Isnin, 14 November 2016

Jangan takut ugutan samseng, bawa suara rakyat ke Bersih 5


hasnul zulkarnainhasnul zulkarnainPemuda Amanah Perak mengingatkan seluruh anak muda agar membulatkan tekad untuk turun ke perhimpunan Bersih 5, Sabtu ini dan tidak takut terhadap ugutan kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos.
Ketuanya Hasnul Zulkarnain berkata, tiada apa yang harus ditakutkan kerana Bersih 5 merupakan perhimpunan aman malah empat kali perhimpunan Bersih sebelum ini membuktikan ia berlangsung aman sekiranya tidak ada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, sama seperti Bersih 4, kehadiran anak muda dalam Bersih 5 adalah semata-mata membawa suara rakyat dan memberi isyarat kepada pemerintah.
"Sejarah ini bakal berulang malah lebih gemilang jika semua pihak menghormati hak-hak berhimpun secara aman seperti termaktub dalam perlembagaan. Saya amat yakin, Najib berada dalam keadaan bimbang hilang sokongan majoriti rakyat jika gelombang ini tidak disekat.
"Ayuh anak muda Perak, kita menyahut panggilan Bersih 5. Jangan khuatir dengan ugutan kumpulan samseng baju merah. Kita buktikan bahawa nama kita akan tercatat dalam sejarah Bersih 5 antara himpunan aman terbesar dalam Malaysia dan himpunan ini akan menjadi gelombang kebangkitan seluruh rakyat malaysia dalam PRU 14 nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jamal sebelum ini memberi amaran kepada pihak pengajur Bersih 5 bahawa kumpulan baju merah akan ada di mana sahaja kumpulan baju kuning berada.
Sabtu lalu, kumpulan itu mengadakan acara mempamerkan kekuatan mereka dengan bersilat menjelang perhimpunan minggu depan.
Sebelum ini juga kumpulan itu menunjukkan demonstrasi 'ilmu kebal' mereka dalam perhimpunan di hadapan pejabat Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Hasnul berkata, Bersih 5 akan menjadi penyatuan pelbagai kaum, bangsa dan agama untuk mendesak pembaharuan reformasi dalam sistem pentadbiran negara.
"Kita masih terbayang teman-teman daripada Tionghua dan India yang sama-sama membantu kita untuk memudahkan solat berjemaah di atas jalan raya. Kita merindui ucapan dan kata-kata semangat daripada pimpinan kita. Dan sudah tentu kita merindui kelibat abang-abang polis yang tegas menjaga keamanan himpunan.

PAS yakini usaha kerajaan Umno@Bn stabilkan pasaran kewangan

Rakyat diminta jangan berspekulasi supaya tidak memburukkan lagi keadaan.
Mohamad-Abduh-Nik-Abdul-Aziz
PETALING JAYA: PAS menyeru rakyat supaya meyakini usaha kerajaan menstabilkan pasaran kewangan pasca pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Malah, parti Islam itu berkata rakyat yang berspekulasi mengenai perkara itu boleh memburukkan lagi keadaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini. Media melaporkan nilai ringgit yang rendah dijangka kekal tidak menentu sehingga pertengahan Disember atau sehingga pelantikan Donald Trump Januari nanti.
“Kami percaya bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia (Datuk Muhammad Ibrahim), Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Tan Sri Ranjit Ajit Singh) dan pasukan mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan pasaran kewangan kita.
“Kamu menyeru rakyat Malaysia agak meletakkan sepenuh keyakinan terhadap tindakan dan dasar BNM dan SC, dan mengelakkan sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh memburukkan lagi keadaan.”
Pasaran kewangan Asia Tenggara mengalami ketaktentuan sebaik sahaja calon Republican Donald Trump dilaporkan mendahului persaingan pemilihan presiden negara itu.
Trump menewaskan pencabar parti Demokratik Hillary Clinton melalui kempen anti-perdagangan dan proteksionisme.
Penganalisis berkata ketidakstabilan pasaran antara lain disebabkan ketidakpastian terhadap dasar-dasar yang akan diperkenalkan pentadbiran Donald Trump nanti.

Jangan termakan umpan perkauman yang untungkan UMNO, pesan Dr Wan Azizah

dr-wan-azizah
SHAH ALAM, 14 NOV: Semua lapisan kaum negara ini diajak untuk menghapuskan politik perkauman sempit yang hanya dijadikan alat untuk menjaga kepentingan golongan elit penguasa yang korup dan tidak amanah.
Golongan itu, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sering menggunakan slogan kononnya demi ‘menyelamatkan bangsa’ sedangkan mereka menjadikannya modal untuk terus berkuasa dan mengaut keuntungan dari khazanah negara.
“Para juak yang menggunakan topeng kaum lebih berjaya bergelut mengaut kekayaan khazanah negara.
“Yang kaya dan beruntung adalah elit penguasa, tetapi yang dijaja adalah kepentingan kaum. Yang merosakkan institusi keadilan dan hukum; yang mengamalkan rasuah adalah pemimpin; tetapi rakyatlah yang digesa menyokong mereka. Kononnya demi menyelamatkan bangsa,” katanya dalam Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.
Menurut beliau prasangka perkauman yang sering dijaja itu perlu diruntuhkan demi menjadikan Malaysia lebih berdaulat dan adil.
“Kita tidak boleh diheret dengan prasangka dan kebimbangan lama; yakni terperangkap dengan politik perkauman sempit. Kekuatan Pakatan adalah justeru keberanian dan ketangkasan memecahkan tembok kaum, kelas dan agama.
“Hasrat kita bukan hanya menumbangkan BN tetapi meletakkan asas negara adil dan berdaulat. Kemenangan ini harus mengulangi tekad tegas untuk menjana perubahan.
“Jangan sekali kita diperangkap dengan taktik lapuk menakutkan Melayu dengan kehadiran DAP atau menakutkan Cina dan India dengan penampilan tokoh Melayu dan Islam,” tegasnya.
Justeru katanya, Pakatan Harapan perlu berani dan terus melipat gandakan usaha memberi penerangan dan kefahaman untuk memecahkan tembok perkauman yang dijaja selama ini.
Beliau masa yang sama turut menegaskan bahawa Pakatan Harapan tegas menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi dan kebebasan kepada seluruh rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Pemimpin MIC: Siapa beri dokumen sulit pada Rafizi?

Bendahari MIC, S Vell Paari mempersoalkan bagaimana anggota parlimen PKR, Rafizi Ramli memiliki dokumen sulit.
"Sementara yang lain bimbang mengenai status Rafizi sebagai anggota parlimen Pandan, saya lebih bimbang dengan fakta bahawa Rafizi secara haram memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Persoalannya ialah bagaimana Rafizi mendapat dokumen sulit ini apabila dia bukan anggota audit mahupun ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)," katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Vell Paari, seseorang daripada PAC mungkin telah sengaja memberikan laporan audit 1MDB kepada Rafizi.
"Ini pastinya seseorang dari blok pembangkang. Ini melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
"Satu lagi hipotesis adalah bahawa Rafizi mungkin telah mencuri dokumen sulit daripada anggota PAC tanpa pengetahuan mereka," katanya.
Tangkap pesalah
Sehubungan itu, Vell Paari meminta polis segera menyiasat perkara ini dan menangkap pesalah-pesalah yang melanggar OSA untuk kepentingan politik.
Mengimbas kembali kes-kes mahkamah sebelum ini yang melibatkan Rafizi, pemimpin MIC itu berkata tiada simpati sepatutnya diberikan terhadap pemimpin PKR itu.
"Tiada siapa mengatasi undang-undang di negara ini," katanya.

Nukilan Salahuddin buat Rafizi

Rafizi ramli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan Rafizi ramli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan
Keberanian ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli membongkar salah laku pemerintah negara sehingga dijatuhi hukuman penjara mengundang rasa kagum timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau dengan puitis menukilkan kata-kata semangat untuk Rafizi yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan hari ini kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dalam nukilannya, Salahuddin menyifatkan Rafizi sebagai seorang pejuang yang berani dan beramal dengan apa yang diyakini.
Berikut merupakan nukilan penuh Salahuddin kepada Rafizi:
Kepada sahabatku Rafizi Ramli
Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan islam.
Sebagai seorang islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini.
Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.
Saudara tidak pernah bersenggama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.

Undang-undang bukan untuk lindungi jenayah 1MDB


Faiz FadzilFaiz FadzilHukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah petanda keadilan sistem undang-undang negara semakin terhakis, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil.
“Pendedahan YB Rafizi tentang wujudnya penyelewengan dan salah urus tadbir 1MDB (1Malaysia Development Berhad) melibatkan elemen-elemen jenayah. Maka, beliau harus dilindungi undang-undang bukannya undang-undang diguna bagi melindungi jenayah 1MDB,” tegasnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Menurutnya, kerajaan harus menggunakan undang-undang untuk membongkar skandal 1MDB yang diketahui dunia bersabit dengan pelbagai perbuatan jenayah dengan mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan termasuk Malaysian Official 1 (MO1).
“Amatlah malang bagi masa depan negara jika jenayah boleh dilindungi dan ini memberikan contoh teladan yang tidak baik bagi generasi akan datang bahawa undang-undang hanyalah plastik yang boleh dikorupkan.
“Apa yang didedahkan oleh YB Rafizi melibatkan kepentingan awam memandangkan skandal 1MDB melibatkan kehilangan berbilion ringgit wang negara yang hutangnya ditanggung oleh rakyat negara ini,” jelasnya yang juga merupakan peguam.
Sehubungan itu, Faiz menyeru seluruh rakyat menyokong perjuangan Rafizi dengan menebus ketidakadilan di sebalik keputusan mahkamah hari ini melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Rafizi tekad terus semak setiap sen yang Najib belanjakan


Rafizi RamliRafizi Ramli
Walaupun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi dua pertuduhan berkaitan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tekad untuk terus membongkar kepincangan urus tadbir Perdana Menteri.
Dalam surat yang ditulisnya dari kandang tertuduh semasa penghakiman dibacakan hari ini, beliau memberitahu usaha berkenaan tidak akan pernah terhenti termasuk siri jelajah ke negeri sehingga akhir Januari depan.
“Keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti.
“Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya,” tegasnya dalam tulisan terdiri daripada 32 perenggan itu.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu berkata, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan mendedahkan kepincangan projek kereta api pantai timur (ECRL) yang mencecah kos RM55 bilion (AS$13.1 bilion) itu.
“Saya juga akan menjawab isu-isu berkenaan Tabung Haji dan membentangkan beberapa analisis baru kedudukan kewangannya. Selain Tabung Haji, fokus saya masih lagi kepada isu pendidikan tinggi dan kelangsungan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kedudukan tabung pencen negara,” jelasnya.
Antara yang juga menjadi perhatian beliau, perbezaan imbuhan gaji yang terlalu ketara di antara kakitangan kerajaan berpangkat rendah dan tinggi serta desakan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Mulai esok, saya akan mula turun berceramah bersama-sama pimpinan dan aktivis yang mahukan Datuk Seri Najib meletak jawatan. Ceramah pertama yang bertemakan #LawanTetapLawan akan bermula di Pandan iaitu di Dewan Kampung Cheras Baru.
“Hari Rabu, saya akan ke Pangkalan Tentera Laut (TLDM) Lumut untuk berjumpa dengan pesara-pesara tentera laut yang mula-mula sekali membawa ke pengetahuan saya kelewatan pembayaran pampasan persaraan,” ujar Rafizi lagi.
Tenang tanpa rasa marah
Mengulas keputusan penghakiman mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 itu, Rafizi mengakui usahanya dalam mengetengahkan kepincangan skandal 1MDB itu adalah tanggungjawab beliau sebagai pemimpin yang diamanahkan rakyat.
“Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat.

Rafizi kekal MP sehingga proses rayuan selesai, kata SPR


Rafizi Ramli Rafizi Ramli
Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih kekal sebagai Anggota Parlimen Pandan.
Kedudukan beliau seterusnya akan diketahui selepas proses rayuan beliau selesai sepenuhnya.
Mohd Hashim AbdullahMohd Hashim AbdullahMenegaskan demikian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR itu, beliau berhak membuat rayuan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hashim berkata, oleh itu adalah tidak wajar bagi SPR membuat ulasan berkaitan keperluan mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.
"Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Mohd Rafizi," tambahnya.
Rafizi hari ini dijatuhi hukuman penjara itu oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lepas.
Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap satu daripada dua pertuduhan terhadap Mohd Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM3,000 kepada RM5,000.

Rafizi sengaja mahu dipenjarakan, kata Rahman Dahlan

Beliau mendakwa Rafizi melakukan aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi dan sedar pelanggaran undang-undang yang serius semasa melakukannya.
Rahman-Dahlan
PETALING JAYA : Menteri Umno mendakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sengaja mahu dipenjarakan agar beliau boleh menampilkan dirinya sebagai korban politik kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataannya hari ini, Rafizi melakukan satu aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi dan beliau tahu serta sedar pelanggaran undang-undang yang serius semasa melakukannya.
“Hukuman ke atas beliau sangat bertepatan dan Rafizi tidak boleh menyalahkan orang lain kecuali diri beliau sendiri,” kata beliau.
Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Rafizi berhubung 2 tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diklasifikasikan sebagai sulit.
Mengulas lanjut, Rahman yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, Rafizi sememangnya sangat terkenal sebagai seorang yang gemar memfitnah pihak lawan tanpa membuat kaji selidik dan melanggar undang-undang negara.

Malaysia terdedah pada kejutan keyakinan

Tahap hutang luar negara Malaysia yang tinggi menjadikan ia terdedah kepada kejutan keyakinan, kata agensi Moody Investor Service Inc.
Moody berkata hutang luar negara berkembang daripada 30 peratus kepada 100 peratus dari 2012 hingga 2015, lapor akhbar kewangan harian The Edge.
Ini adalah mengikut laporan terkini Moody yang disediakan kepada pelanggan hari ini.
Agensi itu berkata, Malaysia mempunyai keupayaan terhad untuk pelonggaran dasar monetari yang agresif, kerana ia boleh mencetuskan aliran keluar modal, lapor The Edge.
Bank Negara Malaysia menguatkuasakan semula peraturan sedia ada melarang dagangan ringgit luar pesisir, di tengah-tengah kejatuhan ringgit berikutan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Bank pusat itu juga menasihatkan orang ramai supaya menggunakan bank-bank berlesen bagi keperluan pertukaran asing, manakala pengurus dana asing dan aset diberitahu untuk menghubungi bank bagi mendapatkan nasihat.
CIMB Investment Bank Bhd hari ini berkata ia menjangkakan lanjutan susut nilai ringgit, turun kepada RM4.80 berbanding dolar AS, dalam tempoh enam bulan akan datang, kerana kekurangan kejelasan dalam dasar pentadbiran baru AS.

Di Malaysia.. rasuah BUKAN jenayah.. DEDAHkan Rasuah itu Jenayah..!!!

Najib menjahanamkan imej Malaysia di mata dunia... dirakam di London... Kes Rafizi mendapat litupan seluruh dunia di mana Rafizi didapati bersalah & dihukum penjara.

ESOK HARI SAMAN WSJ HARI SELASA KE-72..

Adakah Najib sudah lupa atau HIPOKRIT NAK SAMAN WSJ HARI SELASA !!!

Bila Najib sembang, sampai terlupa atau buat2 lupa esok hari Selasa bhwsanya beliaulah BAPAK SEGALA HIPOKRIT 1 MALAYSIA.

Panda Disusukan...Rakyat Ikat Perut Dan Mulut...!!!

KERANA BINATANG PANDA dari negara Komunis-China KERAjaan UMNO/BN sanggup perabih RM30,214,186 (RM30.2 juta) utk jaga binatang-binatang 'WARGANEGARA CHINA' tersebut...

Bayangkan dgn RM30.2 juta itu digunakan sebaik2nya utk golongan fakir miskin & gelandangan di seluruh negara...

Mari Kenali Pemimpin Munafik !!!

Hari ini kita dpt lihat detik2 nazak Najib berbohong saban hari..

AKHIRNYA apa yang dicanang tak sama yg dilakukannya hari ini..

“TUHAN AKAN LAKNAT KITA JIKA KITA MENIPU RAKYAT,” - Najib Razak

Inilah janji2 mereka hasil kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.. Makin dikutip GST semakin byk subsidi rakyat dihapuskan!!!

Malaysia ditadbir oleh sekumpulan serigala lapar yang tak mengira mangsa..



TAHU TAK KENAPA NAIK !!!..


..." kenaikan tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah jika dibanding dengan negara-negara ASEAN lain." -petikan Kosmo

BERCUKURRRRR lah pada Barisan Nasional dan AMENO...

JANGAN TERKEZUT tak mustahil jika ada pemakan dedak AMENO kata.. "KENAIKAN SEPATUTNYA 100 PERATUS, TETAPI PM MINTA KURANGKAN JADI 50 PERATUS SAHAJA."

Wahai Najib, sila naikkan lebih tinggi, rakyat belum mampos...

Ingatkan ada ilmu KEBAL rupanya BEBAL.

Bersilat.. SUDAH
Kena bantai pukul kayu.. SUDAH

KENAPA baru kena tumbuk hidung muka macam nak 'Crying Baby'...

Mufti: Tanggungjawab bersama halang samseng

Menghalang “samseng” daripada bebas melakukan sesuka hati adalah tanggungjawab bersama setiap rakyat yang patriotik, kata Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Katanya, jika golongan itu dibiar bermaharajalela, negara ini akan terjerumus dalam keadaan huru-hara.
“Jika kita membiarkan orang samseng bermaharajalela, menyerang dan memukul sesiapa yang dia mahu maka negara akan terjerumus ke dalam huru-hara.
“(Akibatnya) orang ramai tidak akan percaya lagi kepada kedaulatan undang-undang,” katanya dalam Facebook hari ini.
Beliau tidak menyebut secara langsung kepada siapa tulisan itu dirujuk.
Bagaimanapun, ia dibuat sehari selepas insiden melibatkan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos berdarah hidung selepas bergelut dengan pihak polis.
Jamal mendakwa beliau dipukul oleh “budak” pemimpin Wanita PKR Zuraida Kamaruddin walaupun beliau dirakam menyebut “polis tumbuk saya” sebelum itu.
Insiden berlaku selepas Jamal dan kumpulannya cuba menghampiri kumpulan BERSIH di Ampang, dekat Kuala Lumpur.
Zuraida menafikan perkara itu dan menghantar surat tuntutan guaman kepada Jamal dan akan membuat laporan polis berhubung ancaman terhadapnya.

"POLIS PUKUL SAYA".. BUKANNYA "SAYA DIPUKUL"...!!

Video Bukti Pembohongan Jamal 🔻
Inilah perangai seorang samseng bila dah kantoi, maka cepat2 beliau nafi kata "POLIS PUKUL SAYA". Jamal cuba nak spin kata yg Jamal ingin beritahu kepada polis bahawa saya DIPUKUL.

SEJAK BILA, DAN DI MANA DALAM SEDUTAN VIDEO ITU JAMAL BERKATA "DIPUKUL" yg berkaitan polis ??!!

Ingat rakyat Malaysia BODOH MACAM JAMAL KA !!!.. Dahulu SPM-Bahasa Jamal dapat berapa !!! Takleh nak bezakan antara "PUKUL" & "DIPUKUL".

Jamal telah berulang-ulang kata "POLIS PUKUL SAYA".. BUKANNYA "SAYA DIPUKUL".

SUDAH TERANG JELAS TERBUKTI di dalam video itu menunjukkan Jamal kata "POLIS PUKUL SAYA". Tiada langsung Jamal kata keluar perkataan "DIPUKUL"..

Wan Azizah gesa Najib dedah laporan audit mengenai skandal 1MDB

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan laporan penuh ketua audit negara mengenai 1MDB yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Saya sekali lagi menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi rahsia rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan ketua audit negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau membuat gesaan tersebut berikutan keputusan mahkamah sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah OSA.
Rafizi didakwa memililiki 98 mukasurat laporan ketua audit negara tanpa kebenaran yang melanggar Seksyen 8 (1) (c) (iii) OSA.
Mahkamah Sesyen bagaimanapun menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Menyifatkan ia hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, Wan Azizah berkata Rafizi dihadapkan ke mahkamah kerana mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.
Menurutnya, negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland telahpun mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan 1MDB.
"Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak," katanya.

Skandal 1MDB: Mengapa Bank Negara membisu mengenai kakitangan AmBank

Ketika pihak berkuasa Singapura menghukum kakitangan bekas bank BSI, Tony Pua mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap dakwaan pengubahan wang berkaitan 1MDB
tony-pua
PETALING JAYA: Mengikuti tindakan pihak berkuasa kewangan Singapura terhadap pengurus bank yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tony Pua bingung mengapa Bank Negara membisu mengenai kakitangan AmBank.
Kebingungan itu susulan dakwaan Wall Street Journal (WSJ) terhadap AmBank dan 2 pegawainya pada 6 September lepas, berhubung memudahkan dan bersubahat dalam penggubahan wang apabila berbilion ringgit disalurkan kepada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Di Singapura, bekas pengurus bank Yak Yew Chee, yang berurusan dengan peniaga Malaysia Low Taek Jho (Jho Low) dan 1MDB, dipenjara 18 minggu dan didenda S$24,000 (RM73,280) kerana memalsukan surat sokongan untuk keluarga Jho dan gagal melaporkan transaksi mencurigakan mebabitkan puluhan juta dolar yang melalui Bank BSI di Singapura.
“Yew Chee juga diarah menyerahkan S$7.5 juta (RM22.9 juta) kepada kerajaan Singapura bagi sebagai bukti dia menyesali perbuatannya,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu.
Selain Yew Chee, Tony berkata seorang lagi bekas pengurus bank, Yeo Jiawei, sedang dibicarakan atas 4 dakwaan menghalang undang-undang dilaksanakan dan 7 pendakwaan pengubahan wang, penipuan dan pemalsuan yang juga berkaitan dengan Jho dan skandal 1MDB.
“Pada 31 Oktober saya meminta menteri kewangan nyatakan tindakan yang diambil Bank Negara terhadap pengurus bank AmBank, Joanne Yu dan Cheah Tek Kuang yang didakwa melindungi transaksi pengubahan wang yang dihaitkan kepada 1MDB.
“Dalam jawapan bertulisnya, Najib seolah mengiyakan semua dakwaan itu dengan menjawab Bank Negara sudah menjalankan siasatan ke atas institusi kewangan berkaitan 1MDB di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001. Berdasarkan hasil siasatan, tindakan penguatkuasaan sudah dilaksanakan Bank Negara mengikut kuasa yang ada padanya di bawah undang-undang.
“Bagaimanapun, kita tidak dimaklumkan apa tindakan yang sudah diambil terhadap AmBank atau pegawai bank yang memudahkan transaksi haram itu.
“Setakat yang kita tahu, Joanne dan Tek Kuang masih bebas,” kata Tony, dan menambah Tek Kuang kekal sebagai penasihat kepada pejabat pengerusi di AmBank, selain menjadi pengerusi Berjaya Sports Toto dan pengarah bebas di Kumpulan IOI.

Mahkamah Singapura diberitahu - Jho Low 'penasihat' 1MDB

Mahkamah Singapura hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low adalah ‘gatekeeper’ dan juga penasihat kepada 1MDB.
Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei memberi keterangan bahawa Jho Low membawa ‘urusan besar’ kepada BSI Bank (Singapore) Ltd dan urusan itu berkaitan dengan 1MDB.
Antara urusan itu membabitkan AS$100 juta daripada SRC International pada tahun 2011 manakala satu lagi melibatkan AS$2 bilion daripada Brazen Sky Ltd pada tahun 2012.
Kedua-dua firma berkenaan adalah anak syarikat 1MDB ketika masa kejadian. Sejak tahun 2012, Kementerian Kewangan diperbadanankan mengambil alih SRC International.
Yeo dibicarakan atas dakwaan mengganggu saksi dalam siasatan Singapura ke atas urus niaga berkaitan 1MDB. Antara lain, beliau dijadual dibicarakan pada April atas tuduhan pengubahan wang haram.
Urus niaga berkenaan diaturkan oleh Yak Chee Yew, seorang pengurus kanan di BSI Bank, yang kemudiannya memberi arahan kepada Yeo.
Minggu lalu, Yak mengaku bersalah atas tuduhan pemalsuan dan kegagalan melaporkan urus niaga mencurigakan. Yak dihukum penjara 18 minggu dan denda S$ 24,000 (RM72,850).
Sebahagian besar daripada jutaan wang yang diperolehi oleh Yak daripada transaksi berkaitan 1MDB juga dirampas.

Muhyiddin BOCOR RAHSIA,Ramai Orang Umno BERDUYUN-DUYUN Masuk BERSATU

DENGAN LANTANG!! Mahathir CABAR Najib,Samanlah Cepat Kalau Berani

Rakyat Lebih 'Berkuasa' Jatuhkan BN, Bukan Pakatan Sehaja - Shafie Apdal

Shafie Apdal Ada 'Kaki' Masuk Bersih 5.0

Pas Akan 'Kacau' DAP Jika Letak Calon - Nasrudin Hassan

PAS sokong Umno tapi bukan ‘bulat-bulat’, kata Hadi

"Saya sendiri tak tahu BERSATU ini serius atau tak," kata Nik Abduh

'Terus terang apa tindakan terhadap pegawai bank dikaitkan skandal 1MDB'

'Flashmob' aman edar 2,000 risalah BERSIH di Masjid Jamek

Tun Mahathir: Saya Sanggup Duduk Sebelah Kit Siang

Muhayuddin: Saya Dapat Jemputan Pas

Husam: Saya takut Tun Mahathir Dipenjara

'Jamal ada 48 jam mohon maaf kerana tuduh saya' - Zuraida

Zuraida desak polis kurung Jamal kerana sangat buas, merbahaya

Detik-detik insiden sebelum darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Analisis gerak perlahan sebelum hidung Jamal berdarah


Skandal 1MDB: Rafizi dipenjara kerana kerajaan Umno@Bn hilang pertimbangan

Lawyers for Liberty dan PKR mempertikaikan tindakan kerajaan merahsiakan laporan siasatan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
eric-paulsen-rafizi
PETALING JAYA: Hukuman penjara 18 bulan ke atas Rafizi Ramli membendung kebebasan bersuara dan gambaran sebuah kerajaan yang menindas, legap dan tidak bertanggungjawab, kata peguam.
Eric Paulsen mengulas pensabitan Setiausaha Agung PKR itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memungkiri Akta Rahsia Rasmi 1972, apabila mendedahkan petikan laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas dakwaan penyalahgunaan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dikaitkan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad.
“Kerajaan pada hari ini dan zaman ini tidak boleh berselindung sebalik ‘rahsia rasmi’,” kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Hukuman penjara 18 bulan itu boleh dianggap melampau, kerana Rafizi sekadar menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat.”
Paulsen menjelaskan pihaknya faham maklumat keselamatan negara dan pertahanan perlu dilindungi sebagai rahsia rasmi, tetapi Rafizi cuma mendedahkan dakwaan salahguna kuasa atau rasuah.
“Mengadu bukan jenayah yang perlu dihukum terutamanya dalam kes ini kerana perkara yang didedahkan Rafizi itu melibatkan kepentingan orang ramai,” kata Paulsen.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pemenjaraan wakil rakyatnya yang membangkitkan isu berkepentingan awam sesuatu yang menyedihkan buat demokrasi di negara ini.
Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya “menunjukkan keberanian” dan mengeluarkan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB daripada pengkesalan rahsia rasmi.

'Terus terang apa tindakan terhadap pegawai bank dikaitkan 1MDB'

Putrajaya digesa menjelaskan mengapa seoalah-olah tiada tindakan diambil terhadap dua pegawai atasan bank yang didakwa terbabit dalam kontroversi 1MDB.
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, setakat ini, Putrajaya hanya mendakwa "tindakan pihak berkuasa" telah diambil terhadap dua individu itu tanpa memberikan butiran yang sesuai.
Beliau berkata kedua-dua mereka dituduh oleh penerbitan antarabangsa mempunyai kaitan dengan Jho Low dan terlibat dalam pemindahan wang haram yang berkaitan dengan kontroversi 1MDB.
Apabila beliau menyoal Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak supaya menamakan dua individu itu secara khusus baru-baru ini, jawapan diberi berbunyi:
"Bank Negara telah menjalankan siasatan menurut kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 terhadap institusi kewangan terbabit di dalam kes berhubung 1MDB.
“Berdasarkan hasil siasatan, tindakan penguatkuasaan sewajarnya telah diambil dalam lingkungan bidang kuasa bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Bank Negara."
Belajar dari Singapura
Pua menegaskan Najib tidak menyebut apa tindakan diambil terhadap bank itu dan kedua-dua individu yang terlibat.
"Malah, sebagaimana yang kita sedia maklum, kedua-dua (individu) masih bebas," kata Pua sambil menambah salah seorang daripada mereka masih memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat tersenarai.
"Jika Bank Negara telah mengambil tindakan terhadapnya kerana bersubahat dengan kesalahan pengubahan wang haram, adakah dia masih boleh menjadi pengerusi dan pengarah syarikat tersenarai awam?" soal Pua.

Biar Jufazli berjuang jika dia tak bersalah, kata IKRAM

Pengerusi Majlis Pemuda IKRAM berkata Jufazli bukan penjenayah yang merosakkan negara dan masyarakat
Jufazli-Shi-AhmadKUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia menggesa pihak berkuasa memberikan keadilan sewajarnya kepada Jufazli Shi Ahmad, aktivis muda Sabah yang kini dalam tahanan reman susulan kritikannya terhadap kerajaan Sabah.
Pengerusi Majlis Pemuda Ikram Shahrul Aman Mohd Saari berkata ada ramai penjenayah yang terbabit dalam merosakkan negara dan masyarakat, tetapi Jufazli bukan sebahagian daripada mereka.
Beliau berkata NGO Islam itu faham dan mengiktiraf kuasa pihak berkuasa dalam menegakkan undang-undang, tetapi ia perlu dilaksanakan secara adil dan saksama.
“Jika beliau didapati bersalah mengikut akta yang ada, maka kami setuju beliau dihukum dengan keadilan.
“Tetapi jika tidak, beliau perlu dibenarkan meneruskan perjuangannya, terutama berkaitan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, peguam Jufazli di Semenanjung Wan Anwar Wan Ibrahim berkata pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Beliau dihantar pulang ke Sabah pada 11 September lalu selepas ditahan 2 hari sebelumnya di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, dipercayai susulan kritikannya terhadap kerajaan Sabah di Facebook.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar, dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Hadi: PAS sokong Umno tapi bukan ‘bulat-bulat’

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberitahu, partinya itu tidak memberi sokongan kepada Umno secara 'bulat-bulat'.
Mengulas soalan pemberita sama ada PAS menyokong Umno atau tidak berikutan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pihak yang memusuhi gabungan Pakatan Harapan boleh dianggap sebagai penyokong Datuk Seri Najib Razak, ini jawapan Hadi.
"Ada tempat kita sokong (Umno) ada tempat tak sokong, bukan bulat-bulat ," katanya ringkas kepada pemberita di Dewan Rakyat.
Hadi juga disoal sama ada kenyataan Dr Mahathir itu wajar atau tidak.
"Tak betul (kenyataan Mahathir). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib," katanya.
Dalam pidato di Konvensyen HARAPAN di Shah Alam, Sabtu lalu, Dr Mahathir berkata mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Najib.
Katanya sikap berkenaan juga mungkin menjadi petanda bahawa pihak terbabit sudah mendapat "dedak" daripada perdana menteri.

Nik Abduh tak tahu BERSATU serius bersama PAS atau tidak

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa ragu-ragu dengan 'keseriusan' Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menjalankan kerjasama bersama parti Islam berkenaan.
Ini kerana, menurut Nik Abduh, parti serpihan Umno itu dilihat mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza.
"Saya sendiri tak tahu parti PPBM (BERSATU) ini serius atau tak. Sebab, sekali tengok nampak serius nak bersama PAS. Tengok kenyataan kedua macam tak serius," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan sama ada wujudnya pertemuan PAS dan BERSATU baru-baru ini.
Mengulas mengenai pertemuan tersebut, anggota parlimen Pasir Mas itu memberitahu bahawa beliau dimaklumkan wujudnya perbincangan bersama BERSATU.
Namun, katanya beliau tidak terlibat dengan perbicangan tersebut.
"Saya dimaklumkan perbincangan ada. Rasmi atau tak rasmi saya tak tahu," katanya.
Bagaimanapun, Nik Abduh berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan mana-mana pihak.
"Kita sentiasa yakin dengan diri kita- PAS, terbuka dengan pihak yang nak bekerjasama dengan kita," katanya lagi.

Lebih baik Mahathir ke tikar sejadah, kata Nik Abduh

Dr Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.
 bahasa,-PPBM,-Nik-Abduh-Nik-Mat,-PAS,-Mahathir-MohamadKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS sekali lagi menasihatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menginsafi semua kesalahannya daripada asyik melakukan dakwaan yang tidak benar.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata Dr Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti.
“Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.
“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” katanya kepada pemberita di Parlimen.
Pada Sabtu, Dr Mahathir di Konvensyen Pakatan Harapan menggolongkan PAS dalam kumpulan penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan bergabung dengan perikatan itu menentang Barisan Nasional.

#Bebas Rafizi

Hari ini saudara Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA.
Umum difahamkan bahawa isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA.

Ini merupakan satu hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, apabila seorang demokrat telah dihadapkan ke mahkamah kerana berani bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.
Saya sekali lagi menggesa Dato’ Sri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi Rahsia Rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA.
Umum dapat melihat bagaimana di negara luar, seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, siasatan dan tindakan mahkamah telahpun diambil terhadap beberapa orang yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB.
Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak.
Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dari klasifikasi Rahsia Rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum.
NAJIB-1MDBSaya yakin seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan saudara Rafizi dengan penuh ukhuwah dan solidariti.
Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini. Bebas Rafizi!

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

China nampak keterdesakan Najib akibat 1MDB

Ada penyokong kerajaan, khususnya yang taasub kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengherdik saya kerana meminta kerajaan membuktikan bahawa China akan benar-benar melabur di Malaysia dengan membawa masuk modal dari negara mereka.
Hatta laskar siber yang tidak dikenali sebagai penganalisis ekonomi, korporat dan perbankan pun menulis membelasah saya. Kita tahulah yang mereka menyiarkan bahan-bahan yang kilang oleh penulis-penulis hantu pemerintah.
Apa yang saya rasa kita semua perlu khuatir ialah kemungkinan syarikat-syarikat milik kerajaan China tidak akan membawa masuk modal sebaliknya meminjam dari pasaran tempatan bagi membiayai projek-projek mereka.
Bukti sudah ada. Banyak syarikat dari negara China telah mengutip modal dari pasaran tempatan dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia.
Ada kira-kira 10 buah syarikat macam itu dan sebahagiannya telah mungkir janji sehingga menyebabkan pelabur tempatan rugi besar.
Baru-baru ini pula, agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang China General Nuclear Power Corporation (CGN) bercadang membuat IPO bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.8 bilion) di Malaysia seawal tahun depan.
Apabila sesebuah IPO dibuat di Malaysia, logiknya majoriti yang akan membeli sahamnya adalah pelabur tempatan.
Kita tentu masih ingat macam mana awal tahun ini, CGN telah membeli kilang-kilang penjana elektrik milik Edra Global Energy Bhd dengan harga AS$2.3 bilion. Edra adalah anak syarikat 1MDB.
1MDB terpaksa menjual Edra dengan harga murah kerana kesuntukan wang untuk membayar faedah hutangnya yang kini dianggarkan RM53 bilion. Dengan pembelian Edra, CGN kini menjadi pembekal elektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Berhad.
Jadi adalah tidak mustahil syarikat-syarikat negara China lain yang mendapat kontrak raksasa seperti Bandar Malaysia (tapak TUDM Sungai Besi) dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur akan juga meminjam modal di Malaysia.
Jadi pelaburan asing yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak wujud atau kalau wujud pun kecil dan bersifat sementara. Apabila sampai masa, mereka akan pindahkan beban hutang mereka kepada pelabur tepatan melalui IPO.
Natijahnya, syarikat-syarikat milik Kerajaan China membeli aset-aset strategik di negara kita dengan dibiayai oleh kita sendiri melalai pemberian pinjaman dan pembelian saham IPO. Kita mungkin memiliki sedikit saham tetapi kawalan dan pengurusan adalah di tangan mereka.
Hutang mudah bayar susah
Sekarang Najib membebankan kita dengan RM55 bilion hutang tambahan dari China untuk projek kereta api Pantai Timur. Nilai dolarnya ialah AS$13.73 bilion.
Pinjaman mudah, kata beliau. Semudah mana pun beban tetap ada dan akan ditanggung oleh rakyat jelata dan pembayar cukai hingga tahun 2036.
Yang pasti syarikat-syarikat China itu akan membawa masuk kelengkapan, pekerja serta bahan binaan. Mereka juga akan memaksa kita membeli enjin dan gerabak kereta api dari mereka.

"Saya dah jangka akan disabit bersalah," kata Rafizi

Kos ECRL: Rahman Dahlan Didakwa Berpura-pura

Rafizi janji bongkar lebih banyak salah laku Umno@Bn selepas ini sebelum ke penjara

RM30 juta jaga 2 ekor panda China sejak 2014...Rakyat terus ikat perut...!!!

RM25 juta datang daripada kerajaan Malaysia manakala selebihnya dibiayai Zoo Negara.
wan-junaidi-pandaKUALA LUMPUR: Perbelanjaan menjaga 2 ekor panda gergasi yang dihadiahkan kerajaan China pada 2014 memakan sehingga RM30.2 juta, dengan purata RM60,000 sebulan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jumlah itu diperuntukkan di bawah Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dipersetujui bersama Beijing.
Dalam jawapan bertulis, Wan Junaidi berkata kerajaan memperuntukkan RM25.4 juta manakala selebihnya dibelanjakan Zoo Negara, yang menjadi tuan rumah kepada 2 panda Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang).
Panda itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.
Perjanjian itu bagaimanapun mensyaratkan panda dan anak panda yang dilahirkan pada Ogos lalu, tetap milik China walaupun dilahirkan di Malaysia.
“Untuk menamakan anak panda sekalipun, perlu ada kebenaran China,” kata Wan Junaidi.
Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada Mei 2014 dan ditempatkan di dalam kawasan berhawa dingin di Zoo Negara.
Beijing sebelum ini beberapa kali menggunakan panda, antara binatang dikategorikan paling tinggi tahap kepupusan, sebagai simbol diplomatiknya dengan negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom.

Ekonomi: Sudah tiba masa anjak paradigma


Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mengatakan sudah tiba masanya buat Malaysia untuk membuat anjakan paradigma untuk menghadapi realiti ekonomi dunia kini.

Liew Chin Tong Menurutnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) dan Industri harus mengetuai satu pencarian ekonomi baru yang melampaui perindustrian berorientasikan eksport  yang kini banyak dipelopori oleh warga asing.
"Misi Miti bukanlah hanya sebagai urusan dagangan tetapi ia juga mengenai industri.
"Miti juga punyai peranan untuk membentuk semula  generasi seterusnya perindustrian negara yang berasaskan kemahiran dan teknologi.
"Serta cuba untuk menjana pendapatan bagi kelas pertengahan untuk pekerja Malaysia," katanya sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdagangan global dunia dijangka akan merosot pada tahun 2017, oleh itu, Malaysia memerlukan strategi yang jelas untuk jangka masa pendek.
Tambahan pula, dengan kemenangan Donald Trump Pilihan Raya Presiden  Amerika Syarikat, baru-baru ini juga mungkin tidak mahu mengimport dari Asia.
Tambahnya lagi, jangan hanya tumpuan diberikan kepada perdagangan yang akan datang sahaja.
"Miti dan Kerajaan Persekutuan juga perlu melihat  industri Malaysia dan membawanya ke peringkat seterusnya," katanya lagi.

Tak sokong Pakatan, tak bermakna sokong Najib, kata Hadi

Presiden PAS mempertahankan pendiriannya yang lebih senang mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
najib hadi awangKUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.
“Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib,” katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan “dedak”.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
“Ada tempat kita sokong, ada tempat tidak sokong, bukannya bulat. Terpulang pada beliau untuk buat kenyataan (untuk Dr Mahathir membuat tuduhan),” katanya lagi.

Parti Komunis China kesal sikap pembangkang M'sia

Timbalan Ketua Pengarah Parti Komunis China (CPC), Rao Huihua berkata, parti kesal dengan sikap pihak pembangkang di negara ini kerana mempolitikkan kunjungan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China.
“Pihak CPC berasa kesal apabila mendapat tahu kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke China baru-baru ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang negara ini.
“Saya berharap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang sudah terjalin hampir dua dekad,” ujarnya, memetik laporan Umno Online.
Kekesalan itu dizahirkan semasa kunjungan hormat beliau ke ibu pejabat Umno dengan mengadakan pertemuan bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, semalam.
Rao tiba ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung MCA selain mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Umno bagi mendapat tahu kedudukan politik semasa negara ini.
Sementara itu, dalam ucapan balas, Irmohizam mengakui akan kewujudan pandangan negatif yang mempertikaikan kunjungan hormat Najib ke China.
Namun, katanya, memang sudah menjadi sikap pembangkang di negara ini yang sentiasa cuba mengganggu-gugat keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia ada.
“Kami di pihak kerajaan telah memberi penerangan kepada rakyat bahawa kunjungan Najib ke China sebenarnya memberi impak positif kepada ekonomi dan hubungan politik antara kedua-dua negara.
“Apapun yang pembangkang cuba lakukan, hubungan baik antara Malaysia dan China tidak akan tergugat malah ia akan sentiasa dijaga demi kepentingan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
Dalam perjumpaan tersebut juga, Rao Huihua turut memaklumkan CPC akan kembali ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 29 November sehingga 3 Disember ini.

'Harapan saya Rafizi bebas pertuduhan untuk pimpinan fokus PRU14' - Azmin

"Saya dipukul, bukan saya sebut polis pukul saya," sembang Jamal

'Kalau tidak ada budak Zuraida pukul curi hingga darah, orang saya tidak mengamuk' sembang Jamal

Saya hanya mahu audit akaun Najib jika Pakatan menang PRU14 - Rafizi

Skandal 1MDB: Pesanan Rafizi Sebelum Ke Penjara

Skandal 1MDB: Mahkamah jatuhkan penjara 18 bulan ke atas Rafizi - Peguam

BERSIH tak minat layan geng baju merah

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) tidak pernah berniat melawan kumpulan baju merah, sebaliknya lebih berminat menuntut pembaikan sistem politik dan institusi negara.
BERSIH dalam kenyataan berkata, pihaknya akan terus fokus dengan perjuangan dan tuntutan yang dimahukan rakyat antaranya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu diselesaikan.
“Peserta konvoi BERSIH tidak berminat melayan mereka (baju merah). Mengapa? Kerana tujuan kami bukan untuk melawan gangster.
“Tujuan kami untuk menuntut akauntabiliti skandal korupsi 1MDB dan pembaikan sistem politik juga institusi negara,” katanya.
Baru-baru ini, berlaku insiden pertempuran antara peserta BERSIH dan baju merah di dua lokasi berbeza iaitu Pusat Beli-belah Ampang Point dan Hulu Langat.
Walaubagaimanapun, peserta BERSIH diserang ketika mengedarkan risalah hingga menyebabkan kecederaan dan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa ditumbuk di hidungnya.
Mengulas lanjut, BERSIH berkata, mereka dihentikan Gerakan Baju Merah dan seorang petugas keselamatan juga ketua koordinator ditumbuk.
“Kekacauan turut berlaku di Rawang dan Ampang, diketuai ketua gangster negara Jamal Yunos selain kejadian sama di Labuan, Tanjung Malim, dan Bangi.
“Jelas sekali baju merah UMNO berani buat provokasi tetapi takut pula dirakam kamera, justeru kami menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

'Polis perlu tubuhkan panel pemerhati BERSIH 5'

Pihak berkuasa digesa mempermudahkan perhimpunan BERSIH 5 pada Sabtu ini dengan menubuhkan panel pemerhati untuk memastikan amalan polis yang baik.
"Saya ingin mencadangkan sesuatu yang baru - polis tubuhkan panel pemerhati untuk memantau perhimpunan itu dan mengesahkan amalan baik dan pelakuan polis," ujar bekas pesuruhjaya Suhakam James Nayagam dalam kenyataan, hari ini.
"Adalah diharapkan agar pihak penganjur dan polis akan bekerjasama untuk memastikan perhimpunan itu tenteram dan berakhir dengan aman," tambahnya.
Pihak polis, katanya, perlu membenarkan para peserta untuk berhimpun tanpa sebarang ancaman atau halangan seperti yang dilakukan dalam BERSIH 4.
Selain daripada pengurusan lalu lintas, jelas Nayagam, polis perlu menyediakan keselamatan dan perlindungan kepada para peserta.
Tambahnya, para peserta BERSIH juga perlu bekerjasama dengan polis untuk memastikan perhimpunan itu aman.
"Kekalkan keamanan dan berkelakuan baik, kerjasama dengan polis bagi memantau sempadan.
"Jangan bertindak sesuka-hati," katanya sambil mengingatkan para peserta BERSIH agar tidak merosakkan harta benda.
"Saya telah memantau kira-kira 50 perhimpunan di masa lalu dan berharap semua akan menjurus kepada keharmonian dan keamanan masyarakat," jelas beliau lagi.

BN semakin ‘takut’ dengan pembangkang


Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat semakin takut dengan kekuatan pembangkang, jelas Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.
Menurutnya, tindakan Najib mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan negara tidak boleh bergantung pada pakatan politik yang hipokrit memperlihatkan kebimbangan pemimpin nombor satu negara itu kepada kekuatan sebenar yang ada dalam pembangkang kini.
“Apa yang paling ditakuti oleh BN ialah apabila parti-parti pembangkang berjaya mengetepikan perselisihan di kalangan mereka untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang jitu melawan BN dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pertembungan yang didakwa wujud antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang adalah ketika kedua-dua tokoh tersebut dalam aliran politik yang berbeza di mana Tun Mahathir adalah Ketua Kerajaan, manakala Kit Siang pula adalah Ketua Pembangkang.
Namun kini mereka berada dalam satu barisan pembangkang yang semakin mantap dan mempunyai cita-cita politik yang sama untuk menentang BN.
“Itulah yang digeruni dan cuba dielak oleh Najib, beliau tidak mahu dan tidak selesa jika pembangkang berada dalam satu persepakatan yang kukuh, lebih-lebih lagi jika barisan pembangkang bertanding dalam PRU14 nanti menggunakan satu simbol dan satu manifesto.
“Pakatan BN sebenarnya bukanlah satu pakatan yang kukuh, kekuatan mereka semata mata kerana sebagai parti yang memerintah, jika ditakdirkan BN kalah, saya yakin pakatan BN akan pecah dan akan ada komponennya yang akan bersama Pakatan Harapan,”katanya.

Skandal 1MDB: Hukuman terhadap Rafizi tak lemahkan parti, kata Azmin

Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap Rafizi Ramli tidak akan melemahkan PKR, menurut Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali.
Menurut anggota parlimen Gombak itu lagi, keputusan tersebut sebaliknya akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan yang ada di dalam parti untuk meneruskan perjuangan.
"(Keputusan) ini tidak akan lemahkan semangat kita untuk berjuang.
"Kita cukup yakin dengan perjuangan PKR untuk tegakkan keadilan di landasan kebenaran dan saya percaya hukuman ini sebenarnya akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan dalam parti untuk teruskan perjuangan," ujar Azmin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Azmin turut berharap agar Rafizi yang juga setiausaha agung PKR dan anggota parlimen Pandan dibebaskan dari pertuduhan berkenaan agar dapat bersama-sama fokus dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Sudah pasti saya mahu beliau dibebaskan dari pertuduhan ini supaya beliau dan pimpinan dapat bersama, fokus dalam persiapan pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.

Bekas hakim hairan MLA Swiss boleh jejas siasatan skandal 1MDB

Seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan hairan dengan keputusan Malaysia untuk menolak permohonan perjanjian bantuan guaman bersama (MLA) daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland dalam siasatan ke atas 1MDB.
Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang berkhidmat dengan Mahkamah Rayuan sepanjang tempoh 2009-2015, mengakui beliau tidak berkongsi maklumat sulit yang mungkin dimiliki Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkaitan dengan siasatan 1MDB di negara ini.
Namun, Mohd Hishamudin mendapati sukar untuk memahami bagaimana bantuan kepada pihak berkuasa Swiss boleh "menjejaskan" siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini seperti yang didakwa oleh Apandi.
"Apa yang 'prejudis' bagi siasatan pihak berkuasa?
"Sebaliknya, Malaysia harus bersemangat memberi apa jua bantuan kepada pihak berkuasa Swiss, terutama sekali apabila pihak berkuasa Swiss berkata penyelewengan dana 1MDB mungkin melangkaui AS$4.8 bilion yang diumumkan (oleh pihak berkuasa Swiss) awal tahun ini.
"Sudah pasti pemberian bantuan oleh Malaysia, seperti yang diminta oleh pihak berkuasa Swiss, akan dilakukan dengan penuh rahsia.
"Kita juga seharusnya menyambut tawaran pihak berkuasa Swiss untuk berkongsi hasil siasatan ke atas 1MDB dengan pihak berkuasa Malaysia," kata Mohd Hishamudin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

'Tak betul saya keseorangan dalam parti,' kata Rafizi

'Dia tak faham penjara, hanya tahu Thomas the Tank Engine' - kata Rafizi

'Dedah isu LTAT, mulut saya ditutup cepat,' - kata Rafizi

'Saya tak takut masuk penjara, sebab tak pernah masuk jel'

Skandal 1MDB: Rakyat bersalah bongkar penyelewengan.

Jumlah penjara = 3 tahun untuk 2 pertuduhan


Sebarkan invokemalaysia.org/ms/ untuk lebih ramai bersama kita!

CUBAAN MEMBUNUH MUHYIDDIN DAN HUSNI DENGAN CHARACTER ASSISSINATION


PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES SHOULDN’T THROW STONES
Dua orang bekas menteri yang dianggap paling mengancam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib ialah Mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir  dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Husni Hanadzlah yang meletak jawatan tetapi menjadi duri dalam daging.
Mereka kedua menyimpan rahsia-rahsia besar yang boleh menambah kecemaran pada Najib dari masa kemasa.
Maka itu dengan apa cara sekalipun kredebiliti dan potensi mereka  mesti di musnahkan menerusi undang-undang  atau penghinaan secara character assassisnation (pembunuhan peribadi). Paling berkesan ialah pendedahan scandal sex yang telah pun cuba dilakukan terhadap kedua mereka.
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah melakukan ini terhadap bukan sahaja pembangkang tetapi juga ahli partinya dan menteri-menterinya untuk memberikan sebuah kerajaan yang bersih kepada rakyat sebelum pun keburukan mereka terdedah.
Kerana malu seorang menteri telah membunuh diri kerana rasuah sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, seorang menteri telah dipindahkan menjadi duta dan seorang lagi yang berkahwin  dua tanpa memberitahunya dilucutkan jawatan menteri dan dihantar menjadi duta di Indonesia.
Seorang wartawan Utusan Melayu yang berasal dari Singapura  yang dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Singapura selepas kemenangan PAP  dalam  pilihanraya Singapore 1963, telah dipecat apabila diketahui  pergi ke rumah urut bersama kawan-kawannya di Utusan semasa kunjungan singkatnya ke Kuala Lumpur.
Othman Wok Menteri Sosial  Singapura yang sebelumnya adalah Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang menyembunyikan perkahwinan keduanya telah dipanggil mengadap Lee Kuan Yew.
Dalam bukunya “Never in My Wildest Dream“, Othman menceritakan secara terbuka bila perkahwinannya  diketahui, Menteri kanan PAP  Rajaratnam memintanya supaya menemui Lee Kuan Yew.
Othman menyatakan pada Lee Kuan Yew ” I understand you have been informed”
How Old is she” tanya Lee Kuan Yew.
She ‘s 29 years old,”jawab Othman
Othman kemudiannya bertanya  “If I should still go to Indonesia.”
Lee Kuan Yew memberitahu Othman” Go a head,but if you can’t solve your problems,pack up (muka 217- 218). LKY sebenarnya terhutang budi besar kepada Othman yang membawa  sokongan Melayu kepadanya tetapi beliau lebih mementingkan sebuah kerajaan yang bermaruah, bersih dan jujur dan beliau sendiri adalah bersih dari sebarang scandal.
Tidak ada cerita tentangnya bersekedudukan atau berkhalwat dan diselamatkan.

Wanita Muda Amanah yakin PH kembalikan keyakinan rakyat


Anis Afida Mohd AzliAnis Afida Mohd AzliWanita Muda Amanah Nasional gembira dengan kesungguhan dan keazaman politik yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan dalam menebus kembali keyakinan rakyat selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ketuanya Anis Afida Mohd Azli berkata, anak muda turut merasai tempias perpecahan parti pembangkang sebelum ini dan sikap tidak berpendirian sesetengah pihak yang sangat mengecewakan mereka.
"Bagi kami generasi baru kestabilan politik dan ekonomi negara amat penting. Sikap mementingkan diri parti-parti tertentu sangat mengecewakan kami dan segala impian kami melihat sebuah negara yang lebih baik seakan-akan terkubur.
"Tapi selepas Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu, ditambah dengan hasrat Bersatu untuk menyertai gabungan ini menyemarakkan lagi sinar yang ada.
"Penyertaan tokoh-tokoh kepimpinan negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin sangat dinantikan oleh semua. Rakyat sangat menanti kewujudan sebuah pakatan pembangkang yang kuat," katanya dalam satu kenyataan.

Laluan PH tumbang BN tanpa PAS sukar, kata penganalisis

Katanya, walaupun pelbagai isu berlaku melibatkan kepimpinan negara, ia tidak mampu memberi kekuatan kepada pembangkang selagi isu ideologi antara parti politik gagal diselesaikan.
Dr-Sivamurugan-Pandian
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) berdasarkan kedudukan semasa parti pembangkang ketika ini, kata penganalisis.
Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata gabungan pembangkang perlu menyelesaikan perbezaan agenda dalam parti komponen jika bercita-cita menawan Putrajaya.
Katanya, masalah ideologi dalam PH perlu diselesaikan terlebih dulu kerana sering wujud percanggahan yang menyukarkan penyatuan sedangkan BN sejak sekian lama memang ada nilai kompromi dan pengorbanan dalam konteks gabungan besar.
“Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak berpihak kepada PH kerana ia terpecah kepada 3 penjuru,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana konvensyen pertama PH mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pembangkang akan berdepan kesukaran merampas tampuk kepimpinan Putrajaya selagi PH gagal menarik PAS bersama gabungan mereka.
“Kemelut dalam PH dan hubungan dengan PAS perlu ditangani dengan baik. Walaupun banyak isu negara sedang berlaku selagi tidak ada perpaduan sesama pembangkang agak sukar merealisasikan impian menawan Putrajaya.