Selasa, 15 November 2016

TangkapMO1: Mahasiswa UKM digantung, denda RM200


Asheeq AliAsheeq AliHanya menyertai himpunan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1) di ibu negara pada 27 Ogos lalu, seorang mahasiswa jurusan undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan hukuman tatatertib hari ini.
Presiden Student Unity Front, Asheeq Ali Sethi Alivi memberitahu pihak universiti menjatuhkan hukuman gantung pengajian satu semester dan denda sebanyak RM200 terhadapnya.
“Saya persoal kenapa perlu didenda RM200 walaupun gantung sudah satu hukuman yang serius. Pengerusi panel berkata, saya menyalahi undang-undang.
“Saya berhujah bahawa tiada sebarang kes di mahkamah terhadap saya. Dan ia tidak diterima! Ini adalah satu kezaliman yang tidak akan saya terima,” tegasnya dipetik daripada status Facebook beliau hari ini.
Tindakan pentadbiran UKM menjelang empat hari sebelum himpunan Bersih itu kemudiannya menyaksikan laman sosial Facebook milik Asheeq dibanjiri sokongan moral dan kempen #SolidaritiUntukAsheeq.
Antaranya, penuntut di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (UM), Luqman Nul Haqim Zul Razali yang menyoal tentang tuntutan pihak universiti yang dilihat bercanggah dengan makna sejagat atau universal pada institusi itu sendiri.
“Apakah yang universiti mahu sebenarnya? Universiti yang hilang nilai 'universal'nya. Moga tempoh gantung ini akan menguatkan saudara Asheeq Ali terus kuat lawan!” tegasnya di dinding Facebook Asheeq.
Sementara itu, aktivis mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azzan Aznan menyeru gerakan mahasiswa untuk tidak berdiam diri dengan hukuman gantung pengajian yang kerap digunakan banyak pihak pentadbiran sebelum ini.

Wakil rakyat desak imuniti diberikan di Parlimen

Ahli Parlimen Sepang berkata suara wakil rakyat mungkin disekat jika polis mula menyoal siasat mereka susulan isu yang dibahaskan di Dewan Rakyat.
Hanipa-Maidin
KUALA LUMPUR: Hanipa Maidin hari ini sekali lagi berkata wakil rakyat sepatutnya diberikan imuniti Parlimen supaya mereka tidak perlu takut kemungkinan disoal siasat polis ketika membangkitkan masalah rakyat di Dewan Rakuat.
Ahli Parlimen Sepang daripada Amanah itu berkata Dewan Rakyat mempunyai Artikel 63(2) dan 63(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak wakil rakyat patut dilindungi.
“Tapi saya dengar wakil rakyat Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) disoal siasat polis hari ini. Dia langgar Akta Hasutan kah?
“Saya bimbang suara ahli Parlimen disekat dan menjejaskan hak mereka. Tetapi di bawah Artikel 63 (2) dan 63 (3), wakil rakyat ada imuniti, yang sepatutnya dilindungi,” katanya.
Kemudian, Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Umno-Setiu) berdiri mencadangkan untuk menyemak perlembagaan untuk membenarkan wakil rakyat diberi imuniti, sementara ahli Parlimen hanya boleh didakwa jika kenyataan mereka menghasut.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau menghormati pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.
“Ketiga-tiganya, (Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Shafee Apdal) berbahas di Dewan.
“Mereka tidak dihalang berbahas tetapi orang di luar rasa mereka melanggar Akta Rahsia Rasmi atau Akta Hasutan. Jadi mereka dipanggil polis untuk beri keterangan.
“Selepas polis mengambil keterangan mereka, tugas peguam negara untuk membuat keputusan sama ada mereka melanggar akta itu atau tidak. Kemudian baru mereka boleh dibawa ke mahkmaha,” katanya.
Katanya, beliau akan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan “bukan tugas speaker untuk mempertahankan atau menterjemah”.

Mempertahan kedaulatan Parlimen

Kita tidak mahu negara Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi global. Namun sebaliknya, Perdana Menteri dengan rakus mahu meruntuhkan institusi demokrasi dengan mencabuli kedaulatan Parlimen demi mempertahankan kuasa dan kebejatan pengurusan kewangan.
Sekiranya kita mahu Parlimen Malaysia menjadi Parlimen kelas pertama di dunia, maka Ahli-Ahli Parlimen wajar diberikan kebebasan untuk berucap dan berbahas demi kepentingan rakyat dan negara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengecam tindakan mengasak dan menekan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung perbahasan beliau berkenaan skandal 1MDB di Parlimen.
Tekanan politik yang sama telah dilakukan terhadap Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas perbahasan mereka di Parlimen.
Semua Ahli-Ahli Parlimen tanpa mengira parti harus bersatu untuk menentang tindakan zalim oleh regim Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tindakan ini jelas merupakan langkah terdesak Perdana Menteri untuk membungkam suara Ahli Parlimen yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Jangan jadikan Malaysia kleptokrasi global, pertahan kedaulatan Parlimen

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengutuk tindakan Kerajaan Persekutuan mengekang kebebasan ahli parlimen berucap dan berbahas di Parlimen seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, KEADILAN tidak mahu Malaysia dikenali kleptokrasi global ekoran kerakusan Perdana Menteri meruntuhkan institusi demokrasi dengan mencabuli kedaulatan Parlimen demi mempertahankan kuasa dan kebejatan pengurusan kewangan.
“Sekiranya kita mahu Parlimen Malaysia menjadi Parlimen kelas pertama di dunia, maka ahli parlimen wajar diberikan kebebasan berucap dan berbahas demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan Kerajaan mengasak dan menekan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan kepada polis berhubung perbahasan beliau berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen.
Tekanan politik sama turut dilakukan terhadap Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas perbahasan mereka di Parlimen.

Skandal 1MDB sengaja dipolitikkan orang tertentu untuk kepentingan diri sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang sengaja dipolitikkan dan pihak tertentu dalam Malaysia cuba mengeksploitasinya untuk kepentingan politik peribadi mereka.
Katanya, mereka yang telah "menyalurkan kepada pihak berkuasa asing maklumat yang adakalanya salah atau tidak lengkap."
"Mereka yang berada di luar Malaysia adakalanya tidak mudah untuk menerima kompleksiti ini, tetapi mereka harus diingatkan supaya tidak terjebak dalam perkara ini yang kini merupakan isu politik dalam negara," kata Najib dalam interviu bertulis dengan Nikkei Asian Review sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun mulai hari ini.
Lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatannya Shinzo Abe.
Najib berkata pihak berkuasa Malaysia, yang sebenarnya telah memulakan penyiasatan dalam isu 1MDB, dan beliau sendiri yang terlebih dahulu mengarahkan pelbagai pihak berkuasa dalam Malaysia untuk menjalankan siasatan.

SKANDAL 1MDB: HENTI SIASAT MUHYIDDIN, SHAFIE, HUSNI

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menulis surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim agar menghentikan siasatan ke atas tiga ahli parlimen kerana mempersoalkan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hanipa berkata, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Samporna, Datuk Seri Mohamed Shafie Afdal dan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Sri Mohamad Husni Hanazlah hanya menjalankan tugas mereka sebagai ahli Parlimen.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen selepas menyuarakan perkara itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Hanipa berkata pada sesi tersebut, beliau telah meminta penjelasan daripada Pandikar mempenai Artikel 63(2) dan Artikel 63 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa ahli parlimen tidak boleh disiasat di mahkamah dalam sebarang isu yang dibangkitkan.
“Saya meminta Yang Dipertua memberikan penjelasan tentang perkara tersebut namun beliau menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang tersebut.
“Bagaimanapun beliau mengakui peraturan mesyuarat digubal di bawah artikel berkenaan,” katanya.
Hanipa berkata Pandikar juga memaklumkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menulis surat kepada Khalid untuk menghentikan siasatan ke atas ketiga-tiga bekas menteri itu.
“Semua episod siasatan ke atas Muhyiddin, Shafie dan Husni adalah bermula daripada beliau menegur mereka kononnya melanggar rahsia kerajaan.

Skandal 1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi - Naib Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan takziah kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara atas dua tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.

"Tahniah atas perjuangan dan keberanian beliau untuk menegakkan kebenaran mengenai isu 1MDB," ujarnya

Katanya, kemelut isu yang tidak berkesudahan sehingga menggoncang masalah dalaman Umno, berlakunya perubahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, pejabat Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Awam di Parlimen.

Menurutnya lagi, isu yang menjadi perbincangan hangat daripada kedai kopi hingga Dewan Rakyat.

"Semoga Allah memberi kekuatan kesihatan untuk terus berjuang dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya di dalam menghadapi suasana ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Mac lalu.

Sejauh mana Pakatan Harapan bersedia tambat hati pengundi?


konvensyen-pakatan
Sebaik melabuhkan tirainya petang Sabtu lalu, Konvensyen Pakatan Harapan 2016 dilihat berjaya meraih tumpuan dan petunjuk positif rata-rata rakyat khususnya pemerhati politik tanah air.
Satu-satunya muafakat pembangkang terbesar itu juga berjaya memberi gambaran positif kerjasama erat dan kesepakatan parti-parti dalam gabungan itu lebih-lebih lagi dengan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pengumuman Tun Dr Mahathir terhadap kesediaan PPBM untuk bersama bersetiakawan dan bergabung dengan Pakatan Harapan memberi signal jelas kepada rakyat khususnya pengundi Barisan Nasional bahawa sudah tiba masanya kerajaan pimpinan Presiden Umno Najib Razak digantikan dalam pilihanraya akan datang.
Namun, sikap optimis kepada perubahan itu menimbulkan satu persoalan penting iaitu sejauh manakah Pakatan Harapan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14?
Persoalan ini dibangkitkan sendiri oleh Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan (DAPSY) Wong Kah Woh dalam ucapannya di konvensyen tersebut.
Beliau menarik perhatian perwakilan terhadap peri penting mewujudkan bukan sahaja sebuah gabungan pembangkang yang besar tetapi bagaimana untuk memenangi hati rakyat.
Selain itu, beliau turut mahu semua pimpinan Pakatan Harapan berfikir dan bersedia untuk membentuk dan berkhidmat kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan.
Jadi gabungan kuat dan unggul
Tegasnya, untuk memenangi hati majoriti rakyat, Pakatan Harapan perlulah menjadi dan menunjukkan sebuah gabungan kuat dan unggul (united front).
“Sekiranya kita ingin memenangi hati rakyat, kita harus menunjukkan satu ‘united front’. Sebarang salah faham kita selesaikan dengan cara baik tanpa perlu membuka pekung di dada.
“Kita semua berada di dalam satu pakatan, bermakna kita boleh bertolak ansur dan bawa berbincang.
“Kita harus elakkan perbalahan yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Pakatan Harapan. Saya berharap supaya selepas konvensyen ini, kita lihat ke hadapan dan amalkan politik matang demi kerjasama pilihanraya akan datang sesama parti komponen Pakatan Harapan,” tegasnya.
BN dalam keadaan paling lemah
Beliau yang juga ADUN Canning itu berkata, saat ini merupakan masa di mana Barisan Nasional dan Umno berada dalam keadaan paling lemah akibat kemelut pentadbiran, skandal kewangan mega 1MDB dan kenaikan mendadak kos sara hidup rakyat.
Segala kemelut dan kepincangan dalam kerajaan BN ini jelasnya merupakan sasaran kepada kemarahan rakyat Malaysia terhadap BN.
Namun, di sebalik kelemahan dan ketempangan kerajaan itu, persoalan yang timbul ialah mengapa masih ada lagi rakyat yang menyokong BN?

Peruntukan JPM RM15.94 bilion masih lagi melampau

Liew Chin Tong Liew Chin Tong Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejumlah RM15.94bilion terlampau besar sedangkan peruntukan untuk kementerian-kementerian lain dipotong dalam Bajet 2017.
Daripada peruntukan dalam bajet 2017 itu dimana perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing RM4.92 bilion dan RM11.01 bilion.
Beliau berkata secara prinsip, membendung perbelanjaan JPM adalah suatu keperluan mendesak dalam memastikan dana-dana ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat melibatkan kesihatan, pendidikan, pengangkutan, keselamatan dan sebagainya," ujarnya.
Menurut Chin Tong dalam kenyataan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said sejumlah peruntukan RM11.01 bilion untuk perbelanjaan pembangunan akan disalurkan menerusi 31 bahagian di JPM yang bakal terlibat dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (pusingan kedua) sepertimana yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi.
Azalina memberitahu terdapat keseluruhan 92 unit di JPM. 57 bahagian, 10 badan berkanun, 13 syarikat, 5 agensi pembangunan koridor, 5 badan asasi dan 2 organisasi antarabangsa.
Namun bagi Chin Tong menjadikan jumlah 92 unit ini sebagai hujah untuk 'menghalalkan' peruntukan besar kepada JPM beliau beranggapan adalah amat dangkal.

50 laporan polis dibuat terhadap Jamal dan kumpulannya

Zuraidah  Kamaruddin  membuat laporan polis  bersama pimpinan AMK mahu polis mengambil tindakan terhadap Jamal Md Yunos.Zuraidah Kamaruddin membuat laporan polis bersama pimpinan AMK mahu polis mengambil tindakan terhadap Jamal Md Yunos.
Sebanyak 50 laporan polis dibuat terhadap tindakan kumpulan Gabungan NGO Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini.
Laporan polis dibuat Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin di Ibu Pejabat Polis (IPD)  Ampang Jaya kerana tindakan Jamal yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada beberapa pimpinan Bersih 5.
“Beliau serta kumpulan baju merah dilihat sudah berani melawan polis yang bertugas mengawal keselamatan orang awam.
“Tindakan beliau itu amat membimbangkan, kami mendesak  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas Jamal supaya perkara ini tidak terjadi kepada pihak lain. Tindakan Jamal itu juga boleh mencemarkan imej Negara,” katanya.
Zuraida turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota polis IPD Ampang Jaya yang menjalankan tugas secara profesional.

‘PELABUR MALAYSIA PALING BERISIKO’


Pelabur Malaysia paling berisiko di Asia jika perang perdagangan meletus antara China dan Amerika Syarikat yang bakal diteraju oleh Donald Trump, kata kolumnis Bloomberg Andy Mukherjee.
Janji-janji kempen Trump, termasuk melabelkan China sebagai penyanggak mata wang dan mengakhiri “semua salah laku perdagangan asing”, akan mencetuskan tindak balas, kata Mukherjee dalam seksyen Gadfly portal kewangan itu.
Menurutnya, pelabur Malaysia adalah yang paling terdedah di rantau ini kerana negara ini bukan rakan dagangan Amerika Syarikat yang besar.
Ini tidak seperti China, Jepun, Korea Selatan, India dan Singapura, yang adalah antara 15 rakan perdagangan terbesar Amerika Syarikat, tulis Mukherjee.
Pelabur yang tidak tentu arah berebut untuk membeli dolar di tengah-tengah ketidaktentuan Trump “menjadikan Malaysia pasaran baru yang paling terdedah,” katanya.
Semalam, Moody berkata hutang luar negara yang tinggi menjadikan Malaysia paling terdedah.
Ini susulan CIMB Research yang menjangka ringgit akan terus menjunam kepada RM4.80 berbanding dolar Amerika dalam tempoh enam bulan akan datang.
Kelesuan ringgit juga boleh memberi kesan terhadap sentimen pengguna yang lemah, yang sudahpun terjejas dengan skandal 1MDB, kata Mukherjee.

Kementerian beri amaran guru jangan terlibat Bersih

Menteri pendidikan berkata, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada guru berkenaan termasuk digantung tugas.
Mahdzir-KhalidKUALA LUMPUR: Guru yang didapati menyertai perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berhadapan tindakan disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata tindakan tatatertib yang akan dikenakan termasuk digantung tugas.
“Selain guru, sekiranya ada pegawai dan kakitangan kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah yang didapati menyertai perhimpunan, juga akan dikenakan tindakan yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kepimpinan Bett Asia 2016 yang akan berlangsung selama 2 hari di sini, mulai hari ini.
Dalam pada itu, Mahdzir turut mengingatkan supaya tidak melibatkan pelajar untuk menyertai perhimpunan itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa wujud sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, beliau berkata kementerian menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan.
Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata setakat ini di bawah inisiatif transformasi pendidikan, sejumlah 839,921 kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun didaftar masuk dalam prasekolah.
“Usaha untuk meningkatkan enrolmen prasekolah akan diteruskan termasuk penyediaan bantuan yuran kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dan di bawah geran pelancaran prasekolah swasta, prasekolah swasta digalakkan berdaftar dengan kementerian.
“Pendidikan prasekolah berkualiti disediakan kepada kanak-kanak menerusi usaha peningkatan kemahiran guru prasekolah yang sekurang-kurangnya perlu memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, pelancaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan pengenalan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan,” katanya.
Mahdzir berkata Malaysia berdepan cabaran sama seperti di negara lain iaitu isu keberkesanan dan prestasi guru di dalam bilik darjah.
“Saya mengakui pendidikan Malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan, dengan itu menerusi pelan transformasi, kementerian kini dalam peringkat pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah.

UM GANTUNG AKTIVIS PELAJAR ‘TANGKAP MO1’


Aktivis pelajar, Asheeq Ali digantung satu semester daripada pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas Lembaga Disiplin hari ini mendapati beliau bersalah kerana menyertai perhimpunan rasmi ‘Tangkap Malaysian Official1′ pada 1 Ogos lalu.
Asheeq memberitahu Malaysiakini bahawa penggantungannya berkuat-kuasa serta-merta, meskipun beliau dijadual menduduki peperiksaan akhir bulan depan.
“Mesyuarat disiplin bermula pada jam 9 pagi ini dan keputusan dibuat kira-kira jam 10 pagi.
“Mereka (lembaga disiplin) membuat keputusan menggantung saya kerana kata mereka, saya telah langgar undang-undang,” kata Asheeq, merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pelajar undang-undang tahun tiga, bagaimanapun, berkata beliau berhujah bahawa dirinya tidak pernah didakwa di mahkamah berhubung sebarang kesalahan di bawah akta tersebut.
“Saya beritahu mereka bahawa saya telah disiasat tetapi tidak pernah didakwa. Mereka kata, ini tidak penting (sama ada didakwa atau sebaliknya),” kata Asheeq yang kini adalah setiausaha agung gabungan pelajar Kesatuan Mahasiswa Malaysia.

IGP: Tindakan ke atas Jamal jika buat laporan palsu

Jika siasatan mendapati pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan palsu, maka tindakan akan diambil ke atasnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Saya telah memberi amaran sebelum ini bahawa polis yang tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang memfailkan laporan untuk kepentingan politik dan membebankan kami.
"Polis sedang menyiasat kejadian itu, jika didapati Jamal sengaja menyalahkan orang lain, maka dia boleh dikenakan tindakan," katanya kepada Malaysiakini.
Khalid mengulas kejadian hujung minggu lalu yang menyaksikan hidung Jamal berdarah akibat pergelutan semasa polis menghalang penyokong Baju Merah daripada mengekori aktivis PKR di Kuala Lumpur.
Ketika kejadian, ketua Umno Sungai Besar itu dirakamkan menjerit "polis tumbuk saya” tetapi kemudian memberitahu pemberita ‘budak’ ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin yang menyerangnya.
Walau bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Jamal mendakwa individu memakai t-shirt BERSIH menumbuk muka dan hidungnya.
Sementara itu, ditanya mengenai video kejadian yang menunjukkan sentuhan genggaman seorang anggota polis tersentuh muka Jamal, Khalid berkata perkara itu sedang disiasat.
"Kita perlu memastikan sama ada tindakan itu sengaja atau tidak sengaja memandangkan ini boleh berlaku dalam keadaan huru-hara.
"Kita juga perlu melihat sama ada ia adalah provokasi, atau jika kekerasan munasabah digunakan oleh polis untuk mengawal keadaan.
"Pertama sekali, biar kita siasat untuk menentukan apa sebenarnya berlaku," katanya.
Semalam, Malaysiakini menerbitkan detik kejadian seperti yang dirakamkan dalam video berhubung apa yang berlaku.

Jamal Terasa Mahu Ketuk Kepala Zuraidah

Skandal 1MDB: Apakah Muhyiddin pula ke penjara selepas Rafizi?

Bekas 'orang kuat' SPR mahu guna segala ilmu bantu BERSATU

"Bagaimana Jamal boleh naik heli ronda rumah orang," soal Zuraida

Nurul Izzah - Bagaimana Najib Mahu Mengekalkan Kuasa

Jamal Yunos goes viral

'Jamal mahu selak kain, kami pun boleh londehkan seluar Jamal' - Zuraida

'Takkan Darah Hidung Sikit Pun Nak Balas Darah' - Anuar Tahir

Amanah Sasar 30,000 Ahli Sertai Bersih 5

Tony Pua minta Rahman Dahlan jelas kos ECRL

Skandal 1MDB: Muhyiddin Yakin Ucapannya Tidak ke Penjara

MP disiasat, semuanya disebabkan speaker, kata Hanipa

Hidung berdarah sikit pun, mahu darah dibalas darah?

Kecoh dengan hidungnya yang berdarah akibat bergelut dengan polis, kenyataan ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos bahawa “darah diganti dengan darah” bagi Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir dianggap sebagai keterlaluan.
“Hidung berdarah sikit pun, mahu darah dibalas darah? Manusia apa? Orang di Syria yang cakap begitu. Orang yang membunuh di Iraq dan Yaman.
“Di Malaysia, usahlah ditimbulkan soal darah dibalas darah,” ujarnya ketika ditanya pemberita pada sidang media berhubung himpunan Bersih 5 di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Beliau berkata, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar tersebut berhak untuk berjuang atas apa yang hendak diketengahkan tetapi sama sekali bukan melalui keganasan.
“Bila tolak-menolak begitu, berlakulah perkara tidak diingini. Tuduh, tarik balik. Kami sentiasa tegaskan sesiapa pun yang menyertai Bersih 5 adalah mereka yang percaya pada protes tanpa kekerasan,” ujarnya merujuk kepada kekecohan Geng Baju Merah di pusat beli-belah Ampang Point, Selangor kelmarin.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, negara ini mendaulatkan undang-undang dan berpegang pada Keluhuran Perlembagaan serta mematuhi prinsip Kesopanan dan kesusilaan seperti terkandung dalam Rukun Negara

Tumpu tuntutan Bersih 5, jangan layan samseng


Maria Chin AbdullahMaria Chin AbdullahPengerusi Bersih Maria chin Abdullah mengingatkan rakyat agar tidak takut dengan ugutan dan tindakan samseng khususnya dari kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos.
Beliau sebaliknya memberi semangat kepada mereka agar tidak berganjak daripada tekad untuk turun ke perhimpunan aman Bersih 5 pada 19 November ini.
"Banyak halangan terhadap Bersih. Ugutan bunuh, samseng Umno, memukul penyokong Bersih tetapi keberanian rakyat itu adalah satu yang kita bangga.
"Kita kuat dan kita tak takut. Kita tak boleh tunduk kepada sistem yang zalim ini, kita tidak boleh tunduk kepada halangan Umno baju merah. Kita gelombang rakyat Malaysia," katanya ketika berucap di ceramah Bersih di Klang Ahad lalu.
Beberapa siri konvoi Bersih bermula 1 Oktober lalu menghadapi gangguan daripada kumpulan baju merah yang bertindak ganas. Antaranya berlaku ke atas peserta konvoi di Teluk Intan, Rawang dan Ampang, selain di Labuan, Tanjung Malim, dan Bangi.
Maria berkata, rakyat tidak perlu melayan provokasi ini sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada tuntutan Bersih 5 yang secara keseluruhannya mahukan pilihan raya yang adil dan bersih serta pentadbiran yang demokratik.
"Kita adalah satu konvoi malaysia yang menyuarakan hasrat rakyat dan ini kita mesti bawa ke dataran merdeka pada 19 November.

Bersih Sabah buat laporan polis terhadap Pemuda Umno Labuan kerana memfitnah


Laporan polis dibuat di balai polis Karamunsing, Kota KinabaluLaporan polis dibuat di balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu
Jawatankuasa Pemandu Bersih Sabah semalam membuat laporan polis terhadap naib ketua pemuda Umno Labuan Morsidi Juanah kerana memfitnah mereka memporak perandakan keharmonian penduduk Wilayah Perskutuan Labuan.
Timbalan pengerusi 1 jawatankuasa itu, Mathew Yong berkata laporan polis itu dibuat kerana kenyataan media yang dilakukan Morsidi telah memburukkan nama baik mereka.
"Tuduhan Morsidi yang mewakili Pemuda UmnoLabuan adalah fitnah semata-mata bertujuan untuk menunjukan imej bahawa mereka adalah hero dan Bersih Sabah berniat jahat kepada penduduk Labuan," katanya.
Tegasnya, Bersih tidak menganggu sesiapa di Labuan dan kedatangan mereka adalah atas dasar permintaan daripada penyokong perjuangan Bersih di pulau tersebut.
"Anggota kami tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menerima risalah yang kami edarkan sepanjang tujuh minggu konvoi yang telah kami adakan seluruh Sabah.
"Gambaran yang diberikan bahawa kedatangan Bersih Sabah ke Labuan buat pertama kalinya, adalah untuk melakukan himpunan haram juga adalah tidak tepat. Kami hanya ingin mengedar risalah dan beberapa minit flashmob sebagai program konvoi kami sama seperti yang telah kami lakukan di semua daerah yang telah kami kunjungi seluruh Sabah.

Amanah sasar 30,000 ahli turun Bersih 5

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) disasarkan turun ke himpunan Bersih 5, Sabtu ini.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan arahan rasmi bagi memastikan ahli untuk turun padang mengukuhkan lagi kejayaan himpunan terbabit.
Amanah sasar 30,000 ahli turun Bersih 5 "Arahan rasmi telah dikeluarkan kepada ahli Amanah dan usaha mobilisasi juga telah diadakan di seluruh negara," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.
Pada hari kejadian, katanya lagi, pihaknya akan menawarkan khidmat 55 peguam iaitu Urgent Arrest Team yang akan menguruskan sebarang tangkapan dan penahanan peserta himpunan.
Pihak Amanah dalam masa yang sama turut menawarkan 50 just khidmat pegawai perubatan yang akan bertugas di lapangan pada hari tersebut.
"Bagi membuat liputan program bersejarah ini, Amanah turut menyediakan pasukan wartawan rakyat yang terdiri daripada 30 wartawan dan 20 jurugambar.
"Kesemua petugas media ini akan dikoordinasi di bawah pasukan Media Oren Amanah," katanya lagi.
Mohd Anuar dalam masa sama turut mengesahkan akan mewujudkan talian hotline Bersih 5.

55 peguam Kanun tawar bantuan guaman Bersih 5

Sidang media Amanah bekaitan Bersih 5 di Wisma Amanah Negara hari iniSidang media Amanah bekaitan Bersih 5 di Wisma Amanah Negara hari ini
Menjelang himpunan Bersih 5, Amanah hari ini mengumumkan seramai 55 peguam Biro Undang-undang parti itu (Kanun) akan bertugas di lapangan pada Sabtu nanti.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, 50 pegawai perubatan daripada ARIF Medical Team turut dijadualkan bertugas pada himpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.
Menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Amanah menyertai himpunan berkenaan, beliau memberitahu pasukan wartawan rakyat terdiri daripada 30 wartawan dan 20 jurugambar juga akan berada di lokasi perhimpunan aman itu.
“Mereka akan bertugas dan merakam peristiwa bersejarah yang dikoordinasi di bawah pasukan Media Oren Amanah,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Beliau turut mengumumkan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan sebagai koordinator Amanah untuk himpunan Bersih 5 serta Bilik Gerakan Bersih 5 bagi parti itu yang akan beroperasi di ibu pejabat Amanah.

Bersih 5: DAP setuju meriam air dan gas mata, tetapi pastikan sasaran betul

Polis perlu halang dan larang kumpulan yang membuat kacau bilau, bukan mereka yang berhimpun berdasarkan hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Tony Pua.
bahasa,-Baju-Merah,-Jamal-Md-Yunos,-Tony-Pua,-DAPKUALA LUMPUR: DAP setuju dengan keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada 19 November, ketika Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan ke-5 di sekitar Dataran Merdeka.
Bagaimanapun, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata ia perlu dihalakan kepada pihak membangkitkan huru hara dan bukannya kepada peserta Bersih 5 yang dilihat sebelum ini berhimpun secara aman.
“Gas pemedih mata dan meriam air perlu digunakan kepada pihak yang membangkitkan huru hara. Himpunan Bersih ini selamat dan aman. Tidak pernah berlaku sebarang perkara keganasan. Jadi, apa sebabnya KPN hendak ambil tindakan terhadap Bersih.
“Kerja KPN adalah untuk mengawal segala perhimpunan dan menjaga pihak yang berhimpun secara aman daripada dikacau oleh pihak yang menginginkan sebarang perkara tidak baik berlaku,” katanya kepada FMT hari ini.
Khalid hari ini tidak menolak kemungkinan polis meleraikan ketegangan pada perhimpunan pada 19 November ini.

Kurangkan "lawak bodoh" semasa perhimpunan Umno, kata penganalisis politik

Mereka berpendapat, kecenderungan membuat lawak dibimbangi akan memberi persepsi kurang baik kepada parti selain hanya membuang masa.
UUM-Md-Shukri-ShuibIPOH: Perhimpunan Agung Umno 2016 hujung bulan ini mungkin yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), maka ia perlu diguna sebaiknya untuk mengukuhkan parti dan menyuarakan suara rakyat diperingkat akar umbi.
Sehubungan itu, para penganalisis politik berpandangan adalah penting untuk jurucakap yang dipilih mengelak “sindrom jenaka” dalam perbahasan mereka walaupun merasakan ia sebagai tarikan.
Pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata kecenderungan membuat lawak dibimbangi akan memberi persepsi kurang baik kepada parti selain hanya membuang masa.
“Berucaplah sebagai orang yang berpengalaman dan hentikan membuat lawak kerana masa yang diberi itu sangat terhad, maka gunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan perkara penting.
“Tidak dinafikan lawak itu penting lagi-lagi jika semua dalam keadaan mengantuk, tetapi kalau keseluruhan ucapan penuh dengan lawak ia langsung tidak membawa makna,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Selain itu, Shukri berkata para pembahas perlu sedar kehadiran mereka ke perhimpunan itu berbekalkan amanah rakyat yang perlu disampaikan dengan sejujurnya.
“Jika perlu mengkritik boleh kritik tidak salah tapi biarlah yang membina sebagaimana yang sering diutarakan serta keterbukaan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Senada dengan Shukri adalah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Ismail Sualman yang berkata jurucakap hebat tidak perlu unsur jenaka untuk menarik minat perwakilan mendengar hujah mereka.
“Apalah gunanya naik di pentas tapi menghabiskan masa yang diberi dengan lawak, ia ibarat tin kosong berbunyi tiada iktibar daripada ucapan.
Ditanya mengenai isu yang mungkin dibangkitkan oleh para pembahas, Ismail tidak menolak kemungkinan kos sara hidup akan hangat diperkatakan.
Beliau berkata sebagai perhimpunan yang antara lain berperanan sebagai platform untuk merangka dasar kerajaan, tidak salah untuk jurubahas terpilih menyuarakan pandangan dan keluhan rakyat di peringkat akat umbi.
“Inilah tempat untuk perwakilan menyuarakan pandangan mereka terutama dari negeri di bawah pentadbiran pembangkang yang mempunyai banyak kekangan untuk bersuara.

Tony cabar Rahman Dahlan dedah kajian kos ECRL

Beliau menyanggah kenyataan Rahman yang mendakwa tambahan kos diperlukan bagi projek ECRL kerana ia melalui hutan tebal dan Banjaran Titiwangsa.
tony puaKUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dicabar mendedahkan kepada umum mengenai dapatan kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kajian lengkap dibuat syarikat HSS Integrated Sdn Bhd pada Disember tahun lalu mendapati jumlah keseluruhan projek tersebut dianggarkan pada RM29 bilion sahaja.
HSS Integrated dilantik Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada Disember 2009 untuk menjalankan kajian.
Kata Pua, semakan profil korporat kumpulan HSS dan kenyataan syarikat itu menyatakan laluan ECRL adalah sejauh 545 kilometer dari Kuala Lumpur dan Tumpat.
“HSS menyatakan nilai projek itu adalah berjumlah RM29 bilion atau RM53.2 juta per kilometer
“Kajian yang dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingan Isaac John yang sebelum ini dilaporkan pada April 2014 menyatakan nilai projek ECRL dianggarkan bernilai RM30 bilion,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Rahman yang juga menteri bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) menyatakan sebanyak RM46 bilion diperlukan untuk projek ECRL sepanjang 600 kilometer.

Bekas pengerusi SPR tak tolak tanding PRU

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Abdul Rashid Rahman tidak menolak kemungkinan dirinya akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU-14) akan datang.
Katanya, beliau tidak akan menolak sekiranya diberi peluang oleh parti serpihan Umno itu untuk bertanding.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia itu berkata demikian ketika diajukan soalan sama ada dirinya berminta bertanding memandangkan usianya yang semakin meningkat.
"Sudah tentu. Kalau mahu tukar negara ini, kita mesti mempunyai kuasa,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Bukit Aman hari ini.
"Kalau saya rasa saya boleh menang di kawasan tertentu, mengapa tidak? ... Saya akan pilih kerusi yang saya boleh menang," katanya.
Merujuk penasihat BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berusia 91 tahun tetapi masih aktif dalam politik, Abdul Rashid berkata pada usia 74 tahun, beliau bukannya terlalu tua untuk bertanding.
Katanya, beliau akan menggunakan segala ilmnya, termasuk pengetahuan bersama SPR, untuk membantu BERSATU.
"Apa saja ilmu yang saya ada, saya akan gunakan ... bukan untuk menentang kerajaan, tetapi untuk kebaikan negara ini," katanya.
Bagaimanapun Abdul Rashid memaklumkan beliau tidak akan hadir pada perhimpunan BERSIH Sabtu ini atas sebab kesihatan.

Dakwaan Umno zalimi PAS melebihi DAP keterlaluan, kata Bung Moktar

Segala pengalaman pahit PAS bersama BN patut dilihat dari sudut positif kerana ia turut mendewasakan parti Islam itu, kata Bung Moktar.
bunga-moktar_Iskandar-Abdul-Samad_pas_600
PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berhubung parti Islam itu lebih teruk dizalimi Umno berbanding DAP semasa menjalinkan kerjasama antara 2 parti itu disifatkan sebagai keterlaluan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata mungkin ada sebab munasabah Umno dan PAS bertegang urat ketika itu sehingga memaksa ia keluar daripada kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
“Saya rasa adalah keterlaluan mengatakan PAS pernah dizalimi Umno dengan begitu teruk berbanding kezaliman dilakukan komponen pakatan pembankang (DAP) dan sudah pasti ada alasan munasabah bagi tindakan itu.”
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Iskandar yang berkata PAS serik untuk bekerjasama lagi dengan Umno.
Iskandar menyenaraikan menyenaraikan beberapa pengalaman hitam pimpinan mereka, antaranya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan peristiwa Memali 1985.
Iskandar juga merujuk kepada cubaan menangkap tokoh agama Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) di Memali, Kedah yang meragut 14 nyawa termasuk Ibrahim dan menyebabkan puluhan orang cedera.
Sementara Burhanuddin al-Helmy yang merupakan bekas presiden PAS ditangkap di bawah ISA pada 1965.
Beliau dianggap nasionalis radikal dan pemikir Islam, dituduh berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
Bung menambah PAS tidak sepatutnya membuat dakwaan demikian kerana peristiwa itu sedikit sebanyak mempunyai kebaikan kerana mematangkan parti Islam itu.
“Mungkin ada juga kebaikan pada parti PAS kerana ia mendewasakan parti mereka,” katanya.

Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP - Menteri Umno

KUALA LUMPUR - Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak menjadi kenyataan, Malaysia akan meneroka opsyen sedia ada termasuk rundingan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara lain.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini termasuk bersama anggota TTP yang kini belum ada sebarang pakatan perdagangan dengan Putrajaya.
Mustapa Mohamed Daripada 12 anggota TPP, Malaysia tidak mempunyai FTA dengan Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.
"Tumpuan kami kini ialah ke atas Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang membabitkan 10 anggota Asean dan enam rakan dagang utama di Asia Pasifik termasuk China," katanya dalam satu kenyataan mengenai status semasa TPP.
Beliau berkata pada mesyuarat peringkat menteri terakhir di Cebu, Filipina, beberapa kemajuan dicapai dalam merapatkan jurang ke atas isu utama bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan.
"Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini mendorong dan memperkukuh keazaman negara RCEP, yang merupakan antara negara yang paling pesat berkembang di dunia, untuk terus bekerja rapat dalam memuktamadkan perjanjian perdagangan ini," katanya.
Beliau berkata anggota TPP akan bertemu di Lima, Peru, minggu depan menjelang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, bagi membincangkan perkembangan terbaru ini.
"Kami berharap untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan TPP pada perbincangan itu. Malaysia akan terus memantau perkembangan TPP di bawah kepimpinan Presiden US yang baharu," kata Mustapa.
Pentadbiran AS di bawah Presiden Barack Obama baru-baru ini menyatakan  bahawa beliau akan melaksanakan segala usaha dalam bidang kuasanya untuk mendapatkan Kongres meluluskan TPP.
Memandangkan pengesahan perjanjian itu melibatkan proses perundangan, kini terpulang kepada Kongres untuk memutuskan tindakan seterusnya.
"Kami sedar bahawa pemimpin Kongres dilihat tidak berminat untuk membentangkan rang undang-undang (TPP) pada sesi terkini. Nasib TPP kini bergantung kepada sama ada Presiden baharu akan mengesahkan perjanjian itu.
"Jika US memutuskan tidak mengesahkan TPP, Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan anggota lain mengenai tindakan seterusnya," kata Mustapa.
Perjanjian itu memerlukan pengesahan sekurang-kurangnya enam negara atau  85 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 12 negara, untuk menguatkuasakannya.
KDNK Amerika Syarikat sahaja menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah KDNK anggota TPP.

Tuduhan Rafizi sengaja mahu dipenjarakan tidak masuk akal, kata peguam

Dakwaan Rahman Dahlan semata-mata untuk menutup kesan negatif rakyat terhadap kerajaan BN, sekali gus melindungi kesalahan kerajaan melibatkan isu 1MDB.
N.-SurendranPETALING JAYA: Tindakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menuduh Rafizi Ramli sengaja mahu dipenjara agar dilihat sebagai korban politik kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi tidak masuk akal, kata peguam.
Peguam dan Ahli Parlimen PKR, N. Surendran berkata tuduhan Rahman itu dibuat bagi menutup kesan negatif rakyat terhadap kerajaan BN, sekali gus melindungi kesalahan kerajaan melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Dokumen yang Rafizi dedahkan adalah untuk kebaikkan rakyat dan sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam kategori Akta Rahsia Rasmi dan tindakan meletakkan ia di bawah akta itu adalah kesalahan kerajaan sendiri.
“Saya rasa Rahman tahu tindakan memenjarakan Rafizi akan memberi kesan negatif kepada kerajaan BN, kerana rakyat menolak sekiranya seorang wakil rakyat yang mendedahkan isu melibatkan kesusahan rakyat dipenjarakan pula. Tindakan Rahman sebagai usaha menutup kesan negatif rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada FMT.

1MDB sengaja dipolitikkan, sembang Najib pada akhbar Jepun

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu 1Malaysia Development Berhad memang sengaja dipolitikkan dan pihak tertentu dalam Malaysia cuba mengeksploitasinya untuk kepentingan politik peribadi mereka.
Katanya, mereka yang telah "menyalurkan kepada pihak berkuasa asing maklumat yang adakalanya salah atau tidak lengkap."
"Mereka yang berada di luar Malaysia adakalanya tidak mudah untuk menerima kompleksiti ini, tetapi mereka harus diingatkan supaya tidak terjebak dalam perkara ini yang kini merupakan isu politik dalam negara," kata Najib dalam interviu bertulis dengan Nikkei Asian Review sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun mulai hari ini.
Lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatannya Shinzo Abe.
Najib berkata pihak berkuasa Malaysia, yang sebenarnya telah memulakan penyiasatan dalam isu 1MDB, dan beliau sendiri yang terlebih dahulu mengarahkan pelbagai pihak berkuasa dalam Malaysia untuk menjalankan siasatan.

MENGAPA RINGGIT JATUH TERUK & KENAPA SYARIKAT TEMPATAN DIKETEPIKAN PROJEK ECRL


Masih ingatkah anda kepada aksi seorang pensyarah muda dari Melaka yang petah bercakap ketika majlis Muhyiddin bulan lepas ?
Di majlis Forum bersama kepimpinan PPBM di Bukit Jelutong anjuran PPBM Shah Alam baru ni, saya berkesempatan bertemu saudara Fendi Ahmad sekali lagi dan sempat sekali lagi merakam komen serta pandangan beliau mengenai dua isu yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu Isu ECRL dan Isu Kejatuhan Ringgit berbanding Dolar Amerika.
– Ringgit Malaysia dan Dolar Australia antara dua matawang yang mencatatkan kejatuhan teruk di rantau ini
– Kejatuhan RM lebih teruk berbanding Rupiah, Peso atau Baht
– Di sebalik dakwaan macai yang ia tidak bawa implikasi, ekonomi negara mantap bla bla bla, kejatuhan ringgit menyebabkan harga barangan import naik. Banyak barangan keperluan yang kita terpaksa import seperti susu bayi dan lampin pakai buang di mana kejatuhan ringgit beri impak besar kepada kehidupan rakyat biasa
– Belum diambilkira kesan GST dan lain2 … semuanya menghimpit kehidupan rakyat
– Faktor utama kejatuhan ringgit adalah kerana kejatuhan nilai komoditi seperti harga minyak, kelapa sawit dan lain2
– Tapi kenapa ringgit jatuh lebih teruk berbanding negara2 jiran ?

– PERSEPSI memainkan peranan besar. Nilai ringgit bergantung kepada supply and demand. Bila persepsi orang luar kepada negara kita negatif, pelabur2 asing akan menjauhkan diri dari melabur dalam negara, menjual pegangan saham mereka, tidak lagi menyimpan rezab mereka dalam bentuk ringgit dan tidak lagi melabur dalam negara kita.
– Ketidakyakinan kepada masadepan Malaysia akan menyebabkan mereka mula menjual ringgit mengakibatkan berlaku lambakan ringgit di pasaran dan kesannya nilai ringgit akan jatuh.
– PERSEPSI NEGATIF itulah yang kita kena tangani segera !
Mengenai projek landasan keretapi Patai Timur ( ECRL ), Fendi mengulas –
– Adakah projek ECRL bernilai RM55 bilion secara 100% hutang itu sesuai pada masa ini dalam negara berdepan hutang yang menimbun ?
– Syarikat2 Malaysia sendiri punya kemampuan untuk membina landasan keretapi dan membangunkan projek2 hartanah, kenapa perlu pakai syarikat dari negara China ? Malah syarikat kita menerima kontrek pembinaan landasan keretapi di India !
– Adakah syarikat tempatan yang terbukti berjaya itu tidak mampu untuk melaksanakan projek ECRL ?
– Begitu juga dengan projek Bandar Malaysia dan TRX, apakah syarikat tempatan tidak layak ?                                              **********************************
Komen anak muda ini buat saya tertanya akan satu persoalan – Kenapa Najib begitu taksub dengan negara China hingga mengenepikan syarikat2 tempatan yang sudah terbukti mampu melaksanakan projek2 yang diberikan kepada syarikat2 China ?
ECRL dan Bandar Malaysia ….. berbillion2 ringgit tuh ! Contohnya ECRL …. tetiba jer Najib macam terdesak nak buat landasan keretapi di Pantai Timur itu …. bukannya Najib tak tahu yang negara yang dipimpinnya tengah sarat dengan hutang yang menimbun, ekonomi pula tenat, ringgit jatuh …. bukannya tak boleh tunda sehingga keadaan pulih ? Kontrek pula secara terus bukannya melalui tender terbuka.
Ya dua faktor itu harus kita tanya – Kenapa terdesak dan Kenapa pilih China ?
Adakah kerana dengan China yang terbukti boleh kautim sehingga disenaraihitamkan oleh Bank Dunia mampu bantu Najib menyelesaikan masalah hutang 1MDB ?
Kita TANYA jer …. sebab keputusan Najib itu pelik dan main redah tanpa memperdulikan pandangan rakyat terutama mereka yang sememangnya pakar dalam bidang berkaitan.
Kerajaan Najib macam biasalah …. mereka akan jawab tapi jawapan mereka sekali dengar macam dah jawab, dua kali dengar baru perasan yang mereka sebenarnya tidak menjawab soalan yang kita tanya.
Skill mengalih topik memang kepakaran macai Najib.  Yang itu kita kena akui.

Ingat Allah, penyokong Zuraida tolak duit "rasuah" Jamal

Jamal Yunos cuba membangkitkan provokasi dengan menghulurkan duit sebanyak RM100 kepada penyokong Zuraida.
Jamal-YunosAMPANG: Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos sempat membuat provokasi kepada penyokong Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sejurus memberi keterangan di Balai Polis Ampang Jaya, hari ini.
Provikasi itu bermula apabila Jamal cuba menghulurkan duit sebanyak RM100 kepada penyokong Zuraida.
Tindakan Jamal itu mengundang rasa tidak puas hati para penyokong Zuraida yang hadir di situ.
Mereka yang berang dengan tindakan Jamal bagaimanapun menolak huluran duit berkenaan.
“Subhanallah, duit haram. Ingat Allah. Hidup tak selamanya di dunia,” kata sebahagian penyokong Zuraida.
Jamal bertindak sedemikian berikutan sebelum ini mempersoalkan kekayaan yang dimiliki Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk Adam Rosly.
“Dah dapat duit ke belum? Kalau belum saya bagi. Kesian berjemur panas ini. Beritahu Adam buat kenduri di rumah,” kata Jamal kepada penyokong Zuraida.
Jamal semalam dalam satu sidang medianya mempelawa 6 wartawan bersamanya untuk menaiki helikopter bagi meninjau kekayaan Adam.
Jamal mendakwa, pemimpin 28 tahun itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.

Orang Asli Pos Balah jangka berlaku 'pertempuran'

Penduduk Orang Asli di Pos Balah, Gua Musang, Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa pada 20 November ini.
Jurucakapnya, Kamal Alek berkata, perbalahan dijangka berikutan notis Jabatan Perhutanan Kelantan yang menuntut orang Asli mengosongkan tapak sekatan bagi memberhentikan aktiviti pembalakan di kompartmen 245 Hutan Simpan Balah itu.
Bercakap pada sidang media anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Joas) hari ini, Kamal, 32 yang juga adalah penduduk di Pos Balah berkata, beliau menjangkakan seramai 200 rakan dan ahli keluarganya sanggup bergadai nyawa bagi memastikan hutan mereka tidak dicerobohi.
Katanya, kemusnahan hutan di kawasan kampung di Pos Balah sejak kebelakangan ini semakin serius mengancam keselamatan penduduk hingga memaksa mereka bertindak sedemikian.
Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk menghentikan kegiatan pembalakan di kawasan mereka termasuk rundingan dengan pihak berkaitan dan menghantar surat, namun tidak dilayan.
"Kemungkinan akan ada pertembungan namun kita tetap akan teruskan sekatan itu dan jika ia dirobohkan kami akan bina semula," katanya.
Pada awal Oktober lalu penduduk Orang Asli nekad mengadakan sekatan di Hutan Simpan Balah, selagi aktiviti pembalakan di kawasan mereka tidak dihentikan.
Malah, penduduk Orang Asli juga dilaporkan sanggup bersengkang mata untuk memastikan kawasan mereka tidak lagi diceroboh.
Sementara itu, Joas pada sidang media itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Kelantan yang mengarahkan penduduk mengosongkan tapak sekatan.
Timbalan Presiden Joas, Zurdi Baharu, 34, berkata sehingga hari ini kerajaan negeri tidak memberikan jawapan kukuh bagi menjamin kemelut yang melanda Orang Asli ini akan reda sejak 28 Sepetember lalu.
"Kami amat kesal dengan sikap kerajaan negeri kerana sejak kemelut ini mereka tidak pernah berjumpa dengan kami bagi selesaikan isu yang amat serius ini.
"Malah, Timbalan Menteri Besar (Datuk Nik Mohd amar Nik Abdullah) berkata Orang Asli dihasut pihak luar. Kami anggap itu satu komen yang tidak jujur dan cuba untuk lepas tangan," kata Zurdi.

Pemimpin Pemuda PKR cabar Jamal lapor banglo mewahnya

Adam Rosly menyarankan Jamal dan Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM sekiranya mereka mendapati beliau memiliki kekayaan dengan cara yang salah.
Bahasa,-Adam-Rosly,-jamal-yunos.AMPANG: Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly membidas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menuduh beliau memiliki kekayaan luar biasa.
Menurutnya, memiliki harta kekayaan dan gelaran “Datuk” pada usia yang muda bukanlah sesuatu yang ganjil pada masa sekarang.
“Kenapa 28 tahun jadi kaya? Seluruh rakyat Malaysia tahu ramai anak muda yang kaya. Ramai yang muda dapat ‘Datuk’.
“Saya nak maklumkan, saya dapat ‘Datuk’ sebaris dengan Jamal. Saya sebaris dengan beliau di depan Tuanku kalau beliau mempertikaikan kenapa saya dapat gelaran ‘Datuk’. Beliau (Jamal) dapat gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ tahun ini. Jadi, jangan tekan dan aibkan orang,” katanya di hadapan Balai Polis Ampang Jaya.
Adam berkata demikian mengulas tindakan Jamal yang kononnya mahu meninjau kekayaannya dengan menaiki menaiki helikopter hari ini.
Semalam, Jamal mempelawa 6 wartawan bersamanya untuk menaiki helikopter untuk bagi meninjau kekayaan Adam.

Jamal cetus keganasan bebas merayau, MP bersuara di Parlimen ditahan

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kesal apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dipenjarakan selepas bersalah oleh Mahkamah Seksyen kerana mendedahkan laporan penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat
Katanya, sebaliknya Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terang-terang mencetuskan keganasan masih bebas berkeliaran tanpa dikenakan tindakan.
“Kita lihat institusi di Malaysia memang bermasalah. Pandan dijatuhkan hukuman kerana membongkarkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi laporan OSA di bawah laporan PAC
“Kita lihat Jamal pergi mana-mana merayau-rayau. Dia tidak hadapi masalah walaupun mencetuskan keganasan tetapi Ahli Parlimen bercakap di Dewan disiasat polis,” kata Teresa dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini, semalam.
Jelasnya, kejadian itu mampu menjejaskan kewibawaan institusi parlimen, polis dan juga kehakiman yang akhirnya memberi kesan terhadap keyakinan pelabur asing.
Terdahulu, pemimin Pakatan dan badan bukan kerajaan (NGO) mengutuk tindakan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Wan Azizah : Pendakwaan Rafizi, ‘hari kesedihan’ demokrasi Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mendedahkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau membuat gesaan tersebut berikutan keputusan mahkamah sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli di bawah OSA.
“Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh mengenai 1MDB daripada OSA hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum,” katanya dalam kenyataan.
bebas-rafiziBeliau berkata, klasifikasi laporan tersebut di bawah OSA juga menghalang Parlimen untuk membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang sangat besar berjaya diseleweng beberapa pihak.
Terdahulu, Rafizi didakwa memililiki 98 mukasurat laporan ketua audit negara tanpa kebenaran yang melanggar Seksyen 8 (1) (c) (iii) OSA.
Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan itu dalam satu sidang medianya di Lobi Parlimen.

LINDUNGI NAJIB: OSA UNDANG2 LAPUK UNTUK SEMBUNYI SALAH LAKU – ABIM

Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah undang-undang lapuk yang menyembunyikan salah laku dalam kerajaan, kata Angkatan Belia Islam (Abim).
Ini berikutan hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan ke atas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli selepas didapati bersalah melanggar OSA kerana mendedahkan dokumen sulit.
Rafizi dikenakan pertuduhan terhadap pendedahan beliau mengenai kelewatan pembayaran pencen dan ganjaran kepada anggota tentera.
Abim berkata, undang-undang 1972 itu juga tidak tepat kerana ia tidak menentukan istilah ‘rahsia rasmi’ dan membenarkan sebarang maklumat ditutupi oleh seorang menteri, menteri besar atau ketua sebuah negara.
“Daripada meletakkan had hanya pada dokumen yang akan menimbulkan suatu risiko serius dan boleh dibuktikan kepada keselamatan negara, akta itu menetapkan satu istilah umum, menunjukkan bahawa apa-apa dokumen boleh tergolong sebagai rahsia.
“Tambahan pula, pengelasan apa-apa dokumen sebagai rahsia boleh dibuat dengan pegawai awam yang dilantik itu tanpa sebarang perlindungan terhadap klasifikasi yang tidak perlu dan tidak wajar seperti yang termaktub di bawah seksyen 16A OSA,” kata Setiausaha Agung Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan lewat semalam.
Katanya, tindakan itu tidak selaras dengan demokrasi untuk keterbukaan melalui Kebebasan Maklumat (FOI) dan undang-undang perlindungan pemberi maklumat.

Skandal 1MDB: Rafizi dihukum penjara, Jho Low masih bebas

Rafizi Ramli dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat dalam salah laku membabitkan wang rakyat terus bebas.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Saing berkata, mereka yang terlibat dalam salah laku melibatkan wang rakyat di negara ini belum menerima sebarang hukuman.
“Di Malaysia, sabitan jenayah pertama kita (berkaitan 1MDB) bukannya untuk menghukum mereka yang terlibat dalam skandal kleptokrasi itu, tetapi menghukum individu yang berani menegakkan kebenaran berkaitan 1MDB.
“Bandingkan bagaimana kerajaan Najib ‘melayan’ Rafizi dengan Jho Low, yang didakwa sebagai ‘pengawal dan penasihat 1MDB’ dalam perbicaraan di Singapura, atau juga dikenali sebagai dalang 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura menyatakan Jho Low merupakan orang penting bagi meneruskan siasatan mereka dalam skandal milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Ahli perniagaan tersebut turut dinamakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima wang berjumlah hampir US$3.5 bilion, yang dipercayai diseleweng dari 1MDB melalui sistem kewangan negara itu.
“Tetapi Rafizi, yang mahu mempertahankan kepentingan negara dengan mendedahkan skandal kleptokrasi 1MDB akan ke penjara dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
“Padahal Jho Low masih tidak ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atau antarabangsa. Malah beliau terus menerima layanan ‘karpet merah’ sebagai orang kepercayaan Perdana Menteri,” ujarnya.
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu.

Ahli Parlimen PKR fail usul tindakan ganas Baju Merah

Beliau turut mendesak supaya ketua polis negara dipanggil ke Dewan Rakyat bagi menjelaskan tindakannya yang dilihat agak perlahan dalam menangani isu itu.
Shamsul-Iskandar_jamal_600
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mad Akin memfailkan usul untuk membincangkan provokasi gerakan Baju Merah di Dewan Rakyat.
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) itu dibuat supaya tindakan provokasi dilakukan Datuk Jamal Md Yunos segera dihentikan.
“Dewan ini membahaskan usul mengenai perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan iaitu ancaman dan ugutan kumpulan Baju Merah yang mengugat keselamatan negara dan ketenteraman awam serta tindakan pihak berkuasa menangani masalah ini.
“Kebelakangan ini, Baju Merah diketuai Jamal melakukan provokasi sehingga bertindak ganas terhadap kumpulan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, iaitu Bersih.
“Provokasi yang dimulakan Baju Merah menyebabkan beberapa peserta konvoi Bersih diganggu malah ada juga yang cedera akibat provokasi melampau oleh kumpulan ini,” katanya dalam usul berkenaan.
Usul tersebut dihantar kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan diterima pada jam 9.55 pagi, hari ini.
Selain itu, Shamsul turut mendesak supaya Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dipanggil ke Dewan Rakyat bagi menjelaskan tindakannya yang dilihat agak perlahan dalam menangani isu ini.

Lagi 'drama' pertemuan Zuraida, Jamal di IPD Ampang

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini bertembung sekali lagi. Kali ini di Ibu Pejabat Daerah Ampang.
Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan masuk dan menyaksikan pertemuan itu.
Jamal yang keluar kira-kira 20 minit kemudian berkata kedatangannya kerana dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian yang berlaku Ahad lalu.
Kebetulan saya dipanggil saya sekali lagi dipanggil oleh pegawai penyiasat untuk lengkapkan siasatan mereka, dan saya datang kebetulan berjumpa dengan wakil rakyat di Ampang.
“(Zuraida) wakil rakyat saya yang tidak bertanggungjawab, yang selalu membawa onar di Ampang hanya datang membuat demo dan buat kempen bersih. Dan akhirnya bersih yang dibuatnya terserlah lah kekotoran,” kata Jamal kepada pemberita.
Katanya, Zuraida enggan bersalam dengannya mungkin kerana bukan muhrin.
"Saya nak salam tadi pun dia tak nak, ya lah mungkin bukan muhrim,” katanya yang menambah terasa mahu ‘menyekeh’ kepala Zuraida.
Zuraida hari ini hadir bersama Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly bagi membuat laporan polis terhadap ketua Umno Sungai Besar itu berhubung insiden yang berlaku di Ampang Point Ahad lalu.
Malaysiakini melaporkan Jamal berdarah pada hidung selepas dia mendakwa diserang dan ditumbuk di sebuah pusat membeli-belah di Ampang.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Zuraida yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di Ampang Point.
Sementara itu, Jamal sebelum meninggalkan IPD Ampang sempat sekali membuat satu lagi drama.
Beliau secara sinis cuba menghulurkan duit sebanyak RM100 kepada penyokong Zuraida.
Tindakan Jamal itu mengundang rasa tidak puas hati penyokong Zuraida yang hadir di Balai Polis berkenaan.

Jamal mohon maaf mahu selak ‘kain’ Zuraida pula...

Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini secara sinis mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin selepas diberikan tempoh 48 jam daripada Ketua Wanita PKR itu.
Namun, permohonan maaf itu bukanlah untuk menarik tuduhannya terhadap penyokong BERSIH yang didakwa memukul sehingga hidungnya berdarah.
Sebaliknya, permohonan maaf itu dibuat sebab beliau mahu menyelak ‘kain’ dan mendedahkan kudis Zuraida.
"Semalam dia meminta memohon maaf selama 48 jam. Hari ini saya ingin memaklumkan saya ingin memohon maaf kepada Zuraida kerana selepas ini terpaksa menyelak kain beliau.
"Saya nak lihat ada kudis tidak di kaki dia, di peha dia dan ada tak lagi kudis-kudis di telapak kaki dia. Saya mohon maaf pada beliau kerana terpaksa menyelak.
"Dia tuntut saya memohon maaf dan saya telah memohon maaf kerana terpaksa menyelak kain beliau untuk saya perbaiki supaya kudis tak berjangkit pada rakyat di Selangor," katanya kepada pemberita di luar IPD Ampang.
Semalam, Zuraida memberi Jamal tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik semula kata-katanya jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
Dalam surat tuntutan itu, Zuraida menggesa agar ketua bahagian Umno Sungai Besar selaku ketua kumpulan Baju Merah, membuat permohonan maaf dalam masa ditetapkan.