Jumaat, 11 November 2016

Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
Jho-Low
SINGAPURA: Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa.
Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015.
“Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015.”
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.

Malaysia sekali lagi tolak permintaan Swiss bantu siasat 1MDB

Peguam negara Switzerland berkata, keputusan Kuala Lumpur itu tidak akan menghalang siasatan terbabit kerana mereka turut bekerjasama dengan negara lain dalam kes berkenaan.
1mdb3ZURICH: Malaysia sekali lagi menolak permintaan Switzerland untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) bagi menyiasat dakwaan rasuah berkaitan 1MDB, menurut pejabat peguam negara Swiss hari ini.
Bagaimanapun, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber berkata, keputusan Kuala Lumpur itu tidak akan menghalang siasatan terbabit kerana mereka turut bekerjasama dengan negara lain dalam kes berkenaan.
“Kami hormat keputusan bebas Malaysia berhubung perkara ini. Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia kekal bebas menggunakan maklumat yang diberikan dalam permohonan bantuan Switzerland untuk siasatan mereka,” kata Lauber yang mengesahkan laporan Financial Times (FT).
“Apa yang pasti ialah prosiding jenayah kami sendiri untuk mengekalkan integriti sistem kewangan Swiss akan diteruskan. Kami akan meminta bantuan negara-negara lain, contohnya Singapura yang kita sudah kerjasama dengan baik, bidang kuasa Eropah lain dan Amerika Syarikat.”
FT memetik Jabatan Peguam Negara Malaysia sebagai berkata, ia tidak boleh menerima permohonan Switzerland kerana siasatan jenayah berterusan Polis Diraja Malaysia ke atas perkara berkaitan 1MDB.
Malaysia komited bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa dan “tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Switzerland,” kata jabatan itu kepada FT.
Satu sumber yang biasa dengan perbincangan itu memberitahu Reuters yang pegawai-pegawai Switzerland secara tidak langsung menyuarakan harapan Malaysia akan bekerjasama, tetapi secara peribadi Malaysia meminta Swiss menghentikan siasatan mereka.
Pegawai Malaysia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Skandal 1MDB: Saya tak pernah kerja untuk Jho Low, kata bekas pengurus bank

Yeo Jiawei berkata, dia sekadar pekerja sokongan yang akan melaksanakan keputusan bosnya.
Yeo-Jiawei-1
SINGAPURA: Bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura, Yeo Jiawei memberitahumahkamah hari ini dia tidak pernah bekerja untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang lebih dikenali Jho Low.
Yeo ketika memberi keterangan untuk perbicaraannya berkata, dia “tidak pernah menerima 1 sen pun daripada Jho Low sebelum ini”, menurut laporan Business Times Singapura (BT).
Semalam, mahkamah dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis di Singapura menyiasat Low berhubung satu dakwaan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB.
Pada 1 November lalu, bekas penyelia Yeo di BSI, Kevin Swampillai ketika memberi keterangan berkata, Yeo biasanya menggelar Low sebagai “bos” dan beliau percaya Yeo bersama Low selepas meninggalkan BSI.
Yeo dibicarakan atas dakwaan menghalang proses keadilan dalam siasatan pengubahan wang haram dan rasuah 1MDB, termasuk memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Yeo hari ini menafikan dia mengarahkan bekas Ketua Pengagihan Pendapatan, Samuel Goh Sze-Wei memusnahkan dokumen, apabila siasatan CAD berhubung urus niaga mereka bertukar serius.
Menurut laporan BT, Yeo memberitahu mahkamah ia “tidak adil” untuk Goh, Swampillai dan seorang lagi saksi, Jose Renato Carvalho Pinto, menyalahkan dia.

Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI Singapura dipenjara

Yak Yew Chee, yang sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura juga bertindak sebagai pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.
yak-yew-chee
SINGAPURA: Mahkamah di republik ini menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu ke atas bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bank BSI yang ada kaitan dengan 1MDB – atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.
Yak Yew Chee sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura, juga pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang digambarkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu utama dalam siasatan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihatnya, 1MDB kini tertakluk kepada beberapa siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib menafikan semua tuduhan salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan semua siasatan antarabangsa.
Yak mengaku bersalah atas 4 daripada 7 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di mahkamah. Dia juga didenda AS$17,000.
Dua pertuduhan berkaitan dengan pemalsuan surat rujukan catatan untuk keluarga Low dan 2 lagi kerana tidak mendedahkan sejumlah besar wang – yang didakwa hasil perbuatan jenayah – memasuki menerusi bank BSI di Singapura.

MP PKR disiasat di bawah Akta Hasutan kerana edar risalah BERSIH 5

Aktivis pelajar ditahan di UIAM selepas solat Jumaat

Populariti Tun M sangat ditakuti Najib, kata Nurul Izzah

"Kita sudah ada Bersih 1, 2, 3, 4...tak jatuh pun kerajaan," kata Tony Pua