Khamis, 17 November 2016

TSMY tidak berhasrat menjadi pembangkang selamanya

Apa masalah sebenar Melayu dengan DAP - TSMY

Azmin buktikan pembangkang mampu tadbir Selangor - TSMY

AG atasi undang-undang, soal Khairuddin

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan pendakwaan terhadap KiniTV esok kerana menyiarkan kenyataan bekas pemimpin akar umbi Umno itu yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Khairuddin berkata keadaan itu “amat pelik” kerana sebuah televisyen atas talian didakwa kerana melaporkan kenyataannya yang menggelar Apandi sebagai “haprak”.
“KiniTV hanya buat laporan atas kenyataan akhbar saya dan tidak menerbitkan satu dokumentari mengenainya!

“Kenapa pula KiniTV yang kena dakwa?” soal bekas naib ketua Umno Batu Kawan dalam kenyataannya hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) petang ini menghantar notis hadir ke Mahkamah Khas Siber di Kuala Lumpur awal pagi esok kepada KiniTV dan pengarahnya Steven Gan dan Premesh Chandran.

KiniTV akan dituduh membuat dan menghantar komunikasi “jelik” dengan niat “menyakitkan hati orang lain” melalui video bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan” dan satu lagi video sama yang menggunakan tajuk bahasa Inggeris.

KiniTV, saluran video atas talian Malaysiakini, akan dituduh bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Video dipertikai itu berkisar mengenai sidang akhbar Khairuddin yang membidas Apandi dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan KiniTV mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.
Sementara itu, Khairuddin juga mendedahkan beliau turut disiasat susulan kenyataan itu, tetapi oleh pihak polis dan bawah Akta Hasutan 1948.
“Negara kita mengamalkan undang-undang apa ini? Adakah dengan memanggil peguam negara sebagai 'haprak' saya bakal didakwa di bawah akta hasutan?

“Dengan memanggil Apandi Ali sebagai 'haprak' saya menghasut apa? Ini benar-benar buat saya bingung!

Bersih 5: Peguam siap sedia bantu penunjuk perasaan yang ditahan

Hanya perlu sms dan beri butiran orang yang ditahan untuk dapatkan bantuan guaman Badan Peguam
steven-thiru_law_bersih_600
PETALING JAYA: Badan Peguam akan mengerahkan sekumpulan peguam untuk membantu penunjuk perasaan yang ditahan semasa himpunan Bersih 5 Sabtu ini.
Presidennya Steven Thiru berkata orang awam boleh menghubungi pasukan bantuan mereka di 016-4086264 atau 017-3416239.
Cuma berikan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon orang yang ditahan, serta balai polis yang menahannya.
“Hantar sms ke salah satu daripada nombor itu dengan butiran yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Badan itu juga akan menghantar sekumpulan peguam untuk memantau aksi peserta dan penguatkuasa sepanjang perhimpunan.
Pasukan pemantau akan berada di lapangan untuk memasikan hak berhimpun secara aman dipermudah dan dipromosikan.
Penganjur Bersih 5 mengumumkan himpunan akan diadakan di Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Gabungan reformasi pilihan raya itu mendakwa mereka sudah memenuhi semua syarat yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman termasuk menyerahkan notis 10 hari kepada polis.

Jazlan: Mungkin tak salah kalau ahli Umno sekadar lalui kawasan himpunan

Beliau ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap ahli Umno yang menyertai tunjuk perasaan selepas pihak berkuasa mengisytiharkan ia himpunan haram
jazlan-merah-umno
KUALA LUMPUR: Ahli Umno yang dikesan berada di kawasan himpunan Gerakan Baju Merah belum tentu melakukan kesalahan kerana perlu dibuktikan mereka menyertai tunjuk perasaan itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ada kebarangkalian mereka sekadar melalui tapak himpunan Baju Merah.
Beliau ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap ahli Umno yang menyertai tunjuk perasaan Baju Merah selepas pihak berkuasa mengisytiharkan ia himpunan haram.
“Mereka mungkin tidak menyertai himpunan, barangkali sekadar melalui kawasan itu. Pertama sekali kamu perlu buktikan mereka sudah melakukan kesalahan.”
Sebelum itu, Jazlan berkata ahli Umno yang menyertai tunjuk perasaan akan dikenakan tindakan displin sekiranya mereka melanggar undang-undang.
Gerakan Baju Merah pimpinan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berikrar akan mengadakan himpunan balas Bersih 5 pada masa dan ditempat yang sama, iaitu di Dataran Merdeka.
Polis mengumumkan semua penunjuk perasaan sama ada berbaju Kuning atau Merah yang berkumpul disitu akan dianggap melanggar undang-undang, memandangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan himpunan diadakan di situ.
Sementara itu, Jazlan menyifatkan seruan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang ramai supaya menyertai tunjuk perasaan Bersih 5 Sabtu ini sebagai suatu hipokrasi.
Menghentam bekas perdana menteri itu kerana menghasut orang ramai supaya berhimpun secara haram, Jazlan berkata Mahathir nampaknya menarik balik semua prinsip yang diaturnya semasa 22 tahun mentadbir negara.

Penghulu Orang Asli tuntut RM3 juta dari pembalak, NGO lapor SPRM

Aktivis Bumi selepas membuat laporan SPRM.Aktivis Bumi selepas membuat laporan SPRM.
Sebuah NGO, Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia (Bumi) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengemukakan bukti-bukti berdokumen berkaitan kes salah laku pembalakan di hutan simpan Balah termasuk surat Penghulu Pos Gob meminta RM3 juta dari syarikat pembalak dan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
"Laporan ini dibuat untuk tindakan pihak SPRM menyiasat kes salah laku membabitkan Penghulu Pos Gob dengan syarikat pembalak Souncern Timber Sdn. Bhd. dan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK)," kata pengerusi Bumi, Fairul Azam Ibrahim yang menyerahkan laporan kepada pejabat SPRM Kota Bharu semalam.

Enam Kotak Masih Wujud, kata Ezam

TIDAK SETUJU DENGAN ZAHID HAMIDI, HANYA BAJU MERAH YANG MESTI DIARAHKAN BATALKAN PERHIMPUNAN

Setelah Najib Razak melahirkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya pertembungan fizikal antara kumpulan baju kuning dengan baju merah pada Sabtu ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah amaran terakhir agar kedua-dua pihak membatalkan perhimpunan yang dirancang itu.

Zahid berkata, membatalkan kedua-dua perhimpunan adalah penyelesaian terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan, sambil memberi amaran kepada penganjur bahawa tidak akan ada kompromi sekiranya mereka meneruskan perhimpunan tersebut.

"Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua kumpulan, sama ada baju merah atau baju kuning. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kedua-duanya perlu membatalkan perhimpunan.

"Jika tidak ada perhimpunan baju kuning, maka tidak akan ada juga bantahan balas daripada baju merah," tegas Zahid lagi.

Bukan saja saya, bahkan tentu juga ramai yang tidak setuju dengan pendirian Zahid ini. Zahid seharusnya melihat isu perhimpunan 19 November itu daripada awal lagi dengan pertimbangan yang adil dan saksama, bukan semudah itu memberi amaran kepada kedua-dua belah pihak.

Idea mengadakan perhimpunan pada 19 November ini adalah idea Bersih 2.0 dan mereka sudah pun mengadakan empat perhimpunan sebelum ini.

Tarikh yang dipilih juga sudah diputuskan lama sebelum ini. Permohonan kepada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman juga sudah dibuat.

Sebaliknya Baju Merah hanya muncul selepas penetapan tarikh perhimpunan dibuat dan ia semata-mata bertujuan untuk melakukan tindakan balas terhadap apa yang dilakukan oleh Bersih. 

Jelas di sini bahawa baju merah berniat jahat dan bertujuan melakukan gangguan. Dalam beberapa program jelajah anuran Bersih juga, niat dan perlakuan baju merah itu lebih jelas lagi di mana mereka bukan saja melakukan gangguan secara terbuka, bahkan menunjuk-nunjuk aksi ganas dan kebal dipukul yang seolah-olah memang untuk "cari gaduh"  matlamatnya.

Peguam pesan jangan tangkap Jufazli menjelang Bersih 5

Wan Anwar Wan Ibrahim berkata usaha menghalang Anak guamnya menyertai Bersih 5, termasuk melalui tangkapan hanya akan memburukkan persepsi mengenai wujud intimidasi ke atasnya.
Jufazli
KUALA LUMPUR: Peguam kepada Jufazli Shi Ahmad berkata pihaknya berharap pihak berkuasa tidak menangkap aktivis Sabah itu menjelang himpunan Bersih 5, Sabtu ini.
Wan Anwar Wan Ibrahim mendakwa memang wujud risiko Jufazli yang juga pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah mungkin ditahan semula berhubung kesnya baru-baru ini.
“Jufazli baru saja selesai menjalani siasatan polis di Sabah selepas ditahan di Kuala Lumpur 9 November lalu. Beliau tetap bersemangat untuk terus mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin negara kita.
“Sebarang usaha untuk menghalangnya menyertai Bersih 5, termasuk melalui tangkapan hanya akan memburukkan lagi persepsi yang wujud intimidasi ke atas beliau,” katanya dalam satu kenyataan.
Jufazli ditangkap ditahan reman di Lokap Bersepadu Jinjang pada 9 November lalu, sebelum dihantar pulang ke Sabah 2 hari kemudian.
Pada 15 November beliau yang ketika itu direman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau ditahan ekoran kritikannya terhadap kerajaan Sabah dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, dan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan fitnah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Wan Anwar berkata polis sudah menyelesaikan siasatan namun tidak pasti sama ada ia akan disusuli dengan pendakwaan atau tidak.

Bank asing terkejut langkah Malaysia sekat kejatuhan ringgit

Bank-bank asing di Malaysia hari ini pada Khamis cuba memahami untuk bagaimana mematuhi sekatan bank pusat mengenai perdagangan ringgit di pesisir luar - langkah yang dilihat sebagai satu bentuk kawalan modal.
Surat borang yang dihantar minggu ini daripada bank kepada cawangannya di pesisir luar mahu pegawai pematuhan menandatangani komitmen menghentikan perdagangan ringgit di pasaran NDF dan kemudian menghantar surat berkenaan kepada Bank Negara, lapor Reuters, semalam.
"Terdapat urusan surat-menyurat yang ketara di antara bank-bank dan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata seorang pegawai bank asing di Malaysia yang berurusan dalam perdagangan mata wang asing.
"Ini adalah satu bentuk kawalan modal tidak langsung ... Saya lihat ramai yang akan keluar Malaysia."
Ringgit hari ini jatuh hampir 1 peratus ke paras terendah dalam 11 bulan kepada 4.3850 berbanding dolar.

Ringgit terus turun berbanding dolar Amerika

Ringgit dan mata wang pasaran pesat membangun terus mengalami penurunan berbanding dolar AS, dipengaruhi oleh kebimbangan pelabur mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata para peniaga.
Pada pukul 12 tengah hari, ringgit diniagakan pada 4.3850/3920 berbanding dolar AS, daripada 4.3570/3670 pada pukul 9.06 pagi.
Pengerusi Rizab Persekutuan AS Janet Yellen akan menyampaikan ucapan mengenai prospek ekonomi negara itu lewat hari ini.
Profesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata peningkatan dalam ekonomi AS termasuk data pekerjaaan dan sentimen perbelanjaan pengguna baru-baru ini membawa kepada permintaan tinggi bagi dolar AS, mengheret turun ringgit dan mata wang pasaran pesat membangun lain.
"Mata wang pasaran pesat membangun seperti Brazil, Korea Selatan, Indonesia, China dan Malaysia berkemungkinan mengalami kesan negatif disebabkan oleh perubahan arah dalam aliran modal," kata Yeah kepada Bernama hari ini.
Ringgit turun ke paras terendah pada 21 Jan apabila mencecah 4.3780/3870.

Skandal THHE: Jangan hanya bekas CEO THHE, siasat juga Tabung Haji, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR menggesa siasatan SPRM diperluaskan ke Lembaga Pengarah TH, yang meluluskan suntinkan dana untuk syarikat bermasalah itu.
rafizi,th
PETALING JAYA: Rafizi Ramli menggesa siasatan SPRM terhadap bekas CEO TH Heavy Engineering (THHE) diperluaskan ke Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH), yang meluluskan suntikan dana untuk syarikat yang didakwa bermasalah itu.
Ini kerana beliau percaya siasatan yang hanya berkisar kepada urusniaga yang bersabit dengan suapan dan dikaitkan dengan harta milik individu yang berkaitan THHE adalah tidak adil.
Setiausaha Agung PKR dalam kenyataan hari ini mempertikaikan mengapa pengurusan kanan TH terus menyuntik dana ke THHE, walaupun lembaga dana ibadat itu cuma memegang 30% saham dalam syarikat yang didakwa mengalami kerugian.
“Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana pengurusan terkanan TH termasuk Lembaga Pengarah dan Panel Pelaburan boleh membuat keputusan untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang telah pun mengundang pelbagai kontroversi ketika THHE dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad.
“Pengurusan terkanan daripada peringkat Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab dalam keputusan di atas perlu disiasat juga kerana keputusan mereka terus melaburkan wang pendeposit TH ke dalam THHE.
“Kalau pun tiada unsur rasuah atau penyelewengan, boleh disiasat untuk memastikan tidak ada unsur kecuaian sehingga menyebabkan kerugian sedemikian rupa.”
THHE hari ini mendedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latif disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rafizi memuji siasatan SPRM itu, yang menurutnya ke atas aduan kepincangan pengurusan di dalam THHE, yang didakwa menyebabkan ratusan juta wang pendeposit Tabung Haji hangus dalam tempoh 7 tahun yang lalu.
“Saya juga telah mendedahkan dokumen rasmi yang menunjukkan Kementerian Kewangan, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meluluskan pakej sokongan baru kepada THHE, yang boleh meningkatkan risiko hangusnya wang pendeposit yang dilaburkan sehingga mencecah RM1.4 bilion.

Umno Selangor puji usaha Jamal adakan himpunan balas

Ketua Penerangan Zein Isma Ismail bagaimanapun enggan menjawab sama ada parti akan mengerahkan ahli ke himpunan itu
zein-isma-ismail_jamal_600
SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini memuji usaha ketua Datuk Seri Jamal Yunos menganjurkan himpunan balas Gerakan Baju Merah pada 19 November nanti menghadapi tunjuk perasaan Bersih 5.
Ketua Penerangan Datuk Zein Isma Ismail sendiri meminta anaknya turun ke himpunan itu nanti sebagai membantah usaha Bersih yang didakwa mahu menjatuhkan kerajaan ala Arab Spring.
“Syabaslah kepada Jamal dapat menggerakkan pelbagai NGO untuk berhimpun menyatakan kesetiaan kepada negara.
“Kalau pun nak tukar kerajaan tunggulah Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Biar rakyat berpeluang untuk memilih bukannya secara jalanan.
“Dia (Bersih) nak tiru Arab Spring nak menjatuhkan pemimpin secara begitu,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Umno Selangor, merujuk kebangkitan di beberapa buah negara Arab pada 2011.
Dalam pada itu, Zein enggan menjawab samada ada Umno Selangor akan mengerahkan ahlinya ke perhimpunan itu.
“Sebagai rakyat Selangor dan orang Melayu, saya sendiri rasa terpanggil dan minta anak saya pergi sebab apa yang dibuat Baju Kuning (Bersih) menghina pemimpin dan menggerakkan usaha menjatuhkan kerajaan.

Saya dan Jamal tak sama taraf, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa itu berkata jangan menyamakan Perkasa dengan gerakan Baju Merah yang dipimpin ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkenaan.
ibrahim-ali-jamal
KUALA LUMPUR : Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos terhadap Bersih kini lain dengan apa dilakukan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada suatu ketika dulu.
Presiden Perkasa itu berkata orang ramai tidak boleh menyamakan Perkasa dengan gerakan merah yang dipimpin Jamal.
“Saya tak letakkan saya sama taraf dengan dia. Dia ini lain, saya pemimpin. Saya seorang pemimpin dengan cara saya sendiri,” katanya pada sidang medianya di ibu pejabatnya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah tindak tanduk Jamal terhadap Bersih kini sama seperti dilakukan Perkasa terhadap Bersih 3 dan 4.
Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata Perkasa yang dipimpinnya tidak pernah melakukan apa-apa kepada Bersih.
“Bersih mula-mula dulu kita kata kita nak bantah perkara yang kita tak puas hati tapi ikut cara elok. Kemudian datang Bersih kali pertama, mereka terus juga berhimpun, kita tak ganggu.
“Kita blackout. Kita serahkan kepada polis untuk menguruskan mereka,” katanya.
Beliau pada masa sama ditanya adakah tindakan Jamal yang juga bekas ahli Perkasa memalukan NGO itu.
“Kenapa nak malukan Perkasa? Kalau orang Islam buat benda tak baik dia memalukan Allah ke? Sama. Saya rasa tak relevan, tak ada kena mengena.
“Masalah hak peribadi kita tak boleh nak masukkan, itu hak dia,” katanya.

Amaran Jazlan pada Jamal: Jangan cemuh polis

Menteri yakin Jamal dan kumpulannya tidak akan melakukan ancaman mereka
jazlan-jamal
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed memberi amaran kepada ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.
“Jangan cemuh polis.”
Beliau mengulas ancaman Jamal kepada Bersih 2.0 semalam, yang berkata dia mungkin tidak dapat mengawal aktivis Baju Merah yang akan berhimpun pada hari dan waktu yang sama dengan Bersih 5 Sabtu ini.
“Kita ada Akta Perhimpunan Awam. Kalau dia terus dengan kelakukannya, polis mungkin akan ambil tindakan,” kata Nur Jazlan kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Beliau bagaimanapun yakin Jamal dan kumpulannya, seperti biasa, tidak akan melakukan ancaman mereka.
“Jamal sudah buktikan banyak kali, semua ancamannya tidak berlaku.
“Kita tengok kalau penyokongnya melampaui batas, dan sesuatu yang tidak diingini berlaku, polis sudah bersedia untuk bertindak.”
Nur Jazlan percaya tunjuk perasaan Baju Merah dan Bersih 5 tidak akan mampu menarik perhatian ramai tanpa liputan meluas.
Pandangan itu berdasarkan kepada kehadiran kecil dalam jelajah negara kedua pihak sejak sebulan lalu.
“Perhatian yang diberikan media ke atas isu ini mungkin mengalakkan orang ramai untuk sertai mereka.”

Bersih tiada hak suruh polis campur tangan - KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak kenyataan Datuk Ambiga Sreenevasan yang memetik Akta Perhimpunan Aman untuk meminta campur tangan polis dalam himpunan Bersih 5, Sabtu ini.
igp-ambiga-bersih-polis
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 tidak berhak meminta campur tangan polis untuk perhimpunan hujung minggu ini memandangkan ia sudah pun diisytiharkan sebagai himpunan haram, kata ketua polis negara.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang meminta perlindungan polis mesti terlebih dulu mematuhi undang-undang.
Pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini beliau menolak desakan bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan supaya polis mencegah peserta Baju Merah dan Bersih 5 mengadakan demonstrasi serentak Sabtu ini.
Ambiga sebelum ini berkata pihak berkuasa boleh menggunakan Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, mengasingkan perhimpunan balas Baju Merah dan memberikan mereka tarikh dan lokasi alternatif.
“Mereka tau undang-undang,” kata Khalid ketika ditanya mengenai perkara itu.
Khalid mengulangi kenyataannya dengan berkata 2 perhimpunan serentak pada hujung minggu ialah haram dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Sebelum ini sudah ada Bersih 1 hingga ke Bersih 5. Berapa lama lagi perlu kita bersabar dengan orang seperti ini?
“Jika pemilik tempat itu kata anda tidak boleh tempatnya, maka pergi cari tempat lain. Kenapa keras kepala sangat?

Undi kami mengatasi DAP dan PKR, kata PAS

Kekuatan PAS dibuktikan dalam PRK lalu di mana undi parti Islam itu melebihi separuh daripada kekuatan pembangkang.
Datuk-Khairuddin-Aman-Razali
PETALING JAYA: PAS hari ini menganggap sebagai “kelakar” pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang parti itu sudah tidak mempunyai pengaruh kuat di kalangan pengundi Melayu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata kemenangan PKR dan DAP pada pilihan raya yang lalu jelas banyak dibantu oleh PAS.
Katanya, undi PAS melebihi separuh daripada kekuatan pembangkang lain ketika mereka bersama Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lepas.
“Semua orang tahu kekuatan PAS, dalam pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini lagi. Ini satu bukti yang jelas,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, usaha pembangkang mendekati PAS adalah bagi meredakan percakaran yang berlaku berhubung pembahagian kerusi.
“Misalnya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka nak kerjasama dengan PAS sebab nak bertanding di kerusi yang PAS bertanding,” katanya.
Zaid dalam wawancara bersama FMT meluahkan rasa hairannya melihat segelintir pemimpin pembangkang yang menurutnya masih menagih kerjasama daripada PAS, dan berkata ia timbul daripada persepsi parti itu mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu.
Menurut Zaid, pengaruh PAS kini tidak sehebat ketika zaman bekas mursyidul am dan presiden, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.
Zaid berkata jika PAS tidak bekerjasama dengan pembangkang lain, parti Islam itu bakal hilang semua kerusi di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, Khairuddin berkata bukan PAS yang akan kehilangan kerusi, tetapi DAP dan PKR yang akan kehilangan banyak kerusi pada PRU akan datang.

Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
Razali-Ismail_bersih_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.
Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan.
“Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.
"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.
"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.
"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas  beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.
Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.
"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.
Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.
"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.
"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.
"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Kenapa relakan diri diperbodohkan Mahathir, soal propagandis Pas


Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas menghadapi jalan sukar apabila akar umbi parti itu masih menyimpan dendam peribadi dengan pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir MohamadDalam satu tulisan yang disiarkan lidah rasmi Pas Harakahdaily, 16 Nov lalu, propagandis parti itu, Alang Ibn Shukrimun meluahkan kecamannya terhadap parti-parti politik yang bekerjasama dengan Tun Mahathir.
"Orang tua itu memang licik berpolitik. Tak padan dengan usianya yang hampir mencecah satu kurun. Langkahnya sentiasa mengejutkan dan kontroversial. Sampaikan yang muda pun boleh terkena 'serangan jantung' dan tersentak urat otak. Terus terpukau dengan gerak tarinya, dan terus lupa siapa diri dia sebenar.
"Tun M perlu diakui sebagai antara pencatur utama politik negara. Walaupun tanpa kuasa politik, tetapi pengaruhnya berjaya menundukkan ramai pemegang kuasa. 22 tahun sebagai PM, pasti dimana-mana sahaja orang kuatnya wujud. Anwar, Najib, Mat Sabu, Lim Kit Siang mahupun siapa sahaja pasti tenggelam apabila Tun memainkan peranannya.
"Siapa yang kenal Tun M sebenarnya, nescaya dia akan tahu apa matlamat beliau dalam politik. Walaupun lidahnya sentiasa mengungkap keprihatinan terhadap negara, tetapi di sebalik itu adalah cita-cita pengukuhan terhadap dinasti kroninya sendiri," tulisan anak pemimpin Pas Terengganu itu dipetik.
Beliau turut menyifatkan pihak yang bersama Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mudah melupakan keburukan yang dilakukan Mahathir "seolah-olah dipukau oleh orang tua tersebut".
"Kini team Mahathir merancang himpunan menjatuhkan Najib pula. Selepas gagal memobilisasi orang Melayu untuk turun bersama Bersih 4, sesetengah pembangkang yang gelojoh berkuasa lekas bergabung dengan team Mahathir dengan harapan pengaruh orang tua itu mampu meraih penglibatan Melayu yang selama ini ditagih," tulisnya lagi.

KSN: Kes beberapa pegawai GLC disyaki rasuah boleh jejas kepercayaan rakyat...pemimpin rasuah tak pe eh..!!!

Penahanan beberapa pegawai kanan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki rasuah baru-baru ini boleh menimbulkan kekhuatiran rakyat terhadap integriti perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tindakan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sektor itu.

Katanya rakyat bimbang sekiranya sistem, prosedur dan tatacara perolehan kewangan yang ditetapkan bagi melicinkan penyampaian perkhidmatan awam tidak lagi dipatuhi oleh penjawat awam.

Beliau mengulas penahanan seorang pengarah urusan sebuah syarikat GLC di Seremban dan Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima suapan.

"Jangan hanya disebabkan tindakan segelintir penjawat awam yang bertindak di luar batasan undang-undang, ia tidak membawa maksud seluruh penjawat awam berkelakuan sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Integriti Nasional 2016 bertemakan 'Ke Arah Perkhidmatan Awam yang Berpotensi dan Berintegriti Tinggi' di Institut Integriti Malaysia di ibunegara hari ini.

KSN: Potong gaji, buang kerja jika sertai BERSIH5

Penjawat awam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini atau berhadapan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberikan amaran itu berkata bentuk tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang terbukti terlibat dalam perhimpunan tidak sah hujung minggu ini bergantung kepada tahap
penglibatan mereka.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang sekiranya gambar mereka terlibat dalam perhimpunan tidak sah itu tersiar dalam mana-mana media.

"Kalau ada (penjawat awam) yang jadi pemimpin, tindakan yang dikenakan berbeza daripada yang lain (penjawat awam yang menjadi peserta). Tindakan akan diambil berdasarkan gambar serta aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Puspanita Kali Ke-4 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata lazimnya penjawat awam tahu yang mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka tidak akan menyertai perhimpunan kali ini.

BERSIH, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, satu lagi pergerakan, yang menamakan mereka kumpulan Baju Merah, mendakwa Bersih bertujuan menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengugut untuk menganjurkan perhimpunan balas di tempat sama dan pada hari yang sama.

Video Ini Jelas Jamal Baju Merah Berbohong

'Mahathir Bukan Contoh Baik Untuk Generasi Muda' - Hasan Arifin

Bersih 5: Kalau Jadi Apa-Apa Jangan Salahkan Kerajaan Umno@Bn

Wawancara Khas Bersama Imran Tamrin Menjelang Merah V2

Wawancara Khas Bersama New Sin Yew Menjelang Bersih 5

Video AG 'haprak': KiniTV didakwa di mahkamah esok

Nur Jazlan: Jangan salahkan polis jika berlaku kekerasan

Bersih 5: Tangkap Jamal, Elak Rakyat, Polis Dalam Bahaya

Skandal THHE: Gesa SPRM Siasat Orang Kanan Tabung Haji

"Kedai mamak mesti ditutup jam 12 malam," cadang MP Umno Rompin

Sertai Baju Merah, UMNO Melaka sudah diarah talik balik surat - kata Ku Nan

"Kita akan pertahan hingga titisan darah terakhir," kata Zein Isma

'Kalau budaya demo ini tidak disekat, baju-baju lain akan lahir' - Hasan Arifin

'Dah 91 tahun, Tun M hilang pedoman,' - kata Hasan Arifin

HINGGA KE HARI INI Jamal seolah2 KEBAL dari tindakan perundangan cuma HIDUNGNYA saja tidak KEBAL..

KENAPA HINGGA KINI KETUA POLIS NEGARA, IGP Khalid tidak berani nak ambil tindakan tegas mahupun undang2 terhadap Jamal Tongkol yg terang2 buat kekacauan & huru-hara di seluruh negara ??!!

Jika PDRM benar2 mahu mendakwa Jamal Tongkol di atas pelbagai perbuatan yang melanggar undang2.. Jamal Tongkol dgn jelas boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan 143, 147, 152, 153, 160, 186, 189, 193, 353, 504, 505 & 506..

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

"TUHAN AKAN LAKNAT KITA JIKA KITA MENIPU RAKYAT", Najib Razak (14/10/2012) semasa ucapan Perasmian Program Jelajah Janji Ditepati, Kudat, Sabah.

JANJI ALLAH ITU PASTI..
Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

AKHIRNYA janji-janji PRU13 telah dicapatinya...

Permohonan Anwar cabar keputusan penjara 14 Februari

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.
anwar_law_600
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 Februari tahun depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya bagi mencabar keputusan Penjara Sungai Buloh tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarga ketika lawatan di penjara itu.
Penolong Kanan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin, mewakili Anwar sekeluarga. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.
Pada 3 November lepas, Anwar dan keluarganya memperoleh kebenaran dari mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan berkenaan.
Selain Anwar, 68, turut bertindak sebagai pemohon ialah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, 4 anak perempuan mereka Nurul Izzah, 35, Nurul Nuha, 32, Nurul Ilham, 28, dan Nurul Iman, 25, serta 4 cucu Anwar.
Mereka yang menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac lepas yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua ahli keluarga dibatalkan.

Pemuda Umno: Adam patut digelar ‘Mr Commission’

Armand mendakwa banyak urusan pentadbiran untuk mendapatkan projek pasir harus membayar sebilangan kecil komisen kepada Adam.
Datuk-Armand-Azha-Abu-Hanifah
SHAH ALAM: Pemuda Umno hari ini mendakwa Datuk Adam Rosly memiliki kekayaan luar biasa pada usia 28 tahun kerana menjadi perantara ketua Wanita PKR dan kerajaan Selangor untuk mendapatkan projek di negeri itu.
Sehubungan itu, exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ketua Pemuda PKR Ampang itu dan Zuraida Kamaruddin yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah di Selangor.
“Saya difahamkan Adam ini jadi ‘player marker’ dan ‘perantara’ Zuraida. Kita lihat beliau pemimpin muda yang patut digelar ‘Mr Commission’ di Selangor.
“Di mana kami dimaklumkan banyak urusan pentadbiran untuk dapatkan projek pasir harus bayar sebilangan kecil komisen kepada Adam. Adam ini jadi ‘player marker’ dalam Selangor.
“SPRM perlu buat kunjungan hormat ke rumah Adam dan Zuraida bagi membuktikan integriti badan itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Selangor hari ini.
Kelmarin, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk menunjukkan banglo milik Adam dan mendakwa pemuda itu turut memiliki pelbagai kereta mewah, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
Adam bagaimanapun berkata, memiliki harta kekayaan dan gelaran “Datuk” pada usia muda bukanlah sesuatu yang aneh dan mencabar Jamal membuat laporan kepada SPRM.
Kelmarin juga, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, beliau sudah membuat laporan kepada SPRM.

Ku Nan arah Umno Melaka tarik balik arahan sertai himpunan Baju Merah

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan badan perhubungan Umno Melaka untuk menarik balik arahan yang diberikan kepada ahli akar umbi supaya menyertai perhimpunan balas ‘Baju Merah’ bagi BERSIH5 pada Sabtu ini.
"Sebagai Setiausaha Agung, saya beritahu, tarik balik surat itu dan jangan sertai mana-mana perhimpunan (baju) merah atau kuning atau apa sahaja warna," katanya.
"Kami beritahu mereka jangan juga menyelaras," katanya kepada wartawan ketika melancarkan sebuah restoran makanan laut baru di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, surat yang kononnya daripada Ketua Penerangan Umno Melaka Sulaiman Md Ali, mengarahkan ahli akar umbi parti untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan perhimpunan Baju Merah.
"Ini (perhimpunan Baju Merah) tidak ada kaitan dengan Umno," kata Tengku Adnan.
Beliau mengesahkan hanya jawatankuasa perhubungan Umno Melaka yang mengeluarkan surat sedemikian, yang telah ditarik balik atas arahannya.
Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, turut menafikan Umno Perak bersetuju membayar RM50 untuk ahli-ahli akar umbi menyertai perhimpunan tersebut.

Skandal THHE: Rafizi tuntut lebih ramai disiasat SPRM

Selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini menggesa pihak berkuasa turut menyiasat lembaga pengarah Tabung Haji.

Setiausaha agung PKR itu mempersoalkan keputusan pengurusan Tabung Haji termasuk lembaga pengarah dan panel pelaburannya membuat pelaburan di GLC yang mengundang kontroversi.

"Bagaimana pengurusan Tabung Haji termasuk Lembaga Pengarah dan panel pelaburan boleh membuat keputusan untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang sebelum Tabung Haji membuat pelaburan besar besar, telah mengundang pelbagai kontroversi.
"Lebih penting siasatan perlu dibuat tentang bagaimana setelah GLC itu mengalami kerugian, Tabung Haji terus menyuntik dana ke dalam GLC itu hingga memberi pelbagai bentuk sokongan kewangan walaupun Tabung Haji hanyalah pemegang 30 peratus dalam GLC terbabit.
"Pengurusan kanan Tabung Haji dan peringkat Lembaga Pengarah, panel pelaburan dan ketua pegawai eksekutifnya yang bertanggungjawab dalam keputusan di atas perlu disiasat juga kerana keputusan mereka terus melaburkan wang pendeposit Tabung Haji ke dalam GLC itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara, Rafizi berkata beliau akan menunggu maklum balas Tabung Haji berhubung perkara itu dan akan mempertimbangkan membuat laporan polis minggu depan terhadap beberapa pengurusan Tabung Haji.
"Saya akan tunggu sampai minggu depan, dan jika tiada sebarang respon saya akan membuat laporan polis," katanya lagi.
Rafizi berkata lagi, walaupun tiada unsur rasuah atau penyelewengan, pengurusan kanan Tabung Haji boleh disiasat bagi memastikan tiada unsur kecuaian.
Isnin lalu SPRM menahan seorang pengarah GLC bergelar Datuk, dipercayai menyalahgunakan kuasa dan menerima sejumlah wang rasuah.

Ketua Penerangan Umno Sgor dan rakan taulan akan sertai Baju Merah

Meskipun enggan mengulas secara rasmi tentang laporan bahawa ahli Umno sedang digerakkan untuk menyertai perhimpunan balas ‘Baju Merah’ untuk menentang BERSIH5 pada Sabtu ini, namun Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma mengakui dirinya mengajak kawan-kawan supaya hadir.
Katanya, mereka yang merasakan bumi Malaysia sedang digugat dengan campur tangan kuasa asing, perlu hadir dan mempertahankannya.
“Bercakap sebagai rakyat Selangor, sebagai orang Melayu, saya sendiri rasa terpanggil dan minta anak saya pergi sebab apa yang dibuat Baju Kuning (BERSIH5) ini menghina pemimpin (negara kita),” katanya kepada KiniTV.
Menurutnya, beliau percaya bahawa apa yang cuba dilakukan oleh BERSIH itu adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Pemimpin Umno Selangor itu berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa ahli Umno di beberapa negeri sedang digerakkan untuk menyertai perhimpunan balas Baju Merah.

Pengurusan kanan Tabung Haji perlu disiasat dalam skandal kerugian THHE


Pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa akibat keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan institusi itu.Pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa akibat keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan institusi itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat pengurusan kanan Tabung Haji (TH) yang terbabit dengan keputusan pelaburan anak syarikatnya  susulan penahanan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, THHE adalah sebuah syarikat yang secara langsung telah mengakibatkan risiko hangusnya berbilion ringgit wang pendeposit Tabung Haji.
"Saya telah secara konsisten mendedahkan kerugian demi kerugian yang dialami oleh THHE dan risikonya kepada Tabung Haji.
"Saya juga telah mendedahkan dokumen-dokumen rasmi yang menunjukkan Kementerian Kewangan, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meluluskan pakej sokongan baru kepada THHE yang boleh meningkatkan risiko hangusnya wang pendeposit Tabung Haji yang dilaburkan ke dalam THHE sehingga mencecah sekitar RM1.4 bilion," ujar beliau.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR bagaimanapun kesal kerana setelah pendedahan dibuat, pakej sokongan kewangan dalam bentuk jaminan korporat (corporate guarantee) untuk THHE membuat pinjaman baru tidak digunakan, sebaliknya Kerajaan Persekutuan menganugerahkan kontrak pembinaan kapal-kapal peronda pesisir pantai yang berjumlah sekitar RM700 juta kepada THHE secara rundingan terus walaupun THHE tidak berpengalaman dalam bidang itu.
Sambil mengucapkan tahniah kepada SPRM kerana menyiasat aduan kepincangan pengurusan di dalam THHE yang telah pun menyebabkan ratusan juta wang pendeposit TH hangus dalam tempoh tujuh tahun, beliau mahu siasatan tidak hanya berkisar kepada urusniaga yang bersabit dengan suapan.

Siapa agaknya penulis skrip ‘pelawak’ Jamal Yunos, soal Rafizi

Setiausaha agung PKR itu memberi amaran penulis skrip terbabit silap jika mereka fikir Baju Merah yang rasis dan fasis boleh dikawal.
rafizi-ramli_jamal_600
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan siapa sebenarnya yang menulis skrip untuk “pelawak” Malaysia, Datuk Jamal Yunos.
Bimbang dengan kenyataan Jamal yang “rasis dan fasis” selain kecenderungannya mengadakan persembahan silat, Rafizi berkata skrip ketua Baju Merah itu mungkin ditulis individu yang tahu bagaimana untuk menyentuh jiwa orang Melayu.
“Segala yang dilakukan ada corak. Dan pertunjukan seni silatnya jelas menunjukkan dia cuba mengambil kesempatan terhadap jiwa orang Melayu.
“Orang Melayu percaya silat yang melindungi mereka daripada bangsa lain masa zaman 1969,” katanya.
Rafizi merujuk kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menurut laporan berita menyaksikan lebih 100 nyawa terkorban.
“Jadi ia membawa konotasi yang sangat dalam dan mengancam, berniat untuk memprovokasi dan membangkitkan elemen ultra kanan dalam masyarakat itu.
“Saya anggap apa Jamal cakap mengenai peserta Baju Merah lapar datang Bersih 5 Sabtu ini sebagai lawak, apa yang paling dibimbangkan ialah siapa sebenarnya menulis skrip itu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata Jamal tidak cukup bijak untuk tahu bagaimana “menekan butang psikologi yang tepat”, kerana apa ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu tahu ialah hanya bagaimana menjalankan “perniagaan ikan bakar yang gagal”.
Jamal berjanji untuk mengadakan perhimpunan balas terhadap Bersih 5 dan semalam berkata beliau tidak akan dapat mengawal tindakan penyokongnya yang “lapar”.

Persatuan teksi jangka 30% pemandu teksi tinggalkan industri

Seramai 60% pemandu teksi sudah meninggalkan industri itu dan lebih ramai dijangka mengikut jejak mereka.
Shamsubahrin-Ismail_teksi_600KUALA LUMPUR: Lebih ramai pemandu teksi akan meninggalkan industri itu susulan pengumuman tambang MRT serendah RM1, kata pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd.
Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, sejak kerajaan meluluskan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab, hampir 60% daripada lebih 3,000 pemandu teksi di bawah persatuannya meninggalkan industri itu.
“Kami menjangkakan 30% pemandu teksi lain akan mengembalikan teksi mereka.
“Syarikat pemilik teksi yang ada permit, saya kecewa dengan sikap mereka, terutama sekali pengurus-pengurus yang dilantik dalam syarikat masing-masing.
“Pengurus-pengurus hanya fikir pasal pangkat dan duit tiap-tiap bulan masuk gaji, itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Sentral, hari ini.
Shamsubahrin mengulas struktur tambang untuk laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) yang akan memulakan perkhidmatan pada 16 Disember ini.
Tambang antara RM1 dan RM5.50 akan dikenakan di bawah struktur tambang tanpa tunai dan maksimum RM6.40 di bawah struktur tambang tunai.
Shamsubahrin berkata, peguamnya sedang mendraf surat untuk dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Isnin depan.
“Kandungan surat itu berkaitan tambang rendah MRT. Harapan saya, kalau boleh ini (tambang rendah MRT) jangan ditetapkan sepanjang masa. Pendekkan, kita buat macam promotion period.”
FMT hari ini melaporkan Shamsubahrin berpendapat tindakan kerajaan memperkenalkan tambang rendah MRT bertujuan menghapuskan industri teksi.
Berdasarkan keadaan sedia ada, katanya, pemandu teksi sudah terjejas teruk akibat saingan daripada perkhidmatan perkongsian kenderaan, Uber dan Grab.

"IGP, lakukan sesuatu terhadap Jamal sekarang. Jangan pertaruhkan nyawa polis," gesa Rafizi

Jika Baju Merah 'lapar', ada banyak warung makanan Sabtu ini - Isham

BANNER UNTUK DEMO BERSIH 5








Silakan DOWNLOAD & PRINT untuk dibawa ke demo

Maria ingatkan Umno juga berdemo di era British

BERSIH hari ini menolak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya rakyat negara ini.

Malah, kata Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Umno sendiri berdemonstrasi menentang British sebelum merdeka.

“Umno tidak akan hidup jika mereka tidak turun ke jalan raya.

“Jika kamu ingat bagaimana kita merdeka, kita turun ke jalan-jalan raya, sejak awal sejarah kita lagi.
“Kita berhak untuk berbeza pendapat. Demonstrasi jalanan sentiasa jadi budaya kita,” kata Maria dalam sidang media di pejabat BERSIH di Petaling Jaya hari ini.
Maria juga berkata demonstrasi dapat menunjukkan kepada kerajaan bahawa rakyat serius mahu perubahan.

“Ia sebahagian daripada perjuangan kita untuk kemerdekaan. Dan sekarang kita berjuang untuk sebuah Malaysia baru,” kata Maria.
BERSIH akan mengadakan perhimpunan besarnya Sabtu ini bertemakan “Satukan Tenaga, Malaysia Baru”.

India haramkan yayasan Zakir Naik, aktiviti dikaitkan keganasan

Zakir didakwa memberi banyak ceramah berbentuk provokatif dan kebencian serta propaganda keganasan.
zakir-naikKUALA LUMPUR: India mengharamkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik selama 5 tahun.
The India Express melaporkan, IRF diharamkan kerana mengadakan aktiviti yang didakwa berkaitan keganasan.
Zakir yang datang ke Malaysia awal tahun ini dan mencetuskan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, didakwa memberi ceramah berbentuk kebencian dan propaganda keganasan.
Beberapa kumpulan bukan Islam menggesa Putrajaya melarang ceramah beliau di negara ini dengan alasan Zakir dikenali dengan tindakannya memperkecilkan agama lain. Kerajaan bagaimanapun membenarkan beliau berceramah kepada umat Islam.
Malah, kerajaan Terengganu dilaporkan bersetuju memberi 3 pulau di Tasik Kenyir untuk kegunaan Zakir, sebelum Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan penawaran pulau itu kepada pendakwah India terbabit.
Ahmad Razif dipetik sebagai berkata: “Isu ini hanya salah faham. Kita ada permohonan daripada Dr Zakir (untuk mendapatkan tempat untuk bina IRF di Terengganu)…dan kita nampak ia boleh jadi peluang untuk promosikan pelancongan di Terengganu kerana kita sedar populariti beliau (yang mungkin dapat bantu tarik kedatangan pelancong).”
Zakir kini dilarang menjejakkan kaki ke United Kingdom dan Canada kerana ceramah berbentuk kebencian terhadap agama lain.
Zakir menjadi perhatian apabila seorang daripada penyerang keganasan di Dhaka, Rohan Imtiaz, memuat naik propaganda yang memetik nama Zakir di Facebook, tahun lalu.
The Indian Express melaporkan, pendakwah berpangkalan di Mumbai itu yang kini berada di negara lain, tidak pulang ke India sejak kontroversi itu bermula.
Akhbar itu turut melaporkan Kabinet India meluluskan cadangan mengisytihar IRF sebagai “pertubuhan haram” di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Haram selama 5 tahun.
“Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang akan mengekalkan pemantauan ketat terhadap semua aktiviti yayasan itu,” kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada akhbar itu.
Langkah itu diambil selepas siasatan Kementerian Dalam Negeri mendapati NGO itu didakwa mempunyai hubungan mencurigakan dengan Peace TV, sebuah saluran Islam antarabangsa didakwa menyebarkan keganasan.

PAC: Siasat ketirisan program basmi kemiskinan

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mencadangkan agar Program Akhiri Zaman Miskin
(1Azam) disiasat berikutan kelemahan dalam pelaksanaan yang membawa kepada ketirisan.
Jawatankuasa itu mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiasat perkara berkenaan.
Pada tahun 2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka siasatan ke atas program 1Azam atas dakwaan dananya disalahgunakan.
Antara mereka yang disoal adalah Suhaimi Ibrahim, bekas setiausaha politik kepada bekas menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Walau bagaimanapun, tidak ada sebarang laporan bahawa kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
PAC mula menyiasat 1Azam selepas Jabatan Audit mendedahkan beberapa kelemahan dalam program itu.
Antaranya, tidak ada justifikasi diberikan bagi pelantikan 22 pembekal untuk peralatan berjumlah RM8 juta.
Laporan audit juga mendapati bahawa projek perladangan cili RM1 juta yang melibatkan 100 orang tidak memberikan sebarang pulangan.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemudiannya menjelaskan bahawa tiada dividen dibayar untuk projek kelompok ini disebabkan oleh kejatuhan harga cili, dan juga disebabkan tanaman yang tidak menjadi.

Bersih 5 ruang protes anak muda


Mohd Sany Hamzan Mohd Sany Hamzan Himpunan Bersih 5 sebenarnya ruang untuk golongan muda menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap bebanan peningkatan kos sara hidup yang gagal dikawal oleh kerajaan.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, himpunan yang menuntut pilihan raya tanpa penipuan itu penting bagi anak muda yang mahukan kualiti hidup mereka dan masa depan negara yang lebih terjamin.
“Kita mahu menyelamatkan negara dengan kerajaan bersikap adil terhadap soal kualiti hidup anak muda. Tindakan nekad pemuda, Mohd Shukri Saad juga seorang peniaga kedai runcit terjun laut baru-baru ini patut membuka mata tentang tekanan hidup rakyat pada masa ini.
“Malangnya, dalam Bajet 2017, kerajaan memotong peruntukan pendidikan dan tidak nampak usaha untuk menangani kenaikan kos hidup. Ini menyedihkan kepada anak muda.
“Hari ini harga petrol naik. Harga minyak masak naik berganda selain tentunya dengan kesan kenaikan harga barangan keperluan akibat cukai menindas GST yang tinggi kadar peratusannya,” ujar beliau ketika ditemui di Wisma Amanah, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Sany menyeru ratusan ribu anak muda dari seluruh pelosok tanah air tanpa mengira latar ekonomi membanjiri ibu negara dalam himpunan Bersih 5, Sabtu ini.
“Kami di peringkat Pemuda Amanah dan Pemuda Pakatan Harapan menyeru ramai-ramai anak muda turun bagi menghantar isyarat jelas kita menolak kepimpinan sedia ada yang korup dan menyusahkan rakyat.
“Ini adalah himpunan rakyat yang mahu menyelamatkan negara. Ini adalah ruang untuk anak muda bersuara dan menunjukkan kuasa yang mereka ada selain mengeluh atau mengutuk di media sosial,” tegas Sany lagi.

Jamal Janji 'Habuan Besar' Untuk Pengikutnya Jika Dicekup Polis?

Hanya tiga hari menjelang demonstrasi jalanan pada 19 November ini, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan habuan 'besar' kepada ahli kumpulan Baju Merah yang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan itu.
Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu berkata, ganjaran itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat turun padang pada Sabtu ini.

"Ia juga sebagai simbol pengorbanan mereka dan menghargai perjuangan ahli kumpulan Baju Merah," katanya.

Jamal juga mengakui persiapan telah dilakukan dan jentera Baju Merah sudah bersedia untuk berdepan kumpulan Bersih.

"Kami telah menggerakkan jentera di seluruh negara yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk anak muda, belia dan profesional," katanya.

Dianggarkan 300,000 penyokong Baju Merah akan hadir bagi menentang dan menyekat pergerakan Bersih 5.

"Kalau nak tahu dimana kami akan berkumpul, tanya kumpulan Bersih dimana mereka berkumpul, kerana gerakan Baju Merah akan berada di setiap lokasi di mana Bersih berada," katanya.

Sebanyak 38 peguam akan ditempatkan di setiap lokasi kumpulan Bersih sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Perutusan Khas Menjelang Himpunan Gergasi Merah menentang Bersih 5 di sini, pada Rabu.

Hishamudin Rais seru rakyat Malaysia keluar sertai Bersih Global

Hishamudin Rais menyeru rakyat Malaysia luar negara turun sertai Bersih Global pada Sabtu ini.Hishamudin Rais menyeru rakyat Malaysia luar negara turun sertai Bersih Global pada Sabtu ini.
Aktivis Bersih Hishamudin Rais menyatakan Bersih Global akan turut bersama pada Sabtu ini untuk mengadakan demontrasi di luar negara.
"Tokyo, Osaka, Beijing, Shanghai,London, Bombay, Glassgow, Edinburgh, Brussel, Washington DC, San Francisco... kita Bersih Global sedang merancang seluruh dunia pada Sabtu ini akan kelihatan kuning. Ini kekuatan kita, ini kekuatan Bersih Global.
"Anak-anak dan kawan-kawan tanyakan pada mereka minta pakai baju kuning, bukan susah bukan payah duduk di luar negara...makin ramai rakyat Malaysia akan keluar di sana," ujarnya dalam siri ceramah Rakyat Bersatu di Bandar Baru Sentul malam tadi.
Beliau juga mengajak warga di Sentul untuk turut  berkumpul di kawasan LRT Bangsar dan Masjid Negara untuk bersama menuju ke Dataran Merdeka.
"Saya nak umumkan pada Sabtu ini pilihlah tempat berkumpul di LRT Bangsar atau Masjid Negara kita menuju ke dataran merdeka ...ingat kita datang dengan aman kita akan kembali dengan aman.
"Jangan buat mana-mana provokasi kita semuanya mengikut peraturan...kerana kita tahu masa depan kita adalah di tangan kita.
"Jumpa 10 pagi di LRT Bangsar atau di Masjid Negara," ujarnya mengakhiri ucapannya dengan laungan Bersih dan Reformasi.
Turut hadir dalam ceramah itu Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Strategi Putrajaya penjarakan satu persatu, kata Anwar

Bekas ketua pembangkang itu berkata pada masa ini dapat dilihat tekanan dari sudut undang-undang dikenakan terhadap ramai wakil rakyat pembangkang untuk menekan suara rakyat.
anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya mengenakan strategi memenjarakan seorang demi seorang wakil rakyat pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang.
Bekas ketua pembangkang itu berkata pada masa ini dapat dilihat tekanan dari sudut undang-undang dikenakan terhadap ramai wakil rakyat pembangkang untuk menekan suara rakyat.
“Hari ini Rafizi, Tian Chua, Surendran, semua satu persatu diberi tekanan. Saya ingat ini strategi mereka. Satu persatu nak dipenjarakan sebelum pilihan raya,” katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini hari ini.
Anwar hadir memberi keterangan dalam kes membabitkan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun secara tidak sah di masjid.
Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli baru-baru ini selepas didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB.
“Saya kesal dengan perkara itu kerana Rafizi hanya menjalankan tanggungjawab kepada negara dan rakyat, mendedahkan penyelewengan dan rasuah.

Amaran pelajar sertai Bersih, Universiti Monash mohon maaf

Universiti itu berkata maksud dalam pesanan pihak pengurusan ialah pelajar perlu sedar kesan daripada penyertaan mereka dalam perhimpunan haram.
monash1KUALA LUMPUR: Universiti Monash hari ini mengeluarkan “permohonan maaf tanpa syarat” kerana kenyataan yang digunakan dalam notis dikeluarkan kepada pelajarnya baru-baru ini berkaitan perhimpunan Bersih 5.
Katanya, niat pesanan itu tidak disampaikan dengan sempurna, yang sebenarnya mahu mengingatkan pelajar iaitu menyertai perhimpunan haram menyalahi undang-undang di Malaysia.
“Pelajar perlu sedar akibat melakukan aktiviti melanggar undang-undang. Pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti seumpama itu boleh dikenakan pendakwaan jenayah oleh pihak berkuasa Malaysia.
“Oleh itu, pelajar perlu mempertimbangkan sewajarnya penyertaan mereka dalam acara seumpama itu,” kata kenyataan itu hari ini.
Amaran Monash kepada pelajarnya yang mereka boleh dihukum jika didapati menyertai perhimpunan haram, mengejutkan ramai pihak termasuk Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.

Tangkap Jamal, jangan bahayakan nyawa polis - Rafizi

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meletakkan pasukannya dalam bahaya sekiranya beliau tidak bertindak gerakan Baju Merah daripada menganjurkan perhimpunan balas serentak pada Sabtu ini, kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Ini selepas Khalid dilaporkan berkata polis bersedia jika berlaku kemungkinan pertembungan di antara kedua-dua kumpulan itu dan akan menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika perlu.
"IGP Khalid, kamu diingat bahawa kamu mempertaruhkan nyawa dan keselamatan pasukan polis kamu pada Sabtu ini melainkan kamu melakukan sesuatu terhadap Jamal sekarang.
"Hentikan mesej fanatik, fasis dan perkauman Baju Merah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, Datuk Seri Jamal Yunos yang memipin gerakan Baju Merah mengamalkan perkauman dan fasis dan ini sukar untuk disekat.
Sehubungan itu, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap Jamal sebelum perhimpunan Sabtu ini, Khalid akan mempertaruhkan nyawa anggota keselamatan yang bertugas.
"Kumpulan yang fasis dan perkauman seperti Baju Merah tidak boleh dikawal.
"Jika kamu tidak sekat dia sekarang, kamu bukan sahaja meletakkan orang awam yang menyertai (perhimpunan) BERSIH 5 dalam bahaya,” katanya.
Jamal, bulan lalu ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan menghasut.
Selepas hidungnya berdarah dalam pergelutan di Ampang, Ahad lalu, Jamal berikrar untuk membalas dendam dengan ‘hutang darah dibayar darah’ dan mahu ‘mencincang’ mereka yang melukakannya itu.

Baju Merah lapar? Banyak gerai makanan, kata BERSIH

Peserta demonstrasi gerakan Baju Merah perlu bimbang mereka akan "berlapar" ketika mengahdiri perhimpunan balas menentang BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, kerana terdapat banyak gerai makanan sekitar.
Ahli Jawatankuasa BERSIH, Hishamuddin Rais berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam yang berkata, beliau tidak dapat menjamin tindakan pengikutnya yang 'lapar' semasa perhimpunan BERSIH5 pada Sabtu ini kerana pihaknya tidak menyediakan makanan.
"Saya fikir jika penyokongnya (Jamal) lapar, ada banyak warung pada hari itu. Ini pengalaman BERSIH 1, 2, 3 dan 4.
"Jadi tidak ada masalah untuk dapat air, nasi kandar atau nasi bungkus," kata Hishamuddin pada sidang media hari ini di pejabat BERSIH.
Beliau berkata, Baju Merah yang kelaparan boleh membeli air atau makanan semasa perhimpunan tersebut.

'3 syarikat dapat kontrak solar TNB ada kaitan dengan UMNO'

Anwar bangga Rafizi ambil langkah berani dedah penyelewengan

'Sultan Melaka' mengaku tidak bersalah menyamar, tipu

'Elak bertembung, polis perlu halang Baju Merah,' - gesa Ambiga

'Dulu UMNO pun buat demonstrasi tentang British sebelum merdeka'

"Kenapa IGP tak ambil tindakan terhadap Jamal?" soal Zuraida

Insiden 'hidung berdarah', Zuraida fail saman malu terhadap Jamal

Skandal 1MDB: 2 pertubuhan hak asasi kecam hukuman ke atas Rafizi

Amnesty International berkata, Rafizi sekadar bertindak atas kepentingan awam sebagai seorang wakil rakyat apabila dia membuat pendedahan itu.
rafiziDua pertubuhan hak asasi manusia mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Rafizi Ramli kerana mendedahkan sebahagian laporan ketua audit negara mengenai 1MDB, lapor The Diplomat.
Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas setiausaha agung PKR itu kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, apabila dia mendedahkan petikan laporan audit mengenai penyalahgunaan dana daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam skandal 1MDB.
Amnesty International berkata, Rafizi sekadar bertindak atas kepentingan awam sebagai seorang wakil rakyat apabila dia membuat pendedahan itu.
“Dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi, pihak berkuasa Malaysia sekali lagi menggunakan alasan keselamatan negara bagi menghalang orang ramai daripada mempersoalkan dana 1MDB dan menerima maklumat sedemikian,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi rantau Asia Tenggara dan Pasifik, Josef Benedict kepada majalah hal ehwal semasa berpangkalan di Tokyo itu.
Sementara itu, Phil Robertson yang merupakan Timbalan Pengarah Asia untuk Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, hakikat Datuk Seri Najib Razak didakwa terbabit dalam rasuah menjadikan hak rakyat untuk mengetahuinya lebih penting, tanpa perlu takut terhadap dakwaan bermotifkan politik untuk sesiapa membincangkannya.
“Sabitan ahli Parlimen pembangkang, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi tidak pernah berlaku sebelum ini, penyalahgunaan hak menggunakan akta ini hanya mempunyai satu tujuan, untuk menakut-nakutkan pemberi maklumat supaya mendiamkan diri berhubung skandal rasuah 1MDB,” kata Robertson.

Shafie Apdal tahu apa dicakapnya?

Oleh Subky Latif
MEMANG mengharukan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal setelah keluar daripada siasatan polis atas ucapannya di Parlimen tentang 1MDB.
   
Dia dan dua lagi bekas menteri disiasat atas topik yang sama di Parlimen setelah Speaker Parlimen membangkitkan betapa mereka dikatakan, sebagai bekas anggota kabinet, melanggar sumpah kerahsiaan boleh disiasat di bawah  akta hasutan dan OSA.

Selepas isyarat dari Speaker itu, maka polispun jalankanlah kerjanya.
   
Shafie adalah lulusan undang-undang di England dan pemimpin Umno yang sangat tegar Umnonya mungkin mengatasi tegar lain-lain pemimpin. Semasa bertanding buat kali pertama jawatan Naib Presiden Umno, semua calon diberi peluang muncul di kaca TV.
   
Secara lantang Shafie berpendapat Umno yang berkuasa tidak menggunakan kuasa yang cukup daripada peruntukan dan kemudahan yang ada pada kerajaan bagi menjamin kepentingan Umno.
  
Daripada kesempatan berkuasa itu kesempatan menggunakan kuasa itu, padanya tidak diambil sebaik-baiknya.
   
Saya kira, tidak wajar bagi menteri dan pemimpin Umno guna kuasa seluas-luasnya untuk kepentingan Umno, kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya boleh melanggar kuasa yang diberi.
   
Apakah yang disuaranya itu wajar atau sebaliknya, saya tidak berhajat untuk mengulasnya, tetapi saya hendak menggambar sikap kasihnya pada Umno adalah melangit. Cinta Umno yang tinggi seperti itu patut tidak disayangi Umno.
   
Saya percaya Shafie memang tahu apa yang dia boleh cakap dan yang tidak boleh cakap. Dia mungkin tidak silap membaca pantang larang Parlimen. Sekalipun Parlimen ada kekebalan bagi anggotanya boleh bercakap apa yang tidak boleh dicakapkan di tempat lain, tentulah juga faham budaya tidak boleh bercakap sebarangan.
   
Tidaklah sunyi bagi bekas menteri boleh melanggar sumpah, kerana kelemahan manusia tidak sunyi daripada silap dan salah, tetapi tidak secara sewenang-wenang mereka melanggar peraturan. Kalaulah betul mereka melanggar sumpah, apakah kesemuanya sepakat mahu melanggar sumpah?