sharif menyertai forum "Biarlah aku berkorban untuk Malaysia" anjuran Parti Amanah Negara di Tasik Gelugor, Pulau Pinang malam tadi bagi menngingati kematian Mohd Shukri Saad, pemuda berusia 38 tahun yang terjun dari jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup.
Forum itu turut membariskan Datuk Dr Mujahid Yusof (ahli parlimen Parit Buntar), Zairil Khir Johari (ahli parlimen Bukit Bendera) dan Sim Tze Tzin (ahli parlimen Bayan Baru) sebagai panelis.
Sharif yang juga bekas Menteri Pertanian berkata, Umno sejak dari dahulu berkata, tidak boleh sokong DAP kerana parti itu anti-Melayu.
"Kini dah masuk penggal kedua DAP memerintah Pulau Pinang, boleh tunjuk kat saya tak mana (tindakan) yang DAP buat anti-Melayu tu," soalnya.
Bagi Sharif, Lim Guan Eng telah membuat lebih baik untuk rakyat Pulau Pinang berbanding dengan pemimpin sebelum ini.
"Lim Guan Eng ini buat lebih baik dari dulu... ini berasaskan fakta. Jadi isu rasis yang Umno dok canang tu tak laku dah, orang Pulau Pinang tak boleh terima dah isu tu," kata Sharif.
"Pooorah....," kata Sharif kepada pemimpin Umno sambil menegaskan yang menipu rakyat selama ini adalah pemimpin Umno.
"Yang depa tahu, hidup Umno, hidup Melayu... padahal dia sapu habis semua dah," katanya.
Bagi beliau, slogan Umno itu hanya retorik semata-mata kerana pemimpin Umno inilah yang rosakkan Melayu.
"Kami dah bye-bye kepada Umno... kami dah tinggalkan Umno... kami tak kisah lagi dah mahu masuk parti mana, PKR, DAP, Amanah atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)," kata Sharif.

PPBM sertai Pakatan Harapan di Pulau Pinang


Datuk Seri Sharif Omar bersama pemimpin PH Pulau Pinang malam ini.
Selepas penyertaannya dalam Konvensyen Pakatan Harapan hujung minggu lalu, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengembangkan kerjasama mereka di peringkat negeri pula.
Malam ini, peyelaras PPBM Pulau Pinang, Datuk Seri Sharif Omar menyertai rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dalam satu forum di Merbau Kudung, Tasek Gelugor.
Naib presiden Amanah yang juga pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof menjadi tuan rumah program "Forum Biar Aku Berkorban Untuk Malaysia" bagi mengingati pesanan khas penduduk Lahar Yooi, Mohd Shukri Saad yang mati selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang.
Turut serta adalah ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (DAP) dan ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tzi Tzim.
Sabtu lepas, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin lain parti itu menyertai PKR, DAP dan Amanah dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan itu.
Tun Dr Mahathir mengumumkan PPBM akan menyertai PH.

Konvensyen PH tanpa Pas ibarat ‘kereta tiada enjin’ - Dr Iskandar Hasan

KOTA BHARU - Konvensyen Pakatan Harapan yang dibuat tanpa Pas adalah ibarat ‘kereta tanpa enjin’ dan bersesuaian dengan situasi politik hari ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, adalah menjanggalkan apabila Pakatan Harapan lebih melihat kepada menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan mengutamakan Bersatu daripada kekuatan Pakatan.
Pas Oleh itu, Iskandar Hasan berpandangan, adalah  tidak menghairankan apabila Pas tidak menjadi keperluan dalam konvensyen tersebut dan laungan reformasi hanya sekadar retorik yang telah dimainkan sejak 1999.
“Biarpun pada asasnya perpecahan dan tidak sependapat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan pasti berlaku selepas PRU14.
“Maka solusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut yang meletakkan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 hanya sekadar bermimpi di siang hari,” katanya.
Sinis beliau, kejujuran Pakatan Harapan untuk membela nasib rakyat hanya sekadar bermusim tanpa ada hasilan yang konkrit dan ini bermakna konvensyen itu hanyalah memuaskan pihak-pihak tertentu bukannya melihat lebih jauh mengenai permasalahan rakyat.
Beliau juga beranggapan konvensyen sulung berkenaan itu nampaknya diterajui oleh Bersatu dan kurangnya peranan PKR serta DAP.
“Adakah sebuah parti yang baru ditubuhkan nampak lebih berkuasa daripada dua parti veteran. Adakah konvensyen ini bermotifkan kepentingan survival politik individu tertentu.
“Di manakah suara Amanah, atau parti itu hanya mengikut kata orang. Amanah langsung tidak menunjukkan usaha dalam memartabatkan perjuangan Islam dalam konsensus konvensyen ini.
“Apakah konsensus tersebut digunakan untuk mencapai kehendak DAP dan Bersatu. Jika ini yang berlaku maka ke mana pergi nasib agama dan bangsa Melayu,” katanya.

Duta China: Lawatan Najib demi manfaat rakyat, bukan jual negara

Huang berkata, kerjasama Malaysia-China berasaskan dasar kesaksamaan, menang-menang dan manfaat bersama.
Huang-HuikangPETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia menepis dakwaan lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Beijing 2 minggu lalu untuk menjual negara, sebaliknya China tidak akan menceroboh kedaulatan dan tanah di negara ini.
Huang Huikang yang dipetik Sin Chew Daily berkata, kerjasama Malaysia-China berasaskan dasar kesaksamaan, menang-menang dan manfaat bersama.
Beliau berkata, hasil perjanjian yang dimeterai ketika lawatan rasmi 6 hari Najib bermula 31 Oktober lalu, amat besar dan ia adalah perkara baik yang bakal memanfaatkan rakyat.
“Kerjasama China-Malaysia tidak merosakkan kedaulatan, kuasa atau wilayah mana-mana pihak. Jadi, saya tidak faham kenapa hasil yang begitu baik boleh dikritik,” katanya.
Beliau memberi 3 contoh pelaburan Malaysia-China, iaitu Presiden China bersetuju tidak menetapkan had terhadap pengimportan minyak sawit dari Malaysia, sarang burung walet dan pelaburan tunggal terbesar sebanyak RM55 bilion bagi membangunkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Katanya, pemimpin kedua-dua negara dalam perbincangan berulang kali menegaskan China-Malaysia adalah kawan sebenar dan hubungan dua hala berada di tempoh terbaik dalam sejarah dan mendahului negara Asean lain.
“Saling percaya dan hormat-menghormati adalah asas kukuh hubungan serta kerjasama China-Malaysia,” katanya sambil menambah soal negara kuat dan besar membuli negara kecil atau hanya satu pihak mendapat kebaikan langsung tidak wujud.
Pada 6 November lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilaporkan berkata, wWalaupun ada yang menuduh Najib “menjual” Malaysia kepada China, pembangkang tidak berani mengkritik perdana menteri secara terbuka dan agresif kerana bimbang terhadap tindak balas komuniti Cina.
Sementara itu, Huang berkata, ECRL dibina di tanah Malaysia, jadi ia adalah harta negara ini sepenuhnya.

Nurul Izzah, pengundi Lembah Pantai mahu SPR tangguh persempadanan semula

Nurul Izzah berkata persempadanan semula SPR bertentangan dengan prinsip asas iaitu ‘satu orang, satu undi, satu nilai’.
izzahKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan 10 yang lain dalam konstituennya memfailkan tuntutan mahkamah bagi membatalkan notis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan membahagikan semula
sempadan bagi kerusi Parlimen dan negeri di Semenanjung.
Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan minggu lalu, pemohon juga mahu Mahkamah Tinggi mengetepikan semua cadangan SPR sehingga perkara ini didengar dan dilupuskan.
Nurul juga mahu SPR untuk menggantung inkuirinya yang kini diadakan di Lembah Pantai kerana mereka dinafikan hak didengar.
Pemohon menamakan SPR, pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.
Nurul berkata persempadanan semula itu bertentangan dengan prinsip asas iaitu “satu orang, satu undi, satu nilai”.
“Tetapi, 59 tahun selepas merdeka, Malaysia menjadi semakin terkenal dengan persempadanan semula, membahagi-bahagikan kerusi yang akan memihak kepada penyandang kerusi,” katanya kepada pemberita.
Ini terbukti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 60% daripada 222 kerusi Parlimen dengan hanya 47 undi popular.
“Secara matematik, ini bermakna satu undi BN bernilai 1.6 kali undi bagi Pakatan Rakyat,” katanya.
Pada 15 September, SPR mengiklankan notis dalam akhbar-akhbar utama untuk membahagikan semula sempadan pilihan raya bagi Semenanjung dan Sabah.
Pada masa ini, SPR sedang menjalankan inkuiri bagi menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Parlimen yang mesti diselesaikan dalam tempoh 24 bulan.
Peguam Nurul ‘Aliff Benjamin Suhaimi berkata kepada pemberita selepas pengurusan kes hari ini yang Hakim Datuk Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar saman itu kerana Hashim (pengerusi SPR) Hashim adalah rakan keluarga yang rapat.
“Beliau tidak mahu orang ramai membincangkan perkara itu dan memutuskan untuk membatalkan dirinya” kata Benjamin.
Beliau berkata mahkamah akan menetapkan satu lagi tarikh pengurusan kes.
Sementara itu, 3 pengundi daripada kerusi Parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur juga memfailkan semakan kehakiman hari ini terhadap SPR kerana keengganan mendengar bantahan daripada konstituen semasa inkuiri.

Skandal 1MDB: Yeo remehkan peranannya dalam urus niaga 1MDB

Pihak pendakwaan Singapura cuba membuktikan di mahkamah bahawa bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei mempunyai kuasa dan adalah kunci kepada beberapa urus niaga yang membabitkan jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dalam kemelut 1MDB, lapor The Edge, semalam.
Yeo, yang berada di kandang saksi untuk hari kedua, terus meremehkan peranannya dalam urus niaga berkenaan dan menegaskan dirinya semata-mata seorang pegawai muda yang mengambil arahan daripada bekas bosnya Kevin Swampillai.
Yeo menangkis tuduhan bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan Low, yang dinamakan dalam saman pelucuthakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan 1MDB.
Pada perbicaraan itu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng menunjukkan e-mel, yang memberi arahan daripada Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah Urusan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB dan pelanggan BSI .
E-mel itu yang memaparkan Swampillai menulis kepada Yeo meminta dirinya diberi taklimat mengenai arahan Nik Faisal pada April 2012.
Yeo, yang didakwa dengan empat tuduhan mengganggu saksi, bagaimanapun berhujah bahawa Swampillai mungkin tidak berada di pejabat hari itu.
Yeo meninggalkan bank BSI pada bulan Jun 2014 dan bekerja sebagai perunding bebas, yang membolehkannya menjana pendapatan antara AS$12 juta dan AS$15 juta dalam peranannya sebagai "introducer" perniagaan.

Ringgit terus menjunam, cecah paras 4.4 berbanding dolar...pemimpin Umno@Bn terus bermewah diluar negara..!!!

Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar Amerika Syarikat apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan bahawa kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.
Pada 10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4030/4100 berbanding dolar AS.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.
Ketua Penyelidik Mercury Security Sdn Bhd, Edmund Tham, berkata walaupun bank pusat mengulangi bahawa kadar dalam negeri bagi mata wang merupakan harga rujukan yang betul, dan meminta bank-bank berlesen tempatan menghindari daripada memudahkan urus niaga dalam ringgit luar pesisir seperti kontrak hadapan tanpa serahan, ringgit terus menyusut.
"Persoalannya sekarang ialah kita perlu melihat apa yang BNM dapat lakukan untuk menstabilkan dan mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar AS.
"Tekanan jualan ringgit dan trend menurun selain aliran menurun mata wang pasaran pesat membangun, terus berlaku disebabkan dolar US semakin mengukuh.
"Situasi ini perlu dikaji, dan BNM diharap bertindak memandangkan tidak ada yang dapat dilakukan oleh orang ramai," katanya hari ini.
Pada 9.10 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3950/4020 terhadap dolar AS berbanding 4.3900/3970 pada Khamis.

BERSIH dibiayai sepenunya oleh penyokong tempatan

Bukan saya seorang, Adam Rosly jawab isu kemewahan

"Pembangkang guna NGO tekan kerajaan melalui perhimpunan," kata Najib

"Jamal, buktikan saya proksi Azmin," cabar Adam

'Rumah saya beli bukan RM7 juta, saya juga bukan pegawai khas Zuraida' - Adam Rosly

Korea Selatan Lulus Undang-Undang Siasat Rasuah Presiden.. DiMalaysia Pemimpin Rasuah Dilindungi..!!!

OSA 'Ibu Segala Akta' Lindungi Perasuah - Ezam

Kalau 100 Orang Macam Saya, Najib Takkan Hidup - Ezam

Bersih 5 ujian besar buat pembangkang

Menurut laporan Bloomberg, jika kadar kehadiran peserta Melayu rendah, ia akan menunjukkan sokongan pengundi luar bandar kepada Najib masih kuat.
bersi5_rakya
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 5 esok akan menunjukkan sama ada pembangkang berjaya mendapat kepercayaan lebih ramai pengundi Melayu.
Bloomberg melaporkan, ia juga akan menunjukkan betapa kuatnya kedudukan Datuk Seri Najib Razak di kalangan ahli akar umbi Umno yang tidak puas hati dengannya.
Laporan itu turut menyentuh langkah yang perlu diambil untuk menggagalkan Bersih 5, termasuk usaha Umno bagi menjatuhkan kumpulan reformasi itu.
Pembangkang berusaha menarik orang Melayu jauh daripada rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup dan dakwaan rasuah terhadap Najib dan 1MDB.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyasarkan sokongan daripada ahli Umno.
Bloomberg memetik Ooi Kee Beng, timbalan pengarah ISEAS-Institut Yusof Ishak di Singapura berkata, teras Umno adalah selamat, tetapi setiap teras ada pinggirnya.
“Pinggir itulah yang menjadi pertaruhan. Apabila ahli-ahli Umno tidak puas hati dengan Najib bertukar arah, itulah titik perubahannya.”
Menurut penganalisis, kehadiran yang ramai pada Sabtu diperlukan untuk menjadi tarikan.
Sholto Byrnes, felo kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur berkata: “Jika orang Melayu tidak membentuk sebahagian besar peserta Bersih, ia akan menunjukkan pembangkang gagal memenangi hati pengundi yang diperlukannya, masih bergantung kepada terasnya, iaitu orang Cina liberal dan bandar.
“Ia adalah ujian besar buat pembangkang.”
Menurut laporan itu, Najib berjaya mengelak daripada skandal, sebahagian besar dengan memberi peruntukan kepada petani, penjawat awam dan rakyat berpendapatan rendah.
Pun begitu, laporan itu menyatakan, usaha Umno untuk menjatuhkan Bersih menunjukkan Najib tidak leka dengan kuasanya, terutama beberapa bahagian ekonomi sudah hilang daya tarikan.
Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos memberi amaran akan mengganggu perhimpunan Bersih 5 melalui penganjuran himpunan balas, esok.

DI SEBALIK BERSIH 5, GANASNYA 1MDB SELAMA INI JANGAN SESEKALI DILUPA

Esok, Sabtu 19 November akan berlangsung perhimpunan aman Bersih 5 di sekitar Dataran Merdeka. Sebagai rakyat yang bebas dan merdeka, adalah hak setiap kita untuk bersuara, malah Suhakam atau Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia sendiri turut mengesahkan perkara yang menjadi milik rakyat itu, termasuk  bagi penjawat awam, pelajar universiti dan juga ahli akademik.

Menurut Pengerusi Suhakam, Razali Ismail, adalah menjadi perlanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan untuk berhimpun secara aman itu disekat.

Tetapi, dalam kita berhimpun dan menyuarakan bantahan bersama-sama Bersih 5, isu dan ganasnya 1MDB selama ini jangan sesekali kita lupakan. Terbaru,  beberapa Ahli Parlimen yang bersuara mengenainya sudah disiasat dan mungkin akan didakwa, manakala Rafizi Ramli yang lantang bersuara sudah pun dihukum penjara.

Jika kita imbau pelbagai kepelikan yang telah berlaku dalam negara sejak timbulnya isu 1MDB ini, ia seharusnya lebih merangsang lagi untuk kita turun beramai-ramai pada esok hari. 1MDB adalah "bala" dan "kecelakaan" yang membebankan rakyat dan negara.

Untuk itu, mari kita teliti apa kata Mahfuz Omar mengenainya:-

LAPORAN AUDIT 1MDB DIRAHSIA: RAFIZI  DIPENJARA, RIZA AZIZ DAN JHO LOW BEBAS MERATA.

1. Isu skandal 1MDB terus menimbulkan persoalan panas masyarakat Malaysia dan antarabangsa.Isu ini terus menjadi hangat apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan  terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu dibawah akta rahsia rasmi (OSA). 

Rafizi Ramli yang juga Setiausaha Agung PKR dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat seperti Riza Aziz dan Jho Low dalam salah laku 1MDB membabitkan wang rakyat terus 'bebas merata'.

2. Kenapa kerajaan pada peringkat awal isu 1MDB didedahkan, PM Najib menafikan wujudnya penyelewengan tetapi apabila didesak, kerajaan memberi jaminan tidak akan menyembunyikan Skandal Negara sebagaimana yang PM Najib kata 'Nothing To Hide', tiada apa yang mahu disembunyikan serta PM Najib mengarahkan suatu 'Audit Khas' dijalankan oleh Ketua Audit negara dengan meminta semua pihak bersabar menunggu laporan audit selesai.

"Bukannya untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu, tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan 1MDB".

Kenapa Jamal Tak Ganggu BERSIH Di Sungai Besar?


Ketua geng baju merah Datuk Seri Jamal Yunos diminta membuktikan pengaruhnya dengan pulang ke Sungai Besar dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjadi calon.

Ketua Amanah Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur berkata, Jamal hanya bising di luar sahaja tetapi tidak ada pengaruh pun di kawasan yang beliau ketuai sendiri.

"Jamal adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar tetapi bila Umno pilih calon, Budiman (Radzi) pula yang jadi calon bukannya Jamal.

"Jadi bagi saya Jamal tidak ada pengaruh sebenarnya. Dia hanya kepala samseng sahaja," kata Azhar, bekas calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar sebelum ini.

Menurut Azhar, Jamal hanya sibuk mengacau konvoi Bersih di luar kawasannya sendiri. "Tetapi bila kami buat Bersih di Sungai Besar, Jamal takda pula nak kacau," kata Azhar kepada Malaysia Dateline.

Geng baju merah yang dipimpin oleh Jamal kini sibuk mengganggu perhimpunan Bersih 5 yang disokong oleh Amanah.

Ekoran tindakan Jamal dan gengnya, polis telah memberikan amaran agar perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan 19 November ini dibatalkan.

Namun tragedi yang berlaku kepada Jamal sehingga hidungnya berdarah selepas ditumbuk dalam satu perhimpunan di Ampang telah menimbulkan persepsi baru kepada beliau.

Sebelum ini, Jamal telah menunjukkan aksi beliau dipukul dengan kayu namun tidak ada apa-apa berlaku kepadanya, seolah-olah beliau kebal.

Tragedi hidung Jamal berdarah itu telah menjadi viral dalam laman sosial kononnya persepsi yang cuba ditunjukkan bahawa beliau kebal hanya lawak semata-mata.

Menurut Azhar, beliau sebagai anak jati Sungai Besar tidak kenal Jamal.

Abang Kucing cabar Jamal bertinju..!!!

BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.
Dia yang menggelarkan dirinya ‘Abang Kucing’ mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.
Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.
“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.
“Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.
“Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.
Katanya, orang Melayu harus ingat bahawa pergaduhan sesama Melayu begitu mahal harganya seperti yang pernah dibuktikan pemimpin terdahulu.
“Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.
“Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

10 tips keselamatan sempena himpunan Bersih 5


Lima tuntutan Bersih 5
Sempena perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung di ibu negara esok, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2 telah mengeluarkan 10 tips keselamatan bagi panduan orang ramai.
Tips keselamatan itu dikeluarkan sebagai panduan kepada peserta perhimpunan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar dan selamat.
Berikut adalah tips keselamatan perhimpunan Bersih 5:
1.  Jauhkan diri daripada provokasi (walaupun mereka memakai baju-T kuning) dan biar aasukan keselamatan Bersih mengendalikan keadaan. Elakkan konfrontasi secara langsung. Mereka akan diserahkan kepada pihak polis. Bentuk satu bulatan di sekeliling mereka dan merakamkan tindakan mereka menggunakan video dan/atau kamera.
2.  Kita berada di sana untuk perhimpunan aman. Tiada senjata harus dibawa dan jangan merosakkan harta benda. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.
3.  Sentiasa ikuti arahan sukarelawan keselamatan yang diberi kuasa oleh pihak Bersih. Mereka akan memakai baju-T keselamatan berwarna unggu dengan tag. Jika ragu-ragu, hubungi sukarelawan keselamatan yang lain untuk mengesahkan identiti mereka.
4.  Sekiranya pihak polis menembak pelet semburan lada terhadap peserta, berpaling ke belakang dan bergerak ke tempat lain. Jangan panik dan ikut arahan Pasukan Keselamatan Bersih.
5.  Kita juga mempunyai plakad (placard) yang jelas yang bertulis "Undur", "Senyap" dan lain-lain. Plakad ini akan digunakan oleh Pihak Keselamatan Bersih untuk komunikasi.
6.  Masa perhimpunan pada 19 November adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkumpul di tempat yang ditetapkan pada jam 10 pagi atau di mana-mana yang terdapat ramai penyokong Bersih. Sila bersurai secara teratur selepas jam 6 petang. Tempat perhimpunan adalah LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara.
7.  Dalam situasi kecemasan, pasukan keselamatan kita akan menggerakkan anda ke KLCC, KL Sentral dan LRT Bangsar.
8.  Peserta dinasihati jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan yang ditinggal di tepi jalan. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku situasi-situasi  keracunan makanan/minuman oleh pihak yang berniat jahat.

Bersih 5: Mahkamah beri laluan, KPN kata haram



Lima tuntutan Bersih 5.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat petang semalam menolak permohonan tiga kumpulan untuk menghalang Bersih 5 dan perhimpunan Baju Merah, Sabtu ini.
Hakim S Nantha Balan berkata plaintif dalam permohonan injuksi inter-parte tidak menunjukkan merit dan beliau justeru menolaknya.
Beliau juga menyuarakan rasa terkejut apabila peguam Bersih dan Baju Merah sama-sama menolak permohonan itu, lapor Malaysiakini.
“Luar biasa sekali Baju Kuning dan Baju Merah boleh sepakat terhadap permohonan injuksi peniaga-peniaga di sekitar Dataran Merdeka,” katanya.
Penghakiman itu disampaikan pada 7.20 petang dan tamat 15 minit kemudian.
Nantha Balan juga berkata mahkamah tidak dapat mengisytiharkan sesebuah perhimpunan itu sebagai haram.
Permohonan itu dibuat oleh persatuan peniaga di Jalan Masjid India, Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman traders dan Medan Mara di Kuala Lumpur.
Mereka mendakwa mewakili kira-kira 1,000 peniaga.
Mereka menamakan pengerusi Bersih 2 Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Saman itu difailkan oleh tetuan Rabia dan Farain.
Peniaga-peniaga mendakwa mereka rugi kira-kira RM800 sehari dan lebih banyak lagi ketika hujung minggu dan bimbang perhimpunan Sabtu itu menjejaskan pendapatan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, polis mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 5.0 dan geng Baju Merah di ibu kota Sabtu ini sebagai 'demonstrasi haram'.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua perhimpunan itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang khususnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, lapor Bernama.

Bersih 5: ‘Sudan tak jauh, ada peluang Dr Mahathir hadir esok’

Khairuddin berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku esok memandangkan jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia bukan lama sangat.
Khairuddin-MahathirPETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di Sudan mungkin membuat kejutan dengan menghadiri perhimpunan Bersih 5, esok.
Penyokong setia bekas perdana menteri itu berkata, walaupun berada di Sudan, namun tidak mustahil untuk Dr Mahathir pulang ke tanah air dan menyertai perhimpunan itu.
“Sebarang kemungkinan boleh berlaku esok. Jarak penerbangan pulang dari Sudan ke Malaysia bukan lama sangat pun.
“Persempadanan dunia semakin sempit. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana kita masih ada lebih dari 24 jam lagi sebelum himpunan aman Bersih 5 bermula. Tokoh negarawan terulung ini boleh buat pelbagai kemungkinan berlaku.
“Yakinilah dengan pelbagai kemampuan yang boleh dilakukan Dr Mahathir di dalam membuat kejutan yang tidak diduga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, perkataan ‘takut’ tidak pernah wujud dalam kamus hidup Dr Mahathir, demi perjuangan menegakkan kebenaran serta kepentingan bangsa, agama dan negara, bekas perdana menteri itu sanggup menempuh pelbagai rintangan serta risiko.
Beliau berkata, sama ada Dr Mahathir dapat menghadiri perhimpunan Bersih 5 esok tidak penting, sebaliknya sokongan beliau terhadap perhimpunan itu selama ini paling penting.
“Yang penting, esok keseluruhan rakyat harus turun secara berama-ramai untuk tunjuk kuasa rakyat secara aman dengan mengikuti undang-undang bagi kita kuningkan Dataran Merdeka esok.
“Mesej kuning kepada kerajaan kleptokrasi esok pada himpunan aman Bersih 5 terlalu penting ke arah kita Selamatkan Malaysia,” katanya.

Cuepacs: Jangan sertai perhimpunan, nanti hilang periuk nasi

Kesatuan kakitangan kerajaan itu berkata penjawat awam boleh menyertai banyak lagi perhimpunan lain yang mendapat kelulusan pihak berkuasa.
azih-muda-bersih
PETALING JAYA: Menjelang Bersih 5 esok, kesatuan mewakili penjawat awam Cuepacs berkata ia tidak menggalakkan kakitangan kerajaan menyertai sebarang perhimpunan kerana bimbang tindakan tatatertib yang bakal dikenakan ke atas mereka.
“Kalau mereka dikenakan tindakan, siapa nak tolong dia?” soal Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.
“Tak ada orang nak pergi tolong. Percayalah saya cakap. Kita bersimpati untuk masa depan anak-anak mereka. Jadi apakah salah sebagai langkah persediaan kita?”
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan di ibu kota esok boleh diambil tindakan tata tertib, termasuk pemotongan gaji.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata penjawat awam berhak menyertai perhimpunan aman kerana ia merupakan hak perlembagaan.
Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan ke-5 esok di tengah bandar raya, walaupun polis sebelum ini berkata notis yang diberikan tidak memenuhi syarat. Gerakan Baju Merah pimpinan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, juga dijangka berkumpul pada hari sama, dalam usaha menghalang Bersih 5.
Azih berkata Cuepacs tidak ada masalah sekiranya kakitangan kerajaan menyertai perhimpunan yang diluluskan pihak berkuasa.
“Kami bermesyuarat agung berhimpun, kami berjumpa dengan ahli kami berhimpun, banyak lagi perhimpunan. Yang itu tak apa,” katanya kepada FMT.
“Suhakam nak menegur, itu hak dia tapi pada pandangan kita, kita tak boleh nak halalkan cara dengan cara ini.”

Berkenalan dengan 'BERSIH Kid'

Pada usia 19 tahun, kebanyakan remaja akan bertumpu ke kafe, pusat membeli-belah atau berkumpul dengan rakan-rakan di gerai mamak.
Namun lain pula halnya dengan Aidille Iman, yang bangun jam 2 pagi setiap hari Rabu hingga Ahad menyediakan makanan untuk dijual di gerainya di tepi jalan di pasar pagi SS2 Petaling Jaya. Dia menjual, antaranya, nasi lemak dan nasi dagang.
Tetapi bukan itu sahaja yang dia lakukan di gerainya yang bernama "Projek AA".
Aidille juga merupakan promoter setia kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH, yang sering dilihat memakai kemeja-T BERSIH di gerainya.
Ketika konvoi BERSIH menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk meningkatkan kesedaran mengenai perhimpunan 19 November, Aidille pula memakai baju-T BERSIH pada hujung minggu ketika berniaga di gerainya.
Bercakap kepada Malaysiakini di gerainya pagi semalam, katanya, dia cuba berbual dengan pelanggannya mengenai BERSIH dan menjemput mereka ke perhimpunan BERSIH yang akan diadakan esok di Kuala Lumpur.
Remaja dari Subang Jaya itu tidak ada apa juga kaitan dengan BERSIH, katanya, tetapi dia menyokong apa yang BERSIH sedang cuba apai.
Ketika itu, dua lelaki berjalan lalu dan terdengar seorang daripada mereka berkata "makanan di sini sedap".
Mendengar kata-kata kawannya, lelaki itu berhenti untuk membeli sarapan pagi di gerai dan menyedari Aidille (gambar) dan rakannya memakai baju-T BERSIH.
Rakannya memakai baju-T rasmi perhimpunan BERSIH5, manakala Aidille pula memakai baju BERSIH dengan rekabentuk rekaannya sendiri, yang menggabungkan unsur perpaduan.
Lelaki itu minta bergambar dengan dua remaja itu. Puas hati dengan gambar yang diambil, dia menjelaskan bayaran sarapan itu dan beredar dari situ.
Ketika perhimpunan semakin hampir, Aidille berkata dia memakai baju-T BERSIH rekaannya itu setiap hari di gerainya.
Ini bukan kali pertama Aidille berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dekat di hatinya.
Kekecohan di Low Yat

"BERSIH 1, 2, 3, 4, 5 sampai bila kita nak sabar," kata Khalid

'Ini bukan tsunami Cina atau DAP punya,' kata BERSIH Kid

'Daripada beli baju demo, baik bagi duit ke Aman Palestin lagi dapat pahala,' - kata IGP

Kalau Nak tahu Harta Rakyat Yang Telah Najib Gadaikan Pada China-Komunis..!!


BERSIH 5: KETUA POLIS NEGARA KATA HARAM, HAKIM MAHKAMAH TINGGI KATA TIDAK HARAM – SIAPA LEBIH LAYAK TAKSIR UNDANG2?


Ketua Polis Negara kata Bersih 5 adalah Haram di sisi undang2.
Tapi Hakim Mahkamah Tinggi pula kata Bersih 5 Tidak Haram.
Mana satu yang betul ni ?
Siapakah yang lebih layak untuk bercakap mengenai undang2 ….. Ketua Polis Negara atau Hakim Mahkamah Tinggi ?

FMT

FMT
Ini pula laporan dari Malaymailonline

Amaran KSN larang sertai perhimpunan melampau, kata bekas hakim

Apa-apa tindak balas perundangan perlu bersesuaian, kata Gopal Sri Ram yang mempersoalkan ugutan terhadap penjawat awam.
gopal-sri-ram
PETALING JAYA: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyelar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengancam akan mengambil tindakan ke atas penjawat awam sekiranya menyertai perhimpunan esok.
Sri Ram berkata kenyataan Ali itu melanggar perlembagaan yang memberikan hak berhimpun kepada penjawat awam selagi ia tidak memberi kesan terhadap tugas mereka.
“Hak berhimpun tertera di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa sekatan tidak terpakai,” katanya kepada FMT.
Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan ke-5 di ibu kota esok yang antara lain menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan juga dijangka dianjurkan penyokong Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, pada hari sama.
Pada 8 November, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua notis yang dihantar Bersih 5 dan penyokong Jamal gagal memenuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini.
Ali semalam memberi amaran penjawat awam tidak menyertai sebarang perhimpunan atau berdepan tindakan tatatertib, termasuk dibuang kerja atau potong gaji.